Posts Tagged ‘pemuda Pas’

Antara Tahaluf Syiasi Dan Realiti

Januari 7, 2012

Artikel ini adalah semudah membaca A, B dan C. Tetapi untuk menerima pembicaraannya memerlukan hati yang sebesar Gunung Himalaya.

A

Adalah kita mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Kedah, Dato’ Azizan kerana mengedarkan buku percuma kepada rakyatnya. Buku terjemahan dari seorang ulama’ besar Syiah, bertugas sebagai penolong Khomaini yang menemui jalan kebenaran dan diberi hidayah oleh Allah untuk meninggalkan jalan kesesatan.
Kitab berjodol “Kenapa Aku Tinggalkan Syi’ah” karya Dr. Sayid Musa Al-Musawi yang menggoncangkan ajaran Syiah Rafidhah satu ketika dahulu, sehingga kini masih tidak mampu dijawab oleh para Mullah yang dikatakan sebagai ayat-ayat Allah (Ayatullah).
Apa yang mereka lakukan adalah mengistiharkan kitab tersebut sebagai kitab yang banyak berdusta dan menyerang kredibiliti pengarangnya. Malah mereka cipta sebuah kitab yang jodolnya sama tetapi kandungannya memihak kepada ajaran mereka.

Natijah dari usaha ini, gerombolan Syiah di Kedah khabarnya ingin menfailkan saman ke atas Dato’ Azizan lantaran usahanya membenteras Syiah di Kedah. Memang kita maklumi bahawa dalam empat tahun ini dakyah Syiah berkembang pesat di Kedah, Kelantan dan Selangor. Sehinggakan ibu kepada teman saya di Sungai Petani telah diajak oleh kenalannya untuk menganut Syiah!

B

Bahawa kita mengucapkan syabas kepada Khairi Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO yang telah terus terang menolak kemasukan Syiah dalam UMNO. Dengan nada tegas beliau berkata “Syiah tidak boleh dalam UMNO”.

Ketegasan inilah yang kita perlukan dalam mentadbir negara. Malah ketegasan ini juga adalah lanjutan dari ketegasan para ulama’ Ahlus Sunnah sejak dari zaman sahabat untuk menjaga agama.

Mungkin ramai dari kita yang telah membaca sejarah Dinasti Abasiyah runtuh setelah Baghdad di rempuh oleh Tentera Tartar. Dalam catatan serajah, dinyatakan sejuta umat Islam menjadi korban dalam pencerobohan tentera Tartar. Itu belum lagi perawan yang dicabul dan para janda yang menderita akibat terkorbannya suami mereka.

Sebenarnya semua musibah ini telah direncana oleh kaum Syiah, yang diketuai oleh Perdana Menteri, Muhammad Bin Ahmad Al ‘Aqami. Dialah yang telah merancang bersama Nashiruddin Ath Thusi, penasihat Holagu Khan agar tentera Tartar melanggar Baghdad.
Al ‘Aqami telah menasihatkan agar Sultan mengurangkan jumlah tentera daripada 100 ribu kepada 20 ribu dengan alasan Tentera Tartar lemah dan sedikit jumlahnya. Tartar adalah orang gasar yang tidak bertamadun. Maka sultan pun menurut nasihat Perdana Menterinya, seorang Syiah.

Sementara Ath Thusi pula telah menceritakan tentang benteng-benteng pertahanan Abasiyah kepada Holagu Khan. Bagaimana dia dapat menyelinap masuk ke dalam benteng tersebut? Tanyalah kepada Al ‘Aqami! Bagaimana Holagu mengetahui tentera Abasiyah telah berkurangan? Tanyalah juga kepada Al ‘Aqami!

Syaikh Muhibbuddin Al Khathib berkata: “Tetapi pada tahun 655H, Ath Thusi telah berpaling tadah dan menjadi salah seorang perancang aktif untuk menggulingkan kerajaan Abasiyah. Ath Thusi juga telah ikut serta sebagai salah seorang pemandu jalan kepada angkatan tentera Holagu yang datang menyerang kota Baghdad dan beliau jugalah yang mengarahkan pembunuhan dan penyembelihan missal oleh pihak tentera Holagu ke atas kaum Muslimin” (Al Khutot Al Areedhah, telah diterjemah kepada Hakikat Agama Syiah Imam Dua Belas)

Syekh juga berkata: “Di dalam melakukan pengkhianatan seperti yang telah dihuraikan di atas, Ath Thusi tidak hanya bersendirian sahaja. Dia telah dibantu oleh dua orang rakan karibnya iaitu: pertama, seorang menteri di dalam kerajaan Abasiyah yang telah dijatuhkan itu sendiri. Menteri berkenaan bernama Muhammad Bin Ahmad Al ‘Aqami, seorang tokoh Syiah yang sangat disegani”.
Tetapi rupanya Ath Thusi mendapat sanjungan yang menggunung dari tokoh-tokoh Syiah. Mullah Syiah yang bernama Muhammad Baqir Al-Musawi dalam kitab Raudhat Al-Jannat ketika menulis tentang Ath Thusi: “Dia adalah seorang peneliti, pembicara, orang yang bijaksana, yang baik dan mulia..”

Khomaini dalam kitabnya Al-Hukumah Al-Islamiyah berkata: “Apabila situasi taqiyyah (kepura-puraan) mengharuskan salah seorang dari kita untuk masuk ke dalam barisan para penguasa, maka hal itu harus ditolak, walaupun penolakan tersebut berakibat dia dibunuh, kecuali masuknya dia secara formal membawa kemenangan yang nyata bagi Islam dan kaum muslimin, seperti masuknya Ali bin Yaqtin dan Nashiruddin Ath Thusi rahimahumallah”.

Kalau kita mengimbas kebelakang sehingga saat Perang Jamal, maka dengan jelas kita akan melihat bagaimana Al ‘Aqami dan Ath Thusi telah mengambil pelajaran dari tindakan pendahulunya. Lihatlah bagaimana kaum Syiah melakukan rencana agar para sahabat berperang antara satu sama lain. Mereka melepaskan panah milik tentera Ali ke kemah A’isyah dan melepaskan panah milik pasukan Talhah ke kemah Ali. Rentetan daripada itu, meletuslah Perang Jamal dan terkorbanlah beberapa orang sahabat.

Oleh itu, sepanjang sejarah Ahlus Sunnah, mereka tidak pernah untuk mempercayai seorang Syi’i. Malah mereka tidak pernah untuk bergabung dengan Syi’i dalam memperjuangkan Islam atau kebenaran. Kerana sekiranya Syiah ingin memperjuangkan kebenaran maka mereka wajib untuk meninggalkan agama syiah dan kembali kepangkuan Sunnah. Sekiranya Syiah ingin menegakkan Islam maka wajiblah mereka terlebih dahulu mensucikan aqidah mereka dari kekufuran.

Ironinya, untuk apa kita – Ahlus Sunnah – bergabung bersama mereka hanya semata-mata untuk meraih kerusi pemerintahan, walhal Allah Ta’ala yang memberikan kekuasaan dan mencabut pemerintahan tersebut. Kita bergabung bersama para pencarut sahabat; yang mengatakan bahawa isteri Rasulullah saw adalah penzina dan pelacur. Sepertinya kita merelakan ucapan bahawa Rasulullah saw telah mengahwini seorang wanita bejat dan kemudian Rasulullah saw menobatkan wanita bangsat tersebut menjadi ibu kita semua.

Wallahi apakah kita redha apabila ada seorang berkata “ibu engkau adalah pelacur” dan kemudian kita dengan senyum kembang sampai ke telinga akan bersahabat dan berjuang bersamanya untuk menegakkan kebenaran! Kita dan dia – yang mengatakan bahawa “ibu engkau adalah pelacur” – berteriak di atas mimbar dan berkata “Tiada hukum melainkan hukum Allah”, “Islam, the way of life” serta “Membangun Bersama Islam”. Ironi bukan?

 

C
Cuma sebuah tindakan bodoh apabila kita membuka dakapan untuk memeluk Syiah diatas nama “upaya menegakkan Islam” atau tahaluf syiasi (strategi politik). Malah tindakan ini juga menunjukkan bahawa kita tidak mengerti manhaj (jalan) Ahlus Sunnah dalam menyikapi aliran sesat seperti Syiah. Sedangkan para ulama Ahlus Sunnah telah mengarang berbagai kitab dalam masalah ini. Apakah kita tidak membacanya? Idea Tahaluf Syiasi ini sangatlah tidak ilmiyah melainkan hanya lahir dari orang dungu – ruwaibidhah (orang kerdil yang mengaku ulama’)

Malah menunjukkan bahawa golongan yang melakukan “tahaluf syiasi” merupakan manusia yang boleh diibaratkan sebagai katak di bawah tempurung. Mereka hidup di dunia fantasi, jauh dari alam realiti. Kerana jika mereka hidup pada alam nyata pasti mereka akan mengetahui bahawa pembersihan mazhab sedang berlaku di Iraq setelah jatuhnya rejim Saddam.

Setiap hari umat Islam dibunuh oleh Syiah yang didorong oleh “fatwa” para Mullah bahawa mencabut nyawa “An Nasibi” (gelar yang diberikan oleh Syi’i kepada Sunni) akan mendapat pahala dari Allah. Muhammad bin Ali Babawaihi al-Qummi telah meriwayatkan dari Daud bin Farqad: “Aku bertanya kepada Abu Abdullah as: Bagaimana pendapat engkau membunuh An Nasibi? Dia menjawab: Halal darahnya akan tetapi lebih selamat bila engkau sanggup menjatuhkan tembok atau menenggelamkan (mereka) ke dalam air supaya tidak ada buktinya. Aku bertanya lagi: Bagaimana dengan hartanya? Dia menjawab: Rampas sahaja semampu mungkin”. (‘Ilal Asy-Syar’i)

Tahun ini juga sebuah perang sedang berlangsung di Yaman. Dimana Tentera Syiah telah mengepung Universiri Darul Hadis sejak berbulan yang lalu. Terbaru telah gugur syahid seorang pemuda Melayu – rakyat Malaysia – akibat terkena bedilan peluru di kepalanya. Muhamad Hafefuddin Yusuf, 21 tahun telah gugur syahid di medan jihad. Beliau dibunuh oleh Syi’i.

Oleh itu, fikirkanlah wahai pembaca, apakah kita rela untuk bergabung bersama Syiah yang akan membunuh kita saat mempunyai peluang? Justeru “Katakan TIDAK kepada Syiah!”.

Abu Amru, Mohd Radzi Bin Othman
ILMU

Roslan Aziz Dan Ego Agamawan

Oktober 15, 2008

Mungkin telah Tuhan berikan wewenang kepada orang yang bersorban dan berjubah sahaja untuk berbicara tentang agama-Nya. Selain dari mereka itu adalah haram dan terlarang. Barang siapa yang berbicara tentang agama tanpa pernah ke Azhar atau ke pondok dan pasantren maka dia dianggap dhalal – sesat.

Logisnya ada, iaitu orang yang bersorban dan jubah ini kan yang belajar agama. Lalu sudah satu kepastian bahawa orang yang belajar agama lah yang mengerti akan hal agama. Ketimbang seorang yang belajar kejuruteraan, sudah pasti dia hanya mengerti akan ruang lingkup kejuruteraan semata dan amatlah cetek ilmunya dalam hal agama. Begitu juga seorang yang belajar agama tiada pengetahuan dalam hal kejuruteraan.

Justeru, biarkan orang yang bersorban dan berjubah itu berbicara semua hal-hal agama, dan ingatan keras kepada orang yang belajar ilmu lain untuk mencampuri ehwal religus. Dan kepada yang tak belajar apa-apa itu, lebih baik diam dan mengekor; kalau disuruh angguh maka angguklah. Kalau disuruh geleng maka gelenglah.

Tetapi dunia hakikat itu bukan seperti itu; ada manusia yang belajar agama tetapi dia tak mengerti apa yang dia pelajari. Dan ada yang belajar kejuruteraan tetapi dia memahami apa yang disampaikan oleh seorang ustaz. Malah ada banyak orang yang belajar ilmu sains dan dalam masa yang sama dia belajar ilmu agama.

Makanya kita harus kembali kepada akar, basis dalam pemahaman iaitu setiap bangsa akan memerlukan agama untuk diisi dalam degupan jantungnya. Lalu seorang Melayu sudap pasti akan punya basis sedikit tentang agamanya. Yang beda antara yang ke London mengaji sains dan yang ke Tanta mengaji Fiqh wa usulihi adalah yang ke Tanta itu lebih banyak mengerti agama.

Oleh kerana pemahaman itulah kita melihat para ustaz kita ini dibawah bayangan malaikat, atau pun persis seperti nabi – ma’sum dan terjaga dari kesalahan tafsiran agama. Padahal seorang nabi terkadang melakukan silap seperti kasus nabi membelakangkan seorang buta dan memberi penghormatan kepada pembesar kaumnya yang masih musyrik. Kerana pada pikiran sang nabi, andai pembesar ini memelok Islam nescaya kaumnya akan menuruti. Tetapi pikiran nabi nyata mendapat teguran dari Tuhan lalu turun ayat daro kolong langit menegur pikiran nabi. Akhirnya nabi memperbetulkan tindakannya. Ini makna ma’sum seorang nabi, iaitu dia terjaga dari segala kesilapan dan kesalahan, andai berlaku maka Tuhan terus memperbetukan dia.

Sebaliknya seorang agamawan itu maqamnya lebih tinggi dari rasul dalam hal berbuat sialp dalam tafsiran agama. Seolah-olah mereka adalah malaikat bersayap yang menjalankan arahan Tuhan. Sedikitpun mereka tak tergelincir kerna mereka telah diprogramkan oleh Tuhan. Maka apa saja yang mereka katakan itu berupa titah sang Gusti Agung Purbawisesa. Manusia sekeliannya harus tunduk patuh tanpa banyak bicara dan tanpa engkar.

Lalu seorang manusia yang entah apakah pengajiannya di Tanta atau paling kurang punya 4 thanawi dari pasantren atau dia tak belajar agama, itu tak dapat dipastikan. Tetapi yang pasti dia adalah manusia yang bergelumang dengan muzik, telah mencabar kewibawaan Manusia-Malaikat ini. Roslan Aziz adalah seorang komposer lagu, yang sudah pasti Islam tidak menyetujui pekerjaannya. Dia tak terkenal sebagai seorang ustaz seperti Ustaz Akil Khair atau seperti Rabbani yang ber-Gospel Islami. Dia tak terkenal dengan islamis, malah pernah masuk mahkamah atas tuntutan cerai dari bekas isterinya yang juga seorang penyanyi.

Tetapi Roslan telah berani memperkatakan sesuatu yang benar: “Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci,”

Ekoran itu Manusia-Malaikat ini pun tersentak lalu berang. Seperti anjing yang menyalak, bukit tak kan runtuh.  Maka sudap pasti Roslan akan dicemuh dan dibenci kerna kenyataannya itu. Hari ini Roslan telah mohon maaf secara rasmi di blog beliau. Mungkin kerana memikirkan bahawa Manusia-Malaikat itu punya sayap dan bisa sampai kerumahnya dalam sekejip mata. Maka dia harus cepat-cepat mohon maaf, selagi masih ada masa sebelum mereka muncul di depan katilnya mlm ini dan berfatwa “Kau Sesat dan menyesatkan”.

Saya tidak menyokong Roslan yang tidak puas hati kerana Ella dan Mas Idayu dilarang menyanyi di konsert 100 hari kemenangan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Tetapi saya suka kepada kenyatannya di atas yang berjaya mensifati golongan agamawan dengan satu hakikat yang telus dan jujur. Berani.

Sebenarnya apa yang dikatakan oleh Roslan adalah kebenaran. Umum ketahui bahawa orang agama seperti itu. Pantang bagi seorang agamawan untuk memohon maaf atas ketelanjurannya. Malah adalah mustahil baginya untuk mengatakan bahawa pikirannya songsang dan bercanggah dengan Islam!

Untuk bersikap adil, biarlah kita yang selalu ke masjid dan surau, serta yang mengikuti pengajian, akan senantiasa menyahut cabaran Roslan. Kita harus tanyakan sang penceramah itu akan sumber rujukannya, dan apakah rujukannya itu sah dari segi pemahaman dan nukilan.

Lantas setelah itu, kalau terbukti bahawa para agamawan kita ini mengerti akan sumber ucapan dan pengajaran mereka, kita telah berjaya mendapat ilmu yang benar. Tetapi andai mereka – Manusia-Malaikat – ini tidak mampu mengemukakan bukti keabsahan rujukan mereka, maka haruslah kita berlepas diri dari mereka.

Nasihat saya kepada para agamawan kita:

 ”Allah telah utuskan Roslan untuk membangkitkan kembali Kesarjanaan Ilmiah kalian dalam menghayati agama. Kalian harus buktikan kepada Roslan dkk [dan kawan-kawan] nya bahawa kalian mengetahui setiap rujukan yang kalian bicarakan, kalian mengetahui darjat setiap hadith yang kalian ujarkan. Dengan itu, Roslan dkk akan tertunduk malu kerana ucapannya berlawanan dengan kenyataan”.