Mabuk Agama

Agama Bukan Candu Tetapi Bisa Memabukkan

 

Rupanya bukan sahaja ada manusia itu yang mabuk Todi dan ketagih arak. Namun ada juga yang mabuk agama! Ah, agama pun boleh memabukkan?

Ini satu istilah yang muncul di negeri seberang, menggambarkan bahawa zaman ini manusia ketagih untuk hidup beragama setelah mereka berada dalam satu zaman yang menumpukan kepad pembangunan metarial – yang diistilahkan sebagai pemodenan.

Dan ini juga bukan maknanya saya menyetujui Pemikiran Pengarang “Das Kapital”, bahawa agama itu adalah candu.  Dia mengira bahawa agama itu adalah sesuatu yang dikhayalkan oleh manusia yang lemah jiwanya, singkat akalnya, sedikit logiknya. Lalu manusia mengambil agama untuk berkhayat akan ada syurga, neraka, akn turun perintah kebaikan dan larangang kejahatan, maujudnya Tuhan dan kerajannya.

Semua imijinasi ini lahir setelah manusia disumbat dengan candu, dan candu itu adalh diwakilkan oleh agama.

Saya tidak beriman sebegitu.

Tetapi saya menggambarkan bahwa agama adalah candu, sebaliknya saya tetap beriman bahawa agama adalah fitrah, yang berupa sebahagian dari kejiwan; jiwa yang bersih akn mencari Tuhannya manakala jiwa yang sesat akan menjauhi Tuhannya.

Dan dari sekian banyak agama, yang benar dan diatas keselamatan hanya satu- Itulah yang dipanggil sebagai “Jalan Selamat” – Islam.

Maka, setelah berlalu zaman manusia mengimani permodenan akhirnya mereka tesadar bahawa jiwa mereka itu masih kosong tak berisi. Mereka telah mencoba menyuapkan rohani mereka dengan segala macam keseronokan; namun lompong itu tetap kosong lalu jiwa mereka dilanda rasa sunyi yang sangat dingin. 

Rasa sunyi itu akhirnya menekan jiwa mereka yang selebihnya, menggiring agar mereka lekas mencari penarnya, lalu akhirnya mahu tidak mahu mereka kembali kepada agama.

Setelah itu mereka merangkul ruh agam lalu diratah dengan rakus, tak memilih dan tak berhati-hati. Ditelannya segala macam yang dihadapkan pada mata mereka oleh para Khatib, para guru, para syeikh dan para teolog. Makanlah mereka dengan gelojoh dan lahap. Mereka ibarat manusia yang ketagih arak, harus ada ditangan secangkir todi untuk menghilangkan haus di hati. Lalu akhirnya mereka buncit dengan bermacam paham agama dalam perut mereka.

Buncit itu bukan makin surut tetapi makin membesar. Tak mahu keluar dari atas dan juga tak akan keluar dari lubang bawah. Lama kelaman mereka khayal dan pandangan mereka sirna dari kehidupan yang benar lantaran mereka dihinggapi penyakit “Mabuk Agama”.

Maka, agama itu bukannya candu, tetapi ia bisa menyebabkan manusia mabuk, ketagih untuk mengisi jiwa mereka, yang tanpa sadar bahawa paham agama yang mereka hirup itu juh sekali dari ajaran Islam yang murni.

 

Orang Mabuk Sukar Untuk Dinasihati

Setelah mereka mabuk-mabukan, malah ada yang suka menari pusing-pusing seperti pondan [tarikat Naqsabandi] dan juga ada yang suka bercakap semberono dan meracau meraban, ketika tahap ini, manusia yang mabuk agama adalah ibarat manusia yang mamuk todi secara hakiki.

Maknanya mereka ini tidak bisa dinasihati, tak bisa dibimbing lagi, tak bisa diubati lagi dengan sopan.

Kalu didatangkan kepada mereka sejumlah dalil dari Kalam Allah, atau dari sabda baginda, orang mabuk ini akan menolaknya dengan takwilan dan perkatan manusia.

Mereka akan menganggap bahawa kefahaman mereka adalah pasti benar tanpa mereka meneliti dalil-dalil lain. Pendek kata mereka adalah ahli ta’wil dan ahli taqlid.

Begitu juga rupanya banyak yang mabuk agama ini adalah dari kalangan pejuang Islam. Mungkin mereka mengambil iktibar dari Perang Candu di China zaman dahulu. Kerna para soldadu China mengambil candu dengan keimanan bahawa candu bisa menguatkan mereka.

Kita boleh lihat kenyatan ini, bahawa banyak anak muda kita yang mabuk dengan agama. Mereka selalu membebelkan perkataan yang tak sampai ke dalam hati mereka.

Mereka kononya mahu Islam, mahu sunnah, tapi tanyakan kepada mereka ilmu-ilmu Islam dan ilmu-ilmu sunnah, nescaya kita dapati kebanyakan mereka yang berketayap dan bersemutar itu nihil dari ilmu yang benar.

Inilah bukti bahawa mereka telah kecanduan dan telah mabuk agama.

Walhal agam yang benar itu tidak akn bisa memabukkan apatah lagi menggilakan, seperti kata para pondokius “Gila Isim” yang mereka rujuk kepada “salah menuntut ilmu agama”.

Sebenarnya dalam manhaj Islam yang benar tulen – Manhaj Salaf, Islam tidak akan menggilakan atau memabukkan malah Islam lah yang akan mengubat segala macam penyakit jiwa dan hambatan kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: