Posts Tagged ‘Dalil Agama’

Guru Sorban Besar

Oktober 11, 2008

 

memalukan.

ini lebih memalukan daripada anak muda yang dalam perjalanan balik ke kampung. bas bergerak laju dan malangnya jalan seperti ular dipalu. di tengah lebuhraya dia merasa melugai, kepala pening. tanpa sempat mengambil sebarang bekas, isi perutnya terkeluar tanpa sempat ditahan. dia muntah di atas lantai bas. lantas bau masam, hapak, busuk bertebaran dan mencucuk hidung-hidung penumpang yang lain. muka anak muda itu merah menahan malu. dia lantas mengelap muntahnya. dan dalam hatinya, dia terasa amat malu.

lebih mengaibkan dari

lebih mengaibkan dari seorang yang terlihat anggota sulitnya saat dia sedang menunaikan hajat di kedai mamak dan ada orang yang menolak pintu tandasnya. dia terlopong seketika dan lantas menutup mukanya dengan sebelah tangan. sebelah tangan yang tersisa itu dihalakan ke anggota sulitnya, ataupun diguna untuk menolak daun pintu. perasaannya kecewa. kalaulah dia tiada wajah dan 2 biji mata, pasti dia tidak malu sebegitu teruk.
maka barulah kita pahami bahawa malu itu letaknya di muka dan mata dan minda. kerana itu juga burung unta, saat dia ketakutan, dia akan menyorokkan kepalanya ke dalam tanah. padahal badannya yang besar masih kelihatan dari kejauhan. ini semuanya kerana muka.

tetapi rupanya ada lagi hal yang amat memalukan selain dari 2 hal diatas.

mungkin kita boleh andaikan bahawa; oleh kerana manusia yang melakukannya tidaklah terasa amat bersalah, atau amat memalukan, maka hal itulah yang menjadikan ia kemaluan yang teragung. dan orang yang melakukannya itu dipuja dan sokong.

boleh bayangkan tak; bagaimana seorang yang bersorban besar, berjubah besar, bertasbis besar, berpengikut besar, pendeknya semuanya besar-besar belaka. orang iini juga digelar Tuan Guru Besar, senang sekali dia menggunakan perisai agama untuk kepentingan dirinya. dia mengaibkan.

dan murid-muridnya yang bergerombolan itu pula tak segan silu untuk senantiasa mengucup tangannya. mereka ta’jub dengan sorbannya dan mengatakan: “Inilah Guru Mursyid”. maka sang guru mustahil baginya kealpaan – kekhilafan – kelalaian – kesalahan. dia ma’sum. lantaran itu, apa saya yang terpacul dari muncung bibirnya adalah kebenaran, setingkat dengan perkataan Allah dan RasulNya.

dan andai sang guru boleh meramal, dan melompat agak jauh dari kebiasaan orang, apatah lagi kalau mampu terbang. maka para muridnya pasti akan menuhankannya disamping Rabb Azza Wa Jalla. mereka tidaklah mengambil colok dan membakarnya lalu ditancapkan di hadapannya. tidak! mereka menuhankannya dengan mengimani setiap katanya tanpa bangkangan. setiap hikayat yang dicanangkan diyakini benar dari Allah. mereka percaya sang guru boleh ke makkah dalam sekejip mata. malah setelah mereka mati, para muridnya membayangkan wajahnya setiap kali mau berzikir kepada Allah!

sungguh memalukan sikap anak murid yang jumlahnya bergerombolan ini! bagaimana mereka bersikap dan bersifat begitu. sepertinya akal mereka tidak berguna, padahal mereka lah yang paling gemar membaca sifat 20 yang berisi mantiq!

saat mereka membahaskan arad dan jauhar bagi sifat allah, maka akan bermunculanlah kalimat “mustahil allah begitu”, “ini tidak boleh kerana logiknya begini”. tetapi saat mereka berdepan dengan sang guru, maka logika yang mereka bangunkan keatas Allah terhapus, luluh, dan tidak dihitung langsung.

nampaknya Allah itu terlingkup dengan Hukum makhluk, dan Sang Guru Mursyid itu terkeluar dari sebarang hukum. maka kalau demikian, Allah lebih kerdil dari guru mereka! dan selayaknyalah Allah meletak jawatan sebagai Tuhan. kalau degil juga, lucutkan saja dan berikanlah tugas Tuhan itu pada para Wali.

mereka bukan sahaja mau jadi tuhan, tetapi juga mau jadi Rasul. kalau datang pada mereka satu hadith nabi, maka mereka akan berkata: “Tangguh sebentar, kita semak kitab kuning akan tafsirnya dulu” walaupun makna hadith tersebut jelas maksudnya dan jelas sandarannya. terkadang mereka melupakan ucapan nabi dan mengambil ucapan guru mereka atau imam mazhab mereka.

kemudian antara kerja yang memalukan juga ialah para guru dan para murid ini tidak segan-segan memalsukan hujjah, mendhaifkan hadiht yang sah, mengsahkan hadith yang dhaif, semata-mata untuk menyokong paham mereka.

mereka tetap bongkak dengan alasan-alasan logik, emosi, parduga. saat lawan mengemukakan hujjah dari kalam para ulama silam, mereka menutup telinga dan yang lebih berani, mereka mendustakan kalam tersebut.

cukuplah bagi kita saat Hasan As Saqaf menulis dalam kitab-kitabnya segala pembohongan, malah dia sempat keluar dalam TV dengan membohongi Syeikh Ramadhan Albuti! hal ini disaksikan oleh seluruh rakyat Jordania. kemudian dia menulis di markasnya “aku lebih ilmuan dari Ibn Katsir”! dan saat dia menghinakan Ibn Taimiyyah, antara alasannya ialah Ibn Taimiyah tidak berkahwin, tetapi dia menamakan markasnya Imam Nawawi, padahal sang Imam juga tak berkahwin!

inilah antara hal yang sangat memalukan dan mengaibkan. yang tanpa kita sadari bahawa hal ini dilakukan oleh para ahli agama. mereka orang agama, telah menutup kejahatan diri mereka dengan semutar dan jubah besar. mereka menguasaai ilmu agama, sedangkan kita terlalu sedikit pengetahuan akan ilmu tersebut. maka mereka boleh memanipulasikan tanpa pengetahuan kita.

ibarat doktor yang mempelajari ilmu kesihatan kemudian membuka kantor persendirian, dia mengatakan kepada kita bahawa sakit kita adalah kronik, harsu dirawat segera, dibedah, diambil ubat perawatan. padahal kita hanyalah sakit keletihan. tetapi kerana kita amatlah jahil akan ilmu kedoktoran, maka kita ikuti saja. kemudian apabila ada sanak saudara kita yang punya sintom serupa, maka kita pun mengatakan persisi seperti kata sang doktor tadi. kita mengimaninya berkurun lamanya.

padahal kalau mengikut ilmu kedoktoran yang hakiki, sikap doktor tersebut menyalahi etika kerja, malah ilmunya juca cetek. tetapi apakan daya, dia telah sampai dahulu ke kampung tersebut dan dia punya rakat sehasutan yang banyak. maka apabila datang doktor yang membawa ilmu kedoktoran yang benar, maka doktor yang meracau itupun keketaran, terketar ketakutan memikirkan tiada pesakit yang mau lagi membayar wang yang benyak kepadanya nanti. mala makar harus dilancar. kemudian fitnah itu dipercayai oleh para penduduk. inilah natijak kerana kejahilam bertompok-tompok.

hal yang sama berlaku kepada para ilmuan ISLAM silam, ilmu mereka didustakan oleh para guru sorban besar. dan tatkala datang warisan dari para ulama silam kepada umat, maka para guru sorban besar membuat helah tipudaya.

tetapi ada bedanya antara ilmu kedoktoran dan keagamaan. hasil akhirnya keluar berbeda. perdebatan antara doktor palsu dan doktor benar mudah dinilai. kalau ilmu kedoktoran itu silap, hasilnya boleh dilihat sekejap, di dunia – mati atau masih hidup, sembuh atau makin melarat. tetapi kalau ilmu keagamaan itu silap, maka hasilnya hanya dapat dilihat di akhirat saja, dihumban dalam neraka atau dijemput masuk syurga. hasil akhir hanya dilihat setelah mati, justeru umat mana mungkin akan mengerti dengan gampang. yang akan mengerti hanya manusia ikhlas dan jujur pada diri, dan yang berfikir dengan menggunakan al quran dan as sunah mengikut pahamnya para murid baginda Muhammad.

walau bagaimanapun, manusia yang ikhlas mencari kebenaran kemudian dia jujur pada dirinya saat menemukan kebenaran itu, diatas timbangan alquran dan alhadith mengikut pemahaman para salafus soleh, jumlah mereka sedikit. tidak banyak. yang banyaknya umah yang tidak menggunakan minda, tidak mengerti alquran dan tidak mementingkan hadith. lalu jadilah mereka seperti kerbau yang tidak mengerti apa-apa meliankan berkubang dan menyondol. dan yang menarik hidung-hidung kerbau ini ialah para embalanya yang memakai baju besar dan tutup kepala yang besar. dari kejauhan orang sudah mengetahui bahawa dia adalah badut-badut agama!

Advertisements