Archive for the ‘Fabrikasi’ Category

Mempelajari Kaedah Rahsia Dalam Berhujjah

Disember 13, 2011

Saya akan ajarkan kepada para pembaca beberapa kaedah berhujjah yang terkenal dalam umat Islam.Camkanlah hal ini dengan baik dan ingatlah ia kerana perkara ini akan selalu kita hadapinya. Kaedah ini merupakan teknik rahsia yang hanya diketahui oleh mahaguru tertinggi.

Kaedah Pertama

Salah satu darinya adalah kita mendustakan kitab yang ditulis oleh tokoh yang menyerang pemahaman kita. Kita ciptalah pelbagai alasan agar tuduhan itu nampak rasional dan boleh diterima oleh masyarakat yang tidak mengetahui hakikat sebenar.

Kita ada tiga pilihan untuk tujuan tersebut; pertama kita katakan bahawa kitab itu telah dirubah oleh penerbit ataupun pentahqiq yang memang bermusuhan dengan mazhab kita. Mereka (penerbit atau pentahqiq) telah memadam perkataan sebenar tokoh tersebut dan memasukkan perkataan palsu lalu diatasnamakan pada tokoh berkenaan.

Kedua; kita katakan saja bahawa kitab itu ditulis semasa tokoh tersebut sesat atau pada fasa awal kehidupannya; sementara beliau telah ruju’ (taubat) di penghujung nafas sebelum meninggal dunia. Lantas sebab itulah kandungan kitab tersebut menyalahi aqidah kita.

Ketiga; kita terus nafikan kitab itu ditulis oleh tokoh tersebut sebaliknya kita lemparkan tuduhan bahawa kitab itu ditulis oleh musuh kita lantas dinisbatkan kepada tokoh ternama tadi.

Kita lakukan hal ini agar masyarakat tidak mengesyaki bahawa imam tersebut tidaklah beraqidah seperti aqidah kita walaupun kita menamakan mazhab kita sempena nama beliau. Seperti yang telah kita lakukan kepada kitab Al Ibanah Al Ushul Ad Diyanah karya Imam Asya’ari.

Sekiranya kita membenarkan kitab Al Ibanah itu sebagai antara karya terakhir sang imam, pasti secara automatik kita terpaksa mengakui bahawa aqidah yang kita sandang merupakan aqidah yang melencong. Malah Imam Asya’ari berlepas diri dari aqidah yang kita anut. Serta dengan nyata Imam Asya’ari menetapkan dalam kitabnya bahawa mazhab Salaf sebagai aqidah yang benar.

Oleh itu bagi memastikan survival mazhab kita, kita wajib bermati-matian untuk mendustakan kitab tersebut walaupun para imam Ahlus Sunnah sepakat untuk menerima kitab itu. Seperti Ibnu Asakir, Imam Ad Dzahabi, Ibn Katsir dan banyak lagi para imam yang mengakui kitab tersebut antara karangan terakhir Imam Asya’ari.

Kaedah Kedua

Kaedah seterusnya adalah memalsukan perkataan para imam agar masyarakat melihat imam-imam Ahlus Sunnah bersama-sama dengan kita dalam mazhab yang kita anut. Dengan demikian kita akan mudah mempengaruhi masyakat untuk menerima dakwah kita; terutamanya bila kita berkata “pemahaman yang kita perjuangkan ini merupakan lanjutan dari pemahaman para salafus soleh. Buktinya kita memiliki senarai panjang nama ulama’ yang beraqidah seperti kita”.

Lantas kita katakan Imam Syafi’e menolak khabar ahad sebagai dasar aqidah. Juga katakan bahawa tokoh lain pun sama sependirian dengan Imam Syafi’e seperti Ibn Taimiyah, Ibn Katsir, Ibn Hajar Asqalani, Imam Nawawi dan banyak lagi.

Lantas kita ambil perkataan mereka yang bersifat umum lalu kita asak perkataan tersebut agar kelihatan bersesuai dengan aqidah kita. Justeru kita katakan kepada masyarakat: “Kita tidak wajib untuk mempercayai qadar, azab kubur, turunnya Isa, keluarnya Dajjal, dan banyak lagi hal-hal yang Rasulullah saw ceritakan tentang perkara akhir zaman.

Kita ambil contoh seperti Hizbut Tahrir yang mengatakan Ibn Hajar menolak keimanan yang bersumber dari hadis ahad. Kita katakan bahawa ucapan beliau dinukil dari kitab magnum opusnya iaitu Fathul Bari Syarah Shahih Bukhari. Balam masa yang sama kita sedia maklum bahawa dalam Fathul Bari, Imam Ibn Hajar menetapkan keimanan kepada qadar dan menentang orang yang menolaknya dengan memanggil mereka sebagai Qadariyah. Sang Imam beriman adanya azab kubur dan banyak lagi hal-hal keimanan yang berasaskan kepada hadis ahad.

Dalam masa yang sama kita berharap agar umat tidak membaca kitab-kitab aqidah para imam tersebut. Dan memang kita tahu bahawa orang awam tidak pernah melihat kitab aqidah mereka. Malah kita juga tahu bahawa ramai para guru tidak pernah membaca kitab-kitab aqidah para Imam Ahlus Sunnah ini walaupun mereka belajar jurusan aqidah dan usuluddin di universiti.

Kita boleh tanyakan kepada para guru yang mengajar kita, apakah mereka pernah membaca kitab Ar Radd Alal Jahmiyah karya Imam Ahmad? Ar Radd Alal Jahmiyah oleh Imam Bukhari? Ushul As Sunnah oleh Imam Al Humaidi? Kitab Nuzul Wal Kitab Sifat oleh Imam Daruqutni? Kitab Isbat As Sifat Al Ulwi oleh Imam Ibnu Qudamah dan banyak kitab para imam Ahlus Sunnah yang mu’tabar. Pasti mereka akan berkata “Saya belum pernah membacanya dan kalau ada, saya takut isinya telah dirubah oleh penerbit dan pentahqiq”.

Bagus! Jawapan yang diberikan oleh guru kita itu telah mengikut teknik yang telah kita pelajari diatas tadi. Bukankah telah saya katakan bahawa teknik ini akan kita hadapinya selalu dalam kehidupan beragama.

Kaedah Ketiga

Teknik yang terakhir adalah mewujudkan keraguan terhadap kredibiliti tokoh tersebut agar masyarakat menolak tokoh tersebut sekaligus menelantarkan kitab atau hujjah yang telah digunakan oleh tokoh tersebut dalam menentang mazhab kita.

Kaedah ini banyak diadaptasi dalam perbicaraan mahkamah agar perkataan saksi akan ditolak apabila didapati tidak adil, atau pendusta, atau berniat jahat, atau bersubahat dan sebagainya.

Seperti Syiah yang mengatakan bahawa para sahabat itu menjadi murtad apabila wafatnya Rasulullah saw, melainkan 4 orang sahaja yang masih Islam. Dan mereka mengambil agama dari empat orang inilah, kononnya.

Mereka juga mengatakan bahawa Ummul Mu’minin – A’isyah – itu merupakan pelacur dan perempuan jalang. Lebih keji lagi apabila Khomaini mengatakan bahawa Abu Bakr dan Umar merupakan berhala dan dia berazam untuk mengorek jasad kedua mereka jika dia berjaya menakluki Madinah satu hari nanti.

Justeru bagi merealisasikan kaedah ini; kita katakan sahaja bahawa Ibn Khuzaimah, Imam Ad Darimi dan Imam Izz Abdis Salam sebagai mujassimah (kaum yang menjisimkan Allah) kerana kita dapati bahawa mereka telah mengarang kitab yang menentang aqidah kita. Malangnya kitab mereka itu tidak mampu untuk dibantah secara ilmiyah oleh kita.

Oleh itu apabila kita menyebarluaskan penyesatan keatas mereka, kita berharap masayarakat akan menolak mereka sekaligus akan meninggalkan hujjah-hujjah mereka serta kitab aqidah mereka. Kita wajib berusaha untuk menolak kitab Ar Radd Alal Jahmiyah oleh Imam Ad Darimi agar aqidah yang kita anut tidak diketahui bertentangan dengan aqidah para sahabat Nabi saw.

Walaupun kita mengetahui bahawa seluruh ulama’ Ahlus Sunnah mengiktiraf mereka sebagai ulama’ mutabar, imam di zamannya, tokoh yang berpegang teguh dengan sunnah, ilmuan yang meniti jalan Rasulullah saw; namun kita juga mengetahui bahawa masyarakat awam tidak mengetahui hakikat ini.

Masyarakat hanya tahu beberapa nama sahaja seperti nama Imam Syafi’e, Imam Nawawi, Ibn Katsir dan Imam Ibn Hajar. Lebih menarik masayarakat hanya sekadar menghafal nama mereka namun tidak pernah membaca kitab-kitab mereka terutamanya kitab aqidah mereka.

Contohnya Imam Ad Darimi merupakan murid kepada Imam Ahmad, Ali Al Madini dan Yahya bin Ma’in; yang merupakan tokoh ulama’ agung. Malah Imam Ad Darimi juga merupakan guru kepada imam-imam yang hebat seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Tarmizi, Abu Zur’ah, Abu Hatim, Imam Abu Dawud dan banyak lagi. Masyarakat tidak mengetahuinya. Malah mungkin inilah kali pertama mereka mendengar nama “Ad Darimi”.

Sekiranya kita mengatakan Imam Ad Darimi sebagai sesat, pasti orang yang cerdik akan mengetahui bahawa secara tersiratnya kita turut menyesatkan guru beliau iaitu Imam Ahmad, dan juga seluruh muridnya iaitu Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Tarmizi, Imam Abu Dawud dan banyak lagi.

Namun kita percaya perbuatan kita ini tidak akan dihidu oleh orang awam melainkan yang memiliki ilmu dan yang ikhlas mencari kebenaran walaupun mendapat tentangan.

Efek Placebo Dalam Jamaah Islam

Disember 12, 2011

Placebo Dan Pisikologi Manusia

Mungkin ramai dari kita tidak pernah mendengar frasa “Efek Placebo”. Sebenarnya istilah placebo hanya berlaku dalam bidang farmasutikal dan kesihatan. Penjelasannya sangat mudah; iaitu manusia bertindakbalas mengikut hukum psikologi.

Lalu sekiranya sebuah kaedah perubatan palsu atau sejenis ubat tiruan yang digambarkan sebagai ubat yang mustajab, didatangkan dengan pakej lengkap – harga yang mahal, testimonial yang berjela, pembungkusan yang eksklusif dan dikatakan dicipta oleh profesor yang hebat – maka pesakit yang melazimi kaedah tersebut atau yang memakan ubat itu akan menunjukkan kesan pembaikan yang cepat, seperti ubat asli atau seperti kaedah rawatan yang sebenar.

Justeru pesakit akan percayaa bahawa ubat atau kaedah tersebut sangat mujarab! Tetapi mereka tidak tahu bahawa mereka telah ditipu; sedangkan yang membantu penyembuhan mereka adalah kondisi psikologi yang sentiasa positif.

Kesan placebo ini boleh dibuktikan dalam makmal dengan menggunakan kaedah “Buta Berganda” atau Double Blind. Iaitu sejumlah pesakit yang mengalami masalah yang sama akan dibahagikan kepada dua kelompok. Satu kelompok dibekalkan dengan ubat asli sementara kelompok lain diberikan dengan ubat palsu. Dengan syarat pesakit dan para doktor yang merawat tidak mengetahui bahawa mereka sedang di uji dengan ubat palsu.

Namun disitu ada sebuah pertanyaan barangkali; bagaimana kita mengetahui ubat itu palsu atau asli? Inilah satu perkara yang sangat rumit untuk dijawab dan dibuktikan. Selalunya yang mengetahui masalah ini hanya ada dua kelompok, iaitu kelompok yang terlibat dalam menghasilkan ubat palsu dan satu lagi hanyalah para pakar yang memang telah bergelumang dalam bidang farmasi.

 

Syaitan Menyeru Untuk Memasuki “Islam Palsu”

Rupanya “ubat palsu” juga berlaku dalam perkara agama! Ini boleh dicerap apabila kita memahami bahawa agama merupakan ubat kepada rohani, penawar hati dan penenang jiwa.

Banyak Jamaah Islam telah menebarkan berbagai ubat palsu kepada masyarakat bagi melariskan pemikiran dan perjuangan mereka. Walhal da’wah yang mereka lakukan itu sangat jauh dari metode da’wah Nabi saw dan para sahabat ra.

Tetapi oleh kerana penyerunya itu memakai serban besar, boleh bercakap arab, berjubah labuh, mempunyai pengikut yang ramai, malah dikatakan mempunyai ilmu yang mendalam, serta mendapat dokongan dari sekian banyak ulama’ lain; menjadikan kita terpedaya dengan da’wah palsu tersebut. Seperti pesakit yang tertipu apabila ubat palsu didatangkan dengan pakej lengkap yang telah dihurai seperti di atas.

Walhal itu bukanlah ukuran sebenar kebenaran. Kebenaran dalam Islam adalah mengikut Allah dan Rasul-Nya, berdasarkan pemahaman para sahabat. Kerana Allah telah berfirman dalam Al Qur’an:

“Orang Muhajirin dan Ansar yang awal dan orang yang mengikut mereka dengan sebaik-baiknya, Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah.” (Al- Taubah: 100)

Allah menjanjikan keredhaannya jika kita mengikut Kaum Muhajirin dan Ansar. Siapa lagi kalau mereka itu bukan sahabat. Lantaran itu makna mengikut sahabat adalah mengikuti mereka dari segi pemahaman beragama, mencontohi mereka menegakkan sunnah dan menjadikan mereka neraca dalam melihat Islam. Disitulah letaknya kebenaran yang hakiki.

Sahabat Nabi, Ibnu Mas’ud ra berkata bahawa Rasulullah saw. telah membuat satu garis lurus, kemudian bersabda: “Inilah jalan Allah yang lurus.” Kemudian beliau membuat beberapa garis lagi di kanan dan kiri garis lurus tadi, kemudian bersabda: “Dan ini adalah jalan-jalan yang tidak ada satupun darinya melainkan ada syaitan yang mengajak kepadanya.” Lalu beliau membaca firman-Nya: “…Dan sungguh inilah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah ia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain)…” (Shahih: riwayat Ahmad dan lain-lain)

Justeru, fenomena placebo ini telah dijelaskan oleh Allah melalui lisan Rasul-Nya bahawa akan datang satu zaman dimana syaitan yang bertopengkan watak ulama’ akan menyeru umat untuk mengikut da’wah palsu mereka, dengan menamakan seruan itu sebagai “Islam yang sebenar”.

 

Hizbut Tahrir Dengan Alasan Ketiadaan Khalifah

Kita ambil contoh bagaimana Hizbut Tahrir (HT) mengatakan bahawa kelemahan umat Islam hari ini adalah lantaran musnahnya sistem Khalifah al Uzma pada tahun 1924 setelah Dinasti Turki Uthmaniyah dihapuskan oleh Mustafa Kamal. Segala kelemahan umat Islam yang dilihat hari ini; seperti pencerobohan oleh tentera kufar, bobroknya akhlak umat, tandusnya ilmu pengetahuan, lemahnya ekonomi masyarakat dan segala 1001 macam masalah lagi adalah berpunca dari ketiadaan khalifah.

Hizbut Tahrir Malaysia telah menulis artikel bertajuk “Kehancuran Daulah Khilafah – Punca Kepada Seluruh Tragedi Di Dunia Islam” dan “Lenyapnya Daulah Khilafah – Ibu Kepada Segala Kejahatan”.

Tetapi satu hal yang sengaja tidak diceritakan oleh HT kepada umat bahawa Khalifah al Uzma telah terhapus pada tahun 775 M setelah Kerajaan Dinasti Umayyah diserang oleh Bani Abbas di bawah tangan Abu Abbas As Saffah. Khalifah Abdur Rahman Ad Dakhil melarikan diri ke Kordova lalu memerintah saki baki jajahan Umayyah sementara Abu Abbas membentuk kerajaan Abasiyah di Baghdad.

Pada tahun 756 M inilah dunia menyaksikan bahawa wujud dua orang khalifah yang memimpin dunia Islam. Sedangkan mereka ini saling bermusuhan dan saling serang menyerang. Malah antara satu sama lain tidak pernah untuk tunduk dan berdamai. Lantas apakah pada waktu itu boleh dikatakan kedua-dua mereka adalah khalifah, atau salah seorang dari mereka adalah Khalifah Yang Agung atau jawapan yang lebih tepat adalah mengakui khalifah telah musnah?

Justeru yang benar adalah khalifah yang agung telah termusnah pada saat naiknya Abu Abbas di Baghdad. Ketiadaan Khalifah Al Uzma ini berlanjutan sehingga saat ini. Kerana pada setiap zaman umat Islam tidak pernah dikuaisai oleh satu kerajaan secara mutlak, malah pada setiap zaman itu dicatat munculnya banyak kerajaan dalam waktu yang sama.

