” בְּשֻׁם אֱלָהּ יִשְׂרָאֵל ; BESYUM ‘ELAH YISRA’EL”

[tandan: Ini adalah artikel lanjutan saya. Sebelumnya saya menulis Hanya Kerna 5 Huruf.]

 

Pengagum Nama Yahweh dan Ekstrimis Islam

Kita mengharamkan kaum Nasrani menggunakan nama Allah dalam penerbitan mereka. Mereka bantah.

Tapi rupanya di kalangan Nasrani, terutamanya kaum “Pengagum Nama Yahweh” mengharamkan nama Allah dalam penerbitan Nasrani. Mereka juga bantah.

Ia adalah sebuah lelucon – jenaka.

Satu pihak – Islam – menganggap bahawa Allah adalah Tuhan kita semata-mata, bukan tuhan mereka. Dan satu pihak lain – Pengagum Nama Tahweh – menganggap bahawa Allah adalah tuhannya kaum Muslim, bukan tuhan mereka.

Namun disana, pada kedua-dua kelompok itu terdapat golongan yang mengimani nam Allah adalah nama bagi Tuhan yang menciptakan jagatraya ini. Tuhan yang satu, yang semua manusia memanggilnua Allah, walaupun kebanyakn manusia tidak menyembahnya secar suci dan ikhlas menurut syariat.

Saya tidak akan bertele-tele membuktikan kepada Pengagum Nama Yahweh bahaw mereka harus mengimani bahawa Allah adalah nama tuhan mereka, teapi saya lebih manu menyadarkan kepad par cerdik pandai kita ini bahawa perbuatan mereka itu menyerlahkan kebodohan dan akan mengundang gambaran negatif kepada Islam.

Saya tidak menyalahkan kepada bapak menteri, kerana kita tahu bahawa bapak menteri bukanlah seorang mufti, atau syeikh atau paling tinggi pengetua sekolah agama. Yang kita ingatkan adalah para cerdik pandai Islam, kerna masalah ini adalah permasalahan mereka.

Maka, yang melarang manusia dari menggunakan nama Tuhan yang tunggal ini, lebih layak di label sebagi ekstrimis – ataupun bebalisme, kerna mereka seperti tidak pernah membaca Al Quran dan Hadith.

 

Al Quran mengakui Semua Manusia Memanggil Nama Tuhan – Allah

Kita cukup hairan apabila para cerdik-pandai kita yang berglar ustaz, syeikh, tuan guru dan berbagai pangkat lagi  [malah ada yang sempat keluar TV membicarakan masalah ini] membantah penggunaan nam Allah oleh kaum Nasrani.

Ia seolah-olah para agamawan kita [lebih tepat disebut pondokius] tak mengerti kandungan al quran.

Bukankah Allah sendiri telah meredhai namnya disebut oleh semua manusia? Dan dengan jelas Allah mengceritakan hal tersebut kepada kita dalam wahyu-Nya.

 

“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas ‘Arsy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakanNya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Ma­hasuci Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-A’raf: 54)

 

Allah telah menjelaskan bahwa diri-Nya bernama Allah. Dan kemudian Dia perintahkan kepada Nabi Muhammad saw agar memperdengarkan kalam-Nya kepad seluruh umat manusia termasuklah kaum msyrikin. Maka apkh berdosa bagi kaum musyrikin untuk menggunakan nama yang Tuhan berikan?

Dan sebenarnya Kaum Musyrikin pun telah mengimani dan telah mempunyai pengetahuan akan nama Tuhan Tunggal itu sebagai Allah. Buktinya, Al Quran sendir membongkar kepada kita:

“Siapakah Yang Empunya langit yang tujuh dan Yang Empunya ‘Arsy yang besar?” Mereka akan menjawab: “Kepunyaan Allah.” Katakanlah: “Maka apakah kamu tidak ber­takwa?” Katakanlah: “Siapakah yang di tanganNya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi ti­dak ada yang dapat dilindungi dari (azab)-Nya, jika kamu mengetahui?” Mereka akan menjawab: “Kepunyaan Allah.” Ka­takanlah: “(Kalau demikian), maka dari jalan manakah kamu di­tipu?” (Al-Mu’minun: 86-89)

 

Lihatlah bahawa kaum musyrikin telah mengetahui bahawa Tuhan Tunggal itu namanya  adalah Allah. Ini kerana Allah telah turunkan kepada mereka setiap rasul bagi setiap umat, agar menyampaikan da’wah tauhid – menyembah Allah semata-mata dan menjauhi thaghut.

Sehinggakan dari ini kita mengerti 2 perkata iaitu pertama bahwa setiap kaum mengimani Allah, kedua adlh mereka mempersekutukan Allah sehingga Allah mengutus Rasul dan Nabi kepada mereka.

“berkata rasul-rasul mereka: “Apakah ada keragu-raguan ter­hadap Allah, Pencipta langit dan bumi?” (Ibrahim: 10)

 

Lihatlah bahawa para Rasul telah mengkhabarkan kepada semua kaum bahawa Tuhan Tunggal itu adalah Allah namanya.

Lalu mereka mengimaninya dan mereka tidak menungkirinya. Tetapi mereka tidak redha untuk memutlakkan pengibadatan hanya kepad Allah, mereka mahukan wasilah. Lihatlah apa perkatan kaum musyrikin kepada sang Nabi:

“Dan apabila dikatakan kepada mereka: Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah. Mereka menjawab: (Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami.” (Al Baqarah: 170)

“Dan orang-orang yang menjadikan selain Allah sebagai penolong (mereka mengatakan): ‘Kami tidak menyembah mereka melainkan agar mereka mendekatkan kami di sisi Allah dengan sedekat-dekatnya’.” (Az Zumar: 3 )

“Dan mereka menyembah selain Allah dari apa-apa yang tidak bisa memberikan mudharat dan manfaat bagi mereka dan mereka berkata: ‘Mereka (sesembahan itu) adalah yang memberi syafa’at kami di sisi Allah’.” (Yunus: 18)

 

Bukankah telah jelas kepada kita bahawa mereka – kaum kuffar – mensyirikkan Allah bukan kerana mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan mereka mengambil wasilah [perantara] sebagai penghubung antara mereka dengan Allah. Dan dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa kaum kuffar di zaman Nabi Muhammad saw sendiri mengakui nama Tuhan Tunggal itu adlah Alah dan Nabi tidak pun melarangnya!

Mereka – kaum kuffar – meemanggil Allah, hatta Firaun sendiri. Ingtlah ketika Musa as berklat kepadanya:

Musa menjawab: “Sesungguhnya kamu telah mengetahui, bahwa tiada yang menurunkan mu’jizat-mu’jizat itu kecuali Tuhan Yang memelihara langit dan bumi sebagai bukti-bukti yang nyata dan sesungguhnya aku mengira kamu, hai Fir’aun, seorang yang akan binasa”. (Al-Isra’: 102)

 

Jelas disini Fir’au mengehatui bahaw Tuhan Alam Semesta adalah Allah, cuma dia menyombong diri dan ingkar terhadap risalah.

Makanya, apakah layak kita sebagai manusia yang beriman kepada hari pembalasan, mengimani kandungan al Quran, bisa melarang kaum musyrikin dari menggunakan kalimat Allah padahal Allah sendiri merelakannya dan Nabi Muhammad tak pernah melarangkannya?

Apakah kita lebih Tuhan dari Allah Azzawajalla dan lebih Nabi dari Muhammad saw?

 

Dengan Apa Kaum Nasrani Memanggil Allah Dan Dengan Apa Kita Memanggil Isa as?

Kalaulah kita berfikir bahawa Tuhan Allah itu adalah tuhan kita sahaj, dan kaum lain haram untuk menyebut namanya kerna mereka tidak memurnikan penyembahan mereka kepada Allah.

Lalu dengan nama apa mereka mahu memanggil nama Allah?

Apakah mereka akan memanggil namanya Babi? atau Pelacur? atau Yang Busuk? Padahal mereka memanggil Zat Tuhan yang Tunggal itu juga. Maknanya kita dan mereka memanggil Tuhan yang sama, tapi sepertinya kita redha Zat Esa itu dipanggil dengan nama yang bukan diredha oleh Dia!

Kita seolah-olah merasa cukup senang bila kaum lain memanggil Allah dengan nama-nama yang tak keruan. Dengan nama-nama yang tak disyariatkan. Seolah-olah kita menyangka bahw mereka bukan memaksudkan Zat Esa tadi, sepertinya mereka maksudkan zat lain!

Ah! Alangkah bodohnya kita!

Mungkin satu hari nanti, kaum Nasrani di negara Barat akan berkata pula kepada kita: Kalian haram menggunakan nama Isa atau Jesus atau Yesus kerna itu adalah Tuhan Anak  @ Nabi kami. Keran kalian tidak mengimani kedudukan Isa persis seperti kami”.

Lalu kita akan terpikir, bagaiman kita mau menamakan sang nabi padahal itulah namanya yang diberikan oleh Allah, oleh Nabi Muhammad dan oleh ibunya Maryam!

Setelah berhempas pula memikirkan nama yang sesuai lalu kitapun meletakkan lah nama Nabi Isa itu sebagai Mamat, ataupun sebagi Samad, atau sebagi Wak Karman! Kerna nanti kita bisa ditangkap dan dijoblos masuk penjara atas dakwaan “Menggunakan Nama Isa as dalam penyebutan dan penerbitan”.

Bukankah ini sangat lucu bila difikirkan!

 

Kita Mahu Menjauhkan Manusia Dari Tuhan Yang Menciptakan Dan Kita Mahu Mengekslusifkan Allah?

Apabila kita melarang kaum nasrani dan kaum-kaum lain dari menyebut dan menggunakan nama Allah, apakh kita mahu menjauhkan manusia dari mendengar nama Allah?

Dan apkah kita mahu menjauhkan mereka dari cahaya walaupun kita sadr bahwa mereka perlu diberi peringatan dan khabar gembira: peringatan akan mensucikan ketan dan khabr gembira bagi manusia yang mahu bertauhid shahih.

Lalu dengan melarng mereka menggunakan nama Allah, akhirnya kita menjauhkan manusia dari Allah, dan kita menjadikan tuhan itu hanya beredar dalm lingkungan kita sahaj – Muslim. Dn akhirnya Allah menjadi ekslusif  – hanya milik kita semata-mata.

Akhirnya proses Islamisasi itu terbantut dan menjadi sukar kerna sepertinya kita hendak memaksa mereka beralih Tuhan; Meninggalkan Tuhan Tunggal mereka kepada beriman kepada Tuhan Tunggal yang lain.

Bukankah mudah kalau kita bersetuju bahawa Tuhan Tunggal itu adalh Allah, dan kita mengajak mereka untuk memurnikan aqidah serta pengibadahan sahaja.

 

Kebodohan Kita Terserlah Bila Mengungkapkan Agama Lain

Kita selalu tidak konsisten dalam berpendirian. Ini kerana kita masih jauh dari manhaj ilmu – iaitu manhaj Salaf.

Satu permasaahn kita menafikan dan kemudian pad permasalahn yang lain kita membenarkan.

Contohnya dalam kasus anjing. Kita mengharamkan dan mewajibkan samak, tapi dalam kasus pembatal solat, kita tidak bersikap demikian bila yang melintas kita adalah anjing merah [selain anjing hitam].

Kalau kita telah tetapkan bahawa wajib samak kerna bersentuh anjing, maka kita juga wajib mengatakn bahaw batal solat bila dilintasi anjing [tak kira warna] dan wajib samak dikawasan itu. Kalau dipadang pasir, maka harus kita berpindah tempat.

Tetapi oleh kerana kita ini ilmunya sekerat-sekerat, maka kita telah bersikap plang-pling [sekejap begitu sekejap begini].

Begitu juga ketika kita mahu membuktikan bahawa agam Hindu, Budha, Nasrani dan segal gm lain ini menggesa pengikutnya untuk mengesakan Tuhan, maka kita pun menukilkan petikan-petikan dari kitab suci mereka.

Dalam kitab Torah:  “Shama Israelu Adonai Ila Hayno Adna Ikhad” (dalam bahasa Ibrani), atau: “Hear, O Israel: The Lord our God is one Lord” (dalam bahasa Inggeris) [The Bible, Deuteronomy 6:4] Maksudnya: “Dengarlah Wahai Bani Israel, Tuhan itu, Tuhan kita, ialah Tuhan yang Maha Esa” (Deutreronomy 6:4)

Dalam Kitab Isaiah: “Tidak ada tuhan-tuhan sebelumku. Janganlah kalian jadikan bagiKu akan sebarang gambaran, atau menyamakanKu dengan apa yang ada di langit, atau di dunia, atau di dalam laut di bawah bumi: Kamu tidak sepatutnya tundukkan diri kamu (menyembah) kepada makhluk-makhluk tersebut, dan tidak pula sepatutnya kamu menyembah mereka, kerana sesungguhnya, Aku satu-satunya Tuhan, Tuhan kamu, merupakan Tuhan yang cemburu”  [The Bible, Exodus 20:3-5  dan kitab Deuteronomy 5:7-9]

“Ekam evadvitiyam” Yang bermaksud: “Dia ialah satu-satunya Tuhan, tiada yang kedua” [Chandogya Upanishad 6:2:1]

 “Na casya kascij janita na cadhipah.” Yang bermaksud: “BagiNya (Tuhan), tiada seteru mahupun tiada tuhan lain (selain daripadaNya). [Svetasvatara Upanishad 6:9].

 

Setelah kita nukilkan, kita pun berkata: “Dengan ini terbukti bahawa agam kalian juga menyuruh untuk menyembah Tuhan yang Esa iaitu Allah!”

Kemudian mereka akan berkata pada hari ini[setelah kita mengharamkan mereka dari menggunakan nama Allah]: “Apa yang kami sembah itulah Tuhan Yang Esa. Dan engkau ambillah Tuhan Allah engkau”.

Bukankah ketika kita meminta mereka untuk bertauhi Esa, dan ketika kita buktikan dalam kitab mereka bahawa Allah itu adalah Tuhan Tunggal, ia menyerlahkan betapa bodoh dan bongoknya kita.

Satu ketika kita menafikan Allah kepada mereka dan satu sat kita membuktikan dengan diri sendiri bahawa mereka mengimani Allah!

 

Bukti Kaum Yahudi Dan Nasrani Menyeru Allah

Kita bukan saja telah buktikan kepada kaum kuffar bahawa kita tak pernah memahami Al Quran, malah kita juga membuktikan kepada duni bahawa kita adalah manusia yang tak mengerti langsung agama-agama lain termasuk agama samawi. Tetapi kita elalu digambarkan sebagi ilmuan agung dan segala butir bicara kita berupa sabda yang wajib diikuti!

Kita juga konon-kononnya selalu menda’wahi kaum Nasrani dan Yahudi agar menganut Islam!

Sebenarnya dalam kitab agam Samawi, terbukti bahawa kalimah Allah wujud dan ia adalh satu bukti kokoh bahawa mereka memanggil Tuhan Tunggal itu sebagai Allah.

Kalau bukti ini tiada pun, secara logika juga telah mencukupkan kita kerna kita – mereka datang dari sumber yang sama iaitu Allah. Cumanya mereka mengambil Uzair dan Isa sebagai anak Tuhan. Dan Tuhan itu tetap Allah!

Apakah logika ini sulit difikirkan oleh para cendiakawan agama kita yang kerjanya menyesatkan Salafi dan mengganggu da’wah Salafi?

Allah bukan saja disebut sebagai Allah, tetapi Allah sendiri mengkhabarkan bahwa Dirinya memiliki banyak Nama. Dan agam samawi memanggilnya antar lain adalah YHVH, YHWH, YAHWEH, YEHOVAH, KURIOS, THEOS, ELOAH, ELOHIM, EL, ELAH, ELAHA dan ALLAH.

 

בְּשֻׁם אֱלָהּ יִשְׂרָאֵל ; BESYUM ‘ELAH YISRA’EL” (Dengan Nama Allah Israel) di Ezra 5:1. Dalam Ezra 6:14 juga tertulis “ אֱלָהּ יִשְׂרָאֵל – ‘ELAH YISRA’EL” (Allah Israel).

 

Ezra 5:1

Hebrew: 
וְהִתְנַבִּי חַגַּי [כ נְבִיאָה] [ק נְבִיָּא] וּזְכַרְיָה בַר־עִדֹּוא [כ נְבִיאַיָּא] [ק נְבִיַּיָּא] עַל־יְהוּדָיֵא דִּי בִיהוּד וּבִירוּשְׁלֶם בְּשֻׁם אֱלָהּ יִשְׂרָאֵל עֲלֵיהֹון׃ ס

VEHITNABI KHAGAI NEVIYAH NEVIYAH UZEKHARYAH VAR-IDO NEVIYAYA AL-YEHUDAYE DI VIHUD ‘UVIRO’USYLEM BESYUM ELAH YISRA’EL ‘ALEIHON
 Tetapi nabi Hagai dan Zakharia bin Ido, kedua nabi itu, bernubuat terhadap orang-orang Yahudi yang tinggal di Yehuda dan di Yerusalem dalam nama Allah Israel, yang menyertai mereka.

Then the prophets, Haggai the prophet, and Zechariah the son of Iddo, prophesied unto the Jews that were in Judah and Jerusalem in the name of the God of Israel, even unto them.

Kalimat ini terdapat dalam Kitab Perjanjian Lam yang ditulis dalam aksara Ibrani dengan pengertian Bahas Aram. Dalam Bahsa Arab, kalimat ini dibaca sebagai Bismillah – Dengan Nama Allah!. 

 

Ezra 6:14

Hebrew:
וְשָׂבֵי יְהוּדָיֵא בָּנַיִן וּמַצְלְחִין בִּנְבוּאַת חַגַּי [כ נְבִיאָה] [ק נְבִיָּא] וּזְכַרְיָה בַּר־עִדֹּוא וּבְנֹו וְשַׁכְלִלוּ מִן־טַעַם אֱלָהּ יִשְׂרָאֵל וּמִטְּעֵם כֹּורֶשׁ וְדָרְיָוֶשׁ וְאַרְתַּחְשַׁשְׂתְּא מֶלֶךְ פָּרָס׃

VESA’VEI YEHUDAYE BANAYIN UMATSLEKHIN BINVU’AT KHAGAI NEVIYAH NEVIYA ‘UZEKHARYAH BAR-IDO ‘UVENO VESYAKHLILU MIN-TA’AM ELAH YISRA’EL UMITEM KORESY VEDARYAVESY VE’ARTAKHSYASTE MELEKH PARAS

Para tua-tua orang Yahudi melanjutkan pembangunan itu dengan lancar digerakkan oleh nubuat nabi Hagai dan nabi Zakharia bin Ido. Mereka menyelesaikan pembangunan menurut perintah Allah Israel dan menurut perintah Koresh, Darius dan Artahsasta, raja-raja negeri Persia.

 And the elders of the Jews builded, and they prospered through the prophesying of Haggai the prophet and Zechariah the son of Iddo. And they builded, and finished it, according to the commandment of the God of Israel, and according to the commandment of Cyrus, and Darius, and Artaxerxes king of Persia.

 

Daniel 2:20

Hebrew:
עָנֵה דָנִיֵּאל וְאָמַר לֶהֱוֵא שְׁמֵהּ דִּי־אֱלָהָא מְבָרַךְ מִן־עָלְמָא וְעַד־עָלְמָא דִּי חָכְמְתָא וּגְבוּרְתָא דִּי לֵהּ־הִיא׃
‘ANEH DANIYE’L VE’AMAR LEHEVE’ SYEMEH DI-‘ELAHA’ MEVARAKH MIN-‘ALMA’ VE’AD-‘ALMA’ DI KHAKHMETA’ UGEVURETA’ DI LEH-HI’

Berkatalah Daniel: ‘Terpujilah nama Allah dari selama-lamanya sampai selama-lamanya, sebab dari pada Dialah hikmat dan kekuatan!

Hear, O Israel: The LORD our God is one LORD:

 

Dalam Kitab Danial yang terkandung dalam  Kitab Perjanjian Lama , yang juga menggunakn Bahsa Aram, tetapi menggunakn dialek Aramaic אֱלָהָא – ‘ELAHA’ yang bermaksud Allah.

 

Maka kita sampai pada kesimpulan bahawa mereka menyembah Tuhan yang sama – dengan menggunakan nam yang sama. Buktinya adlh dibawah:
אלוה – ‘ELOAH” (Ibrani), אֱלָהָא – ‘ELAHA’ atau אֱלָהּ – ‘ELAH (Aram), dan الله – ALLAH (Arab) memiliki akar kata yang sama.

Ibrani:      ‘alef – lamed – he’,
Aram:       ‘alap – lamad – he’, 
Arab:        ‘alif – lam – haa

Seruan Untuk Para Agamawan Alias Pondokius

 Setelah kita buktikan bahawa ketaksuban dan ke ekstriman kita ini sebenarnya bisa menjauhkan manusia dari Allah, membuktikan betapa bodoh dan totolnya kita, dan juga bahaw kita ini kurang berilmu, maka kita menyarankan atas diri kita untuk terus menerus menuntut ilmu dan mengamalkan sunnah.

Seharusnya kita bersikap rendah diri dan sanggup menerima pandangan lain asalkan ia bersumberkan dari Al Qur’an dan As Sunnah. Dan kita harus menimbang dan memahami kedua sumber tadi dengan metoda para Sahabat ra.

Dan janganlah kita sentiasa menyebokkan diri untuk menghalangi gerakan sunnah a.k.a Salafi, kerna kita sendiri membuktikan bahawa kita ini amatlah jauh dari hujjah dan kesarjanan – amat jahil kita dari ilmu Islam dan pengamalan sunnah nabi.

Kalau begitu, baiklah kita bertekun diri menuntut ilmu dengan ulama Sunnah, bukan menentang mereka. Buktinya bahwa mereka lebih ilmiyah dari kita dan mereka adalah pejuang sunnah yang hakiki.

Kita? Lebih sudu dari kuah.

Label: , , , ,

3 Respons to “” בְּשֻׁם אֱלָהּ יִשְׂרָאֵל ; BESYUM ‘ELAH YISRA’EL””

  1. akule Says:

    ko study smua kitab2 tu…or quote from somewhere?

    Jawaban

    makasih lah saudari Hafizah Satar -teman sekelas saya.

    Di rumah ada sebuah injil bahasa indonesia. Dan insyaAllah minggu hadapan teman saya berbangsa Yahudi dari melaka akan menghadiahkan injil Barnabas dan meminjamkan beberapa kitab ajaran Nasrani dan Yahudi.

    Malah dia akan mengajar teman-teman saya yang lain ajaran Yahudi dan Nasrani. Guna untuk kita memahami agama lain – muqaranah adyah [perbandingan agama].

    Kemudiannnya di rumah juga ada beberapa kitab ajaran Hindu.
    🙂

    Saya juga berguru dengan Dr Sulaiman Nordin, yang telah menghabiskan umurnya dengan meneliti Freemansion – Iluminati.

  2. Surya Says:

    Saya sangat tertarik dengan injil barnabas, Bagaimana saya bisa mendapatkan injil Barnabas? mohon beri saya arahan. Terima kasih

  3. Masnin Says:

    Injil barnabas adalah injil yang tidak mendapat pengiktirafan dari para pemimpin gereja awal, kerana mengandungi banyak sekali kesalahan geografi, historis dan fakta. baca aja Al Quran kamu, itu sudah cukup! Terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: