Posts Tagged ‘Ahlus Sunnah’

Antara Tahaluf Syiasi Dan Realiti

Januari 7, 2012

Artikel ini adalah semudah membaca A, B dan C. Tetapi untuk menerima pembicaraannya memerlukan hati yang sebesar Gunung Himalaya.

A

Adalah kita mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Kedah, Dato’ Azizan kerana mengedarkan buku percuma kepada rakyatnya. Buku terjemahan dari seorang ulama’ besar Syiah, bertugas sebagai penolong Khomaini yang menemui jalan kebenaran dan diberi hidayah oleh Allah untuk meninggalkan jalan kesesatan.
Kitab berjodol “Kenapa Aku Tinggalkan Syi’ah” karya Dr. Sayid Musa Al-Musawi yang menggoncangkan ajaran Syiah Rafidhah satu ketika dahulu, sehingga kini masih tidak mampu dijawab oleh para Mullah yang dikatakan sebagai ayat-ayat Allah (Ayatullah).
Apa yang mereka lakukan adalah mengistiharkan kitab tersebut sebagai kitab yang banyak berdusta dan menyerang kredibiliti pengarangnya. Malah mereka cipta sebuah kitab yang jodolnya sama tetapi kandungannya memihak kepada ajaran mereka.

Natijah dari usaha ini, gerombolan Syiah di Kedah khabarnya ingin menfailkan saman ke atas Dato’ Azizan lantaran usahanya membenteras Syiah di Kedah. Memang kita maklumi bahawa dalam empat tahun ini dakyah Syiah berkembang pesat di Kedah, Kelantan dan Selangor. Sehinggakan ibu kepada teman saya di Sungai Petani telah diajak oleh kenalannya untuk menganut Syiah!

B

Bahawa kita mengucapkan syabas kepada Khairi Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO yang telah terus terang menolak kemasukan Syiah dalam UMNO. Dengan nada tegas beliau berkata “Syiah tidak boleh dalam UMNO”.

Ketegasan inilah yang kita perlukan dalam mentadbir negara. Malah ketegasan ini juga adalah lanjutan dari ketegasan para ulama’ Ahlus Sunnah sejak dari zaman sahabat untuk menjaga agama.

Mungkin ramai dari kita yang telah membaca sejarah Dinasti Abasiyah runtuh setelah Baghdad di rempuh oleh Tentera Tartar. Dalam catatan serajah, dinyatakan sejuta umat Islam menjadi korban dalam pencerobohan tentera Tartar. Itu belum lagi perawan yang dicabul dan para janda yang menderita akibat terkorbannya suami mereka.

Sebenarnya semua musibah ini telah direncana oleh kaum Syiah, yang diketuai oleh Perdana Menteri, Muhammad Bin Ahmad Al ‘Aqami. Dialah yang telah merancang bersama Nashiruddin Ath Thusi, penasihat Holagu Khan agar tentera Tartar melanggar Baghdad.
Al ‘Aqami telah menasihatkan agar Sultan mengurangkan jumlah tentera daripada 100 ribu kepada 20 ribu dengan alasan Tentera Tartar lemah dan sedikit jumlahnya. Tartar adalah orang gasar yang tidak bertamadun. Maka sultan pun menurut nasihat Perdana Menterinya, seorang Syiah.

Sementara Ath Thusi pula telah menceritakan tentang benteng-benteng pertahanan Abasiyah kepada Holagu Khan. Bagaimana dia dapat menyelinap masuk ke dalam benteng tersebut? Tanyalah kepada Al ‘Aqami! Bagaimana Holagu mengetahui tentera Abasiyah telah berkurangan? Tanyalah juga kepada Al ‘Aqami!

Syaikh Muhibbuddin Al Khathib berkata: “Tetapi pada tahun 655H, Ath Thusi telah berpaling tadah dan menjadi salah seorang perancang aktif untuk menggulingkan kerajaan Abasiyah. Ath Thusi juga telah ikut serta sebagai salah seorang pemandu jalan kepada angkatan tentera Holagu yang datang menyerang kota Baghdad dan beliau jugalah yang mengarahkan pembunuhan dan penyembelihan missal oleh pihak tentera Holagu ke atas kaum Muslimin” (Al Khutot Al Areedhah, telah diterjemah kepada Hakikat Agama Syiah Imam Dua Belas)

Syekh juga berkata: “Di dalam melakukan pengkhianatan seperti yang telah dihuraikan di atas, Ath Thusi tidak hanya bersendirian sahaja. Dia telah dibantu oleh dua orang rakan karibnya iaitu: pertama, seorang menteri di dalam kerajaan Abasiyah yang telah dijatuhkan itu sendiri. Menteri berkenaan bernama Muhammad Bin Ahmad Al ‘Aqami, seorang tokoh Syiah yang sangat disegani”.
Tetapi rupanya Ath Thusi mendapat sanjungan yang menggunung dari tokoh-tokoh Syiah. Mullah Syiah yang bernama Muhammad Baqir Al-Musawi dalam kitab Raudhat Al-Jannat ketika menulis tentang Ath Thusi: “Dia adalah seorang peneliti, pembicara, orang yang bijaksana, yang baik dan mulia..”

Khomaini dalam kitabnya Al-Hukumah Al-Islamiyah berkata: “Apabila situasi taqiyyah (kepura-puraan) mengharuskan salah seorang dari kita untuk masuk ke dalam barisan para penguasa, maka hal itu harus ditolak, walaupun penolakan tersebut berakibat dia dibunuh, kecuali masuknya dia secara formal membawa kemenangan yang nyata bagi Islam dan kaum muslimin, seperti masuknya Ali bin Yaqtin dan Nashiruddin Ath Thusi rahimahumallah”.

Kalau kita mengimbas kebelakang sehingga saat Perang Jamal, maka dengan jelas kita akan melihat bagaimana Al ‘Aqami dan Ath Thusi telah mengambil pelajaran dari tindakan pendahulunya. Lihatlah bagaimana kaum Syiah melakukan rencana agar para sahabat berperang antara satu sama lain. Mereka melepaskan panah milik tentera Ali ke kemah A’isyah dan melepaskan panah milik pasukan Talhah ke kemah Ali. Rentetan daripada itu, meletuslah Perang Jamal dan terkorbanlah beberapa orang sahabat.

Oleh itu, sepanjang sejarah Ahlus Sunnah, mereka tidak pernah untuk mempercayai seorang Syi’i. Malah mereka tidak pernah untuk bergabung dengan Syi’i dalam memperjuangkan Islam atau kebenaran. Kerana sekiranya Syiah ingin memperjuangkan kebenaran maka mereka wajib untuk meninggalkan agama syiah dan kembali kepangkuan Sunnah. Sekiranya Syiah ingin menegakkan Islam maka wajiblah mereka terlebih dahulu mensucikan aqidah mereka dari kekufuran.

Ironinya, untuk apa kita – Ahlus Sunnah – bergabung bersama mereka hanya semata-mata untuk meraih kerusi pemerintahan, walhal Allah Ta’ala yang memberikan kekuasaan dan mencabut pemerintahan tersebut. Kita bergabung bersama para pencarut sahabat; yang mengatakan bahawa isteri Rasulullah saw adalah penzina dan pelacur. Sepertinya kita merelakan ucapan bahawa Rasulullah saw telah mengahwini seorang wanita bejat dan kemudian Rasulullah saw menobatkan wanita bangsat tersebut menjadi ibu kita semua.

Wallahi apakah kita redha apabila ada seorang berkata “ibu engkau adalah pelacur” dan kemudian kita dengan senyum kembang sampai ke telinga akan bersahabat dan berjuang bersamanya untuk menegakkan kebenaran! Kita dan dia – yang mengatakan bahawa “ibu engkau adalah pelacur” – berteriak di atas mimbar dan berkata “Tiada hukum melainkan hukum Allah”, “Islam, the way of life” serta “Membangun Bersama Islam”. Ironi bukan?

 

C
Cuma sebuah tindakan bodoh apabila kita membuka dakapan untuk memeluk Syiah diatas nama “upaya menegakkan Islam” atau tahaluf syiasi (strategi politik). Malah tindakan ini juga menunjukkan bahawa kita tidak mengerti manhaj (jalan) Ahlus Sunnah dalam menyikapi aliran sesat seperti Syiah. Sedangkan para ulama Ahlus Sunnah telah mengarang berbagai kitab dalam masalah ini. Apakah kita tidak membacanya? Idea Tahaluf Syiasi ini sangatlah tidak ilmiyah melainkan hanya lahir dari orang dungu – ruwaibidhah (orang kerdil yang mengaku ulama’)

Malah menunjukkan bahawa golongan yang melakukan “tahaluf syiasi” merupakan manusia yang boleh diibaratkan sebagai katak di bawah tempurung. Mereka hidup di dunia fantasi, jauh dari alam realiti. Kerana jika mereka hidup pada alam nyata pasti mereka akan mengetahui bahawa pembersihan mazhab sedang berlaku di Iraq setelah jatuhnya rejim Saddam.

Setiap hari umat Islam dibunuh oleh Syiah yang didorong oleh “fatwa” para Mullah bahawa mencabut nyawa “An Nasibi” (gelar yang diberikan oleh Syi’i kepada Sunni) akan mendapat pahala dari Allah. Muhammad bin Ali Babawaihi al-Qummi telah meriwayatkan dari Daud bin Farqad: “Aku bertanya kepada Abu Abdullah as: Bagaimana pendapat engkau membunuh An Nasibi? Dia menjawab: Halal darahnya akan tetapi lebih selamat bila engkau sanggup menjatuhkan tembok atau menenggelamkan (mereka) ke dalam air supaya tidak ada buktinya. Aku bertanya lagi: Bagaimana dengan hartanya? Dia menjawab: Rampas sahaja semampu mungkin”. (‘Ilal Asy-Syar’i)

Tahun ini juga sebuah perang sedang berlangsung di Yaman. Dimana Tentera Syiah telah mengepung Universiri Darul Hadis sejak berbulan yang lalu. Terbaru telah gugur syahid seorang pemuda Melayu – rakyat Malaysia – akibat terkena bedilan peluru di kepalanya. Muhamad Hafefuddin Yusuf, 21 tahun telah gugur syahid di medan jihad. Beliau dibunuh oleh Syi’i.

Oleh itu, fikirkanlah wahai pembaca, apakah kita rela untuk bergabung bersama Syiah yang akan membunuh kita saat mempunyai peluang? Justeru “Katakan TIDAK kepada Syiah!”.

Abu Amru, Mohd Radzi Bin Othman
ILMU

Mempelajari Kaedah Rahsia Dalam Berhujjah

Disember 13, 2011

Saya akan ajarkan kepada para pembaca beberapa kaedah berhujjah yang terkenal dalam umat Islam.Camkanlah hal ini dengan baik dan ingatlah ia kerana perkara ini akan selalu kita hadapinya. Kaedah ini merupakan teknik rahsia yang hanya diketahui oleh mahaguru tertinggi.

Kaedah Pertama

Salah satu darinya adalah kita mendustakan kitab yang ditulis oleh tokoh yang menyerang pemahaman kita. Kita ciptalah pelbagai alasan agar tuduhan itu nampak rasional dan boleh diterima oleh masyarakat yang tidak mengetahui hakikat sebenar.

Kita ada tiga pilihan untuk tujuan tersebut; pertama kita katakan bahawa kitab itu telah dirubah oleh penerbit ataupun pentahqiq yang memang bermusuhan dengan mazhab kita. Mereka (penerbit atau pentahqiq) telah memadam perkataan sebenar tokoh tersebut dan memasukkan perkataan palsu lalu diatasnamakan pada tokoh berkenaan.

Kedua; kita katakan saja bahawa kitab itu ditulis semasa tokoh tersebut sesat atau pada fasa awal kehidupannya; sementara beliau telah ruju’ (taubat) di penghujung nafas sebelum meninggal dunia. Lantas sebab itulah kandungan kitab tersebut menyalahi aqidah kita.

Ketiga; kita terus nafikan kitab itu ditulis oleh tokoh tersebut sebaliknya kita lemparkan tuduhan bahawa kitab itu ditulis oleh musuh kita lantas dinisbatkan kepada tokoh ternama tadi.

Kita lakukan hal ini agar masyarakat tidak mengesyaki bahawa imam tersebut tidaklah beraqidah seperti aqidah kita walaupun kita menamakan mazhab kita sempena nama beliau. Seperti yang telah kita lakukan kepada kitab Al Ibanah Al Ushul Ad Diyanah karya Imam Asya’ari.

Sekiranya kita membenarkan kitab Al Ibanah itu sebagai antara karya terakhir sang imam, pasti secara automatik kita terpaksa mengakui bahawa aqidah yang kita sandang merupakan aqidah yang melencong. Malah Imam Asya’ari berlepas diri dari aqidah yang kita anut. Serta dengan nyata Imam Asya’ari menetapkan dalam kitabnya bahawa mazhab Salaf sebagai aqidah yang benar.

Oleh itu bagi memastikan survival mazhab kita, kita wajib bermati-matian untuk mendustakan kitab tersebut walaupun para imam Ahlus Sunnah sepakat untuk menerima kitab itu. Seperti Ibnu Asakir, Imam Ad Dzahabi, Ibn Katsir dan banyak lagi para imam yang mengakui kitab tersebut antara karangan terakhir Imam Asya’ari.

Kaedah Kedua

Kaedah seterusnya adalah memalsukan perkataan para imam agar masyarakat melihat imam-imam Ahlus Sunnah bersama-sama dengan kita dalam mazhab yang kita anut. Dengan demikian kita akan mudah mempengaruhi masyakat untuk menerima dakwah kita; terutamanya bila kita berkata “pemahaman yang kita perjuangkan ini merupakan lanjutan dari pemahaman para salafus soleh. Buktinya kita memiliki senarai panjang nama ulama’ yang beraqidah seperti kita”.

Lantas kita katakan Imam Syafi’e menolak khabar ahad sebagai dasar aqidah. Juga katakan bahawa tokoh lain pun sama sependirian dengan Imam Syafi’e seperti Ibn Taimiyah, Ibn Katsir, Ibn Hajar Asqalani, Imam Nawawi dan banyak lagi.

Lantas kita ambil perkataan mereka yang bersifat umum lalu kita asak perkataan tersebut agar kelihatan bersesuai dengan aqidah kita. Justeru kita katakan kepada masyarakat: “Kita tidak wajib untuk mempercayai qadar, azab kubur, turunnya Isa, keluarnya Dajjal, dan banyak lagi hal-hal yang Rasulullah saw ceritakan tentang perkara akhir zaman.

Kita ambil contoh seperti Hizbut Tahrir yang mengatakan Ibn Hajar menolak keimanan yang bersumber dari hadis ahad. Kita katakan bahawa ucapan beliau dinukil dari kitab magnum opusnya iaitu Fathul Bari Syarah Shahih Bukhari. Balam masa yang sama kita sedia maklum bahawa dalam Fathul Bari, Imam Ibn Hajar menetapkan keimanan kepada qadar dan menentang orang yang menolaknya dengan memanggil mereka sebagai Qadariyah. Sang Imam beriman adanya azab kubur dan banyak lagi hal-hal keimanan yang berasaskan kepada hadis ahad.

Dalam masa yang sama kita berharap agar umat tidak membaca kitab-kitab aqidah para imam tersebut. Dan memang kita tahu bahawa orang awam tidak pernah melihat kitab aqidah mereka. Malah kita juga tahu bahawa ramai para guru tidak pernah membaca kitab-kitab aqidah para Imam Ahlus Sunnah ini walaupun mereka belajar jurusan aqidah dan usuluddin di universiti.

Kita boleh tanyakan kepada para guru yang mengajar kita, apakah mereka pernah membaca kitab Ar Radd Alal Jahmiyah karya Imam Ahmad? Ar Radd Alal Jahmiyah oleh Imam Bukhari? Ushul As Sunnah oleh Imam Al Humaidi? Kitab Nuzul Wal Kitab Sifat oleh Imam Daruqutni? Kitab Isbat As Sifat Al Ulwi oleh Imam Ibnu Qudamah dan banyak kitab para imam Ahlus Sunnah yang mu’tabar. Pasti mereka akan berkata “Saya belum pernah membacanya dan kalau ada, saya takut isinya telah dirubah oleh penerbit dan pentahqiq”.

Bagus! Jawapan yang diberikan oleh guru kita itu telah mengikut teknik yang telah kita pelajari diatas tadi. Bukankah telah saya katakan bahawa teknik ini akan kita hadapinya selalu dalam kehidupan beragama.

Kaedah Ketiga

Teknik yang terakhir adalah mewujudkan keraguan terhadap kredibiliti tokoh tersebut agar masyarakat menolak tokoh tersebut sekaligus menelantarkan kitab atau hujjah yang telah digunakan oleh tokoh tersebut dalam menentang mazhab kita.

Kaedah ini banyak diadaptasi dalam perbicaraan mahkamah agar perkataan saksi akan ditolak apabila didapati tidak adil, atau pendusta, atau berniat jahat, atau bersubahat dan sebagainya.

Seperti Syiah yang mengatakan bahawa para sahabat itu menjadi murtad apabila wafatnya Rasulullah saw, melainkan 4 orang sahaja yang masih Islam. Dan mereka mengambil agama dari empat orang inilah, kononnya.

Mereka juga mengatakan bahawa Ummul Mu’minin – A’isyah – itu merupakan pelacur dan perempuan jalang. Lebih keji lagi apabila Khomaini mengatakan bahawa Abu Bakr dan Umar merupakan berhala dan dia berazam untuk mengorek jasad kedua mereka jika dia berjaya menakluki Madinah satu hari nanti.

Justeru bagi merealisasikan kaedah ini; kita katakan sahaja bahawa Ibn Khuzaimah, Imam Ad Darimi dan Imam Izz Abdis Salam sebagai mujassimah (kaum yang menjisimkan Allah) kerana kita dapati bahawa mereka telah mengarang kitab yang menentang aqidah kita. Malangnya kitab mereka itu tidak mampu untuk dibantah secara ilmiyah oleh kita.

Oleh itu apabila kita menyebarluaskan penyesatan keatas mereka, kita berharap masayarakat akan menolak mereka sekaligus akan meninggalkan hujjah-hujjah mereka serta kitab aqidah mereka. Kita wajib berusaha untuk menolak kitab Ar Radd Alal Jahmiyah oleh Imam Ad Darimi agar aqidah yang kita anut tidak diketahui bertentangan dengan aqidah para sahabat Nabi saw.

Walaupun kita mengetahui bahawa seluruh ulama’ Ahlus Sunnah mengiktiraf mereka sebagai ulama’ mutabar, imam di zamannya, tokoh yang berpegang teguh dengan sunnah, ilmuan yang meniti jalan Rasulullah saw; namun kita juga mengetahui bahawa masyarakat awam tidak mengetahui hakikat ini.

Masyarakat hanya tahu beberapa nama sahaja seperti nama Imam Syafi’e, Imam Nawawi, Ibn Katsir dan Imam Ibn Hajar. Lebih menarik masayarakat hanya sekadar menghafal nama mereka namun tidak pernah membaca kitab-kitab mereka terutamanya kitab aqidah mereka.

Contohnya Imam Ad Darimi merupakan murid kepada Imam Ahmad, Ali Al Madini dan Yahya bin Ma’in; yang merupakan tokoh ulama’ agung. Malah Imam Ad Darimi juga merupakan guru kepada imam-imam yang hebat seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Tarmizi, Abu Zur’ah, Abu Hatim, Imam Abu Dawud dan banyak lagi. Masyarakat tidak mengetahuinya. Malah mungkin inilah kali pertama mereka mendengar nama “Ad Darimi”.

Sekiranya kita mengatakan Imam Ad Darimi sebagai sesat, pasti orang yang cerdik akan mengetahui bahawa secara tersiratnya kita turut menyesatkan guru beliau iaitu Imam Ahmad, dan juga seluruh muridnya iaitu Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Tarmizi, Imam Abu Dawud dan banyak lagi.

Namun kita percaya perbuatan kita ini tidak akan dihidu oleh orang awam melainkan yang memiliki ilmu dan yang ikhlas mencari kebenaran walaupun mendapat tentangan.

PAS : Jangan Jadi Ruwaibidhah! (2)

Mei 23, 2011

Siri Kedua

Bersanad Kepada Ulama’ Ahlus Sunnah

“Ilmu agama ini akan terus dibawa oleh orang-orang yang adil (terpercaya dan bukan fasiq) dari generasi ke generasi, yang selalu berjuang membersihkan agama dari penyelewengan maksud-maksud agama, pendustaan orang-orang sesat yang mempergunakan nama agama, dan pentakwilan agama yang salah yang dilakukan oleh orang-orang yang jahil.” (HR al-Baihaqi – shahih)

Imam Ibn Abi Hatim Al-Razi meriwayatkan dengan sanadnya kepada Abdullah bin ‘Aun bahawasanya beliau berkata: Tidak boleh diambil ilmu ini melainkan daripada orang yang telah diakui pernah menuntut sebelum itu (pernah meriwayatkan ilmu dari gurunya secara bersanad juga)”. [Al-Jarh Wa At-Ta’dil 1/ 28]

Begitu juga apa yang diberitakan oleh Imam Ibn Sirin: “Ilmu itu adalah agama, maka perhatikanlah dari siapa kamu mengambil agamamu (ilmu agama tersebut)”. Juga beliau berkata: “Dahulu orang ramai tidak bertanya tentang sanad (rangkaian para rawi yang meriwayatkan) hadith, maka tatkala terjadi fitnah mereka mengatakan: ‘sebutkan kepada kami sanad kalian’, sehingga mereka melihat sanadnya sampai kepada Ahlus Sunnah, lalu mereka menerima hadithnya dan melihat kepada ahlul bid’ah lalu menolak hadisnya.” (Riwayat Muslim dalam Muqaddimah Shahih-nya)

Imam Syafi’e berkata: “Orang yang belajar ilmu tanpa sanad guru bagaikan orang yang mengumpulkan kayu api pada malam yang gelap, dia membawa pengikat kayu api yang terdapat padanya ular berbisa dan dia tidak tahu” (Faidhul Qadir)

Imam At Tsauri berkata pula:  “Sanad adalah senjata orang Mukmin, maka bila kau tidak mempunyai senjata maka dengan apa kau akan berperang?”.

Ibnul Mubarak berkata : “Pelajar ilmu yang tidak punya sanad bagaikan penaik atap namun tidak punya tangganya, sungguh telah Allah muliakan umat ini dengan sanad” (Faidhul Qadir)

Sementara itu Ibn Abdil Bar meriwayatkan daripada Imam Al-Auza’e bahawasanya beliau berkata:  “Tidaklah hilang ilmu melainkan dengan hilangnya sanad-sanad (ilmu agama tersebut)”. [At-Tamhid 1/314]

Kerana apabila hilangnya para ulama’ sunnah, maka terhapuslah Ilmu islam yang sebenar. Bermakna apabila hilang ulama’ Sunnah, mustahil untuk mendapatkan sanad ilmu yang shahih lagi sesudah kehilangan ulama’ tersebut.

Ibnu Taimiyyah berkata: “Setiap pendapat yang dikatakan hanya oleh seseorang yang hidup di masa ini dan tidak pernah dikatakan oleh seorangpun yang terdahulu, maka itu salah.” Imam Ahmad mengatakan: “Jangan sampai engkau mengeluarkan sebuah pendapat dalam sebuah masalah yang engkau tidak punya pendahulu padanya.” (Majmu’ Fatawa: 21/291)

Lihatlah bagaimana Ibn Taimiyyah menejlaskan, bahawa ulama’ Ahlus Sunnah itu bukan sahaja memiliki sanad malah mereka juga berfatwa seperti fatwanya ulama’ sebelum mereka. Begitu juga Ad Dzahabi, muridnya Ibn Taimiyyah menulis sebuah kitab khusus mencatitkan guru-gurunya, dengan jodol Mu’jam Asy-Syuyukh (Daftar Guru-Guru).

Oleh itu, para ulama’ Ahlus Sunnah zaman ini memiliki aqidah yang sama dengan ulama’ Ahlus Sunnah sebelumnya. Begitulah sehingga sampai kepada aqidah sahabat, semuanya sama. Mereka juga memiliki manhaj dan pemahaman yang sama seperti sahabat kerana wujudnya tantaian emas ini.

Lantas kita mahu tanyakan kepada PAS: siapakah ulama’ kalian? Ulama’ Ahlus Sunnah manakah yang menjadi guru-guru kalian? Apakah setiap masalah yang terjadi saat ini, kalian akan menghubungi mereka dan meminta fatwa dari mereka?

Dan apakah fatwa-fatwa kalian seperti: “undi PAS akan masuk syurga”, “UMNO kafir”, “Wajib memberontak jika penguasa tidak melaksanakan hukum Hudud”, “Allah mencarut”, “Osama adalah pejuang”, “mencaci-maki penguasa yang tidak melaksanakan Hudud dibolehkan” dan macam-macam lagi, pernah dinyatakan oleh ulama’ Ahlus Sunnah sebelum kalian?

Mendapat Tazkiyah Dan Pujian Dari Ulama’ Ahlus Sunnah

Apabila para ulama’ terkemudian memiliki sanad dari ulama’ terdahulu, bermakna bahawa mereka berguru kepada ulama’ terhadulu; maka para guru mereka akan memberikan tazkiyah kepada mereka untuk berfatwa. Itulah pengamalan yang dilakukan oleh para ulama’ Ahlus Sunnah dari dahulu sehingga kini.

Tanpa tazkiyah, seseorag itu masih diistihar sebagai penuntut ilmu. Oleh itu, tugas penuntut ilmu adalah senantiasa mendapatkan fatwa dari para ulama’ Ahlus Sunnah, bukannya mengeluarkan fatwa sendiri. Begitu juga ketika tidak ada seorang pun ulama’ Ahlus Sunnah yang mengakui seseorang sebagai ulama’, bagaimana mungkin orang tersebut layak menjadi ulama’?

Begitu juga setiap ulama’ Ahlus Sunnah akan saling puji memuji, sebagai bukti bahawa dirinya adalah ulama’ yang layak untuk diikuti dan diambil ilmunya.

Imam Malik mendapat tazkiyah dari 70 ulama’, baharulah beliau berani memberi fatwa. Beliau berkata: “Aku tidak berfatwa sehinggalah 70 orang (ulama’) mengakui bahawa aku layak berfatwa.” (Siyar A’lam an-Nubala’, 8/96).

Begitu juga Imam Syafi’e tidak mengeluarkan fatwa sehinggalah Imam Malik memberikan tazkiyah dengan berkata: “Engkau layak menjadi qadhi atau hakim”. Namun sebelum itu, beliau telah mendapatkan tazkiyah dari para ulama di Makkah seperti dari Muslim bin Khalid, Dawud bin Abdurrahman al-‘Athar, Muhammad bin Ali bin Syafi’ , Sufyan bin ‘Uyainah, Abdurrahman bin Abu Bakar al-Maliki, Sa’id bin Salim dan Fudhail bin ‘Iyadh.

Imam Asy-Syafi’i telah memuji Imam Ahmad dengan katanya: “Ahmad bin Hambal imam dalam lapan hal, Imam dalam hadits, Imam dalam Fiqih, Imam dalam bahasa, Imam dalam Al Qur’an, Imam dalam kefaqiran, Imam dalam kezuhudan, Imam dalam wara’ dan Imam dalam Sunnah”.

Al-Imam Syafi’i juga memuji Imam Malik, iaitu gurunya, beliau berkata: “Imam Malik adalah bahagian dari hujjah Allah di muka bumi”.

Abu ‘Abdillah Al-Faqih telah memuji Imam Barbahari dengan katanya: “Apabila kamu melihat seorang penduduk Baghdad mencintai Abul Hasan bin Basyar dan Abu Muhammad Al-Barbahari maka ketahuilah bahawa dia Shahibu Sunnah (orang yang mengikuti Sunnah)!”

Imam Adz-Dzahabi memuji Ibn Taimiyyah dengan berkata: “Dia adalah lambang kecerdasan dan kecepatan memahami, paling hebat pemahamannya terhadap Al-Kitab was-Sunnah serta perbedaan pendapat, dan lautan dalil naqli. Pada zamannya, ia adalah satu-satunya baik dalam hal ilmu, zuhud, keberanian, kemurahan, amar ma’ruf, nahi mungkar, dan banyaknya buku-buku yang disusun dan amat menguasai hadits dan fiqh.

Ibnu Katsir juga memuji Ibn Taimiyyah: “Beliau adalah Syaikh al-Hafizh al-kabir, Pakar Tarikh Islam, Syaikhul muhadditsin ……beliau adalah penutup syuyukh hadits dan huffazhnya.”

Muhibbuddin al-Khathib memuji Albani dengan katanya: “Di antara para da’i kepada as-Sunnah, yang menghabiskan hidupnya demi bekerja keras untuk menghidupkannya adalah saudara kami Abu Abdurrahman Muhammad Nashiruddin bin Nuh Najati Al Albani.

Begitulah sikap antara para ulama’ Ahlus Sunnah dimana para guru akan memberikan tazkiyah kepada murid mereka yang layak menjadi ulama’, sementara ulama’ lainnya akan saling memuji diantara mereka.

Lantas kita mahu bertanya, siapakah antara ulama’ PAS yang mendapat tazkiyah dari ulama’ Ahlus Sunnah dunia? Dan juga siapakah ulama’ Ahlus Sunnah dunia yang telah memuji mereka? Sila lah nyatakan kepada umat ini senarai daftar tersebut jika kalian memilikinya.

Tidak Mudah Berfatwa

Oleh kerana mereka merupakan para pewaris Nabi, sedangkan Nabi adalah manusia yang paling takut kepada Allah. Maka para ulama’ Ahlus Sunnah merupakan manusia yang paling takut untuk berfatwa. Mereka lebih banyak untuk menjawab “tidak tahu”. Mereka juga akan menyuruh bertanyakan masalah tersebut kepada ulama’ lain jika mereka terasa berat untuk menjawabnya.

Mereka tidak akan menjawab sesuatu isu dengan pantas dan samberono. Berikut adalah bukti bagaimana mereka sangat berhati-hati dalam berfatwa.

Abdurrahman bin Abi Laila menceritakan kisahnya: “Aku pernah mendapati di masjid (Nabi) ini 120 orang shahabat Rasulullah saw. Tidak ada seorang pun dari mereka saat ditanya tentang suatu hadits atau fatwa melainkan dia ingin saudaranya (dari kalangan shahabat yang lain) yang menjawabnya. Kemudian tibalah masa pengangkatan kaum-kaum yang mengaku berilmu saat ini. Mereka bersegera menjawab pertanyaan-pertanyaan yang kalau seandainya pertanyaan ini dihadapkan kepada Umar bin Khattab, niscaya beliau mengumpulkan ahli Badar untuk di ajak bermusyawarah dalam menjawabnya.

Dari Uqbah bin Muslim, dia berkata: “Aku menemani Abdullah bin Umar selama 34 bulan maka yang banyak dia ucapkan ketika ditanya: ‘Saya tidak tahu’ Kemudian dia menoleh kepadaku seraya berkata: ‘Tahukah kamu apa yang mereka kehendaki? Mereka hendak menjadikan punggung-punggung kami sebagai jembatan bagi mereka ke Jahannam”.”

Abdurrahman bin Mahdi berkata: “Kami berada di sisi al-Imam Malik bin Anas, tiba-tiba datanglah seseorang kepadanya seraya berkata: ‘Aku datang kepadamu dari jarak enam bulan perjalanan. Penduduk negeriku menugasiku untuk menanyakan kepadamu suatu permasalahan.’ al-Imam Malik  berkata: ‘Tanyakanlah!’ Maka orang tersebut bertanya kepadanya suatu permasalahan, lalu al-Imam Malik menjawab: ‘Saya tidak boleh menjawabnya.’ Orang tersebut terhentak, sepertinya dia membayangkan bahawa dia telah datang kepada seseorang yang tahu segala sesuatu, orang tersebut berkata: ‘Lalu apa yang akan aku katakan kepada penduduk negeriku jika aku pulang kepada mereka?’ Imam Malik berkata: ‘Katakan kepada mereka: Malik tidak bisa menjawab.’ ”

Ibn al Qasim berkata: “Aku pernah mendengar Imam Malik berkata : “Saya sedang memikirkan (jawapan) bagi suatu kemusykilan sejak beberapa puluh tahun dulu, tetapi hingga saat ini belum juga sampai kepada pendapat yang pasti”.

Imam Sahnun pernah disoal satu masalah oleh seorang lelaki. Lalu tiga hari lelaki itu berulang-alik kepada Sahnun dan mendesaknya, “Soalan aku, -semoga Allah membaikkan urusanmu-”. Sahnun berkata, “Wahai sahabat, apa yang boleh aku lakukan dengan soalanmu. Ia rumit. Dalamnya ada banyak pendapat. Dan aku kebingungan padanya”. Lelaki itu berkata, “Kamu (layak menjawab) untuk semua soalan yang rumit”. Sahnun berkata, “Jauh sekali wahai anak saudaraku. Kata-katamu itu bukanlah lebih mendedahkan kamu daripada daging dan tulangku kepada api neraka. Alangkah banyak apa yang aku tidak mengetahui”. Sahnun berkata lagi, “Kalau kamu sabar, aku harap kamu boleh kembali semula dengan persoalan kamu ini. Kalau kamu mahu bertanya kepada orang lain selainku, pergilah dan masalah kamu itu mungkin dijawab segera dalam masa sekejap sahaja”.

Oleh kerana itu kita dapati bahawa para ulama’ Ahlus Sunnah sangat sukar untuk berfatwa kerana mereka mengetahui bahawa jika tersalah fatwa, mereka akan berdosa dan menanggung dosa orang yang mengikuti fatwa tersebut.

Ibn Mas’ud berkata: “Bagi yang tahu hendaklah mengatakan apa yang dia ketahui. Dan bagi yang tidak tahu hendaklah mengatakan: Allahu a’lam. Sebab termasuk ilmu adalah mengatakan ‘aku tidak tahu’ dalam perkara yang tidak dia ketahui ilmunya. Sebab Allah Ta’ala berfirman kepada Nabi-Nya : “Katakanlah (hai Muhammad), ‘Aku tidak meminta upah sedikitpun kepadamu atas dakwahku; dan bukanlah aku termasuk orang-orang  yang mengada-adakan” (Shaad : 86) (HR Bukhari dan Muslim)

Rasulullah saw. Bersabda: “Barangsiapa diberi fatwa tanpa ilmu maka dosanya ditanggung oleh orang yang memberi fatwa tersebut. Barangsiapa menganjurkan satu perkara kepada saudaranya seagama sementara dia tahu bahwa ada perkara lain yang lebih baik berarti dia telah mengkhianatinya.” (HR Bukhari)

Lalu kenapa kita melihat bahawa kalian terlalu senang untuk berfatwa? Begitu juga ketika kalian menfatwakan bahawa kerajaan Malaysia wajib menegakkan Hukum Islam, jika tidak maka akan menjadi kafir, lantas mengapakah Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah tidak menegakkan Hukum Terhadap Ahli Zimmah, antaranya adalah Ahli Zimmah tidak boleh belajar membaca Al Qur’an, tetapi mereka boleh diperdengarkan ayat suci Al Qur’an?

Begitu juga dengan sikap PAS terhadap Osama, sehingga ada pemuka PAS yang menganggap bahawa Osama adalah pejuang dan sikap beraninya harus dipuji dan disanjung. Sehingga beliau mencadangkan sebatang jalan dinamakan sempena nama Osama.

Apakah Tuan Guru tidak percaya kewujudan Osama dan kejahatannya? Walhal ulama’ Ahlus Sunnah sepakat akan kejahatan dan onar yang dia lakukan? Bagaimana hal ini boleh berlaku wahai Tuan Guru, apakah Tuan Guru jahil atau pura-pura tidak tahu? Atau Tuan Guru adalah seaqidah dan semanhaj dengan Osama?

Atau Tuan Guru merasakan bahawa Tuan Guru adalah ulama’ mu’tabar dunia walau dunia tidak pernah mengiktiraf Tuan Guru sebagai Ulama’ Ahlus Sunnah.

Abu Amru Mohd Radzi Bin Othman
Tim S/U iLMU

Tokoh Kafir Masuk Masjid Untuk Berucap : Antara Fatwa Ala Taliban Dan Fatwa Serampangan

September 10, 2010

Memaksa Dalil Umum Untuk Kondisi Khusus

Untuk membolehkan seorang Muslim itu meneguk secangkir sup Tulang Khinzir boleh sahaja. Carilah fatwa dari mazhab Zahiriah seperti Daud Ad Dzahiri atau Ibn Hazm. Ikutlah kaedah mereka dalam mengistimbat [mengeluarkan]  hukum dan kemudian bawakan dalil-dalil yang dikaut dari kitab-kitab mereka.

Kalau tidak mahu Khinzir, kita pun boleh menghalalkan anjing untuk dilahap seperti arnab. Maka kita pun mengeledah kitab-kitab mazhab Maliki dan menjumpai pandangan Imam Darul Hijrah tersebut seputar daging anjing. Lantas kita pun menukilkan pandangan tersebut berserta dalil-dalil penghujahannya.

Setelah kita lontarkan pandangan tersebut kepada umat lantas kita berkata: “Bahawa para penentang kita itu tidak mengkaji Islam dengan mendalam – mereka itu ilmunya senteng – malah mereka itu condong kepada pemerintah. Atau boleh saja mereka itu dipanggil penjilat penguasa. Juga disandarkan sebagai anjing penguasa yang akan menyalak jika ada orang yang cuba menentang penguasa zalim. Serta mereka ini suka berijtihad ala Taliban. Setiap fatawa mereka itu selalu diselimuti dengan sentiment politik, dan bukannya deengan keinginan mencari kebenaran”.

Nah, inilah yang diungkapkan oleh mereka yang suka mencari pandangan-pandaangan yang gharib  lagi syaz. Padahal  hujjah yang mereka bawakan itu bersifat umum sehingga mereka memaksa kita untuk mengimani pandangan mereka. Sesiapa yang tidak mahu tunduk dan beriman dengan pandangan mereka, dikiraa telah menentang haq [kebenaran] dan tidak ikhlas.

Walhal setiap dari kita mengerti dalam disiplin fiqh terdapat beberapa kaedah yang menunjukkan bahawa dalil khusus harus dimenangkan dari dalil umum. Maka segala dalil yang mereka gunakan harus dimengertikan dengan kondisi-kondisi tertentu, sehingga dalil yang bersifat umum itu ditaafsir dengan adanya prasyarat ataupun penjelasan-penjelasan lain.

Pemahaman Sahabat Sebagai Neraca Ukur Khilaf [Perbezaan Pendapat]

Namun disitu ada sebuah pemahaaman yang lebih cemerlang bagi memahami sesebuah permasalahan, sehingga letak duduk sesuatu khilaf dapat dilerai. Iaitu mengembalikan sesuatu khilaf itu kepada “Pemahaman Sahabat”. Maknanya kita menaanyakan tiga  soalan untuk mendapatkan jalan keluar. Pertama kita tanyakan: “ Apakah ada sahabat yang berpandangaan begitu atau berbuat sebegitu?”. Kedua: : “Seandainya sabahat tidak melakukannya, apakah ada tabi’in dan tabi’ tabi’in yang berpandangan sebegitu?” Dan ketiga adalah: “Seandainya tiada contoh dari mereka, tetapi keperluan terhadap masalah tersebut ada maka mengapa mereka meninggalkan perbuatan tersebut?”.

Pemahaman yang cemerlang ini dibangun atas keimanan kita bahawa manusia yang pertama kali mendengar dustur Ilahi dan pengajaran Rasulullah saw  adaalah mereka – para sahabat. Sehingga mereka memahami ayat al Qur’an dan perilaku Rasulullah saw dengan sebenar-benarnya. Malah mereka menjelmakan kembali segala apa yang telah Rasulullah saw ajarkan kepada mereka dalam kehidupan mereka. Kemudian mereka mengajar kepada tabi’in, keemudian tabi’in mengajar pula kepada tabi’ tabi’in. Benarlah sabda Nabi saw: “Sebaik manusia adalah zaman ku, kemudian sesudah mereka, kemudian sesudah mereka” (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim).

Oleh itu, seandainya mereka tidak pernah berbuat sedemikian, pasti hal tersebut merupakan sebuah paham yang melencong, yang tidak diperlukan malah jauh dari kebenaran.

Menilai Penghujahan Dengan Kritis

Maka kita harus memerhati dengan cermat setiap paandaangaan yang bersimpaang-sior agar kitaa boleh menemukan pandangaan yang paling menghampiri kebenaaran. Antara dalil yang digunakan oleh para pembenar kaum Kafir memasuki Masjid dan memberikan ucapan adalah berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, berkenaan dengan Thumamah bin Uthal yang ditawan dan kemudian diikat di salah satu tiang masjid Nabawi.

Melalui hadith tersebut, kita dapat melihat banyak hal antaranya ialah kondisi Thumamah bin Uthal itu sendiri. Dia adalah seorang tawanan yang diikat. Dia bukanlah seorang tokoh kafir yang datang dan berceramah kemudiannya memberi sumbaangan, berserta diambil gambarnya untuk buat kenang-kenangan. Sebaliknya Thumamah bin Uthal tidak dihiraaukaan oleh kaum muslimin, tiada majlis khas dibuat untuk dia dan dia hanya duduk di tiang dengan penuh kehinaan. Tokoh pembangkang dari DAP dan PKR yang Kafir itu dibuat sebuah majlis khas untuk mereka, mereka disanjungi dan mereka dengan rasa penuh ta’zim menghulurkan sadaqah untuk umat Islam. Lalu apakah sama kondisi Thumamah bin Uthal dengan para tokoh dari DAP dan PKR yang tidak mengiktiraf Malaysia sebagai Negara Islam?

Disini dapaat juga dilihat perbezaan antara niat Thumamah bin Uthal dan Tokoh Kafir dari DAP dan PKR itu; Thumamah bin Uthal datang dengan jiwa tertawan sedang Tokoh Pembaangkang yang kafir itu dataang dengan penuh kemuliaan. Thumamah bin Uthal didatangkan untuk melihat keagungan Islam tetapi Tokoh Pembangkang yang kafir itu didatangkan untuk memberi sadaqah kepada umat Islam!

Thumamah bin Uthal diikat selama tiga hari dan selama tiga hari itulah dia tidak dimuliakan dan tidak dilayan. Tokoh Pembangkang yang Kafir itu datang dengan kain rentang dan jurukaamera-jurukamera yang setiap saat menangkap gambar beliau untuk dimegahkan. Lalu akhirnya keluarlah gaambar tersebut di dada-dada akhbar: Seorang Pemimpin Kafir yang Menentang Hudud dan Negara Islam sedang berada di sebuah Masjid, tempat Muslim menyembah Allah yang Esa, dan si Kafir tersebut sedang member bantuan kepada umat yang lemah iaitu umat Islam! Lalu dimanakah rasional hujjah mereka: “Dibenarkan para Kafir tersebut untuk masuk ke dalam Masjid bagi melihat keagungan Islam dan sebagai dorongan da’wah”.

Memang masalah harta dari Kafir boleh digunakan untuk pembinaan masjid dan juga perkara-perkara lainnya yang member kesenaangan kepada kaum Muslimin. Masalah ini sudah dibahas oleh para ulama sejak dahulu lagi, yang berdasarkan hadith nabi. Namun tiada satu petunjuk pun yang menjelaskan ada kafir yang datang mengunjungi nabi di Masjid Nabawi lalu baginda membuat majlis khas untuk si kafir itu lalu si kafir itupun menghulurkan sadaqah kepada Rasulullah!

Tidak ada! Lalu apa yang ada?

Mantan Mufti Perlis membawakan fatwa dari Lajnah Daaimah: “Pendapat yang tepat bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid untuk sesuatu kemaslahatan syariah atau sesuatu keperluan tertentu seperti mendengar sesuatu yang membawa masuk ke dalam Islam, atau keperluannya untuk minum air yang berada dalam masjid atau selainnya. Ini kerana Nabi s.a.w mengikat Thumamah bin Uthal al-Hanafi dalam masjid sebelum dia menganut Islam, baginda juga menempatkan perwakilan Thaqif dan perwakilan Kristian Najran di masjid sebelum mereka menganut Islam. Ini kerana ada banyak faedah mereka memasuki masjid, antaranya; mendengar ucapan dan nasihat Nabi s.a.w, melihat orang bersolat dan membaca al-Quran dan berbagai faedah besar yang lain bagi sesiapa yang melazimi masjid”

Maka kita melihat ulang fatwa tersebut dari kacamata yang luhur, tanpa terikat dengan fanatic politik dan kecondongan kepembangkangan. Bahawa Lajnah tersebut dengan jelas menyebut bahawa masuknya mereka itu adalah untuk memahami Islam apabila mereka mendengar Kalam Allah dan Hadith Nabi. Sebaliknya dalam masalah yang kita bangkitkan ini adalah Tokoh Kafir itulah yang berbicara dan yang mendengar pula adalah umat Islam. Sebuah keadaan yang total terbalik!

Kemudian Lajnah tersebuh menjelaskan bahawa masuknya kaun Kafir adalah untuk kemaslahatan syar’I atau keperluan tertentu yang membawa mereka untuk memeluk Islam. Lalu apakah datang untuk memberi sepatah dua kata dan kemudian menghulurkan sadaqah kepada umat Islam itu boleh dita’rifkan sebagai kemaslaahatan syar’i? Atau boleh juga dikatakan sebuah keperluan yang boleh membawa mereka kepada Islam? Kita ingin bertanya kepada PAS, dan manusia Islam yang duduk didalam PKR: “Berapa banyak seruan menganut Islam yang telah mereka sebut ketika maajlis tersebut berlangsung?”.

Begitu juga kita ingin bertanya, apakah sama kondisi Tokoh Pemimpin Kafir tersebut dengan Tokoh Kaum Thaqif dan Najran? Apakah Deligasi Thaqif datang dengan membawa wang untuk diaagih-agihkan, datang untuk memegang mikrofon dan memberi nasihat sebagai wakil rakyat, atau merekaa datang untuk berdamai setelah mereka membunuh Urwah Bin Mas’ud – sahabat Nabi sehingga mereka ketakutan diserang-balas oleh Kuam Muslimin?

Bagimanapula dengan Utusan Najran yang berjumlah 60 orang itu termasuk tiga orang pemimpin wilayah tersebut? Mereka datang untuk apa? Apakah untuk melawat kawasan atau untuk mengadaakan perjanjian damai? Ternyata mereka datang untuk tunduk kepada keraajaan Madinah dan mereka bersedia untuk menyerahkaan jizyah setiap tahun. Lantas dalam permasalaahan yang kita bangkitkan ini; siapa yang member wang kepada siapa?

Sekali lagi, dinyatakan dalam hadith-hadith nabi bahawa para utusan tersebut masuk masjid untuk memahami islam atau datang untuk membuat perjanjian damai dengan Islam. Semua tokoh kafir yang datang ke Masjid Nabawi berbicara dengan Rasulullah saw sendiri dan beliau memperdengarkan Perkataan Tuhan kepada mereka. Bukan datang sebagai seorang tokoh yang terhormat dan punya peluang untuk member amanat kepada kaum Muslimin!

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah berkata dalam Iqtida Sirat al Mustaqim bahawa Amirul Mu’minin Umar Bin Al Khattab dan juga pemimpin sesudahnya, serta para ulama dan ahli fiqh kaum Muslimin telah menetapkan beberapa peraturan kepada Kafir Zimmi antaranya dilarang berbahasa dengan bahasa Kaum Muslimin, dilarang memiliki kunyah seperti kunyah Kaum Muslimin, para wanita mereka harus menampakkan betis agar berbeza dengan para muslimah, salib dan lambang agama mereka harus disorok dari pemandangan umum, mereka juga dilarang menampakkan syiar agama mereka diluar rumah ibadat dan perkampungan mereka, malah mereka harus memberi tempat kepada kaum Muslimin dalam sebuah majlis.

Lantas masalah Tokoh Kafir yang membacakan Kalam Allah [walhal dia tidak mahu memelok Islam] dalam ceramah politik, penggunaan kalimah “Allah” [walaupun pada hakikatnya kalimah Allah itu bersifat sarwajagat] dalam kitab Injil, serta yang terbaru berdoa dan juga membenarkan mereka masuk ke dalam masjid untuk member ucapan dan sumbangan, merupakan satu penghinaan kepada Islam dan umatnya.

Kepada guru mursyid, berapa kalikah tuan telah membacakan ke cuping  telingan Karpal Sing, Lim Kit Siang, dua tokoh yang memberi sadaqah di masjid tersebut dan tokoh-tokoh Kafir lain dengan Kalam Allah dan Sabda Rasulullah saw? Dan berapa kalikah tuan telah mengajak mereka untuk memeluk Islam?

Mengungkap Sejarah Pembentukan Madinah

September 10, 2010

Sebuah Kota Masa Hadapan

Satu malam di musim haji pada tahun ke 11 Kenabian, Rasulullah saw keluar berda’wah bersama Abu Bakr hingga mereka berdua melewati Aqabah di Mina. Mereka menyeru manusia yang mengunaikan haji untuk mengesakan Allah semata-mata dan menjauhi syirik. Di sana beliau mendapati sekumpulan pemuda sedang berbual-bual lalu beliau mendekat kepada mereka. Ternyata bahawa mereka semua dari suku Khazraj yang berasal dari Kota Yatrib.

Maka Rasulullah saw pun mengajak mereka beriman dan menjadi Islam. Lantas mereka berkata: “Demi Allah, kalian tahu bahawa memang dia adalah seorang nabi; seperti apa yang dikatakan oleh kaum Yahudi. Janganlah mereka mendahului kalian. Oleh itu segeralah memenuhi seruannya dan masuklah Islam”. Sambung mereka lagi: “Kami tidak akan membiarkan kaum kami dan kaum yang lain terus bermusuhan dan berbuat jahat. Semoga Allah menyatukan mereka semua dengan engkau. Kami akan menyeru agama yang telah kami anuti ini. Jika Allah menyatukan mereka, maka tidak ada orang yang lebih mulia selain daripada dirimu”.

Kemudian setelah musim haji berlalu dan mereka kembali ke Yatrib, tanpa berlengah-lengah mereka menda’wahkan Islam kepada masyarakat mereka. Inilah titik permulaan untuk sebuah revolusi spiritual yang mengubah Yatrib menjadi Madinah al Munawwarah. Sebuah sinar harapan yang membebaskan Makkah dari keberhalaan pada 10 tahun yang mendatang.

Tetapi bagaimana sebuah kota kecil seperti Yatrib yang penduduknya terdiri daripada kaum yang majmuk dan sosio-ekonomi yang sederhana mampu bangkit menjadi sebuah kuasa besar hingga mampu menggempur tentera Kerajaan Romawi? Malah bagaimana mungkin sebuah masyarakat yang saling bermusuhan dan saling berdendam antara satu sama lain mampu menjadi sebuah umat yang bulat dan muafakat?

Inilah sebuah kebijaksanaan yang berpandukan kepada nubuwah, yang harus kita renungi dan ambil pengajaran. Betapa banyaak manusia membaca sejarah Nabi saat Maulidur Rasul tetapi sangat sedikit yang mampu menuai iktibar dan merelung hidayah.

Sedarlah wahai umat Islam di Malaysia; bahawa permusuhan kalian akibat beza politik tidaklah separah permusuhan Aus dan Khazraj. Sejarah membuktikan bahawa mereka telah berperang dan saling membunuh kerana keturunan. Sedang kalian hanya bertikam lidah, saling mencaci-mencerca, tuduh menuduh dan ragu meragui. Namun kalian berjuang untuk agama yang sama – Islam – dan untuk keturunan yang sama –  Melayu.

Allah Memberi Kekuasaan Kepada Kaum Yang Beriman Dan Berilmu

Pada tahun ke 12 Kenabian, penduduk Yatrib yang menganut Islam semakin ramai. Pada tahun itu juga seramai 12 orang menemui Rasulullah saw pada musim haji di Aqabah dan berlangsunglah perjanjian Aqabah Pertama. Mereka berjanji untuk mentauhidkan Allah, berbuat baik dan mencegah diri dari kejahatan. Kemudian Rasulullah saw mengutuskan Mus’ab bin Umar al Abdari kepada penduduk Yatrib agar dia mengajarkan Islam dan memperdengarkan firman Tuhan.

Justeru makin bertambahlah bilangan umat islam. Syeikh Safiyyurahman al Mubarakfuri menuturkan:  “Mus’ab tetap berada di rumah As’ad bin Zurarah, menyeru manusia kepada Islam. Hingga tidak ada satu perkampungan pun dari perkanpungan-perkampungan Anshar melainkan di dalamnya ada sejumlah lelaki dan wanita yang menjadi Muslim kecuali perkampungan Bani Umayyah bin Zaid, Khathmah dan Wa’il” (Ar Rahiqul Makhtum)

Pada tahun ke 13 Kenabian, berlakulah peristiwa Hijrah oleh Nabi: Hijrah dari Makkah ke Yatrib yang kemudian dikenal sebagai Madinah. Hijrah sebagai satu petanda bahawa Islam akan menyentuh setiap hati insan dan sebagai petunjuk bahawa kebatilan akan luluh runtuh.

Inilah yang diinginkan oleh Allah dalam upaya menggerakkan sebuah perubahan dan kemenangan ; bahawa kesemua itu harus bermuara kepada iman dan ilmu. Oleh itu Allah telah menyediakan sebuah masyarakat yang beriman dan berilmu sebelum kedatangan Rasul saw ke Yatrib agar mereka siap-siaga dalam mengembangkan dein ini. Firman Allah:

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-oraang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal soleh bahawa Dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi” (An Nur55)

Kenyataan ini ternyata berulang untuk umat di Tanah Melayu. Sekian lama mereka dijajah jasad dan minda lalu akhirnya mereka mula tersedar untuk menuntut kebebasan dari Inggeris. Kesedaran ini tidak muncul dengan mimpi di malam hari. Tidak juga menyerap ke dalam hati umat Melayu akibat minum-minum di kedai kopi. Namun semuanya berlaku kerana ada tiupan kesedaran pendidikan dan sikap yang bergema di lembar-lembar kertas.

Bermula dengan Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi yang banyak mengungkap peri-pentingnya pendidikan dalam dua magnum opusnya: Hikayat Abdulllah dan Kisah Pelayaran Abdullah. Sungguhpun begitu Munshi Abdullah ini fikiranya kacau – dia lebih mengenal kultur budaya Barat berbanding akal budi bangsaanya sendiri. Dr Hassan Ahmad berkata: “Dia melihat dan mengukur masyarakat Melayu pada zamannya berdasarkan nilai dan cara hidup keluarga-keluarga Inggeris yang didampinginya di Singapura” (Bahasa, Sastera, Buku : Cetusan Fikiran Hassan Ahmad, 237)

Malah dia jugalah orang melayu pertama yang menterjemahkan Injil dalam Bahasa Melayu, sehingga dia digelar Paderi Abdullah.

Sesudah zaman itu muncul beberapa tokoh pembaharu umat yang gigih menulis di lembar-lembar surat-khabar. Mereka melihat dengan pandaangan agama dan fikiran Melayu. Syeikh Tahir, Abdul hadi ^&&) tanpa penat lelah telah menyumbang kepada satu gagasan untuk umat Melayu zaman seterusnya bersatu dan berjuang untuk kemerdekaan.

Mereka ini menuntut untuk umat Melayu menambah ilmu dan berpegang teguh kepada ajaran agama kerana dengan agama dan ilmu lah manusia akan bebas dari perhaambaan. Lalu lama sesudah itu baru kelihatan hasil perjuangan mereka. Umat Melayu bersatu dibawah satu gagaasaan dan satu wadah: gagasan untuk menolak Malayan Union dan merdeka, dalam sebuah wadah perikatan yang hari ini dikenal sebagai UMNO.

Satu perkara yang menarik adalah setelah 400 tahun umat Melayu berantakan maka Allah menyatukan hati-hati mereka bagi menuntut kemerdekaan. Ini sebuah hijrah yang sangat besar hasil dari hijrah pengetahuan dan keimanan yang teleh mereka laksanakan. Selagi mereka bersatu maka selagi itulah agama dan bangsa ini akan memerintah.

Saat ini, pemerintah Muslim menginginkan perdaamaian dan persatuan umat Melayu. Justeru keinginan ini berupaa sebuah kesempatan yang direstu oleh Islam. Tambahan pula yang menghulurkan pelawaan adalah dari pihak ulil amri sendiri. Lalu mengapakah terasa sangat sukar dipenuhi?

Sepatutnya ulama itu menjadi juru-nasihat kepada kerajaan dan bukannya sebagai penentang. Kerana umara tidak akan lurus taanpa ulama. Maka saat para ustaz itu menarik diri dari kerajaan dan menjadi kaum oppisitor; ketika itulah keseimbangan ini menjadi senget. Pemerintah tidak mampu untuk mengeri hal-hal agama dengan sempurna dan terkadang mereka berbuat salah. Pasti setiap anak adam berbuat salah.

Allah tidak mewajibkan atas para ulama untuk memastikan segalaa nasihat merekaa dilaksanakan oleh umara. Cukuplah tanggungjawab mereka untuk mengkhabarkaan bimbingan dengan caraa bersembungi dari pengetahuan rakyat. Soal apakah pemerintah akan menuruti teguran itu atau tidak mengendaahkannya; hal tersebut bukanlah menjadi bebanan atas bahu setiap ulama.

Ulama akan sentiasa sabaar daalam mengatakan kebenaran dan sabaar dalam menghaadaapi rintangan. Justeru mereka akan terus sabar menaasihati umara secara bertentang mata – bertemu lutut. Rasulullah bersabda: “Mendengar dan taat kepada ulil amri meskipun dia memukul punggungmu dan meraampas hartaamu. Mata tetaaplah mendengar dan taat” (H R Muslim no. 1847)

Catatan: Diambil dari Sinar Harian. Ditulis oleh Tinjau

Ketika Mengucapkan “Aku Asya’irah – Maturidiyah”

Mac 4, 2009

Mungkin barangkali kita tak akan ketemu dengan orang yang akan mengaku “Aku Mu’tazili”. Atau tak akan kita jumpa seorang lelaki bangun dan berteriak “Aku Jahmiyah”.

Tetapi mungkin saja kita akan berjumpa seseorang yang akan berkata “Aku Syi’e” ketika dia dalam lingkungan orang jahil tetapi ketika dia bersama orang yang mengerti lantas dia menukar pengakuannya “Aku Sunni!”. Syiah memang mengimani hipokrasi – taqiyah. Beriman itu bila hipokrasi dan berhipokrasi itu adalah sebahagian dari beriman.

Namun di sana ada sekelumpuk manusia yang bersyahadah, yang Muslim; mereka dengan penuh keyakinan berucap “Bahawa saksikanlah aku seorang Ahlus Sunnah yang bermazhab Asya’ariyyah – Maturidiyah”.

Hanya mereka lah yang bisa berkata begitu dalam kelompok manusia Islam.

Saudara, baik kiranya kita merenung kenyataan “Aku Asya’irah – Maturidiyah” dari beberapa sisi, guna untuk memantapkan keimanan kita. Kalau ucapan ini benar adanya, maka harus kita tetap bersikap kokoh, tetapi andai ucapan ini nyata mengandungi syubhat maka harus kita meninggalkan ucapan ini dan kembali kepada sunnah.

Pertama

Soalan ini berkisar tentang hakikat mazhab Asya’irah – Maturidiyah itu sendiri.

Harus kita tanyakan kepada orang yang mengaku bermazhab Asya’irah Maturidiyah:

 

“Apa dasar ajaran kalian sehingga kalian berbeza dengan Mu’tazilah, Jahmiyah dan Kulabiyah? Dan apa pula persamaan kalian dengan aqidah bertiga tadi”?

 

Kalian harus menjawabnya dengan betul agar terbukti bahawa kalian adalah seorang Sunni – Asya’irah Maturidiyah, dan bukannya orang yang tak mengerti apa-apa tetapi manusia yang paling cepat mengaku “aku benar”.

Kalau kalian tak mengetahui, atau langsung tak bisa menjawabnya, maka baik kiranya kalian tunduk patuh pada al Qur’an, as Sunnah dan faham Salaf as Soleh.

 

“Kemudian apakah yang kalian ketahui tentang ajaran-ajaran Abu Mansur Al Maturidi sehingga menyebabkan kalian berani mengklaim bahwa kalian beriman dengan metoda yang beliau bangunkan”?

 

Kalian harus menjawabnya dengan betul agar terbukti bahawa kalian adalah seorang Sunni – Asya’irah Maturidiyah, dan bukannya orang yang tak mengerti apa-apa tetapi manusia yang paling cepat mengaku “aku benar”.

Kalau kalian tak mengetahui, atau langsung tak bisa menjawabnya, maka baik kiranya kalian tunduk patuh pada al Qur’an, as Sunnah dan faham Salaf as Soleh.

 

“Kemudian apakah beda antara Asya’irah dan Maturidiyah”?

 

Kalian harus menjawabnya dengan betul agar terbukti bahawa kalian adalah seorang Sunni – Asya’irah Maturidiyah, dan bukannya orang yang tak mengerti apa-apa tetapi manusia yang paling cepat mengaku “aku benar”.

Kalau kalian tak mengetahui, atau langsung tak bisa menjawabnya, maka baik kiranya kalian tunduk patuh pada al Qur’an, as Sunnah dan faham Salaf as Soleh.

 

“Akhirnya mengapakan mazhab kalian ini harus disandingkan dengan Maturidi sehingga menjadi “Asya’irah – Maturidiyah”?

 

Kalian harus menjawabnya dengan betul agar terbukti bahawa kalian adalah seorang Sunni – Asya’irah Maturidiyah, dan bukannya orang yang tak mengerti apa-apa tetapi manusia yang paling cepat mengaku “aku benar”.

Kalau kalian tak mengetahui, atau langsung tak bisa menjawabnya, maka baik kiranya kalian tunduk patuh pada al Qur’an, as Sunnah dan faham Salaf as Soleh.

 

Lalu akhirnya kalian hanya duduk termanggu memikirkan soalan yang dilontarkan ini.

Pemikiran mereka akhirnya akan menuju kepada satu kenyataan; kenyataan yang sangat pahit tetapi mereka tidak mengambil pelajaran kerna keegoan dan nafsu itu telah menguasai merekan: “Sesungguhnya aku tak tahu tetapi aku harus tetap mengaku sebagai Ahlus Sunnah yang mengikut Asya’ariyah – Maturidiyah!”.

 

Kedua

Soalan kedua ini berkaitan dengan Imam Syafi’e dan ulama-ulama salafus Soleh yang lain.

“Mengapa kalian tidak cukupkan saja dengan mengatakan “kami beraqidah Islam, tetapi  menggunakan nama mazhab yang dibangunkan oleh Imam Asya’ari dan Abu Mansur Al Maturidi?”

Kalian harus menjawabnya dengan betul agar terbukti bahawa kalian adalah seorang Sunni – Asya’irah Maturidiyah, dan bukannya orang yang tak mengerti apa-apa tetapi manusia yang paling cepat mengaku “aku benar”.

Kalau kalian tak mengetahui, atau langsung tak bisa menjawabnya, maka baik kiranya kalian tunduk patuh pada al Qur’an, as Sunnah dan faham Salaf as Soleh.

“Apakah ini bermakna bahawa setelah kewafatan Baginda, aqidah Islam yang murni telah sirna [lenyap] sekitar 300 tahun, sehingglah Allah membangkitkan 2 manusia iaitu Imam Asya’ari dan Abu Mansur Al Maturidi?”

 

Kalian harus menjawabnya dengan betul agar terbukti bahawa kalian adalah seorang Sunni – Asya’irah Maturidiyah, dan bukannya orang yang tak mengerti apa-apa tetapi manusia yang paling cepat mengaku “aku benar”.

Kalau kalian tak mengetahui, atau langsung tak bisa menjawabnya, maka baik kiranya kalian tunduk patuh pada al Qur’an, as Sunnah dan faham Salaf as Soleh.

 

“Seandainya kalian mengatakan bahwa kalian mengambil metoda Imam Asya’ari dalam pelajaran aqidah, bererti para imam lain yang sebelumnya tidak pernah menyimpulkan pelajaran aqidah dalam satu disiplin yang kokoh? Atau para imam sebelum itu langsung tak berjaya menyelesaikan pelajaran aqidah sehingga mereka tak mampu membuat usul aqidah sepertimana yang telah dibuat oleh 2 panutan kalian?”

 

Kalian harus menjawabnya dengan betul agar terbukti bahawa kalian adalah seorang Sunni – Asya’irah Maturidiyah, dan bukannya orang yang tak mengerti apa-apa tetapi manusia yang paling cepat mengaku “aku benar”.

Kalau kalian tak mengetahui, atau langsung tak bisa menjawabnya, maka baik kiranya kalian tunduk patuh pada al Qur’an, as Sunnah dan faham Salaf as Soleh.

 

“Kalian beriman bahawa Imam Syafi’e berjaya menjadi manusia pertama yang mendisiplinkan ilmu Usul Fiqh dan Qawaid Fiqhiyah, yang sedia maklum bahawa ilu ini adalah satu ilmu yang tinggi. Lalu apakah kalian beriman juga bahawa Imam Syafi’e tidak berjaya mendisiplinkan ilmu aqidah, padahal sebelum para Imam menekuni ilmu islam mereka harus menelaah ilmu aqidah?”

 

Kalian harus menjawabnya dengan betul agar terbukti bahawa kalian adalah seorang Sunni – Asya’irah Maturidiyah, dan bukannya orang yang tak mengerti apa-apa tetapi manusia yang paling cepat mengaku “aku benar”.
Kalau kalian tak mengetahui, atau langsung tak bisa menjawabnya, maka baik kiranya kalian tunduk patuh pada al Qur’an, as Sunnah dan faham Salaf as Soleh.

“Kalau kiranya kalian mengatakan bahawa Imam Syafi’e tidak pernah membahaskan hal-hal aqidah, bererti kalian dusta. Kalau kalian mengakui bahawa Imam Syafi’e ada mengajakan aqidah, dan telah mantap dalam usul aqidah, maka mengapa kalian masih tidak mahu mengikut usul aqidah Imam Syafie?”

 

Kalian harus menjawabnya dengan betul agar terbukti bahawa kalian adalah seorang Sunni – Asya’irah Maturidiyah, dan bukannya orang yang tak mengerti apa-apa tetapi manusia yang paling cepat mengaku “aku benar”.

Kalau kalian tak mengetahui, atau langsung tak bisa menjawabnya, maka baik kiranya kalian tunduk patuh pada al Qur’an, as Sunnah dan faham Salaf as Soleh.

 

“Apakah kalian merasakan bahawa usul aqidah Imam Syafi’e ad cacat celanya sehingga kalian tidak mahu mengambilnya dan beralih kepada manusia selepas beliau?”

 

Kalian harus menjawabnya dengan betul agar terbukti bahawa kalian adalah seorang Sunni – Asya’irah Maturidiyah, dan bukannya orang yang tak mengerti apa-apa tetapi manusia yang paling cepat mengaku “aku benar”.

Kalau kalian tak mengetahui, atau langsung tak bisa menjawabnya, maka baik kiranya kalian tunduk patuh pada al Qur’an, as Sunnah dan faham Salaf as Soleh.

 

“Dan apakah ada perbezan antara usul aqidah Imam Syafi’e dengan 2 panutan kalian tadi – Imam Asya’ai dan Abu Mansur Al Maturidi?”

 

Kalian harus menjawabnya dengan betul agar terbukti bahawa kalian adalah seorang Sunni – Asya’irah Maturidiyah, dan bukannya orang yang tak mengerti apa-apa tetapi manusia yang paling cepat mengaku “aku benar”.

Kalau kalian tak mengetahui, atau langsung tak bisa menjawabnya, maka baik kiranya kalian tunduk patuh pada al Qur’an, as Sunnah dan faham Salaf as Soleh.

 

“Kalau tiada perbezaan, maka mengapa kalian tidak mahu mengucapkan sebegini: “Aku Sunni, beraqidahkan mazhab Syafi’e, dan juga berfiqihkan mazhab Syafie?”

 

Kalian harus menjawabnya dengan betul agar terbukti bahawa kalian adalah seorang Sunni – Asya’irah Maturidiyah, dan bukannya orang yang tak mengerti apa-apa tetapi manusia yang paling cepat mengaku “aku benar”.

Kalau kalian tak mengetahui, atau langsung tak bisa menjawabnya, maka baik kiranya kalian tunduk patuh pada al Qur’an, as Sunnah dan faham Salaf as Soleh.

 

Ketiga

Kita sedia maklum bahawa Dasar Agama – Epistimologi Islam itu hanyalah 3: Al Quran, As Sunnah, pemahaman Para Sahabat. dan yang sesudahnya itu hanya akan diambil apabila sesuatu masalah itu tiada penghujahan dari 3 sumberutama tadi; seperti qiyas, mazhab madinah, ittisan, urus dan beberapa lagi.

Maka kita akan bertanya soalan-soalan berdasarkan masdar islam.

“Sekiranya ketua kampung kamu mengatakan bahawa A, tetapi mufti kamu mengatakan B, manakah yang kamu akan ikuti?”

Pasti kamu akan mengimani B, kerna ia lahir dari mufti kalian.

“Sekiranya Mufti kalian mengatakan B, namun kamu juga mengetahui bahawa Imam Ramly atau Imam Nawawi atau Imam Syafi’e mengatakan C, maka siapakah yang akan kamu ikuti?”

Pasti kamu akan mengikuti Imam Mazhab kalian iaitu C dan meninggalkan mufti kalian.

“Baiklah, sekiranya Imam Syafi’ie mengatakan C tetapi Ibn Abbas mengatakan D, siapakh yang akan kamu ikuti?”

Pasti kamu akan mengatakan bahawa “Kami mengikuti Ibn Abbas dan meninggalkan fatwa Imam Syafi’e, iaitu kami beriman akan D”>

Tapi ini selalunya hanyalah bicara kosong kalian, yang kalian sendiri tak pernah buktikan bahawa kalian akan mengikuti atsar dan meninggalkan fatwa imam kalian yang menyalahi atsar!

“Sekiranya Ibn Abbas mengatakan bahawa D tetapi Rasulullah mengatakan E, apakh yang kalian akan lakukan?”

Pasti kalian sekali lagi akan berkata: “Kami mengikut Rasulullah kerna beliau mendapat wahyu, dan beliau terlindung dari kesalahan dalam menyampaikan risalah. Padahal para sahabat itu bisa benar dan bisa salah.

Tetapi untuk kalian kokoh memihak kepada jawaban yang benar, itu adalah amat sulit sekali, kerna dalam diri kalian ada sedikit perasaan “taqlid” mazhab.

Bagi kalian, apa saja fatawa mazhab kalian adalah benar, seperti dustur ilahi – sebuah wahyu yang turun tadi langit – tak ada kesalana dan mustahil fatwa itu salah!

Ia seolah-olah kalian telah memberikan jasad Tuhan kepada Imam Syafi’e, Imam Nawawi, Imam Ibn Hajar Asqalani dan Imam Ramly. Malah para imam ini lebih tinggi kualiti fatwa mereka berbanding para sahabt yang dijamin syurga! Malah Imam-imam ini juga melebihi darjat dengan rasul lantaran hadith Rasul tak bermakna jika dihadapkan kepada sebuah kalimat dari imam mazhab!

Lalu, apakah layak kalian untuk mengatakan bahwa kalian Ahlus Sunnah – sekelompok manusia yang mendahulukn hadith serta atsar diatas segala ucapan makhluk? Sedangkan kalian mendahulukan mazhab diatas segala hadith dan atsr!

Layaknya kalian dinamakan Ahlis Mazhab wal Taqlid.

Coba kalian berfikir secara merdeka, bahawa para sahabat yang mendapat pelajaran langsung dari Rasul juga bisa salah dalam berfatwa, inikan pula manusia sesudahnya.

Dan sikap untuk melecehkan hadith itu sudah wujud sekian lama, sejak dari zaman Ibn Abbas lagi, kerana itu ibn Abbas berkata:

“Aku menyangka mereka akan binasa; ketika aku mengatakan Rasulullah saw bersadba, mereka [menyangkal sabda Rasul dengan] berkata: telah berkata Abu Bakr dan Umar” 

Bayangkan, bagaimana manusia saat itu fanatik kepada kalam Khalifah Ar Rasyidin an melupakan Hadith, sehinggakan Ibn Abbas menyangka sikap itu bisa menyebabkan kemurkaan dari Ilahi.

Tetapi hari ini, manusia tidak perlu lagi takut kepada Rabbul Jalil, kerna mereka telah punya Ilah yang lain, iaitu imam para mazhab!

Lalu soalan terakhir dalam bahagian ketiga ini adalah:

“Apakah tidak ada satupun aqidah Asya’irah – Maturidiyah yang menyalahi hadith, atsar dan para salafus soleh?”

Kalau kalian katakan tidak, maka kita akan bawakan hadith-hadith yang menyalahi aqidah kalian.

Tapi kalau kalian mengatakan bahawa memang ada beberapa hadih yang kelihatan menyalahi aqidah Asya’irah, tetapi apabila dihuraikan dengan lebih mendalam akhirnya ia sejajar dengan hadith, maka kita akan bertanya; “Kalian mentafsir dan mensejajarkannya dengan menggunakan atasr mana, atau menggunakan pandangan sahabat mana, atau dengan menggunakan pandangan imam mana?”

 

Keempat

Berkaitan dengan Mazhab Asya’irah – Maturidiyah dengan kitab-kitab ulama salaf as soleh.

 

“Apakah kalian telah membaca kitab-kitab karangan ulama  sebelum Imam Asya’ari dan Abu Mansur Al Maturidi?”

Kalau belum membacanya, bagaimana kalian bisa mengatkn bahawa aqidah kalian sama seperti aqidah para imam salaf?

“Sekiranya kalian telah membacanya, apakah kalian tidak menjumpai sebarang perbezaan antara aqidah kalian dengan aqidah sang imam salaf as soleh”?

“Dan apakah kalian mengetahui bahawa Imam Asya’ari telah mengalami 2 fasa kehidupan beraqidah, iaitu mu’tazilah dan ahlus sunnah? Lalu apakah kalian bisa menetapkan bahawa aqidah yang kalian imani ini benar-benar merupakan aqidah Sunnah dan bukan percampuran antara aqidah sunnah dan mu’tazilah?”

“Begitu juga apakah kalian telah membaca kitab beliau iaitu Al Ibanah, Maqalah al Islamiyyin dan al Luma”?

 

Kelima

 

Tentang logika.

 

Seandainya aqidah Asya’irag – Maturidiyah itu benar-benar merupakan aqidah Sunnah, mengapa ia hanya muncul 300 tahun sesudah hijrah. Seolah-olah setelah kewafatan Rasulullah, aqidah yang benar itu lenyap terkambus di dalam kubur bersama-sama baginda. Sehinggakan Abu Bark ra, Umar ra, Uthman ra dan Ali ra itu adalah manusia yang tak mempunyai aqidah lurus, atau bisa saja kita panggil mereka memiliki aqidah sesat.

Atau paling kurang kita boleh katakn bahw mereka beraqidah Sunnah tetapi mereka tak memunyai disipilin aqidah yang benar – sebuah ilmu usul yang konkrik.

Keyakinan seperti ini merupakan keyakinan penderhaka dan perosak agama. Hanya orang yang tak beriman sahaj kn mengucapkan kenyatan sebegini.

Lalu ia juga seperti mengatakan bahawa para imam Mazhab; Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’e dan Imam Ahmad tak bisa menyelesaikan persoalan aqidah walaupun mereka mampu membangunkan kaedah-kaedah istinbat hukum fiqh tersendiri!

Kemuiannnya setelah zaman Islam berlalu tanpa aqidah yang benar atau tanpa kemunculan ilmu usul aqidah, sekitar 300 tahun setelah Hijrah, maka seorang manusia yang sebelum itu bergelumang dengan aqidah sesat Mu’tazilah selama 40 tahun, berjaya mengunkapkan ilmu usul aqidah Mazhab Ahlu Sunnah!

Bukankah ini satu hal yang cukup ajaib! Justeru memang layaklah dia dituhankan!

Ada beberapa persoalan yang bermunculan ketika Imam Asya’ari menjadi Sunni.

Setelah dia mendebati ayah tirinya, al Juba’i, dan mendapati bahawa al Jubai’ tidak berdiri atas dalil naql, melainkan aql, maka dia berulah selama beberapa hari.

Lalu dalam beruzlah itu apakah dia duduk termanggu, atau membaca kitab-kitab karangan ulama Salaf dan meneliti kembali hadith-hadith?

Kalau kita mengandaikan dia merenung, membaca kitab aqidah salaf, menekuni hadith lalu menjumpai jalan kebenaran, maka apakah kita merasa Imam Asya’ari mencukupkan dirinya dengan hal-hal tersebut, tanpa menjumpai para ulam Ahlus Sunnah yang hidup sezaman dengannya?

Kalau kita mengatakan bahawa dizaman itu tiada ulama Ahlus Sunnah, bereti kita berdusta dan menunjukkan kita ini amatlah jahil tetap berlagak seperti alim.

Justeru kita beriman bahawa Imam Asya’ari membaca kitab-kitab aqidah para imam Salaf, meneliti hadith kemudian bertaubat dan seterusnya beliau mengunjungi para ulama ahlus sunnah dan mengambil ilmu daripada mereka.

Lalu, sekiranya begitu, apa kaitan antar Ahlus Sunnah dengan Abu Mansur Al Maturidi pula?

Dan layak kah ahlus sunnah dinisbatkan kepada Imam Asya’ari?

Atau, mungkin-mungkin para penganut mazhab Asya’irah adalah satu kelompok yang menganut aqidah campuran antara Mu’tazilah – Jahmiyah – Sufiyah – Sunnah, lantaran ketika itu Imam Asya’ari dalam proses tranformasi.

Melangu Sang Pemberontak

Oktober 15, 2008

 

 

Kemenangan partai pembangkang dalam PRU 12 ini menjadi hujjah kepada para hizbi untuk mengatakan bahawa perjuangan mereka benar hingga ditolongi oleh Rabbul Jalil. Inilah pengukur haq dan legasi mereka adalah sah.

Tetapi dihujung kenyatan itu, nyata bahawa mereka hanyalah bisa menawan 5 negeri dari 13 negeri. Maknanya bahawa tuhan masih mau negeri ini ditadbir oleh parti pemerintah.

Apapun yang berlaku, sebenarnya bahawa kebenaran itu bukan diukur kepada yang menang atau yang tumpas. Tetapi benar itu hanyalah yang bersumber dari apa yang dibawa oleh seorang lelaki – Ahmad Abdullah.

Lalu Ahmad Abdullah itu mengatakan bahwa seorang muslim yang mentaati beliau harus tunduk patuh kepada sang pemimpin, apakah pemimpin itu kejam, tirani, zalim, atau pemimpin itu fasik, selagi mana sang pemimpin itu Muslim dan menunaikan solat Jumaat.

Kalau kalian mahukan hujjahnya, saya akan bawakan setimbun dalil hadith, kemudian atsar sahabat, kemudian dasar historis, lantas kemudian ucapan para cendikia kita. Setelah saya bawakan hujjah yang jelas dan gamblang seperti mentari di siang bolong, maka saya juga akan meminta kepada kalian hujjah yang membolehkan kalian membangkang pemimpin lalu memberontaknya, apakah dengan senjata atau cacian makian.

Saat itu, sang hizbi tersentak -pegun- dan dia mula tercari-cari akan alasan. Setelah berfikir dan menyelak sekian kitab, maka mereka pun membentangkan alasan sandaran mereka. Bunginya hadith dan sekian ayat yang secara umum untuk tidak mentaati perintah mungkar. Itu sahaja!

Ini suatu hal yang pelik. Kerana bilang mereka, mereka adalah golongan yang mengerti akan hal agama. Lalu bagaimana pikiran mereka akan benturan 2 nash; satunya ayat-ayatnya terperinci dan jelas, sementara satunya secara umum dan global?

Kalau lah mengikut kaedah ilmiah, pastinya ayat yang jelas dan terperinci telah membatalkan ayat yang umum.

Tetapi oleh kerana pasukan mereka adalah orang agama, dan mereka itu bersorban dan berjubah labuh seperti alim ulama, maka apakah mungkin mereka akan tunduk pada pandangan yang menyalahi keimanan mereka? Pasti tidak! Hanya yang benar-benar ikhlas sahaja akan mula berfikir dan akhirnya akan mentaati pemimpin negara.

Saya sudah mangli dengan percakapan sesetengah orang bahawa saya ini penjilat kerajaan, pendokong UMNO, dan manusia yang tidak mengerti keadaan. Saya sudah tidak peduli dengan tuduhan dari orang-orang yang tiada hujjah.

Kerana saya sedar bahawa dalam hati kecil mereka itu, mereka mengerti bahawa mereka berpijak di dahan yang paling kecil dan rapuh. Memang ini yang terbesit dalam hati mereka.

Akhirnya nanti mereka akan melangu di hadapan Lelaki yang membawa ajaran ini. Satu hari nanti.

Celaru Antar Saduran Dan Tulen

Oktober 15, 2008

 

Kawan; Yang tulen itu selalunya berharga. Tapi banyak manusia tak dapat menilai yang tulen itu. Sebab itulah ada yang suka pakai gelang cap Zuulian – emas celup. Kalau dirampok dan ragut, tak kisah sebabnya gelang itu bukannya asli – tipuan dengan saduran bergemerlapan.

Kerana itu orang tua melayu selalu bilang: “Hanya jauhari mengenal manikam”.

Walaupun ada orang suka pakai mas sadur, tetapi dalam mencari madu, tak pulalah mereka mau memakan madu campuran gula. Kerna mereka yang pakai cincin zuulian itu juga mau khasiat madu asli. Malah khabarnya kalau makan madu tipu secara konsisten, nanti dihinggap penyakit – mati cepat dan sengsara dihujung nyawa.

Ini mereka sepakat antara yang pakai barang kemas palsu dan yang tulen. Semua mau sihat dan bahagia dunia akhirat.

Tapi lah kawan, saya tak mengerti dengan para kiayi muslim kita ini. Ketika seruan untuk menganut Islam seperti yang Rasul tunjukkan 1000 tahun silam, maka mereka memusuhi seruan itu dan mencemuhnya.

Apakah logisnya ketika seorang tukang panjat pokok jelutung berpesan kepada seorang kiayi: “Hey pak sorban besar, kalau mau makan madu, ambil lah yang asli, sebab nanti kalau madu campur gula, penyakit bisa hinggap. Pak bisa mati awal tak sempat mengucap”. Lalu habis saja bicara tukang panjat pohon jelutung itu, maka Pak Kiayi itu pun mendengus lalu buat warta seluruh kampung: “Bahawasanya tukang panjat pencari madu itu sesat, suka sesatkan orang lain, dan dia ajen yahudi”.

Loh, kan ini satu pikiran yang diluar kotak logis dan pemikiran yang wajar.

Seharusnya pak kiayi itu insaf, kerna nanti dia akan dihumban dalam kesengsaran. Kalau pun dia tak berduit nak beli madu asli, maka dia harus menerika kenyatan bahwa madu tambahan gula itu berbahaya, tidak asli, dan keutaman itu ada pada yang tulen, dan dia tak usahlah bermusuhan dengan para seruan untuk memakan benda-benda tulen dan segar.

Tetapi sebab dia malu “sebagai golongan yang hanya mampu memakn madu tambahan, dan golongan yang tak berduit” maka dia membuat makar dengan menggunakan wewenang “agama” habis dicanangkan seluruh kampung akan “kesesatan pemanjat pohon jelutung”.

Nampaknya dia adalah kiayi yang bersorbankan nafsu dan jahil bertompok-tompok. Jahil pertama ialah sombong menerima nasihat, jahil kedua ialah dia tidak mahu sihat, ketiganya kerana memusuhi kebenaran dan keempat dia menggiring ummat kepada kebinasan.

Kawan; ketika kaum Salafi mengajak umat untuk berpegang kepada hadith dalam pengibadatan, dan amal hati keyakinan, para kiayi ini memusihinya dan melaabel sebagai kaum sesat, malah ada yang mengkafirkannya.

Saya mau tanya kepada pak kiayi ini sejumlah soalan, yang kiranya pak kiayi ini boleh jawab atau senyap.

1) Apakah aqidah yang kalian amal kan itu sama persisi seperti amal hati Ibn Masud, Ibn Umar, dan Ibn Abbas? Atau sama seperti Khalifah yang 4, atau seperti amal hati Rasul? Atau hanya seperti Imam Asya’ari dan Imam Maturidi?

2) Apakah imam kita bersama; Imam Syafi’e dan muridnya; Ahmad, atau Gurunya; Malik, atau guru kepada gurunya; Nu’man Bin Tsabit menganut aqidah sama seperti aqidah kalian? Atau par imam ini persis seperti aqidahnya Salafy?

3) Antara amal Salafy dan amal kalian, manakah yang mirip dengan amal Rasul Tuhan? Kalian atau Salaf?

4) Apakah kalian bersetuju bahawa amal Salafi itu adalah amal yang tiada tokok tambah, tetapi tidak sesuai dengan zaman ini?

5) Apakah kalian bersetuju bahawa amal kalian itu ada sedikit tambahan bagi menyesuaikan dengan “kebobrokan umat” zaman ini?

6) Apakah kalian bersetuju bahawa amal yang ditambah itu lebih utama berbanding dengan amal yang seperti Rasul lakukan?

7) Apakah kalian bersetuju untuk memusuhi orang yang melakukan amal seperti Nabi dan menyesatkan mereka?

8) Apakah kalian bersetuju menerima bahawa “amal yang tiada penambahan” adalah amal yang semua manusia menerima “keutamannya”, sementara “amal yang ditambah” merupakan amal yang masih diperbincangan oleh sebahagian ilmuan?

Kalian boleh berbincang dan meniru jawapan untuk 8 soalan saya. Selamat mencuba dan menjawab. Markah jawapan nanti dihitung di Hari Akhir.

Siapa Aku? Siapa Engkau? – Ahlus Sunnah?

Oktober 11, 2008

datang seorang teman yang dipoket bajunya terjepit sebatng ball pen. lalu aku bertanya kepada dia: “pen ini kepunyaan engkaukah?”

 

 

+ ya, kenapa?

 

 

– apa buktinya ini kepunyaan mu?

 

 

+ aku yang membelinya?

 

 

– tapi aku tidk melihat?

 

 

+ ini resit pembeliannya, aku masih simpan?

 

 

– resit ini tidak membuktikan engku yang punya. mungkin engkau membelinya tetapi menggunakan wang orng lain. mungkin engaku mengambil reil orang lain. terlalu banyak kemungkinan. dan resi ini hanya menunjukkan pembeliah pen ini secara sah, tidak menunjukkan pen ini kepunyaan mu.

 

 

+ aku punya saksi, temanku. aku membeli pen ini dengannya.

 

 

– mungkin engkau dan temanmu berkomplot, siapa tahu? lalu apa buktinya pen ini adalah milikmu! engkau tiad bukti, benar?

 

 

+ ya, aku tiada bukti.

 

 

 

*****

 

 

ketika datang seorang yang mengaku dirinya sunni, apakah ada bukti bahawa dia sememangnya seorang yang Ahlus Sunnah? malah seluruh umat manusia hari ini yang beragama islam seboleh-bolehnya mengatas-namakan jalannya sebagai Sunnah [malah syiah juga akan bertaqiyyah (pura2) menganut sunnah]. lalu apa bukti engkau wahai umat manusia?

 

kalau katanya “al quran dan as sunnah menjadi peganganku”, maka aku akan katakan; apakah engkau akan menemukan seseorang yang mengaku “al quran dan as sunnah tidak menjadi peganganku”. adakah engku ketemu golongan ini? tidak!

 

lalu apakah bukti andai al quran dan as sunnah menjadi pegangan mu, sebagai bukti bahawa engkau seorang ahlus sunnah.

 

ahlus sunnah ialah manusia yang ahli atau yang memahami akan perihal sunnah, meng menelan sunnah di dalam jasadnya. bukan dinamakan sebagai ahlus sunnah hanya sebatas ucapan dan dengungan. bukan juga bukti engkau sebagai ahlus sunnah andai engkau tidk mengerti mana yang sunnah dan mana yang bid’ah.

 

 

lalu apakah engkau wahai sahabatku, apakah engkau seorang ahli dalam sunnah [sunni] ataupun hanya sunni pada pengakuanmu semata-mata, padahal aqidahmu bercampur baur antara haq dan batil?

 

mungkin juga sebenarnya masyarakat kita dn diri kit ini, yang mengkui sebagai ahlus sunnah, sebenarnya bukan sunnah? ap buktinya kita semuanya sunnah wal jamaah? dan apa buktinya kita semuanya bukan ahli bid’ah wah wal ahwa’? tiada buktinya! hanya sekadar ucapan! justeru semua manusi mampu menjadi sunnah walaupun hakikatnya dia seorang mu’tazilah, syi’ah, jahmiyah!

 

baiklah saudaraku, aku ingin mengujimu sedikit, guna untuk mengkuruk ke’sunnah’han kita:

 

– apa engkau pernah membaca kitab-kitab aqidah ulama silam, seperti aidah at thahawiyah,

aqidah salaf as habul hadith, aqidah wasathiyah, al ibanah, as sunnah, syarah as sunnah, i’tiqad ad deain, dan macam-macam lagi kitab berusia sekitar 1000 tahun?

 

– apa engkau mengetahui aqidah 4 imam besar? terutama sekali aqidah imam as syafi’e?

 

– apa engkau membaca aqidah imam asya’ari dalam kitabnya al ibanah, al luma dan maqalat?

 

– apa engkau memahami pengertian ahlus sunnah dan manhaj sunnah?

 

 

  apa engkau mengerti akan martabat dan konsikuen sunnah?

        

– lalu kalau engkau tidak mengethui kelima-lima perkat ini, bagaimana engku mampu mengkui dirimu sebagai ahlus sunnah!

 

kemudiannya setelah engku mengethui 5 perkara di atas, engkau juga harus menegtahui 5 perkata di bawah:

 

– apa engkau ada membaca sejarah para rasul dan sahabat baginda muhammad?

– apa engkau mengerti akan hadith perpecahan umat dan huraiannya?

– apa engkau mengetahui manhaj-manhaj aliran yang sesat dan terpesong?

– apa engkau mengetahui ciri-ciri ahli bidah dan tokoh-tokohnya?

– apa engkau mengerti akan konsekuen bida’ah dan cara menyikapinya?

 

kalau engkau telah memahaminya, insyaallah ngkau berada di atas jalan yang benar. tetapi betapa ramai umat manusia hari ini, yang bersorban ataupun yang bersongkok, yang berketayap ataupun yang tidak, yang berjubah atupun yang berkemeja, yang fasih ataupun yang gugup. berapa ramai yang hanya tahu cakap-cakap saja, tetapi tidak mengetahui 10 perkata di atas?

 

lalu bagaimana bisa kita istiharkan seseorang itu sebagai ahlus sunnah, padahal dia sendiri tidak tahu siapa itu ahlus sunnah!

 

malah yang lebih malang lagi, agamawan kita sudah berkubang dalam amalan bid’ah, bid’ah dalam aqidah dan bid’ah dalam ibadah!

 

sahabatku yang aku kasihi;

 

buktikan kepadaku bahawa engkau adalah seorang sunnah! mampukah engkau? mampukah engkau?