Menata Dunia Pada Realitisme

Sebuah Kenyataan Atas Realitisme

Kaum Quraniyyun bilang bahawa Muslim tanpa sadar telah mengkultuskan Muhammad saw padahal Quran telah bicara untuk mensejajarkan dia sama dengan manusia lainnya. Realitinya adalah benar; Muhammad adalah manusia biasa. Dia Lahir dari lubang faraj ibunya.

Kemudian dia disusui, diberi makan, dia kekenyangan dan dia buang air [besar dan kecil] lantas akhirnya dia tidur. Membesar menjadi anak-anak, kemudian berkahwin dan berhubung intim bersama isterinya. Dia akhirnya sampai pada penghujung hayat lalu meninggal dunia.

Justeru dia tak harus di dewakan sehingga hampir-hampir menjadi suci alias Tuhan. Begitu juga, apakah wajar dia dinamakan sebagai Ulil Azmi sedangkan dia hadir pada saat dunia tidaklah begitu bejat.

Tamaddun telah ada di timur dan barat. Hanya di daerahnya saja manusia masih mundur; mudur serba serbi – akhlaq dan ilmu, fizik dan metafizik, amalan dan keyakinan. Justeru; apakah benar seluruh bicara ini?

 

Hakikat Realitisme

Realiti; sebuah kalimat yang sering manusia gunakan untuk berlindung pada kedegilannya dalam menuruti agama Ilahi. Mereka menyangka bahawa Muhammad saw  itu lahir dalam sebuah masyarakat yang sedang-sedang saja rusaknya; kebaikan masih melata dan kejahatan juga ada dimana-mana.

Ia seperti seimbang, antara baik dan buruk. Ini cara mereka melihat dunia saat itu, dan bagi mereka, saat ini keadaan makin teruk dan kebobrokan sudah menjadi-jadi; setiap susuk jasad dunia ada kehitaman dan kebusukan.

Dari seorang guru hinggalah kepada seorang kontraktor. Dari seorang supir hinggalah kepada seorang menteri; semuanya telah terlingkup dalam zaman kejahatan. Sehinggakan ibaratnya seekor kambing dalam segerombolan serigala; berlarilah hingga lelah pasti tetap dibaham.

Lalu, wacana Muhammad saw itu hanya sesuai untuk sebuah umat yang telah mencapai keadaan “biah solehah” – kondisi aman dan baik. Sedangkan kondisi sekarang ini, ajarannya sukar dilaksana; kerna REALITI tidak memihak manusia untuk menjalankan ajaran dia.

Ibaratnya mereka beranggapan bahawa dalam zaman ini, adalah mustahil untuk menerapkan Islam secara benar dalam kehidupan, sehinggakan manusia terpaksa untuk turut serta dalam kejahatan secara minimal, ketimbang terus bergelumang dengan kejahatan yang dalam.

Contohnya ketika seorang kontraktor berkata: Saya terpaksa juga untuk menerima habuan makan dari pelobi, dan kadang saya juga terpaksa memberi makan kepada bapak menteri; guna mendapatkan projek. Tapi saya tidak akan menerima wang sebelum projek siap atau saya tidak akan menghulurkan wang untuk mendapatkan projek, setelah projek siap maka insyaallah saya akan beri hadiah”.

Berkata dia lagi: “Maka untuk mengatakan bahawa Rasuah itu tidak bisa diamalkan dalam bidang ini adalah diluar realiti; yang berbicara hanyalah manusia yang baca kitab tanpa terjun dalam bidang kontraktoran ini!” Lalu saat ini, rasuah yang sedikit iaitu makan bisa diterima atas dasar sifir ini: “Menerima kemudaratan kecil bagi mengelak kemudaratan besar = menerima kejahatan kecil bagi mengelak kejahatan besar”.

Ini adalah sebuah timbangan dunia pada Realiti.

 

Realiti Saat Muhammad saw Diutus

Sebenarnya mereka yang beranggapan bahawa zaman ini makin bejat berbanding zaman dahulu hanya manusia yang melihat puluhan tahun dari hari ini; sekitar tahun 1950-an paling lewat. Kerana itulah mereka beranggapan bahawa zaman ini lebih buruk dari zaman Nabi lantaran setiap zaman itu manusia akan menjadi makin rakus dan makin bejat. Tetapi mereka tidak melihat seluruh sejarah manusia itu.

Pemikiran jenis ini adalah salah satu jenis pemikiran yang sering dibincangkan oleh para pentafsir alam pikir: “Ekstrapolasi” Pemikiran Andaian.

Seperti kita diberikan 2 titik pada sebuah graf galir lurus; maka kita bisa anggaprkan bahawa garis itu akan bergerak lurus pada titik seterusnya, maka kita bisa menganggarkan titik-titik yang akan datang.

Begitu juga bahawa kita telah menggangarkan bahawa tahun 50 lebih baik dari 60, dan tahun 60 lebih barik dari 2009. Maka kita pun menganggarkan bahawa pada tahun 666 itu lebih baik dari hari ini – 2009! Tetapi alam pikir ini sangat meleset!

Sesungguhnya Nabi kalau Allah utuskan pada keadaan begitu, nyata bahawa Nabi itu telah menjalankan kerja yang sangat sedikit; malah dia tidak layak menjadi nabi. Begitu juga dia tidak layak untuk namanya disanjung dan diberi pangkat Ulil Azmi. Dan dia tidak layak menjadi ikutan sepanjang zaman.

Dia telah Allah turunkan pada satu zaman yang paling buruk pernah dicatat manusia sehingga kiamat. Kerna itulah Ajarannya akan terus berlangsung hingga sangkakala berbunyi. Kerna terbukti bahawa dia bisa menjadikan satu umat paling bangsat akhlaqnya menjadi semulia-mulia umat. Dia telah berjaya menegakkan satu sistem pada suatu bangsa yang mengamalkan sistem paling durjana didunia.

Oleh itu; percayalah bahawa kaedah yang beliau tempuh adalah sebuah kaedah yang terbukti sukses dan releven; atas dasar realiti. Realiti dan historis terbukti membenarkan Nabi. Saat ini, tiada isteri yang bersuami banyak, tiada ayah yang akan membunuh anak perempuannya kerna sebuah maruah. Tiada manusia yang akan ditangkap secara tiba-tiba lalu menjadi hamba.

Dunia hari ini lebih baik ketimbang zaman Muhammad saw diutus. Maka Realitinya kita harus kembali kepada politik Nabi Muhammad: aqidah.

Advertisements

Label: , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: