Monolog Atas Profesionalisme Dan Kesarjanaan Kelompok Sunnah

Beda Antara Pengagihan Akaun Kerajaan dan Air Liur Ustaz

 

Catatan awal: Sengaja menulis dalam Bahasa Melayu Nusantara.

 

 

Manusia Cenderung Untuk Menolak Ide Yang Revolusinor Untuk Pertama Kali

Manusia itu suka kalau dirinya dipuji dan dipuja. Kalau ada colok, bakarkan saja dan pacak di hadapannya. Dia pasti akan senyum lebar dan hatinya berbunga-bunga. Namun  andai ada manusia lain yang menyinggungnya pasti pedang yang ada ditangannya sudah menebas-nebas. Kalau tiada pedang, maka dia menyuruh gurka-gurkanya untuk mengerjakan si pencela itu.

Ini tindakan manusia yang merasakan dirinya hebat. Manusia yang selalunya ada jawatan dan pengaruh. Ini selalunya dilakukan oleh manusia gila nama dan gila kuasa. Sama saja apakah dia itu seorang penguasa Negara atau penguasa agama. Maka sejarah telah mencatatkan banyak dari manusia yang punya kuasa berkelakuan sebegitu. Sehingga ada orang ketakutan nanti-nanti Negara kita menjadi seperti Negara Teokrasi – Mulla Stats.

Namun si penanya itu disabarkan oleh Dr Asri Zainul Abidin; bahawa Islam yang sebenar bukanlah sebegitu. Islam tidak jumud sehingga menafikan getusan ide dan islam bukan tirani sehingga akan menghukum setiap pencela ide.

Yang dibeberkan itu adalah wajah Islam sebenar. Tetapi wajah umatnya kadang punya beda. Maknanya umat Islam itu kadang bertindak melebihi batas yang dianjurkan agamanya. Bukan kerana agamanya yang dusta tetapi nafsunya yang merana. Kerana itu, tidak wajar menisbatkan agama dengan melihat penganutnya. Tetapi lihatlah agama dari ajarannya.

Begitu juga kadang umat Islam itu akan menolak sebuah wacana yang dianggap revolusinor bagi pertama kalinya saat daun telingannya mendengar. Selalu jenis penolakan itu bersifat kasar dan kuat. Kadang digunakan kata “sesat” dan “bodoh”. Itu masih tidak mengapa kerana ada yang dilabel sebagai “oriantalis” dan juga “murtad” gara-gara mereka mengemukakan ide yang baharu.

Padahal ide yang baharu itu – walaupun berwajah setan – harus dibersihkan dan dibangunkan sesuai dengan nafas Islam. Begitu juga sepatutnya manusia yang mendengar pertama kami ide itu dilontar, harus menahan dirinya dari menolak atau menerima; sebaliknya dia harus berfikir – menimbang dengan neraca pemahaman salaf – kemudian andai ide itu sesat, maka dia harus diperbetulkan.

Tetapi jika menolak dengan membabi buta, maka umat ini akan mundur tak maju. Jadilah kita “Marga Tuna Budi”  apabila budi – aktivitas aqal – berlaku sangat minimal. Ibaratnya persis babi hutan yang hanya tahu menyondol.

Sejarah Penolakan Manusia terhadap Kebenaran

Begitulah yang digambarkan saat Muhammad Bin Abdullah saw mengucapkan da’wah Islam kepada penduduk Makkah. Banyak dari mereka menolaknya. Namun ada yang mendengar dengan cermat lalu berfikir dan kemudian beriman kepada beliau. Kemudian yang menolaknya itu sebahagian besar menganut Islam lewat beberapa waktu, atas beberapa peristiwa dan kondisi. Selebihnya tetap mahu membangkang dan melawan, walau hakikat nyata terbentang di mata.

Disitu juga ada hal lain yang merambat hati manusia; bahawa sayangkan kedudukan dan takutkan kejatuhan. Sehingga apa yang diucapkan itu harus dimomokkan “benar” dan “shahih”. Maknanya apa yang keluar dari tulang lidahnya adalah seakan sabda dan wahyu. Menjadilah dirinya suci – seperti para Raja Melayu di zaman Hinddu-Budha yang menghantar para pencerita keseluruh pojok Negara agar masyarakat mentaati mereka tatkala “raja” sudah dianggap jelmaan Brahma.

Justeru Atman yang dikatakan sebagai percikan dari Brahman akan harus tetap benar selamanya. Maka bagaimana mungkin Atman yang sudah mokhsa itu bisa salah? Lantas yang salah adalah jiwa-jiwa lain iaitu jiwa hamba, bukannya jiwa sang raja. Yang bersalah adalah Jiwatman yang mengalami awidya.

Tetapi Islam tidaklah begitu; setiap jiwa itu berbuat silap, dan yang paling baik adalah yang paling cepat taubat. Manusia dalam kacamata Islam tiada yang ma’sum melainkan para Rasul dan Nabi. Selain itu semuanya bisa jatuh dalam lubang. Kalau manusia ini ma’sum maka Allah akan gantikan kita dengan umat yang lain.

Kesilapan Fakta Harus Diminta Pembetulan

Lalu begitulah ketentuan agama: bahawa barang yang silap harus dibetulkan kembali. Yang telah dipatah harus disambungkan semula. Yang dicabut harus ditanam ganti. Begitu juga ketika saya mendapatkan maklumat dari bapak menteri yang mengatakan bahawa kerajaan mengasingkan wang dari pendapatan Negara dan wang dari LHDN. Namun ternyata faktanya melencong. Lalu saya katakan hal ini bisa saja dirobah. Saya bisa memohon maaf. Ikhlas.  Malah itu menunjukkan saya adalah manusia. Sifat manusiawi inilah yang menamakan saya sebagai insan. Kalau saya tidak pernah berbuat silap, maka jadilah saya seperti Jibrail.

Namun tulisan “Wang Judi Antara Aqal Budi Melayu Dan Agama” itu tidak member fokos kepada titik ini, sebaliknya membicarakan sikap adil yang ditunjangi oleh seorang tokoh sunnah di Malaysia. Namun setelah itu saya diserang hebat oleh para syeikh yang sudah belajar tinggi dan berguru dengan ramai ulama mu’tabar dunia, dan punya sijil yang bertimbun-timbun.

Ironinya; saya kononnya diserang kerana kesilapan fakta. Fakta yang mana? Ya, fakta yang diatas – fakta pengasingan wang – padahal isu itu hanyalah disentuh sedikit dan bukan factor perkasa dalam artikel saya.

Hakikat Sebenar Dibantah

Sebaliknya saya cukup yakin – atas ilmu bantu yang saya pelajari iaitu ilmu psokologi – bahawa kegencaran mereka menyerang saya itu adalah kerana saya menjentik tokoh tersebut. Ini dibuktikan oleh surat salah seorang murid dan sahabat beliau: “e)Dan persoalan paling utama dalam permasalahan ini , kenapa “Tokoh tersebut” sahaja diserang atas kesalahan ini????”

Justeru, kalau benarlah bahawa artikel saya ini songsang dan batil kerana kesilapan fakta, lantas saya mahu tanyakan kepada “pejuang kebenaran” yang “penegak sunnah” ini: “Apakah tuan-tuan yang mulia, telah menulis surat rasmi lalu diedarkan di dalam forum, juga menghujat dalam setiap kesempatan terhadap Tokoh tersebut , saat beliau mengeluarkan fakta yang bisa diragui iaitu tentang kasus Jemaah Minum Air Liur Ustaz. Ada atau tidak? Kalau tidak ada, mengapa tuan tidak menulisnya?

Apakah sikap kalian sama terhadap beliau saat beliau menulis artikel tersebut? Atau kalian hanya duduk-duduk saja dan bergembira tetapi pada kasus saya ini menyebabkan tuan-tuan tidak senang duduk dan mungkin mengigau malam. Hati tuan-tuan berdegup kencang, dan dada tuan-tuan sesak seperti mahu lemas?

Oleh kerana itu, apa yang membedakan kasus saya dan kasus air liur? Hanya satu iaitu saya menyerang sikap “adil” terhadap tokoh tersebut sedangkan tokoh tersebut menyerang wejengan agama negeri. Bukanlah isu fakta yang songsang tetapi ia lebih menjurus kepada perasaan peribadi. Kerna itu, sepanjang saya meneliti surat batahan mereka, saya tidak terpanggil untuk menjawabnya. Kerna manusia yang sedang gilakan bulan, akan menjadi waras saat mentari menjelma pagi nanti. Tuggukan saja mereka bisa berbicara sepeti ilmuan, maka saat itulah bisa saya menjawabnya.

Permasalahan Kasar Dalam Bahasa

Ini sebuah masalah yang sangat ruwet bagi saya kerna, saya rasakan bahawa para penghujat saya itu tidaklah mendalami dengan serius akan budaya dan bahasa Melayu ketimbang dengan saya dan teman saudara Riduan Khairi. Justeru yang muskil adalah bagaimana mereka bisa menetapkan bahawa tulisan saya itu kasar dan biadap? Apakah mereka sudah membaca hikayat-hikayat melayu atau paling kurang mereka mengerti akan kultur budaya Melayu. Kalaulah mereka itu memahami budaya Melayu, pasti mereka tidak akan menggunakan bahawa ragam rendah dalam berforum. Ini paling minimal yang bisa dilakukan sebagai manusia yang mengerti akan aqal budi bangsanya sendiri.

Dikhabarkan kepada saya bahawa salah satu pengamatan sosiologi yang dilakukan oleh teman saya [Abu Ahmadain]terhadap warga Perlis adalah ada beberapa komuniti yang tidak akan mengucapkan “terima kasih” apabila mendapat sumbangan, sebaliknya setelah sumbangan itu jatuh di tangan mereka, maka mereka terus berlalu pergi tanpa berkata apa-apa. Namun ucapan terima kasih itu diucap tanpa suara – non verbal language – iaitu dengan mata yang berkaca-kaca. Justeru bagi orang lain, dianggapnya tindakan “pergi tanpa kata” sebagai biadap dan tidak kenang budi.

Lihat, disini bisa dikatakan sebagai “kontra budaya” atau “pergeseran budaya” telah berlaku. Justeru sebagai ilmuan, kitalah sepatutnya membaca ‘bahasa dengan kata’ juga sudi untuk membaca ‘bahasa tanpa kata’. Malah yang lebih utama, seperti kata Ibn Khaldun bahawa bangunnya kita ini harus bermuara pada 2 hal iaitu agama dan kemudian asabiyah. Kerna dalam asabiyah itu setelah kita melazimi aqal budi bangsa sendiri, akhirnya kita akan ketemu perbahasan etika normatif dalam sosiologi Bangsa Melayu. Akhirnya kita bisa mengatakan ini kasar dan ini lembut.

Dan sebenarnya tidak perlu saya bawakan hal-hal sosilogi melayu, kerna pada kita telah ada watak yang boleh difikirkan iaitu Umar ra. dan Uthman ra. Apakah Umar itu biadap dan kasar, yang dapat digambarkan sebagai barbarian? Atau apakah Uthman itu lembut dan tidak tegas, atau bisa disandarkan pondan? Yang nyata, jauh sekali sifat itu kepada mereka berdua.

Profesionalisme Sebagai Ilmuan

Secara peribadi, saya melihat bahawa para ahli forum dalam sebuah laman sunnah itu persis seperti ahli-ahli dalam forum golongan ahlil bid’ah. Seperti pengikutnya Al Ghari dan Abu Syafiq. Bercakap tanpa aqal dan hujjah. Semuanya kepada golojak nafsu dan penggunakan bahasa orang bawahan – bahasa pasar yang menggambarkan takat mentaliti yang rendah. Seakan-akan “kesarjanaan” itu tidak pernah muncul dalam minda mereka.

Lebih menarik juga; bahawa “kaedah pembetulan secara sunnah” yang mereka lakukan adalah dengan menyebarluaskan surat bantahan kepada orang ramai, bukannya kepada personal. Sehingga kini saya tidak mendapat sebuah panggilan dari para penghujat saya. Paling kurang mereka bisa mendapatkan terus penjelasan saya tanpa menggunakan wasilah. Mereka bisa menelefon saya langsung. Atau mereka masih berkira-kira “pulsa” yang harus diguna?

Mungkin pada andaian saya bahawa email terakhir yang saya dapat secara peribadi – dan itulah email tunggal yang dihantar terus kepada saya – dikeranakan saudara Nawawi telah membuang surat itu dari disiarkan di laman sembang sehinggakan saudara penulis [yang saya hormati] terpaksa menghantarnya terus kepada saya.

Justeru, saya berharap, selaku alim ulama yang mempunyai sijil agma secara sah, yang belajar hingga bertemu para ulama mu’tabar; maka gambarkanlah diri kalian dengan sebuah citra yang penuh profesionalisme dan ilmiyah, paling kurang tidak seperti saya, seorang kampung yang tidak memiliki ilmu seperti tuan-tuan yang mulia.

Akhirnya, saya tidaklah menaruh dendam atau amarah kepada semua penghujat saya. Kerna hidup ini penuh dengan gelora. Kerna saya mengerti; “hanya jauhari mengenal manikam”. Sperti bicara teman saya: “Hanya buah yang baik dicuri orang”.

Abu Amru Mohd Radzi Bin Othman

Ampang, Kuala Lumpur.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: