Yang Ditunjukkan Oleh Mustafa Kamal

Kalau sejarah itu tidak berguna, baik kita lupakan saja kisah Muhammad Bin Abdullah.

Kalau ia berguna, mengapa kita masih tak berubah?

Dan Sejarah Islam itu untuk apa kita berdengarkan?

 

 

 

Mungkin kita bisa mengambil satu contoh yang agak dekat dengan hidup kita; bagaimana Dinasti Turki Uthmaniyah roboh kepada tangan Jendralnya sendiri; Mustafa Kamal. Setelah Mustafa Kamal menduduki kuri kekuasaan maka dia mengubah negara itu menjadi sebuah negara sekular. Dia melakukan pencerobohan yang kejam – menaggalkan kerudung wanita, menghapuskan abaya dan digantikan dengan skrt, undang-undang Islam dihapuskan dan digantikan dengan undang-undang sivil. Ini antara contoh kezaliman beliau, sehingga dikhabarkan dia mati tak kebumi hingga kini.

Maka para hizbiyyun pun mencanangkan bahawa kemelesetan Islam berpunca dari lelaki ini, kerna Mustafalah yang menjatuhkan Khalifah Muslim. Dengan jatuhnya khalifah maka dunai Islam bergolak, ada yang dijajah, dan penghayatan Islam sirna.

Kemudiannya para hizbi pun berteriak kali keduanya; bahawa kalau kita tidak berjuang menentang pemerintah sekarang maka negara kita juga akan menjadi seperti Turki di zaman Mustafa Kamal – menjadi sekular dan Islam ditindas!

Mereka saban hari mengingatkan kita bahawa sirah itu harus dipelajari kemudian diteliti, kerna bilang mereka “sejarah pasti berulang kembali”. Mereka seperti manusia yang peduli akan historis. Tetapi akhirnya kita juga menyadari bahawa mereka adalah para pembaca buku historis yang suka memilih-milih tajuk yang menyelerakan tembolok mereka sahaj, tanpa berlaku juju pada historis.

Kerna historis yang dimulai oleh Heredotus adalah satu cerita untuk para pemenang. Yang menang akan melakarkan versinya bagi melangsungkan bangsa mereka. Begitulah ketika para pemuka hizbi mahu mengumpulkan kekuatan bagi melacak Islam, maka mereka menghikayatkan historis mengikut acuan mereka, guna untuk mengelabui para pemuda.

Mengapa mereka melupakan sisi-sisi penting dalam sirah Mustafa Kamal itu tetapi mereka hanya mengambil sebahagian sahaja?

Begitulah ketika Mustafa Kamal Menjadi pemerintah Turki, maka beliau telah melakukan satu Bid’ah Hasanah, yang beliau niatkan untuk kebaikan – mahu menjadikan bangsanya maju tak ketinggalan.

Dia mengubah lafaz azan kedalam bahasa Turki; apakah ada larangan dari Tuhan yang menyebutkan hal azan? Jawab para pondokius! Tiada! Tuhan tak melarangnya! Tuhan tak membantah! Inikan niat murni agar bangsa Turki memahami ajakan bersolat!

Justeru mengapa kalian membenci dia walhal dia adalah Tokoh Bid’ah Hasanah!

Kemudiannya apakah kita pernah ambil peduli bagaimana Mastafa Kamal bisa meruntuhkan sebuah Khalifah Islam yang besar?

Apakah dia berseorangan sahaja, atau dia menggunakan batalion nya untuk melakukan kudeta? Mungkinkah dia menggunakan kuasa asing seperti British agar terlaksana cita-citanya? Atau dia ada menggiring umat dengan menyerukan kepada rakyat bahawa Sultan harus ditumbangkan kerna zalim dan khianat?

Apakah mungkin dia bisa menjatuhkan sebuah kekuasaan yang menguasai spertiga dunia tanpa bantuan Kuasa asing dan juga tanpa menggerakkan rakyat Turki sendiri untuk menentang Sultan.

Untuk menggerakkan rakyat, apakah slogan yang dia laungkan? Apakah dia mengatakan bahwa matlamatnya adalah untuk sekular? Pastilah tidak. Apakah dia melaungkan slogan “Mari Tukar Abaya kepada Skirt? Pasti tidak. Dan apakah dia melaungkan slogan “Pemimpin adil pemimpin di sembah, pemimpin zalim pemimpin disanggah”? Ya inilah yang dia laungkan. Mustafa mengingatkan kepada rakyat bahawa Sultan telah berlaku zalim, khianat, curang, dan jahat. Lalu pemimpin sebegitu harus ditirunkan dan diganti dengan pemimpin yang adil lagi beriman.

Dan apakah ketika dia berbicara begitu, tangannya sedang memegang segelas bir? atau lakunya seperti seorang yang Soleh?

Kemudian setelah dia menduduki kursi empuk di istana, dan ketika dia menjalankan sekularisme, apakah yang dilakukan oleh rakyat yang banyak itu? Apakh mereka mengadakan perlawanan dan membunuh Mustafa, sedangkan jumlah mereka lebih besar dari batalion Mustafa! Cukup besar jumlahnya. Tetapi nampaknya rakyat Turki yang besar itu tidak dapat merubah iklim baru Turki. Padahal perubahan itu berlangsung tidaklah memakan masa yang lama, malah ia begitu singkat!

Apakah ini bermakna bahawa rakyat Turki kebanyakannya adalah manusia yang bersetuju dengan perubahan baru itu? Mungkin.
Kemudiannya lagi, apakah yang membuatkan kita bisa mengatakan bahawa Empayar Turki Uthmaniyah merupakan Khalifah Islam? Padahal Turki tidaklah menguasai seluruh negara Islam dari Timur hinggalah ke Barat. Di sana wujud kesultanan Mounghul. Di sana juga wujud Kesultan Melaka. Apakah kedua kesultanan ini merupakan jajahan kepara Kesultana nTurki? Tidak. Maka kalau begitu apakah hanya wujud satu pemerintahan besar di dunia Islam? Tidak juga.

Dari kelanjutan bahawa Turki adalah Khalifah Islamiyah maka bagaimana kita boleh berkata bahawa Turki adalah Khalifah Islam terakhir apabila ia runtuh ditangan Mustafa? Kerna kalau kita telah beriman bahawa disana ada beberapa empayar lain yang Islam dan berkuasa dan saling tidak takluk menakluki antara mereka, maka kejatuhan Kesultanan Turki bukanlah bukti bahawa Empayar Islam telah habis, tetapi kalimat yang benar adalah Kesultanan Turki telah terhapus.

Ini antara sisi yang kita terlupa untuk diajarkan kepada syabab dan masyarakat. Malah sisi inilah juga yang tak terpikir oleh para pondokius kita. Yang mereka terpikir adalah Najd merupakan jajahan Turki! Kerna kalau mereka boleh meyakinkan umat hal tersebut, nanti mereka akan bilang kepada manusia muslim: “Lihatlah Wahhabi, mereka lah yang menjatuhkan Turki dan melenyapkan Khalifah Islam. Mereka adalah kaum khawarij kerna memerangi Khalifah!”.

Padahal Najd itu tak siapa pun peduli termasuklah Turki! Dan walaupun Najd bebas dari mana-mana pengaruh, Sultan Wahhabi bersedia untuk bernaung dibawah Turki agar umat Islam aman dan tak berperang. Tetapi kerna pikiran para ustaz kita yang sudah terbalik dan tak biasa mencerna sedikitpun akan histories, maka mereka ini bisa saja menghikayatkan cerita. Ini tak mengherankan kerna dalam beragamapun mereka sudah berlalu canggih untuk merekacipta macam-macam tatacara ibadah, inikan pula sekadar cerita sejarah.

Sudahlah bodoh dalam bidang ansh, malah bertambah jahil pula dalam bidang sirah. Tetapi para masyarakat, merekalah jagoan Umat dan cendiakawan Islam.

Kemudiannya kita cubalah menterjemahkan sejarah Mustafa Kamal ini dalam lembar hidup kita – saat ini.

Ketika ini ada sekelompok manusia, yang berkata akan menentang kezaliman dan mengharapkan duduknya seorang yang adil atas kursi Perdana Menteri. Mereka ini seperti para solihin yang islamis. Mereka juga bersahabat baik dengan kuasa-kuasa luar. Serta mereka sudah banyak menggiring rakyat untuk mendemontrasi dan melakukan penentangan lisan dan psikologi kerhadap pemimpin.

Nampaknya mereka inilah Mustafa Kamal yang seterusnya.

Mereka melakukan bid’ah hasanah sepertimana Mustafa mengubah azan ke dalam bahasa Turki atas niat kebaikan. Mereka juga menjalani sekularisme iaitu mereka menolak dan menafikan nash-nash yang jelas shahih ketika nash itu menyanggahi paham mereka. Mereka juga menginginkan penguasa muslim diturunkan kerna mereka percaya bahwa kezaliman harus dihapuskan tanpa menyedari bahwa mereka adalah lebih zalim dari sultan tersebut.

Label: , , ,

Satu Respons to “Yang Ditunjukkan Oleh Mustafa Kamal”

  1. Mariah Says:

    Assalamu alaikum wr wb

    Pada saat bajingan-bajingan yang tidak mengenal kebaikkan berani menonjolkan diri dalam berbagai tindak dan ucapan ; kerana merasakan ada ikutan dan pembelanya.Mereka yang sedang seronok terpekik terlolong menghamburkan pelbagai dusta dan nista yang menzahirkan cetek dan singkatnya pemikiran serta aqal budi mereka .

    Rasa hormat menghormati, adab sopan sudah dicampakkan sejauh mungkin . Si kaduk yang sudah naik junjung , melontarkan peringatan , kamu ini tidak ada apa-apa bagi kami ,kamu boleh berkokok atau apa saja semaumu kerana kamu akan jadi seperti pak kaduk, menang sorak kampung tergadai !

    Tulisan yang mengungkap sejarah seorang Mustafa Kamal ini ,ibarat hujan rahmat, menyirami hati insan yang terkedu melihat sipencari kayu api sibuk mengumpulkan kayu api bersama pembantu-pembantu terhormatnya bagi membakar kampungnya sendiri…

    Kerana apabila kebenaran terungkap ,kesan pertamanya ialah meluruskan pemikiran yang berdepan dengan kebuntuan serta mencairkan apa yang terbuku di hati .

    Sedarlah wahai teman sekapal ,bahawa kita sedang diperhatikan oleh samaada kawan atau lawan . Dan yang paling penting , kita tidak terlepas dari pemerhatian dan perhitungan oleh Tuhan yang mencipta
    diri kita dan seluruh jagat raya ini ,dan Dia juga yang menguruskannya.

    Jadi buatlah sekehendak mu, cuma jangan lupa bahawa kita ini adalah makhluk yang akan dipertanggungjawabkan atas setiap apa yang kita buat, baik atau buruk.

    Tiada dayaupaya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah. Dan kepadaNya kita semua dikembalikan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: