Menjadi Arab Quraish Atau Melayu Banjar?

[ini sambungan kepada artikel Kekafiran Dalam Kesenian]

 

Apa Benar Saya Seorang Liberalis?

Biar saya jawab hingga terang gamblang.

Ada kelompok manusia yang mengingatkan bahawa saya seorang Oreantalis Melayu. Dan ada juga yang melihat saya sebagai manusia yang berpahaman Salafi yang terkontaminasi dengan paham Mu’tazilah, alias Salafi Mu’tazili.

Semuanya berpunca dari tanggapan saya kepada budaya – kerna saya lahir dari sebuah kelompok yang inginkan bangsa saya ini membina tamaddun unggul – bahawa bangsa ini harus membangunkan kebudayaanya tersendiri dan memperhalusi budaya itu menjadi tinggi. Lalu mahu tidak mahu manusia yang coklat kulitnya ini dan kemek sedikit hidungnya ini wajib menemukan jati-diri mereka dalam menjadikan dasar kebudayaan baharu itu.

Sifirnya mudah = semua bangsa yang tercatit dalam sejarah ketamadunan apabila mereka menemukan kekuatan azali iaitu Tuhan telah jadikan mereka sebuah bangsa dari sekian banyak bangsa [Boleh saja Tuhan jadikan semua manusia itu satu bangsa lalu dinamakan Manusia] yang memiliki kultur budaya yang beda-beda. Lalu mereka menggunakan anugerah Tuhan [kebudayan sendiri] ini sebagai sandaran pondasi, tidak menggunakan budaya bangsa lain, dan juga tidak menghinakan budaya lain.

Ya, kita mahukan sebegitu, agar satu masa nanti, mungkin 100 tahun lagi, bangsa saya ini bisa menjadi sebuah tamadun yang besar. Yang memiliki ciri sendiri, tak meminjam ciri dari Timr atau Barat. Kita bangunkan bangsa kita mengikut acuan kita.

Makanya dalam bergerak kearah itu, kita harus memilih budaya-budaya yang cocok dengan kita dan yang nilainya tinggi, kemudian kita timbang dengan paradikma syariat Ilahi. Difusi itu harus berlaku tanpa ada Melayusentrik. Kita harus lapang dada untuk menerima masuk semua budaya, dalam masa yang sama kita harus juga aktif berkarya agar hasil budaya-budaya baharu [bukan bermunculnya gejala-gejala].

Lalu dalam gagasan inilah, saya menyeru kepada bangsa saya ini agar kita tidak menjadikan budaya Arab sebagai pedoman dalam berbudaya.

Pandangan saya ini bukan didasari atas Arabphobia, tetapi saya bangunkan atas kepahaman nash yang datang dari Tuhan.

Islam datang tanpa rupa kultur, tak berasa, tak berbentuk dan tak berbunyi. Islam hanya datang dengan memberi dasar dan peraturan. Maka ketika inilah yang memperlihatkan bahawa Islam itu unggul lantarn dia meraikan kepelbagaian dan mengiktiraf kebudayaan setiap manusia.

Bisa saja tuhan jadikan umat ini sebuah bangsa tanpa Dia menyuruh kita brekelana dan saling berkenalan. Tetapi Tuhan tidak berbuat demikian. Dia pecahkan umat ini walaupun lahir dari ayah dan ibu yang sama – Adan as dan Hawa. Lalu setelah manusia itu berpecah dan menduduki sesebuah tempat, maka Dia berikan pengetahuan [yang sebenarnya telah diilhamkan kepad Adam] untuk berbahasa dan menamakan tiap-tiap benda. Lalu Dia juga menganugerahkan aqal yang berfikir untuk melahirkan budaya.

Oleh kerana itu, kita harus mensyukuri kepelbagaian ini dan meneruskan cir-iri yang telah Tuhan tetapkan. Terus maju membangunkan bangsa ini dengan jati-diri kita, bukannya menggunakan budaya Arab walau kita beragama Islam.

Kita tidak boleh mengatakan bahawa Allah telah menetapkan semua manusia yang bersyahadah agar meminjam dan menjadikan budaya Arab sebagai pegangan. Hal ini sama sekali tiada dasarnya. Malah ia menyalahi maksud agama itu sendiri.

Nabi saw tidak pernah menyuruh sahabatnya membangunkan masjid dengan meletakkan kubah. Malah Nabi saw tidak pernah mewajibkan kepada par sahabat untuk mengenakan jubah atau sorban, walhal ini adalah satu kebudayaan Arab yang kental. Malah nabi tidak pernah menyuruh sahabtuntuk mengukir awan larat di tiang-tiang, pinggan mangkuk, atau apa saja. Malah tidak pernah Nabi saw menyuruh kita memakan apa yang bangsa Arab makan. Hatta Nabi saw tidak memakan biawak padang pasir sementara sahabat banyak yang memakannya!

Begitu juga kalau kita lihat, bahawa Baginda banyak merenovasi kultur budaya Arab yang sebelum itu didapati menyalahi syariat. Lalu kalau kita beriman bahawa Budaya Arab sebagi pedoman, sudah barang tentu Nabi saw meneruskan budaya-budaya kaumnya yang tidak punya nilaian baik pada pandangan syariat.

Maka ini membuktikan bahwa bukan semua budaya Arab itu benar, dan bukan semua budaya Arab itu salah. Dan yang paling penting adalah Nabi saw tidak pernah menetapkan Arabsentrik!

 

Kapan Arabsentrik Terjadi

Ini satu persoalan yang cukup kuat untuk menentukan jalan pikir kita sesudah ini dalam membangunkan kebudaan kita.

Pada permulaan pembentukan masyarakat Islami, bangsa Arab itu tidak menerima kemasukan budaya luar dengan kuat, sekadar kabilah dagang yang berlalu datang dan pergi.Ketika ini interaksi budaya berlaku sangat perlahan dan Bangsa Arab masih kuat memegng tradisi mereka.

Semuanya mulus berjalan sehinggalah Islam memperluaskan da’wah mereka kepad negara-negara yang punya kebudaayn lain dari Madinah, seperti Syam yang lama dijajah oleh Rom, Iraq yang memiliki kebudaan yang besar dari Tamaddun Babilion, Parsi yang bukan bangsa Arab, Mesir yang kuat dipegang oleh bangsa Qibti, dan juga pembukaan Turki. Semua ini berlaku sekitar dalam zaman pemerintahan 3 kurun pertama yan dijanjikan Allah kebaikan keagaman mereka.

Maka dengan berhasil melebarkan da’wah Islam ini, secara otomitasnya masyarakat Islam yang asal iaitu di Makkah dan Madinah, bertembung dengan masyarakat Islam yang baharu [kalau manusia Melayu ini memanggilnya sebagai Mualaf, walalupun sang mualaf itu telah memelok islam selam 10 tahun, kan kah in lucu]. Lalu “saling-tukar buaya” pun berlaku dengan cepat dan mengukuh dengan pantas.

Tak ada sahabat atau tabi’in yang membantah perlakuan-perlakuan bangsa lain dalam uruf mereka, selagimana uruf itu tidak melewati syariat. Tetapi oleh kerana kebidayaan Arab itu lebih tinggi dari kebudayan-kebudayan yang baru mereka temui, maka “Masyarakat Islam Baharu” menerimapakai kebudayan “Masyarkat Islam Lama” dengan masih mengekalkan beberapa pengamalan tradisi mereka.

Hal ini biasa dalam ilmu budaya, iaitu apakah prosesnya dinamakan sebagi Integrasi, atau asimilasiatu pun akulturasi.

Walupupun yang kelihatan bahawa bangasa yang baharu dicerahkan itu mengambil banyak unsur Arab dalam kehidupan mereka, tanpa harus dipungkiri juga kaum Arab pun mengambil beberapa budaya kaum lain dalam pengamalan mereka. Lalu akhirnya manusia Muslim yang berada dalam satu Kerajaan Besar Islam – dari timur hingga ke barat, membentuk satu kultur budaya baharu, yang sesudah itu dinisbatkan dengan nama Kebudayan Islam. Padahal kebudayan ini dibangunkan tanpa ada niat untuk menamakan Islam padanya.

Inilah yang kita warisi – Kebudayan Islam, yang hakikatnya dibentuk atas dasar faktor politik dan difusi budaya.

 

Apakah Kebudayan Arab Itu Tidak Berkembang?

Kalau kita mengimani bahawa kebudayan Arab itu sebagai pedoman, maka kita akan berhadpan dengan atu persoalan yang besar; Apakah kebudayaan Arab itu tak berkembang. Dan kalu ia berkembang, kebudayan Arab yang manakah harus kita ikui; kebudayan zaman dahulu atau kebudayan pascamorden? Atau filsafat budaya Arb itu yang kita mahukan?

Mana satu yang harus kita ambil antara 3 hal diatas?

Ini bisa memeningkan pikiran orang yang beriman “Budaya Arab Sebagai Pedoman”.

Kalau kita mengatakan bahawa kebudayan Zaman Salaf As Soleh, maka kita harus menaiki unta, kerna kebudayan itu bergolong dari sisi Kebendaan. Dan Budaya Kebendan itu lebih mudah dinilai dan dimengertikan ketimbang Budaya Bukan Kebendaan seperti cara pikir, tabiat, kesukaan.

Kalau kita beriman dengak hal kedua iaitu budaya Arab yang bisa kita lihat disaat ini, yang berlaku setelah masuknya unsur pascamorden, mak kelihatannya budaya mereka tidaklah Tinggi, malah kita punya kebudayan yang sebanding dengan mereka. Maka paham pertama ini bisa tertolak.

Dan dalam hal ini, Kebudayan Bukan Metarial mereka itu ada yang kurang molek seperti mereka itu malas berkerja lantaran kesenangan yang diperolehi dari emas hitam – petroleum. Apakah ini budaya yang kita inginkan? Pasti tidak. Maka paham kedua ini bisa tertolak.

Lalu yang tinggal adalah yang ketiga; iaitu falsafat kebudayan Arab. Dan saya meyakini inilah yang paling hampir kita terima. Bahwa setiap budaya bagi setiap bangsa memiliki filsafatnya, dan sebua bangsa telah memberikan matlamat untuk membangunkan satu budaya yang inggi dan unggul, termasuklah bangsa Arab. Maka maknanya kita boleh mengikuti filsafat Budaya Arab ini, kenara matlamatnya adalah menjadi satu bangsa yang punya ketamadunan yang tinggi.

Serta falsafat budaya itu adalah seperti yang telah kita huraikan ciri-cirinya; akan menjadi kokoh apabila ia aktif berkarya dan berlaku silang-pinjam antara budaya.

Kerana itu para arkitek yang mengkaji Ketamadunan Islam – Arab, akan melihat setiap unsur-unsur dalam”Kesenian Islam”  itu muncul atas faktor politik, geografi, dan pengaruh luar terhadap bangsa Arab.

Kalau tidak percaya, tanyalah kepada mereka.

 

Dalil Yang Menunjukan Keagungan Arab Quraish

Kita memang ketahui bahawa Allah telah jadikan Khalifah itu harus dari bangas Arab Quraish. Terutamanya bagi Khalifah Al Uzma andai nanti ia bisa terbentuk sekali lagi setelah berakhir setelah kejatuhan Bani Umayyah. Kerna selepas itu negara Islam telah berpecah menjadi setompok-setompok dengan tiap-tiap tompok memiliki kedaulatan sendiri.

Hadithnya sahih dan tidak dapat dipalingkan lagi. Maknnaya terang dan tidak dapat dita’wil lagi. Malah sejarah juga membuktikan ketika perlantikan Abu Bakr sebagai pemerintah kedua sesudah Baginda.

Begitu juga hadith dari Ahmad dan Tarmizi, yang dinukilkan dalam kitab Syeikhul Islam “Iqtidha’ al-Sirath al-Mustaqim” yang menjelaskan bahawa sebaik-baik manusia adalah Bangsa Arab, dan sebaik-baik bangsa Arab adalah bangsa Quraish, dan sebaik-baik bangsa Quraish adalah Bani Hashim, dan sebaik-baik Bahi Hashim adalah Rasulullah.

Imam Albani juga menjelaskan dalam kitabnya Silsilah Dhaifah, hadith no 163.

Maka bagiman kita akan menaggapi dalil-dalil kelebihan Bangsa Arab ini dengan kewujudan dalil-dalil kebersaman manusia pada sisi Allah?

Jawabnnya mudah, bahawa Allah telah memilih dari sekian mahkluknya yang paing baik adalah manusia. Ini rasanya semua manusia akn beriman termasuklah Ulil Absar dan para Liberalisme yag lain. Kalau tidak apakah kita beriman bahawa babi dan kaldai itu setar dengan kita?

Dan kemudian Dia telah takdirkan bahawa sebaik-baik manusia yang Dia jadikan itu adalah Bangsa Arab, dan seterusnya sehingga yang paling baik adalah Muhammad saw. Ini juga seharusnya bisa kita imani sperti mana kita beriman dengan kenyatan pertama tadi.

Lalu kelebihan ini bukan bermakna khusus tetapi ia bersifat umum. Kemumumannya itulah yang kita imani, dan barangsiapa yang mengingkarinya bererti dia bukan berada pada petunjuk dan tergelincir dari jejak Ahlus Sunnah.

Maka, yang harus diperhalusi adalah “Umum” itu; apakh bermakna kita selain arab harus mengikuti segala apa yang datang dari Bangsa Arab? Dan apakh Bangsa Arab haru mengikuti semua apa yang datang dari Bani Hashim?

Pasti ini bukan yang dimaksudkan oleh Nabi saw. Yang harus diikuti adalah agamanya Muhammad saw dan pengamalan keislaman kehidupannya, bukan kultur budayanya.

Tidak benar kalau ada seorang sarjana Islam berkata bahwa “Menaiki unta itu adalah satu “kebudayan kebendan” yang seharusnya manusia lain ikuti kerna Allah telah nyatakn bahaw mengikut Arab itu adalah satu kebaikan!”

Begitu juga kita tidak bisa menerima kenyatan bahwa membina rumah seperti rumahnya Baginda adalah sebuah sunnah, atau kasus paling rendah adalah sebuah budaya yang sukses dan baik bagi kita! Nantinya kita akan melihat bahawa iklim kita akan menyerang rumah kita dengan dasyat.

Saya rasa kehujahan ini bisa kita sambungkan dengan hujjah yang kita imani dalam dalam bab Bid’ah Hasanah, serta sub bab Aadiyah dan Ta’abudi. Bila kita sambungkan perbincangan budaya dan sunnah / bid’ah hasanah, nantinya kita akan mengerti bahawa titik pemahaman yang benar adalah “kebudayaan itu bebas tak terkongkong dengan Budaya Bani Hashim”.

Makna mengimani Bangsa Arab ini adalah dengan menghormati mereka, termasuk juga menghormati bangsa-bangsa lain, tetapi penghormatan kepada Arab ini lebih tinggi lantaran dari merekalah Muhammad saw lahir, dan dari merekalah kita menemukan pencerahan.

Tidak ditemukan lagi dari para ulama Salafi yang menetapkan bahawa kebudayan Arab itu lebih unggul dari sebarang kebudayan, dan untuk sukses dalam kehidupan dunia ini harus mengikuti kebudayaan Arab –  Quraish – Bani Hashim. Dan tak ketemu lagi bahawa menjadi Sunni itu sebolehnya mengikuti kebudayan mereka.

Selebihnya, manusia dinilai dengan taqwa dan betapa hampirnya dengan agama. Nasab tidak dapat mendahului taqwa dan taqwa tak diwariska oleh nasab.

Begitu juga budaya lahir dari pemikiran manusia, bukan nash. Lalu apabila ia lahir dari aqal, prinsipnya adalah “Aqal bebas berkarya tanpa melebihi naql”.

Saya walau berusaha semacam manapun – pakai jubah, makan biawak pasir, bikin rumah seperti mereka, saya pasti tidak akan menjadi Arab kerna ibu bapa saya Banjar totok. Maka saya harus menyadari bahaw saya seorang Banjar, bukan Arab, lalu saya harus melazimi budaya Banjar – Melayu dalam kehidupan ini, selagi mana budaya itu tidak melanggar syariat.

Dan saya seorang Salafi, insya’allah. Bukan dari kelompok Tajdid atau Mu’tazili.

Advertisements

Label: , , , , , , , ,

3 Respons to “Menjadi Arab Quraish Atau Melayu Banjar?”

  1. agak Says:

    Salam

    Makalah cukup menarik tentang budaya. Pembentukan satu budaya adalah pempentukan cara dan gaya hidup yang merangkumi berbagai demensi seperti bahaasa, pakaian, adat resam, cara berfikir dan memimpin dan sebaginya yang sebahagiannya menjadi identiti atau pengenalan satu kaum atau bangsa itu. Pakar budaya tentu suka membahagikan budaya tu dalam berbagai sudut supaya mudah menelit ciri dan sifatnya dan mudah pula membuat perbandingan dan penghujahan.

    Kalau kita kata budaya Melayu aspek yang boleh dilihat ialah daru sudut material dan immeterial, yang dapat dilihat dan yang tidak dapat dilihat.Budaya Melayu dari segi Bahasa dikatakan telah mencapai standard, dimana ada tulisannya, ada nahunya, sastranya dan istilah ilmiah dalam berbagai bidang sain dan tenologi .

    Begitu juga dalam bidang kebendaan, Melayu telah mempunyai ciri tertentu daam seni biina, seni pertahanan diri, seni rekaan feyen pakiaan termasuk pakian rasmi raja dan sultan dan pengantin,

    Dalam pergaulan juga beberapa sifat utama yang diwarisi seperti adab bertamu, adab menghormati ibu bapa, yang tentunya mempunyai pengaroh dari budaya lain terutamanya budaya hindu dann arab.

    Tidak lama dulu orang Meelayu diminta menerima budaya Jepun dari egi cara bekerja mereka supaya orang Melyu maju dalam perniagaaan dan ekonomi seperti Jeppun. Dalam masa yang sama kebudayaan ‘kuninng’ terus merasuk budaya Melayu hingga menghakis nilai budayanya yang baik. Demikianlah berlakunya perubahan budaya bagi satu satu bangsa di dunia ini. Cukupmenarik untuk dikaji tentang faktur yang menyebabkan satu budaya itu meluas, atau menguasai serta menenggelankan satu satu budaya dari kaum tertentu.

    Saya bersetuju bahawa Budaya Islam itu bukan 100% dari budaya arab.Tambahan lagi budaya arab juga berkembang, berubah dan bercampur dengan buddaya lain. Kalau kitamellawat di Dubai, sebuah negara arab, semuaciri moden dan maksiat boleh ditemui, bahkah budaya arab seolahnya dilam bidang tarian gelek yang mengasyek dan melalaikan serta membawa kepada budaya arab jahiliah. Ada juga artis melayu mengaambil tema padang pasir untuk majlis jamuan kahwin menampilkan penari ala firaun.

    Yang pentingnya diikut dari budaya arab yang telah menerima Islam adalah dari segi ciri, sifat dan akhlaknya. Begituu juga Bahasa Arab yang mulia dengan penurunan Alquran menjadi bahasa dunia yang tetap dari segi nahunya berbanding dengan bahasa dunia lain yang banyak berubah.

    Orang Melayu eloklah mencari jatidiri identiti budaya kita dengan berpandukan akhlak Islam dan bukannya budaya arab terutama yang moden.

  2. Riduan Khairi Says:

    Aku gagahkan baca juga.

    Jawaban:

    makasih kerna gagahkan diri membaca

  3. Khairuddin Says:

    Aku keturunan Banjar jugak..

    Jawaban:

    Kulaan lah kita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: