Sanoisme Dalam Pengamalan Sunni

Kalulah seorang Syi’i itu mengimani hipokrasi sebagai agamanya, dan mereka itu akan berbangga andai bisa membohongi seorang Sunni. Maka rupanya seorang Sunni – pada tafsiran masyarakat sekarang ini terutamanya Zamihan Al Ghari dan Abu Syafiq Ahbashi serta mahaguru mereka Ustaz Uthman El Muhammadi pendiri ajaran Tal 7 yang dahulunya diwartakan sesat – juga mengimani secara bawah sadar satu bentuk “amalan”.

Ia bukanlah hipokrasi, yang suka berpura-pura (melainkan abu syafiq yang berbohong di hadapan saya tahun lepas secara terang-terang) tetapi sedikit ciri itu tercakup dalam amal mereka.

Saya tidak dapat pastikan apakah mereka mencedok taqiyah ini atau memang mereka tanpa sengaja mengambil sedikit unsur taqiyah? Apapun, natijahnya bahawa kaum Sunni [mengikut tafsiran mereka ber-3] sudah mengamalkan Sanoisme dalam menghadapi agama dan sebagai worldview mereka melihat perbezaan pandangan.

Lantas ada orang bertanyakan kepada saya; “Sanoisme itu apa?”.

Sano itu adalah bodoh, atau bisa dipanggil jahil murakab – kejahilan yang bertompok-tompok seperti tahi lembu. Sudahlah jahil malah dia sombong dan bangga dengan kejahilannya. Sano tidak berhenti di situ sahaja; seorang yang mengamalkan sanoisme itu apabila dia berhujjah maka dia sekadar membawakan khabar burung tanpa riwayat atau membuat tuduhan tanpa bukti, dan apabila dia disoal maka dia akan mengemukakan tuduhan baharu tanpa menjawab soalan yang diberikan kepadanya. Ketika dia kemukakan bukti, dia akan menyeleweng, atau dia akan mengambil sahaja apa-apa bukti tanpa melihat kesahihan buti tersebut.

Sanoisme ini sebenarnya lahir dari jiwa kacau yang merasakan kerdil apabila berhadapan dengan lawan yang punya pengetahuan jitu dan kaedah perbahasan ilmiah. Tetapi oleh kerana seorang pengamal sano ini adalah pemalas untuk mengkaji, dan tiada bahan rujukan serta bebal, maka dia terpaksa mengambil kaedah gerila – serang hendap dari dalam belukar kejahilan. Dia akan mengacukan pistol pendeknya dan membidik, lalu menyungkup kepalanya ke dalam semak samun setelah itu. Selang beberapa saat lagi, dia membidik semula dan terus menyungkur ke atas tanah dan bergolek-golek mencari semak. Inilah perilaku Sanoisme dalam amalan seorang Sunni [mengikut tafsiran mereka ber-3].

Walau bagaiman pun, kelihatannya ada sedikit beda antara seorang jahil dan seorang sanoisme. Jahil itu lambang kekurangan ilmu tetapi sano itu adalah lambang manusia yang cintakan kebatilan kerana dia memiliki kekurangan berganda dari seorang jahil. Orang jahil mungkin ikhlas mencari kebenaran tetapi pengetahuannya yang menghalang dia menggapai hakikat.

Tetapi seorang sanoisme, dia adalah bebal, kemudian dia tidak mahu mencari ilmu dan membuat pengkajian, lantas dia menebarkan berita palsu yang dia sendiri tak dapat pastikan, akhirnya dia akan membuat hukuman kepada lawan yang berselisih paham dengannya dengan sebuat frasa “kau sesat dan kafir”.
Dan ketika berdialog, dia tidak akan membaca hujjah lawan, atau dia tidak pernah langsung melihat hujjah lawan. Matanya dipejam, telinganya ditutup dan hatinya dibekukan. Yang dia tahu adalah hanyalah menghentam lawan dan dia imani bahawa dia tak tersesat langsung. Kalau dia Syia’, dia tidak peduli, kerna baginya seorang syiah harus menggkafirkan seorang sunni. Hujjag seorang sunnia? Arh… persetankan hujjahnya kerana sunni itu suka mengkafirkan dan menyesatkan manusia, malah sunni telah merobah al quran dan hadith! Seperti ini lah fe’el seorang mangsa sanoisme.

Baru-baru ini saya menghadiri program GABEM, wacana untuk memperkasakan ekonomi Melayu. Justeru kesempatan itu telah saya gunakan untuk melepaskan cetusan pemikiran tajdid – saya menyeru untuk kembali kepada Islam Tulen sebagai asas permuafakatan, dan menghapuskan ajaran-amalan yang menyeleweng terutamanya sufi. Kerna sufi itu mengajak manusia menjadi sami, kalau boleh mereka ini mau saja membawa tempurung dan berkaki ayam dalam berkelana meminta sedekah. Sufi adalah ide kemiskinan – fakir. Memang ada yang kaya, tetapi bila dilihat, yang punya kereta besar, banglo besar, itu hanya dimilik oleh guru mursyid tariqat tersebut. Sementara para murid itu tiada apa-apa, malah berkerja untuk sang guru.

Kalau tidak percaya bahawa Sufi mengajk kepada kemiskinan, kita boleh tanyakan kepada Tokoh Hijrah kita, Ustaz Uthman El Muhammadi; apakah dia dahulu membuang harta benda saat menjalani ajaran sesat tariqat Tal 7. Ini serita ketika dia sebagai penggerak ajaran sesat. Tapi sekarang harus ingat, dia tokoh Hijrah yang sudah tidak sesat, malah dialah lambang Ilmuan Islam yang Sunnia hari ini.

Lantas amargadon yang saya cipta itu membuat jengkel segelintir hati-hati manusia yang Islamis. Kerana orang Islamis ini senantiasa beriman bahawa “paham” mereka adalah paham yang mulya dan benar, sedang paham yang berbeda adalah sesat dan menyesatkan. Sehingga golongan Islamis ini disindir oleh seorang komposer lagu baru-baru ini: “Ini Ego orang agama. Kalau kita tegur ‘sanad yang ustaz guna tak betul’ pasti mereka tidak akan percaya”. Sedangkan mereka para agamawan itu langsung tak pernah meneliti setiap hadith yang dia tuturkan.

Setelah habis berwacana, maka datanglah seorang Tablighi untuk menda’wahi saya. Lalu dikemukakan soalan dan saya pun menjawabnya. Jarang seorang tablighi untuk berbual sebegitu, tetapi setelah diselidiki maka ketahuilah saya bahwa tablighi ini punya guru dari orang yang membenci Ahlul Hadith.

Saya tanyakan kepada tuan tabligh itu:

“Buku Wahabi apa yang abang baca? Buku yang menghentam wahabi apa pula yang abang baca?”

Dia tidak menjawab.

“Mana abang mengetaui semua ini?”

“Dari ustaz yang pernah mengaji di negeri Wahabi”.

“Jadi abang cuma mendengar khabar, tak membuat kajian?”

Diam

Saya tanyakan lagi:

“Bagaimana abang boleh menyatakan wahabi sesat dan kafirkan orang? Padahal abang tidak memiliki hujjah. Dalam agama, kita mesti punya dalil untuk setiap alasan, ini bukan kedai kopi yang semahunya berbicara”.

Lantas dia berkata: “Ilmiahnya Wahabi dan ilmian nya Sunni berbeza. Wahabi selalu selewengkan fakta”.

Terus saya teringan percakapan seorang kakak yang mengikuti pengajian pondok, yang berkerja di Saba Islamic Media, PNKS Shah Alam yang berkata bahawa Wahabi telah mengubah sekian banyak kitab, malah telah merubah kandungan kitab Shahih Bukhari dan Muslim!
 

Mungki ilmiah sunni itu adalah khabat burung, sedangkan ilmiah seorang wahabi itu adalah hujjah al quran, kemudian hadith yang sah, kemudian ijma sahabat, kemudian atsar, kemudian ungkapan para imam terkenal keilmuannya dan kebaikannya. Tetapi nampaknya ilmiah seperti ini tak diterima oleh tuan Tablighi ini.
Lalu saya katakan kepada abang Tablighi ini:

“Kalau saya katakan bahawa Tablighi yang abang ikuti ini sesat dan mengkafirkan orang. Lalu abang tanyakan saya bukti dan kitab apa yang saya kaji, namun saya cuma mengatakan ‘Ustaz saya bilang’ dan buku yang saya baca cuma yang menghentam tabligh, itu pun satu dua, maka apakah abang rasa saya telah berlaku adil dalam hal ini? Pasti tidak”.

Tapi dia terus berkata: “Wahabi memang suka menyesatkan orang dan kafirkan orang. Lihat fatwa ulama, ijma”.

Oleh kerana sepanjang perbahasan saya dengan tuan tabligh ini, tidak kedapatan sebarang hujjah yang ilmiah, malah sebutir buku pun dia tidak menyebutnya, maka saya pun menerangkan kaedah ilmiah kepadanya:

Kaedah ilmiah ini ibarat membuat tesis Degree, atau membuat buku yang ada notakaki. Harus setiap hujjah itu disertakan sumber nukilannya. Apa nama kitab, atau hadith apa, atau ulama mana yang berkata. Kemudian kita harus sadar, pendalilan itu bermula dengan Al Quran, kemudian As Sunnah, kemudian ijma’ sahabat, kemudian atsar sahabat dan tabi’in dan itba’ at tabi’in, kemudian barulah qaul para imam mu’tabar terdiri dari 4 imam dan kemudian imam-imam lain yang terbukti bahawa mereka ini aslam – selamat.

Saya berkata berdasarkan fakta, dimana pembaca boleh melihat segala sintom sanoisme ini ada menjangkiti para agamawan yang sangkeng menentang Wahabi. Mungkin boleh lawari bermacam blog yang anti wahabi dan yg pro wahabi. Kalian nilailah sendiri.

Namun di sana masih ada darjat yang lebih tinggi dari sanoisme, puncak yang paling agung dalam sano – iaitu penipuan. Hal ini terjadi bila kebodohan mereka terungkai dan mereka tiada lagi hujjah, maka “mereka terpaksa membidik peluru terakhir”, makanya peluru terakhir pun dilepaskan, iaitu sebuah penipuan.

Kepada orang yang tidak mengerti bahasa Arab, mereka akan terjemahkan mengikut kehendak mereka. Kemudian mereka potong petikan tertentu dan membuang petikan tertentu. Mereka juga berusaha menshahihkan hadith yang menyokong pendirian mereka, serta melemahkan habith yang shahih, termasuklah hadith dalam Bukhari dan Muslim.

Inilah yang saya katakan di awal tadi, satu persoalan iaitu apakah golongan agama yang mengaku Sunni ini punya kaitan dengan takiyah sang Syiah, kerana keduanya punya satu unsur sama iaitu melakukan penipuan terhadap fakta dan data.

Maka jelaslah kepada saya bahawa para agamawan ini, seperti katanya Roslan Aziz “Ego seorang Ustaz”, tetapi bagi saya, mereka adalah manusia yang dihinggapi penyakit sanoisme, sehingga akhirnya akan mejadi para badut yang bermain pistol-pistolan dalam semak, atau yang bermain belon-belonan saat kenduri kawin.

Label: , , , , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: