Mengungkap Sejarah Pembentukan Madinah

Sebuah Kota Masa Hadapan

Satu malam di musim haji pada tahun ke 11 Kenabian, Rasulullah saw keluar berda’wah bersama Abu Bakr hingga mereka berdua melewati Aqabah di Mina. Mereka menyeru manusia yang mengunaikan haji untuk mengesakan Allah semata-mata dan menjauhi syirik. Di sana beliau mendapati sekumpulan pemuda sedang berbual-bual lalu beliau mendekat kepada mereka. Ternyata bahawa mereka semua dari suku Khazraj yang berasal dari Kota Yatrib.

Maka Rasulullah saw pun mengajak mereka beriman dan menjadi Islam. Lantas mereka berkata: “Demi Allah, kalian tahu bahawa memang dia adalah seorang nabi; seperti apa yang dikatakan oleh kaum Yahudi. Janganlah mereka mendahului kalian. Oleh itu segeralah memenuhi seruannya dan masuklah Islam”. Sambung mereka lagi: “Kami tidak akan membiarkan kaum kami dan kaum yang lain terus bermusuhan dan berbuat jahat. Semoga Allah menyatukan mereka semua dengan engkau. Kami akan menyeru agama yang telah kami anuti ini. Jika Allah menyatukan mereka, maka tidak ada orang yang lebih mulia selain daripada dirimu”.

Kemudian setelah musim haji berlalu dan mereka kembali ke Yatrib, tanpa berlengah-lengah mereka menda’wahkan Islam kepada masyarakat mereka. Inilah titik permulaan untuk sebuah revolusi spiritual yang mengubah Yatrib menjadi Madinah al Munawwarah. Sebuah sinar harapan yang membebaskan Makkah dari keberhalaan pada 10 tahun yang mendatang.

Tetapi bagaimana sebuah kota kecil seperti Yatrib yang penduduknya terdiri daripada kaum yang majmuk dan sosio-ekonomi yang sederhana mampu bangkit menjadi sebuah kuasa besar hingga mampu menggempur tentera Kerajaan Romawi? Malah bagaimana mungkin sebuah masyarakat yang saling bermusuhan dan saling berdendam antara satu sama lain mampu menjadi sebuah umat yang bulat dan muafakat?

Inilah sebuah kebijaksanaan yang berpandukan kepada nubuwah, yang harus kita renungi dan ambil pengajaran. Betapa banyaak manusia membaca sejarah Nabi saat Maulidur Rasul tetapi sangat sedikit yang mampu menuai iktibar dan merelung hidayah.

Sedarlah wahai umat Islam di Malaysia; bahawa permusuhan kalian akibat beza politik tidaklah separah permusuhan Aus dan Khazraj. Sejarah membuktikan bahawa mereka telah berperang dan saling membunuh kerana keturunan. Sedang kalian hanya bertikam lidah, saling mencaci-mencerca, tuduh menuduh dan ragu meragui. Namun kalian berjuang untuk agama yang sama – Islam – dan untuk keturunan yang sama –  Melayu.

Allah Memberi Kekuasaan Kepada Kaum Yang Beriman Dan Berilmu

Pada tahun ke 12 Kenabian, penduduk Yatrib yang menganut Islam semakin ramai. Pada tahun itu juga seramai 12 orang menemui Rasulullah saw pada musim haji di Aqabah dan berlangsunglah perjanjian Aqabah Pertama. Mereka berjanji untuk mentauhidkan Allah, berbuat baik dan mencegah diri dari kejahatan. Kemudian Rasulullah saw mengutuskan Mus’ab bin Umar al Abdari kepada penduduk Yatrib agar dia mengajarkan Islam dan memperdengarkan firman Tuhan.

Justeru makin bertambahlah bilangan umat islam. Syeikh Safiyyurahman al Mubarakfuri menuturkan:  “Mus’ab tetap berada di rumah As’ad bin Zurarah, menyeru manusia kepada Islam. Hingga tidak ada satu perkampungan pun dari perkanpungan-perkampungan Anshar melainkan di dalamnya ada sejumlah lelaki dan wanita yang menjadi Muslim kecuali perkampungan Bani Umayyah bin Zaid, Khathmah dan Wa’il” (Ar Rahiqul Makhtum)

Pada tahun ke 13 Kenabian, berlakulah peristiwa Hijrah oleh Nabi: Hijrah dari Makkah ke Yatrib yang kemudian dikenal sebagai Madinah. Hijrah sebagai satu petanda bahawa Islam akan menyentuh setiap hati insan dan sebagai petunjuk bahawa kebatilan akan luluh runtuh.

