Archive for the ‘Budaya’ Category

Surat Penjelasan Terhadap Artikel Saya – Wang Judi

Oktober 19, 2010

Bismillah hirrahma nirrahim

Assalamualaikum

Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kita ni’mat Islam dan Iman. Kepada Dia semua penyangjungan dan penghormatan diajukan. Dan dengan Dia juga kita memohon dan meminta. Dialah Yang menghidupkan. Dialah yang mematikan. Dia yang memerintah dan Dia yang menghukum. Selawat dan salam atas Rasul junjungan. Yang memberikan sebenar-benar pendidikan dan pengajaran. Dia senantiasa menyampaikan kalimat Tuhannya tanpa curang. Dia lah juga yang senantiasa mengingatkan kita dari bid’ah dan keta’suban. Semoga sahabat dan pengikut sahabat yang meneruskan jejak baginda akan kita turuti dan ikuti hingga henti nafas kita ini. Maka hentikanlah kami atas Iman dan Sunnah al Mustafa.

Amma ba’du:

Saya tidak menyangka bahawa artikel saya bertajuk Wang Judi Dalam Akal Budi Melayu Dan Agama mengakibatkan banyak teguran disuarakan. Maka saya hadir untuk mengungkap maaf andai benar saya berdusta dan terlanjur.

Maka saya menulis untuk Dr Asri Zainal Abidin dan juga untuk IQ, sebagai permohonan maaf andai “tokoh” tersebut dinyatakan secara terang-terang adalah Dr Asri dan andai saya menfitnah diri tuan.

UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PENEGUR ATAS KELEMAHAN DIRI

Maka saya secara rasmi mengatakan bahawa artikel saya itu adalah pandangan saya, bukan mewakili Ust Fathul, atau Dr Fadhlan atau iLMU. Malah ruangan dalam UMNO ONLINE tidak menyatakan bahawa pojok tersebut khusus untuk iLMU. Oleh kerana itu, saya bermohon agar para syeikh dan para ulama yang terpanggil untuk menegur dan membimbing saya dapat memahami bahawa artikel itu disuarakan dari rasa hati saya.

Kepada seluruh insan yang menegur saya, saya mendoakan agar kalian diberi ganjaran oleh Azzawajalla dengan kebajikan dan pahala. Kesungguhan kalian itu insyaallah akan Allah hitung sebagai jihad di jalan-Nya. Saya juga memohonm agar selepas ini dan sehingga seterusnya, para syeikh dan para ulama ini akan terus membimbing saya.

SAYA MENGHORMATI MANTAN MUFTI, DR ASRI ZAINAL ABIDIN

Lebih penting lagi adalah perlu dijelaskan bahawa saya menghormati Dr Asri Zainal Abidin. Malah saya tetap menganggap beliau sebagai tokoh agama. Dan saya juga percaya bahawa para syeikh dan para ulama Malaysia yang menegur saya adalah terdorong dari wawasan agama – agama itu nasihat. Makanya saya mengucapkan jutaan terima kasih.

Saya juga memohon maaf jika saya ada menyerang peribadi beliau yang selama ini saya anggap tokoh agama di Malaysia. Namun saya juga mahu bertanyakan kepada para syeikh dan para ulama Malaysia – moga kalian maafkan kejahilan saya – apa itu serangan peribadi? Kerana dikatakan saya menyerang peribadi beliau.

 

DR ASRI MENGINSPIRASI KEPADA DIRI SAYA

Tanpa sadar saya menyanjung kaedah yang digunapakai oleh Dr Asri Zainal Abidin dalam berhujjah. Masakan kalau saya tidak menghormati beliau, maka saya mengambil pendekatan beliau.

Saya selalu mengingat kata-kata beliau “Mereka manusia dan kita juga manusia” [huwa rijal wa nahnu rijal] .Yang menggambarkan manusia bisa berbuat silap, malah manusia juga bisa dikomentar dan bisa menerima komentar.  Maka saya mendapati bahawa Dr Asri selalu mengkritik dan juga mengaku bersedia untuk di kritik.

[1] Dr Asri Mengkritik Syeikh Muqbil dan Syeikh Rabi’

“Hal ini merujuk kepada al-Syeikh Rabi’ bin Hadi al-Madkhali dari Arab Saudi. Seorang tokoh yang kontroversi. Alirannya terkenal dengan menghukum sesat, fasiq dan seakan mengkafirkan sebahagian besar ulama zaman kini. Aliran ini terkenal dengan sikap melampau dan bersedia menghukum sesiapa sahaja yang tidak sealiran dengan me-reka. Mereka mendakwa mereka berpegang dengan pegangan Salaf dan mereka merupakan Salafiyyah”. [“Islam Liberal Tafsiran Agama Yang Kian Terpesong” di halaman 21 nota kaki 1]

Juga boleh rujuk:

http://www.4shared.com/file/22599511/cc42eb55/Dr_Asri_Melabel_Sheikh_Rabee_Bermanhaj_Khawarij.html

Ada juga rakaman Dr Asri menjumudkan Syeikh Albani dan Bin Bazz semasa ceramah beliau di Muhammadiyah, Singapura.

[2] Dr Asri Menkritik Jabatan Agama Islam- JAKIM

“Semua maklum bahawasanya jabatan yang paling lembab di Malaysia adalah jabatan agama. Jabatan agama perlu memajukan diri mereka setaraf dengan jabatan-jabatan dan organisasi lain, barulah imej agama Islam dan perkhidmatannya akan di pandang tinggi. Ambil contoh sebuah kes perceraian yang memakan masa hingga 10 tahun baru diselesaikan, bukankah itu lambing kelembapan” [Milenia, Januari 2007, Thn 5, Bil 53]

[3] Dr Asri Mengkritik Dr Uthman El Muhammadi dan Prof Madya Dr Fakhruddin Mukti

“Pihak RTM 1, pula semalam (28 Disember 2009) menyiarkan siaran langsung Hj. Uthman Muhammady dan seorang penceramah yang tidak dikenali membuat tafsiran yang salah terhadap perbezaan pendapat dan usaha pembaharuan”

[4] Dr Asri Mengkritik Datuk Mohammed Khusrin Munawi

“…namanya kerana sebagai seorang yang tahu bahasa Arab, perkataan khusrin bermaksud ‘satu kerugian’. Sesiapa yang baca Surah al-‘Asr, dengan sendirinya tahu maksud tersebut. Saya lebih selesa sebut ‘Pengarah JAIS’ sahaja. Sahabat-sahabat ada yang bergurau kata mereka ‘kalau ada Asri tentu lepas itu Khusrin’. Mereka barangkali merujuk kepada Surah al-‘Asr yang menyebut perkataan ‘Asr dan khusrin. Ya, biarlah itu nama beliau”

[5] Dr Asri Mengkritik Para Ustaz Pondok

“Apalah selekeh, orang sedang bincang macam-macam, Atheis, Islam liberal, nak bincang masalah orang-orang yang tak nak baca yasim malam jumaat. Apa benda masalahnya, engkau bacalah…”

“Baginya tokoh ulama hanya guru pondoknya. Para ulama timur tengah langsung tiada tempat dalam dirinya. Seakan-akan Nabi s.a.w itu dulunya lahir di kawasan pondoknya.”

“Malangnya, ada seorang penulis keluaran pondok Kelantan yang kekadang menulis di dalam majalah-majalah, seakan menganggap seseorang seperti al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani tidak boleh dianggap sebagai tokoh ulama dalam ilmu hadith kerana tidak menghimpunkan sanad. Inilah adalah satu kejahilan yang amat nyata. Inilah bala bila semua orang cuba mengaku pandai dan mencampuri apa yang bukan urusannya”

[6] Dr Asri Mengkritik Jawatan Mufti

“Saya berhenti menjadi Mufti, bukan saya serik. Jadi mufti apa nak serik. Boleh duduk diam-diam dan enjoy dengan jawatan. Jangan banyak cakap atau bangkang. Boleh pergi mesyuarat hotel sana, dan hotel sini. Lawatan sana, lawatan sini. Masuk ke tempat mahal-mahal. Ada kereta rasmi, terbang sana, terbang sini dan cukup bulan ambil gaji. Diam dan jangan peduli sangat apa yang sedang berlaku, maka jawatan itu satu nikmat yang ‘sukar hendak dilepaskan”.

[7] Dr Asri Mengkritik Nuruddin Al Banjari

“Dulu saya pernah tegur, ada guru dari Indonesia yang diberikan lesen berceramah di masjid-masjid di Malaysia mendakwa sesiapa yang berjabat tangan dengannya bererti berjabat tangan dengan Nabi s.a.w maka akan masuk syurga. Beliau membuat majlis di masjid-masjid membaca hadis musalsal berjabat tangan atau disebut al-Musalsal bi al-Musafahah. Lalu beliau pun baca hadis palsu berkenaan: “Sesiapa yang berjabat tangan denganku, atau dengan orang yang berjabat tangan denganku sehingga hari kiamat maka dia masuk syurga”. Maka orang ramai yang terpengaruh pun akan berjabat tangan dengannya dengan dakwaan kononnya tangan tersebut telah berjabat dengan tangan sebelumnya secara berangkaian sehingga kepada Nabi s.a.w”

Makanya, apabila Dr Asri bisa mengkritik seseorang pasti beliau juga sudah bersedia untuk di kritik. Persoalannya yang harus dibincangkan adalah “apakah kritik itu benar” atau “sebuah kritik tanpa asas”. Bukan menjadi masalah “tidak boleh kritik Dr Asri”. Ini sudah menyalahi prinsip “Mereka manusia dan kita juga manusia”.

Justeru saya melihat budaya kritik ini tiada masalah dalam bidang keilmuan, kerana hujjah yang benar bisa dicabar dan mencabar. Maka seperti juga macalah Telan Air Ludah yang dikemukakan oleh Dr Asri; sama ada kebenaran cerita itu sah atau batil, masalah tersebut bisa dibahaskan dengan ilmiyah berserta bukti emperikal. Begitu juga dengan hujjah yang saya bawakan, seperti kerajaan Persekutuan membayar gaji kakitangan dengan wang pendapatan kerajaan sementara wang dari hasil cukai digunakan untuk pembangunan infrastuktur Negara. Wang judi tidak pernah diberikan terus kepada individu melainkan dilaburkan atau digunakan untuk pembangunan Negara.

Bisa dicermati dalam tulisan Dr Asri bagaimana beliau mengimarahkan pelbagai pandangan dan menganggap perbuatan “mengharamkan” atau “menegah” dari mengutarakan pandangan adalah sebuah tindakan anti-akademik:

“Saya amat bimbang pendekatan yang dibuat oleh KDN mengharamkan buku-buku yang tidak selaras dengan pandangan panel yang dilantik oleh mereka. Tindakan ini kemungkinan boleh menjuruskan negara kepada sikap anti-akademik, jumud dan tidak terbuka. Itu bukanlah pendekatan dalam membangunkan minda rakyat dan percambahan ilmu.  Tidak wajar sesebuah buku diharamkan melainkan terbukti mengancam keselamatan negara (tafsiran yang betul) atau jelas tanpa syak ia bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah. Kita patut mengizinkan kepelbagaian tafsiran dan pemikiran hidup dalam negara ini secara sihat, selagi ia tidak menghina Allah dan RasulNya. Alasan-alasan pengharaman yang hanya menyebut “boleh mengelirukan orang ramai” lalu sesebuah buku diharamkan amat tidak munasabah. Itu membawa kepada sikap primitif yang tidak layak bagi masyarakat moden”.

 

SERANGAN PERIBADI DAN JUGA SILAP LOGIK PIKIR

Molek kiranya saya nyatakan pemahaman saya, agar para ulama’ Malaysia dapat meluruskan kerancuan pikiran saya ini. Saya berpahaman bahawa serangan peribadi adalah sebuah alasan yang dibangun untuk menolak seseorang, dengan menggunakan dalil-dalil yang tidak menyangkut dengan isu dan juga hal itu bersifat peribadi atau bersifat alami [kejadian tuhan]. Saya menuturkan contoh-contoh dibawah ini sebagai rekaan semata-mata. Tidak berkaitan langsung dengan Dr Maza, ia hanya sebagai contoh sahaja.

Contohnya begini; saya menyerang Dr Asri agar kredibeliti beliau jatuh dengan mengaitkan beliau dengan sifat fizikal beliau: “Dr Maza itu terpengaruh dengan Neo Khawarij kerana gigi beliau jongang sedikit”. Maka apa perkaitan jongang dengan pertengaruh akan faham khawarij?

Atau saya mengaitkan beliau dengan kondisi sifat kelakuan alami [yang telah Tuhan ciptakan untuk beliau] seperti: “Dr Maza itu pro pembangkang kerana beliau cepat melenting apabila ditegur orang”. Maka apa perkaitan sifat cepat melenting dengan pro pembangkang?

Atau saya mengaitkan beliau dengan sesuatu diluar kawalan beliau: “Beliau tidak adil kepada pemerintah kerana ayahnya sudah renta dan nyanyuk”. Timbul persoalan; apa kaitan ayah beliau yang sudah uzur dengan sifat adil?

Namun sekiranya sebuah alasan itu dibangunkan dengan menyentuh tabiat atau pemikiran atau kelakuan, sedangkan mauduk yang sedang dibeberkan itu adalah hal-hal yang tercakup dalam sifat kelakuan atau tabiat atau pemikiran, justeru penggunaan dalil tersebut adalah sah dan bukan merupakan penyerangan peribadi.

Saya contohkan sebegini: Seorang suami yang beristeri 2 telah diajukan bantahan dari isteri tua dengan berkata: “Abang tidak adil kerana sentiasa memberi muka kepada Halimah. Apa yang beliau lakukan sentiasa abang iyakan”. Maka dalam persoalan ini, isu ADIL diungkapkan dengan membawakan SIKAP sang suami. Oleh kerana itu, hujjah si isteru dikira diterima [benar atau palsu akan hujjah ini adalah hal lain pula]  dan tidak menyerang peribadi suaminya. Yang dikatakan menyerang peribadi suami apabila isteri tua berkata: “Abang tidak adil dengan saya kerana abang belajar agama tanpa sijil”.

Begitu juga bila kita mahu menggambarkan sikap kikir, andai kata seorang teman berkata kepada sahabatnya: “Engkau ini kikir dengan ibu bapa. Engkau memiliki kereta yang besar namun engkau tidak pernah mahu memberi mereka makanan yang sedap-sedap”. Disini penghujahan sikap “member makan yang sedap-sedap” diterima sebagai bukti sang anak itu kedekut harta. Yang dikatakan menyerang peribadi adalah apabila teman itu berkata: “Engkau kikir kerana muka engkau bengis”.

 

SERANGAN PERIBADI ATAS DIRI SAYA

Saya tidaklah marahkan para pembaca tulisan saya itu apabila mereka menyerang “peribadi saya” dalam membela “serangan peribadi” terhadap tokoh tersebut. Ibaratnya mereka terjerumus dalam kejahatan ketika mahu membela kebenaran.

Ini kerana saya berpahaman bahawa serangan peribadi adalah seperti yang telah saya maklumkan. Namun mereka yang memahami “serangan peribadi” seperti umum – yang biasa – telah tanpa sadar menyerang saya. Lantas saya memaafkan mereka, agar seandainya saya juga berbuat silap maka mereka yang terlibat juga memaafkan saya.

 

CONTOH PARA ULAMA SUNNAH “MENYERANG PERIBADI” ULAMA / TOKOH LAIN

Untuk mengukuhkan lagi, maka saya bawakan contoh para ulama sunnah dalam mengemukakan hujjah atas SIKAP. Sekiranya kelakuan para ulama ini sebagai penyerangan peribadi, maka secara lalai kita telah menuduh para panutan kita berbuat curang.

[1] Syeikh Sholahudin Maqbul Ahmad Mengkomentar Syeikh Habibuirrahman al A’zhami

Syeikh Sholahudin Maqbul Ahmad di dalam hasyiah kitab Bahaya Mengingkari Sunnah: “Sikap ini terlihat pada diri tokoh-tokoh di kalangan mereka apalagi di kalangan umum (awam). Contoh yang paling dekat adalah sikap Syaikh Habiburrahman al-A’zhami al-Hanafi al-Hindi. Ia tumbuh dalam pengabdian kepada sunnah nabi sampai usia 60 tahun lebih. Ia juga mentakhrij buku-buku hadits lebih dari 40 jilid. Akan tetapi sikap fanatiknya tidak berubah, sehingga usahanya itu tidak berguna, kecuali ia hanya menegakkan hujjah atas dirinya sendiri. Kami memohon keselamatan kepada Allah! ….  Begitulah perilaku orang fanatik. Herannya, bagaimana mereka bisa bersikap lapang dada terhadap riwayat yang diputarbalikkan tapi mendukung pendapatnya ini, sebaliknya mereka tidak suka riwayat yang bertentangan dengan pendapatnya. Kita berlindung kepada Allah dari perubahan ini dan dari sikap ridha terhadap perubahan dalam hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam” [Lihat Jawabi’ fi Wajhi Sunnah Qadiman wa Haditsan karya Syaikh Sholahudin Maqbul Ahmad, (terj.) “Bahaya Mengingkari Sunnah”, Pustaka Azzam hal. 250-251]

[2] Syeikh Albani Mengkomentar Syeikh Habiburrahman al A’zhami

Syaikh Albani berkata tentang Habiburrahman Al A’zhami: “Salah seorang musuh Sunnah dan musuh penyeru Tauhid, Syaikh Habiburrahman al-A’zhami yang bersembunyi di balik nama samarannya Arsyad as-Salafi, karena dia tidak punya keberanian dan takut berpolemik secara ilmiah dan beradab. Ini dia lakukan di dalam karyanya yang berjudul Al-Albani Syudzudzuhu wa Akhtha’uhu.” [Muqoddimah Adabuz Zifaf fis Sunnatil Muthohharoh, terj. “Panduan Pernikahan Cara Nabi”, penerbit Media Hidayah, hal. 13]

[3] Syeikh Albani Mengkomentar Syeikh Hamud At Tuwaijiri as Salafi

Dalam Sifat Solat Nabi, Syeikh Albani berkata: “Hal semacam ini tidak menyenangkan bagi orang yang menjadi pengikut Mazhab Hanafi  dan orang yang fanatic terhadapnya, sekalipun pendiriannya bertentaangan dengan sunnah….  Inilah sikap orang yang fanatik mazhab yang mengatasi  terhadap hadith shahih. Dia menjadikan sikap Imam Ahmad yang longgar mengenai tempat bersedekap sebagai alasan menolak hadith yang menyatakan bahawa bersedekap itu tempatnya di dada”. [Sifat Solat Nabi, Edisi Revisi, hal. 24-25]

[4] Syeikh Abdussalam Mengkomentar Terhadap Syed Qutb

“Sudah dimaklumi bahawa Sayid Qutub bukanlah seorang yang menguasai ilmu agama. Dia hanyalah seorang penulis (sasterawan) berpegang dengan mazhab Asy’ari. Terdapat banyak kesalahan yang keterlaluan dan keji di dalam tulisannya, malangnya apabila Sayid Qutub diberi teguran (oleh para ulama), para pendokong Qutubiyah bangun membantah dengan kata- kata yang keji” [Fikru at-Takfir Qadiman wa-Hadisan. Hlm. 98. Raja as-Suhaimi]

[5] Syeikh Albani Mengkomentari Syeikh Abdullah Ghumari

Syeikh Albani berkata: “Al Ghumari berpura-pura bodoh – seperti yang sudah menjadi kebiasaannya dalam menolak kebenaran  – bahawa Ibn Juraij……  jadi terserahlah kepada Al Ghumari apakah ia mahu menerima semuanya atau menyanggahnya. Akan tetapi ternyata dia tidak berbuat apa-apa. Bahkan dia mengelak dengan menggunakan pepatah “Melarikan diri adalah setengah keberanian”.” [Sifat Solat Nabi, Edisi Revisi, cetakan Media Hidayah, hal. 33]

Apabila saya meneliti perkataan-perkataan para Ulama Sunnah yang tulen ini, saya dapati bahawa mereka memang “menyerang peribadi” ketika sedang membahaskan masalah sikap dan kelakuan para tokoh yang mereka singgung. Sehingga menjadi jelaslah kepada saya bahawa “serangan peribadi” itu adalah mengungkapkan hal-hal yang tidak berkaitan dengan isu sikap yang sedang dibicarakan. Sedangkan menerangkan kondisi jiwa, kelakuan, tindakan dan tabiat para tokoh yang sedang dibicarakan terhadap masalah SIKAP, adalah sebagai lumrah dan kebiasaan. Terlebih lagi kepada ulama yang bergulat dalam bidang hadis – ilmu rijal wa ta’dil.

Maka “penyerangan peribadi” yang sering kita pahami sebenarnya bukan “penyerangan peribadi secara hakiki”. Sebaliknya adalah kekeliruan kita untuk memahami letak duduknya kaedah perbahasan dan perdebatan.

Lantas masalah SIKAP itu menurut kepahaman saya adalah adalah berganjak dari Etika Normatif atau Etika Diskriptif yang melibatkan Kelakuan atau Tabiat Manusia terhadap sesuatu perkara. Contohnya adalah MALAS, RAJIN, SOMBONG, DEGIL, JAHAT, BAIK, PEMBOHONG, CURANG, TIDAK ADIL, AMANAH, BERHATI MULIA, MENGHORMATI TETAMU dan CONDONG KEPADA SESUATU. Ini adalah isu sikap dan kelakuan. Maka menceritakan tabiat seseorang dalam pembuktian sikap tersebut adalah boleh sahaja.

 

PENGGUNAAN BAHASA YANG KASAR  DALAM AQAL BUDI MELAYU

Dalam bahasa, kata-kata sifat seperti sangat, cantik, besar, kecil, lembut, kasar, keras dan sebagainya merupakan kata-kata yang subjektif. Begitu juga setiap kata mempunyai notasi, konotasi dan emosi. Setiap manusia bertindakbalas dengan berbagai ragam emosi pada sebuah kata.

Ada orang yang merasakan “mati” itu terlalu kasar untuk manusia dan ada orang menganggap bahawa “mati” itu tidak ada apa-apa. Ada orang yang akan menjeling bila kita menggunakan “taman” kepada manusia tetapi ada setengah orang menganggap “tanam” itu kata yang biasa, semakna dengan kebumi.

Maka bagi saya, menetapkaan sesebuah tulisan itu bersifat kasar atau terlalu keras, adalah bersifat subjektif, agak abstrak dan sukar dibuktikan.

Mungkin Allah telah menganugerahkan kepada saya dengan Dia mengumpulkan sedikit ilmu sosiologi, psikologi dan akal budi melayu dalam jantung saya.  Sehingga itu saya memahami bahawa “keras” atau “lembut”nya orang melayu ini. Saya melihat dalam kitab Surat Keterangan Syeikh Jalaluddin Karangan Fakih Shaghir yang ditula pada 1829M: “Sebab banyak terbit hujat dan burhan daripada saya , banyaak asung fitnah daalam negeri, dan banyak pulalah bantahan mereka itu. Maka jadilah saya dibuangkan orang, dan berapa kali diserangnya saya punya madrasah. Dan kerana sangat keras bantahan mereka itu, sangatlah zahir benar perkerjaan agama, dan banyaklah orang memakai agama Islam…”

Surat ini beliau tulis sesudah Minangkabau didatangi Belanda, yang memuatkan cerita pertembungan antara Faham Kaum Tua dan Faham Kaum Muda [Kaum Pederi] sehingga tercetusnya Perang Paderi. Adalah sebuah sejarah tentang bagaimana pengaruh sunnah pertama sekali masuk dalam alam Melayu dan juga menceritakan bahawa penentangan serta peperangan pertama antara aliran sunnah dan aliran tradisional terjadi dalam dunia Nusantara.

Justeru, aqal budi melayu yang saya jumpai dalam kitab-kitab klasik seperti Sulalatus Salatin, Kisah Pelayaran Abdullah, Hikayat Pendawa Lima, Surat Keterangan Syeikh Jalaludin, Surat-Surat Raja Ali Haji, Tauhfat An Nafis dan Syair Siti Zubaidah; memberikan saya gambaran yang luas bahawa Melayu itu bukanlah selembut yang kita sering fikirkan.

 

PERMASALAHAN UTAMA

Justeru saya memahami permasalahan utama dalam kasus keributan ini adalah pernyataan saya yang mengatakan bahawa “tokoh” tersebut tidak ADIL dalam menasihati pemimpin Kerajaan dan pemimpin Pembangkang. Dan juga “tokoh” tersebut TERPENGARUH DENGAN PEMBANGKANG atau bahasa lainnya terpengaruh denganh Neo Khawarij.

Maka di sinilah harus menegur dan membimbing saya, dengan membawakan burhan ibarat mentari yang tidak bisa ditutupi dengan sehelai daun pisang.

Justeru sekiraanya apa yang saya nyatakan pada titik ini merupakan sebuah keterlanjuran, maka saya memohon maaf kepada “tokoh” tersebut dengan setulus hati.  Kesalahan saya dalam membawakan hujjah, kegopohan saya dalam menghukum dan kejahilan saya dalam berilmu; sekiranya terbukti – saya dengan rendah diri untuk meruju’ kembali.

Sesungguhnya kebenaran dengan cara yang benar jua lah yang kita cari.

Maka dari itu, saya mohon jasa baik para Syeikh dan Ulama Malaysia, membawakan burhan dalam masalah ini, bukannya mengaitkan bahawa perlakuan saya mengkritik “tokoh” tersebut sebagai sebuah masalah yang batil. Tetapi yang harus dibahaskan adalah penghujahan saya. Seandainya “mengkritik Dr Asri merupakan masalah”, maka saya tidak akan memohon maaf dan menggadaikan prinsip saya.

 

PENDIRIAN SAYA SEBAGAI AHLUS SUNNAH

Oleh kerana itulah, sebagai ahlus sunnah yang meniti pada jejaknya salaf, saya sangat penasaran dan antusias pada pandangan sahabat. Saya beriman bahawa mereka menyaksi langsung akan pemaknaan Al Kitab dan perlaksanaan As Sunnah; yang demikian menjadi hujjahlah keberadaan mereka pada sisi kita.

Mengikut sahabat bererti juga untuk menerima teguran daan mengaku berbuat silap. Senada dengan itu adaalah tidak memaksumkan manusia dan tidak mensucikan pemikiran selain mereka.

Kerana itu saya menulis surat ini untuk menyatakan bahawa sekiranya pemikiran dan penulisan saya ini berupa sebuah fitnah, maka saya memohon keampunan kepada Allah, Rasul dan “Tokoh” tersebut. Moga beliau bisa memaafkan saya sekiranya terbukti bahawa sayaa telah menfitnah beliau.

Selain dari itu, para salaf juga telah berpesan kepada saya melalui kitab-kitab aqidah yang telah saya pelajari dari guru-guru saya; bahawa saya diwajibkan oleh Allah dan Rasul-Nya untuk berdiri kokoh bersama-sama penguasa: membimbing tangan mereka ke arah jalan yang benar, menasihati mereka ketika mereka tergelincir, menahan diri dari mengikuti arahan mereka yang batil, tetap bersama mereka dalam hal-hal ma’ruf dan membenci perbuatan kejahatan yang mereka lakukan namun menasihati mereka secara sendirian.

Saya juga diingatkan untuk menentang kaum penentang dan pemecaahbelah ummah. Tetapi kemampuan saya bukanlah untuk menebas batang leher mereka sebaliknya adalah dengan pena. Saya tetap beriman bahawa menjadi kaum pembangkang kepada pemerintah yang sah – apakah dia naik secara demokrasi atau monarki atau secara konsensus , atau apa sajaa system yang lainnya – itu haram. Kerana telah jelas secara gamblang petunjuk dari Nabi Muhammad akan kaedah menaasihati penguasa yang zalim.

Begitu juga saya tetap beriman bahawa Ibn Muljam itu khawarij walaupun dia kelihatan sangat wara’. Kerana kebenaran itu bukan bersama tokoh tetapi kebenaran itu adalah perkataan Allah, perkataan Rasulullah dan pemahaman sahabat atas kedua sumber ini.

 

INDAHNYA KALAU SYEIKH MUQBIL DAN SYEIKH RABI’ DI BERI REAKSI SEPERTI INI

Saya sempat berkhayal sekiranya Dr Asri Zainal Abidin yang telah menulis tentang Syeikh Muqbil dan Syeikh Rabi’ adalah terpengaruh dengan Khawarij pada beberapa tulisan beliau, sempat juga beliau membawakan sokongan berupa perikan para ilmuan dunia yang bukan dari aliran salaf : saya sangat berharap bahawa para syeikh dan para ulama Malaysia yang telah menegur saya, yang menelefon Ustaz Fathul Bari, yang menelefon Ustz Ahmad Tajuddin; bahawa mereka telah melakukan hal yang sama atas Mantan Mufti yang kita sanjung itu. Berharap juga mereka menulis surat rasmi mohon penjelasan, bahawa mereka juga menulis surat secara peribadi dan menagih hujjah.

Begitu juga ketika ada dari antara kita yang menganggap Syeikh Bin Bazz dan Syeikh Uthaimin sebagai jumud dalam sains apabila kedua syeikh itu menentang “teori” bumi mengelilingi matahari. Saya berharap para syeikh dan para ulama’ Malaysia ini tampil menegur, menelefon, menulis surat dan mengajak bersemuka untuk mendapatkan penerangan.

Malah ketika guru saya, Ustaz Abu Faruq Rasul Dahri dihentam dan dihujat sama ada secara “public” di dalam Al Ahkam atau Al Fikrah, atau dalam ceramah-ceramah para ustaz-ustaz kita, atau juga pada majlis “Ketuk Cawan” yang saya hadiri sekitar tahun 2006, saya sangat berharap bahawa para Syeikh dan Ulama Malaysia, tampil kedepan lalu menasihati pihak yang menghujat itu, atau mereka menelefon dan mengajak para penghujat itu berlunak, atau menulis surat rasmi kepada penhujat itu ataupun mengemukakan nota bantahan dan nota minta penjelasan kepada para penghujat itu.

Namun, saya tidaklah berbasi-basi kepada kasus guru saya ini atau teman saya ini, melainkan saya sangat terasa apabila dua syeikh besar dunia, yang dikenal seantero bumi, yang kitab-kitab mereka bertebaran dan dibaca oleh semua umat islam, yang mereka ini mendapat kata pujian dari para ulama besar dunia Sunnah. Mereka dipersaksikan oleh 3 masyaikh Umat islam – mujaddid abad ini – sebagai pembawa panji kebenaran. Namun mereka berdua ini dihujat, dihina, dikaitkan dengan aliran sesat dan dilabel sebagai Ulama Jalur Keras atau Madkhaliun atau Salafi yang memiliki sedikit pemikiran Khawarij; saya sangat berharap bahawa tuan-tuan yang menasihati saya berdiri dan tampil kedepan membela kedua syeikh ini dengan adil.

Saya berharap tuan-tuan bersikap adil kepada kedua masyaikh ini sepertima tuan-tuan cuba bersikap adil kepada Dr Asri.

 

PENUTUP

Saya yang dhaif dan tidak berilmu ini sekadar mengemukakan pandangan. “Mereka Manusia Sedang Kita Juga Manusia”. Saya mengemukakan pandangan dalam gaya penulisan saya. Ini adalah pandangan saya. Tuan-tuan juga mempunyai pandangan sendiri. Maka saya tiada masalah untuk menerima pandangan yang dibina atas hujjah yang akurat, yang cocok pada pemahaman sahabat. Malah saya bersedia untuk menarik dan memohon maaf kepada semua yang terlibat ; sekiranya pandangan yang saya imani, atau penulisan yang telah saya coretkan ini terbukti secara pasti menyalahi hakikat.

Walaubagaimanapun; keperihatinan, tunjuk ajar dan nasihat yang tuan-tuan berikan, berupa sebuah nikmat kepada saya dan sebagai sebuah ole-ole dari orang yang lebih berpengetahuan dari saya. Syukur Alhamdulillah kerna tuan-tuan masih mahu membimbing saya. Amin.

