Rusaknya Akhlaq Dibidani Agamawan

Abu Hamid Al Ghazali dalam bukunya Ihya al-‘Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada 3 tingkatan:
Puasanya orang awam (shaum al-‘umum): menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.
Puasanya orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.
Puasanya orang istimewa, super khusus (shaum al-khawasi al-khawas): turut berpuasa ‘hati nurani’, iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan

 

 

Inilah apa yang Ustazah Siti Aisyah ajarkan kepada saya saat sampai pelajaran PUASA. Bilang dia, maqam yang paling tinggi adalah maqam ke3, kerna semua para wali Allah berada di maqam itu. Malah seluruh para nabi dan rasul, yang mereka itu adalah utusan Allah, yang mendapat wangsit dari langit berupa wahyu suci, berada di dalam maqam “khusus yang khusus”.

 

 

Bicara Ustazah yang berkaca mata itu: “Manusia harus menuju ke maqam yang ke 3 itu kerna itulah maqam penyempurnan amal puasa. Jangan masih menunggu di tahap awam. Itu tandanya tiada perubahan dalam beragama, tak berhasil menjadi manusia yang berguna. Sepanjang 40 tahun kita berpuasa, apakah masih juga terjelepuk di lopak puasanya orang awam?”.

 

 

 

Bukan saja puasa, malah ibadah yang lain juga harus persis ibadah sang wali, malah lebih bagus sehingga menggapai seperti ibadah sang rasul dan nabi. Perbuatan harus dipusatkan kepada kesempurnaan amalan, dan yang diamalkan harus disempurnakan dengan hati – ikhlas dan khusyu’.

Ini adalah intipati pengajaran Tasawuf: Jalan Menuju Pengabdian Kepad Ilahi.

 

 

Tetapi yang peliknya, kalau benar pondasi Islam itu di dokong dengan 3 juzuk – Aqidah – Ibadah – Tasawuf, maka mengapa harus mewabak kebejatan manusia di kalangan orang yang bersyahadah?

Apakah amal lahiriyah mereka yang tak terlaksana hingga ikhlas dan khusyu’ tak menjelma? Natijahnya mereka menjadi bangsat dan busuk. Atau kegagalan para “Tokoh Hati” untuk mengurusi kalbu-kalbu umat manusia sehingakan mereka itu lalai dan alpa? Persoalan ini kita tinggalkan sebentar.

 

 

Kita harus merenung sebentar, tatkal kita mau berbicara tentang amalnya para wali, malah amalnya para nabi. Mungkin kita akan berkata bahawa seorang manusia yang Allah angkat menjadi Rasul, pasti dia punya kekuatan untuk menjadi baik, memusatkan pandangan dan menjelmakan kekhusyukan. Tapi kita ini manusia biasa.

 

 

Maka kalau begitulah getus hati kita, seharusnya kita mengambil patokan yang paling agung sesudah Nabi, iaitu para manusia biasa juga seperti kita, tetapi darjatnya adalah setinggi-tinggi para wali – itulah sahabat nabi.

 

 

Maknanya kita harus mengambil mereka – sahabat – sebagi idola dalam mengharungi hidup ini. Ketika itu, dalam menuju kepada martabat yang sudah mereka berada, kita akan menjumpa beberapa persoalan yang dilontarkan, antaranya adalah apakah yang menghantar mereka itu ke darjat yang sedemikian rupa? Banyakkan amal sunnah atau banyakkan amalan tambahan – bid’ah hasanah.

 

Selesai saja solan ini dilontarkan, maka para agamawan pun terdiam kaku. “Bagaimana harus dijawab” bisik mereka.

 

 

Mereka – sang agamawan menyedari bahawa Umar ra hanya melakukan 1 bid’ah sahaja sepanjang hayat, itupun sebenarnya sudah dicontohkan juga oleh Nabi sebelum itu. Solat Lail tika Ramadhan secara berjamaah.

 

 

Mereka juga mengetahui bahawa Uthman melakukan 1 sahaja bid’ah iaitu menjadikan bilangan azan jumaat kepada 2, tetapi dalam pada itu mereka juga mengerti bahawa Nabi telah mengatakan bahawa amalan khalifah ini adalah “sunnah”.

 

 

Tetapi kita andaikan bahawa perkiraan mereka mengenai amal 2 orang khalifah ini tergolong sebagai “bid’ah hasanah”. Maka kita dapati bahawa sahabat nabi hanya melakukan 1 amal bid’ah dalam hidup mereka. Hanya 1!

 

 

Baiklah, kita melihat pula kepada Imam mazhab kita, Imam Syafi’e. KIta semak amlannya. maka kita tak menjumpai sebutir pun amal bid’ah hasanah. Kita sedia mengetahui sang imam ini ada membahagikan did’ah kepad 2, bid’ah yang baik dan bid’ah yang keji. Tetapi ironis nya ialah sang imam tidak memberikan contoh-contoh bid’ah hasanah itu sepertimana yang kita imani seperti hari ini!

 

Kita beralih kepada Imam Nawawi, Ibn Hajar Asqalani, Izz Abdus Salam, Ibn Katsir, Imam Suyuti dan banyak lagi, kita tanyakan pada mereka “Apakah amal bid’ah hasanah yang telah engkau sang imam lakukan?”, nescaya mereka terdiam tak bersuara, kerna mereka tak melakukannya walau sebutir mengikut kesadaran mereka.

 

Justeru bagaimana mereka mau menjawab? Yang pasti mereka serentak akan berkata: “Kami tak melakukannya secara kami sadar. Kalau ada, itu diluar pengetahuan kami”.

 

 

Sesudah berlaku monolog dan dialog ini, kita sampai kepad satu tingkatan ilmu, iaitu ilmu kesadaran; bahawa semakin tinggi maqam seseorang itu, maka semakin kurang amalnya terkontaminasi dengan amal bid’ah hasanah. Malah apabila semakin kurang “amal rekaryasa” nya, maka semakin amal itu mendekati amal yang dilakukan oleh nabi – amalan sunnah. Justeru ia dapat disilmpulkan dengan satu matematik yang mudah; semakin banyak amal sunnah maka semakin hampir kepada maqam sahabat, dan juga semakin banyak amal bid’ah hasanah maka semakin kurang amal sunnah.

 

 

Saudaraku, apakah masih ingat bicara Abu Hamid al Ghazali dan guru saya Ustazah Siti Aisyah? Mereka membeberkan amal tingkatan manusia. Apa matlamat saya meletakkan pembahagian puasa oleh Abu Hamid Al Ghazali di permulan tulisan ini?

 

 

Nah! Kalau begitu, para agamawan seharusnya menyeru manusia kepada maqam khusus yang khusus, bukan sahaj dalam puasa, malah dalam setiap hal agama. Maqamnya Umar, maqamnya Uthman, maqamnya Imam Syafie, Imam Nawawi, Izz Abdus Salam, Ibn Katsir, Ibn Hajar: mengurangkan aml bid’ah hasanag dan membanyakkan aml yang secocok dengan sunnah.

 

 

Lalu kita tanyakan pada pak Uthman Muhammadi, Zamihan, Abu Syafiq, malah para ustaz-ustaz kita:

 

 

“Apakah ada tuan mengajak manusia untuk melalukan amal persis seperti amal nabi?”.

 

 

Maka serentak mereka menjawab:

 

 

“Tiada”.

 

 

Kita tanyakan lagi:

 

 

“Justeru apa yang kamu anjurkan?”.

 

 

Mereka dengan bersemangat menjawab:

 

 

“Kami anjurkan manusia untuk membanyakkan amal, dengan melakukan amal bid’ah hasanah”.

 

 

Lantas kita terus menyoal mereka:

 

 

“Bukankah amal para sahabat itu, kurang bid’ah, yang dengannya mereka mampu meraih maqam siddiqin, golongan kanan, yang mereka adalah, setinggi-tinggi wali? Justeru mengapa tuan-tuan mengajak manusia untuk terus tetap di maqam orang awam – iaitu maqam dimana manusia banyak melakukan amal bid’ah hasanah?”.

 

 

Maka terdiam seluruh para agamawan. Selama ini aqal mereka menutupi dari berfikir waras. Ilmu mereka menggiring mereka untuk tidak mahu mengkaji, dan keta’suban mereka membutakan hati nurani mereka.

 

 

Justeru, rosaknya nilai manusia hari ini, dengan busuknya perilaku kita, adalah kerana para ustaz kita senantiasa mahu kita tetap terus berada di maqam manusia awam. Sesungguhnya mereka – para agamawan – lah yang membikin kita bobrok akhlaq!

 

Label: , ,

Satu Respons to “Rusaknya Akhlaq Dibidani Agamawan”

  1. Mohd Syakirin Ismail Says:

    pandangan saya: bukan agamawan yang bersalah, kita yang kurang pemahaman. mengapa imam asyyafi’i membenarkan bid’ah hasanah? sedangkan beliau tak melakukannya? sudah tentu ada sebabnya. bersangka baiklah terhadap mereka. bukankah Rasulullah SAW diperintahkan untuk berdakwah secara berhikmah? sehingga berpeluh tubuh nabi ketika turun wahyu berkaitan itu.

    Pandangan Radzi:

    Saudara; yng salahnya tetap para pondokius. yang tak mengerti apa2 tetapi berlagak seperti alim.

    malam ini [18 / 03 / 2009], di masjid Bandar Tasik Selatan, semasa solat Magrib, saya meraptkan kaki kanan saya kepada kaki kiri Ustaz Mahfuz tetapi dia melarikan kakinya. Tiga kali say berbuat demikian dan akhirnya di naik berang. Dan pada kulian beliau dia menyerang saya dengan berkata:

    “Nabi tak pernah mengatakan rapatkan saff itu dengan merapatkan kaki. Yang betul adalah merapatkan bahu. Tak ada ulama yang berkata begitu. Entah dari siapa dia mengambil pengetahuan”.

    Begitulah makna ucapn kulian Ustaz Mahfuz yang terkenal menghentam Salafi.

