Label Sesat Sebagai Perisai Seksis

Seksis!

Ini cerita bukan fasal seks – hubungan intim antara suami isteri. Bukan tentang seksi – berahi atau pakaian yang bisa menjojolkan mata. Tapi ia berkisar pada gander – jantina.

Cerita tentang empunya zakar dan faraj. Yang punya zakar tanpa faraj dinamakan lelaki dan yang punya faraj tanpa zakar dikatakan wanita. Yang ada kedua-duanya itu kita bilang saja kunsa. Tapi di sini kita tak menyinggung kunsa kerna kewujudan mereka sangat sedikit dalam bidang agama ini.

Naib Cancelor Universitas Malaya, Rafiah Salim katanya ditamankan jawatan tak seperti naib-naib yang lain. Tempohnya lebih pendek ketimbang naib terdahulu. Lalu dia mentabrak bahwa ketakdisambungkannya kontrak naib censelor kerna dia punya faraj dan bukan zakar!

Lucunya hanya satu anggota dari sekian banyak anggota manusia, anggota itulah yang selalu menjadi tabir darjat antara kita. Padahal ketika diatas katil, anggota itulah yang tak sabar-sabar untul dibelai. Namun bila diatas meja studi maka anggota itu lah yang direndahkan martabatnya.

BRITAIN-RELIGION-ISLAM-WOMEN

Kerna itulah Aminah Wadud disesatkan hanya kerna dia juga punya fajar seperti Rafiah. Namun yang bezanya Rafiah bergelumang dengan bidang pentadbiran universiti sedangkan Aminah berkubang dalam bidang fatawa agama.

Lalu kalau Rafiah, yang bisa dibuat oleh manusia berzakar hanyalah tamatkan kontraknya dan kemudian beri dia meja dan kerusi sebagai upaya melakukan penyelidikan.

Tetapi apabila seorang wanita itu berani menongkah arus dalam acara berfatwa maka manusia yang punya sorban dan jubah atau mislah atau imamah ini akan mentancapkan papan tanda  “SESAT” pada empunya faraj itu.

Ceritanya mudah; Aminah berfatwa atas krebilitasnya seorang ulama yang telah sampai peringkat doktor filsafat dalam jurusan Islam dan kapibilitinya seorang pensyarah di Universiti antarabangsa; bahwa wanita [manusia yang dianugerahkan faraj oleh tuhan – malah melalui anggota itulah lahirnya manusia berzakar] bisa saja menjadi imam bagi seluruh umat pada solat tamam dan jumaat.

Wanita, katanya adalah seperti lelaki; Islam mematrabatkan wanita dan memperakui keberadaan mereka. Malah kerna itulah Islam memberikan wewenang untuk wanita bagi menjadi Imam solat.

Buktinya ada: “Ya, hadith telah sabit menemukan kita bahwa Ummu Waraqah pernah ditunjukkan oleh nabi menjadi Imam kepada keluarganya yang disitu ada lelaki renta. Renta atau tidak itu bukan soalnya tetapi dia lelaki. Dan kualitas hadith ini sah dari ilmu mustalah. Dan sesungguhnya bahwa pandangan ini didukung oleh Abu Tsaur, al Muzanni dan at Thabari”.

Justeru ini adalah satu bukti bahwa penisbatan “sesat” kepada Aminah lebih kepada upaya menjauhkan dirinya dari berfatwa dan tindakan yang lahir dari sikap seksis – kecemburuan melampau yang didasari atas anggota kelamin.

Rupanya para pondokius kita masih selalu mediskriminasi wanita, walhal Rasul telah mengangkat darjat mereka kepada satu kedudukan yang setaraf lelaki. Namun usaha itu tak berhasil dikendali oleh para cerdik-pandai agama kita. Mereka masih ditahap pikiran jahiliah walaupun mereka lah yang suka melabel para pemerintah dengan istilah jahiliyah dan firaun.