Namun disana ada satu soalan yang wajar ditanyakan kepada HT; “Mengapakah Imam Syafi’e dan seluruh imam yang lain sesudah beliau tidak pernah untuk menjadikan Khalifah Al Uzma sebagai matlamat perjuangan? Tidak pernah tercatit mereka menggerakkan massa bagi menubuhkan Khalifah Al Uzma, malah mereka tidak pernah mengkambing-hitamkan ketiadaan khalifah untuk setiap kecelakaan atau kelemahan umat Islam”.

Setelah itu kita tanyakan lagi kepada HT: “Sekiranya Imam Syafi’e dan seluruh Imam Ahlus Sunnah tidak pernah berbuat seperti kalian, apakah kalian lebih alim dan mengerti tentang Islam berbanding mereka? Jika kalian menjawabnya “ya” bererti kalian adalah kaum pendusta. Namun jika kalian menjawab “tidak” bererti kalian telah membuka pintu kesesatan.

 

Hizbut Tahrir Sebenarnya Anti Hadits

Namun sebenarnya kesesatan terbesar Hizbut Tahrir adalah mereka menolak hadits ahad yang maqbul (diterima) sebagai hujjah dalam aqidah.

Oleh itu mereka menolak qadar, adanya azab kubur, syafaat nabi, keluarnya dajjal, 10 sahabat yang dijamin syurga, telaga nabi dan banyak lagi perkara keimanan. Sehinggakan apabila kita membaca kitab-kitab yang membahaskan firqah (kelompok) dalam Islam maka kita dapati bahawa mereka adalah penerus paham mu’tazilah di zaman ini.

Syamsudin Ramadhan An Nawi menulis artikel berjodol “Hadits Ahad Tidak Boleh Dijadikan Hujjah Dalam Perkara Aqidah”. Mereka namakan kaedah ini sebagai kaedah yang diamalkan oleh para sahabat. Namun kenyataan dusta mereka ini tidak berjaya mereka buktikan dengan konkrit.

Sebuah soalan yang cukup ringkas untuk mereka: “Sekiranya para sahabat telah ijma (sepakat) untuk hanya menerima khabar mutawatir dalam hal keimanan, dan diteruskan oleh tabi’in dan para imam Ahlus Sunnah, maka sila berikan sebuah kitab aqidah yang ditulis oleh para salaf as soleh yang didalamnya tidak ada satu pun keimanan yang bersumber dari hadits ahad”.

Saya telah meminta kepada mereka namun sampai saat ini mereka tidak berjaya menemukannya!

Melabel Salafi Sebagai Literal : Upaya Mazhab Islam Liberal

Julai 18, 2011

Reaksi Terhadap Artikel “Fenomana Literalis Agama”

Oleh Abu Amru Mohd Radzi Bin Othman

Tim. S/U Seketeriat Ulama’ Muda UMNO (ILMU)

 

 Menanggapi Perbezaan Mazhab Fikir Islam

Islam itu sebenarnya satu. Kemudian ketika Islam bercambah ibarat jamur selepas hujan, banyak manusia yang dahulunya tidak dididik oleh Rasulullah saw dan masih ada saki baki ajaran nenek moyangnya telah mengkontaminasikan Islam yang mulia dengan beberapa tanggapan dan amalan baharu. Lebih parah apabila berlaku pergeseran politik dan hasutan dari Yahudi dan kaum munafik. Menjadikan Islam yang satu itu berpecah; berpencar-pencar.

Para sahabat dan murid mereka ; tabi’in menjadi kecil jumlahnya ketimbang kaum muslimin yang lain – yang masuk Islam berbondong-bondong dari pojok Timur hingga ke Barat. Ketika itulah kaum Syiah menetapkan diri mereka sebagai Mazhab yang Benar dan memanggil mazhab sahabat sebagai Nawasib: kaum yang menyakiti Ahlul Bait. Malah sahabat dikafirkan dan dibolehkan untuk dibunuh.

Mazhab sahabat ini diteruskan oleh muridnya tabi’in; itba’ ut tabi’in. Ketika ini gedung penyimpanan ilmu terlarang – ilmu kalam – dipecahkan Khalifah Makmun, anaknya Harun Ar Rasyid, dan pemikiran filsafat pun menerpa kedalam kalbu umat Islam. Lantas dibidankan Mu’tazilah, kemudian Jahmiyah, Qadariyah, Muatilah, Kulabiyah dan banyak lagi mazhab yang berputar kepada pemahaman filsafat.

Ketika inilah mereka mengatakan mazhab Sahabat sebagai sesat, penjisim Tuhan (Mujassimah), ahlil bid’ah dan ada yang mengkafirkan seperti kelompok Ahbash. Namun Mazhab Sahabat atau dahulunya dikenal sebagai Ahlus Sunnah Wal Jamaah tidak memerlukan mereka sebagai lambang pengiktirafan terhadap kebenaran mazhab ini kerana mazhab ini bersambung sanadnya sehingga menuju kepada Rasulullah saw. Mata rantai ini begitu kokoh dan teguh serta tidak dapat dipungkiri oleh mereka semua.

Imam Barbahari menjelaskan hal ini dalam kitab aqidahnya:

Jika anda mendengar seseorang mengatakan “Si Fulan (Salafi) adalah seorang musyabihah” atau “Si Fulan berbicara tentang masalah tasybih (penyerupaan)”, maka dia (penuduh) adalah seorang Jahmiyah. Bila seseorang berkata “Si Fulan (Salafi) termasuk Nashibiyah (kaum yang menyakiti Ahlul Bait)” maka ketahuilah bahawa dia (penuduh) adalah Syiah Rafidhi” (Syarhus Sunnah)

Liberalisme Islam

Terbaru, kelompok Qutubiyyah mengatakan mazhab ini sebagai Salafi Zahiri. Penisbatan seperti ini tidak memberi kesan apa-apa kepada kebenaran Mazhab Rasulullah saw kerana mazhab ini sudah tahan diasak dan digasak. Telah berlalu 1000 tahun lebih percubaan untuk melabel dan menyesatkan mazhab ini namun kekuatan pedang hujjah yang Salafi miliki senantiasa menebas kubah alasan yang mereka bina.

Lantas saya katakana; jika ada seseorang yang mengatakan “Si Fulan mentafsir agama secara harfiyah (literal)” atau “Mereka adalah Salafi Literalis” maka ketahuilah bahawa penuduh adalah Islam Liberal.

Sebenarnya Qutubiyah ini adalah gabungan pemikiran filsafat Liberal dan gerakan Ikhwanul Muslimin yang berpusat di Mesir. Mereka bukan seperti Jaringan Islam Liberal (JIL) yang secara vokal memperjuangkan Liberalisme, namun mereka – Ikhwani dan Qutubiyyah – menggunakan cara yang cukup lembut untuk menegakkan paham Liberal tersebut. Walau terdapat perbezaan antara Ikhwani dan JIL namun mereka tetap berkongsi prinsip yang sama.

Islam Liberal atau “Islam Tanwiri” yang dikatakan sebagai Islam yang sejati menetapkan bahawa aqal menjadi neraca kepada kebenaran. Slogan mereka adalah “la sultana ‘ala al-‘aql ill al ‘aql” (tidak ada otoritas terhadap akal kecuali akal sendiri). Maka mereka melakukan rombakan kepada prinsip memahami sumber epistimologi Islam sehinggakan di hujungnya adalah mereka menolak sumber Islam itu sendiri.

Dasar Islam Tanwiri meliputi tiga struktur yang paling utama iaitu:

[1] Liberalisasi Tauhid : ekualisasi dalam semua mazhab aqidah

[2] Liberalisasi Al-Qur’an  : dekonstruksi kitab suci

[3] Liberalisasi Syariat Islam  : kontekstualisasi ijtihad

Tiga perkara diatas terjadi lantaran cara mereka melihat eksistensi naqal tidak multak. Mereka beranggapan bahawa Al Qur’an itu diterjemah oleh Nabi Muhammad, mengikut konteks masyarat dan zaman tersebut. Dengan demikian Al Qur’an harus difahami bukan secara tekstual dan tradisional, sebaliknya mengikut tafsiran baharu. Seperti yang dinamakan oleh mereka sebagai kaedah  Tafsir Kontekstual, Tafsir Hermeneutik, Tafsir Kritis dan Tafsir Liberal.

Kontekstual, Harmeneutika dan Kritis adalah metode tafsir yang berasal dari Yunani dan Nasrani yang berkembang pesat sebagai metode intepretasi Bibel. Diacak keatas Bible lantaran terdapat banyak percanggahan didalam Bible sehingga menimbulkan keraguan kepada penganut Nasrani, keraguan tentang keabsahan Bible sebagai Kitab Suci. Malah umum mengetahui bahawa Bible ditulis oleh banyak pengarang sehinggakan perlu wujud satu kaedah tafsir yang mampu memahami setiap maksud pengarang yang hidup dalam zaman yang berbeza dan kultur budaya yang berlaian.

Namun kondisi Bible dan Al Qur’an sangat jauh bedanya, yang menyebabkan tidak mungkin Al Qur’an bisa ditafsir mengikut kaedah tafsiran Bible. Al Qur’an bukan perkataan Muhammad saw walaupun sebuah kalimat. Al Qur’an adalah perkataan Tuhan. Nabi hanya membacakannya kepada para sahabat dan kemudian menjelaskan makna firman Tuhan tersebut, mengikut pemahaman yang Tuhan ajarkan kepada baginda, diistilahkan sebagai hadith.

Liberalisasi Terhadap Tafsiran Al Qur’an

Namun bagi kaum Liberal, walaupun Al Qur’an adalah Kitab Suci, tetapi yang disampaikan adalah sebuah prosa sastera yang harus dipahami berdasarkan keadaan zaman, bukannya secara tekstual. Bagi mereka, Al Qur’an harus ditafsir secara historis:

Tokoh Islam Liberal Indonesia, Ahmad Wahib berkata: “Menurut saya sumber-sumber pokok untuk mengetahui Islam atau katakanlah bahan-bahan dasar ajaran Islam, bukanlah Qur’an dan Hadith melainkan Sejarah Muhammad. Bunyi Qur’an dan Hadith adalah sebagian dari sumber sejarah dari sejarah Muhammad yang berupa kata-kata yang dikeluarkan Muhammad itu sendiri. Sumber sejarah yang lain dari Sejarah Muhammad ialah: struktur masyarakat, pola pemerintahannya, hubungan luar negerinya, adat istiadatnya, iklimnya, pribadi Muhammad, pribadi sahabat-sahabatnya dan lain-lainnya.” (Catatan Harian Ahmad Wahib, hal 110, tertanggal 17 April 1970).

Sementara itu Prof. Dr. M. Amin Abdullah, Ketua Majlis Tarjih Muhammadiyah, bekas rektor IAIN Jogjakarta berkata: “Tafsir-tafsir klasik Al-Quran tidak lagi memberi makna dan fungsi yang jelas dalam kehidupan umat.”

Fazlur Rahman berkata: “suatu masyarakat yang harus memulai hidup dalam kerangka masa lampau, betapa pun manis kenangannya, dan gagal menghadapi realiti kekinian secara jujur, dia pasti menjadi sebuah fosil; dan sudah merupakan hukum Tuhan bahwa fosil tidak tahan lama: “Bukanlah Kami berbuat lalim terhadap mereka, merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri” (Q.S. Hud/11: 101; al-Nahl/16: 33)”.

Dalam kitab Mafhum al-Nass (Penalaran Teks), Nasr Hamid Abu Zayd – seorang penulis Mesir – mengatakan bahawa Nabi Muhammad sebagai penerima pertama wahyu yang sekaligus penyampai teks. Teks tersebut terbit dari realiti masyarakat lokal di Makkah. Jadi Nabi Muhammad sebagai seorang penerima wahyu tidak bertindak  sebagai seorang penerima pasif – menuturkan persis apa yang Allah tuturkan. Sebaliknya Nabi Muhammad mengolah dustur ilahi tersebut menggunakan kepintarannya yang terikat kepada faktor sosi-budaya dan sejarah masyarakat Arab.

Bagi Islam Liberal, kaedah pentafsiran al-Qur’an oleh Ahlu Sunnah cukup jumud dengan membuat kesimpulan-kesimpulan berikut:

(1)    Tafsir yang benar menurut Ahlu Sunnah  adalah tafsir yang didasarkan pada pemahaman ‘ulama Salaf. Justeru Ahlu Sunnah menyusun sumber-sumber utama penafsiran al-Qur’an pada empat hal: penjelasan Rasulullah saw, sahabat, tabi’in, dan terakhir tafsir bahasa. Walhal perubahan zaman menyebabkan perubahan kultur budaya cara kehidupan sehinggakan tafsiran Ahlus Sunnah kelihatan kaku dan tidak realistic untuk diterjemahkan kepada zaman sekarang.

(2)   Kesalahan yang mendasar pada tafsir Ahlu Sunnah ialah kerana mereka menterjemah “maksud teks” dan dalalah-nya dengan zaman nubuwah, risalah, dan turunnya wahyu. Kaedah ini bukan sahaja kesalahan pemahaman, tetapi juga merupakan suatu sikap yang bersifat keterbelakangan, anti kemajuan dan anti progresif.

Atas natijah ini, Al Qur’an perlu untuk ditafsir semula, dengan meninggalkan tafsiran tradisional yang tekstual – atau dalam sebutan lain adalah literal – tetapi haruslah menuju kepada tafsiran yang lebih ilmiyah dan boleh dipertanggungjawabkan iaitu tafsiran secara kontekstual. Melalui tafsiran ini, Al Qur’an akan dilihat sentiasa relevan dan cocok dalam setiap zaman dan kondisi manusia.

Liberalisasi Terhadap Hukum Hadith

Menurut Fazlur Rahman dalam Islamic Methodology in History, – tokoh yang namanya dijadikan hujjah oleh mantan Mufti bagi membantah pemahaman Syeikh Muhammad At Tamimi – sunnah Nabi adalah sebuah konsep “Payung Umum” (a general umbrella concept) yang menafikan “kandungan khusus” yang bersifat spesifik. Semua hadith bersifat umum walaupun kelihatan khusus.

Kehujjahannya adalah secara teori dapat disimpulkan bahawa sunnah adalah sebuah “terma perilaku” (behavioral term) Rasulullah saw terlahir dari reaksi dengan masyarakat di zamannya. Sunnah Nabi merupakan “petunjuk arah” (pointer in the direction) kepada hidup beragama, bukannya peraturan-peraturan yang telah ditetapkan secara pasti (an exactly laid-out series of rulers).

Oleh karena di dalam praktiknya tidak akan maujud dua buah kasus yang benar-benar sama secara latar belakang, secara moral, psikologis dan material. Maka sunnah tersebut wajib diinterpretasikan dan diadaptasikan mengikut kontek sesebuah zaman dan masyarakatnya.

Lantaran itu Fazlur Rahman mendatangkan sebuah teori dalam memahami Sunnah, yang dinamakan sebagai Tafsir Situasional. Untuk ini Kaum Muslimin harus melakukan semakan semula terhadap aneka ragam unsur-unsur di dalam hadith dan melakukan pentafsiran semula (reinterpretasi) dengan sempurna terhadap hadith, sesuai dengan kondisi-kondisi moral-sosial yang sudah berubah pada masa kini.

Upaya ini hanya dapat dilaksanakan melalui pendekatan historis dalam studi hadith yang bermaksud mengembalikan hadith menjadi “sunnah yang hidup”. Dengan demikian, penafsiran situasional merupakan kombinasi pendekatan historis dengan pendekatan sosiologis.

Kerangka pendekatan historis dalam “penafsiran situasional” ini digubal dengan beberapa tahapan sebelum sebuah hadith berjaya menjadi “sunnah yang sentiasa segar”.

(1)        Memahami makna teks hadith dan memahami latar belakang situasionalnya: memahami situasi Nabi dan masyarakat pada fasa kenabian secara umum (asbab al-wurud makro) dan juga memahami sebab-sebab munculnya hadith (asbab al-wurud mikro).

(2)        Memahami petunjuk-petunjuk al-Qur’an yang berkaitan, yang pembicaraannya bersangkutan dengan makna hadith tersebut. Dari langkah ini sebuah hadith dapat dipahami dan dibedakan antara (a) nilai-nilai nyata dan (b) sasaran hukumnya (ratio legis) serta dengan demikian dapat dipahami prinsip idea moral dari hadith tersebut.

(3)         Pembinaan kembali hukum hadith, iaitu melalui prinsip idea moral yang telah difahami tadi, sebuah hadith diaplikasikan dan diadaptasikan dalam latar sosiologis saat ini. Ketika ini, waki’ (situasi zaman sekarang) harus benar-benar dimengertikan sebelum pembinaan hukum baharu terhadap hadith dikeluarkan.

