Posts Tagged ‘Ibn Taimiyyah’

Kaum Reformis Dalam Historis Kemerdekaan Yang Terabai

November 10, 2008

blod

Satu soalan harus dilontarkan ke udara:

“Bagaimana kemerdekaan negara ini berhasil?”

Apakah ia datang dengan tiba-tiba solah-olah Benggali Putih merasa lelah menjaga urusan manusia warna coklat ini? Atau ia adalah tindakan tanpa sadar oleh orang kita; bangun dan menentang penjajah tanpa sebarang niat, seperti mereka digerakkan oleh satu kuasa suparnatural? Atau kemerdekaan ini dirangkul kerna Tuhan menjahanamkan British seperti Tuhan pernah memusnahkan kaum Tsamud?

Jawaban ini seharusnya lebih lojika dan bisa diimani dengan tenang oleh jiwa. Justeru kesemua ide diatas harus disimpan dalam kamar mandi kerna ia tidak mungkin bisa dipercayai. Lalu bagaimana kita bisa merdeka? Pasti kita percaya bahawa kemerdekaan sesuatu itu harus bermula dengan sebuah cetusan kesadaran. SADAR. Begitulah ketika Gautama terdasar bahawa ajaran nenek moyangnya tidak bisa mengobah manusia kepada sesuatu yang lebih baik. Maka dia pun beruzlah dan bermunajat di bawah pohon Bodhi sehingga dia menjumpai 8 jalan kebenaran – swastika. Namun kasadaran dia tidaklah merubah apapun jua melainkan ajarannya sedikit baik ketimbang ajaran nenek moyangnya, namum dia masih dalam kubangan kesyirikan.

Maka sesudah ribuan tahun datang seorang manusia bangsa Arab juga telah mengalami perasaan “sadar”, melihat bangsanya yang bergelumang dengan kebejatan, menyendiri memikirkan tentang kemerdekaan jiwa dan raga di puncak gunung – dalam gua. Maka kemudian Tuhan mengutus malaikan untuk mengajarkannya satu kalimat yang merobah rupa bentuk manusia sesudah itu. Bukan sahaja kegemilangan melanda bangsanya  tetapi mewarnai seluruh dunia.

“Bacalah! Bacalah dengan nama Tuhan mu yang menjadikan!

Maka sedari turun ayat ini dari kolong langit bermulalah percambahan ilmu dan percerahan minda. Manusia berlomba-lomba untuk mendengar tiap bicara tuhan yang diluahkan melalui lisan Muhammad saw. Mereka menghapalnya dan kemudian menulis dan membukukannya. Akhirnya bertebaranlah kitab ini di seluruh dunia; dan lahirlah pelbagai disiplin ilmu dalam memerhatikan syariat Islam. Seluruh ilmu ini hanyalah kerna memenuhi tuntunan dari Ilahi dalam sejumlah kalamnya, yang berpusar pada makna: “Ketahuilah [dengan berilmu] bahawa Tiada Ilah yang haq melainkan Allah”.

Inilah yang bisa dihasilkan dari sebuah kesadaran! Sebuah perobahan yang amat besar ertinya.

Lalu apakah yang menyebabkan bangsa kita ini berubah dan tersadar dari penjajahan yang lama – hampir 300 tahun minda kita dimajal dan jasad kita dibelenngu? Persoalan ini bisa kita lihat sebelum Tunku Abdur Rahman terbang ke London berunding dengan Benggali Putih, juga sebelum para Raja berkumpul untuk membicarakan tentang Malayan Union, juga sebelum Onn Jaafar menubuhkan parti Melayu.

Ketika itu lah datang satu kaum yang membicarakan tentang betapa Islam harus kembali kepada yang asli, dan untuk menjadikannya asli seperti di zaman Rasul dan sahabat, Islam harus di bersihkan dari kontaminasi dan kemudian dibangunkan kembali dengan kesungguhan. Semuanya harus bermula dengan ilmu dan jalan pikir yang satu – iaitu jalan pikir para manusia yang mendapat pendidikan langsung dari Utusan Allah; jalan salafi.

Hasrat kelompok manusia ini yang mahu melihat bangsanya maju dalam kehidupan, yang mereka beriman bahawa manusia yang beriman itu pasti akan menjadi maju hanya sahaja dengan agama mereka, bukan selainnya; tetapi kedatangan mereka ditentang habis-habisan oleh manusia muslim yang bertapuk – yang mempertahankan status quo. Manusia yang memikirkan bahawa Islam itu tak perlukan pentafsiran yang baku – merujuk kepada pentafsiran sahabat – tetapi bisa difikir dan diilhamkan oleh setiap jalan pikir manusia yang digelar Ulama. Lalu mereka yang menyeru berlakuknya reformasi dalam kehidupan beragama digelar sebagai Kaum Muda, dan dikatakan sebagai pemecah belah masyarakat.

Tetapi kaum salafi ini terus saja marak menyebat risalah pembaharuan sehingga banyak manusia mulai sadar yang akhirnya memicu kepada pembebasan negara ini dari jajahan Kuffar.

Lalu kalaulah ada manusia yang bersorban, yang mengatakan bahawa Kaum Muda a.k.a Salafi sebagai kaum Khawarij, atau kaum yang memberi bahaya kepada negara, kita tentulah tercengan, kerna bagaimana mungkin sebuah kemerdekaan yang dicetuskan oleh nenek moyang mereka pada zaman bahari bisa mereka gadaikan hanyalah kerna untuk meneruskan paham yang persis sama seperti paham nenek moyang mereka? Bukankah ini satu hal yang pelik.

Kerana itu kita selalu terfikir: “Menjawab tuduhan yang paling baik adalah menuduh kembali”. Maka rasanya kaum yang menuduh Salafi sebagai khawarij adalah kaum yang amat berbahaya kepada negara, bukan sebaliknya. Maka untuk mengelabui mata penguasa tempatan, kaum ini pun menunding jari ke aras Kaum Muda lantas berteriak sakan “Mereka inilah pemberontak” agar kedok mereka terlindung dari ditelanjangi oleh Kaum Muda. Tetapi Kaum Tua ni yang sudah renta dan tanggal giginya alpa [sesuai dengan penyakit pikun mereka] bahawa dalam sejarah menunjukkan bahawa Kaum Muda lah yang berjuang bersama pemerintah bagi mempertahankan negara, dan catatan membuktikan bahawa dalam kitab-kitab ajaran mereka jelas menyebut “Mendurhakai sultan Muslim adalah satu kejahatan dan kezaliman kepada Allah dan Rasul”.

Buktinya jelas, kita mau tanyakan kepada kalian; Sewaktu Salahunddin Al Ayubi mengumpulkan kekuatan bagi menentang tentera Salib, dimanakah Imam Al Ghazali? Dan apakah dia ada menyerukan dalam pidatonya, atau dalam risalahnya agar para umat bersama-sama sultan mengangkat senjata bagi menghadangi gerombolan Salibi? Tidak ada! Dia beruzlah di celah gua; kononnya mahu mendapatkan ketenangan jiwa dan kedamaian abadi – bersatu dengan Rabbul Izzati! Dan dia tak peduli kepada umat Islam dan kelangsungan agama ini dari digerodok oleh tentera Nasrani. Dia hanya berbicara hal jiwa padahal dia tak mengerti bahawa tiada manusia yang akan tenang jiwanya andai semua manusia muslim telah ditebang batang lehernya. Kalimah Jihad? Dia percaya dia sedang berjihad di atas gunung: melawan nafsu dan setan. Jihat melawan Nasrani itu hanya layak untuk manusia pengamal ajaran kulit sahaja.

Begitulah kemudian ketika datang Tentera Tartar menyerbu Damsyik, maka bertempiaran lari para masyaikh yang satu ketika dahulu jaguh melawan Ibn Taimiyyah. Mereka hanya jaguh bagi seorang lelaki yang tiada punya jawatan dan kuasa dalam kerajaan. Namun saat mereka didatangi dengan pedang, mereka terkencing dalam seluar kerna ketakutan. Ketika semua para ulama Kaum Tua menyorok dan berlindung, tampillah Ibn Taimiyyah mengadap Sultan dan meminta untuk mengepalai soldadu bagi menghalau Tartar dari Damsyik. Maka Ibn Taimiyyah pun diperkenankan dan dia terus menghunus pedang, menyerbu lawan dengan gagahnya sehingga Tartar dipukul dengan penuh keaiban, kerna sebelum ini tidak pernah Tartar dikalahkan sebegitu rupa.

Apakah ada disitu satu bentuk pengkhianatan kepada Sultan, wahai para penuduh? Yang khianat itu adalah para manusia yang memenjarakannya dan menuduh dia sebagai sesat!

Kemudian selang beberapa waktu, di Benua India ketika Kerajaan Munghol menghadapi dua serigala yang sedang mengaum besar kearahnya, Syed Ahmad Barelvi yang merupakan cucu Syah Waliyullah Ad Dahlawi berusaha untuk mempertahankan benteng umat islam dari gigitan British dan Sikh. Tapi akhirnya ketumbukan Syed Ahmad tumpas gara-gara pembelotan kaum yang menentang Salafi, yang mereka itu menyampaikan rahsia kekuatan Syed Ahmad. Lalu setelah jatuhnya kerajaan Munghol maka umat islam pun dilanda keperitan dan kesengsaraan.

Apakah yang bisa kita katakan pada lembaran sejarah ini: “Bahwa kaum Wahhabi adalah kaum pemberontak dan berbahaya kepada negara?”. Jauh sungguh panggang dari api.

Kemudian masih dalam era imperialis, kita berganjak ke nusantara pula. Di Minangkabau berlaku pergeseran antara Dato Bendaro yang mewakili faham Sunni a.k.a. salafi dengan Dato Sati yang mewakili kaum Asya’irah. Maka pertelingkahan itu membesar apabila Dato Sati meminta pertolongan Belanda bagi memerangi Kaum Wahhabi di bawah pimpinan Dato Bandaro. Lalu tercetuslah Perang Paderi. Dalam pertempuran ini yang menariknya ialah Belanda bukan sahaja memerangi kaum Wahhabi tetapi turut memedang dan memenggal leher kaum Adat walhal merekalah yang menjemput Belanda. Setelah Tuanku Imam Bonjol [anak kepada Dato Bandoro] tewas maka Belanda berjaya menguasai seluruh Minangkabau.

Lihat lah tuan-tuan, siapakah yang selalu memanggil kuasa Kuffar dan menjahanamkan negara Islam? Apakah Wahhabi atau manusia yang suka menuduh itu?

Justeru, setelah sejarah menunjukkan sikap sebenar Wahhabi kepada penguasa Muslim, dan juga serajah tak akan menipu bahawa Wahhabi selalu mengajak umat untuk bebas dan merdeka dari belenggu kuffar, jelas bahawa tuduhan kepada wahhabi berupa satu fitnah yang dilepmarkan oleh poara pendengki dan para manusia yang otaknya majal berlumpur dengan kebodohan. Kalau lah mereka itu cerdik pasti mereka tidak akan berani berbicara sebegitu. Tetapi kebiasaannya mereka memang begitu, berbicara tanpa ada ilmu. Menuduh tanpa periksa.

Ibadah Haji Sudah Tidak Wajib Pada Setiap Mukallaf

Oktober 13, 2008

Yang Paham akan ilmu fikih mungkin akan mengerti. Kalau tidak paham, maka takut tersesat imannya. Kerna mauduknya yang sedang kita bahas ini besar – berat dan rungsing. Dan bahasanya berbelit, kerna orang yang selalu berfikir begini memang suka belit belitan.

Jadi mengikut kaedahnya; kalau sudah uzur, maka yang tamam – sempurna – itu akan menjadi rukhsah – keringanan. Yang solat 4 rakaat itu secara berdiri menjadi duduk, yang duduk boleh baring, yang dah terbaring boleh gerakkan tangan, kalau tak mampu, kejip kelopak mata pun tak apa, sudah dianggap bersolat.

Kemudian kaedahnya yang seterusnya berkata; kalau sudah di luar batas waktunya, maka terangkat kewajibannya. Kalau sudah berlalu waktu Ramadhan, maka sudah tiada lagi puasa ramadhan. Kalau sudah menjelang Solat Eid, maka tiada lagi boleh berzakat. Begitu juga yang dinamakan puasa itu ialah menahan lapar dan dahaga, sedari terbit fajar hingga terbenam mentari. Tetepi, kalau hilang lenyap mentari sehingga tiada terang lagi maka kewajiban berpuasa terangkat sudah.

Begitulah antara kaedah yang kita pahami secara ringkas dalam ilmu fikih. Tetapi tanpa kita sadar, ada beberapa kewajiba yang telah terangkat kerna hukumnya telah tak sempurna, namum kita masih juga bertekun untuk menunaikannya.

Yang kita takut bukannya kerja kita menjadi sia-sia, tetapi mendapat dosa, azab dan neraka, dan ditambah membuang masa serta harta.

Itulah yang kita lihat saban tahun banyaknya manusia hanyut dalam ibadah yang sebenarnya sudah tak terwajib diatas pundah mereka. Mereka bersungguh-sungguh menyimpan uang, kemudian membeli kain putih, malah ada yang meminjam, kemudian mereka berkumpul ramai-ramai bergerombolan, sama-sama naik pesawat menuju ke Saudi – semuanya mau kerjakan Haji. Padahal ibadah haji itu telah tak bermakna buat umat Islam, lantaran kewajibannya sudah tiada lagi.

Terkejut? Sabar. Sadar.

Kaedahnya mudah, seperti yang telah kita nyatakan diatas tadi.

Pertama bahawa Kaum Wahhabi itu kaum yang sesat. Dikatakan oleh sekian banyak ulama ahlus sunnah bahawa kaum Wahhabi itu pengikut Ibn Taimiyyah yang tersesat dalam 12 hal. Antara yang menyesatkan ialah Syeikh Hasan as Saqqaf, Al Kautsari, Kabbani, Nuruddin albanjari, Uthman El Muhammadi.

Malah ada syeikh yang mengkafirkan kaum Wahhabi, seperti Syeikh Abdullah Al Hariri al Ahbashi dan pengikutnya di Malaysia seperti Abu Syafiq.

Justru apakah wajar kita kaum Ahlus Sunnah yang lurus pemahamnya mengikuti acara agama kaum yang sesat dan menyesatkan itu? Tak pantas seorang yang rosak aqidahnya, yang aqidah mereka seperti kaum Yahudi, menjadi imam kita dalam mengerjakan solat, menjadi khatib, menentukan amal ibadah kita, peraturan hidup kita dan menghalangi kita menyujud di kuburan nabi, mengambil barakah di kelambu ka’bah, mencium tiang-tiang masajid, mengambil pasiran al haram, meraung dan meratap di kuburan suci. Sungguh ini satu hal yang tak harus kita diperlakukan dan sungguh kita tak harus mengikut mereka dalam menentukan sikap beragama kita. Kerna mereka kaum yang sesat dan menyesatkan.

Apakah orang buta mampu menunjuki jalan kepada yang celik?

Keduanya: bahawa kaum wahhabi itu suka merobah kitab kitab ulama silam sehingga dengan perobahan itu akan membenarkan aqidah mereka yang sesat itu. Lalu ketika gerombolan kaum sunni kita mendarat di bandara – lapangan terbang – maka mereka terus menerus menyodorkan kepada kita kitab-kitab karangan mereka, yang diisi dengan kalam-kalam ulama silam yang telah mereka rubah. Maka bagi orang yang tak memahami agama, maka mereka akan terpujuk dan menjadilah seorang wahhabi baru, dan kembali ke tanah air sehingga membawa paham yang baru. Lalu tersebarlah pula ajaran sesat itu di segenap penjuru dunia sunni.

Kemudian dari masalah yang sama juga, mereka memberikan kepada kita al quran secara gratis – percuma -, yang sebenarnya mereka telah mengubah al quran itu sedikit-sedikit, seperti menukar baris, menggantikan hurus “lam” kepada “waw”.

Maka apakah harus kita biarkan kaum Umat Islam tersesat dan terpengaruh dengan paham yang keji ini?

Justeru kita harus menghalangi kaum kita untuk menunaikan haji.

Ketiga; bahwa sesungguhnya tempat-tempat dalam haji itu yang terlibat ialah Mina, Arafah, Masjidil Haram – Ka’bah, Safwah dan Marwah. Tetapi oleh kerana kekejian Wahhabi itu, mereka telah mengubah miqat, membesarkan arafah dan mina; padahal kesemua tempat itu kecil lalu mereka perbesarkan supaya kita tak berada ditempat sebetulnya sehingga ibadah kita tidak sah.

Malah kekejian mereka tak terhenti setakat itu, mereka mengubah tempat sebenar Ka’bah dan meletakkannya di tempat yang kita lihat sekarang. Maka sekarang ini kita tak bertawaf di ka’bah yang berada di zaman dahulu lagi.

Coba bayangkan, dengan bantuan sekutu mereka USA, mereka mengubah Ka’bah hanya dalam 1 malam sahaja. Kerana itulah kita tak sadar dan kita perasan.

Kemudiannya, mereka membubuh ubat dalam air zam-zam untuk menyebabkan manusia Islam lain bodoh dan totol, sehingga menerima ajaran mereka. Maka banyaklah umat kita yang menjadi dungu dan bahalul kerana terminum air zam-zam yang bercampur ubat pelali.

Lalu, apakah ada alasan lagi untuk tetap membebankan kefarduan Haji kepatas setiap jiwa muslim yang sunni pada hari ini? Padahal kerosakan yang akan mereka dapat lebih buruk dan sesungguhnya tempat-tempat ibadah haji itu sendiri telah berubah sehinggakan tak terpenuh syarat untuk menunaikan ibadah haji.

[makasih kepada saudaraku; Ahmad Tajjuddin al haj kerna memberi aku ide untuk tulisan kali ini]