Lolucon Agama

Oktober 10, 2008 oleh tinjau
Badut Agama

Badut Agama

 

Kebetulan ataupun memang taqdir ilahi, tapi yang pentingnya ialah ia adalah satu bingkai gambar yang nyata, satu realita saat ini.

Firdaus; teman dari lorong telawi, berkubang di gedungan filsafat yang menuju kepada pengagungan aqal sehingga dia bisa berkata: “aku hanya percaya pada Allah, sedangkan rukun iman dan islam itu hanya bikinan manusia”

Dan seorang lagi, menekuni ilmu logika tapi aku melihat masih ada celah-celah nas akan membekas di dadanya. dia sempat berkata: “aku menyokong sunnah tapi aku juga harus mengkedepankan logika”.

Ini gambaran pengagum akal dan logik. sedangkan di seberang sana, ada manusia yang tumbang pada akalnya langsung – tersunggur, malah tidak mampu merangkak sejengkal pun; mereka pengekor pada kebodohan nenek moyang dan mereka adalah pensia akal.

Ketika datang al haq kepada mereka, contoh dalam bab allah itu bisa dilihat di hari qiamat, dan melihat allah itu benar-benar dengan mata, malah penglihatan itulah berupa ni’mat yang paling agung, ketika hal itu didatangkan dengan sekian banyak hujjah keatas mereka, maka mereka menolaknya hanya dengan sebuah ungkapan, bukan kalam al malik, bukan juga kalam ar rasul, tetapi kata-kata dari sebuah historis: “bukankah bapak-bapak kita juga mengimaninya, justeru apakah mereka berada dalam kesesatan?”.

Begitu juga apabila datang al haq yang menunjukkan bahwa allah itu bersemayan di atas arasy, bukan di mana-mana atau Dia tidak bertempat; di bawakan hujjah dari sejarah isra, dibawakan kalam Dia sendiri, dan dijelaskan oleh kalimat nabi, namum mereka membantah dengan sepotong ayat: “Imam ini berkata…. syeikh ini berhujjah… alim ini menukil….”

Saudara! apakah kalam Allah dan ucapan Rasulullah itu setara dengan ungkapan mereka? apakah akal yang Rabb jadikan, yang berupa makhluk yang terbatas kemampuannya mampu meneroka perkara yang maha besar? sedangkan mata manusia antara indera yang begitu hebat ciptaannya juga punya batasan, ia tidak mampu melihat jauh, inikan pula akal yang bisa salah dan bisa benar, malah antara akal manusia juga saling berbeda dan bantah membantah, justeru bagaimana akal mampu menuju kepada al haq?

Begitu juga apabila terjelepuk di dalam lowong gelap – taqlid, apakah perlakuan nenek moyang mereka itu berupa hujjah akan al haq? andai kebenaran itu di ukur oleh pengamalan nenek moyang kita, apakah kita akan kembali kepada agamanya majusi – hindu? maka apakah mereka mampu berfikir sedikitpun akan kebenaran hujjah yang didatangkan kepada mereka.

Justeru bagaimana sikap kita yang sewajarnya? menjadi pengagung akal secara mutlak hinggakan segalanya harus di ukur dengannya; atau menjadi hamba kepada lubang yang kelam – taqlid?

Dan pengenalan dengan dua insan bernama firdaus dan juga manusia yang bertawaf di telaga taqlid, menyedarkan aku akan satu hakikat, bahwa golongan agamawis dunia islam ini adalah manusia yang memakai baju bintik-bintik besar warna warni, merah rambutnya dan mengerbang, ditempek bedak putih di muka dangan bibir mereh hingga ke telinga, memakai hidung bulat merah, mereka kerjanya berujar dan bercakap untuk menghiburkan hati-hati yang lemah dan kering, merekalah di joloki oleh firdaus “jalan telawi” [yang sebenarnya tertimpa batang jasadnya sendiri] - LOLUCON AGAMA!

Trinitas Dalam Keyakinan Wahhabi

Disember 19, 2009 oleh tinjau

Bukan yang mereka imani adanya 3 oknum dalam sebuah Kesatuan Suci; Ruh Kuddus, Tuhan Ayah dan Tuhan Anak.

Tidak!

Wahhabi tidak pernah mengatakan bahawa tuhan itu bertiga kerna kalau begitu ucapan mereka pasti mereka sama saja dengan Nashara. Namum menerka membikin aqidah yang satu menjadi 3; adanya aqidah rububiyyah, aqidah uluhiyyah dan aqidah asma wal sifat!

Pasa sahabat tidak pernah mengerti akan pembahagian ini! Malah para aimmah umat ini, terutama yang empat juga tidak pernah mendengarnya. Lalu sudah semestinya tinitas versi ini harus diperhalusi lagi. Kemudian para ulama Asyairah Maturidiyah alias Sunni hari ini bersidang lalu membentangkan aqidah ini; guna untuk memastikan apakah aqidah ini sah atau batil!

Akhirnya ulama Asyairah-Maturidiyah-Ahbasy pun bangun lalu membacakan fatawa: Aqidah wahhabi ini adalah sebuah kebatilan, kerna para pendahulu kita dari kalangan umat yang terbaik, tidak pernah mengimani Islam seperti ini, malah seandainya keimanan adalah bercabang 3, maknanya Firaun itu ada beriman, begitu juga dengan semua kamu Nasara dan Yahudi.

Berkatalah Yayasan Sofa di Negeri Sembilan:

Jawapan Pertama

Ibnu Taimiyyah yang merupakan pereka pembahagian tauhid ini mendakwa dirinya bermazhab Hanbali.

Namun Imam Ahmad ibnu Hanbal r.a. sendiri, yang dikatakan menjadi tempat sandaran bagi orang-orang yang melakukan pembahagian tauhid bidaah ini, tidak pernah menyatakan bahawa tauhid itu mempunyai beberapa bahagian; tauhid rububiah, tauhid uluhiah dan tauhid asma’ dan sifat.

Beliau juga tidak pernah menyatakan bahawa sesiapa yang tidak mengetahui tauhid uluhiah, tidak dikira makrifatnya tentang tauhid rububiah kerana tauhid rububiah ini telah diketahui oleh orang musyrikin.

Sesungguhnya akidah Imam Ahmad ibn Hanbal r.a telah disusun di dalam kitab-kitab karangan pengikutnya. Misalnya, di dalam kitab biografinya yang ditulis oleh Ibnu Jauzi dan lain-lainnya, tidak terdapat langsung pembahagian tauhid rekaan ini. Maka dari manakah Ibnu Taimiyyah mengambil tauhid ini?

Jawapan Kedua

Tidak berkata walau seorang daripada Sahabat-sahabat Nabi r.a: “Sesungguhnya tauhid itu ialah tauhid rububiah dan tauhid uluhiah, dan sekiranya seseorang tidak mengetahui tentang tauhid uluhiah, maka tidak dikira makrifahnya tentang tauhid rububiyyah kerana tauhid rububiah ini telah diketahui oleh orang musyrikin”.

Justeru, saya mencabar kepada setiap orang yang mempunyai ilmu yang mendalam, supaya menaqalkan kepada kami pembahagian yang diada-adakan ini daripada sahabat-sahabat Nabi r.a, sekalipun dengan mengemukakan satu riwayat yang lemah.

Jawapan Ketiga

Tidak terdapat dalam sunnah Nabi SAW yang luas dan menjadi penjelas kepada kitab Allah, sama ada dalam kitab-kitab hadis sahih, sunan-sunan, musnad-musnad dan mu’jam-mu’jam yang menyebut bahawa Nabi SAW pernah bersabda dan mengajar sahabat-sahabatnya, bahawa tauhid itu terbahagi kepada tauhid uluhiah dan juga rububiah yang telah diketahui oleh orang musyrik.

Sekiranya berkumpul jin dan manusia bersama-sama mereka untuk menetapkan bahawa pembahagian ini adalah datang daripada Nabi SAW dengan isnadnya, sekalipun dengan isnad yang lemah, nescaya mereka tidak akan mampu untuk mendatangkannya walaupun dengan satu jalan.

Jawapan Keempat

Telah tercatat dalam sunnah yang banyak, bahawa dalam dakwah Rasulullah SAW mengajak manusia kepada Allah, Baginda SAW menyeru mereka ke arah penyaksian kalimah syahadah: Tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Baginda SAW juga mengajak mereka meninggalkan penyembahan berhala.

Di antara hadis yang paling masyhur menyebut tentang perkara ini ialah hadis Muaz ibnu Jabal r.a. Ketika beliau diutuskan oleh Nabi SAW ke Yaman, Baginda SAW bersabda kepadanya: Serulah mereka kepada penyaksian “Bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah”. Sekiranya mereka mentaatinya, maka hendaklah kamu khabarkan kepada mereka bahawa diwajibkan ke atas mereka solat lima waktu sehari semalam. (riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya)

Diriwayatkan oleh pengarang kitab Sunan dan Ibnu Hibban, bahawa seorang Arab Badawi memberitahu Rasulullah SAW bahawa dia telah melihat anak bulan. Lantas Rasulullah SAW memerintahkan supaya berpuasa dan Baginda SAW tidak menyoalnya melainkan tentang pengakuannya terhadap kalimah syahadah. (diriwayatkan oleh Abu Daud, al Nasaei, al Tirmizi dan lain-lain)

Sekiranya tauhid itu terbahagi kepada tiga bahagian sebagaimana yang mereka perkatakan, maka sudah tentulah Nabi SAW menyeru sekelian manusia kepada tauhid uluhiah yang tidak mereka ketahui dan bukannya tauhid rububiah kerana mereka telah mengetahuinya.

Demikian juga, perlulah Baginda SAW bersabda kepada Muaz r.a, “Serulah mereka kepada tauhid uluhiah,” dan Baginda SAW bertanya terlebih dahulu kepada orang Arab Badawi yang melihat anak bulan Ramadan, “Adakah kamu mengetahui tentang tauhid uluhiah dan perbezaan di antara tauhid ini dengan tauhid rububiah, dan adakah kamu mengetahui tauhid asma’ dan sifat?”

Jawapan Kelima

Di dalam kitab Allah yang ternyata tidak dicemari dengan kebatilan, tidak membezakan di antara tauhid uluhiah dan tauhid rububiah.

Begitu juga tidak dikatakan kepada mereka: Sesiapa yang tidak mengetahui tauhid uluhiah tidak dikira imannya, bahkan dia adalah lebih kafir daripada Firaun dan Haman. Tetapi Allah SWT memerintahkan dengan kalimah tauhid secara mutlak sebagaimana firman Allah SWT kepada Nabi-Nya dalam surah Muhammad ayat 19: Ketahuilah, bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah. Begitu jugalah dengan keseluruhan ayat tauhid yang disebut di dalam al-Quran.

Sekiranya kamu kehendaki, maka bacalah surah al-Ikhlas yang menyamai sepertiga al-Quran. Adakah kamu mendapati di dalamnya ayat yang membezakan di antara uluhiah dan rububiah sebagaimana yang mereka sangkakan?

Jawapan Keenam

Melalui pembahagian yang direka ini, memberi kefahaman kepada kita, seolah-olah Allah masih belum lagi menyempurnakan agama-Nya. Kemudian, datang seseorang yang kononnya untuk menyempurnakan agama Allah yang masih lagi mempunyai kekurangan dan menjelaskan tentang tauhid dan pembahagiannya kepada manusia pada kurun ke-7 Hijrah.

Pada kurun ini, lahirnya pembahagian tauhid uluhiah, rububiah, asma’ dan sifat yang dicetuskan oleh Ibnu Taimiyyah (661- 724 H). Seolah-olah semua umat tidak mengetahui tentang apa yang diperkenalkan oleh pemuka-pemuka pembahagian tauhid rekaan ini.

Selepas kita mengetahui jawapan daripada soalan pertama ini, yakinlah kita dengan sempurna bahawa tauhid ini tidak mempunyai sumber yang sah daripada al-Quran dan hadis.

Ia menunjukkan bahawa pembahagian ini hanyalah rekaan semata-mata.

- tamat -  Ini adalah Fatawa Yayasan Sofa dari Negeri Sembilan.

Bersambung….

Bucaillesme : Kekalutan Tokoh Agama Mengimani Sains

Oktober 12, 2009 oleh tinjau

Mengimani Sains Islam


Bagaimana kita mahu beriman kepada Sains Islam?

Dan paling utama, sebuah soalan yang patut kita ajukan awal mukaddimah adalah Apa Maknanya Sains Islam itu?

Apakah maknanya adalah sebuah ilmu yang mengikuti prinsip-prinsip Aqidah Islam? Atau sebuah Sains yang meletakkan Tuhan Allah dalam falsafatnya? Atau sebuah kajian yang terhasil oleh seorang muslim?

Rasanya untuk lebih ilmiyah dan lebih terpercaya, ambil saja ta’rifan Sains bagi  Syed Muhammad Naquib al-Attas:  “penyelidikan tersusunatur terhadap alam semesta”, walaupun saya lebih suka memilih ta’rifan Shaharir Mohamad Zain dalam Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains iaitu: “sains berupa analisis fenomenon secara bersistem, mantik dan objektif dengan kaedah khusus yang diperantikan untuk mewujudkan penumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai” dengan pembuangan unsur mantik tetapi digantikan dengan logik. Akhirnya ia akan menjadi begini: “sains berupa analisis fenomenon secara bersistem, logik dan objektif dengan kaedah khusus yang diperantikan untuk mewujudkan penumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai”.

Walaupun kelompok “al Attas” lebih mengimani takrifan yang ringkas seperti diatas. Tetapi saya mengira bahawa aqal yang waras pasti tidak bertentangan dengan naqal yang sah! Yang selalu berbenturan itu adalah bila manusia menggunakan logika palsu atau falasi religus. Inilah yang menyebabkan kelihatan sains menikam agama padahal seandainya manusia menggunakan logika agama pasti mereka akan melihat bahawa sains senantiasa membenarkan agama Allah.

Oleh itu Sains Islam adalah “analisis fenomenon alam secara bersistem, logik dan objektif, bersandarkan kepada filsafat Islam, menggunakan kaedah khusus yang diperantikan untuk mewujudkan penumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai”. Inilah ta’rifan yang bagi saya lebih saya percayai walaupun agak panjang.

Tetapi setelah itu nyata bahawa di sana wujud sains-sains agama lain seperti Sains Buddha, Sains Hindu, Sains Kristian dan Sains Yahudi. Ini terjadi apabila “Falsafat Islam” digantikan dengan “Falsafat agama tersebut. Lalu lahirlah beragam Sains yang dinasabkan kepada agama tertentu.

Kita percaya bahawa ketika sebuah tamaddun silam bangun, daripada badawi kepada hadhari, mereka mencipta ilmu-ilmu berdasarkan falsafat agama mereka: terbukti seperti pembinaan tamaddun Hindu, bahawa segala teknologi dan ilmu-ilmu dibangunkan untuk menuju kepada Brahman. Sehingga terbina kuil tanpa paku, balai cerap untuk melihat bintang. Ayurveda dan Yoga untuk penyembuhan menuju Rabbul alamin.

Apakah Benar Cendiakawan Muslim Dahulu Menggunakan Sains Islam?

Setelah kita beriman bahawa aqal yang waras pasti menerima naqal yang sah, dan kita juga mengerti bahawa Allah telah menurunkan segala ilmu-Nya dalam sebuah kitab – Al Quran, maka kita percaya juga bahawa Ibn Sina, Ibn Rush, Ibn Haitham, al Jazari dan banyak lagi telah menggunakan Sains Islam, dan kemudian lanjutan dari itu kita percaya bahawa Barat muncul sebagai sebuah tamaddun hasil dari ilmu yang diambil dari tamaddun Islam.

Maka kita terus percaya bahawa Sains yang ada hari ini adalah sains barat yang telah menjadi sekular dan kita mahukan Sains Islam muncul semula.

Persoalannya adalah; apakah benar Ibn Sina dalam penghasilan Ilmu Kedoktorannya telah menggunakan falsafat Islam, padahal kita dapati dalam aqidah beliau penuh dengan kerancuan, malah dia hampir-hampir dikafirkan ulama! Sesetengah orang mengatakan dia adalah lanjutan Aristotal.

Begitu juga ketika Al Jazari membina mesin-mesin beliau, apakah beliau menggunakan falsafat Islam?

Atau kita sampai kepada kesimpulan bahawa dia menggunapakai Sains Islam lantaran dia seorang muslim? Maka kalau begitu kita telah membuat sebuah keyakinan yang dibina atas prarasa semata.

Justeru, sebagai pembuktian, kita mahu melihat kertas-kerja mereka yang mereka telah nyatakan bahawa segala mesin, ilmu, alatan dan kajian yang mereka lakukan adalah berdasarkan falsafat Islam. Kita kamukan ia tertulis dalam kertas-kerja mereka, iaitu dalam kitab-kitab mereka.

Maurice Bucailli Dan Para Agamawan

Lalu datang satu zaman dimana seorang cendiakan Barat mengkaji Sains dalam Al Qur’an dan Injil. Lalu dia mendapati bahawa kebanyakan kejadian sains telah diterangkan dalam kedua kitab tersebut. Kepercayaan dia ini mengukuhkan hati-hati kaum Muslimin, ketika mereka digempur dengan segala kehebatan dari Barat.

Ketika Maurice Bucalli datang dengan kitab beliau, hasil pengkajian atas Islam dan Nasrani, maka kita terasa sebuah ruh baru meresap dalam jiwa kita; sebuah senjata untuk melawan Barat telah berada ditangan.

Kita merasakan bahawa zaman dimana Sains Islam akan bangkit semula telah muncul. Inilah zamannya. Dan ini juga adalah zaman dimana Sains Sekular akan runtuh seperti Tembok Berlin, ranap seperti WTC merudum ke bumi.

Maka kita pun berusaha untuk menjadikan segala yang Sains itu Islami, dengan proses Pengislamian  Ilmu atau bahasa kampung adalah Mengkhatankan Ilmu agar ia bisa menjadi Muslim. Semuanya kita lakukan hatta atas kereta Proton!

Sangat menakjubkan!

Dan para agamawan kita juga tidak berhenti disitu sepertimana para saintis kita; tetapi agamawan kita terus laju lagi sehingga mereka mahu membuktikan agama ini dengan sains. Segala teori sain akan mereka lihat apakah ada sumbernya dalam Al Quran. Jikalau ada, maka merekapun berkhutbah diatas mimbar-mimbar masajid bahawa teori ini telah Allah khabarkan dalam Al Qur’an, maka terbuktilah bahawa Islam agama yang benar!

Justeru kebenaran Islam itu telah bisa diukur dengan Sains!

Tetapi mereka lupa bahawa dalam Talmud dan Injil, perkara yang sama bisa dijumpai; bahawa sains juga telah dikhabarkan dilamanya!

Maka apakah Kristian dan Yahudi juga adama yang benar?

Akhirnya kita terpaksa meninggalkan kaedah pembuktian ini kerna kaedah ini tidak logik dan bisa melemahkan kita kembali.

Maurice tidak menjadikan sains dalam Al Quran dan Injil sebagai asas kebenaran Islam atau Nasrani, tetapi agamawan kita bertindak lebih dari yang sepatutnya.

Apa Beda Antara 1+2 = 3 Dalam Sains Barat dan Sains Islam?

Oleh kerna kita terlalu percaya bahawa wujud Sains Islam dan wujud Sains Barat, maka ketika kita menghasilkan matematik mudah seperti 1+2 = 3, apakah ada beda antara Sains Barat dan Sains Islam?

Soalan ini diajukan kepada Prof Madya Dr. Adi Setia Mohamad Dom, alumni Al Attas:

Soalan:

Dikatakan sains itu tidak bebas nilai. Tapi, apakah bezanya sains di Barat dengan sains yang difahami dalam Islam? Sebab, tiada nampak beza antara nombor “1″ dalam Islam dengan nombor “1″ dalam Barat? Begitu juga, apa bezanya fizik kuantum/geometri/anatomi-manusia di Barat, dengan fizik kuantum/geometri/ anatomi-manusia dalam Islam? Bukankah semua ilmu adalah sama di mana-mana, dan pada bila-bila masa?

Jawaban:

Bagi mereka yang tak mendalami ilmu botani, kalau masuk hutan semua pokok sama sahaja, tak kira di barat atau timur, sama-sama hijau belaka. Tapi bagi mereka yang dalami macam kaum orang asli, setiap ekar tanah hutan mengandungi beratus spesies pokok yang berlainan, ada yang jadi ubat, racun, sumber makanan dan sebagainya. Jadi bagi mereka yang kenal ilmu matematik, tulisan nombor satu (1) mungkin seakan-akan sama, tapi faham kesatuan “satu” itu berbeza-beza di kalangan pelbagai budaya, malah dari sudut pandang bidang berlainan sekali pun. Contohnya, konsep “satu” dalam teologi sudah lain daripada konsep “satu” dalam teori angka (number theory), dan begitu-lah seterusnya. Jadi usah pukul borong semata-mata dari jauh tanpa teliti. Paul Feyerabend pun akui sains barat tak semesti baik 100%, malah mungkin ada juga sains lain yang jauh lebih baik daripada sains barat. Jadi semua sains tak sama, ada yang jadi ubat, ada yang jadi racun pembunuh macam sains barat moden ini.

Tetapi apabila kita dalami sains dalam semua sumber dan kita juga cuba untuk berlaku adil kepada setiap agama, serta apabila kita telah mendalami Islam dari nara sumber yang akurat, kita terpaksa untuk mengaku bahawa semua sains dibangunkan dengan falsafah agama, apakah ia agama Allah atau agama untuk tidak beragama. Dan sians adalah sebuah penemuan, tiada kaitan dengan Agama secara khusus. Melainkan Agama Sains yang dianut oleh Tom Crus.

Oleh itu juga kita harus menetapkan bahawa dalam teori graviti, atau paling mudah bahawa dalam teori pendaraban matematik asas: contoh 2 x 2 bersamaan 4, ia tidak ada kaitan dengan filsafat Islam, malah sangat jauh dengan prinsip sekular.

Pemahaman ini bisa digali bila kita mengerti fenomana ini:

[1] Memakai baju itu adalah adat, tetapi ia bisa berubah menjadi pahala bila kita niatkan untuk beribadat.

[2] Makan itu juga adat, tetapi bila kita membaca dia dan meniatkan untuk sihat agar kita bisa beribadat, ia berpahala.

[3] Membina rumah adalah keperluan hidup, tetapi kalau kita niatkan untuk beribadat kepada allah, maka ia mendatangkan pahala.

Demikianlah beberapa contoh  yang selalu digunakan oleh agamawan dalam menggambarkan Adat berubah menjadi Agama atau mendapat Pahala. Tetapi dari adat menjadi agama dengan syarat: menepati sunnah muhammad. Contohnya jika kita membaca “Allahumma ba riklana….” maka tiada pahala yang bisa Allah berikan kerna Allah mengajar lain kepada Muhammad saw, iaitu sekadar membaca Basmalah sahaja. Maka akhirnya kita mendapat dosa pula.

Lalu kita mengerti bahawa sains adalah seperti ilmu-ilmu lain, ia adalah sebuah upaya manusia untuk memahami alam. Maka 1 + 2 = 3 tidak dapat kita fikirkan bagaimana Islam bisa mengkhatankannya.

Sepertinya kita memahami bahawa ilmu-ilmu yang ada harus kita tasfiyahkan agar bersesuain dengan Islam, terutama adalah Sains Tajribi [sains yang selalu kita fahami].

Kerna dalam penemuan sains, yang membezakan selalunya adalah niat, dan niat ini urusan Tuhan. Tidak kita bisa katakan ini rumah Islam dan ini Rumah Sekular atau Rumah Buddha selagimana ia tidak memiliki ciri-ciri buddha atau Sekular atau Islam. Yang boleh kita katakan ia adalah senibina Melayu, atau senibina Arab atau senibina Cina.

Maka begitu juga sains, selagimana ia tidak menafikan kekuasaan Allah dan tidak bertentangan dengan Syara’ maka segala ilmu itu adalah ilmu yang syar’i dan terpuji.

Sehingga saat ini, saya masih tidak melihat apakah perbedaan antara Sains dengan Sains Islam. Begitu juga sampai hari ini saya tidak mengerti apakah ajaran Sains di Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Sains Islam Malaysia dan yang seangkatan dengan mereka, mereka bisa memberi beda yang cukup terang antara Sains dan Sains Islam.

Bacaan lanjut:  http://www.kesturi.net/archives/729

Sebesar Mana Syorga PAS

Oktober 12, 2009 oleh tinjau

Akhirnya, mereka tidak mahukan Syorga!

Ini satu keadaan yang sangat menakjubkan! Bayangkan ketika syorga dibentangkan kepada mereka, dan mereka bisa melangkah masuk hanya dengan dua palang garis namun mereka tetap tidak mahu syorga. Sebaliknya mereka tetap tegar mahu masuk neraka!

Maha suci Purbawisesa Azzawajalla!

Bagaimana mungkin ketika sebuah  surga pasti ada untuk kita, saat itu kita menolaknya. Lalu kita lebih relamasuk neraka dengan api yang membakat tubuh sehingga hangus. Ini satu keadaan yang sangat sulit untuk diterima aqal waras. Tapi ini adalah hakikat!

Mungkin kita bisa bertanya kepada manusia yang disogok dengan syurga ini; apa alasan mereka – apakah mereka manusia yang tidak makan rasuah, atau syurga Partai itu telah sesak atau surganya persis sama seperti neraka?

Namun pada pandangan agama [ahulis sunnah]; Partai tersebut tiada wejengan untuk menawarkan kepada manusia lain akan syurga, malah Allah dan Rasul telah janjikan kepada Partai tersebut sebuah neraka: “Khawarij anjing-anjing neraka!”

Keimanan Tertinggi adalah Meninggalkan Jihad: Mengapa Harus Dipenggal Leher Kafir Dzimmi?

Oktober 11, 2009 oleh tinjau

“Rububiyyah itu memiliki suaru rahasia, kalau ditampakkan nescaya batallah kenabian. Dan bagi kenabian itu suatu rahasia, kalau tersingkap nescaya batallah ilmu. Dan bagi ulama itu suatu rahasia, kalau mereka dinampakkan maka batallah hukum-hukum” [Al Imla' ; Karya Hujjatuh Islam Syeikh Abu Hamid Al Ghazali ketika beliau menjawab para Pembantah Ihya Ulumuddin]

j

Apabila Rahasia Tersingkap pada Mata Ahli Tawhid!

Untuk seorang yang mengerti akan keimanan, dan dia telah mencapai maqam yang paling utama; maka ketika itu segala rahasia alam ini telah tersingkap dan tanpak pada kedua matanya. Bahawa yang maujud hanyalah Dia, tak ada selain-Nya.

Ketika itulah segala kelembutan Ar Rahman muncul dalam nafasnya, menyatu dan berjalin. Dia menjadi sirna – fana – lalu segala yang ada saat itu hanyalah Dia, dan dia adalah Dia.

“Dan segala yang ada di wujud ini selain Dia adalah ciptaan Allah Ta’ala. Jika Dia mencintainya (ciptaan) maka Dia tidak mencintai, selain Diri-Nya sendiri. Dan ini seluruhnya dilihat dengan mata tawhid yang dinamakan oleh sufi sebagai fana’ nya jiwa. Maksudnya; fana dari jiwanya (hamba) dan dari selain Allah sehingga dia tidak melihat kecuali Allah” [Ihya 4/86]

Justeru apa yang ada di dunia ini sebenarnya ada 2 iaitu antara Khaliq dan makhluq; antara Sang Pencipta dan Yang diciptakan. Tetapi hakikatnya ia bersumber dari satu iaitu sang pencipta. Tanpa Dia, yang tercipta tidak akan maujud. Apabila manusia itu yang berupa makhluk telah mendalami ilmu tawhid dan dia telah berjaya mencapai fana’ maka dia akan menyedari bahawa dirinya dan segala alam ini bersumber dari Allah dan hakikatnya dirinya juga adalah sebahagian dari Allah; ketika itulah jiwanya luluh hancur akibat tersingkapnya sebuah rahasia: bahawa Allah telah hadir dalam dirinya – menyatu dan berulit dengan dia. Akhirnya yang tinggal saat itu hanyalah Dia. Makhluk telah menyatu dengan Khaliq. Saat ini terjadi bila rahasia telah tertanpak.

“Wali-wali Allah mereka tidak melihat di alam ini melainkan Allah, jadi ‘La Illaha Illa Huwa’ adalah tawhid orang awam sedangkan ‘La Huwa illa Huwa’ adalah tawhid al khawwas [ahli sufi]“. [Misykatul Anwar, karya Al Ghazali]

Oleh itu, para wali Allah mengerti bahawa saat itu sebuah rahasia telah ditampakkan pada mereka, maka saat itu juga hilanglah kekhawtiran dalam jiwa mereka, dan bersamaan itu maka lenyaplah hukum-hukum.

Kekufuran adalah Kebenaran Bagi Ahli Tawhid!

Setelah mereka mengetahui bahwa yang maujud dalam dunia hanyalah Dia, maka segala yang diciptakan hanyalah sebuah bayangan – zilullah. Segalanya. Segalanya termasuklah gunung? Ya termasuk lah Gunung! Segalanya termasuklah lautan? Ya termasuklah Lautan! Segalanya termasuklah kaum Kuffar? Ya termasuklah kaum Kuffar!

Maka, kekufuran yang mereka bawakan itu hakikatnya sebuah kebenaran; kerna kekufuran tidak akan muncul kalau tidak diijinkan oleh Allah. Malah kekufuran juga adalah sebuah ilham dari Tabarakawata’ala! Mustahil manusia akan menciptakan kekufuran tanpa restu Ilahi. Dan juga tidak akan terbesit dalam minda manusia kalau Allah tidak akan ilhamkan.

Hatta Allah telah mewujudkan Iblis dan Setan yang Dia memang ketahui bahawa Iblis akan menyesatkan manusia. Lalu Dia menciptakan Iblis adalah sebagai sarana untuk mewujudkan kekufuran. Sedangkan kekafiran dan kebejatan adalah sebuah bayangan dari Allah. Maknanya kekufuran dan kezaliman adalah sebuah restu dari Langit.

Ketika itu juga seorang yang bertawhid akan melihat bahawa Gereja, Sinonggang, Kuil dan Tokong adalah sebuah metafora kepada kewujudan Allah, dan kewujudan rumah ibadah itu tidaklah menghina Allah tetapi adalah sebuah rumah untuk Allah juga.

Yang membangunkan rumah sembahan itu adalah manusia, sama ada dia kafir atau beriman, ternyata bahawa Allah telah merestuinya kerna beberapa perkata: pertama bahawa segala kejadian alam ini [makhluq] adalah sebuah bayangan dari Allah. Kedua bahawa manusia itu sama ada kafir atau beriman adalah mendapat restu Allah. Ketiganya bahawa manusia yang berbuat secara majazi padahal yang berbuat secara hakiki adalah Allah!

Maka yang mendirikan rumah berhala itu adalah Allah, dan yang menyebarkan kekafiran juga adalah Allah!

Inilah yang dilihat oleh mata dan didengar oleh telingan dan diimani dalam hari bagi tiap-tiap ahli sufi!

Manusia Tidak Berbuat Tetapi Allah Memaksa Mereka

Kerana itulah Hujjatul Islam, ketuanya para Wali, Syeikh al Khbar Imam Abu Hamid al Ghazali berkata bahawa segala perbuatan hamba adalah pengarahan dari Langit, sehinggakan masuk syurga juga adalah sebuah keterpaksaan. Manusia tidak bisa memilih untuk berbuat baik atau jahat, semuanya telah ditentukan oleh Allah.

“Maka orang-orang yang bertaqwa digiring secara paksa ke syurga, dan orang-orang yang berdosa digiring secara paksa ke neraka. Tiada yang berkuasa melainkan al Wahidul Qahar”. [Ihya 4/89-90]

Lihatlah bahawa di dunia ini tiada sebuah pilihan untuk manusia berbuat, segalanya telah ditulis dalam luh mahfuz, sehinggakan untuk beriman dan bersyirik itu sudah ditetaipakn, malah sebuah kekafiran yang menimpa seorang manusia sebenarnya telah Allah tetapkan, tanpa ada pilihan atas manusia tersebut.

Sehinggakan untuk masuk syurga juga merupakan sebuah paksaan yang ditetapkan untuk manusia!

Lalu, yang merogol itu siapa? Yang merampok itu bagaimana? Yang menyengbah berhala pula apa kondisinya?

Bagi manusia yang telah beriman kepada Allah dan mencapaki tahapan tinggi dalam taqwa; maka yang terlihat pada pata kepala mereka adalah semua itu dilakukan oleh Allah ta’ata; kerna yang maujud hanyalah Maha Wujud.

“Sesungguhnya engkau adalah seperti seorang anak kecil yang melihat permainan boneka yang menggunakan patung-patung kain di balik hijab: menari, berdiri dan duduk. Sedangkan ia [patung] itu terbit dari kain bekas yang tak bergerak dengan sendirinya, hanya saja ia digerakkan dengan benag-benang halus yang tak nampak dalam kegelapan malam dan kepalanya di tangan pemain boneka tersebut dan tersembunyi dari pandangan mata anak-anak. Mereka [anak2] bergembira dan takjub kerana menyangka bahawa patung kain tersebut menari, berdidi dan duduk… Dan adapun orang-orang yang berakal maka sesnugguhnya mereka mengetahui bahawa itu digerakkan bukannya bergerak [sendiri]…. mereka [orang arif]  melihat dengan ketajaman pandangan mereka adanya benang-benang sehalus benang labah-labah - bahkan lebih halus  daripadanya – tergantung dari langit, hujungnya terkait pada setiap penduduk bumi. Benang tersebut betapa halusnya sehinggakan tidak terlihat pada pandangan zahir, kemudian mereka [orang arif] menyaksikan pangkal benang tersebut tergantung pada gantungan-gantungannya dan mereka menyaksikan gantungan-gantungan tersebut tenggelam di tangan malaikat-malaikat langit yang diarahkan kepoada malaikat-malaikat pengangkat Arsy. Menanti dari mereka perintah yang diturunkan kepada mereka dari hadapan Rabb agar mereka tidak menentang perintah Allah dan menjalankan apa yang diperintahkan kepada mereka”. [ihya 4/97-98]

Maka dari ucapan Imam Al Ghazali ini kita mengetahui bahawa manusia yang kafir itu bukanlah sengaja tetapi yang menggerakkan mereka adalah Allah, begitu juga yang merogol itu bukanlah kehendak manusia akan tetapi kehendalk Allah.

Kewajiban Jihad Sudah Tiada Apabila Mencapai Maqam Wali

Apabila kita telah beriman bahawa segala yang wujud adalah Allah, dan segala bentuk kekafiran adalah bayangan Allah maka kita juga telah beriman bahawa segala yang bergerak, duduk, berjalan dan berlari, menetap dan berdiri adalah digerakkan oleh Allah , sampailah satu keimanan bahawa jihad itu tidak dibebankan Allah atas segala manusia.

Bagaimana kewajiban jihad bisa langsung padahal seorang Muslim itu membunuh seorang Nasrani, atau seorang Yahudi atau seorang Manjusi padahal mereka semua itu direstukan oleh Allah untuk menyebarkan agama keraka, malah berbuatnya mereka itu adalah dikawal oleh para malaikat dari langit.

Maka tidak pantas seorang yang bertaqwa membunuh jiwa yang lain setelah dia mengerti bahawa manusia semuanya adalah bayangan Allah dan manusia dikawal oleh benang halus.

Lantaran itu ketika Baitul Muqaddis dilanggar Kaum Salibin, Hujjatul Islam Imam Al Ghazali beruzlah di gua, berzikir dan meratib meraban; lantaran dia mengerti bahawa Kaum Nasrani itu digerakkan oleh Allah maka melawan kehendak Allah berupa sebuah kekufuran!

Kerna dia telah menyebutkan dalam kitabnya praktik tawakkal dan taqwa. Imam Al Ghazali menukilkan sebuah cerita bagaimana seorang Ahli Tawhid kehilangan anaknya selama 3 hari tanpa khabar berita. lalu orang ramai berkata kepadanya: Kalau saja engkau bermohon kepada Allah agar Dia mengembalikan anakmu”. Maka sang Sufi itu berkata: “Pertentanganku terhadap qadha Nya adalah lebih berat bagiku dari kehilangan anakku”. [Ihya 4/350 dan Al Arbain]

Lihatlah praktik tawakkal bagi seorang yang beriman; bahawa kita harus menerima musibbah tanpa ada penentangan kerna segala perkara itu telah ditakdirkan, termasuklah pelanggaran kaum kafir atas negeri kaum muslimin.

Justeru barangsiapa yang melawan aturan Tuhan maka dia telah kufur kepada qadar-Nya, dan tidak berimanlah akan dia. Sesungguhnya apabila ada musibah yang menimpa manusia; maka haruslah kita menerimanya tanpa menepis. Kerna ia semua adalah telah ditaqdirkan dan telah digerakkan oleh Allah!

Kerrna itu, pelanggaran yang berlaku oleh tentera Salibi pada zaman dahulu, begitu juga penjajahan yang dilakukan oleh kaum Nasara serta pencerobohan hari ini seperti di negara-negara Islam; tidak didapatkan para Wali dan para Mursyid Sufi bangun untuk melawannya; kerna upaya melawan itu adalah sebuah hakikat kufur dan melawan Allah Ta’ala.

Buktikan kalau saya berdusta!

Inilah keimanan yang paling agung – fana dalam jiwa lalu Allah tajjali dalam mata!

Pertentangan Antara Seorang Sufi Dan Seorang Asya’irah!

Setelah manusia itu beriman dengan jalannya sang sufi maka dia akan bingung ketika berhadapan dengan Kaum Asya’irah lantaran kadang kala terdapat pertentangan antara Sufi dan Paham Asya’irah.

Manakah yang dia harus imani; paham Sufi atau Paham Asya’irah?

Kerna kadang antara seorang sufi akan meilhat adanya nkecanggahan dalam seorang Asya’irah, begitulah sebaliknya. Ini lantaran Asya’irah menerima sufi

Contohnya dalam Jihad; Asya’irag yang berpegang pada teks Hadith akan beriman wajibnya jihad sementara Sufi beriman bahawa jihad tidak harus ada!

Maka Tatkala itu seorang Asya’irah yang Sufi akan bingung dan menjadilah tolol. Lalu keluar padanya 2 pandangan pada sesetengah masalah. Kadang dia membenarkan dan kadang dia melarangnya. seperti yang terjadi pada Hujjatul Islam Al Ghazali; Kadang dia benarkan dan kadang dia larang. Maka untuk menutup hal ini maka berkatalah dia bahawa iman orang awam dan iman orang khusus. Yang dilarang itu selalunya untuk orang awam dan yang dibenarkan itu khusus untuk iman orang khusus!

Oleh itu maka agama ini menjadilah sebuah lulocon!

Sangat sukar menjadi Asya’irah yang Sufiyah!

Menata Dunia Pada Realitisme

September 7, 2009 oleh tinjau

Sebuah Kenyataan Atas Realitisme

Kaum Quraniyyun bilang bahawa Muslim tanpa sadar telah mengkultuskan Muhammad saw padahal Quran telah bicara untuk mensejajarkan dia sama dengan manusia lainnya. Realitinya adalah benar; Muhammad adalah manusia biasa. Dia Lahir dari lubang faraj ibunya.

Kemudian dia disusui, diberi makan, dia kekenyangan dan dia buang air [besar dan kecil] lantas akhirnya dia tidur. Membesar menjadi anak-anak, kemudian berkahwin dan berhubung intim bersama isterinya. Dia akhirnya sampai pada penghujung hayat lalu meninggal dunia.

Justeru dia tak harus di dewakan sehingga hampir-hampir menjadi suci alias Tuhan. Begitu juga, apakah wajar dia dinamakan sebagai Ulil Azmi sedangkan dia hadir pada saat dunia tidaklah begitu bejat.

Tamaddun telah ada di timur dan barat. Hanya di daerahnya saja manusia masih mundur; mudur serba serbi – akhlaq dan ilmu, fizik dan metafizik, amalan dan keyakinan. Justeru; apakah benar seluruh bicara ini?

 

Hakikat Realitisme

Realiti; sebuah kalimat yang sering manusia gunakan untuk berlindung pada kedegilannya dalam menuruti agama Ilahi. Mereka menyangka bahawa Muhammad saw  itu lahir dalam sebuah masyarakat yang sedang-sedang saja rusaknya; kebaikan masih melata dan kejahatan juga ada dimana-mana.

Ia seperti seimbang, antara baik dan buruk. Ini cara mereka melihat dunia saat itu, dan bagi mereka, saat ini keadaan makin teruk dan kebobrokan sudah menjadi-jadi; setiap susuk jasad dunia ada kehitaman dan kebusukan.

Dari seorang guru hinggalah kepada seorang kontraktor. Dari seorang supir hinggalah kepada seorang menteri; semuanya telah terlingkup dalam zaman kejahatan. Sehinggakan ibaratnya seekor kambing dalam segerombolan serigala; berlarilah hingga lelah pasti tetap dibaham.

Lalu, wacana Muhammad saw itu hanya sesuai untuk sebuah umat yang telah mencapai keadaan “biah solehah” – kondisi aman dan baik. Sedangkan kondisi sekarang ini, ajarannya sukar dilaksana; kerna REALITI tidak memihak manusia untuk menjalankan ajaran dia.

Ibaratnya mereka beranggapan bahawa dalam zaman ini, adalah mustahil untuk menerapkan Islam secara benar dalam kehidupan, sehinggakan manusia terpaksa untuk turut serta dalam kejahatan secara minimal, ketimbang terus bergelumang dengan kejahatan yang dalam.

Contohnya ketika seorang kontraktor berkata: Saya terpaksa juga untuk menerima habuan makan dari pelobi, dan kadang saya juga terpaksa memberi makan kepada bapak menteri; guna mendapatkan projek. Tapi saya tidak akan menerima wang sebelum projek siap atau saya tidak akan menghulurkan wang untuk mendapatkan projek, setelah projek siap maka insyaallah saya akan beri hadiah”.

Berkata dia lagi: “Maka untuk mengatakan bahawa Rasuah itu tidak bisa diamalkan dalam bidang ini adalah diluar realiti; yang berbicara hanyalah manusia yang baca kitab tanpa terjun dalam bidang kontraktoran ini!” Lalu saat ini, rasuah yang sedikit iaitu makan bisa diterima atas dasar sifir ini: “Menerima kemudaratan kecil bagi mengelak kemudaratan besar = menerima kejahatan kecil bagi mengelak kejahatan besar”.

Ini adalah sebuah timbangan dunia pada Realiti.

 

Realiti Saat Muhammad saw Diutus

Sebenarnya mereka yang beranggapan bahawa zaman ini makin bejat berbanding zaman dahulu hanya manusia yang melihat puluhan tahun dari hari ini; sekitar tahun 1950-an paling lewat. Kerana itulah mereka beranggapan bahawa zaman ini lebih buruk dari zaman Nabi lantaran setiap zaman itu manusia akan menjadi makin rakus dan makin bejat. Tetapi mereka tidak melihat seluruh sejarah manusia itu.

Pemikiran jenis ini adalah salah satu jenis pemikiran yang sering dibincangkan oleh para pentafsir alam pikir: “Ekstrapolasi” Pemikiran Andaian.

Seperti kita diberikan 2 titik pada sebuah graf galir lurus; maka kita bisa anggaprkan bahawa garis itu akan bergerak lurus pada titik seterusnya, maka kita bisa menganggarkan titik-titik yang akan datang.

Begitu juga bahawa kita telah menggangarkan bahawa tahun 50 lebih baik dari 60, dan tahun 60 lebih barik dari 2009. Maka kita pun menganggarkan bahawa pada tahun 666 itu lebih baik dari hari ini – 2009! Tetapi alam pikir ini sangat meleset!

Sesungguhnya Nabi kalau Allah utuskan pada keadaan begitu, nyata bahawa Nabi itu telah menjalankan kerja yang sangat sedikit; malah dia tidak layak menjadi nabi. Begitu juga dia tidak layak untuk namanya disanjung dan diberi pangkat Ulil Azmi. Dan dia tidak layak menjadi ikutan sepanjang zaman.

Dia telah Allah turunkan pada satu zaman yang paling buruk pernah dicatat manusia sehingga kiamat. Kerna itulah Ajarannya akan terus berlangsung hingga sangkakala berbunyi. Kerna terbukti bahawa dia bisa menjadikan satu umat paling bangsat akhlaqnya menjadi semulia-mulia umat. Dia telah berjaya menegakkan satu sistem pada suatu bangsa yang mengamalkan sistem paling durjana didunia.

Oleh itu; percayalah bahawa kaedah yang beliau tempuh adalah sebuah kaedah yang terbukti sukses dan releven; atas dasar realiti. Realiti dan historis terbukti membenarkan Nabi. Saat ini, tiada isteri yang bersuami banyak, tiada ayah yang akan membunuh anak perempuannya kerna sebuah maruah. Tiada manusia yang akan ditangkap secara tiba-tiba lalu menjadi hamba.

Dunia hari ini lebih baik ketimbang zaman Muhammad saw diutus. Maka Realitinya kita harus kembali kepada politik Nabi Muhammad: aqidah.

JAKIM Tidak Sesatkan Wahhabi & Contoh Pemikiran Senteng

Ogos 31, 2009 oleh tinjau

Tandaan:

Beberapa catatan yang dipetik dari Berita Harian

[1]

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 3 Mei 1996 membuat keputusan menetapkan umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.

[2]

Sementara fahaman Wahhabiyah pula tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana dikhuatiri boleh membawa kepada perpecahan umat Islam. Itu adalah hasil daripada perbincangan beberapa kali pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

[3]

Semua keputusan adalah menyekat penularan fahaman Wahhabiyyah atas alasan isu khilafiyyah fiqhiyyah yang dibangkitkan boleh menggugat perpaduan umat Islam di Malaysia. Bagaimanapun keputusan itu tidak memutuskan Wahhabiyyah sebagai ajaran sesat.

[4]

Beliau berkata, ajaran sesat dan sebarang ajaran baru menyalahi tradisi Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini yang berpegang kepada akidah Asya’irah-Maturidiyyah dan fiqh Syafi’ie, sudah tentu akan menimbulkan rasa kurang senang umat Islam.

t

t

Sebuah gambaran ceteknya alam pikir cendiakawan umat Islam

Saudara Dr Uthman El Muhammadi dan seorang wejengan JAKIM pada 25 Augus 2009 telah berbicara seputar Syiah dan Wahabi. Mereka sepakat atas sesatnya Syiah dan betapa berbahayanya ajaran ini pada pikiran umat Islam. Serta mereka juga antusias untuk membenteras maraknya penyebaran Islam Liberal a.k.a Neo Mutazilah.

Ini satu jalan pikir yang bagus. Kerna kedua ajaran ini memang menyelisihi kebenaran dan nyata sesatnya.

Tapi yang sangat mengherankan, seperti sebuah cerita kartoon adalah mereka mengatakan bahawa Faham Salafi [yang mereka namakan sebagai Wahhabi] adalah sebuah paham yang bisa memecahbelahkan masyarakat, walaupun faham ini adalah sebuah faham Ahlus Sunnah.

Mungkin kerana saudara Dr Uthman tidak mampu untuk menyesatkannya sepertimana yang sering beliau lakukan dahulu lantaran kebenaran hujjah Salafi begitu gamblang seperti cahaya mentari, maka akhirnya dia dan JAKIM terpaksa menerima fakta bahawa Salafi adalah Ahlus Sunnah.

Ini satu kenyataan yang sukar dan berat; menekan jiwa dan dada mereka berdua. Tapi hakikat itu tetap hakikat, maka mereka terpaksa menelan ibarat menelan hempedu ular yang berbisa. Namun akal harus dicari agar Wahhabi ditentang hingga ke ahirnya.

t

t

Alasan Pengharaman Wahhabi

Maka mungkin ada bisikan entah dari mana pada corong telinga mereka berkata: “cukuplah andai kalian berdua menggunakan alasan perpaduan sebagai hujjah agar kita bisa menongkah Salafi”.

Oleh itu, berkatalah mereka dan menjadilah alasan kepada mereka untuk menyekat suara kebenaran dari terdengar pada setiap cuping telinga manusia lainnya; bahawa Ajaran Wahhabi ini walaupun ia dari Ahlus Sunnah tetapi harus disekat kerna ia bisa memporak-perandakan ummah. Perkara furu’ yang dibangkitkan akan memecahlelahkan perpaduan Umat islam.

Justeru Salafi akan ditentang seperti Syiah dan Islam Liberal, persis – sama sahaja. Dihambat ke kiri dan dikepong ke kanan, dikejar dari belakang dihadang dari depan. Para ustaznya dijoblos dalam jel kerna tiada tauliah padahal sang ustaz telah memohon bertahun-tahun.

Malah sang mufti di selatan juga tidak berani berjumpa dengan seorang ustaz yang baru saja dia tangkap, sehinggakan sang mufti berdusta “Saya tiada dipejabat” walhal sang ustaz baru melihat dia masuk ke kantor. Cukup mentertawakan manusia yang akal sihat serta pejuang kebenaran. Ketakutan adalah sebuah bukti awal kejahilan dan kepalsuan.

Tapi  wahai sang Felo Kehormat, dan juga wahai Pegawai Jakim, saya mahu bertanya beberapa soalan, kerna saya ini tidaklah bijak seperti tuan berdua. Sangat jahillah diri ini dari ilmu-ilmu Tuhan itu, kerna itu saya terus berusaha untuk menuntut ilmu dan sering bertanya.

t

t

Saya Ingin Bertanya Kepada Para Cendiakawan Islam Malaysia

Seandainya kita mensejajarkan Wahhabi yang bermazhab Hanbali, dengan Mazhab Maliki, dan juga Hanafi; apakah menyebarkan mazhab Hanafi dan juga Maliki wajib ditentang kerna penyebaran kedua mazhab ini akan menyebabkan masyarakat berpecah belah.

Masyarakat yang sedia mengamalkan pandangan-pandangan Syafi’iyah pasti tergempar dengan sejumlah fatawa  Hanafiyah atau Malikiyah yang nyata bertentangan dengan pengamalan mereka selama ini. Conthnya tentang makan daging anjing bagi mazhab Hanafi; ia boleh saja. Atau makan najis ayam itu juga. Atau makan buaya!

Maka apakah mereka [termasuk 2 tokoh tadi] akan menyikapi mazhab Maliki dan Hanafi seperti mereka menyikapi mazhab Hanbali?

[Rasanya Muzakarah Fatwa Kebangsaan telah menjawabnya pada tandaan [4] di atas].

Keeduanya saya ingin mendapat kepastian dari mereka berdua; iaitu tatkala Imam Syafie telah berjaya menjadi ulama yang hebat, telah mencipta ilmu usul fiqh nya dengan mengarang Ar Risalah, dan ketika dia telah meninggal lalu metoda ilmu fiqh ini dikembangkan oleh murid-murid beliau, apakah ketika itu masyarakat yang telah menerima mazhab Malik Bin Anas tidak tergempar dengan sejumlah masalah fiqiyah dari mazhab Syafi’e?

Oleh itu bisakah kita mengatakan bahawa Mazhab Maliki adalah pemecah-belah umat pada zaman perkembangannya, dan bisakah kita memanggil mazhab Syafi’e sebagai berbahawa kepada perpaduan ummah ketika zaman permulaannya?

Ini satu jalan pikir yang sangat cetek, yang hanya termampu dipikirkan oleh orang tolol dalam agama. Walaupun kadang orang tolol itu bisa menjawat jabatan tinggi dalam agama sebuah negara. Malah orang sesat juga bisa menjadi pemebang fatawa; seperti zaman Makmun.

t

t

Pemikiran Senteng Dan Ubat Kebodohan Ummat

Dalam kaedah pemikiran, yang saya rasa para cendiakawan Islam [termasuklah 2 tokoh] tidak sempat belajar] adalah Pemikiran Bebalisme seperti yang diungkapkan oleh Syed Alatas. Tetapi saya lebih cenderung untuk mengatakan ia sebagai satu contoh Pemikiran Senteng. Dan pemikiran Senteng ini bisa kita temukan dalam minda para agamawan.

Ada beberapa sebab untuk pikiran ini subur dalam diri agamawan Islamis. Tapi saya tidak berminat untuk menerangkannya disini. Saya akan lebih menumpukan contoh-contoh pikiran senteng.

Pemikiran Senteng adalah sebuah pikiran spontan yang dikeluarkan tanpa mengalami proses pemikiran analitikal dan kritikal. Ia dilontarkan ketika terdesak dan terbutuhkan. Maka pikiran ini tidak punya nilai-nilai ilmiyah dan tidak bisa dijadikan hujjah.

Contoh Pertama:

Sebuah rumah yang menggunakan sistem paip gas [seperti di Jepun dan Amerika] telah terbakar. Maka bomba pun memancutkan air deras keatas rumah tersebut. Tindakan bomba ini dipanggil pikiran senteng – sebuah pikiran spontan tanpa pikir.

Maka air yang tercurah akan habis begitu sahaja, bersama ranapnya rumah tanpa sisa. Padahal tindakan yang harus dilakukan oleh bomba adalah menutup punca gas yang menjadi bahan bakar utama, kemudian baharu lah mereka memancutkan air. Selagi gas tidak ditutup maka selagi itulah api akan tercipta.

Contoh Kedua:

Seorang Suami yang berniaga ke Indonesia berkawhin lain, dengan seorang warganegara indonesia. Maka Isterinya yang gempal dan selalu memakai pakaian mahal dan perhiasan mewah menyorokkan pasport sang suami agar suaminya tidak dapat berjumpa dengan isteri muda.

Isteri ini bertindak melulu tanpa sempat berpikir panjang – sebuah pikiran senteng. Maka akibatnya perniagaan suaminya tergendala dan merudum.

Padahal sang isteri harus menguruskan badan terlebih dahulu, kemudian berhenti menghabiskan wang suami dengan membeli perhiasan dan baju-baju mahal. Harus melayan suami dengan lebih banyak dan menumpukan perhatian kepada rumahtangga; bukannya banyak menghabiskan dengan bersantai bersama-sama datin-datin lain di kedai kopi status tinggi.

Ini adalah 2 contoh pemikiran senteng. Maka apa kaitannya dengan pemikiran senteng yang dikatakan ada pada cendiakawan kita?

Baiklah; kita ambil kes kajian Petikan Muzakarah Fatawa Kebangsaan dan Wahhabi sebagai pembuktian.

y

Contoh Pertama:

Pada tandaan [1], Muzakarah Fatwa Kebangsaan belah mengiktiraf bahawa Ajaran yang Benar adalah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Kemudian mereka membuat tafsiran lanjut pada tandaan [4] iaitu Ahlus Sunnah itu haruslah yang Berfahaman Asya’irah dan Maturidiyah, serta Mengamalkan Mazhab Fiqh Syafi’iyah.

Maka dari sini sebuah kesimpulan lahir iaitu:

1] Segala Faham Ahlus Sunnah yang bukan dari Asya’irah dan Maturidiyah harus diharamkan termasuklah faham Salaf.

2] Segala Fiqh yang tidak mengikut Fiqh Syafi’iyah harus diharamkan termasuklah Mazhab Hanafi, Maliki dan Hambali.

Oleh itu menjadilah Malaysia sebuah negara paling bodoh pada catatan Sejaran Islam. Kerana tindakan mereka mengharamkan mazhab-mazhab yang terdapat dalam Ahlus Sunnah, padahal tindakan ini hanya pernah dilakukan oleh bangsa-bangsa yang remdah keilmuannya dan rendah ketamadunannya. Kalau tidak percaya, semaklah sejarah Islam sedari Kemunculan Khalifah Ummayyah hingga hari ini.

Seterusnya, kita ingin mempersoalkan kembali 2 kesimpulan yang terhasil:

1] Apakah benar Asya’irah dan Maturidiyah itu Ahlus Sunnah?

2] Apakah benar Mazhab yang diamalkan sekarang ini adalah Mazhab Syafi’iyah?

Maka, para cerdik pandai haruslah memikirkannya dengan hujjah, bukannya dengan ketotolan yang sering kalian lakukan.

k

Contoh Kedua:

Alasan Haram Wahhabi: Memecah-belahkan Umat

Status Wahabi: Ahlus Sunnah

Mazhab: Hanbali / Ahli Hadith

Maka dari maklumat ini kita bisa mengetahui bahawa pada asasnya Wahhabi itu tiada kesalahan dari segi agama. Yang salahnya adalah masyarakat.

Yang terpecah perpaduan adalah umat, sepertimana umat telah bertelagah ketika zaman Kemunculan Mazhab Syafi’e. Maka dari ini kita dapati bahawa umat adalah jahil sehinggakan ada seorang tokoh penting masyarakat menelefon Persatuan Pengguna Islam Malaysia [PPIM] dalam Radio 24 mengatakan bahawa banyak umat kita ini makan najis kerna telor ayam yang menjadi bahan utama Roti canai bersalut tahi lalu mendesak agar dibikin sebuah seminar Halal. Padahal Imam Syafi’e juga mempunyai satu qaul yang menetapkan: “Najis haiwan yang halal, maka halal hukumnya”.

Nah! ketika itu maka PPIM pun bersetuju dan mengatakan “Ini pandangan yang bagus”.

Kita dapat lihat bahawa kejahilan itu telah mewabak dalam diri umat islam kita, maka yang menjadi masalah adalah umat kita ini, bukan mazhab atau ajaran Islam itu.

Maka jalan yang betul adalah membiarkan umat Islam ini dicerdikkan. Dan jalan itu adalah dengan memberi pendidikan yang sempurna, tidak ta’sub mazahab.

Tetapi seandainya ini berlaku, maka Faham Asya’irah yang dianut oleh kedua tokohg tadi akan berkurangan opengaruhnya dan Mazhab Syafi’iyah Nusantara akan lenyap digantikan dengan Mazhab Syafi’e Tulen. Ini yang mereka bimbangkan.

Kerna Wahabi itu datang bukan sahaja dengan Aqidah Salaf, bukan dengan membawakan fiqh sunnah, tetapi ia hadir bersama sifat kesarjanaan – upaya untuk mencelikkan ummat agar mereka tidak lagi bodoh dan tolol.

Jawaban Disebalik Isra’ Mi’raj Kepada Kaum Mu’tazilah, Jahmiyyah Dan Sufi

Ogos 9, 2009 oleh tinjau

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya, agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”. (Al-Isra’ :1).

****

Berkata imam al-Baihaqi (meriwayatkan daripada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha):

Ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam diisra’kan menuju Masjidil Aqsha (lalu kembali ke Makkah), di pagi harinya beliau menceritakan kejadian itu kepada orang lain, maka murtadlah sebahagian orang yang sebelumnya beriman dan mempercayai beliau. Mereka menemui Abu Bakar dan berkata kepadanya,

“Lihatlah sahabatmu itu, dia mengaku disra’kan tadi malam menuju Baitul Maqdis.”

Abu Bakar bertanya:

“Adakah benar beliau mengatakannya?”

Mereka menjawab, “Ya.”

Maka Abu Bakar berkata,

“Jika memang benar beliau mengatakannya, maka aku percaya.”

“Adakah kamu percaya bahawa dalam satu malam, ia dapat pergi ke Baitul Maqdis lalu sebelum tiba waktu subuh, ia telah kembali ke Makkah?” tanya mereka dengan penuh hairan.

Abu Bakar menjawab,

“Ya, malahan aku juga percaya yang (kamu anggap) adalah lebih mustahil dari itu, iaitu aku mempercayainya tentang berita langit yang datang di setiap pagi dan petang.”

Kerana itulah, Abu Bakar digelar dengan gelaran ash-Shiddiq.

(Rujuk: Dalla’ilun Nubuwwah, 2/360. Hadis Riwayat al-Hakim, di dalam al-Mustadraknya, 3/62. Katanya, isnad hadis ini sahih. Juga di dalam Tafsir Ibnu Katsir dan Musnad ‘Abdirrazaq, 5/328. Maktabah Syamilah, V2)

Perjalanan Horizontal Dan Ventikal

Allah yang Maha Suci telah menjalankan Muhammad saw dari kamar rumahnya hingga ke Masjid Aqsa dalam sebuah malam; perjalanan horizontal yang cukup penting dalam sebuah sejarah manusia. Kemudian tidak cukup dengan peristiwa itu, Allah mengangkat baginda ke langit tujuh bersama Gibrail, bertemu dengan Dia. Sebuah lagi perjalanan yang sukup luar logika, pergerakan ventikal. Lalu Dia membebankan sebuah kewajiban yang cukup besar kepada manusia sesudah itu: mendirikan solat 5 waktu sehari semalam.

Setelah berlalu proses naik-turun bagi mengurangi waktu solat maka nabi pun turun semula ke dunia, mengambil hewan ajaibnya lalu kembali ke Makkah. Semua ini berjalan dalam sebuah malam. Cukup pantas dan cukup mustahil dalam fikiran logika. Kerana itulah apabila baginda membacakan Kalimat Tuhan beliau maka sebahagian manusia yang dahulunya beriman terus meninggalkan dia lalu berkata “Manusia ini ternyata gila”.

Setelah itu, maka jelaslah 2 garisan beda warna: hitam dan putih. Antara manusia yang benar mempercayai Nubuwwah dan manusia yang mengingkari kerasulan. Allah telah membersihkan manusia munafik dan manusia yang sodiq.

Muhammad saw hanya berkata benar; membawakan sebuah pengalaman yang cukup hebat kepada seluruh manusia untuk diimani akan perjalanan beliau. Kemudian dia mengkhabarkana bahawa Allah telah memberi bebanan kepada umat beliau untuk solat 5 waktu. Allah tidak nyatakan tatakrama solat itu dalam perjalanan ini, dan Allah juga tidak menyuruh bagina untuk menyatakan tarikhnya sebagai sebuah kenang-kenangang sehinggakan Allah meluputkan manusia dari mengingati tarijh tersebut.

Upaya Mengingati Moment Ajaib Ini

Oleh kerna itu, peristiwa ini bisa dianggap sebagai moment yang begitu penting dalam perjalanan sejarah Islam. Sehinggakan setelah 3 kurun berlalu, manusia mula menyambutnya.Manusia Muslim mengennagnya kerna begitu banyak iktibar yang bisa dipungut dari peristiwa ini.

Walaupun begitu, sambutan ini amat asing pada awal sejarah Islam itu sendiri. Padahal Allah telah melupakan ingtkan para sahabat; sebaik-baik umat yang maujud di muka bumi ini. Begitu juga Allah turut melupakan tabi’in; sebaik-baik muridnya murid seorang rasul.

Kita tidak mengetahui apakah yang pantas menggerakkan mereka bagi merayakan hari tersebut padahal sarjana kita masih tidak pernah bersepakat akan tarikh tersebut.  Manusia sememangnya telah Allah lupakan mereka dari mengingati tarijh Isra dan Mi’raj ini.Kita bisa melihat 7 pandangan dalam kejadian Isra dan Mi’raj ini:

1.       Berpendapat peristiwa Isra’ dan Mi’raj berlaku pada tahun perlantikan Nabi S.A.W. menjadi Rasul . Pandangan ini dipilih oleh al-Tobari.

2.       Berlaku sebelum pengutusan Nabi S.A.W.  pandangan ini diriwayatkan daripada Anas dan al-Hasan.

3.       Berlaku 5 tahun selepas pengutusan. Pendapat ini dipilih oleh al-Qurthubi

4.       Berlaku pada malam 27 Rejab 10 tahun selepas kenabian. Pendapat ini dipilih oleh al-Mansurufuri.

5.       Berlaku 16 bulan sebelum hijrah, yakni pada bulan Ramadhan 12 tahun selepas kenabian.

6.       Berlaku pada satu tahun dua bulan sebelum berlakunya peristiwa hijrah. Iaitu pada bulan Muharram 13 tahun selepas kenabian

7.       Berlaku setahun sebelum hijrah. Iaitu pada bulan Rabi’ al-Awwal  13 tahun selepas kenabian. Pandangan ini dipilih oleh al-Zuhri, Urwah bin Zubair, Ibn Sa’ad. Al-Nawawi mentarjihkan ianya berlaku pada malam 27 setahun sebelum hijrah.

Lalu dengan perasaan sadar akan beda-pandang akan tarikh Isra’ sendiri sebagai bukti bahawa upaya menyambut hari ini sebagai sebuah celah keburukan yang hanya dilakukan oleh manusia yang tidak mengenal sejarah, walalupun para khatib yang berkhotbah pada majlis ini berbicara tentang sirah!

Seandainya dengan mengadakan sambutan Isra’ ini bisa memobilisasi umat kearah masyarakat Islami, maka sudah pasti upaya ini telah dilakukan oleh para sahabat. Kalau bukan mereka sudah pasti tabi’in. atau pun tabi’ tabi’in. Tapi apa alasan mereka untuk tidak berbuat demikina?

Kerna upaya ini adalah seperti yang dikatakan ibarat rumah yang terbakar kerna kebocoran gas, lalu kita memadamkan apinya dengan menyimbah air. Sedangkan gas tetap berlalu dan terus membakar rumah. Ya, memang api bisa dipadan dengan air tetapi apa gunanya menyimbah sekolam air batu tatkala percikan api tersu bisa terjadi akibat punyanya masih disitu? Bukankah kita harus menutup gas tersebut lalu menyimbah air?

Oleh itu para sahabat mengerti, pembaikan umat bukan dengan mengadakan acara sambutan dan perararakan. Kerna yang akan membentuh hati yang bersih adalah keimanan kerna iman itu duduknya dihati. Dan Iman bukan boleh dipikirkan cara mentarbiyahnya. Semua cara pentarbiyahan iman telah Allah nyatakan, kerna hati merupakan sebuah daging yang paling tidak dimengertikan oleh manusia. Lalu Yang Mengerti telah nyatakan bagaimana mahu membentuk qalbu yang salim.

Atau kita mahu mengatakan bahawa dizaman itu kebejatan tidak mewabak seperti hari ini, sehinggakan upaya sambutan tidak diperlukan manusia! Manusia yang ada di sana semuanya adalah para tokoh agama lalu masyarakat bisa menjadi aman.

Nah, saat kalian berkata demikian, kalian telah menyatakan bahawa kalian bersalah dan tidak mempunyai hujjah dalam agama. Seandainya kalian beriman bahawa para sahabat adalah tokoh agama, bererti bahawa kalian telah melangkaui ketokohan sahabat sehinggakan kalian membuat suatu hal yang mereka tidak buat. Sepertinya kalian lebih peduli umat berbanding mereka, seolah kalian lebih alim dari mereka, dan seumpamanya kalian mahu mensejajarkan diri kalian dengan maqam yang diperoleh mereka.

Begitu juga ketika kalian mengatakan bahawa dengan adanya mereka, umat menjadi aman, bererti kalian sangat samberono dalam melihat agama. Sadarkah kalian bahawa para sahabt adalah sebaik-baik pengikut dan sebaik-baik pikiran yang ada dalam sejarah manusia muslim. Lalu apa yang membaikkan umat ketika itu pasti dan akan pasti umat hari ini akan baik. Lalu apa yang bisa membaikkan umat dahulu sedangkan kita masih belum kerjakannya? Apakah semua upaya sahabat telah kita laksanakan lalu umat masih bejat? Kalau demikian bermakna sahabat itu bukanlah sebaik-baik umat kerna mereka tidak bisa menjumpai solusi kerosakan jiwa.

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang sepatutnya), tentulah iman itu menjadi baik bagi mereka. Tetapi di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik” . (ali-’Imran: 110)

Apa Yang Diingkari Masyarakat Ketika Muhammad saw Bercerita Perjalanannya?

Setelah Baginda kembali ke Makkah dan beliau kumpulkan manusia Muslim dan beliau terangkan perjalannya yang cukup ajaib itu, maka manusia berpecah; yang munafik dan yang tidak beriman keluar  dari Islam dan yang mempercayai beliau dan apa yang beliau sampaikan terus menemani baginda. Maka Allah telah membersihkan agamanya dari kepura-puraan dan kebodohan.

Manusia yang tidak beriman terus menyebarkan dusta bahawa muhammad telah pergi ke Palestin dalam masa semalaman padahal logika menolaknya. Aalah satu perkara mustahil untuk pergi ke Palestin dalam jangka masa semalam, padahal perjalanan beratus batu itu memakan masa berbulan-bulan.

Mereka kaum kuffar tidak pernah mempersoalkan tentang ketetapan solat, atau berjumpanya Muhammad dengan Rabb-Nya, atau beradanya Allah diatas langit ke 7. Tidak! Mereka hanya membicarakan tentang logika: perjalanan horizontal dan ventikal; sebuah berita yang tak masuk di akal langsung!

Dan sahabat yang Allah beri maqam sadiqin serta para teman-teman beliau tidak meragukan bahawa perjalanan itu bisa dilakukan dengan kuasa Tuhan. Bukankah Dia yang menjadikan segalanya, lalu apakah Dia merasa sulit untuk menggerakkan Muhammad pada garis datar dan garis menegak? Dan juga mereka tidak meragukan bahawa Muhammad telah berjumpa para anbiya di atas langit dan mereka beriman bahawa Allah telah mewajibkan kepada mereka fardu solat. Dan mereka juga percaya bahawa Muhammad ulang alik berjumpa Allah yang berada di atas langit ke 7 untuk meringangkan waktu solat bagi mereka.

Beriman mereka akan kesemua hal tadi tanpa meragukan, walalu logika mereka menafikan hal yang demikian. Kerna mereka memahami bahawa Agama itu bukan diaqali tetapi aqal lah harus tunduk pada agama. Ketika khabar agama yang benar sampai pada aqal maka logika harus sungkur sujud pada naqal. Ketika itu yang merajai manusia adalah nash dan aqal harus mengikuti apa bicara naqal. Tak melawan dan tak mempersoal.

Ini bukan bermakna bahawa para sahabat adalah sekelompok manusia yang totol dan tak berfikir. Tetapi mereka mengetahui bahawa itu adalah tuntutan agama. Malah mereka merupakan manuysia yang paling cemerlang alam pikirnya. Kerna mereka mengerti bahawa aqal akan buntu dan otak bisa merosot kerna aqal dan otak adalah bikinan Allah sedang aqama itu juga dari Dia, manakala Al Qur’an adalah Kalamullah, perkataan Allah, bukan ciptaan seperti aqal dan otak.

Oleh itu meletakkan aqal sebagai penimbang kebenaran, malah menjadikan logika sebagai tandingan kepada Al Qur’am dan as sunnah, merupakan tindakan kaum munafiq dan kaum kufar tatkala mereka mendengar peeristiwa ini. Seandainya kita juga melakukan hal demikian: melihat agama pada rasional dan logika maka kita saling tak tumpah seperti mereka, cumanya kita mungkin sempat dikhatankan oleh ibu-bapa kita saat kecil dahulu.

Allah Itu Istiwa Di Atas Arsy

Ketika para sahabat mendengar khabar baginda diperjalankan dengan sebuah perjalanan ajaib, maka mereka terus beriman. Dan mereka juga percaya bahawa Allah istiwa di atas Arsy. Mereka tidak mengatakan bahawa Allah wujud tanpa tempat. Dan mereka juta tidak mengatakan bahawa Allah itu wujud dimana-mana saja.

Kerna apa mereka percaya? Kerna mereka beriman dengan setiap hadith dan setiap perkataan Allah. Malah aqal mereka paling selamat dan paling cerdas ketimbang aqal kita.

Bagaimana kaum sesat mendapatkan ide mengatakan bahawa Allah wujud tanpa tempat? Kerna mereka telah menjadikan logika sebagai asas pemikiran, menjadikan rasional sebagai nerasa kebenaran. Sepertinya kaum munafiq yang membangkan Muhammad saat telingan mereka mendengar Isra’ Mi’raj ini.

Padahal dengan menggunakan prinsip mereka sendiri, seandainya kita kembalikan kepada mereka, akhirnya bagi kaum yang beriman bahawa Allah wujud tak bertempat maka akan terbukti bahawa mereka sebuah kaum Mujassimah; mereka menjisimkan Allah dan juga mereka sebenarnya menyembah sesuatu yang tiada. Sedang manusia yang mengatakan Allah wujud diaman-mana maka mereka akhirnya akan terbukti bahawa mereka adalah kaum polinesma; menyembah semua benda.

Walhal Allah tersuci dari kejelekan tersebut. Dia telah nyatakan bahawa Dia istiwa di atas Arsy, lalu dia angkat Isa keatas langit, begitu juga dia telah perjalankan Muhammad saw dari Masjid Aqsa sehingga berjumpa dengan Dia. Lalu dia berdialog dengan Muhammad saw, kemudian dia turunkan kembali Muhammad ke dunia dan perjalankan Muhammad hingga kembali ke Makkah.

Muhammad saw dan seluruh sahabaata menegetahui bahawa Allah istiwa di atas Arsy. Kerna itu mereka tidak ta’wil atau menafikan.

Seandainya Allah itu wujud tiada tempat, maka dimana Allah? Apakah kita akan berkata Allah ada tapi tiada? Apakah logika akan membenarkannya? Senadainya Allah itu ada di mana-mana, mengapa Rasul terpaksa naik ke langit 7 berjumpa Allah malah diulangi turun-naik sehingga beberapa kali? Cukuplah kiranya baginda berjumpa Allah ditepi Pohon Kurma atau dibalik dinding Masjid Aqsa, sehingga dengan yang demikian, tidaklah menjadi fitnah [ujian] kepada manusia.

Saat saya berkata begini, pasti Kaum Jahmiyyah Asya’irah, dan Ahbash akan terloncat-loncat lalu berkata: “Lihat, kaum Salafi sebenarnya menggunakan logika dalam menetapkan Allah di Arsy”.

Sabar tuan. Kami mempunyai sejumlah ayat Al Quran, dan ratusan hadith yang menjelaskan Allah istiwa diatas Arsy. Kesemuanya shahih. Dan saya ingin bertanya kepada tuan, bawakan Perkataan Allah ataupun hadith yang mengatakan Allah Wujud Tak Bertempat atau Allah Wujud Dimana-mana, kalau kalian benar.

Lalu kalian terduduk lantaran tidak ditemukan sebuah dalil yang shahih, yang ada hanyalah dalil yang bersifat am sahaja. Kemudian kalian bawakan atsar untuk membantah Allah dan Rasul-Nya, walhal atsar tersebut juga bersifat am. Akhirnya kalian terpaksa membawakan perkataan tokoh-tokoh kalian. Yang sebenarnya pemikiran dari tokoh kalian dibangunkan atas logika semata-mata.

Sedangkan kamu beriman Istiwa nya Allah atas dasar Allah mengkhabarkannya dan juga dikhabarkan oleh baginda sendiri.


Apakah Nabi Muhammad saw Melihat Allah Dengan Matanya?

Ketika Nabi Muhammad naik berjumpa Allah, maka beliau telah berdialog dengan Tuhannya dan dia telah melihat Tuhannya. Tetapi dia bukan melihatnya dengan mata kepalanya tetapi dia melihat cahaya.

“Telah menceritakan kepada kami Yazid anak kepada Harun, telah menceritakan kepada kami Yazid bin Ibrahim, telah menceritakan kepada kami Qotadah, telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Syaqiq, beliau berkata:

Aku berkata kepada Abu Dzarr radhiyallahu ‘anhu, “Seandainya aku bertemu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, niscaya aku ingin menanyakannya sesuatu kepada beliau.” Abu Dzarr bertanya, “Apa yang hendak engkau tanyakan?”

(‘Abdullah bin Syaqiq berkata) “Aku akan bertanya kepadanya, adakah beliau pernah melihat Tuhan-Nya (Rabb-nya)?”

Abu Dzarr berkata: “Sungguh aku pernah menanyakan perkara ini kepada beliau, dan beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab, “Aku hanya melihat cahaya sahaja.” (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, no. 20547)

Kerna Allah hanya akan menampakkan diri-Nya ketika Hari Akhirat kelah; sebagai sebuah nikmat teragung bagi manusia beriman. Melihat Allah dengan mata sepertimana semua manusia melihat bulan diatas kepalanya.

“Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat” . (Surah al-Qiyamah, 75: 22-23)

Dari sini kita mengerti bahawa Melihat Allah itu benar adanya dan lalu ketika hari Qiamat ini, apakah Allah telah bertempat sehingga manusia bisa melihat Dia? Atau tetap saja Allah tidak bertempat tetapi manusia tetap bisa melihat Dia? Nah, ini satu kenyataan yang sangat sulit dijawab oleh Kaum Ta’wil.

Begitu juga kita beriman bahawa Allah hanya mampu dilihat saat termusnahnya dunia dan didatangkan alam akhirat, termasuk juga Nabi hanya melihat cahaya, maka bagaimana mungkin seorang sufi bisa mengatakan bahawa mereka melihat Allah! Lalu Allah juga bisa tajalli dalam jasad mereka?

Apakah begitu sulit Muhammad saw naik ke langit, berjumpa Tuhan, tapi Rabb-Nya hanya memperlihatkan cahaya, lalu Allah dengan gampang bisa turun masuk kedalam jasad manusia sufi yang bukan manusia pilihan! Ini sangat tidak bisa diimani, melainkan oleh manusia totol.

Ketika kaum sufi mengimani “Sesungguhnya segala alam ini diciptakan kerna Muhammad saw”  [sebuah keimanan  yang batil berdasarkan hadith maudhu] maka saat itu juga mereka percaya bahawa Nabi Muhammad tidak mampu dihinggapi oleh Tuhan, Tuhan tidak menitis dalam rongga tubuh beliau, sehingga kan beliau terpaksa nak ke langit untuk ketemu dengan Tuhan.

Sepertinya mereka itu lebih ajaib dan lebih hebat berbanding dengan Nabi Muhammad yang menyebabkan segala alam diciptakan.

Begitu juga, ketika seorang sufi bertemu seorang Ahbash atau Jahmiyyah atau Asya’irah lalu dia berkata bahawa Allah itu bisa menitis dalam jasadku, bermakna pasa saat itu mungkin Allah telah tajalli dalam beberapa jasad para “wali”, lalu kaim Ahbash dan yang selainnya akan menyetujui dan membenarkan keimanan sang sufi, walaupun pada asalnya keimanan Ahbash, Jahmiyyah dan Asya’irah adalah Allah Wujud Tak Bertempat!

Ini seperti cerita kartun yang hanya ditonton oleh anak-anak yang tak mengerti apa-apa. Dan anak-anak ini akan mengimani kartun tersebut dalam hatinya. Dan ketika anak tandi menanyakan kepada ayahnya maka sang ayak menjelaskan bahawa “Ini adalah sebuah cerita khayalan, dibikun untuk anak-anak”. Namun hati anak tidak mau percaya pada perkataan ayahnya lalu beriman bahawa ayahnya tidak mengetahui hal sebenar.

Kembali kepada masalah Tajalli; seandainya para sufi itu bisa tajalli maka Allah telah bersikap bodoh dan muhammad itu pula suka diperbodohkan. Allah begitu bodoh untuk mengangkat Nabinya dan tidak mahu menampakan diri-Nya tetapi menampakkan cahaya, padahal hakikatnya DSia bisa menampakkan kepada kaum Sufi dan malah bisa menitis dalam jasad kaum sufi!

Begitu juga Nabi suka diperbodohkan oleh Allah dan umatnya kerna dia merelakan dirinya untuk tidak melihat Allah dan tidak mahu Allah menitis dalam jasadnya. Padahal umatnya yang tidak berjuang bersama dia bisa melihat Allah, bisa melihat setan, bisa berjuma khaidir malah bisa Allah memasuki dalam jasad mereka dan bisa mendapat wahyu dari kolong langit terus!

Seperti perkataan sufi:

Aku adalah Dia yang kucintai. Dan Dia yang kucintai adalah aku,
Kami adalah dua jiwa yang menempati satu tubuh,
Jika Engkau lihat aku, engkau lihat Dia, Dan jika engkau lihat Dia,
engkau lihat Kami

Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam, daripada segala kesesatan.

Captive Mind : Kolonialisasi Minda

Ogos 6, 2009 oleh tinjau

Yang Dibawa Oleh Muhammad saw Dan Lengkapnya Al Qur’an


Muhammad saw itu bukan sahaja turun membawa Risalah tetapi juga risalah itu terkandung hikmah; berupa jalan pikir manusia untuk berjaya. Semuanya terkandung dalam 2 kitab iaitu Al Quran dan Al Hadith.

Tetapi seandainya kita mengatakan segala sesuaitu itu dan segala macam ilmu itu tercakup dalam Al Quran dan Al Hadith, maka ini berupa satu kenyataan yang ghuluw – berlebihan, oleh mansuia yang samberono.

Apakah kita akan beriman bahawa Allah layak menceritakan tentang proses pembuatan Kapsul Ajaib Ayah Pin? Mustahil Allah menceritakan hal-hal kejelekan dalam perbicaraan Dia. Begitu juga apakah Allah akan mengajarkan kita perihal membuat kicap dari soya? Tidak akan Allah ajar sebuah resepi masakan dalam Perbicaraan Nya!

Kalu kita tanyakan kepada para manusia yang bersorban, yang selalu berkhutbah di mimbar menghentam Salafi; “Mana semua ilmu yang kalian katakan maujud dalam Al KItab?”. Lalu mereka akan berkata: “Bukankah Allah telah nyatakan sebuah ayat: “Tanyakan kepada ahlinya”.

Maka kita bisa berkata kepada mereka, kalau begitu, aku bisa menghasilkan sebuah kalimat yang paling agung ketimbang Al Quran, sebuah kalimat yang terlengkap, ringkas tak seperti Al Quran yang tebal. Saat ini juga aku bisa menciptakannya!” Lalu kita keluarkan sebuah pena dan secebis kertas, kita tulis pada kertas itu:

“Jika tidak mengetahui maka bertanyakanlah kepada pakarnya”

Maka perkataan yang wasatiyah, tak berlebihan dan tak terkurang, perkataan yang benad adanya adalah sesungguhnya 2 wahyu itu hanyalah memuat prinsip-prinsip hidup manusia agar mereka berjaya di dunia dan diakhirat. Sementara itu hal-hal yang tidak memberi kesan pada kehidupan seperti contoh diatas tidak diceritakan dalam kedua wahyu tersebut.

Lalu tinggalkanlah omongang “Segalanya ada di dalam al quran sehinggakan cara menebar roti canai” seperti yang saya sering dengar dari para khatib, malah dari para ulama yang bersorban besar [dalam masa yang sama mereka menentang sunnah].

Oleh kerana itu, kita mahu bertanya kepada manusia semua; kapan para pelajar islam malah para cendiakawannya jatuh dalam kesalahan pikir ini?

Salah satunya adalah mereka ini terjajah mindanya.

Kolonialisasi Minda


Penjajahan minda ini berlaku apabila satu kuasa besar menguasai sebuah minda sehinggakan minda itu tidak dapat berfiki dengan waras dan kritis, mandul proses pemikiran itu dan lesu kekuatan mencerap.

Kuasa besar yang wujud itu mungkin beruapa sarana fizik seperti kemajuan teknologi, atau kehebatan pembinaan, kecepatan tersingkapnya rahsia sains, yang pantas ke bulan dan angkasa, kekuatan militer. Atau juga berupa keagungan metafizk seperti Kehebatan Al Qur’an, keagungan As Sunnah.

Lalu apabila kuasa besar ini menjelajah ke pendalaman, menjangkau manusia yang tingkat ketamadunan nya lebih rendah, atau manusia yang punya kemajuan fizik atau metafizik yang kurang, maka manusia ini akan terjajah mindanya akibat rasa “ta’jub yang terlampau” keatas kuasa agung tadi.

Seandainya manusia ini punya jalan pikir yang benar, dan paling penting dia punya ilmu yang benar yang berdiri atas keimanan yang benar pula, maka dia akan terbebas dari penjajahan minda ini. Kerna segala apa yang dia fikir dan perbuat akan diukur dengan nerasa ilmu dan iman.

Contohnya tadi, seorang Guru Mursyid bisa saja mengatakan Allah mengajarkan manusia bagaimana membikin roti canai! Sepertinya Roti Canai tadi makanan para Ahli Syurga.

Guru ini terjajah mindanya dengan keagungan Al Quran sehingga dia bersikap guluw, tidak mahu berfikir padahal dalam Al Qur’an itu sering mendesak agar manusia berpikir. Begitu juga sehingga Guru ini membuat air ryukyah yang diberi nama Air Penerang Hati, Kismis Doa’, Air Za’faran dan berbagai jenis yang lain; yang kononnya adalah Perubatan Islami dan Cara Nabi. Padahal Islam lari ari penisbatan sebegini.

Tidak pernah wujud istilah “Makanan Sunnah” dalam perbendaharaan ilmu Islam. Kerna Allah telah jadikan pada tiap-tiap kaum itu makanan yang paling cocok untuk mereka; iaitu apa yang tumbuh pada tanah mereka!

Begitu juga apabila datang sebuah dalil yang menjelaskan bahawa amal ibadah mereka itu rancu [kacau - syubhat] dan tidak benar dari prinsip keilmuan Islam, maka mereka mencelah dengan sebuah kata: “Apakah engkau lebih mengerti Islam dari Imam-Imam sebelum ini”. Kerana mereka telah membesarkan kuasa ta’zim mereka kepada para guru mereka terdahulu padahal Allah pernah bertanya kepada manusia dizaman nabi: “Apakah datuk nenek mengerti?”. Ta’zim mereka terlebih sehingga mengangkat maqam guru mereka menjadi ma’sum, dan mereka lupa bahawa guru mereka adalah manusia seperti mereka.

Ini adalah contoh minda terjajah atas kuasa besar metafizik. Sementara contoh terjajahnya manusia kepada kuasa Fizik terlalu banyak, antaranya adalah kita akan berbangga seandainya seorang Mat Saleh bisa bertutur dalam bahasa Melayu tetapi kita menganggap bohoh jika manusia Melayu tidak mengerti Bahasa Inggeris. Padahal ukuran cerdik pandai itu tidak diangkat dari penguasaan bahasanya. Sejak bila kepandaian itu dinilai dengan “bisa Bercakap Inggeris”?

Contoh yang lain adalah Guru Mursyid juga beranggapan bahawa politik ini akan bisa digapai dengan Tunjuk Rasa, melazimi sistem Demokrasi, mogok lapar dan banyak lagi isme-isme yang datang dari Kuffar. Padahal isme dan aturan tersebut tidak pernah ada dalam Islam.

Bagaimana Bisa Merdeka?


Justeru;

Al Kitab dan As Sunnah yang sedia agung itu, keagungannya merupa sebuah nikmat, harus kita ambil dengan jalan yang selamat, iaitu beriman dengan aqidah Salaf ashabul Hadith [Aqidahnya Umat Terdahulu dan Kaum Ahli Hadith] dan juga berfikir dengan kaedah pemikiran Rasuli. Sebuah pemikiran yang dibina atas jinjang nas-nas, yg pemikiran ini dianut oleh kaum salaf tetapi telah terkambus akibat manusia muslim tertembus hatinya dan aqalnya dengan pemikiran kaum kafir.

Minda yang merdeka lahir dari hati yang merdeka, Hati yang merdeka apabila hati itu mendapat pencerahan dari nur Ilahi; Al Quran dan As Sunnah. Namun kedua cahaya tadi tidak akan bisa hati mengerti tanpa metoda pemikiran Sahabat Rasul. Oleh itu melazimi manhaj Salaf [al Quran, As Sunhah; yang berpandukan metoda Pikir Sahabat] akan bisa memerdekakan minda kita. Kalau tidak, bisa saja kita jatuh dalam jajahan kafir atau jajahan bid’ah:

- menjadi liberal

- menjadi Sekular

- menjadi feminis

- menjadi Keadilan dan Kesamarataan

- menjadi demokratis

- menjadi westernis

- menjadi sufisme

- menjadi khawarijme

- menjadi mu’tazili

- menjadi sanoisme [sebuah tulisan telah saya hasilkan 4 tahun lepas membincangkan fenomena kebodohan ini]

- menjadi arabsentrik

- dan banyak lagi.

Lalu, para penbaca bisa memilih sama ada mahu terjajah minda atau lepas bebas? Mahu bertaqlid atau mahu mencari ilmu? Mahu beriman dengan aqidah nenek moyang atau mahu beriman dengan dustur Ilahi dan Sabda Nabi?

Tepuk dada tanyalah selera.

Soalan Untuk Sekumpulan Kiyayi

Ogos 6, 2009 oleh tinjau

Saya ingin bertanya kepada mereka – para Ulama yang punya gelar Guru Mursyid [Mursyidul Am : sebuah istilah sufi] dan Pak Presiden sebuah perikatan Islam.

Pertama:

Antara Kekafiran seorang manusia yang berjuang untuk menegakkan Agama Demokrasi dan juga si kafir ini menentang Agama Allah secara jelas, serta kumpulannya juga sedemikian.

Dengan Seorang Amir negara yang Muslim, bersolat Jumaat dan nyata dia mahukan Islam [tetapi mungkin dia tak berupaya untuk menegakkan keseluruhan ajaran Islam pada dirinya, keluarganya dan juga negaranya].

Maka antara kedua manusia ini, manakah kezaliman yang paling besar dan marabahaya yang paling bahaya?

Kedua:

Kenapa kita sering melihat kaum Muslimin yang inginkan Islam itu selalu menunjuk-rasa dijalanan atau juga di koran [press - akhbar] tentang kejahatan Penguasa Muslim.

Tetapi kita tidak pernah mendengar sebarang seruan Laa Illahaillallah kepada Teman kalian yang Kafir. Apakah Kalian telah memberi mereka kitab, memperdengarkan ayat Allah, berdemontrasi agar mereka memelok islam dan meninggalkan kekafiran, atau kalian lukis karikaur mereka yang kafir dalam akhbar kalian?

Justeru mengapa kalian berdiam diri, atau tindakan kalian tidak sama seperti menghadapi seorang muslim?

Ketiga:

Kenapa kita sering melihat ahli kumpulan kalian masih mengunjungi para manusia suparnutural untuk berobat, dan juga mengapa dikawasan kalian masih labi banyak manusia berbuat kesyirikan?

Apakah kalian tidak punya masa untuk menyebarkan aqidah shihah kepada ahli kariah kalian tetapi kalian punya banyak waktu untuk menggiring mereka  untuk menentang Amir dan menjatuhkan penguasa muslim?

Saya minta kalian buktikan bahawa kalian memperjuangkan aqidah, dengan menghapuskan keseluruh gambar yang tergantung di Pulau Pinang dan Kedah; sebuah gambar Sultan yang diimani bisa mendatangkan rezeki dan punya daulat!

Malah ketika Arwah mantan Presiden yang di Pendang pun sehingga beliau wafat, kampungnya masih menggantungi gambar ini!

Justeru:

Antara Aqidah dan Syirik, dengan khalifah dan Pemerintah, manakah yang lebih utama diperjuangkan?

Kesimpulan:

Seandainya kalian jujur menjawab dan kalian introspeksi [muhasabah] diri, maka kalian akan sadar bahawa kalian ini telah tergelincir dari Millah Muhammad.

Harus berlari untuk kembali, kerna jamaah kalian ibarat panah yang telas laju dari busur, makin lama makin mensarar jauh, lagi jauh sehinggalah nanti kalian tidak akan kembali.

Makanan Sunnah

Ogos 4, 2009 oleh tinjau

Ini Bukan Iklan Untuk Jus Tok Aji atau Pak Kiyayi!

Kita terus beriman bahawa Muhammad Bin Abdillah, saw,  itu bukanlah manusia biasa-biasa:  yang dilahirkan, membesar, bernikah dan beranak,  dan kemudian terpilih menjadi rasul pilihan. Tidak.

Beliau memang telah Allah jadikan untuk menutup seluruh anbiya yang telah Dia utuskan. Maka sedari dia lahir hinggla dia tumbuh menjadi remaja dan sehingga wahyu turun buat pertama kalinya dari kolong langit, maka segala urusan dia telah dijaga dan dilindungi. Sepertiman ada segumpal awan yang memayungi baginda saat berdagang ke Syam. Begitu jugalah akan kehidupan beliau yang lainnya, termasuk lah makanannya.

Lalu bagi sesiapa yang mahu mengambil pelajaran maka sudah semestinya kita meneliti tiap gerak hidup baginda kerna di situlah ada segala pelajaran yang mulia. Segala kejayaan telah baginda lukiskan diatas kanvas kehidupannya, tetapi ia terlindung dari mata manusia atas hijab kejahilan. Andai hijab zulmat sirna dipanah cahaya ilmu maka akan tanpaklah kita segala jalan yang akan menggiring kita ke syurga dunia dan syurga akhirat.

Kita perhatikan apa yang beliau masukkan kedalah jasadnya; semua adalah makanan yang membina kekuatan jasmani dan pada masa yang sama memberi ruang untuk berdiri-kokoh nya iman. Mustahil baginga akan memakan makanan yang tidak berkhasiat sehingga makanan itu akan menulari jasadnya dengan  kekotoran dan kejelekan.

Maka antara yang beliau makan adalah kismis, madu, kurma, tin, habbatus sauda’ dan beberapa buah-buah lain. Memang terbukti bahawa makanan ini bisa menyembuhkan berbagai penyakit dengan ijin Rabbul Jalil.

Oleh itu, Tok Aji dan Pak Kiayi pun tampil membawa solusi kepada kelelahan yang dihinggapi oleh umat Islam, berupa penyakit dan kemadulan minda.

Tok Aji dan Pak Kiyayi menawarkan kepada Masyarakat Jus Tok Aji yang telah dibacakan doa 10000 kali, iaitu Alfatihah, 3 kul dan ayat kursi. Kemudian Kismim Doa yang telah dibacakan doanya oleh Pak Kiyayi, ulama Besar Nusantara, doanya sepanjang 12 jam tanpa henti. Oleh itu kebesrihan hati akan menjelma setelah manusia meminum dan memakan produk ini.

Sesungguhnya untuk sihat dan bertenaga, percayalah dengan keimanan yang tinggi bahawa menjaga sunnah makanan itu berupa kunci kesihatan yang berpanjangan.

******

Tetapi kemudian ada orang bertanya:

Bukankah Tok Aji ini Mursidul Am, seorang Ulama yang peduli umat? Lalu mengapa tok Ai tidak mahu memanjat Empangan dan berdoa disitu; agar semua manusia kapir terutamanya yang menyokong Tok Aji agar hatinya terang dan bisa hidayah masuk. Ah alangkah indah kalau doa tok Aji yang berupa ulama besar Malaysia ini menembusi tiap-tiap jiwa kapir yang meneguk air paip yang bersumber dari empangan tadi.

Dan doakan jugalah wahai Tok Aji kepada kaum muslimin yang tidak mahu masuk Islam secara Kaffah dengan bergabung dalam jamah Tok Aji agar pintu hidayah terbuka buat mereka. Begitu juga pada AMNO yang Tok Aji sesatkan dan musuhi, agar mereka ini tidak sesat lagi dan tidak menjadi musuh lagi.

Tapi Tok Aji, pekerjaan ini bisa merugikan Tok Aji. Apakah Tok Aji sudah bersedia untuk mengalami kerugian?

Begitu juga Pak Kiyayi, Kalaulah memakan makanan yang bisa dimakan oleh Baginda sehingga wujut istilah “Makanan Sunnah”, berupa satu kebaikan dan sarana menuju kesihatan yang kekal, maka mengapakah Pak Kiyayi sendiri dalam hal aqidah dan ibadah bisa menambah-nambah “amalan sunnah” itu seperti menambah Ajinomoto?

Apakah Tok Aji dan Pak Kiayi beriman bahawa untuk sehat maka harus ikut makanan nabi, tapi untuk lolos syurga dan mendapat pahala maka bisa saja berbuat rekayasa [meraka-reka] dalam solat, puasa, haji, zakat dan paling utama aqidah?

Maka bagaimana alam pikir Tok Aji dan Pak Kiyayi ini?

Sungguh ajaib bagi saya yang tidaklah bersorban besar seperti Tok Aji.

Yang benar, segala sisi kehidupan Nabi Muhammad itu berupa jalan yang lurus, apakah ia makanan ataupun keagamaan. Muhammad – Dia bukan seperti Mursyidul Am Partai Ajaran Songsang atau Hizbib-hizib yang lainnya. Mereka ini manusia biasa-biasa saja.