Liberalis Menuduh Sunni Sebagai Literalis

Lanjutan dari itu seorang tokoh Liberalis, Al-Nai’im telah mengajak umat Islam menyemak semula hukum mualamat kerana ‘ulama fiqh memahami teks hadith secara literal. al-Na’imi berkata:

“have shown that Syari’a was infact constructed by Muslim jurists over the first three centuries of Islam. Although derived from fundamental divine sources of Islam, the Qur’an and Sunna, Syari’a is not divine because it is the product of human interpretation took place within a specific historical context which is drastically different from our own. It should therefore be possible for contemporary Muslims to undertake a similar process of interpretation and application of the Qur’an and Sunna in the present historical context to develop an alternative public law of Islam which is appropriate for implemantation today.(Abdull al-Na’im, Towards an Islamic Reformation, 1989, ms. 186).

Begitu juga tokoh yang telah kita bahas diatas, Nasr Hamid Abu Zayd, berkata dalam Naqd al-Khitab al-Dini (Dekontruksi Wacana Keagamaan) bahawa gelombang tajdid (kebangkitan Islam) yang disebut-sebut selama ini telah menghasilkan golongan yang membaca teks agama secara kaku dan literal (harfiyyah), bahkan sampai pada tahap pentakdisan, pensakralan serta pengingkaran terhadap tabi’at manusia dan sejarahnya.

Nada yang sama berlaku seperti yang dibicarakan oleh Ridwan al Makasari dalam Terorisme Berjubah Agama, yang kemudiannya artikel ini disunting oleh Al Mustaqeem M. Radhi sebagai Bercakap Atas Nama Tuhan:

“… yang mengubah aliran tersebut (pemahaman Jamaluddin Al Afghani dan Muhammad Abduh) dari gerakan liberal menjadi literal, konservatif dan tertutup” (Bercakap Atas Nama Tuhan, ms 16)

Walhal Ahlus Sunnah tidak mengiktiraf kedua tokoh diatas lantaran mereka berdua adalah freemanson serta ahlil bid’ah. Hanya sahaja masyarakat umum berpendapat bahawa Al Afghani dan Abduh sebagai Salafi kerna seruan mereka adalah pembaharuan. Tetapi hakikatnya pembaharuan yang mereka impikan adalah taqrib kepada Barat, serta aqidah yang mereka bawa adalah aqidah yang berkecamok.

Ekualisasi Tauhid Dan Mazhab Pemikiran

Ketika mana kedua sumber utama dalam epistimologi Islam telah diruntuhkan melalui tafsiran historis dan sosialogis sekaligus segala hukum yang terbina daripada kedua sumber tadi pun runtuh serentak. Segala hukum yang bertabrakan harus dibina sesuai dengan kontek zaman dan masyarakat setempat.

Yang paling utama untuk disusun semula adalah hukum Aqidah dan Tauhid. Perbicaraan seputar hidup berTuhan dan bersyariat; apakah Islam memusuhi manusia yang tidak menganut Islam dan apakah seorang Sunni harus menyesatkan seorang Syiah, Khariji, Mu’tazili, Qadari, Ikhwani, Sufi dan seterusnya.

Persoalan itu ditangani oleh kaum Liberalis dengan menetapkan bahawa Islam tidak memusuhi agama-agama lain yang dianut oleh manusia. Islam bagi mereka cukup bersifat harmonis dan toleransi sehingga bersedia untuk meraikan kewujudan agama lain.

Nurcholis Madjid – muridnya Fazlur Rahman – menyatakan: “Rasanya toleransi agama hanya akan tumbuh diatas dasar paham kenisbian (relativisme) bentuk-bentuk formal agama ini dan pengakuan bersama akan kemutlakan suatu nilai yang universal, yang mengarah kepada setiap manusia, yang kiranya merupakan inti setiap agama” [Nurcholis Madjid : 239]

Alwi Shihab berkata: “Prinsip lain yang digariskan oleh Al-Qur’an adalah pengakuan eksistensi orang-orang yang berbuat baik dalam setiap komunitas beragama dan dengan begitu, layak memperoleh pahala dari Tuhan.  Lagi-lagi, prinsip ini memperkokoh ide mengenai pluralisme keagamaan dan menolak eksklusifisme.  Dalam pengertian lain, eksklusifisme keagamaan tidak sesuai dengan semangat Al-Qur’an.  Sebab Al-Qur’an tidak membeda-bedakan antara satu komunitas agama dari lainnya.”  (Islam Inklusif ; Menuju Sikap Terbuka dalam Beragama).

Sumanto Al-Qurtuby mengatakan: “Jika kelak di akhirat, pertanyaan di atas diajukan kepada Tuhan, mungkin Dia hanya tersenyum simpul.  Sambil menunjukkan surga-Nya yang Mahaluas, di sana ternyata telah menunggu banyak orang, antara lain; Jesus, Muhammad, Sahabat Umar, Gandhi, Luther, Abu Nawas, Romo Mangun, Bunda Teresa, Udin, Baharudin Lopa, dan Munir!”  (Lubang Hitam Agama).

Lantas Abdul Munir Mulkhan menimpali dengan berkata: “Jika semua agama memang benar sendiri, penting diyakini bahwa surga Tuhan yang satu itu sendiri terdiri dari banyak pintu dan kamar.  Tiap pintu adalah jalan pemeluk tiap agama memasuki kamar surganya.  Syarat memasuki surga ialah keikhlasan pembebasan manusia dari kelaparan, penderitaan, kekerasan dan ketakutan, tanpa melihat agamanya.  Inilah jalan universal surga bagi semua agama.  Dari sini, kerja sama dan dialog pemeluk berbeda agama jadi mungkin.”  (Ajaran dan Jalan Kematian Syekh Siti Jenar).

Mereka semua mengisyaratkan bahawa Islam meredhai wujudnya pelbagai agama dan menerima agama-agama tersebut dengan tangan terbuka. Sikap ini ditandakan sebagai pluralism – penerimaan kepelbagaian kepercayaan. Malah pluralism ini adalah ketentuan Ilahi kepada umat ini.

Nurcholis Madjid menyimpulkan: “Jadi, pluralisme sesungguhnya adalah sebuah aturan Tuhan (sunnatullah) yang tidak akan berubah, sehingga juga tidak mungkin dilawan atau diingkari.”  (Islam Doktrin Dan Peradaban).

Pluralisme Dalam Menyikapi Mazhab

Begitu juga bahawa seorang Salafi tidak harus memusuhi dan membid’ahkan mazhab Khalaf. Kerana Islam tidak diturunkan oleh Allah untuk mencipta persengketaan dan perpecahan. Islam yang dikatakan sebagai “Rahmatan lil Alamin” tidak wajar bersifat inklusif dan arnakis sebaliknya harus bersifat humanis dan menghormati setiap buhul iman yang dianut manusia.

Sikap pluralisma antara mazhab ini adalah setingkat bawah daripada pluralisma antara agama. Kerana mazhab Islam Liberal itu pun bertingkat-tingkat; ada yang mengamalkan liberalisma secara parsial (juz’i) dan ada yang secara multak (kulli).

Hal ini dapat difahami sekiranya kita menelusuri sejarah Islam Liberal sejak Rifa’ah Rafi’ al-Tahtawi (Mesir, 1801-1873), Shihabuddin Marjani (Rusia, 1818-1889) dan Ahmad Makhdun (Bukhara, 1827-1897) memasukkan mata pelajaran sekuler ke dalam kurikulum pendidikan Islam sehinggalah lahirnya Rachid Ghannouchi, Fatima Mernissi, `Ali Shari`ati, Muhammad Iqbal, Mohamed Arkoun, Nurcholish Madjid saat ini.

Mereka berbeza dari segi tahap liberal yang diperjuangkan namun pemikiran mereka bersumber kepada asas yang sama iaitu pentafsiran semula naqal menerusi nalar yang sesuai dalam kontek zaman dan masyarakat.

Muhammad al Ghazali mengatakan: “Para da’i umat Islam, baik salaf maupun khalaf seharusnya berpegang pada metodologi al-Qur’an dalam memaparkan persoalan-persoalan aqidah. Mereka hendaknya menyibukkan diri dengan mengemukakan upaya-upaya solusi Islami bagi problem-problem masa kini serta krisis-krisis morel dan materiil yang muncul. Sebab itulah sesungguhnya yang telah dikerjakan oleh generasi Salaf yang pertama, sehingga hal itu sangat membantu bagi penaklukan-penaklukan negeri-negeri Timur dan Barat. Adapun orang-orang yang kini menyibukkan diri dengan mengumandangkan perang melawan Jahmiyah, Mu’tazilah dan Asy’ariyah, maka bisa jadi mereka hanya memelihara kemenangan di medan yang tidak ada musuhnya, kemenangan dalam khayalan belaka dan tidak akan memperoleh apa-apa kecuali bayangan saja…” (Humum ad-Da’iyah).

Lantas Muhammad Al Ghazali yang merupakan guru serta teman Dr Yusuf Al Qaradhawi mengajak agar meneliti seluruh fiqh mazhab sesat sebelum membangunkan sebuah hukum fiqh :

“Sesungguhnya hal pertama yang terbaik adalah mempelajari nash-nash semuanya, kemudian mempelajari semua pendapat fikih yang diwariskan dari empat imam madzhab yang masyhur serta dari ahli-ahli fikih kontemporer lainnya, juga dari Khawarij, Zaidiyah, Syi’ah Imamiyah (Kafir), Zhahiriyah dan seterusnya. Dengan catatan bahwa studi perbandingan ini harus bebas mutlak dan sesudahnya harus diperbolehkan bagi seorang Muslim manapun untuk memilih apa yang disukainya dari pendapat-pendapat fikih di atas, atau kalau tidak, memegangi sikap taklid kepada seorang mujtahid tertentu”.

Upaya ini lahir dari imijinasi beliau agar citra ijtihad semakin hampir kepada kebenaran dan sesuai dengan zaman. Namun usaha yang beliau sarankan berupa sebuah cara untuk menghancurkan sunnah dan merosakkan hakikat.

Sebenarnya pluralisma telah dilakukan oleh pendiri Ikhwanul Muslimin sendiri. Hasan Albana pernah berkata: “Dakwah Ikhwanul Muslimin tidaklah ditujukan untuk melawan satu aqidah, agama, ataupun golongan, karena faktor pendorong perasaan jiwa para pengemban .dakwah jama’ah ini adalah berkeyakinan fundamental bahwa semua agama samawi berhadapan dengan musuh yang sama, iaitu atheisme”. (Qafilah Al-Ikhwan As-Siisi 1/211)

Musthafa As-Siba’i, seorang tokoh Ikhwani berkata: “Islam bukanlah agama yang memerangi agama Nashrani bahkan mengakui dan memuliakan agama Nashrani.. Islam tidak membezakan antara muslim dan Nashrani. Islam tidak memberikan hak lebih terhadap muslim atas hak Nashrani dalam kedudukan di pemerintahan…”

Hasan At Turabi (Pimpinan Front Islam Nasional – Sudan) dalam kasetnya Ta’dilul Qawanin mengatakan: “Boleh bagi seorang muslim untuk menjadi seorang Yahudi atau Nashrani.

Dr Yusuf Qaradhawi Menganut Islam Liberal

Dr. Yusuf Qardhawi – tokoh Ikhwanul Muslimin yang disanjung oleh Dr Asri, Mantan Mufti Kerajaan BN – terbukti beberapa kali dia menghadiri seminar-seminar yang membahas idea pluralis, seperti seminar di Libya tentang “Islam Dan Kristian” pada tahun 1976, seminar di Sudan dengan tema “Teologi Pluralis Dan Dialog Lintas Agama” pada tahun 1994, dan selainnya. (Ushul Wa Qawa’id dan Raf’ul Litsam)

Dr Yusuf Qardhawi berkata: “Kami memerangi orang-orang Yahudi bukan kerana urusan aqidah akan tetapi kerana urusan tanah. Kami memerangi mereka bukan kerana statusnya sebagai orang-orang kafir akan tetapi keran mereka merampas .” (Surat Kabar Ar- Rayah Qatar edisi 4696 25 Januari 1995. Lihat Al-Quthbiyyah Hiyal Fitnah Fa’rifuha hal. 207)

Beliau juga berkata: “Dari pihak kami, kaum muslimin bersedia untuk mengadakan pendekatan agama. Yang penting pada pihak lain adanya semangat seperti yang ada pada diri kami…. Mereka sewajarnya melakukan pendekatan serupa dengan pendekatan yang kita lakukan terhadap mereka”

Beliau berkata tentang berbilangnya agama: “Apabila kita membolehkan banyak agama…. mengapa tidak dalam satu agama atau satu peradaban mencakupi lebih dari satu aliran pemikiran? Tiada larangan dalam hal ini, yang penting sentiasa ada gesaan dan keserasian kerjasama yang mampu menampung semua”

Beliau juga berkata: “Sesungguh luas kehidupan itu meliputi agama peradaban dan kebudayaan. Dan sesungguh keberagaman ini termasuk dari maslahat manusia tidaklah bertolak belakang dengan kemaslahatan manusia. maka tidak bisa dipaksakan hanya ada satu peradaban dan satu agama saja di dunia ini.

IIIT (International Institute for Islamic Thought) yang berpangkalan di USA dan Malaysia selalu menerbitkan pemikiran Dr Qaradhawi lantaran Dr Yusuf Al Qaradhawi banyak mempengaruhi pertubuhan tersebut. IIIT merupakan organisasi Islam yang menyebarkan pemikiran-pemikiran Islam Liberal kepada umat Islam. IIIT sebenarnya merupakan cabang gerakan kepada Ikhwanul Muslimin. Ini dinyatakan sendiri oleh Ikhwanul Muslimin dalam web mereka, The Global Muslim Brotherhood Daily Report.

Dekonstruksi Terhadap Hukum Politik

Pendedahan diatas membuktikan bahawa Ikhwanul Muslimin berkedok dalam jubah Islam Liberal semenjak penubuhannya. Diteruskan oleh para pejuang dan para ulama’nya sehingga hari ini. Lantas para pemuja dan pengikut Ikhwanul Muslinin  sedikit sebanyak akan terjangkit dengan pemaham Liberalis tersebut.

Ini dapat dilihat dalam artikel para pendokong BERSIH 2 yang berlaku baru-baru ini. Baca dan nilailah kaedah penghujahan mereka. Cermatilah cara mereka pentafsir hadith dalam memperkaitkannya kepada kaedah kontekstual dan moral.

Saat ini pasti kita akan dapat melihat secara jelas bahawa manhaj yang mereka tempuh – pendokong BERSIH – dalam memahami hadith adalah menggunakan manhaj Islam Liberal, seperti yang diciptakan oleh Fazlur Rahman.

Kerana itu tidak syak lagi apabila Dr Asri Zainul Abidin, Mantan Mufti Negeri Perlis, Kerajaan Barisan Nasional, menggunakan Fazlur Rahman bagi membantah pemahaman Salafi. Beliau berkata:

“bak kata Fazlur Rahman ‘konsep kefahman al-Imam Ibn Taimiyyah’ itu menjadi sempit jika dilihat dari huraian al-Imam Muhammad bin Abdul Wahhab”

Maka, adalah sangat mustahil seorang Ahlus Sunnah akan mengambil pemahaman Fazlur Rahman dalam melihat tatanan politik serta melabel Sunni sebagai Literalis. Melainkan dia adalah sebahagian dari mazhab Fazlur Rahman, atau dia menganut mazhab pluralisma Muhammad Al Ghazali.

Saya menyerahkan penilaian ini kepada para pembaca. Gunakan maklumat yang saya nyatakan diatas, tentang kaedah pentafsiran Islam Liberal terhadap Al Qur’an dan Hadith, kemudian bandingkan kaedah penghujahan pendokong BERSIH.

Kita ambil contoh ucapan mereka dalam menghalalkan demontrasi jalanan:

“Antara yang dibaca dan disebarkan dalam mempertahankan para pemerintah dan menghalang rakyat melakukan kritikan –sekalipun aman- ialah hadis Huzaifah r.a:

“Akan ada selepasku para pemimpin yang berpetunjuk bukan dengan petunjukku, bersunnah bukan dengan sunnahku, dan akan bangkit dalam kalangan mereka lelaki-lelaki yang jantung hati mereka seperti jantung hati syaitan dalam tubuh insan”. Kata Huzaifah: “Apa yang patut aku lakukan wahai Rasulullah, jika aku mendapati keadaan itu?”. Jawab baginda: “Dengar dan taat kepada ketua, sekalipun belakangmu dipukul, hartamu diambil, dengar dan taatlah” (Riwayat Muslim).

