Filem Fitna: Pandangan Sang Sufi Terhadap Jihad

 

Dalam minggu terakhir ini; lebih kurang 2 pasang minggu – kesebokan dan kesengajaan untuk tidak menulis menular bagai wabak ke dalam diri ini. Sehingga lah kehangatan filem fitnah hilang akibat digandi dengan sebuah obor yang bawa lari keliling dunia.

Akhirnya kemarahan manusia muslim itu luput dengan api sejemput.

Walau bagaimana pun, ketika api itu hampir benar berlegar-legar di Malaysia, sejumlah tok kyai agama Budha dari Tibet membuat rusuhan. Habis dibakar gedung dan mereka berarak ke jalan sambil membaling batu dan segala macam benda. Masyarakat gempar, kerajaan China tersentak, dunia terhenti sejenak untuk mendengar luahan hari sang sami yang botak-botakan semuanya.

Ini cerita sang sami yang tidak memakai kasut, yang mengasihani makhluk bernyawa, yang tidak akan membunuh, apatah lagi menjamah seekor ikan, yang zuhud dan tawadduk, akhirnya memberontak – ini cerita Dalai Lama, tokoh spriritual Tibet. Ini juga cerita tentang manusia yang agamawan yang merasa sengsara ditindas oleh sebuah kerajaan. Tapi ini bukan cerita kerana Tuhan, atau cerita tentang agama.

Kemudain saya termenung sejenak; memikir bahwa dalam agama ini juga ada manusia sebegitu. satu kaum yang memakai pakaian bulu, yang coba untuk tidak memelok dunia, yang kadang-kadang hanya memakan tepung dan gandum, yang hantinya coba untuk mendekatkan diri hanya kepada tuhan. Dia sang pemaaf, yang tiada kemaluan, yang tiada nafsu dan kehendak, melainkan dia senantiasa menuju kepada tuhan.

Tetapi ketika ayat Tuhan yang mereka tuju itu diminta mansuh, mereka tiada berasa apa-apa. mereka tenang seperti air, malah mereka tidak coba berlagak seperti para agamawan yang botak tadi.

Akhirnya saya mengerti mengapa para sufi bersikap begitu; hanya kerna mereka telah menyatu dengan tuhan lalu tidak memerlukan lagi al quran! Apa gunanya al quran andai mereka telah bersama-sama Allah dalam penghidupan? Allah adalah mereka – dan mereka adalah Allah. Apa yang mereka katakan itu berupa kalam Tuhan, dan apa yang Tuhan katakan itu pasti keluar dari kerongkong mereka.

Yang ada dalam helaian kitab itu adalah satu ungkapan dari manusia yang telah kojol. Ya, seperti hadith, yang diambil oleh orang zahir dari manusia yang telah kojol, dari yang kojol. Sedangkan mereka para sufi mendapat ilmu terus dari Tuhan yang telah menyusup dalam darah mereka.

Begitu juga mereka tidak marahkan kaum kuffar ketika kaum kuffar menghinakan Al Quran, kerna apabila mereka sampai pada peringkat wahdatul wujud dengan kacamata wahdatul syuhud, yang ada hanyalah Allah semata-mata. Yang menonggeng itu adalah Allah, yang berak iti juga adalah Allah, yang tengah menyalah itu pun Allah, dan yang tengan merampok dan merogol itu pun Allah.

Begitu juga diri mereka adalah Allah. Maka yang sedang bikin filem dan yang sedang menghinakan Al Quran itu pun Allah juga. Maka apakah yang harus dipusing-pusingkan kalau seorang Allah mahu memansuhkan ayat Allah yang telah berusia ribuan tahun? Itu wajar diterima dengan tenang.

Maka ketika seorang sufi sampai pada peringkat uzlah, maka mereka harus untuk mengosongkan diri dari sebarang hal-hal dunia, kerana itulah para sufi yang menempat di gua-gua tak akan mendengar khabar bahawa Al Quran sedang diminta mansuh, malah kalau dengar pun, mereka tak akan berbuat apa-apa, kerna saat itu mereka harus melarikan diri dari hal-hal dunia.

Kerana itulah ketika perang Salib meletus, yang mana umat Islam memerlukan dokongan wang, senjata, tenaga, dan fatwa, Abu Hamid Al Ghazali terberosok dalam gua dengan meratib merabannya yang panjang. Dia tak hiraukan nyawa manusia Muslim dan dia tak hiraukan kalau Salahuddin Ayub tumpas dan islam tabrak. Baginya, manusia yang menganut Islam tidak lah berharga, kalau semuanya manusai muslim hapus dan tiada seorang pun menganut Islam, itu tidak mengapa.

Maka begitu juga ketika seorang sufi mendengar dan menonton filem ini, mereka harus bersabar dan menahan diri dari nafsu ammarah dan gelojak jahat dalam diri. kerna bagi mereka, ini adalah dugaan yang Tuhan berikan dan mereka harus lolos dengan hati yang tenang.

Justeru, setiap peringkat sang sufi itu, akan menjurus kepada tiada jihad, yang ada bagi mereka hanyalah jihad melawan nafsu sendiri.

Advertisements

Label: , , , , , ,

Satu Respons to “Filem Fitna: Pandangan Sang Sufi Terhadap Jihad”

  1. Mohd Syakirin Ismail Says:

    Salam.. saya setuju. syariat tetap berjalan. tapi dalam masa sama tauhid mesti berjalan dengan sempurna juga. tapi, jangan campurkan amalan hati (kerjanya menjalankan i’tiqad tauhid), dengan syariat. nanti rosak agama.

    contohnya, Firman Allah: sesungguhnya Allah menjadikan setiap sesuatu. maka dalam hati membawa maksud “apa yang aku tulis, izin Allah, Allah yang jadikan, kepandaianku, Allah punya, apabila berlaku kekacauan di dunia, semuanya kehendak Allah, maka apa yang berlaku memang betullah tak boleh marah, macam umar RA menahan marah dalam peperangan apabila diludah. memang betul tak boleh marah walau apa pun berlaku (dalam konteks apabila kita memandang semuanya hak Allah Taala yang menjadikan setiap sesuatu). ops…. tapi bukan bermaksud mengubah hukum syariat (wajib amar ma’ruf nahi mungkar) ya… yang tadi cuma di dalam hati sahaja sebagai aqidah walau apa yang berlaku dalam diri kita dan sekeliling kita.

    bagaimana dengan menentang kemungkaran? ya! tetap wajib. itu amalan zahir. maknanya tetap perlu menegakkan syariat (di samping hati sentiasa tenang dengan aqidah yang benar… ini perlukan latihan juga laa… macam latihan solat).

    jadi harus faham perbezaan amalan hati dan amalan tubuh zahir. jangan dicampur adukkan. kalau dicampur adukkan, maka susah pula untuk kita nak berfikir secara rasional. saya biasa bergaul dengan beberapa orang sufi. kalau ditunjukkan artikel sebegini, tentu dia tidak menyalahkan artikel ini. malah dipertahankan kebenarannya. kerana dia tahu kategori mana nak letakkan penulisan yang benar ini.

    jadi bagaimana nak kaitkan tiga sendi agama ini (AQIDAH, IBADAH, TASAWUF)? jawabnya mudah,

    AQIDAH=ilmu tauhid yang benar,

    TASAWUF=perjalanan HATI mentauhidkan Allah (iaitu pegangan hati batin), dan

    IBADAH/SYARIAT=tatacara amalan zahir/hukum hakam zahir/ halal haram amalan zahir.

    semuanya tak boleh dicampur aduk amalannya. tetapi mesti berjalan serentak barulah berlaku ibadah yang hatinya tidak sombong, riak dsb.

    ya, tasawuf hanya boleh diperkatakan untuk belajar sahaja, tetapi amalannya tidak boleh dizahirkan. Ianya perlu diperkatakan supaya ilmunya sampai. itu sahaja. tubuh tetap ada bahagian usaha masing2.

    so, jangan keliru, apabila orang sufi menyatakan tak boleh marah walau apapun terjadi, walaupun umat islam ditindas, itu bermaksud amalan hati (tidak membawa kepada “ah.. tak apa… biarlah semuanya…). supaya HATI, diulangi… HATI tenang memandang semuanya datang dari Allah SWT (inna lillaah). HANYA amalan hati semata2. bukan bermaksud jangan melawan. lawan tetap lawan kerana itu AMALAN ZAHIR, ada pahala dosa.

    ya… be smart thinking man…. for islam. tq. wassalam

    Jawaban:

    Saya selalu mengingtakan diri saya agar tidak menggunakan bahasa menjadi pedang, lantaran saya ini adalah manusia yang bergelut dalam sastera melayu.

    Bila saudar mengatakn “bijak berfikir”, mak saya dapat menangkap, bahawa manusia yang mengucapkan kalimt tersebut pasti seorang yang “bijak berfikir”, bekuknkah begitu wahai saudara?

    Baiklah, kita teruskan komentar kita.

    pertama: tiada seorng nabi pun yang mengamalkan sufi. tak ada seorang sahabatpun yang melazimi tariqat. tak ada seorang tabi’in pun yang mewujudkn aliran hati. yang ada hnyalh zuhud.

    Imam Syafi’e yang membahagikan bid’ah kepada 2 [yang tuan sebutkan sebelum ini], Imam Ibn Hajar, Imam Ramly pun tak mengikut sufi. Lalu dimana kedudukan sufi dalam Islam sebenarnya?

    yang keduanya adalah saya masih tak menjumpai 3 dasr Islam iaitu Aqidah, Syariat dan Tasawuf.

    Boleh kah saudar kemukakan dari ucapan Imam mana yang mengatkan demikian? Kalau boleh saya mahukan dari Imam Syafi’e, Imam Nawawi, Ibn Hajal Asqalani, Imam Ramly.

    Ketiganya, saya tak mengerti apabila saudara katakan bahawa Aqidah, Syariat dan Tasawuf tidk boleh bercmpur tetpi harus berjalan seiringan?

    apakah maksud sudara ia seperti minyak dn air yang tak akn bisa bergaul mesra?

    Kalaulah begitu, maka ini satu ajarn yng amat menakjubkan bagi saya.

    saudara, sy beriman bahawa: Iman itu adalah perbuatan hati, dizahirkan dengan anggota badan dan diucpkan dengan perkataan, bedtambah dngn ketaan dan berkurang dengan kemaksiatan.

    Ishaq bin Ibrahim bin Hani berkata: “Aku mendengar Abu Abdillah Ahmad bin Hanbal berkata: ‘Iman adalah ucapan dan perbuatan, bertambah dan berkurang”.

    Shalih berkata: “Aku bertanya kepada ayahku [Imam Ahmad], apa itu makna bertambah dan berkurangnya iman?” Beliau menjawab: “Bertambahnya iman adalah dengan adanya amalan, berkurangnya adalah dengan meninggalkan amalan, seperti meninggalkan shalat, zakat, dan haji.”

    Al-Imam Al-Bukhari rahimahullahu, beliau berkata: “Aku menjumpai lebih daripada 1000 orang dari kalangan ulama di berbagai daerah (negeri). Tidaklah aku melihat seorang pun yang berselisih bahwa iman adalah ucapan dan perbuatan, bertambah dan berkurang.”

    Sahl bin Abdillah At-Tusturi, tentang apakah iman itu. Beliau berkata: ‘Ucapan, perbuatan, niat dan As-Sunnah.’ Karena iman tanpa amal adalah kufur, iman berupa ucapan dan amalan tanpa adanya niat adalah nifaq (kemunafikan), iman berupa ucapan, amalan dan niat namun tanpa As-Sunnah berarti bid’ah.” (lihat Majmu’ Fatawa, 7/505-506)

    Ar-Rabi’ berkata: Aku mendengar Al-Imam Asy-Syafi’i berkata: “Iman adalah ucapan dan amalan, bertambah dan berkurang.” Pada riwayat yang lain terdapat tambahan: “Bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan.” Kemudian beliau membaca ayat: “Dan agar bertambah keimanan orang-orang yang beriman.” (Al-Muddatstsir: 31) [Lihat Fathul Bari, 1/62-63]

    Saya tidak mengerti, bagaimana satu amal keykinan itu bisa dipisah dari hati, bisa terasing dari anggota fisik, dan terpisah dari akhlaq? Padahal iman itu harus meresap dalam qalbu, memasuki dalam hati, mennjelma menjadi perbuatan jasmani dan tergambar dengan pancaran akhlaq.

    bukankh rasul telah mnggambarkan bentuk iman itu termasuklah perbuatan:

    “Iman itu ada 70 lebih cabang, yang paling tinggi adalah ucapan La ilaha illallah, dan yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan dari jalan. Dan malu merupakan salah satu cabang iman.”

    Sebenarnya saudarku ini berusaha untuk membela sufi bermati-matian. Namun hkiktnya sufi itu tidak bisa lagi ditolonginya.

    Sufi setelah berakhirnya period pertama [seperti yang dinyatakan oleh Ibn Jauzi dalam Talbis Iblis] berada dalam lembah bid’ah yang bisa menyesatkan malah bisa juga mensyirkkah tuhan.

    lalu apakh tuan akan membela Ibn Arabi yng dikafirkn oleh Imam Nawawi dan Ibn Hajar? yang mengakui wahdatul wujud – yang maujud hanya yang esa.

    Ibnu Arabi berkata :

    “Tidak ada yang tampak ini kecuali Allah, dan tidaklah Allah mengetahui kecuali Allah”.

    “Akulah Allah, Maha Suci Aku”. [Al-Futuhat Al-Makiyah, I/354]

    Apakah saudar kan membela Hallaj yang mengimani Tajali dan penitisan? Manusia bersatu dengan Tuhan?

    Al-Hallaj berkata :

    Maha Suci yang menampakkan sifat kemanusiannya,
    Kami rahasiakan sifat ketuhanannya yang cemerlang, Kemudian Ia menampakkan diri pada mahluknya, Dalam bentuk orang yang sedang makan dan minum, Hingga mahluknya dapat menentukannya, seperti jarak antara kedipan mata dengan kedipan yang lain. Siapakah dia ? Dialah Rabbu Al-Arbab yang tergambar dalam seluruh bentuk pada hamban-Nya, Fulan.
    [Ath-Thawasin. Al-Hallaj, cet. Masoniyah, hal. 139]

    apakah saudara akan menyokong Uzlahnya Syeikh Abu Hamid Al Ghazali ketika tentera Salib memenggal jutaan batang tengkok umat Islam, dan dia sedang bermunajat di gua! Dia tak bangun menyeru jihad tapi dia beruzlah di dalam gua seorangan!

    Apakah saudara akan menytujui perkataan Ibnu Al-Faradh:

    Tidaklah aku shalat kepada selainku,
    dan tidaklah shalatku kepada selainku
    ketika menunaikan dalam setiap raka’atku.

    At-Tusturi berkata :

    Akulah yang dicintai dan yang mencintai,
    tidak ada selainnya.

    [Ma’arij At-Tashawuf Ila Laqaiq At-Tashawuf, Ahmad Bin ‘Ajibah, hal.139]

    Abu Yazid Al Bustami berkata:

    “Suatu saat hamba menjadi Rabb tanpa diragukan, dan
    suatu saat seorang hamba menjadi hamba tanpa kedustaan”

    “Rabb itu haq dan hamba itu haq. Maka, betapa malangku. Siapakah kalau demikian yang menjadi hamba ? Jika aku katakan hamba, maka yang demikian itu haq, atau aku katakan Rabb, sesungguhnya aku hamba”.

    [Fushush Al-Hikam, hal.90]

    Muhammad Baha’uddin Al-Baithar mengatakan: “Tidaklah anjing dan babi itu melainkan sesembahan kita, dan tidaklah Allah itu melainkan rahib-rahib yang ada dalam gereja-gereja”. [Shufiyat, hal.27]

    Abu Yazid Al-Busthami, “Kalian mengambil ilmu dari mayat ke mayat. Sedang kami mengambil ilmu dari yang Maha Hidup dan tidak pernah mati. Hal itu seperti yang telah disampaikan para pemimpin kami : “Telah mengabarkan pada aku hatiku dari Rabbku”. Sedang kalian (maksudnya, kalangan Ahlu Al-hadits) mengatakan : “Telah mengabarkan kepada kami Fulan”. Padahal, bila ditanya dimana dia (si Fulan tersebut) ?. Tentu akan dijawab : “Ia (Fulan, yakni yang meriwayatkan ilmu atau hadits tersebut) telah meninggal”. “(Kemudian) dari Fulan (lagi)”. Padahal, bila ditanyakan dimana dia (Fulan tadi)? Tentu akan dijawab : “Ia telah meninggal”.[Al-Kawakib Ad-Durriyah, hal. 226 dan Al-Futuhat Al-Makkiyah, I/365]

    Dikatakan pula oleh Ibnu Arabi, “Ulama Tulisan mengambil peninggalan dari salaf (orang-orang terdahulu) hingga hari kiamat. Itulah yang menjauhkan atau menjadikan timbulnya jarak antara nasab mereka. Sedang para wali mengambil ilmu dari Allah (secara langsung -peny). Yakni, dengan cara Ia (Allah) mengilhamkan kedalam hati para wali”[Al-Kawakib Ad-Durriyah, hal. 246 dan Rasail, Ibnu Arabi, hal.4.].

    Dikatakan oleh Asy-Sya’rani, “Berkenaan dengan hadits-hadits. Walaupun cacat menurut para ulama ilmu hadits, tapi tetap shahih menurut ulama ilmu kasyaf”. [Al-Mizan, I/28]

    Lalu apakah saudara akan bilang terhadap saya: “ini bicara sufi, amalnya hati, maka jangan dinilai dengan syariat, kerna nanti bisa menggoncangkan rasio. maka syariatdan tasawuf harus berpisah!

    Maha suci Allah dri kesyirikan dan kesesatan.

    Inilah sekularisme yang ditebarkn oleh para Pondokius dan para ahli sufi bebuyutan ajaran Majusi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: