Apa Benar Tuhan Itu Maujud?

Haq - Haqiqat Wujud Tuhan

Haq - Haqiqat Wujud Tuhan

 

Saya dikejutkan pada jam 1 pagi dengan deringan telepon. Rupanya Faruqi, seorang teman dari Sabah bertanya khabar. Hal ini biasa berlaku kepada saya. Dan saja juga selalunya akan berasa gembira tatkala ada seseorang yang mau berbicara sama saya. Ia bukan beban, atau kegelisahan. Gembira, dan aman.

Kata teman, dia diajukan dengan serangkai soalan dari seorang lelaki cina, teman sekuliahnya. Sebelum ini saya sudah diceritakan oleh Faruqi akan lelaki cina ini, dan saya menganggap dia sebagi lelaki yang coba memperdayakan manusia beragama kepada “agama untuk tak beragama”. Ini telahan awalan saya, yang saya juga tak pasti apakah benar atau melencong. Selang masa dulu.

Tapi malam tadi Faruqi membenarkan andaian saya; bahwa lelaki cina itu tidak mau mempercayai agama dan tidak mau mempercayai wujud tuhan. Justeru anggapan saya sedari awal lagi bahawa dia [ lelaki cina itu] yang sering membelek-belek kitab Islam hanyalah sebatas mau mencari kesilapan logik dalam Islam lalu dia mempergunakannya untuk mewujudkan keraguan dan membawa kepada kemurtadan.

Sebenarnya saya bersimpati kepada lelaki itu, kerna sebenarnya dia adalah contoh manusia yang kecewa dengan agama nenek moyangnya – khayalanisme. Satu agama yang lahir dari imijinasi yang tak sempura, kerna yang digunakan dalam merencana setiap dasar dan hukum adalah minda yang terbatas kemampuannya. Agama itu kelihatannya sesuai dan digunakan oleh bangsa primitif, tetapi apabila ilmu dan teknologis berkembang, setiap manusia menyedari bahawa minda harus bebas lepas, banyak berpikir, banyak mencerap, manusia mulai banyak memperolehi pengetahuan, maka agama yang elok dan sempurna pada pandangan nenek moyang itu kelihatannya sudah tak relevan dan amat banyak cacat celanya dari ilmu logika dan ilmu semasa.

Begitulah yang dihadapi oleh lelaki cina itu; perasan yang tak keruan, antara menerima sesuatu yang tak logis atau membenarkan pemikiran sendiri yang terasuh dengan didikan ilmu sains moden. Seperti ditelan mati emak, diluah mati bapa. Lalu akhirnya setelah otaknya rungsing, dia membuatt kesimpulan yang ekstrim: bahawa agama adalah bikinan manusia yang hatinya keluh-kesa, tuhan adalah dongengan manusia zaman bahari. Yang sebenarnya ialah manusia itu telah dicukupkan dengan aqal, maka aqallah yang menentukan segalanya.

dia sebenarnya mengalami masalah mental – kecelaruan pemikiran; “sindrom penafian”. Menafikan sesuatu yang dia tak dapat hadapi. Begitulah tabiat banyak manusia. Seperti orang yang bermasalah akan menafikan dia sedang bermasalah, orang yang sakit akan menafikannya dia sedang sakit, dan orang gila semestinya akn mengaku tidak gila, waras!

Bagaimana dia mahu menerima agamanya nenek moyangnya; tuhan itu berbentuk manusia – bangsa cina, punya jantina, malah boleh makan dan minum, butuh kepada pakaian, berkuntau dengan setan, kadang-kadang dewa atau dewi tewas di tangan setan dalam pertempuran. Semua ini tak rasional.

Sepatutnya tuhan itu tak bisa digambarkan oleh indera kita yang 5; Tuhan tak harus punya jasad seperti manusia, Tuhan tak butuhkan pakaian, Dia selalu [senantiasa] menang diatas tandingannya dan setan, malah Dia punya kekuasaan mutlak. Tuhan adalah sesembahan yang maha hebat, tak terjangkau fikiran.

Malah agama yang menunjuki kepada Tuhan itu juga tak harus punya kepemilikan-bangsa, kultur-budaya, seni-rupa. Kerna agama harus bersikap universal seperti Tuhan yang sarwajagat. Harus Tuhan dan Agama-Nya itu dimiliki oleh tiap-tiap bangsa, oleh tiap-tiap budaya, oleh tiap-tiap rupa, sehingga ia menjadi Tuhan yang sebenar yang telah menjadi pencipta makhluk-makhluknya yang berbagai bentuk. Walaupun berbagai rupa makhluk, tapi mereka menyembah tuhan yang satu. Inilah yang harus ada bagi tuhan yang memiliki jagatraya ini.

Kalau Tuhan itu bangsanya Cina, apa mungkin seorang India akan memelok agama Budha? Pastinya tidak! Kalau Tuhan itu berpakai sari, apakah mungkin orang Melayu yang bertengkolok akan menjadi Hindu? Pastinya tidak! Dan kalau tuhan itu selalu disajikan dengan ketupat, apakah seorang Nasrani yang makan pasta akan memeluk agamanya Melayu? Sungguh aneh!

Justeru kerana tekanan pikiran logisnya itulah mendorong dia murtad dari agama nenek moyangnya dan berpindah kepada satu agama baru: “kepercayaan untuk tak mempercayai sebarang kepercayan” – atheis. Ini kerana dia telah diasuh dengan pikiran sain moden yang bersikap sekular – memisahkan ilmu dengan keTuhanan.

Dan dia merasakan bahwa menjadi atheis seorang diri sangatlah membosankan, makanya dia harus mencari teman yang serupa dengannya – yang kecewa dengan agama imijinasi. Kerna itulah dia coba mengajukan banyak soalan yang berputar-putar pada prinsip logika kepada Faruqi, dengan harapan dia memperoleh teman sepermainan yang baharu. Memang duduk berseorangan melelahkan jiwa.

Kalau amoi cina kelarin tak mau menganut Islam kerana takut dipotong kelumbit kemaluan [walhal berkhatan bukanlah wajib], tapi lelaki cina ini bertanyakan tentang keadilan Islam, tentang hudud, tengan potong tangan.

Saya katakan: “ini bukan soalan yang wajar dari seoerang atheis. Dia sepatutnya mempersoalkan tentang kewujudan tuhan dan rasionalnya sebuah agama menjadi anutan, bukan mempertikaikan hukum-hukum didalamnya, kerna menafikan hukum belum mampu menafikan agama. Kalau ada hukum Islam yang tak benar, maka seorang Muslim mungkin akan menjadi seorang Nasrani akhirnya. Tetapi kalau dia berjaya meragukan akan kewujudan tuhan, pasti seorang Muslim akan mengikuti jejaknya – tak mempercayai tuhan”.

Tetapi mungkin lelaki cina ini mengerti bahawa agama yang benar adalah Islam, maka kalau dibuktikan bahawa ajaran Islam itu tak memenuhi piawai keadilan, sudah pasti penganutnya akan menjadi atheis, dan mustahil penganut nya akan memilih agama lain, kerna bagi penganut Islam, agama yang terbaik, yang sempurna, yang tak ada kesilapan, yang cemerlang adalah islam semata-mata. Maka yang murtad dan masuk agama lain, selalunya yang tak mengerti alif ba ta.

Saya katakan lagi bahawa persoalannya itu telah usang, semuanya telah terjawab oleh para cendiakawan Muslim. Tentang keadilan; apa yang dia maksudkan dengan adil? Apakah adil itu ertinya sama berat? Kenapa wanita itu diberi beban mengandung dan merasa azab bersalin, sedang laki-laki senang-senang saja? Itu tak adil. Atau ertinya persamaan? Mengapa lelaki sahaja harus mencari rezeki dan para isteri senang-senang saja di rumah? Itu tak adil! Mengapa wanita punya buah dada yang besar? Dan lelaki punya lebihan di celah kangkang? Seharusnya lelaki dan wanita harus sama!

Dan dia seterusnya mengatakan bahawa hukum potong tangan itu tak benar – zalim. Maka saya katakan bahawa apa yang dia akan lakukan kepada pembunuh ibu bapanya? Mengampunkan? Atau denda RM 25 000 atau humban ke sel selam 25 tahun? Atau dia akan tenang kalau pembunuh ibu bapanya dipancung batang leher?

Begitu juga pengetahuannya tentang pendidikan dan hukum sebenarnya terhad. Sehingga dia tak mampu mengerti bahawa dengan hukuman sebegitu, masyarakat akan terdidik untuk berkelakuan mulia dan terhindar kerosakan dalam masyarakat. Sehingga dunia zaman ini terpaksa akur dengan rekod jenayah Saudi yang begitu sedikit, dan dunia menyaksikan jenayah paling menggerunkan di Amerika, padahal Amerika adalah sebuah negara yang memperjuangkan “keadilan dalam versi manusia rasional”.

Terus saya ajukan; dia seharusnya cuba buktikan bahawa tuhan itu tak wujud, dengan sekelian dalil. Justeru bila dia berjaya meyakinkan kita bahawa sememangnya Allah itu adalah khayalan dari minda, seperti fatamorgana di tengah panas bolong, maka dia telah benar. Tetapi andai dia tak dapat membuktikan bahawa tuhan itu tidak maujud, dia haruslah beriman dengan Allah.

Begitu juga setelah itu dia harus buktikan bahawa dia sememangnya hidup, punya penghidupan, bernyawa. Dia – lelaki cina itu – bukanlah khayalan seperti dalam filem Metrik. Apa yang dia lalui dalam “hidup”nya adalah benar, bukan palsu.

Kalau benar manusia itu terwujud dengan sendiri, bukan dengan ciptaan Tuhan, berevolusi dalam ribuan tahun yang dikutip dari teori Darwin, mengapa terwujud lelaki dan perempuan; satu punya faraj, serta satu lagi punya zakar? Mengapa bukan 1 jantina, atau 3?

Inilah antara soalan yang harus kita tanyakan kepada kaum Agama Atheis. Kita janganlah menuruti kehendak mereka dengan menjawab semua soalan logis mereka, tetapi sepatutnya kita yang mempersoalkan mereka tentang keyakinan mereka. Menjawab yang paling mujarab ialah dengan menyoal kembali. Jadi, saya merasakan soalan ini sudah cukup untuk membuat dia terdiam dan meninggalkan metoda logisnya dalam berfikir hal ketuhanan dan keagaman.

Sebenarnya, untuk tidak mempercayai wujud tuhan itu terlalu sukar ketimbang beriman dengan maujud Allah. Menafikan sesuatu yang ada itu kan sulit, sedang membenarkan sesuatu yang terbentang di depan mana itu terlalu mudah.

Label: , , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: