Posts Tagged ‘Hudud’

Ketika Mulutnya Terngaga

Januari 26, 2012

Tersingkap Kejahilan

Saudara, ada pepatah yang menjelaskan sebuah hakikat seseorang: “Ketika dia diam, kita menyangka dia orang pandai. Namun ketika dia mula berbicara maka jelaslah kejahilannya”. Kata hikmah ini sangat tepat malah sering terlihat dalam masyarakat kita. Betapa banyak orang yang pada mulanya kita sangka mempunyai minda “genius” ketika dia diam. Sebaliknya apabila mulutnya mula ternganya dan lidahnya terjelir saat berkata-kata, terus sahaja kita menjatuhkan hukuman terhadap dirinya: “Ternyata orang ini tidak memahami apa-apa”.

Kesalahan ini terletak pada lidahnya. Kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa. Orang mengetahui dia itu jahil apabila dia bersuara. Seandainya dia hanya mendengar dan diam sampailah tamat isu yang dibangkitkan, nescaya tiada sesiapa yang tahu akan hakikat dirinya yang jahil. Malah diamnya itu sebagai sebuah tanda bijaksana kerana dia mengetahui hakikat dirinya yang tidak berilmu.

Ironinya betapa banyak orang yang binasa kerana lidahnya di dunia ini? Betapa banyak manusia yang nantinya akan dihumban ke neraka kerana silap berkata-kata. Lantaran itu Islam tidak mengajar kita untuk mengeluarkan kata-kata yang tidak bermanafaat kepada sesiapa hatta kepada musuh atau orang yang kita tidak suka. Malah kepada seorang kafirpun kita disuruh untuk menjaga lidah dan adab.

Berlaku dialog antara Muaz Bin Jabal dengan Rasulullah saw. Rasulullah saw berkata: “Asas bagi semua perkara adalah Islam, tiangnya adalah solat dan titik kemuncaknya adalah jihad.” Kemudian baginda bertanya lagi: “Adakah saudara suka jika saya beritahu kunci bagi semua perkara itu? Saya menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah saw.” Baginda memegang lidahnya, lalu berkata: “Saudara jagalah ini.” Saya bertanya: “Wahai Rasulullah saw! Adakah kita dituntut bagi segala perkara yang kita ucapkan? Jawab Rasulullah saw: “Aduh saudara! Bukankah manusia disembamkan mukanya ke dalam neraka hanya sebab lidah mereka?” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Itulah yang diberitakan oleh Nabi yang kita cintai; setiap apa yang manusia lafazkan akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti. Tetapi saudara, apakah boleh bagi seorang Muslim, terutamanya seorang mukmin untuk mencela dan melempar kata-kata nista kepada seorang kafir?

Mencela Musyrikin

Islam adalah agama ilmu, bukannya agama ciptaan akal. Islam berdiri diatas hujjah Al Qur’an dan As Sunnah, yang kedua sumber ini wajib ditafsir dan difahami mengikut metode pemikiran sahabat. Lantaran sahabat diajar oleh Rasulullah saw kaedah berinteraksi dengan kedua sumber ini.

Saudara tahukah ada sebuah hadits dalam kitab Adabul Mufrad karya Imam Bukhari menceritakan tentang larangan melaknat orang kafir. Abu Hurairah berkata bahawa seorang sahabat telah berkata kepada Nabi: “Wahai Rasulullah saw, mohonlah kepada Allah agar ditimpakan kebinasaan kepada orang-orang musyrik!” Nabi menjawab: “Aku tidak diutus sebagai pelaknat, sebaliknya aku diutus sebagai rahmat” (Shahih).

Begitu juga Allah menyuruh Musa dan Harun untuk berkata lemah lembut kepada Fir’aun yang menjuarai carta Tokoh Musyrik sepanjang zaman. Dalam surah Thaha ayat 44 yang bermaksud:

“berbicaralah kamu berdua kepadanya (Fir’aun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia ingat atau takut”

Kursi Alaihissalam

Malangnya saudara, kita selalu menyangka lidah kita tidak pernah bedusta, tidak pernah tersasul dan tidak pernah tersilap bicara. Kita tanpa sedar seperti menetapkan bahawa diri kita adalah ma’sum seperti nabi. Tambahan pula kalau orang ramai menobatkan kita dengan sebuah gelaran keramat iaitu “ulama”. Semakin kuatlah iman kita untuk menafikan kebarangkalian kita tersilap kata, tersalah langkah. Padahal Rasulullah saw berkata: “Setiap anak Adam akan melakukan kesilapan, dan yang terbaik adalah yang paling cepat taubatnya”(Hadits Tarmizi).

Ketika kita menggunakan hadits “ulama itu adalah pewaris nabi”, kita tergelincir dengan membuat ta’wilan batil. Kita beranggapan sebagai pewaris nabi kedudukan kita sama seperti nabi di zaman ini. Natijahnya apa yang kita benarkan itu berupah perintah dan apa yang kita tegah berupa larangan. Barangsiapa yang mengelisihi kita diancam neraka dan barangsiapa yang mentaati kita diberi syurga. Sekiranya begitu, moleklah kita tuliskan dihujung nama kita “Alaihissalam”. Atau hadiahkanlah kita sebuah Kursi Alaihissalam.