Inilah yang diinginkan oleh Allah dalam upaya menggerakkan sebuah perubahan dan kemenangan ; bahawa kesemua itu harus bermuara kepada iman dan ilmu. Oleh itu Allah telah menyediakan sebuah masyarakat yang beriman dan berilmu sebelum kedatangan Rasul saw ke Yatrib agar mereka siap-siaga dalam mengembangkan dein ini. Firman Allah:

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-oraang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal soleh bahawa Dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi” (An Nur55)

Kenyataan ini ternyata berulang untuk umat di Tanah Melayu. Sekian lama mereka dijajah jasad dan minda lalu akhirnya mereka mula tersedar untuk menuntut kebebasan dari Inggeris. Kesedaran ini tidak muncul dengan mimpi di malam hari. Tidak juga menyerap ke dalam hati umat Melayu akibat minum-minum di kedai kopi. Namun semuanya berlaku kerana ada tiupan kesedaran pendidikan dan sikap yang bergema di lembar-lembar kertas.

Bermula dengan Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi yang banyak mengungkap peri-pentingnya pendidikan dalam dua magnum opusnya: Hikayat Abdulllah dan Kisah Pelayaran Abdullah. Sungguhpun begitu Munshi Abdullah ini fikiranya kacau – dia lebih mengenal kultur budaya Barat berbanding akal budi bangsaanya sendiri. Dr Hassan Ahmad berkata: “Dia melihat dan mengukur masyarakat Melayu pada zamannya berdasarkan nilai dan cara hidup keluarga-keluarga Inggeris yang didampinginya di Singapura” (Bahasa, Sastera, Buku : Cetusan Fikiran Hassan Ahmad, 237)

Malah dia jugalah orang melayu pertama yang menterjemahkan Injil dalam Bahasa Melayu, sehingga dia digelar Paderi Abdullah.

Sesudah zaman itu muncul beberapa tokoh pembaharu umat yang gigih menulis di lembar-lembar surat-khabar. Mereka melihat dengan pandaangan agama dan fikiran Melayu. Syeikh Tahir, Abdul hadi ^&&) tanpa penat lelah telah menyumbang kepada satu gagasan untuk umat Melayu zaman seterusnya bersatu dan berjuang untuk kemerdekaan.

Mereka ini menuntut untuk umat Melayu menambah ilmu dan berpegang teguh kepada ajaran agama kerana dengan agama dan ilmu lah manusia akan bebas dari perhaambaan. Lalu lama sesudah itu baru kelihatan hasil perjuangan mereka. Umat Melayu bersatu dibawah satu gagaasaan dan satu wadah: gagasan untuk menolak Malayan Union dan merdeka, dalam sebuah wadah perikatan yang hari ini dikenal sebagai UMNO.

Satu perkara yang menarik adalah setelah 400 tahun umat Melayu berantakan maka Allah menyatukan hati-hati mereka bagi menuntut kemerdekaan. Ini sebuah hijrah yang sangat besar hasil dari hijrah pengetahuan dan keimanan yang teleh mereka laksanakan. Selagi mereka bersatu maka selagi itulah agama dan bangsa ini akan memerintah.

Saat ini, pemerintah Muslim menginginkan perdaamaian dan persatuan umat Melayu. Justeru keinginan ini berupaa sebuah kesempatan yang direstu oleh Islam. Tambahan pula yang menghulurkan pelawaan adalah dari pihak ulil amri sendiri. Lalu mengapakah terasa sangat sukar dipenuhi?

Sepatutnya ulama itu menjadi juru-nasihat kepada kerajaan dan bukannya sebagai penentang. Kerana umara tidak akan lurus taanpa ulama. Maka saat para ustaz itu menarik diri dari kerajaan dan menjadi kaum oppisitor; ketika itulah keseimbangan ini menjadi senget. Pemerintah tidak mampu untuk mengeri hal-hal agama dengan sempurna dan terkadang mereka berbuat salah. Pasti setiap anak adam berbuat salah.

Allah tidak mewajibkan atas para ulama untuk memastikan segalaa nasihat merekaa dilaksanakan oleh umara. Cukuplah tanggungjawab mereka untuk mengkhabarkaan bimbingan dengan caraa bersembungi dari pengetahuan rakyat. Soal apakah pemerintah akan menuruti teguran itu atau tidak mengendaahkannya; hal tersebut bukanlah menjadi bebanan atas bahu setiap ulama.

Ulama akan sentiasa sabaar daalam mengatakan kebenaran dan sabaar dalam menghaadaapi rintangan. Justeru mereka akan terus sabar menaasihati umara secara bertentang mata – bertemu lutut. Rasulullah bersabda: “Mendengar dan taat kepada ulil amri meskipun dia memukul punggungmu dan meraampas hartaamu. Mata tetaaplah mendengar dan taat” (H R Muslim no. 1847)

Catatan: Diambil dari Sinar Harian. Ditulis oleh Tinjau

Label: ,

Tinggalkan komen