Hadis ini dijadikan hujah, sehingga ada yang berkata ‘jika pemerintah membunuh kaum-keluarga saya pun, saya tidak akan mendakwa pemerintah di mahkamah dunia’. Saya tidak dapat bayangkan jika semua orang Islam faham seperti itu, maka bermaharaja lelalah para pemerintah dunia Islam, menindas mereka. Tidak boleh dibantah bahkan tetap taat. Ketika dunia berusaha mempertahankan hak asasi manusia agar tidak dicemar, tiba-tiba kita pula menarik umat ke belakang dengan tafsiran yang literal seperti itu. Bayangkan jika seorang yang baru hendak mengenali Islam dihidangkan dengan kefahaman seperti itu, bagaimanakah mungkin beliau ingin melihat keindahan Islam dan keadilannya?  (http://drmaza.com/home/?p=1467)

Kita harus memberi fokus kepada (1) hadith yang menjadi pertikaian, (2) tuduhan bahawa pemahaman Sunnah akan menarik umat ke belakang, (3) pelabelan sebagai literalis serta (4) rasional untuk member tafsiran baharu kepada hadith tersebut.

Melalui empat perkara ini kita akan membuat penelitian secara ringkas, apakah perkataan ini sejalan dengan mazhab Islam liberal atau tidak. Inilah yang kita ingin buktikan.

Kalau mengikut pengamatan saya, perkara (2) dan (3) yang dilontarkan oleh penulis adalah sambungan lidah kaum Liberal. Saling tidak tumpah seperti perkataan tokoh mereka yang telah saya nukilkan diatas.

Sedangkan melalui kaedah pendekatan historis oleh Fazlur Rahman dapat disimpulkan bahawa penulis telah berusaha untuk menggunakan etika moralis dalam memahami kontek hadith Huzaifah. Ini dinyatakan langsung oleh beliau dengan “Bayangkan jika seorang yang baru hendak mengenali Islam dihidangkan dengan kefahaman seperti itu, bagaimanakah mungkin beliau ingin melihat keindahan Islam dan keadilannya?”.

Malah beberapa kontekstual atau situasional yang lain dinyatakan bersama seperti: “Jangan bawa tafsiran zaman Abbasiyyah ke zaman yang sudah berubah”. Kenyataan seterusnya sangat jelas menunjukkan penafsiran situasional apabila situasi sesebuah masyarakat serta pola sosiologis dijadikan pedoman dalam pembinaan hukum berdasarkan hadith:

“Hadis tentang taat dan patut sekalipun dirampas harta dan dipukul itu, ia merujuk kepada keadaan di mana jika penentangan dilakukan akan menyebabkan kerosakkan yang lebih besar seperti pemerintah akan membunuh atau memusnah orang lain yang tidak bersalah sedang kita tidak mampu memberikan sebarang kesan kepada mereka. Ini terutama di zaman dahulu yang terkenal dengan penumpahan darah.”

“Namun, apabila dunia berubah. Negara-negara terikat dengan peraturan antarabangsa mengenai hak asasi rakyat. Juga, apabila negara-negara itu meletakkan dalam perlembagaan mereka tentang hak-hak rakyat, dalam ertikata lain membantah pemerintah dalam negara demokrasi aman itu adalah sesuatu yang tidak boleh dianggap menentang negara kerana diiktiraf dan dijamin oleh perlembagaan negara dan persetujuan antarabangsa. Maka, konteks hadis sudah berbeza. Islam bukanlah agama yang memberikan lesen kepada pemerintah untuk berbuat apa sahaja dan rakyat wajib mendiamkan diri. Jangan bawa tafsiran zaman Abbasiyyah ke zaman yang sudah berubah”.

Penulis menjadikan situasi dan sosio-budaya sebagai alasan untuk memberi tafsiran baharu kepada hadith. Beliau merasakan bahawa tafsiran ulama’ Sunnah agar mentaati penguasa zalim dan larangan untuk melepaskan bai’at kepada mereka selagimana mereka Muslim, merupakan tafsiran yang tidak sesuai dengan konteks zaman ini. Inilah yang dinamakan sebagai kontekstual – melihat kepada tujuan teks. Akhirnya kata kunci untuk menolak pentafsiran kaum fundamental (sunni) adalah kontekstuan dan situasional!

Jelas bahawa kaedah ini berupa kaedah Islam Liberal yang digunakan untuk merosakkan seluruh binaan Islam, atas slogan tajdid dan “menghidupkan sunnah di zaman ini”. Slogan yang sama dipakai oleh Muhammad Abduh, Fazlur Rahman, dan para Liberalis hari ini.

Walhal jika kita mencermati dengan iman yang benar, pasti kita akan dapati bahawa hadith Huzaifah tersebut dengan jelas menunjukkan Rasulullah saw sedang memberi gambaran zaman akan datang serta solusi kepada umat mendatang. Zaman yang tidak akan beliau lalui, sebaliknya zaman dimana kita berada sekarang ini. Kerana itulah beliau berkata “Akan ada selepasku”.

Apa yang Nabi nyatakan adalah kewajiban rakyat untuk membimbing penguasa yang zalim, tidak mencela mereka, menasihati mereka secara sembunyi, mendoakan kebaikan mereka agar nantinya Negara akan menjadi baik, serta jika mahu keadilan maka menuntut dengan baik dan mengikut saluran yang ditunjukkan.

Bukan disini untuk saya mengkoreksi artikel Fenomena Literalis Agama tulisan Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin, Mantan Mufti Negeri Perlis, Kerajaan Barisan Nasional. Sebaliknya sahabat saya – Abu Numair Nawawi Subandi, Ketua Biro Penerbitan ILMU – insyaallah akan membantah tulisan yang mengandungi banyak syubhat tersebut. Tujuan saya sekadar memberi gambaran kepada umum bagaimana kaum Liberalis mentafsir agama dan keterkaitannya dengan artikel tersebut.

Semoga usaha saya membabat habis pemikiran Liberalisme dan menjulang mazhab Ahlus Sunnah, akan diganjari pahala oleh Allah serta akan dihitung sebagai amal kebajikan.

PAS : Jangan Jadi Ruwaibidhah! (2)

Mei 23, 2011

Siri Kedua

Bersanad Kepada Ulama’ Ahlus Sunnah

“Ilmu agama ini akan terus dibawa oleh orang-orang yang adil (terpercaya dan bukan fasiq) dari generasi ke generasi, yang selalu berjuang membersihkan agama dari penyelewengan maksud-maksud agama, pendustaan orang-orang sesat yang mempergunakan nama agama, dan pentakwilan agama yang salah yang dilakukan oleh orang-orang yang jahil.” (HR al-Baihaqi – shahih)

Imam Ibn Abi Hatim Al-Razi meriwayatkan dengan sanadnya kepada Abdullah bin ‘Aun bahawasanya beliau berkata: Tidak boleh diambil ilmu ini melainkan daripada orang yang telah diakui pernah menuntut sebelum itu (pernah meriwayatkan ilmu dari gurunya secara bersanad juga)”. [Al-Jarh Wa At-Ta’dil 1/ 28]

Begitu juga apa yang diberitakan oleh Imam Ibn Sirin: “Ilmu itu adalah agama, maka perhatikanlah dari siapa kamu mengambil agamamu (ilmu agama tersebut)”. Juga beliau berkata: “Dahulu orang ramai tidak bertanya tentang sanad (rangkaian para rawi yang meriwayatkan) hadith, maka tatkala terjadi fitnah mereka mengatakan: ‘sebutkan kepada kami sanad kalian’, sehingga mereka melihat sanadnya sampai kepada Ahlus Sunnah, lalu mereka menerima hadithnya dan melihat kepada ahlul bid’ah lalu menolak hadisnya.” (Riwayat Muslim dalam Muqaddimah Shahih-nya)

Imam Syafi’e berkata: “Orang yang belajar ilmu tanpa sanad guru bagaikan orang yang mengumpulkan kayu api pada malam yang gelap, dia membawa pengikat kayu api yang terdapat padanya ular berbisa dan dia tidak tahu” (Faidhul Qadir)

Imam At Tsauri berkata pula:  “Sanad adalah senjata orang Mukmin, maka bila kau tidak mempunyai senjata maka dengan apa kau akan berperang?”.

Ibnul Mubarak berkata : “Pelajar ilmu yang tidak punya sanad bagaikan penaik atap namun tidak punya tangganya, sungguh telah Allah muliakan umat ini dengan sanad” (Faidhul Qadir)

Sementara itu Ibn Abdil Bar meriwayatkan daripada Imam Al-Auza’e bahawasanya beliau berkata:  “Tidaklah hilang ilmu melainkan dengan hilangnya sanad-sanad (ilmu agama tersebut)”. [At-Tamhid 1/314]

Kerana apabila hilangnya para ulama’ sunnah, maka terhapuslah Ilmu islam yang sebenar. Bermakna apabila hilang ulama’ Sunnah, mustahil untuk mendapatkan sanad ilmu yang shahih lagi sesudah kehilangan ulama’ tersebut.

Ibnu Taimiyyah berkata: “Setiap pendapat yang dikatakan hanya oleh seseorang yang hidup di masa ini dan tidak pernah dikatakan oleh seorangpun yang terdahulu, maka itu salah.” Imam Ahmad mengatakan: “Jangan sampai engkau mengeluarkan sebuah pendapat dalam sebuah masalah yang engkau tidak punya pendahulu padanya.” (Majmu’ Fatawa: 21/291)

Lihatlah bagaimana Ibn Taimiyyah menejlaskan, bahawa ulama’ Ahlus Sunnah itu bukan sahaja memiliki sanad malah mereka juga berfatwa seperti fatwanya ulama’ sebelum mereka. Begitu juga Ad Dzahabi, muridnya Ibn Taimiyyah menulis sebuah kitab khusus mencatitkan guru-gurunya, dengan jodol Mu’jam Asy-Syuyukh (Daftar Guru-Guru).

Oleh itu, para ulama’ Ahlus Sunnah zaman ini memiliki aqidah yang sama dengan ulama’ Ahlus Sunnah sebelumnya. Begitulah sehingga sampai kepada aqidah sahabat, semuanya sama. Mereka juga memiliki manhaj dan pemahaman yang sama seperti sahabat kerana wujudnya tantaian emas ini.

Lantas kita mahu tanyakan kepada PAS: siapakah ulama’ kalian? Ulama’ Ahlus Sunnah manakah yang menjadi guru-guru kalian? Apakah setiap masalah yang terjadi saat ini, kalian akan menghubungi mereka dan meminta fatwa dari mereka?

Dan apakah fatwa-fatwa kalian seperti: “undi PAS akan masuk syurga”, “UMNO kafir”, “Wajib memberontak jika penguasa tidak melaksanakan hukum Hudud”, “Allah mencarut”, “Osama adalah pejuang”, “mencaci-maki penguasa yang tidak melaksanakan Hudud dibolehkan” dan macam-macam lagi, pernah dinyatakan oleh ulama’ Ahlus Sunnah sebelum kalian?

Mendapat Tazkiyah Dan Pujian Dari Ulama’ Ahlus Sunnah

Apabila para ulama’ terkemudian memiliki sanad dari ulama’ terdahulu, bermakna bahawa mereka berguru kepada ulama’ terhadulu; maka para guru mereka akan memberikan tazkiyah kepada mereka untuk berfatwa. Itulah pengamalan yang dilakukan oleh para ulama’ Ahlus Sunnah dari dahulu sehingga kini.

Tanpa tazkiyah, seseorag itu masih diistihar sebagai penuntut ilmu. Oleh itu, tugas penuntut ilmu adalah senantiasa mendapatkan fatwa dari para ulama’ Ahlus Sunnah, bukannya mengeluarkan fatwa sendiri. Begitu juga ketika tidak ada seorang pun ulama’ Ahlus Sunnah yang mengakui seseorang sebagai ulama’, bagaimana mungkin orang tersebut layak menjadi ulama’?

Begitu juga setiap ulama’ Ahlus Sunnah akan saling puji memuji, sebagai bukti bahawa dirinya adalah ulama’ yang layak untuk diikuti dan diambil ilmunya.

Imam Malik mendapat tazkiyah dari 70 ulama’, baharulah beliau berani memberi fatwa. Beliau berkata: “Aku tidak berfatwa sehinggalah 70 orang (ulama’) mengakui bahawa aku layak berfatwa.” (Siyar A’lam an-Nubala’, 8/96).

Begitu juga Imam Syafi’e tidak mengeluarkan fatwa sehinggalah Imam Malik memberikan tazkiyah dengan berkata: “Engkau layak menjadi qadhi atau hakim”. Namun sebelum itu, beliau telah mendapatkan tazkiyah dari para ulama di Makkah seperti dari Muslim bin Khalid, Dawud bin Abdurrahman al-‘Athar, Muhammad bin Ali bin Syafi’ , Sufyan bin ‘Uyainah, Abdurrahman bin Abu Bakar al-Maliki, Sa’id bin Salim dan Fudhail bin ‘Iyadh.

Imam Asy-Syafi’i telah memuji Imam Ahmad dengan katanya: “Ahmad bin Hambal imam dalam lapan hal, Imam dalam hadits, Imam dalam Fiqih, Imam dalam bahasa, Imam dalam Al Qur’an, Imam dalam kefaqiran, Imam dalam kezuhudan, Imam dalam wara’ dan Imam dalam Sunnah”.

Al-Imam Syafi’i juga memuji Imam Malik, iaitu gurunya, beliau berkata: “Imam Malik adalah bahagian dari hujjah Allah di muka bumi”.

Abu ‘Abdillah Al-Faqih telah memuji Imam Barbahari dengan katanya: “Apabila kamu melihat seorang penduduk Baghdad mencintai Abul Hasan bin Basyar dan Abu Muhammad Al-Barbahari maka ketahuilah bahawa dia Shahibu Sunnah (orang yang mengikuti Sunnah)!”

Imam Adz-Dzahabi memuji Ibn Taimiyyah dengan berkata: “Dia adalah lambang kecerdasan dan kecepatan memahami, paling hebat pemahamannya terhadap Al-Kitab was-Sunnah serta perbedaan pendapat, dan lautan dalil naqli. Pada zamannya, ia adalah satu-satunya baik dalam hal ilmu, zuhud, keberanian, kemurahan, amar ma’ruf, nahi mungkar, dan banyaknya buku-buku yang disusun dan amat menguasai hadits dan fiqh.

Ibnu Katsir juga memuji Ibn Taimiyyah: “Beliau adalah Syaikh al-Hafizh al-kabir, Pakar Tarikh Islam, Syaikhul muhadditsin ……beliau adalah penutup syuyukh hadits dan huffazhnya.”

Muhibbuddin al-Khathib memuji Albani dengan katanya: “Di antara para da’i kepada as-Sunnah, yang menghabiskan hidupnya demi bekerja keras untuk menghidupkannya adalah saudara kami Abu Abdurrahman Muhammad Nashiruddin bin Nuh Najati Al Albani.

Begitulah sikap antara para ulama’ Ahlus Sunnah dimana para guru akan memberikan tazkiyah kepada murid mereka yang layak menjadi ulama’, sementara ulama’ lainnya akan saling memuji diantara mereka.

Lantas kita mahu bertanya, siapakah antara ulama’ PAS yang mendapat tazkiyah dari ulama’ Ahlus Sunnah dunia? Dan juga siapakah ulama’ Ahlus Sunnah dunia yang telah memuji mereka? Sila lah nyatakan kepada umat ini senarai daftar tersebut jika kalian memilikinya.

Tidak Mudah Berfatwa

Oleh kerana mereka merupakan para pewaris Nabi, sedangkan Nabi adalah manusia yang paling takut kepada Allah. Maka para ulama’ Ahlus Sunnah merupakan manusia yang paling takut untuk berfatwa. Mereka lebih banyak untuk menjawab “tidak tahu”. Mereka juga akan menyuruh bertanyakan masalah tersebut kepada ulama’ lain jika mereka terasa berat untuk menjawabnya.

Mereka tidak akan menjawab sesuatu isu dengan pantas dan samberono. Berikut adalah bukti bagaimana mereka sangat berhati-hati dalam berfatwa.

Abdurrahman bin Abi Laila menceritakan kisahnya: “Aku pernah mendapati di masjid (Nabi) ini 120 orang shahabat Rasulullah saw. Tidak ada seorang pun dari mereka saat ditanya tentang suatu hadits atau fatwa melainkan dia ingin saudaranya (dari kalangan shahabat yang lain) yang menjawabnya. Kemudian tibalah masa pengangkatan kaum-kaum yang mengaku berilmu saat ini. Mereka bersegera menjawab pertanyaan-pertanyaan yang kalau seandainya pertanyaan ini dihadapkan kepada Umar bin Khattab, niscaya beliau mengumpulkan ahli Badar untuk di ajak bermusyawarah dalam menjawabnya.

Dari Uqbah bin Muslim, dia berkata: “Aku menemani Abdullah bin Umar selama 34 bulan maka yang banyak dia ucapkan ketika ditanya: ‘Saya tidak tahu’ Kemudian dia menoleh kepadaku seraya berkata: ‘Tahukah kamu apa yang mereka kehendaki? Mereka hendak menjadikan punggung-punggung kami sebagai jembatan bagi mereka ke Jahannam”.”

Abdurrahman bin Mahdi berkata: “Kami berada di sisi al-Imam Malik bin Anas, tiba-tiba datanglah seseorang kepadanya seraya berkata: ‘Aku datang kepadamu dari jarak enam bulan perjalanan. Penduduk negeriku menugasiku untuk menanyakan kepadamu suatu permasalahan.’ al-Imam Malik  berkata: ‘Tanyakanlah!’ Maka orang tersebut bertanya kepadanya suatu permasalahan, lalu al-Imam Malik menjawab: ‘Saya tidak boleh menjawabnya.’ Orang tersebut terhentak, sepertinya dia membayangkan bahawa dia telah datang kepada seseorang yang tahu segala sesuatu, orang tersebut berkata: ‘Lalu apa yang akan aku katakan kepada penduduk negeriku jika aku pulang kepada mereka?’ Imam Malik berkata: ‘Katakan kepada mereka: Malik tidak bisa menjawab.’ ”

Ibn al Qasim berkata: “Aku pernah mendengar Imam Malik berkata : “Saya sedang memikirkan (jawapan) bagi suatu kemusykilan sejak beberapa puluh tahun dulu, tetapi hingga saat ini belum juga sampai kepada pendapat yang pasti”.

Imam Sahnun pernah disoal satu masalah oleh seorang lelaki. Lalu tiga hari lelaki itu berulang-alik kepada Sahnun dan mendesaknya, “Soalan aku, -semoga Allah membaikkan urusanmu-”. Sahnun berkata, “Wahai sahabat, apa yang boleh aku lakukan dengan soalanmu. Ia rumit. Dalamnya ada banyak pendapat. Dan aku kebingungan padanya”. Lelaki itu berkata, “Kamu (layak menjawab) untuk semua soalan yang rumit”. Sahnun berkata, “Jauh sekali wahai anak saudaraku. Kata-katamu itu bukanlah lebih mendedahkan kamu daripada daging dan tulangku kepada api neraka. Alangkah banyak apa yang aku tidak mengetahui”. Sahnun berkata lagi, “Kalau kamu sabar, aku harap kamu boleh kembali semula dengan persoalan kamu ini. Kalau kamu mahu bertanya kepada orang lain selainku, pergilah dan masalah kamu itu mungkin dijawab segera dalam masa sekejap sahaja”.

Oleh kerana itu kita dapati bahawa para ulama’ Ahlus Sunnah sangat sukar untuk berfatwa kerana mereka mengetahui bahawa jika tersalah fatwa, mereka akan berdosa dan menanggung dosa orang yang mengikuti fatwa tersebut.

Ibn Mas’ud berkata: “Bagi yang tahu hendaklah mengatakan apa yang dia ketahui. Dan bagi yang tidak tahu hendaklah mengatakan: Allahu a’lam. Sebab termasuk ilmu adalah mengatakan ‘aku tidak tahu’ dalam perkara yang tidak dia ketahui ilmunya. Sebab Allah Ta’ala berfirman kepada Nabi-Nya : “Katakanlah (hai Muhammad), ‘Aku tidak meminta upah sedikitpun kepadamu atas dakwahku; dan bukanlah aku termasuk orang-orang  yang mengada-adakan” (Shaad : 86) (HR Bukhari dan Muslim)

Rasulullah saw. Bersabda: “Barangsiapa diberi fatwa tanpa ilmu maka dosanya ditanggung oleh orang yang memberi fatwa tersebut. Barangsiapa menganjurkan satu perkara kepada saudaranya seagama sementara dia tahu bahwa ada perkara lain yang lebih baik berarti dia telah mengkhianatinya.” (HR Bukhari)

Lalu kenapa kita melihat bahawa kalian terlalu senang untuk berfatwa? Begitu juga ketika kalian menfatwakan bahawa kerajaan Malaysia wajib menegakkan Hukum Islam, jika tidak maka akan menjadi kafir, lantas mengapakah Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah tidak menegakkan Hukum Terhadap Ahli Zimmah, antaranya adalah Ahli Zimmah tidak boleh belajar membaca Al Qur’an, tetapi mereka boleh diperdengarkan ayat suci Al Qur’an?

Begitu juga dengan sikap PAS terhadap Osama, sehingga ada pemuka PAS yang menganggap bahawa Osama adalah pejuang dan sikap beraninya harus dipuji dan disanjung. Sehingga beliau mencadangkan sebatang jalan dinamakan sempena nama Osama.

Apakah Tuan Guru tidak percaya kewujudan Osama dan kejahatannya? Walhal ulama’ Ahlus Sunnah sepakat akan kejahatan dan onar yang dia lakukan? Bagaimana hal ini boleh berlaku wahai Tuan Guru, apakah Tuan Guru jahil atau pura-pura tidak tahu? Atau Tuan Guru adalah seaqidah dan semanhaj dengan Osama?

Atau Tuan Guru merasakan bahawa Tuan Guru adalah ulama’ mu’tabar dunia walau dunia tidak pernah mengiktiraf Tuan Guru sebagai Ulama’ Ahlus Sunnah.

Abu Amru Mohd Radzi Bin Othman
Tim S/U iLMU

Tokoh Kafir Masuk Masjid Untuk Berucap : Antara Fatwa Ala Taliban Dan Fatwa Serampangan

September 10, 2010

Memaksa Dalil Umum Untuk Kondisi Khusus

Untuk membolehkan seorang Muslim itu meneguk secangkir sup Tulang Khinzir boleh sahaja. Carilah fatwa dari mazhab Zahiriah seperti Daud Ad Dzahiri atau Ibn Hazm. Ikutlah kaedah mereka dalam mengistimbat [mengeluarkan]  hukum dan kemudian bawakan dalil-dalil yang dikaut dari kitab-kitab mereka.

Kalau tidak mahu Khinzir, kita pun boleh menghalalkan anjing untuk dilahap seperti arnab. Maka kita pun mengeledah kitab-kitab mazhab Maliki dan menjumpai pandangan Imam Darul Hijrah tersebut seputar daging anjing. Lantas kita pun menukilkan pandangan tersebut berserta dalil-dalil penghujahannya.

Setelah kita lontarkan pandangan tersebut kepada umat lantas kita berkata: “Bahawa para penentang kita itu tidak mengkaji Islam dengan mendalam – mereka itu ilmunya senteng – malah mereka itu condong kepada pemerintah. Atau boleh saja mereka itu dipanggil penjilat penguasa. Juga disandarkan sebagai anjing penguasa yang akan menyalak jika ada orang yang cuba menentang penguasa zalim. Serta mereka ini suka berijtihad ala Taliban. Setiap fatawa mereka itu selalu diselimuti dengan sentiment politik, dan bukannya deengan keinginan mencari kebenaran”.

Nah, inilah yang diungkapkan oleh mereka yang suka mencari pandangan-pandaangan yang gharib  lagi syaz. Padahal  hujjah yang mereka bawakan itu bersifat umum sehingga mereka memaksa kita untuk mengimani pandangan mereka. Sesiapa yang tidak mahu tunduk dan beriman dengan pandangan mereka, dikiraa telah menentang haq [kebenaran] dan tidak ikhlas.

Walhal setiap dari kita mengerti dalam disiplin fiqh terdapat beberapa kaedah yang menunjukkan bahawa dalil khusus harus dimenangkan dari dalil umum. Maka segala dalil yang mereka gunakan harus dimengertikan dengan kondisi-kondisi tertentu, sehingga dalil yang bersifat umum itu ditaafsir dengan adanya prasyarat ataupun penjelasan-penjelasan lain.

Pemahaman Sahabat Sebagai Neraca Ukur Khilaf [Perbezaan Pendapat]

Namun disitu ada sebuah pemahaaman yang lebih cemerlang bagi memahami sesebuah permasalahan, sehingga letak duduk sesuatu khilaf dapat dilerai. Iaitu mengembalikan sesuatu khilaf itu kepada “Pemahaman Sahabat”. Maknanya kita menaanyakan tiga  soalan untuk mendapatkan jalan keluar. Pertama kita tanyakan: “ Apakah ada sahabat yang berpandangaan begitu atau berbuat sebegitu?”. Kedua: : “Seandainya sabahat tidak melakukannya, apakah ada tabi’in dan tabi’ tabi’in yang berpandangan sebegitu?” Dan ketiga adalah: “Seandainya tiada contoh dari mereka, tetapi keperluan terhadap masalah tersebut ada maka mengapa mereka meninggalkan perbuatan tersebut?”.

Pemahaman yang cemerlang ini dibangun atas keimanan kita bahawa manusia yang pertama kali mendengar dustur Ilahi dan pengajaran Rasulullah saw  adaalah mereka – para sahabat. Sehingga mereka memahami ayat al Qur’an dan perilaku Rasulullah saw dengan sebenar-benarnya. Malah mereka menjelmakan kembali segala apa yang telah Rasulullah saw ajarkan kepada mereka dalam kehidupan mereka. Kemudian mereka mengajar kepada tabi’in, keemudian tabi’in mengajar pula kepada tabi’ tabi’in. Benarlah sabda Nabi saw: “Sebaik manusia adalah zaman ku, kemudian sesudah mereka, kemudian sesudah mereka” (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim).

Oleh itu, seandainya mereka tidak pernah berbuat sedemikian, pasti hal tersebut merupakan sebuah paham yang melencong, yang tidak diperlukan malah jauh dari kebenaran.

Menilai Penghujahan Dengan Kritis

Maka kita harus memerhati dengan cermat setiap paandaangaan yang bersimpaang-sior agar kitaa boleh menemukan pandangaan yang paling menghampiri kebenaaran. Antara dalil yang digunakan oleh para pembenar kaum Kafir memasuki Masjid dan memberikan ucapan adalah berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, berkenaan dengan Thumamah bin Uthal yang ditawan dan kemudian diikat di salah satu tiang masjid Nabawi.

Melalui hadith tersebut, kita dapat melihat banyak hal antaranya ialah kondisi Thumamah bin Uthal itu sendiri. Dia adalah seorang tawanan yang diikat. Dia bukanlah seorang tokoh kafir yang datang dan berceramah kemudiannya memberi sumbaangan, berserta diambil gambarnya untuk buat kenang-kenangan. Sebaliknya Thumamah bin Uthal tidak dihiraaukaan oleh kaum muslimin, tiada majlis khas dibuat untuk dia dan dia hanya duduk di tiang dengan penuh kehinaan. Tokoh pembangkang dari DAP dan PKR yang Kafir itu dibuat sebuah majlis khas untuk mereka, mereka disanjungi dan mereka dengan rasa penuh ta’zim menghulurkan sadaqah untuk umat Islam. Lalu apakah sama kondisi Thumamah bin Uthal dengan para tokoh dari DAP dan PKR yang tidak mengiktiraf Malaysia sebagai Negara Islam?

Disini dapaat juga dilihat perbezaan antara niat Thumamah bin Uthal dan Tokoh Kafir dari DAP dan PKR itu; Thumamah bin Uthal datang dengan jiwa tertawan sedang Tokoh Pembaangkang yang kafir itu dataang dengan penuh kemuliaan. Thumamah bin Uthal didatangkan untuk melihat keagungan Islam tetapi Tokoh Pembangkang yang kafir itu didatangkan untuk memberi sadaqah kepada umat Islam!

Thumamah bin Uthal diikat selama tiga hari dan selama tiga hari itulah dia tidak dimuliakan dan tidak dilayan. Tokoh Pembangkang yang Kafir itu datang dengan kain rentang dan jurukaamera-jurukamera yang setiap saat menangkap gambar beliau untuk dimegahkan. Lalu akhirnya keluarlah gaambar tersebut di dada-dada akhbar: Seorang Pemimpin Kafir yang Menentang Hudud dan Negara Islam sedang berada di sebuah Masjid, tempat Muslim menyembah Allah yang Esa, dan si Kafir tersebut sedang member bantuan kepada umat yang lemah iaitu umat Islam! Lalu dimanakah rasional hujjah mereka: “Dibenarkan para Kafir tersebut untuk masuk ke dalam Masjid bagi melihat keagungan Islam dan sebagai dorongan da’wah”.

Memang masalah harta dari Kafir boleh digunakan untuk pembinaan masjid dan juga perkara-perkara lainnya yang member kesenaangan kepada kaum Muslimin. Masalah ini sudah dibahas oleh para ulama sejak dahulu lagi, yang berdasarkan hadith nabi. Namun tiada satu petunjuk pun yang menjelaskan ada kafir yang datang mengunjungi nabi di Masjid Nabawi lalu baginda membuat majlis khas untuk si kafir itu lalu si kafir itupun menghulurkan sadaqah kepada Rasulullah!

Tidak ada! Lalu apa yang ada?

Mantan Mufti Perlis membawakan fatwa dari Lajnah Daaimah: “Pendapat yang tepat bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid untuk sesuatu kemaslahatan syariah atau sesuatu keperluan tertentu seperti mendengar sesuatu yang membawa masuk ke dalam Islam, atau keperluannya untuk minum air yang berada dalam masjid atau selainnya. Ini kerana Nabi s.a.w mengikat Thumamah bin Uthal al-Hanafi dalam masjid sebelum dia menganut Islam, baginda juga menempatkan perwakilan Thaqif dan perwakilan Kristian Najran di masjid sebelum mereka menganut Islam. Ini kerana ada banyak faedah mereka memasuki masjid, antaranya; mendengar ucapan dan nasihat Nabi s.a.w, melihat orang bersolat dan membaca al-Quran dan berbagai faedah besar yang lain bagi sesiapa yang melazimi masjid”

Maka kita melihat ulang fatwa tersebut dari kacamata yang luhur, tanpa terikat dengan fanatic politik dan kecondongan kepembangkangan. Bahawa Lajnah tersebut dengan jelas menyebut bahawa masuknya mereka itu adalah untuk memahami Islam apabila mereka mendengar Kalam Allah dan Hadith Nabi. Sebaliknya dalam masalah yang kita bangkitkan ini adalah Tokoh Kafir itulah yang berbicara dan yang mendengar pula adalah umat Islam. Sebuah keadaan yang total terbalik!

Kemudian Lajnah tersebuh menjelaskan bahawa masuknya kaun Kafir adalah untuk kemaslahatan syar’I atau keperluan tertentu yang membawa mereka untuk memeluk Islam. Lalu apakah datang untuk memberi sepatah dua kata dan kemudian menghulurkan sadaqah kepada umat Islam itu boleh dita’rifkan sebagai kemaslaahatan syar’i? Atau boleh juga dikatakan sebuah keperluan yang boleh membawa mereka kepada Islam? Kita ingin bertanya kepada PAS, dan manusia Islam yang duduk didalam PKR: “Berapa banyak seruan menganut Islam yang telah mereka sebut ketika maajlis tersebut berlangsung?”.

Begitu juga kita ingin bertanya, apakah sama kondisi Tokoh Pemimpin Kafir tersebut dengan Tokoh Kaum Thaqif dan Najran? Apakah Deligasi Thaqif datang dengan membawa wang untuk diaagih-agihkan, datang untuk memegang mikrofon dan memberi nasihat sebagai wakil rakyat, atau merekaa datang untuk berdamai setelah mereka membunuh Urwah Bin Mas’ud – sahabat Nabi sehingga mereka ketakutan diserang-balas oleh Kuam Muslimin?

Bagimanapula dengan Utusan Najran yang berjumlah 60 orang itu termasuk tiga orang pemimpin wilayah tersebut? Mereka datang untuk apa? Apakah untuk melawat kawasan atau untuk mengadaakan perjanjian damai? Ternyata mereka datang untuk tunduk kepada keraajaan Madinah dan mereka bersedia untuk menyerahkaan jizyah setiap tahun. Lantas dalam permasalaahan yang kita bangkitkan ini; siapa yang member wang kepada siapa?

Sekali lagi, dinyatakan dalam hadith-hadith nabi bahawa para utusan tersebut masuk masjid untuk memahami islam atau datang untuk membuat perjanjian damai dengan Islam. Semua tokoh kafir yang datang ke Masjid Nabawi berbicara dengan Rasulullah saw sendiri dan beliau memperdengarkan Perkataan Tuhan kepada mereka. Bukan datang sebagai seorang tokoh yang terhormat dan punya peluang untuk member amanat kepada kaum Muslimin!

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah berkata dalam Iqtida Sirat al Mustaqim bahawa Amirul Mu’minin Umar Bin Al Khattab dan juga pemimpin sesudahnya, serta para ulama dan ahli fiqh kaum Muslimin telah menetapkan beberapa peraturan kepada Kafir Zimmi antaranya dilarang berbahasa dengan bahasa Kaum Muslimin, dilarang memiliki kunyah seperti kunyah Kaum Muslimin, para wanita mereka harus menampakkan betis agar berbeza dengan para muslimah, salib dan lambang agama mereka harus disorok dari pemandangan umum, mereka juga dilarang menampakkan syiar agama mereka diluar rumah ibadat dan perkampungan mereka, malah mereka harus memberi tempat kepada kaum Muslimin dalam sebuah majlis.

Lantas masalah Tokoh Kafir yang membacakan Kalam Allah [walhal dia tidak mahu memelok Islam] dalam ceramah politik, penggunaan kalimah “Allah” [walaupun pada hakikatnya kalimah Allah itu bersifat sarwajagat] dalam kitab Injil, serta yang terbaru berdoa dan juga membenarkan mereka masuk ke dalam masjid untuk member ucapan dan sumbangan, merupakan satu penghinaan kepada Islam dan umatnya.

Kepada guru mursyid, berapa kalikah tuan telah membacakan ke cuping  telingan Karpal Sing, Lim Kit Siang, dua tokoh yang memberi sadaqah di masjid tersebut dan tokoh-tokoh Kafir lain dengan Kalam Allah dan Sabda Rasulullah saw? Dan berapa kalikah tuan telah mengajak mereka untuk memeluk Islam?

Potensi Diri Melalui Rahsia Tarikh Lahir : Antara Taqdir Dan Upaya

Mei 21, 2010

Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang sudah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jugalah hendaknya orang yang beriman bertawakal. (Surah at-Taubah, ayat 51)

Nabi saw bersabda: “Allah SWT berfirman ‘Aku telah menciptakan hamba-hamba-Ku dalam keadaan fitrah lalu setan mengotorinya ..’.”

NOMBOR DAN MASA

Manusia – sebuah subjek kajian yang tidak hunjung habis diteliti. Ibarat Jurang Marina yang dalam; semakin diselam semakin sendat nafas ; kerna semakin banyak persoalan yang mula bermunculan seperti gelembung udara naik ke permukaan.

Lalu antara yang manusia suka adalah hal-hal yaang bisa menguntumkan sebuah senyum dibibir mereka; tentang hal-hal khayal! Kata-kata yang bisa memberi mereka angan-angan dan fantasi fatamorgana.Makanya mereka mula berfikir diluar batas ilmiyah dan tanpa sandaran. Mula menilik saat lahirnya setiap insan!

Padahal Islam dan logika sangat berseberang dari perkara tersebut.

Kelahiran manusia pada satu-satu masa itu telah ditentukan oleh Allah. Dan Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang tidak pernah melahirkan manusia pada hari yang mengurangkan potensi diri makhluknya. Khaliq telah memberi nyawa dan melahirkan kita sesuai pada qadar-Nya. Dan Qadarnya telah menetapkan bahawa manusia itu lahir pada fitrah!

Fitrah adalah sebuah ungkapan dari kalimat f-t-r yang bererti membuka atau menguak; begitu juga membawa makna keadaan suci dan kembali kepada asal. Maka Allah telah mengatakan bahawa setiap bayi itu lahirdalam keadaan suci dan bersih ibarat kain putih. Sehelain kainj yang punyai segala potensi untuk dihasilkan menjadi sebuah karya besar dan agung.Lalu bergantunglah kepada pengaruh yang bayi itu terima sehingga ada yang lahir menjadi manusia yang agung, ada yang menjadi bahalul dan ada yang menjadi biasa-biasa sahaja.

Ini kerana setiap hari dan saat adalah mulia pada pandangan Islam dan setiap hari itu semuanya tidak memberi apa-apa kelebihan; melainkan apa yang diterangkan oleh Allah, kerna Allah adalah pemilik MASA.

Sabda Rasul:

“Janganlah kamu mencela masa, karena Allah adalah masa!” [HR. Muslim dalam Shohih-nya (2246), dan Ahmad dalam Al-Musnad (9126)] – maknanya adalah Allah pemilik MASA.

“Allah Azza wa Jalla berfirman: ” Anak adam manyakiti-Ku; anak Adam berkata, “Wah, Celaka karena masa”. Janganlah seorang diantara kalian berkata, “Wah, Celaka karena masa”, karena Aku dalah masa, Aku membolak-balikkan malam dan siang”. [HR. Bukhariy dalam Shohih-nya (4826), Muslim dalam Shohih-nya (2246)].

Lalu, seandainya kita telah beriman bahawa MASA adalah miliknya Allah maka tidak wajar kita menyandarkan segala keburukan kepada masa.

Imam Al-Baghowiy-rahimahullah- berkata, “Sabda Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam-, ” janganlah seseorang mangatakan : “Wah, celaka karena masa!”, maknanya bahwa diantara kebiasaan orang Arab adalah mencela masa, yaitu pada waktu kejadian-kejadian (musibah), karena menisbatkan musibah-musibah dan perkara-perkara yang tidak disukai kepada masa. Mereka biasa mengatakan (tentang orang yang tertimpa musibah), “Masa-masa sial telah menimpa mereka; mereka telah dibinasakan oleh masa”. Allah -Subhanahu wa -Ta’ala-’ telah menyebutkan tentang mereka di dalam kitab-Nya seraya berfirman,

“Mereka berkata, “Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia saja; kita mati dan kita hidup. Tidak ada yang akan membinasakan kita selain masa”. ((QS.Al-Jatsiyah :24 ).

Jika mereka menisbatkan kesusahan yang menimpa mereka kepada masa, berarti mereka mencela pelaku yang membuat kesusahan-kesusahan itu, sehingga celaan mereka tertuju kepada Allah -Ta’ala, karena Dia adalah Pelaku sebenarnya terhadap perkara-perkara yang mereka nisbatkan kepada masa. Oleh karena inilah, mereka dilarang mencela masa”. [Lihat Syarhus Sunnah 12/357, cet. Al-Maktab Al-Islamiy, dengan tahqiq Syu’aib Al-Arna’uth1398 H]

Ibnu Qoyyim Al-Jauziyyah-rahimahullah- berkata, “Pencela masa akan berkisar dalam dua perkara; ia harus terkena oleh salahsatunya: entah ia mencela Allah, ataukah ia musyrik (memperserikatkan Allah), karena jika ia meyakini bahwa masa adalah pelaku bersama Allah, maka ia adalah musyrik. Jika ia meyakini bahwa Allah saja yang melakukan hal itu, sedang ia mencela yang melakukannya, maka sungguh ia telah mencela Allah”. [Lihat Zaadul Ma’ad (2/323), dengan tahqiq Al-Arna’uth, cet. Mu’assasah Ar-Risalah, 1407 H]

Justeru dari kesimpulan ILMUAN ISLAM; adalah bersalahan dengan aqidah apabila kita meletakkan sesuatu kepercayaan “baik” atau “buruk” kepada tarikh lahir.

Nabi bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu”. [H R Muslim]

Nabi yang Bijaksana ini mengucapkan hadith tersebut ketika beliau ada mendengar percakapan-percakapan penduduk Madinah yang mengaitkan Tarikh tersebut dengan kematian anak baginda – Ibrahim Bin Muhammad.

begitu juga baginda menerangkan proses kelahiran manusia dan beliau dengan jelas menyatakan bahawa tiada pengaruh “nombor” pada keberjayaan manusia.

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah

bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):

“Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga” .Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim

METODA METAFIZIK TARIKH LAHIR

Metoda ini tidak diketahui bagaimana ia muncul; kerna setiap disiplin ilmu itu harus punya jurnel dan kajian-kajian secara emperikal yang boleh dibukti-sahkan dan dicabar keabsahannya. Kita minya mereka untuk membuktikan bahawa ilmu ini telah dilakukan kajian secara ilmiyah dan juga telah dibuktikan shahih oleh para ulama Islam yang mu’tabar.

Maka sekiranya mereka tidak mampu, ketahuilah bahawa ilmu ini adalah sebuah ilmu “sihir” gaya moden dan ia dalah khurafat yang bisa menggiring kerosakan aqidah.

Lihat bagaimana ilmu tarikh lahir meramalkan tarikh kejatuhan Sukarno, malah ilmu ini juga boleh meramal kematian, keberjayaan dan macam-macam lagi.Tetapi orang yang mengimani ilmu ini tidak mahu pula mengimani hadith-hadith nabi yang telah dinukilkan diatas tadi!

KALAULAH TARIKH ITU MEMBAWA POTENSI KEPADA KEBERJAYAAN, MENGAPA RASUL TIDAK MENGGUNAKAN?

Satu persoalan kepada para pendokong Rahsia Tarikh Lahir yang mengaku Muslim; Seandainya setiap nombor ini mewakili rahasia dan bisa mendorong kepada potensi; mengapa Rasul tidak menggunakan “rahsia” nombor dalam menetapkan Qital sehingga dalam perang Uhud banyak gugur para saahabat termasuk Hamzah ayah saudara Baginda, hatta gigi baginda juga patah pada peperangan tersebut!

Orang yang beriman dan menjauhi khurafat; yang berfikiran waras; mereka akan mengerti bahawa kekalahan itu bukan berpunca dari “nombor” tetapi kerna perlanggaran perintah oleh pasukan pemanah di atas gunung.

POTENSI SEBENAR MANUSIA

“Bersungguhlah kepada perkara yang memberi manfaat untukmu dan mohonlah bantuan daripada Allah, dan janganlah merasa lemah”. (Hadith riwayat Muslim no.6945)

Rahsia kepada potensi sebenar manusia adalah mereka sentiasa berfikiran positif. Malah ini sudah dianjurkan oleh Islam. Kemudian mereka tidak menyalahkan sesuatu seandainya mereka menemui halangan.

Kejayaan kepada Manusia Muslim bukan diukur kepada kebendaan tetapi diukur kepada nilai. Kerana itu Tamadun Islam yang dikira Gemilang adalah pada 3 kurun pertama, sedangkan Barat mengukur ketamadunan dengan keupayaan fizikal.

Lalu; kita boleh lihat bahawa manusia yang menggunakan “Rahsia Nombor” adalah manusia yang berada dalam ruang-lingkup “kebendaan”, sekaligus membuktikan bahawa ilmu tersebut sangat jauh dari ilmu yang dibenarkan oleh syara’.

Orang yang mengikuti kursus ini selalunya yang mereka itu tidak mendalam asas agama, hatta mereka tidak pernah belajar ilmu aqidah dan saya berani jamin bahawa mereka tidak pernah membaca kitab al Ibanah al Ushul ad Diyahan oleh Imam Asya’ari, Syarh Sunnah oleh Imam Barbahari dan Kitab Aqidah At Thahawiyah oleh Imam Ja’far At Thahawi.

Oleh kerana mereka itu banyak bengambil ilmu-ilmu dari Barat dan tidak mengetahui ilmu-ilomu Syara’ maka mereka menyangka bahawa ilmu potensi dari rahsia nombor ini tidaklah mejadi keharaman kerna “selagi tidak menyalahi Syara'” maka ia bisa diambil. Walhal “syara'” itu adalah apa yang difikirkan oleh aqal mereka semata-mata, kerna mereka tidak pernah tahu bagaimana untuk menimbang syara’ akibat ilmu islam mereka sangat minimal.

Lalu, kita tanya kembali kepada mereka; seandainya rahsia nombor ini memang halal mengikut syara’, maka berikan hujjah dari pengamalan Rasul dan para sahabatnya. Kalau tidak, berikan pengamalan yang dilakukan oleh para cendiakawan islam sehingga hari ini.

KALENDER YUNANI, KALENDER PANCHANG INDIA DAN KALENDER FENG SHUI CINA

3 kalendar ini adalah antara asas ilmu “misteri nombor” kepada peradaban manusia. Rasul telah melalui ketiga-tiga zaman ini dan beliau tidak membenarkannya.

Keharaman ilmu ini bisa dipahami kalau kita belajar fiqh. Tetapi masalahnya orang yang mengimani rahsia tarikh lahir tidak memahami ilmu ushul fiqh. Ini masalahnya!

Dalam Ilmu hukum, arak adalah haram kerana ada dalil yang mengharamkannya.Walaupun dari segi perubatan, arak mempunyai nilai-nilai penyembuh, tetapi Islam tetap mengharamkan arak sebagai ubat;

“Sesungguhnya Allah menurunkan ubat dan Dia juga menurunkan penyakit. Allah menjadikan ubat pada setiap penyakit. Oleh kerana itu, berubatlah. Namun janganlah kalian berubat dengan yang haram. ” HR. Abu Daud no. 3874

APA KAITAN TARIKH LAHIR DENGAN PENYAKIT?

Nabi bersabda:

“Tidak ada penyakit berjangkit, tidak ada sempena (baik atau buruk) melalui burung berterbangan, tidak ada sial pada burung hantu dan tidak ada nahas dalam bulan Safar. Hendaklah setiap daripada kamu melarikan diri daripada pesakit kusta sebagaimana kamu melarikan diri daripada singa yang bengis”. (Hadis riwayat Bukhari)

Hizbu Tahrir Dan Bendera Saudi

Jun 21, 2009
Bendera Nabi

Bendera Nabi

 

Saya pernah bertanya kepada golongan Hizbu Tahrir akan ciri-ciri sebuah negara Islam. Lalu antara yang mereka sebutkan adalah harus punya bendera persis bendera yang digunakan oleh Kerajaan Awal Islam iaitu bendera yang telah Rasulullah saw julang.

Bendera Hitam untuk perang dan putih untuk keadaan biasa. Bendera yang tertera kalimah Tauhid yang menjadi dasar Islam dan matlamat pengebaran negara Islam – mencerahkan bumi Tuhan dengan tauhid.

Lalu saya bertanya: “Lantas Saudi bagaimana?”.

Kaum Hizbu Tahrir berkata: “Pertamanya warna yang dikenali hanya putih dan hitam, bukannya hijau. Kedua: bendera Nabi tiada pedang dibawahnya, ini penambahan. Lalu Bendera Saudi adalah bid’ah, bukannya bendera Nabi. Bendera yang benar harus sama seperti bendera nabi”.

       

Bendera Arab Saudi

Bendera Arab Saudi

 

Lalu dalam 2 minggu lepas saya terjumpa bendera ini di dalam sebuah kereta dan terus saya teringat diskusi saya sekitar 2 tahun lepas.

Kalaulah saya bisa ketemu sama golongan Hizbu Tahrir lagi [walaupun minggu lepas saya ke PD untuk berkursus dan berjumpa dengan seorang pemuda yang baru mengenali HT tetapi beliau tidak tahu apa-apa tentang HT – sangat menyedihkan] saya akan tanyakan kepada mereka beberapa soalan:

Pertama: “Setuju atau tidak bahawa Bendera Saudi bukanlah bendera Islam?

Jawaban Jangkaan: “Setuju”

Kedua: “Bendera Saudi bukan bendera Islam lantaran kerna ada penambahan, iaitu warna hijau dan gambar pedang, setuju?”

Jawaban Jangkaan: “Ya, Setuju”.

Soalan Ketiga: “Maka setujulah bahawa kita harus menggunakan Bendera Islam dan meninggalkan Bendera Saudi walaupun Bendera Saudi tersebut seperti Bendera Nabi tetapi terdapat sedikit penambahan”.

Jawaban Jangkaan: “Setuju, sangat setuju”.

Soalan Keempat: “Kejayaan hanyalah apabila kita mengikut Nabi, dan kelemahan apabila kita tidak mengikut Nabi, seperti menggunakan Bendera Saudi yang ditambah-tambah?”

Jawaban Jangkaan: “Setuju. Hummm penat dah kata setuju”.

Soalan Terakhir: “Lalu sekiranya Bendera Saudi yang ditambah pun bukanlah merupakan Bendera Islam dan tidak terpakai sebagai sebahagian dari negara Islam, maka apakah amalan kalian yang banyak ditambah dan diubah suai itu bisa dinamakan sebagai Ibadat Nabi? Solat kalian yang kalian tambah tatacaranya, zikir kalian yang kalian ubahsuaikan kaifiatnya, dan seluruh ibadat yang lainnya kalian menokok tambah, apa itu kalian namakannya sebagai persis ibadah Nabi dan bisa mendatangkan pahala kepada kalian? Setujukah kalian?”

Jawaban jangkaan: “Setuju. Ia ibadah yang Nabi beri leluasa kepada kita dan pahala bisa digarap”.

Serban Bukan Dari Bahagian Keagamaan

Januari 21, 2009

Kerana menggigit teguh akan prinsip Islam dia rela masuk lokap!

Kerna Serban seorang pelaja sekolah Pondok [ yang kemudian ini bisa kita namakan dengan istilah pondokius] rela dipenjara 2 hari.

Dia mahu nyatkan kepada dunia, kepada pemimpin, kepada polis dan kepada undang-undang bahwa dia rela mati kerna pertahankan sunnah Rasulullah – sorban di kepala!

Dia imani bahwa telah diwasitakan kepada umat manusia ketika sedang ajal mau menjemput baginda; baginda memesan agar umat ini meggigit sunnah kerna akan datang satu hari nanti manusia akan cuba menarik sunnah dari pegangan umat Islam. Sehinggakan kalau digigit dengan gigi kapak, pasti sunnah itu akan tercabut lantaran kuatnya tarikan manusia yang memusuhi sunnah. Kerna itu Rasul menyuruh kita menggigitnya, dengan kuat, gunakan gigi graham, agar nanti bila ditarik pasti sunnah itu tak  terlepas dari mulut.

“Al-‘irbadh bin syariah ra berkata: “Suatu hari setelah sholat subuh, Rasulullah saw menasehati dengan satu nasehat yang begitu mendalam, hingga air mata kamipun mengalir dan hati-hati kami pun bergetar, kemudian berkatalah seseorang: “Sungguh ini adalah nasihat orang yang mahu berpisah, lalu apa yang akan engkau pesankan kepada kami wahai Rasulullah saw? ” beliaupun bersabda “Aku wasiatkan kepada kalian untuk bertaqwa kepada Allah subhanahu wata’ala, untuk mendengar dan taat kepada pemimpin, walaupun yang memimpin kalian adalah seorang budak dari Habasyi (ethopia), karena sesungguhnya siapa diantara kalian yang nantinya masih hidup, dia akan melihat perselisihan yang banyak, maka wajib atas kalian berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah para khulafa rasyidin (para sahabat) yang terbimbing dan mendapat petunjuk, gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham kalian (pegang erat-erat jangan sampai lepas), dan berhati-hatilah kalian dari perkara-perkara baru yang diada-adakan dalam agama ini (bid’ah), karena setiap bid’ah adalah kesesatan.” ( HR Abu dawud 5/4607 dan tirmidzi 2816 dia berkata hadits ini Hasan
shohih)

Dia mahu menjalani hadith tersebut lalu dia memakai sorban dan dia rela untuk dijatuhkan sanksi hanay kerna sorban.

Dia dipuncak keimanan!

Kemudian para pondokius pun berkata: “Lihat, bagaiman penganut Gudwara Sahib bisa memakai sorban dan dibenarkan menunggang motorsikal tanpa disaman, walhal saudara kami yang antusia untuk menuntut agama di sekolah pondok disaman dan didenda!

Ini tidak adil malah undang-undang negara ini tidak menyebelahi agam Islam yang dikatakan sebagai agma Rasmi!

Lalu apakah ini bukti sebagai sebuah negara Islam kendati aturan Islam ditentang dan dizalimi?

Ibarat kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Islam di tentang dan agama Sink  diberi laluan.

Kemudian dia tersenyum ketika dia digiring ke lokap. Sebuah senyuman “kemenangan” walau Islam makin tertindas di bumi Malaysian. Semuah isyarat bahwa manusia muslim harus memperjuangkan Islam wallu dikenakan hukuman! Islam adalah kehidupan yang sempurna! – ini pesanan pada sebuah senyuman.

Saya tidak tahu, apakah akan ada siri demontrasi oleh para pondokius nanti, tapi saya yakin isu ini akan menjadi modal para penceramah agama untuk menentang kerajan Muslim Malaysia.

Tetapi pihak polis bilang; pemakain sorban itu bisa mengancam nyawa ketika menunggang motosikal andi penunggangatau pemboncengnya terhumban jatuh.

Sebaliknya topi keledar itu bisa menyelamatkan otak dan kepal kita dari berderai, kerna hentakan ketika kecelakaan jalanrata bisa menghancurkan kepala kita, rempuhan itu ibarat seperti dikenakan tekanan seberat 80 kg.

Polis tidak pernah melarang orang tua yang telah ke haji, atau guru agama, kerna mereka ini selalunya membawa moto seperti siput; dengan hati-hati, atau kadang-kadang rabun yang memaksa mereka memperlahankan kelajuan.

Begitu juga polis tak pernah menangkap tok haji yang memakai serban di dalam sebuah keretak. Atau bas. atau lori. atau kapal terbang.

Jauh sekali para jemah solat yang sedang bersantai atau bersolat di masjid!

Yang polis lakukan hanyalah melarang selain hari, kiyai, guru agama, ustaz, dari memakai sorban – kerna ia mengancam nyawa kepada pengunggangnya!

Lalu apakah wajar Polis dan kerajan dikatakan menentang Agam Islam dan memberikan kelebihan kepada penganut lain?

Saya fikir ini adalah pikiran senteng dari para pondokius. Kerna dikatakn senteng lantaran pemikiran jenis ini tak berdasar dan selalu simpang siur. Satu ketika mereka akan menentang sunnah dan pada satu ketika yang lain mereka akan berpegang pada sunnah – walhal ia bukanlah sunnah syariah.

Ini biasa berlaku kepad pondokius lantaran mereka tidak mahu mengimani agama dengan benar adanya. Tidak mahu memahani agama dengan pintu dalil dan pembuktian. Meereka merasa cukup dengan taqlid buta dan sentimen agama. Nenek moyang mereka adalah hujjah pada mereka! Nenek moyang mereka adalah Nabi yang diutus, dan guru mereka adalah ma’sum!

Kerna itulah bangasa kita ini masih duduk dalam tempurung, kerna minda kelas pertama – minda yang selalu bertanya akn dalil – tak penah dihidupkan dalam pendidikan kehidupan kita.

Tuan-tuan;

Persoalannya ada 2 dalam kes “Penjara Serban” ini

 

Persoalan Pertama

Pertamanya saya mau bertanya kepada tuan-tuan; Apakah tuan setuju bahwa telah sabit keabsahan bahwa Rasulullah saw dan para sahabat menunggang unta dalam seharian, berperang menaiki unta dan  kuda, berjahi dengan unta, berdagang dengan unta?

Lalu setujukah kalau saya katakan begini: “Menaiki unta dalam kehidupan seharian adalah sunnah – dapat pahala. Menaiki Unta dan kuda dalam berperang juga sunnah – mendapat pahal dan insyaallah akan menang. Mungkin kekalahn kita di Palestin adlh kerna kita tak menunggang unta dan kuda! Dan adalah sunnah kita menunaikan haji dengan unta!”

Lalu apakah tuan-tuan setuju dengan kenyatan saya ini!

Kenyatan saya ini berasas, lahir dari riwayat yang mutawair akan Unta! Lantas bagiman kalian mahu menolaknya?

Justeru bila kita amati, kehidupan baginda terbahagi kepad 2, iaitu kehidupan sebagai manusia dan kehidupan sebagai rasul.

Sebagai manusia, Muhammad saw akan berperilaku sebagai manusia lainnya; dia ad cara jalnnnya, dia ada cara pembawakan dirinya; dia mahu makan, punya makann kegemaran. Dia mahu bersantai, dia membina rumah, membeli pakaian, makanan.

Maka dalam hal ini manusia, yakni sahabat baginda tak mengikuti baginda kerna mereka semua mengerti akan hakikat kemanusian Muhammad saw. Kerna itulah telah sabit hadith “Pendebungaan kurma” ketika baginda berkata” Dalam hal dunia, kamu lebih tahu”. Malah dalam beberapa hadith kita dapati bahwa sahabat pertanyakan kepada bagnda: “Apakah ini wahyu atau pandangan Rasul semata?”.

Dan para sahabt juga ada menyelisihi baginda dalam hal Adiyah [adat] ini kerna setiap manusia punya keinginan, keadan, dan ekonomi yang berbeza.

Dan sebagai Rasul, dia menurunkan perintah tuhan dan larangan. Maka dalam hal ini setiap manusia wajib untuk mengikutinya tanpa alasan. Kerna itu Rasul berbicara: “Dalam hal Agama, serah padaku”.

Inilah yang lebih terangkum dalam hal-hal ubudiyah – jalan menghambakan diri kepada Tuhan, yang dimulai dengan aqidah ; keimanan tengtang Tuhan dan segala hal-hal ghaib, kenabian, kitab-kitab, malaikat dan semua yang bersangkutan.

Lalu kepada manusia, tak ada celah bagi kita untuk menambah, mengurang atau menafikan hal-hal ini!

Dan hal inilah yang Baginda wasiatkan untuk digigit dengan gigi geraham!

Kerana itulah dalam hal serban ini, menunjukkan bahwa tiada satu dalil yang sah pun menunjukkan bahwa serban termasuk dali bahgian agama!

Yang nyat bahwa serban adalah pakain bangsa arab, dan Muhammad saw pasti adalah seorang arab. Lalu baginda memakai pakain kebiasan bangsanya!

Lalu kita minta kepada pondokius untuk datangkan sebuah hadith yang kualitinya sah tentang penggalakan memakai sorban!

Kalu sekadar bisa membawakan sejumlah hadith yang palsu dan lemah, lalu membuat kesimpulan”Walau palsu dan dhaif, namun maknanya mutawatir dan bisa digunakan”.

Saya mau bertanya; “Kaedah disiplin ilmu hadith yang manakah kalian guna sehingga bisa menyimpulkan hal demikian?”

Justeru seandainy tiada hujjah, maka terimalah dengan hati terbuka. Kepada semua manusia, kita janganlah mencaci pakaian orang lain selagimana ia memenuhi tuntutan agama, tambahan pula pakaian Rasulullah saw.

Maknanya sorban adalah satu kebudayan bukan keagaman. Tetapi kebudayan bisa diganjari pahala jika kita niatkan kepada agama; seperti memakai “baju melayu” lalu kita menbaca doa dan dengan niat untuk menutup aurat, dan guna mahu menunaikan solat.

Tuan-tuan Pondokius; boleh mengertikah?

 

Persoalan Kedua

Dari sekian banyak sunnah, antara sunnah sorban [kalau mereka mengganggap sorban sebagai sunnah juga walalupun mereka tak bisa mendapatkan sebuah hadith tentang penyuruhan sorban] dan sunnah aqidah, manakah yang lebih tinggi dan harus dipertahankan?

Semua manusia yang islamis suka memakai sorban, hatta seorang yang paham tuhan itu bisa pindah randah dalam jasad! Hatta Ibn Arabi yang mengimani Firaun adalah bertauhid, dan Anjing itu adalh Allah yang telah menitis!

Lalu, dari segi logis, malah sebenarnya dari segi petunjuk yang telah Rasul berikan, yang berupa sunnah, adalah menegakkan aqidah dagulu, menggigiti sunnah aqidah dengan kuat terleih dahulu. Bukan sunnah serban, yasinan, maulidan, bubur asyura, tahlilan dan banyak lagi yang sebenarnya bukan sunnah tapi melanggar sunnah!

Inilah sunnah yang hakiki dan terbesar, sebuah sunnah yang terabai; membersihkan manhsia dari keyakina-keyakinan songsang dan mengisi jiwa mereka dengan keimanan yang shahihah! Inilah tugar utama Rasul saw dan seluruh Rasul dan nabi!

“Dan sesungguhnya Kami mengutus kepada setiap umat seorang rasul; Hendaklah kalian menyembah Allah dan menjauhi thaghut” (an Nahl 36)

Maka, kita mau bertanya kepada pondokius yang sering memakai sorban dengan keyakinan “ini adalh sunnah, dan harus dipertahankan”; “Apakh kalian telah membersihkan keyakinan kalian dari kesyirikan, kekhurafatan, kebid’ahan?’

“Dan apakah kalian juga setelah itu menyeru dan menyebarkan aqidah yang shahih dikalangan masyarakat”

Lantas kita juga mau bertanya, berdasarkan hadirh wasiat nabi saw tadi: “Apakah kalian telah menghapuskan segala bid’ah ibadah yang kalian ciptakan sebelum ini, dan kembali mengamalkan tatakrama ibadah yang nabi tunjukkan – pesis – tak bertambah dan berkurang?”

 

Yang peliknya kalian begitu bersemangat untuk mempertahankan sesuatu yang bukan dari bahgian agama dan bersemangat pula menentang golongan yang mahu mengajak kalian kepada berpegang teguh kepada sunnah Muhammad saw yang asli.

Dan kita juga meminta pondokius untuk tidak mencela Polis dan kerajan. Ini bukannya sunnah Muhammad saw, melainkan sunnah khawarij yang lahir dari pikiran “adil” Dzul Kwuraishi ketika dia menempelak Muhammad saw: “Berlaku adillah Muhammad” ketika dia merasa Muhammad saw tidak adil dalam pembahagian emas.

Polis dan Kerajan tidak bersalah, malah mereka mahukan umat islam aman dari kecelakn jaln raya. Kerana itulah mereka mewajibkan kita memakai topi keledar, dan membiarkan Sink. Paham-pahamilah hal ini.

Justeru kalau kalian merasakan kalian lebih mengerti akan agama, lebih memahami nas dari baginda, lebih berfikiran waras dari sahabt maka kalian lebih layak mendapat Wahyu. Maka lebih baik kalian jadi Nabi. Doalah kepada Tuhan agar kalian menjadi Rasul Melayu. Walhal beberapa panutan agama kalian dari kaum mu’tazilah dan kaum sesat lain beriman bahwa Kerasulan ini bisa digapai lewat keazaman beribadah!

Kerna kalian lebih bagus dalam hal agama ketimbang Muhammad saw, sang Arab Quraiys!

Fabrikasi [05] : Menuju Amal Sempurna Dengan Mengikuti Manhaj Salaf

Oktober 15, 2008

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang beriman dengannya adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka ; kamu lihat mereka ruku’ dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud” [Al-Fath : 29]

“Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahan-nam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.” [An-Nisaa’: 115]

Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha terhadap mereka dan mereka ridha kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka Surga-Surga yang mengalir sungai-sungai di dalam-nya; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah keme-angan yang besar.” [At-Taubah: 100]

“Maka jika mereka [kaum musyrikin] beriman kepada apa yang kamu telah beriman kepadanya, sungguh mereka telah mendapat petunjuk, dan jika mereka berpaling, sesungguhnya mereka berada dalam permusuhan (dengan kamu). Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dia-lah Yang Mahamendengar lagi Maha-mengetahui.” [Al-Baqarah: 137]

Kamu adalah ummat yang terbaik yang dilahirkan untuk menusia menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah” [Ali Imran : 110]

“Dan demikian (pula) kami telah menjadikan kamu ummat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar rasul menjadi saksi atas perbuatan kamu”. [Al-Baqarah : 143]

Mereka itu yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik diantaranya, mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal”. [Az-Zumar : 18]

Rasullullah saw berkata:

‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata:

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam membuat garis dengan tangannya kemudian bersabda: ‘Ini jalan Allah yang lurus.’ Lalu beliau membuat garis-garis di kanan kirinya, kemudian bersabda: ‘Ini adalah jalan-jalan yang bercerai-berai (sesat) tak satu pun dari jalan-jalan ini kecuali di dalamnya terdapat syaitan yang menyeru kepadanya.’ Selanjutnya beliau membaca firman Allah Jalla wa ’Ala: ‘Dan bahwa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia, janganlah kalian mengikuti jalan-jalan (yang lain) karena jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan oleh Allah kepadamu agar kamu bertaqwa.’” [Al-An’aam: 153] [Hadits shahih riwayat Ahmad (I/435, 465), ad-Darimy (I/67-68), al-Hakim (II/318), Syarhus Sunnah oleh Imam al-Baghawy (no. 97), di-hasan-kan oleh Syaikh al-Albany dalam as-Sunnah libni Abi ‘Ashim (no. 17), Tafsir an-Nasaa-i (no. 194). Adapun tambahan (mutafarriqatun) diriwayatkan oleh Imam Ahmad (I/435)]

“Sebaik-baik manusia adalah pada masaku ini (yaitu masa para Shahabat), kemudian yang sesudahnya, kemudian yang sesudahnya. Setelah itu akan datang suatu kaum yang persaksian salah seorang dari mereka mendahului sumpahnya dan sumpahnya mendahului persaksiannya.”. [Muttafaq ‘alaih, al-Bukhari (no. 2652, 3651, 6429, 6658) dan Muslim (no. 2533 (211)) dan lainnya dari Shahabat Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu].