 

Wassalam

Abu Amru Mohd Radzi Bin Othman

Ampang, Kuala Lumpur

10/10/10

Mengungkap Sejarah Pembentukan Madinah

September 10, 2010

Sebuah Kota Masa Hadapan

Satu malam di musim haji pada tahun ke 11 Kenabian, Rasulullah saw keluar berda’wah bersama Abu Bakr hingga mereka berdua melewati Aqabah di Mina. Mereka menyeru manusia yang mengunaikan haji untuk mengesakan Allah semata-mata dan menjauhi syirik. Di sana beliau mendapati sekumpulan pemuda sedang berbual-bual lalu beliau mendekat kepada mereka. Ternyata bahawa mereka semua dari suku Khazraj yang berasal dari Kota Yatrib.

Maka Rasulullah saw pun mengajak mereka beriman dan menjadi Islam. Lantas mereka berkata: “Demi Allah, kalian tahu bahawa memang dia adalah seorang nabi; seperti apa yang dikatakan oleh kaum Yahudi. Janganlah mereka mendahului kalian. Oleh itu segeralah memenuhi seruannya dan masuklah Islam”. Sambung mereka lagi: “Kami tidak akan membiarkan kaum kami dan kaum yang lain terus bermusuhan dan berbuat jahat. Semoga Allah menyatukan mereka semua dengan engkau. Kami akan menyeru agama yang telah kami anuti ini. Jika Allah menyatukan mereka, maka tidak ada orang yang lebih mulia selain daripada dirimu”.

Kemudian setelah musim haji berlalu dan mereka kembali ke Yatrib, tanpa berlengah-lengah mereka menda’wahkan Islam kepada masyarakat mereka. Inilah titik permulaan untuk sebuah revolusi spiritual yang mengubah Yatrib menjadi Madinah al Munawwarah. Sebuah sinar harapan yang membebaskan Makkah dari keberhalaan pada 10 tahun yang mendatang.

Tetapi bagaimana sebuah kota kecil seperti Yatrib yang penduduknya terdiri daripada kaum yang majmuk dan sosio-ekonomi yang sederhana mampu bangkit menjadi sebuah kuasa besar hingga mampu menggempur tentera Kerajaan Romawi? Malah bagaimana mungkin sebuah masyarakat yang saling bermusuhan dan saling berdendam antara satu sama lain mampu menjadi sebuah umat yang bulat dan muafakat?

Inilah sebuah kebijaksanaan yang berpandukan kepada nubuwah, yang harus kita renungi dan ambil pengajaran. Betapa banyaak manusia membaca sejarah Nabi saat Maulidur Rasul tetapi sangat sedikit yang mampu menuai iktibar dan merelung hidayah.

Sedarlah wahai umat Islam di Malaysia; bahawa permusuhan kalian akibat beza politik tidaklah separah permusuhan Aus dan Khazraj. Sejarah membuktikan bahawa mereka telah berperang dan saling membunuh kerana keturunan. Sedang kalian hanya bertikam lidah, saling mencaci-mencerca, tuduh menuduh dan ragu meragui. Namun kalian berjuang untuk agama yang sama – Islam – dan untuk keturunan yang sama –  Melayu.

Allah Memberi Kekuasaan Kepada Kaum Yang Beriman Dan Berilmu

Pada tahun ke 12 Kenabian, penduduk Yatrib yang menganut Islam semakin ramai. Pada tahun itu juga seramai 12 orang menemui Rasulullah saw pada musim haji di Aqabah dan berlangsunglah perjanjian Aqabah Pertama. Mereka berjanji untuk mentauhidkan Allah, berbuat baik dan mencegah diri dari kejahatan. Kemudian Rasulullah saw mengutuskan Mus’ab bin Umar al Abdari kepada penduduk Yatrib agar dia mengajarkan Islam dan memperdengarkan firman Tuhan.

Justeru makin bertambahlah bilangan umat islam. Syeikh Safiyyurahman al Mubarakfuri menuturkan:  “Mus’ab tetap berada di rumah As’ad bin Zurarah, menyeru manusia kepada Islam. Hingga tidak ada satu perkampungan pun dari perkanpungan-perkampungan Anshar melainkan di dalamnya ada sejumlah lelaki dan wanita yang menjadi Muslim kecuali perkampungan Bani Umayyah bin Zaid, Khathmah dan Wa’il” (Ar Rahiqul Makhtum)

Pada tahun ke 13 Kenabian, berlakulah peristiwa Hijrah oleh Nabi: Hijrah dari Makkah ke Yatrib yang kemudian dikenal sebagai Madinah. Hijrah sebagai satu petanda bahawa Islam akan menyentuh setiap hati insan dan sebagai petunjuk bahawa kebatilan akan luluh runtuh.

Inilah yang diinginkan oleh Allah dalam upaya menggerakkan sebuah perubahan dan kemenangan ; bahawa kesemua itu harus bermuara kepada iman dan ilmu. Oleh itu Allah telah menyediakan sebuah masyarakat yang beriman dan berilmu sebelum kedatangan Rasul saw ke Yatrib agar mereka siap-siaga dalam mengembangkan dein ini. Firman Allah:

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-oraang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal soleh bahawa Dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi” (An Nur55)

Kenyataan ini ternyata berulang untuk umat di Tanah Melayu. Sekian lama mereka dijajah jasad dan minda lalu akhirnya mereka mula tersedar untuk menuntut kebebasan dari Inggeris. Kesedaran ini tidak muncul dengan mimpi di malam hari. Tidak juga menyerap ke dalam hati umat Melayu akibat minum-minum di kedai kopi. Namun semuanya berlaku kerana ada tiupan kesedaran pendidikan dan sikap yang bergema di lembar-lembar kertas.

Bermula dengan Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi yang banyak mengungkap peri-pentingnya pendidikan dalam dua magnum opusnya: Hikayat Abdulllah dan Kisah Pelayaran Abdullah. Sungguhpun begitu Munshi Abdullah ini fikiranya kacau – dia lebih mengenal kultur budaya Barat berbanding akal budi bangsaanya sendiri. Dr Hassan Ahmad berkata: “Dia melihat dan mengukur masyarakat Melayu pada zamannya berdasarkan nilai dan cara hidup keluarga-keluarga Inggeris yang didampinginya di Singapura” (Bahasa, Sastera, Buku : Cetusan Fikiran Hassan Ahmad, 237)

Malah dia jugalah orang melayu pertama yang menterjemahkan Injil dalam Bahasa Melayu, sehingga dia digelar Paderi Abdullah.

Sesudah zaman itu muncul beberapa tokoh pembaharu umat yang gigih menulis di lembar-lembar surat-khabar. Mereka melihat dengan pandaangan agama dan fikiran Melayu. Syeikh Tahir, Abdul hadi ^&&) tanpa penat lelah telah menyumbang kepada satu gagasan untuk umat Melayu zaman seterusnya bersatu dan berjuang untuk kemerdekaan.

Mereka ini menuntut untuk umat Melayu menambah ilmu dan berpegang teguh kepada ajaran agama kerana dengan agama dan ilmu lah manusia akan bebas dari perhaambaan. Lalu lama sesudah itu baru kelihatan hasil perjuangan mereka. Umat Melayu bersatu dibawah satu gagaasaan dan satu wadah: gagasan untuk menolak Malayan Union dan merdeka, dalam sebuah wadah perikatan yang hari ini dikenal sebagai UMNO.

Satu perkara yang menarik adalah setelah 400 tahun umat Melayu berantakan maka Allah menyatukan hati-hati mereka bagi menuntut kemerdekaan. Ini sebuah hijrah yang sangat besar hasil dari hijrah pengetahuan dan keimanan yang teleh mereka laksanakan. Selagi mereka bersatu maka selagi itulah agama dan bangsa ini akan memerintah.

Saat ini, pemerintah Muslim menginginkan perdaamaian dan persatuan umat Melayu. Justeru keinginan ini berupaa sebuah kesempatan yang direstu oleh Islam. Tambahan pula yang menghulurkan pelawaan adalah dari pihak ulil amri sendiri. Lalu mengapakah terasa sangat sukar dipenuhi?

Sepatutnya ulama itu menjadi juru-nasihat kepada kerajaan dan bukannya sebagai penentang. Kerana umara tidak akan lurus taanpa ulama. Maka saat para ustaz itu menarik diri dari kerajaan dan menjadi kaum oppisitor; ketika itulah keseimbangan ini menjadi senget. Pemerintah tidak mampu untuk mengeri hal-hal agama dengan sempurna dan terkadang mereka berbuat salah. Pasti setiap anak adam berbuat salah.

Allah tidak mewajibkan atas para ulama untuk memastikan segalaa nasihat merekaa dilaksanakan oleh umara. Cukuplah tanggungjawab mereka untuk mengkhabarkaan bimbingan dengan caraa bersembungi dari pengetahuan rakyat. Soal apakah pemerintah akan menuruti teguran itu atau tidak mengendaahkannya; hal tersebut bukanlah menjadi bebanan atas bahu setiap ulama.

Ulama akan sentiasa sabaar daalam mengatakan kebenaran dan sabaar dalam menghaadaapi rintangan. Justeru mereka akan terus sabar menaasihati umara secara bertentang mata – bertemu lutut. Rasulullah bersabda: “Mendengar dan taat kepada ulil amri meskipun dia memukul punggungmu dan meraampas hartaamu. Mata tetaaplah mendengar dan taat” (H R Muslim no. 1847)

Catatan: Diambil dari Sinar Harian. Ditulis oleh Tinjau

Potensi Diri Melalui Rahsia Tarikh Lahir : Antara Taqdir Dan Upaya

Mei 21, 2010

Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang sudah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jugalah hendaknya orang yang beriman bertawakal. (Surah at-Taubah, ayat 51)

Nabi saw bersabda: “Allah SWT berfirman ‘Aku telah menciptakan hamba-hamba-Ku dalam keadaan fitrah lalu setan mengotorinya ..’.”

NOMBOR DAN MASA

Manusia – sebuah subjek kajian yang tidak hunjung habis diteliti. Ibarat Jurang Marina yang dalam; semakin diselam semakin sendat nafas ; kerna semakin banyak persoalan yang mula bermunculan seperti gelembung udara naik ke permukaan.

Lalu antara yang manusia suka adalah hal-hal yaang bisa menguntumkan sebuah senyum dibibir mereka; tentang hal-hal khayal! Kata-kata yang bisa memberi mereka angan-angan dan fantasi fatamorgana.Makanya mereka mula berfikir diluar batas ilmiyah dan tanpa sandaran. Mula menilik saat lahirnya setiap insan!

Padahal Islam dan logika sangat berseberang dari perkara tersebut.

Kelahiran manusia pada satu-satu masa itu telah ditentukan oleh Allah. Dan Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang tidak pernah melahirkan manusia pada hari yang mengurangkan potensi diri makhluknya. Khaliq telah memberi nyawa dan melahirkan kita sesuai pada qadar-Nya. Dan Qadarnya telah menetapkan bahawa manusia itu lahir pada fitrah!

Fitrah adalah sebuah ungkapan dari kalimat f-t-r yang bererti membuka atau menguak; begitu juga membawa makna keadaan suci dan kembali kepada asal. Maka Allah telah mengatakan bahawa setiap bayi itu lahirdalam keadaan suci dan bersih ibarat kain putih. Sehelain kainj yang punyai segala potensi untuk dihasilkan menjadi sebuah karya besar dan agung.Lalu bergantunglah kepada pengaruh yang bayi itu terima sehingga ada yang lahir menjadi manusia yang agung, ada yang menjadi bahalul dan ada yang menjadi biasa-biasa sahaja.

Ini kerana setiap hari dan saat adalah mulia pada pandangan Islam dan setiap hari itu semuanya tidak memberi apa-apa kelebihan; melainkan apa yang diterangkan oleh Allah, kerna Allah adalah pemilik MASA.

Sabda Rasul:

“Janganlah kamu mencela masa, karena Allah adalah masa!” [HR. Muslim dalam Shohih-nya (2246), dan Ahmad dalam Al-Musnad (9126)] – maknanya adalah Allah pemilik MASA.

“Allah Azza wa Jalla berfirman: ” Anak adam manyakiti-Ku; anak Adam berkata, “Wah, Celaka karena masa”. Janganlah seorang diantara kalian berkata, “Wah, Celaka karena masa”, karena Aku dalah masa, Aku membolak-balikkan malam dan siang”. [HR. Bukhariy dalam Shohih-nya (4826), Muslim dalam Shohih-nya (2246)].

Lalu, seandainya kita telah beriman bahawa MASA adalah miliknya Allah maka tidak wajar kita menyandarkan segala keburukan kepada masa.

Imam Al-Baghowiy-rahimahullah- berkata, “Sabda Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam-, ” janganlah seseorang mangatakan : “Wah, celaka karena masa!”, maknanya bahwa diantara kebiasaan orang Arab adalah mencela masa, yaitu pada waktu kejadian-kejadian (musibah), karena menisbatkan musibah-musibah dan perkara-perkara yang tidak disukai kepada masa. Mereka biasa mengatakan (tentang orang yang tertimpa musibah), “Masa-masa sial telah menimpa mereka; mereka telah dibinasakan oleh masa”. Allah -Subhanahu wa -Ta’ala-’ telah menyebutkan tentang mereka di dalam kitab-Nya seraya berfirman,

“Mereka berkata, “Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia saja; kita mati dan kita hidup. Tidak ada yang akan membinasakan kita selain masa”. ((QS.Al-Jatsiyah :24 ).

Jika mereka menisbatkan kesusahan yang menimpa mereka kepada masa, berarti mereka mencela pelaku yang membuat kesusahan-kesusahan itu, sehingga celaan mereka tertuju kepada Allah -Ta’ala, karena Dia adalah Pelaku sebenarnya terhadap perkara-perkara yang mereka nisbatkan kepada masa. Oleh karena inilah, mereka dilarang mencela masa”. [Lihat Syarhus Sunnah 12/357, cet. Al-Maktab Al-Islamiy, dengan tahqiq Syu’aib Al-Arna’uth1398 H]

Ibnu Qoyyim Al-Jauziyyah-rahimahullah- berkata, “Pencela masa akan berkisar dalam dua perkara; ia harus terkena oleh salahsatunya: entah ia mencela Allah, ataukah ia musyrik (memperserikatkan Allah), karena jika ia meyakini bahwa masa adalah pelaku bersama Allah, maka ia adalah musyrik. Jika ia meyakini bahwa Allah saja yang melakukan hal itu, sedang ia mencela yang melakukannya, maka sungguh ia telah mencela Allah”. [Lihat Zaadul Ma’ad (2/323), dengan tahqiq Al-Arna’uth, cet. Mu’assasah Ar-Risalah, 1407 H]

Justeru dari kesimpulan ILMUAN ISLAM; adalah bersalahan dengan aqidah apabila kita meletakkan sesuatu kepercayaan “baik” atau “buruk” kepada tarikh lahir.

Nabi bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu”. [H R Muslim]

Nabi yang Bijaksana ini mengucapkan hadith tersebut ketika beliau ada mendengar percakapan-percakapan penduduk Madinah yang mengaitkan Tarikh tersebut dengan kematian anak baginda – Ibrahim Bin Muhammad.

begitu juga baginda menerangkan proses kelahiran manusia dan beliau dengan jelas menyatakan bahawa tiada pengaruh “nombor” pada keberjayaan manusia.

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah

bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):

“Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga” .Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim

METODA METAFIZIK TARIKH LAHIR

Metoda ini tidak diketahui bagaimana ia muncul; kerna setiap disiplin ilmu itu harus punya jurnel dan kajian-kajian secara emperikal yang boleh dibukti-sahkan dan dicabar keabsahannya. Kita minya mereka untuk membuktikan bahawa ilmu ini telah dilakukan kajian secara ilmiyah dan juga telah dibuktikan shahih oleh para ulama Islam yang mu’tabar.

Maka sekiranya mereka tidak mampu, ketahuilah bahawa ilmu ini adalah sebuah ilmu “sihir” gaya moden dan ia dalah khurafat yang bisa menggiring kerosakan aqidah.

Lihat bagaimana ilmu tarikh lahir meramalkan tarikh kejatuhan Sukarno, malah ilmu ini juga boleh meramal kematian, keberjayaan dan macam-macam lagi.Tetapi orang yang mengimani ilmu ini tidak mahu pula mengimani hadith-hadith nabi yang telah dinukilkan diatas tadi!

KALAULAH TARIKH ITU MEMBAWA POTENSI KEPADA KEBERJAYAAN, MENGAPA RASUL TIDAK MENGGUNAKAN?

Satu persoalan kepada para pendokong Rahsia Tarikh Lahir yang mengaku Muslim; Seandainya setiap nombor ini mewakili rahasia dan bisa mendorong kepada potensi; mengapa Rasul tidak menggunakan “rahsia” nombor dalam menetapkan Qital sehingga dalam perang Uhud banyak gugur para saahabat termasuk Hamzah ayah saudara Baginda, hatta gigi baginda juga patah pada peperangan tersebut!

Orang yang beriman dan menjauhi khurafat; yang berfikiran waras; mereka akan mengerti bahawa kekalahan itu bukan berpunca dari “nombor” tetapi kerna perlanggaran perintah oleh pasukan pemanah di atas gunung.

POTENSI SEBENAR MANUSIA

“Bersungguhlah kepada perkara yang memberi manfaat untukmu dan mohonlah bantuan daripada Allah, dan janganlah merasa lemah”. (Hadith riwayat Muslim no.6945)

Rahsia kepada potensi sebenar manusia adalah mereka sentiasa berfikiran positif. Malah ini sudah dianjurkan oleh Islam. Kemudian mereka tidak menyalahkan sesuatu seandainya mereka menemui halangan.

Kejayaan kepada Manusia Muslim bukan diukur kepada kebendaan tetapi diukur kepada nilai. Kerana itu Tamadun Islam yang dikira Gemilang adalah pada 3 kurun pertama, sedangkan Barat mengukur ketamadunan dengan keupayaan fizikal.

Lalu; kita boleh lihat bahawa manusia yang menggunakan “Rahsia Nombor” adalah manusia yang berada dalam ruang-lingkup “kebendaan”, sekaligus membuktikan bahawa ilmu tersebut sangat jauh dari ilmu yang dibenarkan oleh syara’.

Orang yang mengikuti kursus ini selalunya yang mereka itu tidak mendalam asas agama, hatta mereka tidak pernah belajar ilmu aqidah dan saya berani jamin bahawa mereka tidak pernah membaca kitab al Ibanah al Ushul ad Diyahan oleh Imam Asya’ari, Syarh Sunnah oleh Imam Barbahari dan Kitab Aqidah At Thahawiyah oleh Imam Ja’far At Thahawi.

Oleh kerana mereka itu banyak bengambil ilmu-ilmu dari Barat dan tidak mengetahui ilmu-ilomu Syara’ maka mereka menyangka bahawa ilmu potensi dari rahsia nombor ini tidaklah mejadi keharaman kerna “selagi tidak menyalahi Syara'” maka ia bisa diambil. Walhal “syara'” itu adalah apa yang difikirkan oleh aqal mereka semata-mata, kerna mereka tidak pernah tahu bagaimana untuk menimbang syara’ akibat ilmu islam mereka sangat minimal.

Lalu, kita tanya kembali kepada mereka; seandainya rahsia nombor ini memang halal mengikut syara’, maka berikan hujjah dari pengamalan Rasul dan para sahabatnya. Kalau tidak, berikan pengamalan yang dilakukan oleh para cendiakawan islam sehingga hari ini.

KALENDER YUNANI, KALENDER PANCHANG INDIA DAN KALENDER FENG SHUI CINA

3 kalendar ini adalah antara asas ilmu “misteri nombor” kepada peradaban manusia. Rasul telah melalui ketiga-tiga zaman ini dan beliau tidak membenarkannya.

Keharaman ilmu ini bisa dipahami kalau kita belajar fiqh. Tetapi masalahnya orang yang mengimani rahsia tarikh lahir tidak memahami ilmu ushul fiqh. Ini masalahnya!

Dalam Ilmu hukum, arak adalah haram kerana ada dalil yang mengharamkannya.Walaupun dari segi perubatan, arak mempunyai nilai-nilai penyembuh, tetapi Islam tetap mengharamkan arak sebagai ubat;

“Sesungguhnya Allah menurunkan ubat dan Dia juga menurunkan penyakit. Allah menjadikan ubat pada setiap penyakit. Oleh kerana itu, berubatlah. Namun janganlah kalian berubat dengan yang haram. ” HR. Abu Daud no. 3874

APA KAITAN TARIKH LAHIR DENGAN PENYAKIT?

Nabi bersabda:

“Tidak ada penyakit berjangkit, tidak ada sempena (baik atau buruk) melalui burung berterbangan, tidak ada sial pada burung hantu dan tidak ada nahas dalam bulan Safar. Hendaklah setiap daripada kamu melarikan diri daripada pesakit kusta sebagaimana kamu melarikan diri daripada singa yang bengis”. (Hadis riwayat Bukhari)

Ke mana Filasuf Masya’iyyah Menggiring Kita : Percaya Tuhan Atau Percaya Islam?

Mei 21, 2010

Imam al-Ghazali berkata: “Maka wajib mengkafirkan mereka dan mengkafirkan puak mereka di kalangan ahli falsafah Muslim seperti Ibn Sina, al-Farabi dan lain-lain.” (Munqiz Mina al-Dhalal, Tahqiq Dr. Jamil Saliba dan Dr. Kamil Ayyad, 78-79, Dar al-Andalus Li at-Tibaah Wa an-Nasyr, Beirut).

Benarkah apa yang kita pelajari dan imani selama ini berupa sebuah dustur dari Ilahi?

Lalu apa yang kita telah diingtkan dalam kelas pengajian kita akan ketokohan para sarjana, menyebabkan kita terus menerus membulatkan mereka dalam sisi ulama mukmin; walhal para guru kita tidak pernah berniat begitu; sungguhpun mereka sebenarnya pun tidak tahu; bahawa banyak tokoh-tokoh cendiakawan itu sebenarnya bukan seorang ahlus sunnah!

Jabir Ibn Hayyan adalah seorang Syiah. Al Farabi yang mengagungkan Aristotal sehingga digelar Guru Ke 2. Dan Ibn Sina seorang Syiah yang kemudian tenggelam dalam Aristotalisme, mendapat jolokan Guru ke 3. Ini antara nama tokoh sains yang sebenarnya mereka mengalami kesilapan dalam aqidah. Paling penting untuk dibahas adalah Ibn Sina, ketimbang tokoh-tokoh lain kerana Ibn Sina lebih menyerlah dalam bidang sains keduniaan.

Imam Al Ghazali dalam kitab ‘al-Munqidh Min ad-Dhalal’ menjelaskan ada 3 kelompok ahli falsafah ketika itu iaitu:

Pertama: Ad-Dahriyyun (Materialist), iaitu golongan yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan Pencipta. Mereka berpendapat alam ini wujud dengan sendiri tanpa ada penciptanya.

Kedua : At-Tabieyyun (Naturalist), iaitu golongan yang menumpukan kajian kepada alam dan tabie. Mereka mengakui kewujudan Tuhan Pencipta, tetapi mengingkari adanya Hari Akhirat, syurga, neraka dan kiraan amal.

Ketiga : Al-Ilahiyyun (Theist), iaitu golongan terkemudian daripada kalangan ahli falsafah seperti Socrates (469-399 S.M), Plato (427-347 S.M) dan Aristotles (385-322 S.M).

Maka bagi Al Ghazali, golongan pertama dan kedua itu murni kafir kerana mereka langsung tidak mempercayai kekuasaan Ialhi. Dan yang ketiga adalah mereka tersesat kerana mereka hanya mampu membuktikan Allah itu ada tetapi tidak mampu menggapai syari’at-Nya.

Lalu Abu Hamid al Ghazali melihat bahawa Al Farabi dan Ibn Sina itu jatuh dalam kelompok ketiga, dan merupakan fotokopi kepada Aristotal, sehingga dia menyerang Ibn Sina dalam ‘Maqasid al-Falasifah’, dan diperkuatkan dalam ‘Tahafut al Falasifah’.

Abu Hamid Al Ghazali mengkritik hebat pemikiran Ibn Sina dalam Thahafut Al Falasifah (Kegoncangan Ahli Falsafah) tentang beberapa hal antaranya adalah keimanan Al Farabi dan Ibn Sina akan

– keabadian alam,
– kenabian,
– masalah emanasi – limpahan ilahi – .
– keilmuan tuhan
-mewakilkan matematik untuk menggambarkan ketuhanan, seperti yang dilakukan oleh Pythagoras.

Ini antara keyakinan beliau:

Tidaklah wajib segala yang maujud itu wujud dari wajib al wujud kerana Dia berkehendak, bukan mengikut kehendak. Dan tidaklah bersalahan wujud al wajib mewujudkan sesuatu kerna keagungan-nya. Ini dijelaskan dalam Himah Ilahiyah pada fasal “Tentang Adanya Susunan Aqal Dan Nafas Langit Dan Jirim Atasan”. Kemudian dia meneruskan paham “Matetamik Bisa Mengenalkan Allah” yang sebelum itu dicetuskan oleh Pyntogeras. Lalu beliua juga meyakini bahawa falsafat adalah jalan menuju kebenaran sehingga beliau meletakkan Al Qur’an setara dengan logika.

Imam Al Ghazali membahas 20 bab dalam kitab beliau akan kesalahan para filosof Masya’iyyah. Kemudian apabila Imam al Ghazali gagal untuk menghancurkan filasof-filasof ini lantaran Imam Al Ghazali juga mengalami keguncangan dari sisi lainnya; tampillan Syeikul Islam Ibn Taimiyyah menerangkan kesilapan keimanan para filasof dalam kitab-kitab beliau seperti Dar’u Ta‘arud Al-‘Aql wa Al-Naql (Mengelak Pertentangan Akal dan Naqal), Al-Radd ‘ala Al-Mantiqiyyin (Suatu Penolakan Terhadap Golongan ahli Mantiq), Naqd Al-Mantiq (Membatalkan Mantiq), Bughyat Al-Murtad (Kehendak Orang Yang Berkeinginan) Al- Nubuwwat (Kenabian), dan Risalah Al-Safadiyyah (Risalah Kepada Penduduk Safad). Begitu juga Ibn Khaldun menyerang falsafah Aristotal dalam kitab beliau Mukaddimah dan juga kitab-kitab yang lain.

Lalu aliran falsafah kecundang saat itu dan secara pelan-pelan ia malap sehingga hari ini.

Golongan Filasof Masya’iyyah memang bisa menetapkan wujud Allah, dengan kaedah matematik dan logik, yang sebelum itu lagi telah digunakan oleh kaum Ikhwan as Safwah. Tetapi mereka tidak bisa menetapkan Islam sebagai jalan kehidupan. Mereka terhenti sekadar bisa membuktikan Allah itu wujud, padahal untuk membukjtikan Allah tiada adalah sangat sukar.

Kerana itulah Imam Al Ghazali telah mengkafirkan Ibn Sina.Sebenarnya Ibn Sina adalah seorang penganut Batiniyah tetapi selalu berselindung dibalik jubah Syiah.


KALAU SEKADAR BISA MENETAPKAN ALLAH ITU ADA, APA GUNA MENGANUT ISLAM?

Lalu sekiranya dengan ilmu metafizik dan nombor yang dibangunkan oleh Plato dan kemudian diteruskan oleh Aristotal, kemudian oleh Ibn Sina, sekadar bisa untuk membuktikan Allah itu ada; justeru apa gunanya ilmu tersebut untuk menetapkan bahawa Islam adalah cara hidup yang sempurna?

Justeru bagaimana dengan nombor dan metafizik ini, boleh membawa seorang Kristian menjadi seorang Muslim?

Justeru, jelas kepada kita bahawa filsafat hanya bisa menggiring kita kepada pengakuan adanya Allah, namum ia tidak mampu langsung untuk menetapkan syariat Allah.

Seorang Nasrani yang mempelajari filsafat Aristotal atau Neo-Platonisme, tidak akan menjadi Muslim akhirnya. Dan selamanya! Kerna Filsafat gaya Ibn Sina tidak pernah mampu untuk membenarkan nubuwah Muhammad!

APA KATA ULAMA AHLUS SUNNAH KEPADA IBN SINA

Az Dzahabi

Imam Az Dzahabi berkata tentang dia di Siyaar A’alaam An-Nubalaa: “Dia punya sebuah buku berjudul Asy-Syifa ‘, mengandung di dalamnya hal-hal yang tidak mungkin untuk mentoleransi, dan Al Ghazali mengkafirkan dirinya dalam bukunya ‘Manqidh Min Ad-Dalaal’.

Imam ad Dzahabi juga berkata: “Dia adalah pemimpin dari para filasuf Islam, dan sejak kematian Al-Farabi, ada belum ada seperti dia, jadi al-hamdulillaah untuk Islaam dan Sunnah” [Siyaar A’alaam. An-Nubalaa]

Az Dzahabi juga berkata dalam buku lainnya: “Saya tidak tahu dia ada menulis apa-apa dari ilmu-ilmu Islaami, dan bahkan jika dia, hal itu tidak akan diperbolehkan untuk mengambil ilmu dari padanya, karena ia adalah sesat, ahli filasuf”. Dalam ‘Meezaanal-‘Itidaal’

Ibn Hajar Asqalani

“Para ulama’ semua sepakat bahwa Ibnu Sina mengatakan bahwa alam semesta abadi, dan bahwa tubuh tidak akan dibangkitkan secara fisik pada hari penghakiman. Ini juga telah mengatakan bahwa dia sering mengatakan bahwa Allah tidak memiliki pengetahuan yang spesifik (dari segala sesuatu yang terjadi), melainkan Dia menyadari apa yang terjadi dalam pengertian umum.

Dengan demikian, para ulama pada zamannya dan orang-orang setelah mereka, mereka para ulama yang arif dalam urusan fiqh dan usoolul-fiqh, telah secara tegas menyatakan dia dan al-Farabi adalah kafir, karena kepercayaan mereka mengenai hal ini karena mereka bertentangan dengan keyakinan kaum muslimin. [Lisaanal-Meezaan]

Ibn Qayyim

“Ibn Sina, saat ia menyatakan tentang dirinya sendiri, mengatakan bahwa dia dan ayahnya berasal dari sekte Karaamitah yang tidak percaya pada awal penciptaan, kebangkitan, Sang Pencipta, maupun rasul. Golongan zindik ini menggunakan paham Syiah dan mengaku berasal dari garis keturunan keluarga Nabi sebagai suatu muslihat untuk menyembunyikan kekafiran mereka, sedangkan keluarga Nabi sama sekali tidak terkait dengan mereka pada garis keturunan, tindakan mereka dan kepercayaan mereka . Mereka gunakan untuk membunuh orang-orang alim dan kaum beriman, dan mereka akan meninggalkan orang-orang syirik dan kekufuran. Mereka tidak mempertimbangkan apa yang haram menjadi haram, atau apa yang halal menjadi halal. ” [Ighaathah Al-Lahfaan (2 / 266)]

Imam Siddeeq Hasan Khan al-Qannawjee

“Ibn Sina mengatakan dalam ‘al-Ishraat’, berdasarkan laporan dari para filsuf, bahwa Allah memiliki pengetahuan tentang urusan secara umum sahaja, tidak secara spesifik hal-hal yang terjadi, dan ini adalah jelas kufur yang tidak dapat dita’wil lagi. Ini adalah salah satu alasan mengapa kaum muslimin telah menganggap para filasuf menjadi kafir. Mereka memiliki banyak keyakinan yang batil, jadi jangan terpengaruh oleh idea-idea, pengetahuan, dan kebijaksanaan yang mereka mendakwa memiliki, karena tidak ada satu dari mereka kecuali bahwa ia menentang kebenaran atau dia berada di ambang api. “[Abdjadal-Uloom, (1 / 23)]

IBN SINA SUDAH BERTAUBAT SAAT KEMATIAN

Ibn Katsir dalam Al Bidayah an Nihayah berkata:

“”Aku berkata: al Ghazali menukilkan kata-kata ibn Sina dalam” Makasidul filsafat ” dan kemudian disangkal perkataan itu di 20 tempat bukunya” Tahafut Al Falasifah “. Dia (Al Ghazali) menuduh dia (ibn Sina) kafir dalam 3 perkara. Mereka adalah berikut:
1) Alam adalah kekal abadi.
2) Kebangkitan jasad tidak akan terjadi.
3) Dan Allah tidak mempunyai ilmu pada bahagian terperinci.
Al Ghazali menuduh ibn Sina percaya karena 3 perkara ini. Dan dia menetapkan Ibn Sina sebagai ahli bid’ah atas perkara lain. Dan dilaporkan bahwa dia (ibn Sina) bertaubat atas kepercayaan sebelum kematiannya. Wa Allahu alam “.

Bucaillesme : Kekalutan Tokoh Agama Mengimani Sains

Oktober 12, 2009

Mengimani Sains Islam


Bagaimana kita mahu beriman kepada Sains Islam?

Dan paling utama, sebuah soalan yang patut kita ajukan awal mukaddimah adalah Apa Maknanya Sains Islam itu?

Apakah maknanya adalah sebuah ilmu yang mengikuti prinsip-prinsip Aqidah Islam? Atau sebuah Sains yang meletakkan Tuhan Allah dalam falsafatnya? Atau sebuah kajian yang terhasil oleh seorang muslim?

Rasanya untuk lebih ilmiyah dan lebih terpercaya, ambil saja ta’rifan Sains bagi  Syed Muhammad Naquib al-Attas:  “penyelidikan tersusunatur terhadap alam semesta”, walaupun saya lebih suka memilih ta’rifan Shaharir Mohamad Zain dalam Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains iaitu: “sains berupa analisis fenomenon secara bersistem, mantik dan objektif dengan kaedah khusus yang diperantikan untuk mewujudkan penumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai” dengan pembuangan unsur mantik tetapi digantikan dengan logik. Akhirnya ia akan menjadi begini: “sains berupa analisis fenomenon secara bersistem, logik dan objektif dengan kaedah khusus yang diperantikan untuk mewujudkan penumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai”.

Walaupun kelompok “al Attas” lebih mengimani takrifan yang ringkas seperti diatas. Tetapi saya mengira bahawa aqal yang waras pasti tidak bertentangan dengan naqal yang sah! Yang selalu berbenturan itu adalah bila manusia menggunakan logika palsu atau falasi religus. Inilah yang menyebabkan kelihatan sains menikam agama padahal seandainya manusia menggunakan logika agama pasti mereka akan melihat bahawa sains senantiasa membenarkan agama Allah.

Oleh itu Sains Islam adalah “analisis fenomenon alam secara bersistem, logik dan objektif, bersandarkan kepada filsafat Islam, menggunakan kaedah khusus yang diperantikan untuk mewujudkan penumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai”. Inilah ta’rifan yang bagi saya lebih saya percayai walaupun agak panjang.

Tetapi setelah itu nyata bahawa di sana wujud sains-sains agama lain seperti Sains Buddha, Sains Hindu, Sains Kristian dan Sains Yahudi. Ini terjadi apabila “Falsafat Islam” digantikan dengan “Falsafat agama tersebut. Lalu lahirlah beragam Sains yang dinasabkan kepada agama tertentu.

Kita percaya bahawa ketika sebuah tamaddun silam bangun, daripada badawi kepada hadhari, mereka mencipta ilmu-ilmu berdasarkan falsafat agama mereka: terbukti seperti pembinaan tamaddun Hindu, bahawa segala teknologi dan ilmu-ilmu dibangunkan untuk menuju kepada Brahman. Sehingga terbina kuil tanpa paku, balai cerap untuk melihat bintang. Ayurveda dan Yoga untuk penyembuhan menuju Rabbul alamin.

Apakah Benar Cendiakawan Muslim Dahulu Menggunakan Sains Islam?

Setelah kita beriman bahawa aqal yang waras pasti menerima naqal yang sah, dan kita juga mengerti bahawa Allah telah menurunkan segala ilmu-Nya dalam sebuah kitab – Al Quran, maka kita percaya juga bahawa Ibn Sina, Ibn Rush, Ibn Haitham, al Jazari dan banyak lagi telah menggunakan Sains Islam, dan kemudian lanjutan dari itu kita percaya bahawa Barat muncul sebagai sebuah tamaddun hasil dari ilmu yang diambil dari tamaddun Islam.

Maka kita terus percaya bahawa Sains yang ada hari ini adalah sains barat yang telah menjadi sekular dan kita mahukan Sains Islam muncul semula.

Persoalannya adalah; apakah benar Ibn Sina dalam penghasilan Ilmu Kedoktorannya telah menggunakan falsafat Islam, padahal kita dapati dalam aqidah beliau penuh dengan kerancuan, malah dia hampir-hampir dikafirkan ulama! Sesetengah orang mengatakan dia adalah lanjutan Aristotal.

Begitu juga ketika Al Jazari membina mesin-mesin beliau, apakah beliau menggunakan falsafat Islam?

Atau kita sampai kepada kesimpulan bahawa dia menggunapakai Sains Islam lantaran dia seorang muslim? Maka kalau begitu kita telah membuat sebuah keyakinan yang dibina atas prarasa semata.

Justeru, sebagai pembuktian, kita mahu melihat kertas-kerja mereka yang mereka telah nyatakan bahawa segala mesin, ilmu, alatan dan kajian yang mereka lakukan adalah berdasarkan falsafat Islam. Kita kamukan ia tertulis dalam kertas-kerja mereka, iaitu dalam kitab-kitab mereka.

Maurice Bucailli Dan Para Agamawan

Lalu datang satu zaman dimana seorang cendiakan Barat mengkaji Sains dalam Al Qur’an dan Injil. Lalu dia mendapati bahawa kebanyakan kejadian sains telah diterangkan dalam kedua kitab tersebut. Kepercayaan dia ini mengukuhkan hati-hati kaum Muslimin, ketika mereka digempur dengan segala kehebatan dari Barat.

Ketika Maurice Bucalli datang dengan kitab beliau, hasil pengkajian atas Islam dan Nasrani, maka kita terasa sebuah ruh baru meresap dalam jiwa kita; sebuah senjata untuk melawan Barat telah berada ditangan.

Kita merasakan bahawa zaman dimana Sains Islam akan bangkit semula telah muncul. Inilah zamannya. Dan ini juga adalah zaman dimana Sains Sekular akan runtuh seperti Tembok Berlin, ranap seperti WTC merudum ke bumi.

Maka kita pun berusaha untuk menjadikan segala yang Sains itu Islami, dengan proses Pengislamian  Ilmu atau bahasa kampung adalah Mengkhatankan Ilmu agar ia bisa menjadi Muslim. Semuanya kita lakukan hatta atas kereta Proton!

Sangat menakjubkan!

Dan para agamawan kita juga tidak berhenti disitu sepertimana para saintis kita; tetapi agamawan kita terus laju lagi sehingga mereka mahu membuktikan agama ini dengan sains. Segala teori sain akan mereka lihat apakah ada sumbernya dalam Al Quran. Jikalau ada, maka merekapun berkhutbah diatas mimbar-mimbar masajid bahawa teori ini telah Allah khabarkan dalam Al Qur’an, maka terbuktilah bahawa Islam agama yang benar!

Justeru kebenaran Islam itu telah bisa diukur dengan Sains!

Tetapi mereka lupa bahawa dalam Talmud dan Injil, perkara yang sama bisa dijumpai; bahawa sains juga telah dikhabarkan dilamanya!

Maka apakah Kristian dan Yahudi juga adama yang benar?

Akhirnya kita terpaksa meninggalkan kaedah pembuktian ini kerna kaedah ini tidak logik dan bisa melemahkan kita kembali.

Maurice tidak menjadikan sains dalam Al Quran dan Injil sebagai asas kebenaran Islam atau Nasrani, tetapi agamawan kita bertindak lebih dari yang sepatutnya.

Apa Beda Antara 1+2 = 3 Dalam Sains Barat dan Sains Islam?

Oleh kerna kita terlalu percaya bahawa wujud Sains Islam dan wujud Sains Barat, maka ketika kita menghasilkan matematik mudah seperti 1+2 = 3, apakah ada beda antara Sains Barat dan Sains Islam?

Soalan ini diajukan kepada Prof Madya Dr. Adi Setia Mohamad Dom, alumni Al Attas:

Soalan:

Dikatakan sains itu tidak bebas nilai. Tapi, apakah bezanya sains di Barat dengan sains yang difahami dalam Islam? Sebab, tiada nampak beza antara nombor “1″ dalam Islam dengan nombor “1″ dalam Barat? Begitu juga, apa bezanya fizik kuantum/geometri/anatomi-manusia di Barat, dengan fizik kuantum/geometri/ anatomi-manusia dalam Islam? Bukankah semua ilmu adalah sama di mana-mana, dan pada bila-bila masa?

Jawaban:

Bagi mereka yang tak mendalami ilmu botani, kalau masuk hutan semua pokok sama sahaja, tak kira di barat atau timur, sama-sama hijau belaka. Tapi bagi mereka yang dalami macam kaum orang asli, setiap ekar tanah hutan mengandungi beratus spesies pokok yang berlainan, ada yang jadi ubat, racun, sumber makanan dan sebagainya. Jadi bagi mereka yang kenal ilmu matematik, tulisan nombor satu (1) mungkin seakan-akan sama, tapi faham kesatuan “satu” itu berbeza-beza di kalangan pelbagai budaya, malah dari sudut pandang bidang berlainan sekali pun. Contohnya, konsep “satu” dalam teologi sudah lain daripada konsep “satu” dalam teori angka (number theory), dan begitu-lah seterusnya. Jadi usah pukul borong semata-mata dari jauh tanpa teliti. Paul Feyerabend pun akui sains barat tak semesti baik 100%, malah mungkin ada juga sains lain yang jauh lebih baik daripada sains barat. Jadi semua sains tak sama, ada yang jadi ubat, ada yang jadi racun pembunuh macam sains barat moden ini.

Tetapi apabila kita dalami sains dalam semua sumber dan kita juga cuba untuk berlaku adil kepada setiap agama, serta apabila kita telah mendalami Islam dari nara sumber yang akurat, kita terpaksa untuk mengaku bahawa semua sains dibangunkan dengan falsafah agama, apakah ia agama Allah atau agama untuk tidak beragama. Dan sians adalah sebuah penemuan, tiada kaitan dengan Agama secara khusus. Melainkan Agama Sains yang dianut oleh Tom Crus.

Oleh itu juga kita harus menetapkan bahawa dalam teori graviti, atau paling mudah bahawa dalam teori pendaraban matematik asas: contoh 2 x 2 bersamaan 4, ia tidak ada kaitan dengan filsafat Islam, malah sangat jauh dengan prinsip sekular.

Pemahaman ini bisa digali bila kita mengerti fenomana ini:

[1] Memakai baju itu adalah adat, tetapi ia bisa berubah menjadi pahala bila kita niatkan untuk beribadat.

[2] Makan itu juga adat, tetapi bila kita membaca dia dan meniatkan untuk sihat agar kita bisa beribadat, ia berpahala.

[3] Membina rumah adalah keperluan hidup, tetapi kalau kita niatkan untuk beribadat kepada allah, maka ia mendatangkan pahala.

Demikianlah beberapa contoh  yang selalu digunakan oleh agamawan dalam menggambarkan Adat berubah menjadi Agama atau mendapat Pahala. Tetapi dari adat menjadi agama dengan syarat: menepati sunnah muhammad. Contohnya jika kita membaca “Allahumma ba riklana….” maka tiada pahala yang bisa Allah berikan kerna Allah mengajar lain kepada Muhammad saw, iaitu sekadar membaca Basmalah sahaja. Maka akhirnya kita mendapat dosa pula.

Lalu kita mengerti bahawa sains adalah seperti ilmu-ilmu lain, ia adalah sebuah upaya manusia untuk memahami alam. Maka 1 + 2 = 3 tidak dapat kita fikirkan bagaimana Islam bisa mengkhatankannya.

Sepertinya kita memahami bahawa ilmu-ilmu yang ada harus kita tasfiyahkan agar bersesuain dengan Islam, terutama adalah Sains Tajribi [sains yang selalu kita fahami].

Kerna dalam penemuan sains, yang membezakan selalunya adalah niat, dan niat ini urusan Tuhan. Tidak kita bisa katakan ini rumah Islam dan ini Rumah Sekular atau Rumah Buddha selagimana ia tidak memiliki ciri-ciri buddha atau Sekular atau Islam. Yang boleh kita katakan ia adalah senibina Melayu, atau senibina Arab atau senibina Cina.

Maka begitu juga sains, selagimana ia tidak menafikan kekuasaan Allah dan tidak bertentangan dengan Syara’ maka segala ilmu itu adalah ilmu yang syar’i dan terpuji.

Sehingga saat ini, saya masih tidak melihat apakah perbedaan antara Sains dengan Sains Islam. Begitu juga sampai hari ini saya tidak mengerti apakah ajaran Sains di Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Sains Islam Malaysia dan yang seangkatan dengan mereka, mereka bisa memberi beda yang cukup terang antara Sains dan Sains Islam.

Bacaan lanjut:  http://www.kesturi.net/archives/729

Captive Mind : Kolonialisasi Minda

Ogos 6, 2009

Yang Dibawa Oleh Muhammad saw Dan Lengkapnya Al Qur’an


Muhammad saw itu bukan sahaja turun membawa Risalah tetapi juga risalah itu terkandung hikmah; berupa jalan pikir manusia untuk berjaya. Semuanya terkandung dalam 2 kitab iaitu Al Quran dan Al Hadith.

Tetapi seandainya kita mengatakan segala sesuaitu itu dan segala macam ilmu itu tercakup dalam Al Quran dan Al Hadith, maka ini berupa satu kenyataan yang ghuluw – berlebihan, oleh mansuia yang samberono.

Apakah kita akan beriman bahawa Allah layak menceritakan tentang proses pembuatan Kapsul Ajaib Ayah Pin? Mustahil Allah menceritakan hal-hal kejelekan dalam perbicaraan Dia. Begitu juga apakah Allah akan mengajarkan kita perihal membuat kicap dari soya? Tidak akan Allah ajar sebuah resepi masakan dalam Perbicaraan Nya!

Kalu kita tanyakan kepada para manusia yang bersorban, yang selalu berkhutbah di mimbar menghentam Salafi; “Mana semua ilmu yang kalian katakan maujud dalam Al KItab?”. Lalu mereka akan berkata: “Bukankah Allah telah nyatakan sebuah ayat: “Tanyakan kepada ahlinya”.

Maka kita bisa berkata kepada mereka, kalau begitu, aku bisa menghasilkan sebuah kalimat yang paling agung ketimbang Al Quran, sebuah kalimat yang terlengkap, ringkas tak seperti Al Quran yang tebal. Saat ini juga aku bisa menciptakannya!” Lalu kita keluarkan sebuah pena dan secebis kertas, kita tulis pada kertas itu:

“Jika tidak mengetahui maka bertanyakanlah kepada pakarnya”

Maka perkataan yang wasatiyah, tak berlebihan dan tak terkurang, perkataan yang benad adanya adalah sesungguhnya 2 wahyu itu hanyalah memuat prinsip-prinsip hidup manusia agar mereka berjaya di dunia dan diakhirat. Sementara itu hal-hal yang tidak memberi kesan pada kehidupan seperti contoh diatas tidak diceritakan dalam kedua wahyu tersebut.

Lalu tinggalkanlah omongang “Segalanya ada di dalam al quran sehinggakan cara menebar roti canai” seperti yang saya sering dengar dari para khatib, malah dari para ulama yang bersorban besar [dalam masa yang sama mereka menentang sunnah].

Oleh kerana itu, kita mahu bertanya kepada manusia semua; kapan para pelajar islam malah para cendiakawannya jatuh dalam kesalahan pikir ini?

Salah satunya adalah mereka ini terjajah mindanya.

Kolonialisasi Minda


Penjajahan minda ini berlaku apabila satu kuasa besar menguasai sebuah minda sehinggakan minda itu tidak dapat berfiki dengan waras dan kritis, mandul proses pemikiran itu dan lesu kekuatan mencerap.

Kuasa besar yang wujud itu mungkin beruapa sarana fizik seperti kemajuan teknologi, atau kehebatan pembinaan, kecepatan tersingkapnya rahsia sains, yang pantas ke bulan dan angkasa, kekuatan militer. Atau juga berupa keagungan metafizk seperti Kehebatan Al Qur’an, keagungan As Sunnah.

Lalu apabila kuasa besar ini menjelajah ke pendalaman, menjangkau manusia yang tingkat ketamadunan nya lebih rendah, atau manusia yang punya kemajuan fizik atau metafizik yang kurang, maka manusia ini akan terjajah mindanya akibat rasa “ta’jub yang terlampau” keatas kuasa agung tadi.

Seandainya manusia ini punya jalan pikir yang benar, dan paling penting dia punya ilmu yang benar yang berdiri atas keimanan yang benar pula, maka dia akan terbebas dari penjajahan minda ini. Kerna segala apa yang dia fikir dan perbuat akan diukur dengan nerasa ilmu dan iman.

Contohnya tadi, seorang Guru Mursyid bisa saja mengatakan Allah mengajarkan manusia bagaimana membikin roti canai! Sepertinya Roti Canai tadi makanan para Ahli Syurga.

Guru ini terjajah mindanya dengan keagungan Al Quran sehingga dia bersikap guluw, tidak mahu berfikir padahal dalam Al Qur’an itu sering mendesak agar manusia berpikir. Begitu juga sehingga Guru ini membuat air ryukyah yang diberi nama Air Penerang Hati, Kismis Doa’, Air Za’faran dan berbagai jenis yang lain; yang kononnya adalah Perubatan Islami dan Cara Nabi. Padahal Islam lari ari penisbatan sebegini.

Tidak pernah wujud istilah “Makanan Sunnah” dalam perbendaharaan ilmu Islam. Kerna Allah telah jadikan pada tiap-tiap kaum itu makanan yang paling cocok untuk mereka; iaitu apa yang tumbuh pada tanah mereka!

Begitu juga apabila datang sebuah dalil yang menjelaskan bahawa amal ibadah mereka itu rancu [kacau – syubhat] dan tidak benar dari prinsip keilmuan Islam, maka mereka mencelah dengan sebuah kata: “Apakah engkau lebih mengerti Islam dari Imam-Imam sebelum ini”. Kerana mereka telah membesarkan kuasa ta’zim mereka kepada para guru mereka terdahulu padahal Allah pernah bertanya kepada manusia dizaman nabi: “Apakah datuk nenek mengerti?”. Ta’zim mereka terlebih sehingga mengangkat maqam guru mereka menjadi ma’sum, dan mereka lupa bahawa guru mereka adalah manusia seperti mereka.

Ini adalah contoh minda terjajah atas kuasa besar metafizik. Sementara contoh terjajahnya manusia kepada kuasa Fizik terlalu banyak, antaranya adalah kita akan berbangga seandainya seorang Mat Saleh bisa bertutur dalam bahasa Melayu tetapi kita menganggap bohoh jika manusia Melayu tidak mengerti Bahasa Inggeris. Padahal ukuran cerdik pandai itu tidak diangkat dari penguasaan bahasanya. Sejak bila kepandaian itu dinilai dengan “bisa Bercakap Inggeris”?

Contoh yang lain adalah Guru Mursyid juga beranggapan bahawa politik ini akan bisa digapai dengan Tunjuk Rasa, melazimi sistem Demokrasi, mogok lapar dan banyak lagi isme-isme yang datang dari Kuffar. Padahal isme dan aturan tersebut tidak pernah ada dalam Islam.

Bagaimana Bisa Merdeka?


Justeru;

Al Kitab dan As Sunnah yang sedia agung itu, keagungannya merupa sebuah nikmat, harus kita ambil dengan jalan yang selamat, iaitu beriman dengan aqidah Salaf ashabul Hadith [Aqidahnya Umat Terdahulu dan Kaum Ahli Hadith] dan juga berfikir dengan kaedah pemikiran Rasuli. Sebuah pemikiran yang dibina atas jinjang nas-nas, yg pemikiran ini dianut oleh kaum salaf tetapi telah terkambus akibat manusia muslim tertembus hatinya dan aqalnya dengan pemikiran kaum kafir.

Minda yang merdeka lahir dari hati yang merdeka, Hati yang merdeka apabila hati itu mendapat pencerahan dari nur Ilahi; Al Quran dan As Sunnah. Namun kedua cahaya tadi tidak akan bisa hati mengerti tanpa metoda pemikiran Sahabat Rasul. Oleh itu melazimi manhaj Salaf [al Quran, As Sunhah; yang berpandukan metoda Pikir Sahabat] akan bisa memerdekakan minda kita. Kalau tidak, bisa saja kita jatuh dalam jajahan kafir atau jajahan bid’ah:

– menjadi liberal

– menjadi Sekular

– menjadi feminis

– menjadi Keadilan dan Kesamarataan

– menjadi demokratis

– menjadi westernis

– menjadi sufisme

– menjadi khawarijme

– menjadi mu’tazili

– menjadi sanoisme [sebuah tulisan telah saya hasilkan 4 tahun lepas membincangkan fenomena kebodohan ini]

– menjadi arabsentrik

– dan banyak lagi.

Lalu, para penbaca bisa memilih sama ada mahu terjajah minda atau lepas bebas? Mahu bertaqlid atau mahu mencari ilmu? Mahu beriman dengan aqidah nenek moyang atau mahu beriman dengan dustur Ilahi dan Sabda Nabi?

Tepuk dada tanyalah selera.

Makanan Sunnah

Ogos 4, 2009

Ini Bukan Iklan Untuk Jus Tok Aji atau Pak Kiyayi!

Kita terus beriman bahawa Muhammad Bin Abdillah, saw,  itu bukanlah manusia biasa-biasa:  yang dilahirkan, membesar, bernikah dan beranak,  dan kemudian terpilih menjadi rasul pilihan. Tidak.

Beliau memang telah Allah jadikan untuk menutup seluruh anbiya yang telah Dia utuskan. Maka sedari dia lahir hinggla dia tumbuh menjadi remaja dan sehingga wahyu turun buat pertama kalinya dari kolong langit, maka segala urusan dia telah dijaga dan dilindungi. Sepertiman ada segumpal awan yang memayungi baginda saat berdagang ke Syam. Begitu jugalah akan kehidupan beliau yang lainnya, termasuk lah makanannya.

Lalu bagi sesiapa yang mahu mengambil pelajaran maka sudah semestinya kita meneliti tiap gerak hidup baginda kerna di situlah ada segala pelajaran yang mulia. Segala kejayaan telah baginda lukiskan diatas kanvas kehidupannya, tetapi ia terlindung dari mata manusia atas hijab kejahilan. Andai hijab zulmat sirna dipanah cahaya ilmu maka akan tanpaklah kita segala jalan yang akan menggiring kita ke syurga dunia dan syurga akhirat.

Kita perhatikan apa yang beliau masukkan kedalah jasadnya; semua adalah makanan yang membina kekuatan jasmani dan pada masa yang sama memberi ruang untuk berdiri-kokoh nya iman. Mustahil baginga akan memakan makanan yang tidak berkhasiat sehingga makanan itu akan menulari jasadnya dengan  kekotoran dan kejelekan.

Maka antara yang beliau makan adalah kismis, madu, kurma, tin, habbatus sauda’ dan beberapa buah-buah lain. Memang terbukti bahawa makanan ini bisa menyembuhkan berbagai penyakit dengan ijin Rabbul Jalil.

Oleh itu, Tok Aji dan Pak Kiayi pun tampil membawa solusi kepada kelelahan yang dihinggapi oleh umat Islam, berupa penyakit dan kemadulan minda.

Tok Aji dan Pak Kiyayi menawarkan kepada Masyarakat Jus Tok Aji yang telah dibacakan doa 10000 kali, iaitu Alfatihah, 3 kul dan ayat kursi. Kemudian Kismim Doa yang telah dibacakan doanya oleh Pak Kiyayi, ulama Besar Nusantara, doanya sepanjang 12 jam tanpa henti. Oleh itu kebesrihan hati akan menjelma setelah manusia meminum dan memakan produk ini.

Sesungguhnya untuk sihat dan bertenaga, percayalah dengan keimanan yang tinggi bahawa menjaga sunnah makanan itu berupa kunci kesihatan yang berpanjangan.

******

Tetapi kemudian ada orang bertanya:

Bukankah Tok Aji ini Mursidul Am, seorang Ulama yang peduli umat? Lalu mengapa tok Ai tidak mahu memanjat Empangan dan berdoa disitu; agar semua manusia kapir terutamanya yang menyokong Tok Aji agar hatinya terang dan bisa hidayah masuk. Ah alangkah indah kalau doa tok Aji yang berupa ulama besar Malaysia ini menembusi tiap-tiap jiwa kapir yang meneguk air paip yang bersumber dari empangan tadi.

Dan doakan jugalah wahai Tok Aji kepada kaum muslimin yang tidak mahu masuk Islam secara Kaffah dengan bergabung dalam jamah Tok Aji agar pintu hidayah terbuka buat mereka. Begitu juga pada AMNO yang Tok Aji sesatkan dan musuhi, agar mereka ini tidak sesat lagi dan tidak menjadi musuh lagi.

Tapi Tok Aji, pekerjaan ini bisa merugikan Tok Aji. Apakah Tok Aji sudah bersedia untuk mengalami kerugian?

Begitu juga Pak Kiyayi, Kalaulah memakan makanan yang bisa dimakan oleh Baginda sehingga wujut istilah “Makanan Sunnah”, berupa satu kebaikan dan sarana menuju kesihatan yang kekal, maka mengapakah Pak Kiyayi sendiri dalam hal aqidah dan ibadah bisa menambah-nambah “amalan sunnah” itu seperti menambah Ajinomoto?

Apakah Tok Aji dan Pak Kiayi beriman bahawa untuk sehat maka harus ikut makanan nabi, tapi untuk lolos syurga dan mendapat pahala maka bisa saja berbuat rekayasa [meraka-reka] dalam solat, puasa, haji, zakat dan paling utama aqidah?

Maka bagaimana alam pikir Tok Aji dan Pak Kiyayi ini?

Sungguh ajaib bagi saya yang tidaklah bersorban besar seperti Tok Aji.

Yang benar, segala sisi kehidupan Nabi Muhammad itu berupa jalan yang lurus, apakah ia makanan ataupun keagamaan. Muhammad – Dia bukan seperti Mursyidul Am Partai Ajaran Songsang atau Hizbib-hizib yang lainnya. Mereka ini manusia biasa-biasa saja.

Hizbu Tahrir Dan Bendera Saudi

Jun 21, 2009
Bendera Nabi

Bendera Nabi

 

Saya pernah bertanya kepada golongan Hizbu Tahrir akan ciri-ciri sebuah negara Islam. Lalu antara yang mereka sebutkan adalah harus punya bendera persis bendera yang digunakan oleh Kerajaan Awal Islam iaitu bendera yang telah Rasulullah saw julang.

Bendera Hitam untuk perang dan putih untuk keadaan biasa. Bendera yang tertera kalimah Tauhid yang menjadi dasar Islam dan matlamat pengebaran negara Islam – mencerahkan bumi Tuhan dengan tauhid.

Lalu saya bertanya: “Lantas Saudi bagaimana?”.

Kaum Hizbu Tahrir berkata: “Pertamanya warna yang dikenali hanya putih dan hitam, bukannya hijau. Kedua: bendera Nabi tiada pedang dibawahnya, ini penambahan. Lalu Bendera Saudi adalah bid’ah, bukannya bendera Nabi. Bendera yang benar harus sama seperti bendera nabi”.

       

Bendera Arab Saudi

Bendera Arab Saudi

 

Lalu dalam 2 minggu lepas saya terjumpa bendera ini di dalam sebuah kereta dan terus saya teringat diskusi saya sekitar 2 tahun lepas.

Kalaulah saya bisa ketemu sama golongan Hizbu Tahrir lagi [walaupun minggu lepas saya ke PD untuk berkursus dan berjumpa dengan seorang pemuda yang baru mengenali HT tetapi beliau tidak tahu apa-apa tentang HT – sangat menyedihkan] saya akan tanyakan kepada mereka beberapa soalan:

Pertama: “Setuju atau tidak bahawa Bendera Saudi bukanlah bendera Islam?

Jawaban Jangkaan: “Setuju”

Kedua: “Bendera Saudi bukan bendera Islam lantaran kerna ada penambahan, iaitu warna hijau dan gambar pedang, setuju?”

Jawaban Jangkaan: “Ya, Setuju”.

Soalan Ketiga: “Maka setujulah bahawa kita harus menggunakan Bendera Islam dan meninggalkan Bendera Saudi walaupun Bendera Saudi tersebut seperti Bendera Nabi tetapi terdapat sedikit penambahan”.

Jawaban Jangkaan: “Setuju, sangat setuju”.

Soalan Keempat: “Kejayaan hanyalah apabila kita mengikut Nabi, dan kelemahan apabila kita tidak mengikut Nabi, seperti menggunakan Bendera Saudi yang ditambah-tambah?”

Jawaban Jangkaan: “Setuju. Hummm penat dah kata setuju”.

Soalan Terakhir: “Lalu sekiranya Bendera Saudi yang ditambah pun bukanlah merupakan Bendera Islam dan tidak terpakai sebagai sebahagian dari negara Islam, maka apakah amalan kalian yang banyak ditambah dan diubah suai itu bisa dinamakan sebagai Ibadat Nabi? Solat kalian yang kalian tambah tatacaranya, zikir kalian yang kalian ubahsuaikan kaifiatnya, dan seluruh ibadat yang lainnya kalian menokok tambah, apa itu kalian namakannya sebagai persis ibadah Nabi dan bisa mendatangkan pahala kepada kalian? Setujukah kalian?”

Jawaban jangkaan: “Setuju. Ia ibadah yang Nabi beri leluasa kepada kita dan pahala bisa digarap”.

Surat Kepada Ustaz IMP [Islamic Manufacturing Practice]

April 25, 2009

“Sesungguhnya ikatan Islam akan pudar satu demi satu, manakala di dalam Islam terdapat orang yang tumbuh tanpa mengenal kejahilan.”

 

Selepas setahun berjumpa dengan IMP kali ini saya dipertemukan semula dengan mereka.

Maka pada kesempatan ini saya bertanyakan 3 hal yang menjadi kemyuskilan hati ini iaitu:

[1] Wanita sedang haid tidak boleh terlibat dalam proses memasak dalam menghasilkan produk kilang.

[2] Wajib mengambil wudu’ sebelum berkerja

[3] Berzikir ketika berkerja

Boleh rujuk di: http://halaalan.com/konsep.htm

Jika ketiga-tiga hal ini dilanggar oleh pihak pengilang maka pihak IMP akan menarik kembali sijil kelayakan “Prosidur Pengilangan Islam” yang mereka keluarkan. 

Maka saya menanyakan hal tersebut kepada Ustaz Sobri akan dalil yang dipakai oleh IMP. Lalu terjadilah soaljawab yang panjang antara saya dan beliau.

Akhirnya Ustaz Sobri menjawab bahawa ia berdasarkan “fatawa sufi” kerana IMP adalah gabungan antara Aqidah + Fiqh + Sufi.

Namun semasa perbincangan itu, rupanya masalahnya makin membesar iaitu Ustaz Sobri menganggap:

[1] Aqidah adalah masalah ranting yang tidak perlu dibincangkan.

[2] Masalah Halal dan Haram itu lebih diutamakan untuk masuk sorga, terutama makanan.

[3] Bahawa mana-mana faham boleh diikuti; termasuklah untuk menerima IMP atau tidak.

Lalu saya disajikan pula dengan paparan Powerpoint yang dibikin oleh ustaz. Dan masalahnya makin membesar iaitu:

[1] IMP mendefinasikan tauhid adalah “Beriman bahawa Allah itu Esa”.

[2] bahawa makna Halal adalah makanan yang disembelih oleh manusia muslim sahaja. [saya terlupa apakah dia harus menjadi mu’min juga]

[3] bahawa memakan makanan yang dimasak oleh orang kafir maka ruh kufur akan menyerap masuk kedalam jiwa kita.

[4] adanya tingkatan nafsu.

[5] adanya tingkatan keimanan

 

Jawaban saya untuk kesemua masalah diatas:

[1]

Bahawa aqidah merupakan punca para Rasul diutus. Maka kalaulah hal aqidah merupakan perkara furu’ maka Allah itu bahalul dan para Ustaz adalah yang Maha Bijaksana.

Dalilnya:

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada setiap umat (supaya menyerukan): “Sembahlah Allah (sahaja), dan jauhilah Thaghut itu”.” (an-Nahl, 16: 36)

“Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah mempersekutukan sesuatu pun dalam melaksanakan ibadat kepada Tuhannya”  (al-Kahfi, 18: 110)

“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu, “Jika kamu menyekutukan (Tuhan), niscaya akan terhapuslah amalmu dan tentulah kamu tergolong ke dalam orang-orang yang rugi” (az-Zumar, 39: 65)

“Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya. Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik)” (az-Zumar, 39: 2-3)

“Barangsiapa yang percaya dan berharap terhadap pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan dengan apa pun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”  (Surah al-Kahfi, 18: 110)

“Dan sekiranya mereka berbuat syirik nescaya gugurlah dari mereka apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal yang baik)”  (Surah al-An’am, 6: 88)

Maka kalaulah aqidah bukan perkara asasi, tidaklah perlu para rasul berjidah melawan kesyirikan dan rela bermatian untuk hal aqidah.

 

[2]

Bahawa Islam akan berpecah menjadi banyak golongan dan yang benar hanya satu. Rasul membebankan kita untuk mengikuti jalan yang satu itu. Maka kalau para ustaz mengatakan bahawa seorang Muslim tidak dibebankan untuk mengikuti jalan yang benar, tetapi bebas memilih jalan, maka Rasulullah itu bongok dan para ustaz lah yang cerdik.

Dalilnya:

“Berpecah umat Yahudi kepada 71 golongan atau 72 golongan dan terpecah golongan Nasrani (Kristian) sebagaimana di atas dan akan berpecah umatku kepada 73 golongan” [Hasan Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi]

Muawiyah Abu Sufyan berkata, Nabi bersabda: “Kesemuanya masuk neraka kecuali satu iaitu al-Jamaah” [Sanad Hasan: Dikeluarkan oleh Ahmad dan berkata Syu‘aib al-Arna’uth hafizahullah dalam semakannya ke atas kitab Musnad Ahmad – hadis no: 16937 (Musnad al-Syamiyyin, Hadis Mu‘awiyah bin Abi Sufyan): “Isnadnya hasan, namun hadis berpecahnya umat (kepada 73 golongan) adalah sahih berdasarkan syawahid.”]

“Dari ‘Auf bin Malik: Akan berpecah Yahudi kepada 71 firqah, satu firqah ke syurga dan 70 ke neraka. Akan berpecah Nasrani kepada 72 firqah, 71 firqah ke syurga dan satu ke syurga. Demi diri Muhammad yang berada di tanganNya, pasti akan berpecah ummatku kepada 73 firqah hanya satu ke syurga dan 72 ke neraka. Ditanyakan: Siapa mereka wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Al-Jamaah.”

“Dari Abdullah bin ‘Amr: Akan berpecah ummatku kepada 73 pecahan semuanya ke neraka kecuali millah yang satu: Iaitu apa yang aku dan para sahabat  (sesiapa yang seperti aku dan para sahabatku.” Dan diriwayat yang lain:”(Yang ke syurga) ialah al-Jamaah. Tangan Allah atas al-Jamaah.”

[3]

Tauhid adalah berkeyakinan dengan benar bahawa Tiada Ilah yang berhak diibadahi secara benar melainkan Allah sahaja.

Kalau kita mengajak manusia untuk bertauhid: Mengesakan Allah, atau beriman akan Tuhan yang benar adalah Allah maka aqidah jenis ini sudah dimiliki oleh sekelian manusia.

Dalilnya:

“Tanyakanlah lagi: “Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh, dan Tuhan Yang mempunyai ‘Arasy yang besar?” Mereka akan menjawab: “(Semuanya) kepunyaan Allah”. Katakanlah: “Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?” Tanyakanlah lagi: “Siapakah yang memegang Kuasa pemerintahan segala sesuatu, serta ia dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak ada sesuatupun yang dapat disembunyikan daripada kekuasaannya? (Jawablah) jika kamu mengetahui!” Mereka akan menjawab: “(Segala-galanya) dikuasai Allah”. Katakanlah: “Jika demikian, kenapakah kamu tertarik hati kepada perkara yang tidak benar?”.” (al-Mukminun, 23: 86-89)

“Nabi Musa menjawab: “Sebenarnya engkau (hai Firaun) telah pun mengetahui: “Tiadalah yang menurunkan mukjizat-mukjizat ini melainkan Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi, sebagai bukti-bukti yang menerangkan kebenaran; dan sebenarnya aku mengira, engkau hai Firaun, akan binasa”.” (al-Isra’, 17: 102)

“Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedang hati mereka meyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah Bagaimana kesudahan orang-orang yang melakukan kerosakan.” (an-Naml, 27: 14)

 

[4]

Jalan Kebenaran hanya satu iaitu Islam yang berdasarkan Kefahaman Para Sahabat.

Maka selain dari jalan yang ditempuh oleh para sahabat maka jalan itu merupakan jalan kesesatan walaupun betapa banyak kaum Muslimin mengikutinya.

Nabi bersabda:

“Berpecah umat Yahudi kepada 71 golongan atau 72 golongan dan terpecah golongan Nasrani (Kristian) sebagaimana di atas dan akan berpecah umatku kepada 73 golongan”. (Hasan Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi)

Menerusi hadith yang bersumberkan dari Muawiyah:

“Kesemuanya masuk neraka kecuali satu iaitu al-Jamaah”. (Sanad Hasan: Dikeluarkan oleh Ahmad dan berkata Syu‘aib al-Arna’uth hafizahullah dalam semakannya ke atas kitab Musnad Ahmad – hadis no: 16937 (Musnad al-Syamiyyin, Hadis Mu‘awiyah bin Abi Sufyan): “Isnadnya hasan, namun hadis berpecahnya umat (kepada 73 golongan) adalah sahih berdasarkan syawahid.”)

Kemudiannya diwaktu yang lain baginda bersabda kepada sekelompkm sahabat:

“Dan akan terpecah umatku menjadi 73 aliran, semua mereka masuk Neraka kecuali satu aliran. Para sahabat bertanya: Siapakah aliran itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Mereka yang mengikuti jalan hidupku dan jalan para sahabatku”. (Hadis ini dikeluarkan oleh al-Tirmizi)

 

Maka dari hadith tersebut dapat kita ketahui bahawa Umat Islam ini akan mengalami kondisi berkelompok-kelompok dengan setiap aliran mempunya cara pemikiran dan pengamalan sendiri.

Namun Nabi menjelaskan bahawa aliran yang benar-benar berada diatas kebenaran adalah mereka yang mengikuti sahabat dalam memperlakukan agama. Itulah yang dinamakan sebagai Al Jama’ah, ataupun ahlus Sunnah.

Maka adalah wajib untuk mengikuti cara faham beragamanya sahabat. dan wajib meninggalkan cara faham agamanya selain mereka.

Allah menyebut hal ini dalah Al Quran iaitu:

“Orang-orang yang terdahulu lagi yang paling awal (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.” (Surah at-Taubah, 9: 100)

Inilah mereka, kaum Ansar dan Muhajirin; berupa sahabat yang mendapat penerangan terus dari nabi bagaimana mahu mengamalkan Islam, bahawa Allah telah redha kepada pemikiran mereka dan mereka juga telah redha akan Allah. Lalu Allah menetapkan syarat bahawa sesiapa yang mahu keredhaan Allah maka wajib mengikuti jejaknya sahabat.

Ketahuilah bahawa sahabat adalah manusia pilihan, yang telah Allah hidupkan untuk mendampingi Kekasih-Nya, yang akan menyabung nyawa untuk Diri-Nya dan Nabi-Nya, yang teguh memerangi kekufuran dan melumatkan kemunafikan. Sehinggakan Sang Nabi Musa ketika dia memohon untuk menjadi Sahabat, beliau ditolak oleh Allah permohonannya itu.

Lalu Allah menyuruh kita memohon doa kepada Dia dengan menjadikan jejak sahabat sebagai pedoman:

“Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka (Salafus Soleh (Para Sahabat)); bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.” (Surah al-Fatihah, 1: 6-7)

Semuanya kerana sahabat adalah manusia yang terbaik yang Allah jadikan sebagai penolong Nabi-nya. Kebaikan bukan diukut pada sosok tubuh dan bangsa tetapi keutamaan itu terletak kepada pemahaman agama mereka. Nabi bersabda:

“Sebaik-baik manusia adalah pada kurunku, kemudian generasi setelah mereka, kemudian generasi setelah mereka. Kemudian akan muncul suatu kaum yang memberi persaksian mendahului sumpahnya, dan bersumpah mendahului persaksiannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

“Kamu wajib mengikuti sunnahku dan sunnah khulafaur Rasyidin yang mendapat petunjuk dan menunjukkah jalan yang benar, berpeganglah dengan sunnahnya dan gigitlah dengan gigi gerahammu”. (Hadis Riwayat Abu Dawud: 3991)

Ini kerana mereka mendapat pengajaran langsung dari Allah dan Rasul. Ketika mereka lalali, Allah ingtkan mereka. Seperti kekalahan di Uhud padahal jumlah tentera mereka lipat kali ganda dari kaum kafir. Ketika mereka meremehkan Rasul, mereka mendapat peringatan langsung. Seperti seorang lelaki yang enggan minum menggunakan tangan kanan sehinggakan Allah lumpuhkan tangan kanannya.

Justeru, mereka mendapat pendidikan langsung dari Langit, diperingatkan dan ditunjuki oleh nabi dalah kehidupan mereka, mereka mempelajari Al Quran 10 ayat sehingga mereka mengerti akan maknanya dan kemudian barulah mereka beralih kepada 10 ayat yang lain, mereka memerhatikan dengan teliti kehidupan Nabi dan mereka merekodkannya serta mengamalkannya. Itulah kebaikan yang ada pada mereka sehinggakan Allah dan Rasul menjadikan mereka sebagai piawai kebenaran.

Semua manusia Muslim bisa saja menggunakan gelar diri atau kelompok mereka sebagai Ahlus Sunnah, namun kita bisa melihat hahikat dirinya, ketika datang dalil berupa al quran, atau al hadith serta atsar sahabat, maka mereka menolaknya dengan sebuah fatawa dari mufti mereka!

Apakah kalimat mufti mereka itu lebih suci dari kalimat Allah dan Rasul-Nya?

Oleh kerana itu, barang siapa yang berpegang kepada Al Qur’an dan as sunnah semata-mata, dan kemudiannnya mereka mentafsir kan kedua sumber tadi mengikut kefahaman mereka, natijahnya hanya ada 2 kondisi; pertama pemahaman yang terhasil itu selari dengan kebenaran dan inilah yang dikehendaki. Keduanya adalah kebatilan, sedangkan setiap kebatilan akan mengundang bencana. Ia ibarat hakim yang jahil, yang memutuskan fatwa; antara fatwanya benar atau silap, namum keduanya bisa mengundang kesalahan dan hukuman tuhan.

 Malah kesesatan dalam memahami Al Quran dan As Sunnah sudah wujud apabila wafatnya Baginda. Kerana itu baginda mengingatkan kepada sahabatnya bencana tersebut. Juga sebagai pedoman kepada kita:

“Akan datang kepada kalian suatu kaum yang kalian akan merasa rendah apabila solat kalian dibandingkan dengan solat mereka, puasa kalian dibandingkan dengan puasa mereka, amal-amal kalian dibandingkan dengan amal-amal mereka. Mereka membaca al-Qur’an (tetapi) tidak melewati kerongkongan mereka. Mereka meleset (keluar) dari (batas-batas) agama seperti terlepasnya anak panah dari (sasaran) buruannya.” (Muttafaqun ‘alaihi, dari Abu Sa’id al-Khudri)

Rasul saw memperingtakan kepada sahabat akan muncul satu kaum yang mengamalkan Islam secara tersilap walaupun amal ibadah mereka terlalu banyak sehinggakan mengatasi amal ibadah para sahabat, tetapi oleh kerana mereka tidak mengikuti pemahaman beragamanya sahabat, maka kaum ini tetap terpesong.

Kerana setiap jamaah, atau aliran pemikiran pasti akan menisbatkan kepada Islam dan jalan yang lurus, walhan hakikatnya jalan tersebut melawan Allah dan Rasul. Hal ini telah dikhabarkan oleh Rasulullah saw sendiri:

Ibnu Mas’ud radhiyallahu anhu berkata : “Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam menggariskan satu garis (di atas tanah) pada kami lalu kami menyatakan : ‘Ini adalah jalan Allah’, kemudian beliau menggariskan beberapa garis di sebelah kanan dan kirinya, lalu menyatakan : ‘Ini adalah jalan-jalan ( As-Subul, maknanya beberapa jalan yang banyak) dan di atas setiap jalan ini ada setan yang mengajak kepadanya’. Lalu beliau membaca (Firman Allah) : ‘Dan ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kalian mengikuti jalan-jalan (yang lain), Karena jalan itu menceraiberaikan kamu dari jalan-Nya”. (QS. Al-An’am : 153).

Abdullah bin Mas’ud ra : “Sesungguhnya jalan ini di hadiri oleh para setan yang menyeru : ‘Wahai hamba Allah, ayoh kesini! Ini adalah jalan (yang lurus)’, untuk menghalangi mereka dari jalan Allah. Maka berpegang teguhlah dengan tali Allah, karena sesungguhnya tali Allah itu adalah Kitabullah”.

Oleh kerana itu, jalan yang benar hanyalah satu, iaitu jalan yang ditempuh oleh para sahabat, kemudiannnya jalan ini diteruskan oleh tabi’in dan sesudah itu disambung oleh itba’ at tabi’in.

Maka tanggapan bahawa semua aliran, atau partai, atau jama’ah yang menggunakan nama Islam adalah benar dan pasti masuk syurga, hanya saja mereka berbeda perjuangan dan pengkhususan, adalah satu paham yang silap. Kerana ia bertentangan dengan dalil yang jelas.

Apabila paham itu menyalahi Al Qur’an dan As Sunnah, walalupun manusia yang mengeluarkan pandangan itu punya sorban 10 kaki di kepala, berjubah tebal 4 lapis atau jubahnya menyapu lantai bermeter-meter, tetap pandangan itu ditolak dan dianggap silap.

Termasuklah juga IMP, kerna ia menyalahi Al Qur’an, menyalahi Al Hadith, para sahabat tidak pernah berfikir begitu dan mereka tidak pernah berbuat demikian.

 

[5]

Halal memakan sembelihan kaum Ahli Kitab. Malah sembelihan mereka tidak mengandungi ruh kekafiran.

“Hari ini dihalalkan yang baik-baik buat kamu dan begitu juga makanan orang-orang yang pernah diberi kitab (ahli kitab) adalah halal buat kamu, dan sebaliknya makananmu halal buat mereka.” (al-Maidah: 5) 

Oleh kerana Allah telah memberikan keluasan kepada kaum Muslimin, maka Nabi menunjukkan contoh kepada para sahabat dengan memakan sembelihan kaum Ahli Kitab. Sehinggakan seluruh kaum Yahudi dan Nasrani mengetahuinya dan merencana membunuh nabi dengan membubuh racun pada daging masakan mereka.

