Tuduhan Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin Terhadap ILMU

Bismillahhirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Apa yang akan saya nyatakan selepas ini berupa getus hati saya. Sebenarnya saya teringat kalimat guru kepada guru saya tentang seseorang yang menghujat beliau. Seorang tokoh yang menjawat gelar Doktor sementara guru kepada guru saya itu tidak memiliki sekeping sijil pun. Berkatalah Asy Syaikh Al Muhaddith  Ali Hasan Al Halabi:

“tidak akan menyelisihiku bahwa banyak orang yang memiliki gelar DR. akan tetapi dia tidak berhak mendapatkan DR.  melainkan hanya salah satu dari huruf itu;  bisa huruf yang awal iaitu D atau yang akhir iaitu R”

Begitulah hakikatnya bahawa kefakihan dan keadilan serta keikhlasan itu sebenarnya hidayah dari Allah Azzawajalla. Lantaran itu, saya yang merupakan penuntut ilmu senantiasa berdoa’ kepada Allah agar Dia membuka jalan-jalan kebaikan kepada saya dan kepada seluruh kaum Muslimin.

Maknanya juga bahawa kefakihan itu bukanlah tersangkut pada huruf DR. atau pada sijil, kerna kadangkala orang yang memiliki huruf itu di depan pangkal nama mereka juga acapkali bertindak jahil ibarat anak kecil.

Saya juga percaya anak kecil akan marah-marah atau mula bergolek atas tanah apabila orang lain menegur atau melarangnya dari membuat sepah. Inilah tabiat manusia, dari kecil hingga yang tua, dari jahil seperti saya sehingga yang ada gelar Profesor Madya.

Justeru setelah saya melihat rakaman kuliah tokoh agama yang saya hormati, Prof Madya Dr Asri berkisar tentang masalah tahzir mentahzir dikalangan Salafi, lantas saya merasakan bahawa mauduk yang beliau sedang bicarakan itu adalah diri saya dan tulisan saya. Lantaran saya harus membetulkan kekeliruan yang sedang beliau alami.

Beliau berkata:

“Baru ini saya baca, ILMU, Ulama Muda UMNO. Boleh sebut kah? Saya tidak kisah benda ini tetapi saya ingat kita jangan, bahasa yang lunak, jangan bodohkan diri kita dan bodohkan orang. Dia (Seorang ahli ILMU) tulis dalam satu rencana dalam akhbar. Dia (penulis) kata, saya bukan berpihak, saya tidak… tentang …. Dia tulis dalam akhbar, dia kata bukti tokoh agama itu tidak rabbani, maksudnya bukan tokoh agama yang betul, contohnya Allahyarhan Ust Fadhil Noor, kuburnya di Pendang, sedangkan di Pendang itu sendiri, kalau dia ulama’ yang betul-betul ulama’, kenapa di Pendang itu masih banyak lagi khurafat dan kuburnya ada disitu? Itu menunjukkan dia bukan ulama’ pilihan Tuhan. Came on lah kita pergi ke kubur Imam Syafi’e – imam yang besar dan mulia, orang buat khurafat macam-macam atas kubur dia. Bukan dia suruh. Kita pergi ke kubur banyak para sahabat pun ada orang buat khurafat di kubur sahabat itu, bukan sahabat itu suruh. Dengan orang buat khurafat itu, tidak boleh kita menghukum empunya kubur itu. Saya bukan berpihak, tapi kaedah hukuman seperti itu bukan sahaja tidak pandai tetapi sangat bodoh. Saya kata, tak apa, tak ada masalah kita masuk parti mana-manapun tapi  tujuan untuk berda’wah. Tapi kita jangan mengampu lebih sangat. Kita jack kereta tu boleh ambil tayar, tapi kalau sampai terbalik kereta itu : bodoh namanya. Setakat boleh ambil tayar”

Saya kuat beriman bahawa yang beliau maksudkan adalah artikel saya bertajuk Imam Syafi’e : Ulama Haid Sahaja, yang diterbitkan di Sinar Harian.

Maka saya simpulkan keterlanjuran Tuan Prof Madya dalam dua kerangka besar iaitu:

1] Melakukan ta’wilan melampau

2] Mencela para Ustas Ahlus Sunnah yang berada dalam ILMU sebagai pengampu Kerajaan

 Pembetulan Pertama

Saya cukup hairan dengan Prof Madya yang suka berpuisi, yang tidak memahami sintesis tulisan saya. Apakah puisi yang tuan tulis selama ini tidak mampu menunjukkan kepada tuan bahawa sebuah naratif harus dilihat secara keseluruhan untuk membuahkan kesimpulan; bukannya terpisah-pisah?