Saudara tahukah apabila keadaan itu terjadi, umat juga akan menuruti jejak langkah ulama’ mereka. Ketika ulama’ mereka mendengar sebuah berita yang tidak dipastikan kesahihannya, maka terus sahaja sang ulama itu menyampaikan kepada umat. Apabila cuping telinga umat terdengar khabar tersebut, mereka cepat-cepat menyebarkan kepada masyarakat. Akhirnya merebaklah sebuah berita yang tidak sahih ditengah-tengah manusia.

Saat ini, ulama’ dan umat yang menjadi penyebar khabar tersebut sudah tidak memerlukan sebarang bukti terhadap tuduhan yang mereka lemparkan. Hujjah adalah diri mereka; apabila mereka berkata “shahih” maka benar lah khabar tersebut. Ketika mereka berkata “ini dusta” maka palsulah khabar tersebut. Walhal Rasulullah saw berkata:

“Sekiranya setiap manusia diberikan haknya berdasarkan dakwaan atau tuduhan mereka, sudah tentu akan ada orang-orang yang akan menuntut harta dan darah milik suatu kaum yang lain. Oleh itu pembuktian diwajibkan bagi yang mendakwa dan bersumpah bagi pihak yang yang dituduh.” (Hadits Riwayat Baihaqi)

Timun Dan Durian

Saudara lihatlah apa yang berlaku dalam masyarakat Islam kita. Betapa banyak berita-berita yang tidak dapat kita pastikan kebenarannya namun kita tetap bercerita kepada jiran tetangga, kita siarkan dalam laman peribadi kita, dan kita teguh mempertahankannya ketika ada orang meminta bukti dari kita. Malah kita mencela pula orang yang menagih pembuktian dari kita.

Malangnya wahai saudara, kita berhadapan dengan dua keadaan yang mana kedua-dua keadaan itu akan membuatkan kita berdosa. Ibarat timun dan durian; menggilis luka, digilis pun luka. Jika benar khabar itu shahih maka kita tetap berdosa kerana Syubail bin ‘Auf berkata: “Dikatakan barangsiapa yang mendengar sebuah kekejian lalu menyebarkannya, maka orang itu seperti orang yang melakukan perbuatan keji tersebut” (Shahih. Adabul Mufrad).

Sebaliknya jika ternyata khabar tersebut tidak shahih maka kita juga akan berdosa kerana Rasulullah saw bersabda “Cukup seseorang itu dikatakan sebagai pendusta apabila dia menyampaikan setiap apa yang didengarnya”

Ingin saya berikan dua contoh yang hangat disebarkan oleh umat walhal mereka tidak mempunyai bukti walau sekelumitpun. Pertamanya ada seorang tokoh agama yang berkata kepada anak muridnya bahawa ILMU menerima wang sebanyak RM 15,000.00 sebulan setiap orang: “Ulama Muda; ulama’ gila. Masuk parti sekular, masuk berenang dalam air najis. Terima RM 15,000.00  khabarnya seorang sebulan, tapi duduk dalam najis sekular. Sekular ini keluar dari Islam, sesat dunia akhirat”.

Pertamanya ustaz ini menuduh ILMU menerima wang hampir RM 0.6 juta sebulan dan keduanya ustaz ini telah mengkafirkan ILMU. Sedangkan masalah takfir (mengkafirkan orang) merupakan satu perkara yang sangat besar dalam Islam. Ulama’ Ahlus Sunnah sangat berhati-hati dalam menjatuhkan hukum kafir, sehingga kelompok sesat seperti Khawarij dan Mu’tazilah hanya dihukum sesat walaupun mereka menyeleweng jauh dari Islam.

Keduanya adalah kes Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan yang mengeluarkan fatwa bolehnya wang zakat digunakan untuk pembayaran kos guaman Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan; Datuk Seri Jamil Khir ketika disaman oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lucunya wahai sahabat, segelintir dari masyarakat kita mengatakan Datuk Seri Jamil Khir telah memakan wang zakat, padahal perbuatan beliau dilakukan setelah fatwa dikeluarkan oleh Mufti. Apakah kita ini lebih alim dari mufti atau sebenarnya kita mahu melawan mufti? Jika kita diminta bukti terhadap tuduhan itu, ternyata kita tidak mempunyai hujjah walau setitik pun.

Paduka Mufti mengeluarkan hukum atas ijtihad beliau yang disandarkan kepada Syeikh Rasyid Redha dalam Tafsir Al Manar: “Pendapat yang benar dalam jihad fi sabilillah ialah segala yang menyentuh kepentingan umat Islam dalam menegakkan urusan agama dan pemerintahan”.

Sementara Imam As Son’ani dalam Subulus Salam berkata tentang jihad fi sabilillah adalah: “Termasuk mereka yang berkerja untuk kepentingan orang muslimin, seperti bidang peradilan, pemberian fatwa dan pengajaran, walaupun mereka termasuk orang kaya”.

Sahabatku, saya ingin melontarkan sebuah pandangan, sekadar pertanyaan: “Jika Datuk Seri Anwar menang dalam kes ini, kemanakah wang zakat yang digunakan MAIWP itu pergi?’

Abu Amru Mohd Radzi Bin Othman
Timbalan SU ILMU

Segugus Soalan Untuk Parti Islam Se-Malaysia

Mac 27, 2011

Semoga seluruh saudara Islam saya berada dalam keadaan dirahmati Allah. Meneguk nafas kebenaran dari cangkir as Sunnah. Berjuang diatas jejak Nubuwwah. Dan mentancap keyakinan shahihah ke dalam ikatan qalbu.

Moga upaya saya tidak akan dicemuh atau dihina. Hanya yang saya lakukan adalah untuk mendapat penjelasan. Sekiranya saya tersilap dalam menanyakan soalan, tegurlah dan berikanlah cara yang sebenarnya.

Soalan saya ini ditujukan kepada seluruh Ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Bukan hanya kepada Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi, malah kepada ahli-ahli yang sering mengunjungi kuliah dan duduk bersimpuh pada usrah.

Ketika tuan-tuan sedang mengajak umat Islam dan rakyat di Malaysia untuk menegakkan Hudud di bumi ini, apakah tuan-tuan telah melaksanakan hukum islam yang lainnya di negeri yang tuan-tuan telah kuasai?

Malah ingin juga saya tanyakan kepada tuan-tuan, apakah para ustaz dan ulama tuan telah ajarkan kepada tuan akan tanggungjawab Ahlul Zimmah dan larangan kepada mereka? Sekiranya belum pernah dikhabarkan kepada tuan-tuan, saya akan menukilkan sedikit dari kitab Ibn Taimiyyah, iaitu kitab Majmu’ Fatawa dan kitab Iqtidla’ Siratul Mustaqim.

Ibn Taimiyyah berkata bahawa ketika Khalifah Umar memasuki Mesir maka beliau membuat perjanjian dengan Nasrani Qibti, yang kemudiannya hukum tersebut menjadi dasar Negara Islam diseluruh zaman dan tempat. Maka Ibn Taimiyyah menuturkan perjanjian tersebut, antaranya adalah:

1] Ahli Zimmah tidak boleh menampakkan diri mereka seperti Umat Islam dari segi pakaian dan budaya, seperti wanita mereka tidak boleh memakai tudung.

2] Ahlus Zimmah tidak boleh membaca Al Qur’an, tetapi dibolehkan untuk mendengar Kalam Tuhan yang dibacakan kepada mereka.

3] Rumah Ibadat yang telah ada, sekiranya rosak maka tidak boleh diperbaiki.

4] Ahlus Zimmah tidak boleh mendirikan rumah ibadat yang baharu. Wajib menggunakan yang sedia ada.

5] Ahlus Zimmah tidak boleh menunjukkan perbuatan syirik kepada publik

6] Ahlul Zimmah tidak boleh menunjukkan lambang agama mereka ketika keluar ke publik seperti memakai salib, mengenakan pakaian kerahiban dan membawa kitab agama mereka.

7] Ahlus Zimmah tidak boleh menjual arak dan judi

8] Tidak membunyikan loceng dengan kuat sehingga didengar oleh Kaum Muslimin

9] Kaum lelaki Ahlul Zimmah tidak menyikat rambut di tengah-tengah kerana kaum Muslimin ketika itu menggayakan fyesen rambut belah tengah.

10] Ahlul Zimmah wajib bangun dan memberi tempat duduk kepada Umat Islam dalam sebuah manjlis.

Inilah sedikit dari perjanjian yang telah dilakukan oleh Khalifah Umar Al Khattab yang kemudiannya diteruskan oleh para khalifah dan sultan Umat Islam. Malah ketika Turki Uthmaniyah terbentuk, mereka mengharamkan kaum lelaki dari agama lain untuk mengenakan Tarbus. Namun hukum ini dihapuskan oleh Sultan Sultan Mahmud II yang memerintah pada tahun 1808-1839 mengeluarkan hukum bersifat Sekularisme dengan berkata:

“Beta tidak mahu sekarang untuk membezakan antara umat Islam kecuali berada di dalam Masjid, dan orang-orang Nasrani kecuali apabila berada dalam Gereja, dan orang-orang Yahudi kecuali berada dalam Sinagog. Beta mahukan selagi mereka semua mentaati Beta, mereka semua akan mendapat hak yang sama dan mendapat perlindungan yang serupa” (Bangkit Dan Runtuhnya Khalifah Uthmaniyah ms 658).

Lantas pada saat inilah Kerajaan Turki Uthmaniyah telah menghilangkan sebuah hukum Islam. Tetaplah apa yang dikatakan oleh Rasulullah saw tentang hukum Islam akan terputus satu demi satu mengikut putaran zaman, sehingga yang hanya tinggal di akhir zaman adalah solat sahaja.

“Dari Abi Umamah al-Bahili, dari Rasulullah saw baginda bersabda: Ikatan-ikatan Islam akan terlepas satu demi satu. Apabila lepas satu ikatan akan dikuti oleh ikatan berikutnya. Ikatan Islam yang pertama kali lepas adalah hukum dan yang terakhir adalah solat”. (Hadis Riwayat Ahmad. 5/251)

Oleh kerana itu, walaupun sesebuah negara itu telah banyak tidak melaksanakan hokum Islam, namun para ulama’ Ahlus Sunnah tetap menamakan daerah tersebut sebagai Darul Isalam selagi mana kerajaan itu dikuasai oleh orang Islam, wujudnya syiar Islam secara umum iaitu azan, solat eid dan umat islam berasa aman untuk melaksanakan ibadah di dalamnya.

Namun ketika PAS mengatakan bahawa Malaysia bukanlah Negara Islam, tetapi sebuah Negara Kafir atau Negara Umat Islam, bererti tuan-tuan telah menetapkan sebuah hokum yang tidak pernah ditetapkan oleh Ulama’ Ahlus Sunnah sebelum ini.

Kita andaikan saja Negara Malaysia ini merupakan Negara Kafir, maka menjadi sebuah kewajiban untuk tuan-tuan berhijrah ke negeri Islam yang lain. Haram bagi tuan-tuan untuk duduk dan bersenang lenang di sini. Malah menjadi haram jika tuan-tuan berkerja dengan kerajaan kafir. Allah mengatakan tentang hal itu dalam firmannya:

“Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya:”Dalam keadaan bagaimana kamu ini”. Mereka menjawab:” kami Adalah orang-orang yang tertindas di negeri (Mekah)”. Para malaikat berkata:”Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah dibumi itu”. Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruknya tempat kembali, (QS. an-Nisaa`:97)”

Oleh itu mengikut sejarah dan pengamalan sunnah, Nabi dan para sahabat tidak pernah tinggal dalam Negara kafir setelah turunnya ayat hijrah. Mereka membuka dan menukarkan sesebuah wilayah itu dari luar, bukannya dari dalam. Maka wajib bagi tuan-tuan untuk hijrah ke Negara Islam yang lain. Dan kembali menghadap kerajaan ini bagi menukarkannya kepada Islam.

Kemudiannya, setelah tuan-tuan mendapatkan tiga buah negeri dalam pilihanraya sebelum ini, dengan jangka masa paling singkat tuan-tuan memerintah adalah 5 tahun, sedangkan di Kelantan tuan-tuan telah berkuasa selama 15 tahun, maka apakah yang menyebabkan tuan-tuan masih tidak mampu untuk melaksanakan apa yang Umar Al Khattab lakukan kepada penduduk Qibti Mesir?

Tuan-tuan memiliki kuasa dalam hal itu, minimal untuk melarang kaum DAP dari membacakan ayat-ayat Al Qur’an, melarang para wanita PKR dari memakai baju kurung dan berkebaya, tidak meluluskan permohonan pembinaan patung Budha dan menyokong pengharaman perkataan Allah pada Injil Terjemahan.

Tapi mengapa tuan-tuan tidak mampu untuk melaksanakan hal yang berada dalam tangan tuan-tuan, tetapi tuan-tuan meminta pengubahan undang-undang yang sulit dilaksanakan kerana memerlukan undi 2/3 dari anggota parlimen, sedangkan anggota parlimen yang Muslim itu tidak mencapai 2/3.

Melangu Sang Pemberontak

Oktober 15, 2008

 

 

Kemenangan partai pembangkang dalam PRU 12 ini menjadi hujjah kepada para hizbi untuk mengatakan bahawa perjuangan mereka benar hingga ditolongi oleh Rabbul Jalil. Inilah pengukur haq dan legasi mereka adalah sah.

Tetapi dihujung kenyatan itu, nyata bahawa mereka hanyalah bisa menawan 5 negeri dari 13 negeri. Maknanya bahawa tuhan masih mau negeri ini ditadbir oleh parti pemerintah.

Apapun yang berlaku, sebenarnya bahawa kebenaran itu bukan diukur kepada yang menang atau yang tumpas. Tetapi benar itu hanyalah yang bersumber dari apa yang dibawa oleh seorang lelaki – Ahmad Abdullah.

Lalu Ahmad Abdullah itu mengatakan bahwa seorang muslim yang mentaati beliau harus tunduk patuh kepada sang pemimpin, apakah pemimpin itu kejam, tirani, zalim, atau pemimpin itu fasik, selagi mana sang pemimpin itu Muslim dan menunaikan solat Jumaat.

Kalau kalian mahukan hujjahnya, saya akan bawakan setimbun dalil hadith, kemudian atsar sahabat, kemudian dasar historis, lantas kemudian ucapan para cendikia kita. Setelah saya bawakan hujjah yang jelas dan gamblang seperti mentari di siang bolong, maka saya juga akan meminta kepada kalian hujjah yang membolehkan kalian membangkang pemimpin lalu memberontaknya, apakah dengan senjata atau cacian makian.

Saat itu, sang hizbi tersentak -pegun- dan dia mula tercari-cari akan alasan. Setelah berfikir dan menyelak sekian kitab, maka mereka pun membentangkan alasan sandaran mereka. Bunginya hadith dan sekian ayat yang secara umum untuk tidak mentaati perintah mungkar. Itu sahaja!

Ini suatu hal yang pelik. Kerana bilang mereka, mereka adalah golongan yang mengerti akan hal agama. Lalu bagaimana pikiran mereka akan benturan 2 nash; satunya ayat-ayatnya terperinci dan jelas, sementara satunya secara umum dan global?

Kalau lah mengikut kaedah ilmiah, pastinya ayat yang jelas dan terperinci telah membatalkan ayat yang umum.

Tetapi oleh kerana pasukan mereka adalah orang agama, dan mereka itu bersorban dan berjubah labuh seperti alim ulama, maka apakah mungkin mereka akan tunduk pada pandangan yang menyalahi keimanan mereka? Pasti tidak! Hanya yang benar-benar ikhlas sahaja akan mula berfikir dan akhirnya akan mentaati pemimpin negara.

Saya sudah mangli dengan percakapan sesetengah orang bahawa saya ini penjilat kerajaan, pendokong UMNO, dan manusia yang tidak mengerti keadaan. Saya sudah tidak peduli dengan tuduhan dari orang-orang yang tiada hujjah.

Kerana saya sedar bahawa dalam hati kecil mereka itu, mereka mengerti bahawa mereka berpijak di dahan yang paling kecil dan rapuh. Memang ini yang terbesit dalam hati mereka.

Akhirnya nanti mereka akan melangu di hadapan Lelaki yang membawa ajaran ini. Satu hari nanti.

Biarkan Dia Murtad Dari Menjadi Anjing Neraka

Oktober 15, 2008

 

Saya tidak kisah kalau dia mau murtad dari Islam. Biarkan dia yang sudah tak beriman dengan Allah serta Muhmmad saw itu bersendirian dalam keyakinannya. Kalau dia sudah keluar lalu ditegakkan hujjahnya dan masih mau engkar dan berpaling, paling akhir garisnya hanyalah penggal batang leher. Algojo akan ada tugasan.

Katakan kepada yang murtad itu, Kau mau keluar kerana pada pikiran mu bahawa Islam meranag mau bercumbu tanpa nikah, melarang kau meneguk khamar dan mabuk-mabukan, melarang kau berpeleseran, melarang kau dari berbuat kejahatan. Lalu kau memilih agama lain, atau untuk bergama yang tiada agama, atau pun agama sains. Ketahuilah bahawa manusia muslim itu yang selalu berzina, yang selalu mabbuk, dan yang selalu mencuri dan merompak, atau yang suka membunuh, akan tetap menjadi penghuni syurga selagi dia tidak berbuat kesyirikan. Tetapi engkau yang mahu membuat kejahatan dengan sebuah lesen halal dari “agama baharu” akan akhirnya kekal selamanya dalam neraka jahannam.

Justeru antara yang mau murtad dan yang tidak, yang saya gelisah ialah dia tidak mau beriman dengan ajaran Rasul dan dia tak mau menerima kebenaran, tapi masih berdegil dan tetap bersikap kokoh dengan keimanannya yang menyeleweng tetapi dia istiharkan aqidahnya itu dengan nama “ISLAM”.

Kerana, orang seperti ini sukar untuk dibedakan antara haq dan batil, ibarat kata orang melayu “bagai gunting dalam ikatan”. Nantinya ketika kita alpa maka dia menikam kita dari belakang. Kalau dia seorang syi’ah maka sudah pasti dia akan membunuh kita satu hari nanti. Kerna dalam ajarannya membunuh seorang Muslim adalah berpahala! Mau buktinya? Hummm apakah kita tidak pernah membaca sejarah dari dahulu hingga sekarang? Malah di depan mata kita terkocol soldadu-soldadu mereka yang membantai kita di Iraq?

Kalau seorang itu murtad lalu mau menjadi Nasrani, atau mau jadi Majusi, maka yang mampu mereka lakukan hanyalah memburukkan Islam pada zaman yang tak berlaku potong kepala bagi kaum yang riddah – berpaling dari Islam. Tetapi mereka ini masih tidak mampu menikam kita sambil tersenyum mengharapkan pahala dari Allah Azza wa jalla.

Mungkin yang akan membunuh kita bila dia mau menjadi Yahudi. Tapi seorang yang bukang bangsa Yahudi tidak boleh menjadi penganut Yahudi. Malah seorang Yahudi yang beriman dengan agama mereka akan membunuh semua manusia yang mereka labelkan sebagai goyem, bukan sahaja seorang sunni malah Nasrani tadi dan Majusi tadi.

Tetapi yang mengaku menganut Islam itu lah yang selalunya membunuh kita. Sepanjang histaris, kaum Rafidhi telah menumpahkan darah dan melumatkan kaum kita sekian lama. Kemudian selain mereka adalah kaum Khawarij – si pemberontak kepada Pemimpin Islam yang sah.

Malah Khawarij ini adalah anjing neraka yang suka meggigit manusia. Melalak akan kebenaran tetapi mereka tak mengerti, malah al quran itu hanyalah di kerongkongan mereka. Mereka ini punya penyakit, kalau digiginya seorang manusia lain, maka mungkin mangsa akan dihinggapi penyakit Anjing Gila, lama-lama korban akan menjadi Anjing Neraka juga atau mati. Anjing-anjing ini bebas lepas dari pengertian Islam seperti anak panah yang setiap saat meninggalkan busur dengan laju.

Justeru anjing ini telah membuat onar yang amat hebat – dahsyat. Mereka telah membunuh manusia Islam yang sedang berdansa di club malam, yang sedang bercumbuan, yang sedang menogak arak. Semua yang mereka lakukan ini atas nama Islam, tetapi Islam berlepas diri dari mereka. Ibarat misal Arab, Semua orang mengaku mencintai Laila, tetapi Laila tidak mengenal mereka.

Apakah mereka ini telah Tuhan menjadikan mereka Anaknya seperti Isa pada tanggapan Nasrani; bahawa Anak tuhan juga boleh memutuskan nyawa manusia dan menetapkan manusia yang berbuat jahat ke neraka? Seperti mereka tahu bahawa lelaki yang sedang mengkucupi bibir wanita genit itu adalah ahli neraka. Maka lelaki itu harus dihabisi kerana walau dia nanti renta tetap ahli neraka. Justeru mati muda atau tua sama saja bagi lelaki itu, malah mati awal lagi bagus kerna dia tidak akan mejadi panutan orang lain dan matinya nanti sebagai ibrah [pengajaran] kepada kaum yang bermaksiat.

Kemudiannya mereka tidak berhenti kepada orang-orang yang bermaksiat sahaja, malah mereka mula berfikir akan kuasa – sebuah kursi yang mengawal seluruh negara. Mereka mau merebut kursi sang pemerintah. Kononnya kalau dia berjaya menggulingkan pemerintah yang zalim ini, dia akan tegakkan hukum dan undang-undang Islam. Ini apa yang dia pikirkan.

Lalu mereka inipun terjun dalam kubangan politik, menjadi politikus yang berjubah dan bersorban besar. Setelah berbusana Arab, lalu mereka namakn Partai mereka dengan nama Islam. Maknanya partai mereka itu telah dikhatankan oleh tok mudim. Mereka letaklah cogankata “Membangun Bersama Islam”, atau “Islam The Way Of Life”, atau apa saja yang indah dan puitis. Setelah itu mereka letakkan prinsip perjuangan mereka “Al Quran dan As Sunnah”.

Wah, kemudian itu hidung-hidung mereka pun kembang kuncup kerana bangga bahawa mereka lah yang Islam, dsan partai lain atau manusia yang tak bergabung dengan mereka adalah manusia yang tidak ada antusias untuk menegakkan agama Allah, atau paling berat bagi mereka adalah penentang Allah. Penentang ini harus dihabisi kerana mereka ini kapir dan mengajak orang kepada kekapiran.

Justeru untuk membendung kapir dan kekapiran, atau mengurangkan manusia yang tidak peduli kepada agama, maka mereka mencetak para penyeru – Kadir alias penda’wah. Bertebaranlah kadir dan pendak’wah ini ke seluruh dunia, menyeru manusia untuk menegakkah hukum Allah. Yang engkar itu kalau melawan akan dibunuh, kalau tidakpun akan diberi kalimat yang digantung pada leher “Kau sesat”.

Anjing Neraka ini berpikir bahawa kalimat hukum itu seputar pada potong tangan kepada pencuri, potong kepala yang murtad, potong silang kepada perampok, sebat bagi yang berasmara tanpa nikah, hukum-hukum lain yang dinama sebagai HUDUD.

Tetapi yang peliknya hukum Allah yang utama, yang sekelian Nabi dan Rasul lakukan pertama kali, yang punya prioritas utama tidak mereka kehendaki – iaitu membersihkan tauhid dan meluhurkan ibadah hanya kepada Allah.

Bagi mereka, untuk bertauhid secara shahih dan membersihkan amal dari reka-rekaan itu bukanlah utama, dan ia adalah hal-hal simple serta bisa menggiring umat dari bermusuhan. Setelah bermusuh, kapan Islam akan tertegak?

Nah, akhirnya kebodohan mereka terbongkar saat itu. Nyata anjing mana ada aqal, yang ada hanyalah otak! Lalu yang meberangi tindakan mereka hanyalah cetusan-cetusan yang lahir dari ide otak, bukan ide akal. Kerna aqal akan mengerti bahawa untuk bersatu padu harus bermula pada satu hal alias prinsip atau pun satu keimanan yang secara bersama meyakininya dan akan bersama-sama berjuang untuk menegakkan kepercayaan itu. Ini adalah dasar yang semua manusia yang bisa berpikir akan mengerti.

Lalu kita andaikan; berkumpulnya segolongan manusia yang cuba menegakkan HUKUM Allah iaitu seorang Syi’ah, kemudian seorang Khawarij, seorang yang paham Mu’tazili, seorang lagi paham Sunni, seorang lagi pahamnya Sufi, seorang Takfiri. Maka mereka ini berjaya mendirikan sebuah Partai – Hizbi dengan nama Partai Islam. Kemudian mereka menang dan berkuasa. Lalu apakah HUKUM ALLAH yang mereka inginkan akan terlaksana?

Sila lah jawab wahai para Hizbiyyun dan penentang kerajaan Muslim!

Ketika itulah sang Syiah yang mengimani membunuh Sunni akan cepat-cepat merobek jantung si Sunni tadi. Maka gugurlah Sunni atau paling kurang dia dirawat di bilik rawatan Rapi. Kemudian si Khawarij itu pula akan menetapkan bahawa setiap pelaku doa akan dihukum keras kerana mereka sudah Kapir. Jadi mau menegakkan keadilan kepada pencuri 20 sen. Terus saja di Mu’tazili itu membantah, dan mengatakan bahawa kita haruslah banyak mengunakan aqal kerana aqallah yang menunjuki kebenaran; dalam kasus 20 sen itu, pencuri hanyalah layak di denda. Lalu si Takfiri pula berkata kepada mereka semua bahawa mereka telah kapir dan dilaknat kerana tidak mengikut hukum Allah yang sebenar.

Justeru, apakah bentuk perlembagaan yang akan mereka klaim sebagai Hukum Allah yang sebenar, kerana setiap aliran punya kepahaman tentang Islam yang berbeda.

Seterusnya, untuk perkara yang terbesar iaitu Kursi Pemerintahan, harus diserahkan kepada siapa? Bergilir atau statik? Negara yang bermodal seperti apa? Iran atau Afghan? Atau seperti Saudi? Atau seperti Turki? Atau…. atau…. atau…?

Katakan kepada Salafi, apa yang terjadi di Aljazair, dan apa yang berlaku di Afghan, dan terbaru yang terjadi di Iraq!

Justeru bagi yang bila berpikir secara waras, kita akan mengerti bahawa sebelum kita bisa menegakkan Hukum Allah, kita harus mampu untuk mendapatkan Islam yang tulen, yang tidak terkontaminasi dengan sebarang kekotoran. Kita isolirkan kebatilan keluar dan musnahkan keraguaan dari nama agama kita ini. Iaitu proses pembersihan – tasfiyah. Setelah itu, dalam masa yang sama kita bina Islam yang suci dan asli – proses tarbiyyah.

Lalu kita serukan peda para Hizbiyyun untuk memperhatikan perkara utama lahi pertama yang harus mereka kerjakan; iaitu membersihkan aqidah umat dan mengajari aqidah yang shahih. Tebas kebatilan, panjung kekhurafatan, musnahkan kesyirikan.

Kemudian kalian harus mengatakan bahawa Muhammad itu diutus untuk mengajar manusia cara penyembahan, lalu kita sebagai manusia yang beriman dengannya haruslah mengikuti ibadah beliau. Kalian bongkar setiap kebid’ahan dalam pengibadatan.

Setelah itulah kalian akan melihat manusia akan bersatu atas landasan Agama. Mereka – umat – akan berjuang bersama kalian dan akhirnya kalimat Islam akan tertancap di dunia.

Tetapi andai kalian tidak mahu mengerti dan menuruti kaedah ini, walhal kaedah inilah yang telah terbukti, menjadi kaedah nabawi dan kaedah para aimmah kita, nescara sampai mentari tersungkup kalian masih tidak akan bisa bersatu hati.

Untuk perhatian kepada para Hizbi, apakh kalian secara pasti bahawa kalian berjuang diatas kebenaran? Kalau kalian pasti, kita akan tanyakan sedikit soalan;

1) Apakah ada dalil yang qat’i ad dilalah dan qat’i at tsubut [meminjam istilah yang porpular di kalangan Hizbu at Tahrir] yang menceritakan bahawa boleh memberontak kepada pemimpin yang Islam yang masih menunaikan solat jumaat dan kedia Eid?

2) Manakah yang lebih berat dan harus dibenteras antara kesyirikan dan kema’siatan? Lalu apakah kalian telah menerangkan kepada seluruh para anggota partai kalian akan syirik akbar dan syirik ashgar?

Kalau kalian belum lagi punya jawaban kepada kedua soalan diatas itu, baiklah kalian meninggalkan hizbi dan kembali menjadi manusia. Lebih baik murtad dari menjadi anjing, kerana seorang murtad masih mengerti bahawa dia berbuat bukan diatas nama Agama Islam. Dan si murtad itu akan dipancung, kalau tidakpun manusia Islam lain akan menjauhi dan mewaspadai fikirannya dan dirinya sendiri.

Sedang para hizbiyun itu meyakini kebenaran tetapi dihari pembalasan dia terkejut bila melihat amalnya tiada walau sebesar zarah! Dan dunia dia telah menghasut ramai manusia Islam menjadi seperti dia. Lalu akhirnya ramailah manusia Islam lain akan bersama dengannya dan tersesat serta merosakkan citra agama secara dari dalam.

Zaman Sebelum Syeikh Muzaphar Melawat Angkasa

Oktober 13, 2008
angkasa

angkasa

Saya masih berkeyakinan untuk mengatakan bahawa kewajaran al kitab itu dan as sunnah itu senantiasa sesuai atas zaman dan makhluk manusia adalah hakikat zaman dan manusia itu sendiri. bahawa allah telah jadikan manusia dan zaman ini punya karekter yang sama – baku. tak berubah dan berkembang atau mengecut.

manusia sejak kehidupan Nabi allah adam as dan anaknya hingga lah ke hari ini, punya jiwa dan corak muamalat, pemikiran dan kelakuan, semuanya sama. tetapi yang berubahnya hanya sebatas pakaian yang menutup jasab mereka. alatan berkembang atas berkembangnya ilmu penciptaan. dan alatan ini sebenarnya tidak memberi kesan yang mendalam atas setiap jiwa manusia.

kerana itulah allah menurunkan al quran dan mengkhabarkan as sunnah kepada Nabi muhammad. malah kalau diselidiki di dalam al quran, pasti kita menjumpai nama surat para nabi seperti yusuf, yunus, malah ada juga diceritakan keluarga Imran. maka kalau bukan kerana Gusti telah menetapkan keBakuan jiwa dan pemikiran serta kelakuan itu dalam jasad manusia, tidaklah Dia patut untuk mengkhabarkan perihal para nabi terdahulu, malah tidaklah bijak bagi sang Pencipta menurunilham kepada nabi berupa sunnah, yang menceritakan tentang anak Baginda Adam yang membunuh saudaranya kerana wanita.

untuk apa Allah menceritakan kepada Nabi Muhammad kalau jiwa dan tingkahlaku manusia berubah? apakah pada zaman itu rapa sultan bangsa arab dikebumikan dalam zigurat dan dimumiakan dahulu? apakah zaman itu ada sultan yang mengaku mampu menenggelamkan mentari dan menerbitkan rembulan? rasanya tidak. justeru untuk apa allah ceritakan hal Firaun bangsanya qibti dan kaum bani yahidi? melainkan untuk rasul ambil pengajaran dibalik penceritaan tersebut.

begitu juga teori ekonomi yang dikatakan lahir dari penceritaan nabi yusuf. malah keadaan 7 tahun kemarau dan 7 tahun makmur berlaku hingga kini. padahal ia berlaku begitu lama sebelum zaman kita ini, malah sebelum zaman rasul terkakhir lagi. apa logikanya dibalik penceritaan ini?

tetapi kalau digunakan pemikiran singkat yang tak mendalam, kita merasakan bahawa al quran dan as sunnah sudah tak releven kerana kita terkeliru dengan perubahan alat. memang diyakini bahwa alat akan berubah. kalau dahulu membasuh dengan tangan tetapi kini menggunakan mesin. malah kalau dulu berkelana dengan unta dan bhagal tapi kini dengan kereta dan kapal terbang. yang berubah unta tapi manusia masih mahu berkelana. kemahuan kita masih tak kendur sejak awal penciptaan manusia.

kita masih mau makan, masih mau kahwin, masih mau senang, masih mau bergembira, masih mau mengibadahi Allah azzawajalla. tapi kesemua kehendah dan naluri ini yang disebut fitrah, allah bekali petunjuknya yang petunjuk itupun tak berubah.

begitu juga dengan ketaatan kepada pemerintah. kalau dari zaman dahulu manusia telah mengangkat amir dengan cara tersendiri dan kemudian mereka menjadikan amir itu sebagai orang yang mengembala mereka, maka sehingga hari ini juga manusia berbeuat demikian. tetapi mungkin alat untuk memilih pemimpin itu berbeza mengikut zaman dan geografi.

kita sekarang ini telah mencampuradukkan antara isu mentaati pemimpin dengan alat memilih pemimpin. ia seperti antara ayam dan alat untuk memotong tengkok ayam. kita harus mampu membedakannya dan jangan mengcampuraduk antara keduanya. biar kita menghabisi satu persatu.

pertamanya bahawa allah telah menetapkan bahawa mentaati pemerintah muslim adalah wajib dalam hal-hal yang ma’ruf dan tidak mengandungi perintah ma’siat [selagi mana mereka muslim]. ini jelas. seperti mentaati ayah dan kakek. tak boleh menggulingkan ayah kerana kita mendapati peraturan rumah menyalahi adab atau mengandungi pelanggaran hukum allah.

penguasa yang memerintah, walaupun tidak berlaku adil, maka ketaatan tetap kepadanya seperti yang dinyatan tadi. KEADILAN itu apa? apakah partaui keADILan? atau adil dalam membuat keputusan kehakiman atau adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. seperti meletakkan kasut di kaki, bukannya di tangan walaupun tetap memiliki 10 jari.

kerana itu, apabila seorang amir tak meletakkan hukum hudud yang peratusannya sekitar 5 persen dari ajaran al quran, kita menganggap bahawa pemimpin itu boleh ditentangi kerana kita berpandangan bahawa kalimat zalim yang digunapakai oleh rasul tak mencakupi erti hudud. ini adalah pemahaman yang silap. kerana antara hudud dan keyakinan, yang merosak islam lebih dashat adalah qalbu, bukan tangan atau kaki. hudud adalah menjaga kemasyarakatan sedangkan aqidah menjaga keamanan dunia dan akhirat. manusia yang murtad boleh dipancung oleh algojo, tapi apakah kita boleh pastikan bahawa di Saudi tiada berlaku kemurtadan secara senyap? malah di zaman sahabat sendiri manusia murtad wujud dan ditumpaskan padahal hudud terwujud nyata!

kalau ada dalil yang mengatakan boleh memberontak kepada penguasa muslim yang zalim, maka saya meminta saudara mengkhabarkan kepada saya.

justeru siapakah yang lebih zalim; antara seorang amir yang tak menjaga masyarakat dengan mentelantarkan hudud ketimbang seorang guru tariqat yang mengatakan bahawa dia mampu menetapkan taqdir para muridnya?

dan manakah yang lebih zalim; antara seorang amir yang jahil lalu dia meninggalkan hudud, dengan seorang kiyai yang mendalami ajaran agama lalu menentang seorang pemimpin yang zalim?

keduanya ialah bahawa allah telah tetapkan bahawa tengkok ayam harus dipotong dengan benda tajam seperti pisau. kalau tak ada, kapak pun bolehlah. tak boleh digunakan batu; atau talu atau memicit hidung ayam hingga lemas.

begitulah juga dalam alat untuk melantik pemimpin; allah telah tunjukkan kaedah dasarnya. lalu setelah ditimbang-timbang, maka alat demokrasi berupa alat yang seperti batu tadi, alat yang tak memenuhi “kehalalan” untuk digunakan. [walaupun analogi ayam dan amir tak sesuai tapi ia dapat memberi gambaran serba sedikit kepada isu ini].

tetapi, walaupun alat yang digunapakai itu tidak aman [selamat], apakah seperti pemkorbanan [pembunuhan], atau kemunafikan [penipuan] atau helah, maka manusia yang berjaya menduduki pemerintahan dan dia memiliki kuasa, maka dia telah menjadi penguasa yang sah dan layak untuk ditaati.

justeru, idea untuk menghalalkan penentangan kepada pemerintah yang sah, berupa idea yang menyalahi keadilan dan kebenaran. walau apa juga alana yang ditegakkan, bahawa kita harus sadar bahawa telah ada petunjuk dari Allah tentang pengharamannya.

juga idea untuk mengatakan bahawa perubahan zaman alias alat, menukar tafsiran ulama silam, atau tafsiran “keharaman” harus dikoreksikan atau direvisi kembali, merupakan idea yang salah.

kalaulah hal “pengrevisian” ini dibolehkan, maka kita harus bersedia untuk mengkoreksi “aqidah sunnah” kerana mungkin aqidah itu hanya sesuai untuk bangsa arab dan sekitarnya pada 1000 tahun dahulu, ketika sebelum Dr Syeikh muzaphar melawat angkasa.