Kalau lah para pondokius ini menyatakan Aminah sesat kerna percampuran lelaki dan perempuan dalam jamaah yang beliau imamkan, maka itu satu hal yang mudah diuruskan tanpa perlu mengatakan dia sesat. Yang betul harus beritakan kepada dia bahwa tiada  nash yang membenarkan percampuran wanita dan lelaki dalam solat.

Maknanya kalau Aminah bisa menjadikan lelaki punya saf tersendiri dan wanita juga punya barisan sendiri maka fatwanya bisa diterima walaupun ia bertentangan dengan fatwa jumhur.

Kalalu tidak dapat menerima fatwa yang menyalahi jumhur, baik saja kita menutup semua sekolah dan haramkan saja mazhab selain yang empat. Mengapa harus kita hantar anak kita ke al Azhar kalau mereka tidak boleh menggali pandangan baru walaupun pandangan itu tak keluar dari kerangka nash yang absah? Makanya kita harus mogok bogel bagi menuntuk al Azhar ditutup.

Dan yang lebih mengherankan dan mengjengkelkan adalah cara istimbat hukum yang Aminah pakai ini adalah cara yang seringkali para pondokius yang berzakar  lakukan. Lalu bagaimanakah kesalahan itu bisa timbul pada diri Aminah dan bukan pada para pondokius kita yang lain? Apakah ketika Aminah mengistimbat hukum tentang “Imam Wanita” maka kaedah istimbah  berubah dengan hadirnya alat faraj? Ini satu lulocon yang hebat.

Kalau begitu, harus kita pertanyakan kepada para pondokius kita; “Apa gerangan kalian menyesatkan Aminah walhal dia meniti atas jalan kalian mengelurakan fatawa – persisi kaedahnya, tiap-tiap hurus termasuk titiknya. Maka kalau dia sesat, barangkali tua-tuan mufti juga sesat. Dan kebarangkalian genderisme itu lah yang menyebabkan Aminah disesatkan. Apakah mungkin tuan-tuan akan bilang pada diri sendiri ‘Aku sesat’. Ya, nyata bahwa hanya faraj lah yang merendahkan Aminah, bukan nash”.

Tak percaya bukan!

Tuan-tuan boleh melihat kaedah para pondokuis kita membenarkan yasinan, Maulidan, Zikir Jama’i dan banyak lagi acara-acara yang dibikin atas dasar ta’wil dan qiyas. Tetapi acara ini dikatakan berasaskan dalil umum lalu dikembangkan menjadi ibadah dan dikatakan berpahala. Kaedah ini lah yang digunapakai oleh Aminan. Dan yang lebih parah Aminah punya dalil yang khusus – seakan-akan Aminah hampir memiliki Nash yang Qat’i ad Dilalah dan Qat’i at Tsubut, sedang para penfatwa yasinan, tahlilan, niatan hanyalah bersandar pada dalil yang umum semata-mata.

Justeru akhirnya kita sampai pada titik utama; bahwa Aminah disesatkan hanya kerna dia wanita!

[tandaan: Percampuran lelaki wanita dalam solat itu adalah haram]

Hadith:

Dari Ummu Waraqah radhiyallahu ‘anha, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam pernah mendatangi rumahnya dan beliau menyediakan seorang mu’adzin yang mengumandagkan azan untuknya. Maka, beliau memerintahkan dirinya untuk mengimami keluarganya (penghuni rumahnya). (Hadis Riwayat Abu Daud (1/592) dan disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah. Manakala menurut al-Albani, hasan. Juga terdapat di dalam Musnad imam Ahmad, 1/405) diriwayatkan dari ‘Abdurrahman bin Khallad, yang menjadi mu’adzin itu adalah seorang lelaki yang telah teramat tua.

Nama lengkap Ummu Waraqah adalah Ummu Waraqah binti Naufal al-Anshari. Juga dikatakan binti Abdullah bin Harits.\ bin Uwaimir.

Syarah hadis (Subulus Salam, jil. 1, no. 390):

Hadis ini menunjukkan bahawa sah-nya perempuan menjadi imam anggota rumahnya, walaupun di situ terdapat laki-laki. Kerana disebutkan dalam suatu riwayat, bahawa baginya seorang mu’adzin dan ia adalah seorang lelaki tua sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa riwayat. Dzahirnya bahawa Ummu Waraqah turut mengimami budak laki-laki dan perempuan (hamba lelaki dan perempuan (penghuni rumah)). Pendapat ini didukung oleh Abu Tsaur, al-Muzanni, dan ath-Thabari, manakala majoriti ulama menentangnya.

Ada pun yang menunjukkan hak keimaman hanya bagi lelaki untuk wanita maka telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Ahmad (dalam Zawaid al-Musnad, 5/115) dari hadis Ubay bin Ka’ab.

Dalam persoalan ini Ibnu Qudamah berkata:

Sebahagian sahabat kami dalam mazhab berpendapat bahawa wanita boleh mengimami lelaki di dalam solat terawikh. Namun posisi imam wanita tersebut berada di belakang kaum lelaki. Perkara ini adalah sebagaimana diriwayatkan Ummu Waraqah binti Abdullah bin Harits yang menyebutkan bahawa Rasulullah telah memilihkannya seorang Mu’adzin untuk mengumandangkan azan baginya. Beliau juga memerintahkannya untuk mengimami penghuni rumahnya yang mencakupi lelaki dan wanita.  (Ibnu Qudamah, al-Mughni, 2/602)

[tandaan: saya tidak menyokong fatawa Aminah kerna wujud dalil yang lebih kuat membuktikan bahwa Imam itu hanya milik lelaki, seperti kata Ibn Qudamah:

Sebahagian sahabat kami dalam mazhab berpendapat bahawa wanita boleh mengimami lelaki di dalam solat terawikh. Namun posisi imam wanita tersebut berada di belakang kaum lelaki. Perkara ini adalah sebagaimana diriwayatkan Ummu Waraqah binti Abdullah bin Harits yang menyebutkan bahawa Rasulullah telah memilihkannya seorang Mu’adzin untuk mengumandangkan azan baginya. Beliau juga memerintahkannya untuk mengimami penghuni rumahnya yang mencakupi lelaki dan wanita.

Namun, kami memiiki dalil dari perkataan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam yang menyatakan,

“Seorang wanita tidak boleh mengimami lelaki.”

Sedia maklum bahawa wanita tidak boleh mengumandangkan azan untuk lelaki, sehingga wanita juga tidak boleh mengimami lelaki, seperti mana halnya orang gila.

Hadis Ummu Waraqah menunjukkan bahawa dia diizinkan untuk mengimami wanita penghuni rumahnya. Demikian yang diriwayatkan oleh al-Daruquthni (1/279).

Ini adalah tambahan yang wajib diterima. Walaupun dalam hadis tidak menyebutkan perkara tersebut, akan tetapi hadis sudah jelas merangkumi hal tersebut. Kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam mengizinkannya untuk menjadi imam dalam solat berdasarkan dalil bahawa beliau menjadikannya sebagai mu’adzin. Padahal azan hanya dilakukan dalam ibadah solat fardhu. Tidak ada perbezaan di kalangan ulama bahawa wanita tidak boleh mengimami lelaki di dalam solat fardhu. Di samping itu pengkhususan yang berlaku dalam hadis di atas terbatas pada solat terawikh. Di samping itu, pensyaratan wanita supaya berada di belakang saf ketika menjadi imam adalah menyalahi kaedah sehingga tidak boleh merujuk kepadanya.

Seandainya hadis tentang imamah tersebut ditetapkan kepada Ummu Waraqah, sudah pasti perkara tersebut khusus hanya untuknya. Dengan dalil bahawa azan dan juga iqamah tidak diperintahkan kepada wanita  lain selain Ummu Waraqah. Ia diberi kekhususan imamah kerana ia diberi kekhususan azan dan iqamah. (Ibnu Qudamah, al-Mughni, 2/602)

Advertisements

Label: , , , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: