Posts Tagged ‘Atheis’

Agama “Sains”

Oktober 15, 2008
Agama "Sains & Teknologis"

Agama Sains

 

Manusia sebenarnya lahir tanpa tahu apa-apa, dia seorang yang jahil lagi bodoh. Malah amat memalukan sehingga dia terberak dan terkencing tanpa mengerti apa-apa juga. Lebih menjijikkan bila dia bermain dan bergolek dengan tahi hingga badannya terpalit.

Lalu ibunya dan ayahnya mengajarkan dia makna hidup. Apabila meningkat besar, dimasukkan ke sekolah belajar 1 + 2 bersamaan 3, ilmu bahasa, ilmu cakrawala. Lalu setelah itu dia masuk sekolah yang lebih tinggi; belajar ilmu hisab yang lebih rumit dan ilmu pengetahuan yang lainnya, sehingga dia menjejak kaki ke pengajian tinggi.

Makanya kepandaiannya yang dia ada adalah hasil penekunan dia di sekolah dan makna yang disampaikan oleh orang tuanya. Tanpa sekolah dan orang tua, dia tak mengerti apa apa, mungkin dia sekadar tahu makan, berak dan berasmara, macam orang dalam gua batu dahulu.

Justeru, pengetahuan itu semakin hari semakin berkembang, sesuai dengan pengkajian manusia. Apabila ada sahaja manusia mengkaji sesuatu maka dia akan beroleh ilmu kefahaman tentang sesuati itu. Kalau dia sebarkan maka manusia lain pun mengeti akan sesuatu itu. Kalau tiada sesiapa yang mengkaji sesuatu itu, maka tiada siapa kn mengerti dan memahami sesuatu itu hingga kiamat nanti.

Dan juga pengetahuan itu memberi erti bahawa jurang antara bijak dan jahil semakin membesar- antara seorang yang tidak mengerti dan orang yang mengkaji akan terdapat berlipat kali lebar jurang ilmu. Si jahil itu bukanlah lambang bahawa ilmu tersebut tiada tetapi dia adalah bukti bahawa jahil itu maujud. Dan si jahil itu akan menafikan ilmu yang dimiliki oleh si pengkaji kerana kejahilannya.

Seterusnya kajian yang dilakukan oleh orang tadi diteruskan oleh penkaji terkebelakang, menjadikan ilmu yang terkumpul semakin menggunung. Membesar dan menerang dan akhirnya akan memberi gambaran kepada betapa hebatnya dunia.

Dunia tidak tercipta dengan pembinaan pengetahuan kita, tetapi dunia lah yang memberi kita kesadaran untuk menekuni dsan memerhati. Maknanya ilmu yang kita perolehi ini berupa satu khazanah yang tertimbus, yang kita harus gali abar menjumpainya. Ilmu bukanlah tercipta tetapi ditemui. Jangan silap sangka, bahawa manusialah yang mencipta ilmu, kerana manusia sebenarnya jahil seperti mula-mula dia keluar dari perut ibunya tadi.

Begitu juga dengan alam ini, dia tercipta bukan begitu sahaja tetapi dunia dibukin begitu tersusun. Untuk mengatakn bahawa dunia lahir dari satu zarah, kemudian berkembang dan menjadi lengkap, berupa satu kebodohan yang sengaja dihinggap oleh orang-orang yang beriman bahawa “ilmu dicipta, bukan ditemui”.

Justeru manusia yang beriman dengan sains adalah manusia yang tersilap pikir. Serong jalan imannya .

Cukup mudah ialah sains masih tidak mamu menerobos keseluruhan langit. malah sains masih tidak mampu untuk mengubati maut!

Kalau sains boleh mengubati maut, maka haruslah kita beriman dengan agama sains.

Apa Benar Tuhan Itu Maujud?

Oktober 13, 2008
Haq - Haqiqat Wujud Tuhan

Haq - Haqiqat Wujud Tuhan

 

Saya dikejutkan pada jam 1 pagi dengan deringan telepon. Rupanya Faruqi, seorang teman dari Sabah bertanya khabar. Hal ini biasa berlaku kepada saya. Dan saja juga selalunya akan berasa gembira tatkala ada seseorang yang mau berbicara sama saya. Ia bukan beban, atau kegelisahan. Gembira, dan aman.

Kata teman, dia diajukan dengan serangkai soalan dari seorang lelaki cina, teman sekuliahnya. Sebelum ini saya sudah diceritakan oleh Faruqi akan lelaki cina ini, dan saya menganggap dia sebagi lelaki yang coba memperdayakan manusia beragama kepada “agama untuk tak beragama”. Ini telahan awalan saya, yang saya juga tak pasti apakah benar atau melencong. Selang masa dulu.

Tapi malam tadi Faruqi membenarkan andaian saya; bahwa lelaki cina itu tidak mau mempercayai agama dan tidak mau mempercayai wujud tuhan. Justeru anggapan saya sedari awal lagi bahawa dia [ lelaki cina itu] yang sering membelek-belek kitab Islam hanyalah sebatas mau mencari kesilapan logik dalam Islam lalu dia mempergunakannya untuk mewujudkan keraguan dan membawa kepada kemurtadan.

Sebenarnya saya bersimpati kepada lelaki itu, kerna sebenarnya dia adalah contoh manusia yang kecewa dengan agama nenek moyangnya – khayalanisme. Satu agama yang lahir dari imijinasi yang tak sempura, kerna yang digunakan dalam merencana setiap dasar dan hukum adalah minda yang terbatas kemampuannya. Agama itu kelihatannya sesuai dan digunakan oleh bangsa primitif, tetapi apabila ilmu dan teknologis berkembang, setiap manusia menyedari bahawa minda harus bebas lepas, banyak berpikir, banyak mencerap, manusia mulai banyak memperolehi pengetahuan, maka agama yang elok dan sempurna pada pandangan nenek moyang itu kelihatannya sudah tak relevan dan amat banyak cacat celanya dari ilmu logika dan ilmu semasa.

Begitulah yang dihadapi oleh lelaki cina itu; perasan yang tak keruan, antara menerima sesuatu yang tak logis atau membenarkan pemikiran sendiri yang terasuh dengan didikan ilmu sains moden. Seperti ditelan mati emak, diluah mati bapa. Lalu akhirnya setelah otaknya rungsing, dia membuatt kesimpulan yang ekstrim: bahawa agama adalah bikinan manusia yang hatinya keluh-kesa, tuhan adalah dongengan manusia zaman bahari. Yang sebenarnya ialah manusia itu telah dicukupkan dengan aqal, maka aqallah yang menentukan segalanya.

dia sebenarnya mengalami masalah mental – kecelaruan pemikiran; “sindrom penafian”. Menafikan sesuatu yang dia tak dapat hadapi. Begitulah tabiat banyak manusia. Seperti orang yang bermasalah akan menafikan dia sedang bermasalah, orang yang sakit akan menafikannya dia sedang sakit, dan orang gila semestinya akn mengaku tidak gila, waras!

Bagaimana dia mahu menerima agamanya nenek moyangnya; tuhan itu berbentuk manusia – bangsa cina, punya jantina, malah boleh makan dan minum, butuh kepada pakaian, berkuntau dengan setan, kadang-kadang dewa atau dewi tewas di tangan setan dalam pertempuran. Semua ini tak rasional.

Sepatutnya tuhan itu tak bisa digambarkan oleh indera kita yang 5; Tuhan tak harus punya jasad seperti manusia, Tuhan tak butuhkan pakaian, Dia selalu [senantiasa] menang diatas tandingannya dan setan, malah Dia punya kekuasaan mutlak. Tuhan adalah sesembahan yang maha hebat, tak terjangkau fikiran.

Malah agama yang menunjuki kepada Tuhan itu juga tak harus punya kepemilikan-bangsa, kultur-budaya, seni-rupa. Kerna agama harus bersikap universal seperti Tuhan yang sarwajagat. Harus Tuhan dan Agama-Nya itu dimiliki oleh tiap-tiap bangsa, oleh tiap-tiap budaya, oleh tiap-tiap rupa, sehingga ia menjadi Tuhan yang sebenar yang telah menjadi pencipta makhluk-makhluknya yang berbagai bentuk. Walaupun berbagai rupa makhluk, tapi mereka menyembah tuhan yang satu. Inilah yang harus ada bagi tuhan yang memiliki jagatraya ini.

Kalau Tuhan itu bangsanya Cina, apa mungkin seorang India akan memelok agama Budha? Pastinya tidak! Kalau Tuhan itu berpakai sari, apakah mungkin orang Melayu yang bertengkolok akan menjadi Hindu? Pastinya tidak! Dan kalau tuhan itu selalu disajikan dengan ketupat, apakah seorang Nasrani yang makan pasta akan memeluk agamanya Melayu? Sungguh aneh!

Justeru kerana tekanan pikiran logisnya itulah mendorong dia murtad dari agama nenek moyangnya dan berpindah kepada satu agama baru: “kepercayaan untuk tak mempercayai sebarang kepercayan” – atheis. Ini kerana dia telah diasuh dengan pikiran sain moden yang bersikap sekular – memisahkan ilmu dengan keTuhanan.

Dan dia merasakan bahwa menjadi atheis seorang diri sangatlah membosankan, makanya dia harus mencari teman yang serupa dengannya – yang kecewa dengan agama imijinasi. Kerna itulah dia coba mengajukan banyak soalan yang berputar-putar pada prinsip logika kepada Faruqi, dengan harapan dia memperoleh teman sepermainan yang baharu. Memang duduk berseorangan melelahkan jiwa.

Kalau amoi cina kelarin tak mau menganut Islam kerana takut dipotong kelumbit kemaluan [walhal berkhatan bukanlah wajib], tapi lelaki cina ini bertanyakan tentang keadilan Islam, tentang hudud, tengan potong tangan.

Saya katakan: “ini bukan soalan yang wajar dari seoerang atheis. Dia sepatutnya mempersoalkan tentang kewujudan tuhan dan rasionalnya sebuah agama menjadi anutan, bukan mempertikaikan hukum-hukum didalamnya, kerna menafikan hukum belum mampu menafikan agama. Kalau ada hukum Islam yang tak benar, maka seorang Muslim mungkin akan menjadi seorang Nasrani akhirnya. Tetapi kalau dia berjaya meragukan akan kewujudan tuhan, pasti seorang Muslim akan mengikuti jejaknya – tak mempercayai tuhan”.

Tetapi mungkin lelaki cina ini mengerti bahawa agama yang benar adalah Islam, maka kalau dibuktikan bahawa ajaran Islam itu tak memenuhi piawai keadilan, sudah pasti penganutnya akan menjadi atheis, dan mustahil penganut nya akan memilih agama lain, kerna bagi penganut Islam, agama yang terbaik, yang sempurna, yang tak ada kesilapan, yang cemerlang adalah islam semata-mata. Maka yang murtad dan masuk agama lain, selalunya yang tak mengerti alif ba ta.

Saya katakan lagi bahawa persoalannya itu telah usang, semuanya telah terjawab oleh para cendiakawan Muslim. Tentang keadilan; apa yang dia maksudkan dengan adil? Apakah adil itu ertinya sama berat? Kenapa wanita itu diberi beban mengandung dan merasa azab bersalin, sedang laki-laki senang-senang saja? Itu tak adil. Atau ertinya persamaan? Mengapa lelaki sahaja harus mencari rezeki dan para isteri senang-senang saja di rumah? Itu tak adil! Mengapa wanita punya buah dada yang besar? Dan lelaki punya lebihan di celah kangkang? Seharusnya lelaki dan wanita harus sama!

Dan dia seterusnya mengatakan bahawa hukum potong tangan itu tak benar – zalim. Maka saya katakan bahawa apa yang dia akan lakukan kepada pembunuh ibu bapanya? Mengampunkan? Atau denda RM 25 000 atau humban ke sel selam 25 tahun? Atau dia akan tenang kalau pembunuh ibu bapanya dipancung batang leher?

Begitu juga pengetahuannya tentang pendidikan dan hukum sebenarnya terhad. Sehingga dia tak mampu mengerti bahawa dengan hukuman sebegitu, masyarakat akan terdidik untuk berkelakuan mulia dan terhindar kerosakan dalam masyarakat. Sehingga dunia zaman ini terpaksa akur dengan rekod jenayah Saudi yang begitu sedikit, dan dunia menyaksikan jenayah paling menggerunkan di Amerika, padahal Amerika adalah sebuah negara yang memperjuangkan “keadilan dalam versi manusia rasional”.

Terus saya ajukan; dia seharusnya cuba buktikan bahawa tuhan itu tak wujud, dengan sekelian dalil. Justeru bila dia berjaya meyakinkan kita bahawa sememangnya Allah itu adalah khayalan dari minda, seperti fatamorgana di tengah panas bolong, maka dia telah benar. Tetapi andai dia tak dapat membuktikan bahawa tuhan itu tidak maujud, dia haruslah beriman dengan Allah.

Begitu juga setelah itu dia harus buktikan bahawa dia sememangnya hidup, punya penghidupan, bernyawa. Dia – lelaki cina itu – bukanlah khayalan seperti dalam filem Metrik. Apa yang dia lalui dalam “hidup”nya adalah benar, bukan palsu.

Kalau benar manusia itu terwujud dengan sendiri, bukan dengan ciptaan Tuhan, berevolusi dalam ribuan tahun yang dikutip dari teori Darwin, mengapa terwujud lelaki dan perempuan; satu punya faraj, serta satu lagi punya zakar? Mengapa bukan 1 jantina, atau 3?

Inilah antara soalan yang harus kita tanyakan kepada kaum Agama Atheis. Kita janganlah menuruti kehendak mereka dengan menjawab semua soalan logis mereka, tetapi sepatutnya kita yang mempersoalkan mereka tentang keyakinan mereka. Menjawab yang paling mujarab ialah dengan menyoal kembali. Jadi, saya merasakan soalan ini sudah cukup untuk membuat dia terdiam dan meninggalkan metoda logisnya dalam berfikir hal ketuhanan dan keagaman.

Sebenarnya, untuk tidak mempercayai wujud tuhan itu terlalu sukar ketimbang beriman dengan maujud Allah. Menafikan sesuatu yang ada itu kan sulit, sedang membenarkan sesuatu yang terbentang di depan mana itu terlalu mudah.

Otak Melawan Tuhan

Oktober 13, 2008

 

menariknya ialah ada manusia yang meletakkan AKAL sebagai pengukur kebaikan dan kebenaran.

mereka ambil dari ahli filsafat yunani, antaranya yang mengatakan bahawa akal yang menunjuki kebenaran. lalu paham ini menyerap kedalam umat saat dibukakan khazanah larangan bagi bangsa salibi ketika kaum muslim memerdekakan negara barat [mungkin pulau syisilis]. mereka sendiri mengharamkan kepada umat mereka ilmu tersebut tetapi umat kita dengan berani memterjemahkannya [atas yakin bahawa aqidah islam masih mampu memjadi benteng] tapi natijahnya ialah kejadian itu membidani Kaum Mu’tazili.

justeru, kaum Mutazilah mengatakan bahawa AQAL mampu membimbing manusia untuk melihat kebenaran. malah aqal lah timbangan utama, kemudian barulah aql quran dan as sunnah.

apakah kita sadari, bahawa aqal yang lahir dari otak adalah organ, sama seperti pernafasan lahir dari gabungan organ seperti peparu dan trakea, penglihatan lahir dari mata dan otak. maka apabila dinamakannya sebagai organ, pasti ia punya kapasiti dan kapabiliti. mata tak mampu mencerap jarak yang terlalu jauh, telinya tak mampu menangkat kalimat yang terlalu perlahan, maka otak tak mampu memikirkan akan kebaikan sendirian.

kemudiannya mata akan mengalami kemunduran sejalan dengan peningkatan usia pemiliknya. dia akan menjadi rabun, penglihatan nya yang dahulu jelas sekarang menjadi kabur. malah mata juga mungkin disabotaj oleh penyakit seperti katarak. maka begitulah juga otak yang melahirkan aqal. dia akan mundur ditimpa penyakit pikun, malah dia juga sering dihinggapi penyakit lupa, sama ada lupa yang serius atau yang ringat seperti terlupa membawa kunci rumah ketika keluar berjalan-jalan.

lalu apakah kepada sesuatu yang diciptakan, yang mempunyai had dalam menjalankan peranan serta yang akan mundur dan berpenyakit, kepada “benda” ini kita sandarkan kebaikan dan keagamaan kita? ini satu logik yang tidak logika.

kita menasihatkan kepada umat islam yang selalu menggunakan aqal dalam menilai agama supaya meninggalkan metoda tersebut kerana akal mereka sendiri masih tak mampu menilai kebaikan dan keburukan. apakah aqal mereka mampu membedakan antara biawak dhab dan komodo, yang mana satu boleh dimakan dan yang mana satu haram atau kedua2nya halal atau kedua2nya haram, tanpa merujuki hadith? pasti tidak.

lalu untuk menutupi kesalahan ini, mereka pengagung akal mengatakan bahawa kita harus mengikuti aqal selagi ianya tak bersalahan dengan al quran dan as sunnah. kalimat ini kelihatannya benar tetapi dimaksudkan dengan penuh muslihat. mereka menginginkan bahawa aqallah yang menunduki kedia khutub itu. seperti kata fakhrur razi; “ketika bertembung antara aqal dan naqal, maka aqal harus dimenangkan”. begitu juga yang diungkapkan dalam Kitab Jauhar at Tauhid dan Aqidatun Najin. ungkapan itu sekadar bersilat lidah, atau berhelah dalam bermadah.

kalau merujuk kepada slogan itu, akal tetap dibimbing oleh al quran dan as sunnah. kerana prasyarat diterimanya aqal apabila ia secocok dengan tuntunan al quran dan as sunnah. kalau aqal didapati berbenturan dengan al quran dan as sunah, mengikut kaedah mereka, aqal akan ditinggalkan kerana ia adalah aqal yang tidak benar.

malah otak yang kurang bermaklumat dan pengalaman, akan melahirkan aqal yang senteng. benarlah ada sesetengah orang berkata, bahawa kita ini manusia yang kurang cerdik. kerana membebankan sesuatu yang rapuh.

oleh itu, lemparkanlah tabiat untuk mengatakan sebegini; “bukankah ianya baik kalau dibikin seperti ini….”

kita adalah manusia islam yang allah bekali dengan dua petunjuk, iaitu kitab dan sunnah, yang keduanya tak luput dengan pergerakan usia, tak sangkut dengan penyakit dan tetap terjaga. kerana keduanya adalah dari allah. malah Al quran adalah kalimat allah, bukan makhluq, sedangkan aqal dan otak adalah makhluq.