“Sesungguhnya Allah melihat hati hamba-hambaNya dan Allah mendapati hati Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah sebaik-baik hati manusia, maka Allah pilih Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai utusanNya. Allah memberikan risalah kepadanya, kemudian Allah melihat dari seluruh hati hambah-hamba-Nya setelah Nabi-Nya Shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka didapati bahwa hati para Shahabat merupakan hati yang paling baik sesudahnya, maka Allah jadikan mereka sebagai pendamping NabiNya Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang mereka berperang atas agamaNya. Apa yang dipandang kaum Muslimin (para Shahabat Rasul) itu baik, maka itu baik pula di sisi Allah dan apa yang mereka (para Shahabat Rasul) pandang jelek, maka jelak di sisi Allah”. [HR. Ahmad (I/379), dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir (no. 3600). Lihat Majma’-uz Zawaa-id (I/177-178)]

“Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu dari ahlul Kitab telah berpecah belah menjadi tujuh puluh dua golongan. Dan sesungguhnya agama ini (Islam) akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, tujuh puluh dua golongan tempatnya di dalam Neraka dan satu golongan di dalam Surga, yaitu al-Jama’ah.” [HR. Abu Dawud (no. 4597), Ahmad (IV/102), al-Hakim (I/128), ad-Darimy (II/241), al-Aajury dalam asy-Asyari’ah, al-Laalikaa’iy dalam as-Sunnah (I/113 no.150)]

Dalam riwayat lain disebutkan:

“Semua golongan tersebut tempatnya di Neraka, kecuali satu (yaitu) yang aku dan para Shahabatku berjalan di atasnya.” [HR. At-Tirmidzi (no. 2641) dari Shahabat ‘Abdullah bin Amr, dan di-hasan-kan oleh Syaikh al-Albany dalam Shahihul Jami’ (no. 5343)]

Dari Abu Musa Al-Asy’ari ra: “Kita shalat Maghrib bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam kemudian kami berkata : Sebaiknya kita duduk hingga shalat Isya’ bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka kami duduk, lalu Rasulullah keluar kepada kami, kemudian beliau bersabda : “Kalian masih berada disini?”. Kami berkata : Wahai Rasulullah kami shalat bersamamu, kemudian kami berkata : Sebaiknya kita duduk hingga shalat Isya bersama Engkau. Beliau bersabda : “Kalian baik dan benar”. Berkata Abu Musa Al-Asy’ari Radhiyallahu ‘anhu ; Kemudian beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengangkat kepalanya ke langit (dan beliau sering menatap langit) seraya berkata :

“Bintang-bintang adalah penjaga langit maka apabila bintang-bintang lenyap datanglah kiamat, dan aku adalah penjaga bagi sahabat-sahabatku, apabila aku telah tiada datanglah kepada sahabat-sahabatku apa yang diancamkan pada mereka dan sahabat-sahabatku adalah penjaga bagi umatku, maka apabila sahabat-sahabatku lenyap, datanglah kepada umatku apa yang diancamkan kepada mereka”. [HR Muslim]

Ucapan Para Salaf

[1]. Khalifah Ali Bin Abi Thalib

Dari Abu Juhaifah ia berkata : “Saya berkata kepada Ali : “Apakah ada pada kalian kitab? Ali berkata : ‘Tidak, (yang ada pada kami) hanyalah Al-Qur’an dan pemahaman yang diberikan kepada seorang muslim, atau keterangan-keterangan yang ada pada lembaran-lembaran ini”. [Dikeluarkan oleh Imam Bukhari I/204, Fathul Bari]

[2]. Ibn Mas’ud:

“Dari ‘Abdullah bin Mas’ud ra, dia berkata: “Hendaklah kalian mengikuti dan janganlah kalian berbuat bid’ah. Sungguh kalian telah dicukupi dengan Islam ini.” [Diriwayatkan oleh ad-Darimi I/69, Syarah Ushul I’tiqaad Ahlis Sunnah wal Jama’ah I/96 no. 104, oleh al-Laalikaa’iy, ath-Thabrany dalam al-Kabir, sebagaimana kata al-Haitsamy dalam Majma’uz Zawaaid I/181.]

“Barangsiapa di antara kalian yang ingin meneladani, hendaklah meneladani para Shahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Karena sesungguhnya mereka adalah ummat yang paling baik hatinya, paling dalam ilmunya, paling sedikit bebannya, dan paling lurus petunjuknya, serta paling baik keadaannya. Suatu kaum yang Allah telah memilih mereka untuk menemani Nabi-Nya, untuk menegakkan agama-Nya, maka kenalilah keutamaan mereka serta ikutilah atsar-atsarnya, karena mereka berada di jalan yang lurus.” [Dikeluarkan oleh Ibnu Abdil Baar dalam kitabnya Jami’ Bayanil Ilmi wa Fadhlih II/947 no. 1810, tahqiq Abul Asybal Samir az-Zuhairy]

[3]. Imam al-Auza’i:

“Bersabarlah dirimu di atas Sunnah, tetaplah tegak sebagaimana para Shahabat tegak di atasnya. Katakanlah sebagaimana yang mereka katakan, tahanlah dirimu dari apa-apa yang mereka menahan diri darinya. Dan ikutilah jalan Salafush Shalih, karena akan mencukupi kamu apa saja yang mencukupi mereka.” [Syarh Ushul I’tiqaad Ahlis Sunnah wal Jama’ah]

“Hendaklah kamu berpegang kepada atsar Salafush Shalih meskipun orang-orang menolaknya dan jauhkanlah diri kamu dari pendapat orang meskipun ia hiasi pendapatnya dengan perkataannya yang indah.” [Imam al-Aajury dalam as-Syari’ah]

[4]. Muhammad bin Sirin:

“Mereka mengatakan: ‘Jika ada seseorang berada di atas atsar (sunnah), maka sesungguhnya ia berada di atas jalan yang lurus.” [HR. Ad-Darimy I/54, Ibnu Baththah dalam al-Ibanah ‘an Syari’atil Firqatin Najiyah I/356 no. 242. Syarah Ushul I’tiqaad Ahlis Sunnah wal Jama’ah oleh al-Laalikaa-iy I/98 no. 109]

[5]. Imam Ahmad:

“Prinsip Ahlus Sunnah adalah berpegang dengan apa yang dilaksanakan oleh para Shahabat dan mengikuti jejak mereka, meninggalkan bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat.” [Syarah Ushul I’tiqaad Ahlis Sunnah wal Jama’ah oleh al-Laalikaa’iy]

[6]. Fudhail bin ‘Iyad rahimahullah berkata:

“Ikutilah jalan-jalan petunjuk (Sunnah), tidak membahayakanmu sedikitnya orang yang menempuh jalan tersebut. Jauhkan dirimu dari jalan-jalan kesesatan dan janganlah engkau tertipu dengan banyaknya orang yang menempuh jalan kebinasaan.” [al-I’tisham]

Kesimpulan

Setelah kita melihat seluruh dalil diatas, kita dapat mengerti bahawa dalam beragama ini harus mengikuti dasar pijakan manusia yang Allah telah jamin Syurga baginya dan Allah telah menyinggung keutamaan mereka di dalam Al Kitab. Begitu juga Rasulullah telah mengisyaratkan mereka di dalam sekian banyak hadith.

Mereka redha kepada Allah dan Allah redha kepada mereka. Malah mengikuti pemahaman mereka adalah satu-satunya jalan untuk menuju Allah.

Apa yang mencukupkan mereka dalam beragama, itulah pula yang bisa mencukupkan kita. Apa yang memenangkan mereka keatas segala manusia, itulah pula yang akan memenangkan kita. Ketika mereka berhenti, maka ketika itu juga kita berhenti. Ketika mereka berdiam dari berbicara, maka ketika itulah kita berdiam.

Kerana mereka mendapat tarbiyah dari Rasulullh, dan kepada merekalah Al Quran dibacakan dan kepada mata dan telinga mereka lah melihat dilihatkan Rasulullah dan mendengar perbicaraan beliau. Dan merekalah manusia yang telah Allah pilih menjadi pendamping Rasul-Nya dn berjuang bersama baginda, dan mereka lah yng telah diuji dngan segla kegtiran dan kesenngan. Dan kepada merekalah Rasul memberi kepahaman dan mendoakan keilmuan. Lalu dengan mereka lah Islam tersebar dan sampai kepada kita.

Justeru diantara sekelian umat yang maujud ini, siapkah yang lebih mengerti akan Al Quran dan As Sunnah ketimbang mereka? Siapakah yang memiliki akhlaq yang paling mulia setelah baginda? Siapakah yang diberi kefahaman yang mendalam tentang agama? Semuanya dimiliki oleh mereka. Makanya mengikuti pemahaman mereka berupa sebuah jalan yang selamat. Yang menyelisihi mereka akan berguguran dalam lobang kesesatan.

Lalu saat ini setelah kita melihat perpecahan yang banyak, dan setiap kelompok itu mengakui mengikut Al Quran dan As Sunnah, maka adalah menjadi satu kewajiban untuk menetapkan suatu hal; iaitu kedua sumber tadi hanya bisa menjadi benar apabila ditimbang dengan pemahaman para Sahabat.

Begitu juga, dalam aqidah, seluruh umat harus memiliki aqidah yng diimani oleh mereka. Berupa aqidah yang shahih dan terlepas dari segala noda kesyirikan dan kebid’ahan. Dan begitulah pula dalam ibadah, hanya mengikuti mereka tanpa penambahan atau pengurangan.

Fabrikasi [04] : Niat Baik Dan Ancaman Neraka

Oktober 15, 2008

Mengapakah sesuatu amal yang kita lihat ianya baik dan tidak menyanggahi syariat dicela dan diancam sehingga ke neraka?

Ini satu perlakuan yang berat, kerna apakah ada satu kewarasan – seperti berzikir secara berjamaah – itu adalah satu kedurjanaan kepada agama dan diancam kesesatan?

Tetapi apabila kita melihat keseluruhan hadith-hadith yang meyinggung dalam masalah bid’ah, maka tiada satupun yang memberi rasa emosi yang menyenngkan. Kesemuanya membawa celaan dan ancman kepada amal bid’ah.

Bukan satu, bukan dua, malah puluhan hadith yang berbicara tntng bid’ah dalam bentuk umum, yang semuanya membawa pernyataan keras berupa larangan.

Mengapa dalam puluhan hadith bid’ah, tidak kedapatan satupun yang menceritakan akan wujudnya “kebaikan”, dan mengapa tiada satupun yang terlepas dari pelarangan?

Justeru kalau mengikut kaedah usul, seluruh dalil yang maujud apabila bersifat umum dan mutlaq yang diulang-ulang pada sekian banyak tempat dan mempunyai banyak pendukung, tanpa ada sedikitpun pengkhususan dan pembatasan berupa pengecualian, maka hal tersebut menunjukkan tetap dalam keadaan umum. Seperti firman Allah:

“Dan orang yang berdosa tidak akan menanggung dosa orang lain” [Al An’am: 164].

Ayat ini terdapat dibeberapa tempat dalam surah Al An’am, Al Isra dan Az Zumar. Maka ayat ini diberlakukan maknanya secara umum.

Abdullah Bin Umar berkata: “Setiap bid’ah adalah sesat walupun dipandang baik oleh manusia”

Begitu juga dengan hadith sebelum ini yang menceritakan bagaimana kaum zikir jama’I memandang hal itu sebagi kebaikan tetapi Ibn Mas’ud menetapkannya kejelekan.

Imam Malik berkata :

“Barangsapa berbuat suatu kebid’ahan dalam agama Islam yang ia pandang baik maka sungguh ia menyangka bahwa Muhammad telah mengkhianati risalah, karena Allah berfirman : “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu ni`mat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu”(Al Maidah 3). Maka apa saja yang pada waktu itu bukan agama tidaklah pada hari ini dianggap sebagai agama, dan tidak akan baik akhir umat ini melainkan dengan apa yang baik pada umat yang awal (para sahabat).”

Oleh kerana itulah niat yang baik dalam melakukan bid’ah hasanah bukanlah satu dalil syar’i untuk menghalalkan ibadah tersebut. Walaupun disebutkan hadith “sesuatu amal itu bergantung dengan niat”. Kerana hak untuk menentukan tatakrama ibadah hanya terletak kepada Allah.

Maknanya Sesuatu amal itu harus punya dua sisi bagi membolehkannya berlepas dari celaan, sepertimana yang dikatakan oleh para ulama. Ibn Qayyim berkata:

“Sebagian ulama salaf berkata, “Tidaklah suatu pekerjaan meskipun kecil melainkan dibentangkan kepadanya dua catatan. Mengapa dan bagaimana ? Yakni, mengapa kamu melakukan dan bagaimana kamu melakukan ?

Pertanyaan pertama tentang alasan dan dorongan melakukan pekerjaan. Apakah karena ada interes tertentu dan tujuan dari berbagai tujuan dunia seperti ingin dipuji manusia atau takut kecaman mereka, atau ingin mendapatkan sesuatu yang dicintai secara cepat, atau menghindarkan sesuatu yang tidak disukai dengan cepat ? Ataukah yang mendorong melakukan pekerjaan itu karena untuk pengabdian kepada Allah dan mencari kecintaan-Nya serta untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala ?

Artinya, pertanyaan pertama adalah, apakah kamu mengerjakan amal karena Allah, ataukah karena kepentingan diri sendiri dan hawa nafsu?

Adapun pertanyaan kedua tentang mengikuti Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam pengabdian itu. Artinya, apakah amal yang dikerjakan sesuai syari’at Allah yang disampaikan Rasul-Nya? Ataukah pekerjaan itu tidak disyari’atkan Allah dan tidak diridhai-Nya?

Pertanyaan pertama berkaitan dengan ikhlas ketika beramal, sedangkan yang kedua tentang mengikuti Sunnah. Sebab Allah tidak akan menerima amal kecuali memenuhi kedua syarat tersebut. Maka agar selamat dari pertanyaan pertama adalah dengan memurnikan keikhlasan. Sedang agar selamat dari pertanyaan kedua adalah dengan mengikuti Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam mengerjakan setiap amal. Jadi amal yang diterima adalah bila hatinya selamat dari keinginan yang bertentangan dengan ikhlas dan juga selamat dari hawa nafsu yang kontradiksi dengan mengikuti Sunnah” [Mawarid Al-Aman Al-Muntaqa min Ighatshah Al-Lahfan]

Begitu juga apa yang telah diisyaratkan oleh Ibn Katir, rakannya Ibn Qayyim:

“Sesungguhnya amal yang di terima harus memenuhi dua syarat. Pertama, ikhlas karena Allah. Kedua, benar dan sesuai syari’at. Jika dilakukan dengna ikhlas, tetapi tidak benar, maka tidak akan diterima”. [Tafsir Ibn Katsir]

Dan kenyataan ini dikuatkan lagi oleh Ibn Ajlan:

“Amal tidak dikatakan baik kecuali dengan tiga kriteria : takwa kepada Allah, niat baik dan tepat (sesuai sunnah)”. [Jami Al-Ulum wal Hikam]

Dari sini apat kita cerna bahawa 2 dasar itu adalah:

[1]. Ikhlas iaitu bertauhid yang shahih
[2]. Ittiba iaitu mengikuti Rasulullah

Lalu seandainya kita hanyalah ikhlas untuk melakukan sesuatu amal hanya mengharap mardatillah tetapi ibadah itu tidak mencocoki seperti yang Rasulullah ajarkan, maka amal itu tidak akan diterima, malah ia bisa menjadi hujjah kepada dihumbannya kit kepada kemurkaan dan kema’siatan.

Lihatlah betapa banyak ancaman allah dan Rasul kepada pelaku bid’ah, sehingga kit menjadi yakin bahawa pembahgian bid’ah hasanah itu memang tidak wujud.

Anas ra berkata : Rasulullah saw bersabda: “Benar-benar suatu kaum dari umatku akan ditolak dari telaga sebagaimana unta asing ditolak (dari kerumunan unta)”, maka aku berkata : “Ya Allah itu adalah umatku”, maka dikatakan : “Sesungguhnya engkau tidak mengetahui apa yang mereka ada-adakan sepeninggalmu”. [H R Bukhari dan Muslim]

Ini kerana amal bid’ahnya itu tidak diterima oleh Allah. Bayangkan selama dia hidup amalnya senantias diselimuti dngan bid’ah, sehingga tiada satupun amalnya yng tersisa – solatnya, puasnya, hajinya, zikirnya, wudu’nya – yang dia lakukan selama hayatnya akhir menjadi debu berterbangan.

Ibn Waldhdhah meriwayatkan dari Asad bin Musa, bahawa dia berkata: “Laknat Rasulullah saw telah mengenai ahlul ahwa [ahli bid’ah], dan sesungguhnya Allah tidak akan menerima sharf [taubat], ‘adl [tebusan], faridhah [ibadah wajib] dan tathawwu [ibadah sunnah] dari mereka”. [al Bidayah wan Nihyu’anha: 5]

Dan Nabi bersabda :

“Sesungguhnya Allah menahan taubat dari setiap ahli bid’ah hingga ia bertaubat dari kebid’ahannya” [ H R Ibn Wadhdhah dan Ibn Abi Ashim, shahih]

Ali Bin Abi Thalib berkata: “Tidaklah sesorang yang memiliki pemikiran bid’ah kemudian dia meninggalkannya, kecuali menuju kepada yang lebih buruk”. [Riwayat Ibn Wadhdhah]

Hasan al Basri berkata: “Allah Tabaraka wa Ta’ala enggan menerima taubat bagi ahli bid’ah”. [Riwayat Al Laalika’i]

Justeru, kita haruslah mengingati bahawa memberlakukan amal ibadah itu harus sesuai dengn contoh teladan, dan setiap amal bid’ah itu adalah satu hujjah untuk memasukkan kita dalam kaum yng diancam. Malah lebih teruk lagi segala ibadah kita yang diselaputi dengan bid’ah tidak akan dihitung sebagai pahala tetapi sebaliknya akan dikira sebagai dosa.