Archive for the ‘Salafi’ Category

Imam Syafie Ulama’ Haid Sahaja

Mei 1, 2011

Cercaan Dan Pembodohan

Amr Bin Ubaid berkata tentang As Syafi’i: “Sesungguhnya ilmu As Syafi’i dan Abu Hanifah semuanya tidak keluar dari seluar dalam wanita”. Betapa cetek ilmu mereka berdua sehinggakan luas bidang pengetahuan mereka tidak lebih besar dari seluar dalam. Bukan itu sahaja, ilmu yang mereka miliki itu cukuplah hina dan tidak manafaat sehinggakan ia disandarkan kepada pakaian yang menutup kemaluan.

Namun Imam As Syatibi membantah perkataan ahli bid’ah tersebut dalam kitabnya Al I’tisam: “Inilah bualan orang yang menyeleweng. Semoga Allah membinasakan mereka”. Mereka menyangka bahawa ulama’ Ahlus Sunnah itu hanya mengerti hukum fiqh semata-mata tanpa mempedulikan masalah dunia dan disiplin ilmu yang lain. Mereka menyangka bahawa ulama’ Ahlus Sunnah itu hanya bisa mengajar di halaqah tanpa pernah terjun ke dalam badai da’wah dan mehnah.

Begitulah lidah mereka senantiasa bersambung. Nun sebelum itu mereka menuduh Rasulullah saw sebagai majnun, kemudian dikatakan juga sebagai pemecahbela umat. Ketika di zaman Uthman maka mereka melontarkan tuduhan korupsi kan nepotisme kepada sang khalifah. Bila terbunuhnya sahabat dan menantu baginda itu maka mereka menyangka bahawa mereka telah meraih pahala.

Begitu juga mereka mengatakan bahawa Ali Bin Abi Talib sebagai kafir lantaran tidak menjalankan hukum Tuhan. Lalu mereka merencana untuk mengabiskan nyawanya. Usaha ini dikatakan sebagai da’wah kepada Allah. Inilah yang berlaku kepada Rasulullah dan sahabat-sahabag baginda.

Fiqh Waqi’ Dan Syiasah Islamiyah

Kemudian para ulama setiap zaman terus difitnah dan dinodai namanya. Terbaru para ahli bid’ah meneruskan lidah pendahulu mereka – menghina para ulama’ rabbani – dengan mengatakan bahawa para ulama’ Ahlus Sunnah hanyalah ulama’ kampung, yang sebok membaca kitab tanpa memahami fiqh waqi’ dan syiasah islamiyah.

Itulah yang sering kita dengar apabila ada ulama’ Ahlus Sunnah yang menegur para pemuka gerakan Islam maka para tokoh gerakan Islam akan berujar: “Kita menghormati pandangan mereka tetapi pandangan mereka itu tidak menetapi kondisi dan waqi’. Kerna mereka tidak turun ke lembah peperangan sementara mereka tetap di meja membaca kitab”.

Seperti kata Sayid Qutb yang menjadi idola para hizbiyyun dalam Fi Zilal: “Sesungguhnya fiqh harakah berbeza sekali asasnya dengan fiqh auraq (ilmu yang ada di atas kertas)…. Sesungguhnya fiqh harakah mengambil iktibar dari waqi’ yang turun padanya nash-nash dan padanya dibuat hukum”. Lihatlah bagaimana Sayid Qutub mencela ulama malah memperlekehkan ilmu Islam dengan memanggilnya fiqh auraq. Dia menganggap bahawa para ulama ahlus sunnah merupakan ulama yang kolot dan tidak peduli kepada untung nasib umat – hanya terperok di halaqah sambil mengajar dan berzikir kepada Allah!

Namun ucapan seperti ini telah dibantah oleh para ulama mu’tabar zaman ini. Syeikh Rabi’ Bin Hadi Al Madkhali, yang terkenal di zaman ini dalam ilmu jarah wa ta’dil sehinggakan muhaddith abad ini – Syeikh Albani – mengiktiraf beliau, berkata: “orang yang ghuluw (ta’sub) dalam masalah politik memiliki pelecehan yang luar biasa terhadap ahli hadith dan tauhid. Pencemohan, pembodohan dan menuduh ahli hadith dan tauhid dengan hal-hal yang keji. Diantara sikap ghuluw mereka yang tidak pernah dikenal sebelumnya oleh para ulama Islam adalah pemujaan mereka kepada fiqh waqi’ dan dakwaan mereka bahawa merekalah ulama’ waqi’…. Boleh disimpulkan dari sikap ini bahawa para pendewa fiqh waqi’ ini menganggap politik dan ilmu waqi’ sebagai kewajiban fardu ain yang penting” (Ahlul Hadith Hum Thaifah Mansurah Najiyah)

Tetapi rupanya banyak umat manusia tertipu dengan kepetahan dan penampilan para hizbiyyun ini, sehingga umat merasakan bahawa jalan yang mereka bentuk dan serukan merupakan jalan kebenaran. Umat merasakan bahawa mereka adalah ulama’ yang memperjuangkan kebenaran. Ulama’ yang menegakkan hukum tuhan dan menjalani amar ma’ruf nahi mungkar. Ulama’ yang bersedia untuk berjihad dan berhujjah demi kebesaran Allah.

Siapa Yang Dikatakan Ulama’

Namun ulama’ Ahlus Sunnah telah memberi peringatan bahawa semua gambaran tadi tidak semestinya benar. Ibn Rajab berkata: “Banyak orang kebelakangan yang tertipu dalam hal ini. Mereka menyangka bahawa orang yang banyak bicara, banyak debatnya dan banyak dialognya dalam masalah agama, maka dia lebih alim dibandingkan orang yang tidak seperti itu. Sangkaan ini sebuah kejahilan yang nyata!”

Beliau berkata lagi: “Bukanlah ilmu itu dengan banyaknya riwayat, tidak juga dengan banyaknya bicara, tetapi ia adalah cahaya yang terpancar ke dalam hati, yang dengannya seorang hamba dapat memahami al haq dan memisahkan antara yang haq dan yang batil. Dan mengungkapkan hal tersebut dengan ibarat yang singkat tetapi memenuhi apa yang dimaksudkan” (Fadhlu Ilmi Salaf)

Maka ulama’ itu bukanlah yang duduk dalam persatuan ulama’, begitu juga bukan yang diangkat menjadi mursyid dalam sebuah jamaah Islam, bukan juga yang memakai gelar cendiakawan atau tukang fatwa. Sebaliknya ulama itu adalah yang berbicara menggunakan Al Qur’an dan As Sunnah mengikut pemahaman sahabat semata-mata.

Sehinggakan Imam Syafi’e berkata tentang ilmu: “Ilmu itu adalah Al Qur’an dan As Sunnah, sedangkan selainnya adalah bisikan was-was”. Oleh itu dapat difahami bahawa orang yang alim itu hanyalah menggunakan hujjah dari Al Qur’an dan As Sunnah sahaja, tidak menggunakan aqalnya atau nafsunya dalam beragama. Namun kita dapat lihat bahawa para “ulama” hari ini banyak yang menggunakan aqal dan perasaan dalam menemukan hujjah. Acapkali juka kita lihat mereka menolak dalil yang jelas dari Al Qur’an dan As Sunnah semata-mata untuk menjaga dunia dan kenikmatan yang mereka miliki.

Syeikh Abdus Salam bin Barjas mengatakan: “Orang yang layak untuk disebut sebagai orang alim jumlahnya sangat sedikit sekali dan tidak berlebihan kalau kita mengatakan jarang. Yang demikian itu kerana sifat-sifat orang alim majoritinya tidak akan terwujud pada diri orang-orang yang menisbahkan diri kepada ilmu pada masa ini. Bukan dinamakan alim bila sekedar fasih dalam berbicara atau pandai menulis, orang yang menyebarluaskan karya-karya atau orang yang men-tahqiq kitab-kitab yang masih dalam tulisan tangan. Kalau orang alim ditimbang dengan ini, maka cukup (terlalu banyak orang alim). Akan tetapi penggambaran seperti inilah yang banyak menancap di benak orang-orang yang tidak berilmu. Oleh karena itu banyak orang tertipu dengan kefasihan seseorang dan tertipu dengan kepandaian berkarya, padahal dia bukan ulama. Ini semua menjadikan orang-orang takjub. Orang alim hakiki adalah yang mendalami ilmu agama, mengetahui hukum-hukum Al Quran dan As Sunnah. Mengetahui ilmu ushul fiqih seperti nasikh dan mansukh, mutlak, muqayyad, mujmal, mufassar, dan juga orang-orang yang menggali ucapan-ucapan salaf terhadap apa yang mereka perselisihkan.” (Wujubul Irtibath bi ‘Ulama)

Tukang Khatib Dipanggil Ulama’

Benarlah perkataan para sahabat dan kaum Salaf bahawa zaman kita ini yang banyak adalah para pencerita, tukang bicara dan tukang penglipurlara. Sehinggakan mereka ini dinobatkan sebagai ulama’. Siapa lagi yang akan manusia jadikan ulama’ walhal umat saat ini banyak yang tidak memiliki ilmu. Maka sudah selayaknya manusia yang punya kelebihan sedikit dijulang dan dijubahkan.

Rasulullah saw. Bersabda: “Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan “Ruwaibidhah”. Sahabat bertanya, “Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?”. Nabi saw. menjawab, “Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang rama”. (Riwayat Ibnu Majah)

Orang yang kecil, yang tidak mengerti agama tetapi punya sedikit kepandaian lalu diangkat menjadi ustaz, tuan guru, mursyid, tukang fatwa dan ulama’ jamaah. Namun ibarat jauh panggang dari api, jalan yang mereka tempuh tidaklah menuju kepada jalan Ilahi kerana menyelisihi sunnah al Mustafa.

Ibn Mas’ud juga berkata: “Sesungguhnya kalian berada pada zaman, dimana ulama’ kalian banyak dan para khatibnya (penceramah) sedikit dan akan datang pula kepada kalian suatu zaman, dimana ulama’nya sedikit dan para khatibnya banyak. Orang yang terpuji adalah orang yang banyak ilmunya dan sedikit bicaranya. Dan sebaliknya, orang yang tercela adalah orang yang kurang ilmunya dan banyak bicaranya”. (Fadlu ‘Ilmis Salaf ‘ala ‘Ilmil Khalaf)

Mujahid berkata: “Para ulama telah pergi, tidak tersisa kecuali orang yang pandai berkata-kata”. (Kitab Al Ilmu oleh Al Khaitsamah). Oleh itu nyatalah kepada kita saat ini bagaimana para pemuka hizbiyyun, sama ada yang bergelar mantan mufti, atau mantan profesor, atau yang dikalungkan gelar mursyid atau apa saja, mereka tidak bisa beragrumentasi secara ilmiyah tatkala mereka bertembung dengan hujjah para penuntut ilmu dari kaum Salafi.

Siapakah Mereka Sebenarnya?

Seandainya mereka benar ulama’, maka tanyakan kepada dunia: “Siapa mereka? Kitab mereka yang mana yang dibaca dan diajarkan kepada para penuntut ilmu di setiap belahan dunia? Dan apakah mereka ini diiktiraf oleh dunia Ahlus Sunnah sebagai ulama?” Atau hanya di negeri kecil kita ini sahaja mereka terkenal, itu pun terkenal kerana mereka betah dan pandai berkata-kata!

Jika mereka ulama’ Rabbani, mengapakah di Pendang masih banyak kedai-kedai menggantungkan khurafat walhal disanalah Almarhum Ustaz Fadhil Norr bertempat. Jika mereka ulama’ Rabbani mengapakah mereka bergulat dengan Syiah sehingga ada pemimpin mereka terbang ke Iran dan menjulang kerajaan Syiah yang sesat itu. (http://www.youtube.com/watch?v=ccjPARZ5ynw).

Begitu juga jika benar mereka mengikut hukum Islam mengapa mereka menelantarkan Hukum Islam terhadap Ahlul Zimmah iaitu antaranya dilarang mengenakan pakaian yang dipakai oleh umat Islam? (https://loluconagama.wordpress.com/2011/03/27/segugus-soalan-untuk-parti-islam-se-malaysia/)

Nyata mereka hanya menuruh nafsu dalam menegakkan agama. Walhan ulama ahlus sunnah telah menerangkan tentang larangan menentang penguasa dan memecahbelahkan jamaah kaum muslimin.

Abu Amru Mohd Radzi Bin Othman

Advertisements

Surat Rahsia, Revolusi Perancis Dan Bahrain

April 30, 2011

Seorang teman berketurunan Yahudi dari jalur suku Benyamin memberitaku kepada saya bahawa sepucuk surat rahasia telah jatuh ke tangan kerajaan Bavarian. Pembawa surat rahsia itu sedang dalam perjalanan ke Wushol, Poland dengan menunggang kuda tetapi takdir Tuhan menyebabkan dia mati terkena panah petir. Lantas surat tersebut dijumpai oleh pasukan polis.

Prince of Bavarian membaca surat tersebut dan terkejut dengan isi kandungannya lalu mengutus utusan kepada seluruh Raja-Raja Eropah, termasuklah kepada Raja Lois 16 di Perancis. Beliau mengatakan bahawa akan wujud sebuah kumpulan yang memberontak secara besar-besaran dan akan menggulingkan seluruh raja di Eropah.

Namun Lois 16 tidak mengendahkannya kerana beliau beranggapan bahawa kerajaan beliau besar dan kuat. Tanpa disedari bahawa wanita yang beliau nikahi – Maria Antoni – adalah salah seorang daripada anggota komplot. Maka dialah yang selalu menasihati Raja Perancis dalam pentadbiran dan dia juga yang bertanggungjawab untuk meyakinkan suaminya tentang “demontrasi” tidak akan berlaku.

Akhirnya berlakulah seperti yang dirancang. Manusia mula berkumpul dan melaungkan kebebasan, persamaan dan keadilan. Mereka merusuh dan menceroboh istana raja. Raja dan keluarganya terpaksa melarikan diri. Lalu berakhirlah sebuah riwayat kerajaan Perancis.

Bukan itu sahaja, seluruh eropah kemudiannya menjalani nasib yang sama. Manusia di benua itu menjadikan Revolusi Perancis sebagai bekal azimat. Lantas meletuslah revolusi di mana-mana sahaja termasuklah di German, tempatnya Prince of Bavaria.

Inilah yang telah dilakukan oleh kumpulan Freemanson dalam usahanya mengawal dunia dan mewujudkan sebuah kerajaan agung mereka – New World Order. Sebuah gagasan untuk melawan agama samawi terutamanya Islam.

Mereka cukup bijak dalam mengatur rencana. Semuanya kelihatan berjalan secara spontan dan alami, tidak terancang. Dengan jumlah anggota yang tidak banyak, mereka menggunaakan kekuatan masyarakat marhain dan rakyat untuk melestarikan rencana mereka. Lalu rakyat yang terbuai dengan janji mulus dan tidak berfikir mendalam akan menjadi goyem – hamba – mereka. Maka rakyatlah yang memberontak, mendemontrasi dan menjatuhkan kerajaan Perancis.

Daripada Revolusi Perancis inilah, mereka mula menguasai dunia, dengan menggunakan kuasa-kuasa Barat. Bagi raja-raja yang engkar dan melawan Freemanson maka mereka gulingkan. Seperti Raja Romania yang dihapuskan dengan kekutan Tsar Rusia. Begitu juga dengan Sultan Firdaus dari Albania telah dimusnahkan. Lantas beberapa raja mengambil jalan selamat: menyerahkan kerajaan dengan syarat mereka diberi keistimewaan, seperti yang dilakukan oleh Prince of Bavarian, German.

Setelah mereka menguasai Barat, mulalah kaum Freemanson menyerang Islam dan menjajahnya. Namun sebelum ini mereka telah melakukan hal yang sama sehingga terbunuhnya Khalifah Uthman dan meletusnya Perang Jamal dan Siffin; perang saudara.

Soldadu perang bukanlah tentera Yahudi atau kompulan Freemanson tetapi kita. Mereka telah menggunakan kita saat kita lalain dan jahil. Ketika kita dilambung semangat dan ta’sub, maka mereka mengawal kita ibarat ada tali-tali ghaib yang mengikat kaki dan tangan kita.

Lantas kita pun berteriak dan mendesak agar “keadilan”, “kesaksamaan” dan “kemanusiaan” diberikan kepada kita. Walhal kalaulah kita sedar bahawa kesemua itu hanyalah alat untuk mereka menguasai Negara kita.

Begitulah yang berlaku di zaman dahulu, namun sejarah selalu berulang dan manusia selalu alpa. Terbaru kerajaan Mesir berantakan akibat dibantah rakyatnya. Kemudian semangat “demontrasi aman” ini merebak ke beberapa Negara Arab. Terjadilah gerakan yang sama di Libya yang dipimpin oleh Muammar Gaddafi, seorang boneka Barat yang menganut agama Sosialis. Dia – Muammar – bukanlah seorang Muslim dan hakikat dirinya telah lama dinyatakan oleh para ulama’.

Kemudian demontrasi ini merebak ke Yaman dan terbaru masuk ke Bahrian. Demontrasi dan pemberontakan di Yaman dan Bahrain ini digerakkan oleh kaum Syiah. Oleh kerana itu, Arab Saudi telah menghantar bantuan ketenteraan kepada Bahrain bagi menyekat kumpulan Syiah ini dari merampas kerajaan Sunni.

Malangnya, sebahgian besar kita tidak melihat bahawa acara demontrasi ini sebagai alat kaum Freemanson yang berasal dari Yahudi. Mungkin kerana kita tidak mendalami Islam dengan jalan yang benar – iaitu manhaj Salaf as Soleh, sehingga kita terpula bahawa Rasulullah saw telah memberitahu kepada kita bagaimana cara bermuamalah dengan penguasa zalim dan tidak menegakkan hukum Islam.

Akibat tidak mahu mengikut pesanan Rasulullah saw, maka kita lihat bagaimana Iraq bergolak sehingga kini. Malah kita juga tertanya-tanya apa kesudahan Mesir yang didadanya mengalir sungai dari syurga – Nil.

Namun ketika Tentera Bahrian dan Arab Saudi menghabisi pemberontak Syiah, ada pula beberapa tokoh syiah di Malaysia yang membuat fitnah. Seperti yang dilakukan oleh seorang penulis novel dalam blog peribadi beliau. Aqidah Syiah boleh dihidu secara nyata dalam tulisan-tulisan beliau. Tetapi apabila ditanya pasti beliau menafikannya. Inilah yang dinamakan sebagai taqiyah – kepura-puraan dalam menyembunyi mazhab Syiah dari pengetahuan kaum Sunni.

Tentang Freemanson ini boleh dirujuk dalam beberapa buku seperti Bidak-Bidak Catur karya William Guy Carr, Gerakan Antarabangsa Dan Keselamatan Negara tulisan guru saya – Dr Sulaiman Noordin, dan banyak lagi buku yang membicarakan tentang peranan jahat Freemanson serta Yahudi Zionis.

Peristiwa Lucu Dalam Khutbah Jumaat

April 1, 2011

Logika Orang-Orang Bodoh

Ibn Jauzi menerangkan dalam kitab Logika Orang-Orang Bodoh (Akhbarul Hamqa’ Wal Mughaffalin) bahawa Ibrahim An Nadhdham ditanya tentang batas kebodohan, maka beliau menjawab: “Engkau bertanya tentang sesuatu yang tiada batasnya”. Bermakna kebodohan itu boleh meliputi dalam setiap perkara. Maka Abu Ishaq menerangkan keadaan selanjutnya dengan berkata:

“Jika ada orang kaya yang kemudiannya menjadi fakir maka percayakanlah. Jika seorang fakir kemudian menjadi hartawan maka percayakanlah. Jika seorang yang hidup kemudiannya mati, maka percayakanlah. Jika seorang bodoh dapat menggunakan akalnya, maka janganlah engkau mempercayainya”.

Kerana kebodohan itu akan menelantarkan manusia ke dalam neraka. Begitu juga kebodohan akan menjerumuskan kita dalam jalan-jalan kesesatan. Oleh kerana itu, Allah mengajarkan Adam a.s tentang bahasa dan nama-nama benda. Seterusnya Allah mengutus Jibrail untuk mengajarkan Muhammad saw dengan kalimah yang cukup terkenal: iqra’ – bacalah. Semuanya untuk menjadikan para utusan-Nya terhindar dari kebodohan.

Ini adalah sebuah petanda yang sangat jelas bahawa hanya ilmu dapat menyuluh kegelapan. Dengan ilmu jugalah manusia mengenal Tuhan, mengetahui kebenaran, melihat sunnah dan meniti pada mazhab Nubuwwah.

Lantas apabila manusia yang menyeru umat untuk hidup secara Islami namun mereka itu jahil terhadap Sunnah al Mustafa, maka jalan yang mereka seru berupa simpang siur yang berserampangan yang hujung-hujungnya adalah menuju ke neraka. Seperti yang telah Rasulullah saw khabarkan bahawa disebalik jalan yang lurus itu ada jalan-jalan lain.

Jabir berkata: “Kami duduk disisi Nabi saw, lalu beliau membuat garis seperti ini seraya berkata, ‘Ini adalah jalan Allah’. Lalu beliau membuat dua garis di sebelah kanannya dan dua garis di sebelah kirinya seraya mengatakan: ‘Ini adalah jalan-jalan syaitan’. Kemudian beliau meletakkan tangan nya di atas garis yang ditengah-tengah, kemudian beliau membaca ayat ini, ‘dan bahawa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah ia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertakwa’.” (Shahih Ibni Majah)

Oleh kerana itu, para khatib yang menyeru kepada Islam dan Sunnah, sewajarnya mempersiapakan diri dengan ilmu yang shahih serta mengikut metoda Rasulullah saw dalam menyampaikan ilmu. Mereka perlu mengetahui setiap apa yang ingin mereka sampaikan.

Sudah banyak kali saya tersenyum ketika mendengar khutbah Jumaat di kawasan Pandan Indah. Bukan kerana  Khatibnya membuat jenaka saat membaca khutbah tetapi isi kandungannya yang mencuit hati saya. Iaitu tentang ilmu dan fakta yang disampaikan. Agak meragukan!

Kisah Lucu Pertama

Saya mendengat khatib menerangkan bahawa Sunnah Nabi itu adalah jalan kebahagiaan dan untuk bahagia, seseorang itu harus mengikut Sunnah Nabi. Itulah lambang cinta yang hakiki.

Maka khatib itupun membawakan hujjah-hujjah dari perlakuan sahabat, sehingga beliau berkata: “Di sebalik itu, ada beberapa sahabat yang turut mengikut Nabi dalam hal-hal dunia, sedangkan sunnah (perlakuan Nabi) tersebut berupa adat atau jibliyah (keadaan sebagai manusia biasa).

Seperti Ibn Mas’ud yang pernah duduk di satu kawasan ketika dalam sebuah perjalanan. Kemudian para sahabat lain bertanya: “Apa yang engkau buat itu?”. Ibn Mas’ud pun berkata: “Aku melihat Rasulullah saw pernah duduk di sini ketika dia bermusafir dahulu”. Inilah lambang cinta sahabat kepada  Rasulullah saw.

Contoh lain dalam Shahih Muslim pada bab makanan, kita akan dapati bahawa beberapa sahabat menyukai sesuatu lauk setelah mereka mengetahui Nabi menyukai makanan tersebut. Seperti Anas r.a yang mengatakan: “Setelah dari hari itu, aku turut menyukai lauk labu”, kerana beliau melihat Rasulullah saw sangat menyukai lauk labu dalam satu majlis jamuan makan.

Setelah itu khatib pun berkata: “Sesungguhnya sunnah Nabi yang utama adalah menegakkan Hukum Islam – iaitu hudud” dan kemudian beliau menyambung lagi: “Oleh kerana itu, haruslah kita menyambut Maulidur Rasul sebagai bukti cinta kita kepada Baginda, sepertimana cintanya para sahabat”.

Saya tidak tahu bagaimana khatib ini berfikir dan menggunakan hujjah. Kaedah ilmiyah yang beliau gunakan itu saling bertentangan. Ibaratnya begini: Imam Syafi’e berjaya dalam bidang ilmu kerana rajin mencatit. Maka oleh itu sekiranya kamu mahu cemerlang dalam peperiksaan janganlah kamu mencatit pelajaran.

Dalil yang digunakan itu benar lagi shahih tetapi kesimpulan dari sang Khatib itu melencong. Logik silogisme yang digunakan itu salah. Kerana jika kita telah menetapkan bahawa Sunnah Al Mustafa adalah lambang kecintaan dan kebahagian, maka kita tidak boleh membuat sesuatu yang tidak dilakukan oleh para sahabat. Ini kesimpulan yang benar terhadap dalil yang digunakan.

Kerana Nabi dan sahabat tidak pernah melakukannya. Begitu juga Imam Syafi’e, Imam Nawawi, Imam Ibn Hajar dan Imam Ramli. Sekiranya kita melakukan apa yang tidak pernah mereka semua kerjakan, sedangkan amalan tersebut boleh mereka lakukan di zaman mereka, maka kita sudah tidak menunjukkan “cinta yang hakiki” kepada Rasulullah saw. Hanya lisan kita yang berucap sedang perbuatan kita jauh dari kenyataan.

Kemudiannya, sunnah yang paling utama adalah meluruskan aqidah umat manusia sehingga mereka beraqidah dengan aqidah yang shahih, menjauhi syirik dan memerangi thaghut. Buktinya adalah seluruh ulama’ Ahlus Sunnah telah mengatakan bahawa fungsi penurunan Nabi Muhammad saw adalah untuk menegakkan Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Asma’ Wal Sifat, bukannya menegakkan hudud atau Negara Islam.

Perstiwa Kedua

Selang beberapa minggu, saya menuju pula di sebuah surau yang dinaik-taraf menjadi tempat solat Jumaat. Sang Khatib berkata: “Kita haruslah beriman dengan ayat-ayat Tuhan yang mulia, berjumlah 6666 ayat”. Kemudian beliau berkata lagi: “Imam Hasan Al Basri, seorang tabiian yang juga merupakaan seorang tokoh sufi telah berkata…” dan yang terakhir apabila beliau membawakan makna hadis “Sesungguhnya Islam itu seperti ikatan tali, yang pertama akan terputus adalah hukum dan yang terakhir adalah solat”, beliau berkata: “Oleh kerana itu orang-orang munafik menolak hukum hudud daan mengambil undang-undang manusia, sedangkan kita berusaha untuk menegakkanya”.

Setelah itu saya tertanya-tanya, bagaimana sang Khatib itu mendapatkan maklumat bahawa ayat Al Qur’an berjumlah 6666 sedangkan para ulama’ mengatakan bahawa Al Qur’an hanya berjumlah 6236 ayat? Seolah-olah Khatib berbicara tanpa ilmu, dan taqlid membuta tuli.

Begitu juga saya bertambah hairan apabila Hasan Al Basri dikatakan sebagai ahli sufi sedangkan istilah sufi hanya muncul setelah zaman Abdul Wahid Bin Zaid. Malah tidak diketahui dari seorang ulama’ Ahlus Sunnah pun yang mengatakan bahawa Hassan Al Basri seorang Sufi! Sila lah lihat kitab-kitab yang membahaskan rijal hadith seperti kitab-kitab tabaqat dan juga Syiar A’lam Nubala’ oleh Imam Ad Dzahabi.

Sedangkan hadith yang beliau bawa itu merupakan sebuah hujjah membenarkan Malaysia diistihar sebagai Negara Islam. Kerana sejak dari terhapusnya Khalifah Al Uzma di dunia Islam, saban waktu, akan ada hukum Islam yang tertinggal dalam perlembagaan. Tetapi negara tersebut tetap diistihar sebagai Daulah Islam.

Malah dalam hadith tersebut, tidak menyebutkan hudud, sebaliknya mengatakan “hukum”, sedangkan makna hukum sangatlah luas. Walhal hukum yang paling besar adalah aqidah yang shahih. Sedangkan masalah aqidah selalu dilupakan oleh pejuang Islam. Sehingga banyak parti Islam mewujudkan sebuah aqidah baru iaitu Tauhid Hakimiyyah yang merupakan aqidah batil.

Justeru, seorang Muslim harus belajar bagi menghilangkan kebodohan. Belajar agar memastikan aqidahnya shahih dengan mengikut Mazhab Ahlus Sunnah Wal Ahlul Hadis dan kemudian beramal dengan amal yang sunnah sahaja. Ikutlah petunjuk dari Imam Syafi’e yang digelar sebagai “Naisirus Sunnah” – pejuang sunnah –  kerana beliau hanya beribadah dengan sunnah semata-mata. Dan janganlah kita menyeru manusia kepada jalan yang menyesatkan.

 

Abu Amru Mohd Radzi Bin Othman

Sundal Agama : Mengajak Semua Fiqrah Bergabung Sama

Mac 29, 2011

Makna Sundal

Wanita sundal itu adalah yang rela dirinya disetubuhi oleh semua lelaki. Kemudian dia berasa nikmat dan seronok untuk berbuat lagi. Lantas dia menyeru kepada lelaki lain yang lalu dihadapannya: “Kemarilah dan bersatulah kita kerna tuhan telah jadikan kita untuk bersama”.

Setelah selesai dari menyeru dan berbuat keji, maka dia beranggapan bahawa inilah jalan yang mulia dan memenuhi makna hidup. Dia beriman dan memperjuangkan kerjanya itu. Justeru, cukuplah dinisbatkan “sundal” kepada dirinya.

Begitu juga ketika ada dari Umat Islam ini yang beriman dan berusaha untuk menyatukan seluruh fikrah dan firqah agar bergabung dan berkerjasama – duduk dalam sebuah jamaah atau partai. Lalu dengan harapan Islam akan menjadi mulia dan unggul seperti dahulu kala. Mereka berkata “apa yang diperselisihkan, jangan diperbincangkan tapi kita berkerjasama atas dasar yang disepakati”.

Maka bergulatlah Syiah yang mengatakan Ummul Mu’minin A’isyah itu pelacur dan seluruh sahabat itu munafik melainkan 4 orang sahaja, si Khawarij yang beriman bahawa penguasa Muslim yang tidak melaksanakan hudud adalah kafir dan wajib dicopot kekuasaannya, Qadariyah yang tidak mempercayai Allah itu menetapkan taqdir atas umatnya, Jahmiyah yang menafikan sifat Allah, Murjiah yang percaya bahawa seorang pembunuh itu digerakkan oleh Allah, Ahbash yang mengkafirkan seluruh ulama ahlus sunnah, dan quraniyun yang mengatakan bahawa menjadi kafir tatkala kita menggunakan hadith.

Seandainya kita membenarkan mereka bergabung dan bermuafakat dengan mereka, ibarat kata pujangga “bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat” maka jadilah kita penyundal agama. Kita lacurkan agama kita kepada ahli bid’ah sehingga mereka merobek kesucian Islam.

 

Perpecahan Sudah Di Janjikan

Padahal perpecahan dalam jasad agama samawi telahpun dijanjikan malah telah berlaku sebelum kehadiran Nabi Muhammad saw. Berlaku perpecahan dalam agama Nabi Musa dan seterusnya berlaku pada agama Nabi Isa. Lantas Allah menjanjikan pula kepada Nabi Muhammad saw.

“Terpecah umat Yahudi menjadi 71 golongan, terpecah umat Nashrani menjadi 72 golongan, sedangkan umat Islam akan terpecah menjadi 73  golongan” Hadits ini masyhur, diriwayatkan oleh sejumlah banyak Shahabat, dikeluarkan oleh imam-imam yang adil, yang hafal hadith seperti Imam Ahmad, Abu Dawud, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, al-Hakim, Ibnu Hibban, Abu Ya’la al-Muushili, Ibnu Abi ‘Ashim, Ibnu Bathah, al-Ajiri, ad-Darimi, dan al-Lalikai. Juga dishahihkan oleh sejumlah besar ahlul ilmu, seperti at-Tirmidzi, al-Hakim, adz-Dzahabi, as-Suyuti, dan asy-Syatibi.

Begitu jugaRasulullah memperingatkan kepada umatnya bahawa kaum Muslimin akan berpecah seperi umat terdahulu. Apa yang dilakukan oleh umat terdahulu, pasti akan ada dari umat ini yang menurutinya. Apa yang terjadi kepada umat terdahulu, pasti ia akan terjadi pula kepada kita. “Kalian pasti akan mengikuti jejak orang-orang yang sebelummu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, dan seandainya mereka memasuki lubang biawak, kamu pasti akan mengikutinya” Kami bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah mereka orang Yahudi dan Nashrani?” Rasulullah menjawab: “Siapa lagi (kalau bukan mereka)?” [HR. al-Bukhari, Fathul Bari: 13/300, Muslim hadits nomor 2669, hadits shahih]

Dari Abu Amir Abdullah bin Luhai, dari Mu’awiyah bin Abi Sufyan, bahwasanya dia (Mu’awiyah) pernah berdiri dihadapan kami, lalu ia berkata : Ketahuilah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah berdiri di hadapan kami, ke…mudian beliau bersabda : Ketahuilah sesungguhnya orang-orang sebelum kami dari ahli kitab (Yahudi dan Nashrani) terpecah menjadi 72  golongan, dan sesungguhnya umat ini akan terpecah menjadi 73  golongan. (Adapun) yang 72 akan masuk neraka dan satu golongan akan masuk surga, iaitu “Al-Jama’ah”. Hadith ini asalnya hasan kerana ada rawi bernama Azhar bin Abdullah, tetapi hadits ini menjadi sahih dengan syawahid.

Oleh yang demikian, tiada seorang pun dari manusia yang beriman lagi berakal mampu untuk menafikan perpecahan yang berlaku dalam umat ini. Demi Allah! Tidak ada seorang manusia pun walau dia sehebat Fir’aun dan Namrud yang mampu untuk menyatupadukan umat ini kerana perpecahan adalah janji sang pencipta – Azzawajalla.

 

Lantas Apakah Makna Perintah Untuk Bersatu?

Sekiranya usaha untuk bersatu selagi umat itu bernama Muslim dan bersyahadah, sebagai sebuah upaya sia-sia, lantas apa gerangan ayat Tuhan yang berisi ajakan bersatupadu dan jangan bercerai berai?

Allah berfirman dalam Kitab Al Qur’an bahawa:

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk”. (al-Imran : 103)

Begitu juga ketika Allah berfirman pada ayat seterusnya:

“Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka Itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat”. (Ali Imran:105)

Lantas dalam surat yang lain Allah berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang yang memecah belah agama-Nya dan mereka menjadi bergolongan, tidak ada sedikitpun tanggung jawabmu kepada mereka”. (Al-An’am:159)

Inilah yang menjadi persoalan, apakah makna untuk bergabung padahal umat tidak mampu untuk menjelmakannya? Sepertinya Allah itu menyuruh umat ini berbuat sesuatu yang tidak mampu mereka lakukan? Atau tanggapan “upaya menggabungkan umat pada satu persatuan adalah pekerjaan sia-sia” merupakan sebuah ijtihad batil dan serampangan?

Lantas atas dasar inilah Ikhwanul Muslimin merangka kerja mereka: bergabung dalam sebuah jamaah tanpa mengira fiqrah dan firqah, selagimana mereka semua bersyahadah dan beriman kepada Allah Rabbul Jalil. Hasan Al Bana berkata : “Dakwah Ikhwanul Muslimin tidaklah ditujukan untuk melawan satu aqidah, agama, ataupun golongan, karena faktor pendorong perasaan jiwa para pengemban dakwah jama’ah ini adalah berkeyakinan fundamental bahawa semua agama samawi berhadapan dengan musuh yang sama, iaitu atheisme”. (Qafilah Al-Ikhwan oleh Abbas As-Siisi)

Abbas As Siisi adalah pengemban da’wah Ikhwanul Muslimin generasi awal, malah beliau berbai’at dengan Hassan Al Banna dan berjuang bersama-sama Hasan Al Banna. Sehinggakan ketika beliau wafat, jenazahnya disolatkan oleh Mursyid Am Muhammad Mahdi Akif. Pasti beliau sangat mengenali Hasan Al Banna sehingga kitab beliau ini tidak pernah dibantah dan didustakan.

Begitu juga Hasan Al-Banna pernah berkata:  “Sesungguhnya permusuhan kita dnegan Yahudi bukanlah karena agama, karena Al-Qur’an Al-Karim menganjurkan untuk bersahabat dan berteman dengan mereka.” [Ikhwanul Muslimin Ahdasun Suna’ati Tarikh karya Mahmud Abdul Karim]

Bagi mengukuhkan hujjah mereka, dibawakan beberapa hadith tentang perpaduan dan sikap seorang mukmin terhadap mukmin yang lainnya.

“Perumpamaan orang-orang beriman dalam hal bagaimana mereka saling mencintai, saling mengasihi dan saling menyayangi adalah seperti satu tubuh. Apabila ada sebagian dari tubuhnya sedang sakit, maka bagian tubuh yang lain turut merasakannya, sehingga membuatnya tidak bisa tidur dan demam”. (H R Muslim)

Begitu juga dengan hadith ini:

“Seorang mukmin bagi mukmin yang lain ibarat satu bangunan yang saling menguatkan antara satu dengan yang lainnya”. (H R Bukhari dan Muslim)

Maka berdasarkan ayat-ayat dan hadith-hadith ini, menjadi kewajiban kepada umat Islam agar bersatupadu tanpa mengira mazhab dan pemikiran. Kerana berpecahbelah itu dilaknat dan diancam oleh Tuhan.

 

Tali Allah

Sabar Ikhwanul Muslimin dan orang-orang yang sama pemikiran dengannya! Apakah pemikiran ini benar dan pernah dianut oleh generasi Salaf As Soleh? Apakah hujjah yang kalian pakai absah dan benar pemahamannya? Dan apakah tiada ayat dan hadith yang menunjukkan kebalikan dari pemahaman kalian?

Kita cermati setiap hujjah kalian terlebih dahulu sebelum kami membawakan hujjah kami. Kita melihat tafsir ayat 103 pada Surat Ali Imran. Dengan tegas Allah mewajibkan setiap jiwa agar tetap berpegang teguh dengan Tali Allah. Mengindikasikan bahawa seluruh umat ini wajib untuk tetap bersama-sama Tali Allah dan jangan menyelisihinya. Sekiranya kita menyelisihi Tali Allah maka kita akan menjadi berpuak-puak dan bercerai-berai. Maka hukum menyelisihi Tali Allah itu berupa sebuah keharaman dan kejahatan. Sehingga jika tidak ada yang menyelisihi Tali Allah maka tiada pula perpecahan dan cerai berai.

Ibn Katsir berkata dalam Tafsirnya: “Allah telah memerintahkan kepada mereka utk bersatu dan melarang mereka dari perpecahan. Dalam banyak hadits juga terdapat larangan dari perpecahan dan perintah utk bersatu dan berkumpul.”

Oleh itu, dalam Tafsir Ibn Katsir, dinyatakan bahawa Tali Allah adalah Al Qur’an. Abdullah bin Mas’ud ra berkata : “Sesungguhnya jalan ini di hadiri oleh para setan yang menyeru : “Wahai hamba Allah, mari kesini! Ini adalah jalan (yang lurus)”, untuk menghalangi mereka dari jalan Allah. Maka berpegang teguhlah dengan tali Allah, karena sesungguhnya tali Allah itu adalah Kitabullah”. (Tafsir Ibn Jarir At Thabari)

Ima Tabari  meriwayatkan hadits ‘Athiyyah bin Abi Sa’id, bahwasannya Rasulullah shallallahu alaihi wa salam bersabda: “Kitab Allah itu adalah tali Allah yang di ulurkan dari langit ke bumi” (Tafsir Ibnu Katsir I/388-389)

Malah Tali Allah itu juga adalah Al Qur’an dan As Sunnah, kerana apabila mengikut Al Qur’an pastu secara otomitasnya akan mengikuti As Sunnah. Ini dikuatkan lagi oleh hadith Nabi:

“Aku tinggalkan sesuatu untuk kalian. Bila kalian berpegang teguh dengannya maka kalian tidak akan tersesat selamanya, iaitu Kitabullah dan Sunnahku.” (H R. Imam Malik, Al-Hakim)

Setelah itu dapat kita pahamai bahawa perintah untuk berpegang kepada Tali Allah adalah sebuah suruhan agar tetap berdiri teguh kepada Al Qur’an dan As Sunnah, tanpa meninggalkanya walaupun sedikit, ibarat seorang yang sedang bergayut dengan memegang kepada seutas tali, maka jika dia melepaskan satu jari, pasti lama kelamaan dia akan melurut jatuh.

Kerana itu, ayat ini bukan menjadi hujjah bagi seluruh manusia betgabung tanpa mengira fikrah, malah ia sendiri adalah sebuah hujjah pemungkas kepada ahlul bid’ah agar mereka meninggalkan bid’ah mereka dan kembali kepadaa pangkuan ahlus sunnah. Ini dijelaskan lagi dengan sabda Nabi:

“Sesungguhnya barang siapa yang masih hidup sepeninggalku nanti, dia akan melihat perbedaan prinsip yang banyak sekali, untuk itu wajib bagi kalian mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafaur Rasyidin yang mendapat petunjuk, peganglah erat-erat dan gigitlah dengan gigi geraham dan jauhilah perkara baru dalam agama, karena setiap perkara baru dalam agama itu bid’ah dan setiap bidah itu sesat.” (HR. Abu Daud dan Tirmidzi)

Maka perintah bergabung dengan ahlul bid’ah tidak pernah wujud dalam Agama Islam! Sesiapa yang mengatakan ada, maka dia berdusta. Lihatlah kepada ayat seterusnya:

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung”. (ali Imran : 104)

Oleh kerana Allah telah menetapkan bahawa umat ini akan berpecah lantaran kedegilan mereka dari berpegang-teguh dengan Al Kitab dan As Sunnah, maka Allah memerintahkan Ahlus Sunnah untuk tetap berda’wah kepada umat. Itulah sekelompok kecil umat manusia yang mereka tetap tidak melakukan bid’ah dan meniti pada jejak salaf.

Ibnu Baththah menerangkan sebab bersatunya kalimat salaf : “Terus-menerus generasi pertama umat ini diatas (jalan) ini semua, (yakni) di atas persatuan hati dan kecocokan madzhab. Kitabullah (Al-Qur’an) sebagai penjaga mereka, sunnahnya Rasulullah sebagai imam mereka. Mereka tidak menggunakan pendapat-pendapat mereka dan tidak tergiur dengan hawa nafsu mereka. Maka terus-menerus manusia dalam keadaan demikian, hati-hati mereka terjaga dengan penjagaan Tuhan mereka, dan jiwa-jiwa mereka tertahan dari hawa nafsu dengan pertolongan Tuhannya.” (lihat Kitab Al-Ibanah 1/237).

Kemudian setelah Ahlus Sunnah menerangkan kebenaran kepada umat manusia, maka Allah membri peringatan kepada manusia dengan berkata:

“Dan janganlah kamu menyerupai orang yang bercerai berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat” (ali Imran : 105)

Ini sebagai peringatan kepada manusia agar mereka kembali kepada Ahlus Sunnah, meninggalkan kebid’ahan mereka dan bergabung bersama Ahlu Sunnah. Sekiranya mereka ingkar, maka Allah akan menimpakan azab yang pedih atas mereka.

Justeru, persatuan itu bukannya bersama-sama dengan semua fiqrah sebaliknya adalah bersatu dengan kebenaran. Inilah yang dinamakan sebagai persatuan dan perpaduan. Bukan seperti yang difahami oleh orang awam iaitu berkumpulnya seluruh manusia dalam sebuah persatuan.

 

Perpaduan Adalah Al Jama’ah, Bukannya Bersatu Pada Sebuah Kesatuan Manusia

Justeru Jama’ah atau perpaduan itu adalah Kebenaran. Bukannya bersatu seluruh umat dalam sebuah kesatuan. Menurut Ibnu Mas’ud, yang dimaksud “tali Allah” adalah Al-Jama’ah sementara Imam Al-Qurthubi menyatakan, sesungguhnya Allah memerintahkan supaya bersatu padu dan melarang berpecah belah, karena perpecahan itu adalah kerusakan dan persatuan (Al-Jama’ah) itu adalah keselamatan. (Tafsir Qurthubi IV/159)

Ini bersumber dari hadith Nabi: “Tetaplah kamu pada Jama’ah Muslimin dan Imam mereka” (Muttafaq alaih dari Hudzaifah bin Yaman)

Nabi juga berkata: “Al-Jamaah: Iaitu yang serupa dengan apa yang ada pada diriku dan para sahabatku”.[Lihat: تحفة الاحوذى 7/399-340. Berkata Turmizi: Hadis ini hasan dan gharib. ]

Lantaran itu Ibnu Mas’ud berkata: “Al-Jama’ah adalah sesuatu yang menetapi al-haq walaupun engkau seorang diri” (Al-Lalaka’I dalam As-Sunnah; Ibnul Qoyyim Al-Jauziyyah dalam Ighatsul Lahfan 1/70).

Beliau menggambarkan bahawa Perpaduan adalah bersatunya seorang mansia kepada Tali Allah walaupun dia seorang diri, bukannya perpaduan adalah bersatunya seluruh manusia sesama mereka.

Sekiranya perpaduan adalah bergabung semua manusia, lantas bagaimana kita mahu letak perkataan Ibn Mas’ud yang menetapkan bahawa perpaduan adalah menggabungkan diri dengan HAQ walau bersendirian?

Fudhail Bin Iyad berkata: “Barangsiapa menikahkan saudara perempuannya dengan ahlul bidah, maka berarti dia telah memutuskan silaturahim dengannya dan barangsiapa duduk bersama ahlul bidah, maka ia tidak diberi hikmah. Dan apabila Allah Yang Maha Mulia mengetahui dari seorang lelaki bahwa dia membenci ahlul bidah maka aku berharap Allah akan mengampuni dosanya. Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda yang artinya : Seseorang itu di atas agama orang yang dicintainya, maka hendaklah setiap orang dari kalian melihat siapa yang menjadi kekasihnya”.

Lihat bagaimana Tabi’in memahami bahawa perpaduan bukanlah bergabung bersama seluruh manusia, melainkan menggabungkan diri kepada Tali Allah.

Ini harus dipahami wahai Ikhwanul Muslimin dan orang yang sepaham denganmu, bahawa persatuan yang Allah kehendaki adalah manusia bersatu dengan Tali-Nya, bukan manusia bersatu sesama mereka. Maka ketika kita kembalikan pemahaman ini – perpaduan adalah menyatukan diri dengan HAQ walau sendirian – kepada ayat Ali Imran tadi, maka kita akan melihat bahawa perintah untuk berpegangteguh dengan Manhaj Salaf  berupa sebuah proses perpaduan, dan juga ayat ini tidak menjadi hujjah untuk memanggil semua manusia agar berkerjasama.

Inilah yang dijelaskan oleh Rasulullah saw ketika baginda mentafsir Kalam Allah:  “Dan sesungguhnya, inilah jalanku yang lurus, maka ikutilah jalan itu, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan lain, maka jalan-jalan tersebut akan memisahkan kamu dari jalan-Nya” [Al-An’am: 153]

“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam menggaris garisan lurus dengan tangannya lalu menggaris garis-garis di sebelah kanan dan kiri kemudian membaca ayat: (Inilah jalanKu yang lurus) [Al-An’am: 153] kemudian meletakkan tangannya di atas jalan yang lurus dan bersabda: Inilah jalan Allah. Dan yang ini adalah jalan-jalan, tiada satu jalanpun melainkan di atasnya ada syaitan yang menyeru kepadanya” (H R Nasaii dan Darimi)

Oleh itu, Rasulullah menjelaskan bahawa setiap jalan yang menyesatkan itu ada syaitan dan setiap syaitan ini akan menyeru “Kemarilah, inilah jalan yang benar”. Lantas banyaklah manusia yang tersesat dan menyelisihi Sunnah. Ketika itulah Ahlus Sunnah akan datang kepada mereka dan mengajak mereka kembali kepada jalan yang lurus. Hasilnya ada yang menurut dan banyak pula yang menentang.

Bagi yang menentang, Allah telah janjikan bahawa mereka akan terus sesat tanpa penghujungnya: “Dan barangsiapa yang menentang Rasul Allah sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang mukmin, Kami (Allah) biarkan ia berkuasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu, dan Kami masukkan ia ke dalam neraka Jahannam. Dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali” [QS. An-Nisaa: 115]

Kemudian Rasulullah menjelaskan bahawa orang yang mengingkari Rasul untuk bersama dengan al Jamaah, harus ditentang:

“Tidak halal darah seorang Muslim yang bersaksi bahawa Tidak ada ilah (yang patut disembah) kecuali Allah dan bersaksi bahwa saya (Muhammad) itu Rasul Allah, kecuali dengan salah satu dari tiga hal: seorang yang sudah menikah berzina, orang yang membunuh jiwa, dan meninggalkan agamanya yaitu meninggalkan jama’ah” [Hadits muttafaq’alaih, al-Bukhari dan  Muslim]

Lantas, bagaimana mahu bergabung dengan ahlul bid’ah jika Rasulullah saw membenarkan kita memancung mereka? Fikirkanlah wahai tuan-tuan yang bijaksana.

Imam Bukhari meriwayatkan dalam Shahihnya hadits yang panjang dari sahabat Hudzaifah. (Dalam hadits itu ia berkata,) “Apa yang harus kulakukan bila menjumpai hal itu?” Rasul menjawab, “Engkau tetap komitmen dengan jamaah muslimin dan penguasanya / imamnya”. “Bila tidak ada jamaah dan imamnya,” lanjut Hudzaifah. Rasul menjawab, “Engkau jauhi semua firqoh-firqoh walau harus menggigit akar pohon sampai engkau mati engkau tetap seperti itu.”


Allah Memerintahkan Ahlus Sunnah Menjauhi Ahlul Bid’ah

Keyakinin ini dijelaskan oleh Allah sendiri dalam Kitab Suci, pada banyak ayat, sehinggakan makna yang diinginkan oleh para Ahlul Bid’ah itu terbatal. Malah ayat-ayat yang mereka jadikan sandaran sebenarnya menjelaskan perintah larangan dari menyelisihi Tali Allah iaitu mazhab Salaf.

[1]

“Dan apabila kamu melihat orang-orang memperolok-olokkan ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan pembicaraan yang lain. Dan jika syaitan menjadikan kamu lupa (akan larangan ini), maka janganlah kamu duduk bersama orang-orang yang zalim itu sesudah teringat (akan larangan itu)” (Al An’am : 68)

Imam Qurtubi berkata: “Dalam ayat ini terdapat bantahan dari Kitabullah Azzawajalla terhadap orang yang mendakwa bahawa pemimpin mereka sebagai dalil hujjah dan pengikut-pengikut mereka memiliki hak untuk bergaul dengan orang-orang fasik dan membenarkan pendapat mereka sebagai bentuk taqiyah” (Tafsir Al Qurtubi)

Imam At Thabari berkata pula menyebutkan dari Abu Ja’far: “Janganlah kalian duduk bersama ahli debat kerana mereka suka memperolok ayat Allah”. (Tafsir At Thabari)

Ibn Khuwaiz Mindad berkata: “Barangsiapa yang suka memperolok-olok ayat Allah maka tidak boleh duduk bersama mereka dan wajib dipulau, sama ada dia orang beriman atau kafir”. Kemudian dalam kesempatan lain, beliau berkata: “Demikian pula para penganut mazhab, kami melarang untuk memasuki daerah musuh dan gereja mereka, jual beli dan duduk bersama orang kafir dan ahli bid’ah, tidak mencintai mereka, tidak mendengar perkataan dan perdebatan mereka”.

Sementara itu Imam As Syaukani berkata: “Dalam ayat ini terdapat nasihat yang sangat berguna bagi orang yang bertoleransi dengan duduk bersama ahlul bid’ah, yang mengubah Kalamullah, mempermainkan Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya. Mereka mengembalikan itu semua kepada nafsu mereka yang menyesatkan dan kebid’ahan mereka yang rosak … orang yang mengenal syariat suci ini dengan baik akan mengetahui bahawa duduk bersama ahlul bid’ah akan menimbulkan kerosakan yang berlipat kali ganda daripada duduk bersama orang yang bermaksiat kepada Allah dengan melakukan perbuatan haram” (Fathul Qadir)

[2]

“Dan sungguh Allah telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam Al-Qur’an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam”. (An Nisa : 140)

Imam Adh Dhakhak berkata: “termasuk dalam ayat ini adalah orang yang membuat perkara baharu dalam urusan agama disebut sebagai mubtadi’ hingga kiamat”.

Imam Al Qurtubi berkata dalam tafsirnya: “Sudah berlalu penjelasan dalam An Nisa dan ayat ini (al An’am : 153) melarang untuk duduk dengan ahlul bid’ah dan ahlul ahwa. Dan orang yang duduk bersama mereka dihukum sama seperti mereka … pendapat ini dikatakan oleh sebahagian besar imam umat ini, mereka menetapkan konsekuansi ayat-ayat ini adalah larangan bergaul dengan ahlul bid’ah, berjenaka dan berbaur dengan mereka. Diantara mereka adalah Imam Ahmad Bin Hanbal, Al Auza’i dan Ibn Mubarak. Mereka berkata tentang seseorang yang bergaul dengan ahli Bid’ah: ‘Dilarang untuk duduk bersama mereka, jika dia telah tahu larangan tersebut, dan jika dia tidak mahu meninggalkan ahli bid’ah maka dia dihukum sama seperti mereka”.

[3]

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan”. (Huud : 113)

Imam Al Qurtubi berkata: Makna yang sohih dari ayat ini adalah bahawa ia menunjukkan pensyariatan untuk memulau orang kafir, para pelaku maksiat, kalangan ahli bid’ah dan selain mereka”.

[4]

“Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Meraka itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukan-Nya mereka ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha terhadap mereka, dan merekapun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya hizbullah itu adalah golongan yang beruntung” (Al Mujaadilah : 22)

Imam Malik menggunakan ayat ini sebagai dalil memusihi Kaum Qadariyah. Imam Al Qurtubi berkata sedemikian dalam Tafsirnya. Asyhab berkata Imam Malik berkata: “Jangan kalian bergaul dengan Qadariyah dan musuhilah mereka kerana Allah berfirman (surah Al Mujaadilah : 22)”

 

Rasulullah Menyuruh Ahlus Sunnah Menjauhi Ahlul Bid’ah

Terdapat sekian banyak dalil dari Rasulullah saw tentang menjauhi dan memulau Ahlul Bid’ah. Sehingga masalah ini menjadi maklum dikalangan ahlus sunnah. Yang tidak tahu itu hanyalah orang yang malas mebajar dan tidak mahu mengenali sunnah Rasulullah saw.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadith: “Akan datang di masa hadapan kepada umatku, manusia berbicara kepada kalian dengan sesuatu yang tidak pernah didengar oleh kalian dan juga orang tua kalian, maka JAUHILAH mereka dan mewaspadailah mereka dari kalian”

Dalam hadith ini dengan tegas dan jelas mewajibkan kita agar menjauhi ahlul bid’ah. Maka jika diperintah untuk menjauh, bagaimana mahu bersama dan berpadu? bukankah itu seperti dua hal yang saling bertentangan iaitu anatar perintah untuk bersatu dan larangan untuk mendekat?

Rasul saw bersabda tentang kaum Qadariyah: “Pada setiap umat akan ada Majusi dan Majusi umat ini adalah orang yang berkata ‘Tidak ada taqdir’. Apabila mereka sakit maka janganlah kalian menjengoknya dan apabila mereka mati maka janganlah kalian mengunjunginya” (H R Ahmad, At Thabari dan Al Hakim)

Begitu juga Rasul saw melarang kita dari menjengok ahlul bid’ah yang sakit atau yang meninggal. Maka jika sakit sahaja tidak boleh datang menjengok, lantas bagaimana jika ahlul bid’ah itu sebagr bugar? Apakah ketika segar bukar kita bisa bermesyuarat dan bergabung bersama mereka namun ketika mereka sakit dan mati, maka kita tiharamkan datang kepada mereka? Pasti ketika mereka sihat lagi dilarang keras.

Seterusnya Rasulullah bersabda:

“Tidaklah setiap Nabi diutus oleh Allah pada umat sebelum kamu melainkan mereka memiliki hawariyyun (pembela) dari umatnya. Dan sahabat-sahabat yang mereka mengambil sunnah-sunnah nya dan mengikuti perintahnya. Lalu datanglah orang setelah mereka yang mengatakan apa yang tidak mereka (sahabat) kenali dan mengajak apa-apa yang tidak diperintahkan. Maka barangsiapa yang memerangi mereka dengan hatinya, bererti dia mukmin dan tidak ada setelah itu (memerangi dengan hati) makna keimanan sedikitpun” (H R Muslim)

Apakah makna hadith ini bahawa kita – Ahlus Sunnah – diperintah menjadi munafik dengan menyimpulkan sekuntum senyuman di bibir namun di hati menyimpan rasa benci? Demi Allah, seorang Ahlus Sunnah itu bukan munafik! Maka dalam hadith ini Rasulullah menggambarkan selemah-lemah iman bagi Ahlus Sunnah iaitu membenci ahlul bid’ah dengan hati mereka. Maka jika seorang ahlus sunnah itu tebal imannya, pasti dia akan memulau ahlul bid’ah.

Begitu juga hadith-hadith seputar kaum Khawarij:

“Sesungguhnya akan keluar dari keturunan orang ini satu kaum; yang membaca al-Qur’an, namun tidak melewati kerongkongannya. Mereka membunuh kaum muslimin dan membiarkan para penyembah berhala. Mereka akan keluar dari Islam ini sebagaimana keluarnya anak panah dari buruannya. Jika sekiranya aku menemui mereka, pasti aku bunuh mereka seperti terbunuhnya kaum ‘Aad. (H R Bukhari dan Muslim)

“Akan keluar di akhir zaman, suatu kaum yang masih muda umurnya, bodoh pemikirannya. Mereka berbicara seperti perkataan manusia yang paling baik. Keimanan mereka tidak melewati kerongkongannya, mereka keluar dari agama ini seperti keluarnya anak panah dari buruannya. Di mana saja kalian temui mereka, bunuhlah mereka. Sesungguhnya membunuh mereka akan mendapatkan pahala pada hari kiamat” . (H R. Muslim)

Diriwayatkan pula dari Sa’id bin Jamhan, beliau berkata: “Saya masuk menemui Ibnu Abi Aufa dalam keadaan beliau telah buta, aku berikan salam kepadanya. Ia pun menjawab salamku, kemudian bertanya: “Siapakah engkau ini?”. Aku menjawab: “Saya Sa’id bin Jamhan”. Dia bertanya lagi: “apa yang terjadi pada ayahmu?” Aku menjawab: “Dia dibunuh oleh sekte Azariqah”. Maka Ibnu Abi Aufa mengatakan tentang azariqah: “Semoga Allah memerangi Azariqah, sungguh Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam telah menyampaikan kepada kami: Ketahuilah bahwa mereka adalah anjing-anjing penduduk neraka”. Aku bertanya: “Apakah sekte azariqah saja atau seluruh khawarij?” Beliau menjawab: “Seluruh khawarij”. (As-Sunnah Ibnu Abi Ashim)

Lantas dengan meneliti hadith ini kita akan mengerti bahawa Rasulullah saw menyuruh kita memerangi kaum Khawarij malah diperintahkan untuk membunuh mereka. Lalu bagaimana kita bisa bersama-sama kaum Khawarij dan berteriak “Perpaduan itu diutamakan”.

 

Sahabat dan Kaum Salaf Memerangi Ahli Bid’ah

Telah menjadi ijma sahabat dan kaum salaf pada 3 kurun utama bahawa mereka memerangi dan memulau ahlul bid’ah.  Banyak ucapan dan penyaksian yang menyebut hal demikian.

Qadi Abu Ya’la berkata: “Para sahabat dan tabi’in telaj ijma untuk memutus hubungan dengan ahli bid’ah”.

Imam Al Baghawi berkata dalam kitab beliau: “Para sahabat, tabi’in dan orang yang mengikuti mereka serta ulama’ ahlus sunnah telah ijma untuk memusihi ahlul bid’ah dan memulau mereka” (Syarhus Sunnah)

Ibn Mas’ud berkata: “Barangsiapa yang berjumpa dengan zaman tersebut (dimana ahlul bid’ah berleluasa) maka hendaklah dia lari meninggalkan mereka”. Maka tabi’in bertanya: “Lari kemana?”. Maka Ibn Mas’ub menjawab: Tidak kemana-mana”, dan beliau menyambung lagi: “Lari dengan membawa hati (aqidah) dan agamanya dengan tidak bergaul dengan seorang pun dari ahlul bid’ah” (Syarah Ushul I’tiqad oleh Imam Al Laalika’i)

Fudhail Bin Iyad berkata: “Barangsiapa yang duduk bersama ahlul bid’ah maka hati-hatilah dia. Dan barangsiapa yang duduk dengan ahli bid’ah maka dia tidak akan mendapat pelajaran. Aku berharap ada tembok besi antara aku dan ahli bid’ah. Dan aku lebih rela makan bersama Yahudi dan Nasrani dari makan bersama ahli bid’ah” (Al Laalika’i dan Al Barbahari)

Beliau berkata lagi: “Aku berjumpa dengan generasi umat yang terbaik (iaitu sahabat), mereka semua adalah orang yang setia menegakkan sunnah dan mereka melarang dari bergaul dengan ahli bid’ah” (Al Laalika’i)

Ibn Abi Zur’ah meriwayatkan dari ayah beliau: “Sungguh aku melihat Shobigh Bin Asl di kota Basrah, dia seperti unta sakit yang mendatangi halaqah-halaqah. Setiap kali dia menghampiri sebuah majlis maka orang ramaipun berdiri dan meninggalkannya. Lalu apabila dia duduk bersama satu kaum yang tidak mengenalinya maka orang dari majlis lain akan berteriak: “Dia adalah musibahnya Amirul Mu’minin (UmarAl Khattab).

Abu Musa berkata: “Bertetangga dengan Yahudi dan Nashrani lebih aku sukai daripada bertetangga dengan pengekor hawa nafsu (ahli bid’ah) karena ini menyebabkan hatiku berpenyakit.” (Al Ibanah )

Abul Jauza berkata : “Seandainya tetanggaku kera dan babi itu lebih aku sukai daripada seorang dari ahli ahwa menjadi tetanggaku dan sungguh mereka termasuk yang disebut dalam ayat : Dan jika mereka bertemu kamu, mereka berkata : “Kami beriman.” Dan jika mereka menyendiri, mereka menggigit ujung jarinya lantaran marah dan benci kepadamu. Katakanlah : “Matilah kamu karena kemarahanmu itu.” Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala isi hati. ( Ali Imran : 119) (Al Ibanah)“

Al Awwam bin Hausyab berkata mengenai anaknya, Isa : “Demi Allah, sungguh jika aku lihat Isa duduk dengan tukang musik dan peminum khomr dan orang yang bicara sia-sia lebih aku sukai daripada aku melihatnya duduk dengan tukang debat ahli bid’ah.” (Al Bida’)

Yahya bin Ubaid berkata : Seorang Mu’tazili menemuiku ingin bicara. Lalu saya berdiri dan berkata : “Kamu yang pergi dari sini atau saya karena sesungguhnya saya berjalan dengan nashrani lebih saya sukai daripada berjalan  bersamamu.” (Al Bida’)

Sa’id bin Jubair berkata : “Seandainya anakku berteman dengan orang fasiq licik tapi sunniy lebih aku cintai daripada ia berteman dengan ahli ibadah namun mubtadi’.”(sy Syarhu wal Ibanah Ibnu Baththah)

Imam Al Barbahary berkata : “Jika kamu dapati seorang sunniy yang jelek thariqah dan madzhabnya, fasiq dan fajir (durhaka), ahli maksiat sesat namun ia berpegang dengan sunnah, bertemanlah dengannya, duduklah bersamanya sebab kemaksiatannya tidak akan membahayakanmu. Dan jika kamu lihat seseorang giat beribadah, meninggalkan kesenangan dunia, bersemangat dalam ibadah, pengekor hawa nafsu (ahli bid’ah) maka jangan bermajelis atau duduk bersamanya dan jangan pula dengarkan ucapannya serta jangan berjalan bersamanya di suatu jalan karena saya tidak merasa aman kalau kamu merasa senang berjalan dengannya lalu kamu celaka bersamanya.” (Syarhus Sunnah)

 

Bukti Permusuhan Ahlus Sunnah Dengan Ahlul Bid’ah Adalah Prisnsip Wala’ Wal Bara’

Setelah melihat betapa kaun Salaf telah ijma dalam memerangi ahlul bid’ah maka para ulama ahlus sunnah mentapkan bahawa prinsip aqidah ahlus sunnah , antara lainnya adalah prinsip Wala’ Wal Bara’.

Dalam masalah wala’ wal bara’ ini, para ulama ahlus sunnah menerangkan siapa itu ahlil bid’ah dan orang awam yang melakukan bid’ah.

Maka setelah dikenalpasti ahlul bid’ah maka ulama menetapkan sebuah hukum yang dinamakan sebagai Jajr atau memulau. Para ulama menjelaskan hukum hajr ini mengikut kondisi umat Islam, seperti persoalan apakah wajar di hajr ketika Ahlus Sunnah tertindas atau wajib hajr ketika ahlus sunnah meluas?

Maka jika kita telah bersatu-padu bersama ahlul bid’ah, bererti kita telah menghilangkan prinsip wala’ wal bara’ pada dasar keimanan kita, sekaligus kita telah menghapuskan hukum hajr yang diperintahkan oleh Rasulullah saw.

Oleh yang demikina, kita dapati, bahawa sesiapa yang beriman bahawa wajib atau harus berkerjasama dengan ahlul bid’ah dalam rangka menegakkan Islam, bererti dia sangatlah jahil tentang Islam dan dia sebenarnya tidak mengerti aqidah Islam.

Segugus Soalan Untuk Parti Islam Se-Malaysia

Mac 27, 2011

Semoga seluruh saudara Islam saya berada dalam keadaan dirahmati Allah. Meneguk nafas kebenaran dari cangkir as Sunnah. Berjuang diatas jejak Nubuwwah. Dan mentancap keyakinan shahihah ke dalam ikatan qalbu.

Moga upaya saya tidak akan dicemuh atau dihina. Hanya yang saya lakukan adalah untuk mendapat penjelasan. Sekiranya saya tersilap dalam menanyakan soalan, tegurlah dan berikanlah cara yang sebenarnya.

Soalan saya ini ditujukan kepada seluruh Ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Bukan hanya kepada Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi, malah kepada ahli-ahli yang sering mengunjungi kuliah dan duduk bersimpuh pada usrah.

Ketika tuan-tuan sedang mengajak umat Islam dan rakyat di Malaysia untuk menegakkan Hudud di bumi ini, apakah tuan-tuan telah melaksanakan hukum islam yang lainnya di negeri yang tuan-tuan telah kuasai?

Malah ingin juga saya tanyakan kepada tuan-tuan, apakah para ustaz dan ulama tuan telah ajarkan kepada tuan akan tanggungjawab Ahlul Zimmah dan larangan kepada mereka? Sekiranya belum pernah dikhabarkan kepada tuan-tuan, saya akan menukilkan sedikit dari kitab Ibn Taimiyyah, iaitu kitab Majmu’ Fatawa dan kitab Iqtidla’ Siratul Mustaqim.

Ibn Taimiyyah berkata bahawa ketika Khalifah Umar memasuki Mesir maka beliau membuat perjanjian dengan Nasrani Qibti, yang kemudiannya hukum tersebut menjadi dasar Negara Islam diseluruh zaman dan tempat. Maka Ibn Taimiyyah menuturkan perjanjian tersebut, antaranya adalah:

1] Ahli Zimmah tidak boleh menampakkan diri mereka seperti Umat Islam dari segi pakaian dan budaya, seperti wanita mereka tidak boleh memakai tudung.

2] Ahlus Zimmah tidak boleh membaca Al Qur’an, tetapi dibolehkan untuk mendengar Kalam Tuhan yang dibacakan kepada mereka.

3] Rumah Ibadat yang telah ada, sekiranya rosak maka tidak boleh diperbaiki.

4] Ahlus Zimmah tidak boleh mendirikan rumah ibadat yang baharu. Wajib menggunakan yang sedia ada.

5] Ahlus Zimmah tidak boleh menunjukkan perbuatan syirik kepada publik

6] Ahlul Zimmah tidak boleh menunjukkan lambang agama mereka ketika keluar ke publik seperti memakai salib, mengenakan pakaian kerahiban dan membawa kitab agama mereka.

7] Ahlus Zimmah tidak boleh menjual arak dan judi

8] Tidak membunyikan loceng dengan kuat sehingga didengar oleh Kaum Muslimin

9] Kaum lelaki Ahlul Zimmah tidak menyikat rambut di tengah-tengah kerana kaum Muslimin ketika itu menggayakan fyesen rambut belah tengah.

10] Ahlul Zimmah wajib bangun dan memberi tempat duduk kepada Umat Islam dalam sebuah manjlis.

Inilah sedikit dari perjanjian yang telah dilakukan oleh Khalifah Umar Al Khattab yang kemudiannya diteruskan oleh para khalifah dan sultan Umat Islam. Malah ketika Turki Uthmaniyah terbentuk, mereka mengharamkan kaum lelaki dari agama lain untuk mengenakan Tarbus. Namun hukum ini dihapuskan oleh Sultan Sultan Mahmud II yang memerintah pada tahun 1808-1839 mengeluarkan hukum bersifat Sekularisme dengan berkata:

“Beta tidak mahu sekarang untuk membezakan antara umat Islam kecuali berada di dalam Masjid, dan orang-orang Nasrani kecuali apabila berada dalam Gereja, dan orang-orang Yahudi kecuali berada dalam Sinagog. Beta mahukan selagi mereka semua mentaati Beta, mereka semua akan mendapat hak yang sama dan mendapat perlindungan yang serupa” (Bangkit Dan Runtuhnya Khalifah Uthmaniyah ms 658).

Lantas pada saat inilah Kerajaan Turki Uthmaniyah telah menghilangkan sebuah hukum Islam. Tetaplah apa yang dikatakan oleh Rasulullah saw tentang hukum Islam akan terputus satu demi satu mengikut putaran zaman, sehingga yang hanya tinggal di akhir zaman adalah solat sahaja.

“Dari Abi Umamah al-Bahili, dari Rasulullah saw baginda bersabda: Ikatan-ikatan Islam akan terlepas satu demi satu. Apabila lepas satu ikatan akan dikuti oleh ikatan berikutnya. Ikatan Islam yang pertama kali lepas adalah hukum dan yang terakhir adalah solat”. (Hadis Riwayat Ahmad. 5/251)

Oleh kerana itu, walaupun sesebuah negara itu telah banyak tidak melaksanakan hokum Islam, namun para ulama’ Ahlus Sunnah tetap menamakan daerah tersebut sebagai Darul Isalam selagi mana kerajaan itu dikuasai oleh orang Islam, wujudnya syiar Islam secara umum iaitu azan, solat eid dan umat islam berasa aman untuk melaksanakan ibadah di dalamnya.

Namun ketika PAS mengatakan bahawa Malaysia bukanlah Negara Islam, tetapi sebuah Negara Kafir atau Negara Umat Islam, bererti tuan-tuan telah menetapkan sebuah hokum yang tidak pernah ditetapkan oleh Ulama’ Ahlus Sunnah sebelum ini.

Kita andaikan saja Negara Malaysia ini merupakan Negara Kafir, maka menjadi sebuah kewajiban untuk tuan-tuan berhijrah ke negeri Islam yang lain. Haram bagi tuan-tuan untuk duduk dan bersenang lenang di sini. Malah menjadi haram jika tuan-tuan berkerja dengan kerajaan kafir. Allah mengatakan tentang hal itu dalam firmannya:

“Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya:”Dalam keadaan bagaimana kamu ini”. Mereka menjawab:” kami Adalah orang-orang yang tertindas di negeri (Mekah)”. Para malaikat berkata:”Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah dibumi itu”. Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruknya tempat kembali, (QS. an-Nisaa`:97)”

Oleh itu mengikut sejarah dan pengamalan sunnah, Nabi dan para sahabat tidak pernah tinggal dalam Negara kafir setelah turunnya ayat hijrah. Mereka membuka dan menukarkan sesebuah wilayah itu dari luar, bukannya dari dalam. Maka wajib bagi tuan-tuan untuk hijrah ke Negara Islam yang lain. Dan kembali menghadap kerajaan ini bagi menukarkannya kepada Islam.

Kemudiannya, setelah tuan-tuan mendapatkan tiga buah negeri dalam pilihanraya sebelum ini, dengan jangka masa paling singkat tuan-tuan memerintah adalah 5 tahun, sedangkan di Kelantan tuan-tuan telah berkuasa selama 15 tahun, maka apakah yang menyebabkan tuan-tuan masih tidak mampu untuk melaksanakan apa yang Umar Al Khattab lakukan kepada penduduk Qibti Mesir?

Tuan-tuan memiliki kuasa dalam hal itu, minimal untuk melarang kaum DAP dari membacakan ayat-ayat Al Qur’an, melarang para wanita PKR dari memakai baju kurung dan berkebaya, tidak meluluskan permohonan pembinaan patung Budha dan menyokong pengharaman perkataan Allah pada Injil Terjemahan.

Tapi mengapa tuan-tuan tidak mampu untuk melaksanakan hal yang berada dalam tangan tuan-tuan, tetapi tuan-tuan meminta pengubahan undang-undang yang sulit dilaksanakan kerana memerlukan undi 2/3 dari anggota parlimen, sedangkan anggota parlimen yang Muslim itu tidak mencapai 2/3.

Talbis: Kejahatan Berwajah Kebaikan

Mac 21, 2011

Rupa Kejahatan

Percayakah tuan-tuan bahawa kejahatan tidak selalunya datang dalam wajah yang menggerunkan dan menakutkan: menggerutu, huduh, busuk dan menjijikkan. Malah kejahatan juga tidak selalu berwarna hitam.

Kejahatan boleh muncul dalam perbagai bentuk dan warna. Muncul tanpa kira waktu dan masa. Dalam cerita-cerita seram sahaja kejahatan datang pada waktu malam dan dengan wajah yang menggoncang hati.

Seperti itu juga masyarakat kita menganggap bahawa kejahatan itu pasti sesuatu yang berupa kekejian, sehingga dari jauh sudah boleh dikenal. Ibarat pepatah lama: sekilas ikan di air, aku tahu mana jantan mana betina.

Namun Ibn Jauzi telah membuktikan bahawa tanggapan kita kepada kejahatan terlalu dangkal. Dalam buku magnum opusnya iaitu Talbis Iblis, beliau menunjukkan bahawa kejahatan itu seperti sesumpah; datang kepada kita mengikut kondisi diri kita. Saya akan menceritakan sedikit sedutan dari kitab beliau.

Hakikat Syaitan

Allah mengingatkan manusia tentang bahaya syaitan: “Dan janganlah kamu mengikut jalan-jalan syaitan. Kerana syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu. Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji,  dan mengatakan kepada Allah sesuatu yang kamu tidak ketahui” (Al Baqarah: 168 – 169)

Oleh itu banyak manusia yang tertipu dengan muslihat syaitan. Syaitan datang dalam rupa yang baik, penuh tawadduk dan penuh dengan kesopanan. Kerana syaitan telah menguasai ilmu penipuan sejak Adam as diciptakan. Sudah ribuan tahun syaitan berkerja sehingga mereka tahu kelemahan manusia.

Lalu ada seorang bertanya kepada Hasan Al Basri tentang syaitan: “Apakah syaitan juga tidur?” Maka Hasan al Basri berkata: “Sekiranya syaitan juga tidur, pasti kita boleh beristirehat”. Oleh kerana syaitan itu sudah wujud semasa Nabi Adam lagi sehingga zaman ini, malah syaitan juga tidak pernah tidur; kerja mereka setiap saat adalah merencana dan menghasut manusia agar berbuat jahat, maka syaitan mampu untuk menyesatkan manusia dengan berbagai helah dan pujukan.

Oleh itu Al Hassan Bin Shalih berkata: “Sesungguhnya syaitan itu membuka 99 pintu kebaikan tetapi dia menggunakannya untuk kejahatan”. Justeru syaitan terkadang datang dalam bentuk seorang alim yang warak tetapi akhirnya syaitan akan menyesatkan kita dalam kealiman dan kewarakan orang tadi.

Salah satu cara syaitan datang menerpa kita adalah dengan membawa gambaran “Islam yang Sebenar”. Sekiranya manusia yang tidak mengikut As Sunnah, mereka akan terpedaya dengan wajah “Islam Yang Sebenar” ini.

Anjing Neraka

Perkara ini diingatkan oleh Rasulullah saw kepada sahabat baginda: “Akan muncul segolongan orang ditengah-tengah kalian dimana solat mereka lebih unggul jika dibandingkan dengan solat kalian. Puasa mereka lebih unggul jika dibangdingkan dengan puasa kalian, amal mereka jika dibandingkan dengan amal kalian. Mereka membaca Al Qur’an yang bacaannya tidak melepasi tengkorok. Mereka lepas dari agama sebagaimana anak panah yang lepas dari busurnya” (H. R. Bukhari & Muslim)

Ini dibuktikan oleh penyaksian Ibn Abbas dengan mata beliau sendiri: “Aku menemui sekumpulan orang yang aku tidak pernah lihat ijtihadnya sekeras mereka. Di kening mereka ada bekas sujud. Tangan mereka keras seperti kaki unta. Pakaian mereka basah oleh peluh dan wajah mereka kelihatan letih kerana banyak berjaga malam”.

Namun sayangnya orang yang kuat beribadat ini ternyata sesat dan menyesatkan. Mereka dikatakan oleh Rasulullah sebagai Anjing Neraka. Ibadah mereka banyak. Malah ibadah mereka sesuai mengikut sunnah, sehingga terkadang orang menganggapnya sebagai ahlus sunnah.

Golongan ini disebut sebagai Khawarij. Mereka beribadah melebihi dari ibadah para sahabat. Mereka menjaga agama mereka begitu teliti dan dengan penuh khusyuk. Sehingga mereka menetapkan bahawa pembuat dosa besar menjadi kafir. Oleh itu tiada seorang Khawarij pun yang berbuat dosa besar.

Maka ketika inilah syaitan datang dalam bentuk manusia yang lebih hebat beragama daripada murid Nabi Muhammad saw. Hebat ibadah namun aqidah mereka songsang dan batil. Lalu sekiranya kita hidup pada saat itu, pasti sukar untuk kita menentukan siapakah yang benar dan siapakah yang sesat.

Pertanyaan Yang Membezakan Hak Dan Batil

Namun Ibn Abbas memberikan solusinya. Dengan sebuah pertanyaan, beliau mengasingkan antara hak dan batil. Pertanyaan yang menjadi asas Ahlus Sunnah iaitu: “Aku datang kepada kamu semua dari sisi kaum Muhajirin dan Anshar serta dari sisi menantu Rasulullah saw. Kepada merekalah Al Qur’an diturunkan dan merekalah yang paling mengetahui maknanya dari kamu semua”.

Inilah yang harus dijadikan pedoman dalam beragama, iaitu menjadikan pemahaman sahabat sebagai pentafsir kepada Al Qur’an dan As Sunnah. Sedangkan golongan yang sesat tidak pernah memakai pemahaman sahabat dalam sikap beragama. Oleh kerana itu Ibn Abbas berkata bahawa tiada seorang sahabat pun yang bersama kaum sesat sedangkan jumlah sahabat mencecah puluhan ribu orang.

Dengan itu, neraca kebenaran diukur dengan meletakkan tiga asas iaitu [1] Al Qur’an, [2] As Sunnah dan [3] kedua-dua sumber ini ditafsir dengan pemahaman sahabat. Maka, dengan tiga asas ini kita boleh mengukur setiap pemahaman agama yang sampai kepada kita.

Sekiranya sebuah pemahaman itu tidak memenuhi asas utama ini, bererti pemahaman itu dibawa oleh syaitan yang menyesatkan. Walaupun pemahaman itu diungkap dengan kata-kata yang mulus dan dihiasi dengan penampilan yang kudus. Ingatlah bahawa syaitan selalu hadir dengan rupa kebaikan sebelum menarik kita dalam pelukannya.

Nyalakkan Anjing Neraka

Berbalik kepada Khawarij, salah satu prinsip mereka adalah menetapkan bahawa keadilan. Sebuah keadilan adalah menentang kezaliman. Zalim adalah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Begitu juga bahawa “Tiada Hukum Melainkan Hukum Allah” yang menjadi slogan mereka sejak zaman Saidina Ali ra hingga hari ini. Inilah nyalakkan mereka.

Lalu apabila ada pemimpin Muslim yang tidak menerapkan hukum Hudud, maka mereka mengkafirkannya dan cuba untuk menjatuhkannya dengan berbagai cara. Dahulu mereka menggunakan pedang dan panah. Namun sekarang mereka menggunakan pena dan khutbah.

Untuk menghalalkannya, mereka membuat tafsiran agama sendiri, yang tidak ada seorang sahabatpun membuat tafsiran sebegitu. Mereka berkata bahawa “Khawarij hanya wujud di zaman Ali. Lalu saat ini, menentang pemimpin dibolehkan apabila pemimpin itu zalim”.

Padahal seluruh Ulama’ Ahlus Sunnah menetapkan bahawa kaum Muslimin wajib mentaati penguasa dalam hal-hal yang baik. Imam Asya’ari berkata: “Dan mereka (Ahlus Sunnah) telah sepakat kewajipan untuk mendengar dan taat kepada pemimpin kaum Muslimin. Dan bahawasanya sesiapa yang memegang kepimpinan dengan keredhaan atau dengan kemenangan (dalam peperangan) maka perintah ketaatan tetap kepadanya; apakah dia orang baik atau jahat. Tidak diperbolehkan memberontak kepadanya dengan pedang, sama ada dia zalim atau adil” (Risalah Ila Ahli at Tsagr).

Justeru, semoga kita tidak jatuh dalam pemahaman Khawarij yang mengkafirkan pelaku dosa besar, termasuk mengkafirkan pemimpin Negara yang tidak melaksanakan Hudud, walaupun mereka tidak melaksanakan Hudud atas keterpaksaan. Malah antara pemikiran Khawarij juga adalah menetapkan sebuah Negara itu wajib melaksanakan seluruh hukum Tuhan tanpa tertinggal satupun, terutamanya Hudud. Sekiranya gagal dalam menerapkan hukum Allah maka Negara itu adalah menjadi Negara Kafir.

Hari ini kejahatan datang dalam bentuk jubah, serban, warna hijau dan panggilan Tuan Guru .

Isu Seputar Islam Di Turki

Mac 21, 2011

Sekularisme Di Turki

Sekularisme yang berlaku di Turki bukanlah dimunculkan oleh Mustafa Kamal. Apakah logik Mustafa Kamal mampu untuk menjalankan program sekularisme dengan sendiri dan dalam beberapa waktu sahaja dia mampu menggulingkan Sultan Abdul Hamid II.

Hanya manusia dungu sahaja yang akan percaya bahawa Mustafa Kamal yang membawa pemikiran secular. Sebaliknya bagi insane yang mendalami sejarah Kerajaan Turki Uthmaniyah, pasti mereka berkata bahawa Mustafa Kamal adalah hasil dari gerakan sekularisme yang dilaksanakan oleh Sultan-Sultan Turki sendiri.

Terkejut? Tapi ini adalah hakikat yang tidak dapat ditutup lagi.

Sekularisme telah dilaksanakan jauh sebelum Mustafa Kamal hidup. Sultan Turki telah melakukan pembaharuan atau bisa diistilahkan sebagai pindaan undang-undang dengan mewujudkan Hatt- i-Sarif atau dikenali Piagam Kamar Merah (1830) dan Hatt-I- Humayun (1856) oleh Sultan Abdul Majid dan Rasyid Ali dan Fuad Pasha. Piagam ini merangkumi pembaharuan pentadbiran, penyelarasan sistem cukai, sistem kerahan tenaga, persamaan hak individu dan pendidikan sekular menggantikan pendidikan Islam.

Ibnu Ahmadain Al Barlisi mengatakan:

“Yang lebih dahsyat adalah Piagam Humayun menggugurkan segala rujukan syariah Islam dalam perundaangan atau secara terang-terangan menegaskan kedudukan sekularisme sebagai asas pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyah dalam beberapa tahun mendatang” (Kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyah, ms 87)

Pada 1866, tertubuh Kementerian Pelajaran Umum yang menyelia sekolah aliran sekular di Turki Uthmaniyyah. (Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, hlm. 103)

Pada 1869, iaitu tiga tahun setelah sekolah sekular diwujudkan, maka Menteri Kehakiman telah menubuhkan Mahkamah Sivil disamping Mahkamah Syariah. (Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, hlm. 103) Mahkamah ini telah membelakangkan hukum Islam dan menggunakan hukum Barat.

Malah masyarakat Turki juga hanyut dalam keadaan syirik dan khurafat. Sultan Abdul Hamid II ketika memberi syarahan ketika merasmikan pembukaan sidang parlimen pertama pada 19 Mac 1877/ 4 Rabiul Awal 1294 H mengakui bahawa:

“ … sepanjang 600 tahun, kekayaan dan kebahagiaan negara dan rakyat jelata sentiasa meningkat menuju kemajuan dan perkembangan di bawah perlindungan keadilan dan kedaulatan undang-undang, namun setelah itu kita mulai mengalami kemerosotan secara berperingkat disebabkan kelemahan kita mengikut dan berpandu dengan syariat Allah. Lalu kekuatan tersebut digantikan dengan kelemahan.” (Eeman Mohamed Abbas, Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah (Peranan Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti), hlm.97)

Ini adalah sekelumit dari sisi hitam sejarah Turki Uthmaniyyah, yang kaum hizbiyyun sangat menyanjung tinggi, malah beriman bahawa Turki Uthmaniyyah adalah Khalifah Al Uzma. Masih banyak lagi bukti tentang perjalanan sekularisme di Turki yang tidak perlu saya singgung.

Justeru Bapa Sekularisme bukanlah Mustafa Kamal tetapi adalah Sultan Mahmud II yang memerintah pada tahun 1808-1839 M.  Dalam buku Bangkit Dan Runtuhnya Khalifah Uthmaniyah, karangan As Syalabi (yang diterjemah oleh Samson Rahman), Sultan Mahmud II pernah mengeluarkan hukum bersifat Pluralisme dan Sekularisme:

“Beta tidak mahu sekarang untuk membezakan antara umat Islam kecuali berada di dalam Masjid, dan orang-orang Nasrani kecuali apabila berada dalam Gereja, dan orang-orang Yahudi kecuali berada dalam Sinagog. Beta mahukan selagi mereka semua mentaati Beta, mereka semua akan mendapat hak yang sama dan mendapat perlindungan yang serupa” (ms 658)

Ada beberapa persoalan sampingan yang ingin saya ajukan kepada pejuang Negara Islam yang menganggpa Malaysia sebagai Negara Kafir. Soalannya;

[1] Mengapa negara ini masih dikatakan Daulah Islam walaupun telah melaksanakan sistem sekular sejak abad ke 19 oleh para ulama’?

[2] Mengapakah para ulama’ Islam yang berada dalam wilayah Turki tidak menggerakkan tanzim bagi menggulingkan Turki Uthmaniyyah yang terang-terang meninggalkan HUKUM ALLAH?

[3] Mengapakah para ulama’ yang berdiam di dalam wilayah Turki Uthmaniyyah mengatakan bahawa “segala upaya untuk menjatuhkan Sultan oleh rakyat Turki” adalah tindakah pemberontak dan khawarij?

 

Islam Dalam Era Pemerintahan Parti AKP

Lantas kehadiran Mustafa Kamal hanyalah sebagai sebuah pemangkin dan penggerak yang berjaya mensekularkan Turki secara mutlak. Dia terbentuk hasil dari usaha Sultan-Sultan Turki sebelum ini. Hanya saja sekularsime yang dia bawa adalah bersifat mutlak dan asli sedangkan Sultan-Sultan sebelum ini hanya mampu membasa system sekular secara sebahagian.

Kerana itulah kita lihat gerakan Pemuda Turki ini mendapat sambutan yang luar biasa. Kaum “Hurriyat” – Pembaharuan ini di sokong oleh sebahagian besar dari rakyat Turki Uthmaniyah.  Sehingga kita tidak dapat untuk mengatakan bahawa sekularisme baru sehai muncul, melainkan kita terpaksa akui bahawa sekularisme telah lama bertapak di sana.

Setelah berlalunya zaman Mustafa Kamal, dan munculnya Parti Refah maka landskap politik di Turki berubah wajah. Menariknya Parti Refah adalah sahabat kepada  Jamaah Ikhwanul Muslinin di Turki. Parti ini diasakan oleh Najmuddin Erbakan. Setelah Mahkamah Turki mengharamkan penglibatan Najmuddin Erbakan  dalam urusan politik maka anak didiknya iaitu Rajab Tayyib Erdogan  telah menubuhkan Parti Keadilan Dan Pembangunan (Adalet ve Kalkınma Partisi:  AKP).

Walau bagaimanapun, oleh kerana di Turki, undang-undang secular dijalankan dan dijaga rapi oleh angkatan tentera serta badan kehakiman, maka pengaruh Parti AKP dilihat sangat minima dalam perubahan perlembagaan Negara tersebut.

Justeru bagi mengelakkan parti AKP diharamkan, Tayyep Erdogan terus menyatakan bahawa partinya akan terus menjunjung dasar sekular.  Pada 29 April 2007 seramai 1,370,000 orang mengadakan perarakan  dengan slogan  “Turki sebuah negara sekular dan akan terus sekular”. Slogan ini diwujudkan oleh parti AKP agar melenyapkan kebimbangan penduduk Turki kepada  kebangkitan mereka.

Semasa pilihanraya 2007 yang menyaksikan 14 parti terlibat, parti AKP menang besar dengan 47% undi setelah 81% saluran undi dikira. Dengan demikian Abdullah Gul dari parti AKP menjadi Presiden Turki. Sehingga hari ini, semenjak parti AKP memenangi pilihanraya Turki pada tahun 2002 dan semenjak beliau menjadi Perdana Menteri pada 14 Mac 2003, sistem sekular yang menjadi dasar undang-undang Turki masih belum mampu diubah. Cukup Ironi.

Ada sebuah kajian yang dilakukan oleh TESEV (Turkish Economic and Social Studies Foundation) pada tahun 2006, berkenaan pengaruh Islam didalam masyarakat Turki. Sebanyak 2500 wanita yang ditanya tentang penggunaan tudung ketika keluar rumah, didapati sebatak 36.5% koresponden menyatakan mereka tidak mengenakan tudung. Sebaliknya tujuh tahun sebelum ini didapati hanya 27.3% meninggalkan tudung. Dapatannya adalah hampir 10% peningkatan wanita Turki meninggalkan tudung ketika keluar rumah. Begitu juga didapati penurunan sebanyak 4.3% bagi lelaki yang memakai Turban.

Saya tidak pasti dengan statistik yang dikeluarkan oleh TESEV. Yang nyata, masyarakat Turki masih banyak tidak memahami Islam. Malah tentera Turki adalah golongan yang setiap kepada dasar sekular – Islam hanya boleh ditampakan dalam Masjid.

Ihsan Dagi merupakan seorang profesor dalam bidang hubungan antarabangsa di Middle East Technical University di Ankara, Turki menyatakan:

“Partai AKP mengatakan bahawa mereka harus mampu menyelesaikan masalah tudung melalui konsensus sosial,  tapi sejauh ini mereka belom mengambil langkah untuk melakukannya. Mereka juga mengatakan mereka tidak akan membawa masalah ini melalui parlemen, di mana mereka memiliki suara majority”. (http://www.carnegiecouncil.org/resources/transcripts/849.html)

Lebih menarik, hampir setiap deligasi Negara luar yang datang bertandang ke Ankara, mereka akan dibawa oleh para pegawai kerajaan Turki untuk melawat Attaturk Mausoleum dan menziarahi makam Mustafa Kamal yang berada didalamnya.

 

 

Hukum Ziarah Kubur

Ironi, bagaimana mungkin sebuah parti Islam di Turki yang disanjung oleh sahabat mereka di Malaysia, menempelak Dato’ Seri Najib yang melawat ke Ankara apabila dibawa oleh pegawai Kerajaan Turki yang diterajui oleh AKP  ke Attatturk Mausoleum.

Justeru, jika Mustafa Kamal itu kafir, maka hukum menziarahi kuburnya adalah harus. Saya masih teringat kisah seorang pembesar PAS di Perak yang memegang lilin dan bertafakur di hadapan jenazah seorang kafir.

Tentang masalah ini, As Syaikh al-Albani menukilkan:

Dan telah berkata al-‘Aini di dalam (kitab) Syarahnya iaitu al-‘Umdah (3/76): Di dalam hadis tersebut memiliki pengertian yang membolehkan perbuatan menziarahi kubur secara mutlak, sama ada lelaki mahu pun perempuan, atau yang diziarahi itu Muslim atau pun kafir disebabkan tiadanya penjelasan berkenaan dengannya. (Rujuk: al-Albani, Ahkamul Janaz’iz, m/s. 185, Maktabah Syamilah. Edisi Terjemahan m/s. 417, Terbitan Pustaka Imam asy-Syafi’i, Cet. 2 September 2006)

Imam Nawawi juga turut menjelaskan bahawa perbuatan menziarahi kubur adalah umum (dibolehkan secara mutlak) sama ada kubur orang Islam atau orang kafir:

Berkata imam an-Nawawi: Secara pasti bahawa jumhur ulama membolehkan ziarah kubur. Penulis kitab al-Haawii (Abul Hasal al-Mawardi) berkata: “Tidak dibolehkan menziarahi kubur orang kafir”. Dalam perkara ini, dia telah salah (gholath). (Rujuk: al-Albani, Ahkamul Janaz’iz, m/s. 185, Maktabah Syamilah. Edisi Terjemahan m/s. 417, Terbitan Pustaka Imam asy-Syafi’i, Cet. 2 September 2006)

Ini dicontohkan dengan perbuatan nabi yang menziarahi ibunya walhal ibunya adalah kafir.

Dari Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata: Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah menziarahi kubur ibunya lalu beliau mengangis, maka orang-orang di sekelilingnya pun turut menangis. Beliau pun bersabda: Aku meminta izin kepada Rabb-ku untuk memberikan keampunan untuk ibuku, tetapi Dia tidak mengizinkanku. Aku meminta izin untuk menziarahi kuburnya, maka Dia memberi izin kepadaku. Oleh kerana itu, ziarahlah kubur, kerana ia dapat mengingatkan kepada kematian. (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Jana’iz, no. 1622)

Namun yang harus kita cermati dalam masalah ini ada dua, iaitu tujuan ziarah dan tatacara ziarah. Kesalahan dalam ziarah kubur boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Malah yang menjadi agamawan pula sering menokok-tambah sunnah yang ada. Sedangkan sunnah yang sedia ada tidak dipraktikan, contoh anjuran membuka kasut untuk masuk ke dalam kawasan kubur tidak pernah mereka laksanakan, inikan pula masyarakat awam. Bukankah ini disebut ibarat ketam menyuruh anaknya berjalan lurus?

Justeru kita mengajak semua umat Islam: sama ada yang awam atau yang sudah belajar agama, sama ada yang berkerjaya “norrmal” atau yang berkerjaya “super-normal”, sama ada orang biasa atau orang “popular”, sama-samalah kita menghidupkan Sunnah al Mustafa dalam perkara Ziarah Kubur dan menjaga diri kita dari hal-hal yang dikatakan sebagai bid’ah.

Dan ingatlah, bahawa jika kita melihat ada kesalahan dari penguasa kita, sebagai orang yang mengaku mengikut nabi, dan sangat memuliakan hadith nabi, wajib kita ikuti pesan Rasulullah saw:

“Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin dalam sesuatu perkara, maka janganlah disebarkan (didedahkan) secara terang-terangan, akan tetapi peganglah tangannya dan ajaklah dia berbincang dengan diam-diam. Jika dia menerima, maka itulah yang diharapkan, jika tidak, maka sesungguhnya dia telah menunaikan kewajipannya”. (Riwayat Ibn Abi ‘Asim, al-Sunnah. Sanadnya sahih, sebagaimana dinyatakan oleh Syaikh al-Albani ketika mentahqiq kitab as-sunnah, m/s. 507)

Hadith ini telah diamalkan oleh seluruh ulama Salafus Soleh. Imam al-Hafiz Ibnu Rejab al-Hanbali rahimahullah (Abu al-Faraj ‘Abd ar-Rahman ibn Ahmad ibn ‘Abd ar-Rahman al-Baghdadi al-Hanbali, W. 795 H) berkata:

“Ada pun nasihat untuk para pemimpin umat Islam maka ia adalah cintakan kebaikan untuk mereka, petunjuk untuk mereka dan keadilan mereka, menyukai sokongan rakyat ke atas mereka, membenci perpecahan umat kepada mereka, mematuhi ajaran agama, suka memuliakan mereka kerana mentaati Allah, membantu mereka dalam kebenaran, taat kepada mereka dalam perkara yang haq, marah kepada orang yang membelot dari mereka, dan cinta kepada usaha mereka di alam urusan berbuat taat kepada Allah ‘Azza wa Jalla.

Sementara itu Al-Hafiz Ibnu Rejab al-Hanbali menyebutkan:

Generasi salaf sekiranya mahu menasihati seseorang, mereka akan menasihatinya secara rahsia sehingga salah seorang dari mereka berkata: “Sesiapa yang menasihati saudaranya secara empat mata, itulah dia nasihat. Sesiapa yang menasihatinya di hadapan manusia (khalayak umum), sebenarnya ia sedang memburuk-burukkannya.

Lantaran itu, kita berdoa agar kita tidak termasuk kelompok yang suka membuka aib manusia lain dan memburukan penguasa Muslim. Paling penting kita berharap kita termasuk orang yang beriman. Fudhail Bin ‘Iyadh berkata: “Orang yang beriman menutup ‘aib dan menasihati, manakala orang yang jahat pula dia membuka ‘aib dan memburuk-burukkan”. Mungkin sebuah nasihat kepada PAS, ikutlah hadith nabi ini dan perhatikanlah perkataan Fudhail Bin ‘Iyad.

Signifikan Haji: Sudah Sampai Masanya Kita Bersatu

Mac 21, 2011

Mengukur Kefahaman Beragama

Eid Adha baru sahaja berlabuh dengan meninggalkan sejuta makna pada penganut Islam. Namun ada sebuah makna yang harus ditanya. Sebuah pertanyaan yang mendasar dan menggugat, selalunya akan dijawab dengan tentangan ataupun fitnah. Tidak kurang juga yang menjawabnya melalui pedang dan jejari besi penjara. Hanya Tuhan tempat kita mengadu.

Sebaliknya manusia yang mempunyai hujjah dan berpegang teguh kepada nilai kesarjanaan akan berusaha menjawab soalan dengan dalil dari Al Kitab mahupun As Sunnah. Kalau keduanya tidak ada maka mereka akan membawakan pandangan sahabat atau tabi’in. Inilah dasar Mazhab Salaf – Ahlus Sunnah yang sebenar: memami Al Qur’an dan As Sunnah melalui pemahaman para Sahabat. Lalu sekiranya hal-hal itu berupa perkara yang baharu, mereka akan meleraikannya dengan fatwa ulama Ahlus Sunnah yang mu’tabar di zaman ini.

Oleh yang demikian, sebuah soalan harus ditanyakan kepada diri kita masing-masing bagi mengukur setakat mana kefahaman agama dalam diri kita dan setakat mana tindakbalas kita terhadap soalan yang menggugat diri kita. Apakah kita akan menabur fitnah juga atau kita berusaha untuk mengikuti kebenaran dengan melakukan pengkajian?

Soalan Yang Menggemparkan Para Pendidik

Ada sebuah soalan mengenai satu masalah dalam solat. Soalan tentang sumber bacaan sujud sahwi yang kita amalkan: “Subhaana man laayanaamu walaa yashuu”. Para imam Mazhab Syafi’e telah ditanya: “Mana sumber bacaan ini? Dari hadith siapa? Dari kitab mana?”. Lantas para imam Mazhab kita telah menjawab bahawa lafaz itu sangat asing dari ilmu Islam malah tidak diketahui asal usulnya. Paling penting itu bukan bacaan dari Rasulullah saw, malah bukan juga dari sahabat. Bukan juga dari tabi’in.

Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani berkata dalam Kitab al-Talkhis tentang doa tersebut: “Aku tidak pernah menemui asal usul bacaan ini.” Lalu Imam Nawawi  menjelaskan bacaan sebenar: “Sujud syahwi dilakukan dua kali dan dipisahkan antara kedua-duanya dengan duduk istirasy (duduk antara dua sujud). Sebelum salam, dia hendaklah duduk tawarruk (duduk tahiyyah akhir). Cara sujud dan bacaannya adalah sama seperti sujud dalam solat fardhu”. (Kitab al-Majmu’, jil. 4, m/s. 72)

Lantas timbul pertanyaan: “Siapakah yang mengajarkan kita bacaan demikian? Apakah mereka ini sengaja membelakangi hadith dan fatwa para ulama Syafie atau sebenarnya mereka tidak mengetahuinya tetapi hanyalaah taqlid buta?”.

Begitu juga ada persoalan lain timbul: “Bagaimana mungkin amalan solat yang setiap hari kita lakukan, kita masih tidak menemukan cara yang benar yang mengikut petunjuk sang pembawa wahyu – Nabi Muhammad saw?”

Bermakna bahawa kita masih jauh dari ilmu Islam dan aktiviti ilmiyah sehinggakan ibadah wajib yang kita lakukan setiap hari pun masih belum mencapai kesempurnaan. Kalau keadaannya begitu, hal-hal yang lebih besar, pastinya kita lebih jauh dari petunjuk hadith dan pemahaman para ulama Ahlus Sunnah. Hal yang besar itu pasti berupa hal-hal yang lebih rumit dan memerlukan penjelasan dari para ulama mu’tabar. Permasalahan sebegini pastinya kita lebih banyak tergelincir dari pesoalan bacaan sujud sahwi.

Persoalan Imamah Merupakan Hal Yang Besar

Antara persoalan besar itu adalah hal kepimpinan negara. Ia dirangkum dalam prinsip aqidah Ahlus Sunnah pada masalah wala’ wal bara’. Dengan hal inilah berpisahnya Syiah dari mazhab Ahlus Sunnah. Dengan hal ini jugalah Khawarij muncul dan memerangi Sunni. Kerana hal ini jugalah Uthman Bin Affan dibunuh dan kerana hal ini jugalah Ibn Muljan yang begitu wara’ percaya dia akan menemui Rabb dalam syurga walhal dia telah membunuh Khalifah Uthman.

Tetapi alangkah indah jika kita semua mahu melapangkan dada dan pasrah mengikuti petunjuk Rasulullah saw. Tidaklah Rasulullah saw itu meninggalkan Islam dalam keadaan lompong dan tanpa penjelasan. Yang tidak jelas adalah kefahaman kita seperti mana kita masih tidak jelas akan bacaan sujud sahwi. Hadithnya ada tetapi kita yang tidak jumpa. Fatwa ulama’ ada tetapi kita yang tidak rela.

Lalu Rasulullah saw telah mewariskan kita sejumlah besar hadith-hadith tentang kepimpinan dan politik. Hanya saja menunggu kita menerimanya dengan benar atau kita mengubah maksudnya mengikut selera nafsu kita. Nabi bersabda:

“Sesungguhnya akan berlaku selepas peninggalanku sikap pemerintah yang merampas harta kamu dan berbagai-bagai perkara yang kamu ingkari. Para sahabat bertanya: Apakah yang engkau perintahkan pada kami wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Tunaikanlah kewajipan kamu dan berdoalah kepada Allah untuk mendapatkan hakmu”. (H.R  Bukhari 13/5 & Muslim 3/1472)

Lalu kita menta’wil hadith tersebut dengan berbagai-bagai ragam padahal para Imam Ahlus Sunnah tidak pernah memahaminya sebegitu. Kita membuat andaian bahawa pemimpin yang dimaksudkan adalah pemimpin yang memerintah dengan kitab Allah dan Sunnah Rasululillah. Walhal saat Imam Ahmad dipenjara oleh Sultan, Kerajaan Abbasiyah saat itu telah menjalankan hukum Mu’tazilah – sebuah hukum yang tidak mengikut Al Qur’an dan As Sunnah! Malah Sultan telah memenjara dan membunuh para ulama Sunnah yang masih mempertahankan aqidah Islam.

Imam Nawawi berkata tentang hadis di atas ini: “Dalam hadis ini terdapat suatu perintah supaya mendengar dan taat, walaupun penguasa zalim dan kejam. Hak untuk ditaati tetap wajib dijunjung, tidak boleh memberontak kepadanya. Bahkan semestinya tetap bertaqarrub dan berdoa kepada Allah untuk menghilangkan kejahatannya dan menolak keburukannya”. (Syarah Muslim 12/232)

Siapakah Pemimpin Negara Yang Diiktiraf Islam?

Namun Imam Ahmad tetapi menyeru umat untuk mentaati penguasa dan menasihati rakyat untuk bersama-sama Sultan dalam hal-hal yang ma’ruf. Beliau berkata: “Sesiapa yang keluar (dari ketaatan) terhadap seorang pemimpin dari para pemimpin kaum muslimin, sedangkan manusia telah bersatu dan mengakui kepimpinannya dengan cara apapun – sama ada dengan redha atau dengan kemenangan (dalam perperangan) – maka sesungguhnya orang tersebut telah memecah-belah kesatuan kaum musilmin dan menyelisihi pesanan Rasulullah saw dan apabila ia mati dalam keadaan demikian maka matinya seperti mati jahiliyah. (Imam Ahmad bin Hanbal, Ushulus Sunnah)

Justeru, Imam Ahmad dan para ulama Ahlus Sunnah yang lainnya mengetahui bahawa urusan memimpin ini merupakan sebuah beban yang sangat berat dan sukar. Pastinya dalam memerintah itu seorang pemimpin akan berbuat silap dan tergelincir.

Namun kegelinciran pemimpin bukanlah sebuah alasan bagi kita untuk memisahkan diri dari pemimpin negara yang Muslim. Sebaliknya kita harus bersama-sama pemimpin tersebut dan menolong mereka. Malah kita diwajibkan untuk bersatu-padu dan menjaga kesatuan umat ini dibawah kepimpinan mereka. Sedangkan perpecahan adalah tercela dan mendapat murka dari Allah Ta’ala.

Imam Al-Qurtubi menegaskan:  “Sesungguhnya perpecahan hanya akan membawa kepada kehancuran, sedangkan jama’ah akan menghantar kepada keselamatan. Semoga Allah merahmati Ibnu Mubarak yang telah menjelaskan: Sesungguhnya jama’ah adalah Tali Allah, maka berpegang teguhlah dengannya”. (Al-Jami’ Li Ahkamil Quran. 4/159. Daarul Qutub)

Perpaduan Adalah Bersama-sama Pemerintah

Ini kerana mengikuti dan mentaati pemimpin pada hal-hal yang ma’ruf adalah lambang umat Islam bersatu-padu. Bersama-sama pemimpin Negara dan tetap di atas aqidah Salaf – Ahlus Sunnah adalah makna sawadul a’zham. Malah hukum bersatu dan berpadu dengan pemimpin Negara dan meniti pada mazhab Salaf adalah fardu ain bagi setiap Muslim.

Berkata Imam Ibnul Atsir: “Dan yang dimaksudkan dengan ‘Alaikum bi as-Sawadul A’zham (Kamu di atas as-Sawadul A’zham) adalah sekumpulan besar manusia yang berhimpun di dalam mentaati sultan (pemimpin) dan berjalan di atas jalan yang benar (mazhab salaf)”. (Ibnul Atsir, an-Nihayah Fi Ghoribil Hadis, 2/1029)

Inilah yang dikhabarkan oleh Ibn Khaldun dalam Mukaddimah pada sub tajuk Bagaimana Perpecahan Menimpa Kerajaan-Kerajaan: “Sebarang dinasti harus didirikan diatas dua tapak. Yang pertama adalah kekuatan, syawkah, dan perasaan ashabiyah…” (Mukaddimah, terbitan DBP, 2009, ms 361) Sebaliknya apabila kita tidak bersatu maka negara itu akan hancur akhirnya.

Lantas apabila umat sudah bercakaran dan tidak mahu mengikuti hadith supaya bersatu dengan pemimpin, lalu Allah menimpakan kita kekalahan dan kemunduran. Apabila kita tidak meniti pada mazhab Salaf maka Allah akan timbulkan berbagai macam bid’ah dan aliran pemikiran.

Justeru, ketika kita sedang menyaksikan jutaan jiwa di Arafah yang mengerjakan ibadah Haji dan kurban, maka sudah sampai waktunya untuk kita meninggalkan perbecahan dan kita kembali mengikuti sabda junjungan. Kita kurbankan lah cita-cita kita untuk merebut kuasa kerana kuasa itu adalah pemberian Tuhan. Kita harus bersatu dengan penguasa sepertimana saudara kita di Arafah itu bersatu untuk haji. Kita juga harus bersatu dalam mazhab Ahlus Sunnah yang sebenar – mazhab yang dianut oleh Sahabat Nabi.

Kita selama ini mungkin silap mentafsir makna keadilan dan kepimpinan sepertimana kita sering silap membaca doa sujud sahwi. Maka pada kesempatan ini, kita tinggalkan kesalahan kita dan menuju kepada dalil yang lebih kuat. Bermakna kita tinggalkan perpecahan dan kita bergabung bersama penguasa yang sah. Allah tidak akan tanyakan rakyat tentang negara tetapi Allah akan tanyakan kita tentang tanggungjawab kita kepada penguasa Negara. Tanggungjawab untuk ditaati pada hal ma’ruf, didoa dengan kebaikan, dicintati dan dimuliakan.

Perbezaan Antara Islam dan Agama Lain

Mac 21, 2011

“Apa yang membezakan Islam dan agama lain?”

Ini sebuah pertanyaan yang tidak wajar dijawab secara terus. Kerana semua agama mengakui kewujudan Allah dan keesaan-Nya dalam penciptaan makhluk. Seharusnya kita menerangkan tentang mengesakan Allah dari sisi penciptaan dan penyembahan terlebih dahulu.

Ada banyak bukti yang boleh dijelaskan tentang kenyataan diatas. Dengan terang Allah telah memberi isyarat bahawa kaum kafir mengakui kewujudan Dia dan mereka semua mengetahui bahawa Dia lah yang mencipta, mematikan, mentadbir dan memberi penghidupan.

Allah menyuruh Nabi kita untuk menanyakan soalan tentang penciptaan alam kepada kaum kuffar. “‘Tanyakanlah (wahai Muhammad): ‘Kepunyaan siapakah bumi ini dan segala yang ada padanya, kalau kamu mengetahui?’ Mereka menjawab: ‘Kepunyaan Allah’”. (Surah al Mu’minum 2:84).

Oleh kerana itu, bagi sesiapa yang beriman dengan hati dan mengakui dengan perbuatan, bahawa Al Qur’an adalah perkataan Allah, pasti dia akan menerima semua perkhabaran yang terkandung dalam kitab ini. Termasuklah bukti bahawa seluruh manusia telah mengetahui bahawa yang menjadikan seluruh makhluk adalah Allah sahaja.

“Lantas apakah agama lain juga mengaku Allah sebagai Pencipta”?

Benar! Agama lain seperti Hindu, Buddha, Jaina, Confucius, Nasrani dan Yahudi; semuanya mengakui bahawa Allah yang menciptakan mereka. Namun yang berbeza adalah sebutan dan huraiannya. Ibarat orang Arab memanggil Nabi Daud sedangkan orang Nasrani memanggilnya dengan nama David. Padahal Daud dan David bukanlah dua individu berbeza sebaliknya adalah seorang lelaki yang sama.

Maka ada yang memanggil Allah, ada yang memanggil Brahman, ada yang memanggil Yehwah, ada yang memanggil Tuhan Bapa, ada yang memanggil Maharaja Dewa; namun semua makna itu menunjuk kepada Rabbul Izzati iaitu Allah Azzawajalla.

Dalam Prasthanatrayi — iaitu terdiri dari kitab Upanishad, Bhagavad Gita dan Brahma Sutra disebutkan filsafat Adwaita Wedanta yang bererti “tak ada duanya”. Menjelaskan Brahman adalah Tuhan Yang Esa. Brahmanlah yang menjadikan seluruh makhluk ini. Dia menjadikan makhluk ini daripada Nur-Nya. Dari cahaya Dirinya itulah terbentuk alam dan segala isinya. Dari cahaya itu juga terbentuk para dewa yang memastikan alam ini teratur. Maka jika kita melihat seorang Hindu menyembah Kali atau Siva atau Krishna, maka mereka hanyalah bertawasul dengan para dewa tersebut. Sedang hati dan iman mereka tetap mengakui “Omm Brahman” iaitu “Allah hu Ahad”.

Masalah ini boleh difahami dengan cemerlang oleh golongan Sufi dan Syiah. Kerana kebanyakan ahli sufi menganut akidah Nur Muhammad atau akidah Nur Panjtan dalam kitab-kitab Syiah seperti dalam Kitabu al Khisal. Petikan dibawah ini telah saya mudahkan bahasanya.

Syeikh Nawawi Bantan menulis dalam Madarijus Su’ud berupa syarah kepada kitab Maulid Nabawi karangan Syed Jaafar: “Bila Allah hendak menjadikan semua makhluk dengan merendahkan bumi dan meninggikan langit, maka Dia menggengam satu genggaman dari Cahaya-Nya. Dia pun berkata kepada Cahaya-Nya itu: ‘Jadilah Engkau Muhammad’. Maka cahaya itupun menjadi sebuah tiang cahaya yang berkilau-kilauan sampai kepada tabir kegelapan lalu cahaya itu pun sujud dengan berkata: ‘Segala puji bagi Allah’. Maka Allah berfirman: ‘Untuk itulah Aku ciptakan engkau dan Aku namakan engkau sebagai Muhammad. Daripada kamulah Aku memulakan kejadian makhluk ini dan denganmulah aku menyudahi Rasul-Rasul’. Kemudian Allah membahagikan Cahaya-Nya itu kepada empat bahagian pula. Daripada bahagian pertama dijadikan Lauh (Luh Mahfuz), daripada bahagian kedua dijadikan Qalam…. Kemudian daripada bahagian ketiga Cahaya itu Allah menjadikan Arsy. Bahagian keempat pula dibahagikan kepada empat bahagian….”

Aqidah Nur Muhammad ini telah dinyatakan sesat oleh JAKIM dan para ulama Ahlus Sunnah sepanjang zaman. Disini bukan tempat untuk membahas masalah aqidah Nur Muhammad yang batil ini. Saya membawakannya adalah sebagai perbandingan semata-mata dan sebagai contoh untuk memahami huraian Agama Hindu tentang Keesaan Allah dan kewujudan para dewa, atau boleh diertikan dalam bahasa Arab dengan kata “malaikat”.

“Kalau semua agama mengakui Allah itu Esa, mengapa dikatakan sesat?”

Jawapan kepada pertanyaan ini dapat dirungkai sekiranya kita mengetahui tujuan pengutusan setiap Nabi dan Rasul. Juga kita boleh menjawabnya bila kita mengetahui jenis pengingkaran kaum kuffar terhadap Allah.

Allah menyatakan dalam Al Qur’an bahawa Dia mengurus Nabi dan Rasul adalah untuk mentauhidkan Allah dari sisi Uluhiyyah (penyembahan) dan Asma Wal Sifat (nama dan sifat Tuhan). “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): `Sembahlah Allah (sahaja), dan jauhilah Thaghut itu’” (An Nahl : 36). Cuba lihat seruan para Rasul itu, iaitu menyuruh untuk menyembah Allah semata-mata. Bukan untuk mengesakan Allah sebagai Pencipta, Pemberi Rezeki, Pengatur Alam dan Raja segala Raja, kerana hal ini sudah diakui oleh setiap jiwa.

Satu ketika Rasulullah saw mendengar talbiah kaum Arab Musyrikin semasa haji. Mereka berkata: “Aku terima panggilan-Mu yang tidak ada sekutu bagi-Mu, kecuali sekutu yang layak untuk-Mu, Engkau menguasainya dan dia tidak berkuasa”. Maka sabda Rasulullah: “Mereka telah mengesakan Allah sekiranya mereka meninggalkan perkataan “kecuali sekutu yang layak untuk-Mu’”. (H.R Muslim)

Justeru, umat manusia diingatkan oleh Allah untuk membersihkan ibadat – sama ada ibadat jasmani atau ibadat hari – daripada mempersekutukan Allah. Allah berfirman: “Oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadah dan bawaanmu kepada-Nya. Ingatlah kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih. Dan orang musyrik yang mengambil selain Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (berkata): ‘Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkaan kami kepada Allah sehampir-hampirnya’”. (Surah Az Zumar 39: 2-3)

Lantaran itulah Imam As Son’ani, pengarang Subulus Salam berkata dalam kitab Tathir al I’tiqad: “Segala puji bagi Allah yang tidak menerima tauhid Rububiyyah para hamba-Nya sehinggalah mereka mentauhidkan-Nya dengan tauhid al Ibadah (al Uluhiyyah) dengan sebenar-benarnya. Selain itu mereka tidak mengambil sebarang sesembahan serta tidak bermohon disamping-Nya kepada selain-Nya serta tidak bertawakkal kecuali kepada-Nya”.

Tauhid Rububiyah adalah keyakinan secara pasti bahawa Allah adalah pencipta, pemberi rezeki, pentadbir alam ini tanpa memerlukan sekutu lain. Sedangkan Tauhid Uluhiyah adalah keimanan bahawa segala pengibadatan hanya layak diberi kepada Allah tanpa ada sekutu. Sementara Tauhid Asma wal Sifat pula bermakna bahawa beriman secara pasti dengan nama-nama Allah serta sifat-sifat-Nya yang termaktub dalam Al Qur’an dan As Sunnah tanpa perubahan (tahrif), pembatalan (ta’thil), membuat gambaran (takyif) dan tanpa membuat persamaan (tamthil).

Seorang Majusi yang mengakui bahawa Brahmin adalah Allah Yang Esa tetapi dalam masa yang sama mereka berdoa, bernazar, bertawakkal, berhaji dan seluruh ibadat lain; disembahkan kepada Dewa Krishna dan dewa yang lain. Begitu juga seorang Nasrani yang mencintai Tuhan Bapa iaitu Allah Yang Esa namun dalam masa yang sama mereka menetapkan bahawa Allah itu memiliki anak – Jesus (Isa Bin Maryam). Kemudian mereka berdoa dan memohon perlindungan kepada Tuhan Anak (Nabi Isa) ini.

Sedangkan Islam memurnikan segala ibadat tanpa perlu ada wasilah (perantara). Ibadat harus terus kepada Allah. Islam mengajak manusia supaya bebas daripada seluruh kesyirikan. Islam menyatakan bahawa sekiranya Allah yang mencipta maka sudah pasti Dia juga yang layak untuk diibadahi. Malah melalui perkataan-Nya jugalah manusia harus mensifatkan diri-Nya tanpa membuat praduga. Inilah Islam yang sebenar. Islam yang datang dari Ilahi.

Namun ada kelompok umat Islam yang menyesatkan pembahagian tauhid kepada tiga seperti Hassan as Saqaf dan Abdullah al Harari. Mereka mengatakan bahawa pembahagian ini adalah batil. Seolah-olah kelompok ini mahu menyesatkan para imam Ahlus Sunnah yang menggunakan pembahagian ini seperti Imam Ibn Mandah, Imam Ibn Jarir, Imam Qurtubi, Imam Ibn Katsir, Imam As Son’ani, Imam al Maqrizi, Imam Ibn Hibban dan selainnya. Silalah baca karangan-karangan para imam ini. Syeikh Bakar Abu Zaid berkata: “Betapa jelas perkara ini sehingga menyamai pengetahuan masyarakat Arab terhadap pembahagian tatabahasa Arab kepada isim, fi’il serta huruf” (al Tahzir min Mukhtasirot al Sobuni fi Tafsir).

Pengajaran Dari Mantan Tokoh Ajaran Sesat

Mac 21, 2011

Kisah Taubat Imam Abul Hasan Al Asya’ari

Ada sebuah kisah yang sangat menarik untuk dicermati. Kisah tentang seorang tokoh sesat yang kemudiannya bertaubat lalu menjadi seorang yang terkemuka dalam mazhab Ahlus Sunnah. Ibnu Asakir berkata dalam kitab beliau;

“Abul Hasan Al Asya’ari adalah seorang yang bermazhab Mu’tazilah dan menganut mazhab ini selama 40 tahun. Dalam pandangan mereka beliau adalah imam. Kedudian beliau menghilangkan diri selama 15 hari lantas tiba-tiba muncul di masjid jami’ di kota Basrah dan naik mimbar setelah solat Jumaat seraya berkata: ‘Para hadirin sekelian, aku menghilang dari kalian selama beberapa hari kerana ada dalil-dalil yang bertentangan dan sama kuat, namun aku tidak dapat menetapkan mana yang haq dan mana yang batil dan tidak mampu membezakan mana yang batil dan mana yang haq. Kemudian aku memohon kepada Allah swt maka Dia memberiku petunjuk dan aku tuangkan ke dalam bukuku ini. Dan aku melepaskan semua aqidahku yang dahulu aku pegang sebagaimana aku melepaskan bajuku ini”. [Tabyiin]

Abul Hasan Al Asyaari telah menyesatkan umat manusia selama 40 tahun sehingga mazhab sesat ini bertambah kuat dan menguasai pemikiran kaum mulimin. Beliau bukan sahaja menyebarkan kesesatan malah menganjurkannya. Aqidah yang beliau sebarkan itu berupa aqidah yang batil. Sebuah kesalahan yang sangat berat; melebihi dari membunuh sejuta jiwa, melebihi dari mencemar nama Islam dan sunnah – yang dengan aqidah ini banyaklah umat akan digiring ke neraka. Malah Islam yang satu wajah itu berubah rupa dan bentuk. Islam Mu’tazilah tidak lagi serupa dengan Islam yang dianut oleh sahabat.

Namun hidayah itu milik Allah jua. Abul Hasan Al Asya’ari berkata tentang ‘kehilangan 15 hari’: “Selama beberapa malam aku gelisah dengan aqidah yang sedang aku anut. Lantas aku berdiri melaksanakan solat dua rakaat. Lalu aku mohon kepada Allah swt  agar Dia menunjuki kepada jalan yang lurus, kemudian aku tertidur. Aku melihar Rasulullah saw dalam mimpiku lantas aku mengadukan kepada baginda tentang masalah yang sedang menyeliputiku. Rasululla saw bersabda kepadaku ‘Peganglah sunnahku!’ kemudian aku pun terbangun. Setelah itu aku membandingkan masalah-masalah ilmu kalam yang aku dapati, dengan Al Qur’an dan Hadith. Aku pun berkesimpulan untuk berpegang teguh dengan Al Qur’an dan As Sunnah  serta membuang ilmu-ilmu selainnya”. [Al Ibanah: Buku Putih Imam Asyaari]

Ajaran Mu’tazilah Melahirkan Islam Rasional

Mazhab sesat Mu’tazilah ketika itu sangat berpengaruh sehingga menjadi mazhab rasmi kerajaan. Gandingan sang penulis yang hebat – Al Jubai – dengan sang pemidato yang petah – Abul Hasan – menyebabkan Ahlus sunnah semakin terpinggir. Manusia tidak mahu menaruh perhatian kepada Sunnah tetapi lebih gemar untuk mendepankan rasional. Sunnah sudah tidak memberi kepuasan dalam hati mereka melainkan sunnah itu harus ditafsir mengikut akal fikiran manusia.

Tokoh-tokoh Mu’tazilah bukanlah orang badawi, sebaliknya adalah para alim yang mendalam ilmunya. Mereka membaca ratusan kitab, menulis puluhan buku, mengajar dan berfatwa, berserban dan berjubah. Tetapi semua itu tetap tidak menjadikan mereka berdiri atas kebenaran.

Namun dengan taubatnya Abul Hasan ini menyebabkan kaum Mu’tazilah terkedu dan akhirnya menguncup. Tetapi mazhab sesat ini tidak lah hapus langsung dari dunia melainkan menjelma pada setiap zaman dengan berbagai-bagai nama dan rupa.

Mereka tidak menggunakan nama Mu’tazilah lagi. Mereka tidak mengagungkan nama Washil Bin Atha lagi. Tetapi mereka tetap berpegang teguh kepada falsafah Mu’tazilah iaitu: “Sesuatu dalil itu harus bersesuaian dengan akal. Jika sebuah dalil menyalahi akal waras, bererti dalil tersebut batil, lantaran dalil yang sah harus dicerna oleh akal yang waras”.

Oleh itu lahirlah beberapa aliran yang berasaskan falsafah ini antaranya adalah Ikhwan As Safa’ dan juga Hizbut Tahrir. Malah mazhab ini turut berkembang menjadi Islam Liberal atau Islam Rasional. Semua mereka ini mengangungkan akal dalam beragama. Lebih malang lagi fikiran rasional yang mereka tempuh itu bersumber dari barat.

Penafian Adalah Alasan Manusia Tidak Berhujjah

Kembali kepada Imam  Abul Hasan Al Asyaari; setelah beliau taubat maka beliau mengarang beberapa kitab untuk menjelaskan aqidahnya dan kemudian merobohkan aqidah-aqidah sesat yang lain. Lahirlah dari hujung jarinya kitab Al Ibanah Al Ushul Ad Diyanah yang menjelaskan aqidahnya. Sebuah aqidah yang mengikut aqidah Imam Ahmad. Inilah aqidah Ahlus Sunnah. Kemudian kitab Al Luma, begitu juga kitab Maqalat Al Islamiyyin.

Ironinya apabila ada manusia yang  menafikan kitab tersebut sebagai hasil buah tangaan beliau. Bersungguh-sungguh mereka mengatakan bahawa kitab itu dikarang oleh orang lain. Ada juga dari mereka yang mengatakan bahawa kitab itu dikarang ketika awal kehidupannya iaitu sebelum beliau bertaubat. Dan kelompok yang terakhir pula mengakui bahawa kitab Al Ibanah itu memang hasil tulisan beliau tetapi sudah diubahsuai oleh kelompok Wahabi.

Ada dua pilihan dalam ketiga-tiga fitnah ini iaitu pertamanya adalah melihat kitab Al Luma dan Maqalat Al Islamiyyin; bahawa ketiga-tiga kitab ini menceritakan hal yang sama sehingga menafikan tuduhan tersebut. Keduanya adalah meninggalkan keseluruhan kitab beliau dengan anggapan “berjaga-jaga” dengan kegelinciran beliau, dan melihat terhadap kitab-kitab ulama Ahlus Sunnah sebelum beliau yang tidak pernah menganut ajaran sesat dan tersohor dikalangan ulama Sunnah seperti Imam Ahmad Bin Hanbal, Imam Barbahari, Imam Al Laalikai dan Imam Shabuni. Maka dari kitab-kitab aqidah mereka, kita akan menemui aqidah Ahlus Sunnah yang tulen, seterusnya aqidah tersebut sama seperti yang tertuang dalam Al Ibanah.

Justeru, sikap menafikan sesuatu yang nyata kebenarannya adalah lumrah bagi kelompok yang tidak memiliki hujjah. Selain itu mereka juga akan menabur fitnah agar masyarakat meninggalkan kebenaran dan berpihak kepada mereka. Walhal mulut mereka sentiasa mensenandungkan lagu keagamaan dan kebenaran sedangkan hati mereka merasa benci kepada as sunnah dan para pejuangnya.

Merasionalkan Agama Adalah Kelakuan Mu’tazilah

Puncanya kerana setengah manusia percaya bahawa akal yang Allah berikan merupakan alat terbesar dalam menentukan baik – buruk, halal – haram, pahala – dosa dan benar – salah. Padahal akal adalah sebuah alat yang mempunyai batas kemampuan dan terdedah kepada kerosakan dan kecederaan.

Tetapi pengagung akal tidak memandang masalah tersebut sebagai dalil untuk tunduk kepada hujjah agama – dalil naqli. Oleh itu seluruh sendi-sendi agama yang dibangunkan melalui Al Qur’an dan As Sunnah yang mengikut acuan Pemahaman Sahabat dirubah mereka atas semangat “mordenisasi”.

Semua kelakuan yang menentukan baik – buruk dalam sesuatu masalah agama disandarkan pada akal adalah kesinambungan Mu’tazilah. Apabila dibawakan sebuah hadith – malah berpuluh-puluh hadith yang semakna – maka mereka akan membantahnya dengan rasional.

Kaedah Menasihati Pemimpin Yang Melakukan Kesalahan

Contohnya apabila ulama Ahlus Sunnah membawakan sekian banyak hadith untuk tidak melepaskan ketaatan kepada pemimpin Muslim yang berkuasa selagimana mereka menunaikan solat Jumaat dan Solat Eid berjamaah.

Namun oraang yang mengagungkan rasional – neo mu’tazilah – ini akan menyangkal hadith tersebut dengan membawakan rasional nya. Begitu juga ketika ulama Ahlus Sunnah membawakan hadith untuk menasihati pemimpin secara sembunyi-sembunyi:  maka mereka sekali lagi melawan hadith tersebut dengan akal mereka.

Lalu ketika tampil seorang alim yang mengikuti manhaj Salaf – jalannya para sahabat – dengan menasihati kaum muslimin dari terjerumus dalam berbuat dusta atau ghibbah dan mengingatkan umat untuk menasihati pemimpin atau isteri mereka dengan kaedah yang telah Rasulullah saw gariskan, maka golongan yang mengagungkan akal ini menyangka bahawa pemuda alim ini penjilat penguasa dan membela kebatilan. Akal mereka yang berpandangan begitu sedangkan tiada dalil yang bersama dengan mereka. Bagi mereka dalil naqli sudah tiada maknanya lagi apabila aqal sudah memutuskan sesuatu.

Walhal beliau – murid kepada para masyaikh ahlus sunnah terkemuka dunia seperti Syeikh Muhsin Al Abbad, bekas Direktor Universiti Islam Madinah – menasihatkan kita untuk berjaga-jaga dalam berkata dan bertindak. Dan beliau ingatkan kepada kita juga pesan dari Rasulullah saw tentang kaedah khusus menasihati pemimpin negara.

Lebih lucu lagi apabila ada daripada beberapa “ustaz” yang meminta tokoh tersebut memohon maaf kepada seluruh umat Islam atas kapasiti beliau sebagai penaung program IFF tersebut. Mungkin para ustaz itu juga harus menyuruh Imam Abul Hasan Al Asyaari memohon maaf kepada seluruh umat Islam kerana telah menyesatkan sekian banyak manusia dan mengembangkan mazhab sesat ketika beliau menganut faham Mu’tazilah.

Sedangkan yang tercatit dalam sejarah hidup beliau adalah ucapan taubat beliau, bukannya permohonan maaf kepada seluruh umat Islam. Beliau bertaubat dari menyebarkan ajaran kesesatan. Sementara tokoh tersebut tidaklah menyebarkan aqidah yang batil. Dan seorang yang dihukum rejam, tidak pernah diminta oleh Rasulullah saw untuk memohon maaf kepada khalayak.

* Artikel ini telah diterbitkan dalam Sinar Harian