Posts Tagged ‘mujassimah’

Mempelajari Kaedah Rahsia Dalam Berhujjah

Disember 13, 2011

Saya akan ajarkan kepada para pembaca beberapa kaedah berhujjah yang terkenal dalam umat Islam.Camkanlah hal ini dengan baik dan ingatlah ia kerana perkara ini akan selalu kita hadapinya. Kaedah ini merupakan teknik rahsia yang hanya diketahui oleh mahaguru tertinggi.

Kaedah Pertama

Salah satu darinya adalah kita mendustakan kitab yang ditulis oleh tokoh yang menyerang pemahaman kita. Kita ciptalah pelbagai alasan agar tuduhan itu nampak rasional dan boleh diterima oleh masyarakat yang tidak mengetahui hakikat sebenar.

Kita ada tiga pilihan untuk tujuan tersebut; pertama kita katakan bahawa kitab itu telah dirubah oleh penerbit ataupun pentahqiq yang memang bermusuhan dengan mazhab kita. Mereka (penerbit atau pentahqiq) telah memadam perkataan sebenar tokoh tersebut dan memasukkan perkataan palsu lalu diatasnamakan pada tokoh berkenaan.

Kedua; kita katakan saja bahawa kitab itu ditulis semasa tokoh tersebut sesat atau pada fasa awal kehidupannya; sementara beliau telah ruju’ (taubat) di penghujung nafas sebelum meninggal dunia. Lantas sebab itulah kandungan kitab tersebut menyalahi aqidah kita.

Ketiga; kita terus nafikan kitab itu ditulis oleh tokoh tersebut sebaliknya kita lemparkan tuduhan bahawa kitab itu ditulis oleh musuh kita lantas dinisbatkan kepada tokoh ternama tadi.

Kita lakukan hal ini agar masyarakat tidak mengesyaki bahawa imam tersebut tidaklah beraqidah seperti aqidah kita walaupun kita menamakan mazhab kita sempena nama beliau. Seperti yang telah kita lakukan kepada kitab Al Ibanah Al Ushul Ad Diyanah karya Imam Asya’ari.

Sekiranya kita membenarkan kitab Al Ibanah itu sebagai antara karya terakhir sang imam, pasti secara automatik kita terpaksa mengakui bahawa aqidah yang kita sandang merupakan aqidah yang melencong. Malah Imam Asya’ari berlepas diri dari aqidah yang kita anut. Serta dengan nyata Imam Asya’ari menetapkan dalam kitabnya bahawa mazhab Salaf sebagai aqidah yang benar.

Oleh itu bagi memastikan survival mazhab kita, kita wajib bermati-matian untuk mendustakan kitab tersebut walaupun para imam Ahlus Sunnah sepakat untuk menerima kitab itu. Seperti Ibnu Asakir, Imam Ad Dzahabi, Ibn Katsir dan banyak lagi para imam yang mengakui kitab tersebut antara karangan terakhir Imam Asya’ari.

Kaedah Kedua

Kaedah seterusnya adalah memalsukan perkataan para imam agar masyarakat melihat imam-imam Ahlus Sunnah bersama-sama dengan kita dalam mazhab yang kita anut. Dengan demikian kita akan mudah mempengaruhi masyakat untuk menerima dakwah kita; terutamanya bila kita berkata “pemahaman yang kita perjuangkan ini merupakan lanjutan dari pemahaman para salafus soleh. Buktinya kita memiliki senarai panjang nama ulama’ yang beraqidah seperti kita”.

Lantas kita katakan Imam Syafi’e menolak khabar ahad sebagai dasar aqidah. Juga katakan bahawa tokoh lain pun sama sependirian dengan Imam Syafi’e seperti Ibn Taimiyah, Ibn Katsir, Ibn Hajar Asqalani, Imam Nawawi dan banyak lagi.

Lantas kita ambil perkataan mereka yang bersifat umum lalu kita asak perkataan tersebut agar kelihatan bersesuai dengan aqidah kita. Justeru kita katakan kepada masyarakat: “Kita tidak wajib untuk mempercayai qadar, azab kubur, turunnya Isa, keluarnya Dajjal, dan banyak lagi hal-hal yang Rasulullah saw ceritakan tentang perkara akhir zaman.

Kita ambil contoh seperti Hizbut Tahrir yang mengatakan Ibn Hajar menolak keimanan yang bersumber dari hadis ahad. Kita katakan bahawa ucapan beliau dinukil dari kitab magnum opusnya iaitu Fathul Bari Syarah Shahih Bukhari. Balam masa yang sama kita sedia maklum bahawa dalam Fathul Bari, Imam Ibn Hajar menetapkan keimanan kepada qadar dan menentang orang yang menolaknya dengan memanggil mereka sebagai Qadariyah. Sang Imam beriman adanya azab kubur dan banyak lagi hal-hal keimanan yang berasaskan kepada hadis ahad.

Dalam masa yang sama kita berharap agar umat tidak membaca kitab-kitab aqidah para imam tersebut. Dan memang kita tahu bahawa orang awam tidak pernah melihat kitab aqidah mereka. Malah kita juga tahu bahawa ramai para guru tidak pernah membaca kitab-kitab aqidah para Imam Ahlus Sunnah ini walaupun mereka belajar jurusan aqidah dan usuluddin di universiti.

Kita boleh tanyakan kepada para guru yang mengajar kita, apakah mereka pernah membaca kitab Ar Radd Alal Jahmiyah karya Imam Ahmad? Ar Radd Alal Jahmiyah oleh Imam Bukhari? Ushul As Sunnah oleh Imam Al Humaidi? Kitab Nuzul Wal Kitab Sifat oleh Imam Daruqutni? Kitab Isbat As Sifat Al Ulwi oleh Imam Ibnu Qudamah dan banyak kitab para imam Ahlus Sunnah yang mu’tabar. Pasti mereka akan berkata “Saya belum pernah membacanya dan kalau ada, saya takut isinya telah dirubah oleh penerbit dan pentahqiq”.

Bagus! Jawapan yang diberikan oleh guru kita itu telah mengikut teknik yang telah kita pelajari diatas tadi. Bukankah telah saya katakan bahawa teknik ini akan kita hadapinya selalu dalam kehidupan beragama.

Kaedah Ketiga

Teknik yang terakhir adalah mewujudkan keraguan terhadap kredibiliti tokoh tersebut agar masyarakat menolak tokoh tersebut sekaligus menelantarkan kitab atau hujjah yang telah digunakan oleh tokoh tersebut dalam menentang mazhab kita.

Kaedah ini banyak diadaptasi dalam perbicaraan mahkamah agar perkataan saksi akan ditolak apabila didapati tidak adil, atau pendusta, atau berniat jahat, atau bersubahat dan sebagainya.

Seperti Syiah yang mengatakan bahawa para sahabat itu menjadi murtad apabila wafatnya Rasulullah saw, melainkan 4 orang sahaja yang masih Islam. Dan mereka mengambil agama dari empat orang inilah, kononnya.

Mereka juga mengatakan bahawa Ummul Mu’minin – A’isyah – itu merupakan pelacur dan perempuan jalang. Lebih keji lagi apabila Khomaini mengatakan bahawa Abu Bakr dan Umar merupakan berhala dan dia berazam untuk mengorek jasad kedua mereka jika dia berjaya menakluki Madinah satu hari nanti.

Justeru bagi merealisasikan kaedah ini; kita katakan sahaja bahawa Ibn Khuzaimah, Imam Ad Darimi dan Imam Izz Abdis Salam sebagai mujassimah (kaum yang menjisimkan Allah) kerana kita dapati bahawa mereka telah mengarang kitab yang menentang aqidah kita. Malangnya kitab mereka itu tidak mampu untuk dibantah secara ilmiyah oleh kita.

Oleh itu apabila kita menyebarluaskan penyesatan keatas mereka, kita berharap masayarakat akan menolak mereka sekaligus akan meninggalkan hujjah-hujjah mereka serta kitab aqidah mereka. Kita wajib berusaha untuk menolak kitab Ar Radd Alal Jahmiyah oleh Imam Ad Darimi agar aqidah yang kita anut tidak diketahui bertentangan dengan aqidah para sahabat Nabi saw.

Walaupun kita mengetahui bahawa seluruh ulama’ Ahlus Sunnah mengiktiraf mereka sebagai ulama’ mutabar, imam di zamannya, tokoh yang berpegang teguh dengan sunnah, ilmuan yang meniti jalan Rasulullah saw; namun kita juga mengetahui bahawa masyarakat awam tidak mengetahui hakikat ini.

Masyarakat hanya tahu beberapa nama sahaja seperti nama Imam Syafi’e, Imam Nawawi, Ibn Katsir dan Imam Ibn Hajar. Lebih menarik masayarakat hanya sekadar menghafal nama mereka namun tidak pernah membaca kitab-kitab mereka terutamanya kitab aqidah mereka.

Contohnya Imam Ad Darimi merupakan murid kepada Imam Ahmad, Ali Al Madini dan Yahya bin Ma’in; yang merupakan tokoh ulama’ agung. Malah Imam Ad Darimi juga merupakan guru kepada imam-imam yang hebat seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Tarmizi, Abu Zur’ah, Abu Hatim, Imam Abu Dawud dan banyak lagi. Masyarakat tidak mengetahuinya. Malah mungkin inilah kali pertama mereka mendengar nama “Ad Darimi”.

Sekiranya kita mengatakan Imam Ad Darimi sebagai sesat, pasti orang yang cerdik akan mengetahui bahawa secara tersiratnya kita turut menyesatkan guru beliau iaitu Imam Ahmad, dan juga seluruh muridnya iaitu Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Tarmizi, Imam Abu Dawud dan banyak lagi.

Namun kita percaya perbuatan kita ini tidak akan dihidu oleh orang awam melainkan yang memiliki ilmu dan yang ikhlas mencari kebenaran walaupun mendapat tentangan.

Muslim Non Antropomorfis

Januari 16, 2009

Ketika manusia Yunani membina Kuil besar dan meletak kan Tuhan mereka di dalamnya – berupa patung yang sangat Indah – dalam bentuk manusia seperti mereka juga. Maka bangsa Yunani ini jatuh ke lembah antropomorfis; menyerupakan Tuhan dalam jasad manusiawi.

Ini satu wacana mewujudkan keimanan yang terbatas, pemikiran manusia hanya sampai setakat itu sahaja. Walhal Tuhan tidak harus semata-mata bangsanya Yunani kerna nanti bangsa lain seperti Negro tak akan mengimani Tuhannya Zeus, Tuhan para Tuhan.

Begitu juga bahwa manusia tidak harus punya rupa sama seperti Tuhan. Nanti tak dapat dibezakan antara Pencipta dan yang dicipta. Seperti juga Tuhan tak punya ilmu sehingga kretiviti menciptanya hilang – kerna dia hanya mampu menciptakan manusia bersumberkan bentuk jasad Nya.

Kalau Tuhan itu persis manusia tapi punya kapibiliti luar biasa, nanti Tuhan itu butuhkan rangsangan seksual dan aktiviti melampiaskan nafsunya juga berlaku. Paling penting tuhan punya Zakar atau Faraj!

Tuhan perlu kahwin dan kemudian menggomoli isterinya, seorang manusia atau pun tuhan juga. Dan anak Tuhan itu apakah tuhan atau bukan? Tuhan juga kalau seperti manusia harus punya lubang najis yang mengalir tahi dan air kencing. Lalu rupa Tuhan sebegini tak pas untuk sebuah Agama!

Justeru setelah manusia bisa berfikir dengan tenang dan aman, maka mereka saban hari melupakan tuhan Yunani yang banyak; Zeus, Hera, Apollo, Demeter dan banyak lagi. Kerna Tuhan dan agama ini tak layak bagi manusia yang waras.

Tuhan tak wajib dalam jasad manusia. Manusia tidak harus berperan sebagai penganut antropomorfis.

Anthropomorphism adalah lambang sebuah pemikiran yang senteng: yang tidak maju dan tersekat secara local dan demografi setempat. Kerna pemikiran ini merasakan bahwa manusia yang maujud hanyalah bangsa mereka semata-mata sehingga mereka membina agama yang mempunyai Tuhan seperti mereka. Kalau mereka ini mengetahui bahwa wujud manusia lain di semua penjuru bumi, nescaya mereka tak akan membangun Tuhan Berjasad Manusia, kerna semua penganut mahukan agama mereka diimani oleh setiap manusia yang ada.

Bersikap lokaliti kerna setiap bangsa akan menganggap bahwa diri mereka adalah yang terbaik. Tamadun yang mereka cipta adalah yang terunggul. Hatta hingga hari ini setiap bangsa mengimani bahwa merekalah bangsa terbaik dari sekian banyak bangsa.

Kerana itu, Muslim tidak harus menjisimkan atau menjasadkan tuhan, menjadikan tuhan dalam bentuk manusia. Tuhan harus bebas lepas dari sebarang sisi manusia atau makhluknya.Tuhan tak sama seperti makhluk. Maka kalau ada seorang muslim yang mengimani antropomorfis maka keimananya goncang dan menyalahi kebenaran.

Tuhan itu juga tak harus ditanggapi dalam pemikiran manusia; tak terkesan dengan zaman atau masa, serta tak dipahami dalam keadaan terhukum dengan segala hukum makhluk yang lain.

Lalu tidaklah Tuhan itu punya tangan sepertimana anggota badan manusia. Begitu juga adalah mustahil Tuhan itu berada diatas Langit sebab kalau Dia diatas langit bererti bahwa dia mengisi ruang, dan apabila Dia mengisi ruang bermaksud Tuhan berjisim. Bermakna kita telah menjismkan Tuhan!

Inilah keimanan yang benar adanya.

“Tiada yang menyerupai-Nya suatu juga Ia mendengar lagi Melihat”  (Asy-Syura : 11)

Justeru dengan jelas Tuhan telah nafikan dirinya serupa dengan makhluk ciptaan-Nya. Jauh sekali sama dengan Dia. Maha suci Tuhan dari keserupaan – kejisiman – manusiawi.

Kerna itulah, bahwa dalam Islam, keimanan  yang benar-benar mutlak adalah menolak kejisiman Tuhan. Tuhan tak berbentuk seperti manusia atau hewan atau apa-apa saja dari ciptaan-Nya.

Semuanya kerna bila kalau tuhan itu maujud dalam kata “tangan”, “betis”, “jari”, “berada di atas Langit”; semuanya menyalahi prinsip yang kita katakan tadi – tak ada logika dan tak masuk di akal.

Rasio kita tak benarkan hal ini.

Tapi bagaimana dengan firman Tuhan:

Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka.” (al-Fath 48: 10).

Atau Dia mempunyai wajah seperti:

“Dan tetap kekal wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.” (ar-Rahman: 27)

Atau Tuhan punya jari?

Dan dalam Shahih Muslim dari Abdullah bin Amr bin Ash Radiyallahu ‘anhu bahwasanya beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya hati-hati bani Adam seluruhnya berada diantara dua jemari Ar Rahman laksana satu hati Ia bolak-balikkan hati tersebut sekehandaknya”. Kemudian Rasulullah saw berdoa, “Ya Allah, Dzat yang membolak-balikkan hati, palingkanlah hatiku untuk mentaati-Mu.”

Dan dari Nawwas bin Sam’an ia berkata aku mendengar Rasulullah saw bersabda:

“Tidaklah ada satu hatipun melainkan berada diantara dua jemari dari jari jemari Ar Rahman bila ia kehendaki, Ia akan meneguhkannya dan bila Ia kehendaki, Ia akan menyesatkannya.” (diriwayatkannya oleh Imam Ahmad dalam Al Musnad dan Ibnu Majah.

“Hai iblis, apakah yang menghalangimu sujud kepada yang telah Kuciptakan dengan Kedua TanganKu. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu (merasa) termasuk orang-orang yang (lebih) tinggi?”. (Shad: 75)

Diriwayatkan pula dari Abdullah bin Amr ra, Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya orang-orang yang berbuat adil di sisi Allah (mereka berada) di atas mimbar dari cahaya dari sisi kanan Allah azza wa jalla. Dan kedua tangan Allah adalah kanan …” (HR. Muslim)

Maka bagaimana harus kita ubah maknanya supaya ia selaras dengan nalar kita; bagi memenuhi prinsip yang telah kita imani sebelum ini?

kalau Istiwa bisa kita katakan sebagai kekuasaan,

Tangan sebagai kekuasaan juga

Turunnya Allah itu sebagai rahmah

lalu 2 tangan kanan Allah itu mau disimpulkan sebagai simpulan bahasa apa?

2 jemari Tuhan itu nak dimaksudkan dengan apa pula?

 

Lalu yang silap nya siapa: antara manusia Muslim yang menta’wil atau manusia muslim yang mengimani secara zahir bagi setiap sifat Tuhan?

Hujjah yang yang melarang: :kalau diterima secara harfiyah – zahir – maka kita jatuh dalam  Antropomorfis. Maka harus diubah maknanya kepada makna yang DI IMANI OLEH RASIO.

Kalau tuhan itu di atas langit, maka tuhan itu sudah mengambiol tempat. maka bermakna tuhan itu berjisim.

Hujjah muslim yang mengimani dengan apa yang tuhan khabarkan pula: Allah yang mengetahui akan diri-nya, dan Dia berfirman:

“Dan tidak ada yang mengetahui ta’wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata : “Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyabihat. Semuanya itu dari sisi Rabb kami”. [Ali-Imran : 7]

Maka kita harus bertanya: Yang mengetahui makna ayat mutasyabiha itu hanyalah Tuhan sahaja, lalu apakah kalian mengerti dan mengatasi Tuhan?

Dan yang menyebabkan kalian membantah adalah kerna kalian telah meletakkan Tuhan dalam Hukum Makhluk. Hanya makhluk yang terlingkup dengan masa dan 6 penjuru [ atas bawah depan belakang kanan kiri]

Kerana itu bila kita gunakan kaedah kalian dalam menafikan tuhan di aras:

“Kalau Tuhan di Arash, maka Tuhan mempunya TEMPAT, maka bermakna Tuhan berjisim”

Kita gantikan dengan kondisi lain – Tiada

Kalau Tuhan TIDAK BERTEMPAT, bermakna Tuhan Tiada, kerna yang tiada tempat itu tidak maujud!

Lalu kalau mengikut logika kalian, bermakna bahwa kalian telah menyembah Tuhan yang tiada.

Yang menjadi masalah adalah kalian jatuh dalam kubangan logika tanpa kalian memahami logika.

Ketika kalian menafikan Tuhan punya Tangan, wajah, jari, tangan Kanan, kalian telah menimbang dan melihat Tuhan dari paradigma “Hukum yang berlaku pada Makhluk” sehingga kalian menarik Tuhan ke dalam hukum tersebut. Sepatutnya Tuhan dilihat dalam kacamata diluar Hukum Makhluk lantaran Dia lah Sang Pencipta, bukan yang dicipta.

Kerana itulah kalian tersilap lalu menjadi penjisim yang tanpa sadar. Yang kami ini bukanlah penjisim, meliankan poensuci tuhan lantaran kami melihat tuhan diluar kotak bikinan-Nya; melihat Tuhan sesuai dengan Ketuhanan nya. Sedang kalian melihat Tuhan dengan kemanusiaan sehingga kalian membayangkan sifat-sifat Tuhan dalam kemanusiaan.

Yang benar adalah kalian Antropomorfis dan kami Muslim Non Antropomorfis!