Sebuah Piala Untuk Apologetik

Apologetik?

Apa ini!

Kebelakangan ini saya selalu mengungkapkan kalimat-kalimat yang jarang dipahami oleh umat Melayu. Malah kalimat ini juga tak kedapatan dalam bahasa agama.

Sengaja saya bawakan kalimat semacam ini; khinzirisme, sanoisme; dan terbaru apologetik. Ini adalah bahasa antrapologi-sosiologi.

Saya mahu nyatakan bahawa pertamanya adalah para pengekor filsafat itu selalu menyangka bahwa Salafi ini terlalu jahil akan aturan – ajaran – tatakrama filsafat sehinggakan Salafi menjadi buta dan tak mengerti hakikatnya lantas secara gegabah menghukum ilmu filsafat itu berbahaya dan bisa menyesatkan.

Lalu saya nyatakan bahawa para ulama Sunnah telah mengerti akan filsafat dan telah membedahnya dan akhirnya mereka temui bahwa filsafat hanyalah sebuah prasangka dengan menggunakan satu alat pikir yang terbatas.

Keduanya adalah saya sengaja membawakan kalimat-kalimat  ini hanyalah untuk menyedarkan para pondokius bahawa sikap mereka ini telah termaktub dalam ilmu disiplin “Kaji manusia”. Lalu selayaknya sikap mereka ini ditandai dengan sebuah nama yang diperakui oleh disiplin ilmu tersebut.

Begitu juga bahawa ketika pondokius menggunakan “filsafat yang dikhatankan” dalam mentafsir dasar-dasar agama, para Ahlus Sunnah telah memahami akan filsafat tersebut dan telah sadar dengan kesadarn mendalam bahawa filsafat yang kalian gunakan itu tetap melawan hakikat Islam walau kalian dapatkan tok mudim yang paling pakar dalam khatan.

Lalu kita kembali kepada kalimat diatas: apa itu apologetik? apakah Ia seperti Appolo tuhanya Yunani?  bukan itu. Atau ia adalah sebuah paham agama? Bukan juga.

Apologetik; sebuah kata nama untuk suatu sikap yang senantiasa menang, tak terkalah, tak akan silap dan pasti benar. Sikap mengimani bahawa hakikat kebenaran itu ada padanya dan dia sentaiasa berada atas hidayah – lalu mengapa harus memohon maaf padahal dia tak pernah tergelincir walau seinci?

Maknanya sikap ini dapat digambarkan dengan beberapa tindakan:

[1] Mahu kelihatan menang;

Dengan sentiasa mempunyai pandangan untuk dilontarkan walaupun dia tak punya apa-apa idea baru ketika itu, sentiasa menjawab soalan yang diajukan walalupun dia tak punya pengetahuan tentang hal itu, sentiasa kehadapan dalam mempunyai informasi walau dia belum mendapat apa-apa khabar dari sumber yang terpercaya.

Kalau dia dilontarkan dengan 70 soalan, pasti dia akan sebolehnya menjawab kesemua soalan tersebut tanpa tersisa, malah terkadang dia menjawab sehingga 78 soalan! Baginya untuk mengatakan “saya tak tahu” adalah persis sebuah kalimat kufur yang terlarang diucapkan oleh lidahnya.

Kerna itu ketika didiminta untuk memberikan pandangannya maka dia akan menukilkan apa saja kalimat yang terlintas dalam kepalanya asalkan dia bisa berpandangan, hatta kalimat itu bersumber dari kuffar, atau kalimat itu tidak sah sumbernya – dia tak peduli asalkan dia menang  – bisa memberikan pandangan!

[2] Sentiasa benar dalam berhujjah dan memberi pandangan;

Dengan  sentiasa mengimani dalam dirinya bahawa dia sentiasa benar dalam membawakan alasan – hujjah – pandngan walaupun dia mengetahui bahawa alasan orang lain lebih kuat dan benar. Lalu dia tak perlukan sejumlah alasan dari nash al quran atau al hadith untuk mengemukakan pandangannya, cukup baginya perasaan dan logika.

Hari ini dia boleh berkata “1+2 = 3”, dan esoknya dia mengatkan bahawa “1+2 = 6”. Pada kesempatan yang lain dia mengatakan bahawa jawabannya adalah 3 kembali dan pada saat yang lain dia menjawab “5”. Lalu ketika orang meminta dia menjelaskan sikapnya yang berbola-balik dalam isu “1+2” maka dia bisa memberikan alasan sehari semalam tanpa meneguk air setitikpun! Malah dia hampir-hampir menyiapkan sebuah buku untuk menerangkan sikapnya yang benar dalam isu itu. Dia boleh berkata apa saja dan setiap kalimat yang keluar dari lidahnya berupa sebuah sabda!

Begitu juga ketika dia mendapati pandangnnya menyeleweng maka dia tak akan mundur dari mengimani pandangannya, lalu dia akan mencari sebarang alasan untuk membenrkan pandngnnya itu, walaupun alasan yang dia temui dari sumber yang tak pasti. Malah kalau dia tak ketemu alasan, maka dia akan mencipta alasan.

Baginya sebuah ucapan dari orang lain “Rupanya dia tak mengetahui” adalah seperti pukulan halilintar yang dikenakan atas batang tubuhnya.

[3] Tidak mahu memikirkan alasan kelompok lain;

Oleh kerana dia mengimani bahawa dia sentiasa benar dan dia mempunyai cara pikir yang agung sehingga kebarangkalian dia tergelincir adalah null, maka dia tidak akan mahu memikirkan alasan-alasan pihak lain, tambah lagi alasan pihak yang berseberang dengannya.

Seperti dia megimani bahawa hanya dirinyalah yang mempunyai guru, membaca kitab dan belajar dengan sempurna. Bermaknan juga dia merasakan bahawa pihak lain tak pernah langsung mengerti akan kebenaran dan bermakna mereka tak pernah berfikir secara benar dalam menghadapi kebenaran.

Hujjah yang dipakai oleh pihak lawan akan dikatakan: Batil, atau Maudhu, atau dhaif, atau kalau dia tak dapat ragukan keshahihannya maka  dia akan berkata “dalil ini am, harus ditafsir lagi, dan penafsirannya adalah begini… begini”.

Dia juga langsung tak akan meneliti sumber rujukan dia malah apa lagi sumber rujukan pihak lain.  Baginya orang lain adalah “bodoh dan tak mengerti” dan “aku adalah benar”.

[4] Tak akan memohon maaf;

Bagaimana dia akan memohon maaf padahal dia tak pernah silap? Lalu baginya kalimah “maaf” adalah satu kalimah yang mustahil akan dia ucapkan.

Maaf itu tak pernah wujud dalam hayatnya kerna setiap perbuatannnya sudah dimaklumi adalah benar, punya hujjah dan dan sentiasa baik serta tak akan sesat. Kalau seluruh umat memaksanya untuk memohon maaf, maka ketika itu dia terpaksa mengucapkan “maaf” tapi dalam hatinya tetap beriman bahawa dia benar, dan dia dipaksa seperti keluarga Yaseer dipaksa kaum Myusrikin, dia sedang taqiyah dan dia tak ikhlas mengucapkan kalimah tersebut.

 

Inilah 4 sikap para Apologetik dalam menghadapi manusia.

 Saya pernah berkenalan dengan seorang yang mengaku sebagai Salafi, mengaku muridnya Dr Asri dan murid Ust Rasul Dahri, namum pemikirannya jauh dari manhaj Dr Asri dan jauh pula dari Jejak Salaf Asli. Kalau saya bisa ketemu dengangnya, maka saya akan hadiahkan sebuah piala untuk beliau; tanda “Saudara adalah pemenang Agama” – walau saudara menyembelih Al Quran dan Al Hadith hidup-hidup.

Tetapi baru saya menyedari bahawa dalam dunia ini, terdapat banyak manusia yang dihinggapi penyakit apologetik, terutamanya para ustaz dan ustazah yang belajar agama.

Para ustaz dan ustazah ini seperti telah mendapat wahyu dari kolong langit sehinggakan segala pemikiran mereka adalah murni; segala percakapan mereka adalah suci; segala ajaran mereka adalah lurus dan segala aqidah yang mereka anuti adalah shahih.

Mereka tak ada sesaatpun untuk merenung malah tak pernah terfikir dalam benak mereka untuk mengkoreksi manhaj mereka, kerna mereka telah meletakkan keimanan kepada para guru mereka; sehingga kalau ada orang menasihati mereka maka mereka akan berkata “Apakah nenek moyang kami berdosa”, apakah para masyikh kami tersesat?

Rupanya apolegetik ini bukan sahaja bisa menjangkiti manusia, tetapi ia juga boleh mewabak hingga menjangkiti perkumpulan – pertubuhan, terutamanya pertubuhan politik Islam.

Hari ini manusia bisa melihat bagaimana Parti Islam berbolak balik dalam bicaranya; satu masa mengkafirkan lawan kerna menjadikan kaum kuffar Zimmi sebagai teman, tetapi selang beberapa tahun mereka menjadikan Kafir Harbi sebagai teman; lalu mereka tak mengkafirkan dii sendiri!

Satu saat mereka menyuruh menumbangkan berhala yang ada di taman-taman, lalu ketika mereka berjaya merampas negeri Timur maka mereka menebang kepala penyu, sehingga tindakan itu mencetuskan kemarahan masyarakat. Lalu saat ini ketika mereka berjaya menguasai negeri Utara, mereka biarkan Helang berkuasa di sebuah pulau, walalu mereka dahulu memanggilnya “berhala”.

Ketika kita minta mereka menerngkan alasan mereka untuk tidak mengkafirkan diri sendiri, maka mereka bawakan hujjah, yang hujjah tersebut sebenarnya boleh juga digunapakai oleh lawan mereka, malah hujjah tersebut lebih memihak kepada lawan mereka kerna mereka berteman dengan kafir harbi yang memusuhi Islam secara pasti!

Begitu juga ketika diminta alasan menagpa tidak dirobohkan sahaja patung helng, maka mereka bisa berkata “Kami telah menjumpai sebuah dlil yng membenarknnya”, atu bis saja mereka berbicara “keadaan – kondisi – tak membenrkannya lagi”.

Lalu mengapakah saat lawan mereka memerintah, mereka sakan berteriak? Apakah dahulu kondisinya membenarkn dan sekarang kondisinya melarang?

Sama hal nya apabila pemimpin mereka meminta bai’at, taat setia, melarang pemberontakan dan ahli diingtkan agar selalu menuruti peraturan dari pucuk pimpinan. Namum mereka parti Islam itu melakukan perlawanan dengan pemerintah negara, melakukan penghinaan kepada pemimpin, melawan, mengkeji, mencaci, memusuhi – walhal mereka sebelum itu membacakan ayat-ayat dan hadith-hdith taat setia kepada pemimpin. Rupanya mereka mengimani bahawa “pemimpin” itu adalah diri mereka, seolah-olah mereka mengimani bahawa diri mereka lah pemimpin adil yang wajib dibaitat. Inilah pemikiran Khawarij, sehinggakan Dzul Khuraishi  merasa bahawa dirinya lebih adil dari Rasulullah!

Khawarij dan kelompok sesat yang lain seperti Asya’irah – Jahmiyah, Sufi, Filfasat dan lain-lain sememangnya tak akan mengaku kesesatan diri sendiri, dan mereka selamanyua tak akan mahu mengikuti dustur dan dasar dari Ilahi: menapaki jejak  Salaf as soleh dalam merenung kehidupan beragama.

Semuanya kerna mereka ada sikap apologetik; dan sikap ini sebenarnya bersumber dari satu rasa iaitu SOMBONG. Yang dengan satu rasa ini lah juga Iblis menjadi Mantan Ahli  Syurga!

Justeru kita harus siapkan sebuah piala untuk Setan, dan juga piala-piala kecil untuk para Apologetik.

Label: , , , , , , ,

2 Respons to “Sebuah Piala Untuk Apologetik”

  1. agak Says:

    Sungguh menarik artikal ini
    Penulis menggunakan hujjah yg sama untuk difikirkan olehpihak yg menentang, umpamanya dulu kata umno kafir kerana bersekongkol dengan mca dan mic. Tapi sekarang dia bersekongkol denganadil dan dap. Karpal terang2 tolak negara Islam. Habis guna hujjah apa atau daleh.
    Kenapa dengan umno tak boleh pakat perintah satu negeri, tapi boleh pulak pakat dengan karpal. Ini yg tak faham, tapi depa kata tetap betul, qaul jadid.!
    Ngapa musuh sangat dengan parti melayu sedang boleh baik dengan hindu dan cinakapex.
    Baiat dengan pemerintah yg muslim wajib. Pemberontakan,demonstrasi tu ambil contoh khawarij dan syiah yg menentang pemerintah dan bila mereka berkuasa,atas nama kerajaan Islam tapi memusuhi sunni, ni Islam apa.

  2. songkok_hina Says:

    KERANA SATU KAFIR tak faham agama dan perlu diberi penjelasan TENTANG ISLAM.

    DAN KERANA SATU LAGI MUNAFIK yang mempertahankan sekular walaupun mereka mengaku ISLAM.

    Jawaban:

    ayat ini ditujukan kepada siapa mas?
    😛

    sepertinya mas seorang ilmuan yang mengerti agama [merujuk kepada perenggan pertama mas], muslim yang muk’min [merujuk kepada perenggan ke dua].

    lalu, mas harus menda’wahi manusia kafir kepada Islam.

    menda’wahi yang munafik kepada muslim juga.

    tapi, apa bekal seorang guru ketika dia mahu mengajarkan ilmu kepada muridnya?

    bukankah dia harus punya ilmu terdahulu. dan dalam menda’wahi Islam, mak sang guru harus memiliki aqidah yang lurus serta benar, sehinggakan dia bisa menggiring muridnya kepada kebenaran.

    tidak kah begitu mas?

    kemudiannya, apakah mas telah memiliki aqidah yang lurus? bebas dari Asya’irah – Jahmiyah, lepas dari Mu’tazilah, jauh dari Khawarij, mundur dari Filsafat – logika – mantik, terhindar dari sufi – hindu?

    apakh mas telah menganut islam mengikut paham par sahabat? Alhamdulillah sekiranya telah. dan kalau belum, cepat-cepatlah mas mengikuti jejak telapak mereka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: