
Bendera Nabi
Saya pernah bertanya kepada golongan Hizbu Tahrir akan ciri-ciri sebuah negara Islam. Lalu antara yang mereka sebutkan adalah harus punya bendera persis bendera yang digunakan oleh Kerajaan Awal Islam iaitu bendera yang telah Rasulullah saw julang.
Bendera Hitam untuk perang dan putih untuk keadaan biasa. Bendera yang tertera kalimah Tauhid yang menjadi dasar Islam dan matlamat pengebaran negara Islam – mencerahkan bumi Tuhan dengan tauhid.
Lalu saya bertanya: “Lantas Saudi bagaimana?”.
Kaum Hizbu Tahrir berkata: “Pertamanya warna yang dikenali hanya putih dan hitam, bukannya hijau. Kedua: bendera Nabi tiada pedang dibawahnya, ini penambahan. Lalu Bendera Saudi adalah bid’ah, bukannya bendera Nabi. Bendera yang benar harus sama seperti bendera nabi”.

Bendera Arab Saudi
Lalu dalam 2 minggu lepas saya terjumpa bendera ini di dalam sebuah kereta dan terus saya teringat diskusi saya sekitar 2 tahun lepas.
Kalaulah saya bisa ketemu sama golongan Hizbu Tahrir lagi [walaupun minggu lepas saya ke PD untuk berkursus dan berjumpa dengan seorang pemuda yang baru mengenali HT tetapi beliau tidak tahu apa-apa tentang HT – sangat menyedihkan] saya akan tanyakan kepada mereka beberapa soalan:
Pertama: “Setuju atau tidak bahawa Bendera Saudi bukanlah bendera Islam?
Jawaban Jangkaan: “Setuju”
Kedua: “Bendera Saudi bukan bendera Islam lantaran kerna ada penambahan, iaitu warna hijau dan gambar pedang, setuju?”
Jawaban Jangkaan: “Ya, Setuju”.
Soalan Ketiga: “Maka setujulah bahawa kita harus menggunakan Bendera Islam dan meninggalkan Bendera Saudi walaupun Bendera Saudi tersebut seperti Bendera Nabi tetapi terdapat sedikit penambahan”.
Jawaban Jangkaan: “Setuju, sangat setuju”.
Soalan Keempat: “Kejayaan hanyalah apabila kita mengikut Nabi, dan kelemahan apabila kita tidak mengikut Nabi, seperti menggunakan Bendera Saudi yang ditambah-tambah?”
Jawaban Jangkaan: “Setuju. Hummm penat dah kata setuju”.
Soalan Terakhir: “Lalu sekiranya Bendera Saudi yang ditambah pun bukanlah merupakan Bendera Islam dan tidak terpakai sebagai sebahagian dari negara Islam, maka apakah amalan kalian yang banyak ditambah dan diubah suai itu bisa dinamakan sebagai Ibadat Nabi? Solat kalian yang kalian tambah tatacaranya, zikir kalian yang kalian ubahsuaikan kaifiatnya, dan seluruh ibadat yang lainnya kalian menokok tambah, apa itu kalian namakannya sebagai persis ibadah Nabi dan bisa mendatangkan pahala kepada kalian? Setujukah kalian?”
Jawaban jangkaan: “Setuju. Ia ibadah yang Nabi beri leluasa kepada kita dan pahala bisa digarap”.