    Jadi apakah kita akan salahkan masyarkat awam yang memang jahil? Atau kita terpaksa mengakui bahawa para jagoan Pondokius juga amatlah jahil!

    Mahu saja saya katakan kepada Ustaz Mahfuz:

    “Apakah ustaz yang mengaji di Azhar tak pernah membuka Shahih Bukhari? Dan apakah betapa jahilnya ustaz yang setiap hari kerjanya menghentam Wahabbi padahal ustaz sendiri amat jauh dari Hadith? Tak pernahkan ustaz mendengar hadith ini:

    Dari Anas ra, beliau berkata: Maka aku dapati setiap orang antara kami melekatkan bahu dengan bahu saudaranya; dan melekatkan telapak kakinya dengan telapak kaki saudaranya. Maka jika kamu terus melakukannya di suatu hari [kelak] pasti akan lari salah seorang dari kamu seperti larinya keldai liar” [H.R Bukhari no 31]

    Apakah ustaz adalah keldai liar yang membawa kitab-kitab di pundak ustaz?

    Rabu hadpn saya kan bertemu dengnnya, menyerahkn sejumlah hdith dari Shahihain, agr dia mengeri bahawa para Sahabat lah umat pertama yang merptkn kaki, dan agar di dia dari mencela para sahabat.

    Saudara Syakirin menanyakan soalan yang telah saya tanyakan terdahulu tntng Imam Syafi’e, lalu menyimpulkan sengan sebuah ungkapan: “Sudah tentu ada sebabnya”.
    😛

    Jadi apa jawabannya wahai saudara? Apakah saydar juga tk mengetahui? atau saudara menta’wilnya?

    Kemudiannya, apakah saya berprasangka kepada mereka – para aimmah? ini satu hal yng menakjubkan diri saya sendiri.

    Kalaulah saudara mengikuti tulisan saya dari awal, terutamnya antologi Fabrikasi, pasti saudara akan mengerti betapa salafi menyangjung tinggi para aimmah dan sentiasa antusia untuk mengikuti nasihat mereka.

    fahamlah sahabat, bid’ah yang dilarang adalah berkaitan aqidah sahaja, sedangkan perbezaan pendapat dalam hukum hakam bukankah satu rahmat? tak perlu bertengkar apabila ada perbezaan pendapat dalam hukum cabang (lainlah yang telah dinyatakan secara khususnya halal haram, seperti makan babi haram, perempuan mengimami lelaki pun haram, dsb).

    Jawaban:

    Ini satu hal yang sya baru ketahui, iaitu bid’ah yang dilarang hanyalah dalam hal-hal aqidah. Lalu mengapakah para Pondokius membid’ahkan Aminah Wadud?

    Itulah yang saya katakan, saudara tidak mengikuti tulisan-tulisan saya.

    lalu, kalaulah perbezaan pandngan itu semuanya benar, apakah kita boleh terima fatwa dari semua para ulama dari sebarang aliran, termasuklah Islam Liberal?

    Tentu saudara akan berkat “Tidak”

    Maka, saudara hrus perhalusi lai, kemukakan kepada saya dn pembaca, apakah bentuk perbezaan yang diterima dan perbezaan yang tercela.

    kerna, makan babi itu dalilnya bisa dita’wil, imam wanita itu juga bisa dita’wil. Malah saya telah menulis satu artikel tentang Imam Wanita ini: Wadudisme Melacak Kelelakian.

    Kalau Saudara berkata bahawa dalil haram Imam wanit itu jelas, maka saudara masih belum mengerti kaedah istimbat hukum [istidlal] yang dilakukan oleh Dr Aminah adalah sama dengn para Pondokius lakukan. Lalu mengapa hal Imam wanita dikatakan JELAS DALILNYA sedngkan yasinan, tahililn, sifat 20 dan banyak lagi bisa saudara katakan itu Khilaf!

    Kalaulah bid’ah dalam aqidah yang dilarang, lalu mahu tidak mahu saudara wajib menyesatkan para penganut Asya’irah lantaran mereka ini melakukan bid’ah dalam aqidah.

    pertengkaran begini hanyalah seperti kebudakan. ibnu hajar dan sh ramli, kedua2nya berguru dgn imam syafi’i, tapi berlambak2 perbezaan pendapat, malah kedua2 perbezaan pendapat itu dimasukkan ke dalam kitab. itu kan rahmat drp Allah? pada mereka biasa sahaja dengan perbezaan pendapat. tak bertengkar pun. tapi kita mengapa harus bertengkar? mesti ada sesuatu yang tak kena. wallahu a’lam.

    Jawaban:

    Saya tidak tahu apakah Ibn Hajar dan Imam Ramly berjumpa dengn Imam Syafi’e. atau makna “berguru” yang dipaki oleh sudara adalh maknanya melalui perantaraan – wasilah – guru atau kitab.
    😛

    Boleh kah saudara kemukakan antara bid’ah hasanah yang dibenarkan oleh Imam Syafi’e tetpi beliau sendiri tak lakukan.

    Dan boleh kah saudara kemukakan antara perbezaan yang berlaku antara Imam Ibn Hajar dan Imam Ramly.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: