Posts Tagged ‘Ahlul Bid’ah’

Antara Tahaluf Syiasi Dan Realiti

Januari 7, 2012

Artikel ini adalah semudah membaca A, B dan C. Tetapi untuk menerima pembicaraannya memerlukan hati yang sebesar Gunung Himalaya.

A

Adalah kita mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Kedah, Dato’ Azizan kerana mengedarkan buku percuma kepada rakyatnya. Buku terjemahan dari seorang ulama’ besar Syiah, bertugas sebagai penolong Khomaini yang menemui jalan kebenaran dan diberi hidayah oleh Allah untuk meninggalkan jalan kesesatan.
Kitab berjodol “Kenapa Aku Tinggalkan Syi’ah” karya Dr. Sayid Musa Al-Musawi yang menggoncangkan ajaran Syiah Rafidhah satu ketika dahulu, sehingga kini masih tidak mampu dijawab oleh para Mullah yang dikatakan sebagai ayat-ayat Allah (Ayatullah).
Apa yang mereka lakukan adalah mengistiharkan kitab tersebut sebagai kitab yang banyak berdusta dan menyerang kredibiliti pengarangnya. Malah mereka cipta sebuah kitab yang jodolnya sama tetapi kandungannya memihak kepada ajaran mereka.

Natijah dari usaha ini, gerombolan Syiah di Kedah khabarnya ingin menfailkan saman ke atas Dato’ Azizan lantaran usahanya membenteras Syiah di Kedah. Memang kita maklumi bahawa dalam empat tahun ini dakyah Syiah berkembang pesat di Kedah, Kelantan dan Selangor. Sehinggakan ibu kepada teman saya di Sungai Petani telah diajak oleh kenalannya untuk menganut Syiah!

B

Bahawa kita mengucapkan syabas kepada Khairi Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO yang telah terus terang menolak kemasukan Syiah dalam UMNO. Dengan nada tegas beliau berkata “Syiah tidak boleh dalam UMNO”.

Ketegasan inilah yang kita perlukan dalam mentadbir negara. Malah ketegasan ini juga adalah lanjutan dari ketegasan para ulama’ Ahlus Sunnah sejak dari zaman sahabat untuk menjaga agama.

Mungkin ramai dari kita yang telah membaca sejarah Dinasti Abasiyah runtuh setelah Baghdad di rempuh oleh Tentera Tartar. Dalam catatan serajah, dinyatakan sejuta umat Islam menjadi korban dalam pencerobohan tentera Tartar. Itu belum lagi perawan yang dicabul dan para janda yang menderita akibat terkorbannya suami mereka.

Sebenarnya semua musibah ini telah direncana oleh kaum Syiah, yang diketuai oleh Perdana Menteri, Muhammad Bin Ahmad Al ‘Aqami. Dialah yang telah merancang bersama Nashiruddin Ath Thusi, penasihat Holagu Khan agar tentera Tartar melanggar Baghdad.
Al ‘Aqami telah menasihatkan agar Sultan mengurangkan jumlah tentera daripada 100 ribu kepada 20 ribu dengan alasan Tentera Tartar lemah dan sedikit jumlahnya. Tartar adalah orang gasar yang tidak bertamadun. Maka sultan pun menurut nasihat Perdana Menterinya, seorang Syiah.

Sementara Ath Thusi pula telah menceritakan tentang benteng-benteng pertahanan Abasiyah kepada Holagu Khan. Bagaimana dia dapat menyelinap masuk ke dalam benteng tersebut? Tanyalah kepada Al ‘Aqami! Bagaimana Holagu mengetahui tentera Abasiyah telah berkurangan? Tanyalah juga kepada Al ‘Aqami!

Syaikh Muhibbuddin Al Khathib berkata: “Tetapi pada tahun 655H, Ath Thusi telah berpaling tadah dan menjadi salah seorang perancang aktif untuk menggulingkan kerajaan Abasiyah. Ath Thusi juga telah ikut serta sebagai salah seorang pemandu jalan kepada angkatan tentera Holagu yang datang menyerang kota Baghdad dan beliau jugalah yang mengarahkan pembunuhan dan penyembelihan missal oleh pihak tentera Holagu ke atas kaum Muslimin” (Al Khutot Al Areedhah, telah diterjemah kepada Hakikat Agama Syiah Imam Dua Belas)

Syekh juga berkata: “Di dalam melakukan pengkhianatan seperti yang telah dihuraikan di atas, Ath Thusi tidak hanya bersendirian sahaja. Dia telah dibantu oleh dua orang rakan karibnya iaitu: pertama, seorang menteri di dalam kerajaan Abasiyah yang telah dijatuhkan itu sendiri. Menteri berkenaan bernama Muhammad Bin Ahmad Al ‘Aqami, seorang tokoh Syiah yang sangat disegani”.
Tetapi rupanya Ath Thusi mendapat sanjungan yang menggunung dari tokoh-tokoh Syiah. Mullah Syiah yang bernama Muhammad Baqir Al-Musawi dalam kitab Raudhat Al-Jannat ketika menulis tentang Ath Thusi: “Dia adalah seorang peneliti, pembicara, orang yang bijaksana, yang baik dan mulia..”

Khomaini dalam kitabnya Al-Hukumah Al-Islamiyah berkata: “Apabila situasi taqiyyah (kepura-puraan) mengharuskan salah seorang dari kita untuk masuk ke dalam barisan para penguasa, maka hal itu harus ditolak, walaupun penolakan tersebut berakibat dia dibunuh, kecuali masuknya dia secara formal membawa kemenangan yang nyata bagi Islam dan kaum muslimin, seperti masuknya Ali bin Yaqtin dan Nashiruddin Ath Thusi rahimahumallah”.

Kalau kita mengimbas kebelakang sehingga saat Perang Jamal, maka dengan jelas kita akan melihat bagaimana Al ‘Aqami dan Ath Thusi telah mengambil pelajaran dari tindakan pendahulunya. Lihatlah bagaimana kaum Syiah melakukan rencana agar para sahabat berperang antara satu sama lain. Mereka melepaskan panah milik tentera Ali ke kemah A’isyah dan melepaskan panah milik pasukan Talhah ke kemah Ali. Rentetan daripada itu, meletuslah Perang Jamal dan terkorbanlah beberapa orang sahabat.

Oleh itu, sepanjang sejarah Ahlus Sunnah, mereka tidak pernah untuk mempercayai seorang Syi’i. Malah mereka tidak pernah untuk bergabung dengan Syi’i dalam memperjuangkan Islam atau kebenaran. Kerana sekiranya Syiah ingin memperjuangkan kebenaran maka mereka wajib untuk meninggalkan agama syiah dan kembali kepangkuan Sunnah. Sekiranya Syiah ingin menegakkan Islam maka wajiblah mereka terlebih dahulu mensucikan aqidah mereka dari kekufuran.

Ironinya, untuk apa kita – Ahlus Sunnah – bergabung bersama mereka hanya semata-mata untuk meraih kerusi pemerintahan, walhal Allah Ta’ala yang memberikan kekuasaan dan mencabut pemerintahan tersebut. Kita bergabung bersama para pencarut sahabat; yang mengatakan bahawa isteri Rasulullah saw adalah penzina dan pelacur. Sepertinya kita merelakan ucapan bahawa Rasulullah saw telah mengahwini seorang wanita bejat dan kemudian Rasulullah saw menobatkan wanita bangsat tersebut menjadi ibu kita semua.

Wallahi apakah kita redha apabila ada seorang berkata “ibu engkau adalah pelacur” dan kemudian kita dengan senyum kembang sampai ke telinga akan bersahabat dan berjuang bersamanya untuk menegakkan kebenaran! Kita dan dia – yang mengatakan bahawa “ibu engkau adalah pelacur” – berteriak di atas mimbar dan berkata “Tiada hukum melainkan hukum Allah”, “Islam, the way of life” serta “Membangun Bersama Islam”. Ironi bukan?

 

C
Cuma sebuah tindakan bodoh apabila kita membuka dakapan untuk memeluk Syiah diatas nama “upaya menegakkan Islam” atau tahaluf syiasi (strategi politik). Malah tindakan ini juga menunjukkan bahawa kita tidak mengerti manhaj (jalan) Ahlus Sunnah dalam menyikapi aliran sesat seperti Syiah. Sedangkan para ulama Ahlus Sunnah telah mengarang berbagai kitab dalam masalah ini. Apakah kita tidak membacanya? Idea Tahaluf Syiasi ini sangatlah tidak ilmiyah melainkan hanya lahir dari orang dungu – ruwaibidhah (orang kerdil yang mengaku ulama’)

Malah menunjukkan bahawa golongan yang melakukan “tahaluf syiasi” merupakan manusia yang boleh diibaratkan sebagai katak di bawah tempurung. Mereka hidup di dunia fantasi, jauh dari alam realiti. Kerana jika mereka hidup pada alam nyata pasti mereka akan mengetahui bahawa pembersihan mazhab sedang berlaku di Iraq setelah jatuhnya rejim Saddam.

Setiap hari umat Islam dibunuh oleh Syiah yang didorong oleh “fatwa” para Mullah bahawa mencabut nyawa “An Nasibi” (gelar yang diberikan oleh Syi’i kepada Sunni) akan mendapat pahala dari Allah. Muhammad bin Ali Babawaihi al-Qummi telah meriwayatkan dari Daud bin Farqad: “Aku bertanya kepada Abu Abdullah as: Bagaimana pendapat engkau membunuh An Nasibi? Dia menjawab: Halal darahnya akan tetapi lebih selamat bila engkau sanggup menjatuhkan tembok atau menenggelamkan (mereka) ke dalam air supaya tidak ada buktinya. Aku bertanya lagi: Bagaimana dengan hartanya? Dia menjawab: Rampas sahaja semampu mungkin”. (‘Ilal Asy-Syar’i)

Tahun ini juga sebuah perang sedang berlangsung di Yaman. Dimana Tentera Syiah telah mengepung Universiri Darul Hadis sejak berbulan yang lalu. Terbaru telah gugur syahid seorang pemuda Melayu – rakyat Malaysia – akibat terkena bedilan peluru di kepalanya. Muhamad Hafefuddin Yusuf, 21 tahun telah gugur syahid di medan jihad. Beliau dibunuh oleh Syi’i.

Oleh itu, fikirkanlah wahai pembaca, apakah kita rela untuk bergabung bersama Syiah yang akan membunuh kita saat mempunyai peluang? Justeru “Katakan TIDAK kepada Syiah!”.

Abu Amru, Mohd Radzi Bin Othman
ILMU

Mempelajari Kaedah Rahsia Dalam Berhujjah

Disember 13, 2011

Saya akan ajarkan kepada para pembaca beberapa kaedah berhujjah yang terkenal dalam umat Islam.Camkanlah hal ini dengan baik dan ingatlah ia kerana perkara ini akan selalu kita hadapinya. Kaedah ini merupakan teknik rahsia yang hanya diketahui oleh mahaguru tertinggi.

Kaedah Pertama

Salah satu darinya adalah kita mendustakan kitab yang ditulis oleh tokoh yang menyerang pemahaman kita. Kita ciptalah pelbagai alasan agar tuduhan itu nampak rasional dan boleh diterima oleh masyarakat yang tidak mengetahui hakikat sebenar.

Kita ada tiga pilihan untuk tujuan tersebut; pertama kita katakan bahawa kitab itu telah dirubah oleh penerbit ataupun pentahqiq yang memang bermusuhan dengan mazhab kita. Mereka (penerbit atau pentahqiq) telah memadam perkataan sebenar tokoh tersebut dan memasukkan perkataan palsu lalu diatasnamakan pada tokoh berkenaan.

Kedua; kita katakan saja bahawa kitab itu ditulis semasa tokoh tersebut sesat atau pada fasa awal kehidupannya; sementara beliau telah ruju’ (taubat) di penghujung nafas sebelum meninggal dunia. Lantas sebab itulah kandungan kitab tersebut menyalahi aqidah kita.

Ketiga; kita terus nafikan kitab itu ditulis oleh tokoh tersebut sebaliknya kita lemparkan tuduhan bahawa kitab itu ditulis oleh musuh kita lantas dinisbatkan kepada tokoh ternama tadi.

Kita lakukan hal ini agar masyarakat tidak mengesyaki bahawa imam tersebut tidaklah beraqidah seperti aqidah kita walaupun kita menamakan mazhab kita sempena nama beliau. Seperti yang telah kita lakukan kepada kitab Al Ibanah Al Ushul Ad Diyanah karya Imam Asya’ari.

Sekiranya kita membenarkan kitab Al Ibanah itu sebagai antara karya terakhir sang imam, pasti secara automatik kita terpaksa mengakui bahawa aqidah yang kita sandang merupakan aqidah yang melencong. Malah Imam Asya’ari berlepas diri dari aqidah yang kita anut. Serta dengan nyata Imam Asya’ari menetapkan dalam kitabnya bahawa mazhab Salaf sebagai aqidah yang benar.

Oleh itu bagi memastikan survival mazhab kita, kita wajib bermati-matian untuk mendustakan kitab tersebut walaupun para imam Ahlus Sunnah sepakat untuk menerima kitab itu. Seperti Ibnu Asakir, Imam Ad Dzahabi, Ibn Katsir dan banyak lagi para imam yang mengakui kitab tersebut antara karangan terakhir Imam Asya’ari.

Kaedah Kedua

Kaedah seterusnya adalah memalsukan perkataan para imam agar masyarakat melihat imam-imam Ahlus Sunnah bersama-sama dengan kita dalam mazhab yang kita anut. Dengan demikian kita akan mudah mempengaruhi masyakat untuk menerima dakwah kita; terutamanya bila kita berkata “pemahaman yang kita perjuangkan ini merupakan lanjutan dari pemahaman para salafus soleh. Buktinya kita memiliki senarai panjang nama ulama’ yang beraqidah seperti kita”.

Lantas kita katakan Imam Syafi’e menolak khabar ahad sebagai dasar aqidah. Juga katakan bahawa tokoh lain pun sama sependirian dengan Imam Syafi’e seperti Ibn Taimiyah, Ibn Katsir, Ibn Hajar Asqalani, Imam Nawawi dan banyak lagi.

Lantas kita ambil perkataan mereka yang bersifat umum lalu kita asak perkataan tersebut agar kelihatan bersesuai dengan aqidah kita. Justeru kita katakan kepada masyarakat: “Kita tidak wajib untuk mempercayai qadar, azab kubur, turunnya Isa, keluarnya Dajjal, dan banyak lagi hal-hal yang Rasulullah saw ceritakan tentang perkara akhir zaman.

Kita ambil contoh seperti Hizbut Tahrir yang mengatakan Ibn Hajar menolak keimanan yang bersumber dari hadis ahad. Kita katakan bahawa ucapan beliau dinukil dari kitab magnum opusnya iaitu Fathul Bari Syarah Shahih Bukhari. Balam masa yang sama kita sedia maklum bahawa dalam Fathul Bari, Imam Ibn Hajar menetapkan keimanan kepada qadar dan menentang orang yang menolaknya dengan memanggil mereka sebagai Qadariyah. Sang Imam beriman adanya azab kubur dan banyak lagi hal-hal keimanan yang berasaskan kepada hadis ahad.

Dalam masa yang sama kita berharap agar umat tidak membaca kitab-kitab aqidah para imam tersebut. Dan memang kita tahu bahawa orang awam tidak pernah melihat kitab aqidah mereka. Malah kita juga tahu bahawa ramai para guru tidak pernah membaca kitab-kitab aqidah para Imam Ahlus Sunnah ini walaupun mereka belajar jurusan aqidah dan usuluddin di universiti.

Kita boleh tanyakan kepada para guru yang mengajar kita, apakah mereka pernah membaca kitab Ar Radd Alal Jahmiyah karya Imam Ahmad? Ar Radd Alal Jahmiyah oleh Imam Bukhari? Ushul As Sunnah oleh Imam Al Humaidi? Kitab Nuzul Wal Kitab Sifat oleh Imam Daruqutni? Kitab Isbat As Sifat Al Ulwi oleh Imam Ibnu Qudamah dan banyak kitab para imam Ahlus Sunnah yang mu’tabar. Pasti mereka akan berkata “Saya belum pernah membacanya dan kalau ada, saya takut isinya telah dirubah oleh penerbit dan pentahqiq”.

Bagus! Jawapan yang diberikan oleh guru kita itu telah mengikut teknik yang telah kita pelajari diatas tadi. Bukankah telah saya katakan bahawa teknik ini akan kita hadapinya selalu dalam kehidupan beragama.

Kaedah Ketiga

Teknik yang terakhir adalah mewujudkan keraguan terhadap kredibiliti tokoh tersebut agar masyarakat menolak tokoh tersebut sekaligus menelantarkan kitab atau hujjah yang telah digunakan oleh tokoh tersebut dalam menentang mazhab kita.

Kaedah ini banyak diadaptasi dalam perbicaraan mahkamah agar perkataan saksi akan ditolak apabila didapati tidak adil, atau pendusta, atau berniat jahat, atau bersubahat dan sebagainya.

Seperti Syiah yang mengatakan bahawa para sahabat itu menjadi murtad apabila wafatnya Rasulullah saw, melainkan 4 orang sahaja yang masih Islam. Dan mereka mengambil agama dari empat orang inilah, kononnya.

Mereka juga mengatakan bahawa Ummul Mu’minin – A’isyah – itu merupakan pelacur dan perempuan jalang. Lebih keji lagi apabila Khomaini mengatakan bahawa Abu Bakr dan Umar merupakan berhala dan dia berazam untuk mengorek jasad kedua mereka jika dia berjaya menakluki Madinah satu hari nanti.

Justeru bagi merealisasikan kaedah ini; kita katakan sahaja bahawa Ibn Khuzaimah, Imam Ad Darimi dan Imam Izz Abdis Salam sebagai mujassimah (kaum yang menjisimkan Allah) kerana kita dapati bahawa mereka telah mengarang kitab yang menentang aqidah kita. Malangnya kitab mereka itu tidak mampu untuk dibantah secara ilmiyah oleh kita.

Oleh itu apabila kita menyebarluaskan penyesatan keatas mereka, kita berharap masayarakat akan menolak mereka sekaligus akan meninggalkan hujjah-hujjah mereka serta kitab aqidah mereka. Kita wajib berusaha untuk menolak kitab Ar Radd Alal Jahmiyah oleh Imam Ad Darimi agar aqidah yang kita anut tidak diketahui bertentangan dengan aqidah para sahabat Nabi saw.

Walaupun kita mengetahui bahawa seluruh ulama’ Ahlus Sunnah mengiktiraf mereka sebagai ulama’ mutabar, imam di zamannya, tokoh yang berpegang teguh dengan sunnah, ilmuan yang meniti jalan Rasulullah saw; namun kita juga mengetahui bahawa masyarakat awam tidak mengetahui hakikat ini.

Masyarakat hanya tahu beberapa nama sahaja seperti nama Imam Syafi’e, Imam Nawawi, Ibn Katsir dan Imam Ibn Hajar. Lebih menarik masayarakat hanya sekadar menghafal nama mereka namun tidak pernah membaca kitab-kitab mereka terutamanya kitab aqidah mereka.

Contohnya Imam Ad Darimi merupakan murid kepada Imam Ahmad, Ali Al Madini dan Yahya bin Ma’in; yang merupakan tokoh ulama’ agung. Malah Imam Ad Darimi juga merupakan guru kepada imam-imam yang hebat seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Tarmizi, Abu Zur’ah, Abu Hatim, Imam Abu Dawud dan banyak lagi. Masyarakat tidak mengetahuinya. Malah mungkin inilah kali pertama mereka mendengar nama “Ad Darimi”.

Sekiranya kita mengatakan Imam Ad Darimi sebagai sesat, pasti orang yang cerdik akan mengetahui bahawa secara tersiratnya kita turut menyesatkan guru beliau iaitu Imam Ahmad, dan juga seluruh muridnya iaitu Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Tarmizi, Imam Abu Dawud dan banyak lagi.

Namun kita percaya perbuatan kita ini tidak akan dihidu oleh orang awam melainkan yang memiliki ilmu dan yang ikhlas mencari kebenaran walaupun mendapat tentangan.

PAS : Jangan Jadi Ruwaibidhah! (2)

Mei 23, 2011

Siri Kedua

Bersanad Kepada Ulama’ Ahlus Sunnah

“Ilmu agama ini akan terus dibawa oleh orang-orang yang adil (terpercaya dan bukan fasiq) dari generasi ke generasi, yang selalu berjuang membersihkan agama dari penyelewengan maksud-maksud agama, pendustaan orang-orang sesat yang mempergunakan nama agama, dan pentakwilan agama yang salah yang dilakukan oleh orang-orang yang jahil.” (HR al-Baihaqi – shahih)

Imam Ibn Abi Hatim Al-Razi meriwayatkan dengan sanadnya kepada Abdullah bin ‘Aun bahawasanya beliau berkata: Tidak boleh diambil ilmu ini melainkan daripada orang yang telah diakui pernah menuntut sebelum itu (pernah meriwayatkan ilmu dari gurunya secara bersanad juga)”. [Al-Jarh Wa At-Ta’dil 1/ 28]

Begitu juga apa yang diberitakan oleh Imam Ibn Sirin: “Ilmu itu adalah agama, maka perhatikanlah dari siapa kamu mengambil agamamu (ilmu agama tersebut)”. Juga beliau berkata: “Dahulu orang ramai tidak bertanya tentang sanad (rangkaian para rawi yang meriwayatkan) hadith, maka tatkala terjadi fitnah mereka mengatakan: ‘sebutkan kepada kami sanad kalian’, sehingga mereka melihat sanadnya sampai kepada Ahlus Sunnah, lalu mereka menerima hadithnya dan melihat kepada ahlul bid’ah lalu menolak hadisnya.” (Riwayat Muslim dalam Muqaddimah Shahih-nya)

Imam Syafi’e berkata: “Orang yang belajar ilmu tanpa sanad guru bagaikan orang yang mengumpulkan kayu api pada malam yang gelap, dia membawa pengikat kayu api yang terdapat padanya ular berbisa dan dia tidak tahu” (Faidhul Qadir)

Imam At Tsauri berkata pula:  “Sanad adalah senjata orang Mukmin, maka bila kau tidak mempunyai senjata maka dengan apa kau akan berperang?”.

Ibnul Mubarak berkata : “Pelajar ilmu yang tidak punya sanad bagaikan penaik atap namun tidak punya tangganya, sungguh telah Allah muliakan umat ini dengan sanad” (Faidhul Qadir)

Sementara itu Ibn Abdil Bar meriwayatkan daripada Imam Al-Auza’e bahawasanya beliau berkata:  “Tidaklah hilang ilmu melainkan dengan hilangnya sanad-sanad (ilmu agama tersebut)”. [At-Tamhid 1/314]

Kerana apabila hilangnya para ulama’ sunnah, maka terhapuslah Ilmu islam yang sebenar. Bermakna apabila hilang ulama’ Sunnah, mustahil untuk mendapatkan sanad ilmu yang shahih lagi sesudah kehilangan ulama’ tersebut.

Ibnu Taimiyyah berkata: “Setiap pendapat yang dikatakan hanya oleh seseorang yang hidup di masa ini dan tidak pernah dikatakan oleh seorangpun yang terdahulu, maka itu salah.” Imam Ahmad mengatakan: “Jangan sampai engkau mengeluarkan sebuah pendapat dalam sebuah masalah yang engkau tidak punya pendahulu padanya.” (Majmu’ Fatawa: 21/291)

Lihatlah bagaimana Ibn Taimiyyah menejlaskan, bahawa ulama’ Ahlus Sunnah itu bukan sahaja memiliki sanad malah mereka juga berfatwa seperti fatwanya ulama’ sebelum mereka. Begitu juga Ad Dzahabi, muridnya Ibn Taimiyyah menulis sebuah kitab khusus mencatitkan guru-gurunya, dengan jodol Mu’jam Asy-Syuyukh (Daftar Guru-Guru).

Oleh itu, para ulama’ Ahlus Sunnah zaman ini memiliki aqidah yang sama dengan ulama’ Ahlus Sunnah sebelumnya. Begitulah sehingga sampai kepada aqidah sahabat, semuanya sama. Mereka juga memiliki manhaj dan pemahaman yang sama seperti sahabat kerana wujudnya tantaian emas ini.

Lantas kita mahu tanyakan kepada PAS: siapakah ulama’ kalian? Ulama’ Ahlus Sunnah manakah yang menjadi guru-guru kalian? Apakah setiap masalah yang terjadi saat ini, kalian akan menghubungi mereka dan meminta fatwa dari mereka?

Dan apakah fatwa-fatwa kalian seperti: “undi PAS akan masuk syurga”, “UMNO kafir”, “Wajib memberontak jika penguasa tidak melaksanakan hukum Hudud”, “Allah mencarut”, “Osama adalah pejuang”, “mencaci-maki penguasa yang tidak melaksanakan Hudud dibolehkan” dan macam-macam lagi, pernah dinyatakan oleh ulama’ Ahlus Sunnah sebelum kalian?

Mendapat Tazkiyah Dan Pujian Dari Ulama’ Ahlus Sunnah

Apabila para ulama’ terkemudian memiliki sanad dari ulama’ terdahulu, bermakna bahawa mereka berguru kepada ulama’ terhadulu; maka para guru mereka akan memberikan tazkiyah kepada mereka untuk berfatwa. Itulah pengamalan yang dilakukan oleh para ulama’ Ahlus Sunnah dari dahulu sehingga kini.

Tanpa tazkiyah, seseorag itu masih diistihar sebagai penuntut ilmu. Oleh itu, tugas penuntut ilmu adalah senantiasa mendapatkan fatwa dari para ulama’ Ahlus Sunnah, bukannya mengeluarkan fatwa sendiri. Begitu juga ketika tidak ada seorang pun ulama’ Ahlus Sunnah yang mengakui seseorang sebagai ulama’, bagaimana mungkin orang tersebut layak menjadi ulama’?

Begitu juga setiap ulama’ Ahlus Sunnah akan saling puji memuji, sebagai bukti bahawa dirinya adalah ulama’ yang layak untuk diikuti dan diambil ilmunya.

Imam Malik mendapat tazkiyah dari 70 ulama’, baharulah beliau berani memberi fatwa. Beliau berkata: “Aku tidak berfatwa sehinggalah 70 orang (ulama’) mengakui bahawa aku layak berfatwa.” (Siyar A’lam an-Nubala’, 8/96).

Begitu juga Imam Syafi’e tidak mengeluarkan fatwa sehinggalah Imam Malik memberikan tazkiyah dengan berkata: “Engkau layak menjadi qadhi atau hakim”. Namun sebelum itu, beliau telah mendapatkan tazkiyah dari para ulama di Makkah seperti dari Muslim bin Khalid, Dawud bin Abdurrahman al-‘Athar, Muhammad bin Ali bin Syafi’ , Sufyan bin ‘Uyainah, Abdurrahman bin Abu Bakar al-Maliki, Sa’id bin Salim dan Fudhail bin ‘Iyadh.

Imam Asy-Syafi’i telah memuji Imam Ahmad dengan katanya: “Ahmad bin Hambal imam dalam lapan hal, Imam dalam hadits, Imam dalam Fiqih, Imam dalam bahasa, Imam dalam Al Qur’an, Imam dalam kefaqiran, Imam dalam kezuhudan, Imam dalam wara’ dan Imam dalam Sunnah”.

Al-Imam Syafi’i juga memuji Imam Malik, iaitu gurunya, beliau berkata: “Imam Malik adalah bahagian dari hujjah Allah di muka bumi”.

Abu ‘Abdillah Al-Faqih telah memuji Imam Barbahari dengan katanya: “Apabila kamu melihat seorang penduduk Baghdad mencintai Abul Hasan bin Basyar dan Abu Muhammad Al-Barbahari maka ketahuilah bahawa dia Shahibu Sunnah (orang yang mengikuti Sunnah)!”

Imam Adz-Dzahabi memuji Ibn Taimiyyah dengan berkata: “Dia adalah lambang kecerdasan dan kecepatan memahami, paling hebat pemahamannya terhadap Al-Kitab was-Sunnah serta perbedaan pendapat, dan lautan dalil naqli. Pada zamannya, ia adalah satu-satunya baik dalam hal ilmu, zuhud, keberanian, kemurahan, amar ma’ruf, nahi mungkar, dan banyaknya buku-buku yang disusun dan amat menguasai hadits dan fiqh.

Ibnu Katsir juga memuji Ibn Taimiyyah: “Beliau adalah Syaikh al-Hafizh al-kabir, Pakar Tarikh Islam, Syaikhul muhadditsin ……beliau adalah penutup syuyukh hadits dan huffazhnya.”

Muhibbuddin al-Khathib memuji Albani dengan katanya: “Di antara para da’i kepada as-Sunnah, yang menghabiskan hidupnya demi bekerja keras untuk menghidupkannya adalah saudara kami Abu Abdurrahman Muhammad Nashiruddin bin Nuh Najati Al Albani.

Begitulah sikap antara para ulama’ Ahlus Sunnah dimana para guru akan memberikan tazkiyah kepada murid mereka yang layak menjadi ulama’, sementara ulama’ lainnya akan saling memuji diantara mereka.

Lantas kita mahu bertanya, siapakah antara ulama’ PAS yang mendapat tazkiyah dari ulama’ Ahlus Sunnah dunia? Dan juga siapakah ulama’ Ahlus Sunnah dunia yang telah memuji mereka? Sila lah nyatakan kepada umat ini senarai daftar tersebut jika kalian memilikinya.

Tidak Mudah Berfatwa

Oleh kerana mereka merupakan para pewaris Nabi, sedangkan Nabi adalah manusia yang paling takut kepada Allah. Maka para ulama’ Ahlus Sunnah merupakan manusia yang paling takut untuk berfatwa. Mereka lebih banyak untuk menjawab “tidak tahu”. Mereka juga akan menyuruh bertanyakan masalah tersebut kepada ulama’ lain jika mereka terasa berat untuk menjawabnya.

Mereka tidak akan menjawab sesuatu isu dengan pantas dan samberono. Berikut adalah bukti bagaimana mereka sangat berhati-hati dalam berfatwa.

Abdurrahman bin Abi Laila menceritakan kisahnya: “Aku pernah mendapati di masjid (Nabi) ini 120 orang shahabat Rasulullah saw. Tidak ada seorang pun dari mereka saat ditanya tentang suatu hadits atau fatwa melainkan dia ingin saudaranya (dari kalangan shahabat yang lain) yang menjawabnya. Kemudian tibalah masa pengangkatan kaum-kaum yang mengaku berilmu saat ini. Mereka bersegera menjawab pertanyaan-pertanyaan yang kalau seandainya pertanyaan ini dihadapkan kepada Umar bin Khattab, niscaya beliau mengumpulkan ahli Badar untuk di ajak bermusyawarah dalam menjawabnya.

Dari Uqbah bin Muslim, dia berkata: “Aku menemani Abdullah bin Umar selama 34 bulan maka yang banyak dia ucapkan ketika ditanya: ‘Saya tidak tahu’ Kemudian dia menoleh kepadaku seraya berkata: ‘Tahukah kamu apa yang mereka kehendaki? Mereka hendak menjadikan punggung-punggung kami sebagai jembatan bagi mereka ke Jahannam”.”

Abdurrahman bin Mahdi berkata: “Kami berada di sisi al-Imam Malik bin Anas, tiba-tiba datanglah seseorang kepadanya seraya berkata: ‘Aku datang kepadamu dari jarak enam bulan perjalanan. Penduduk negeriku menugasiku untuk menanyakan kepadamu suatu permasalahan.’ al-Imam Malik  berkata: ‘Tanyakanlah!’ Maka orang tersebut bertanya kepadanya suatu permasalahan, lalu al-Imam Malik menjawab: ‘Saya tidak boleh menjawabnya.’ Orang tersebut terhentak, sepertinya dia membayangkan bahawa dia telah datang kepada seseorang yang tahu segala sesuatu, orang tersebut berkata: ‘Lalu apa yang akan aku katakan kepada penduduk negeriku jika aku pulang kepada mereka?’ Imam Malik berkata: ‘Katakan kepada mereka: Malik tidak bisa menjawab.’ ”

Ibn al Qasim berkata: “Aku pernah mendengar Imam Malik berkata : “Saya sedang memikirkan (jawapan) bagi suatu kemusykilan sejak beberapa puluh tahun dulu, tetapi hingga saat ini belum juga sampai kepada pendapat yang pasti”.

Imam Sahnun pernah disoal satu masalah oleh seorang lelaki. Lalu tiga hari lelaki itu berulang-alik kepada Sahnun dan mendesaknya, “Soalan aku, -semoga Allah membaikkan urusanmu-”. Sahnun berkata, “Wahai sahabat, apa yang boleh aku lakukan dengan soalanmu. Ia rumit. Dalamnya ada banyak pendapat. Dan aku kebingungan padanya”. Lelaki itu berkata, “Kamu (layak menjawab) untuk semua soalan yang rumit”. Sahnun berkata, “Jauh sekali wahai anak saudaraku. Kata-katamu itu bukanlah lebih mendedahkan kamu daripada daging dan tulangku kepada api neraka. Alangkah banyak apa yang aku tidak mengetahui”. Sahnun berkata lagi, “Kalau kamu sabar, aku harap kamu boleh kembali semula dengan persoalan kamu ini. Kalau kamu mahu bertanya kepada orang lain selainku, pergilah dan masalah kamu itu mungkin dijawab segera dalam masa sekejap sahaja”.

Oleh kerana itu kita dapati bahawa para ulama’ Ahlus Sunnah sangat sukar untuk berfatwa kerana mereka mengetahui bahawa jika tersalah fatwa, mereka akan berdosa dan menanggung dosa orang yang mengikuti fatwa tersebut.

Ibn Mas’ud berkata: “Bagi yang tahu hendaklah mengatakan apa yang dia ketahui. Dan bagi yang tidak tahu hendaklah mengatakan: Allahu a’lam. Sebab termasuk ilmu adalah mengatakan ‘aku tidak tahu’ dalam perkara yang tidak dia ketahui ilmunya. Sebab Allah Ta’ala berfirman kepada Nabi-Nya : “Katakanlah (hai Muhammad), ‘Aku tidak meminta upah sedikitpun kepadamu atas dakwahku; dan bukanlah aku termasuk orang-orang  yang mengada-adakan” (Shaad : 86) (HR Bukhari dan Muslim)

Rasulullah saw. Bersabda: “Barangsiapa diberi fatwa tanpa ilmu maka dosanya ditanggung oleh orang yang memberi fatwa tersebut. Barangsiapa menganjurkan satu perkara kepada saudaranya seagama sementara dia tahu bahwa ada perkara lain yang lebih baik berarti dia telah mengkhianatinya.” (HR Bukhari)

Lalu kenapa kita melihat bahawa kalian terlalu senang untuk berfatwa? Begitu juga ketika kalian menfatwakan bahawa kerajaan Malaysia wajib menegakkan Hukum Islam, jika tidak maka akan menjadi kafir, lantas mengapakah Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah tidak menegakkan Hukum Terhadap Ahli Zimmah, antaranya adalah Ahli Zimmah tidak boleh belajar membaca Al Qur’an, tetapi mereka boleh diperdengarkan ayat suci Al Qur’an?

Begitu juga dengan sikap PAS terhadap Osama, sehingga ada pemuka PAS yang menganggap bahawa Osama adalah pejuang dan sikap beraninya harus dipuji dan disanjung. Sehingga beliau mencadangkan sebatang jalan dinamakan sempena nama Osama.

Apakah Tuan Guru tidak percaya kewujudan Osama dan kejahatannya? Walhal ulama’ Ahlus Sunnah sepakat akan kejahatan dan onar yang dia lakukan? Bagaimana hal ini boleh berlaku wahai Tuan Guru, apakah Tuan Guru jahil atau pura-pura tidak tahu? Atau Tuan Guru adalah seaqidah dan semanhaj dengan Osama?

Atau Tuan Guru merasakan bahawa Tuan Guru adalah ulama’ mu’tabar dunia walau dunia tidak pernah mengiktiraf Tuan Guru sebagai Ulama’ Ahlus Sunnah.

Abu Amru Mohd Radzi Bin Othman
Tim S/U iLMU

Celaru Antar Saduran Dan Tulen

Oktober 15, 2008

 

Kawan; Yang tulen itu selalunya berharga. Tapi banyak manusia tak dapat menilai yang tulen itu. Sebab itulah ada yang suka pakai gelang cap Zuulian – emas celup. Kalau dirampok dan ragut, tak kisah sebabnya gelang itu bukannya asli – tipuan dengan saduran bergemerlapan.

Kerana itu orang tua melayu selalu bilang: “Hanya jauhari mengenal manikam”.

Walaupun ada orang suka pakai mas sadur, tetapi dalam mencari madu, tak pulalah mereka mau memakan madu campuran gula. Kerna mereka yang pakai cincin zuulian itu juga mau khasiat madu asli. Malah khabarnya kalau makan madu tipu secara konsisten, nanti dihinggap penyakit – mati cepat dan sengsara dihujung nyawa.

Ini mereka sepakat antara yang pakai barang kemas palsu dan yang tulen. Semua mau sihat dan bahagia dunia akhirat.

Tapi lah kawan, saya tak mengerti dengan para kiayi muslim kita ini. Ketika seruan untuk menganut Islam seperti yang Rasul tunjukkan 1000 tahun silam, maka mereka memusuhi seruan itu dan mencemuhnya.

Apakah logisnya ketika seorang tukang panjat pokok jelutung berpesan kepada seorang kiayi: “Hey pak sorban besar, kalau mau makan madu, ambil lah yang asli, sebab nanti kalau madu campur gula, penyakit bisa hinggap. Pak bisa mati awal tak sempat mengucap”. Lalu habis saja bicara tukang panjat pohon jelutung itu, maka Pak Kiayi itu pun mendengus lalu buat warta seluruh kampung: “Bahawasanya tukang panjat pencari madu itu sesat, suka sesatkan orang lain, dan dia ajen yahudi”.

Loh, kan ini satu pikiran yang diluar kotak logis dan pemikiran yang wajar.

Seharusnya pak kiayi itu insaf, kerna nanti dia akan dihumban dalam kesengsaran. Kalau pun dia tak berduit nak beli madu asli, maka dia harus menerika kenyatan bahwa madu tambahan gula itu berbahaya, tidak asli, dan keutaman itu ada pada yang tulen, dan dia tak usahlah bermusuhan dengan para seruan untuk memakan benda-benda tulen dan segar.

Tetapi sebab dia malu “sebagai golongan yang hanya mampu memakn madu tambahan, dan golongan yang tak berduit” maka dia membuat makar dengan menggunakan wewenang “agama” habis dicanangkan seluruh kampung akan “kesesatan pemanjat pohon jelutung”.

Nampaknya dia adalah kiayi yang bersorbankan nafsu dan jahil bertompok-tompok. Jahil pertama ialah sombong menerima nasihat, jahil kedua ialah dia tidak mahu sihat, ketiganya kerana memusuhi kebenaran dan keempat dia menggiring ummat kepada kebinasan.

Kawan; ketika kaum Salafi mengajak umat untuk berpegang kepada hadith dalam pengibadatan, dan amal hati keyakinan, para kiayi ini memusihinya dan melaabel sebagai kaum sesat, malah ada yang mengkafirkannya.

Saya mau tanya kepada pak kiayi ini sejumlah soalan, yang kiranya pak kiayi ini boleh jawab atau senyap.

1) Apakah aqidah yang kalian amal kan itu sama persisi seperti amal hati Ibn Masud, Ibn Umar, dan Ibn Abbas? Atau sama seperti Khalifah yang 4, atau seperti amal hati Rasul? Atau hanya seperti Imam Asya’ari dan Imam Maturidi?

2) Apakah imam kita bersama; Imam Syafi’e dan muridnya; Ahmad, atau Gurunya; Malik, atau guru kepada gurunya; Nu’man Bin Tsabit menganut aqidah sama seperti aqidah kalian? Atau par imam ini persis seperti aqidahnya Salafy?

3) Antara amal Salafy dan amal kalian, manakah yang mirip dengan amal Rasul Tuhan? Kalian atau Salaf?

4) Apakah kalian bersetuju bahawa amal Salafi itu adalah amal yang tiada tokok tambah, tetapi tidak sesuai dengan zaman ini?

5) Apakah kalian bersetuju bahawa amal kalian itu ada sedikit tambahan bagi menyesuaikan dengan “kebobrokan umat” zaman ini?

6) Apakah kalian bersetuju bahawa amal yang ditambah itu lebih utama berbanding dengan amal yang seperti Rasul lakukan?

7) Apakah kalian bersetuju untuk memusuhi orang yang melakukan amal seperti Nabi dan menyesatkan mereka?

8) Apakah kalian bersetuju menerima bahawa “amal yang tiada penambahan” adalah amal yang semua manusia menerima “keutamannya”, sementara “amal yang ditambah” merupakan amal yang masih diperbincangan oleh sebahagian ilmuan?

Kalian boleh berbincang dan meniru jawapan untuk 8 soalan saya. Selamat mencuba dan menjawab. Markah jawapan nanti dihitung di Hari Akhir.

Siapa Aku? Siapa Engkau? – Ahlus Sunnah?

Oktober 11, 2008

datang seorang teman yang dipoket bajunya terjepit sebatng ball pen. lalu aku bertanya kepada dia: “pen ini kepunyaan engkaukah?”

 

 

+ ya, kenapa?

 

 

– apa buktinya ini kepunyaan mu?

 

 

+ aku yang membelinya?

 

 

– tapi aku tidk melihat?

 

 

+ ini resit pembeliannya, aku masih simpan?

 

 

– resit ini tidak membuktikan engku yang punya. mungkin engkau membelinya tetapi menggunakan wang orng lain. mungkin engaku mengambil reil orang lain. terlalu banyak kemungkinan. dan resi ini hanya menunjukkan pembeliah pen ini secara sah, tidak menunjukkan pen ini kepunyaan mu.

 

 

+ aku punya saksi, temanku. aku membeli pen ini dengannya.

 

 

– mungkin engkau dan temanmu berkomplot, siapa tahu? lalu apa buktinya pen ini adalah milikmu! engkau tiad bukti, benar?

 

 

+ ya, aku tiada bukti.

 

 

 

*****

 

 

ketika datang seorang yang mengaku dirinya sunni, apakah ada bukti bahawa dia sememangnya seorang yang Ahlus Sunnah? malah seluruh umat manusia hari ini yang beragama islam seboleh-bolehnya mengatas-namakan jalannya sebagai Sunnah [malah syiah juga akan bertaqiyyah (pura2) menganut sunnah]. lalu apa bukti engkau wahai umat manusia?

 

kalau katanya “al quran dan as sunnah menjadi peganganku”, maka aku akan katakan; apakah engkau akan menemukan seseorang yang mengaku “al quran dan as sunnah tidak menjadi peganganku”. adakah engku ketemu golongan ini? tidak!

 

lalu apakah bukti andai al quran dan as sunnah menjadi pegangan mu, sebagai bukti bahawa engkau seorang ahlus sunnah.

 

ahlus sunnah ialah manusia yang ahli atau yang memahami akan perihal sunnah, meng menelan sunnah di dalam jasadnya. bukan dinamakan sebagai ahlus sunnah hanya sebatas ucapan dan dengungan. bukan juga bukti engkau sebagai ahlus sunnah andai engkau tidk mengerti mana yang sunnah dan mana yang bid’ah.

 

 

lalu apakah engkau wahai sahabatku, apakah engkau seorang ahli dalam sunnah [sunni] ataupun hanya sunni pada pengakuanmu semata-mata, padahal aqidahmu bercampur baur antara haq dan batil?

 

mungkin juga sebenarnya masyarakat kita dn diri kit ini, yang mengkui sebagai ahlus sunnah, sebenarnya bukan sunnah? ap buktinya kita semuanya sunnah wal jamaah? dan apa buktinya kita semuanya bukan ahli bid’ah wah wal ahwa’? tiada buktinya! hanya sekadar ucapan! justeru semua manusi mampu menjadi sunnah walaupun hakikatnya dia seorang mu’tazilah, syi’ah, jahmiyah!

 

baiklah saudaraku, aku ingin mengujimu sedikit, guna untuk mengkuruk ke’sunnah’han kita:

 

– apa engkau pernah membaca kitab-kitab aqidah ulama silam, seperti aidah at thahawiyah,

aqidah salaf as habul hadith, aqidah wasathiyah, al ibanah, as sunnah, syarah as sunnah, i’tiqad ad deain, dan macam-macam lagi kitab berusia sekitar 1000 tahun?

 

– apa engkau mengetahui aqidah 4 imam besar? terutama sekali aqidah imam as syafi’e?

 

– apa engkau membaca aqidah imam asya’ari dalam kitabnya al ibanah, al luma dan maqalat?

 

– apa engkau memahami pengertian ahlus sunnah dan manhaj sunnah?

 

 

  apa engkau mengerti akan martabat dan konsikuen sunnah?

        

– lalu kalau engkau tidak mengethui kelima-lima perkat ini, bagaimana engku mampu mengkui dirimu sebagai ahlus sunnah!

 

kemudiannya setelah engku mengethui 5 perkara di atas, engkau juga harus menegtahui 5 perkata di bawah:

 

– apa engkau ada membaca sejarah para rasul dan sahabat baginda muhammad?

– apa engkau mengerti akan hadith perpecahan umat dan huraiannya?

– apa engkau mengetahui manhaj-manhaj aliran yang sesat dan terpesong?

– apa engkau mengetahui ciri-ciri ahli bidah dan tokoh-tokohnya?

– apa engkau mengerti akan konsekuen bida’ah dan cara menyikapinya?

 

kalau engkau telah memahaminya, insyaallah ngkau berada di atas jalan yang benar. tetapi betapa ramai umat manusia hari ini, yang bersorban ataupun yang bersongkok, yang berketayap ataupun yang tidak, yang berjubah atupun yang berkemeja, yang fasih ataupun yang gugup. berapa ramai yang hanya tahu cakap-cakap saja, tetapi tidak mengetahui 10 perkata di atas?

 

lalu bagaimana bisa kita istiharkan seseorang itu sebagai ahlus sunnah, padahal dia sendiri tidak tahu siapa itu ahlus sunnah!

 

malah yang lebih malang lagi, agamawan kita sudah berkubang dalam amalan bid’ah, bid’ah dalam aqidah dan bid’ah dalam ibadah!

 

sahabatku yang aku kasihi;

 

buktikan kepadaku bahawa engkau adalah seorang sunnah! mampukah engkau? mampukah engkau?