Saya akan terangkan kembali kepada tuan perihal artikel saya agar tuan mendapat gambaran yang jelas dan tidak membabi buta lagi. Takut-takut kasus “Air Ludah Ustaz” berulang untuk entah kali keberapa.

Saya mulakan tulisan dengan memuatkan tuduhan para ahli bid’ah kepada para imam Ahlus Sunnah, yang tuduhan itu tidak berasas dan jauh menyimpang. Seperti tuduhan Mu’tazilah yang mengatakan Imam Syafi’e itu hanya mengerti ilmu haid dan nifas. Seperti tuduhan Sayid Qutub yang merupakan ahli Ikhwanul Muslimin kepada para ulama’ Ahlus Sunnah bahawa mereka itu hanyalah pandai menulis semata-mara. Dan seperti tuduhan Doktor juga kepada Syeikh Dr. Rabi’ Al Madkhali yang dikatakan seperti Khawarij yang suka menyesatkan orang, dan terbaru tuduhan tuan kepada para ustaz-ustaz Salafi yang dikatakan “literalis” yang bisa menjumudkan.

Nah! Tuduhan yang bernada sama dan diungkapkan oleh pelaku-pelaku yang mengimani manhaj yang hampir sama.  Lantas tuduhan itu saya katakan sebagai kata-kata keji yang lahir dari hati yang busuk dan lidah yang buruk. Justeru Tuan Prof Madya, hati-hatilah agar hati dan lidah tuan tidak sejahat itu untuk mencerca ulama’ Ahlus Sunnah.

Mereka – para pembenci Ulama’ Ahlus Sunnah – akhirnya menggunakan “kondisi zaman” sebagai hujjah untuk menelantarkan naqal dan memenangkan aqal. Ini sangat pelik untuk dilakukan oleh seorang yang berpegang teguh kepada manhaj Ahlus Sunnah lantaran seorang Sunni pasti mendahulukan naqal diatas segalanya termasuklan waki’ dan aqal.

Namun saya nyatakan bahawa masyarakat kadang terpedaya dengan kepetahan seseorang ahlil bid’ah dan penampilanya yang gah. Oleh itu saya bawakan ciri-ciri ulama’ Rabbani yang hal ini sudah maklum kepada para penuntut ilmu.

Ulama’ Rabbani itu adalah ilmuan yang menggunakan Al Qur’an, As Sunnah dan pemahaman salaf as soleh dalam beragrumentasi dan berhujjah. Kerana itu saya bawakan perkataan Syeikh Abdus Salam Barjas: “Orang alim hakiki adalah yang mendalami ilmu agama, mengetahui hukum-hukum Al Quran dan As Sunnah. Mengetahui ilmu ushul fiqih seperti nasikh dan mansukh, mutlak, muqayyad, mujmal, mufassar, dan juga orang-orang yang menggali ucapan-ucapan salaf terhadap apa yang mereka perselisihkan.”

Maka saya berharap bahawa para “ulama”, “ustaz”, “khatib”, “guru agama” dan sesiapa sahaja yang umum dikatakan sebagai ulama atau ilmuan Islam, gunakanlah tiga kerangka utama ini sebagai kayu ukurnya. Jika mereka berkata dan bertindak sesuai dengan Al Qur’an, As Sunnah dan “Fahmus Sahabah”, maka mereka itu adalah ulama’ Ahlus Sunnah, insyaallah. Namun jika mereka itu menyelisihi salah satu dari tiga rukun tadi, maka mereka itu bukanlah ulama’ Rabbani.

Syeikh Abdul Hamid Bin Badis berkata: “Sesungguhnya seorang da’i yang benar adalah da’i yang bersandar atas hujjah dan agrumentasi yang jelas. Ucapannya tidak mengandungi kebohongan, tipu daya atau dakwaan buta. Gerakan da’wahnya tidak terjerumus ke dalam kebinasaan, kontradiksi ataupun kesimpang-siuran” (Ad Durar Al Ghaliyah fi Adabid Da’wah wad Da’iyah)

Sebagai contoh, maka saya bawakan seorang tokoh agama di Malaysia – Ustaz Fadhil Noor yang pernah menjadi Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai persampelan. Semoga Allah mengampunyinya. Maka kita ambillah tiga kayu-ukur tadi dan letaklah kepada “fatwa” dan pandangan beliau. Lantas apakah kita melihat bahawa “fatwa” beliau cocok dengan ketiga-tiga kayu-ukur tersebut?

Wallahi! Bahawa “fatwa” beliau menyelisihi “fahmus sahabah” (kefahaman sahabat) malah banyak juga yang menyelisihi sunnah al Mustafa. Oleh itu cukuplah disini saya nyatakan sekali lagi kepada Tuan Doktor bahawa beliau bukanlah ulama’ Rabbani. Beliau tetap bukan ulama’ Rabbai walaupun Tuan Doktor memujinya dalam Majalah Tamaddun pada tahun 2000.

Lantas kita juga dapat melihat dasar perjuangannya; apakah mengikut manhaj Rasulullah saw atau menuruti manhaj ahlul bid’ah. Manhaj Rasulullah saw dengan jelas memperjuangkan aqidah dan menumpaskan kesyirikan. Sedari baginda memiliki dua orang pengikut hinggalah memiliki daulah, tauhid menjadi keutamaannya. Hatta sehingga beliau sedang gering dan hampir menghembuskan nafas, beliau berwasiat kepada umatnya tentang aqidah. Maka jika seorang ulama’ membiarkan isu aqidah maka bererti beliau bukanlah seorang ulama’ Rabbani. Lantaran Ulama’ Rabbani mewarisi kerja-kerja Nabi. Dan tidaklah diutus setiap rasul kepada setiap umat, melainkan untuk mengajak “sembahlah Allah semata-mata dan jauhi thaghut”.

Syeikh Soleh Fauzan Al Fauzan berkata: “Da’wah apapun yang tidak berlandaskan kepada manhaj para rasul, ia akan menemui kegagalan. Buktinya adalah jamaah-jamaah atau gerakan-gerakan da’wah sekarang ini yang memiliki manhaj sendiri-sendiri yang berbeda dari maanhaj para rasul; melalaikan masalah tauhid. Mereka menyerukan perbaikan dalam masalah sekunder. Diantara mereka ada yang menyerukan perbaikan hukum dan siasah, menyerukan diterapkan hukum Islam. Masalah-masalah tersebut memang penting, tetapi bukan yang paling penting. Sebab, bagaimana harus diterapkan hukum syar’i kepada penzina dan pencuri sebelum diterapkan hukum syar’i bagi orang yang berbuat kesyirikan. Bagaimana menuntut penerapan hukum syar’i antara dua orang yang berebut kambing dan unta, sebelum menuntut diterapkannya hukum syar’i kepada penyembah berhala dan orang-orang yang tersesat dalam asma’ wal sifat Allah” (Mukaddimah kitab Minhajul Anbiya)

Camkanlah wahai tuan ucapan ulama’ besar dunia ini berkenaan dengan manhaj da’wah dengan saksama. Semoga tuan akan dapat membacanya dengan penuh keikhlasan dan mendapat pencerahan dari Allah Ta’aal.

Orang yang menyelisihi manhaj Rasul bukanlah ulama’ Rabbani. Ya, walaupun mereka itu duduk dalam persatuan ulama. Walaupun mereka itu dinobat sebagai mufti, atau mantan mufti. Ya walaupun mereka banyak menulis kitab dan menulis puisi. Mereka jika menyelisihi manhaj salaf tetap bukanlah ulama’ Rabbani.

Lantas apakah kenyataan saya ini menyakitkan hati Prof Madya? Atau kenyataan saya ini meremokkan hati dan perasaan tuan Doktor? Atau sebenarnya kenyataan saya ini akan menyudutkan tokoh-tokoh yang tuan sanjungi seperti Hasan Al Banna, Sayid Qutub dan Al Qaradhawi? Lantas untuk itu tuan harus memalingkan isu dalam artikel ini dan menimbulkan isu lain agar tokoh-tokoh sanjungan tuan tidak dipertikaikan?

Memang para Qutubiyyun / Qardawiyun akan bergelora hatinya bila saya menukilkan ucapan Sayid Qutub yang mencela para ulama’ Ahlus Sunnah. Dan lebih bergelegak hati-hati mereka bila saya datangkan pula perkataan Syeikh Rabi’ Al Madkhali yang terkenal sebagai penentang kepada kelompok Ikhwanul Muslimun, Qutubiyyun dan Qardawiyun.

Ahlus Sunnah telah menetapkan bahawa da’wah paling utama dan yang pertama untuk dida’wahkan adalah tauhid. Sehingga apabila da’wah tauhid menyebar dan memusnahkan syirik, baharulah mampu ditegakkan hudud.

Lantas saya menggunakan sampel Pendang dimana di situlah Ustaz Fadhil Noor berda’wah bertahun-tahun, sedari beliau memasuki PAS sehinggalah beliau menghembuskan nafas. Maka ketika hayat beliau, masalah syirik tidak terhapus; malah masalah kesyirikan tetap ada sehinggalah beliau meninggal, hatta sehingga PAS menguasai Kedah saat ini.

Tuan Doktor boleh pergi ke kawasan Pendang, Alor Star dan sekitarnya. Lihatlah dengan kepala mata Tuan Doktor sendiri bahawa banyak kedai yang menggantungkan gambar hitam putih yang diimani sebagai “pelaris”.

