Posts Tagged ‘Aminah Wadud’

Label Sesat Sebagai Perisai Seksis

Disember 6, 2008

Seksis!

Ini cerita bukan fasal seks – hubungan intim antara suami isteri. Bukan tentang seksi – berahi atau pakaian yang bisa menjojolkan mata. Tapi ia berkisar pada gander – jantina.

Cerita tentang empunya zakar dan faraj. Yang punya zakar tanpa faraj dinamakan lelaki dan yang punya faraj tanpa zakar dikatakan wanita. Yang ada kedua-duanya itu kita bilang saja kunsa. Tapi di sini kita tak menyinggung kunsa kerna kewujudan mereka sangat sedikit dalam bidang agama ini.

Naib Cancelor Universitas Malaya, Rafiah Salim katanya ditamankan jawatan tak seperti naib-naib yang lain. Tempohnya lebih pendek ketimbang naib terdahulu. Lalu dia mentabrak bahwa ketakdisambungkannya kontrak naib censelor kerna dia punya faraj dan bukan zakar!

Lucunya hanya satu anggota dari sekian banyak anggota manusia, anggota itulah yang selalu menjadi tabir darjat antara kita. Padahal ketika diatas katil, anggota itulah yang tak sabar-sabar untul dibelai. Namun bila diatas meja studi maka anggota itu lah yang direndahkan martabatnya.

BRITAIN-RELIGION-ISLAM-WOMEN

Kerna itulah Aminah Wadud disesatkan hanya kerna dia juga punya fajar seperti Rafiah. Namun yang bezanya Rafiah bergelumang dengan bidang pentadbiran universiti sedangkan Aminah berkubang dalam bidang fatawa agama.

Lalu kalau Rafiah, yang bisa dibuat oleh manusia berzakar hanyalah tamatkan kontraknya dan kemudian beri dia meja dan kerusi sebagai upaya melakukan penyelidikan.

Tetapi apabila seorang wanita itu berani menongkah arus dalam acara berfatwa maka manusia yang punya sorban dan jubah atau mislah atau imamah ini akan mentancapkan papan tanda  “SESAT” pada empunya faraj itu.

Ceritanya mudah; Aminah berfatwa atas krebilitasnya seorang ulama yang telah sampai peringkat doktor filsafat dalam jurusan Islam dan kapibilitinya seorang pensyarah di Universiti antarabangsa; bahwa wanita [manusia yang dianugerahkan faraj oleh tuhan – malah melalui anggota itulah lahirnya manusia berzakar] bisa saja menjadi imam bagi seluruh umat pada solat tamam dan jumaat.

Wanita, katanya adalah seperti lelaki; Islam mematrabatkan wanita dan memperakui keberadaan mereka. Malah kerna itulah Islam memberikan wewenang untuk wanita bagi menjadi Imam solat.

Buktinya ada: “Ya, hadith telah sabit menemukan kita bahwa Ummu Waraqah pernah ditunjukkan oleh nabi menjadi Imam kepada keluarganya yang disitu ada lelaki renta. Renta atau tidak itu bukan soalnya tetapi dia lelaki. Dan kualitas hadith ini sah dari ilmu mustalah. Dan sesungguhnya bahwa pandangan ini didukung oleh Abu Tsaur, al Muzanni dan at Thabari”.

Justeru ini adalah satu bukti bahwa penisbatan “sesat” kepada Aminah lebih kepada upaya menjauhkan dirinya dari berfatwa dan tindakan yang lahir dari sikap seksis – kecemburuan melampau yang didasari atas anggota kelamin.

Rupanya para pondokius kita masih selalu mediskriminasi wanita, walhal Rasul telah mengangkat darjat mereka kepada satu kedudukan yang setaraf lelaki. Namun usaha itu tak berhasil dikendali oleh para cerdik-pandai agama kita. Mereka masih ditahap pikiran jahiliah walaupun mereka lah yang suka melabel para pemerintah dengan istilah jahiliyah dan firaun.

Kalau lah para pondokius ini menyatakan Aminah sesat kerna percampuran lelaki dan perempuan dalam jamaah yang beliau imamkan, maka itu satu hal yang mudah diuruskan tanpa perlu mengatakan dia sesat. Yang betul harus beritakan kepada dia bahwa tiada  nash yang membenarkan percampuran wanita dan lelaki dalam solat.

Maknanya kalau Aminah bisa menjadikan lelaki punya saf tersendiri dan wanita juga punya barisan sendiri maka fatwanya bisa diterima walaupun ia bertentangan dengan fatwa jumhur.

Kalalu tidak dapat menerima fatwa yang menyalahi jumhur, baik saja kita menutup semua sekolah dan haramkan saja mazhab selain yang empat. Mengapa harus kita hantar anak kita ke al Azhar kalau mereka tidak boleh menggali pandangan baru walaupun pandangan itu tak keluar dari kerangka nash yang absah? Makanya kita harus mogok bogel bagi menuntuk al Azhar ditutup.

Dan yang lebih mengherankan dan mengjengkelkan adalah cara istimbat hukum yang Aminah pakai ini adalah cara yang seringkali para pondokius yang berzakar  lakukan. Lalu bagaimanakah kesalahan itu bisa timbul pada diri Aminah dan bukan pada para pondokius kita yang lain? Apakah ketika Aminah mengistimbat hukum tentang “Imam Wanita” maka kaedah istimbah  berubah dengan hadirnya alat faraj? Ini satu lulocon yang hebat.

Kalau begitu, harus kita pertanyakan kepada para pondokius kita; “Apa gerangan kalian menyesatkan Aminah walhal dia meniti atas jalan kalian mengelurakan fatawa – persisi kaedahnya, tiap-tiap hurus termasuk titiknya. Maka kalau dia sesat, barangkali tua-tuan mufti juga sesat. Dan kebarangkalian genderisme itu lah yang menyebabkan Aminah disesatkan. Apakah mungkin tuan-tuan akan bilang pada diri sendiri ‘Aku sesat’. Ya, nyata bahwa hanya faraj lah yang merendahkan Aminah, bukan nash”.

Tak percaya bukan!

Tuan-tuan boleh melihat kaedah para pondokuis kita membenarkan yasinan, Maulidan, Zikir Jama’i dan banyak lagi acara-acara yang dibikin atas dasar ta’wil dan qiyas. Tetapi acara ini dikatakan berasaskan dalil umum lalu dikembangkan menjadi ibadah dan dikatakan berpahala. Kaedah ini lah yang digunapakai oleh Aminan. Dan yang lebih parah Aminah punya dalil yang khusus – seakan-akan Aminah hampir memiliki Nash yang Qat’i ad Dilalah dan Qat’i at Tsubut, sedang para penfatwa yasinan, tahlilan, niatan hanyalah bersandar pada dalil yang umum semata-mata.

Justeru akhirnya kita sampai pada titik utama; bahwa Aminah disesatkan hanya kerna dia wanita!

[tandaan: Percampuran lelaki wanita dalam solat itu adalah haram]

Hadith:

Dari Ummu Waraqah radhiyallahu ‘anha, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam pernah mendatangi rumahnya dan beliau menyediakan seorang mu’adzin yang mengumandagkan azan untuknya. Maka, beliau memerintahkan dirinya untuk mengimami keluarganya (penghuni rumahnya). (Hadis Riwayat Abu Daud (1/592) dan disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah. Manakala menurut al-Albani, hasan. Juga terdapat di dalam Musnad imam Ahmad, 1/405) diriwayatkan dari ‘Abdurrahman bin Khallad, yang menjadi mu’adzin itu adalah seorang lelaki yang telah teramat tua.

Nama lengkap Ummu Waraqah adalah Ummu Waraqah binti Naufal al-Anshari. Juga dikatakan binti Abdullah bin Harits.\ bin Uwaimir.

Syarah hadis (Subulus Salam, jil. 1, no. 390):

Hadis ini menunjukkan bahawa sah-nya perempuan menjadi imam anggota rumahnya, walaupun di situ terdapat laki-laki. Kerana disebutkan dalam suatu riwayat, bahawa baginya seorang mu’adzin dan ia adalah seorang lelaki tua sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa riwayat. Dzahirnya bahawa Ummu Waraqah turut mengimami budak laki-laki dan perempuan (hamba lelaki dan perempuan (penghuni rumah)). Pendapat ini didukung oleh Abu Tsaur, al-Muzanni, dan ath-Thabari, manakala majoriti ulama menentangnya.

Ada pun yang menunjukkan hak keimaman hanya bagi lelaki untuk wanita maka telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Ahmad (dalam Zawaid al-Musnad, 5/115) dari hadis Ubay bin Ka’ab.

Dalam persoalan ini Ibnu Qudamah berkata:

Sebahagian sahabat kami dalam mazhab berpendapat bahawa wanita boleh mengimami lelaki di dalam solat terawikh. Namun posisi imam wanita tersebut berada di belakang kaum lelaki. Perkara ini adalah sebagaimana diriwayatkan Ummu Waraqah binti Abdullah bin Harits yang menyebutkan bahawa Rasulullah telah memilihkannya seorang Mu’adzin untuk mengumandangkan azan baginya. Beliau juga memerintahkannya untuk mengimami penghuni rumahnya yang mencakupi lelaki dan wanita.  (Ibnu Qudamah, al-Mughni, 2/602)

[tandaan: saya tidak menyokong fatawa Aminah kerna wujud dalil yang lebih kuat membuktikan bahwa Imam itu hanya milik lelaki, seperti kata Ibn Qudamah:

Sebahagian sahabat kami dalam mazhab berpendapat bahawa wanita boleh mengimami lelaki di dalam solat terawikh. Namun posisi imam wanita tersebut berada di belakang kaum lelaki. Perkara ini adalah sebagaimana diriwayatkan Ummu Waraqah binti Abdullah bin Harits yang menyebutkan bahawa Rasulullah telah memilihkannya seorang Mu’adzin untuk mengumandangkan azan baginya. Beliau juga memerintahkannya untuk mengimami penghuni rumahnya yang mencakupi lelaki dan wanita.

Namun, kami memiiki dalil dari perkataan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam yang menyatakan,

“Seorang wanita tidak boleh mengimami lelaki.”

Sedia maklum bahawa wanita tidak boleh mengumandangkan azan untuk lelaki, sehingga wanita juga tidak boleh mengimami lelaki, seperti mana halnya orang gila.

Hadis Ummu Waraqah menunjukkan bahawa dia diizinkan untuk mengimami wanita penghuni rumahnya. Demikian yang diriwayatkan oleh al-Daruquthni (1/279).

Ini adalah tambahan yang wajib diterima. Walaupun dalam hadis tidak menyebutkan perkara tersebut, akan tetapi hadis sudah jelas merangkumi hal tersebut. Kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam mengizinkannya untuk menjadi imam dalam solat berdasarkan dalil bahawa beliau menjadikannya sebagai mu’adzin. Padahal azan hanya dilakukan dalam ibadah solat fardhu. Tidak ada perbezaan di kalangan ulama bahawa wanita tidak boleh mengimami lelaki di dalam solat fardhu. Di samping itu pengkhususan yang berlaku dalam hadis di atas terbatas pada solat terawikh. Di samping itu, pensyaratan wanita supaya berada di belakang saf ketika menjadi imam adalah menyalahi kaedah sehingga tidak boleh merujuk kepadanya.

Seandainya hadis tentang imamah tersebut ditetapkan kepada Ummu Waraqah, sudah pasti perkara tersebut khusus hanya untuknya. Dengan dalil bahawa azan dan juga iqamah tidak diperintahkan kepada wanita  lain selain Ummu Waraqah. Ia diberi kekhususan imamah kerana ia diberi kekhususan azan dan iqamah. (Ibnu Qudamah, al-Mughni, 2/602)

Advertisements

Wadudisme Melacak Kelelakian

Oktober 11, 2008

 

Mungkin benar kata sesetengah pihak bahawa kita kaum lelaki ini senantiasa memandang sebelah mata terhadap kaum wanita.

ini andaian sahaja. saya tak kata ia benar, dan tidak juga menafikannya secara membuta-tuli.

kata orang lagi, dan kata-kata ini selalunya terpacul dari lidah para wanita. katanya; kalau salah itu lahir dari kaum lelaki, maka ia tidak lah menjadi satu kesalahan. tapi andai salah itu lahir dari kaum wanita, maka ia menjadi kesalahan. kalau kesalahan itu kecil, pastinya akan kelihatan besar pada mata kaum lelaki. andai kesalahan besar pula yang dilakukan, sudah semestinya ia kelihatan sebagai malapetaka yang membawa kiamatnya dunia. sebaliknya pula yang berlaku bagi kaum lelaki – hanya yang besar saja baru kelihatan, itupun mereka katakan masih kesalahan kecil. yang kecil-kecil pula, akan dianggap bagai debu yang melayang-layang di udara – tak kelihatan – tak membawa kesan. malah kata mereka, debu itu bisa diguna untuk tayamum!

apakah bagi seorang wanita yang kudratnya sedikit kurang dari lelaki, maka dia harus di lecehkan? atau kerana hanya dia yang bisa mengandungkan zuriat lelaki tadi, maka dia harus diperlakukan sebagai barangan? atau kerana akalnya separuh dari lelaki maka dia dibinatangkan? sungguh ini tidak adil. wanita sama seperti lelaki pada sifat kejadiannya. malah mereka sama sedarjtd dari kaca mata kebenaran.

oleh kerana pada pikiran kaum wanita bahawa mereka sering tertindas oleh kaum lelaki, maka mereka mula melontarkan penentangan.kemudian maka lahirlah golongan femenisme di benua barat: berupa gerakan perjuangan hak-hak wanita atas nama persamaan dan keadilan. yang ahlinya hanyalah orang-orang yang tiada halkum di batang leher.

berita tentang mereka menyebar dengan pantas sehingga masuk ke negara-negara timur. tapi berita seumpama ini tidak meresahkan manusia negara timur kerana pada pikiran mereka, negara timur sudah lama memperjuangkan hak wanita, malah kaum wanita di benua timur sudah diangkat sejak Nabi terakhir diutus ketengah manusia.

maka atas pemikiran sebegini, manusia di negara timur merasa aman. kalau adapun penindasan kepada wanita, maka semuanya akan redho. sambil mengusap dada, para wanitanya berkata: ini tuntunan agama. sedang para lelakinya berkata: wanita itu memang telah diangkat nabi darjatnya.

tetapi baru-baru ini, sekerat wanita, yang khabarnya masih bujang-bujang, atau yang mengalami kehancuran rumah tangga, membentuk satu pensyarikatan atas nama agama, “Wanita Dalam Islam”. dan lebih menariknya mereka ini memakai tudung jenis JO Jambul – rambut sejempul terkeluar dari kerudung.

dan rakyat negara timurs semakin terkejut lantaran bangkitnya seorang Profesor Pengajian Islam, yang dulunya pernah menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. sang Doktor wanita ini berkata bahawa wanita dibolehkan menjadi Imam dalam Solat Jumaat. maka dia mengemukakan sekian banyak dalil, daripada nas dan rasio. tetapi perjuangannya ditentang oleh kaum lelaki. dia dicemuh atas usahanya mau memberikan gambaran islam itu agama yang penuh kasihsayang kepada bangsa barat. dia disesatkan saat dia mau memenangkan Islam dari penindasan kaum salibi. malah ada yang hampir mengkafirkannya!

apakah salah Aminah Wadud ini?

kalaulah dia silap dalam ijtihadnya, apakah dia layak untuk dicemuh sebegitu dahsyat? padahal dia sudah layak berijtihad!

bukankah dia seorang alim yang sudah layak mengeluarkan pandangan? kalau dia tidak layak, apakah kerana dia wanita? padahal dia telah mendapat PhD dalam bidang agama! sedangkan para lelaki juga yang membuat fatwa2 asing ada yang tidak sempat mengambil PhD malah ada yang tak sempat menghabisi pengajian master.

dia mengaji agama bertahun-tahun lamanya, menjadi pensyarah agama, mendidik bangsa akan agama dan mengkaji agama? lalu apakah layak seorang ilmuan yang fatwanya kedengaran janggal diberlakukan sedemikian? padahal bagi seorang ilmuan lelaki, pandangan mereka yang antagonis tidak dimurkai manusia, tetapi mereka bersikap dengan tenang sambil berkata: “Ini adalah ijtihad seorang alim. kalau benar dia diberikan 2 pahala”.

kalaulah pandangannya tak memiliki hujjah yang kuat, dia tak harus di cerca, kerana pandangannya adalah khilaf ulama.

bukankah sesuatu khilaf itu benar semuanya? dan hal khilaf tidak harus diperbincangkan dan didebatkan atau dilakukan analisa lagi? maka fatwa aminah wadud ini berupa khilaf yang tak sepatutnya kita hina, dan khilaf nya bisa dianut oleh orang yang mengimaninya.

atau mungkin kejanggalan itu datang kerana kita kekurangan kajian. siapa tahu? seperti kata sesetengah dari kita, bahawa ada amalan yang kita lakukan ini dianjurkan oleh agama tetapi kitabnya telah terhapus dihumban oleh tatar ke dalam sungai furats ketika mereka membantai kota baghdad!

mungkin juga kerana keadaan masa yang tak mengizinkan lagi. mungkin juga kerana keadaan kondisi negara dia yang tak tergambar pada pemikiran kita.

hal ini bisa kita simpulkan dengan istilah “Realiti” alias waki’. kalaulah realitinya di barat mengharuskan dia mengeluarkan fatwa sebegitu, maka fatwanya hanya bersesuaian di sana, maka kita tak harus menyalahkannya kerana dia telah memahami realiti.

apapun aminah wadud telah berusaha sekeras mungkin untuk mengeluarkan ijtidah, sebatas dengan ilmu dan pemahamannya. dan ijtihadnya akan terjatuh dalam 2 natijah, pertama berupa kebenaran ataupun kedua ialah bid’ah hasanah. tiada ke3 atau keempat. kerana dia telah allah janjikan 1 pahala paling kurang.

hanya saja kaum lelaki berdengki dengannya. kerana dalam berdekat lamanya tak ada seorang wanita pun yang mengambil kerusi dalam berfatwa. tiba-tiba muncul seorang wanita yang punya gagasan yang hebat seperti dirinya. sudah pasti keberadaannya dianggap sebagai ancaman kepada kaum lelaki. justeru, dia harus dilanyak dan dihabisi.

kalian coba fikirkan, apakah beda antara fatwanya [dengan sedikit tandaan iaitu pengasingan lelaki dan perempuan harus dibuat] dengan yasinan malam khamis? antara fatwanya dengan maulidan? antara fatwanya dengan berzanji? dengan kenduri arwah dan banyak lagi amalam bid’ah hasanah?

tiada!

justeru mengapa kita mengunjingnya seperti dia amat berdosa besar? padahal kalau dia berdosa, sudah semestinya kita juga berdosa, kerna kita maulidan dan yasinan dan bahaulan (bahaul = kenduri arwah dalam dialek banjar) padahal sang nabi dan sahabatnya juga tak pernah melakukannya.

zikir kita yang beramai-ramai itu juga kita lakukan atas pandangan kita mau menghidupkan suasana islami. maka wadud juga berpikiran sama. malah dibenua sana, fatwanya amah dibutuhkan. justeru kita sama dalam hal itu.

kita lakukan majlis salam-salaman seusai solat kerna ada petunjuk dari rasul secara umum untuk mengucapkan salam. maka wadud juga melakukannya atas ada anjuran secara umum dari Islam.

kita membuat majlis kunjungan kuburan pada lebaran kerana mau mengambil pelajaran, maka wadudu juga melakukan khutbah dan solat jumaat kerna mau memberi pelajaran.

dan saat kita mau derda’wah maka kita gunakan semua sumber kita, termasuklah menyanyi dan berdansa. maka apakah salah wadudu melakukan hal itu sebatas mau menda’wahkan Islam pada kaum salibi? kalau dia salah, maka kita lagi bersalah.

kemudiannya ketika kita mentalkinkan mayat yang sudah dikambus, atas dasar ada dalil yang membolehkannya walaupun dalil itu tidahlah absah, maka ketika wadud membawakan dalilnya berupa sebuah hadith yang juga tidak absah, mengapa kita menolaknya? padahal dalil kita kalau ditimbang secara adil, sama saja seperti dalil wadud – tidah boleh dijadikan hujjah ilmiah!

dan saat kita mula mengangkat tangan dan mengaminkan doa bersama imam, kita menyedari bahawa alaman itu bermula setelah habisnya zaman kenabian. begitu juga berzanji yang wujud pada zaman kerajaan fatimid di mesir, maka apakah salah kalau fatwa wadud lahir pada zaman ini?

banyak lagi hal-hal yang kita lakukan berupa pertimbangan yang berat sebelah keatas fatwa aminah wadud ini. saya simpulkan doktor ini sebagai malang kerana dia menonjol pada dunia yang tidak mau menerima pandangannya kerana dia seorang wanita. rupa-rupanya dunia timur ini juga mengalami sakit jantina.

tetapi alhamdulillah, allah memberikan taufiq dan hidayahnya kepada saya. setelah merenungi dasar-dasar bid’ah hasanah dan kayu pengukur bid’ah hasanah ini, maka saya ketemu bahawa fatwa aminah wadud ini tetap boleh diterima, dan hakikatnya fatwa ini berupa salah satu bid’ah hasanah yang terbaru.

cuma ilmuan kaum lelaki itu sudah bersifat sebegitu. mereka tidak malu untuk menyalahkan orang lain dan membenarkan diri sendiri. seperti itulah kerjanya sang badud, yang memakai bedak putih di muka dengan ketebalan 1 inci, melekankan bola merah di hidung dan memakai baju besar, supaya orang tak mengenali dirinya dan sang badudu ini akan membuah lakonan supaya manusia terhibur. dan kadang-kadang memang dia telah melakukan kesalahan namun orang tetap menganggap itu adalah lakonan.

begitulah orang yang bersorban, apa saja darinya akan diabggap kebenaran walau kadang-kadang dia tidak benar!

justeru gelombang wadudisme berupa satu anjakan baru untuk menyedarkan kaum intelek lelaki supaya berlapang dada. kaum lelaki harus sedar bahawa kejantanan bukan bermakna menguasai wanita atau mengambil kerusi untuk berfatwa. jantan itu ialah bila kita bersedia untuk menerima kebenaran tanpa mendustakannya.