Surat Kepada Ustaz IMP [Islamic Manufacturing Practice]

“Sesungguhnya ikatan Islam akan pudar satu demi satu, manakala di dalam Islam terdapat orang yang tumbuh tanpa mengenal kejahilan.”

 

Selepas setahun berjumpa dengan IMP kali ini saya dipertemukan semula dengan mereka.

Maka pada kesempatan ini saya bertanyakan 3 hal yang menjadi kemyuskilan hati ini iaitu:

[1] Wanita sedang haid tidak boleh terlibat dalam proses memasak dalam menghasilkan produk kilang.

[2] Wajib mengambil wudu’ sebelum berkerja

[3] Berzikir ketika berkerja

Boleh rujuk di: http://halaalan.com/konsep.htm

Jika ketiga-tiga hal ini dilanggar oleh pihak pengilang maka pihak IMP akan menarik kembali sijil kelayakan “Prosidur Pengilangan Islam” yang mereka keluarkan. 

Maka saya menanyakan hal tersebut kepada Ustaz Sobri akan dalil yang dipakai oleh IMP. Lalu terjadilah soaljawab yang panjang antara saya dan beliau.

Akhirnya Ustaz Sobri menjawab bahawa ia berdasarkan “fatawa sufi” kerana IMP adalah gabungan antara Aqidah + Fiqh + Sufi.

Namun semasa perbincangan itu, rupanya masalahnya makin membesar iaitu Ustaz Sobri menganggap:

[1] Aqidah adalah masalah ranting yang tidak perlu dibincangkan.

[2] Masalah Halal dan Haram itu lebih diutamakan untuk masuk sorga, terutama makanan.

[3] Bahawa mana-mana faham boleh diikuti; termasuklah untuk menerima IMP atau tidak.

Lalu saya disajikan pula dengan paparan Powerpoint yang dibikin oleh ustaz. Dan masalahnya makin membesar iaitu:

[1] IMP mendefinasikan tauhid adalah “Beriman bahawa Allah itu Esa”.

[2] bahawa makna Halal adalah makanan yang disembelih oleh manusia muslim sahaja. [saya terlupa apakah dia harus menjadi mu’min juga]

[3] bahawa memakan makanan yang dimasak oleh orang kafir maka ruh kufur akan menyerap masuk kedalam jiwa kita.

[4] adanya tingkatan nafsu.

[5] adanya tingkatan keimanan

 

Jawaban saya untuk kesemua masalah diatas:

[1]

Bahawa aqidah merupakan punca para Rasul diutus. Maka kalaulah hal aqidah merupakan perkara furu’ maka Allah itu bahalul dan para Ustaz adalah yang Maha Bijaksana.

Dalilnya:

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada setiap umat (supaya menyerukan): “Sembahlah Allah (sahaja), dan jauhilah Thaghut itu”.” (an-Nahl, 16: 36)

“Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah mempersekutukan sesuatu pun dalam melaksanakan ibadat kepada Tuhannya”  (al-Kahfi, 18: 110)

“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu, “Jika kamu menyekutukan (Tuhan), niscaya akan terhapuslah amalmu dan tentulah kamu tergolong ke dalam orang-orang yang rugi” (az-Zumar, 39: 65)

“Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya. Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik)” (az-Zumar, 39: 2-3)

“Barangsiapa yang percaya dan berharap terhadap pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan dengan apa pun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”  (Surah al-Kahfi, 18: 110)

“Dan sekiranya mereka berbuat syirik nescaya gugurlah dari mereka apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal yang baik)”  (Surah al-An’am, 6: 88)

Maka kalaulah aqidah bukan perkara asasi, tidaklah perlu para rasul berjidah melawan kesyirikan dan rela bermatian untuk hal aqidah.

 

[2]

Bahawa Islam akan berpecah menjadi banyak golongan dan yang benar hanya satu. Rasul membebankan kita untuk mengikuti jalan yang satu itu. Maka kalau para ustaz mengatakan bahawa seorang Muslim tidak dibebankan untuk mengikuti jalan yang benar, tetapi bebas memilih jalan, maka Rasulullah itu bongok dan para ustaz lah yang cerdik.

Dalilnya:

“Berpecah umat Yahudi kepada 71 golongan atau 72 golongan dan terpecah golongan Nasrani (Kristian) sebagaimana di atas dan akan berpecah umatku kepada 73 golongan” [Hasan Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi]

Muawiyah Abu Sufyan berkata, Nabi bersabda: “Kesemuanya masuk neraka kecuali satu iaitu al-Jamaah” [Sanad Hasan: Dikeluarkan oleh Ahmad dan berkata Syu‘aib al-Arna’uth hafizahullah dalam semakannya ke atas kitab Musnad Ahmad – hadis no: 16937 (Musnad al-Syamiyyin, Hadis Mu‘awiyah bin Abi Sufyan): “Isnadnya hasan, namun hadis berpecahnya umat (kepada 73 golongan) adalah sahih berdasarkan syawahid.”]

“Dari ‘Auf bin Malik: Akan berpecah Yahudi kepada 71 firqah, satu firqah ke syurga dan 70 ke neraka. Akan berpecah Nasrani kepada 72 firqah, 71 firqah ke syurga dan satu ke syurga. Demi diri Muhammad yang berada di tanganNya, pasti akan berpecah ummatku kepada 73 firqah hanya satu ke syurga dan 72 ke neraka. Ditanyakan: Siapa mereka wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Al-Jamaah.”

“Dari Abdullah bin ‘Amr: Akan berpecah ummatku kepada 73 pecahan semuanya ke neraka kecuali millah yang satu: Iaitu apa yang aku dan para sahabat  (sesiapa yang seperti aku dan para sahabatku.” Dan diriwayat yang lain:”(Yang ke syurga) ialah al-Jamaah. Tangan Allah atas al-Jamaah.”

[3]

Tauhid adalah berkeyakinan dengan benar bahawa Tiada Ilah yang berhak diibadahi secara benar melainkan Allah sahaja.

Kalau kita mengajak manusia untuk bertauhid: Mengesakan Allah, atau beriman akan Tuhan yang benar adalah Allah maka aqidah jenis ini sudah dimiliki oleh sekelian manusia.

Dalilnya:

“Tanyakanlah lagi: “Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh, dan Tuhan Yang mempunyai ‘Arasy yang besar?” Mereka akan menjawab: “(Semuanya) kepunyaan Allah”. Katakanlah: “Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?” Tanyakanlah lagi: “Siapakah yang memegang Kuasa pemerintahan segala sesuatu, serta ia dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak ada sesuatupun yang dapat disembunyikan daripada kekuasaannya? (Jawablah) jika kamu mengetahui!” Mereka akan menjawab: “(Segala-galanya) dikuasai Allah”. Katakanlah: “Jika demikian, kenapakah kamu tertarik hati kepada perkara yang tidak benar?”.” (al-Mukminun, 23: 86-89)

“Nabi Musa menjawab: “Sebenarnya engkau (hai Firaun) telah pun mengetahui: “Tiadalah yang menurunkan mukjizat-mukjizat ini melainkan Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi, sebagai bukti-bukti yang menerangkan kebenaran; dan sebenarnya aku mengira, engkau hai Firaun, akan binasa”.” (al-Isra’, 17: 102)

“Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedang hati mereka meyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah Bagaimana kesudahan orang-orang yang melakukan kerosakan.” (an-Naml, 27: 14)

 

[4]

Jalan Kebenaran hanya satu iaitu Islam yang berdasarkan Kefahaman Para Sahabat.

Maka selain dari jalan yang ditempuh oleh para sahabat maka jalan itu merupakan jalan kesesatan walaupun betapa banyak kaum Muslimin mengikutinya.

Nabi bersabda:

“Berpecah umat Yahudi kepada 71 golongan atau 72 golongan dan terpecah golongan Nasrani (Kristian) sebagaimana di atas dan akan berpecah umatku kepada 73 golongan”. (Hasan Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi)

Menerusi hadith yang bersumberkan dari Muawiyah:

“Kesemuanya masuk neraka kecuali satu iaitu al-Jamaah”. (Sanad Hasan: Dikeluarkan oleh Ahmad dan berkata Syu‘aib al-Arna’uth hafizahullah dalam semakannya ke atas kitab Musnad Ahmad – hadis no: 16937 (Musnad al-Syamiyyin, Hadis Mu‘awiyah bin Abi Sufyan): “Isnadnya hasan, namun hadis berpecahnya umat (kepada 73 golongan) adalah sahih berdasarkan syawahid.”)

Kemudiannya diwaktu yang lain baginda bersabda kepada sekelompkm sahabat:

“Dan akan terpecah umatku menjadi 73 aliran, semua mereka masuk Neraka kecuali satu aliran. Para sahabat bertanya: Siapakah aliran itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Mereka yang mengikuti jalan hidupku dan jalan para sahabatku”. (Hadis ini dikeluarkan oleh al-Tirmizi)

 

Maka dari hadith tersebut dapat kita ketahui bahawa Umat Islam ini akan mengalami kondisi berkelompok-kelompok dengan setiap aliran mempunya cara pemikiran dan pengamalan sendiri.

Namun Nabi menjelaskan bahawa aliran yang benar-benar berada diatas kebenaran adalah mereka yang mengikuti sahabat dalam memperlakukan agama. Itulah yang dinamakan sebagai Al Jama’ah, ataupun ahlus Sunnah.

Maka adalah wajib untuk mengikuti cara faham beragamanya sahabat. dan wajib meninggalkan cara faham agamanya selain mereka.

Allah menyebut hal ini dalah Al Quran iaitu:

“Orang-orang yang terdahulu lagi yang paling awal (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.” (Surah at-Taubah, 9: 100)

Inilah mereka, kaum Ansar dan Muhajirin; berupa sahabat yang mendapat penerangan terus dari nabi bagaimana mahu mengamalkan Islam, bahawa Allah telah redha kepada pemikiran mereka dan mereka juga telah redha akan Allah. Lalu Allah menetapkan syarat bahawa sesiapa yang mahu keredhaan Allah maka wajib mengikuti jejaknya sahabat.

Ketahuilah bahawa sahabat adalah manusia pilihan, yang telah Allah hidupkan untuk mendampingi Kekasih-Nya, yang akan menyabung nyawa untuk Diri-Nya dan Nabi-Nya, yang teguh memerangi kekufuran dan melumatkan kemunafikan. Sehinggakan Sang Nabi Musa ketika dia memohon untuk menjadi Sahabat, beliau ditolak oleh Allah permohonannya itu.

Lalu Allah menyuruh kita memohon doa kepada Dia dengan menjadikan jejak sahabat sebagai pedoman:

“Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka (Salafus Soleh (Para Sahabat)); bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.” (Surah al-Fatihah, 1: 6-7)

Semuanya kerana sahabat adalah manusia yang terbaik yang Allah jadikan sebagai penolong Nabi-nya. Kebaikan bukan diukut pada sosok tubuh dan bangsa tetapi keutamaan itu terletak kepada pemahaman agama mereka. Nabi bersabda:

“Sebaik-baik manusia adalah pada kurunku, kemudian generasi setelah mereka, kemudian generasi setelah mereka. Kemudian akan muncul suatu kaum yang memberi persaksian mendahului sumpahnya, dan bersumpah mendahului persaksiannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

“Kamu wajib mengikuti sunnahku dan sunnah khulafaur Rasyidin yang mendapat petunjuk dan menunjukkah jalan yang benar, berpeganglah dengan sunnahnya dan gigitlah dengan gigi gerahammu”. (Hadis Riwayat Abu Dawud: 3991)

Ini kerana mereka mendapat pengajaran langsung dari Allah dan Rasul. Ketika mereka lalali, Allah ingtkan mereka. Seperti kekalahan di Uhud padahal jumlah tentera mereka lipat kali ganda dari kaum kafir. Ketika mereka meremehkan Rasul, mereka mendapat peringatan langsung. Seperti seorang lelaki yang enggan minum menggunakan tangan kanan sehinggakan Allah lumpuhkan tangan kanannya.

Justeru, mereka mendapat pendidikan langsung dari Langit, diperingatkan dan ditunjuki oleh nabi dalah kehidupan mereka, mereka mempelajari Al Quran 10 ayat sehingga mereka mengerti akan maknanya dan kemudian barulah mereka beralih kepada 10 ayat yang lain, mereka memerhatikan dengan teliti kehidupan Nabi dan mereka merekodkannya serta mengamalkannya. Itulah kebaikan yang ada pada mereka sehinggakan Allah dan Rasul menjadikan mereka sebagai piawai kebenaran.