Justeru kita mahu bertanya kepada Tuan Doktor dan juga para Ahli PAS, apakah yang mereka da’wahkan selama ini? Dan apakah da’wah utama Mantan Presiden mereka – Ustaz Fadhil Noor? Apakah PAS mengajak untuk menegakkan aqidah shaihah atau menegakkan Hudud dan Negara Islam?

Saya semakin pelik dengan sikap Tuan Doktor, sepanjang empat muka tulisan saya, yang tuan garis bawah hanyalah dua baris ayat, walhal dalam tulisan saya itu masih banyak hujjah-hujjah yang tuan boleh bantah dan betulkan. Namun kenapa dua baris ini yang tuan jadikan modal untuk menghina para Ustaz Salafi yang memasuki ILMU?

Kenapa tuan Doktor tidak mahu membahas perkataan Ibn Mas’ud, Mujahid, atau ucapan Syeikh Abdus Salam Barjas? Kenapa Tuan Doktor tidak mahu mengulas celaan Sayid Qutub yang mengatakan bahawa ulama’ Ahlus Sunnah adalah ulama’ Kertas sahaja? Apakah celaan ini sangatlah tidak penting dan boleh diabaikan?

Malah lebih pelik lagi apabila Tuan Doktor gagal untuk memahami ayat ini dengan baik. Sepertinya tuan jahil dalam Bahasa Melayu tetapi tetap gencar untuk menulis puisi.

Sekiranya tuan pernah membaca tulisan saya sebelum ini, pasti tuan akan mengerti bahawa saya menggunakan laras bahasa yang berpuitis dan banyak terpengaruh dengan penggunaan Bahasa Indonesia. Justeru saya berharap orang yang suka menulis puisi seperti tuan akan dapat memahami makna tulisan saya dengan baik.

Lantaran, sekiranya ayah Tuan Doktor sudah meninggal dunia, lalu ada seorang bertanya kepada tuan Doktor: “Ayah kamu duduk / tinggal / berdiam / bertempat dimana?”. Apakah tuan akan berkata “Ayah saya sudah meninggal”, atau tuan akan katakan “Dia bertempat di Permatang Pauh”.

Pasti tuan akan katakan “Ayah saya sudah meninggal dunia”. Dan jika ditanya, dimana beliau dikebumikan, maka tuan akan menjawabnya “Ayah saya dikebumikan di Permatang Pauh”. Saya cukup pasti tuan tidak akan menjawab “beliau bertempat di Permatang Pauh”.

Mungkin saya perlu bawakan contoh yang lain, agar tokoh pemuisi kita ini bisa mengerti akan perkataan “berdiam / bertempat” dengan lebih mantap.

Kita ambil contoh Shamsiah Fakeh yang hidup di China namun di kebumikan di Malaysia. Maka kita tetap akan berkata bahawa beliau “berdiam / bertempat di China” yang merujuk fasa kehidupannya, bukan merujuk kepada lokasi beliau dikebumikan.

Justeru perkataan saya merujuk kepada fasa hidupnya, bukan fasa selepas matinya. Kerana itu saya tidak menyebut langsung kubur beliau. Yang saya sebut adalah kedai-kedai di Pendang. Maka dengan aqal yang waras (tanpa perlu mendapat gelar Doktor atau ke India untuk mendapatkan 5 ijazah hadith) pun sudah mampu untuk mencari perkaitan antara kalimat bertempat dengan kedai-kedai di Pendang yang menggantungkan gambar kesyirikian.

Kedai tersebut bukanlah di dirikan di tepi kubur beliau, bukan juga di dalam halaman rumah beliau. Justeru perkaitan yang cukup sederhana antara kalimat “bertempat” dan “kedai-kedai yang menggantungkan gambar” ialah “fasa hidup” dan bukannya “fasa sesudah matinya beliau”.

Kemudian saya mahu bertanya kepada Tuan Doktor, dimana dan saat bila saya menyebutkan kubur Ustaz Fadhil Noor dijadikan tempat penyembahan, sehingga tuan Doktor membawa contoh Kubur Imam Syafi’e dan kubur para sahabat?

Kalau tidak ada, maka nasihat saya janganlah menjadi tukang fitnah, atau kaki ta’wil. Janganlah tercuit sedikit, terus terlambung.

Pembetulan Kedua

Tuan Doktor mengatakan bahawa ILMU ini mengampu kerajaan. Mungkin jika tuan hidup di zaman Imam Abul Wafa Ibnu Aqil al-Hambali maka tuan juga akan menghina beliau kerana mencium tangan penguasa ketika bersalaman.

Namun sang Imam telah menjawab tuduhan tersebut dengan katanya:

“Bagaimana pendapatmu bila aku bersalaman dengan ayahku kemudian aku mencium tangannya, apakah yang demikian itu salah ataukah menjatuhkan kedudukannya? Mereka menjawab tidak salah! Beliau berkata lagi: Seseorang ayah telah mendidik anaknya secara khusus sedangkan penguasa telah mendidik rakyat secara umum, maka dia lebih berhak untuk dihormati”. (Badi’ul Fawaid. Ibnu Qaiyim)

Lantas keberadaan kami ini bersama penguasa Negara adalah sebagai suruhan dari Allah dan sunnah Rasulullah saw. Kami tetap akan bersama-sama penguasa untuk membimbing mereka dan menasihati umat manusia.

Kami tidak akan melepaskan ketaatan dan ikatan bai’at kepada mereka sepertimana yang dianjurkan oleh Sayid Qutub dan Al Qaradhawi. Bukan Sunnah Sayid Qutub dan Sunnah Qaradhawi yang kami ingin tempuh melainkan sunnah Muhammad Bin Abdullah saw.

Jika upaya kami untuk mengajak umat agar mereka mentaati penguasa dalam hal-hal yang ma’ruf dikatakan sebagai sebuah jilatan, atau suatu ampuan, maka kepada Allah lah kami mengadu akan tuduhan itu. Namun yang pasti Tuan Doktor sangatlah terpengaruh dengan pemikiran Al Qardawi dan sangat condong dengan pembangkang. Malah sejarah hidup Tuan pun pernah bersama mereka satu ketika dahulu.

Begitu juga dalam tanpa sadar, rupanya tuan juga penjilat dan pengampu. Dengan nyata bahawa tidak ada satu hujjah pun yang bisa dipakai untuk menghalalkan demontrasi BERSIH, namun tuan mengasak-asak dalil untuk membenarkannya. Hanya semata-mata untuk mengabsahkan kelakuan PAS dan pembangkang. Malah untuk membenarkan juga fatwa Dr Yusuf Al Qaradhawi.

Walhal bukankah ajaib tatkata tuan mengharamkan Perarakan Maulidur Rasul satu ketika dahulu, dan menghalalkan demontrasi BERSIH? Bukankah ini sebuah sikap yang sangap pelik? Dan bukankah ini sebuah tindakan jilat dan ampun yang tidak dapat ditutup lagi?

Justeru Tuan tidak perlu untuk berpura-pura sebagai Salafiyun. Bukakan saja topeng Qutubiyyun tuan selama ini. Kerana saat ini penyamaran itu sudah tersingkap ketika tuan menyatakan perkataan keji kepada para Salafi malah kepada Ibn Taimiyyah dan Muhammad Wahhab:

“Ramai yang bertanya saya tentang huraian-huraian siyasah Ulama Muda UMNO kebelakangan ini..menurut pendapat saya yang kerdil, walaupun Ulama Muda UMNO itu pada asasnya bermanhaj ‘salafi’ dan saya antara …yang menyetujui manhaj itu, namun kefahaman sebahagian mereka mengenai hadis-hadis politik menjurus kepada aliran Madkhali yang agak literal dalam menafsirkan nas-nas siyasi tanpa melihat teks dan konteks..mereka seakan aliran ‘zahiri’ atau literalist dalam memahami dalil-dalil siyasi..di Barat, mereka melebelkan literalist ini sebagai ‘wahabi’..itu label yang salah kerana mereka masukkan sekali sesiapa sahaja yang kuat berpegang dengan nas sebagai ‘wahabi’ ..namun fonomena literal dalam memahami nas-nas siyasi ini banyak datang dari Arab Saudi..pada beberapa sudut mungkin ada kebaikannya, namun ia boleh menjumudkan banyak situasi umat dan negara..bak kata Fazlur Rahman ‘konsep kefahman al-Imam Ibn Taimiyyah itu menjadi sempit jika dilihat dari huraian al-Imam Muhammad bin Abdul Wahhab, jika kita membacanya secara langsung, kita akan dapat melihat keluasan kefahamannya..apapun ini masalah ijtihadiyyah atau perbezaan pendapat, seseorang memilih pandangan yang diyakininya..semoga Allah memberikan kita keikhlasan dan mengampunkan semua”

Ingtlah tuan bahawa seorang Ahlus Sunnah tidak akan menggunakan hujjah dari ahlil Bid’ah dalam penetapan manhaj agamanya. Justeru ketika Tuan menggunakan Fazlur Rahman yang cukup terkenal sebagai pejuang Islam Liberal, maka saat ini telah menjadi pemisah antara kita secara jelas; bahawa tuan bukanlah salafi.

Bagaimana mungkin seorang yang memiliki 5 ijazah hadith menggunakan ungkapan kaum Islam Liberal bagi membantah kefahaman yang terbit dari hadith? Hanya sahaja orang yang jahil terhadap sunnah akan berbuat sebegitu. Atau seorang yang menyamar sebagai Ahlus Sunnah yang akhirnya dia tidak mampu bersabar lalu meniggalkan jubah sunnahnya.

Bagaimana mungkin perkataan Fazlur Rahman, tokoh Islam Liberal mampu mematahkan hujjah dari hadith yang telah dijadikan pegangan Ahlus Sunnah zaman berzaman? Lebih menarik lagi adalah mengapa tuan mengambil perkataan Fazlur Rahman bagi menentang pemahaman Ibn Taimiyyah yang diterjemah oleh Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab? Lantas tuan katakan bahawa memahami nash mengikut kaedah Ibn Taimiyyah yang diterjemah oleh Syeikh Muhammad akan menjumudkan dunia.

Walhal kaedah pemahaman Syeikh Muhammad itu merupakan kaedah Ahlus Sunnah. Maka apakah tuan ingin mengatakan bahawa kaedah Ahlus Sunnah ini akan menjumudkan dunia? Subhanallah! Tidak mungkin seorang Sunni akan berkata seperti tuan katakan.

Pemahaman yang dirangkul oleh Syeikh Muhammad terhadap Ibn Taimiyyah merupakan pemahan yang asli dan benar. Beliau memahami pemahaman ini dan menterjemahkannya dalam perjuangannya. Seluruh ulama’ Sunnah mengiktiraf perjuaangan ini dan pemahaman ini.

Jika tuan mengatakan bahawa pemahaman Ibn Taimiyyah beda dengan pemahaman Syeikh Muhammad, ternyata ini sebuah “tanggapan” yang melencong. Malah jika tuan mengatakan bahawa Syeikh Muhammad telah tersalah memahami pemikiran Ibn Taimiyyah sehingga memberi watak kaku kepada fatwa Syeikul Islam, ini juga merupakan pemahaman tuan yang jauh dari hakikat kebenaran. Sungguh Syeikh Muhammad telah memahami dengan saksama dan menekuni manhaj Ibn Taimiyyah, sehingga para ulama’ Ahlus Sunnah mengatakan bahawa Syeikh Muhammad adalah bayangan Ibn Taimiyyah.

Sebaliknya, yang silap memahami perbicaraan Ibn Taimiyyah adalah Fazlur Rahman, walau dia berkokok mengatakan bahawa dia pencinta dan pengagum Ibn Taimiyyah. Yang dia inginkan adalah pemisahan syiasah dari dokongan hadith dengan menggunakan sosok tubuh Ibn Taimiyyah. Malah dia juga mengerti bahawa Ibn Taimiyyah tidak akan bangkit dari kubur untuk membantah segala pemikiran “politik songsang” yang disandarkan kepadanya.

Bagaimana mungkin Fazlur Rahman mampu untuk memahami manhaj Ibn Taimiyyah walhal dia adalah seorang anti hadith? Dia sangat memusuhi hadith dalam hidup beragama dan hidup berpolitik. Lihatlah bukunya “Islamic Methodology in History”, “Islam and Modernity: Transformation of an Intelectual Tradition” dan tulisannnya dalam beberapa artikel seperti “Some Reflection on the Reconstruction of Muslim Society in Pakistan”,  “Implementation of the Islamic Concept of State in the Pakistan Milieu” dan “The Qur’anic Solution of Pakistan’s Educational Problems”.

Jika dia memahami manhaj Ibn Taimiyyah, pasti dia sudah menjadi seorang Ahlus Sunnah. Namun eroni nya dia tetap menentang sunnah dan beriman bahawa dirinya memahami manhaj Ibn Taimiyyah! Maka dari sisi inipun sudah cukup intuk Tuan Doktor berfikir tentang ide “jumud” yang dikerangkakan oleh Syeikh Muhammad.

Seterusnya seorang Ahlus Sunnah tidak akan mencela ulama’ mereka, sebaliknya mereka akan memuliakannya. Namun sampai hari ini permusuhan Tuan kepada Syeikh Rabi’ tetap tak kunjung surut, ada sahaja kesempatan, tuan akan mencela dan menghinakannya.

Lebih pelik lagi bagaimana Tuan Doktor mengatakan bahawa kefahaman untuk mentaati penguasa Muslim, haramnya Demontrasi dan menasihati penguasa secara sirr (sembunyi) merupakan kefahaman dari Syeikh Rabi’ Al Madhkali sahaja, atau yang terbit dari Saudi Arabia?

Ketahuilah wahai Tuan Doktor, bahawa kefahaman ini bukan dimuculkan oleh Syeikh Rabi’ atau ulama’ Saudi, malah seluruh ulama’ Ahlus Sunnah di setiap penjuru dunia mengimaninya. Ketahuilah juga bahawa keimanan ini sudah ada sejak zaman salaf lagi, berlanjutan hingga kini, dan akan terus ada sehingga kiamat. Tuan sendiri belajar ilmu hadith maka pastu tuan mengetahuinya.

Kerana itu bukankah molek jika tuan berguru kepada Syeikh Albani ataupun murid-muridnya dahulu ketika tuan berada di Jordan. Sehingga tuan dapat mengetahui bahawa ulama’ Sunnah Jordan juga bersependapat dengan ulama’ Saudi. Namun kesempatan di Jordan telah tuan sia-siakan.

Begitu juga ketika tuan ke India, mengapakah tuan tidak berguru dengan para ahlil hadith Ahlus Sunnah, bukannya ulama’ Deobandi. Sehingga Tuan Doktor mengetahui bahawa ulama Sunnah India juga sejalan dengan ulama’ Saudi.

Tetapi kecenderungan tuan untuk mengikuti alam pikir Al Qardhawi itu yang menyebabkan tuan mula memusuhi Ahlus Sunnah.

Saya melihat tulisan-tulisan tuan banyak dihiasi dengan fatwa Al Qaradhawi, walhal beliau itu adalah antara tokoh yang mengikut manhajnya Hasan Al Banna dan Sayid Qutub. Malah ada yang memasukkan beliau sebagai tokoh Islam Liberal.

Ingatlah tuan bahawa seseorang yang selalu menukilkan nama atau ucapan ahlul bid’ah dalam tulisannya bererti beliau bersama dengan ahlul bid’ah tersebut. Seseorang yang selalu menukilkan kalam ulama Ahlus Sunnah, insyaallah beliau adalah Ahlus Sunnah. Syeikh Abdullah Bin Shalil Al Ubailan berkata tentang seseorang yang diragukan; apakah dia seorang pemuja Ikhwanul Muslimun atau seorang Salafi:

“Tidak, tidak, beliau bukan seorang ikhwani, bukan…  beliau adalah seorang salafi, dan seorang salafi itu senantiasa tidak akan menyebutkan guru-gurunya kecuali Syaikh Muhammad bin ‘Utsaimin, menyebutkan Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz dan menyebukan al-Albani. Tidak akan selamanya dia berargumen dengan salah seorang pun selain mereka”

Akhir kata, segala kesalahan saya, atau segala kelemahan saya, saya memohon ampun kepada Tuan Doktor. Semoga Allah member kita balasan yang baik di dunia dan di akhirat.

Saya juga menanti mungkin akan ada insan yang pernah membantah saya dahulu dalam isu “Wang Judi” untuk membetulkan Tuan Doktor terhadap pemahaman salah tuan doktor. Namun sampai saat ini insan tersebut masih tidak menulis surat kepada tuan Doktor, walhal mereka dahulu berteriak kepada saya “demi kebenaran” lah mereka menulis.

 

 

Abu Amru Mohd Radzi Bin Othman

Pandan Indah, Kuala Lumpur

10 July 2011

Islamic Methodology in History

Label: , , ,

8 Respons to “Tuduhan Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin Terhadap ILMU”

  1. sid Says:

    Asy Syaikh Al Muhaddith Ali Hasan Al Halabi? dia pun dah kena radd dgn sheikh rabi’ n the gang. macam mana pulak tu?

  2. Rokiah Hassan Says:

    Cetek dan dangkal hujah penulisan ini. Semakin mengesahkan kesongsangan fikrah kumpulan ini.

  3. Ahmad Aiman Says:

    wow dahsyatnya….tulisan.

    apa tujuanya?:nak tambahakn dosa atau pahala org yg membaca?

    aku2 tahun lepas pernah menulis email bagi menyoal,mendapatkan penjelasan dan menyatakan tidak setuju kepada abu marwan(seorang yg diangap syekih salafi oleh budak2 salafi di usm dan sewaktdgnya) selepas berlaku satu daurah yg aku dijemput dalamnya….dan kemudian aku poskan email aku tu juga ke afn untuk tontonan umum….

    kemudian aku ditegur:akh,apa antum buat ni,?apa manfaatnya?…antum pernah dgr apa yg dikatakan ghibah atau namimah?…..jwpn hatiku: ya allah betul juga…ampunilah aku……kemudian aku minta moderator deletkan posting aku itu….

  4. Anwar Annur Says:

    penulis. banyak yg sy bersetuju dan ada juga yg tidak bersetuju.
    yg tidak brsetuju itu adalah atas salahfaham penulis ttg apa yg dr asri sampaikan ttg ini:

    ” konsep kefahman al-Imam Ibn Taimiyyah itu menjadi sempit jika dilihat dari huraian al-Imam Muhammad bin Abdul Wahhab, jika kita membacanya secara langsung, kita akan dapat melihat keluasan kefahamannya ”

    apa yg Dr Asri maksudkan adalah begini sebenarnya:
    “jika seseorang itu ingin memahami konsep kefahaman ibn taimiyah, ia akan menjadi sempit jika seseorang itu memahaminya(kefahaman ibn taimiyyah) melalui huraian muhammad abd wahhab ttg kefahaman ibn taimiyyah”
    faham tak ?

    maksudnya, jika kita baca kitab muhammad abd wahhab mengenai konsep kefahaman ibn taimiyyah, ia tidak seluas spt membaca kita ibn taimiyyah sendiri.

    saya sendiri menghadiri kuliah dr asri ttg ini.
    mungkin ini kesilapan yg berlaku kerana tersilap memahami tulisan tersebut. atau cara dr asri tulis di fb tu yg membuatkan org tersilap faham.

    KESIMPULANNYA, dr asri tak menentang ibn taimiyyah atau berkata kaedah ibn taimiyyah sempit.
    tapi mungkin benar jika kita katakan,
    “dr asri kata kaedah ibn taimiyyah lebiih luas daripada muhammad abd wahhab”

    harap btulkan ttg ini.

    Jawaban:

    Saya sudah betulkan. Terima kasih tuan

  5. Izzuddin Abd Salam Hamizan Says:

    sedangkan nabi nuh itu berdakwah sehingga ratusan taun…..tetap juga ada umatnya yg degil sehinggakan Allah turunkan bala….apakah yg didakwahkan oleh nabi nuh itu? apakah nabi nuh itu ahli PAS??????aku yg bodoh pasal agama pon tau menilai penulisan kau yg kononnya bergelar ULAMAMAK!!!~!

    Jawaban:

    Jadi, orang bodoh (seperti pengkuan saudara) sudah boleh melihat kebenaran?

  6. Muhammad Mukhtar Says:

    wahabi sama wahabi pun berlaga ker? Baguslah….

  7. Ab Wahab Long Says:

    Aslmkm tuan, bagi saya adalah baik bagi tuan bersemuka dgn Dr Asri bagi memahami fikiran beliau dari menulis disini untuk tontonan umum yg mungkin akan membawa kepada salah faham dan FITNAH yg lebih besar dan dahsyat.
    Kalau tuan mahu kan kebenaran dan rahmat dari Allah Azza Wajalla, saya syorkan hentikan tulisan seperti ini dan bermuzakarah dgn lapang dada tanpa dendam dan rasa amarah dgn sesiapa pun, tapi dalam konteks ini , dgn Dr Asri sendiri. Saya percaya dan yakin kedua-dua tuan akan memperolih keredaan dari Allah SWT.
    Dalam penulisan seperti mana yg terjadi kepada kedua-dua tuan2, huruf dan bahasa, terkadang akan tersasul dan tak sempat diperbetulkan, tapi niat mungkin baik, tapi kalau kita cepat menilai dan menghukum, saya sebagai hamba Allah yang dhaif bimbang, Allah akan menghukum kita pula.
    Sekian dan saya pohon keampunan dari anda berdua.

    Jawaban:

    Indah sekiranya nasihat yang sama tuan berikan kepada Dr Asri, katakan kepadanya, jangan melemparkan berita di dada akhbar, di media, di laman beliau tanpa bersemuak dengan ILMU terlebih dahulu.

    Bukankah itu sikap yang adil kepada diri tuan?

  8. Ab Hamid Mohamad Says:

    Maaf nak masuk kata sikit: Ramai yang berpengetahuan agama ie yang beijazah agama seolah-olah tersisih daripada kenyataan kehidupan hari ini. Bincang itu dan ini tentang kefahaman masing-masing. Selepas itu kemana? Habuk pun tarak!!
    Dunia nyata hari ini ialah negara ditadbir oleh puak-puak secular belaan penjajah British. Kemana hala yang ditujui oelh pemerintah? Hedonisma dan hypocritisma….menghala ke neraka.
    Saya fikir banyak faedahnya bila puak-puak ilmuan agama membincangkan hal ini daripada bertelagah Sunni,Shiah, Wahhabi. Keluarkan hujjah kamu tentang kebejatan pemerintahan hari ini….kerana saya lihat ramai agamawan yang rela jadi pengampu daripada membahaskan mamcamana nak sejahterakan kehidupan rakyat di dunia dan akhirat.

    Jawaban:

    Kita sedang menyatakan bahawa bahana apabila umat tidak belajar aqidah yang shahihah sampaikan dia telah lupa bahawa Islam mengajar kita tatacara bermuamalah dengan penguasa.

    Dan saudara tahukah apa itu sekular? antara sifat sekular adalah menganggap pemerintah negara kita yang sah sebagai sekular. pemahaman yang seperti inilah sekular!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: