Posts Tagged ‘Ikhwanul Muslimin’

Ketika Mulutnya Terngaga

Januari 26, 2012

Tersingkap Kejahilan

Saudara, ada pepatah yang menjelaskan sebuah hakikat seseorang: “Ketika dia diam, kita menyangka dia orang pandai. Namun ketika dia mula berbicara maka jelaslah kejahilannya”. Kata hikmah ini sangat tepat malah sering terlihat dalam masyarakat kita. Betapa banyak orang yang pada mulanya kita sangka mempunyai minda “genius” ketika dia diam. Sebaliknya apabila mulutnya mula ternganya dan lidahnya terjelir saat berkata-kata, terus sahaja kita menjatuhkan hukuman terhadap dirinya: “Ternyata orang ini tidak memahami apa-apa”.

Kesalahan ini terletak pada lidahnya. Kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa. Orang mengetahui dia itu jahil apabila dia bersuara. Seandainya dia hanya mendengar dan diam sampailah tamat isu yang dibangkitkan, nescaya tiada sesiapa yang tahu akan hakikat dirinya yang jahil. Malah diamnya itu sebagai sebuah tanda bijaksana kerana dia mengetahui hakikat dirinya yang tidak berilmu.

Ironinya betapa banyak orang yang binasa kerana lidahnya di dunia ini? Betapa banyak manusia yang nantinya akan dihumban ke neraka kerana silap berkata-kata. Lantaran itu Islam tidak mengajar kita untuk mengeluarkan kata-kata yang tidak bermanafaat kepada sesiapa hatta kepada musuh atau orang yang kita tidak suka. Malah kepada seorang kafirpun kita disuruh untuk menjaga lidah dan adab.

Berlaku dialog antara Muaz Bin Jabal dengan Rasulullah saw. Rasulullah saw berkata: “Asas bagi semua perkara adalah Islam, tiangnya adalah solat dan titik kemuncaknya adalah jihad.” Kemudian baginda bertanya lagi: “Adakah saudara suka jika saya beritahu kunci bagi semua perkara itu? Saya menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah saw.” Baginda memegang lidahnya, lalu berkata: “Saudara jagalah ini.” Saya bertanya: “Wahai Rasulullah saw! Adakah kita dituntut bagi segala perkara yang kita ucapkan? Jawab Rasulullah saw: “Aduh saudara! Bukankah manusia disembamkan mukanya ke dalam neraka hanya sebab lidah mereka?” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Itulah yang diberitakan oleh Nabi yang kita cintai; setiap apa yang manusia lafazkan akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti. Tetapi saudara, apakah boleh bagi seorang Muslim, terutamanya seorang mukmin untuk mencela dan melempar kata-kata nista kepada seorang kafir?

Mencela Musyrikin

Islam adalah agama ilmu, bukannya agama ciptaan akal. Islam berdiri diatas hujjah Al Qur’an dan As Sunnah, yang kedua sumber ini wajib ditafsir dan difahami mengikut metode pemikiran sahabat. Lantaran sahabat diajar oleh Rasulullah saw kaedah berinteraksi dengan kedua sumber ini.

Saudara tahukah ada sebuah hadits dalam kitab Adabul Mufrad karya Imam Bukhari menceritakan tentang larangan melaknat orang kafir. Abu Hurairah berkata bahawa seorang sahabat telah berkata kepada Nabi: “Wahai Rasulullah saw, mohonlah kepada Allah agar ditimpakan kebinasaan kepada orang-orang musyrik!” Nabi menjawab: “Aku tidak diutus sebagai pelaknat, sebaliknya aku diutus sebagai rahmat” (Shahih).

Begitu juga Allah menyuruh Musa dan Harun untuk berkata lemah lembut kepada Fir’aun yang menjuarai carta Tokoh Musyrik sepanjang zaman. Dalam surah Thaha ayat 44 yang bermaksud:

“berbicaralah kamu berdua kepadanya (Fir’aun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia ingat atau takut”

Kursi Alaihissalam

Malangnya saudara, kita selalu menyangka lidah kita tidak pernah bedusta, tidak pernah tersasul dan tidak pernah tersilap bicara. Kita tanpa sedar seperti menetapkan bahawa diri kita adalah ma’sum seperti nabi. Tambahan pula kalau orang ramai menobatkan kita dengan sebuah gelaran keramat iaitu “ulama”. Semakin kuatlah iman kita untuk menafikan kebarangkalian kita tersilap kata, tersalah langkah. Padahal Rasulullah saw berkata: “Setiap anak Adam akan melakukan kesilapan, dan yang terbaik adalah yang paling cepat taubatnya”(Hadits Tarmizi).

Ketika kita menggunakan hadits “ulama itu adalah pewaris nabi”, kita tergelincir dengan membuat ta’wilan batil. Kita beranggapan sebagai pewaris nabi kedudukan kita sama seperti nabi di zaman ini. Natijahnya apa yang kita benarkan itu berupah perintah dan apa yang kita tegah berupa larangan. Barangsiapa yang mengelisihi kita diancam neraka dan barangsiapa yang mentaati kita diberi syurga. Sekiranya begitu, moleklah kita tuliskan dihujung nama kita “Alaihissalam”. Atau hadiahkanlah kita sebuah Kursi Alaihissalam.

Saudara tahukah apabila keadaan itu terjadi, umat juga akan menuruti jejak langkah ulama’ mereka. Ketika ulama’ mereka mendengar sebuah berita yang tidak dipastikan kesahihannya, maka terus sahaja sang ulama itu menyampaikan kepada umat. Apabila cuping telinga umat terdengar khabar tersebut, mereka cepat-cepat menyebarkan kepada masyarakat. Akhirnya merebaklah sebuah berita yang tidak sahih ditengah-tengah manusia.

Saat ini, ulama’ dan umat yang menjadi penyebar khabar tersebut sudah tidak memerlukan sebarang bukti terhadap tuduhan yang mereka lemparkan. Hujjah adalah diri mereka; apabila mereka berkata “shahih” maka benar lah khabar tersebut. Ketika mereka berkata “ini dusta” maka palsulah khabar tersebut. Walhal Rasulullah saw berkata:

“Sekiranya setiap manusia diberikan haknya berdasarkan dakwaan atau tuduhan mereka, sudah tentu akan ada orang-orang yang akan menuntut harta dan darah milik suatu kaum yang lain. Oleh itu pembuktian diwajibkan bagi yang mendakwa dan bersumpah bagi pihak yang yang dituduh.” (Hadits Riwayat Baihaqi)

Timun Dan Durian

Saudara lihatlah apa yang berlaku dalam masyarakat Islam kita. Betapa banyak berita-berita yang tidak dapat kita pastikan kebenarannya namun kita tetap bercerita kepada jiran tetangga, kita siarkan dalam laman peribadi kita, dan kita teguh mempertahankannya ketika ada orang meminta bukti dari kita. Malah kita mencela pula orang yang menagih pembuktian dari kita.

Malangnya wahai saudara, kita berhadapan dengan dua keadaan yang mana kedua-dua keadaan itu akan membuatkan kita berdosa. Ibarat timun dan durian; menggilis luka, digilis pun luka. Jika benar khabar itu shahih maka kita tetap berdosa kerana Syubail bin ‘Auf berkata: “Dikatakan barangsiapa yang mendengar sebuah kekejian lalu menyebarkannya, maka orang itu seperti orang yang melakukan perbuatan keji tersebut” (Shahih. Adabul Mufrad).

Sebaliknya jika ternyata khabar tersebut tidak shahih maka kita juga akan berdosa kerana Rasulullah saw bersabda “Cukup seseorang itu dikatakan sebagai pendusta apabila dia menyampaikan setiap apa yang didengarnya”

Ingin saya berikan dua contoh yang hangat disebarkan oleh umat walhal mereka tidak mempunyai bukti walau sekelumitpun. Pertamanya ada seorang tokoh agama yang berkata kepada anak muridnya bahawa ILMU menerima wang sebanyak RM 15,000.00 sebulan setiap orang: “Ulama Muda; ulama’ gila. Masuk parti sekular, masuk berenang dalam air najis. Terima RM 15,000.00  khabarnya seorang sebulan, tapi duduk dalam najis sekular. Sekular ini keluar dari Islam, sesat dunia akhirat”.

Pertamanya ustaz ini menuduh ILMU menerima wang hampir RM 0.6 juta sebulan dan keduanya ustaz ini telah mengkafirkan ILMU. Sedangkan masalah takfir (mengkafirkan orang) merupakan satu perkara yang sangat besar dalam Islam. Ulama’ Ahlus Sunnah sangat berhati-hati dalam menjatuhkan hukum kafir, sehingga kelompok sesat seperti Khawarij dan Mu’tazilah hanya dihukum sesat walaupun mereka menyeleweng jauh dari Islam.

Keduanya adalah kes Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan yang mengeluarkan fatwa bolehnya wang zakat digunakan untuk pembayaran kos guaman Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan; Datuk Seri Jamil Khir ketika disaman oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lucunya wahai sahabat, segelintir dari masyarakat kita mengatakan Datuk Seri Jamil Khir telah memakan wang zakat, padahal perbuatan beliau dilakukan setelah fatwa dikeluarkan oleh Mufti. Apakah kita ini lebih alim dari mufti atau sebenarnya kita mahu melawan mufti? Jika kita diminta bukti terhadap tuduhan itu, ternyata kita tidak mempunyai hujjah walau setitik pun.

Paduka Mufti mengeluarkan hukum atas ijtihad beliau yang disandarkan kepada Syeikh Rasyid Redha dalam Tafsir Al Manar: “Pendapat yang benar dalam jihad fi sabilillah ialah segala yang menyentuh kepentingan umat Islam dalam menegakkan urusan agama dan pemerintahan”.

Sementara Imam As Son’ani dalam Subulus Salam berkata tentang jihad fi sabilillah adalah: “Termasuk mereka yang berkerja untuk kepentingan orang muslimin, seperti bidang peradilan, pemberian fatwa dan pengajaran, walaupun mereka termasuk orang kaya”.

Sahabatku, saya ingin melontarkan sebuah pandangan, sekadar pertanyaan: “Jika Datuk Seri Anwar menang dalam kes ini, kemanakah wang zakat yang digunakan MAIWP itu pergi?’

Abu Amru Mohd Radzi Bin Othman
Timbalan SU ILMU

Antara Tahaluf Syiasi Dan Realiti

Januari 7, 2012

Artikel ini adalah semudah membaca A, B dan C. Tetapi untuk menerima pembicaraannya memerlukan hati yang sebesar Gunung Himalaya.

A

Adalah kita mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Kedah, Dato’ Azizan kerana mengedarkan buku percuma kepada rakyatnya. Buku terjemahan dari seorang ulama’ besar Syiah, bertugas sebagai penolong Khomaini yang menemui jalan kebenaran dan diberi hidayah oleh Allah untuk meninggalkan jalan kesesatan.
Kitab berjodol “Kenapa Aku Tinggalkan Syi’ah” karya Dr. Sayid Musa Al-Musawi yang menggoncangkan ajaran Syiah Rafidhah satu ketika dahulu, sehingga kini masih tidak mampu dijawab oleh para Mullah yang dikatakan sebagai ayat-ayat Allah (Ayatullah).
Apa yang mereka lakukan adalah mengistiharkan kitab tersebut sebagai kitab yang banyak berdusta dan menyerang kredibiliti pengarangnya. Malah mereka cipta sebuah kitab yang jodolnya sama tetapi kandungannya memihak kepada ajaran mereka.

Natijah dari usaha ini, gerombolan Syiah di Kedah khabarnya ingin menfailkan saman ke atas Dato’ Azizan lantaran usahanya membenteras Syiah di Kedah. Memang kita maklumi bahawa dalam empat tahun ini dakyah Syiah berkembang pesat di Kedah, Kelantan dan Selangor. Sehinggakan ibu kepada teman saya di Sungai Petani telah diajak oleh kenalannya untuk menganut Syiah!

B

Bahawa kita mengucapkan syabas kepada Khairi Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO yang telah terus terang menolak kemasukan Syiah dalam UMNO. Dengan nada tegas beliau berkata “Syiah tidak boleh dalam UMNO”.

Ketegasan inilah yang kita perlukan dalam mentadbir negara. Malah ketegasan ini juga adalah lanjutan dari ketegasan para ulama’ Ahlus Sunnah sejak dari zaman sahabat untuk menjaga agama.

Mungkin ramai dari kita yang telah membaca sejarah Dinasti Abasiyah runtuh setelah Baghdad di rempuh oleh Tentera Tartar. Dalam catatan serajah, dinyatakan sejuta umat Islam menjadi korban dalam pencerobohan tentera Tartar. Itu belum lagi perawan yang dicabul dan para janda yang menderita akibat terkorbannya suami mereka.

Sebenarnya semua musibah ini telah direncana oleh kaum Syiah, yang diketuai oleh Perdana Menteri, Muhammad Bin Ahmad Al ‘Aqami. Dialah yang telah merancang bersama Nashiruddin Ath Thusi, penasihat Holagu Khan agar tentera Tartar melanggar Baghdad.
Al ‘Aqami telah menasihatkan agar Sultan mengurangkan jumlah tentera daripada 100 ribu kepada 20 ribu dengan alasan Tentera Tartar lemah dan sedikit jumlahnya. Tartar adalah orang gasar yang tidak bertamadun. Maka sultan pun menurut nasihat Perdana Menterinya, seorang Syiah.

Sementara Ath Thusi pula telah menceritakan tentang benteng-benteng pertahanan Abasiyah kepada Holagu Khan. Bagaimana dia dapat menyelinap masuk ke dalam benteng tersebut? Tanyalah kepada Al ‘Aqami! Bagaimana Holagu mengetahui tentera Abasiyah telah berkurangan? Tanyalah juga kepada Al ‘Aqami!

Syaikh Muhibbuddin Al Khathib berkata: “Tetapi pada tahun 655H, Ath Thusi telah berpaling tadah dan menjadi salah seorang perancang aktif untuk menggulingkan kerajaan Abasiyah. Ath Thusi juga telah ikut serta sebagai salah seorang pemandu jalan kepada angkatan tentera Holagu yang datang menyerang kota Baghdad dan beliau jugalah yang mengarahkan pembunuhan dan penyembelihan missal oleh pihak tentera Holagu ke atas kaum Muslimin” (Al Khutot Al Areedhah, telah diterjemah kepada Hakikat Agama Syiah Imam Dua Belas)

Syekh juga berkata: “Di dalam melakukan pengkhianatan seperti yang telah dihuraikan di atas, Ath Thusi tidak hanya bersendirian sahaja. Dia telah dibantu oleh dua orang rakan karibnya iaitu: pertama, seorang menteri di dalam kerajaan Abasiyah yang telah dijatuhkan itu sendiri. Menteri berkenaan bernama Muhammad Bin Ahmad Al ‘Aqami, seorang tokoh Syiah yang sangat disegani”.
Tetapi rupanya Ath Thusi mendapat sanjungan yang menggunung dari tokoh-tokoh Syiah. Mullah Syiah yang bernama Muhammad Baqir Al-Musawi dalam kitab Raudhat Al-Jannat ketika menulis tentang Ath Thusi: “Dia adalah seorang peneliti, pembicara, orang yang bijaksana, yang baik dan mulia..”

Khomaini dalam kitabnya Al-Hukumah Al-Islamiyah berkata: “Apabila situasi taqiyyah (kepura-puraan) mengharuskan salah seorang dari kita untuk masuk ke dalam barisan para penguasa, maka hal itu harus ditolak, walaupun penolakan tersebut berakibat dia dibunuh, kecuali masuknya dia secara formal membawa kemenangan yang nyata bagi Islam dan kaum muslimin, seperti masuknya Ali bin Yaqtin dan Nashiruddin Ath Thusi rahimahumallah”.

Kalau kita mengimbas kebelakang sehingga saat Perang Jamal, maka dengan jelas kita akan melihat bagaimana Al ‘Aqami dan Ath Thusi telah mengambil pelajaran dari tindakan pendahulunya. Lihatlah bagaimana kaum Syiah melakukan rencana agar para sahabat berperang antara satu sama lain. Mereka melepaskan panah milik tentera Ali ke kemah A’isyah dan melepaskan panah milik pasukan Talhah ke kemah Ali. Rentetan daripada itu, meletuslah Perang Jamal dan terkorbanlah beberapa orang sahabat.

Oleh itu, sepanjang sejarah Ahlus Sunnah, mereka tidak pernah untuk mempercayai seorang Syi’i. Malah mereka tidak pernah untuk bergabung dengan Syi’i dalam memperjuangkan Islam atau kebenaran. Kerana sekiranya Syiah ingin memperjuangkan kebenaran maka mereka wajib untuk meninggalkan agama syiah dan kembali kepangkuan Sunnah. Sekiranya Syiah ingin menegakkan Islam maka wajiblah mereka terlebih dahulu mensucikan aqidah mereka dari kekufuran.

Ironinya, untuk apa kita – Ahlus Sunnah – bergabung bersama mereka hanya semata-mata untuk meraih kerusi pemerintahan, walhal Allah Ta’ala yang memberikan kekuasaan dan mencabut pemerintahan tersebut. Kita bergabung bersama para pencarut sahabat; yang mengatakan bahawa isteri Rasulullah saw adalah penzina dan pelacur. Sepertinya kita merelakan ucapan bahawa Rasulullah saw telah mengahwini seorang wanita bejat dan kemudian Rasulullah saw menobatkan wanita bangsat tersebut menjadi ibu kita semua.

Wallahi apakah kita redha apabila ada seorang berkata “ibu engkau adalah pelacur” dan kemudian kita dengan senyum kembang sampai ke telinga akan bersahabat dan berjuang bersamanya untuk menegakkan kebenaran! Kita dan dia – yang mengatakan bahawa “ibu engkau adalah pelacur” – berteriak di atas mimbar dan berkata “Tiada hukum melainkan hukum Allah”, “Islam, the way of life” serta “Membangun Bersama Islam”. Ironi bukan?

 

C
Cuma sebuah tindakan bodoh apabila kita membuka dakapan untuk memeluk Syiah diatas nama “upaya menegakkan Islam” atau tahaluf syiasi (strategi politik). Malah tindakan ini juga menunjukkan bahawa kita tidak mengerti manhaj (jalan) Ahlus Sunnah dalam menyikapi aliran sesat seperti Syiah. Sedangkan para ulama Ahlus Sunnah telah mengarang berbagai kitab dalam masalah ini. Apakah kita tidak membacanya? Idea Tahaluf Syiasi ini sangatlah tidak ilmiyah melainkan hanya lahir dari orang dungu – ruwaibidhah (orang kerdil yang mengaku ulama’)

Malah menunjukkan bahawa golongan yang melakukan “tahaluf syiasi” merupakan manusia yang boleh diibaratkan sebagai katak di bawah tempurung. Mereka hidup di dunia fantasi, jauh dari alam realiti. Kerana jika mereka hidup pada alam nyata pasti mereka akan mengetahui bahawa pembersihan mazhab sedang berlaku di Iraq setelah jatuhnya rejim Saddam.

Setiap hari umat Islam dibunuh oleh Syiah yang didorong oleh “fatwa” para Mullah bahawa mencabut nyawa “An Nasibi” (gelar yang diberikan oleh Syi’i kepada Sunni) akan mendapat pahala dari Allah. Muhammad bin Ali Babawaihi al-Qummi telah meriwayatkan dari Daud bin Farqad: “Aku bertanya kepada Abu Abdullah as: Bagaimana pendapat engkau membunuh An Nasibi? Dia menjawab: Halal darahnya akan tetapi lebih selamat bila engkau sanggup menjatuhkan tembok atau menenggelamkan (mereka) ke dalam air supaya tidak ada buktinya. Aku bertanya lagi: Bagaimana dengan hartanya? Dia menjawab: Rampas sahaja semampu mungkin”. (‘Ilal Asy-Syar’i)

Tahun ini juga sebuah perang sedang berlangsung di Yaman. Dimana Tentera Syiah telah mengepung Universiri Darul Hadis sejak berbulan yang lalu. Terbaru telah gugur syahid seorang pemuda Melayu – rakyat Malaysia – akibat terkena bedilan peluru di kepalanya. Muhamad Hafefuddin Yusuf, 21 tahun telah gugur syahid di medan jihad. Beliau dibunuh oleh Syi’i.

Oleh itu, fikirkanlah wahai pembaca, apakah kita rela untuk bergabung bersama Syiah yang akan membunuh kita saat mempunyai peluang? Justeru “Katakan TIDAK kepada Syiah!”.

Abu Amru, Mohd Radzi Bin Othman
ILMU

Melabel Salafi Sebagai Literal : Upaya Mazhab Islam Liberal

Julai 18, 2011

Reaksi Terhadap Artikel “Fenomana Literalis Agama”

Oleh Abu Amru Mohd Radzi Bin Othman

Tim. S/U Seketeriat Ulama’ Muda UMNO (ILMU)

 

 Menanggapi Perbezaan Mazhab Fikir Islam

Islam itu sebenarnya satu. Kemudian ketika Islam bercambah ibarat jamur selepas hujan, banyak manusia yang dahulunya tidak dididik oleh Rasulullah saw dan masih ada saki baki ajaran nenek moyangnya telah mengkontaminasikan Islam yang mulia dengan beberapa tanggapan dan amalan baharu. Lebih parah apabila berlaku pergeseran politik dan hasutan dari Yahudi dan kaum munafik. Menjadikan Islam yang satu itu berpecah; berpencar-pencar.

Para sahabat dan murid mereka ; tabi’in menjadi kecil jumlahnya ketimbang kaum muslimin yang lain – yang masuk Islam berbondong-bondong dari pojok Timur hingga ke Barat. Ketika itulah kaum Syiah menetapkan diri mereka sebagai Mazhab yang Benar dan memanggil mazhab sahabat sebagai Nawasib: kaum yang menyakiti Ahlul Bait. Malah sahabat dikafirkan dan dibolehkan untuk dibunuh.

Mazhab sahabat ini diteruskan oleh muridnya tabi’in; itba’ ut tabi’in. Ketika ini gedung penyimpanan ilmu terlarang – ilmu kalam – dipecahkan Khalifah Makmun, anaknya Harun Ar Rasyid, dan pemikiran filsafat pun menerpa kedalam kalbu umat Islam. Lantas dibidankan Mu’tazilah, kemudian Jahmiyah, Qadariyah, Muatilah, Kulabiyah dan banyak lagi mazhab yang berputar kepada pemahaman filsafat.

Ketika inilah mereka mengatakan mazhab Sahabat sebagai sesat, penjisim Tuhan (Mujassimah), ahlil bid’ah dan ada yang mengkafirkan seperti kelompok Ahbash. Namun Mazhab Sahabat atau dahulunya dikenal sebagai Ahlus Sunnah Wal Jamaah tidak memerlukan mereka sebagai lambang pengiktirafan terhadap kebenaran mazhab ini kerana mazhab ini bersambung sanadnya sehingga menuju kepada Rasulullah saw. Mata rantai ini begitu kokoh dan teguh serta tidak dapat dipungkiri oleh mereka semua.

Imam Barbahari menjelaskan hal ini dalam kitab aqidahnya:

Jika anda mendengar seseorang mengatakan “Si Fulan (Salafi) adalah seorang musyabihah” atau “Si Fulan berbicara tentang masalah tasybih (penyerupaan)”, maka dia (penuduh) adalah seorang Jahmiyah. Bila seseorang berkata “Si Fulan (Salafi) termasuk Nashibiyah (kaum yang menyakiti Ahlul Bait)” maka ketahuilah bahawa dia (penuduh) adalah Syiah Rafidhi” (Syarhus Sunnah)

Liberalisme Islam

Terbaru, kelompok Qutubiyyah mengatakan mazhab ini sebagai Salafi Zahiri. Penisbatan seperti ini tidak memberi kesan apa-apa kepada kebenaran Mazhab Rasulullah saw kerana mazhab ini sudah tahan diasak dan digasak. Telah berlalu 1000 tahun lebih percubaan untuk melabel dan menyesatkan mazhab ini namun kekuatan pedang hujjah yang Salafi miliki senantiasa menebas kubah alasan yang mereka bina.

Lantas saya katakana; jika ada seseorang yang mengatakan “Si Fulan mentafsir agama secara harfiyah (literal)” atau “Mereka adalah Salafi Literalis” maka ketahuilah bahawa penuduh adalah Islam Liberal.

Sebenarnya Qutubiyah ini adalah gabungan pemikiran filsafat Liberal dan gerakan Ikhwanul Muslimin yang berpusat di Mesir. Mereka bukan seperti Jaringan Islam Liberal (JIL) yang secara vokal memperjuangkan Liberalisme, namun mereka – Ikhwani dan Qutubiyyah – menggunakan cara yang cukup lembut untuk menegakkan paham Liberal tersebut. Walau terdapat perbezaan antara Ikhwani dan JIL namun mereka tetap berkongsi prinsip yang sama.

Islam Liberal atau “Islam Tanwiri” yang dikatakan sebagai Islam yang sejati menetapkan bahawa aqal menjadi neraca kepada kebenaran. Slogan mereka adalah “la sultana ‘ala al-‘aql ill al ‘aql” (tidak ada otoritas terhadap akal kecuali akal sendiri). Maka mereka melakukan rombakan kepada prinsip memahami sumber epistimologi Islam sehinggakan di hujungnya adalah mereka menolak sumber Islam itu sendiri.

Dasar Islam Tanwiri meliputi tiga struktur yang paling utama iaitu:

[1] Liberalisasi Tauhid : ekualisasi dalam semua mazhab aqidah

[2] Liberalisasi Al-Qur’an  : dekonstruksi kitab suci

[3] Liberalisasi Syariat Islam  : kontekstualisasi ijtihad

Tiga perkara diatas terjadi lantaran cara mereka melihat eksistensi naqal tidak multak. Mereka beranggapan bahawa Al Qur’an itu diterjemah oleh Nabi Muhammad, mengikut konteks masyarat dan zaman tersebut. Dengan demikian Al Qur’an harus difahami bukan secara tekstual dan tradisional, sebaliknya mengikut tafsiran baharu. Seperti yang dinamakan oleh mereka sebagai kaedah  Tafsir Kontekstual, Tafsir Hermeneutik, Tafsir Kritis dan Tafsir Liberal.

Kontekstual, Harmeneutika dan Kritis adalah metode tafsir yang berasal dari Yunani dan Nasrani yang berkembang pesat sebagai metode intepretasi Bibel. Diacak keatas Bible lantaran terdapat banyak percanggahan didalam Bible sehingga menimbulkan keraguan kepada penganut Nasrani, keraguan tentang keabsahan Bible sebagai Kitab Suci. Malah umum mengetahui bahawa Bible ditulis oleh banyak pengarang sehinggakan perlu wujud satu kaedah tafsir yang mampu memahami setiap maksud pengarang yang hidup dalam zaman yang berbeza dan kultur budaya yang berlaian.

Namun kondisi Bible dan Al Qur’an sangat jauh bedanya, yang menyebabkan tidak mungkin Al Qur’an bisa ditafsir mengikut kaedah tafsiran Bible. Al Qur’an bukan perkataan Muhammad saw walaupun sebuah kalimat. Al Qur’an adalah perkataan Tuhan. Nabi hanya membacakannya kepada para sahabat dan kemudian menjelaskan makna firman Tuhan tersebut, mengikut pemahaman yang Tuhan ajarkan kepada baginda, diistilahkan sebagai hadith.

Liberalisasi Terhadap Tafsiran Al Qur’an

Namun bagi kaum Liberal, walaupun Al Qur’an adalah Kitab Suci, tetapi yang disampaikan adalah sebuah prosa sastera yang harus dipahami berdasarkan keadaan zaman, bukannya secara tekstual. Bagi mereka, Al Qur’an harus ditafsir secara historis:

Tokoh Islam Liberal Indonesia, Ahmad Wahib berkata: “Menurut saya sumber-sumber pokok untuk mengetahui Islam atau katakanlah bahan-bahan dasar ajaran Islam, bukanlah Qur’an dan Hadith melainkan Sejarah Muhammad. Bunyi Qur’an dan Hadith adalah sebagian dari sumber sejarah dari sejarah Muhammad yang berupa kata-kata yang dikeluarkan Muhammad itu sendiri. Sumber sejarah yang lain dari Sejarah Muhammad ialah: struktur masyarakat, pola pemerintahannya, hubungan luar negerinya, adat istiadatnya, iklimnya, pribadi Muhammad, pribadi sahabat-sahabatnya dan lain-lainnya.” (Catatan Harian Ahmad Wahib, hal 110, tertanggal 17 April 1970).

Sementara itu Prof. Dr. M. Amin Abdullah, Ketua Majlis Tarjih Muhammadiyah, bekas rektor IAIN Jogjakarta berkata: “Tafsir-tafsir klasik Al-Quran tidak lagi memberi makna dan fungsi yang jelas dalam kehidupan umat.”

Fazlur Rahman berkata: “suatu masyarakat yang harus memulai hidup dalam kerangka masa lampau, betapa pun manis kenangannya, dan gagal menghadapi realiti kekinian secara jujur, dia pasti menjadi sebuah fosil; dan sudah merupakan hukum Tuhan bahwa fosil tidak tahan lama: “Bukanlah Kami berbuat lalim terhadap mereka, merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri” (Q.S. Hud/11: 101; al-Nahl/16: 33)”.

Dalam kitab Mafhum al-Nass (Penalaran Teks), Nasr Hamid Abu Zayd – seorang penulis Mesir – mengatakan bahawa Nabi Muhammad sebagai penerima pertama wahyu yang sekaligus penyampai teks. Teks tersebut terbit dari realiti masyarakat lokal di Makkah. Jadi Nabi Muhammad sebagai seorang penerima wahyu tidak bertindak  sebagai seorang penerima pasif – menuturkan persis apa yang Allah tuturkan. Sebaliknya Nabi Muhammad mengolah dustur ilahi tersebut menggunakan kepintarannya yang terikat kepada faktor sosi-budaya dan sejarah masyarakat Arab.

Bagi Islam Liberal, kaedah pentafsiran al-Qur’an oleh Ahlu Sunnah cukup jumud dengan membuat kesimpulan-kesimpulan berikut:

(1)    Tafsir yang benar menurut Ahlu Sunnah  adalah tafsir yang didasarkan pada pemahaman ‘ulama Salaf. Justeru Ahlu Sunnah menyusun sumber-sumber utama penafsiran al-Qur’an pada empat hal: penjelasan Rasulullah saw, sahabat, tabi’in, dan terakhir tafsir bahasa. Walhal perubahan zaman menyebabkan perubahan kultur budaya cara kehidupan sehinggakan tafsiran Ahlus Sunnah kelihatan kaku dan tidak realistic untuk diterjemahkan kepada zaman sekarang.

(2)   Kesalahan yang mendasar pada tafsir Ahlu Sunnah ialah kerana mereka menterjemah “maksud teks” dan dalalah-nya dengan zaman nubuwah, risalah, dan turunnya wahyu. Kaedah ini bukan sahaja kesalahan pemahaman, tetapi juga merupakan suatu sikap yang bersifat keterbelakangan, anti kemajuan dan anti progresif.

Atas natijah ini, Al Qur’an perlu untuk ditafsir semula, dengan meninggalkan tafsiran tradisional yang tekstual – atau dalam sebutan lain adalah literal – tetapi haruslah menuju kepada tafsiran yang lebih ilmiyah dan boleh dipertanggungjawabkan iaitu tafsiran secara kontekstual. Melalui tafsiran ini, Al Qur’an akan dilihat sentiasa relevan dan cocok dalam setiap zaman dan kondisi manusia.

Liberalisasi Terhadap Hukum Hadith

Menurut Fazlur Rahman dalam Islamic Methodology in History, – tokoh yang namanya dijadikan hujjah oleh mantan Mufti bagi membantah pemahaman Syeikh Muhammad At Tamimi – sunnah Nabi adalah sebuah konsep “Payung Umum” (a general umbrella concept) yang menafikan “kandungan khusus” yang bersifat spesifik. Semua hadith bersifat umum walaupun kelihatan khusus.

Kehujjahannya adalah secara teori dapat disimpulkan bahawa sunnah adalah sebuah “terma perilaku” (behavioral term) Rasulullah saw terlahir dari reaksi dengan masyarakat di zamannya. Sunnah Nabi merupakan “petunjuk arah” (pointer in the direction) kepada hidup beragama, bukannya peraturan-peraturan yang telah ditetapkan secara pasti (an exactly laid-out series of rulers).

Oleh karena di dalam praktiknya tidak akan maujud dua buah kasus yang benar-benar sama secara latar belakang, secara moral, psikologis dan material. Maka sunnah tersebut wajib diinterpretasikan dan diadaptasikan mengikut kontek sesebuah zaman dan masyarakatnya.

Lantaran itu Fazlur Rahman mendatangkan sebuah teori dalam memahami Sunnah, yang dinamakan sebagai Tafsir Situasional. Untuk ini Kaum Muslimin harus melakukan semakan semula terhadap aneka ragam unsur-unsur di dalam hadith dan melakukan pentafsiran semula (reinterpretasi) dengan sempurna terhadap hadith, sesuai dengan kondisi-kondisi moral-sosial yang sudah berubah pada masa kini.

Upaya ini hanya dapat dilaksanakan melalui pendekatan historis dalam studi hadith yang bermaksud mengembalikan hadith menjadi “sunnah yang hidup”. Dengan demikian, penafsiran situasional merupakan kombinasi pendekatan historis dengan pendekatan sosiologis.

Kerangka pendekatan historis dalam “penafsiran situasional” ini digubal dengan beberapa tahapan sebelum sebuah hadith berjaya menjadi “sunnah yang sentiasa segar”.

(1)        Memahami makna teks hadith dan memahami latar belakang situasionalnya: memahami situasi Nabi dan masyarakat pada fasa kenabian secara umum (asbab al-wurud makro) dan juga memahami sebab-sebab munculnya hadith (asbab al-wurud mikro).

(2)        Memahami petunjuk-petunjuk al-Qur’an yang berkaitan, yang pembicaraannya bersangkutan dengan makna hadith tersebut. Dari langkah ini sebuah hadith dapat dipahami dan dibedakan antara (a) nilai-nilai nyata dan (b) sasaran hukumnya (ratio legis) serta dengan demikian dapat dipahami prinsip idea moral dari hadith tersebut.

(3)         Pembinaan kembali hukum hadith, iaitu melalui prinsip idea moral yang telah difahami tadi, sebuah hadith diaplikasikan dan diadaptasikan dalam latar sosiologis saat ini. Ketika ini, waki’ (situasi zaman sekarang) harus benar-benar dimengertikan sebelum pembinaan hukum baharu terhadap hadith dikeluarkan.

Liberalis Menuduh Sunni Sebagai Literalis

Lanjutan dari itu seorang tokoh Liberalis, Al-Nai’im telah mengajak umat Islam menyemak semula hukum mualamat kerana ‘ulama fiqh memahami teks hadith secara literal. al-Na’imi berkata:

“have shown that Syari’a was infact constructed by Muslim jurists over the first three centuries of Islam. Although derived from fundamental divine sources of Islam, the Qur’an and Sunna, Syari’a is not divine because it is the product of human interpretation took place within a specific historical context which is drastically different from our own. It should therefore be possible for contemporary Muslims to undertake a similar process of interpretation and application of the Qur’an and Sunna in the present historical context to develop an alternative public law of Islam which is appropriate for implemantation today.(Abdull al-Na’im, Towards an Islamic Reformation, 1989, ms. 186).

Begitu juga tokoh yang telah kita bahas diatas, Nasr Hamid Abu Zayd, berkata dalam Naqd al-Khitab al-Dini (Dekontruksi Wacana Keagamaan) bahawa gelombang tajdid (kebangkitan Islam) yang disebut-sebut selama ini telah menghasilkan golongan yang membaca teks agama secara kaku dan literal (harfiyyah), bahkan sampai pada tahap pentakdisan, pensakralan serta pengingkaran terhadap tabi’at manusia dan sejarahnya.

Nada yang sama berlaku seperti yang dibicarakan oleh Ridwan al Makasari dalam Terorisme Berjubah Agama, yang kemudiannya artikel ini disunting oleh Al Mustaqeem M. Radhi sebagai Bercakap Atas Nama Tuhan:

“… yang mengubah aliran tersebut (pemahaman Jamaluddin Al Afghani dan Muhammad Abduh) dari gerakan liberal menjadi literal, konservatif dan tertutup” (Bercakap Atas Nama Tuhan, ms 16)

Walhal Ahlus Sunnah tidak mengiktiraf kedua tokoh diatas lantaran mereka berdua adalah freemanson serta ahlil bid’ah. Hanya sahaja masyarakat umum berpendapat bahawa Al Afghani dan Abduh sebagai Salafi kerna seruan mereka adalah pembaharuan. Tetapi hakikatnya pembaharuan yang mereka impikan adalah taqrib kepada Barat, serta aqidah yang mereka bawa adalah aqidah yang berkecamok.

Ekualisasi Tauhid Dan Mazhab Pemikiran

Ketika mana kedua sumber utama dalam epistimologi Islam telah diruntuhkan melalui tafsiran historis dan sosialogis sekaligus segala hukum yang terbina daripada kedua sumber tadi pun runtuh serentak. Segala hukum yang bertabrakan harus dibina sesuai dengan kontek zaman dan masyarakat setempat.

Yang paling utama untuk disusun semula adalah hukum Aqidah dan Tauhid. Perbicaraan seputar hidup berTuhan dan bersyariat; apakah Islam memusuhi manusia yang tidak menganut Islam dan apakah seorang Sunni harus menyesatkan seorang Syiah, Khariji, Mu’tazili, Qadari, Ikhwani, Sufi dan seterusnya.

Persoalan itu ditangani oleh kaum Liberalis dengan menetapkan bahawa Islam tidak memusuhi agama-agama lain yang dianut oleh manusia. Islam bagi mereka cukup bersifat harmonis dan toleransi sehingga bersedia untuk meraikan kewujudan agama lain.

Nurcholis Madjid – muridnya Fazlur Rahman – menyatakan: “Rasanya toleransi agama hanya akan tumbuh diatas dasar paham kenisbian (relativisme) bentuk-bentuk formal agama ini dan pengakuan bersama akan kemutlakan suatu nilai yang universal, yang mengarah kepada setiap manusia, yang kiranya merupakan inti setiap agama” [Nurcholis Madjid : 239]

Alwi Shihab berkata: “Prinsip lain yang digariskan oleh Al-Qur’an adalah pengakuan eksistensi orang-orang yang berbuat baik dalam setiap komunitas beragama dan dengan begitu, layak memperoleh pahala dari Tuhan.  Lagi-lagi, prinsip ini memperkokoh ide mengenai pluralisme keagamaan dan menolak eksklusifisme.  Dalam pengertian lain, eksklusifisme keagamaan tidak sesuai dengan semangat Al-Qur’an.  Sebab Al-Qur’an tidak membeda-bedakan antara satu komunitas agama dari lainnya.”  (Islam Inklusif ; Menuju Sikap Terbuka dalam Beragama).

Sumanto Al-Qurtuby mengatakan: “Jika kelak di akhirat, pertanyaan di atas diajukan kepada Tuhan, mungkin Dia hanya tersenyum simpul.  Sambil menunjukkan surga-Nya yang Mahaluas, di sana ternyata telah menunggu banyak orang, antara lain; Jesus, Muhammad, Sahabat Umar, Gandhi, Luther, Abu Nawas, Romo Mangun, Bunda Teresa, Udin, Baharudin Lopa, dan Munir!”  (Lubang Hitam Agama).

Lantas Abdul Munir Mulkhan menimpali dengan berkata: “Jika semua agama memang benar sendiri, penting diyakini bahwa surga Tuhan yang satu itu sendiri terdiri dari banyak pintu dan kamar.  Tiap pintu adalah jalan pemeluk tiap agama memasuki kamar surganya.  Syarat memasuki surga ialah keikhlasan pembebasan manusia dari kelaparan, penderitaan, kekerasan dan ketakutan, tanpa melihat agamanya.  Inilah jalan universal surga bagi semua agama.  Dari sini, kerja sama dan dialog pemeluk berbeda agama jadi mungkin.”  (Ajaran dan Jalan Kematian Syekh Siti Jenar).

Mereka semua mengisyaratkan bahawa Islam meredhai wujudnya pelbagai agama dan menerima agama-agama tersebut dengan tangan terbuka. Sikap ini ditandakan sebagai pluralism – penerimaan kepelbagaian kepercayaan. Malah pluralism ini adalah ketentuan Ilahi kepada umat ini.

Nurcholis Madjid menyimpulkan: “Jadi, pluralisme sesungguhnya adalah sebuah aturan Tuhan (sunnatullah) yang tidak akan berubah, sehingga juga tidak mungkin dilawan atau diingkari.”  (Islam Doktrin Dan Peradaban).

Pluralisme Dalam Menyikapi Mazhab

Begitu juga bahawa seorang Salafi tidak harus memusuhi dan membid’ahkan mazhab Khalaf. Kerana Islam tidak diturunkan oleh Allah untuk mencipta persengketaan dan perpecahan. Islam yang dikatakan sebagai “Rahmatan lil Alamin” tidak wajar bersifat inklusif dan arnakis sebaliknya harus bersifat humanis dan menghormati setiap buhul iman yang dianut manusia.

Sikap pluralisma antara mazhab ini adalah setingkat bawah daripada pluralisma antara agama. Kerana mazhab Islam Liberal itu pun bertingkat-tingkat; ada yang mengamalkan liberalisma secara parsial (juz’i) dan ada yang secara multak (kulli).

Hal ini dapat difahami sekiranya kita menelusuri sejarah Islam Liberal sejak Rifa’ah Rafi’ al-Tahtawi (Mesir, 1801-1873), Shihabuddin Marjani (Rusia, 1818-1889) dan Ahmad Makhdun (Bukhara, 1827-1897) memasukkan mata pelajaran sekuler ke dalam kurikulum pendidikan Islam sehinggalah lahirnya Rachid Ghannouchi, Fatima Mernissi, `Ali Shari`ati, Muhammad Iqbal, Mohamed Arkoun, Nurcholish Madjid saat ini.

Mereka berbeza dari segi tahap liberal yang diperjuangkan namun pemikiran mereka bersumber kepada asas yang sama iaitu pentafsiran semula naqal menerusi nalar yang sesuai dalam kontek zaman dan masyarakat.

Muhammad al Ghazali mengatakan: “Para da’i umat Islam, baik salaf maupun khalaf seharusnya berpegang pada metodologi al-Qur’an dalam memaparkan persoalan-persoalan aqidah. Mereka hendaknya menyibukkan diri dengan mengemukakan upaya-upaya solusi Islami bagi problem-problem masa kini serta krisis-krisis morel dan materiil yang muncul. Sebab itulah sesungguhnya yang telah dikerjakan oleh generasi Salaf yang pertama, sehingga hal itu sangat membantu bagi penaklukan-penaklukan negeri-negeri Timur dan Barat. Adapun orang-orang yang kini menyibukkan diri dengan mengumandangkan perang melawan Jahmiyah, Mu’tazilah dan Asy’ariyah, maka bisa jadi mereka hanya memelihara kemenangan di medan yang tidak ada musuhnya, kemenangan dalam khayalan belaka dan tidak akan memperoleh apa-apa kecuali bayangan saja…” (Humum ad-Da’iyah).

Lantas Muhammad Al Ghazali yang merupakan guru serta teman Dr Yusuf Al Qaradhawi mengajak agar meneliti seluruh fiqh mazhab sesat sebelum membangunkan sebuah hukum fiqh :

“Sesungguhnya hal pertama yang terbaik adalah mempelajari nash-nash semuanya, kemudian mempelajari semua pendapat fikih yang diwariskan dari empat imam madzhab yang masyhur serta dari ahli-ahli fikih kontemporer lainnya, juga dari Khawarij, Zaidiyah, Syi’ah Imamiyah (Kafir), Zhahiriyah dan seterusnya. Dengan catatan bahwa studi perbandingan ini harus bebas mutlak dan sesudahnya harus diperbolehkan bagi seorang Muslim manapun untuk memilih apa yang disukainya dari pendapat-pendapat fikih di atas, atau kalau tidak, memegangi sikap taklid kepada seorang mujtahid tertentu”.

Upaya ini lahir dari imijinasi beliau agar citra ijtihad semakin hampir kepada kebenaran dan sesuai dengan zaman. Namun usaha yang beliau sarankan berupa sebuah cara untuk menghancurkan sunnah dan merosakkan hakikat.

Sebenarnya pluralisma telah dilakukan oleh pendiri Ikhwanul Muslimin sendiri. Hasan Albana pernah berkata: “Dakwah Ikhwanul Muslimin tidaklah ditujukan untuk melawan satu aqidah, agama, ataupun golongan, karena faktor pendorong perasaan jiwa para pengemban .dakwah jama’ah ini adalah berkeyakinan fundamental bahwa semua agama samawi berhadapan dengan musuh yang sama, iaitu atheisme”. (Qafilah Al-Ikhwan As-Siisi 1/211)

Musthafa As-Siba’i, seorang tokoh Ikhwani berkata: “Islam bukanlah agama yang memerangi agama Nashrani bahkan mengakui dan memuliakan agama Nashrani.. Islam tidak membezakan antara muslim dan Nashrani. Islam tidak memberikan hak lebih terhadap muslim atas hak Nashrani dalam kedudukan di pemerintahan…”

Hasan At Turabi (Pimpinan Front Islam Nasional – Sudan) dalam kasetnya Ta’dilul Qawanin mengatakan: “Boleh bagi seorang muslim untuk menjadi seorang Yahudi atau Nashrani.

Dr Yusuf Qaradhawi Menganut Islam Liberal

Dr. Yusuf Qardhawi – tokoh Ikhwanul Muslimin yang disanjung oleh Dr Asri, Mantan Mufti Kerajaan BN – terbukti beberapa kali dia menghadiri seminar-seminar yang membahas idea pluralis, seperti seminar di Libya tentang “Islam Dan Kristian” pada tahun 1976, seminar di Sudan dengan tema “Teologi Pluralis Dan Dialog Lintas Agama” pada tahun 1994, dan selainnya. (Ushul Wa Qawa’id dan Raf’ul Litsam)

Dr Yusuf Qardhawi berkata: “Kami memerangi orang-orang Yahudi bukan kerana urusan aqidah akan tetapi kerana urusan tanah. Kami memerangi mereka bukan kerana statusnya sebagai orang-orang kafir akan tetapi keran mereka merampas .” (Surat Kabar Ar- Rayah Qatar edisi 4696 25 Januari 1995. Lihat Al-Quthbiyyah Hiyal Fitnah Fa’rifuha hal. 207)

Beliau juga berkata: “Dari pihak kami, kaum muslimin bersedia untuk mengadakan pendekatan agama. Yang penting pada pihak lain adanya semangat seperti yang ada pada diri kami…. Mereka sewajarnya melakukan pendekatan serupa dengan pendekatan yang kita lakukan terhadap mereka”

Beliau berkata tentang berbilangnya agama: “Apabila kita membolehkan banyak agama…. mengapa tidak dalam satu agama atau satu peradaban mencakupi lebih dari satu aliran pemikiran? Tiada larangan dalam hal ini, yang penting sentiasa ada gesaan dan keserasian kerjasama yang mampu menampung semua”

Beliau juga berkata: “Sesungguh luas kehidupan itu meliputi agama peradaban dan kebudayaan. Dan sesungguh keberagaman ini termasuk dari maslahat manusia tidaklah bertolak belakang dengan kemaslahatan manusia. maka tidak bisa dipaksakan hanya ada satu peradaban dan satu agama saja di dunia ini.

IIIT (International Institute for Islamic Thought) yang berpangkalan di USA dan Malaysia selalu menerbitkan pemikiran Dr Qaradhawi lantaran Dr Yusuf Al Qaradhawi banyak mempengaruhi pertubuhan tersebut. IIIT merupakan organisasi Islam yang menyebarkan pemikiran-pemikiran Islam Liberal kepada umat Islam. IIIT sebenarnya merupakan cabang gerakan kepada Ikhwanul Muslimin. Ini dinyatakan sendiri oleh Ikhwanul Muslimin dalam web mereka, The Global Muslim Brotherhood Daily Report.

Dekonstruksi Terhadap Hukum Politik

Pendedahan diatas membuktikan bahawa Ikhwanul Muslimin berkedok dalam jubah Islam Liberal semenjak penubuhannya. Diteruskan oleh para pejuang dan para ulama’nya sehingga hari ini. Lantas para pemuja dan pengikut Ikhwanul Muslinin  sedikit sebanyak akan terjangkit dengan pemaham Liberalis tersebut.

Ini dapat dilihat dalam artikel para pendokong BERSIH 2 yang berlaku baru-baru ini. Baca dan nilailah kaedah penghujahan mereka. Cermatilah cara mereka pentafsir hadith dalam memperkaitkannya kepada kaedah kontekstual dan moral.

Saat ini pasti kita akan dapat melihat secara jelas bahawa manhaj yang mereka tempuh – pendokong BERSIH – dalam memahami hadith adalah menggunakan manhaj Islam Liberal, seperti yang diciptakan oleh Fazlur Rahman.

Kerana itu tidak syak lagi apabila Dr Asri Zainul Abidin, Mantan Mufti Negeri Perlis, Kerajaan Barisan Nasional, menggunakan Fazlur Rahman bagi membantah pemahaman Salafi. Beliau berkata:

“bak kata Fazlur Rahman ‘konsep kefahman al-Imam Ibn Taimiyyah’ itu menjadi sempit jika dilihat dari huraian al-Imam Muhammad bin Abdul Wahhab”

Maka, adalah sangat mustahil seorang Ahlus Sunnah akan mengambil pemahaman Fazlur Rahman dalam melihat tatanan politik serta melabel Sunni sebagai Literalis. Melainkan dia adalah sebahagian dari mazhab Fazlur Rahman, atau dia menganut mazhab pluralisma Muhammad Al Ghazali.

Saya menyerahkan penilaian ini kepada para pembaca. Gunakan maklumat yang saya nyatakan diatas, tentang kaedah pentafsiran Islam Liberal terhadap Al Qur’an dan Hadith, kemudian bandingkan kaedah penghujahan pendokong BERSIH.

Kita ambil contoh ucapan mereka dalam menghalalkan demontrasi jalanan:

“Antara yang dibaca dan disebarkan dalam mempertahankan para pemerintah dan menghalang rakyat melakukan kritikan –sekalipun aman- ialah hadis Huzaifah r.a:

“Akan ada selepasku para pemimpin yang berpetunjuk bukan dengan petunjukku, bersunnah bukan dengan sunnahku, dan akan bangkit dalam kalangan mereka lelaki-lelaki yang jantung hati mereka seperti jantung hati syaitan dalam tubuh insan”. Kata Huzaifah: “Apa yang patut aku lakukan wahai Rasulullah, jika aku mendapati keadaan itu?”. Jawab baginda: “Dengar dan taat kepada ketua, sekalipun belakangmu dipukul, hartamu diambil, dengar dan taatlah” (Riwayat Muslim).

Hadis ini dijadikan hujah, sehingga ada yang berkata ‘jika pemerintah membunuh kaum-keluarga saya pun, saya tidak akan mendakwa pemerintah di mahkamah dunia’. Saya tidak dapat bayangkan jika semua orang Islam faham seperti itu, maka bermaharaja lelalah para pemerintah dunia Islam, menindas mereka. Tidak boleh dibantah bahkan tetap taat. Ketika dunia berusaha mempertahankan hak asasi manusia agar tidak dicemar, tiba-tiba kita pula menarik umat ke belakang dengan tafsiran yang literal seperti itu. Bayangkan jika seorang yang baru hendak mengenali Islam dihidangkan dengan kefahaman seperti itu, bagaimanakah mungkin beliau ingin melihat keindahan Islam dan keadilannya?  (http://drmaza.com/home/?p=1467)

Kita harus memberi fokus kepada (1) hadith yang menjadi pertikaian, (2) tuduhan bahawa pemahaman Sunnah akan menarik umat ke belakang, (3) pelabelan sebagai literalis serta (4) rasional untuk member tafsiran baharu kepada hadith tersebut.

Melalui empat perkara ini kita akan membuat penelitian secara ringkas, apakah perkataan ini sejalan dengan mazhab Islam liberal atau tidak. Inilah yang kita ingin buktikan.

Kalau mengikut pengamatan saya, perkara (2) dan (3) yang dilontarkan oleh penulis adalah sambungan lidah kaum Liberal. Saling tidak tumpah seperti perkataan tokoh mereka yang telah saya nukilkan diatas.

Sedangkan melalui kaedah pendekatan historis oleh Fazlur Rahman dapat disimpulkan bahawa penulis telah berusaha untuk menggunakan etika moralis dalam memahami kontek hadith Huzaifah. Ini dinyatakan langsung oleh beliau dengan “Bayangkan jika seorang yang baru hendak mengenali Islam dihidangkan dengan kefahaman seperti itu, bagaimanakah mungkin beliau ingin melihat keindahan Islam dan keadilannya?”.

Malah beberapa kontekstual atau situasional yang lain dinyatakan bersama seperti: “Jangan bawa tafsiran zaman Abbasiyyah ke zaman yang sudah berubah”. Kenyataan seterusnya sangat jelas menunjukkan penafsiran situasional apabila situasi sesebuah masyarakat serta pola sosiologis dijadikan pedoman dalam pembinaan hukum berdasarkan hadith:

“Hadis tentang taat dan patut sekalipun dirampas harta dan dipukul itu, ia merujuk kepada keadaan di mana jika penentangan dilakukan akan menyebabkan kerosakkan yang lebih besar seperti pemerintah akan membunuh atau memusnah orang lain yang tidak bersalah sedang kita tidak mampu memberikan sebarang kesan kepada mereka. Ini terutama di zaman dahulu yang terkenal dengan penumpahan darah.”

“Namun, apabila dunia berubah. Negara-negara terikat dengan peraturan antarabangsa mengenai hak asasi rakyat. Juga, apabila negara-negara itu meletakkan dalam perlembagaan mereka tentang hak-hak rakyat, dalam ertikata lain membantah pemerintah dalam negara demokrasi aman itu adalah sesuatu yang tidak boleh dianggap menentang negara kerana diiktiraf dan dijamin oleh perlembagaan negara dan persetujuan antarabangsa. Maka, konteks hadis sudah berbeza. Islam bukanlah agama yang memberikan lesen kepada pemerintah untuk berbuat apa sahaja dan rakyat wajib mendiamkan diri. Jangan bawa tafsiran zaman Abbasiyyah ke zaman yang sudah berubah”.

Penulis menjadikan situasi dan sosio-budaya sebagai alasan untuk memberi tafsiran baharu kepada hadith. Beliau merasakan bahawa tafsiran ulama’ Sunnah agar mentaati penguasa zalim dan larangan untuk melepaskan bai’at kepada mereka selagimana mereka Muslim, merupakan tafsiran yang tidak sesuai dengan konteks zaman ini. Inilah yang dinamakan sebagai kontekstual – melihat kepada tujuan teks. Akhirnya kata kunci untuk menolak pentafsiran kaum fundamental (sunni) adalah kontekstuan dan situasional!

Jelas bahawa kaedah ini berupa kaedah Islam Liberal yang digunakan untuk merosakkan seluruh binaan Islam, atas slogan tajdid dan “menghidupkan sunnah di zaman ini”. Slogan yang sama dipakai oleh Muhammad Abduh, Fazlur Rahman, dan para Liberalis hari ini.

Walhal jika kita mencermati dengan iman yang benar, pasti kita akan dapati bahawa hadith Huzaifah tersebut dengan jelas menunjukkan Rasulullah saw sedang memberi gambaran zaman akan datang serta solusi kepada umat mendatang. Zaman yang tidak akan beliau lalui, sebaliknya zaman dimana kita berada sekarang ini. Kerana itulah beliau berkata “Akan ada selepasku”.

Apa yang Nabi nyatakan adalah kewajiban rakyat untuk membimbing penguasa yang zalim, tidak mencela mereka, menasihati mereka secara sembunyi, mendoakan kebaikan mereka agar nantinya Negara akan menjadi baik, serta jika mahu keadilan maka menuntut dengan baik dan mengikut saluran yang ditunjukkan.

Bukan disini untuk saya mengkoreksi artikel Fenomena Literalis Agama tulisan Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin, Mantan Mufti Negeri Perlis, Kerajaan Barisan Nasional. Sebaliknya sahabat saya – Abu Numair Nawawi Subandi, Ketua Biro Penerbitan ILMU – insyaallah akan membantah tulisan yang mengandungi banyak syubhat tersebut. Tujuan saya sekadar memberi gambaran kepada umum bagaimana kaum Liberalis mentafsir agama dan keterkaitannya dengan artikel tersebut.

Semoga usaha saya membabat habis pemikiran Liberalisme dan menjulang mazhab Ahlus Sunnah, akan diganjari pahala oleh Allah serta akan dihitung sebagai amal kebajikan.

Tuduhan Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin Terhadap ILMU

Julai 11, 2011

Bismillahhirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Apa yang akan saya nyatakan selepas ini berupa getus hati saya. Sebenarnya saya teringat kalimat guru kepada guru saya tentang seseorang yang menghujat beliau. Seorang tokoh yang menjawat gelar Doktor sementara guru kepada guru saya itu tidak memiliki sekeping sijil pun. Berkatalah Asy Syaikh Al Muhaddith  Ali Hasan Al Halabi:

“tidak akan menyelisihiku bahwa banyak orang yang memiliki gelar DR. akan tetapi dia tidak berhak mendapatkan DR.  melainkan hanya salah satu dari huruf itu;  bisa huruf yang awal iaitu D atau yang akhir iaitu R”

Begitulah hakikatnya bahawa kefakihan dan keadilan serta keikhlasan itu sebenarnya hidayah dari Allah Azzawajalla. Lantaran itu, saya yang merupakan penuntut ilmu senantiasa berdoa’ kepada Allah agar Dia membuka jalan-jalan kebaikan kepada saya dan kepada seluruh kaum Muslimin.

Maknanya juga bahawa kefakihan itu bukanlah tersangkut pada huruf DR. atau pada sijil, kerna kadangkala orang yang memiliki huruf itu di depan pangkal nama mereka juga acapkali bertindak jahil ibarat anak kecil.

Saya juga percaya anak kecil akan marah-marah atau mula bergolek atas tanah apabila orang lain menegur atau melarangnya dari membuat sepah. Inilah tabiat manusia, dari kecil hingga yang tua, dari jahil seperti saya sehingga yang ada gelar Profesor Madya.

Justeru setelah saya melihat rakaman kuliah tokoh agama yang saya hormati, Prof Madya Dr Asri berkisar tentang masalah tahzir mentahzir dikalangan Salafi, lantas saya merasakan bahawa mauduk yang beliau sedang bicarakan itu adalah diri saya dan tulisan saya. Lantaran saya harus membetulkan kekeliruan yang sedang beliau alami.

Beliau berkata:

“Baru ini saya baca, ILMU, Ulama Muda UMNO. Boleh sebut kah? Saya tidak kisah benda ini tetapi saya ingat kita jangan, bahasa yang lunak, jangan bodohkan diri kita dan bodohkan orang. Dia (Seorang ahli ILMU) tulis dalam satu rencana dalam akhbar. Dia (penulis) kata, saya bukan berpihak, saya tidak… tentang …. Dia tulis dalam akhbar, dia kata bukti tokoh agama itu tidak rabbani, maksudnya bukan tokoh agama yang betul, contohnya Allahyarhan Ust Fadhil Noor, kuburnya di Pendang, sedangkan di Pendang itu sendiri, kalau dia ulama’ yang betul-betul ulama’, kenapa di Pendang itu masih banyak lagi khurafat dan kuburnya ada disitu? Itu menunjukkan dia bukan ulama’ pilihan Tuhan. Came on lah kita pergi ke kubur Imam Syafi’e – imam yang besar dan mulia, orang buat khurafat macam-macam atas kubur dia. Bukan dia suruh. Kita pergi ke kubur banyak para sahabat pun ada orang buat khurafat di kubur sahabat itu, bukan sahabat itu suruh. Dengan orang buat khurafat itu, tidak boleh kita menghukum empunya kubur itu. Saya bukan berpihak, tapi kaedah hukuman seperti itu bukan sahaja tidak pandai tetapi sangat bodoh. Saya kata, tak apa, tak ada masalah kita masuk parti mana-manapun tapi  tujuan untuk berda’wah. Tapi kita jangan mengampu lebih sangat. Kita jack kereta tu boleh ambil tayar, tapi kalau sampai terbalik kereta itu : bodoh namanya. Setakat boleh ambil tayar”

Saya kuat beriman bahawa yang beliau maksudkan adalah artikel saya bertajuk Imam Syafi’e : Ulama Haid Sahaja, yang diterbitkan di Sinar Harian.

Maka saya simpulkan keterlanjuran Tuan Prof Madya dalam dua kerangka besar iaitu:

1] Melakukan ta’wilan melampau

2] Mencela para Ustas Ahlus Sunnah yang berada dalam ILMU sebagai pengampu Kerajaan

 Pembetulan Pertama

Saya cukup hairan dengan Prof Madya yang suka berpuisi, yang tidak memahami sintesis tulisan saya. Apakah puisi yang tuan tulis selama ini tidak mampu menunjukkan kepada tuan bahawa sebuah naratif harus dilihat secara keseluruhan untuk membuahkan kesimpulan; bukannya terpisah-pisah?

Saya akan terangkan kembali kepada tuan perihal artikel saya agar tuan mendapat gambaran yang jelas dan tidak membabi buta lagi. Takut-takut kasus “Air Ludah Ustaz” berulang untuk entah kali keberapa.

Saya mulakan tulisan dengan memuatkan tuduhan para ahli bid’ah kepada para imam Ahlus Sunnah, yang tuduhan itu tidak berasas dan jauh menyimpang. Seperti tuduhan Mu’tazilah yang mengatakan Imam Syafi’e itu hanya mengerti ilmu haid dan nifas. Seperti tuduhan Sayid Qutub yang merupakan ahli Ikhwanul Muslimin kepada para ulama’ Ahlus Sunnah bahawa mereka itu hanyalah pandai menulis semata-mara. Dan seperti tuduhan Doktor juga kepada Syeikh Dr. Rabi’ Al Madkhali yang dikatakan seperti Khawarij yang suka menyesatkan orang, dan terbaru tuduhan tuan kepada para ustaz-ustaz Salafi yang dikatakan “literalis” yang bisa menjumudkan.

Nah! Tuduhan yang bernada sama dan diungkapkan oleh pelaku-pelaku yang mengimani manhaj yang hampir sama.  Lantas tuduhan itu saya katakan sebagai kata-kata keji yang lahir dari hati yang busuk dan lidah yang buruk. Justeru Tuan Prof Madya, hati-hatilah agar hati dan lidah tuan tidak sejahat itu untuk mencerca ulama’ Ahlus Sunnah.

Mereka – para pembenci Ulama’ Ahlus Sunnah – akhirnya menggunakan “kondisi zaman” sebagai hujjah untuk menelantarkan naqal dan memenangkan aqal. Ini sangat pelik untuk dilakukan oleh seorang yang berpegang teguh kepada manhaj Ahlus Sunnah lantaran seorang Sunni pasti mendahulukan naqal diatas segalanya termasuklan waki’ dan aqal.

Namun saya nyatakan bahawa masyarakat kadang terpedaya dengan kepetahan seseorang ahlil bid’ah dan penampilanya yang gah. Oleh itu saya bawakan ciri-ciri ulama’ Rabbani yang hal ini sudah maklum kepada para penuntut ilmu.

Ulama’ Rabbani itu adalah ilmuan yang menggunakan Al Qur’an, As Sunnah dan pemahaman salaf as soleh dalam beragrumentasi dan berhujjah. Kerana itu saya bawakan perkataan Syeikh Abdus Salam Barjas: “Orang alim hakiki adalah yang mendalami ilmu agama, mengetahui hukum-hukum Al Quran dan As Sunnah. Mengetahui ilmu ushul fiqih seperti nasikh dan mansukh, mutlak, muqayyad, mujmal, mufassar, dan juga orang-orang yang menggali ucapan-ucapan salaf terhadap apa yang mereka perselisihkan.”

Maka saya berharap bahawa para “ulama”, “ustaz”, “khatib”, “guru agama” dan sesiapa sahaja yang umum dikatakan sebagai ulama atau ilmuan Islam, gunakanlah tiga kerangka utama ini sebagai kayu ukurnya. Jika mereka berkata dan bertindak sesuai dengan Al Qur’an, As Sunnah dan “Fahmus Sahabah”, maka mereka itu adalah ulama’ Ahlus Sunnah, insyaallah. Namun jika mereka itu menyelisihi salah satu dari tiga rukun tadi, maka mereka itu bukanlah ulama’ Rabbani.

Syeikh Abdul Hamid Bin Badis berkata: “Sesungguhnya seorang da’i yang benar adalah da’i yang bersandar atas hujjah dan agrumentasi yang jelas. Ucapannya tidak mengandungi kebohongan, tipu daya atau dakwaan buta. Gerakan da’wahnya tidak terjerumus ke dalam kebinasaan, kontradiksi ataupun kesimpang-siuran” (Ad Durar Al Ghaliyah fi Adabid Da’wah wad Da’iyah)

Sebagai contoh, maka saya bawakan seorang tokoh agama di Malaysia – Ustaz Fadhil Noor yang pernah menjadi Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai persampelan. Semoga Allah mengampunyinya. Maka kita ambillah tiga kayu-ukur tadi dan letaklah kepada “fatwa” dan pandangan beliau. Lantas apakah kita melihat bahawa “fatwa” beliau cocok dengan ketiga-tiga kayu-ukur tersebut?

Wallahi! Bahawa “fatwa” beliau menyelisihi “fahmus sahabah” (kefahaman sahabat) malah banyak juga yang menyelisihi sunnah al Mustafa. Oleh itu cukuplah disini saya nyatakan sekali lagi kepada Tuan Doktor bahawa beliau bukanlah ulama’ Rabbani. Beliau tetap bukan ulama’ Rabbai walaupun Tuan Doktor memujinya dalam Majalah Tamaddun pada tahun 2000.

Lantas kita juga dapat melihat dasar perjuangannya; apakah mengikut manhaj Rasulullah saw atau menuruti manhaj ahlul bid’ah. Manhaj Rasulullah saw dengan jelas memperjuangkan aqidah dan menumpaskan kesyirikan. Sedari baginda memiliki dua orang pengikut hinggalah memiliki daulah, tauhid menjadi keutamaannya. Hatta sehingga beliau sedang gering dan hampir menghembuskan nafas, beliau berwasiat kepada umatnya tentang aqidah. Maka jika seorang ulama’ membiarkan isu aqidah maka bererti beliau bukanlah seorang ulama’ Rabbani. Lantaran Ulama’ Rabbani mewarisi kerja-kerja Nabi. Dan tidaklah diutus setiap rasul kepada setiap umat, melainkan untuk mengajak “sembahlah Allah semata-mata dan jauhi thaghut”.

Syeikh Soleh Fauzan Al Fauzan berkata: “Da’wah apapun yang tidak berlandaskan kepada manhaj para rasul, ia akan menemui kegagalan. Buktinya adalah jamaah-jamaah atau gerakan-gerakan da’wah sekarang ini yang memiliki manhaj sendiri-sendiri yang berbeda dari maanhaj para rasul; melalaikan masalah tauhid. Mereka menyerukan perbaikan dalam masalah sekunder. Diantara mereka ada yang menyerukan perbaikan hukum dan siasah, menyerukan diterapkan hukum Islam. Masalah-masalah tersebut memang penting, tetapi bukan yang paling penting. Sebab, bagaimana harus diterapkan hukum syar’i kepada penzina dan pencuri sebelum diterapkan hukum syar’i bagi orang yang berbuat kesyirikan. Bagaimana menuntut penerapan hukum syar’i antara dua orang yang berebut kambing dan unta, sebelum menuntut diterapkannya hukum syar’i kepada penyembah berhala dan orang-orang yang tersesat dalam asma’ wal sifat Allah” (Mukaddimah kitab Minhajul Anbiya)

Camkanlah wahai tuan ucapan ulama’ besar dunia ini berkenaan dengan manhaj da’wah dengan saksama. Semoga tuan akan dapat membacanya dengan penuh keikhlasan dan mendapat pencerahan dari Allah Ta’aal.

Orang yang menyelisihi manhaj Rasul bukanlah ulama’ Rabbani. Ya, walaupun mereka itu duduk dalam persatuan ulama. Walaupun mereka itu dinobat sebagai mufti, atau mantan mufti. Ya walaupun mereka banyak menulis kitab dan menulis puisi. Mereka jika menyelisihi manhaj salaf tetap bukanlah ulama’ Rabbani.

Lantas apakah kenyataan saya ini menyakitkan hati Prof Madya? Atau kenyataan saya ini meremokkan hati dan perasaan tuan Doktor? Atau sebenarnya kenyataan saya ini akan menyudutkan tokoh-tokoh yang tuan sanjungi seperti Hasan Al Banna, Sayid Qutub dan Al Qaradhawi? Lantas untuk itu tuan harus memalingkan isu dalam artikel ini dan menimbulkan isu lain agar tokoh-tokoh sanjungan tuan tidak dipertikaikan?

Memang para Qutubiyyun / Qardawiyun akan bergelora hatinya bila saya menukilkan ucapan Sayid Qutub yang mencela para ulama’ Ahlus Sunnah. Dan lebih bergelegak hati-hati mereka bila saya datangkan pula perkataan Syeikh Rabi’ Al Madkhali yang terkenal sebagai penentang kepada kelompok Ikhwanul Muslimun, Qutubiyyun dan Qardawiyun.

Ahlus Sunnah telah menetapkan bahawa da’wah paling utama dan yang pertama untuk dida’wahkan adalah tauhid. Sehingga apabila da’wah tauhid menyebar dan memusnahkan syirik, baharulah mampu ditegakkan hudud.

Lantas saya menggunakan sampel Pendang dimana di situlah Ustaz Fadhil Noor berda’wah bertahun-tahun, sedari beliau memasuki PAS sehinggalah beliau menghembuskan nafas. Maka ketika hayat beliau, masalah syirik tidak terhapus; malah masalah kesyirikan tetap ada sehinggalah beliau meninggal, hatta sehingga PAS menguasai Kedah saat ini.

Tuan Doktor boleh pergi ke kawasan Pendang, Alor Star dan sekitarnya. Lihatlah dengan kepala mata Tuan Doktor sendiri bahawa banyak kedai yang menggantungkan gambar hitam putih yang diimani sebagai “pelaris”.

Justeru kita mahu bertanya kepada Tuan Doktor dan juga para Ahli PAS, apakah yang mereka da’wahkan selama ini? Dan apakah da’wah utama Mantan Presiden mereka – Ustaz Fadhil Noor? Apakah PAS mengajak untuk menegakkan aqidah shaihah atau menegakkan Hudud dan Negara Islam?

Saya semakin pelik dengan sikap Tuan Doktor, sepanjang empat muka tulisan saya, yang tuan garis bawah hanyalah dua baris ayat, walhal dalam tulisan saya itu masih banyak hujjah-hujjah yang tuan boleh bantah dan betulkan. Namun kenapa dua baris ini yang tuan jadikan modal untuk menghina para Ustaz Salafi yang memasuki ILMU?

Kenapa tuan Doktor tidak mahu membahas perkataan Ibn Mas’ud, Mujahid, atau ucapan Syeikh Abdus Salam Barjas? Kenapa Tuan Doktor tidak mahu mengulas celaan Sayid Qutub yang mengatakan bahawa ulama’ Ahlus Sunnah adalah ulama’ Kertas sahaja? Apakah celaan ini sangatlah tidak penting dan boleh diabaikan?

Malah lebih pelik lagi apabila Tuan Doktor gagal untuk memahami ayat ini dengan baik. Sepertinya tuan jahil dalam Bahasa Melayu tetapi tetap gencar untuk menulis puisi.

Sekiranya tuan pernah membaca tulisan saya sebelum ini, pasti tuan akan mengerti bahawa saya menggunakan laras bahasa yang berpuitis dan banyak terpengaruh dengan penggunaan Bahasa Indonesia. Justeru saya berharap orang yang suka menulis puisi seperti tuan akan dapat memahami makna tulisan saya dengan baik.

Lantaran, sekiranya ayah Tuan Doktor sudah meninggal dunia, lalu ada seorang bertanya kepada tuan Doktor: “Ayah kamu duduk / tinggal / berdiam / bertempat dimana?”. Apakah tuan akan berkata “Ayah saya sudah meninggal”, atau tuan akan katakan “Dia bertempat di Permatang Pauh”.

Pasti tuan akan katakan “Ayah saya sudah meninggal dunia”. Dan jika ditanya, dimana beliau dikebumikan, maka tuan akan menjawabnya “Ayah saya dikebumikan di Permatang Pauh”. Saya cukup pasti tuan tidak akan menjawab “beliau bertempat di Permatang Pauh”.

Mungkin saya perlu bawakan contoh yang lain, agar tokoh pemuisi kita ini bisa mengerti akan perkataan “berdiam / bertempat” dengan lebih mantap.

Kita ambil contoh Shamsiah Fakeh yang hidup di China namun di kebumikan di Malaysia. Maka kita tetap akan berkata bahawa beliau “berdiam / bertempat di China” yang merujuk fasa kehidupannya, bukan merujuk kepada lokasi beliau dikebumikan.

Justeru perkataan saya merujuk kepada fasa hidupnya, bukan fasa selepas matinya. Kerana itu saya tidak menyebut langsung kubur beliau. Yang saya sebut adalah kedai-kedai di Pendang. Maka dengan aqal yang waras (tanpa perlu mendapat gelar Doktor atau ke India untuk mendapatkan 5 ijazah hadith) pun sudah mampu untuk mencari perkaitan antara kalimat bertempat dengan kedai-kedai di Pendang yang menggantungkan gambar kesyirikian.

Kedai tersebut bukanlah di dirikan di tepi kubur beliau, bukan juga di dalam halaman rumah beliau. Justeru perkaitan yang cukup sederhana antara kalimat “bertempat” dan “kedai-kedai yang menggantungkan gambar” ialah “fasa hidup” dan bukannya “fasa sesudah matinya beliau”.

Kemudian saya mahu bertanya kepada Tuan Doktor, dimana dan saat bila saya menyebutkan kubur Ustaz Fadhil Noor dijadikan tempat penyembahan, sehingga tuan Doktor membawa contoh Kubur Imam Syafi’e dan kubur para sahabat?

Kalau tidak ada, maka nasihat saya janganlah menjadi tukang fitnah, atau kaki ta’wil. Janganlah tercuit sedikit, terus terlambung.

Pembetulan Kedua

Tuan Doktor mengatakan bahawa ILMU ini mengampu kerajaan. Mungkin jika tuan hidup di zaman Imam Abul Wafa Ibnu Aqil al-Hambali maka tuan juga akan menghina beliau kerana mencium tangan penguasa ketika bersalaman.

Namun sang Imam telah menjawab tuduhan tersebut dengan katanya:

“Bagaimana pendapatmu bila aku bersalaman dengan ayahku kemudian aku mencium tangannya, apakah yang demikian itu salah ataukah menjatuhkan kedudukannya? Mereka menjawab tidak salah! Beliau berkata lagi: Seseorang ayah telah mendidik anaknya secara khusus sedangkan penguasa telah mendidik rakyat secara umum, maka dia lebih berhak untuk dihormati”. (Badi’ul Fawaid. Ibnu Qaiyim)

Lantas keberadaan kami ini bersama penguasa Negara adalah sebagai suruhan dari Allah dan sunnah Rasulullah saw. Kami tetap akan bersama-sama penguasa untuk membimbing mereka dan menasihati umat manusia.

Kami tidak akan melepaskan ketaatan dan ikatan bai’at kepada mereka sepertimana yang dianjurkan oleh Sayid Qutub dan Al Qaradhawi. Bukan Sunnah Sayid Qutub dan Sunnah Qaradhawi yang kami ingin tempuh melainkan sunnah Muhammad Bin Abdullah saw.

Jika upaya kami untuk mengajak umat agar mereka mentaati penguasa dalam hal-hal yang ma’ruf dikatakan sebagai sebuah jilatan, atau suatu ampuan, maka kepada Allah lah kami mengadu akan tuduhan itu. Namun yang pasti Tuan Doktor sangatlah terpengaruh dengan pemikiran Al Qardawi dan sangat condong dengan pembangkang. Malah sejarah hidup Tuan pun pernah bersama mereka satu ketika dahulu.

Begitu juga dalam tanpa sadar, rupanya tuan juga penjilat dan pengampu. Dengan nyata bahawa tidak ada satu hujjah pun yang bisa dipakai untuk menghalalkan demontrasi BERSIH, namun tuan mengasak-asak dalil untuk membenarkannya. Hanya semata-mata untuk mengabsahkan kelakuan PAS dan pembangkang. Malah untuk membenarkan juga fatwa Dr Yusuf Al Qaradhawi.

Walhal bukankah ajaib tatkata tuan mengharamkan Perarakan Maulidur Rasul satu ketika dahulu, dan menghalalkan demontrasi BERSIH? Bukankah ini sebuah sikap yang sangap pelik? Dan bukankah ini sebuah tindakan jilat dan ampun yang tidak dapat ditutup lagi?

Justeru Tuan tidak perlu untuk berpura-pura sebagai Salafiyun. Bukakan saja topeng Qutubiyyun tuan selama ini. Kerana saat ini penyamaran itu sudah tersingkap ketika tuan menyatakan perkataan keji kepada para Salafi malah kepada Ibn Taimiyyah dan Muhammad Wahhab:

“Ramai yang bertanya saya tentang huraian-huraian siyasah Ulama Muda UMNO kebelakangan ini..menurut pendapat saya yang kerdil, walaupun Ulama Muda UMNO itu pada asasnya bermanhaj ‘salafi’ dan saya antara …yang menyetujui manhaj itu, namun kefahaman sebahagian mereka mengenai hadis-hadis politik menjurus kepada aliran Madkhali yang agak literal dalam menafsirkan nas-nas siyasi tanpa melihat teks dan konteks..mereka seakan aliran ‘zahiri’ atau literalist dalam memahami dalil-dalil siyasi..di Barat, mereka melebelkan literalist ini sebagai ‘wahabi’..itu label yang salah kerana mereka masukkan sekali sesiapa sahaja yang kuat berpegang dengan nas sebagai ‘wahabi’ ..namun fonomena literal dalam memahami nas-nas siyasi ini banyak datang dari Arab Saudi..pada beberapa sudut mungkin ada kebaikannya, namun ia boleh menjumudkan banyak situasi umat dan negara..bak kata Fazlur Rahman ‘konsep kefahman al-Imam Ibn Taimiyyah itu menjadi sempit jika dilihat dari huraian al-Imam Muhammad bin Abdul Wahhab, jika kita membacanya secara langsung, kita akan dapat melihat keluasan kefahamannya..apapun ini masalah ijtihadiyyah atau perbezaan pendapat, seseorang memilih pandangan yang diyakininya..semoga Allah memberikan kita keikhlasan dan mengampunkan semua”

Ingtlah tuan bahawa seorang Ahlus Sunnah tidak akan menggunakan hujjah dari ahlil Bid’ah dalam penetapan manhaj agamanya. Justeru ketika Tuan menggunakan Fazlur Rahman yang cukup terkenal sebagai pejuang Islam Liberal, maka saat ini telah menjadi pemisah antara kita secara jelas; bahawa tuan bukanlah salafi.

Bagaimana mungkin seorang yang memiliki 5 ijazah hadith menggunakan ungkapan kaum Islam Liberal bagi membantah kefahaman yang terbit dari hadith? Hanya sahaja orang yang jahil terhadap sunnah akan berbuat sebegitu. Atau seorang yang menyamar sebagai Ahlus Sunnah yang akhirnya dia tidak mampu bersabar lalu meniggalkan jubah sunnahnya.

Bagaimana mungkin perkataan Fazlur Rahman, tokoh Islam Liberal mampu mematahkan hujjah dari hadith yang telah dijadikan pegangan Ahlus Sunnah zaman berzaman? Lebih menarik lagi adalah mengapa tuan mengambil perkataan Fazlur Rahman bagi menentang pemahaman Ibn Taimiyyah yang diterjemah oleh Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab? Lantas tuan katakan bahawa memahami nash mengikut kaedah Ibn Taimiyyah yang diterjemah oleh Syeikh Muhammad akan menjumudkan dunia.

Walhal kaedah pemahaman Syeikh Muhammad itu merupakan kaedah Ahlus Sunnah. Maka apakah tuan ingin mengatakan bahawa kaedah Ahlus Sunnah ini akan menjumudkan dunia? Subhanallah! Tidak mungkin seorang Sunni akan berkata seperti tuan katakan.

Pemahaman yang dirangkul oleh Syeikh Muhammad terhadap Ibn Taimiyyah merupakan pemahan yang asli dan benar. Beliau memahami pemahaman ini dan menterjemahkannya dalam perjuangannya. Seluruh ulama’ Sunnah mengiktiraf perjuaangan ini dan pemahaman ini.

Jika tuan mengatakan bahawa pemahaman Ibn Taimiyyah beda dengan pemahaman Syeikh Muhammad, ternyata ini sebuah “tanggapan” yang melencong. Malah jika tuan mengatakan bahawa Syeikh Muhammad telah tersalah memahami pemikiran Ibn Taimiyyah sehingga memberi watak kaku kepada fatwa Syeikul Islam, ini juga merupakan pemahaman tuan yang jauh dari hakikat kebenaran. Sungguh Syeikh Muhammad telah memahami dengan saksama dan menekuni manhaj Ibn Taimiyyah, sehingga para ulama’ Ahlus Sunnah mengatakan bahawa Syeikh Muhammad adalah bayangan Ibn Taimiyyah.

Sebaliknya, yang silap memahami perbicaraan Ibn Taimiyyah adalah Fazlur Rahman, walau dia berkokok mengatakan bahawa dia pencinta dan pengagum Ibn Taimiyyah. Yang dia inginkan adalah pemisahan syiasah dari dokongan hadith dengan menggunakan sosok tubuh Ibn Taimiyyah. Malah dia juga mengerti bahawa Ibn Taimiyyah tidak akan bangkit dari kubur untuk membantah segala pemikiran “politik songsang” yang disandarkan kepadanya.

Bagaimana mungkin Fazlur Rahman mampu untuk memahami manhaj Ibn Taimiyyah walhal dia adalah seorang anti hadith? Dia sangat memusuhi hadith dalam hidup beragama dan hidup berpolitik. Lihatlah bukunya “Islamic Methodology in History”, “Islam and Modernity: Transformation of an Intelectual Tradition” dan tulisannnya dalam beberapa artikel seperti “Some Reflection on the Reconstruction of Muslim Society in Pakistan”,  “Implementation of the Islamic Concept of State in the Pakistan Milieu” dan “The Qur’anic Solution of Pakistan’s Educational Problems”.

Jika dia memahami manhaj Ibn Taimiyyah, pasti dia sudah menjadi seorang Ahlus Sunnah. Namun eroni nya dia tetap menentang sunnah dan beriman bahawa dirinya memahami manhaj Ibn Taimiyyah! Maka dari sisi inipun sudah cukup intuk Tuan Doktor berfikir tentang ide “jumud” yang dikerangkakan oleh Syeikh Muhammad.

Seterusnya seorang Ahlus Sunnah tidak akan mencela ulama’ mereka, sebaliknya mereka akan memuliakannya. Namun sampai hari ini permusuhan Tuan kepada Syeikh Rabi’ tetap tak kunjung surut, ada sahaja kesempatan, tuan akan mencela dan menghinakannya.

Lebih pelik lagi bagaimana Tuan Doktor mengatakan bahawa kefahaman untuk mentaati penguasa Muslim, haramnya Demontrasi dan menasihati penguasa secara sirr (sembunyi) merupakan kefahaman dari Syeikh Rabi’ Al Madhkali sahaja, atau yang terbit dari Saudi Arabia?

Ketahuilah wahai Tuan Doktor, bahawa kefahaman ini bukan dimuculkan oleh Syeikh Rabi’ atau ulama’ Saudi, malah seluruh ulama’ Ahlus Sunnah di setiap penjuru dunia mengimaninya. Ketahuilah juga bahawa keimanan ini sudah ada sejak zaman salaf lagi, berlanjutan hingga kini, dan akan terus ada sehingga kiamat. Tuan sendiri belajar ilmu hadith maka pastu tuan mengetahuinya.

Kerana itu bukankah molek jika tuan berguru kepada Syeikh Albani ataupun murid-muridnya dahulu ketika tuan berada di Jordan. Sehingga tuan dapat mengetahui bahawa ulama’ Sunnah Jordan juga bersependapat dengan ulama’ Saudi. Namun kesempatan di Jordan telah tuan sia-siakan.

Begitu juga ketika tuan ke India, mengapakah tuan tidak berguru dengan para ahlil hadith Ahlus Sunnah, bukannya ulama’ Deobandi. Sehingga Tuan Doktor mengetahui bahawa ulama Sunnah India juga sejalan dengan ulama’ Saudi.

Tetapi kecenderungan tuan untuk mengikuti alam pikir Al Qardhawi itu yang menyebabkan tuan mula memusuhi Ahlus Sunnah.

Saya melihat tulisan-tulisan tuan banyak dihiasi dengan fatwa Al Qaradhawi, walhal beliau itu adalah antara tokoh yang mengikut manhajnya Hasan Al Banna dan Sayid Qutub. Malah ada yang memasukkan beliau sebagai tokoh Islam Liberal.

Ingatlah tuan bahawa seseorang yang selalu menukilkan nama atau ucapan ahlul bid’ah dalam tulisannya bererti beliau bersama dengan ahlul bid’ah tersebut. Seseorang yang selalu menukilkan kalam ulama Ahlus Sunnah, insyaallah beliau adalah Ahlus Sunnah. Syeikh Abdullah Bin Shalil Al Ubailan berkata tentang seseorang yang diragukan; apakah dia seorang pemuja Ikhwanul Muslimun atau seorang Salafi:

“Tidak, tidak, beliau bukan seorang ikhwani, bukan…  beliau adalah seorang salafi, dan seorang salafi itu senantiasa tidak akan menyebutkan guru-gurunya kecuali Syaikh Muhammad bin ‘Utsaimin, menyebutkan Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz dan menyebukan al-Albani. Tidak akan selamanya dia berargumen dengan salah seorang pun selain mereka”

Akhir kata, segala kesalahan saya, atau segala kelemahan saya, saya memohon ampun kepada Tuan Doktor. Semoga Allah member kita balasan yang baik di dunia dan di akhirat.

Saya juga menanti mungkin akan ada insan yang pernah membantah saya dahulu dalam isu “Wang Judi” untuk membetulkan Tuan Doktor terhadap pemahaman salah tuan doktor. Namun sampai saat ini insan tersebut masih tidak menulis surat kepada tuan Doktor, walhal mereka dahulu berteriak kepada saya “demi kebenaran” lah mereka menulis.

 

 

Abu Amru Mohd Radzi Bin Othman

Pandan Indah, Kuala Lumpur

10 July 2011

Islamic Methodology in History

PAS : Jangan Jadi Ruwaibidhah! (2)

Mei 23, 2011

Siri Kedua

Bersanad Kepada Ulama’ Ahlus Sunnah

“Ilmu agama ini akan terus dibawa oleh orang-orang yang adil (terpercaya dan bukan fasiq) dari generasi ke generasi, yang selalu berjuang membersihkan agama dari penyelewengan maksud-maksud agama, pendustaan orang-orang sesat yang mempergunakan nama agama, dan pentakwilan agama yang salah yang dilakukan oleh orang-orang yang jahil.” (HR al-Baihaqi – shahih)

Imam Ibn Abi Hatim Al-Razi meriwayatkan dengan sanadnya kepada Abdullah bin ‘Aun bahawasanya beliau berkata: Tidak boleh diambil ilmu ini melainkan daripada orang yang telah diakui pernah menuntut sebelum itu (pernah meriwayatkan ilmu dari gurunya secara bersanad juga)”. [Al-Jarh Wa At-Ta’dil 1/ 28]

Begitu juga apa yang diberitakan oleh Imam Ibn Sirin: “Ilmu itu adalah agama, maka perhatikanlah dari siapa kamu mengambil agamamu (ilmu agama tersebut)”. Juga beliau berkata: “Dahulu orang ramai tidak bertanya tentang sanad (rangkaian para rawi yang meriwayatkan) hadith, maka tatkala terjadi fitnah mereka mengatakan: ‘sebutkan kepada kami sanad kalian’, sehingga mereka melihat sanadnya sampai kepada Ahlus Sunnah, lalu mereka menerima hadithnya dan melihat kepada ahlul bid’ah lalu menolak hadisnya.” (Riwayat Muslim dalam Muqaddimah Shahih-nya)

Imam Syafi’e berkata: “Orang yang belajar ilmu tanpa sanad guru bagaikan orang yang mengumpulkan kayu api pada malam yang gelap, dia membawa pengikat kayu api yang terdapat padanya ular berbisa dan dia tidak tahu” (Faidhul Qadir)

Imam At Tsauri berkata pula:  “Sanad adalah senjata orang Mukmin, maka bila kau tidak mempunyai senjata maka dengan apa kau akan berperang?”.

Ibnul Mubarak berkata : “Pelajar ilmu yang tidak punya sanad bagaikan penaik atap namun tidak punya tangganya, sungguh telah Allah muliakan umat ini dengan sanad” (Faidhul Qadir)

Sementara itu Ibn Abdil Bar meriwayatkan daripada Imam Al-Auza’e bahawasanya beliau berkata:  “Tidaklah hilang ilmu melainkan dengan hilangnya sanad-sanad (ilmu agama tersebut)”. [At-Tamhid 1/314]

Kerana apabila hilangnya para ulama’ sunnah, maka terhapuslah Ilmu islam yang sebenar. Bermakna apabila hilang ulama’ Sunnah, mustahil untuk mendapatkan sanad ilmu yang shahih lagi sesudah kehilangan ulama’ tersebut.

Ibnu Taimiyyah berkata: “Setiap pendapat yang dikatakan hanya oleh seseorang yang hidup di masa ini dan tidak pernah dikatakan oleh seorangpun yang terdahulu, maka itu salah.” Imam Ahmad mengatakan: “Jangan sampai engkau mengeluarkan sebuah pendapat dalam sebuah masalah yang engkau tidak punya pendahulu padanya.” (Majmu’ Fatawa: 21/291)

Lihatlah bagaimana Ibn Taimiyyah menejlaskan, bahawa ulama’ Ahlus Sunnah itu bukan sahaja memiliki sanad malah mereka juga berfatwa seperti fatwanya ulama’ sebelum mereka. Begitu juga Ad Dzahabi, muridnya Ibn Taimiyyah menulis sebuah kitab khusus mencatitkan guru-gurunya, dengan jodol Mu’jam Asy-Syuyukh (Daftar Guru-Guru).

Oleh itu, para ulama’ Ahlus Sunnah zaman ini memiliki aqidah yang sama dengan ulama’ Ahlus Sunnah sebelumnya. Begitulah sehingga sampai kepada aqidah sahabat, semuanya sama. Mereka juga memiliki manhaj dan pemahaman yang sama seperti sahabat kerana wujudnya tantaian emas ini.

Lantas kita mahu tanyakan kepada PAS: siapakah ulama’ kalian? Ulama’ Ahlus Sunnah manakah yang menjadi guru-guru kalian? Apakah setiap masalah yang terjadi saat ini, kalian akan menghubungi mereka dan meminta fatwa dari mereka?

Dan apakah fatwa-fatwa kalian seperti: “undi PAS akan masuk syurga”, “UMNO kafir”, “Wajib memberontak jika penguasa tidak melaksanakan hukum Hudud”, “Allah mencarut”, “Osama adalah pejuang”, “mencaci-maki penguasa yang tidak melaksanakan Hudud dibolehkan” dan macam-macam lagi, pernah dinyatakan oleh ulama’ Ahlus Sunnah sebelum kalian?

Mendapat Tazkiyah Dan Pujian Dari Ulama’ Ahlus Sunnah

Apabila para ulama’ terkemudian memiliki sanad dari ulama’ terdahulu, bermakna bahawa mereka berguru kepada ulama’ terhadulu; maka para guru mereka akan memberikan tazkiyah kepada mereka untuk berfatwa. Itulah pengamalan yang dilakukan oleh para ulama’ Ahlus Sunnah dari dahulu sehingga kini.

Tanpa tazkiyah, seseorag itu masih diistihar sebagai penuntut ilmu. Oleh itu, tugas penuntut ilmu adalah senantiasa mendapatkan fatwa dari para ulama’ Ahlus Sunnah, bukannya mengeluarkan fatwa sendiri. Begitu juga ketika tidak ada seorang pun ulama’ Ahlus Sunnah yang mengakui seseorang sebagai ulama’, bagaimana mungkin orang tersebut layak menjadi ulama’?

Begitu juga setiap ulama’ Ahlus Sunnah akan saling puji memuji, sebagai bukti bahawa dirinya adalah ulama’ yang layak untuk diikuti dan diambil ilmunya.

Imam Malik mendapat tazkiyah dari 70 ulama’, baharulah beliau berani memberi fatwa. Beliau berkata: “Aku tidak berfatwa sehinggalah 70 orang (ulama’) mengakui bahawa aku layak berfatwa.” (Siyar A’lam an-Nubala’, 8/96).

Begitu juga Imam Syafi’e tidak mengeluarkan fatwa sehinggalah Imam Malik memberikan tazkiyah dengan berkata: “Engkau layak menjadi qadhi atau hakim”. Namun sebelum itu, beliau telah mendapatkan tazkiyah dari para ulama di Makkah seperti dari Muslim bin Khalid, Dawud bin Abdurrahman al-‘Athar, Muhammad bin Ali bin Syafi’ , Sufyan bin ‘Uyainah, Abdurrahman bin Abu Bakar al-Maliki, Sa’id bin Salim dan Fudhail bin ‘Iyadh.

Imam Asy-Syafi’i telah memuji Imam Ahmad dengan katanya: “Ahmad bin Hambal imam dalam lapan hal, Imam dalam hadits, Imam dalam Fiqih, Imam dalam bahasa, Imam dalam Al Qur’an, Imam dalam kefaqiran, Imam dalam kezuhudan, Imam dalam wara’ dan Imam dalam Sunnah”.

Al-Imam Syafi’i juga memuji Imam Malik, iaitu gurunya, beliau berkata: “Imam Malik adalah bahagian dari hujjah Allah di muka bumi”.

Abu ‘Abdillah Al-Faqih telah memuji Imam Barbahari dengan katanya: “Apabila kamu melihat seorang penduduk Baghdad mencintai Abul Hasan bin Basyar dan Abu Muhammad Al-Barbahari maka ketahuilah bahawa dia Shahibu Sunnah (orang yang mengikuti Sunnah)!”

Imam Adz-Dzahabi memuji Ibn Taimiyyah dengan berkata: “Dia adalah lambang kecerdasan dan kecepatan memahami, paling hebat pemahamannya terhadap Al-Kitab was-Sunnah serta perbedaan pendapat, dan lautan dalil naqli. Pada zamannya, ia adalah satu-satunya baik dalam hal ilmu, zuhud, keberanian, kemurahan, amar ma’ruf, nahi mungkar, dan banyaknya buku-buku yang disusun dan amat menguasai hadits dan fiqh.

Ibnu Katsir juga memuji Ibn Taimiyyah: “Beliau adalah Syaikh al-Hafizh al-kabir, Pakar Tarikh Islam, Syaikhul muhadditsin ……beliau adalah penutup syuyukh hadits dan huffazhnya.”

Muhibbuddin al-Khathib memuji Albani dengan katanya: “Di antara para da’i kepada as-Sunnah, yang menghabiskan hidupnya demi bekerja keras untuk menghidupkannya adalah saudara kami Abu Abdurrahman Muhammad Nashiruddin bin Nuh Najati Al Albani.

Begitulah sikap antara para ulama’ Ahlus Sunnah dimana para guru akan memberikan tazkiyah kepada murid mereka yang layak menjadi ulama’, sementara ulama’ lainnya akan saling memuji diantara mereka.

Lantas kita mahu bertanya, siapakah antara ulama’ PAS yang mendapat tazkiyah dari ulama’ Ahlus Sunnah dunia? Dan juga siapakah ulama’ Ahlus Sunnah dunia yang telah memuji mereka? Sila lah nyatakan kepada umat ini senarai daftar tersebut jika kalian memilikinya.

Tidak Mudah Berfatwa

Oleh kerana mereka merupakan para pewaris Nabi, sedangkan Nabi adalah manusia yang paling takut kepada Allah. Maka para ulama’ Ahlus Sunnah merupakan manusia yang paling takut untuk berfatwa. Mereka lebih banyak untuk menjawab “tidak tahu”. Mereka juga akan menyuruh bertanyakan masalah tersebut kepada ulama’ lain jika mereka terasa berat untuk menjawabnya.

Mereka tidak akan menjawab sesuatu isu dengan pantas dan samberono. Berikut adalah bukti bagaimana mereka sangat berhati-hati dalam berfatwa.

Abdurrahman bin Abi Laila menceritakan kisahnya: “Aku pernah mendapati di masjid (Nabi) ini 120 orang shahabat Rasulullah saw. Tidak ada seorang pun dari mereka saat ditanya tentang suatu hadits atau fatwa melainkan dia ingin saudaranya (dari kalangan shahabat yang lain) yang menjawabnya. Kemudian tibalah masa pengangkatan kaum-kaum yang mengaku berilmu saat ini. Mereka bersegera menjawab pertanyaan-pertanyaan yang kalau seandainya pertanyaan ini dihadapkan kepada Umar bin Khattab, niscaya beliau mengumpulkan ahli Badar untuk di ajak bermusyawarah dalam menjawabnya.

Dari Uqbah bin Muslim, dia berkata: “Aku menemani Abdullah bin Umar selama 34 bulan maka yang banyak dia ucapkan ketika ditanya: ‘Saya tidak tahu’ Kemudian dia menoleh kepadaku seraya berkata: ‘Tahukah kamu apa yang mereka kehendaki? Mereka hendak menjadikan punggung-punggung kami sebagai jembatan bagi mereka ke Jahannam”.”

Abdurrahman bin Mahdi berkata: “Kami berada di sisi al-Imam Malik bin Anas, tiba-tiba datanglah seseorang kepadanya seraya berkata: ‘Aku datang kepadamu dari jarak enam bulan perjalanan. Penduduk negeriku menugasiku untuk menanyakan kepadamu suatu permasalahan.’ al-Imam Malik  berkata: ‘Tanyakanlah!’ Maka orang tersebut bertanya kepadanya suatu permasalahan, lalu al-Imam Malik menjawab: ‘Saya tidak boleh menjawabnya.’ Orang tersebut terhentak, sepertinya dia membayangkan bahawa dia telah datang kepada seseorang yang tahu segala sesuatu, orang tersebut berkata: ‘Lalu apa yang akan aku katakan kepada penduduk negeriku jika aku pulang kepada mereka?’ Imam Malik berkata: ‘Katakan kepada mereka: Malik tidak bisa menjawab.’ ”

Ibn al Qasim berkata: “Aku pernah mendengar Imam Malik berkata : “Saya sedang memikirkan (jawapan) bagi suatu kemusykilan sejak beberapa puluh tahun dulu, tetapi hingga saat ini belum juga sampai kepada pendapat yang pasti”.

Imam Sahnun pernah disoal satu masalah oleh seorang lelaki. Lalu tiga hari lelaki itu berulang-alik kepada Sahnun dan mendesaknya, “Soalan aku, -semoga Allah membaikkan urusanmu-”. Sahnun berkata, “Wahai sahabat, apa yang boleh aku lakukan dengan soalanmu. Ia rumit. Dalamnya ada banyak pendapat. Dan aku kebingungan padanya”. Lelaki itu berkata, “Kamu (layak menjawab) untuk semua soalan yang rumit”. Sahnun berkata, “Jauh sekali wahai anak saudaraku. Kata-katamu itu bukanlah lebih mendedahkan kamu daripada daging dan tulangku kepada api neraka. Alangkah banyak apa yang aku tidak mengetahui”. Sahnun berkata lagi, “Kalau kamu sabar, aku harap kamu boleh kembali semula dengan persoalan kamu ini. Kalau kamu mahu bertanya kepada orang lain selainku, pergilah dan masalah kamu itu mungkin dijawab segera dalam masa sekejap sahaja”.

Oleh kerana itu kita dapati bahawa para ulama’ Ahlus Sunnah sangat sukar untuk berfatwa kerana mereka mengetahui bahawa jika tersalah fatwa, mereka akan berdosa dan menanggung dosa orang yang mengikuti fatwa tersebut.

Ibn Mas’ud berkata: “Bagi yang tahu hendaklah mengatakan apa yang dia ketahui. Dan bagi yang tidak tahu hendaklah mengatakan: Allahu a’lam. Sebab termasuk ilmu adalah mengatakan ‘aku tidak tahu’ dalam perkara yang tidak dia ketahui ilmunya. Sebab Allah Ta’ala berfirman kepada Nabi-Nya : “Katakanlah (hai Muhammad), ‘Aku tidak meminta upah sedikitpun kepadamu atas dakwahku; dan bukanlah aku termasuk orang-orang  yang mengada-adakan” (Shaad : 86) (HR Bukhari dan Muslim)

Rasulullah saw. Bersabda: “Barangsiapa diberi fatwa tanpa ilmu maka dosanya ditanggung oleh orang yang memberi fatwa tersebut. Barangsiapa menganjurkan satu perkara kepada saudaranya seagama sementara dia tahu bahwa ada perkara lain yang lebih baik berarti dia telah mengkhianatinya.” (HR Bukhari)

Lalu kenapa kita melihat bahawa kalian terlalu senang untuk berfatwa? Begitu juga ketika kalian menfatwakan bahawa kerajaan Malaysia wajib menegakkan Hukum Islam, jika tidak maka akan menjadi kafir, lantas mengapakah Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah tidak menegakkan Hukum Terhadap Ahli Zimmah, antaranya adalah Ahli Zimmah tidak boleh belajar membaca Al Qur’an, tetapi mereka boleh diperdengarkan ayat suci Al Qur’an?

Begitu juga dengan sikap PAS terhadap Osama, sehingga ada pemuka PAS yang menganggap bahawa Osama adalah pejuang dan sikap beraninya harus dipuji dan disanjung. Sehingga beliau mencadangkan sebatang jalan dinamakan sempena nama Osama.

Apakah Tuan Guru tidak percaya kewujudan Osama dan kejahatannya? Walhal ulama’ Ahlus Sunnah sepakat akan kejahatan dan onar yang dia lakukan? Bagaimana hal ini boleh berlaku wahai Tuan Guru, apakah Tuan Guru jahil atau pura-pura tidak tahu? Atau Tuan Guru adalah seaqidah dan semanhaj dengan Osama?

Atau Tuan Guru merasakan bahawa Tuan Guru adalah ulama’ mu’tabar dunia walau dunia tidak pernah mengiktiraf Tuan Guru sebagai Ulama’ Ahlus Sunnah.

Abu Amru Mohd Radzi Bin Othman
Tim S/U iLMU

PAS : Jangan Jadi Ruwaibidhah! (1)

Mei 23, 2011

Siri Pertama

Imam Malik berkata: “Telah mengabarkan kepadaku seorang lelaki bahawa dia menemui Robi’ah Bin Abdurrahman, ternyata dia dapati Robi’ah sedang menangis, maka dia bertanya: ‘Apakah yang membuatmu menangis?’ Dia takut dengan tangisan Robi’ah, maka dia berkata kepada Robi’ah: ‘Apakah ada musibah yang menimpamu?’ Robi’ah menjawab: ‘Tidak. Akan tetapi, orang yang tidak punya ilmu telah dimintai fatwa dan telah muncul di dalam Islam perkara yang besar.’ Robi’ah berkata: ‘Dan untuk sebahagian orang yang berfatwa di sini lebih layak untuk dipenjara daripada para pencuri’.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Abdil Barr di dalam Jami’ al-Ilmi wa Fadhlihi)

Mencari Kebenaran Dengan Keikhlasan

Apakah kita menyangka bahawa Abu Jahal tidak pernah terfikir akan kebenaran Muhammad Bin Abdullah? Apakah kita tidak tahu bahawa Abu Talib itu mengakui kerasulan Muhammad Bin Abdullah namun engkar untuk beriman kerana sayangkan kesesatan?

Demi Allah yang jiwa manusia di Tangan-Nya! Bahawa Abu Jahal dan Abu Talib benar-benar mengetahui akan kebenaran Muhammad, anak saudara mereka tetapi oleh kerana tiadanya hidayah maka mereka tetap degil untuk beriman. Namun ketiadaan hidayah bukan bererti bahawa Allah itu zalim dan sengaja membiarkan hamba-Nya memasuki neraka. Walhal hidayah hanya datang selepas dua perkara iaitu ikhlas dan berusaha mencari hakikat.

Begitulah fitrah berlaku, dengan janji Allah bahawa kebenaran itu sukar digapai melainkan dengan penat jerih. Malah untuk sampai kepada kebenaran, terkadang kita terpaksa menelan hempedu dan menusuk sembilu. Kerana kebenaran itu lebih pahid dari hempedu dan lebih sakit dari sembilu, apabila kebenaran terlihat berseberang dari keimana dan kefahaman yang kita anuti.

Lantaran itu banyak yang kecundang dalam mengikut kebenaran, sehinggakan Allah mengkhabarkan bahawa sebahagian besar manusia tidak akan menurutinya. Lantas Allah memberi khabar gembira kepada golongan yang sedikit – iaitu golongan yang mengikuti kebenaran – dengan istilah ghuraba’.

Oleh yang demikian, golongan yang banyak ini pun masing-masing dari setiap aliran dan kelompok melantik para pembesar mereka lantas mengkalungkan gelar ulama’. Walhal ilmu mereka terhadap Al Qur’an dan As Sunnah sangatlah sedikit. Sehinggakan mereka selalu menyalahi perintah Tuhan dan Rasul-Nya dalam berfatwa. Rasulullah telah mengingatkan kita tentang kehadiran mereka pada zaman ini apabila matinya para ulama’ rabbani.
Ruwaibidhah : Manusia Jahil Di Angkat Jadi Ulama’

“Sesungguhnya Allah tidaklah mengangkat ilmu dengan sekaligus dari para hamba. Namun Allah akan mengangkat ilmu dengan mewafatkan para ulama’. Hingga bila tidak tersisa seorang pun ulama’, manusia mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh. Mereka ditanya lalu berfatwa tanpa ilmu. Mereka pun sesat dan menyesatkan.” (HR Bukhari & Muslim)

Maka para ulama’ dan para tukang fatwa yang bodoh ini mula berfatwa dalam masalah manusia, sedari masalah kecil hinggalah kepada masalah yang besar. Rasulullah saw bersabda tentang mereka:

“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Ketika itu pendusta dibenarkan sedangkan orang yang jujur didustakan, pengkhianat dipercaya sedangkan orang yang amanah dianggap sebagai pengkhianat. Pada saat itu Ruwaibidhah berbicara.” Ada yang bertanya, “Apakah yang dimaksudkan dengan Ruwaibidhah?”. Beliau menjawab, “Orang bodoh yang turut campur dalam urusan masyarakat luas.” (HR Ibnu Majah – shahih).

Ibn Mas’ud berkata:  “Manusia tetap akan baik selama mereka mengambil ilmu dari orang-orang besar mereka, jika mereka mengambilnya dari orang-orang kecil dan jahat di antara mereka, maka mereka akan binasa.” Diriwayatkan pula yang semakna dengannya dari shahabat Umar bin Khattab. (Riwayat Ibnu Abdil Bar dalam Jami’ Bayanul Ilm hal: 615 dan 616, tahqiq Abul Asybal dan dishahihkan olehnya)

Ibnu Abdil Bar menukilkan dari sebahagian ahlul ilmi (ulama’) maksud dari hadith di atas: “Bahawa yang dimaksud dengan orang-orang kecil (Ashaghir) dalam hadis Umar dan hadis-hadis yang semakna dengannya adalah orang yang dimintai fatwa padahal tidak punya ilmu. Dan orang yang besar ertinya yang berilmu tentang segala hal. Atau yang mengambil ilmu dari para shahabat.” (Lihat Jami’ Bayanil Ilm: 617).

Itulah yang dinamakan sebagai Ruwhaibidhah, atau dalam setengah hadits disebut sebagai Dajjal un Dajjal, juga sebagai Luqa’ Bin Luqa’ atau juga disebut dengan istilah Al Ashaghir. Mereka semua adalah nama kepada manusia yang sedikit ilmu tapi diangkat menjadi para ulama’, sehingga umat mengikut mereka dalam beragama. Mereka mendapat kepercayaan umat sehingga umat diselimuti dengan kebobrokan dan kejahilan.

Lantas bagaimana hal ini berlaku? Bagaimana umat boleh terkeliru? Semuanya kerana Ruwaibidhah ini berpakaian seperti ulama’. Mereka juga bercakap seperti ulama’ dan mereka ini beribadah seperti ulama’. Sehinggakan umat terpedaya dan menyangka bahawa mereka adalah ulama’ rabbani.

Sabda Rasulullah saw: “para da’i yang mengajak ke pintu-pintu neraka (Jahannam), barangsiapa yang menerima ajakan mereka, niscaya mereka jerumuskan ke dalam neraka. Aku bertanya lagi : Wahai Rasulullah berilah tahu kami sifat-sifat mereka ? Beliau menjawab : Mereka dari kaum kita dan berbicara dengan bahasa kita”

Ruwaibidhah Itu Persisi Penampilannya Seperti Ulama’

Ibn Hajar dalam Fathul Bari menjelaskan tentang hadith ini: “Mereka dari bangsa, berbahasa dan beragama seperti kita, dan ada padanya isyarat bahwa mereka dari bangsa Arab. Berkata Ad-Dawudi : ‘Iaitu dari bani Adam’. Berkata Al-Qaabisi:’maknanya secara lahiriyah berada di atas agama kita akan tetapi mereka menyelisihi kita secara batin kerana kulit sesuatu adalah permukaannya dan dia asalnya adalah selaput penutup tubuh’. Dan ada yang mengatakan bahawa yang dimaksud adalah Arab, adalah warna kulit mereka umumnya sawo matang  dan warna hanya tampak dari kulitnya”.

Itulah yang dimaksudkan oleh rasulullah saw dengan katanya Al Ruwaibidhah itu adalah manusia dari kaum kita dan berbahasa dengan bahasa kita. Malah mereka berbicara cukup indah dan petah. Mereka boleh berbicara dalam bahasa Arab – iaitu bahasa ilmu Islam. Kadangkala mereka menuturkan Al Qur’an dan menyebutkan As Sunnah. Perwatakan mereka ibarat manusia alim dan bijaksana. Mereka dilihat seakan-akan ulama’ hakiki. Walhal mereka adalah syaitan yang bertopengkan manusia.

Rasulullah saw bersabda: “Inilah jalan Allah. Dan yang ini adalah jalan yang bercabang-cabang, tiada satu jalanpun melainkan di atasnya ada syaitan yang menyeru kepadanya” (H R Nasa’i dan Darimi)

Setiap syaitan yang berjubah dan berserban ini: yang fasih berbahasa Arab, serta mulut mereka selalu berkata “Ikutlah Al Qur’an dan As Sunnah” akan memanggil-manggil manusia untuk masuk dan mengikut jamaah mereka. Dari kejauhan, manusia tidak akan mampu mengenal mereka adalah syaitan, namun Rasulullah dan sahabat telah memberi kaedah untuk menilaunya. Kaedah yang diambil dari sebuah hadith:

“Sesungguhnya para ulama itu adalah pewaris para Nabi. Dan para Nabi itu tidaklah mewariskan dinar mahu pun dirham. Namun, mereka mewariskan ilmu. Maka, sesiapa yang mengambil ilmu tersebut, benar-benar dia telah mendapat bahagian yang sangat besar.” (HR Abu Daud – shahih)

Maka ulama itu adalah seseorang yang mewarisi ilmu Nabi.  Kaedah untuk mengenal mereka cukup mudah. Tetapi ini hanya mampu dilakukan oleh orang yang berusaha menuntut ilmu dan ikhlas semata-mata.

Memperjuangkan Aqidah Shahih Dan Melawan Syirik

Lantas pertama yang Nabi perjuangkan adalah aqidah yang shahih, serta meruntuhkan kesyirikan dan thaghut. Kemudian menegakkan ibadah sesuai dengan tuntunan sunnah baginda. Kerana itu Ibn Abbas berkata:

“Syarat bagi seseorang untuk dikatakan sebagai alim tentang Allah yang Maha Pengasih di antara hamba-hamba-Nya adalah tidak mensyirikkan Allah, menghalalkan dan mengharamkan sebagaimana yang ditetapkan Allah, menjaga dan memelihara tuntutan dan kehendak Allah, meyakini bahawa Allah akan menemuinya dan menghisap amal perbuatannya.” (Tafsir Ibnu Katsir)

Maka apakah para ulama’ yang dita sanjung tersebut menjadikan aqidah Salaf dan kesyirikan sebagai asas perjuangan mereka? Cubalah lihat apa yang mereka tekankan setiap kali kuliah atau penulisan mereka. Dan lihat pula kepada kawasan mereka tinggal; apakah masih wujud kesyirikan sedangkan kehadiran dia dialukan dan dia sering berceramah di kawasan tersebut?

Sila lihat di Pendang ketika Ustaz Fadhil Noor masih hidup. Ketika PAS selalu melakukan ceramah di Kedah, malah sehingga PAS menguasi negeri tersebut, apakah masih wujud kedai-kedai menggantungkan gambar hitam-putih di dinding sebagai “pelaris”? Apakah masih wujud majlis korban. Tawas, jamuan makan, yasinan, dan minta hajat di Maqam Maharaja Qadi di Jitra?

Begitu juga didapati bahawa kesyirikan tidak pernah menjadi isu utama kepada Pas sebaliknya yang menjadi matlamat PAS adalahn politik. Walhal Nabi tidak pernah menjadikan politik sebagai asas perjuangannya. Aseluruh Nabi hanya menjadikan aqidah yang shahih sebagai asas perjuangan.

Ulama’ Hanya Berfatwa Berdasarkan Al Qur’an, Sunnah Dan Pemahaman Sahabat

Setelah itu, para ulama’ adalah mereka yang hanya menggunakan Al Qur’an dan As Sunnah sebagai hujjah yang kemudian kedua sumber ini difahami dengan pemahaman para sahabat, bukannya emosi, prarasa dan akal mereka. Jauh sekali ilmu kalam dan filsafat. Imam Syafi’i menyatakan: “Jika datang sebuah perkara yang musykil (rumit), jangan mengajak musyawarah kecuali orang yang terpercaya dan berilmu tentang al Kitab dan Sunnah, ucapan para shahabat, pendapat para ulama’, qiyas dan bahasa Arab. (Jami’ Bayanil ‘Ilm)

Kemudian Ibnu Qayyim menegaskan kambali apa yang dinyatakan oleh Sang Naisirus Sunnah dengan katanya: “Ilmu adalah perkataan Allah, perkataan Rasul-Nya, perkataan para shahabat yang tiada menyelisihi akal sihat.” (Al Haqidatusy-Syar’iyah)

Imam Syafi’i mengatakan tentang mengikut pemahaman sahabat: “Mereka (para shahabat) di atas kita dalam segala ilmu, ijtihad, wara’ (sikap hati-hati), akal dan pada perkara yang mendatangkan ilmu atau diambil darinya ilmu. Pendapat mereka lebih terpuji dan lebih utama buat kita dari pendapat kita sendiri -wallahu a’lam- … Demikian kami katakan. Jika mereka bersepakat, kami mengambil kesepakatan mereka. Jika seorang dari mereka memiliki sebuah pendapat yang tidak diselisihi yang lain maka kita mengambil pendapatnya dan jika mereka berbeza pendapat maka kami mengambil sebahagian pendapat mereka. Kami tidak akan keluar dari pendapat mereka secara keseluruhan.” [Al-Madkhal Ilas Sunan Al-Kubra: 110 dari Intishar li Ahlil Hadits: 78]

Hakikat akal itu harus difahami sebagai alat untuk berfikir, bukannya sebagai hujjah. Ali bin Abi Thalib berkata: “Seandainya agama ini dengan akal maka tentunya bahagian bawah khuf (seperti stokin yang terbuat dari kulit) lebih utama untuk diusap (pada saat berwudu’) daripada bahagian atasnya. Dan sungguh aku melihat Rasulullah saw mengusap bahagian atas khuf-nya”. (HR Abu Dawud – shahih).

Lalu cubalah lihat bagaimana PAS menjawab persoalan seperti kewajiban mengikuti jama’ah kaum Muslimin, berasatu pada penguasa Muslim, memberi wala’ kepada penguasa Muslim, menasihati penguasa Muslin secara sirr. Lantas mengapa mereka menggunakan akal dan “kondisi” sehingga  meninggalkan hadith?

Tidak Berguru Dengan Ahli Bid’ah

Setelah itu, mereka tidak bergaul dan belajar dari ahlil bid’ah. Mereka tidak menyokong ahli bid’ah walaupun ahli bid’ah itu banyak dan berkuasa. Imam Adz-Dzahabi berkata: “Saya membaca tulisan Syaikh Muwaffaquddin (Ibnu Qudamah), beliau berkata: ‘Saya dan saudaraku, Abu Umar mengikuti pengajian yang diajarkan oleh Ibnu Abi Ashrun, namun akhirnya kami tidak mengikuti pelajarannya lagi. Lalu saya mendengar saudaraku berkata: ‘Setelah itu saya menemuinya, dan dia (Ibnu Abi Ashrun) berkata: ‘Kenapa kalian tidak lagi mengikuti pelajaranku?’ Saya (Abu Umar) jawab: ‘Sesungguhnya kami dengar orang ramai berkata bahawa engkau adalah seorang Asy’ari’. Maka dia berkata: ‘Demi Allah, saya bukan orang Asy’ari’. Begitulah ceritanya”.

Lihatlah bagaimana Ibnu Qudamah yang sangat terkenal dalam dunia Islam sebagai ulama’ Ahlus Sunnah yang mu’tabar, meninggalkan seorang guru apabila dia disangkakan sebagai Asya’irah, walhal  Ibnu Abi Ashrun bukanlah Asya’irah dan beliau menafikannya dengan tegas. Lalu sekiranya telah nyata seseorang itu pengikut sebuah mazhab yang selain Salaf, pasti lebih wajib untuk ditinggalkan.

Lantas bagaimana pula jika seseorang yang dikatakan sebagai ulama’ duduk bersimpuh dan bersama-sama dengan kelompok sesat dalam memperjuangkan Islam? Hanbal bin Ishaq berkata: “Aku mendengar Abu Abdillah (Imam Ahmad) berkata, ‘Ahli bid’ah, janganlah bagi seseorang bermajlis dengan mereka, jangan bercampur dengan mereka dan jangan pula bermanis-manis muka dengan mereka.” (Al-Ibanah karya Imam Ibnu Baththah).

Oleh itu, bagaimana dengan kerjasama PAS dengan Iran dan Syiah serta rombongan yang dilakukan ke Tehran? Bagaimana pula dengan sumbangan yang disampaikan oleh PAS kepada Hizbullah? Sedangkan mereka ini adalah Syiah Imam 12 yang sesat, malah ada ulama’ yang mengkafirkan mereka?

Begitu juga bagaimana dengan pengaruh Syiah dalam PAS sehingga hal ini diakui oleh beberapa tokoh PAS sendiri? Bagaimana PAS boleh menggelar mereka sebagai ulama’ walhal Syiah bergumpal dalam jasad mereka? Begitu juga kerjasama dan sanjungan PAS kepada Ikhwanul Muslinin telah terang benderang?

Masalah Ikhawnul Muslimin (IM) ini panjang, namun cukup dinyatakan bahawa mereka (IM) adalah mazhab sesat yang dinyatakan oleh para ulama’ Ahlus Sunnah. Malah IM adalah sekutu Syiah.

Oleh itu, apabila meninggalkan ahli bid’ah dan hanya berguru kepada Ahlus Sunnah, maka mereka akan memperoleh ilmu yang shahih, sehingga meerka dapat membezakan antara haq dan batil. Demikian juga bahawa mereka memiliki sanad yang bersanbung terus kepada Ahlus Sunnah sebelumnya. Sehinggakan kita mampu mengenali siapakah guru mereka dan kitab apakah yang telah mereka pelajari dari guru mereka tersebut.

Bersambung

Sundal Agama : Mengajak Semua Fiqrah Bergabung Sama

Mac 29, 2011

Makna Sundal

Wanita sundal itu adalah yang rela dirinya disetubuhi oleh semua lelaki. Kemudian dia berasa nikmat dan seronok untuk berbuat lagi. Lantas dia menyeru kepada lelaki lain yang lalu dihadapannya: “Kemarilah dan bersatulah kita kerna tuhan telah jadikan kita untuk bersama”.

Setelah selesai dari menyeru dan berbuat keji, maka dia beranggapan bahawa inilah jalan yang mulia dan memenuhi makna hidup. Dia beriman dan memperjuangkan kerjanya itu. Justeru, cukuplah dinisbatkan “sundal” kepada dirinya.

Begitu juga ketika ada dari Umat Islam ini yang beriman dan berusaha untuk menyatukan seluruh fikrah dan firqah agar bergabung dan berkerjasama – duduk dalam sebuah jamaah atau partai. Lalu dengan harapan Islam akan menjadi mulia dan unggul seperti dahulu kala. Mereka berkata “apa yang diperselisihkan, jangan diperbincangkan tapi kita berkerjasama atas dasar yang disepakati”.

Maka bergulatlah Syiah yang mengatakan Ummul Mu’minin A’isyah itu pelacur dan seluruh sahabat itu munafik melainkan 4 orang sahaja, si Khawarij yang beriman bahawa penguasa Muslim yang tidak melaksanakan hudud adalah kafir dan wajib dicopot kekuasaannya, Qadariyah yang tidak mempercayai Allah itu menetapkan taqdir atas umatnya, Jahmiyah yang menafikan sifat Allah, Murjiah yang percaya bahawa seorang pembunuh itu digerakkan oleh Allah, Ahbash yang mengkafirkan seluruh ulama ahlus sunnah, dan quraniyun yang mengatakan bahawa menjadi kafir tatkala kita menggunakan hadith.

Seandainya kita membenarkan mereka bergabung dan bermuafakat dengan mereka, ibarat kata pujangga “bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat” maka jadilah kita penyundal agama. Kita lacurkan agama kita kepada ahli bid’ah sehingga mereka merobek kesucian Islam.

 

Perpecahan Sudah Di Janjikan

Padahal perpecahan dalam jasad agama samawi telahpun dijanjikan malah telah berlaku sebelum kehadiran Nabi Muhammad saw. Berlaku perpecahan dalam agama Nabi Musa dan seterusnya berlaku pada agama Nabi Isa. Lantas Allah menjanjikan pula kepada Nabi Muhammad saw.

“Terpecah umat Yahudi menjadi 71 golongan, terpecah umat Nashrani menjadi 72 golongan, sedangkan umat Islam akan terpecah menjadi 73  golongan” Hadits ini masyhur, diriwayatkan oleh sejumlah banyak Shahabat, dikeluarkan oleh imam-imam yang adil, yang hafal hadith seperti Imam Ahmad, Abu Dawud, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, al-Hakim, Ibnu Hibban, Abu Ya’la al-Muushili, Ibnu Abi ‘Ashim, Ibnu Bathah, al-Ajiri, ad-Darimi, dan al-Lalikai. Juga dishahihkan oleh sejumlah besar ahlul ilmu, seperti at-Tirmidzi, al-Hakim, adz-Dzahabi, as-Suyuti, dan asy-Syatibi.

Begitu jugaRasulullah memperingatkan kepada umatnya bahawa kaum Muslimin akan berpecah seperi umat terdahulu. Apa yang dilakukan oleh umat terdahulu, pasti akan ada dari umat ini yang menurutinya. Apa yang terjadi kepada umat terdahulu, pasti ia akan terjadi pula kepada kita. “Kalian pasti akan mengikuti jejak orang-orang yang sebelummu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, dan seandainya mereka memasuki lubang biawak, kamu pasti akan mengikutinya” Kami bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah mereka orang Yahudi dan Nashrani?” Rasulullah menjawab: “Siapa lagi (kalau bukan mereka)?” [HR. al-Bukhari, Fathul Bari: 13/300, Muslim hadits nomor 2669, hadits shahih]

Dari Abu Amir Abdullah bin Luhai, dari Mu’awiyah bin Abi Sufyan, bahwasanya dia (Mu’awiyah) pernah berdiri dihadapan kami, lalu ia berkata : Ketahuilah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah berdiri di hadapan kami, ke…mudian beliau bersabda : Ketahuilah sesungguhnya orang-orang sebelum kami dari ahli kitab (Yahudi dan Nashrani) terpecah menjadi 72  golongan, dan sesungguhnya umat ini akan terpecah menjadi 73  golongan. (Adapun) yang 72 akan masuk neraka dan satu golongan akan masuk surga, iaitu “Al-Jama’ah”. Hadith ini asalnya hasan kerana ada rawi bernama Azhar bin Abdullah, tetapi hadits ini menjadi sahih dengan syawahid.

Oleh yang demikian, tiada seorang pun dari manusia yang beriman lagi berakal mampu untuk menafikan perpecahan yang berlaku dalam umat ini. Demi Allah! Tidak ada seorang manusia pun walau dia sehebat Fir’aun dan Namrud yang mampu untuk menyatupadukan umat ini kerana perpecahan adalah janji sang pencipta – Azzawajalla.

 

Lantas Apakah Makna Perintah Untuk Bersatu?

Sekiranya usaha untuk bersatu selagi umat itu bernama Muslim dan bersyahadah, sebagai sebuah upaya sia-sia, lantas apa gerangan ayat Tuhan yang berisi ajakan bersatupadu dan jangan bercerai berai?

Allah berfirman dalam Kitab Al Qur’an bahawa:

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk”. (al-Imran : 103)

Begitu juga ketika Allah berfirman pada ayat seterusnya:

“Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka Itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat”. (Ali Imran:105)

Lantas dalam surat yang lain Allah berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang yang memecah belah agama-Nya dan mereka menjadi bergolongan, tidak ada sedikitpun tanggung jawabmu kepada mereka”. (Al-An’am:159)

Inilah yang menjadi persoalan, apakah makna untuk bergabung padahal umat tidak mampu untuk menjelmakannya? Sepertinya Allah itu menyuruh umat ini berbuat sesuatu yang tidak mampu mereka lakukan? Atau tanggapan “upaya menggabungkan umat pada satu persatuan adalah pekerjaan sia-sia” merupakan sebuah ijtihad batil dan serampangan?

Lantas atas dasar inilah Ikhwanul Muslimin merangka kerja mereka: bergabung dalam sebuah jamaah tanpa mengira fiqrah dan firqah, selagimana mereka semua bersyahadah dan beriman kepada Allah Rabbul Jalil. Hasan Al Bana berkata : “Dakwah Ikhwanul Muslimin tidaklah ditujukan untuk melawan satu aqidah, agama, ataupun golongan, karena faktor pendorong perasaan jiwa para pengemban dakwah jama’ah ini adalah berkeyakinan fundamental bahawa semua agama samawi berhadapan dengan musuh yang sama, iaitu atheisme”. (Qafilah Al-Ikhwan oleh Abbas As-Siisi)

Abbas As Siisi adalah pengemban da’wah Ikhwanul Muslimin generasi awal, malah beliau berbai’at dengan Hassan Al Banna dan berjuang bersama-sama Hasan Al Banna. Sehinggakan ketika beliau wafat, jenazahnya disolatkan oleh Mursyid Am Muhammad Mahdi Akif. Pasti beliau sangat mengenali Hasan Al Banna sehingga kitab beliau ini tidak pernah dibantah dan didustakan.

Begitu juga Hasan Al-Banna pernah berkata:  “Sesungguhnya permusuhan kita dnegan Yahudi bukanlah karena agama, karena Al-Qur’an Al-Karim menganjurkan untuk bersahabat dan berteman dengan mereka.” [Ikhwanul Muslimin Ahdasun Suna’ati Tarikh karya Mahmud Abdul Karim]

Bagi mengukuhkan hujjah mereka, dibawakan beberapa hadith tentang perpaduan dan sikap seorang mukmin terhadap mukmin yang lainnya.

“Perumpamaan orang-orang beriman dalam hal bagaimana mereka saling mencintai, saling mengasihi dan saling menyayangi adalah seperti satu tubuh. Apabila ada sebagian dari tubuhnya sedang sakit, maka bagian tubuh yang lain turut merasakannya, sehingga membuatnya tidak bisa tidur dan demam”. (H R Muslim)

Begitu juga dengan hadith ini:

“Seorang mukmin bagi mukmin yang lain ibarat satu bangunan yang saling menguatkan antara satu dengan yang lainnya”. (H R Bukhari dan Muslim)

Maka berdasarkan ayat-ayat dan hadith-hadith ini, menjadi kewajiban kepada umat Islam agar bersatupadu tanpa mengira mazhab dan pemikiran. Kerana berpecahbelah itu dilaknat dan diancam oleh Tuhan.

 

Tali Allah

Sabar Ikhwanul Muslimin dan orang-orang yang sama pemikiran dengannya! Apakah pemikiran ini benar dan pernah dianut oleh generasi Salaf As Soleh? Apakah hujjah yang kalian pakai absah dan benar pemahamannya? Dan apakah tiada ayat dan hadith yang menunjukkan kebalikan dari pemahaman kalian?

Kita cermati setiap hujjah kalian terlebih dahulu sebelum kami membawakan hujjah kami. Kita melihat tafsir ayat 103 pada Surat Ali Imran. Dengan tegas Allah mewajibkan setiap jiwa agar tetap berpegang teguh dengan Tali Allah. Mengindikasikan bahawa seluruh umat ini wajib untuk tetap bersama-sama Tali Allah dan jangan menyelisihinya. Sekiranya kita menyelisihi Tali Allah maka kita akan menjadi berpuak-puak dan bercerai-berai. Maka hukum menyelisihi Tali Allah itu berupa sebuah keharaman dan kejahatan. Sehingga jika tidak ada yang menyelisihi Tali Allah maka tiada pula perpecahan dan cerai berai.

Ibn Katsir berkata dalam Tafsirnya: “Allah telah memerintahkan kepada mereka utk bersatu dan melarang mereka dari perpecahan. Dalam banyak hadits juga terdapat larangan dari perpecahan dan perintah utk bersatu dan berkumpul.”

Oleh itu, dalam Tafsir Ibn Katsir, dinyatakan bahawa Tali Allah adalah Al Qur’an. Abdullah bin Mas’ud ra berkata : “Sesungguhnya jalan ini di hadiri oleh para setan yang menyeru : “Wahai hamba Allah, mari kesini! Ini adalah jalan (yang lurus)”, untuk menghalangi mereka dari jalan Allah. Maka berpegang teguhlah dengan tali Allah, karena sesungguhnya tali Allah itu adalah Kitabullah”. (Tafsir Ibn Jarir At Thabari)

Ima Tabari  meriwayatkan hadits ‘Athiyyah bin Abi Sa’id, bahwasannya Rasulullah shallallahu alaihi wa salam bersabda: “Kitab Allah itu adalah tali Allah yang di ulurkan dari langit ke bumi” (Tafsir Ibnu Katsir I/388-389)

Malah Tali Allah itu juga adalah Al Qur’an dan As Sunnah, kerana apabila mengikut Al Qur’an pastu secara otomitasnya akan mengikuti As Sunnah. Ini dikuatkan lagi oleh hadith Nabi:

“Aku tinggalkan sesuatu untuk kalian. Bila kalian berpegang teguh dengannya maka kalian tidak akan tersesat selamanya, iaitu Kitabullah dan Sunnahku.” (H R. Imam Malik, Al-Hakim)

Setelah itu dapat kita pahamai bahawa perintah untuk berpegang kepada Tali Allah adalah sebuah suruhan agar tetap berdiri teguh kepada Al Qur’an dan As Sunnah, tanpa meninggalkanya walaupun sedikit, ibarat seorang yang sedang bergayut dengan memegang kepada seutas tali, maka jika dia melepaskan satu jari, pasti lama kelamaan dia akan melurut jatuh.

Kerana itu, ayat ini bukan menjadi hujjah bagi seluruh manusia betgabung tanpa mengira fikrah, malah ia sendiri adalah sebuah hujjah pemungkas kepada ahlul bid’ah agar mereka meninggalkan bid’ah mereka dan kembali kepadaa pangkuan ahlus sunnah. Ini dijelaskan lagi dengan sabda Nabi:

“Sesungguhnya barang siapa yang masih hidup sepeninggalku nanti, dia akan melihat perbedaan prinsip yang banyak sekali, untuk itu wajib bagi kalian mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafaur Rasyidin yang mendapat petunjuk, peganglah erat-erat dan gigitlah dengan gigi geraham dan jauhilah perkara baru dalam agama, karena setiap perkara baru dalam agama itu bid’ah dan setiap bidah itu sesat.” (HR. Abu Daud dan Tirmidzi)

Maka perintah bergabung dengan ahlul bid’ah tidak pernah wujud dalam Agama Islam! Sesiapa yang mengatakan ada, maka dia berdusta. Lihatlah kepada ayat seterusnya:

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung”. (ali Imran : 104)

Oleh kerana Allah telah menetapkan bahawa umat ini akan berpecah lantaran kedegilan mereka dari berpegang-teguh dengan Al Kitab dan As Sunnah, maka Allah memerintahkan Ahlus Sunnah untuk tetap berda’wah kepada umat. Itulah sekelompok kecil umat manusia yang mereka tetap tidak melakukan bid’ah dan meniti pada jejak salaf.

Ibnu Baththah menerangkan sebab bersatunya kalimat salaf : “Terus-menerus generasi pertama umat ini diatas (jalan) ini semua, (yakni) di atas persatuan hati dan kecocokan madzhab. Kitabullah (Al-Qur’an) sebagai penjaga mereka, sunnahnya Rasulullah sebagai imam mereka. Mereka tidak menggunakan pendapat-pendapat mereka dan tidak tergiur dengan hawa nafsu mereka. Maka terus-menerus manusia dalam keadaan demikian, hati-hati mereka terjaga dengan penjagaan Tuhan mereka, dan jiwa-jiwa mereka tertahan dari hawa nafsu dengan pertolongan Tuhannya.” (lihat Kitab Al-Ibanah 1/237).

Kemudian setelah Ahlus Sunnah menerangkan kebenaran kepada umat manusia, maka Allah membri peringatan kepada manusia dengan berkata:

“Dan janganlah kamu menyerupai orang yang bercerai berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat” (ali Imran : 105)

Ini sebagai peringatan kepada manusia agar mereka kembali kepada Ahlus Sunnah, meninggalkan kebid’ahan mereka dan bergabung bersama Ahlu Sunnah. Sekiranya mereka ingkar, maka Allah akan menimpakan azab yang pedih atas mereka.

Justeru, persatuan itu bukannya bersama-sama dengan semua fiqrah sebaliknya adalah bersatu dengan kebenaran. Inilah yang dinamakan sebagai persatuan dan perpaduan. Bukan seperti yang difahami oleh orang awam iaitu berkumpulnya seluruh manusia dalam sebuah persatuan.

 

Perpaduan Adalah Al Jama’ah, Bukannya Bersatu Pada Sebuah Kesatuan Manusia

Justeru Jama’ah atau perpaduan itu adalah Kebenaran. Bukannya bersatu seluruh umat dalam sebuah kesatuan. Menurut Ibnu Mas’ud, yang dimaksud “tali Allah” adalah Al-Jama’ah sementara Imam Al-Qurthubi menyatakan, sesungguhnya Allah memerintahkan supaya bersatu padu dan melarang berpecah belah, karena perpecahan itu adalah kerusakan dan persatuan (Al-Jama’ah) itu adalah keselamatan. (Tafsir Qurthubi IV/159)

Ini bersumber dari hadith Nabi: “Tetaplah kamu pada Jama’ah Muslimin dan Imam mereka” (Muttafaq alaih dari Hudzaifah bin Yaman)

Nabi juga berkata: “Al-Jamaah: Iaitu yang serupa dengan apa yang ada pada diriku dan para sahabatku”.[Lihat: تحفة الاحوذى 7/399-340. Berkata Turmizi: Hadis ini hasan dan gharib. ]

Lantaran itu Ibnu Mas’ud berkata: “Al-Jama’ah adalah sesuatu yang menetapi al-haq walaupun engkau seorang diri” (Al-Lalaka’I dalam As-Sunnah; Ibnul Qoyyim Al-Jauziyyah dalam Ighatsul Lahfan 1/70).

Beliau menggambarkan bahawa Perpaduan adalah bersatunya seorang mansia kepada Tali Allah walaupun dia seorang diri, bukannya perpaduan adalah bersatunya seluruh manusia sesama mereka.

Sekiranya perpaduan adalah bergabung semua manusia, lantas bagaimana kita mahu letak perkataan Ibn Mas’ud yang menetapkan bahawa perpaduan adalah menggabungkan diri dengan HAQ walau bersendirian?

Fudhail Bin Iyad berkata: “Barangsiapa menikahkan saudara perempuannya dengan ahlul bidah, maka berarti dia telah memutuskan silaturahim dengannya dan barangsiapa duduk bersama ahlul bidah, maka ia tidak diberi hikmah. Dan apabila Allah Yang Maha Mulia mengetahui dari seorang lelaki bahwa dia membenci ahlul bidah maka aku berharap Allah akan mengampuni dosanya. Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda yang artinya : Seseorang itu di atas agama orang yang dicintainya, maka hendaklah setiap orang dari kalian melihat siapa yang menjadi kekasihnya”.

Lihat bagaimana Tabi’in memahami bahawa perpaduan bukanlah bergabung bersama seluruh manusia, melainkan menggabungkan diri kepada Tali Allah.

Ini harus dipahami wahai Ikhwanul Muslimin dan orang yang sepaham denganmu, bahawa persatuan yang Allah kehendaki adalah manusia bersatu dengan Tali-Nya, bukan manusia bersatu sesama mereka. Maka ketika kita kembalikan pemahaman ini – perpaduan adalah menyatukan diri dengan HAQ walau sendirian – kepada ayat Ali Imran tadi, maka kita akan melihat bahawa perintah untuk berpegangteguh dengan Manhaj Salaf  berupa sebuah proses perpaduan, dan juga ayat ini tidak menjadi hujjah untuk memanggil semua manusia agar berkerjasama.

Inilah yang dijelaskan oleh Rasulullah saw ketika baginda mentafsir Kalam Allah:  “Dan sesungguhnya, inilah jalanku yang lurus, maka ikutilah jalan itu, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan lain, maka jalan-jalan tersebut akan memisahkan kamu dari jalan-Nya” [Al-An’am: 153]

“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam menggaris garisan lurus dengan tangannya lalu menggaris garis-garis di sebelah kanan dan kiri kemudian membaca ayat: (Inilah jalanKu yang lurus) [Al-An’am: 153] kemudian meletakkan tangannya di atas jalan yang lurus dan bersabda: Inilah jalan Allah. Dan yang ini adalah jalan-jalan, tiada satu jalanpun melainkan di atasnya ada syaitan yang menyeru kepadanya” (H R Nasaii dan Darimi)

Oleh itu, Rasulullah menjelaskan bahawa setiap jalan yang menyesatkan itu ada syaitan dan setiap syaitan ini akan menyeru “Kemarilah, inilah jalan yang benar”. Lantas banyaklah manusia yang tersesat dan menyelisihi Sunnah. Ketika itulah Ahlus Sunnah akan datang kepada mereka dan mengajak mereka kembali kepada jalan yang lurus. Hasilnya ada yang menurut dan banyak pula yang menentang.

Bagi yang menentang, Allah telah janjikan bahawa mereka akan terus sesat tanpa penghujungnya: “Dan barangsiapa yang menentang Rasul Allah sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang mukmin, Kami (Allah) biarkan ia berkuasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu, dan Kami masukkan ia ke dalam neraka Jahannam. Dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali” [QS. An-Nisaa: 115]

Kemudian Rasulullah menjelaskan bahawa orang yang mengingkari Rasul untuk bersama dengan al Jamaah, harus ditentang:

“Tidak halal darah seorang Muslim yang bersaksi bahawa Tidak ada ilah (yang patut disembah) kecuali Allah dan bersaksi bahwa saya (Muhammad) itu Rasul Allah, kecuali dengan salah satu dari tiga hal: seorang yang sudah menikah berzina, orang yang membunuh jiwa, dan meninggalkan agamanya yaitu meninggalkan jama’ah” [Hadits muttafaq’alaih, al-Bukhari dan  Muslim]

Lantas, bagaimana mahu bergabung dengan ahlul bid’ah jika Rasulullah saw membenarkan kita memancung mereka? Fikirkanlah wahai tuan-tuan yang bijaksana.

Imam Bukhari meriwayatkan dalam Shahihnya hadits yang panjang dari sahabat Hudzaifah. (Dalam hadits itu ia berkata,) “Apa yang harus kulakukan bila menjumpai hal itu?” Rasul menjawab, “Engkau tetap komitmen dengan jamaah muslimin dan penguasanya / imamnya”. “Bila tidak ada jamaah dan imamnya,” lanjut Hudzaifah. Rasul menjawab, “Engkau jauhi semua firqoh-firqoh walau harus menggigit akar pohon sampai engkau mati engkau tetap seperti itu.”


Allah Memerintahkan Ahlus Sunnah Menjauhi Ahlul Bid’ah

Keyakinin ini dijelaskan oleh Allah sendiri dalam Kitab Suci, pada banyak ayat, sehinggakan makna yang diinginkan oleh para Ahlul Bid’ah itu terbatal. Malah ayat-ayat yang mereka jadikan sandaran sebenarnya menjelaskan perintah larangan dari menyelisihi Tali Allah iaitu mazhab Salaf.

[1]

“Dan apabila kamu melihat orang-orang memperolok-olokkan ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan pembicaraan yang lain. Dan jika syaitan menjadikan kamu lupa (akan larangan ini), maka janganlah kamu duduk bersama orang-orang yang zalim itu sesudah teringat (akan larangan itu)” (Al An’am : 68)

Imam Qurtubi berkata: “Dalam ayat ini terdapat bantahan dari Kitabullah Azzawajalla terhadap orang yang mendakwa bahawa pemimpin mereka sebagai dalil hujjah dan pengikut-pengikut mereka memiliki hak untuk bergaul dengan orang-orang fasik dan membenarkan pendapat mereka sebagai bentuk taqiyah” (Tafsir Al Qurtubi)

Imam At Thabari berkata pula menyebutkan dari Abu Ja’far: “Janganlah kalian duduk bersama ahli debat kerana mereka suka memperolok ayat Allah”. (Tafsir At Thabari)

Ibn Khuwaiz Mindad berkata: “Barangsiapa yang suka memperolok-olok ayat Allah maka tidak boleh duduk bersama mereka dan wajib dipulau, sama ada dia orang beriman atau kafir”. Kemudian dalam kesempatan lain, beliau berkata: “Demikian pula para penganut mazhab, kami melarang untuk memasuki daerah musuh dan gereja mereka, jual beli dan duduk bersama orang kafir dan ahli bid’ah, tidak mencintai mereka, tidak mendengar perkataan dan perdebatan mereka”.

Sementara itu Imam As Syaukani berkata: “Dalam ayat ini terdapat nasihat yang sangat berguna bagi orang yang bertoleransi dengan duduk bersama ahlul bid’ah, yang mengubah Kalamullah, mempermainkan Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya. Mereka mengembalikan itu semua kepada nafsu mereka yang menyesatkan dan kebid’ahan mereka yang rosak … orang yang mengenal syariat suci ini dengan baik akan mengetahui bahawa duduk bersama ahlul bid’ah akan menimbulkan kerosakan yang berlipat kali ganda daripada duduk bersama orang yang bermaksiat kepada Allah dengan melakukan perbuatan haram” (Fathul Qadir)

[2]

“Dan sungguh Allah telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam Al-Qur’an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam”. (An Nisa : 140)

Imam Adh Dhakhak berkata: “termasuk dalam ayat ini adalah orang yang membuat perkara baharu dalam urusan agama disebut sebagai mubtadi’ hingga kiamat”.

Imam Al Qurtubi berkata dalam tafsirnya: “Sudah berlalu penjelasan dalam An Nisa dan ayat ini (al An’am : 153) melarang untuk duduk dengan ahlul bid’ah dan ahlul ahwa. Dan orang yang duduk bersama mereka dihukum sama seperti mereka … pendapat ini dikatakan oleh sebahagian besar imam umat ini, mereka menetapkan konsekuansi ayat-ayat ini adalah larangan bergaul dengan ahlul bid’ah, berjenaka dan berbaur dengan mereka. Diantara mereka adalah Imam Ahmad Bin Hanbal, Al Auza’i dan Ibn Mubarak. Mereka berkata tentang seseorang yang bergaul dengan ahli Bid’ah: ‘Dilarang untuk duduk bersama mereka, jika dia telah tahu larangan tersebut, dan jika dia tidak mahu meninggalkan ahli bid’ah maka dia dihukum sama seperti mereka”.

[3]

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan”. (Huud : 113)

Imam Al Qurtubi berkata: Makna yang sohih dari ayat ini adalah bahawa ia menunjukkan pensyariatan untuk memulau orang kafir, para pelaku maksiat, kalangan ahli bid’ah dan selain mereka”.

[4]

“Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Meraka itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukan-Nya mereka ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha terhadap mereka, dan merekapun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya hizbullah itu adalah golongan yang beruntung” (Al Mujaadilah : 22)

Imam Malik menggunakan ayat ini sebagai dalil memusihi Kaum Qadariyah. Imam Al Qurtubi berkata sedemikian dalam Tafsirnya. Asyhab berkata Imam Malik berkata: “Jangan kalian bergaul dengan Qadariyah dan musuhilah mereka kerana Allah berfirman (surah Al Mujaadilah : 22)”

 

Rasulullah Menyuruh Ahlus Sunnah Menjauhi Ahlul Bid’ah

Terdapat sekian banyak dalil dari Rasulullah saw tentang menjauhi dan memulau Ahlul Bid’ah. Sehingga masalah ini menjadi maklum dikalangan ahlus sunnah. Yang tidak tahu itu hanyalah orang yang malas mebajar dan tidak mahu mengenali sunnah Rasulullah saw.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadith: “Akan datang di masa hadapan kepada umatku, manusia berbicara kepada kalian dengan sesuatu yang tidak pernah didengar oleh kalian dan juga orang tua kalian, maka JAUHILAH mereka dan mewaspadailah mereka dari kalian”

Dalam hadith ini dengan tegas dan jelas mewajibkan kita agar menjauhi ahlul bid’ah. Maka jika diperintah untuk menjauh, bagaimana mahu bersama dan berpadu? bukankah itu seperti dua hal yang saling bertentangan iaitu anatar perintah untuk bersatu dan larangan untuk mendekat?

Rasul saw bersabda tentang kaum Qadariyah: “Pada setiap umat akan ada Majusi dan Majusi umat ini adalah orang yang berkata ‘Tidak ada taqdir’. Apabila mereka sakit maka janganlah kalian menjengoknya dan apabila mereka mati maka janganlah kalian mengunjunginya” (H R Ahmad, At Thabari dan Al Hakim)

Begitu juga Rasul saw melarang kita dari menjengok ahlul bid’ah yang sakit atau yang meninggal. Maka jika sakit sahaja tidak boleh datang menjengok, lantas bagaimana jika ahlul bid’ah itu sebagr bugar? Apakah ketika segar bukar kita bisa bermesyuarat dan bergabung bersama mereka namun ketika mereka sakit dan mati, maka kita tiharamkan datang kepada mereka? Pasti ketika mereka sihat lagi dilarang keras.

Seterusnya Rasulullah bersabda:

“Tidaklah setiap Nabi diutus oleh Allah pada umat sebelum kamu melainkan mereka memiliki hawariyyun (pembela) dari umatnya. Dan sahabat-sahabat yang mereka mengambil sunnah-sunnah nya dan mengikuti perintahnya. Lalu datanglah orang setelah mereka yang mengatakan apa yang tidak mereka (sahabat) kenali dan mengajak apa-apa yang tidak diperintahkan. Maka barangsiapa yang memerangi mereka dengan hatinya, bererti dia mukmin dan tidak ada setelah itu (memerangi dengan hati) makna keimanan sedikitpun” (H R Muslim)

Apakah makna hadith ini bahawa kita – Ahlus Sunnah – diperintah menjadi munafik dengan menyimpulkan sekuntum senyuman di bibir namun di hati menyimpan rasa benci? Demi Allah, seorang Ahlus Sunnah itu bukan munafik! Maka dalam hadith ini Rasulullah menggambarkan selemah-lemah iman bagi Ahlus Sunnah iaitu membenci ahlul bid’ah dengan hati mereka. Maka jika seorang ahlus sunnah itu tebal imannya, pasti dia akan memulau ahlul bid’ah.

Begitu juga hadith-hadith seputar kaum Khawarij:

“Sesungguhnya akan keluar dari keturunan orang ini satu kaum; yang membaca al-Qur’an, namun tidak melewati kerongkongannya. Mereka membunuh kaum muslimin dan membiarkan para penyembah berhala. Mereka akan keluar dari Islam ini sebagaimana keluarnya anak panah dari buruannya. Jika sekiranya aku menemui mereka, pasti aku bunuh mereka seperti terbunuhnya kaum ‘Aad. (H R Bukhari dan Muslim)

“Akan keluar di akhir zaman, suatu kaum yang masih muda umurnya, bodoh pemikirannya. Mereka berbicara seperti perkataan manusia yang paling baik. Keimanan mereka tidak melewati kerongkongannya, mereka keluar dari agama ini seperti keluarnya anak panah dari buruannya. Di mana saja kalian temui mereka, bunuhlah mereka. Sesungguhnya membunuh mereka akan mendapatkan pahala pada hari kiamat” . (H R. Muslim)

Diriwayatkan pula dari Sa’id bin Jamhan, beliau berkata: “Saya masuk menemui Ibnu Abi Aufa dalam keadaan beliau telah buta, aku berikan salam kepadanya. Ia pun menjawab salamku, kemudian bertanya: “Siapakah engkau ini?”. Aku menjawab: “Saya Sa’id bin Jamhan”. Dia bertanya lagi: “apa yang terjadi pada ayahmu?” Aku menjawab: “Dia dibunuh oleh sekte Azariqah”. Maka Ibnu Abi Aufa mengatakan tentang azariqah: “Semoga Allah memerangi Azariqah, sungguh Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam telah menyampaikan kepada kami: Ketahuilah bahwa mereka adalah anjing-anjing penduduk neraka”. Aku bertanya: “Apakah sekte azariqah saja atau seluruh khawarij?” Beliau menjawab: “Seluruh khawarij”. (As-Sunnah Ibnu Abi Ashim)

Lantas dengan meneliti hadith ini kita akan mengerti bahawa Rasulullah saw menyuruh kita memerangi kaum Khawarij malah diperintahkan untuk membunuh mereka. Lalu bagaimana kita bisa bersama-sama kaum Khawarij dan berteriak “Perpaduan itu diutamakan”.

 

Sahabat dan Kaum Salaf Memerangi Ahli Bid’ah

Telah menjadi ijma sahabat dan kaum salaf pada 3 kurun utama bahawa mereka memerangi dan memulau ahlul bid’ah.  Banyak ucapan dan penyaksian yang menyebut hal demikian.

Qadi Abu Ya’la berkata: “Para sahabat dan tabi’in telaj ijma untuk memutus hubungan dengan ahli bid’ah”.

Imam Al Baghawi berkata dalam kitab beliau: “Para sahabat, tabi’in dan orang yang mengikuti mereka serta ulama’ ahlus sunnah telah ijma untuk memusihi ahlul bid’ah dan memulau mereka” (Syarhus Sunnah)

Ibn Mas’ud berkata: “Barangsiapa yang berjumpa dengan zaman tersebut (dimana ahlul bid’ah berleluasa) maka hendaklah dia lari meninggalkan mereka”. Maka tabi’in bertanya: “Lari kemana?”. Maka Ibn Mas’ub menjawab: Tidak kemana-mana”, dan beliau menyambung lagi: “Lari dengan membawa hati (aqidah) dan agamanya dengan tidak bergaul dengan seorang pun dari ahlul bid’ah” (Syarah Ushul I’tiqad oleh Imam Al Laalika’i)

Fudhail Bin Iyad berkata: “Barangsiapa yang duduk bersama ahlul bid’ah maka hati-hatilah dia. Dan barangsiapa yang duduk dengan ahli bid’ah maka dia tidak akan mendapat pelajaran. Aku berharap ada tembok besi antara aku dan ahli bid’ah. Dan aku lebih rela makan bersama Yahudi dan Nasrani dari makan bersama ahli bid’ah” (Al Laalika’i dan Al Barbahari)

Beliau berkata lagi: “Aku berjumpa dengan generasi umat yang terbaik (iaitu sahabat), mereka semua adalah orang yang setia menegakkan sunnah dan mereka melarang dari bergaul dengan ahli bid’ah” (Al Laalika’i)

Ibn Abi Zur’ah meriwayatkan dari ayah beliau: “Sungguh aku melihat Shobigh Bin Asl di kota Basrah, dia seperti unta sakit yang mendatangi halaqah-halaqah. Setiap kali dia menghampiri sebuah majlis maka orang ramaipun berdiri dan meninggalkannya. Lalu apabila dia duduk bersama satu kaum yang tidak mengenalinya maka orang dari majlis lain akan berteriak: “Dia adalah musibahnya Amirul Mu’minin (UmarAl Khattab).

Abu Musa berkata: “Bertetangga dengan Yahudi dan Nashrani lebih aku sukai daripada bertetangga dengan pengekor hawa nafsu (ahli bid’ah) karena ini menyebabkan hatiku berpenyakit.” (Al Ibanah )

Abul Jauza berkata : “Seandainya tetanggaku kera dan babi itu lebih aku sukai daripada seorang dari ahli ahwa menjadi tetanggaku dan sungguh mereka termasuk yang disebut dalam ayat : Dan jika mereka bertemu kamu, mereka berkata : “Kami beriman.” Dan jika mereka menyendiri, mereka menggigit ujung jarinya lantaran marah dan benci kepadamu. Katakanlah : “Matilah kamu karena kemarahanmu itu.” Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala isi hati. ( Ali Imran : 119) (Al Ibanah)“

Al Awwam bin Hausyab berkata mengenai anaknya, Isa : “Demi Allah, sungguh jika aku lihat Isa duduk dengan tukang musik dan peminum khomr dan orang yang bicara sia-sia lebih aku sukai daripada aku melihatnya duduk dengan tukang debat ahli bid’ah.” (Al Bida’)

Yahya bin Ubaid berkata : Seorang Mu’tazili menemuiku ingin bicara. Lalu saya berdiri dan berkata : “Kamu yang pergi dari sini atau saya karena sesungguhnya saya berjalan dengan nashrani lebih saya sukai daripada berjalan  bersamamu.” (Al Bida’)

Sa’id bin Jubair berkata : “Seandainya anakku berteman dengan orang fasiq licik tapi sunniy lebih aku cintai daripada ia berteman dengan ahli ibadah namun mubtadi’.”(sy Syarhu wal Ibanah Ibnu Baththah)

Imam Al Barbahary berkata : “Jika kamu dapati seorang sunniy yang jelek thariqah dan madzhabnya, fasiq dan fajir (durhaka), ahli maksiat sesat namun ia berpegang dengan sunnah, bertemanlah dengannya, duduklah bersamanya sebab kemaksiatannya tidak akan membahayakanmu. Dan jika kamu lihat seseorang giat beribadah, meninggalkan kesenangan dunia, bersemangat dalam ibadah, pengekor hawa nafsu (ahli bid’ah) maka jangan bermajelis atau duduk bersamanya dan jangan pula dengarkan ucapannya serta jangan berjalan bersamanya di suatu jalan karena saya tidak merasa aman kalau kamu merasa senang berjalan dengannya lalu kamu celaka bersamanya.” (Syarhus Sunnah)

 

Bukti Permusuhan Ahlus Sunnah Dengan Ahlul Bid’ah Adalah Prisnsip Wala’ Wal Bara’

Setelah melihat betapa kaun Salaf telah ijma dalam memerangi ahlul bid’ah maka para ulama ahlus sunnah mentapkan bahawa prinsip aqidah ahlus sunnah , antara lainnya adalah prinsip Wala’ Wal Bara’.

Dalam masalah wala’ wal bara’ ini, para ulama ahlus sunnah menerangkan siapa itu ahlil bid’ah dan orang awam yang melakukan bid’ah.

Maka setelah dikenalpasti ahlul bid’ah maka ulama menetapkan sebuah hukum yang dinamakan sebagai Jajr atau memulau. Para ulama menjelaskan hukum hajr ini mengikut kondisi umat Islam, seperti persoalan apakah wajar di hajr ketika Ahlus Sunnah tertindas atau wajib hajr ketika ahlus sunnah meluas?

Maka jika kita telah bersatu-padu bersama ahlul bid’ah, bererti kita telah menghilangkan prinsip wala’ wal bara’ pada dasar keimanan kita, sekaligus kita telah menghapuskan hukum hajr yang diperintahkan oleh Rasulullah saw.

Oleh yang demikina, kita dapati, bahawa sesiapa yang beriman bahawa wajib atau harus berkerjasama dengan ahlul bid’ah dalam rangka menegakkan Islam, bererti dia sangatlah jahil tentang Islam dan dia sebenarnya tidak mengerti aqidah Islam.

Dr Yusuf Al Qaradhawi : Ulama Sesat?

Mac 20, 2011

Dr Al Qaradhawi Dizalimi?

Ketika pemberontakan di dunia Arab merambah ke Yaman dan Bahrain, tanpa diduga dunia Islam sekali lagi dikejutkan dengan sebuah kenyataan yang cukup kontroversi dari Perdana Menteri Malaysia. Ucapan beliau tentang Dr Yusuf Al Qaradhawi  dan gerakan Ikhwanul Muslimin sebagai pendokong aktiviti pengganas telah dilaporkan oleh National Review pada 23 Februari 2011 mencetuskan perdebatan hangat di Malaysia.

Bagaimana mungkin seorang tokoh ulama’ dunia yang perkataannya didengar seantero dunia dan karangannya dibaca oleh sekian banyak umat Islam – dikatakan sebagai ulama’ sesat dan pendokong terroris? Ini sebuah kata yang memerlukan bukti. Kerana itulah banyak manusia terutamanya kaum pembangkang menyalahkan Dato’ Seri Najib dan meminta beliau bertaubat.

Persoalannya apakah kenyataan beliau ketika di Turki ini sebagai sebuah dusta dan kata pengampu kepada Amerika Syarikat? Justeru kita memerlukan sebuah penjelasan, bukan penerangan dari para politikus walaupun dia berjubah dan berserban, malah jauh dari penerangan tokoh Liberal Malaysia yang cukup disayangi oleh Barat.

Cukuplah sekiranya kita sebagai Ahlus Sunnah dengan mengambil pandangan ulama’ Sunni yang muktabar zaman ini sebagai penjelasan. Tetapi yang menjadi masalahnya adalah lidah kita tidak bertulang; antara ucapan dan kelakuan saling bertentangan.

Banyak dari kita mengaku sebagai Ahlus Sunnah namun mereka meninggalkan sunnah dan memalingkan diri dari fatwa para masyaikh Ahlus Sunnah. Lebih mengharukan adalah mereka tidak mengenal siapakah ulama’ Ahlus Sunnah yang sebenarnya.

Kalaulah Dato’ Seri Najib sekadar mengucapkan bahawa Dr Yusuf Al Qaradhawi itu sebagai ulama’ yang memberi galakan kepada keganasan, dilihat sebagai manusia berdosa dan wajib taubat, apakah layak bagi kita untuk menyuruh puluhan ulama’ Mu’tabar Ahlus Sunnah bertaubat lantaran kenyataan mereka terhadap ‘tokoh’ ini lebih mengerikan?

Dr Qaradhawi Disesatkan Oleh Para Ulama’ Sunnah?

Malah terdapat beberapa kitab yang dikarang khusus untuk memperingatkan umat dari kesalahan ‘tokoh’ tersebut, antaranya yang ditulis oleh Asy-Syaikh Ahmad bin Muhammad bin Manshur Al ‘Udaini Al Yamani dengan tajuk Raf’ul-Litsaam ‘An Mukhaalafatil-Qaradhaawii Li Syarii’atil-Islaam (Kesalahan-kesalahan Yusuf Qaradhawi. Penerbit : Daarul-Atsaar, Yaman, cet. I 1421 / 2000).

Begitu juga dengan sebuah kitab berjodol Ta’ziz al-Raddul Kawi li Iskat al-Kalb al-‘Awi Yusuf Bin ‘Abdillah al-Qaradhawi oleh As Syeikh Abu Abdullah Shakib as-Salafi yang mengemukakan bukti kukuh tentang penyelewengan fatwa-fatwa Dr Yusuf Al Qaradhawi dari syariat Islam.

Sebelum itu seorang tokoh ulama Hadith Dunia, Al Muhaddith As Syeikh Muqbil Al Wadi’i telah mengarang sebuah kitab dengan tajuk yang sangat menggerunkan, guna untuk memperingatkan masyarakat tentang bahaya pemikiran ‘tokoh’ tersebut. Dengan tajuk “Membungkam Anjing Yang Menggonggong Yusuf Bin ‘Abdillah Al Qaradhawi” (Iskaatul-Kalb al-‘Aawiy Yusuf bin ‘Abdillah al-Qaradhawi).

Untuk umat Islam yang awam, pasti terkejut dengan kewujudan buku-buku khusus membicarakan tentang kesalahan Dr Yusuf Al Qaradhawi. Malah para ustaz yang menyokong pemikiran Al Qaradhawi, untuk menolak hujah dari buku-buku tersebut juga tidak mampu kerana ia ditulis dengan bukti yang sangat kukuh. Kebenaran itu lebih kita cintai dari jasad ‘tokoh’ tersebut.

Justeru apakah kesalahan Dato’ Seri Najib lantaran beliau hanyalah menepati perkataan ulama’ Ahlus Sunnah? Apakah memuliakan dengan mengikut fatwa ulama’ Sunnah yang terbukti kebenarannya merupakan sebuah dosa sehingga wajib bertaubat?

Sebenarnya para ulama sunnah yang lain telah banyak berkata tentang tokoh ini, antaranya tiga orang mujaddid abad ini iaitu al Muhaddith As Syeikh Nasiruddin Albani, Mufti As Syeikh Bin Bazz (mantan Mufti Saudi) dan Al Faqih As Syeikh Muhammad Bin Uthaimin. Perkataan mereka ini dapat dilihat ketika mereka membicarakan tentang Ikhwanul Muslimin.

Molek kiranya saya nukilkan beberapa perkataan para masyaikh dalam pengantar buku Raf’ul-Litsaam ‘An Mukhaalafatil-Qaradhaawii Li Syarii’atil-Islaam (Kesalahan-kesalahan Yusuf Qaradhawi). Syaikh Al ‘Allamah Muhaddits Ad Diyar Al Yamaniah Abu Abdurrahman Muqbil bin Hadi Al Wadi’i rahimahullah berkata:

“Di antara sekian banyak dai (pendakwah) sesat yang menyeru kepada kesesatan pada zaman sekarang ini adalah Yusuf Al Qaradhawi, Mufti Qatar. Sungguh dia telah menjadi senjata baru bagi musuh-musuh Islam. Dia telah mencurahkan pena dan lisannya guna menyerang agama Islam. Dai Ahlus Sunnah tidak akan tinggal diam. Mereka pasti akan mengarahkan anak panah kepadanya dan menghabiskan hujahnya sebagaimana mereka telah menghabisi dai-dai sesat lainnya. Di antara dai Ahlus Sunnah yang melakukan tugas demikian adalah Al Syaikh Al Fadhil Ahmad bin Muhammad bin Manshur Al ‘Udaini. Dia telah banyak meneliti sepak-terjang kesesatan Qaradhawi. Pokok-pokok kesesatan Qaradhawi itu dipatahkannya berdasarkan dalil-dalil Al Qur’an dan As Sunnah.”

Syaikh Al Muhaddits Al Fadhil Abu Ibrahim Muhammad bin Abdul Wahhab Al Washabi hafidhahullah: “Jazahullah Khairan Jazaa. Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala membalasnya dengan ganjaran yang sangat baik atas pengorbanan yang telah dicurahkan untuk menasihati Yusuf Al Qaradhawi dan juga umat Islam umumnya. Wajib hukumnya bagi kaum Muslimin untuk menerima kebenaran yang datang kepadanya, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Maka tidak ada sesudah kebenaran itu melainkan kesesatan maka bagaimanakah kamu dipalingkan (dari kebenaran)? (QS. Yunus : 32)”

Seterusnya kata sambutan diberi oleh  Syaikh Al Fadhil Ad Da’iyah Abu An Nashr Muhammad bin Abdullah Al Imam hafidhahullah dengan berkata: “Segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam. Shalawat dan salam semoga senantiasa tercurah kepada Nabi Muhammad beserta keluarga dan shahabatnya. Amma Ba’du. Saya sudah menelaah Kitab Raf’ul Litsaam ‘An Mukhaalafatil Qaradhaawii Li Syarii’atil Islam karya Ahmad bin Muhammad bin Manshur Al ‘Udaini. Di dalamnya disingkap tirai kerosakan Yusuf Al Qaradhawi. Barangsiapa yang tidak menututp aib dirinya dengan adanya malam maka aibnya tidak akan tertutup sama sekali pada siang harinya”.

Saya cukupkan di sini sebuah fatwa dari Syaikh Ad Da’iyah Al Muhannik Abu Dzar Abdul Aziz bin Yahya Al Bura’i rahimahullah tentang Dr Al Qaradhawi: “Tentang Qaradhawi, manhaj ikhwanul muslimin telah mendarah daging dalam dirinya. Sudah pernah saya katakan dan akan selalu saya katakan bahawa Ikhwanul Muslimin tidak mempunyai seorang alim yang layak menjadi rujukan dalam ilmu syariah. Jika memang ada seorang alim dalam bidang syariah maka pasti dia telah mendapatkan ilmunya dari luar jama’ah Ikhwanul Muslimin. Sedangkan yang mendapat ilmu dari sesama anggota Ikhwanul Muslimin lalu menjadi ulama’ pasti akan melahirkan berbagai penyimpangan. Contoh yang nyata adalah Yusuf Al Qaradhawi dan Muhammad Al Ghazali”.

Dr Yusuf Al Qaradhawi Dan Qatar

Dr Yusuf Al Qaradhawi yang terkenal di Malaysia apabila dibawa masuk oleh Dato’ Seri Anwar satu masa dahulu mengeluarkan fatwa tentang Demonstrasi di Mesir dalam temubual dengan stesen satelit Al-Jazeera pada 2 Februari 2011 dengan sebuah kata yang batil: “Saya mengucapkan syabas kepada para pemuda yang menyertai siri-siri demonstrasi di atas keberanian, kecekalan, kemahuan dan sikap tidak berganjak mereka daripada lokasi-lokasi demonstrasi. Saya katakan kepada mereka, samada kamu menjadi orang-orang yang mulia dan bahagia, atau kamu mati sebagai para syuhada”

Kemudian beliau menjelaskan tentang Husni Mubarak: “telah mula menyembelih tanahairnya sendiri dan bertindak seperti tindakan Firaun serta menjadikan sebahagian rakyat Mesir berkuasa ke atas sebahagian yang lain”

Mungkin beliau berkata sedemikian lantaran beliau dibuang dari Mesir sehingga terpaksa merempat di Qatar. Tapi merempat beliau di Qatar bukan dengan duduk di gobok, pakai dengan pakaian compang camping, makan dengan kais pagi makan pagi. Sebaliknya beliau dimuliakan di Qatar sehingga sebuah institut diwujudkan di sana dengan nama The Qaradawi Center for Islamic Moderation and Renewal. Sebelum itu pada tahun 2009, Kerajaan Qatar telah mewujudkan biasiswa dengan nama “Sheikh Yusuf Al Qaradawi Scholarships” di bawah tajaan The Qatar Faculty of Islamic Studies, satu jabatan dari Qatar Foundation for Education, Science and Community Development.

Beliau – Dr Qaradhawi – tinggal di negara yang kaya dengan minyak dengan sangat bahagia. Qatar sebagai sebuah negara monarki yang dipimpin oleh Sultan Hammad Bin Khalifa Al Thani dengan menjalankan undang-undang syariah dan undang-undang sivil dalam sistem discretionary yang diterajui oleh Emir. Semenjak tahun 2000 lagi, Saya akan ceritakan sedikit tentang Negara Qatar. Qatar telah melakukan proses liberalisasi dalam kehidupan sosial dan politik. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyatakan bahawa Qatar mempunyai KDNK per kapita yang tertinggi di dunia, diikuti oleh Liechtenstein. Menariknya pada tahun 2003, Qatar menjadi pusat dan tapak pelancaran pencerobohan Iraq oleh Amerika.

Lantas kita tertanya-tanya, di manakah fatwa Dr Al Qaradhawi terhadap kerajaan Qatar? Terhadap hubungan Qatar dan Barat terutamanya Amerika? Terhadap sistem kehidupan dan politik di Qatar?

Ikhawnul Muslimin Menyebar Faham Pluralisme

Sebuah persoalan yang akan timbul barangkali adalah kaitan Dr Qaradhawi dengan Ikhwanul Muslimin (IM) yang dikatakan sebagai gerakan berbahaya. Sedangkan gerakan IM telah merebak ke seluruh pelosok dunia ibarat jamur selepas hujan.

IM dikenal sebagai kelompok manusia yang inginkan Islam dan mementingkan keagamaan. Namun tanpa kita sedari – seperti kata As Syeikh  Abdul Aziz bin Yahya Al Bura’i bahawa IM tidak ada ulama’ yang boleh dijadikan rujukan – IM banyak mengajak kepada pluralisme. Lebih menarik adalah adik bongsu kepada Hassan Al Banna iaitu Gamal Al Banna yang dididik oleh beliau sendiri merupakan seorang tokoh Islam Liberal. Malah cucu beliau iaitu Tariq Ramadhan yang merupakan anak kepada Wafa Al Banna Binti Hassan Al Banna adalah tokoh ulung Islam Liberal di Dunia Barat.

Hasan Al Banna berkata tentang Dasar IM : “Dakwah Ikhwanul Muslimin tidaklah ditujukan untuk melawan satu aqidah, agama ataupun golongan, kerana faktor pendorong perasaan jiwa para pengembang dakwah jama’ah ini adalah berkeyakinan fundamental bahawa semua agama samawi berhadapan dengan musuh yang sama, iaitu atheisme”. (lihat Qofilah Al-Ikhwan As-Siisi 1/211)

Dikuatkan lagi dengan persaksian sendiri oleh Hassan Al Banna: “Dan akan dikumpulkan (disatukan) segala jenis pemikiran, baik yang terdahulu atau yang terkini” (Muzakkirat ad-Dakwah wa Daiyah. Hlm. 353.)

Kemudian usaha Hassan Al Banna ini diakui oleh Umar Tilmisani, beliau berkata: “Dan dia (Hasan Al Banna)  telah menyampaikan keinginannya untuk menyatukan kalimah Muslimin yang mana dia melontarkan keinginannya di Muktamar Menyatukan Firqah Islam (al-Mulham al-Mauhub Hasan al-Banna. Hlm. 78)

Hasan Al Banna pernah berkata: “Untuk itu kami tetapkan bahawa permusuhan kami dengan Yahudi bukanlah permusuhan agama. Kerana Al Qur`an telah menganjurkan untuk bergabung dan berkawan dekat dengan mereka. Dan Islam merupakan syariat kemanusiaan sebelum menjadi syariat kaum tertentu. Islam pun telah memuji mereka dan menjadikan antara kita dengan mereka keterkaitan yg kuat.” (Al-Ikhwanul Mus-limun Ahdatsun Shana’at Tarikh I/409-410. Lihat Al-Quthbiyyah Hiyal Fitnah Fa’rifuha hal. 59)

Banyak manusia mengira Hassan Al Banna melawan Barat dan sangat prejudis kepada Dunia Barat, namun hal ini disangsikan oleh Jamal Al Banna dengan berkata: “Syaikh Hasan al-Banna tidaklah keras seperti yang dianggap oleh masyarakat”. Beliau katakan hal ini kepada wakil Majalah Tempo dari Indonesia.

Zuhaid el-Qudsy merupakan Koresponden Majalah Tempo di Kaherah bertanya lagi: “Bagaimana Ikhwanul menghadapi pluralis masyarakat Mesir?” Lantas Jamal Al Banna menjawabnya tanpa bimbang: “Anggota Ikhwan dibimbing dan diarahkan sehingga siap dalam menghadapi pluralis”.

Memang IM dilihat sangat membenci Barat dari segi kekuatan ketenteraan kerana pencerobohan mereka dan penaklukan mereka keatas bumi Islam, tetapi dalam masa yang sama mereka mengambil pemikiran Barat melalui falsafah pluralism, demokrasi dan liberalism.

Ikhwanul Muslimin Dan Terorris

Namun di sebalik kelembutan dan kasih sayang IM kepada segala agama, ditambahlagi dengan kesanggupan mereka untuk berkerjasama dengan para thaghut asalkan mampu untuk mengalahkan pemerintah Muslim, wujud juga keganasan dalam jamaah ini.

Mahmud Abdul Halim dalam bukunya “Ikhwanul Muslimin wa Ahwal Tsintai ‘Asyara Tarikh” menjelaskan bagaimana Hassan Al Banna merencana aktiviti penggulingan Raja Faruq dan menubuhkan sayap kiri yang bersifat ketenteraan. Malah Hakim Khazin juga dibunuh oleh As Sindi, ketua sayap kiri IM lantaran dianggap kafir apabila menghukum ahli IM.

Sementara Asy-Syaikh Ayid Asy-Syamiri Hafizahullah berkata dalam bukunya “Turkah Hasan Al Banna Wa Ahammul Waritsin”:

“Gejala keganasan nampak jelas ketika pada tahun 1940 M, Hasan Al Banna membentuk tandzim (organisasi sayap) khusus bagi Ikhwanul Muslimin. Anggotanya di baiat (sumpah setia) kepada pimpinan (Hasan Al Banna) dengan mushaf Al Qur’an. Bila pemimpin memberikan arahan untuk membuat kekacauan atau melakukan pembunuhan, maka  harus dilaksanakan. Demikianlah  hari-hari  yang  mereka  lalui.  Mereka  memunuh  dan membantai manusia. Hal ini disebutkan oleh Mahmud As Shabagh dalam  bukunya  “‘Tandzim  khash.”  (kelompok  khusus).  Mahmud menyebut beberapa contoh gerakan yang dilakukan Ikhwanul Muslimin seperti  merusuh,  pembunuhan,  demonstrasi,  membunuh polisi/tentara pemerintah dan rakyat jelata,. Serta cerita-cerita lain dari liku-liku mereka yang panjang”.

Kemudian As Syeikh Syamiri menjelaskan bahawa kerajaan Raja Faruq telah menjumpai dokumen tentang rancangan pemberontakan lalu menangkap ahli IM yang membawa dokumen tersebut. Maka Hassan Al Banna mengarahkan seorang ahli IM untuk melenyapkan dokumen itu dengan meledakkan balai polis yang menyimpan dokumen tersebut. Tetapi usaha itu tidak berhasil.

“Beberapa media menuduh bahawa kejadian itu didalangi oleh Ikhwanul Muslimin. Dalam akhbar milik Ikhwanul Muslimin, Hasan Al Banna membuat siaran media; bahawa dia berlepas diri dari kejadian itu dan menyatakan bahawa perbuatan itu bukan dari Islam. Mahmud Ash Shobagh (anggota IM) berkata, “utusan Al Banna tadi ketika diperlihatkan kepadanya keratan akhbar yang menyatakan Ikhwanul  Muslimin   telah mengatakan bahawa orang yang meletupkan bom tersebut telah menjadi kafir. Iapun mengaku dan berkata, ‘Mereka telah menipuku, merekalah yang mengutusku agar meletakkan bom, sekarang mereka mengkafirkanku’.”

Ada dua buah buku yang bagus untuk diteliti tentang operasi ketenteraan oleh Hassan Al Banna, yang ditulis oleh ahli IM sendiri iaitu karangan Mahmud Abdul Halim dalam bukunya“Ikhwanul Muslimin wa Ahwal Tsintai ‘Asyara Tarikh” dan buku Mahmud  Ash-Shabagh  berjodol  “Tanzim  Khash”.

Keganasan ini tidak dapat ditutup oleh para tokoh IM termasuk Dr Qaradhawi. Pemikiran terroris ini sekali lagi dimunculkan oleh Sayid Qutub dan diikuti oleh sebilangan tokoh-tokoh IM. Beliau berkata: “Bahawasanya pada hari ini tidak terdapat di permukaan bumi sebuah negara Islam, tidak pula sebuah masyarakat Islam”. (Lihat: Fii Zilalil Quran, 4/2122) sebagai pengkafiran kepada umat Islam. Oleh itu bagi mewujudkan masyarakat Islam dan Negara Islam, kekerasan harus digunakan.

Sehinggakan pemikiran terroris ini diakui oleh Dr Qaradhawi: “Pada peringkat pengkafiran ini, yang merupakan kemuncak terakhir dari pengkafiran Sayyid Qutub, ia tercatit di dalam tulisan-tulisannya. Di dalam tulisan-tulisan tersebut terpancar pengkafiran terhadap masyarakat dan perlunya penundaan dakwah untuk beralih kepada undang-undang Islam (hakimiyah) dan menyerukan jihad melawan seluruh manusia”. (Lihat: Aulawiyyatul Harakah al-Islamiyah, Hlm. 110, Yusuf al-Qaradhawi)

Jihad yang dimaksudkan adalah aktiviti terroris seperti yang sedang dilakukan oleh Al Qaedah, Jemaah Takfir Dan Hijrah, Jemaah Islamiyah, Kumpulan Mujahidin Malaysia, dan beberapa kumpulan lain. Mereka menghalalkan bom bunuh diri, pengeboman tempat maksiat, pembunuhan para pegawai kerajaan asing dan menyokong penentangan kepada pemerintah Muslim.

Ali ‘Isymari di dalam bukunya “Sirriyatut Tarikh Ikhwanul Muslimin” berkata tentang kaedah Sayid Qutub melakukan da’wah jihad:

“Jika berlaku ancaman kepada Ikhwanul Muslimin, Sayid Qutub mengarahkan agar segera diselesaikan dengan cara melancarkan berbagai-bagai kerusuhan, pengeboman besar-besaran seperti memusnahkan jambatan, pusat janakuasa eletrik dan tempat-tempat strategi lainnya sebagai sabotaj sehinggalah Jamal Abdul Naser dapat digulingkan”

Selanjutnya Ali ‘Isymari mengatakan bahawa senjata api dan bahan peledak dibekalkan oleh Zainab Al Ghazali Al Jubaili yang merupakan ketua Jama’at Muslimat, sayap wanita untuk IM. Belia mendapat senjata api ini dari beberapa negara luar.

Lebih menarik, Usama Ben Ladin adalah murid kepada pemikiran Sayid Qutub. Beliau mendapat pemikiran ini ketika belajar di Universiri King Abdul Aziz dari para tokoh IM yang menjadi pensyarah di sana. Para tokoh IM ini diselamatkan oleh Kerajaan Arab Saudi dari diburu oleh kerajaan Gamal Naser.

Taqiyah Menjadi Dasar Hassan Al Banna

Ketika Hassan Al Banna melihat bahawa beliau hidup dalam jihad maka tipu muslihat menjadi salah satu unsur yang dibenarkan. Oleh kerana itu beliau sering mengeluarkan kenyataan yang dilihat bersifat kontra.

Taqiyah iaitu sikap berpura-pura dalam menjaga agama – yang dianut oleh Syiah – telah diaplikasi oleh Hassan Al Banna, sehingga seluruh kaum Muslimin percaya bahawa IM difitnah walhal para tokoh IM yang hidup dizaman Hassan Al Banna mengakui kewujudan Sayap Kiri ini.

Asy-Syaikh Ayid Asy-Syamiri Hafizahullah berkata tentang surat pujian Hasan Al Banna kepada Raja Faruq:

Pada tahun 1946 M, Hasan Al-Banna mengirim surat terbuka kepada Raja Faruq, ia memuji Raja Faruq dan berkata, “Sesungguhnya Ikhwanul Muslimin merasa takut terhadap kemuliaan Anda dan Ikhwanul Muslimin begini dan begini,” demikianlah ia memuji Raja Faruq dan mendoakan kebaikan untuknya.

Sementara itu dia merencanakan rampasan kuasa dari tahun 1944 M dan mewujudkan tanzhim khusus pada tahun 1940 M, enam tahun sebelum mengirim surat tersebut. Maka hal ini boldeh dikatakan termasuk masalah tipu daya (taqiyah). Sebelumnya kita telah menyebutkan dari Mahmud Ash Shabagh bahawa Hasan Al Banna cuci tangan dari aksi keganasan salah seorang anggotanya. Dia lakukan ini dalam rangka perang, sedangkan perang adalah tipu daya! (Lihat: Prinsip kedua Turkh Hasan al-Banna wa-Ahammul Warisin)

Berkenaan dengan kenyataan media oleh Hassan Al Banna setelah kejadian peletupan bom, Mahmud Ash Sabagh berkata bahawa Hassan Al Banna sengaja menipu kerana berada dalam peperangan. Beliau juga menjelaskan bahawa lelaki yang membawa bom tersebut tidak dapat memahami maksud sebenar dari penafian Hassan Al Banna.
Lantas Asy-Syaikh Ayid Asy-Syamiri Hafizahullah berkata tentang hal tersebut:
Yakni Hasan Al Banna berdusta dalam siarannya. Dia berkeyakinan hidup dalam negeri perang, dan dengan begitu dia telah mengkafirkan negeri yang dia tempati. Jadi orang pertama yang mencetuskan masalah mengkafirkan daulah/negara adalah Hasan Al Banna, bukan Sayyid Quthub, dialah yang mewejudkan ‘tandzim khusus’ setelah mengkafirkan negara dan berusaha menggulingkan ketua negara. Mahmud Ash Shobagh mengabarkan kepada kita bahawa Hasan Al Banna memandang bahawa peperangan adalah tipu daya dan peperangan hanyalah dilancarkan kepada orang-orang kafir.

Oleh kerana itu, kita dapat lihat bahawa para IM sentiasa mengatakan bahawa Jamal Naser telah membuat busta dan sengaja mencari kambing hitam untuk memenjarakan anggota IM serta membuhun Hassan Al Banna. Walhal umat telah tertipu dengan sikap taqiyah mereka.

Islam Liberal Dan IKD

Lebih menarik, Institut Kajian Dasar (IKD) yang menjadi “organisasi pemikir” kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah sebuah pertubuhan yang memperjuangkan pemikiran Islam Liberal di Malaysia. IKD juga disokong oleh pertubuhan liberal dunia iaitu Konrad Adenauer Foundation (KAF) juga dieja sebagai Konrad Adenauer Stiftung (KAS) atau Yayasan Konrad Adenauer. KAF ini telah diserang oleh Perwakilan UMNO dari Pulau Pinang sebelum ini sehingga menyebabkan Peter Schier, wakil KAF di Malaysia mengeluarkan kenyataan di akhbar The Sun (http://www.thesundaily.com/article.cfm?id=16263)

Untuk menyebarkan Islam Liberal atau nama lainnya “Islam Tanwiri”, IKD mewujudkan beberapa rencana seperti Komuniti Jalan Telawi  (http://jalantelawi.com/ ) dan Middle-Eastern Graduates Centre (MEGC).

MEGC berupa sebuah pusat kajian dan penerbitan bagi mempromosikan pemikiran Liberal di tengah-tengah masyarakat Malaysia. Antara buku-buku yang telah diterbitkan oleh MEGC, IKD dan teman-teman mereka yang lain adalah:

1.    Islam & Dasar Pemerintahan : Sebuah Kajian Tentang Kedudukan Khalifah Dan Kerajaan Dalam Islam ( Al Islam wa Ushul al Hukm – Bahthun fi al Khilafah wa al Hukumah fi al Islam) – oleh Ali Abdul Raziq
2.    Pergolakan Pemikiran Islam : Catatan Harian Ahmad Wahib
3.    Tumit Achilles
4.    Islam Tunduk Menyerah
5.    Bercakap Atas Nama Tuhan
6.    Agama Dan Kebebasan Berfikir
7.    Hukum Barat Pun Islam
8.    Konsep Kebebasan Dan Agama
9.    Bunga Bank Bukan Riba Yang Diharamkan?
10.    Kahwin Campur Antara Muslin Dengan Non-Muslim
11.    Demokrasi Dalam Qur’an, Hadits Dan Tradisi
12.    Islam Dan Pluralisme
13.    Patah Balek
14.    Renaisans Dan Humanisme
15.    Kembara Seorang Reformis
16.    Kenapa Kapitalis Berjaya Di Barat Dan Gagal Di Tempat Lain
17.    Perjalanan Ibn Arabi
18.    Mengejar Matahari

Lantas ada sebuah pertanyaan tentang penaung kepada IKD iaitu mantan Timbalan Perdana Menteri – Dato’ Seri Anwar. Apakah beliau tidak ambil pusing dengan penyebaran Islam Liberal yang dilakukan oleh “thing tank” beliau – IKD? Apakah beliau tidak kisah dengan beberapa tokoh Islam Liberal yang menjadi ahli DUN dan Ahli Parlimen PKR?

Mungkin beliau tidak pentingkan hal tersebut kerana beliau adalah Islam Moderat seperti yang dikatakan oleh Tokoh Islam Liberal Indonesia – Abdurrahman Wahid (Gus Dur) dalam bukunya “Susu Kerbau Dibilang Susu Sapi”. Beliau berkata tentang mesyuarat rahsia beliau bersama-sama Anwar Ibrahim dan Paul Wolfowitz, di Munich pada 2004: “Penulis (Gus Dur) dan Paul Wolfowitz sama-sama beranggapan, bahawa posisi Anwar Ibrahim, seperti Saad al-Din Ibrahim, Sekjen Muntada Al-Fikr Al-‘Arabi (Klub Pemikiran Arab), yang meringkuk bertahun-tahun di penjara Kairo, Mesir, harus dijaga sebagai salah satu tokoh Muslim moderat”.

Bukan itu sahaja, selain dari IKD yang berpangkalan di Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga mempunyai peranan dalam penubuhan IIIT (International Institute for Islamic Thought) yang berpangkalan di USA dan Malaysia. IIIT merupakan organisasi Islam yang menyebarkan pemikiran-pemikiran Islam Liberal. Perkara ini dinyatakan oleh Charles Kurzman dari University of North Carolina at Chapel Hill.

Sangat dikejutkan apabila IIIT sebenarnya merupakan cabang gerakan kepada IM. Ini dinyatakan sendiri oleh IM dalam web mereka, The Global Muslim Brotherhood Daily Report. Dr Yusuf Al Qaradhawi banyak mempengaruhi pertubuhan tersebut.

Untuk mengenang jasa beliau yang “moderat” maka Anwar Ibrahim menerima gelaran “Muslim Moderat of The Year Award 2005″ daripada CSID (Center for the Study of Islam and Democracy), sebuah organisasi Islam Liberal. (http://www.anwaraidc.com/?p=4702)

Nama beliau sekali lagi diulang oleh oleh Charles Kurzman dalam artikelnya Liberal Islam: Prospects and Challenges sebagai tokoh Malaysia yang membawa reformasi liberal. Nama beliau disebut sederet dengan nama-nama tokoh Islam Liberal yang lain seperti Aminah Wadud, Nircholas Majid dan Gus Dur. (http://meria.idc.ac.il/journal/1999/issue3/kurzman.pdf)

Ironinya apabila Dr Yusuf Al Qaradhawi dikatakan sebagai ulama’ yang menyokong terrorisme oleh Dato’ Seri Najib, maka “sahabat” kepada IKD mendesak supaya PM memohon maaf kepada Dr Yusuf Al Qaradhawi kerana menganggap kenyataan PM sebagai sebuah cerita dusta.

Mungkin kerana Charles Kurzman dalam bukunya “Liberal Islam and Its Islamic Context”  telah mencatatkan pada bab 22 bahawa Dr Yusuf Al Qaradhawi sebagai tokoh yang banyak menyebarkan pemikiran Islam Liberal.