Semua manusia Muslim bisa saja menggunakan gelar diri atau kelompok mereka sebagai Ahlus Sunnah, namun kita bisa melihat hahikat dirinya, ketika datang dalil berupa al quran, atau al hadith serta atsar sahabat, maka mereka menolaknya dengan sebuah fatawa dari mufti mereka!

Apakah kalimat mufti mereka itu lebih suci dari kalimat Allah dan Rasul-Nya?

Oleh kerana itu, barang siapa yang berpegang kepada Al Qur’an dan as sunnah semata-mata, dan kemudiannnya mereka mentafsir kan kedua sumber tadi mengikut kefahaman mereka, natijahnya hanya ada 2 kondisi; pertama pemahaman yang terhasil itu selari dengan kebenaran dan inilah yang dikehendaki. Keduanya adalah kebatilan, sedangkan setiap kebatilan akan mengundang bencana. Ia ibarat hakim yang jahil, yang memutuskan fatwa; antara fatwanya benar atau silap, namum keduanya bisa mengundang kesalahan dan hukuman tuhan.

 Malah kesesatan dalam memahami Al Quran dan As Sunnah sudah wujud apabila wafatnya Baginda. Kerana itu baginda mengingatkan kepada sahabatnya bencana tersebut. Juga sebagai pedoman kepada kita:

“Akan datang kepada kalian suatu kaum yang kalian akan merasa rendah apabila solat kalian dibandingkan dengan solat mereka, puasa kalian dibandingkan dengan puasa mereka, amal-amal kalian dibandingkan dengan amal-amal mereka. Mereka membaca al-Qur’an (tetapi) tidak melewati kerongkongan mereka. Mereka meleset (keluar) dari (batas-batas) agama seperti terlepasnya anak panah dari (sasaran) buruannya.” (Muttafaqun ‘alaihi, dari Abu Sa’id al-Khudri)

Rasul saw memperingtakan kepada sahabat akan muncul satu kaum yang mengamalkan Islam secara tersilap walaupun amal ibadah mereka terlalu banyak sehinggakan mengatasi amal ibadah para sahabat, tetapi oleh kerana mereka tidak mengikuti pemahaman beragamanya sahabat, maka kaum ini tetap terpesong.

Kerana setiap jamaah, atau aliran pemikiran pasti akan menisbatkan kepada Islam dan jalan yang lurus, walhan hakikatnya jalan tersebut melawan Allah dan Rasul. Hal ini telah dikhabarkan oleh Rasulullah saw sendiri:

Ibnu Mas’ud radhiyallahu anhu berkata : “Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam menggariskan satu garis (di atas tanah) pada kami lalu kami menyatakan : ‘Ini adalah jalan Allah’, kemudian beliau menggariskan beberapa garis di sebelah kanan dan kirinya, lalu menyatakan : ‘Ini adalah jalan-jalan ( As-Subul, maknanya beberapa jalan yang banyak) dan di atas setiap jalan ini ada setan yang mengajak kepadanya’. Lalu beliau membaca (Firman Allah) : ‘Dan ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kalian mengikuti jalan-jalan (yang lain), Karena jalan itu menceraiberaikan kamu dari jalan-Nya”. (QS. Al-An’am : 153).

Abdullah bin Mas’ud ra : “Sesungguhnya jalan ini di hadiri oleh para setan yang menyeru : ‘Wahai hamba Allah, ayoh kesini! Ini adalah jalan (yang lurus)’, untuk menghalangi mereka dari jalan Allah. Maka berpegang teguhlah dengan tali Allah, karena sesungguhnya tali Allah itu adalah Kitabullah”.

Oleh kerana itu, jalan yang benar hanyalah satu, iaitu jalan yang ditempuh oleh para sahabat, kemudiannnya jalan ini diteruskan oleh tabi’in dan sesudah itu disambung oleh itba’ at tabi’in.

Maka tanggapan bahawa semua aliran, atau partai, atau jama’ah yang menggunakan nama Islam adalah benar dan pasti masuk syurga, hanya saja mereka berbeda perjuangan dan pengkhususan, adalah satu paham yang silap. Kerana ia bertentangan dengan dalil yang jelas.

Apabila paham itu menyalahi Al Qur’an dan As Sunnah, walalupun manusia yang mengeluarkan pandangan itu punya sorban 10 kaki di kepala, berjubah tebal 4 lapis atau jubahnya menyapu lantai bermeter-meter, tetap pandangan itu ditolak dan dianggap silap.

Termasuklah juga IMP, kerna ia menyalahi Al Qur’an, menyalahi Al Hadith, para sahabat tidak pernah berfikir begitu dan mereka tidak pernah berbuat demikian.

 

[5]

Halal memakan sembelihan kaum Ahli Kitab. Malah sembelihan mereka tidak mengandungi ruh kekafiran.

“Hari ini dihalalkan yang baik-baik buat kamu dan begitu juga makanan orang-orang yang pernah diberi kitab (ahli kitab) adalah halal buat kamu, dan sebaliknya makananmu halal buat mereka.” (al-Maidah: 5) 

Oleh kerana Allah telah memberikan keluasan kepada kaum Muslimin, maka Nabi menunjukkan contoh kepada para sahabat dengan memakan sembelihan kaum Ahli Kitab. Sehinggakan seluruh kaum Yahudi dan Nasrani mengetahuinya dan merencana membunuh nabi dengan membubuh racun pada daging masakan mereka.

“Seorang wanita Yahudi datang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan membawa daging kambing yang beracun (sebagai hadiah untuk Nabi Shallallahu ‘alaihi sa sallam ), beliau pun memakannya. (Ternyata kemudian diketahui daging itu beracun) maka dinyatakan kepada beliau, “Tidakkah kita bunuh wanita Yahudi itu?” Rasulullah melarang, “Jangan.” Kata Anas, “Aku terus menerus mengenali daging beracun itu pada anak lidah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.” (HR. Al-Bukhari no. 2617 dan Muslim)

Maka, apakah sesudah nabi diracuni, Allah memansuhkan ayat 5, surah Al Maidah tersebut? Kalau ada, kita minta para ustaz IMP membawakan hujjahnya.

Yang nyata bahawa kehalalan sembelihan kaum Yahudi dan Nasrani masih berlangsung sehingga kini.

Berkenaan dengan ruh kekafiran, para ustaz IMP haru membawakan dalilnya, lantaran hal ini berupa permasalahan ghaib. Barangsiapa yang berbicara hal-hal ghaib maka dia bisa menjadi thaghut dan sesat malah kafir.

“Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib kecuali Allah, dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan”. (An-Naml : 65)

Lalu bagaimana mereka boleh mengetahui bahawa ruh kekafiran, atau mereka istilahkan dengan “Aura’ kekafiran itu menyerap ke dalam makanan? Apakah ada datang kepada mereka sebuah ayat dari Alklah, atau sebuah perkhabaran dari Nabi, atau sebuah  kalimat dari sahabat? Atau mereka ambil dari para sufi yang sufi itu terhasil dari ajaran majusi dan nasrani?

Oleh itu mereka harus bisa mendatangkan dalil yang jelas bagi mendokong teori “AURA KEKAFIRAN” akan menyerap masuk ke dalam makanan sekiranya makanan itu dimakas oleh orang kafir. Dan AURA KEMUNAFIKAN akan memasuki makanan sekiranya munafik yang memasaknya, dan AURA KEMA’SIATAN akan memasuki makanan sekiranya muslim yang bermaksiat memasaknya.

Seandainya mereka menyedari bahawa makanan yang halal itu tidak mengandungi sebarang ruh dari para pembikinnya pasti mereka tidak akan mengucapkan kalimat ghaib ini. Tetapi para Ustaz IMP ini adalah para sufi yang tertipu dengan kesufian mereka. Sepertinya mereka tidak pernah mengetahui akan hadith-hadith yang menceritakan Nabi dan sahabat memakan masakan ahli kitab.

Seandainya masakan tersebut mengandungi AURA kejahatan, pasti Allah telah memperingatkan kepada Rasul-Nya. Dan setelah itu pasti Rasulullah saw menceritakan kepada para sahabat baginda. Dan pasti sahabat akan memperingatkan umat seterusnya. Namum yang nyata hal demikian tidak pernah wujud dan kaum muslimin sejak dari zaman Muhammad bin Abdillah, kekasih Allah terus menerus memakan sembelihan Ahli Kiblat.

Apakah mereka berfikir bahawa Allah telah mengkhabarkan kepada Muhammad saw dan kemudian Muhammad saw khianat kepada umat ini dengan menyembunyikan cerita tentang AURA ini? Atau mereka berfikir bahawa Allah mengkhianati Rasul-Nya dengan tidak mengkhabarkan hal tersebut dan Allah menyampaikan cerita itu pada hati sang sufi atas ilmu laduni?

Atau mereka beriman akan SAINS dan mendustakan Al Quran dan Hadith? Maha Suci Allah dari keimanan Saisn dan menolak dalil Naqli.

Saya rasa mereka ini adalah kaum yang mengimani Sufi morden, iaitu sufi yang menggabungkan cerita khurafat dan sains.

Apakah mereka mengetahui hakikat SAINS seandainya mereka orang yang berfikir dan merenung sejarah manusia?

 

Sehingga kini saya masih menunggu Ustaz Ahmad Tajuddin atau Ustaz Sobri untuk menjawab surat saya. Tapi nampaknya mereka diam membisu.

Lalu saya berdoa agar kaum muslimin tidak mengikuti jalan yang menyimpang kerana setiap jalan itu ada setan yang berserban yang menyeru “Inilah Jalan Islam yang sebenar”.

20 Respons to “Surat Kepada Ustaz IMP [Islamic Manufacturing Practice]”

  1. zul Says:

    Saya tidak pernah terbaca mana-mana para ulama’ mengatakan akidah itu adalah perkara ranting. Mungkin saya masih belum banyak membaca…

  2. ali mohamed Says:

    Hanya nak kongsi pendapat, Zaman ni ada lagi ka ahli kitab ? Kalau tengok ugama cina depa sembah tokong, begitu juga dengan hindu, budha, siam dll.

    Kalau tengok orang putih pula, nasrani @ nasara @ kristian, lani depa mana ada kitab dan depa syirik dgn kata Nabi ISA anak allah dan sembah Nabi ISA sbg perantara kpd Allah, sama juga dgn yahudi yang terang terang tak mengaku Nabi Muhamad s.a.w dan lani kitab depa pun rekaan sendiri.

    Persoalannya bolehkah makan sembelihan depa ni yang dulu dulu mungkin asal dari ahli kitab.

    Saya sendiri berurusan dgn penyediaan makan standard Kosher utk org yahudi di salah sebuah kilang di malaysia ini, dan pernah tanya mereka tentang standard mereka tu, jawapan mereka secara ringkasnya adalah mereka banyak mengambil standard penyedian makan dari Islam dan standard dan cara yahudi dah lama tak ujud/hilang.

    Jadi ini sesuai dgn dalil yang kata kitab injil, taurat, zabur dll telah di angkat setelah turunnya Al furqan.

    walau bagaimana pun, tentang akidah mungkin uz sobri tu tak pandai lagi nak ulas dan saya setuju dgn pendapat penulis.

    Nak tanya IMP ada tak alat untuk ukur atau chek samada seseorang tu ada wuduk semasa buat kerja dlm kilang, kalau ada saya nak beli, nak check wuduk anak2 saya tu sah atau tidak sebelum solat.

    Jawaban:

    Kebanyakan ulama sunnah menetapkan bahawa Yahudi di zaman nabi adalah yahidi yang sama di zaman ini.

    Nasrani di zaman nabi adalah nasrani di zaman ini.

    Mereka sama saja aqidahnya; persisi tak berubah. Sehinggakan trinitas disinggung dalam Al Kitab – Al Furqan

    Maka sembelihan mereka tetap sama hukumnya sedari zaman nabi hingga kiamat.

    kebid’ahan amalan mereka itu sentiasa berkeembang sepertimana kebid’ahan umat isalm yang semakin bertambah. maka ini bukan soalnya; yang menjadi asas adalah aqidah mereka sama semenjak pengutusan nabi muhammad saw sampailah hari ini.

    Untuk soalan kepada IMP, saya harap tuan boleh bertanya teruss kepada Ustaz Ahmad Tajuddin.

    – Mereka tiada alat untuk itu, cuma audit dengaan merelakkan al quran di tepi atau suruh bersumpah dengan al qururan untuk bercakap benar.

  3. nur Says:

    ape yang hendak ditonjolkan oleh ustaz tajuddin amatlah saya sokong..kerana memang skrg kte byk terdedah dgn logo halal yg palsu..sekurang-kurangnya dgn kehadiran imp…produk yg dipasarkan halal dan menepati ciri-ciri yg sememangnya perlu dalam keperluan harian kita.. tapi bagaimanapun,saya ingin membuat pertanyaan,adakah ustaz sememangnya menubuhkan kilang imp untuk tujuan sendiri atau memang untuk berjihad????sebenarnya benar2 kah pekerja kilang ustaz mengikut segala piawai yang ustaz sediakan???

    Jawaban:

    Para umat islam sekelian, apabila kita berhadapan dalah hal agama; maka segala urusan itu harus diserahkan kepada Muhammad saw, tetapi apabila baginda sudah tiada maka sunnah beliau dan seunnah sahabat baginda lah yang menjadi pedoman kita.

    Maka apabila diteliti dalam perihal makanan, baginda dan sahabatnya tidaklah memberatkan sepertimana kita hari ini. Yang baginda beratkan dan setiap kali khutbah jumaat adalah larangan bid’ah. namun hari ini kita tidak langsung memberatkan bid’ah sebaliknya kita meringankannya. Sepertinya kita senantiasa melawan baginda; tatkala baginda memberatkan sesuatu maka kita meringankannya, tatkala baginda meringankannya maka kita berusaha untuk memberatkannya pula.

    Apa yang IMP lakukan itu jelas bertentangan dengan syara’ dan sekaligus sangat asing dalam sunnah. Lalu kita mahu taanyakan kepada semua penyokong IMP; bawakan dalil kalian untuk membenarkan tindakan kalian; Islam tidak menerima angan-angan malah jauh sekali dari andaia dan prarasa. kalau semua orang bisa beranggapan maka Islam akan menjadi agama terdahulu – hancur!

  4. khair Says:

    “Maka apabila diteliti dalam perihal makanan, baginda dan sahabatnya tidaklah memberatkan sepertimana kita hari ini. Yang baginda beratkan dan setiap kali khutbah jumaat adalah larangan bid’ah.namun hari ini kita tidak langsung memberatkan bid’ah sebaliknya kita meringankannya. Sepertinya kita senantiasa melawan baginda; tatkala baginda memberatkan sesuatu maka kita meringankannya, tatkala baginda meringankannya maka kita berusaha untuk memberatkannya pula.”

    apa yg sy dapat faham drpd pnulis,soal makanan tidak perlu dititikberatkan…jika begitu,adakah perlakuan Khalifah Umar Al-Khattab merupakan satu bentuk bida’ah,dan melawan Rasulullah???..beliau pernah mnjolok mulut anak sendiri,semata2 untuk memuntahkan balik susu kambing yang diminum..yg mana kambing beliau HANYA makan rumput yg bukan milik baginda..sy mahu penulis jelaskan

    IMP,Islamic Manufacturing Practice..adalah satu usaha memartabatkan umat Islam itu sendiri..janganlah kita masih mahu menentang usaha ini..andaikata ada orang kafir yang membaca penulisan saudara di atas ini,mereka akan bersorak kegembiraan,kerana itulah yg mereka mahu..perpecahan dalam Islam..itukah yg saudara mahu?jelaskan

    Apa yg sy dapat tgk hari ini,bida’ah adalah salah satu alasan org islam untuk tidak beramal..bida’ah adalah st bntuk prbuatan yg sia-sia n tidak ada manfaat lngsung..fikirlah sendiri,setan mn yg menyeru untuk ke arah kebaikan atau sebaliknya..

  5. Halim Muda Jawab Says:

    KEUTAMAAN JIHAD

    Jihad bermaksud juang dan kerja keras. Juang menurut bahasa ialah penat. Ini kerana setiap perjuangan memerlukan kerja keras dan bersungguh-sungguh, sehingga membawa kepada rasa penat. Sesuatu pekerjaan yang dilakukan tanpa membawa sedikitpun kepenatan, sama ada luaran mahupun dalaman, maka itu bukanlah jihad.

    Menurut bahasa Arab, perkataan ‘jihad’ diguna pakai bagi usaha yang dilakukan oleh anggota tubuh badan. Manakala usaha yang dilakukan oleh hati, perkataan ‘mujahadah’ digunakan. Ia berasal daripada perkataan:

    Jahada – yujahidu-mujahadatan – jihadan (جَاهَدَ, يُجَاهِدُ, مُجَاهَدَةً , جِهَادًا).

    Seorang penggapai tidak akan dapat sampai kepada apa yang diinginkan kecuali dia melalui usaha, kerja keras dan bertungkus-lumus terlebih dahulu. Alangkah berertinya pepatah Melayu:

    Berakt-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian
    Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

    Tiada jihad melainkan perlu melalui liku-liku kesusahan. Kesampingan susah payah di dalam jihad, sudah menjadi hukum alam sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Quran:

    “Sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia itu berada di dalam keadaan susah payah.” (Al-Balad: 4)

    Lihat seekor burung! Dari dinihari hingga ke petang, ia bersusah-payah terbang ke sana ke mari mencari sesuap makanan untuk diri dan anak-anaknya yang selalu menganga minta disuapkan. Ia tidak akan berhenti terbang mencari makanannya selagi tidak menemui sesuatu yang boleh menjadi makanannya.

    Jihad di dalam Islam cukup luas. Oleh sebab itu, ulama fiqah meletakkan bab jihad berada di akhir bab. Kewujudan jihad bermula dari hal-hal berkaitan bersuci lagi. Suci luaran dan suci dalaman. Kemuncak jihad ialah taqwa yang sebenar-benar taqwa kepada Allah dan mati dalam keadaan berpegang dengan Islam.

    Bersungguh-sungguh menjaga wudhuk, jihad. Bersungguh-sungguh menjaga solat, jihad. Bersungguh-sungguh menjaga puasa, jihad. Bersungguh-sungguh bekerja sehingga mampu untuk mengeluarkan zakat dan mengurusnya, jihad. Bersungguh-sungguh mengerjakan haji di Mekah, jihad. Bersungguh-sungguh menjaga hati dan menyucikannya, jihad. Bersungguh-sungguh menuntut ilmu, jihad. Bersungguh-sungguh membina institusi pengajian, jihad. Bersungguh-sungguh mencari nafkah keluarga, jihad.

    Begitu juga, bersungguh-sungguh membangunkan ekonomi Islam, jihad. Bersungguh-sungguh membasmi kemiskinan, jihad. Bersungguh-sungguh menjadi usahawan, jihad. Bersungguh-sungguh menghasilkan produk makanan halal dan suci, jihad. Bersungguh-sungguh menyatupadukan umat Islam, jihad. Bersungguh-sungguh menegakkan kebenaran dan keadilan, jihad. Bersungguh-sungguh memerangi ideologi selain Islam, jihad. Bersungguh-sungguh memerangi rasuah, jihad. Bersungguh-sungguh memerangi riba, jihad. Bersungguh-sungguh menghasilkan karya ilmiah juga, jihad.

    Selain daripada itu, bersungguh-sungguh menjatuhkan sebuah kerajaan bersifat zalim.Tidak mengutamakan keseimbangan ‘pembangunan material’ dengan ‘pembangunan spiritual’ yang membawa ke arah kemajuan dan keselamatan rakyat hidup di dunia dan akhirat.Ia dilakukan menerusi cara terhormat menurut sistem perlembagaan dan undang-undang sesebuah negara untuk digantikan dengan sebuah kerajaan bersifat adil, telus dan membela rakyat tanpa mengira status, kepartian, kaum, bangsa dan wilayah. Ia juga jihad.

    Sehinggalah kepada bersungguh-sungguh berperang dengan orang-orang kafir yang menceroboh kedaulatan negara Islam atau ingin menghancurkan Islam, dengan mengangkat senjata di medan perang sehingga mati syahid, jihad.

    Begitulah seterusnya, jihad terangkum di dalam setiap aktiviti manusia menerusi batas-batas had yang ditetapkan, sehinggalah kepada soal berperang dengan senjata. Malang sekali, sebahagian umat Islam ada yang memahami jihad dalam skop yang sempit iaitu hanya berperang mengangkat senjata melawan orang-orang kafir.

    Kami mahu pejuang
    persis Umar Al-Faruq!
    Kami mahu pejuang
    mirip Tariq Ibnu Ziad!
    Kami mahu pejuang
    persis Solahuddin Al-Ayubi!
    Kami mahu pejuang
    mirip Muhammad Al-Fateh!
    Kami mahu pejuang
    persis Al-Ghazali!
    Kami mahu pejuang
    mirip para wali!

    HALAL LAGI BAIK

    Al-Quran menyatakan:
    “Wahai manusia! Makanlah sebahagian daripada bahan yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan, (kerana) sesungguhnya ia bagi kamu adalah musuh yang nyata.” (Al-Baqarah: 168)

    Imam Nawawi memasukkan awal-awal sebuah hadis Rasulullah SAW di dalam kitabnya, Matan Arbaien An-Nawawi iaitu himpunan 40 hadis sahih, baginda bersabda:

    “Yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Dan, di antara kedua-duanya, ada perkara-perkara syubhah (kesamaran) yang ramai di kalangan manusia tidak mengetahuinya.”(Hadis)

    Kemudian, di akhir matan hadis tersebut, baginda menyatakan hukum:
    “Oleh itu, sesiapa yang melakukan perkara-perkara syubhah, nescaya dia telah jatuh melakukan perkara haram.”(Hadis)

    SERANGAN YAHUDI DAN KUNCU-KUNCUNYA

    Suatu hari di rumah mertua saya…

    “Abah beli di mana roti ini?” tanya saya pada suatu petang sebaik saja sampai di rumah mertua.

    “Oh! Abah beli dengan orang kita yang menjualnya tadi. Lagipun, ada tanda halal,” sambil menunjukkan kepada saya label tertera “حلال” mengikut tulisan Jawi di luar bungkusan.

    “Abah, sebenarnya ini logo halal buat sendiri dan tiada logo HALAL JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) atau logo-logo yang diiktiraf. Nama pengilangnya pun kelihatan nama orang kafir,” saya mula memberi penjelasan lanjut.

    “Yakah?” bapa mertua saya mula kelihatan melonjak perasaan ingin tahu lebih lanjut. Dengan tenang, saya mula menjadi ‘pensyarah’ tidak bertauliah.

    “Syarikat ini sudah bertahun-tahun lamanya beroperasi. Mengapa masih tidak dapat lagi sijil HALAL JAKIM,atau memang produk keluarannya bermasalah daripada segi status halal,” mertua saya mula memandang tepat logo “حلال” yang terpampang jelas di muka depan pembungkus roti tersebut.

    “Logo “حلال” yang tertera di muka depan pembungkus roti itu, logo buat sendiri ala Islamik,” mertua saya mula membetulkan labuh punggungnya. Mungkin terlalu ingin mengetahuinya lebih lanjut. Saya pun meneruskan ‘syarahan’ saya itu dengan panjang lebar…

    Sesungguhnya, Yahudi mahu mengusai dunia. Yahudi mengusai dunia daripada segenap segi. Yahudi mahu semua orang mengikuti jejak langkah dan telunjuknya. Di dalam al-Quran, Allah telah bongkar segala ‘busuk hati’ mereka kepada Nabi Muhammad SAW serta umat Islam bahawa mereka tidak akan berdiam diri selagi umat Islam khasnya tidak memasuki agama mereka. Yahudi tidak perlu bersusah-payah masuk ke sesebuah negara Islam dengan batang tubuh mereka. Memadailah Yahudi masuk di dalam pemikiran, sistem ekonomi, politik, pendidikan, bahasa, sosial dan industri pembuatan, dengan melantik agen-agennya.

    Mula-mula sekali, Yahudi datang atas nama ‘pelabur’,kononnya membuka peluang pekerjaan secara langsung. Kerja Yahudi senang saja, hanya perlu melantik agen. Contohnya, atas nama perniagaan francais. Yahudi sukar untuk ‘tembusi’ usahawan muslim secara langsung. Ini kerana orang-orang Islam sudah ‘sedarah sedaging’ membudayakan hidup mereka hanya cukup sekadar makan gaji setiap bulan. Itu pun, banyak ‘hidup segan, mati tak mau’.

    Pendek kata, jauh panggang dari api. Di negara Islam mana pun, Yahudi berjaya dengan jayanya menembusi pasaran umat Islam menerusi usahawan kafir atau usahawan fasik. Yahudi menamakan nama-nama kandungan makanan dengan pelbagai nama, kononnya kedengaran nama saintifik. Yahudi tidak perlu sembelih ayam dan lembu untuk umat Islam. Biar orang Islam sendiri yang menyembelihnya, tetapi dengan syarat sebahagian material asas di dalam kandungan makanan, perlu diimport dari negara asal mereka sendiri. Hairan!

    Begitu juga, barangan harian seperti barangan kecantikan atau kosmetik, juga tidak terkecuali. Contohnya, lipstik atau gincu. Wanita-wanita muslimah kita, tidak kira isteri siapa. Isteri Pak Imam, isteri Pak Bilal, isteri penceramah Agama, isteri profesordan lain-lain, semuanya tidak dapat lari dari menggunakannya, kerana kononnya mahu mengamalkan sunnah berhias diri untuk suami. Sudahlah ia dibuat berasaskan uri dari seluruh pelusuk dunia, malahan disebabkan pembuatan lipstik bam berasaskan uri tidak dapat dipenuhi atas permintaan yang terlalu tinggi, maka lemak babi jua jalan penyelesaiannya. Di sini, tidak perlulah penulis menyatakan satu persatu produk ‘bermasalah’ di pasaran. Ini kerana sudah terdapat buku-buku di pasaran yang menyenaraikannya.

    Ketahuilah! Yahudi tidak perlu ‘masuk’ secara langsung dengan usahawan muslim kerana orang Islam cukup anti dengan mereka atas sebab-sebab isu sensitif, seperti Palestin, Iraq dan sebagainya.

    Cukuplah dengan mengeluarkan bahan-bahan asas pembuatan yang tidak halal atau syubhah untuk usahawan-usahawan muslim yang kemudiannya dimakan atau digunakan oleh seluruh umat Islam lain.

    Cukuplah usahawan-usahawan muslim memproses dan packaging produk atas nama CMP (Contract Manufacturing Partner)di kilang-kilang agen mereka, menerusi mesin-mesin kilang yang juga memproses bahan-bahan bercampur sesesuatu yang dilarang agama Islam. Kemudian, menguar-uarkan pula produk tersebut, “Buatan Muslim’’, Ditanggung Halal” dan sebagainya.

    Semua makan, semua pakai! Pak Imam yang amat setia pada masjid, Pak Bilal yang taat melaungkan azan 5 kali sehari di masjid, guru-guru yang membaca kitab-kitab silam muktabar, penceramah yang ‘berbuih mulut’ mengajak orang ramai supaya menitikberat soal “halal, haram dan syubhah” dengan membaca hadis 40 karangan Imam Nawawi, mahasiswa dan graduan universiti-universiti terkemuka, pemimpin serta rakyat keseluruhan. Semua makan, semua pakai. Malah, penulis sendiri pun tidak dapat lari dari terkena tempias ini. Bagaikan meludah ke langit, terpalit air liur ke muka sendiri. Di saat buku Anjakan Paradigma Kelas Pertama disiapkan, umat Islam negara ini baru saja mendapat berita yang membongkar laporan terdapat pinggan-mangkuk yang diperbuat daripada tulang babi.

    Bayangkan jika ianya melibatkan negara-negara yang mempunyai bilangan penduduk yang menganut Islam terbanyak di dunia.

    Begitulah hakikatnya, sehingga umat Islam saban waktu, ada saja diasak berita-berita yang menyentuh sensitiviti mereka. Betapa hebatnya serangan-serangan musuh Islam. Menyerang bertubi-tubi dari pelbagai sudut, kanan, kiri, atas dan bawah. Kita bagaikan terpenjara di tanahair sendiri. Kita bagaikan dirantai dengan rantai-rantai besi dan terbelenggu dengan belenggu-belenggu raksasa.

    Sebenarnya, siapakah yang memenjarakan umat Islam? Siapakah yang merantai umat Islam? Siapakah yang membelenggu umat Islam? Siapakah yang akan memperjuangkan nasib umat Islam ini? Apakah kita sekadar ‘tunggul kayu’ mahu tunggu Imam Mahdi sahaja yang akan membanteras dan menyapu bersih kesemuanya?

    Sepatutnya, selama negara-negara Islam merdeka setelah dijajah sekian lama, kita semua benar-benar merdeka. Kita bebas mencorakwarnakan diri dan kehidupan kita. Kita mampu menyediakan keperluan harian kita yang paling asas, iaitu makanan, minuman, pakaian dan sebagainya, termasuk pinggan-mangkuk.

    LANGKAH PENYELESAIAN

    Ayuh! Bangunlah. Suntik semangat untuk menjadi usahawan. Hasilkan jenama-jenama buatan muslim terus mengisi ruang-ruang dapur umat Islam. Hasilkan material-material asas yang halal lagi baik (Halalan Thoyyiban) di dalam kandungan makanan, minuman dan perkakas harian kita.

    Sebelum membeli sesuatu produk makanan dan lain-lain, pastikan ada label halal yang diiktiraf kerajaan. Jangan beli sesuatu produk yang tiada logo halal. Hentikan membeli produk yang tiada kesasihan halalnya. Dan, hentikan memasuki restoran atau hotel yang tidak mempamerkan label halal yang diiktiraf.

    Sebelum ini, mungkin kita boleh dicop sebagai kanak-kanak bawah 5 tahun yang perlu disediakan dan disuapkan makanan ke mulut. Kita semua adalah manusia yang mengakui beriman dengan segala rukun iman yang enam dan mahu masuk syurga tanpa terhalang dengan dosa-dosa syubhah.
    • Cukuplah selama negara-negara Islam merdeka, kita disuap oleh ‘tangan-tangan’ yang tidak bersyahadah.
    • Cukuplah selama negara-negara Islam merdeka, kita disuap oleh ‘tangan-tangan’ yang menyembah berhala.
    • Cukuplah selama negara-negara Islam merdeka, makanan kita telah dicampur-aduk dengan bahan-bahan dilarang Islam.
    • Cukuplah selama negara-negara Islam merdeka, sebahagian keuntungan penghasilan mereka digunakan untuk membina kekuatan ketenteraan mereka dan memperbodoh serta menghancurkan umat Islam.
    • Dan, cukuplah kita selama ini terlalu lalai dengan segala perdebatan hukum-hakam Agama dengan berbagai-bagai hujah dan tafsiran, kononnya atas nama kebenaran yang akhirnya ‘menang jadi arang dan kalah jadi abu’, sehingga kita ketinggalan dalam mempersiapkan diri, masyarakat dan negara ke arah memacu kecemerlangan dunia dan akhirat.

    STANDARD PIAWAIAN ISLAM

    Pakar-pakar pemakanan sering berkata, “Anda adalah apa yang anda makan”. Sebuah hadis dan Ibnu Sina pula mengatakan, “Penyakit berpunca daripada perut”. Dua kenyataan tersebut amat tepat, meskipun nadanya agak umum.

    Sebahagian besar umat Islam hari ini, megah menggunakan produk-produk makanan hasil keluaran kilang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice) atau Amalan Perkilangan Baik. Kononnya, standard ini dijamin tahap kualiti dan kebersihannya. Betulkah benar-benar terjamin kebersihannya? Katakan, sekalipun itu benar, cuba anda pertimbangkan perkara-perkara berikut :

    a) Orang Islam diajar lebih awal tentang najis dan bahagian-bahagiannya, serta bagaimana cara mengurusnya. Segelintir orang kafir tidak membasuh kencing. Segelintirnya juga, menggunakan tisu sahaja. Persoalannya, bagaimanakah jika mereka terus ke bahagian produksi dan mula melakukan kerja-kerjanya sebaik saja keluar dari tandas?

    b) Usahawan kafir tidak mengajar atau menyuruh pekerja-pekerjanyasupaya mengurus hal berkaitan bersuci dengan sempurna, apatah lagi mengarahkan agar mendirikan solat. Bahkan, kalau boleh sebaliknya yang mereka mahu. Sewaktu saya meneliti hal ini, saya telah menyaksikan di dalam sebuah kilang terkenal, sebahagian penganut Islam kencing sambil berdiri. Persoalannya, bagaimanakah jika mereka bersama-sama pekerja non-muslim kencing berdiri. Padahal, kencing berdiri tentu memercikkan najis ke kasut dan seluar mereka, malah juga ke tangan mereka. Sejurus kemudian, mereka masuk semula ke dalam bahagian produksi dan membuat kerja masing-masing?

    c) Bagaimanakah jika terdapat pekerja yang menggunakan tapak kasut di kaki untuk menendang masuk ke dalam mesin bahan-bahan yang besar secara langsung tanpa dibungkus. Bukankah kasut itu memijak semua tempat, termasuk tandas yang dipenuhi percikan najis?

    d) Bagaimanakah jika sebahagian bahan-bahan proses terkeluar dari mesin dan memenuhi lantai yang dipijak dengan kasut. Kemudian, dimasukkan semula ke dalam mesin? Apakah ini yang dikatakan GMP?

    Dahulu kala, orang-orang tua kita selalu berpesan kepada anak cucu mereka, “Jangan makan makanan curi, nanti gelap perut”. Sewaktu masih kanak-kanak, saya sudah faham walaupun sedikitakan makna ‘gelap perut’ itu. Maksudnya, ‘gelap hati’. Hati jadi kotor kerana melakukan dosa dan di akhirat kelak akan dihumban ke dalam Neraka.

    Sebuah hadis riwayat Ibnu Hibban, Rasulullah SAW berpesan dengan sabda baginda:
    “Tidak akan masuk Syurga daging dan darah yang tumbuh hasil daripada yang haram, dan Nerakalah paling utama untuknya.”(Hadis)

    GELOMBANG SYUBHAH DAN KESANNYA

    Implikasi makanan syubhah yang dihukum makanan haram itu, sebenarnya meninggalkan kesan buruk terhadap jiwa. Apabila hati dikotori syubhah, ia ditonjolkan menerusi akhlak seseorang. Percaya atau tidak, memang itulah hakikatnya. Masakan tuan-tuan guru dan alim ulama dahulu menyatakan ‘gelap perut’ jika tiada implikasinya terhadap hati. Bukankah Allah mencipta kehidupan makhluknya dikelilingi gelombang atau frekuensi?

    Ini digambarkan oleh Rasulullah SAW menerusi hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Nasai, daripada Abu Hurairah:
    “Sesungguhnya, seseorang hamba itu apabila dia melakukan satu kesalahan (dosa), akan berbekas titik hitam di hatinya. Namun, apabila dia menyesal, beristighfar dan bertaubat, nescaya tergilap semula hatinya. Dan, sekiranya dia mengulangi semula (melakukan kesalahan), nescaya bertambah semula (titik hitam) padanya sehingga melitupi hatinya, iaitu ‘ron’ (penutup) yang disebut oleh Allah Taala.” (Hadis)
    Makhluk-makhluk Allah yang bersifat nami (النَّامِى) atau berkembang biak, mempunyai gelombang. Manusia, haiwan dantumbuh-tumbuhan,ada gelombang masing-masing. Pendek kata, semua kehidupan berdiri di atas gelombang.

    Bagaimanapun, jika tiada gelombang frekuensi, sila fikirkan soalan-soalan berikut:
    • Bagaimanakah internet wujud dan berfungsi?
    • Bagaimanakah manusia moden boleh bercakap melalui handphone tanpa wayar, sekalipun jaraknya ribuan kilometer?
    • Bagaimanakah timbulnya perasaan kasih-sayang manusia terhadap orang yang menyayanginya atau berasa benci terhadap orang yang membencinya?
    • Bagaimanakah sesetengah binatangbuas menggunakan strategi mengepung mangsanya, sekalipun berada di balik sebuah bukit?
    • Bagaimanakah berlakunya situasi di saat anda tiba-tiba terasa seseorang mahu menghantar pesanan ringkas atau SMS kepada anda. Sejurus kemudian, anda memang menerima SMS dan didapati memang betul pun seseorang itu telah menghantar SMS kepada anda?
    Bagaimana dan bagaimana? Gelombang frekuensi ini berbentuk cahaya yang terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:
    1. Gelombang ‘cahaya terang’
    2. Gelombang ‘cahaya gelap’

    Seseorang yang mendekati makanan ataupun melakukan proses makanan, gelombang cahaya ini akan masuk melimpah ruah ke dalamnya. Sehingga akhirnya,ia menjejaskan kekhusyukan di dalam solat dan memberi kesan kepada pemikiran, perasaan, kejiwaan dan akhlak.

    Apatah lagi, perkata-perkataan tertentu yang dilontarkan, memberi kesan tertentu. Ini dibuktikan oleh kajian saintis Jepun dan tempatan beberapa tahun kebelakangan ini, di mana berlaku perubahan ikatan-ikatan molekul air,yang kemudiannya membentuk bermacam-macam rupa mengikut pengucapan tertentu daripada orang-orang tertentu. Hasil kajian, saintis mendapati bahawa ikatan molekul dan rupa bentuk air yang telah dibaca dengan ayat-ayat suci al-Quran amat menarik dan bersinar.

    Produk yang mampu mengubah diri manusia terutamanya melibatkan makanan, datang dari ‘tangan suci’. Suci ruhani dan jasmani. ‘Tangan suci’ yang dimaksudkan adalah manusia yang bersyahadah dengan dua kalimah syahadah. Dua kalimah syahadah ini bertindak sebagai ‘pembina rukun Islam’. Halal daripada sudut lahiriah sahaja, tidak memadai untuk memberi impak maksima positif ke atas rohani. Ia cuma mengenyangkan perut sahaja.

    Gelombang frekuensi cahaya orang Islam lagi mukmin, tidak sama dengan orang kafir. Dikatakan, cahaya orang Islam yang mukmin sebagai ‘Nur Allah‘ (cahaya Allah). Sementara cahaya orang kafir pula sebagai ‘Nur Zulmah‘ (cahaya kegelapan). Orang-orang kafir berdiri di atas cahaya kegelapan iaitu cahaya kekufuran, walau sebersih manapun tubuh badan mereka. Begitu juga, orang Islam yang keIslamannya cuma pada namanya sahaja, terutama meninggalkan solat sebagai tiang agama Islam.

    Apabila tangan-tangan kufur ini melakukan proses makanan, gelombangnya melimpah masuk terus ke dalam makanan kerana beberapa sebab:
    1. Niat melakukan kerja bukan kerana Allah.
    2. Tidak memulakannya dengan bacaan basmalah(بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ).
    3. Kekal berada di dalam hadas besar.
    4. Kufur kepada Allah.

    Hal tersebut, apabila cahaya kekufuran melimpah masuk ke dalam makanan secara gelombang, maka cahaya kekufuran tersebut membiak di dalam diri pemakannya. Justeru, bermulalah penentangan terhadap perintah dan larangan Allah dan Rasul-Nya sejak jiwa itu mula ditanam dengan benih-benih kekufuran dan dibaja subur dengan baja-baja kegelapan.

    Ketahuilah! Perkara yang mula-mula sekali Imam Mahdi lakukan di bumi ini nanti adalah membasmi dan memastikan semua makanan umat Islam bebas dari kekotoran syubhah.
    “Dan, selama manapun orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan meredaimu (hai Muhammad!) sehinggalah engkau mengikuti (anutan) agama mereka.” (Al-Baqarah: 120)

    Yahudi dan kuncu-kuncunya telah lama menyedari ‘lubuk’ kelemahan ini. Yahudi dan kuncu-kuncunya tahu, umat Islam tidak akan masuk berbondong-bondong ke dalam agama mereka. Jadi, mereka hanya perlu mewariskan sifat-sifat pusaka mereka. Untuk itu, terlebih dahulu mereka merosak dan mengotori produk-produk makanan dan perkakas harian terhadap umat Islam di seluruh negara-negara Islam.

    TANGAN YANG BERWUDHUK

    Rasulullah SAW bersabda di dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi, daripada Salman al-Farisi RA:
    “Berkat makan ialah berwuduk sebelumnya dan selepasnya.” (Hadis)

    Di dalam hadis lain riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi, daripada Anas Bin Malik RA, Rasulullah SAW bersabda:
    “Sesiapa yang suka Allah perbanyakkan kebaikan di rumahnya, maka hendaklah dia berwuduk sebaik saja makanannya dihidang dan selepas (hidangannya) diangkat.” (Hadis)

    Adapun ‘tangan suci’ yang saya maksudkan sebelum ini ialah orang-orang Islam lagi mukmin yang mengekali wuduknya. Jika sebelum solat dia berwuduk, sebelum makan dan minum pun dia berwuduk. Kenapakah Rasulullah SAW menyarankan wuduk sebelumnya? Baiklah, cuba perhatikan perbahasan perkataan wuduk berikut.

    Perkataan wuduk berasal daripada perkataan Arab iaitu wudhu’ (وُضُوْءٌ). Perkataan wudhu’ (وُضُوْءٌ) ini pula menurut ahli bahasa, berasal daripada perkataan wadhu’ (وَضُوْءٌ), dengan huruf wau berbaris atas. Ia memberi erti ‘bercahaya’. Ilmu fiqah menyatakan kepada kita,tindakan membasuh dan menyapu anggota-anggota wuduk adalah perbuatan yang disebut ta’abbudi (تَعَبُّدِىٌّ). Ia merujuk makna ‘beribadat’.

    Ertinya, ia adalah perbuatan maknawi (مَعْنَوِىّ), iaitu perbuatan berbentuk ‘dalaman’ dan bukan sekadar ‘luaran’ yang membersihkan anggota-anggota yang dibasuh dan disapu. Justeru, apabila perkataan wudhu’ (وُضُوْءٌ) itu dikatakan berasal daripada perkataan wadhu’ (وَضُوْءٌ) yang bermakna ‘cahaya’, maka jelaslah kepada kita sekarang bahawa wuduk itu berhubung secara langsung dengan cahaya. Ia melahirkan cahaya yang dikatakan ‘cahaya Allah’ di dalam diri orang yang berwuduk. Ketika itu, cahaya tersebut mengalir masuk ke dalam makanan atau minuman yang sedang dibuat atau diproses. Dengan ini, bertambahlah keberkatan makanan atau minuman.

    PELAKSANAAN STANDARD PIAWAIAN ISLAM

    Standard piawaian Islam, kemudian kita istilahkannya di sini dengan nama IMP (Islamic Manufacturing Practice) atau Amalan Pengilangan Islam. Oleh kerana syaitan jenis manusia berhidung belang bernama Yahudi dan kuncu-kuncunya itu telah sekian lama memusnahkan ‘luaran’ dan ‘dalaman’ umat Islam, maka sewajarnya kitalah antara orang-orang yang membina semula ‘tunas-tunas’ yang akan tumbuh subur dengan baja keimanan dan ketaqwaan.

    SAINS KEHIDUPAN

    Berfikir adalah proses mengeluarkan cahaya yang terbit daripada akal. Sejauh mana terang benderangnya cahaya itu, bergantung pada kepercayaan yang mutlak terhadap Pencipta yang Maha Agung. Semakin tinggi daya usaha fikir dan konsisten dalam sela masa yang sama, semakin tinggi dan banyaklah kebesaran Allah SWT tersingkap dan dibongkar dalam medan keilmuan.

    Berfikir juga, menjana tenaga dan penjelmaannya adalah falsafah atau seni sains yang menyingkap rahsia penciptaan. Sains Klasik ialah imaginasi pemikiran para pemikir terdahulu yang tidak meletakkan unsur-unsur ketuhanan dalam penemuan mereka. Akhirnya, mereka menemui jalan buntu dalam mengaplikasikan penemuan mereka dalam peraturan kehidupan semasa dan terkemudian.

    Seni sains, bukan sahaja suatu usaha daya fikir secara kreatif semata-mata, malah juga usaha penerokaan terhadap kehebatan penciptaan dengan menghasilkan falsafah atau idea baru yang begitu praktikal yang boleh disokong oleh pengiraan saintifik atau matematik untuk pembuktian dan mempertahankan kebenarannya.

    Penemuan Sains Klasik mengenai hukum tenaga, tidak pernah dikaitkan dengan dunia perubatan. Sebaliknya, seni Sains Moden dalam aliran pemikiran terkini telah berjaya menyingkap rahsia alam dan penciptaan yang begitu banyak persamaannya. Akhirnya, persamaan ini telah membawa lembaran baru dalam dunia perubatan komplimentari atau alternatif, dimana pengkajian tentang penyakit dalam teori masa dan ruang atau jisim yang diukur nilainya berdasarkan ukuran tenaga melalui medium gelombang warna, cahaya, bunyi dan gema.

    Sesungguhnya, AllahSWT menjadikan tujuh petala langit dan bumi serta segala isinya berpasang-pasangan. Oleh yang demikian, peraturan-peraturan Allah di dunia ini juga berpasang-pasangan, iaitu ‘Peraturan Syariat Allah‘ yang terdiri daripada hukum wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Begitu juga, ‘Peraturan Sunnatullah‘ yang terdiri daripada Hukum Alam atau Hukum Fizik. Kedua-dua kategori hukum tersebut, perlu dikendalikan oleh manusia secara adil dan seimbang mengunakan jiwa dan akal yang penuh dengan kepercayaan dan keyakinan terhadap kebesaran dan keagungan Allah.

    Kehidupandunia yang hanya didominasi satu peraturan sahaja, pasti berlaku kepincangan yang menyebabkan tidak berlaku penzahiran makrifat atau ‘kenal Allah‘. Sebagai contoh, kita wajib percaya dan yakin bahawa rezeki adalah ketentuan Allah terhadap seseorang (Peraturan Syariatullah) sejak di azali. Namun, keyakinan itu hendaklah disertai dengan ikhtiar dan usaha(Peraturan Sunnatullah- Hukum Alam atau Fizik). Jika kita seorang guru, perlulah pergi ke sekolah dan mengajar. Jika kita seorang jurutera tapak binaan, perlulahpergi ke tapak projek dan sebagainya.

    Justeru, semakin tinggi keyakinan kita terhadap ketentuan Allah dan semakin kuat ikhtiar kita di dalam usaha, semakin dekatlah kita kepada penzahiran rezeki dalam program ketetapan Allah SWT. Kesimpulannya, peraturan sunnatullah itu adalah peraturan alam atau fizik yang boleh disingkap melalui akal yang memiliki kepercayaan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi terhadap suatu kuasa yang amat konsisten, amat tidak lalai, amat tidak leka dan amat tidak pernah susut yang mentadbir keseluruhan jagat raya ini, iaitu Allah SWT.

    Semakin kita mendalami dan mentafsir fenomena jagat raya ini dengan menggunakan keserentakan jiwa dan akal dengan sepenuh keikhlasan dalam ruang lingkup keilmuan seni sains, kita akan merasai betapa semakin kerdil diri dan kekuatan kita berbanding dengan Pencipta, Pentadbir dan Penguasa terhadap jagat raya ini, iaitu Allah SWT. Ilmu fizik (Hukum Alam) yang difikir tanpa mengakui kewujudan Pencipta dan Pentadbir yang Maha Agung adalah kesesatan yang sangat nyata dan pastinya menemui kebuntuan.

    Sebarang pelanggaran atau keingkaran terhadap kedua-dua hukum tersebut ataupun salah satu daripadanya, akan mengundang pelbagai malapetaka pada alam, seperti wabak penyakit, gempa bumi, banjir yang luar biasa, ribut taufan dan sebagainya. Begitu juga, terjadi penyakit atau masalah diri seseorang akibat daripada pelanggaran terhadap hukum-hukum ketetapan tersebut. Oleh itu, penyelesaiannya juga, mestilah berkisar pada pembentukan semula atau pembetulan kembali kepada hukum-hukum tersebut. Untuk kembali kepada hukum itu, sudah tentu keseluruhan sistem kehidupan kitaterlebih dahulu perlu dikembalikan kepada hakikat kebenaran, iaitu kebesaran, keagungan dan kekuasaan Pencipta alam itu sendiri.

    “Wahai umat manusia! Sesungguhnya, telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Yunus: 57)

    RAHSIA MASA

    Di dalam al-Quran, Allah berfirman:
    “Allah yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian ia bersemayam di atas Arasy. Kamu tidak akan mendapat sebarang penolong dan pemberi syafaat selain Allah. Oleh itu, tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaan-Nya)?“ (As-Sajdah: 4)

    “Demi Masa!Sesungguhnya, manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.“ (Al-Asr: 1-4)

    Allah SWT mencipta dunia ini dan segala isinya dalam tempoh masa tertentu. Padahal, Dia mempunyai keupayaan dan kekuatan untuk menciptanya tanpa menetapkan masa kerana kekuasaan-Nya tidak dipengaruhi masa. Berlandaskan peraturan Allah yang dipanggil sunnatullah itu,maka dunia dan segala isinya dicipta melalui enam masa.

    Disini, ia menunjukkan bahawa segala ciptaan-Nya adalah tertakluk kepada ‘Hukum Masa‘. Penentuan masa terbentuk terlebih dahulu, barulah terbentuk sesuatu ciptaan ataupun jisim yang boleh dilihat secara makrifat, walaupun ianya terlalu mikro ataupun lebih halus lagi dalam bentuk nano.

    Kezahiran sesuatu kejadian,mesti melalui proses masa yang berulang-ulang kali dan berperingkat-peringkat dengan daya yang konsisten dalam sela waktu yang tetap.Sejarah telah membuktikan hal ini, dimana Allah menurunkan kitab-kitab kepada para rasul-Nya mengikut Hukum Masa, iaitu diturunkan terlebih dahulu kitab Taurat, kemudian Zabur,kemudian Injil, kemudian barulah seterusnya diturunkan al-Quran yang meliputi seluruh masa.

    Sekiranya Allah mencipta bumi dan segala isinya mengikut hukum masa, sudah tentu segala yang ada didunia ini tertakluk kepada masa. Masa yang menguasai penciptaan Allah. Planet bumi berpusing bersama seluruh isinya hingga terjadi siang dan malam, serta berputar tidak berganjak sedikitpun dari jalan orbitnya. Begitu juga, seluruh planet yang lain. Semuanya berputar dan berpusing mengikut apa yang kita namakannya sebagai ‘Melawan Arah Pusingan Jam‘.

    Ini bermakna, setiap ciptaan Allah yang hidup, mesti ada masa, dan masa itu pula mesti wujud terlebih dahulu daripada ruang pada jisim atau benda yang dicipta-Nya. Dengan ini, sebarang pencerobohan terhadapan masa sesuatu ruang pada jisim atau benda ciptaan Allah, akan menyebabkan kemusnahan kepada jisim atau benda itu sendiri.
    Masa di dalam Islam, menuntut istiqamah dan kesabaran. Kefahaman terhadap teori keseimbangan masa dan ruang ini, boleh diaplikasikan dan diformulasikan dalam semua bentuk pemakanan seharian sebagai misalnya, di mana sifat entiti neutral dalam jarak gelombang pendek (0 hz) pada produk akan menghasilkan natijah terbaik apabila diaplikasikan bersama sumber kekuatan hasrat dan doa daripada sumber tulin al-Quran.

    INTELEKTUAL KONTEMPORARI

    Kepentingan kasih-sayang, saling hormat menghormati dan bertolak ansur merupakan penekanan yang sewajarnya dititikberat oleh para intelektual Islam masa kini, selain usaha bersungguh-sungguh menentang keras sarang kejahilan yang menjadi musuh utama.

    Pemahaman mengenai Islam melalui pendekatan dan corak pemikiran kontemporari menekankan kepentingan kasih-sayang sesama manusia.
    Manusia dan fikiran tidak boleh dipisahkan kerana terdapat kombinasi harmoni antara hati dan fikiran. Semua itu, melahirkan atmosfera kebaikan dan iklim sifat tolak ansur. Searus dengan zaman, para intelektual Islam perlu mengambil inisiatif mendidik diri untuk meneroka bidang-bidang baharu, sehingga mereka diiktiraf dunia. Mereka juga, tidak membenarkan diri mereka ketinggalan arus perkembangan ilmu-ilmu terkini.

    Intelektual Islam kontemporari perlu berusaha melakukan sesuatu atas dasar kepentingan umat, meskipun memperolehi sedikit sahaja pulangan material duniawi ataupun mungkin langsung tiada pulangan. Ini bermakna, mereka perlu penyumbang bakti demi kemanusiaan.

    Dalam pada itu, mereka juga sewajarnya mengIslamkan ilmu pengetahuan dalam aspek ‘kehidupan manusia’. Pendekatan mengambil ilmu pengetahuan yang dihasilkan oleh idea Barat dan dimasukkan elemen Islam seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak dewasa ini, sebenarnya belum lagi menjadikan ilmu itu Islamik. Untuk itu, ilmu yang Islamik perlu merujuk bagaimana wahyu bermula dan berkembang dalam ‘kehidupan manusia’. Ini kerana yang terhasil daripada pengembangan ilmu itulah yang menjadikannya Islamik.

    Al-Quran menampilkan panduan asas dalam kehidupan manusia. Justeru, al-Quran tidak mengemukakan jawapan khusus terhadap permasalahan-permasalahan manusia di dalam kehidupan. Sebaliknya, ia membiarkan manusia berfikir sendiri dan berusaha mencarinya.
    Contohnya, apabila orang kaya mengatakan bahawa dia boleh berbelanja sesuka hati hartanya, ayat Allah memaparkan pertanyaan apakah engkau ingat tiada yang melihat engkau? Begitu juga, ayat Allah bertanya apakah engkau tidak akan ditanya tentang ke mana engkau telah belanjakan segala harta engkau itu?

    Daripada pertanyaan-pertanyaan tersebut, maka timbullah cetusan pemikiran akal manusia dan mencabar keintelektualan mereka bagi mencari jawapan dan bertindak.

    Langkah awal yang perlu diambil oleh para intelektual Islam masa kini ialah mengambil Nabi Muhammad SAW sebagai ‘model unggul‘ dan ‘simbol khalifah‘ yang menerapkan segala kebaikan untuk masyarakat hanya kerana mencari keredaan Allah. Begitu juga, intelektual Islam tidak mengharapkan hasil keputusan yang cepat. Usaha membangunkan ilmu pengetahuan adalah sumbangan paling utama mereka kepada masyarakat dan umat Islam amnya.

    Hasil daripada segala usaha ke arah itu, kemudiannya diserahkan kepada Allah. Contohnya, usaha membangunkan sistem pendidikan yang tidak dapat dilihat dalam tempoh yang singkat. Terutama dalam aspek pembangunan modal insan, selaras dengan perkembangan sains dan teknologi masa kini.

    Saya merasakan, sudah tiba masanya para intelektual Islam mengkaji aspek-aspek yang masih belum banyak dirungkai sepenuhnya. Umpamanya, “Islamik Sains Spiritual” – bagaimana alam bertindakbalas dengan ibadat-ibadat khusus seperti solat, zikir, bacaan al-Quran dan azan untuk diadaptasi di dalam kehidupan.

    Begitu juga, “Islamik Bio-Tech” – bagaimana tindak balas alam berlaku terhadap beberapa ibadat atau ritual amalan di dalam Islam.

    Contohnya, persamaan pergerakan semua planet di orbit dengan tawaf di Baitullah, iaitu berpusing mengelilingi lawan arah jam. Ini termasukjuga penemuan terbaru lohong hitam oleh saintis Barat (NASA). Tidak ketinggalan juga, bagaimana ia boleh membantu umat Islam sedikit sebanyak mengatasi masalah keruntuhan akhlak bagi merubah kejiwaan mereka dan menstrukturkannya semula. Dan, bagaimana ia boleh bertindak bagai ‘besi berani’ yang sedikit sebanyak mampu menarik masyarakat ke arah pengabdian kepada Rabb.

    Begitu juga, teknologi Islamik tersebut boleh digunakan untuk kepentingan pertahanan negara dan umat Islam. Meskipun kecanggihan teknologi Barat yang menguasai satelit di dalam strategi peperangan sebagaimana serangan memusnahkan negara-negara Islam seperti Iraq, Afghanistan dan Palestin sebagai contohnya, namun kecanggihan senjata ampuh umat Islam ini sebenarnya mampu mengatasinya.

    Contoh lain, bagaimana satelit dan radar musuh boleh dikaburkan dengan teknologi Islamik ini. Padahal, kehebatan senjata ampuh umat Islam ini telah disebut-sebut gambarannya oleh Rasulullah SAW di saat akhir zaman dalam memerangi fitnah dan kerosakan orang-orang kafir.

    Sehebat manapun sains dan teknologi, jika tidak digabungkan dengan Islam, sampai bila pun tidak akan bertemu titik jawapan pada kehebatan terunggul. Sehebat manapun sains dan secanggih manapun teknologi, ia hanyalah sekecil titis air di hujung jarum yang diangkat dari lautan luas bumi. Itulah gambaran kadar ilmu yang diberikan oleh Allah kepada makhluk manusia.

    “Luasnya pengetahuan Tuhanku meliputi tiap-tiap sesuatu.” (Al-An’am: 80)

    Cabaran besar bagi setiap intelektual Islam yang perlu ditangkis ialah kesedaran diri sudah betul, sudah pakar atau sudah alim. Apatah lagi bersikap mahu mencari publisiti atau kemasyhuran. Ini kerana semua itu adalah penyakit nombor 1 kemajuan, iaitu peruntuh utama pembangunan modal insan umat Islam. Justeru, perlu menjadi manusia ideal, ibarat lilin yang sanggup membakar diri untuk memberi cahaya kepada orang-orang sekeliling yang memerlukan cahaya itu. Sesiapa yang ingin memahami al-Quran, perlulah dia bersedia memberi hati dan menyerahkan kebijakannya.

    AGAR TIDAK KETINGGALAN

    Sesungguhnya, hidup di zaman milenium ini, apa yang mesti anda lakukan ialah:
    • Baca buku banyak-banyak, bukan cakap banyak.
    • Cari maklumat untuk ‘disuap’ sendiri, bukan menjadi ‘penunggu’ guru atau pensyarah menyuapkannya.
    • Jihad pendidikan dan ekonomi, bukan jihad bom berani mati.
    • Berfikir membangunkan ummah, bukan berfikir memenuhi poket sendiri.
    • Belajar dan dalami (pakar) bidang ilmu sekurang-kurangnya dua bidang, bukan terhenti setakat satu bidang tertentu sahaja.
    • Praktikkan teori, bukan teorikan praktik.
    • Buka minda dan pandang seabad dua ke hadapan, bukan melihat hanya setahun dua.
    • Jangan lihat siapa yang berada di depan anda, tapi lihat apa ilmu dan sumbangan yang boleh anda kutip daripadanya.
    • Tanamkan hasrat untuk meninggalkanjasa dan sejarah kegemilangan anda bagi tatapan generasi akan datang.

    • tinjau Says:

      Salam

      Terima kasih atas tulisan yang panjang.

      Dan terima kasih juga untuk memberi pandangan. Namun Islam adalah dalil. Dan kesarjanaan Islam itu menggambarkan kekuatan dalil.

      Banyak orang bisa beralasan namun alasannya sangat rapuh ibarat berdiri di hujung tanduk.

      Malah sedia maklum bahawa dalil am berlaku untuk hal-hal yang umum. Namun apabila datang dalil khusus, maka sesuatu hal yang umum telah dijuzukkan. Makanya harus ada dalil yang bersifat khusus juga dalam masalah ini.

      Pertama:

      Ulama Ahlus Sunnah zaman ini telah berkata bahawa boikot produk yahudi hanya bisa berlaku apabila mendapat restu dan perintah dari Kerajaan Negara.

      Hujjah mereka panjang. Mungkin tuan-tuan bisa mendapatkannya dengan membuat penyelidikan secara ilmiyah.

      Kedua:

      Bahawa tiada faham mechevelli dalam Islam. Dan juga tiada faham Robin Hood dalam agama ini. Matlamat tidak pernah menghalalkan cara. dan Cara tidak pernah menghalalkan matlamat.

      Justeru Islam telah menetapkan garispanduang dalam hal-hal makanan. Ikutilah ia. Kerna ia telah dilaksanakan oleh manusia yang paling sempurna. Manusia yang paling bersih dan yang mementingkan kebersihan. Dialah Muhammad saw.

  6. Halim Muda Jawab Says:

    “Namun Islam adalah dalil. Dan kesarjanaan Islam itu menggambarkan kekuatan dalil.” – Islam di sisi Allah adalah addin, bukan dalil. Kesarjanaan Islam pula adalah pewaris para nabi, bukan pewaris wahhabi.

    “Banyak orang bisa beralasan namun alasannya sangat rapuh ibarat berdiri di hujung tanduk.” – Rapuh pada sangkaan syok sendiri anda seorang sahaja kerana tabiat wahhabi memang sedia maklum seluruh dunia.

    “Malah sedia maklum bahawa dalil am berlaku untuk hal-hal yang umum. Namun apabila datang dalil khusus, maka sesuatu hal yang umum telah dijuzukkan. Makanya harus ada dalil yang bersifat khusus juga dalam masalah ini.” -Siapa yang sedia maklum? Saya rasa hal ini tidak diajar oleh NAbi dan para sahabat. Bid’ah yang anda uar-uarkan selama ini rupanya terketuk kepala anda sendiri. Saya sarankan agar saudara menulis sebuah buku untuk tatapan umum berkenaan hal tersebut. Atau katakan saja jika orang lain mengikuti fahaman wahhabi anda, anda akan sokong dan jika sebaliknya, anda akan tentang membabi buta.

    “Ulama Ahlus Sunnah zaman ini telah berkata bahawa boikot produk yahudi hanya bisa berlaku apabila mendapat restu dan perintah dari Kerajaan Negara.” – Setahu saya, golongan ulamamak dunia yang berselindung di sebalik nama ahli sunnah waljamaah yang mengharamkan boikot produk yahudi, iaitu golongan wahhabi yang bersekongkol dengan yahudi dan nasrani, di samping menjadi agen dajjal.

    “Hujjah mereka panjang. Mungkin tuan-tuan bisa mendapatkannya dengan membuat penyelidikan secara ilmiyah.” – Bagi saya, tiada masa untuk hal remeh-temeh wahhabi yang saudara sarankan sebagai penyelidikan, kerana menyelidik untuk pembangunan ummah dan menyatupadukan ummah lebih baik daripada saranan anda. Untuk apa kita korbankan masa untuk itu, kerana kajian dan penyelidikan ahli sunnah waljmaah sejati telahpun sampai di tahap mengaburkan satelit jika berlaku serangan oleh negara musuh Islam. Anda baru sahaja hendak merangkak. Orang lain sudah lama berlari dan naik tinggi melangit melunaskan amanah sebagai khalifah bagi memakmurkan bumi Alh ini.

    “Bahawa tiada faham mechevelli dalam Islam. Dan juga tiada faham Robin Hood dalam agama ini. Matlamat tidak pernah menghalalkan cara. dan Cara tidak pernah menghalalkan matlamat.” – Anda yang pandai-pandai meletakkan istilah itu. Ahli sunnah waljamaah sejati (bukan golongan wahhabi) sedia faham bahawa al-Quran sebagai panduan hidup secara syumul. Sebab itulah anda masih lagi pergi kerja menaiki kereta, masak guna dapur gas, baca buku dengan tulisan bercetak, melayari internet menerusi komputer dan lain-lain. Malahan anda memakai pakaian cantik (mungkin jubah 24 jam) bagi menutup aurat dengan membelinya di kedai. Semua itu tidak ada zaman Nabi dan para sahabat. Oleh kerana umat Islam fahaman ahli sunnah waljamaah sejati faham apa yang Allah dan nabi mereka ajar, maka mereka menciptanya. Lagipun, ia memudahkan anda dan golongan wahhabi juga. Tidaklah sampai pergi kerja naik kuda, masak guna dapur kayu api dan tidaklah juga berbogel 24 jam.

    Buat pengetahuan saudara yang teramat jumud kerana dijumud oleh yahudi, nasrani dan agen dajjal, bahawa sudah ramai anak-anak orang Islam yang sebelum ini ‘bebal’, akhlak buruk dan malas belajar, tiba-tiba dengan izin Allah mereka sudah jadi cerdik, pintar, berakhlak baik dan rajin belajar dalam tempoh yang agak singkat. Ini semua atas usaha golongan ahli sunnah waljamaah sejati menerusi teknologi islamik, demi melihat mereka menjadi penyambung generasi khalifah sebenar di muka bumi.

    “Justeru Islam telah menetapkan garispanduang dalam hal-hal makanan. Ikutilah ia. Kerna ia telah dilaksanakan oleh manusia yang paling sempurna. Manusia yang paling bersih dan yang mementingkan kebersihan. Dialah Muhammad saw.” – Soalnya “how and show (bagaimana dan tunjukkan)”. Jika saudara ingin melahirkan karya wahhabi anda dalam bentuk buku, anda perlu guna teknik “how and show”. Jika tidak, buku anda tidak laku dijual di pasaran dan tiada generasi akan datang mahu membaca buku anda sekalipun buku anda penuh dengan dalil-dalil (sebagaimana dakwaan anda Islam itu dalil). Sementara tatabahasa dan gaya bahasa mesti pada tahap BMT (Bahasa Melayu Tinggi). Jika tidak, mungkin ‘budak-budak hingusan’ wahhabi sahaja yang membacanya.

    Saya ingin mencadangkan sekiranya saudara tuan blog mahu tunjukkan kaedah Nabi Muhammad SAW dalam soal makanan atau bagaimana menyediakan makanan atau menghasilkan makanan,alangkah baiknya anda pergi ke setiap kilang di seluruh negara yang melibatkan pengeluaran makanan dan tolong ajar kepada setiap pengusaha kilang terutama yang kafir. Saya pasti, anda akan dihalau berambus keluar seperti tin coca cola yang disepak muda-mudi setelah habis minum.

    Pandai bercakap sahaja tidak akan mengubah apa-apa. Mujur pihak universiti sudi anugerah sijil pengajian kepada saudara kerana saudara bertindak ke arah itu (mendapat sijil untuk kerja makan gaji). Sebab itu, golongan seperti saudara saya ibaratkan peruntuh kemajuan dunia sebagai bekalan untuk akhirat.

  7. Halim Muda Jawab Says:

    Saya tidak pasti sama ada saudara ini orang Islam atau orang Yahudi atau agen Yahudi. Sebab, orang Yahudi juga telah lama menghafal al-Quran 30 juz dan hadis-hadis nabi Muhammad SAW bagi memesong dan menghancurkan umat Islam. Lebih-lebih lagi, di zaman siber sekarang ini. Hal ini menambahkan lagi syak wasangka orang ramai kerana tidak menyataka biodata di blog dan tidak memaparkan gambarnya yang sebenar. Kelihatan pun, gambarnya muka berpaling. Dajjal pun muka menghadap depan orang ramai, sebelum akhir zaman nanti timbul kalimah kafir di dahinya kerana terkena dukhan.

    Baiklah, jika anda seorang Yahudi atau agen Yahudi, Allah SWT di dalam al-Quran menyatakan dengan jelas:
    “Dan, apabila mereka (orang-orang Yahudi atau munafik itu) datang kepada kamu, mereka berkata: Kami telah beriman. Padahal, sesungguhnya mereka itu masuk menemui kamu dengan kekufurannya dan sesungguhnya mereka keluar (dari sisi kamu) dengan kekufurannya juga, dan Allah lebih mengetahui apa yang mereka sembunyikan. Dan, engkau lihat kebanyakan daripada mereka berlumba-lumba melakukan dosa dan pencerobohan serta memakan yang haram. Demi sesungguhnya, amat buruk apa yang mereka telah lakukan. Alangkah baiknya kalau ketua-ketua agama dan pendeta-pendeta mereka, melarang mereka daripada mengeluarkan perkataan-perkataan dusta dan daripada memakan yang haram? Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka telah lakukan.” (Al-Maidah: 61-63)

    Katakan, saudara ini orang Islam. Sekiranya anda tiada masalah untuk menyenaraikan produk, sila senaraikan semua produk yang saudara beli dari kedai runcit dan pasaraya itu sejak saudara masih kanak-kanak hingusan sehinga sekarang. Dan, pastikan anda mengesahkan bahawa kandungan material asas di dalamnya bebas dari sebarang entiti syubhah sebagaimana yang disabda oleh Rasulullah SAW berkenaan “halal, haram, syubhah”.

    Amat lucu sekali dan jangan melenting jika ibu bapa dan adik-beradik anda minum air rebusan katak di restoran. Lainlah jika saudara jenis makan katak atau tidak kesah dengan bahan bercampur katak. Atau mungkin juga mazhab wahhabi saudara itu membenarkan makan katak. Mazhab kami, tidak!

    • am Says:

      Yahudi dan kristian dah memang dikenali dengan jelas sebagai musuh islam tetapi, selain tu antara musuh islam yg berbahaya juga adalah orang islam itu sendiri!

      Kenapa nak melenting tak tentu pasal jika ade orang tak setuju ngan pendapat kita? kenapa nak melebel orang tak tentu pasal tanpa usul periksa? Mungkin sesetengah orang agak jahil mengenai ilmu agama tapi itu tak memberi kita hak untuk melabel mereka!

      Jadi bagi orang yg merasakan ilmu agama yang tersemat di dada tu dah mencukupi untuk mengajar orang lain supaya dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Apa salahnya menunjukkan jalan atau contoh yang baik kepada mereka untuk mendapat keredhaan Allah SWT? Daripada melabel orang dengan label2 yang dah diketahui sebagai tidak elok!

      Biar pon betul apa yang diperkatakan terhadap orang itu, betul ke cara kita dengan memaki or melabel orang tu dengan makian adau label2 tertentu? Aku tak rasa dengan cara tu orang akan tertarik untuk mengikut apa yang kita cuba katakan, malah ianya lebih mendatangkan tentangan.

      Buat ape kita nak meluaskan ‘ketidaksetujuan’ orang dan bergaduh tak tentu pasal? apa guna ilmu agama yang kita ada? apa guna kita bertonggang tonggeng sembahyang lima waktu padahal kita tak pernah menghayati langsung apa itu Islam malah kita lebih menjurus untuk menghalau orang yang mungkin boleh berminat untuk mehayatinya!

      Lebih baik kita cuba menarik orang dengan apa yang kita yakin adalah kebenaran dalam Islam dan dapat mendekat kan kita dengan Allah SWT serta menjadi termasuk dalam golongan2 ahli Syurga.

  8. Ismail Says:

    Teori konspirasi,
    Yahudi adalah suatu bangsa yang AMAT KUAT dan HEBAT sehinggakan segala urusan kehidupan manusia dimana sahaja didunia ni termasuklah di Malaysia ni di kuasai oleh mereka. Oleh itu kita perlu hati-hati terhadap mereka.

    Saya dapat rasakan En Halim Muda kita datang dari background pemikiran yang sama. Saya amat bersetuju bila kita katakan Yahudi ni pandai menguasai ekonomi tapi untuk kata mereka hebat, sehinggakan setiap makanan, perilaku dan suasana persekitaran kita dibentuk oleh mereka, itu statement yang agak ‘penakut’. Yahudi memang memegang sumber dan kuasa ekonomi dunia tetapi penentunya Allah letakkan kepada tangan-tangan pengguna/pembeli. Dan kita Muslim pula hampir separuh dari penduduk dunia maka kitalah pengguna terbesar. Berjihad untuk memartabatkan ekonomi islam itu wajib, Tetapi caranya rujuklah ilmu yang betul dan pelajari sejarah kita, sejarah membuktikan kejatuhan kita dahulu bukan kerana tak cukup solat, doa atau zikir semata, tetapi juga kelemahan kita membaca perkembangan semasa dan strategi pesaing.
    Jika kita menganggap Yahudi itu musuh semata tanpa merasakan mereka juga adalah cabaran yang Allah jadikan sebagai panduan untuk kita menyusun strategi, maka kita akan dihantui bayang bayang kita sendiri. Takut pada hantu yang kita cipta sendiri.

    Kenapa kita merasakan, perlunya kita ada dalam sesuatu kelompok atau melabel kelompok lain, geng sufi, geng ustaz, geng wahabi, geng munafik… bukankan kerja melabel ni kerja Yahudi juga? Kita dah di pengaruhi oleh bacaan kita di internet dari kelompok kita sahaja tanpa gagal membuka minda menerima segala maklumat lain yang betul dan juga yang salah agar kita dapat pertimbangkan dengan saksama. Jika kita takut tersesat Kekasih kita Rasullullah suruh kita kembali kepada Rujukan Utama. Islam tertegak dengan hujah yang jelas dan fitrah. Islam dinamik adalah Islam yang bukan sahaja mementingkan jatidiri mukmin yang berani meneroka (yg selalu disalah tafsirkan sebagai Islam Tradisi) tetapi juga kesahihan pegangan dan cara perlaksanaan agar kita tidak mudah di tipu sentimen kelompok, perubahan semasa dan kepentingan diri. Ikhlaslah pada diri masing-masing.

    Saya harap En Halim Muda dan tuan punya site tak ambil hati sebab saya bukanlah penyokong mana-mana kumpulan atau aliran.

    Pendirian saya;

    1. Saya sokong seruan Jihad IMP dari segi konsepnya, cuma dari pengamalannya agak ‘kosmetik’ sikit. Kurangkan make-up sebab natural tu kan dah cantik?

    2. dalam menegur, kesopanan amatlah penting juga hikmah dalam memahami orang yang ingin ditegur. Mustahil nak semua orang berfikir macam kita….

    Yang kurang dipihak kita kini adalah produk bukan idea… jadi kurang berdebat banyak bekerja. Teruskan berkarya tapi jangan lupa kita SERUMPUN SEAGAMA SEAKIDAH. Jangan terpesong…..

    Salam,

    Islam

  9. halimmuda Says:

    Saya mohon maaf dan menarik balik semua kenyataan menyinggung. Sekian, terima kasih.

  10. halimmuda Says:

    Saya mohon maaf atas segala kenyataan yang provokatif dan menyinggung. Dengan ini, saya menarik balik semua kenyataan tersebut. Sekian, terima kasih.

    • Terfikir Says:

      Salam,

      Saya tak tahu banyak tapi ada 3 benda yang apabila terlepas, tidak dapat ditarik balik.

      1. Panah yang dilepaskan daripada busurnya (mungkin hari ini peluru yang ditembak kot)

      2. Masa.
      3. Perkataan yang telah diluahkan.

      Memang senang nak sebut ditarik balik, tetapi orang sudah pun membacanya, dan penilaian telah pun dibuat. Saya mulanya agak tertarik dengan penulisan tuan, tapi sayang semuanya hilang bisa apabila membaca komen tuan yang seterusnya. Saya tak sokong semua mengenai IMP dan tidak pulak menolak semuanya, tapi cara tuan membuat saya sukar menerima catatan tuan yang panjang lebar tadi.

      Itulah kemudahan, dan juga bahaya internet. Sekali buat, dua tiga tahun lagi pun orang akan puji atau keji.

      Namun saya yakin tuan ikhlas dalam memohon maaf. Moga semangat inilah yang dapat menutup bisa keterlanjuran kita, insya Allah, kerana walau apapun akhirnya semua mencari keredhaanNya.

      JAWABAN:

      Saya agak keliruy apabila tuan berkata bahawa saya memonon maaf: “Namun saya yakin tuan ikhlas dalam memohon maaf”. padahal saya tidak pernah memohon maaf dalam artikel ini atau pun dalam komen2 yang saya berikan.

      Hilang selera untuk membaca artikel saya, atau membaca komentar saya kepada soalan2 yang diajukan dalam artikel ini, itu bukanlah atas kudrat dan iradat saya. Malah saya tidak berleluaasa atas perkata yang demikian.

      Apapun saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana membaca dan memberi cadangan.

  11. abuya Says:

    Nampaknya, semakin ramai pengkritik yang kepanasan di sini, sebab tiada hujah. Saya menyokong sepenuhnya usaha – usaha pejuang aqidah yang benar seperti Tuan Blog ini.

    Terus berjuang memartabatkan aqidah ASWJ. Kita bantu agama Allah, Allah akan bantu kita. Insya Allah, semoga ISLAM BANGKIT DARI TIMUR..!!

  12. badak air badak sumbu Says:

    salam kpd tinjau dan halimmuda

  13. badak air badak sumbu Says:

    aku sbnrnya adalah bekas pelajar praktikal sidratul enterprise. aku tau apa yg berlaku sebenarnya didlm kilang itu. akupun heran, sape yg lantik ahmad tajuddin tu jd ustaz sdgkan dia bekas cikgu je. tp aku tau, dia mmg suka jd tok guru, sbb tu dia buat kuliah setiap hari isnin, khatam quran pg jumaat, bukan rela hati tapi paksaan, sdgkn islam tidak memaksa. kalau tak hadir kuliah, potong gaji. nanti akan aku ceritakn apa yg sering dia meracuni pemikiran kami dr segi produk produk tempatan yg lain. aku pun tak paham, kenapa kilang tu imp, sedangkan dr pekerja bwhan hingga atasan semuanya hipokrit. nanti akn aku bongkar satu persatu. aku cuma kesian dgn nasib pekerja disitu, ditindas dgn gaji yg sedikit. namanya gah, kilang imp, tapi yg kaya dan senang cuma majikan dan ank2 dia. Cuba tanya pekerja disitu, brp gaji mereka? ada buat caruman kwsp? ada elaun makan? ada elaun Kenderaan? ada surat perlantikan? ada surat perjanjian? pernah ke dpt bonus? setakat duit raya setahun sekali 100 je, sdgkn keuntungan kilang byk. ini dpt dbuktikn dgn kenderaan honda crv, myvi, honda accord, innova, triton, mitsubishi airtrex, citroen, semuanya dbli dl 2 tahun ini. mungkin kerana penganiayaan keatas pekerja yg menyebabkn by6k produk yg bermasalah. akan datang kawan aku pulak yg akan praktikal disitu, dan pelbagai maklumat lg akan aku perolehi. tujuan aku cuma satu, cuba bukan pekung didada, jgn jd munafik, cuba renungkn nasib pekerja2 yg bersusah payah utk bg ank2 tajuddin kaya. salam.

  14. badak air badak sumbu Says:

    salam. lupa nk ckp, ank ahmad tajuddin ada 4 org, 2 laki2, 2 prmpuan. Yg sulung, prmpuan pendek dan gemuk, mulut celupar, tak menghormati pekerja, selalu bermasalah dgn pekerja dr segi gaji, dan selalunnya mesti berpihak kpd dia. semua pihak pengurusan takut dgn dia, mesti kena dgr ckp dia, kalau ada pekerja tak puashati nk bincang dgn bapak dia, mesti dimarahi. yg kdua lelaki, pendek jgk, dh kahwin ank 2, isteri brp tak pasti plk sbb kmana je diia peggii pasti ada prmpuan simpanan. itu yg dia suka bawa lori bapak dia, ada alasan nk buat maksiat. yg heran satu kilang dan adik bradik dia tau, tp buat bodoh je sbb dia byk duit. duit menguasai semuanya. yg ketga lelaki gak, pendek gak, bljr kat mesir, kaki ganja, kaki betina, semua org tau jgk tp masih brdiam diri. yg keempat prmmpuan, tp masa aku praktikal dia ada kat jordan, jd tak tau lg apa kisah dia. yg aku heran, bapak mereka ni, tak malu ke memaksa pekerja2, ikut ajaran dia, amalan dia, sedangkan anak yg terang2 tanggungjawab dia, dibiarkn je. nanti dia akn crita plak kisah nabi noh. tp tlg, jgn memaksa pekerja anda, sembahyang kena tulis kat buku log, tujuan untuk naik gaji. semua org nanti sembahyang sbb nk naik gaji dan tanpa disedari, bertuhankan ahmad tajuddin. nk bg ksedaran pd org bkn bgitu caranya. islam itu indah, bila kau buat mcm ni, org langsung tak hormat kau sebagai majikan. mungkin ank2 murid kau yg taksub dgn kau akn terpengaruh, tp aku tidak. kpd tinjau,aku prnh berada dsitu, kau tanya je aku apa yg kau nk tanya dikilang tu, akn aku terangkan tanpa berdusta dilidah. salam.

    TANDAAN:

    INI ADALAH PANDANGAN BELIAU, BUKAN PANDANGAN SAYA. DASAR SAYA ADALAH UNTUK MENERIMA POST SETIAP CATATAN DAN KOMENTAS DARI PEMBACA.

  15. mohd faiz Says:

    assalalmualaikum. saya faiz, saya bukan lah org yg arif dalam bak agama, halal dan haram.. apa kata en tuan punya blog dan ustat imp berjumpa dan mendebat kan hal dan permasalahan ini secara terbuka dan diadili oleh orang yang tidak menyokong mane2 pihak dari anda atau pon ustat imp, mudah disitu kenyataan nya akan terjelas dan nyata… dan jika mana2 pihak tidak hadir, itu lah akhlak org yg fasikh, hanya tahu bercakap tetapi tidak berani berdepan dan menghujahkan nya…..

    Jawaban:

    Saya telah berjumpa dengan Ustaz Ahmad Tajudin malah saya telah memberikan surat ini kepada beliau. Setelah dua tahun berlalu tetapi beliau masih diam membisu maka saya terpanggil untuk menyebarluaskan surat ini.

    Saya telah berjumpa dengan beliau sekali lagi pada tahun lepas dan meminta jawapan namun beliau berkata: “Orang seperti kamu tidak perlu dilayan”.

    Maka sebagai penuntut ilmu, atau sebagai orang yang mempunyai sedikit ilmu, molek kiranya tuan membandingkan hujjah saya dan hujjah beliau. Timbanglah dengan disiplin ilmu : al Qur’an, as Sunnah dan pemahaman Salaf as Soleh.

  16. sanijohari Says:

    Pertamanya sy ingin mengatakan sy bukanlah bias kepada mana-mana pihak.
    Tapi bila membaca surat ini sy terpanggil utk menulis sesuatu.
    ————–
    Jumpalah sendiri dgn ustaz Ahmad Tajuddin utk keterangan..
    benar surat begini x perlu dilayan..ckp begini..pusing begitu..cakap begitu pusing begini.
    Maaf pada saya huraian penulis mengenai perkara diatas juga amat lemah.

    Makanan didunia ini telah dikuasai sepenuhnya oleh golongan yahudi..Anda memboikot produk mereka secara bermusim cuma. Bila ada kumpulan yg cuba untuk memperjuangkan penghasilan makanan dengan kaedah yang baik saya rasa amatlah perlu di sokong.
    Pertikaian begini seperti tidak mendatangkan apa2 keuntungan atas sebb itu sy bersetuju surat begini tidak perlu dilayan.

    JAWABAN:

    Elok kiranya tuan membaca alasan tulisan ini dikeluarkan setelah ia ditulis selama 1 tahun.

    Kerana saya telah berbicara dengan mereka.

    Jika hujjah saya lemah, saya mohon agar tuan (yang mampu menilai lemah dan kuatnya hujjah saya) datangkan kepada saya sebuah artikel yang bisa menunjukkan kelemahan hujjah saya.

    Banyak orang bisa berbicara “ini tidak kuat”, atau “ini alasannya menyimpang”, lalu ketika diminta pembuktian, maka mereka tidak mampu. Kerna sudah maklum “melalukan provokasi lebih gampang dari membuktikan dengan alasan”.

  17. Mohd Fuad Rajudin Says:

    Bantu itu lebih baik.. Kerana Tangan yang diatas lebih mulia dari yang dibawah… Jika pihak tuan melihat IMP terdapat kelemahan dan kekurangannya.. maka elok lah pihak tuan gunakan kecerdikkan dan kepandaian yang Allah S.W.T kurniakan kepada tuan membantu IMP untuk bersama – sama maju didalam jihad memperjuangkan Ekonomi Islam melalui industri makanan… Jika penulisan yang pihak tuan tulis ini amat baik untuk di jadikan rujukan maka apa pulak dengan tulisan dari pihak lain yang lebih menjurus kepada perkara – perkara berbentuk luahan perasaan peribadi yang penuh dengan DENDAM, KEBENCIAN DAN TAKABUR..

    Jika benar pihak tuan juga tidak menyukai kepada perkara – perkara yang dibawa oleh orang Yahudi.. elok keluarkan sahaja penulisan yang boleh menyingung perasaan umat Islam lain yang juga saudara kita.. Bukan kerana apa? kerana ianya langsung tidak menunjukan yang pihak tersebut bicarakan tentang ilmu.. elok blog ini dijadikan diskusi untuk menambah Ilmu.. bukan mencaci dan merendah rendahkan martabat pihak lain yang belum tentu terbukti jika diminta walaupun dengan berhadapan..

    Saya terpanggil untuk bersama disini kerana mahu melihat umat islam bersatu, makmur seterusnya bahagia.. Ini akan mencerminkan kepada pihak lain terutamanya mereka yang bukan beragama Islam bertapa agama kita ini adalah agama yang sepatutnya mereka anuti dan seterusnya hanya ISLAM sahaja kunci untuk mereka ke syurga..

    Berbalah bukan jalan penyelesaian.. muzakarah.. kita bersaudara.. bukan orang yang dipanggil untuk bermusuh sesama kita..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: