Hanyak Kerna 5 Huruf!

sekelompok cerdik pandai kita macam tersergah puntianak di siang hari lakunya. ketakutan sehingga berbeliak anak mata. hampir terjojol keluar.

kedengarannya agak lucu, tapi ini benar. semua gara-gara kerana satu kalimat, yang kalimat itu tak lebih dari 5 huruf. tapi dek kerana cerdik pandai kita ini berpikir jauh maka kerna 5 huruf itu lah mereka bertekun-tekun meggubal satu undang2 buat digunapakai oleh satu negara – 25 juta manusia.

maka setelah itu siap sedia satu hukum, bahawa kalimat yang satu itu khusus untuk kaum mereka semata. andai kaum lain menggunakannya maka boleh ditangkap, disumbat dalam penjara dan disiksa, atau dibayar denda dengan sejumlah wang yang besar.

lantas kepada sekian cerdik pandai itu ditanya alasannya. maka jawabannya mudah. bahawa “Allah” itu khusus untuk kaum Islam. kalaulah kalimat Allah itu nanti digunapakai dalam Injil, Veda dan ajaran-ajaran lain, nescaya banyaklah manusia muslim itu akan murtad. padahal perbedaan allah, tuhan, rab, loard, god, hampir tiada, tetapi apabila dikenang bahawa apabila kalimat Lord atau God atau Tuhan itu diganti dengan Allah, maka nanti lama kelamaan manusia muslim itu akan terpengaruh dengan ajaran agama lain, dan akhirnya nanti apabila telah lama didengungkan dan disajikan dengan nama Allah, manusia muslim tadi akan meninggalkan Islam dan menjadi murtad.

ini alasannya. ini kata cerdik pandai kita.

tapi rupanya ada orang yang tak bersetuju dengan cerdik pandai kita.

kata orang bodoh pandir kita bahawa tindakan mengharamkan kalimat Allah dalam injil, serta buku2 agama lain merupakan langkah kebelakang. malah tak ada negara yang berbuat seperti itu melainkan negara ini. dan kemudian dengarnya nanti USA juga akan berbuat demikian – mengharamkan umat muslim menggunakan kalimat God sebagai ganti Allah.

sebenarnya tindakan pengharaman ini berupa tindakan pelik. dan ia tak pernah dipikir orang yang bodoh pandir, mungkin ia hanya wujud dalam otak para cerdik pandai sejemput itu sahaja. bagaimana tak dikatakan pelik, kerna mereka yang mahu menukar kalimat god kepada Allah, maksudkan tuhan yang menciptakan itu Allah juga. malah dalam kitab suci kita pun telah Allah nyatakan bahawa para kaum lain memang mengakui Dia sebagai pencipta. lalu apakah daya kita sebagai pengikut Allah, mengharamkan sesuatu yang Dia halalkan? dan apa hak kita untuk berbuat demikian?

seolah-olah kaum kita ini mahu meng”ekslusifkan” Allah itu khas untuk kita, buddha untuk kaum budhis, jesus untuk kaum salibi. maka akhirnya jadilah Allah itu tuhan untuk satu kaum sahaja, tak universal. malah ia lebih hampir seperti keinginan kaum melayu untuk punya tuhan sendiri, seperti meniru kaum lain yang punya tuhan dengan wajah dan rupa seperti mereka.

kalau kaum india punya tuhan perut buncit, warna biru, misai panjang, bajunya pun baju bangsa india, sementara kaum cina punya dewa-dewi yang matanya sepet, kulit kuning langsat, bajunya pun baju orang cina, maka sudah tiba rasanya bagi kaum melayu punya tuhan khusus bagi melayu – Allah. mereka mau jadikan allah hak milik bangsa melayu. padahal amat jauh bedanya antara tuhannya kaum india dan tuhannya kaum cina dengan tuhannya kaum muslim. mereka menjelmakan tuhan dari pemikiran mereka, kerna itulah tuhan itu berbentuk seperti mereka – manusia berbangsa. dan mereka tak mahu tuhan yang mereka ciptakan dari imijinasi mereka itu menyerupai bangsa lain, dan mereka tak mahu tuhan itu tak berbaju selain dengan baju mereka. tetapi allah berupa tuhan yang bukan lahir dari imijinasi, melainkan dari wahyu, dan allah tak layak mengambil rupa makhluk Dia sendiri.

justeru apabila allah sendri nyatakan dalam al quran bahawa para musyrikin juga akan mengaku Dia sebagai pencipta, dan Allah juga tak menghalang para kaum lain untuk menyebut namanya kerna memang mereka maksudkan Dia, maka sudah pasti ia berupa hal yang banyak manafaatnya kepada sekelian manusia.

ketika seorang sami atau paderi mengatakan bahawa mereka menyembah allah, dan kita juga menyembah allah, maka kita telah bersetuju kepada satu asas, iaitu kita menyembah tuhan yang sama, lantas ia akan menimbulkan rasa kebersamaan yang akan memberi ruang selesa kepada satu persoalan baru: apakah cara ibadah sebegitu yang dituntut oleh tuhan Allah? dan apakah yang diimani tentang tuhan yang satu itu benar ataupun menyeleweng?

dan kegusaran yang menyarang dalam pikiran cerdik pandai kita itu pun tak berasas. kalaulah takutkan penukaran God kepada Allah akan membawa kepada manusia mudah murtad, maka patutlah kita memadam perkataan yahudi dan nasrani dalam al quran, dengan harapan manusia muslim yang membaca kitab suci kita tak akan terdorong menjadi murtad. tapi apakah penyebab mereka tak terfikir hal ini.

justeru kita mengharapkan agar para cerdik pandai ini kadang-kadang harus berpikir seperti kita – para bodoh pandir.

Label:

Satu Respons to “Hanyak Kerna 5 Huruf!”

  1. agak Says:

    Saya terpanggil untuk komen isu pengharaman bible dalam bahasa Melayu. Saya agak tujuannya supaya orang melayu yg hanya tahu bahasa melayu tidak terpedaya dengan pembacaabn bible ini hingga beriman dengannya dan mungkin akhirnya menukar agama Islam yg mereka pegang. Atau mungkin juga untuk menyempitkan laluan dakwah/dakyah agama krestian di kalangan umat melayu.

    Begitu juga penyebaran buliten dan akhbar tentang krestian yg selama ini hanya dalam bahasa inggeris atau bahasa lain (yg kita pun tak ambil tahu) tidak dicetak dalam bahasa melayu, supaya pengguna bahasa melayu yg kebanyakannya muslim melayu tidak mendapat peluang membaca dakyah atau sebaran mereka. Tujuan nya baik supaya kurang cabaran dan kurang peminat baru untuk mengetahui hal ehwal agama krestian.

    Namun isu yg dijadikan perbahasan adalah bila terbitan ini menggunakan god sebagai Allah.Yg dibantah kerana god yg mereka maksudkan tu adalah god son (tuhan nya isa). Kalau dirujuk kepada kutipann atau petikan dari Alquran , jelas Allah menyebutkan bahawa orang2 kafir pun mengaku “Allah” adalah Pencipta langit dan bumi. Juga yang memberi rezki kepada mereka. Mereka menyembah patung dan lain2 disamping Allah hanya untuk menjadikannya sebagai “zulfa”sahaja.

    Zulfa ini istilah yang dirujuk kepada perantaraan, atau satu station , atau satu cara perhubungan antara mereka dengan Allah. Yg ini yg dibantah dan dicegah oleh Allah.Yg dibantah oleh para rasul, yg menyampaikan pada mereka bahawa cara zulfa, atau perantaraan tu tak betul dan tak diterima oleh Allah. Ini kerana hanya rasul yg tahu hakikat apa yg dikehendaki oleh Allah, kerena mereka yg menerima wahyu.

    Cara yg betul adakan sembah Allah direct, terus, tanpa perantaraan…berhala, patung, lukisan maupun apa saja nama2..termasuk nama nabi!

    Maka yg tak betul dan yg kita pertikaikan adalah cara peribatan mereka. Bukannya nama Allah. Mereka tetap mahu menyembah Allah yg mereka sudah akui sebagai pencipta atau tauhid rububiah. Yg tidak betul adalah tauhid ulluhiah, atau tauhid dalam peribadatan mereka. Ini kerana mereka tidak mahu mengikut panduan dan seruan Muhammad sebagai rasul penutup atau terakhir, yg ajarannya berkuatkuasa kebenaran dan kesahehannya hingga hari kiamat.

    Sepatutnya yg kita tekankan adalah pemurnian akidah, iaitu membersehkan akidah kita dari sebarang kesyirikan.Ini kerana walaupun kita sudah mengaku kita orang Islam, namun kita perlu meneliti pekercayaann dan pegangan kita tentang soal akidah supaya akidah kita adalah benar dan soseh seperti yg diajar oleh Muhammad SAW. Umpamanya jika kita mengatakann orang kafir bersalah dan sesat kerana menggunakkan perantaraan berhala dan sebagainya dalam doa dan ibadat mereka, maka kita juga mesti berhati2 supaya tidak menggunakan perantaraan untuk beribadat, bermunajat dan berdoa. Jangan pula kita berdoa melalui roh orang yg telah mati, walaupun mungkin anggapan kita roh itu suci, hidup disisi Allah , wali Allah dan sebagainya, nanti kita terperosok dengan double standard dalam menghukum. Allah ‘alam.

    Jawaban:
    Salam Tn Haji.

    Harap perjalanan daurah kita yang lalu tidak menyebabkan tn hj serik untuk permusafir bersama kami.
    😛

    Para pembaca, 2 org guru saya juga berfikiran untuk menyokong tindakan KDN dalam mengharamkan penggunaan kalimat “Allah”. Seperti juga Tn Hj berfikir.

    Walaupun begitu, seperti yang dinyatakan bahawa mereka mengatakan bahawa memang kaum Yahudi dan Nasrani menggunakan kalimat Allah sejak dahulu, namun tujuan mereka waktu ini adalah untuk menjalankan da’wah Kristianisasi di kalangan umat Melayu Islam.

    Maka kewajaran KDN itu adalah kerna “matlamat” Nasrani, bukan atas dasar “Allah” itu sendiri.

    Ia lebih kepada maslahat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: