Posts Tagged ‘Wahhabi’

Antara Tahaluf Syiasi Dan Realiti

Januari 7, 2012

Artikel ini adalah semudah membaca A, B dan C. Tetapi untuk menerima pembicaraannya memerlukan hati yang sebesar Gunung Himalaya.

A

Adalah kita mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Kedah, Dato’ Azizan kerana mengedarkan buku percuma kepada rakyatnya. Buku terjemahan dari seorang ulama’ besar Syiah, bertugas sebagai penolong Khomaini yang menemui jalan kebenaran dan diberi hidayah oleh Allah untuk meninggalkan jalan kesesatan.
Kitab berjodol “Kenapa Aku Tinggalkan Syi’ah” karya Dr. Sayid Musa Al-Musawi yang menggoncangkan ajaran Syiah Rafidhah satu ketika dahulu, sehingga kini masih tidak mampu dijawab oleh para Mullah yang dikatakan sebagai ayat-ayat Allah (Ayatullah).
Apa yang mereka lakukan adalah mengistiharkan kitab tersebut sebagai kitab yang banyak berdusta dan menyerang kredibiliti pengarangnya. Malah mereka cipta sebuah kitab yang jodolnya sama tetapi kandungannya memihak kepada ajaran mereka.

Natijah dari usaha ini, gerombolan Syiah di Kedah khabarnya ingin menfailkan saman ke atas Dato’ Azizan lantaran usahanya membenteras Syiah di Kedah. Memang kita maklumi bahawa dalam empat tahun ini dakyah Syiah berkembang pesat di Kedah, Kelantan dan Selangor. Sehinggakan ibu kepada teman saya di Sungai Petani telah diajak oleh kenalannya untuk menganut Syiah!

B

Bahawa kita mengucapkan syabas kepada Khairi Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO yang telah terus terang menolak kemasukan Syiah dalam UMNO. Dengan nada tegas beliau berkata “Syiah tidak boleh dalam UMNO”.

Ketegasan inilah yang kita perlukan dalam mentadbir negara. Malah ketegasan ini juga adalah lanjutan dari ketegasan para ulama’ Ahlus Sunnah sejak dari zaman sahabat untuk menjaga agama.

Mungkin ramai dari kita yang telah membaca sejarah Dinasti Abasiyah runtuh setelah Baghdad di rempuh oleh Tentera Tartar. Dalam catatan serajah, dinyatakan sejuta umat Islam menjadi korban dalam pencerobohan tentera Tartar. Itu belum lagi perawan yang dicabul dan para janda yang menderita akibat terkorbannya suami mereka.

Sebenarnya semua musibah ini telah direncana oleh kaum Syiah, yang diketuai oleh Perdana Menteri, Muhammad Bin Ahmad Al ‘Aqami. Dialah yang telah merancang bersama Nashiruddin Ath Thusi, penasihat Holagu Khan agar tentera Tartar melanggar Baghdad.
Al ‘Aqami telah menasihatkan agar Sultan mengurangkan jumlah tentera daripada 100 ribu kepada 20 ribu dengan alasan Tentera Tartar lemah dan sedikit jumlahnya. Tartar adalah orang gasar yang tidak bertamadun. Maka sultan pun menurut nasihat Perdana Menterinya, seorang Syiah.

Sementara Ath Thusi pula telah menceritakan tentang benteng-benteng pertahanan Abasiyah kepada Holagu Khan. Bagaimana dia dapat menyelinap masuk ke dalam benteng tersebut? Tanyalah kepada Al ‘Aqami! Bagaimana Holagu mengetahui tentera Abasiyah telah berkurangan? Tanyalah juga kepada Al ‘Aqami!

Syaikh Muhibbuddin Al Khathib berkata: “Tetapi pada tahun 655H, Ath Thusi telah berpaling tadah dan menjadi salah seorang perancang aktif untuk menggulingkan kerajaan Abasiyah. Ath Thusi juga telah ikut serta sebagai salah seorang pemandu jalan kepada angkatan tentera Holagu yang datang menyerang kota Baghdad dan beliau jugalah yang mengarahkan pembunuhan dan penyembelihan missal oleh pihak tentera Holagu ke atas kaum Muslimin” (Al Khutot Al Areedhah, telah diterjemah kepada Hakikat Agama Syiah Imam Dua Belas)

Syekh juga berkata: “Di dalam melakukan pengkhianatan seperti yang telah dihuraikan di atas, Ath Thusi tidak hanya bersendirian sahaja. Dia telah dibantu oleh dua orang rakan karibnya iaitu: pertama, seorang menteri di dalam kerajaan Abasiyah yang telah dijatuhkan itu sendiri. Menteri berkenaan bernama Muhammad Bin Ahmad Al ‘Aqami, seorang tokoh Syiah yang sangat disegani”.
Tetapi rupanya Ath Thusi mendapat sanjungan yang menggunung dari tokoh-tokoh Syiah. Mullah Syiah yang bernama Muhammad Baqir Al-Musawi dalam kitab Raudhat Al-Jannat ketika menulis tentang Ath Thusi: “Dia adalah seorang peneliti, pembicara, orang yang bijaksana, yang baik dan mulia..”

Khomaini dalam kitabnya Al-Hukumah Al-Islamiyah berkata: “Apabila situasi taqiyyah (kepura-puraan) mengharuskan salah seorang dari kita untuk masuk ke dalam barisan para penguasa, maka hal itu harus ditolak, walaupun penolakan tersebut berakibat dia dibunuh, kecuali masuknya dia secara formal membawa kemenangan yang nyata bagi Islam dan kaum muslimin, seperti masuknya Ali bin Yaqtin dan Nashiruddin Ath Thusi rahimahumallah”.

Kalau kita mengimbas kebelakang sehingga saat Perang Jamal, maka dengan jelas kita akan melihat bagaimana Al ‘Aqami dan Ath Thusi telah mengambil pelajaran dari tindakan pendahulunya. Lihatlah bagaimana kaum Syiah melakukan rencana agar para sahabat berperang antara satu sama lain. Mereka melepaskan panah milik tentera Ali ke kemah A’isyah dan melepaskan panah milik pasukan Talhah ke kemah Ali. Rentetan daripada itu, meletuslah Perang Jamal dan terkorbanlah beberapa orang sahabat.

Oleh itu, sepanjang sejarah Ahlus Sunnah, mereka tidak pernah untuk mempercayai seorang Syi’i. Malah mereka tidak pernah untuk bergabung dengan Syi’i dalam memperjuangkan Islam atau kebenaran. Kerana sekiranya Syiah ingin memperjuangkan kebenaran maka mereka wajib untuk meninggalkan agama syiah dan kembali kepangkuan Sunnah. Sekiranya Syiah ingin menegakkan Islam maka wajiblah mereka terlebih dahulu mensucikan aqidah mereka dari kekufuran.

Ironinya, untuk apa kita – Ahlus Sunnah – bergabung bersama mereka hanya semata-mata untuk meraih kerusi pemerintahan, walhal Allah Ta’ala yang memberikan kekuasaan dan mencabut pemerintahan tersebut. Kita bergabung bersama para pencarut sahabat; yang mengatakan bahawa isteri Rasulullah saw adalah penzina dan pelacur. Sepertinya kita merelakan ucapan bahawa Rasulullah saw telah mengahwini seorang wanita bejat dan kemudian Rasulullah saw menobatkan wanita bangsat tersebut menjadi ibu kita semua.

Wallahi apakah kita redha apabila ada seorang berkata “ibu engkau adalah pelacur” dan kemudian kita dengan senyum kembang sampai ke telinga akan bersahabat dan berjuang bersamanya untuk menegakkan kebenaran! Kita dan dia – yang mengatakan bahawa “ibu engkau adalah pelacur” – berteriak di atas mimbar dan berkata “Tiada hukum melainkan hukum Allah”, “Islam, the way of life” serta “Membangun Bersama Islam”. Ironi bukan?

 

C
Cuma sebuah tindakan bodoh apabila kita membuka dakapan untuk memeluk Syiah diatas nama “upaya menegakkan Islam” atau tahaluf syiasi (strategi politik). Malah tindakan ini juga menunjukkan bahawa kita tidak mengerti manhaj (jalan) Ahlus Sunnah dalam menyikapi aliran sesat seperti Syiah. Sedangkan para ulama Ahlus Sunnah telah mengarang berbagai kitab dalam masalah ini. Apakah kita tidak membacanya? Idea Tahaluf Syiasi ini sangatlah tidak ilmiyah melainkan hanya lahir dari orang dungu – ruwaibidhah (orang kerdil yang mengaku ulama’)

Malah menunjukkan bahawa golongan yang melakukan “tahaluf syiasi” merupakan manusia yang boleh diibaratkan sebagai katak di bawah tempurung. Mereka hidup di dunia fantasi, jauh dari alam realiti. Kerana jika mereka hidup pada alam nyata pasti mereka akan mengetahui bahawa pembersihan mazhab sedang berlaku di Iraq setelah jatuhnya rejim Saddam.

Setiap hari umat Islam dibunuh oleh Syiah yang didorong oleh “fatwa” para Mullah bahawa mencabut nyawa “An Nasibi” (gelar yang diberikan oleh Syi’i kepada Sunni) akan mendapat pahala dari Allah. Muhammad bin Ali Babawaihi al-Qummi telah meriwayatkan dari Daud bin Farqad: “Aku bertanya kepada Abu Abdullah as: Bagaimana pendapat engkau membunuh An Nasibi? Dia menjawab: Halal darahnya akan tetapi lebih selamat bila engkau sanggup menjatuhkan tembok atau menenggelamkan (mereka) ke dalam air supaya tidak ada buktinya. Aku bertanya lagi: Bagaimana dengan hartanya? Dia menjawab: Rampas sahaja semampu mungkin”. (‘Ilal Asy-Syar’i)

Tahun ini juga sebuah perang sedang berlangsung di Yaman. Dimana Tentera Syiah telah mengepung Universiri Darul Hadis sejak berbulan yang lalu. Terbaru telah gugur syahid seorang pemuda Melayu – rakyat Malaysia – akibat terkena bedilan peluru di kepalanya. Muhamad Hafefuddin Yusuf, 21 tahun telah gugur syahid di medan jihad. Beliau dibunuh oleh Syi’i.

Oleh itu, fikirkanlah wahai pembaca, apakah kita rela untuk bergabung bersama Syiah yang akan membunuh kita saat mempunyai peluang? Justeru “Katakan TIDAK kepada Syiah!”.

Abu Amru, Mohd Radzi Bin Othman
ILMU

Mempelajari Kaedah Rahsia Dalam Berhujjah

Disember 13, 2011

Saya akan ajarkan kepada para pembaca beberapa kaedah berhujjah yang terkenal dalam umat Islam.Camkanlah hal ini dengan baik dan ingatlah ia kerana perkara ini akan selalu kita hadapinya. Kaedah ini merupakan teknik rahsia yang hanya diketahui oleh mahaguru tertinggi.

Kaedah Pertama

Salah satu darinya adalah kita mendustakan kitab yang ditulis oleh tokoh yang menyerang pemahaman kita. Kita ciptalah pelbagai alasan agar tuduhan itu nampak rasional dan boleh diterima oleh masyarakat yang tidak mengetahui hakikat sebenar.

Kita ada tiga pilihan untuk tujuan tersebut; pertama kita katakan bahawa kitab itu telah dirubah oleh penerbit ataupun pentahqiq yang memang bermusuhan dengan mazhab kita. Mereka (penerbit atau pentahqiq) telah memadam perkataan sebenar tokoh tersebut dan memasukkan perkataan palsu lalu diatasnamakan pada tokoh berkenaan.

Kedua; kita katakan saja bahawa kitab itu ditulis semasa tokoh tersebut sesat atau pada fasa awal kehidupannya; sementara beliau telah ruju’ (taubat) di penghujung nafas sebelum meninggal dunia. Lantas sebab itulah kandungan kitab tersebut menyalahi aqidah kita.

Ketiga; kita terus nafikan kitab itu ditulis oleh tokoh tersebut sebaliknya kita lemparkan tuduhan bahawa kitab itu ditulis oleh musuh kita lantas dinisbatkan kepada tokoh ternama tadi.

Kita lakukan hal ini agar masyarakat tidak mengesyaki bahawa imam tersebut tidaklah beraqidah seperti aqidah kita walaupun kita menamakan mazhab kita sempena nama beliau. Seperti yang telah kita lakukan kepada kitab Al Ibanah Al Ushul Ad Diyanah karya Imam Asya’ari.

Sekiranya kita membenarkan kitab Al Ibanah itu sebagai antara karya terakhir sang imam, pasti secara automatik kita terpaksa mengakui bahawa aqidah yang kita sandang merupakan aqidah yang melencong. Malah Imam Asya’ari berlepas diri dari aqidah yang kita anut. Serta dengan nyata Imam Asya’ari menetapkan dalam kitabnya bahawa mazhab Salaf sebagai aqidah yang benar.

Oleh itu bagi memastikan survival mazhab kita, kita wajib bermati-matian untuk mendustakan kitab tersebut walaupun para imam Ahlus Sunnah sepakat untuk menerima kitab itu. Seperti Ibnu Asakir, Imam Ad Dzahabi, Ibn Katsir dan banyak lagi para imam yang mengakui kitab tersebut antara karangan terakhir Imam Asya’ari.

Kaedah Kedua

Kaedah seterusnya adalah memalsukan perkataan para imam agar masyarakat melihat imam-imam Ahlus Sunnah bersama-sama dengan kita dalam mazhab yang kita anut. Dengan demikian kita akan mudah mempengaruhi masyakat untuk menerima dakwah kita; terutamanya bila kita berkata “pemahaman yang kita perjuangkan ini merupakan lanjutan dari pemahaman para salafus soleh. Buktinya kita memiliki senarai panjang nama ulama’ yang beraqidah seperti kita”.

Lantas kita katakan Imam Syafi’e menolak khabar ahad sebagai dasar aqidah. Juga katakan bahawa tokoh lain pun sama sependirian dengan Imam Syafi’e seperti Ibn Taimiyah, Ibn Katsir, Ibn Hajar Asqalani, Imam Nawawi dan banyak lagi.

Lantas kita ambil perkataan mereka yang bersifat umum lalu kita asak perkataan tersebut agar kelihatan bersesuai dengan aqidah kita. Justeru kita katakan kepada masyarakat: “Kita tidak wajib untuk mempercayai qadar, azab kubur, turunnya Isa, keluarnya Dajjal, dan banyak lagi hal-hal yang Rasulullah saw ceritakan tentang perkara akhir zaman.

Kita ambil contoh seperti Hizbut Tahrir yang mengatakan Ibn Hajar menolak keimanan yang bersumber dari hadis ahad. Kita katakan bahawa ucapan beliau dinukil dari kitab magnum opusnya iaitu Fathul Bari Syarah Shahih Bukhari. Balam masa yang sama kita sedia maklum bahawa dalam Fathul Bari, Imam Ibn Hajar menetapkan keimanan kepada qadar dan menentang orang yang menolaknya dengan memanggil mereka sebagai Qadariyah. Sang Imam beriman adanya azab kubur dan banyak lagi hal-hal keimanan yang berasaskan kepada hadis ahad.

Dalam masa yang sama kita berharap agar umat tidak membaca kitab-kitab aqidah para imam tersebut. Dan memang kita tahu bahawa orang awam tidak pernah melihat kitab aqidah mereka. Malah kita juga tahu bahawa ramai para guru tidak pernah membaca kitab-kitab aqidah para Imam Ahlus Sunnah ini walaupun mereka belajar jurusan aqidah dan usuluddin di universiti.

Kita boleh tanyakan kepada para guru yang mengajar kita, apakah mereka pernah membaca kitab Ar Radd Alal Jahmiyah karya Imam Ahmad? Ar Radd Alal Jahmiyah oleh Imam Bukhari? Ushul As Sunnah oleh Imam Al Humaidi? Kitab Nuzul Wal Kitab Sifat oleh Imam Daruqutni? Kitab Isbat As Sifat Al Ulwi oleh Imam Ibnu Qudamah dan banyak kitab para imam Ahlus Sunnah yang mu’tabar. Pasti mereka akan berkata “Saya belum pernah membacanya dan kalau ada, saya takut isinya telah dirubah oleh penerbit dan pentahqiq”.

Bagus! Jawapan yang diberikan oleh guru kita itu telah mengikut teknik yang telah kita pelajari diatas tadi. Bukankah telah saya katakan bahawa teknik ini akan kita hadapinya selalu dalam kehidupan beragama.

Kaedah Ketiga

Teknik yang terakhir adalah mewujudkan keraguan terhadap kredibiliti tokoh tersebut agar masyarakat menolak tokoh tersebut sekaligus menelantarkan kitab atau hujjah yang telah digunakan oleh tokoh tersebut dalam menentang mazhab kita.

Kaedah ini banyak diadaptasi dalam perbicaraan mahkamah agar perkataan saksi akan ditolak apabila didapati tidak adil, atau pendusta, atau berniat jahat, atau bersubahat dan sebagainya.

Seperti Syiah yang mengatakan bahawa para sahabat itu menjadi murtad apabila wafatnya Rasulullah saw, melainkan 4 orang sahaja yang masih Islam. Dan mereka mengambil agama dari empat orang inilah, kononnya.

Mereka juga mengatakan bahawa Ummul Mu’minin – A’isyah – itu merupakan pelacur dan perempuan jalang. Lebih keji lagi apabila Khomaini mengatakan bahawa Abu Bakr dan Umar merupakan berhala dan dia berazam untuk mengorek jasad kedua mereka jika dia berjaya menakluki Madinah satu hari nanti.

Justeru bagi merealisasikan kaedah ini; kita katakan sahaja bahawa Ibn Khuzaimah, Imam Ad Darimi dan Imam Izz Abdis Salam sebagai mujassimah (kaum yang menjisimkan Allah) kerana kita dapati bahawa mereka telah mengarang kitab yang menentang aqidah kita. Malangnya kitab mereka itu tidak mampu untuk dibantah secara ilmiyah oleh kita.

Oleh itu apabila kita menyebarluaskan penyesatan keatas mereka, kita berharap masayarakat akan menolak mereka sekaligus akan meninggalkan hujjah-hujjah mereka serta kitab aqidah mereka. Kita wajib berusaha untuk menolak kitab Ar Radd Alal Jahmiyah oleh Imam Ad Darimi agar aqidah yang kita anut tidak diketahui bertentangan dengan aqidah para sahabat Nabi saw.

Walaupun kita mengetahui bahawa seluruh ulama’ Ahlus Sunnah mengiktiraf mereka sebagai ulama’ mutabar, imam di zamannya, tokoh yang berpegang teguh dengan sunnah, ilmuan yang meniti jalan Rasulullah saw; namun kita juga mengetahui bahawa masyarakat awam tidak mengetahui hakikat ini.

Masyarakat hanya tahu beberapa nama sahaja seperti nama Imam Syafi’e, Imam Nawawi, Ibn Katsir dan Imam Ibn Hajar. Lebih menarik masayarakat hanya sekadar menghafal nama mereka namun tidak pernah membaca kitab-kitab mereka terutamanya kitab aqidah mereka.

Contohnya Imam Ad Darimi merupakan murid kepada Imam Ahmad, Ali Al Madini dan Yahya bin Ma’in; yang merupakan tokoh ulama’ agung. Malah Imam Ad Darimi juga merupakan guru kepada imam-imam yang hebat seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Tarmizi, Abu Zur’ah, Abu Hatim, Imam Abu Dawud dan banyak lagi. Masyarakat tidak mengetahuinya. Malah mungkin inilah kali pertama mereka mendengar nama “Ad Darimi”.

Sekiranya kita mengatakan Imam Ad Darimi sebagai sesat, pasti orang yang cerdik akan mengetahui bahawa secara tersiratnya kita turut menyesatkan guru beliau iaitu Imam Ahmad, dan juga seluruh muridnya iaitu Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Tarmizi, Imam Abu Dawud dan banyak lagi.

Namun kita percaya perbuatan kita ini tidak akan dihidu oleh orang awam melainkan yang memiliki ilmu dan yang ikhlas mencari kebenaran walaupun mendapat tentangan.

Perbezaan Antara Islam dan Agama Lain

Mac 21, 2011

“Apa yang membezakan Islam dan agama lain?”

Ini sebuah pertanyaan yang tidak wajar dijawab secara terus. Kerana semua agama mengakui kewujudan Allah dan keesaan-Nya dalam penciptaan makhluk. Seharusnya kita menerangkan tentang mengesakan Allah dari sisi penciptaan dan penyembahan terlebih dahulu.

Ada banyak bukti yang boleh dijelaskan tentang kenyataan diatas. Dengan terang Allah telah memberi isyarat bahawa kaum kafir mengakui kewujudan Dia dan mereka semua mengetahui bahawa Dia lah yang mencipta, mematikan, mentadbir dan memberi penghidupan.

Allah menyuruh Nabi kita untuk menanyakan soalan tentang penciptaan alam kepada kaum kuffar. “‘Tanyakanlah (wahai Muhammad): ‘Kepunyaan siapakah bumi ini dan segala yang ada padanya, kalau kamu mengetahui?’ Mereka menjawab: ‘Kepunyaan Allah’”. (Surah al Mu’minum 2:84).

Oleh kerana itu, bagi sesiapa yang beriman dengan hati dan mengakui dengan perbuatan, bahawa Al Qur’an adalah perkataan Allah, pasti dia akan menerima semua perkhabaran yang terkandung dalam kitab ini. Termasuklah bukti bahawa seluruh manusia telah mengetahui bahawa yang menjadikan seluruh makhluk adalah Allah sahaja.

“Lantas apakah agama lain juga mengaku Allah sebagai Pencipta”?

Benar! Agama lain seperti Hindu, Buddha, Jaina, Confucius, Nasrani dan Yahudi; semuanya mengakui bahawa Allah yang menciptakan mereka. Namun yang berbeza adalah sebutan dan huraiannya. Ibarat orang Arab memanggil Nabi Daud sedangkan orang Nasrani memanggilnya dengan nama David. Padahal Daud dan David bukanlah dua individu berbeza sebaliknya adalah seorang lelaki yang sama.

Maka ada yang memanggil Allah, ada yang memanggil Brahman, ada yang memanggil Yehwah, ada yang memanggil Tuhan Bapa, ada yang memanggil Maharaja Dewa; namun semua makna itu menunjuk kepada Rabbul Izzati iaitu Allah Azzawajalla.

Dalam Prasthanatrayi — iaitu terdiri dari kitab Upanishad, Bhagavad Gita dan Brahma Sutra disebutkan filsafat Adwaita Wedanta yang bererti “tak ada duanya”. Menjelaskan Brahman adalah Tuhan Yang Esa. Brahmanlah yang menjadikan seluruh makhluk ini. Dia menjadikan makhluk ini daripada Nur-Nya. Dari cahaya Dirinya itulah terbentuk alam dan segala isinya. Dari cahaya itu juga terbentuk para dewa yang memastikan alam ini teratur. Maka jika kita melihat seorang Hindu menyembah Kali atau Siva atau Krishna, maka mereka hanyalah bertawasul dengan para dewa tersebut. Sedang hati dan iman mereka tetap mengakui “Omm Brahman” iaitu “Allah hu Ahad”.

Masalah ini boleh difahami dengan cemerlang oleh golongan Sufi dan Syiah. Kerana kebanyakan ahli sufi menganut akidah Nur Muhammad atau akidah Nur Panjtan dalam kitab-kitab Syiah seperti dalam Kitabu al Khisal. Petikan dibawah ini telah saya mudahkan bahasanya.

Syeikh Nawawi Bantan menulis dalam Madarijus Su’ud berupa syarah kepada kitab Maulid Nabawi karangan Syed Jaafar: “Bila Allah hendak menjadikan semua makhluk dengan merendahkan bumi dan meninggikan langit, maka Dia menggengam satu genggaman dari Cahaya-Nya. Dia pun berkata kepada Cahaya-Nya itu: ‘Jadilah Engkau Muhammad’. Maka cahaya itupun menjadi sebuah tiang cahaya yang berkilau-kilauan sampai kepada tabir kegelapan lalu cahaya itu pun sujud dengan berkata: ‘Segala puji bagi Allah’. Maka Allah berfirman: ‘Untuk itulah Aku ciptakan engkau dan Aku namakan engkau sebagai Muhammad. Daripada kamulah Aku memulakan kejadian makhluk ini dan denganmulah aku menyudahi Rasul-Rasul’. Kemudian Allah membahagikan Cahaya-Nya itu kepada empat bahagian pula. Daripada bahagian pertama dijadikan Lauh (Luh Mahfuz), daripada bahagian kedua dijadikan Qalam…. Kemudian daripada bahagian ketiga Cahaya itu Allah menjadikan Arsy. Bahagian keempat pula dibahagikan kepada empat bahagian….”

Aqidah Nur Muhammad ini telah dinyatakan sesat oleh JAKIM dan para ulama Ahlus Sunnah sepanjang zaman. Disini bukan tempat untuk membahas masalah aqidah Nur Muhammad yang batil ini. Saya membawakannya adalah sebagai perbandingan semata-mata dan sebagai contoh untuk memahami huraian Agama Hindu tentang Keesaan Allah dan kewujudan para dewa, atau boleh diertikan dalam bahasa Arab dengan kata “malaikat”.

“Kalau semua agama mengakui Allah itu Esa, mengapa dikatakan sesat?”

Jawapan kepada pertanyaan ini dapat dirungkai sekiranya kita mengetahui tujuan pengutusan setiap Nabi dan Rasul. Juga kita boleh menjawabnya bila kita mengetahui jenis pengingkaran kaum kuffar terhadap Allah.

Allah menyatakan dalam Al Qur’an bahawa Dia mengurus Nabi dan Rasul adalah untuk mentauhidkan Allah dari sisi Uluhiyyah (penyembahan) dan Asma Wal Sifat (nama dan sifat Tuhan). “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): `Sembahlah Allah (sahaja), dan jauhilah Thaghut itu’” (An Nahl : 36). Cuba lihat seruan para Rasul itu, iaitu menyuruh untuk menyembah Allah semata-mata. Bukan untuk mengesakan Allah sebagai Pencipta, Pemberi Rezeki, Pengatur Alam dan Raja segala Raja, kerana hal ini sudah diakui oleh setiap jiwa.

Satu ketika Rasulullah saw mendengar talbiah kaum Arab Musyrikin semasa haji. Mereka berkata: “Aku terima panggilan-Mu yang tidak ada sekutu bagi-Mu, kecuali sekutu yang layak untuk-Mu, Engkau menguasainya dan dia tidak berkuasa”. Maka sabda Rasulullah: “Mereka telah mengesakan Allah sekiranya mereka meninggalkan perkataan “kecuali sekutu yang layak untuk-Mu’”. (H.R Muslim)

Justeru, umat manusia diingatkan oleh Allah untuk membersihkan ibadat – sama ada ibadat jasmani atau ibadat hari – daripada mempersekutukan Allah. Allah berfirman: “Oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadah dan bawaanmu kepada-Nya. Ingatlah kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih. Dan orang musyrik yang mengambil selain Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (berkata): ‘Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkaan kami kepada Allah sehampir-hampirnya’”. (Surah Az Zumar 39: 2-3)

Lantaran itulah Imam As Son’ani, pengarang Subulus Salam berkata dalam kitab Tathir al I’tiqad: “Segala puji bagi Allah yang tidak menerima tauhid Rububiyyah para hamba-Nya sehinggalah mereka mentauhidkan-Nya dengan tauhid al Ibadah (al Uluhiyyah) dengan sebenar-benarnya. Selain itu mereka tidak mengambil sebarang sesembahan serta tidak bermohon disamping-Nya kepada selain-Nya serta tidak bertawakkal kecuali kepada-Nya”.

Tauhid Rububiyah adalah keyakinan secara pasti bahawa Allah adalah pencipta, pemberi rezeki, pentadbir alam ini tanpa memerlukan sekutu lain. Sedangkan Tauhid Uluhiyah adalah keimanan bahawa segala pengibadatan hanya layak diberi kepada Allah tanpa ada sekutu. Sementara Tauhid Asma wal Sifat pula bermakna bahawa beriman secara pasti dengan nama-nama Allah serta sifat-sifat-Nya yang termaktub dalam Al Qur’an dan As Sunnah tanpa perubahan (tahrif), pembatalan (ta’thil), membuat gambaran (takyif) dan tanpa membuat persamaan (tamthil).

Seorang Majusi yang mengakui bahawa Brahmin adalah Allah Yang Esa tetapi dalam masa yang sama mereka berdoa, bernazar, bertawakkal, berhaji dan seluruh ibadat lain; disembahkan kepada Dewa Krishna dan dewa yang lain. Begitu juga seorang Nasrani yang mencintai Tuhan Bapa iaitu Allah Yang Esa namun dalam masa yang sama mereka menetapkan bahawa Allah itu memiliki anak – Jesus (Isa Bin Maryam). Kemudian mereka berdoa dan memohon perlindungan kepada Tuhan Anak (Nabi Isa) ini.

Sedangkan Islam memurnikan segala ibadat tanpa perlu ada wasilah (perantara). Ibadat harus terus kepada Allah. Islam mengajak manusia supaya bebas daripada seluruh kesyirikan. Islam menyatakan bahawa sekiranya Allah yang mencipta maka sudah pasti Dia juga yang layak untuk diibadahi. Malah melalui perkataan-Nya jugalah manusia harus mensifatkan diri-Nya tanpa membuat praduga. Inilah Islam yang sebenar. Islam yang datang dari Ilahi.

Namun ada kelompok umat Islam yang menyesatkan pembahagian tauhid kepada tiga seperti Hassan as Saqaf dan Abdullah al Harari. Mereka mengatakan bahawa pembahagian ini adalah batil. Seolah-olah kelompok ini mahu menyesatkan para imam Ahlus Sunnah yang menggunakan pembahagian ini seperti Imam Ibn Mandah, Imam Ibn Jarir, Imam Qurtubi, Imam Ibn Katsir, Imam As Son’ani, Imam al Maqrizi, Imam Ibn Hibban dan selainnya. Silalah baca karangan-karangan para imam ini. Syeikh Bakar Abu Zaid berkata: “Betapa jelas perkara ini sehingga menyamai pengetahuan masyarakat Arab terhadap pembahagian tatabahasa Arab kepada isim, fi’il serta huruf” (al Tahzir min Mukhtasirot al Sobuni fi Tafsir).

Pengajaran Dari Mantan Tokoh Ajaran Sesat

Mac 21, 2011

Kisah Taubat Imam Abul Hasan Al Asya’ari

Ada sebuah kisah yang sangat menarik untuk dicermati. Kisah tentang seorang tokoh sesat yang kemudiannya bertaubat lalu menjadi seorang yang terkemuka dalam mazhab Ahlus Sunnah. Ibnu Asakir berkata dalam kitab beliau;

“Abul Hasan Al Asya’ari adalah seorang yang bermazhab Mu’tazilah dan menganut mazhab ini selama 40 tahun. Dalam pandangan mereka beliau adalah imam. Kedudian beliau menghilangkan diri selama 15 hari lantas tiba-tiba muncul di masjid jami’ di kota Basrah dan naik mimbar setelah solat Jumaat seraya berkata: ‘Para hadirin sekelian, aku menghilang dari kalian selama beberapa hari kerana ada dalil-dalil yang bertentangan dan sama kuat, namun aku tidak dapat menetapkan mana yang haq dan mana yang batil dan tidak mampu membezakan mana yang batil dan mana yang haq. Kemudian aku memohon kepada Allah swt maka Dia memberiku petunjuk dan aku tuangkan ke dalam bukuku ini. Dan aku melepaskan semua aqidahku yang dahulu aku pegang sebagaimana aku melepaskan bajuku ini”. [Tabyiin]

Abul Hasan Al Asyaari telah menyesatkan umat manusia selama 40 tahun sehingga mazhab sesat ini bertambah kuat dan menguasai pemikiran kaum mulimin. Beliau bukan sahaja menyebarkan kesesatan malah menganjurkannya. Aqidah yang beliau sebarkan itu berupa aqidah yang batil. Sebuah kesalahan yang sangat berat; melebihi dari membunuh sejuta jiwa, melebihi dari mencemar nama Islam dan sunnah – yang dengan aqidah ini banyaklah umat akan digiring ke neraka. Malah Islam yang satu wajah itu berubah rupa dan bentuk. Islam Mu’tazilah tidak lagi serupa dengan Islam yang dianut oleh sahabat.

Namun hidayah itu milik Allah jua. Abul Hasan Al Asya’ari berkata tentang ‘kehilangan 15 hari’: “Selama beberapa malam aku gelisah dengan aqidah yang sedang aku anut. Lantas aku berdiri melaksanakan solat dua rakaat. Lalu aku mohon kepada Allah swt  agar Dia menunjuki kepada jalan yang lurus, kemudian aku tertidur. Aku melihar Rasulullah saw dalam mimpiku lantas aku mengadukan kepada baginda tentang masalah yang sedang menyeliputiku. Rasululla saw bersabda kepadaku ‘Peganglah sunnahku!’ kemudian aku pun terbangun. Setelah itu aku membandingkan masalah-masalah ilmu kalam yang aku dapati, dengan Al Qur’an dan Hadith. Aku pun berkesimpulan untuk berpegang teguh dengan Al Qur’an dan As Sunnah  serta membuang ilmu-ilmu selainnya”. [Al Ibanah: Buku Putih Imam Asyaari]

Ajaran Mu’tazilah Melahirkan Islam Rasional

Mazhab sesat Mu’tazilah ketika itu sangat berpengaruh sehingga menjadi mazhab rasmi kerajaan. Gandingan sang penulis yang hebat – Al Jubai – dengan sang pemidato yang petah – Abul Hasan – menyebabkan Ahlus sunnah semakin terpinggir. Manusia tidak mahu menaruh perhatian kepada Sunnah tetapi lebih gemar untuk mendepankan rasional. Sunnah sudah tidak memberi kepuasan dalam hati mereka melainkan sunnah itu harus ditafsir mengikut akal fikiran manusia.

Tokoh-tokoh Mu’tazilah bukanlah orang badawi, sebaliknya adalah para alim yang mendalam ilmunya. Mereka membaca ratusan kitab, menulis puluhan buku, mengajar dan berfatwa, berserban dan berjubah. Tetapi semua itu tetap tidak menjadikan mereka berdiri atas kebenaran.

Namun dengan taubatnya Abul Hasan ini menyebabkan kaum Mu’tazilah terkedu dan akhirnya menguncup. Tetapi mazhab sesat ini tidak lah hapus langsung dari dunia melainkan menjelma pada setiap zaman dengan berbagai-bagai nama dan rupa.

Mereka tidak menggunakan nama Mu’tazilah lagi. Mereka tidak mengagungkan nama Washil Bin Atha lagi. Tetapi mereka tetap berpegang teguh kepada falsafah Mu’tazilah iaitu: “Sesuatu dalil itu harus bersesuaian dengan akal. Jika sebuah dalil menyalahi akal waras, bererti dalil tersebut batil, lantaran dalil yang sah harus dicerna oleh akal yang waras”.

Oleh itu lahirlah beberapa aliran yang berasaskan falsafah ini antaranya adalah Ikhwan As Safa’ dan juga Hizbut Tahrir. Malah mazhab ini turut berkembang menjadi Islam Liberal atau Islam Rasional. Semua mereka ini mengangungkan akal dalam beragama. Lebih malang lagi fikiran rasional yang mereka tempuh itu bersumber dari barat.

Penafian Adalah Alasan Manusia Tidak Berhujjah

Kembali kepada Imam  Abul Hasan Al Asyaari; setelah beliau taubat maka beliau mengarang beberapa kitab untuk menjelaskan aqidahnya dan kemudian merobohkan aqidah-aqidah sesat yang lain. Lahirlah dari hujung jarinya kitab Al Ibanah Al Ushul Ad Diyanah yang menjelaskan aqidahnya. Sebuah aqidah yang mengikut aqidah Imam Ahmad. Inilah aqidah Ahlus Sunnah. Kemudian kitab Al Luma, begitu juga kitab Maqalat Al Islamiyyin.

Ironinya apabila ada manusia yang  menafikan kitab tersebut sebagai hasil buah tangaan beliau. Bersungguh-sungguh mereka mengatakan bahawa kitab itu dikarang oleh orang lain. Ada juga dari mereka yang mengatakan bahawa kitab itu dikarang ketika awal kehidupannya iaitu sebelum beliau bertaubat. Dan kelompok yang terakhir pula mengakui bahawa kitab Al Ibanah itu memang hasil tulisan beliau tetapi sudah diubahsuai oleh kelompok Wahabi.

Ada dua pilihan dalam ketiga-tiga fitnah ini iaitu pertamanya adalah melihat kitab Al Luma dan Maqalat Al Islamiyyin; bahawa ketiga-tiga kitab ini menceritakan hal yang sama sehingga menafikan tuduhan tersebut. Keduanya adalah meninggalkan keseluruhan kitab beliau dengan anggapan “berjaga-jaga” dengan kegelinciran beliau, dan melihat terhadap kitab-kitab ulama Ahlus Sunnah sebelum beliau yang tidak pernah menganut ajaran sesat dan tersohor dikalangan ulama Sunnah seperti Imam Ahmad Bin Hanbal, Imam Barbahari, Imam Al Laalikai dan Imam Shabuni. Maka dari kitab-kitab aqidah mereka, kita akan menemui aqidah Ahlus Sunnah yang tulen, seterusnya aqidah tersebut sama seperti yang tertuang dalam Al Ibanah.

Justeru, sikap menafikan sesuatu yang nyata kebenarannya adalah lumrah bagi kelompok yang tidak memiliki hujjah. Selain itu mereka juga akan menabur fitnah agar masyarakat meninggalkan kebenaran dan berpihak kepada mereka. Walhal mulut mereka sentiasa mensenandungkan lagu keagamaan dan kebenaran sedangkan hati mereka merasa benci kepada as sunnah dan para pejuangnya.

Merasionalkan Agama Adalah Kelakuan Mu’tazilah

Puncanya kerana setengah manusia percaya bahawa akal yang Allah berikan merupakan alat terbesar dalam menentukan baik – buruk, halal – haram, pahala – dosa dan benar – salah. Padahal akal adalah sebuah alat yang mempunyai batas kemampuan dan terdedah kepada kerosakan dan kecederaan.

Tetapi pengagung akal tidak memandang masalah tersebut sebagai dalil untuk tunduk kepada hujjah agama – dalil naqli. Oleh itu seluruh sendi-sendi agama yang dibangunkan melalui Al Qur’an dan As Sunnah yang mengikut acuan Pemahaman Sahabat dirubah mereka atas semangat “mordenisasi”.

Semua kelakuan yang menentukan baik – buruk dalam sesuatu masalah agama disandarkan pada akal adalah kesinambungan Mu’tazilah. Apabila dibawakan sebuah hadith – malah berpuluh-puluh hadith yang semakna – maka mereka akan membantahnya dengan rasional.

Kaedah Menasihati Pemimpin Yang Melakukan Kesalahan

Contohnya apabila ulama Ahlus Sunnah membawakan sekian banyak hadith untuk tidak melepaskan ketaatan kepada pemimpin Muslim yang berkuasa selagimana mereka menunaikan solat Jumaat dan Solat Eid berjamaah.

Namun oraang yang mengagungkan rasional – neo mu’tazilah – ini akan menyangkal hadith tersebut dengan membawakan rasional nya. Begitu juga ketika ulama Ahlus Sunnah membawakan hadith untuk menasihati pemimpin secara sembunyi-sembunyi:  maka mereka sekali lagi melawan hadith tersebut dengan akal mereka.

Lalu ketika tampil seorang alim yang mengikuti manhaj Salaf – jalannya para sahabat – dengan menasihati kaum muslimin dari terjerumus dalam berbuat dusta atau ghibbah dan mengingatkan umat untuk menasihati pemimpin atau isteri mereka dengan kaedah yang telah Rasulullah saw gariskan, maka golongan yang mengagungkan akal ini menyangka bahawa pemuda alim ini penjilat penguasa dan membela kebatilan. Akal mereka yang berpandangan begitu sedangkan tiada dalil yang bersama dengan mereka. Bagi mereka dalil naqli sudah tiada maknanya lagi apabila aqal sudah memutuskan sesuatu.

Walhal beliau – murid kepada para masyaikh ahlus sunnah terkemuka dunia seperti Syeikh Muhsin Al Abbad, bekas Direktor Universiti Islam Madinah – menasihatkan kita untuk berjaga-jaga dalam berkata dan bertindak. Dan beliau ingatkan kepada kita juga pesan dari Rasulullah saw tentang kaedah khusus menasihati pemimpin negara.

Lebih lucu lagi apabila ada daripada beberapa “ustaz” yang meminta tokoh tersebut memohon maaf kepada seluruh umat Islam atas kapasiti beliau sebagai penaung program IFF tersebut. Mungkin para ustaz itu juga harus menyuruh Imam Abul Hasan Al Asyaari memohon maaf kepada seluruh umat Islam kerana telah menyesatkan sekian banyak manusia dan mengembangkan mazhab sesat ketika beliau menganut faham Mu’tazilah.

Sedangkan yang tercatit dalam sejarah hidup beliau adalah ucapan taubat beliau, bukannya permohonan maaf kepada seluruh umat Islam. Beliau bertaubat dari menyebarkan ajaran kesesatan. Sementara tokoh tersebut tidaklah menyebarkan aqidah yang batil. Dan seorang yang dihukum rejam, tidak pernah diminta oleh Rasulullah saw untuk memohon maaf kepada khalayak.

* Artikel ini telah diterbitkan dalam Sinar Harian

Apabila Minda Keropok Menguasai Muslim

September 2, 2010

Muslim hanya mengutakaman Ucapan Allah dan Rasul saw

Sebuah kesalahan yang sering berlaku bagi kita umat Nusantara  adalah mengatakan bahawa mazhab yang paling benar dan santun adalah Syafi’iyah.  Kemudian kaum Muslimin  di Asia Selatan pula berkata: “Tidak, sebaliknya yang paling benar hujjahnya dan paling santun adalah Hanafiyah”. Lantas bertempiklah pula Kaum Muslimin di Magribi yang mengatakan bahawa Malikiyahlah yang terbaik dan mendekat dengan kebenaran. Akhir sekali kaum Muslimin dari beberapa Negara Arab seperti Kuwait dan Saudi Arabia mencelah: “Hanabilah telah mewarisi semua kebaikan lantaran Imam Ahmad Bin Hambal mengumpuli ilmu Imam Syafi’e, Imam Malik dan Imam Abu Hanifah”.

Lantas berantakanlah dunia Islam hanya kerana masing-masing umat telah menuhankan para Imam Mazhab mereka; sepertinya para Imam Mazhab ini adalah seorang Rasul yang ma’sum – terjaga dari segala kesilapan daalam agama. Segala apa yang keluar dari mulut mereka berupa wahyu dan segala yang mereka loretkan di dalam kitab berupa sebuah buku suci. Walhal kita diwasiatkan oleh Allah untuk tetap berpegang-teguh dengan dua sumber sahaja iaitu perkataan Allah dan perkataan Rasul: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasulnya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”(QS. Al Hujuraat, 49:1)

Allah dengan jelas mengingtakan kita untuk tidak mendahulukan sebarang perkataan manusia daripada perkataan Dia. Ini sebagai pembuktian bahawa kita telah benar-benar menyerahkan aturan hidup kita kepada aturan yang ditetapkan oleh Allah.

Kemudian Rasulullah mewasitkan hal yang serupa kepada kita: “Aku tinggalkan dua perkara untuk kalian. Selama kalian berpegang teguh dengan keduanya tidak akan tersesat selama-lamanya, yaitu Kitabullah dan Sunnahku. Dan tidak akan terpisah keduanya sampai keduanya mendatangiku di haudh (Sebuah telaga di surga,).” (HR. Imam Malik secara mursal (Tidak menyebutkan perawi sahabat dalam sanad) Al-Hakim secara musnad (Sanadnya bersambung dan sampai kepada Rasulullah ) – dan ia menshahihkannya-) Imam Malik dalam al-Muwaththa’ (no. 1594), dan Al-HakimAl Hakim dalam al-Mustadrak (I/172).

Apabila kita beriman kepada hadith diatas bererti kita menerima kehadiran seluruh imam mazhab dengan hati terbuka. Kecintaan kita kepada mereka sama dan tak berbelah bahagi. Penghormatan yang kita berikan tinggi tetapi martabatnya tidak lebih tinggi dari seorang Rasul dan Nabi.

Maknanya seoraang Muslim itu harus menghormati dan mencintai seluruh ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah, namun dalam masa yang sama kita diperintahkan untuk meninggalkan fatwa mereka sekiranya fatwa mereka itu berselisih dengan perkataan Allah dan Rasul-Nya. Inilah sikap adil kita kepada ilmuan dan ini juga sikap taat kita kepada Allah dan Rasulullah saw.

Tidak bermakna kita telah menghinakan ulama apabila kita mendapati pandaangannya terhadap sesebuah masalah itu lemah dan kita mengambil pandangan ulama lain sebagai pegangan. Malah tindakan ini merupakan sebuah penghormatan kepada ulama tersebut lantaran para ulama telah mewasitkan kita untuk menjalani hidup atas hujjah yang sahih semata-mata. Perbuatan kita itu juga tidak menggambarkan bahawa martabat mereka jatuh dan menjadi hina. Tanggapan yang mengatakan bahawa salah “satu sikap biadap kepada seorang ulama adalah meninggalkan pandangannya dan berpindah kepada paandangan ulama lain” merupakan sebuah falasi yang lahir dari orak yang tumpul.

Minda Keropok Selalunya Menggiring Dosa

Minda yang tumbul ini ibarat keropok segera: rangup sehingga disentuh sedikit boleh  menjadi patah. Begitu juga kalau disimpan lama akan menjadi lemau akibat kemasukan angin dan berbau tengik akibat minyak yang tersisa. Keropok dimakan selalunya pada waktu santai bukannya sebagai makanan berat. Dan yang selalu menjamahnya adalah orang kampung. Maka Minda Keropok adalah sebuah metaforaa kepada akal yang rapuh dan tidak kosmopolitan. Akal yang suka meracau dan tidak keruan.

Maka salah satu ciri minda keropok adalah beranggapan bahawa “upaya mengiktifar keseluruh mazhab Fiqh Ahlus Sunnah dan menerima pakai kesemuanya” sebagai pemikiran yang salah lantaran keluar dari jamaah dan harus ditentang. Ini benar-benar sebuah pikiran keropok yang cukup menakjubkan.

Bagaimana sebuah usaha untuk memuliakan seluruh imam Mazhab seperti Imam Nu’man Bin Tsabit, Imam Malik Bin Anas, Imam Auzae, Imam At Tabari, Imam Daud Ad Dzahiri, Imam Ahmad Bin Hambal dan beberapa imam lainnya akan dianggap sebagai sebuah usaha yang batil dan melencong?

Apakah salah dan berdosa untuk mengguna-pakai fatawa mereka dan mensejajarkan mereka bersama Imam Syafi’e dalam timbangan kita? Kalau ia sebuah kejahatan dan kezaliman; kita minta untuk tokoh yang berpandangan sebegitu hadir dengan segugus hujjah yang konkrit, yang tidak dapat diganggu-gugah lagi.

Sebaliknya ilmuan yang waras dan terbimbing dengan kekuatan ilmiyah akan beranggapan fikiran yang mendesak agar ditentang usaha mengiktiraf seluruh ulama Sunni  ini sebagai sebuah kehendak untuk menzalimi ulama Ahlus Sunnah. Malah fikiran ini lah yang terkeluar dari jamaah ahlus sunnah kerana Ahlus Sunnah bukan hanya semata-mata Syafi’iyah atau hanya semata-mata Hanabilah. Berkumpul dalam Ahlus Sunnah itu seluruh Imam-imam Mazhab Fiqih pada dasar satu aqidah iaitu aqidah Salafus Soleh yang diajarkan oleh Rasulullah saw kepada sahabat radiallahu ajmain.

Lantas ketika kita menghalang suara mereka didengar oleh umat hanya sebatas alasan “perpaduan” dan “mengikut jamaah” bererti ketika itu kita telah menghina dan merendahkan iman-imam lain selain dari jaluran Syafi’iyah. Kita telah berdosa kepada Imam Abu Hanifah dan juga kepada rakyat Malaysia yang berketurunan India. Ditambah lagi kita telah berdosa kepada Allah dan Rasul-Nya. Sedang dosa terakhir adalah kepada insan yang cuba mengeteengahkan seluruh pandangan ulama Sunni tersebut.

Sebuah Andaian Yang Melencong

Andai tuan berkata: “kami tetap mengiktiraf semua mazhab ini tetapi kami menetapkan mazhab Syafi’iyah sebagai Mazhab Rasmi”. Lalu kita bertanya kembali: “Kalau sebegitu, untuk apa tuan mengatakan bahawa kami silap dan usaha kami untuk menjadikan seluruh Mazhab Fiqh dalam Ahlus Sunnah Wal Jamaah sebagai mazhab rasmi harus ditentang? Bukankah dilihat ada kontradiksi disitu? Seperti hidup dan mati bersatu sedangkan mustahil untuk maut dan nafas berjalan serentak.

Kalaulah menjadikan sesuatu mazhab sebagai mazhab rasmi, ini memang ada berlaku dalam tradisi keilmuan Islam. Kerana kerajaan harus melaksanakan satu undang-undang syariah yang baku keatas rakyat mereka supaya rakyat boleh menjalani kehidupan dengan aman. Begitu juga ketika hakim ingin memutuskan sesuatu hal antara 2 orang yang berlainan mazhab, maka disinilah mazhab rasmi berperanan. Selalunya dalam sejarah intelektual islam, mazhab sang mufti menjadi mazhab rasmi Negara.

Namum begitu, mereka sepakat untuk tidak memaksa rakyat menganut mazhab mereka, sebaliknya mereka berpandangan bahawa masyarakat  harus diberi kebebasan untuk belajar dan menjalani Islam asalkan ajaran tersebut berada dalam lingkungan Ahlus Sunnah dan selagimana hujjah yang digunapakai itu shahih dan kuat. Mereka beriman bahawa pertakaan Rasulullah itu hendaklah didahulukan dari perkataan mereka.

Imam Syafi’e berkata: “Kaum muslimin telah sepakat bahwa barang siapa yang telah terang baginya Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, maka tidak halal baginya untuk meninggalkannya karena untuk mengikuti perkataan seseorang.” (Ibnul Qayyim, 2/361, dan Al-Fulani, hal. 68)

Maka tidak ada satu pun dari lembaran sejarah yang boleh kita jadikan sebagai rujukan untuk sikap menentang  tersebut. Tetapi pada tiap-tiap catitan tinta emas itu menunjukkan bahawa para ulama’ Sunni terdahulu telah berusaha untuk mendemokrasikan ilmu agar seluruh umat mendapat manafaat.  Namun, sejak sikap keterbukaan untuk menerima mazhab-mazhab selain dari mazhab rasmi tertutup akibat fanatic yang tidak berasas mewabak, dilihat umat Islam semakin kebelakang – mundur.

Mungkin sebuah dugaan yang kuat bahawa sikap ketertutupan ini menghalang masyarakat dari bersikap ilmiyah sekaligus menguncupkan prosis kesarjanaah umat. Akhirnya umat hanya memiliki minda keropok dan minda keropok selalu menggiring pemiliknya untuk berdah dan berfikir tanpa menggunakan akal.

JAKIM Tidak Sesatkan Wahhabi & Contoh Pemikiran Senteng

Ogos 31, 2009

Tandaan:

Beberapa catatan yang dipetik dari Berita Harian

[1]

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 3 Mei 1996 membuat keputusan menetapkan umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.

[2]

Sementara fahaman Wahhabiyah pula tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana dikhuatiri boleh membawa kepada perpecahan umat Islam. Itu adalah hasil daripada perbincangan beberapa kali pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

[3]

Semua keputusan adalah menyekat penularan fahaman Wahhabiyyah atas alasan isu khilafiyyah fiqhiyyah yang dibangkitkan boleh menggugat perpaduan umat Islam di Malaysia. Bagaimanapun keputusan itu tidak memutuskan Wahhabiyyah sebagai ajaran sesat.

[4]

Beliau berkata, ajaran sesat dan sebarang ajaran baru menyalahi tradisi Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini yang berpegang kepada akidah Asya’irah-Maturidiyyah dan fiqh Syafi’ie, sudah tentu akan menimbulkan rasa kurang senang umat Islam.

t

t

Sebuah gambaran ceteknya alam pikir cendiakawan umat Islam

Saudara Dr Uthman El Muhammadi dan seorang wejengan JAKIM pada 25 Augus 2009 telah berbicara seputar Syiah dan Wahabi. Mereka sepakat atas sesatnya Syiah dan betapa berbahayanya ajaran ini pada pikiran umat Islam. Serta mereka juga antusias untuk membenteras maraknya penyebaran Islam Liberal a.k.a Neo Mutazilah.

Ini satu jalan pikir yang bagus. Kerna kedua ajaran ini memang menyelisihi kebenaran dan nyata sesatnya.

Tapi yang sangat mengherankan, seperti sebuah cerita kartoon adalah mereka mengatakan bahawa Faham Salafi [yang mereka namakan sebagai Wahhabi] adalah sebuah paham yang bisa memecahbelahkan masyarakat, walaupun faham ini adalah sebuah faham Ahlus Sunnah.

Mungkin kerana saudara Dr Uthman tidak mampu untuk menyesatkannya sepertimana yang sering beliau lakukan dahulu lantaran kebenaran hujjah Salafi begitu gamblang seperti cahaya mentari, maka akhirnya dia dan JAKIM terpaksa menerima fakta bahawa Salafi adalah Ahlus Sunnah.

Ini satu kenyataan yang sukar dan berat; menekan jiwa dan dada mereka berdua. Tapi hakikat itu tetap hakikat, maka mereka terpaksa menelan ibarat menelan hempedu ular yang berbisa. Namun akal harus dicari agar Wahhabi ditentang hingga ke ahirnya.

t

t

Alasan Pengharaman Wahhabi

Maka mungkin ada bisikan entah dari mana pada corong telinga mereka berkata: “cukuplah andai kalian berdua menggunakan alasan perpaduan sebagai hujjah agar kita bisa menongkah Salafi”.

Oleh itu, berkatalah mereka dan menjadilah alasan kepada mereka untuk menyekat suara kebenaran dari terdengar pada setiap cuping telinga manusia lainnya; bahawa Ajaran Wahhabi ini walaupun ia dari Ahlus Sunnah tetapi harus disekat kerna ia bisa memporak-perandakan ummah. Perkara furu’ yang dibangkitkan akan memecahlelahkan perpaduan Umat islam.

Justeru Salafi akan ditentang seperti Syiah dan Islam Liberal, persis – sama sahaja. Dihambat ke kiri dan dikepong ke kanan, dikejar dari belakang dihadang dari depan. Para ustaznya dijoblos dalam jel kerna tiada tauliah padahal sang ustaz telah memohon bertahun-tahun.

Malah sang mufti di selatan juga tidak berani berjumpa dengan seorang ustaz yang baru saja dia tangkap, sehinggakan sang mufti berdusta “Saya tiada dipejabat” walhal sang ustaz baru melihat dia masuk ke kantor. Cukup mentertawakan manusia yang akal sihat serta pejuang kebenaran. Ketakutan adalah sebuah bukti awal kejahilan dan kepalsuan.

Tapi  wahai sang Felo Kehormat, dan juga wahai Pegawai Jakim, saya mahu bertanya beberapa soalan, kerna saya ini tidaklah bijak seperti tuan berdua. Sangat jahillah diri ini dari ilmu-ilmu Tuhan itu, kerna itu saya terus berusaha untuk menuntut ilmu dan sering bertanya.

t

t

Saya Ingin Bertanya Kepada Para Cendiakawan Islam Malaysia

Seandainya kita mensejajarkan Wahhabi yang bermazhab Hanbali, dengan Mazhab Maliki, dan juga Hanafi; apakah menyebarkan mazhab Hanafi dan juga Maliki wajib ditentang kerna penyebaran kedua mazhab ini akan menyebabkan masyarakat berpecah belah.

Masyarakat yang sedia mengamalkan pandangan-pandangan Syafi’iyah pasti tergempar dengan sejumlah fatawa  Hanafiyah atau Malikiyah yang nyata bertentangan dengan pengamalan mereka selama ini. Conthnya tentang makan daging anjing bagi mazhab Hanafi; ia boleh saja. Atau makan najis ayam itu juga. Atau makan buaya!

Maka apakah mereka [termasuk 2 tokoh tadi] akan menyikapi mazhab Maliki dan Hanafi seperti mereka menyikapi mazhab Hanbali?

[Rasanya Muzakarah Fatwa Kebangsaan telah menjawabnya pada tandaan [4] di atas].

Keeduanya saya ingin mendapat kepastian dari mereka berdua; iaitu tatkala Imam Syafie telah berjaya menjadi ulama yang hebat, telah mencipta ilmu usul fiqh nya dengan mengarang Ar Risalah, dan ketika dia telah meninggal lalu metoda ilmu fiqh ini dikembangkan oleh murid-murid beliau, apakah ketika itu masyarakat yang telah menerima mazhab Malik Bin Anas tidak tergempar dengan sejumlah masalah fiqiyah dari mazhab Syafi’e?

Oleh itu bisakah kita mengatakan bahawa Mazhab Maliki adalah pemecah-belah umat pada zaman perkembangannya, dan bisakah kita memanggil mazhab Syafi’e sebagai berbahawa kepada perpaduan ummah ketika zaman permulaannya?

Ini satu jalan pikir yang sangat cetek, yang hanya termampu dipikirkan oleh orang tolol dalam agama. Walaupun kadang orang tolol itu bisa menjawat jabatan tinggi dalam agama sebuah negara. Malah orang sesat juga bisa menjadi pemebang fatawa; seperti zaman Makmun.

t

t

Pemikiran Senteng Dan Ubat Kebodohan Ummat

Dalam kaedah pemikiran, yang saya rasa para cendiakawan Islam [termasuklah 2 tokoh] tidak sempat belajar] adalah Pemikiran Bebalisme seperti yang diungkapkan oleh Syed Alatas. Tetapi saya lebih cenderung untuk mengatakan ia sebagai satu contoh Pemikiran Senteng. Dan pemikiran Senteng ini bisa kita temukan dalam minda para agamawan.

Ada beberapa sebab untuk pikiran ini subur dalam diri agamawan Islamis. Tapi saya tidak berminat untuk menerangkannya disini. Saya akan lebih menumpukan contoh-contoh pikiran senteng.

Pemikiran Senteng adalah sebuah pikiran spontan yang dikeluarkan tanpa mengalami proses pemikiran analitikal dan kritikal. Ia dilontarkan ketika terdesak dan terbutuhkan. Maka pikiran ini tidak punya nilai-nilai ilmiyah dan tidak bisa dijadikan hujjah.

Contoh Pertama:

Sebuah rumah yang menggunakan sistem paip gas [seperti di Jepun dan Amerika] telah terbakar. Maka bomba pun memancutkan air deras keatas rumah tersebut. Tindakan bomba ini dipanggil pikiran senteng – sebuah pikiran spontan tanpa pikir.

Maka air yang tercurah akan habis begitu sahaja, bersama ranapnya rumah tanpa sisa. Padahal tindakan yang harus dilakukan oleh bomba adalah menutup punca gas yang menjadi bahan bakar utama, kemudian baharu lah mereka memancutkan air. Selagi gas tidak ditutup maka selagi itulah api akan tercipta.

Contoh Kedua:

Seorang Suami yang berniaga ke Indonesia berkawhin lain, dengan seorang warganegara indonesia. Maka Isterinya yang gempal dan selalu memakai pakaian mahal dan perhiasan mewah menyorokkan pasport sang suami agar suaminya tidak dapat berjumpa dengan isteri muda.

Isteri ini bertindak melulu tanpa sempat berpikir panjang – sebuah pikiran senteng. Maka akibatnya perniagaan suaminya tergendala dan merudum.

Padahal sang isteri harus menguruskan badan terlebih dahulu, kemudian berhenti menghabiskan wang suami dengan membeli perhiasan dan baju-baju mahal. Harus melayan suami dengan lebih banyak dan menumpukan perhatian kepada rumahtangga; bukannya banyak menghabiskan dengan bersantai bersama-sama datin-datin lain di kedai kopi status tinggi.

Ini adalah 2 contoh pemikiran senteng. Maka apa kaitannya dengan pemikiran senteng yang dikatakan ada pada cendiakawan kita?

Baiklah; kita ambil kes kajian Petikan Muzakarah Fatawa Kebangsaan dan Wahhabi sebagai pembuktian.

y

Contoh Pertama:

Pada tandaan [1], Muzakarah Fatwa Kebangsaan belah mengiktiraf bahawa Ajaran yang Benar adalah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Kemudian mereka membuat tafsiran lanjut pada tandaan [4] iaitu Ahlus Sunnah itu haruslah yang Berfahaman Asya’irah dan Maturidiyah, serta Mengamalkan Mazhab Fiqh Syafi’iyah.

Maka dari sini sebuah kesimpulan lahir iaitu:

1] Segala Faham Ahlus Sunnah yang bukan dari Asya’irah dan Maturidiyah harus diharamkan termasuklah faham Salaf.

2] Segala Fiqh yang tidak mengikut Fiqh Syafi’iyah harus diharamkan termasuklah Mazhab Hanafi, Maliki dan Hambali.

Oleh itu menjadilah Malaysia sebuah negara paling bodoh pada catatan Sejaran Islam. Kerana tindakan mereka mengharamkan mazhab-mazhab yang terdapat dalam Ahlus Sunnah, padahal tindakan ini hanya pernah dilakukan oleh bangsa-bangsa yang remdah keilmuannya dan rendah ketamadunannya. Kalau tidak percaya, semaklah sejarah Islam sedari Kemunculan Khalifah Ummayyah hingga hari ini.

Seterusnya, kita ingin mempersoalkan kembali 2 kesimpulan yang terhasil:

1] Apakah benar Asya’irah dan Maturidiyah itu Ahlus Sunnah?

2] Apakah benar Mazhab yang diamalkan sekarang ini adalah Mazhab Syafi’iyah?

Maka, para cerdik pandai haruslah memikirkannya dengan hujjah, bukannya dengan ketotolan yang sering kalian lakukan.

k

Contoh Kedua:

Alasan Haram Wahhabi: Memecah-belahkan Umat

Status Wahabi: Ahlus Sunnah

Mazhab: Hanbali / Ahli Hadith

Maka dari maklumat ini kita bisa mengetahui bahawa pada asasnya Wahhabi itu tiada kesalahan dari segi agama. Yang salahnya adalah masyarakat.

Yang terpecah perpaduan adalah umat, sepertimana umat telah bertelagah ketika zaman Kemunculan Mazhab Syafi’e. Maka dari ini kita dapati bahawa umat adalah jahil sehinggakan ada seorang tokoh penting masyarakat menelefon Persatuan Pengguna Islam Malaysia [PPIM] dalam Radio 24 mengatakan bahawa banyak umat kita ini makan najis kerna telor ayam yang menjadi bahan utama Roti canai bersalut tahi lalu mendesak agar dibikin sebuah seminar Halal. Padahal Imam Syafi’e juga mempunyai satu qaul yang menetapkan: “Najis haiwan yang halal, maka halal hukumnya”.

Nah! ketika itu maka PPIM pun bersetuju dan mengatakan “Ini pandangan yang bagus”.

Kita dapat lihat bahawa kejahilan itu telah mewabak dalam diri umat islam kita, maka yang menjadi masalah adalah umat kita ini, bukan mazhab atau ajaran Islam itu.

Maka jalan yang betul adalah membiarkan umat Islam ini dicerdikkan. Dan jalan itu adalah dengan memberi pendidikan yang sempurna, tidak ta’sub mazahab.

Tetapi seandainya ini berlaku, maka Faham Asya’irah yang dianut oleh kedua tokohg tadi akan berkurangan opengaruhnya dan Mazhab Syafi’iyah Nusantara akan lenyap digantikan dengan Mazhab Syafi’e Tulen. Ini yang mereka bimbangkan.

Kerna Wahabi itu datang bukan sahaja dengan Aqidah Salaf, bukan dengan membawakan fiqh sunnah, tetapi ia hadir bersama sifat kesarjanaan – upaya untuk mencelikkan ummat agar mereka tidak lagi bodoh dan tolol.

Bernarkah Islam Agama Ilmu?

Oktober 27, 2008

 

 

Benarkah Islam itu agama Ilmu?

Atau ia hanya sebuah lolongan yang dibikin agar manusia bergerombolan menganut Islam?

Kalau benar, mengapa umat kita ini jahil-jahilan? Tidak ternampak sedikitpun akan kebijaksanaan kita dalam ilmu dunia. Malah umat kita ini bermalas-malas untuk berilmu. Lebih senang duduk diberanda dan mengumpat rakan taulan ataupun duduk di kedai kopi sambil naik haji, atau berkumpulan ramai-ramai kemudian tertawa apa hal-hal yang entah apa-apa.

Dan apa makna “Ilmu” yang diseru itu? Pengetahuan seputar sendi-sendi agama, atau ilmu alam, atau ilmu kira atau ilmu apa? Mungkin yang dimaksudkan dengan Islam itu agama ilmu kerna ia mencakup seluruh pengetahuan yang ada dan pernah wujud?

Namun realita menunjukkan bahawa ai ibarat jauh panggang dari api!

Hendak katakana kita menguasai ilmu sains, jauh sekali. Yang ada dalam jajarn tokoh sains semuanya beragama Nasrani dan Yahudi. Mau mencari sebutir nama dalam ilmu matematik juga tidaklah terjumpa, yang ada seperti tadi, tokohnya semua dari Agama Nasrani dan Yahudi. Hummm mungkin boleh kita temui dalam ilmu sains manusia atau ilmu jiwa – minda a.k.a psikologi? Ini lagilah tiada! Yang maujud hanya dulu, sebelum agama Nasrani mencerah dan sebelum Tamaddun Arab – Parsi luluh runtuh.

Ibn Khaldun, Ibn Rush, dan banyak ibnu-ibnu yang lain hanya kita temui dalam coretan sirah yang sudah berhabuk. Tapi nampaknya sebarang ibnu yang baharu belum muncul walaupun sudah berzaman kejatuhan Tamadun Turki.

Apakah ini bermakna bahawa kesarjanan itu sebenarnya bukanlah lahir dari esensial Islam tetapi berupa dedalu yang higgap ditepi pohon Islam. Tumbuh kerna ada burung yang mendebungakannya dan ia subur kerna ada ruang untuk membesar. Lalu apabila tiada unggas yang mahu menyemaikannya dan kalau ada tetapi tiada tempat untuk ia membesar di sisi Islam, maka kesarjanaan itu pun mati dan tidak tumbuh-tumbuh lagi.

Atau kesarjanan itu hanyalah berlaku bila wujud interaksi kuat antar-budaya Islam dan Nasrani? Ini bermakna ia tiad kaitan dengan Islam tetapi lebih terkait dengan hubungan antara dua Negara, atau hubungan antar dua budaya, yang ia disifatkan buah dari hubungan social yang tidak lahir secara tegas dari hukum Islam.

Mengapa kita berbicara begini, seperti saya ini bias kepada Islam, ataupun seolah-olah saya ini anti Islam.

Sabar pak kiyai dan para pondokius. Dan sabar juga para orang-orang awam.

Saya beriman bahawa kalau Islam itu berupa agama Ilmu, pasti seluruh uumat ini punya minda yang berilmu. Apabila ada sahaja manusia yang di kaki bukit mengucapkan syahadah, tak lama kemudian dia sudah boleh dikenali sebagai manusia yang punya sedikit pengetahuan ketimbang sebelum dia bersyahadah. Tetapi kalau yang mengucapkan syahadah itu masih bodoh-bodohan, bukan sahaja di Rompin tetapi di seluruh Malaysia, malah menjangkau seluruh dunia, apakah tegar kita mahu katakana kepad Nasrani dan Yahudi, malah kepada Hindu dan Budha bahawa ISLAM AGAMA PENCERAHAN DAN KESARJANAAN?

Sangat memalukan kerna mereka itu lebih bijak dan alim berbanding kita yang suka melaung-laung peri pentinnya ilmu. Lalu seperti agama merekalah agama ilmu pengetahuan gamaknya.

Tetapi mungkin akan ada dari kita berkata, “lihat disana kan masih ada tokoh-tokoh ilmuan islam seperti Ismail al Faruqi dalam bidang ilmu kemanusiaan, dan beberapa tokoh sains lain”. Namun kita harus beriman bahawa yang lahir benar-benar atas kerangka Islam mungkin hanyalah al Faruqi dan yang lain-lain itu tumbuh besar atas pendidikan Nasrani juga. Lantas apakah mereka yang lahir dari acuan pendidikan Nasrani bisa kita banggakan sebagai “hasil semangat Keislaman yang tulen”?

Sedarlah tuan-tuan, bahawa mereka itu bukan para kiyai atau para pondokius. Mereka adalah umat Islam biasa, malah mungkin daripada mereka itu tidak tahu langsung ilmu ushul fiqh atau mustalah hadith. Langsung tak mengerti!

Justeru kalau mau mengukur ISLAM AGAMA ILMU, harus bermula dengan manusia yang menyampaikan ilmu itu, atau bias kita panggil sebagai kaum pewaris nabi. Kerna mereka inilah yang benar-benar memelihara ajaran islam dan menggambarkan Islam pada mata dunia. Lagipun umat selain mereka selalu berbuat silap dan malas untuk bertaubat. Kalau mereka sahaja tidak menggambarkan kesarjanaan, maka sudah pasti selain mereka amatlah tidak punya semangat sarjana. Bagaimana Islam bisa dikatakan Agama Ilmu walhal para penda’wah dan para alimnya sendiri tidak berilmu? Justeru untuk mengukur tahap kebenaran tajuk ini, kita harus meneliti kepada pembawa ajaran Islam itu sendiri – mahu atau tidak mahu; harus menilai disiplin ilmu mereka.

Lalu apabila kita meninjau para masyaikh dan para ustaz ini, nyata mereka tak punya kesarjanan yang utuh. Kalau masyaikh itu memang dia banyak hapalan, banyak berfatwa, banyak berucap dan berbicara, tapi apakah mereka itu berbicara dengan sumber asli dari Nabi? Tidak.

Sedangkan para ustaznya pula tidak mengerti sumber agama. Mereka tidak pernah ambil peduli epistimologi Islam; dari mana setiap hokum itu dibina. Yang mereka tahu hanyalah mengambil bicara para masyaikh tadi dan terus beriman bahawa kalam tersebut berupa firman dari Tuhan yang turun dari kolong langit ketujuh!

Ini realita, saya tidak berbicara keterlaluan ataupun berlebihan.

Kalau tidak percaya, tuan-tuan boleh membuat penelitian dan menunjau alam berbicaran para mufti kita, atau menghadiri majlis mereka. Kalau tidak mampu, cukuplah kita menghadiri majlis para ustaz-ustaz kita. Kemudian tanyakn sumber percakapan mereka dan bentangkan perselisihan antara 2 pandangan dan minta kepada mereka untuk mengukuhkan pandangan yang berbentutan itu berserta hujjah-hujjah yang bisa melegakan kalbu kita.

Pasti mereka bersilat lidah dan mula menggunakan lojika dalam menjawabnya, padahal sebelum itu mereka beriman bahawa Islam bukanlah bersumber dari “kepala otak” tetapi bersumber dari Al Kitab dan As Sunnah!

Untuk melihat betapa kesarjanaan itu tak hinggap di dalam minda para mufti kita dan para ustaz kita, cukup kita menilai 2 kasus, 1 bersifal lokal dan satu lagi bersifat interlokal.

 

Pertama kita akan menilai golongan Wahhabi dan Ahbash.

Seluruh para ulama muktabar dari Al Azhar dan para ulama lain yang diterima kesaksiannya seperti Tokoh-tokoh Al Azhar tidak pernah menyesatkan Wahhabi, kalau ada pun mereka sekadar mengatakn wahhabi ini terlalu keras dalam berijtihad. Yang mengatakan is sesat hanyalah golongan Asyairah Jahmiyah seperti GF Haddad, Abdul Hadi Palazi, Kisham Kabbani dan Nazim Qubrusi, Al Kautsari, Hasan As Saqaf dan kawan-kawan seperti Ahmad Al Ghumari, dan juga Alawi al Maliki. Yang mereka ini dikenali sebagai penentang Wahhabi zaman berzaman.

Tetapi para pembesaar Al Azhar yang merupakan sumber ilmu pengajaran golongan Asya’irah menerima Wahhabi dan mengiktiraf para ulam Wahhabi seperti Bin Baz, Uthaimin dan Albani.

Kemudian kita meneruskan kepada hujjah para pembantah Wahhabi berkenaan dengan aqidah Wahhabi yang dikatakan mereka sebagai mujassimah dan sesat itu. Mereka bawakan sejumlah dalil dan logika, tetapi kemudian wahhabi membentangkan sekian kitab para Imam silam seperti Ibn Khuzaimah, Ibn Abi Hatim, Sufyan At Tsauri, Al Humaidi, Al Barbahari, malah kitab-kitab Imam Abu Hasan Asya’ari sendiri. Kemudian Wahhabi bawakan kalam Al Quran dan dikokohkan maknanya dengan sejumlah hadith yang jelas dan gamblang.

Namum berdebatan berhenti di situ. Satu pihak beriman dengan kalam filsafat dan huraian-huraian umum dan satu pihaka beriman dengan hadith-hadith yang khusus berserta para atsar dan nukilan para imam mu’tabar sebelum berpecahan mazhab berlaku. Sehingga kini kedua kelompok ini berhenti pada titik tadi.

Namum para mufti dan para ustaz kita menghukum Wahhabi sebagi sesat dan menyesatkan, malah ad yang menghukum mereka ini Kafir, padahal Rektor Al Azhar yang berilmu 1000 kali dari mereka menerima keberadan Wahhabi dan mengiktiraf kesarjanaan wahhabi!

Sungguh pelik. Mereka beriman hanyalah seputar fatawa dari para mufti kecil dan ustaz lokal, yang mereka ini tak dikenali oleh manusia di Zimbabwe dan Somalia. Malah Orang-orang di Kaherah pun tak pernah terdengar nama mereka-mereka ini. Sungguh lucu cara pikir para mufti dan para ustaz kita.

Kemudian ketika datang gerombolan Ahbash memasuki Negara kita, kita sedarkan masyarakat bahawa sudah datang satu kaum yang boleh membinasakan Negara malh menjahanamkan umat kita.

Kita bawakan fatwa dari Al Azhar, kita kemukakan fatwa dati komiti ulama antarbangsa, kita bawakan fatwa individu seperti Syeikh Ramadhan Al Buti, Syeikh Wahbah Zuhaili dan beberapa masyaikh lagi yang mereka ini dikenali disetiap corok dunia. Kita bawakan hujjah-hujjah berupa nukilan dari kitab-kitab mereka yang berfatwa ganjil-ganjilan dan menyesatkan.

Kita katakana bahawa telah banyak ulama yang dikafirkan oleh mereka termasuklah Ad Dzahabi dan Ramadhan Al Buthi!

Tidak cukup itu kita buktikan bahawa mereka ini diburu dan diwaspadai oleh setiap Negara Teluk kerna mengancam keselamatan negara.

Tetapi amat malang bagi para mufti dan para ustaz kita, mereka tidak mau mendengar dan melihatnya. Mereka seperti tidak kenal siapa itu Ramadhan Al Buti, mereka seperti tidak pernah memegang kitab Fiqh Islam Wa Adillatuhu karya Wahbah Zuhaili. Yang mereka paki dan beriman kalimatnya hanyalah para pemberi fatwa yang seluruh dunia tidak mengenali, malah mungkin orang-orang di Lombok pun tak tahu kewujudan mereka ini! Nah, itu hanyalah manusia di pulau seberangan.

Ini adalah contoh kita menilai kesarjanan umat kita, ketika mereka berhadapan dengan 2 golongan yang mengkehendaki mereka membuat pengkajian mendalam. Tapi nampakanya mereka tiada disiplin pengkajian malah mereka sendiri tiada pengetahuan epistimologi Islam itu sendiri. Justeru bagaimana mereka bias kita panggil kaum yang bijaksana, dan layak kah mereka duduk dikursi Pemberi Fatwa?

Yang layaknya mereka ini hanyalh duduk dimeja, mengajarkan fiqh yang sudah dihuraikan oleh Syeikh Wahbah Zuhaili dan tidak ikut campur dalam hal-hal yang diluar batas pemikiran dan pengetahuan mereka.

 

Keduanya ialah perbincangan tentang Aqidah Ahlus Sunnah, apakah yang diimani oleh para sahabat persis sama seperti kita atau tidak?

Ketika dibacakan ayat “Tangan Tuhan diatas tangan-tangan mereka”, maka ada sejumlah para ulama yang mngatakan bahawa tangan itu berupa kiasan kepada kekuasaan. Dan sekelompok kecil mengatakan bahawa Tuhan itu memang punya “Tangan” namum tanga Nya tidaklah sama dengan kita dan kita tidak mengetahuinya.

Lalu kedua kelompok membentangkan hujjah;

Kelompok pertama membawakan hujjah alquran berupa ayat umum mengatakan bahawa Allah tidak sama dengan manusia dan makhluk lain. Justeru Allah kalau dikatakan punya tangan maknanya kita sudah menyamakan Allah dengan manusia, dan kita telah jatuh kekubangan mujassimah – manusia yang menjisimkan Allah.

Inilah hujjah mereka.

Kelompok yang sedikit itu lalu membawakan hujjah, ada hadith yang mengatakan bahawa hati hambanya diantara 2 jari jemari Allah, apakh maknanya? Dan ada hadith yang mengatakan bahawa Allah punya 2 tangan kanan, lalu apa maknanya kalau mengikut kaedah penta’wilan kalian?

Keduanya kedapatan sekian banyak hadith nabi yang mencerikatan tengan hal ini dan semuanya berstatus shahih mengikut para Imam Hadith termasuklah Bukhari dan Muslim.

Ketiganya ialah para sahabat telah mengemukakan atsar yang menjelaskan hal ini, serta atsar tersebuh juga shahih.

Keempat apabila kita melihat kitab-kitab para ulama seperti Imam As Syafie, Imam Ahmad, Imam Malik dan Imam Abu Hanifah juga menyokong pandangan kita, malah para imam yang lain telah memberi penjelasan dalam kitab-kitab aqidah mereka termasuklah Kitab Al Luma, kitab Al Ibanah dan kitab Maqalat oleh Imam Abu Hasan Asya’ari. Justeru mengapa kami ditentang dan disesatkan, walhal kamilah yang sepatuitnya menentang dan menyesatkan kalian yang menta’wil.

Tetapi mereka mengatakan bahawa setiap hadith dan atsar tadi martabatnya syaz, dan tidak shahih, malah ia dhaif! Ini satu hal yang cukup pelik kerna yang menshahihkannya adalah para Imam Ahli Hadith yang mereka sendiri membaca dan mengiktifarnya! Ia seperti seorang murid darjah 2 membantah mahaguru Universitas!

Kemudian mereka bersikap lebih lucu dengan mengatakan bahawa kitab-kitab tersebut telah direnovasi oleh kelompok yang menerima tangan sebagai “tangan” tadi dan telah mengubah sekian banyak kitab termasuklah hadith dalam Shohihain!

Dan akhirnya mereka melepaskan peluru terakhir iaitu dengan berbicara bahawa kitab-kitab hadith dan penjelasan tentang pandangan mereka telah karam ketika Tartar menyerbu Baghdad dengan menenggelamkan ribuan kitab dalam sungai Furats.

Inilah cara mereka berfikir dan beriman! Sungguh lucu. Apakah disini kedapatan unsur-unsur kesarjanan? Kalian boleh menjawabnya dengan kuat ataupun didalam hati.

 

 

Kemudian dalam kasus amalan fiqh pula, ketika mereka melakukan pertambahan dalam ibadah khusus dan umum, lalu kita meminta mereka memberikan hujjah akan bolehnya untuk melakukan hal demikian dapadal Imam Syafi’e sendiri mengatakan barangsiapa yang menganggap baik terhadap sesuatu penambahan, maka dia telah berbuat satu syariat, dan barang siapa yang telah berbuat satu syariat maka dia telah kufur!

Kemudian kita bawakan sejumlah hadith tentang ancaman kepada para penambah tatacara ibadat dan kemudian kita bawakan contoh-contoh khusus dalam kes ini yang berlaku pada zaman Rasul dan sahabat tentang penegahan dan penentangan terhadap perlakuan penambahan ini.

Langsung kita bawakan kitab-kitab dari imam mu’tabr termasuklah Imam Syafi’e dan Imam Nawawi dan Ibn Katsir yang melarang sebarang penambahan dalam tatakrama ibadah padahal imam-imam ini merupakan Imam mazhab mereka.

Namum seperti kasus aqidah juga, mereka hanyalah berpusar-pusar dengan logika dan hujjah yang terbit dari ayat-ayat bersifat umum. Sebaliknya mereka menghunuskan ancaman dan cercaan kepada kaum yang berpegang teguh kepada As Sunnah dan mengikuti panduan Imam Syafi’e sendiri.

Inilah contoh kesarjanan para ilmuan kita. Justeru apakah ada lagi kebesaran untuk kita mengklaim bahawa Islam agam Ilmu padahal para mufti dan para ustaz kita tidak menggambarkan sedikitpun kebijaksanan dan tidak punya disiplin pengkajian dan tidaklah berlapang dada dalam menerima hujjah dan basirah!

 

 

* para mufti yang saya maksudkan bukanlah Jawatan Mufti di negeri-negeri dalam Malaysia, tetapi ia adalah nama kepada setiap orang yang bisa memberikan pandangan dalam agama.

Ibadah Haji Sudah Tidak Wajib Pada Setiap Mukallaf

Oktober 13, 2008

Yang Paham akan ilmu fikih mungkin akan mengerti. Kalau tidak paham, maka takut tersesat imannya. Kerna mauduknya yang sedang kita bahas ini besar – berat dan rungsing. Dan bahasanya berbelit, kerna orang yang selalu berfikir begini memang suka belit belitan.

Jadi mengikut kaedahnya; kalau sudah uzur, maka yang tamam – sempurna – itu akan menjadi rukhsah – keringanan. Yang solat 4 rakaat itu secara berdiri menjadi duduk, yang duduk boleh baring, yang dah terbaring boleh gerakkan tangan, kalau tak mampu, kejip kelopak mata pun tak apa, sudah dianggap bersolat.

Kemudian kaedahnya yang seterusnya berkata; kalau sudah di luar batas waktunya, maka terangkat kewajibannya. Kalau sudah berlalu waktu Ramadhan, maka sudah tiada lagi puasa ramadhan. Kalau sudah menjelang Solat Eid, maka tiada lagi boleh berzakat. Begitu juga yang dinamakan puasa itu ialah menahan lapar dan dahaga, sedari terbit fajar hingga terbenam mentari. Tetepi, kalau hilang lenyap mentari sehingga tiada terang lagi maka kewajiban berpuasa terangkat sudah.

Begitulah antara kaedah yang kita pahami secara ringkas dalam ilmu fikih. Tetapi tanpa kita sadar, ada beberapa kewajiba yang telah terangkat kerna hukumnya telah tak sempurna, namum kita masih juga bertekun untuk menunaikannya.

Yang kita takut bukannya kerja kita menjadi sia-sia, tetapi mendapat dosa, azab dan neraka, dan ditambah membuang masa serta harta.

Itulah yang kita lihat saban tahun banyaknya manusia hanyut dalam ibadah yang sebenarnya sudah tak terwajib diatas pundah mereka. Mereka bersungguh-sungguh menyimpan uang, kemudian membeli kain putih, malah ada yang meminjam, kemudian mereka berkumpul ramai-ramai bergerombolan, sama-sama naik pesawat menuju ke Saudi – semuanya mau kerjakan Haji. Padahal ibadah haji itu telah tak bermakna buat umat Islam, lantaran kewajibannya sudah tiada lagi.

Terkejut? Sabar. Sadar.

Kaedahnya mudah, seperti yang telah kita nyatakan diatas tadi.

Pertama bahawa Kaum Wahhabi itu kaum yang sesat. Dikatakan oleh sekian banyak ulama ahlus sunnah bahawa kaum Wahhabi itu pengikut Ibn Taimiyyah yang tersesat dalam 12 hal. Antara yang menyesatkan ialah Syeikh Hasan as Saqqaf, Al Kautsari, Kabbani, Nuruddin albanjari, Uthman El Muhammadi.

Malah ada syeikh yang mengkafirkan kaum Wahhabi, seperti Syeikh Abdullah Al Hariri al Ahbashi dan pengikutnya di Malaysia seperti Abu Syafiq.

Justru apakah wajar kita kaum Ahlus Sunnah yang lurus pemahamnya mengikuti acara agama kaum yang sesat dan menyesatkan itu? Tak pantas seorang yang rosak aqidahnya, yang aqidah mereka seperti kaum Yahudi, menjadi imam kita dalam mengerjakan solat, menjadi khatib, menentukan amal ibadah kita, peraturan hidup kita dan menghalangi kita menyujud di kuburan nabi, mengambil barakah di kelambu ka’bah, mencium tiang-tiang masajid, mengambil pasiran al haram, meraung dan meratap di kuburan suci. Sungguh ini satu hal yang tak harus kita diperlakukan dan sungguh kita tak harus mengikut mereka dalam menentukan sikap beragama kita. Kerna mereka kaum yang sesat dan menyesatkan.

Apakah orang buta mampu menunjuki jalan kepada yang celik?

Keduanya: bahawa kaum wahhabi itu suka merobah kitab kitab ulama silam sehingga dengan perobahan itu akan membenarkan aqidah mereka yang sesat itu. Lalu ketika gerombolan kaum sunni kita mendarat di bandara – lapangan terbang – maka mereka terus menerus menyodorkan kepada kita kitab-kitab karangan mereka, yang diisi dengan kalam-kalam ulama silam yang telah mereka rubah. Maka bagi orang yang tak memahami agama, maka mereka akan terpujuk dan menjadilah seorang wahhabi baru, dan kembali ke tanah air sehingga membawa paham yang baru. Lalu tersebarlah pula ajaran sesat itu di segenap penjuru dunia sunni.

Kemudian dari masalah yang sama juga, mereka memberikan kepada kita al quran secara gratis – percuma -, yang sebenarnya mereka telah mengubah al quran itu sedikit-sedikit, seperti menukar baris, menggantikan hurus “lam” kepada “waw”.

Maka apakah harus kita biarkan kaum Umat Islam tersesat dan terpengaruh dengan paham yang keji ini?

Justeru kita harus menghalangi kaum kita untuk menunaikan haji.

Ketiga; bahwa sesungguhnya tempat-tempat dalam haji itu yang terlibat ialah Mina, Arafah, Masjidil Haram – Ka’bah, Safwah dan Marwah. Tetapi oleh kerana kekejian Wahhabi itu, mereka telah mengubah miqat, membesarkan arafah dan mina; padahal kesemua tempat itu kecil lalu mereka perbesarkan supaya kita tak berada ditempat sebetulnya sehingga ibadah kita tidak sah.

Malah kekejian mereka tak terhenti setakat itu, mereka mengubah tempat sebenar Ka’bah dan meletakkannya di tempat yang kita lihat sekarang. Maka sekarang ini kita tak bertawaf di ka’bah yang berada di zaman dahulu lagi.

Coba bayangkan, dengan bantuan sekutu mereka USA, mereka mengubah Ka’bah hanya dalam 1 malam sahaja. Kerana itulah kita tak sadar dan kita perasan.

Kemudiannya, mereka membubuh ubat dalam air zam-zam untuk menyebabkan manusia Islam lain bodoh dan totol, sehingga menerima ajaran mereka. Maka banyaklah umat kita yang menjadi dungu dan bahalul kerana terminum air zam-zam yang bercampur ubat pelali.

Lalu, apakah ada alasan lagi untuk tetap membebankan kefarduan Haji kepatas setiap jiwa muslim yang sunni pada hari ini? Padahal kerosakan yang akan mereka dapat lebih buruk dan sesungguhnya tempat-tempat ibadah haji itu sendiri telah berubah sehinggakan tak terpenuh syarat untuk menunaikan ibadah haji.

[makasih kepada saudaraku; Ahmad Tajjuddin al haj kerna memberi aku ide untuk tulisan kali ini]