Posts Tagged ‘Hasan As Saqaf’

Mempelajari Kaedah Rahsia Dalam Berhujjah

Disember 13, 2011

Saya akan ajarkan kepada para pembaca beberapa kaedah berhujjah yang terkenal dalam umat Islam.Camkanlah hal ini dengan baik dan ingatlah ia kerana perkara ini akan selalu kita hadapinya. Kaedah ini merupakan teknik rahsia yang hanya diketahui oleh mahaguru tertinggi.

Kaedah Pertama

Salah satu darinya adalah kita mendustakan kitab yang ditulis oleh tokoh yang menyerang pemahaman kita. Kita ciptalah pelbagai alasan agar tuduhan itu nampak rasional dan boleh diterima oleh masyarakat yang tidak mengetahui hakikat sebenar.

Kita ada tiga pilihan untuk tujuan tersebut; pertama kita katakan bahawa kitab itu telah dirubah oleh penerbit ataupun pentahqiq yang memang bermusuhan dengan mazhab kita. Mereka (penerbit atau pentahqiq) telah memadam perkataan sebenar tokoh tersebut dan memasukkan perkataan palsu lalu diatasnamakan pada tokoh berkenaan.

Kedua; kita katakan saja bahawa kitab itu ditulis semasa tokoh tersebut sesat atau pada fasa awal kehidupannya; sementara beliau telah ruju’ (taubat) di penghujung nafas sebelum meninggal dunia. Lantas sebab itulah kandungan kitab tersebut menyalahi aqidah kita.

Ketiga; kita terus nafikan kitab itu ditulis oleh tokoh tersebut sebaliknya kita lemparkan tuduhan bahawa kitab itu ditulis oleh musuh kita lantas dinisbatkan kepada tokoh ternama tadi.

Kita lakukan hal ini agar masyarakat tidak mengesyaki bahawa imam tersebut tidaklah beraqidah seperti aqidah kita walaupun kita menamakan mazhab kita sempena nama beliau. Seperti yang telah kita lakukan kepada kitab Al Ibanah Al Ushul Ad Diyanah karya Imam Asya’ari.

Sekiranya kita membenarkan kitab Al Ibanah itu sebagai antara karya terakhir sang imam, pasti secara automatik kita terpaksa mengakui bahawa aqidah yang kita sandang merupakan aqidah yang melencong. Malah Imam Asya’ari berlepas diri dari aqidah yang kita anut. Serta dengan nyata Imam Asya’ari menetapkan dalam kitabnya bahawa mazhab Salaf sebagai aqidah yang benar.

Oleh itu bagi memastikan survival mazhab kita, kita wajib bermati-matian untuk mendustakan kitab tersebut walaupun para imam Ahlus Sunnah sepakat untuk menerima kitab itu. Seperti Ibnu Asakir, Imam Ad Dzahabi, Ibn Katsir dan banyak lagi para imam yang mengakui kitab tersebut antara karangan terakhir Imam Asya’ari.

Kaedah Kedua

Kaedah seterusnya adalah memalsukan perkataan para imam agar masyarakat melihat imam-imam Ahlus Sunnah bersama-sama dengan kita dalam mazhab yang kita anut. Dengan demikian kita akan mudah mempengaruhi masyakat untuk menerima dakwah kita; terutamanya bila kita berkata “pemahaman yang kita perjuangkan ini merupakan lanjutan dari pemahaman para salafus soleh. Buktinya kita memiliki senarai panjang nama ulama’ yang beraqidah seperti kita”.

Lantas kita katakan Imam Syafi’e menolak khabar ahad sebagai dasar aqidah. Juga katakan bahawa tokoh lain pun sama sependirian dengan Imam Syafi’e seperti Ibn Taimiyah, Ibn Katsir, Ibn Hajar Asqalani, Imam Nawawi dan banyak lagi.

Lantas kita ambil perkataan mereka yang bersifat umum lalu kita asak perkataan tersebut agar kelihatan bersesuai dengan aqidah kita. Justeru kita katakan kepada masyarakat: “Kita tidak wajib untuk mempercayai qadar, azab kubur, turunnya Isa, keluarnya Dajjal, dan banyak lagi hal-hal yang Rasulullah saw ceritakan tentang perkara akhir zaman.

Kita ambil contoh seperti Hizbut Tahrir yang mengatakan Ibn Hajar menolak keimanan yang bersumber dari hadis ahad. Kita katakan bahawa ucapan beliau dinukil dari kitab magnum opusnya iaitu Fathul Bari Syarah Shahih Bukhari. Balam masa yang sama kita sedia maklum bahawa dalam Fathul Bari, Imam Ibn Hajar menetapkan keimanan kepada qadar dan menentang orang yang menolaknya dengan memanggil mereka sebagai Qadariyah. Sang Imam beriman adanya azab kubur dan banyak lagi hal-hal keimanan yang berasaskan kepada hadis ahad.

Dalam masa yang sama kita berharap agar umat tidak membaca kitab-kitab aqidah para imam tersebut. Dan memang kita tahu bahawa orang awam tidak pernah melihat kitab aqidah mereka. Malah kita juga tahu bahawa ramai para guru tidak pernah membaca kitab-kitab aqidah para Imam Ahlus Sunnah ini walaupun mereka belajar jurusan aqidah dan usuluddin di universiti.

Kita boleh tanyakan kepada para guru yang mengajar kita, apakah mereka pernah membaca kitab Ar Radd Alal Jahmiyah karya Imam Ahmad? Ar Radd Alal Jahmiyah oleh Imam Bukhari? Ushul As Sunnah oleh Imam Al Humaidi? Kitab Nuzul Wal Kitab Sifat oleh Imam Daruqutni? Kitab Isbat As Sifat Al Ulwi oleh Imam Ibnu Qudamah dan banyak kitab para imam Ahlus Sunnah yang mu’tabar. Pasti mereka akan berkata “Saya belum pernah membacanya dan kalau ada, saya takut isinya telah dirubah oleh penerbit dan pentahqiq”.

Bagus! Jawapan yang diberikan oleh guru kita itu telah mengikut teknik yang telah kita pelajari diatas tadi. Bukankah telah saya katakan bahawa teknik ini akan kita hadapinya selalu dalam kehidupan beragama.

Kaedah Ketiga

Teknik yang terakhir adalah mewujudkan keraguan terhadap kredibiliti tokoh tersebut agar masyarakat menolak tokoh tersebut sekaligus menelantarkan kitab atau hujjah yang telah digunakan oleh tokoh tersebut dalam menentang mazhab kita.

Kaedah ini banyak diadaptasi dalam perbicaraan mahkamah agar perkataan saksi akan ditolak apabila didapati tidak adil, atau pendusta, atau berniat jahat, atau bersubahat dan sebagainya.

Seperti Syiah yang mengatakan bahawa para sahabat itu menjadi murtad apabila wafatnya Rasulullah saw, melainkan 4 orang sahaja yang masih Islam. Dan mereka mengambil agama dari empat orang inilah, kononnya.

Mereka juga mengatakan bahawa Ummul Mu’minin – A’isyah – itu merupakan pelacur dan perempuan jalang. Lebih keji lagi apabila Khomaini mengatakan bahawa Abu Bakr dan Umar merupakan berhala dan dia berazam untuk mengorek jasad kedua mereka jika dia berjaya menakluki Madinah satu hari nanti.

Justeru bagi merealisasikan kaedah ini; kita katakan sahaja bahawa Ibn Khuzaimah, Imam Ad Darimi dan Imam Izz Abdis Salam sebagai mujassimah (kaum yang menjisimkan Allah) kerana kita dapati bahawa mereka telah mengarang kitab yang menentang aqidah kita. Malangnya kitab mereka itu tidak mampu untuk dibantah secara ilmiyah oleh kita.

Oleh itu apabila kita menyebarluaskan penyesatan keatas mereka, kita berharap masayarakat akan menolak mereka sekaligus akan meninggalkan hujjah-hujjah mereka serta kitab aqidah mereka. Kita wajib berusaha untuk menolak kitab Ar Radd Alal Jahmiyah oleh Imam Ad Darimi agar aqidah yang kita anut tidak diketahui bertentangan dengan aqidah para sahabat Nabi saw.

Walaupun kita mengetahui bahawa seluruh ulama’ Ahlus Sunnah mengiktiraf mereka sebagai ulama’ mutabar, imam di zamannya, tokoh yang berpegang teguh dengan sunnah, ilmuan yang meniti jalan Rasulullah saw; namun kita juga mengetahui bahawa masyarakat awam tidak mengetahui hakikat ini.

Masyarakat hanya tahu beberapa nama sahaja seperti nama Imam Syafi’e, Imam Nawawi, Ibn Katsir dan Imam Ibn Hajar. Lebih menarik masayarakat hanya sekadar menghafal nama mereka namun tidak pernah membaca kitab-kitab mereka terutamanya kitab aqidah mereka.

Contohnya Imam Ad Darimi merupakan murid kepada Imam Ahmad, Ali Al Madini dan Yahya bin Ma’in; yang merupakan tokoh ulama’ agung. Malah Imam Ad Darimi juga merupakan guru kepada imam-imam yang hebat seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Tarmizi, Abu Zur’ah, Abu Hatim, Imam Abu Dawud dan banyak lagi. Masyarakat tidak mengetahuinya. Malah mungkin inilah kali pertama mereka mendengar nama “Ad Darimi”.

Sekiranya kita mengatakan Imam Ad Darimi sebagai sesat, pasti orang yang cerdik akan mengetahui bahawa secara tersiratnya kita turut menyesatkan guru beliau iaitu Imam Ahmad, dan juga seluruh muridnya iaitu Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Tarmizi, Imam Abu Dawud dan banyak lagi.

Namun kita percaya perbuatan kita ini tidak akan dihidu oleh orang awam melainkan yang memiliki ilmu dan yang ikhlas mencari kebenaran walaupun mendapat tentangan.

Albani Dan Kaedah Ilmiyah As Saqaf

Oktober 15, 2008

Tuan-tuan, marilah kita lihat bagaimana Zamihan dan gurunya Hasan Ali As Saqqaf yang kononnya mengaku sebagai Ahlus Sunnah membantah Wahabi. Saya bawakan artikel ini sebagai salah satu bukti bahawa kaum penentang Salafi hingga kini masih tidak dapat membawakan satu hujjah yang ilmiyah, seperti yang telah saya gariskan sebelum ini.
Hasan Ibn ‘Ali As-Saqqaf, seorang rakyat Jordan yang mendakwa berasal dari keturunan ‘Ali Ibn Abi Talib radhiallahu ‘anhum. Selain daripada bidang kajian hadith, beliau juga banyak mengkritk Al-Albani dalam bidang akidah melalui beberapa karyanya seperti At-Tandid Liman ‘Addada At-Tauhid dan Daf’ Shubah At-Tasybih.

Segala kritikannya terhadap Al-Albani dan pengkhianatannya terhadap agama telah dijawab oleh para ilmuan timur tengah dalam karya-karya jawapan mereka, antaranya:
1. Al-Kasyf ‘An Dalalat As-Saqqaf oleh Nasir Al-’Ulwan.

2. Ithaf Ahl Al-Fadl Wa Al-Insaf Fi Naqd Daf’ Shubah At-Tasybih oleh Nasir Al-’Ulwan.

3. Al-Anwar Al-Kasyifah Li Tanaqudat Al-Kasysyaf Az-Zaifah oleh ‘Ali Al-Halabi.

4. Al-Iqaf ‘Ala Abatil Qamus Syataim As-Saqqaf oleh ‘Ali Al-Halabi.

5. Al-Ithaf Bi ‘Aqidah Sheikh Al-Islam Wa At-Tahzir Min Jahmiyyah As-Saqqaf oleh ‘Abd Al-Karim Al-Hamid.

6. Iftiraat As-Saqqaf Al-Athim ‘Ala Al-Albani Sheikh Al-Muhaddithin oleh Khalid Al-Anbari.

7. Ar-Radd ‘Ala At-Tandid Liman ‘Addada At-Tauhid oleh ‘Abd Al-Muhsin Al-’Abbad.

8. As-Sawaiq Wa Asy-Syuhub Al-Marmiyyah ‘Ala Dalalat Wa Inhirafat As-Saqqaf Al-Bid’iyyah oleh Abu Wad’ah Al-Athari.

 

Maka, baik kiranya kita melihat kepada muridnya Zamihan Al Ghari yang membantah Wahabi secara “ILMIYAH” dalam bukunya Salafiyah Wahabiyah : Satu Penilaian.

Di bawah berupa petikan yang saya ambil dari tulisan Hafiz Firdaus, Pembongkaran Jenayah Ilmiyah Salafiyah Wahabiayah:

Ketika mentohmah Al-Albani sebagai tokoh kontradik dalam kajian hadith, Al-Ghari langsung tidak membawa sebarang contoh bagi membuktikan tohmahannya itu, sebaliknya dia sekadar menyebut nama-nama individu yang pernah mengkritik kajian Al-Albani dalam kitab masing-masing, termasuklah nama gurunya As-Saqqaf. Sebenarnya, Al-Ghari tidak mampu membuat kritikan secara ilmiah terhadap kajian hadith yang dibuat oleh Al-Albani kerana beliau terlalu jahil dalam bidang berkenaan. Hakikat kejahilan beliau telah terbukti berulang kali dalam contoh-contoh yang telah dibincangkan sebelum ini. Di sebabkan kejahilan itu, beliau bergantung sepenuhnya kepada tulisan para pengkritik Al-Albani dan mengikut secara buta segala kritikan itu tanpa ada sebarang kemampuan untuk menilai kekuatan dan kelemahan kritikan tersebut, lebih-lebih lagi bila dia mendapati segala kritikan itu bersesuaian dengan nafsu jahat yang menguasai dirinya.

Berdasarkan tinjauan penulis terhadap kritikan yang dibuat oleh para pengkritik Al-Albani, didapati kritikan tersebut terbahagi kepada dua bentuk:bentuk:

 

Bentuk Pertama:
Kesilapan yang tidak disengajakan, dan yang diperbetulkan segera oleh beliau setelah menyedarinya, sama ada melalui semakan sendiri atau pun melalui maklum balas daripada murid-murid dan para pembaca kitabnya. Pembetulan itu biasanya dibuat sama ada dalam edisi cetakan baru kitab berkenaan atau dalam mana-mana muqaddimah kitabnya yang hendak diterbitkan. Kesilapan jenis ini tidak seharusnya dilihat dari sudut negatif, sebaliknya ia perlu dilihat dari sudut positif sebagai tabiat semula jadi manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, lebih-lebih lagi jika kesilapan itu segera diperbetulkan sebaik sahaja ia disedari.

Dalam konteks ini Al-Albani berkata (maksudnya):

“Membetulkan kesilapan adalah satu kewajipan, dan ia telah menjadi amalan biasaku seperti yang diketahui oleh para pembaca kitabku…”
Dalam kitabnya yang lain beliau berkata (maksudnya):
Kesilapan yang tidak disengajakan, dan yang diperbetulkan segera oleh beliau setelah menyedarinya, sama ada melalui semakan sendiri atau pun melalui maklum balas daripada murid-murid dan para pembaca kitabnya. Pembetulan itu biasanya dibuat sama ada dalam edisi cetakan baru kitab berkenaan atau dalam mana-mana muqaddimah kitabnya yang hendak diterbitkan. Kesilapan jenis ini tidak seharusnya dilihat dari sudut negatif, sebaliknya ia perlu dilihat dari sudut positif sebagai tabiat semula jadi manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, lebih-lebih lagi jika kesilapan itu segera diperbetulkan sebaik sahaja ia disedari.

Dalam konteks ini Al-Albani berkata (maksudnya):
“Membetulkan kesilapan adalah satu kewajipan, dan ia telah menjadi amalan biasaku seperti yang diketahui oleh para pembaca kitabku…”
Dalam kitabnya yang lain beliau berkata (maksudnya):
 “Dan kadangkala aku mengubah penilaianku ke atas hadith yang telah lalu dengan satu penilaian lain setelah ternyata kepadaku ia adalah lebih tepat dan lebih rajah (kuat) …dan ini meskipun jarang berlaku, namun aku merasa perlu menyebutnya kerana dua sebab: Pertama, supaya tidak disalah anggap bahawa perubahan itu adalah kesilapan cetakan. Kedua, supaya diketahui oleh orang yang dikehendaki Allah untuk mengetahui, bahawa ilmu itu tidak menerima kejumudan, bahkan ia sentiasa berkembang daripada salah kepada betul, daripada sahih kepada lebih sahih dan seterusnya, dan juga supaya mereka mengetahui bahawa kami tidak degil mempertahankan kesilapan jika ia telah terbukti kepada kami”

 

Bentuk Kedua:


Sesuatu fakta atau pendapat yang didakwa secara khianat oleh seseorang pengkritik sebagai suatu kesalahan, sedangkan pada hakikatnya ia adalah suatu kebenaran konkrit yang menepati pengkaedahan ilmu hadith itu sendiri. Orang yang dilihat paling banyak membuat kritikan jenis ini ialah As-Saqqaf

 

Contoh Pertama:

As-Saqqaf mendakwa Al-Albani telah melakukan kesilapan kerana membuat penilaian yang bercanggah ke atas hadith riwayat Aisyah radhiallahu ‘anha yang bermaksud: “Sesiapa yang memberitahu kamu bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah kencing berdiri, maka janganlah kamu mempercayainya, Baginda tidak kencing melainkan sambil duduk” [At-Tarmizi, Muhammad Ibn Isa Ibn Saurah, Sunan At-Tarmizi, Dar Al-Hadith, Kaherah, Mesir, t.th, No: 12, An-Nasai, Ahmad Ibn Syu’aib, Sunan An-Nasai, Matba’ah Mustafa Al-Halabi, Kaherah, Mesir, 1964, No: 29, Ibn Majah, Muhammad Ibn Yazid, Sunan Ibn Majah, Dar Ihya’ Al-Kutub Al-’Arabiyyah, Kaherah, Mesir, t.th, No: 307 dan At-Tayalisi, Sulaiman Ibn Daud, Musnad At-Tayalisi, Matba’ah An-Nazzamiyyah, Haidar Abad, India, 1321H, No: 1515.].

As-Saqqaf mendakwa Al-Albani sebagai kontradik kerana kononnya telah menilai dhaif hadith ini dalam Misykat Al-Masabih

Buku Silsilah As-Sahihah diterbitkan hanya beberapa bulan selepas terbitnya buku Misykat Al-Masabih, manakala buku Tanaqudat As-Saqqaf itu pula diterbitkan tujuh tahun selepas terbitnya kedua-dua buku Al-Albani tersebut. Maka jika As-Saqqaf benar-benar jujur, dia seharusnya mengambil kira penjelasan yang dibuat oleh Al-Albani dalam bukunya yang terkemudian (Silsilah As-Sahihah) dan bukan yang terdahulu (Misykat Al-Masabih). Ini kerana pengkaedahan ilmu hadith telah menetapkan bahawa jika berlaku percanggahan pendapat daripada seorang ulama hadith yang sama, maka pendapatnya yang terkemudian dikira membatalkan pendapatnya yang terdahulu.

Dalam bukunya Silsilah As-Sahihah, Al-Albani telah mengakui kesilapannya dalam buku yang terdahulu dan beliau telah menjelaskan secara terperinci bahawa kesilapan tersebut adalah disebabkan oleh dua perkara: Pertama, kerana beliau terikut-ikut dengan pendapat ulama terdahulu, seperti At-Tarmizi, Al-’Iraqi dan As-Suyuti yang menilai hadith berkenaan sebagai dhaif. Kedua, kerana beliau tidak sempat melakukan istiqsa’ (pengumpulan riwayat secara menyeluruh), disebabkan kelemahan logistic ekoran keadaan beliau yang sentiasa bermusafir pada masa itu.

Hakikat bahawa seseorang tokoh ulama berpegang dengan suatu pendapat pada suatu ketika dan kemudian menukar pendapatnya itu pada ketika yang lain dengan disertai pengakuan dan penjelasan terhadap faktor-faktor perubahan tersebut merupakan fenomena biasa yang sering berlaku terutama bagi mereka yang banyak berkarya.

Fenomena seumpama inilah yang menimbulkan istilah qaul qadim (pendapat lama) dan qaul jadid (pendapat baru) bagi Asy-Syafi’ie rahimahullah, dan fenomena inilah juga yang banyak berlaku pada pendapat Az-Zahabi rahimahullah dalam kitabnya Al-Kasyif dan Al-Mughni. Demikian juga Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani rahimahullah banyak menukar pendapatnya dalam At-Taqrib, Talkhis Al-Habir dan Fath Al-Bari disebabkan perubahan tahap kajian beliau dalam sesebuah kitab dengan sebuah kitabnya yang lain.

Meskipun pendapat yang terdahulu tetap dilihat sebagai satu kesilapan, namun dari kaca mata Islam pengakuan dan kejujuran dalam membaiki kesilapan yang tidak disengajakan adalah suatu sifat terpuji, lebih-lebih lagi jika ia dibuat hasil daripada penyemakan sendiri dan bukannya datang daripada mana-mana pengkritik. Justeru dalam konteks ini, Al-Albani sebenarnya telah melakukan kerja-kerja ilmiah yang terpuji lagi jujur.

Dari sudut yang lain, dengan pembetulan itu Al-Albani telah menyelamatkan sebuah hadith yang telah pun dinilai dhaif oleh tiga tokoh ulama hadith berwibawa iaitu At-Tarmizi, Al-’Iraqi dan As-Suyuti rahimahumullah. Seandainya hadith itu dikaji oleh pengkaji biasa, nes’aya dia akan berpada dengan kesepakatan penilaian tiga tokoh berkenaan. Akan tetapi Al-Albani tidak membenarkan dirinya berbuat demikian setelah dia menjumpai sanad yang tidak dijumpai oleh ketiga-tiga tokoh tersebut. Fenomena ini memberi banyak pengajaran kepada kita, antaranya, bahawa seseorang ulama hadith walau setinggi mana ilmunya tidak semestinya mengetahui semua sanad hadith yang dikajinya, hal yang mana memberi peluang kepada generasi ulama selepasnya untuk memperbaiki dan menampung kekurangan tersebut.

 

Contoh Kedua:

As-Saqqaf mendakwa Al-Albani telah melakukan kesilapan kerana membuat penilaian yang bercanggah ke atas hadith riwayat Abu Sa’id Al-Khudri radhiallahu ‘anh yang bermaksud:

“Sesungguhnya kamu akan menjadi ikutan manusia dan sesungguhnya para kaum lelaki akan datang kepada kamu dari pelbagai pelusuk bumi untuk mendalami agama, maka, apabila mereka datang ajarlah kepada mereka kebaikan”
Al-Albani menilai dhaif hadith ini dalam Misykat Al-Masabih kerana ia berdasarkan kepada sanad (rantaian perawi) yang terdapat di dalamnya seorang perawi yang terlalu dhaif dikenali dengan kuniyah Abu Harun Al-’Abd [‘Imarah Ibn Juwain, terkenal dengan kuniyahnya, bermazhab syiah, dari tabaqah tabi’en yang keempat, meninggal pada tahun 134H. Sebahagian ulama Al-Jarh Wa At-Ta’dil menilainya sebagai matruk, manakala sebahagian yang lain melihatnya sebagai ‘pemalsu hadith’. Lihat: Az-Zahabi, Muhammad Ibn Muhammad Ibn ‘Uthman, Mizan Al-I’tidal Fi Naqd Ar-Rijal, Tahqiq: ‘Ali Muhammad Al-Bajawi dan Fathiyyah ‘Ali Al-Bajawi, Dar Al-Fikr Al-’Arabi, Beirut, Lubnan, t.th, 4; 93, No: 6018 dan Ibn Hajar Al-’Asqalani, Ahmad Ibn ‘Ali Ibn Hajar, Taqrib At-Tahzib, Tahqiq: Muhammad ‘Awwamah, Dar Ar-Rasyid, Halab, Syria, 1986, Hal: 408, No: 4840.].

Manakala penilaian sahih yang dibuat oleh Al-Albani dalam Silsilah As-Sahihah pula berdasarkan sanad lain, sama ada dalam bentuk mutaba’at seperti riwayat Abu Nadrah, Syahr Ibn Hausyab dan Abu Khalid Al-Asadi daripada Abu Sa’id Al-Khudri, atau pun dalam bentuk asy-syawahid seperti riwayat Abu Hurairah dan Abu Ad-Darda’ radhiallahu ‘anhuma.

Dengan perkataan lain, penilaian dhaif itu berdasarkan sanad yang dhaif, manakala penilaian sahih itu pula berdasarkan sanad lain yang sahih. Hakikat perbezaan ini tidak sukar difahami oleh orang yang mempelajari sedikit sebanyak ilmu hadith. Justeru tuduhan As-Saqqaf itu dilihat sebagai bertujuan jahat kerana jika dia telah mempelajari selok belok ilmu hadith dia tentu memahami perbezaan tersebut.

 

Contoh Ketiga:

As-Saqqaf mendakwa Al-Albani telah melakukan penipuan kerana mengatakan terdapat perbezaan antara matan riwayat Al-Bukhari dan Abu Daud dalam periwayatan sebuah hadith riwayat Abu Bakrah radhiallahu ‘anh. Matan riwayat Al-Bukhari adalah seperti berikut:

أنه انتهى إلى النبي صلى الله عليه وسلم وهو راكع فركع قبل أن يصل إلى الصف فذكر ذلك للنبي صلى الله عليه وسلم فقال: زادك الله حرصا ولا تعد.

Maksudnya: Bahawa dia (Abu Bakrah radhiallahu ‘anh) sampai (ke Masjid) dalam keadaan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sedang rukuk, lalu dia turut sama rukuk sebelum sampai ke dalam saf. Bila hal itu diberitahu kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, Baginda berkata: “Semoga Allah menambahkan semangat kesungguhan kamu itu, tetapi janganlah kamu ulanginya
Manakala matan riwayat Abu Daud pula adalah seperti berikut:

فلما قضى النبي صلى الله عليه وسلم صلاته قال: أيكم الذي ركع دون الصف ثم مشى إلى الصف؟ فقال أبو بكرة: أنا، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: زادك الله حرصا ولا تعد.

Maksudnya: Setelah selesai solat, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Siapakah yang rukuk di luar saf kemudian berjalan menuju ke dalam saf?” Abu Bakrah menjawab: “Saya”. Lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam berkata: “Semoga Allah menambahkan semangat kesungguhan kamu itu, tetapi janganlah kamu ulanginya
Perbandingan di atas jelas menunjukkan bahawa matan riwayat Abu Daud (yang bergaris) berbeza dengan matan riwayat Al-Bukhari, sedangkan disiplin ilmu hadith menuntut supaya perbezaan seumpama itu dijelaskan oleh para pengkaji, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan kesimpulan hukum fiqh. Isyarat terhadap perbezaan itu juga turut dilakukan oleh Al-Hafiz Ibn Hajar rahimahullah dalam Fath Al-Bari. Justeru jika apa yang dilakukan oleh Al-Albani hanyalah sekadar mematuhi disiplin ilmu hadith seperti yang digariskan oleh para ulama terdahulu, maka kenapakah tindakan beliau itu dianggap sebagai satu kesalahan oleh As-Saqqaf? Ini tidak lain menunjukkan perbuatan As-Saqqaf tersebut memiliki agenda jahat di sebaliknya.

 Demikian sekadar tiga contoh bagi membukti permainan kotor dan niat jahat As-Saqqaf terhadap Al-Albani. Terhadap tindakan As-Saqqaf, Al-Albani rahimahullah memberi maklumbalas seperti berikut:

“Kitab Tanaqudat (karya As-Saqqaf) tidak mengandungi sebarang nilai ilmiah yang perlu disebut, kerana jika dakwaan pengarangnya itu betul dalam beberapa masalah, maka yang demikian itu hanya sekadar mengesahkan bahawa Al-Albani adalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada kesilapan sepertimana orang lain. Maka tidak ada faedah menjelaskan perkara tersebut lebih-lebih lagi jika Al-Albani sendiri akan mengisytiharkan kesilapan itu pada munasabah tertentu…
Demikianlah tiga daripada 652 kritikan As-Saqqaf terhadap Al-Albani yang terdapat dalam bukunya Tanaqudat. Dalam Menjawab Kritikan Terhadap Fahaman Wahabiyah Di Malaysia, Hal: 10, Al-Ghari cuba membesarkan angka bilangan hadith yang dikritik oleh gurunya itu dengan mendakwa jumlahnya sehingga 7800 buah (mengatasi bilangan hadith Sahih Al-Bukhari yang dihitung secara berulang). Kita tidak tahu dari mana dia dapat angka berkenaan, apakah dari ‘ilmu pembohongan’ atau dari manuskrip karya gurunya yang belum diterbitkan, wa Allahua’lam.

Namun walau sebanyak mana dakwaan kesilapan yang beliau senaraikan, ia tidak memberi sebarang faedah kerana contoh-contoh pengkhianatan di atas jelas membuktikan niat jahat As-Saqqaf di sebalik kritikannya itu. Lebih–lebih lagi kajian yang dibuat oleh seorang pengkaji bernama ‘Abd Al-Basit Ibn Yusuf Al-Gharib terhadap keseluruhan kritikan itu membuktikan bahawa kesemuanya adalah penipuan semata-mata. Ini kerana apa yang disebut sebagai percanggahan itu tidak lebih daripada ralat atau pembetulan yang telah diperbetulkan oleh Al-Albani sendiri [‘Abd Al-Basit Ibn Yusuf Al-Gharib, At-Tanbihat Al-Malihah (Edisi terjemahan: Koreksi Ulang Sheikh Albani), Diterjemah oleh Abdul Munawwir, Pustaka Azam, Jakarta, Indonesia, 2003, Hal: 16]

Saya (Hafiz Firdaus) rasa terpanggil untuk membuat ulasan yang agak panjang berkenaan pengkhianatan As-Saqqaf terhadap Al-Albani kerana:

 

I. Kritikan itu berkaitan dengan hadith Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang menjadi sumber syariat Islam kedua selain daripada Al-Quran. Justeru sebarang pengkhianatan terhadap sumber tersebut bermakna pengkhianatan terhadap Islam dan Rasulullah, sedangkan pengkhianatan terhadap kedua-duanya pula bererti pengkhianatan terhadap Yang menurunkan ajaran Islam dan Yang mengutuskan Rasul tersebut, iaitu Allah Subhanahu wa Ta’ala.

II. As-Saqqaf sengaja menyebarkan kritikannya terhadap Al-Albani untuk meruntuhkan kredibiliti tokoh berkenaan, dengan harapan supaya umat Islam tidak lagi merujuk kepada hasil-hasil kajian Al-Albani. Sebabnya, dia tahu banyak hasil kajian Al-Albani berlawanan dengan pegangan dan ideologinya. Oleh kerana kebanyakan daripada masyarakat awam tidak mampu mengesan pengkhianatan As-Saqqaf, maka contoh-contoh di atas sedikit sebanyak diharap dapat memberi kesedaran kepada mereka untuk lebih berwaspada terhadap pengkhianatan As-Saqqaf.

III. As-Saqqaf merupakan guru Al-Ghari yang menjadi tempat rujukan utama dan tempat pengambilan segala idea yang beliau lontarkan dalam semua buku dan kertas-kertas kerjanya. Justeru jika telah terbukti bahawa gurunya melakukan pengkhianatan, maka tidak hairanlah kenapa Al-Ghari juga melakukan sedemikian. Bak kata pepatah ‘guru kencing berdiri murid kencing berlari’.

” [Silsilah Al-Ahadith As-Sahihah]” [Abu Daud, Sulaiman Ibn Al-Ash’ath, Sunan Abi Daud, Dar Al-Hadith, Beirut, Lubnan, 1969, 1: 441, No: 684]” [Al-Bukhari, Muhammad Ibn Ismail, Sahih Al-Bukhari (bersama Fath Al-Bari), Dar Al-Matba’ah As-Salafiyyah, Kaherah, Mesir, 1407H, 2: 267, No: 783] ”
[ At-Tarmizi, Muhammad Ibn Isa Ibn Saurah, Sunan At-Tarmizi, Dar Al-Kutub Al-’Ilmiyyah, Beirut, Lubnan, 1987, No: 2650]
Sama seperti contoh pertama, As-Saqqaf menuduh Al-Albani sebagai kontradik kerana menilai dhaif hadith ini dalam Misykat Al-Masabih [At-Tabrizi, Muhammad Ibn ‘Abd Allah, Misykat Al-Masabih, Tahqiq: Muhammad Nasir Ad-Din Al-Albani, Al-Maktab Al-Islami, Beirut, Lubnan, 1405H, 1: 75], tetapi menilainya sahih dalam Silsilah As-Sahihah [Al-Albani, Muhammad Nasir Ad-Din, Silsilah Al-Ahadith As-Sahihah, Al-Maktab Al-Islami, Beirut, Lubnan, 1985, 1: 503. Lihat: As-Saqqaf, Hasan Ibn ‘Ali, Tanaqudat Al-Albani Al-Wadihat Fi Ma Waqa’a lahu Fi Tashih Al-Ahadith Wa Tad’ifiha Min Akhta’ Wa Ghalata’, Dar Imam An-Nawawi, Amman, Jordan, 1992, 1: 60].

Akan tetapi dakwaan ini juga dilihat sebagai bertujuan jahat kerana percanggahan hukum itu berlaku bukan kerana kesilapan, tetapi disebabkan perbezaan riwayat. [At-Tabrizi, Muhammad Ibn ‘Abdillah, Misykat Al-Masabih, Tahqiq: Muhammad Nasir Ad-Din Al-Albani, Al-Maktab Al-Islami, Beirut, Lubnan, 1405H, 1: 117], tetapi menilainya semula sebagai sahih dalam Silsilah As-Sahihah [Al-Albani, Muhammad Nasir Ad-Din, Silsilah Al-Ahadith As-Sahihah, Al-Maktab Al-Islami, Beirut, Lubnan, 1985, 1: 346. Lihat: As-Saqqaf, Hasan Ibn ‘Ali, Tanaqudat Al-Albani Al-Wadihat Fi Ma Waqa’a lahu Fi Tashih Al-Ahadith Wa Tad’ifiha Min Akhta’ Wa Ghalata’, Dar Imam An-Nawawi, Amman, Jordan, 1992, 1: 40]. Kritikan As-saqqaf itu dilihat sebagai bertujuan jahat kerana: guru Al-Ghari sendiri, melalui kitabnya Tanaqudat Al-Albani Al-Wadihat.

Mengapa Al Ghumari Menghujat Ibn Taimiyyah Al Harrani Dan Mengapa Hizbi Mencela Rabi’ Al Madkhali

Oktober 13, 2008

Saya masih teringat tulisan SS Dr Asri Zainal Abidin, sang Mufti Perlis, ketika dia masih belom bersahabat dengan Dato Sri Shahidan Kasim – dan dia belum lagi mendapat gelar cendiakawan dan ketika dia belum ditunjukkan oleh guru saya sebagai calon mufti.

Tapi ini berlaku setelah dia mendebat habis Astora Jabat di atas pentas PAS.

Ketika itu dia sedang menjawab tuduhan dari ustaz Zamihan Al Ghari yang baru sahaja pulang ke tanah air setelah lama berguru dengan seorang Syeikh Besar Madrasah Asya’irah – Syeikh Ali Hassan As Saqaf.

SS Dr Asri menulis dalam Utusan Malaysia mengatakan bahawa segala kritik dari kaum khalaf dititikkan pada seorang tokoh sahaja iaitu Ibn Taimiyyah. Justeru mengapa hal ini berlaku padahal masih banyak tokoh-tokoh lain yang membongkar kesalahan dan kesesatan setiap paham dalam Islam.

Mereka berkata bahawa Ibn Taimiyyah ini sesat, beraqidah menyeleweng, menyanggahi para imam lain dan berbagai tuduhan palsu lainya.

Sambil mereka mengemukakan hujjah, mereka juga banyak memanipulasikan perasaan umat dengan segala cerita yang menyayat hati, membuai rasa dan menagih simpati.

Jawabannya mudah; kerana Ibn Taimiyyah adalah tokoh yang paling punya kapibiliti dalam merungkai dan membahas setiap dasar ajaran-ajaran tersebut, dan dia merupakan kepala panji dan pengkibar bendera menentang setiap ajaran yang menyeleweng.

Maka, andai Ibn Taimiyyah berjaya dijatuhkan – kalau tak pun berjaya dikurangkap krebilitinya – maka setiap ajaran yang menyeleweng itu akan menjadi “bersih” kembali dari kebobrokan yang telah dibuktikan oleh Ibn Taimiyyah pada pandangan umat yang kurang mengerti.

Bermakna ajaran yang telah dibogelkan itu akan kembali mendapat pakaian dan menutupi kemaluan mereka masing-masing, yang hitam kembali cerah, yang berkulat akan kembali bersih, yang masam akan kembali wangi.

Kerana mereka berfikir begitulah maka setiap tokoh mereka berusaha agar bisa menjatuhkan Ibn Taimiyyah dengan segala macam penipuan, fitnah, putar-belit, dan lulocon. Tetapi Allah itu senantiasa menolong hambanya dan akan senantiasa menegakkan kebenaran walau seluruh manusia menafikannya.

Ibn Taimiyyah masih tetap kokoh malah namanya semakin menjulang bagi para pengkaji dan sebaliknya para penentangnya semakin hina dan terungkap segala kebodohan mereka, walaupun ada antara mereka yang membubuh kalimat “aku lebih alim dari Ibn Katsir 1000 kali” di markas mereka.

Tuan-tuan;

Pemikiran seperti ini memang berlaku malah ia adalah jalan pintas untuk meranapkan sesuatu paham, atau organisasi.

Maka atas dasar seperti itulah juga para pengagung Ikhwanul Muslimin dan para pembangkang kerajaan Malaysia yang solat mereka itu seperti solatnya Nabi, yang wudu’nya juga persisi macam wudu’ Nabi, maka mereka berusaha untuk menjatuhkan tokoh pemegang panji “pembersihan” paham-paham yang ada dimasa ini. Lalu yang harus ditikam dengan belati, yang wajib ditelanjangi, yang musti dihina dan kalau boleh disesatkan dan dikapirkan itu ialah 2 orang tokoh; Syeikh Muqbil al Wadi’ dari Yamen dan Syeikh Rabi’ al Madkhali dari Saudi.

Setelah mereka menyeradi akan 2 orang manusia ini, maka mereka pun menjalankan makar mereka;

pertama – 2 manusia ini harus dikatakan kurang akal – menyatakan bahawa 2 manusia ini adalah orang yang gampang mengeluarkan hukum, yang tak mengerti akan waqi’, fatwa mereka menyalahi fatwa para imam yang lainnya, telah banyak para ulama kebenaran memperingatkan mereka dan membantah mereka, fiqh dan pemahaman mereka terlalu sempit

kedua – orang dan jamaah yang dihabisi oleh 2 orang ini adalah dizalimi – mereka memainkan isu simpati dengan menimbulkan sekian banyak persoalan yang menggiring kepada rasa sebak dan pilu; apakah jamaah ini sesat padahal ia banyak manafaatnya? apakah jamaah ini menyeleweng padahal sekian banyak manusia insaf dengannya? apakah jamaah ini silap padahal mereka lah yang memperjuangkan kebenaran sekian lama.

Lalu umat yang tak mengerti ini yang selalunya malas2 untuk berfikir akan tersentuh hatinya dan mengikuti para penfitnah ini dalam melecehkan kebenaran dan menghinakan para ulama panutan. Dan selalunya umat yang bertaqlid ini jumlahnya banyak sehingga kedustaan itu didengung-dengungkan seperti suara kebenaran.

KIta tahu makar ini. Mereka juga tahu hal ini. Dan cendiakawan kita juga tahu. Lalu kita masih menanti penarikan balik tuduhan para hizbi yang telah mereka lemparkan 2 tokoh ini.

Ibadah Haji Sudah Tidak Wajib Pada Setiap Mukallaf

Oktober 13, 2008

Yang Paham akan ilmu fikih mungkin akan mengerti. Kalau tidak paham, maka takut tersesat imannya. Kerna mauduknya yang sedang kita bahas ini besar – berat dan rungsing. Dan bahasanya berbelit, kerna orang yang selalu berfikir begini memang suka belit belitan.

Jadi mengikut kaedahnya; kalau sudah uzur, maka yang tamam – sempurna – itu akan menjadi rukhsah – keringanan. Yang solat 4 rakaat itu secara berdiri menjadi duduk, yang duduk boleh baring, yang dah terbaring boleh gerakkan tangan, kalau tak mampu, kejip kelopak mata pun tak apa, sudah dianggap bersolat.

Kemudian kaedahnya yang seterusnya berkata; kalau sudah di luar batas waktunya, maka terangkat kewajibannya. Kalau sudah berlalu waktu Ramadhan, maka sudah tiada lagi puasa ramadhan. Kalau sudah menjelang Solat Eid, maka tiada lagi boleh berzakat. Begitu juga yang dinamakan puasa itu ialah menahan lapar dan dahaga, sedari terbit fajar hingga terbenam mentari. Tetepi, kalau hilang lenyap mentari sehingga tiada terang lagi maka kewajiban berpuasa terangkat sudah.

Begitulah antara kaedah yang kita pahami secara ringkas dalam ilmu fikih. Tetapi tanpa kita sadar, ada beberapa kewajiba yang telah terangkat kerna hukumnya telah tak sempurna, namum kita masih juga bertekun untuk menunaikannya.

Yang kita takut bukannya kerja kita menjadi sia-sia, tetapi mendapat dosa, azab dan neraka, dan ditambah membuang masa serta harta.

Itulah yang kita lihat saban tahun banyaknya manusia hanyut dalam ibadah yang sebenarnya sudah tak terwajib diatas pundah mereka. Mereka bersungguh-sungguh menyimpan uang, kemudian membeli kain putih, malah ada yang meminjam, kemudian mereka berkumpul ramai-ramai bergerombolan, sama-sama naik pesawat menuju ke Saudi – semuanya mau kerjakan Haji. Padahal ibadah haji itu telah tak bermakna buat umat Islam, lantaran kewajibannya sudah tiada lagi.

Terkejut? Sabar. Sadar.

Kaedahnya mudah, seperti yang telah kita nyatakan diatas tadi.

Pertama bahawa Kaum Wahhabi itu kaum yang sesat. Dikatakan oleh sekian banyak ulama ahlus sunnah bahawa kaum Wahhabi itu pengikut Ibn Taimiyyah yang tersesat dalam 12 hal. Antara yang menyesatkan ialah Syeikh Hasan as Saqqaf, Al Kautsari, Kabbani, Nuruddin albanjari, Uthman El Muhammadi.

Malah ada syeikh yang mengkafirkan kaum Wahhabi, seperti Syeikh Abdullah Al Hariri al Ahbashi dan pengikutnya di Malaysia seperti Abu Syafiq.

Justru apakah wajar kita kaum Ahlus Sunnah yang lurus pemahamnya mengikuti acara agama kaum yang sesat dan menyesatkan itu? Tak pantas seorang yang rosak aqidahnya, yang aqidah mereka seperti kaum Yahudi, menjadi imam kita dalam mengerjakan solat, menjadi khatib, menentukan amal ibadah kita, peraturan hidup kita dan menghalangi kita menyujud di kuburan nabi, mengambil barakah di kelambu ka’bah, mencium tiang-tiang masajid, mengambil pasiran al haram, meraung dan meratap di kuburan suci. Sungguh ini satu hal yang tak harus kita diperlakukan dan sungguh kita tak harus mengikut mereka dalam menentukan sikap beragama kita. Kerna mereka kaum yang sesat dan menyesatkan.

Apakah orang buta mampu menunjuki jalan kepada yang celik?

Keduanya: bahawa kaum wahhabi itu suka merobah kitab kitab ulama silam sehingga dengan perobahan itu akan membenarkan aqidah mereka yang sesat itu. Lalu ketika gerombolan kaum sunni kita mendarat di bandara – lapangan terbang – maka mereka terus menerus menyodorkan kepada kita kitab-kitab karangan mereka, yang diisi dengan kalam-kalam ulama silam yang telah mereka rubah. Maka bagi orang yang tak memahami agama, maka mereka akan terpujuk dan menjadilah seorang wahhabi baru, dan kembali ke tanah air sehingga membawa paham yang baru. Lalu tersebarlah pula ajaran sesat itu di segenap penjuru dunia sunni.

Kemudian dari masalah yang sama juga, mereka memberikan kepada kita al quran secara gratis – percuma -, yang sebenarnya mereka telah mengubah al quran itu sedikit-sedikit, seperti menukar baris, menggantikan hurus “lam” kepada “waw”.

Maka apakah harus kita biarkan kaum Umat Islam tersesat dan terpengaruh dengan paham yang keji ini?

Justeru kita harus menghalangi kaum kita untuk menunaikan haji.

Ketiga; bahwa sesungguhnya tempat-tempat dalam haji itu yang terlibat ialah Mina, Arafah, Masjidil Haram – Ka’bah, Safwah dan Marwah. Tetapi oleh kerana kekejian Wahhabi itu, mereka telah mengubah miqat, membesarkan arafah dan mina; padahal kesemua tempat itu kecil lalu mereka perbesarkan supaya kita tak berada ditempat sebetulnya sehingga ibadah kita tidak sah.

Malah kekejian mereka tak terhenti setakat itu, mereka mengubah tempat sebenar Ka’bah dan meletakkannya di tempat yang kita lihat sekarang. Maka sekarang ini kita tak bertawaf di ka’bah yang berada di zaman dahulu lagi.

Coba bayangkan, dengan bantuan sekutu mereka USA, mereka mengubah Ka’bah hanya dalam 1 malam sahaja. Kerana itulah kita tak sadar dan kita perasan.

Kemudiannya, mereka membubuh ubat dalam air zam-zam untuk menyebabkan manusia Islam lain bodoh dan totol, sehingga menerima ajaran mereka. Maka banyaklah umat kita yang menjadi dungu dan bahalul kerana terminum air zam-zam yang bercampur ubat pelali.

Lalu, apakah ada alasan lagi untuk tetap membebankan kefarduan Haji kepatas setiap jiwa muslim yang sunni pada hari ini? Padahal kerosakan yang akan mereka dapat lebih buruk dan sesungguhnya tempat-tempat ibadah haji itu sendiri telah berubah sehinggakan tak terpenuh syarat untuk menunaikan ibadah haji.

[makasih kepada saudaraku; Ahmad Tajjuddin al haj kerna memberi aku ide untuk tulisan kali ini]