“Seorang wanita Yahudi datang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan membawa daging kambing yang beracun (sebagai hadiah untuk Nabi Shallallahu ‘alaihi sa sallam ), beliau pun memakannya. (Ternyata kemudian diketahui daging itu beracun) maka dinyatakan kepada beliau, “Tidakkah kita bunuh wanita Yahudi itu?” Rasulullah melarang, “Jangan.” Kata Anas, “Aku terus menerus mengenali daging beracun itu pada anak lidah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.” (HR. Al-Bukhari no. 2617 dan Muslim)

Maka, apakah sesudah nabi diracuni, Allah memansuhkan ayat 5, surah Al Maidah tersebut? Kalau ada, kita minta para ustaz IMP membawakan hujjahnya.

Yang nyata bahawa kehalalan sembelihan kaum Yahudi dan Nasrani masih berlangsung sehingga kini.

Berkenaan dengan ruh kekafiran, para ustaz IMP haru membawakan dalilnya, lantaran hal ini berupa permasalahan ghaib. Barangsiapa yang berbicara hal-hal ghaib maka dia bisa menjadi thaghut dan sesat malah kafir.

“Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib kecuali Allah, dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan”. (An-Naml : 65)

Lalu bagaimana mereka boleh mengetahui bahawa ruh kekafiran, atau mereka istilahkan dengan “Aura’ kekafiran itu menyerap ke dalam makanan? Apakah ada datang kepada mereka sebuah ayat dari Alklah, atau sebuah perkhabaran dari Nabi, atau sebuah  kalimat dari sahabat? Atau mereka ambil dari para sufi yang sufi itu terhasil dari ajaran majusi dan nasrani?

Oleh itu mereka harus bisa mendatangkan dalil yang jelas bagi mendokong teori “AURA KEKAFIRAN” akan menyerap masuk ke dalam makanan sekiranya makanan itu dimakas oleh orang kafir. Dan AURA KEMUNAFIKAN akan memasuki makanan sekiranya munafik yang memasaknya, dan AURA KEMA’SIATAN akan memasuki makanan sekiranya muslim yang bermaksiat memasaknya.

Seandainya mereka menyedari bahawa makanan yang halal itu tidak mengandungi sebarang ruh dari para pembikinnya pasti mereka tidak akan mengucapkan kalimat ghaib ini. Tetapi para Ustaz IMP ini adalah para sufi yang tertipu dengan kesufian mereka. Sepertinya mereka tidak pernah mengetahui akan hadith-hadith yang menceritakan Nabi dan sahabat memakan masakan ahli kitab.

Seandainya masakan tersebut mengandungi AURA kejahatan, pasti Allah telah memperingatkan kepada Rasul-Nya. Dan setelah itu pasti Rasulullah saw menceritakan kepada para sahabat baginda. Dan pasti sahabat akan memperingatkan umat seterusnya. Namum yang nyata hal demikian tidak pernah wujud dan kaum muslimin sejak dari zaman Muhammad bin Abdillah, kekasih Allah terus menerus memakan sembelihan Ahli Kiblat.

Apakah mereka berfikir bahawa Allah telah mengkhabarkan kepada Muhammad saw dan kemudian Muhammad saw khianat kepada umat ini dengan menyembunyikan cerita tentang AURA ini? Atau mereka berfikir bahawa Allah mengkhianati Rasul-Nya dengan tidak mengkhabarkan hal tersebut dan Allah menyampaikan cerita itu pada hati sang sufi atas ilmu laduni?

Atau mereka beriman akan SAINS dan mendustakan Al Quran dan Hadith? Maha Suci Allah dari keimanan Saisn dan menolak dalil Naqli.

Saya rasa mereka ini adalah kaum yang mengimani Sufi morden, iaitu sufi yang menggabungkan cerita khurafat dan sains.

Apakah mereka mengetahui hakikat SAINS seandainya mereka orang yang berfikir dan merenung sejarah manusia?

 

Sehingga kini saya masih menunggu Ustaz Ahmad Tajuddin atau Ustaz Sobri untuk menjawab surat saya. Tapi nampaknya mereka diam membisu.

Lalu saya berdoa agar kaum muslimin tidak mengikuti jalan yang menyimpang kerana setiap jalan itu ada setan yang berserban yang menyeru “Inilah Jalan Islam yang sebenar”.

Sebuah Piala Untuk Apologetik

Februari 19, 2009

Apologetik?

Apa ini!

Kebelakangan ini saya selalu mengungkapkan kalimat-kalimat yang jarang dipahami oleh umat Melayu. Malah kalimat ini juga tak kedapatan dalam bahasa agama.

Sengaja saya bawakan kalimat semacam ini; khinzirisme, sanoisme; dan terbaru apologetik. Ini adalah bahasa antrapologi-sosiologi.

Saya mahu nyatakan bahawa pertamanya adalah para pengekor filsafat itu selalu menyangka bahwa Salafi ini terlalu jahil akan aturan – ajaran – tatakrama filsafat sehinggakan Salafi menjadi buta dan tak mengerti hakikatnya lantas secara gegabah menghukum ilmu filsafat itu berbahaya dan bisa menyesatkan.

Lalu saya nyatakan bahawa para ulama Sunnah telah mengerti akan filsafat dan telah membedahnya dan akhirnya mereka temui bahwa filsafat hanyalah sebuah prasangka dengan menggunakan satu alat pikir yang terbatas.

Keduanya adalah saya sengaja membawakan kalimat-kalimat  ini hanyalah untuk menyedarkan para pondokius bahawa sikap mereka ini telah termaktub dalam ilmu disiplin “Kaji manusia”. Lalu selayaknya sikap mereka ini ditandai dengan sebuah nama yang diperakui oleh disiplin ilmu tersebut.

Begitu juga bahawa ketika pondokius menggunakan “filsafat yang dikhatankan” dalam mentafsir dasar-dasar agama, para Ahlus Sunnah telah memahami akan filsafat tersebut dan telah sadar dengan kesadarn mendalam bahawa filsafat yang kalian gunakan itu tetap melawan hakikat Islam walau kalian dapatkan tok mudim yang paling pakar dalam khatan.

Lalu kita kembali kepada kalimat diatas: apa itu apologetik? apakah Ia seperti Appolo tuhanya Yunani?  bukan itu. Atau ia adalah sebuah paham agama? Bukan juga.

Apologetik; sebuah kata nama untuk suatu sikap yang senantiasa menang, tak terkalah, tak akan silap dan pasti benar. Sikap mengimani bahawa hakikat kebenaran itu ada padanya dan dia sentaiasa berada atas hidayah – lalu mengapa harus memohon maaf padahal dia tak pernah tergelincir walau seinci?

Maknanya sikap ini dapat digambarkan dengan beberapa tindakan:

[1] Mahu kelihatan menang;

Dengan sentiasa mempunyai pandangan untuk dilontarkan walaupun dia tak punya apa-apa idea baru ketika itu, sentiasa menjawab soalan yang diajukan walalupun dia tak punya pengetahuan tentang hal itu, sentiasa kehadapan dalam mempunyai informasi walau dia belum mendapat apa-apa khabar dari sumber yang terpercaya.

Kalau dia dilontarkan dengan 70 soalan, pasti dia akan sebolehnya menjawab kesemua soalan tersebut tanpa tersisa, malah terkadang dia menjawab sehingga 78 soalan! Baginya untuk mengatakan “saya tak tahu” adalah persis sebuah kalimat kufur yang terlarang diucapkan oleh lidahnya.

Kerna itu ketika didiminta untuk memberikan pandangannya maka dia akan menukilkan apa saja kalimat yang terlintas dalam kepalanya asalkan dia bisa berpandangan, hatta kalimat itu bersumber dari kuffar, atau kalimat itu tidak sah sumbernya – dia tak peduli asalkan dia menang  – bisa memberikan pandangan!

[2] Sentiasa benar dalam berhujjah dan memberi pandangan;

Dengan  sentiasa mengimani dalam dirinya bahawa dia sentiasa benar dalam membawakan alasan – hujjah – pandngan walaupun dia mengetahui bahawa alasan orang lain lebih kuat dan benar. Lalu dia tak perlukan sejumlah alasan dari nash al quran atau al hadith untuk mengemukakan pandangannya, cukup baginya perasaan dan logika.

Hari ini dia boleh berkata “1+2 = 3”, dan esoknya dia mengatkan bahawa “1+2 = 6”. Pada kesempatan yang lain dia mengatakan bahawa jawabannya adalah 3 kembali dan pada saat yang lain dia menjawab “5”. Lalu ketika orang meminta dia menjelaskan sikapnya yang berbola-balik dalam isu “1+2” maka dia bisa memberikan alasan sehari semalam tanpa meneguk air setitikpun! Malah dia hampir-hampir menyiapkan sebuah buku untuk menerangkan sikapnya yang benar dalam isu itu. Dia boleh berkata apa saja dan setiap kalimat yang keluar dari lidahnya berupa sebuah sabda!

Begitu juga ketika dia mendapati pandangnnya menyeleweng maka dia tak akan mundur dari mengimani pandangannya, lalu dia akan mencari sebarang alasan untuk membenrkan pandngnnya itu, walaupun alasan yang dia temui dari sumber yang tak pasti. Malah kalau dia tak ketemu alasan, maka dia akan mencipta alasan.

Baginya sebuah ucapan dari orang lain “Rupanya dia tak mengetahui” adalah seperti pukulan halilintar yang dikenakan atas batang tubuhnya.

[3] Tidak mahu memikirkan alasan kelompok lain;

Oleh kerana dia mengimani bahawa dia sentiasa benar dan dia mempunyai cara pikir yang agung sehingga kebarangkalian dia tergelincir adalah null, maka dia tidak akan mahu memikirkan alasan-alasan pihak lain, tambah lagi alasan pihak yang berseberang dengannya.

Seperti dia megimani bahawa hanya dirinyalah yang mempunyai guru, membaca kitab dan belajar dengan sempurna. Bermaknan juga dia merasakan bahawa pihak lain tak pernah langsung mengerti akan kebenaran dan bermakna mereka tak pernah berfikir secara benar dalam menghadapi kebenaran.

Hujjah yang dipakai oleh pihak lawan akan dikatakan: Batil, atau Maudhu, atau dhaif, atau kalau dia tak dapat ragukan keshahihannya maka  dia akan berkata “dalil ini am, harus ditafsir lagi, dan penafsirannya adalah begini… begini”.

Dia juga langsung tak akan meneliti sumber rujukan dia malah apa lagi sumber rujukan pihak lain.  Baginya orang lain adalah “bodoh dan tak mengerti” dan “aku adalah benar”.

[4] Tak akan memohon maaf;

Bagaimana dia akan memohon maaf padahal dia tak pernah silap? Lalu baginya kalimah “maaf” adalah satu kalimah yang mustahil akan dia ucapkan.

Maaf itu tak pernah wujud dalam hayatnya kerna setiap perbuatannnya sudah dimaklumi adalah benar, punya hujjah dan dan sentiasa baik serta tak akan sesat. Kalau seluruh umat memaksanya untuk memohon maaf, maka ketika itu dia terpaksa mengucapkan “maaf” tapi dalam hatinya tetap beriman bahawa dia benar, dan dia dipaksa seperti keluarga Yaseer dipaksa kaum Myusrikin, dia sedang taqiyah dan dia tak ikhlas mengucapkan kalimah tersebut.

 

Inilah 4 sikap para Apologetik dalam menghadapi manusia.

 Saya pernah berkenalan dengan seorang yang mengaku sebagai Salafi, mengaku muridnya Dr Asri dan murid Ust Rasul Dahri, namum pemikirannya jauh dari manhaj Dr Asri dan jauh pula dari Jejak Salaf Asli. Kalau saya bisa ketemu dengangnya, maka saya akan hadiahkan sebuah piala untuk beliau; tanda “Saudara adalah pemenang Agama” – walau saudara menyembelih Al Quran dan Al Hadith hidup-hidup.

Tetapi baru saya menyedari bahawa dalam dunia ini, terdapat banyak manusia yang dihinggapi penyakit apologetik, terutamanya para ustaz dan ustazah yang belajar agama.

Para ustaz dan ustazah ini seperti telah mendapat wahyu dari kolong langit sehinggakan segala pemikiran mereka adalah murni; segala percakapan mereka adalah suci; segala ajaran mereka adalah lurus dan segala aqidah yang mereka anuti adalah shahih.

Mereka tak ada sesaatpun untuk merenung malah tak pernah terfikir dalam benak mereka untuk mengkoreksi manhaj mereka, kerna mereka telah meletakkan keimanan kepada para guru mereka; sehingga kalau ada orang menasihati mereka maka mereka akan berkata “Apakah nenek moyang kami berdosa”, apakah para masyikh kami tersesat?

Rupanya apolegetik ini bukan sahaja bisa menjangkiti manusia, tetapi ia juga boleh mewabak hingga menjangkiti perkumpulan – pertubuhan, terutamanya pertubuhan politik Islam.

Hari ini manusia bisa melihat bagaimana Parti Islam berbolak balik dalam bicaranya; satu masa mengkafirkan lawan kerna menjadikan kaum kuffar Zimmi sebagai teman, tetapi selang beberapa tahun mereka menjadikan Kafir Harbi sebagai teman; lalu mereka tak mengkafirkan dii sendiri!

Satu saat mereka menyuruh menumbangkan berhala yang ada di taman-taman, lalu ketika mereka berjaya merampas negeri Timur maka mereka menebang kepala penyu, sehingga tindakan itu mencetuskan kemarahan masyarakat. Lalu saat ini ketika mereka berjaya menguasai negeri Utara, mereka biarkan Helang berkuasa di sebuah pulau, walalu mereka dahulu memanggilnya “berhala”.

Ketika kita minta mereka menerngkan alasan mereka untuk tidak mengkafirkan diri sendiri, maka mereka bawakan hujjah, yang hujjah tersebut sebenarnya boleh juga digunapakai oleh lawan mereka, malah hujjah tersebut lebih memihak kepada lawan mereka kerna mereka berteman dengan kafir harbi yang memusuhi Islam secara pasti!

Begitu juga ketika diminta alasan menagpa tidak dirobohkan sahaja patung helng, maka mereka bisa berkata “Kami telah menjumpai sebuah dlil yng membenarknnya”, atu bis saja mereka berbicara “keadaan – kondisi – tak membenrkannya lagi”.

Lalu mengapakah saat lawan mereka memerintah, mereka sakan berteriak? Apakah dahulu kondisinya membenarkn dan sekarang kondisinya melarang?

Sama hal nya apabila pemimpin mereka meminta bai’at, taat setia, melarang pemberontakan dan ahli diingtkan agar selalu menuruti peraturan dari pucuk pimpinan. Namum mereka parti Islam itu melakukan perlawanan dengan pemerintah negara, melakukan penghinaan kepada pemimpin, melawan, mengkeji, mencaci, memusuhi – walhal mereka sebelum itu membacakan ayat-ayat dan hadith-hdith taat setia kepada pemimpin. Rupanya mereka mengimani bahawa “pemimpin” itu adalah diri mereka, seolah-olah mereka mengimani bahawa diri mereka lah pemimpin adil yang wajib dibaitat. Inilah pemikiran Khawarij, sehinggakan Dzul Khuraishi  merasa bahawa dirinya lebih adil dari Rasulullah!

Khawarij dan kelompok sesat yang lain seperti Asya’irah – Jahmiyah, Sufi, Filfasat dan lain-lain sememangnya tak akan mengaku kesesatan diri sendiri, dan mereka selamanyua tak akan mahu mengikuti dustur dan dasar dari Ilahi: menapaki jejak  Salaf as soleh dalam merenung kehidupan beragama.

Semuanya kerna mereka ada sikap apologetik; dan sikap ini sebenarnya bersumber dari satu rasa iaitu SOMBONG. Yang dengan satu rasa ini lah juga Iblis menjadi Mantan Ahli  Syurga!

Justeru kita harus siapkan sebuah piala untuk Setan, dan juga piala-piala kecil untuk para Apologetik.