Memaksa Dalil Umum Untuk Kondisi Khusus
Untuk membolehkan seorang Muslim itu meneguk secangkir sup Tulang Khinzir boleh sahaja. Carilah fatwa dari mazhab Zahiriah seperti Daud Ad Dzahiri atau Ibn Hazm. Ikutlah kaedah mereka dalam mengistimbat [mengeluarkan] hukum dan kemudian bawakan dalil-dalil yang dikaut dari kitab-kitab mereka.
Kalau tidak mahu Khinzir, kita pun boleh menghalalkan anjing untuk dilahap seperti arnab. Maka kita pun mengeledah kitab-kitab mazhab Maliki dan menjumpai pandangan Imam Darul Hijrah tersebut seputar daging anjing. Lantas kita pun menukilkan pandangan tersebut berserta dalil-dalil penghujahannya.
Setelah kita lontarkan pandangan tersebut kepada umat lantas kita berkata: “Bahawa para penentang kita itu tidak mengkaji Islam dengan mendalam – mereka itu ilmunya senteng – malah mereka itu condong kepada pemerintah. Atau boleh saja mereka itu dipanggil penjilat penguasa. Juga disandarkan sebagai anjing penguasa yang akan menyalak jika ada orang yang cuba menentang penguasa zalim. Serta mereka ini suka berijtihad ala Taliban. Setiap fatawa mereka itu selalu diselimuti dengan sentiment politik, dan bukannya deengan keinginan mencari kebenaran”.
Nah, inilah yang diungkapkan oleh mereka yang suka mencari pandangan-pandaangan yang gharib lagi syaz. Padahal hujjah yang mereka bawakan itu bersifat umum sehingga mereka memaksa kita untuk mengimani pandangan mereka. Sesiapa yang tidak mahu tunduk dan beriman dengan pandangan mereka, dikiraa telah menentang haq [kebenaran] dan tidak ikhlas.
Walhal setiap dari kita mengerti dalam disiplin fiqh terdapat beberapa kaedah yang menunjukkan bahawa dalil khusus harus dimenangkan dari dalil umum. Maka segala dalil yang mereka gunakan harus dimengertikan dengan kondisi-kondisi tertentu, sehingga dalil yang bersifat umum itu ditaafsir dengan adanya prasyarat ataupun penjelasan-penjelasan lain.
Pemahaman Sahabat Sebagai Neraca Ukur Khilaf [Perbezaan Pendapat]
Namun disitu ada sebuah pemahaaman yang lebih cemerlang bagi memahami sesebuah permasalahan, sehingga letak duduk sesuatu khilaf dapat dilerai. Iaitu mengembalikan sesuatu khilaf itu kepada “Pemahaman Sahabat”. Maknanya kita menaanyakan tiga soalan untuk mendapatkan jalan keluar. Pertama kita tanyakan: “ Apakah ada sahabat yang berpandangaan begitu atau berbuat sebegitu?”. Kedua: : “Seandainya sabahat tidak melakukannya, apakah ada tabi’in dan tabi’ tabi’in yang berpandangan sebegitu?” Dan ketiga adalah: “Seandainya tiada contoh dari mereka, tetapi keperluan terhadap masalah tersebut ada maka mengapa mereka meninggalkan perbuatan tersebut?”.
Pemahaman yang cemerlang ini dibangun atas keimanan kita bahawa manusia yang pertama kali mendengar dustur Ilahi dan pengajaran Rasulullah saw adaalah mereka – para sahabat. Sehingga mereka memahami ayat al Qur’an dan perilaku Rasulullah saw dengan sebenar-benarnya. Malah mereka menjelmakan kembali segala apa yang telah Rasulullah saw ajarkan kepada mereka dalam kehidupan mereka. Kemudian mereka mengajar kepada tabi’in, keemudian tabi’in mengajar pula kepada tabi’ tabi’in. Benarlah sabda Nabi saw: “Sebaik manusia adalah zaman ku, kemudian sesudah mereka, kemudian sesudah mereka” (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim).
Oleh itu, seandainya mereka tidak pernah berbuat sedemikian, pasti hal tersebut merupakan sebuah paham yang melencong, yang tidak diperlukan malah jauh dari kebenaran.
Menilai Penghujahan Dengan Kritis
Maka kita harus memerhati dengan cermat setiap paandaangaan yang bersimpaang-sior agar kitaa boleh menemukan pandangaan yang paling menghampiri kebenaaran. Antara dalil yang digunakan oleh para pembenar kaum Kafir memasuki Masjid dan memberikan ucapan adalah berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, berkenaan dengan Thumamah bin Uthal yang ditawan dan kemudian diikat di salah satu tiang masjid Nabawi.
Melalui hadith tersebut, kita dapat melihat banyak hal antaranya ialah kondisi Thumamah bin Uthal itu sendiri. Dia adalah seorang tawanan yang diikat. Dia bukanlah seorang tokoh kafir yang datang dan berceramah kemudiannya memberi sumbaangan, berserta diambil gambarnya untuk buat kenang-kenangan. Sebaliknya Thumamah bin Uthal tidak dihiraaukaan oleh kaum muslimin, tiada majlis khas dibuat untuk dia dan dia hanya duduk di tiang dengan penuh kehinaan. Tokoh pembangkang dari DAP dan PKR yang Kafir itu dibuat sebuah majlis khas untuk mereka, mereka disanjungi dan mereka dengan rasa penuh ta’zim menghulurkan sadaqah untuk umat Islam. Lalu apakah sama kondisi Thumamah bin Uthal dengan para tokoh dari DAP dan PKR yang tidak mengiktiraf Malaysia sebagai Negara Islam?
Disini dapaat juga dilihat perbezaan antara niat Thumamah bin Uthal dan Tokoh Kafir dari DAP dan PKR itu; Thumamah bin Uthal datang dengan jiwa tertawan sedang Tokoh Pembaangkang yang kafir itu dataang dengan penuh kemuliaan. Thumamah bin Uthal didatangkan untuk melihat keagungan Islam tetapi Tokoh Pembangkang yang kafir itu didatangkan untuk memberi sadaqah kepada umat Islam!
Thumamah bin Uthal diikat selama tiga hari dan selama tiga hari itulah dia tidak dimuliakan dan tidak dilayan. Tokoh Pembangkang yang Kafir itu datang dengan kain rentang dan jurukaamera-jurukamera yang setiap saat menangkap gambar beliau untuk dimegahkan. Lalu akhirnya keluarlah gaambar tersebut di dada-dada akhbar: Seorang Pemimpin Kafir yang Menentang Hudud dan Negara Islam sedang berada di sebuah Masjid, tempat Muslim menyembah Allah yang Esa, dan si Kafir tersebut sedang member bantuan kepada umat yang lemah iaitu umat Islam! Lalu dimanakah rasional hujjah mereka: “Dibenarkan para Kafir tersebut untuk masuk ke dalam Masjid bagi melihat keagungan Islam dan sebagai dorongan da’wah”.
Memang masalah harta dari Kafir boleh digunakan untuk pembinaan masjid dan juga perkara-perkara lainnya yang member kesenaangan kepada kaum Muslimin. Masalah ini sudah dibahas oleh para ulama sejak dahulu lagi, yang berdasarkan hadith nabi. Namun tiada satu petunjuk pun yang menjelaskan ada kafir yang datang mengunjungi nabi di Masjid Nabawi lalu baginda membuat majlis khas untuk si kafir itu lalu si kafir itupun menghulurkan sadaqah kepada Rasulullah!
Tidak ada! Lalu apa yang ada?
Mantan Mufti Perlis membawakan fatwa dari Lajnah Daaimah: “Pendapat yang tepat bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid untuk sesuatu kemaslahatan syariah atau sesuatu keperluan tertentu seperti mendengar sesuatu yang membawa masuk ke dalam Islam, atau keperluannya untuk minum air yang berada dalam masjid atau selainnya. Ini kerana Nabi s.a.w mengikat Thumamah bin Uthal al-Hanafi dalam masjid sebelum dia menganut Islam, baginda juga menempatkan perwakilan Thaqif dan perwakilan Kristian Najran di masjid sebelum mereka menganut Islam. Ini kerana ada banyak faedah mereka memasuki masjid, antaranya; mendengar ucapan dan nasihat Nabi s.a.w, melihat orang bersolat dan membaca al-Quran dan berbagai faedah besar yang lain bagi sesiapa yang melazimi masjid”
Maka kita melihat ulang fatwa tersebut dari kacamata yang luhur, tanpa terikat dengan fanatic politik dan kecondongan kepembangkangan. Bahawa Lajnah tersebut dengan jelas menyebut bahawa masuknya mereka itu adalah untuk memahami Islam apabila mereka mendengar Kalam Allah dan Hadith Nabi. Sebaliknya dalam masalah yang kita bangkitkan ini adalah Tokoh Kafir itulah yang berbicara dan yang mendengar pula adalah umat Islam. Sebuah keadaan yang total terbalik!
Kemudian Lajnah tersebuh menjelaskan bahawa masuknya kaun Kafir adalah untuk kemaslahatan syar’I atau keperluan tertentu yang membawa mereka untuk memeluk Islam. Lalu apakah datang untuk memberi sepatah dua kata dan kemudian menghulurkan sadaqah kepada umat Islam itu boleh dita’rifkan sebagai kemaslaahatan syar’i? Atau boleh juga dikatakan sebuah keperluan yang boleh membawa mereka kepada Islam? Kita ingin bertanya kepada PAS, dan manusia Islam yang duduk didalam PKR: “Berapa banyak seruan menganut Islam yang telah mereka sebut ketika maajlis tersebut berlangsung?”.
Begitu juga kita ingin bertanya, apakah sama kondisi Tokoh Pemimpin Kafir tersebut dengan Tokoh Kaum Thaqif dan Najran? Apakah Deligasi Thaqif datang dengan membawa wang untuk diaagih-agihkan, datang untuk memegang mikrofon dan memberi nasihat sebagai wakil rakyat, atau merekaa datang untuk berdamai setelah mereka membunuh Urwah Bin Mas’ud – sahabat Nabi sehingga mereka ketakutan diserang-balas oleh Kuam Muslimin?
Bagimanapula dengan Utusan Najran yang berjumlah 60 orang itu termasuk tiga orang pemimpin wilayah tersebut? Mereka datang untuk apa? Apakah untuk melawat kawasan atau untuk mengadaakan perjanjian damai? Ternyata mereka datang untuk tunduk kepada keraajaan Madinah dan mereka bersedia untuk menyerahkaan jizyah setiap tahun. Lantas dalam permasalaahan yang kita bangkitkan ini; siapa yang member wang kepada siapa?
Sekali lagi, dinyatakan dalam hadith-hadith nabi bahawa para utusan tersebut masuk masjid untuk memahami islam atau datang untuk membuat perjanjian damai dengan Islam. Semua tokoh kafir yang datang ke Masjid Nabawi berbicara dengan Rasulullah saw sendiri dan beliau memperdengarkan Perkataan Tuhan kepada mereka. Bukan datang sebagai seorang tokoh yang terhormat dan punya peluang untuk member amanat kepada kaum Muslimin!
Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah berkata dalam Iqtida Sirat al Mustaqim bahawa Amirul Mu’minin Umar Bin Al Khattab dan juga pemimpin sesudahnya, serta para ulama dan ahli fiqh kaum Muslimin telah menetapkan beberapa peraturan kepada Kafir Zimmi antaranya dilarang berbahasa dengan bahasa Kaum Muslimin, dilarang memiliki kunyah seperti kunyah Kaum Muslimin, para wanita mereka harus menampakkan betis agar berbeza dengan para muslimah, salib dan lambang agama mereka harus disorok dari pemandangan umum, mereka juga dilarang menampakkan syiar agama mereka diluar rumah ibadat dan perkampungan mereka, malah mereka harus memberi tempat kepada kaum Muslimin dalam sebuah majlis.
Lantas masalah Tokoh Kafir yang membacakan Kalam Allah [walhal dia tidak mahu memelok Islam] dalam ceramah politik, penggunaan kalimah “Allah” [walaupun pada hakikatnya kalimah Allah itu bersifat sarwajagat] dalam kitab Injil, serta yang terbaru berdoa dan juga membenarkan mereka masuk ke dalam masjid untuk member ucapan dan sumbangan, merupakan satu penghinaan kepada Islam dan umatnya.
Kepada guru mursyid, berapa kalikah tuan telah membacakan ke cuping telingan Karpal Sing, Lim Kit Siang, dua tokoh yang memberi sadaqah di masjid tersebut dan tokoh-tokoh Kafir lain dengan Kalam Allah dan Sabda Rasulullah saw? Dan berapa kalikah tuan telah mengajak mereka untuk memeluk Islam?
Label: Ahlus Sunnah, Bid'ah Dhalalah, Bid'ah hasanah, Khawarij, Orang kafir Masuk Masjid, Parti Islam
Tinggalkan Jawapan