Lolucon Agama

Oktober 10, 2008
Badut Agama

Badut Agama

 

Kebetulan ataupun memang taqdir ilahi, tapi yang pentingnya ialah ia adalah satu bingkai gambar yang nyata, satu realita saat ini.

Firdaus; teman dari lorong telawi, berkubang di gedungan filsafat yang menuju kepada pengagungan aqal sehingga dia bisa berkata: “aku hanya percaya pada Allah, sedangkan rukun iman dan islam itu hanya bikinan manusia”

Dan seorang lagi, menekuni ilmu logika tapi aku melihat masih ada celah-celah nas akan membekas di dadanya. dia sempat berkata: “aku menyokong sunnah tapi aku juga harus mengkedepankan logika”.

Ini gambaran pengagum akal dan logik. sedangkan di seberang sana, ada manusia yang tumbang pada akalnya langsung – tersunggur, malah tidak mampu merangkak sejengkal pun; mereka pengekor pada kebodohan nenek moyang dan mereka adalah pensia akal.

Ketika datang al haq kepada mereka, contoh dalam bab allah itu bisa dilihat di hari qiamat, dan melihat allah itu benar-benar dengan mata, malah penglihatan itulah berupa ni’mat yang paling agung, ketika hal itu didatangkan dengan sekian banyak hujjah keatas mereka, maka mereka menolaknya hanya dengan sebuah ungkapan, bukan kalam al malik, bukan juga kalam ar rasul, tetapi kata-kata dari sebuah historis: “bukankah bapak-bapak kita juga mengimaninya, justeru apakah mereka berada dalam kesesatan?”.

Begitu juga apabila datang al haq yang menunjukkan bahwa allah itu bersemayan di atas arasy, bukan di mana-mana atau Dia tidak bertempat; di bawakan hujjah dari sejarah isra, dibawakan kalam Dia sendiri, dan dijelaskan oleh kalimat nabi, namum mereka membantah dengan sepotong ayat: “Imam ini berkata…. syeikh ini berhujjah… alim ini menukil….”

Saudara! apakah kalam Allah dan ucapan Rasulullah itu setara dengan ungkapan mereka? apakah akal yang Rabb jadikan, yang berupa makhluk yang terbatas kemampuannya mampu meneroka perkara yang maha besar? sedangkan mata manusia antara indera yang begitu hebat ciptaannya juga punya batasan, ia tidak mampu melihat jauh, inikan pula akal yang bisa salah dan bisa benar, malah antara akal manusia juga saling berbeda dan bantah membantah, justeru bagaimana akal mampu menuju kepada al haq?

Begitu juga apabila terjelepuk di dalam lowong gelap – taqlid, apakah perlakuan nenek moyang mereka itu berupa hujjah akan al haq? andai kebenaran itu di ukur oleh pengamalan nenek moyang kita, apakah kita akan kembali kepada agamanya majusi – hindu? maka apakah mereka mampu berfikir sedikitpun akan kebenaran hujjah yang didatangkan kepada mereka.

Justeru bagaimana sikap kita yang sewajarnya? menjadi pengagung akal secara mutlak hinggakan segalanya harus di ukur dengannya; atau menjadi hamba kepada lubang yang kelam – taqlid?

Dan pengenalan dengan dua insan bernama firdaus dan juga manusia yang bertawaf di telaga taqlid, menyedarkan aku akan satu hakikat, bahwa golongan agamawis dunia islam ini adalah manusia yang memakai baju bintik-bintik besar warna warni, merah rambutnya dan mengerbang, ditempek bedak putih di muka dangan bibir mereh hingga ke telinga, memakai hidung bulat merah, mereka kerjanya berujar dan bercakap untuk menghiburkan hati-hati yang lemah dan kering, merekalah di joloki oleh firdaus “jalan telawi” [yang sebenarnya tertimpa batang jasadnya sendiri] – LOLUCON AGAMA!

Surat – Surat Kepada Datuk Dr Asri Zainul Abidin, Mantan Mufti Perlis

September 19, 2012

Saya sedang mencari sepucuk surat yang saya berikan kepada Dr Asri sekirat tahun 2001. Insyaallah jika saya ketemu maka saya akan lampirkan di sini.

 

SURAT PERTAMA

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kita ni’mat Islam dan Iman. Kepada Dia semua penyangjungan dan penghormatan diajukan. Dan dengan Dia juga kita memohon dan meminta. Dialah Yang menghidupkan. Dialah yang mematikan. Dia yang memerintah dan Dia yang menghukum. Selawat dan salam atas Rasul junjungan. Yang memberikan sebenar-benar pendidikan dan pengajaran. Dia senantiasa menyampaikan kalimat Tuhannya tanpa curang. Dia lah juga yang senantiasa mengingatkan kita dari bid’ah dan keta’suban. Semoga sahabat dan pengikut sahabat yang meneruskan jejak baginda akan kita turuti dan ikuti hingga henti nafas kita ini. Maka hentikanlah kami atas Iman dan Sunnah al Mustafa.

Amma ba’du:

Saya tidak menyangka bahawa artikel saya bertajuk Wang Judi Dalam Akal Budi Melayu Dan Agama mengakibatkan banyak teguran disuarakan. Maka saya hadir untuk mengungkap maaf andai benar saya berdusta dan terlanjur.

Maka saya menulis untuk Dr Asri Zainal Abidin dan juga untuk IQ, sebagai permohonan maaf andai “tokoh” tersebut dinyatakan secara terang-terang adalah Dr Asri dan andai saya menfitnah diri tuan.

UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PENEGUR ATAS KELEMAHAN DIRI

Maka saya secara rasmi mengatakan bahawa artikel saya itu adalah pandangan saya, bukan mewakili Ust Fathul, atau Dr Fadhlan atau iLMU. Malah ruangan dalam UMNO ONLINE tidak menyatakan bahawa pojok tersebut khusus untuk iLMU. Oleh kerana itu, saya bermohon agar para syeikh dan para ulama yang terpanggil untuk menegur dan membimbing saya dapat memahami bahawa artikel itu disuarakan dari rasa hati saya.

Kepada seluruh insan yang menegur saya, saya mendoakan agar kalian diberi ganjaran oleh Azzawajalla dengan kebajikan dan pahala. Kesungguhan kalian itu insyaallah akan Allah hitung sebagai jihad di jalan-Nya. Saya juga memohonm agar selepas ini dan sehingga seterusnya, para syeikh dan para ulama ini akan terus membimbing saya.

SAYA MENGHORMATI MANTAN MUFTI, DR ASRI ZAINAL ABIDIN

Lebih penting lagi adalah perlu dijelaskan bahawa saya menghormati Dr Asri Zainal Abidin. Malah saya tetap menganggap beliau sebagai tokoh agama. Dan saya juga percaya bahawa para syeikh dan para ulama Malaysia yang menegur saya adalah terdorong dari wawasan agama – agama itu nasihat. Makanya saya mengucapkan jutaan terima kasih.

Saya juga memohon maaf jika saya ada menyerang peribadi beliau yang selama ini saya anggap tokoh agama di Malaysia. Namun saya juga mahu bertanyakan kepada para syeikh dan para ulama Malaysia – moga kalian maafkan kejahilan saya – apa itu serangan peribadi? Kerana dikatakan saya menyerang peribadi beliau.

DR ASRI MENGINSPIRASI KEPADA DIRI SAYA

Tanpa sadar saya menyanjung kaedah yang digunapakai oleh Dr Asri Zainal Abidin dalam berhujjah. Masakan kalau saya tidak menghormati beliau, maka saya mengambil pendekatan beliau.

Saya selalu mengingat kata-kata beliau “Mereka manusia dan kita juga manusia” [huwa rijal wa nahnu rijal] .Yang menggambarkan manusia bisa berbuat silap, malah manusia juga bisa dikomentar dan bisa menerima komentar.  Maka saya mendapati bahawa Dr Asri selalu mengkritik dan juga mengaku bersedia untuk di kritik.

 

[1] Dr Asri Mengkritik Syeikh Muqbil dan Syeikh Rabi’

“Hal ini merujuk kepada al-Syeikh Rabi’ bin Hadi al-Madkhali dari Arab Saudi. Seorang tokoh yang kontroversi. Alirannya terkenal dengan menghukum sesat, fasiq dan seakan mengkafirkan sebahagian besar ulama zaman kini. Aliran ini terkenal dengan sikap melampau dan bersedia menghukum sesiapa sahaja yang tidak sealiran dengan me-reka. Mereka mendakwa mereka berpegang dengan pegangan Salaf dan mereka merupakan Salafiyyah”. [“Islam Liberal Tafsiran Agama Yang Kian Terpesong” di halaman 21 nota kaki 1]

Juga boleh rujuk:

http://www.4shared.com/file/22599511/cc42eb55/Dr_Asri_Melabel_Sheikh_Rabee_Bermanhaj_Khawarij.html

Ada juga rakaman Dr Asri menjumudkan Syeikh Albani dan Bin Bazz semasa ceramah beliau di Muhammadiyah, Singapura.

[2] Dr Asri Menkritik Jabatan Agama Islam- JAKIM

“Semua maklum bahawasanya jabatan yang paling lembab di Malaysia adalah jabatan agama. Jabatan agama perlu memajukan diri mereka setaraf dengan jabatan-jabatan dan organisasi lain, barulah imej agama Islam dan perkhidmatannya akan di pandang tinggi. Ambil contoh sebuah kes perceraian yang memakan masa hingga 10 tahun baru diselesaikan, bukankah itu lambing kelembapan” [Milenia, Januari 2007, Thn 5, Bil 53]

[3] Dr Asri Mengkritik Dr Uthman El Muhammadi dan Prof Madya Dr Fakhruddin Mukti

“Pihak RTM 1, pula semalam (28 Disember 2009) menyiarkan siaran langsung Hj. Uthman Muhammady dan seorang penceramah yang tidak dikenali membuat tafsiran yang salah terhadap perbezaan pendapat dan usaha pembaharuan”

[4] Dr Asri Mengkritik Datuk Mohammed Khusrin Munawi

“…namanya kerana sebagai seorang yang tahu bahasa Arab, perkataan khusrin bermaksud ‘satu kerugian’. Sesiapa yang baca Surah al-‘Asr, dengan sendirinya tahu maksud tersebut. Saya lebih selesa sebut ‘Pengarah JAIS’ sahaja. Sahabat-sahabat ada yang bergurau kata mereka ‘kalau ada Asri tentu lepas itu Khusrin’. Mereka barangkali merujuk kepada Surah al-‘Asr yang menyebut perkataan ‘Asr dan khusrin. Ya, biarlah itu nama beliau”

[5] Dr Asri Mengkritik Para Ustaz Pondok

“Apalah selekeh, orang sedang bincang macam-macam, Atheis, Islam liberal, nak bincang masalah orang-orang yang tak nak baca yasim malam jumaat. Apa benda masalahnya, engkau bacalah…”

“Baginya tokoh ulama hanya guru pondoknya. Para ulama timur tengah langsung tiada tempat dalam dirinya. Seakan-akan Nabi s.a.w itu dulunya lahir di kawasan pondoknya.”

“Malangnya, ada seorang penulis keluaran pondok Kelantan yang kekadang menulis di dalam majalah-majalah, seakan menganggap seseorang seperti al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani tidak boleh dianggap sebagai tokoh ulama dalam ilmu hadith kerana tidak menghimpunkan sanad. Inilah adalah satu kejahilan yang amat nyata. Inilah bala bila semua orang cuba mengaku pandai dan mencampuri apa yang bukan urusannya”

[6] Dr Asri Mengkritik Jawatan Mufti

“Saya berhenti menjadi Mufti, bukan saya serik. Jadi mufti apa nak serik. Boleh duduk diam-diam dan enjoy dengan jawatan. Jangan banyak cakap atau bangkang. Boleh pergi mesyuarat hotel sana, dan hotel sini. Lawatan sana, lawatan sini. Masuk ke tempat mahal-mahal. Ada kereta rasmi, terbang sana, terbang sini dan cukup bulan ambil gaji. Diam dan jangan peduli sangat apa yang sedang berlaku, maka jawatan itu satu nikmat yang ‘sukar hendak dilepaskan”.

[7] Dr Asri Mengkritik Nuruddin Al Banjari

“Dulu saya pernah tegur, ada guru dari Indonesia yang diberikan lesen berceramah di masjid-masjid di Malaysia mendakwa sesiapa yang berjabat tangan dengannya bererti berjabat tangan dengan Nabi s.a.w maka akan masuk syurga. Beliau membuat majlis di masjid-masjid membaca hadis musalsal berjabat tangan atau disebut al-Musalsal bi al-Musafahah. Lalu beliau pun baca hadis palsu berkenaan: “Sesiapa yang berjabat tangan denganku, atau dengan orang yang berjabat tangan denganku sehingga hari kiamat maka dia masuk syurga”. Maka orang ramai yang terpengaruh pun akan berjabat tangan dengannya dengan dakwaan kononnya tangan tersebut telah berjabat dengan tangan sebelumnya secara berangkaian sehingga kepada Nabi s.a.w”

Makanya, apabila Dr Asri bisa mengkritik seseorang pasti beliau juga sudah bersedia untuk di kritik. Persoalannya yang harus dibincangkan adalah “apakah kritik itu benar” atau “sebuah kritik tanpa asas”. Bukan menjadi masalah “tidak boleh kritik Dr Asri”. Ini sudah menyalahi prinsip “Mereka manusia dan kita juga manusia”.

Justeru saya melihat budaya kritik ini tiada masalah dalam bidang keilmuan, kerana hujjah yang benar bisa dicabar dan mencabar. Maka seperti juga macalah Telan Air Ludah yang dikemukakan oleh Dr Asri; sama ada kebenaran cerita itu sah atau batil, masalah tersebut bisa dibahaskan dengan ilmiyah berserta bukti emperikal. Begitu juga dengan hujjah yang saya bawakan, seperti kerajaan Persekutuan membayar gaji kakitangan dengan wang pendapatan kerajaan sementara wang dari hasil cukai digunakan untuk pembangunan infrastuktur Negara. Wang judi tidak pernah diberikan terus kepada individu melainkan dilaburkan atau digunakan untuk pembangunan Negara.

Bisa dicermati dalam tulisan Dr Asri bagaimana beliau mengimarahkan pelbagai pandangan dan menganggap perbuatan “mengharamkan” atau “menegah” dari mengutarakan pandangan adalah sebuah tindakan anti-akademik:

“Saya amat bimbang pendekatan yang dibuat oleh KDN mengharamkan buku-buku yang tidak selaras dengan pandangan panel yang dilantik oleh mereka. Tindakan ini kemungkinan boleh menjuruskan negara kepada sikap anti-akademik, jumud dan tidak terbuka. Itu bukanlah pendekatan dalam membangunkan minda rakyat dan percambahan ilmu.  Tidak wajar sesebuah buku diharamkan melainkan terbukti mengancam keselamatan negara (tafsiran yang betul) atau jelas tanpa syak ia bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah. Kita patut mengizinkan kepelbagaian tafsiran dan pemikiran hidup dalam negara ini secara sihat, selagi ia tidak menghina Allah dan RasulNya. Alasan-alasan pengharaman yang hanya menyebut “boleh mengelirukan orang ramai” lalu sesebuah buku diharamkan amat tidak munasabah. Itu membawa kepada sikap primitif yang tidak layak bagi masyarakat moden”.

SERANGAN PERIBADI DAN JUGA SILAP LOGIK PIKIR

Molek kiranya saya nyatakan pemahaman saya, agar para ulama’ Malaysia dapat meluruskan kerancuan pikiran saya ini. Saya berpahaman bahawa serangan peribadi adalah sebuah alasan yang dibangun untuk menolak seseorang, dengan menggunakan dalil-dalil yang tidak menyangkut dengan isu dan juga hal itu bersifat peribadi atau bersifat alami [kejadian tuhan]. Saya menuturkan contoh-contoh dibawah ini sebagai rekaan semata-mata. Tidak berkaitan langsung dengan Dr Maza, ia hanya sebagai contoh sahaja.

Contohnya begini; saya menyerang Dr Asri agar kredibeliti beliau jatuh dengan mengaitkan beliau dengan sifat fizikal beliau: “Dr Maza itu terpengaruh dengan Neo Khawarij kerana gigi beliau jongang sedikit”. Maka apa perkaitan jongang dengan pertengaruh akan faham khawarij?

Atau saya mengaitkan beliau dengan kondisi sifat kelakuan alami [yang telah Tuhan ciptakan untuk beliau] seperti: “Dr Maza itu pro pembangkang kerana beliau cepat melenting apabila ditegur orang”. Maka apa perkaitan sifat cepat melenting dengan pro pembangkang?

Atau saya mengaitkan beliau dengan sesuatu diluar kawalan beliau: “Beliau tidak adil kepada pemerintah kerana ayahnya sudah renta dan nyanyuk”. Timbul persoalan; apa kaitan ayah beliau yang sudah uzur dengan sifat adil?

Namun sekiranya sebuah alasan itu dibangunkan dengan menyentuh tabiat atau pemikiran atau kelakuan, sedangkan mauduk yang sedang dibeberkan itu adalah hal-hal yang tercakup dalam sifat kelakuan atau tabiat atau pemikiran, justeru penggunaan dalil tersebut adalah sah dan bukan merupakan penyerangan peribadi.

Saya contohkan sebegini: Seorang suami yang beristeri 2 telah diajukan bantahan dari isteri tua dengan berkata: “Abang tidak adil kerana sentiasa memberi muka kepada Halimah. Apa yang beliau lakukan sentiasa abang iyakan”. Maka dalam persoalan ini, isu ADIL diungkapkan dengan membawakan SIKAP sang suami. Oleh kerana itu, hujjah si isteru dikira diterima [benar atau palsu akan hujjah ini adalah hal lain pula]  dan tidak menyerang peribadi suaminya. Yang dikatakan menyerang peribadi suami apabila isteri tua berkata: “Abang tidak adil dengan saya kerana abang belajar agama tanpa sijil”.

Begitu juga bila kita mahu menggambarkan sikap kikir, andai kata seorang teman berkata kepada sahabatnya: “Engkau ini kikir dengan ibu bapa. Engkau memiliki kereta yang besar namun engkau tidak pernah mahu memberi mereka makanan yang sedap-sedap”. Disini penghujahan sikap “member makan yang sedap-sedap” diterima sebagai bukti sang anak itu kedekut harta. Yang dikatakan menyerang peribadi adalah apabila teman itu berkata: “Engkau kikir kerana muka engkau bengis”.

 

SERANGAN PERIBADI ATAS DIRI SAYA

Saya tidaklah marahkan para pembaca tulisan saya itu apabila mereka menyerang “peribadi saya” dalam membela “serangan peribadi” terhadap tokoh tersebut. Ibaratnya mereka terjerumus dalam kejahatan ketika mahu membela kebenaran.

Ini kerana saya berpahaman bahawa serangan peribadi adalah seperti yang telah saya maklumkan. Namun mereka yang memahami “serangan peribadi” seperti umum – yang biasa – telah tanpa sadar menyerang saya. Lantas saya memaafkan mereka, agar seandainya saya juga berbuat silap maka mereka yang terlibat juga memaafkan saya.

 

CONTOH PARA ULAMA SUNNAH “MENYERANG PERIBADI” ULAMA / TOKOH LAIN

Untuk mengukuhkan lagi, maka saya bawakan contoh para ulama sunnah dalam mengemukakan hujjah atas SIKAP. Sekiranya kelakuan para ulama ini sebagai penyerangan peribadi, maka secara lalai kita telah menuduh para panutan kita berbuat curang.

[1] Syeikh Sholahudin Maqbul Ahmad Mengkomentar Syeikh Habibuirrahman al A’zhami

Syeikh Sholahudin Maqbul Ahmad di dalam hasyiah kitab Bahaya Mengingkari Sunnah: “Sikap ini terlihat pada diri tokoh-tokoh di kalangan mereka apalagi di kalangan umum (awam). Contoh yang paling dekat adalah sikap Syaikh Habiburrahman al-A’zhami al-Hanafi al-Hindi. Ia tumbuh dalam pengabdian kepada sunnah nabi sampai usia 60 tahun lebih. Ia juga mentakhrij buku-buku hadits lebih dari 40 jilid. Akan tetapi sikap fanatiknya tidak berubah, sehingga usahanya itu tidak berguna, kecuali ia hanya menegakkan hujjah atas dirinya sendiri. Kami memohon keselamatan kepada Allah! ….  Begitulah perilaku orang fanatik. Herannya, bagaimana mereka bisa bersikap lapang dada terhadap riwayat yang diputarbalikkan tapi mendukung pendapatnya ini, sebaliknya mereka tidak suka riwayat yang bertentangan dengan pendapatnya. Kita berlindung kepada Allah dari perubahan ini dan dari sikap ridha terhadap perubahan dalam hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam” [Lihat Jawabi’ fi Wajhi Sunnah Qadiman wa Haditsan karya Syaikh Sholahudin Maqbul Ahmad, (terj.) “Bahaya Mengingkari Sunnah”, Pustaka Azzam hal. 250-251]

[2] Syeikh Albani Mengkomentar Syeikh Habiburrahman al A’zhami

Syaikh Albani berkata tentang Habiburrahman Al A’zhami: “Salah seorang musuh Sunnah dan musuh penyeru Tauhid, Syaikh Habiburrahman al-A’zhami yang bersembunyi di balik nama samarannya Arsyad as-Salafi, karena dia tidak punya keberanian dan takut berpolemik secara ilmiah dan beradab. Ini dia lakukan di dalam karyanya yang berjudul Al-Albani Syudzudzuhu wa Akhtha’uhu.” [Muqoddimah Adabuz Zifaf fis Sunnatil Muthohharoh, terj. “Panduan Pernikahan Cara Nabi”, penerbit Media Hidayah, hal. 13]

[3] Syeikh Albani Mengkomentar Syeikh Hamud At Tuwaijiri as Salafi

Dalam Sifat Solat Nabi, Syeikh Albani berkata: “Hal semacam ini tidak menyenangkan bagi orang yang menjadi pengikut Mazhab Hanafi  dan orang yang fanatic terhadapnya, sekalipun pendiriannya bertentaangan dengan sunnah….  Inilah sikap orang yang fanatik mazhab yang mengatasi  terhadap hadith shahih. Dia menjadikan sikap Imam Ahmad yang longgar mengenai tempat bersedekap sebagai alasan menolak hadith yang menyatakan bahawa bersedekap itu tempatnya di dada”. [Sifat Solat Nabi, Edisi Revisi, hal. 24-25]

[4] Syeikh Abdussalam Mengkomentar Terhadap Syed Qutb

“Sudah dimaklumi bahawa Sayid Qutub bukanlah seorang yang menguasai ilmu agama. Dia hanyalah seorang penulis (sasterawan) berpegang dengan mazhab Asy’ari. Terdapat banyak kesalahan yang keterlaluan dan keji di dalam tulisannya, malangnya apabila Sayid Qutub diberi teguran (oleh para ulama), para pendokong Qutubiyah bangun membantah dengan kata- kata yang keji” [Fikru at-Takfir Qadiman wa-Hadisan. Hlm. 98. Raja as-Suhaimi]

[5] Syeikh Albani Mengkomentari Syeikh Abdullah Ghumari

Syeikh Albani berkata: “Al Ghumari berpura-pura bodoh – seperti yang sudah menjadi kebiasaannya dalam menolak kebenaran  – bahawa Ibn Juraij……  jadi terserahlah kepada Al Ghumari apakah ia mahu menerima semuanya atau menyanggahnya. Akan tetapi ternyata dia tidak berbuat apa-apa. Bahkan dia mengelak dengan menggunakan pepatah “Melarikan diri adalah setengah keberanian”.” [Sifat Solat Nabi, Edisi Revisi, cetakan Media Hidayah, hal. 33]

Apabila saya meneliti perkataan-perkataan para Ulama Sunnah yang tulen ini, saya dapati bahawa mereka memang “menyerang peribadi” ketika sedang membahaskan masalah sikap dan kelakuan para tokoh yang mereka singgung. Sehingga menjadi jelaslah kepada saya bahawa “serangan peribadi” itu adalah mengungkapkan hal-hal yang tidak berkaitan dengan isu sikap yang sedang dibicarakan. Sedangkan menerangkan kondisi jiwa, kelakuan, tindakan dan tabiat para tokoh yang sedang dibicarakan terhadap masalah SIKAP, adalah sebagai lumrah dan kebiasaan. Terlebih lagi kepada ulama yang bergulat dalam bidang hadis – ilmu rijal wa ta’dil.

Maka “penyerangan peribadi” yang sering kita pahami sebenarnya bukan “penyerangan peribadi secara hakiki”. Sebaliknya adalah kekeliruan kita untuk memahami letak duduknya kaedah perbahasan dan perdebatan.

Lantas masalah SIKAP itu menurut kepahaman saya adalah adalah berganjak dari Etika Normatif atau Etika Diskriptif yang melibatkan Kelakuan atau Tabiat Manusia terhadap sesuatu perkara. Contohnya adalah MALAS, RAJIN, SOMBONG, DEGIL, JAHAT, BAIK, PEMBOHONG, CURANG, TIDAK ADIL, AMANAH, BERHATI MULIA, MENGHORMATI TETAMU dan CONDONG KEPADA SESUATU. Ini adalah isu sikap dan kelakuan. Maka menceritakan tabiat seseorang dalam pembuktian sikap tersebut adalah boleh sahaja.

 

PENGGUNAAN BAHASA YANG KASAR  DALAM AQAL BUDI MELAYU

Dalam bahasa, kata-kata sifat seperti sangat, cantik, besar, kecil, lembut, kasar, keras dan sebagainya merupakan kata-kata yang subjektif. Begitu juga setiap kata mempunyai notasi, konotasi dan emosi. Setiap manusia bertindakbalas dengan berbagai ragam emosi pada sebuah kata.

Ada orang yang merasakan “mati” itu terlalu kasar untuk manusia dan ada orang menganggap bahawa “mati” itu tidak ada apa-apa. Ada orang yang akan menjeling bila kita menggunakan “taman” kepada manusia tetapi ada setengah orang menganggap “tanam” itu kata yang biasa, semakna dengan kebumi.

Maka bagi saya, menetapkaan sesebuah tulisan itu bersifat kasar atau terlalu keras, adalah bersifat subjektif, agak abstrak dan sukar dibuktikan.

Mungkin Allah telah menganugerahkan kepada saya dengan Dia mengumpulkan sedikit ilmu sosiologi, psikologi dan akal budi melayu dalam jantung saya.  Sehingga itu saya memahami bahawa “keras” atau “lembut”nya orang melayu ini. Saya melihat dalam kitab Surat Keterangan Syeikh Jalaluddin Karangan Fakih Shaghir yang ditula pada 1829M: “Sebab banyak terbit hujat dan burhan daripada saya , banyaak asung fitnah daalam negeri, dan banyak pulalah bantahan mereka itu. Maka jadilah saya dibuangkan orang, dan berapa kali diserangnya saya punya madrasah. Dan kerana sangat keras bantahan mereka itu, sangatlah zahir benar perkerjaan agama, dan banyaklah orang memakai agama Islam…”

Surat ini beliau tulis sesudah Minangkabau didatangi Belanda, yang memuatkan cerita pertembungan antara Faham Kaum Tua dan Faham Kaum Muda [Kaum Pederi] sehingga tercetusnya Perang Paderi. Adalah sebuah sejarah tentang bagaimana pengaruh sunnah pertama sekali masuk dalam alam Melayu dan juga menceritakan bahawa penentangan serta peperangan pertama antara aliran sunnah dan aliran tradisional terjadi dalam dunia Nusantara.

Justeru, aqal budi melayu yang saya jumpai dalam kitab-kitab klasik seperti Sulalatus Salatin, Kisah Pelayaran Abdullah, Hikayat Pendawa Lima, Surat Keterangan Syeikh Jalaludin, Surat-Surat Raja Ali Haji, Tauhfat An Nafis dan Syair Siti Zubaidah; memberikan saya gambaran yang luas bahawa Melayu itu bukanlah selembut yang kita sering fikirkan.

PERMASALAHAN UTAMA

Justeru saya memahami permasalahan utama dalam kasus keributan ini adalah pernyataan saya yang mengatakan bahawa “tokoh” tersebut tidak ADIL dalam menasihati pemimpin Kerajaan dan pemimpin Pembangkang. Dan juga “tokoh” tersebut TERPENGARUH DENGAN PEMBANGKANG atau bahasa lainnya terpengaruh denganh Neo Khawarij.

Maka di sinilah harus menegur dan membimbing saya, dengan membawakan burhan ibarat mentari yang tidak bisa ditutupi dengan sehelai daun pisang.

Justeru sekiraanya apa yang saya nyatakan pada titik ini merupakan sebuah keterlanjuran, maka saya memohon maaf kepada “tokoh” tersebut dengan setulus hati.  Kesalahan saya dalam membawakan hujjah, kegopohan saya dalam menghukum dan kejahilan saya dalam berilmu; sekiranya terbukti – saya dengan rendah diri untuk meruju’ kembali.

Sesungguhnya kebenaran dengan cara yang benar jua lah yang kita cari.

Maka dari itu, saya mohon jasa baik para Syeikh dan Ulama Malaysia, membawakan burhan dalam masalah ini, bukannya mengaitkan bahawa perlakuan saya mengkritik “tokoh” tersebut sebagai sebuah masalah yang batil. Tetapi yang harus dibahaskan adalah penghujahan saya. Seandainya “mengkritik Dr Asri merupakan masalah”, maka saya tidak akan memohon maaf dan menggadaikan prinsip saya.

PENDIRIAN SAYA SEBAGAI AHLUS SUNNAH

Oleh kerana itulah, sebagai ahlus sunnah yang meniti pada jejaknya salaf, saya sangat penasaran dan antusias pada pandangan sahabat. Saya beriman bahawa mereka menyaksi langsung akan pemaknaan Al Kitab dan perlaksanaan As Sunnah; yang demikian menjadi hujjahlah keberadaan mereka pada sisi kita.

Mengikut sahabat bererti juga untuk menerima teguran daan mengaku berbuat silap. Senada dengan itu adaalah tidak memaksumkan manusia dan tidak mensucikan pemikiran selain mereka.

Kerana itu saya menulis surat ini untuk menyatakan bahawa sekiranya pemikiran dan penulisan saya ini berupa sebuah fitnah, maka saya memohon keampunan kepada Allah, Rasul dan “Tokoh” tersebut. Moga beliau bisa memaafkan saya sekiranya terbukti bahawa sayaa telah menfitnah beliau.

Selain dari itu, para salaf juga telah berpesan kepada saya melalui kitab-kitab aqidah yang telah saya pelajari dari guru-guru saya; bahawa saya diwajibkan oleh Allah dan Rasul-Nya untuk berdiri kokoh bersama-sama penguasa: membimbing tangan mereka ke arah jalan yang benar, menasihati mereka ketika mereka tergelincir, menahan diri dari mengikuti arahan mereka yang batil, tetap bersama mereka dalam hal-hal ma’ruf dan membenci perbuatan kejahatan yang mereka lakukan namun menasihati mereka secara sendirian.

Saya juga diingatkan untuk menentang kaum penentang dan pemecaahbelah ummah. Tetapi kemampuan saya bukanlah untuk menebas batang leher mereka sebaliknya adalah dengan pena. Saya tetap beriman bahawa menjadi kaum pembangkang kepada pemerintah yang sah – apakah dia naik secara demokrasi atau monarki atau secara konsensus , atau apa sajaa system yang lainnya – itu haram. Kerana telah jelas secara gamblang petunjuk dari Nabi Muhammad akan kaedah menaasihati penguasa yang zalim.

Begitu juga saya tetap beriman bahawa Ibn Muljam itu khawarij walaupun dia kelihatan sangat wara’. Kerana kebenaran itu bukan bersama tokoh tetapi kebenaran itu adalah perkataan Allah, perkataan Rasulullah dan pemahaman sahabat atas kedua sumber ini.

 

INDAHNYA KALAU SYEIKH MUQBIL DAN SYEIKH RABI’ DI BERI REAKSI SEPERTI INI

Saya sempat berkhayal sekiranya Dr Asri Zainal Abidin yang telah menulis tentang Syeikh Muqbil dan Syeikh Rabi’ adalah terpengaruh dengan Khawarij pada beberapa tulisan beliau, sempat juga beliau membawakan sokongan berupa perikan para ilmuan dunia yang bukan dari aliran salaf : saya sangat berharap bahawa para syeikh dan para ulama Malaysia yang telah menegur saya, yang menelefon Ustaz Fathul Bari, yang menelefon Ustz Ahmad Tajuddin; bahawa mereka telah melakukan hal yang sama atas Mantan Mufti yang kita sanjung itu. Berharap juga mereka menulis surat rasmi mohon penjelasan, bahawa mereka juga menulis surat secara peribadi dan menagih hujjah.

Begitu juga ketika ada dari antara kita yang menganggap Syeikh Bin Bazz dan Syeikh Uthaimin sebagai jumud dalam sains apabila kedua syeikh itu menentang “teori” bumi mengelilingi matahari. Saya berharap para syeikh dan para ulama’ Malaysia ini tampil menegur, menelefon, menulis surat dan mengajak bersemuka untuk mendapatkan penerangan.

Malah ketika guru saya, Ustaz Abu Faruq Rasul Dahri dihentam dan dihujat sama ada secara “public” di dalam Al Ahkam atau Al Fikrah, atau dalam ceramah-ceramah para ustaz-ustaz kita, atau juga pada majlis “Ketuk Cawan” yang saya hadiri sekitar tahun 2006, saya sangat berharap bahawa para Syeikh dan Ulama Malaysia, tampil kedepan lalu menasihati pihak yang menghujat itu, atau mereka menelefon dan mengajak para penghujat itu berlunak, atau menulis surat rasmi kepada penhujat itu ataupun mengemukakan nota bantahan dan nota minta penjelasan kepada para penghujat itu.

Namun, saya tidaklah berbasi-basi kepada kasus guru saya ini atau teman saya ini, melainkan saya sangat terasa apabila dua syeikh besar dunia, yang dikenal seantero bumi, yang kitab-kitab mereka bertebaran dan dibaca oleh semua umat islam, yang mereka ini mendapat kata pujian dari para ulama besar dunia Sunnah. Mereka dipersaksikan oleh 3 masyaikh Umat islam – mujaddid abad ini – sebagai pembawa panji kebenaran. Namun mereka berdua ini dihujat, dihina, dikaitkan dengan aliran sesat dan dilabel sebagai Ulama Jalur Keras atau Madkhaliun atau Salafi yang memiliki sedikit pemikiran Khawarij; saya sangat berharap bahawa tuan-tuan yang menasihati saya berdiri dan tampil kedepan membela kedua syeikh ini dengan adil.

Saya berharap tuan-tuan bersikap adil kepada kedua masyaikh ini sepertima tuan-tuan cuba bersikap adil kepada Dr Asri.

PENUTUP

Saya yang dhaif dan tidak berilmu ini sekadar mengemukakan pandangan. “Mereka Manusia Sedang Kita Juga Manusia”. Saya mengemukakan pandangan dalam gaya penulisan saya. Ini adalah pandangan saya. Tuan-tuan juga mempunyai pandangan sendiri. Maka saya tiada masalah untuk menerima pandangan yang dibina atas hujjah yang akurat, yang cocok pada pemahaman sahabat. Malah saya bersedia untuk menarik dan memohon maaf kepada semua yang terlibat ; sekiranya pandangan yang saya imani, atau penulisan yang telah saya coretkan ini terbukti secara pasti menyalahi hakikat.

Walaubagaimanapun; keperihatinan, tunjuk ajar dan nasihat yang tuan-tuan berikan, berupa sebuah nikmat kepada saya dan sebagai sebuah ole-ole dari orang yang lebih berpengetahuan dari saya. Syukur Alhamdulillah kerna tuan-tuan masih mahu membimbing saya. Amin.

Wassalam

Abu Amru Mohd Radzi Bin Othman

Ampang, Kuala Lumpur

10/10/10

Salinan kepada Dr Asri Zainal Abidin,  Ust Fathul Bari dan Dr. Abu Ahmadain (Setiausaha iLMU)

 

 

SURAT KEDUA

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kita ni’mat Islam dan Iman. Kepada Dia semua penyangjungan dan penghormatan diajukan. Dan dengan Dia juga kita memohon dan meminta. Dialah Yang menghidupkan. Dialah yang mematikan. Dia yang memerintah dan Dia yang menghukum. Selawat dan salam atas Rasul junjungan. Yang memberikan sebenar-benar pendidikan dan pengajaran. Dia senantiasa menyampaikan kalimat Tuhannya tanpa curang. Dia lah juga yang senantiasa mengingatkan kita dari bid’ah dan keta’suban. Semoga sahabat dan pengikut sahabat yang meneruskan jejak baginda akan kita turuti dan ikuti hingga henti nafas kita ini. Maka hentikanlah kami atas Iman dan Sunnah al Mustafa.

Amma ba’du:

Saya telah melihat pesanan ringkas Tuan Doktor Asri Zainul Abidin tentang sahabat saya, Abu Aqif. Dan masih saya ingat dalam Majalah I bulan ini bahwa Tuan Doktor menyebut Salafi Literalis sama seperti pesanan yang menyinggung Abu Aqif hari ini.
Suka saya minta bukti dari Tuan Doktor bahawa Abu Aqif ini adalah seorang manusia yang sering melaga-lagakan para ustaz. Siapakah ustaz yang beliau laga-lagakan? Manakah buktinya? Bukankah tuan telah menghafal hadits tentang masalah ini,

لَوْ يُعْطَى النَّاسُ بِدَعْوَاهُمْ لاَدَّعَى رِجَالٌ أَمْوَالَ قَوْمٍ وَدِمَاءَهُمْ وَلَكِنَّ الْبَيِّنَةَ عَلَى الْمُدَّعِى وَالْيَمِينَ عَلَى مَنْ أَنْكَرَ

“Sekiranya setiap manusia diberikan (haknya) berdasarkan dakwaan atau tuduhan mereka, sudah tentu akan ada orang-orang yang akan menuntut harta dan darah milik suatu kaum (yang lain). Oleh itu pembuktian diwajibkan bagi yang mendakwa dan sumpah wajib bagi pihak yang mengingkari (yang dituduh).” (Hadis Riwayat al-Baihaqi, 10/252, no. 21733. Dinilai hasan oleh an-Nawawi dan sahih oleh al-Hafiz Ibnu Hajar)

Tetapi sekiranya para ustaz yang beliau singgung adalah para penyeru kepada kebid’ahan dan penentangan kepada sunnah, para penyesat dan pengkafir kepada ahlus sunnah atau kepada para Qutubiyyun yang terlalu mencintai Ikhwanul Muslimin, lantas dakwaan tuan Doktor itu tidaklah memberi sebuah ungkapan yang yaqin.

Kerana telah tercatit zaman berzaman bagaimana para Imam Ahlus Sunnah mengangkat nama tokoh-tokoh yang tergelincir sebagai peringatan kepada umat agar tidak mengikut tokoh-tokoh ini. Inilah bukti kecintaan mereka kepada Islam, bukti kesungguhan mereka kepada hadits dan bukti keikhlasan mereka mengharap wajah Allah.
Mereka tidak pernah berbuat sedemikian untuk meraih pangkat di dunia. Mereka tidak mencari kemashyuran pada mata-mata manusia. Mereka tidak mahu mendapat gelar Ulama’ Hadits apatah lagi tanda nama Dr pada pangkal nama mereka, tetapi dalam masa yang sama menyulap tokoh pengingkar Sunnah seperti Fazlur Rahman dalam berhujjah.

Sedarkah wahai Tuan Doktor yang memahami agama bukan pada kalimat semata-mata, bagaimana Ustas Azhar Idrus mencela para ulama’ Sunnah, mengajarkan kesesatan kepada umat, membodohkan masyarakat, menjadikan lafaz-lafaz keji sebagai zikir dilidahnya serta mengkafirkan rakyat? Lalu apakah ambisi yang Tuan Doktor mahukan dengan mengirim pesanan tersebut?

Tuan mahu membela dirinya? Tuan mahu menjauhkan umat daripada sunnah al Mustafa? Tuan mahu menolong kebid’ahannya? Atau tuan mahu menegakkan kaedah Al Muwazanah yang bid’ah itu?
Saya teringat pepatah Cina ada menyebutkan “Rumput dilaman orang kelihatan, rumput di laman sendiri sudah naik ke tangga”, atau pepatah Melayu pula diungkap sebagai “mengata dulang paku serpih”.
Masihkan tuan ingat bagaimana sikap tuan kepada banyak orang? Sikap tuan kepada JAKIM, kepada Pengarah JAIS, kepada Ustaz Nuruddin Al Banjari, tentang Air Liur Ustaz dan banyak lagi? Ketahuilah wahai Tuan Doktor bahawa pencelaan yang tuan lakukan kepada Syeikh Rabi’ dan Syeikh Muqbil itu lebih dahsat kerana maruah ulama’ itu sangat tinggi.

Apa yang saya nyatakan ini, bahawa terdapat banyak rakaman dan bahan yang membuktikan bagaimana Tuan Doktor boleh ditakrifkan sebagai pemecahbelah dan pencela kepada para ustaz dan ulama’. Sedangkan bahan-bahan ini bertabutan didalam alam maya serta mudah sekali untuk dikumpul dan dikompilasikan sebagai hujjah keatas Tuan Doktor.

Tahukah Tuan Doktor bahawa para Sufi sering menggelar Ahlus Sunnah sebagai kaum yang memahami “Kulit” sahaja sedangkan mereka (kaum sufi yang sesat itu) memahami Islam secara “Isi”. Bukankah lagu yang mereka nyanyikan serupa dengan puisi yang Tuan Doktor dendangkan? Kononnya Tuan Doktor memahami nash secara dinamika sedangkan kami memahami secara literal lantas Tuan Doktor memanggil kami sebagai Salafi Literal. Patutkah kami memanggil Tuan Doktor sebagai Salafi Sufi atau Qutubiyah / Sururiyah?

Akhir kata, sekiranya kebencian Tuan Doktor kepada kami lantaran bencinya kami kepada Ikhwanul Muslimun dan para tokohnya, maka bukankah seorang yang mendapat gelar doktor dalam bidang hadits patut membantah dengan hujjah yang ilmiyah?

Teringat nasihat Tuan Doktor supaya umat menghindari ta’sub dan menilai melalui hujjah, seperti nasihat tentang kasis Abu Aqif ini. Semoga nasihat ini berguna untuk diri sendiri.

Sesungguhnya banyak orang mengaku sebagai Salafi, termasuklah Zamihan dan Abu Syafiq. Hatta Hizbut Tahrir juga mengatakan bahawa jamaah mereka mengikut mazhab Salaf As Soleh. Namun ternyata mereka menyimpang dari manhaj tersebut.

Begitu juga banyak orang yang menuduh kelompok lain sebagai itu dan ini, namun akhirnya ternyata tuduhan itu hanyalah igauan sang pemimpi.

Sementara Tuan Doktor masih di Negara Kufar itu dan sementara masih di university yang banyak para oriantalis dan freemanson itu, semoga mempunyai waktu untuk introspeksi diri. Semoga Allah memberikan hidayah kepada Tuan Prof Madya Doktor Asri Zainul Abidin,  Mantan Mufti Negeri Perlis.

Yang benar,

Abu Amru Mohd Radzi Bin Othman

Pandan Indah, Kuala Lumpur

 
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=315370935168806&set=a.136109636428271.16570.106585492714019&type=1&ref=nf

 

 

SURAT KETIGA

 

Bismillahhirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Apa yang akan saya nyatakan selepas ini berupa getus hati saya. Sebenarnya saya teringat kalimat guru kepada guru saya tentang seseorang yang menghujat beliau. Seorang tokoh yang menjawat gelar Doktor sementara guru kepada guru saya itu tidak memiliki sekeping sijil pun. Berkatalah Asy Syaikh Al Muhaddith  Ali Hasan Al Halabi:

“tidak akan menyelisihiku bahwa banyak orang yang memiliki gelar DR. akan tetapi dia tidak berhak mendapatkan DR.  melainkan hanya salah satu dari huruf itu;  bisa huruf yang awal iaitu D atau yang akhir iaitu R”

Begitulah hakikatnya bahawa kefakihan dan keadilan serta keikhlasan itu sebenarnya hidayah dari Allah Azzawajalla. Lantaran itu, saya yang merupakan penuntut ilmu senantiasa berdoa’ kepada Allah agar Dia membuka jalan-jalan kebaikan kepada saya dan kepada seluruh kaum Muslimin.

Maknanya juga bahawa kefakihan itu bukanlah tersangkut pada huruf DR. atau pada sijil, kerna kadangkala orang yang memiliki huruf itu di depan pangkal nama mereka juga acapkali bertindak jahil ibarat anak kecil.

Saya juga percaya anak kecil akan marah-marah atau mula bergolek atas tanah apabila orang lain menegur atau melarangnya dari membuat sepah. Inilah tabiat manusia, dari kecil hingga yang tua, dari jahil seperti saya sehingga yang ada gelar Profesor Madya.

Justeru setelah saya melihat rakaman kuliah tokoh agama yang saya hormati, Prof Madya Dr Asri berkisar tentang masalah tahzir mentahzir dikalangan Salafi, lantas saya merasakan bahawa mauduk yang beliau sedang bicarakan itu adalah diri saya dan tulisan saya. Lantaran saya harus membetulkan kekeliruan yang sedang beliau alami.

Beliau berkata:

“Baru ini saya baca, ILMU, Ulama Muda UMNO. Boleh sebut kah? Saya tidak kisah benda ini tetapi saya ingat kita jangan, bahasa yang lunak, jangan bodohkan diri kita dan bodohkan orang. Dia (Seorang ahli ILMU) tulis dalam satu rencana dalam akhbar. Dia (penulis) kata, saya bukan berpihak, saya tidak… tentang …. Dia tulis dalam akhbar, dia kata bukti tokoh agama itu tidak rabbani, maksudnya bukan tokoh agama yang betul, contohnya Allahyarhan Ust Fadhil Noor, kuburnya di Pendang, sedangkan di Pendang itu sendiri, kalau dia ulama’ yang betul-betul ulama’, kenapa di Pendang itu masih banyak lagi khurafat dan kuburnya ada disitu? Itu menunjukkan dia bukan ulama’ pilihan Tuhan. Came on lah kita pergi ke kubur Imam Syafi’e – imam yang besar dan mulia, orang buat khurafat macam-macam atas kubur dia. Bukan dia suruh. Kita pergi ke kubur banyak para sahabat pun ada orang buat khurafat di kubur sahabat itu, bukan sahabat itu suruh. Dengan orang buat khurafat itu, tidak boleh kita menghukum empunya kubur itu. Saya bukan berpihak, tapi kaedah hukuman seperti itu bukan sahaja tidak pandai tetapi sangat bodoh. Saya kata, tak apa, tak ada masalah kita masuk parti mana-manapun tapi  tujuan untuk berda’wah. Tapi kita jangan mengampu lebih sangat. Kita jack kereta tu boleh ambil tayar, tapi kalau sampai terbalik kereta itu : bodoh namanya. Setakat boleh ambil tayar”

Saya kuat beriman bahawa yang beliau maksudkan adalah artikel saya bertajuk Imam Syafi’e : Ulama Haid Sahaja, yang diterbitkan di Sinar Harian.

Maka saya simpulkan keterlanjuran Tuan Prof Madya dalam dua kerangka besar iaitu:

1] Melakukan ta’wilan melampau

2] Mencela para Ustas Ahlus Sunnah yang berada dalam ILMU sebagai pengampu Kerajaan

 Pembetulan Pertama

Saya cukup hairan dengan Prof Madya yang suka berpuisi, yang tidak memahami sintesis tulisan saya. Apakah puisi yang tuan tulis selama ini tidak mampu menunjukkan kepada tuan bahawa sebuah naratif harus dilihat secara keseluruhan untuk membuahkan kesimpulan; bukannya terpisah-pisah?

Saya akan terangkan kembali kepada tuan perihal artikel saya agar tuan mendapat gambaran yang jelas dan tidak membabi buta lagi. Takut-takut kasus “Air Ludah Ustaz” berulang untuk entah kali keberapa.

Saya mulakan tulisan dengan memuatkan tuduhan para ahli bid’ah kepada para imam Ahlus Sunnah, yang tuduhan itu tidak berasas dan jauh menyimpang. Seperti tuduhan Mu’tazilah yang mengatakan Imam Syafi’e itu hanya mengerti ilmu haid dan nifas. Seperti tuduhan Sayid Qutub yang merupakan ahli Ikhwanul Muslimin kepada para ulama’ Ahlus Sunnah bahawa mereka itu hanyalah pandai menulis semata-mara. Dan seperti tuduhan Doktor juga kepada Syeikh Dr. Rabi’ Al Madkhali yang dikatakan seperti Khawarij yang suka menyesatkan orang, dan terbaru tuduhan tuan kepada para ustaz-ustaz Salafi yang dikatakan “literalis” yang bisa menjumudkan.

Nah! Tuduhan yang bernada sama dan diungkapkan oleh pelaku-pelaku yang mengimani manhaj yang hampir sama.  Lantas tuduhan itu saya katakan sebagai kata-kata keji yang lahir dari hati yang busuk dan lidah yang buruk. Justeru Tuan Prof Madya, hati-hatilah agar hati dan lidah tuan tidak sejahat itu untuk mencerca ulama’ Ahlus Sunnah.

Mereka – para pembenci Ulama’ Ahlus Sunnah – akhirnya menggunakan “kondisi zaman” sebagai hujjah untuk menelantarkan naqal dan memenangkan aqal. Ini sangat pelik untuk dilakukan oleh seorang yang berpegang teguh kepada manhaj Ahlus Sunnah lantaran seorang Sunni pasti mendahulukan naqal diatas segalanya termasuklan waki’ dan aqal.

Namun saya nyatakan bahawa masyarakat kadang terpedaya dengan kepetahan seseorang ahlil bid’ah dan penampilanya yang gah. Oleh itu saya bawakan ciri-ciri ulama’ Rabbani yang hal ini sudah maklum kepada para penuntut ilmu.

Ulama’ Rabbani itu adalah ilmuan yang menggunakan Al Qur’an, As Sunnah dan pemahaman salaf as soleh dalam beragrumentasi dan berhujjah. Kerana itu saya bawakan perkataan Syeikh Abdus Salam Barjas: “Orang alim hakiki adalah yang mendalami ilmu agama, mengetahui hukum-hukum Al Quran dan As Sunnah. Mengetahui ilmu ushul fiqih seperti nasikh dan mansukh, mutlak, muqayyad, mujmal, mufassar, dan juga orang-orang yang menggali ucapan-ucapan salaf terhadap apa yang mereka perselisihkan.”

Maka saya berharap bahawa para “ulama”, “ustaz”, “khatib”, “guru agama” dan sesiapa sahaja yang umum dikatakan sebagai ulama atau ilmuan Islam, gunakanlah tiga kerangka utama ini sebagai kayu ukurnya. Jika mereka berkata dan bertindak sesuai dengan Al Qur’an, As Sunnah dan “Fahmus Sahabah”, maka mereka itu adalah ulama’ Ahlus Sunnah, insyaallah. Namun jika mereka itu menyelisihi salah satu dari tiga rukun tadi, maka mereka itu bukanlah ulama’ Rabbani.

Syeikh Abdul Hamid Bin Badis berkata: “Sesungguhnya seorang da’i yang benar adalah da’i yang bersandar atas hujjah dan agrumentasi yang jelas. Ucapannya tidak mengandungi kebohongan, tipu daya atau dakwaan buta. Gerakan da’wahnya tidak terjerumus ke dalam kebinasaan, kontradiksi ataupun kesimpang-siuran” (Ad Durar Al Ghaliyah fi Adabid Da’wah wad Da’iyah)

Sebagai contoh, maka saya bawakan seorang tokoh agama di Malaysia – Ustaz Fadhil Noor yang pernah menjadi Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai persampelan. Semoga Allah mengampunyinya. Maka kita ambillah tiga kayu-ukur tadi dan letaklah kepada “fatwa” dan pandangan beliau. Lantas apakah kita melihat bahawa “fatwa” beliau cocok dengan ketiga-tiga kayu-ukur tersebut?

Wallahi! Bahawa “fatwa” beliau menyelisihi “fahmus sahabah” (kefahaman sahabat) malah banyak juga yang menyelisihi sunnah al Mustafa. Oleh itu cukuplah disini saya nyatakan sekali lagi kepada Tuan Doktor bahawa beliau bukanlah ulama’ Rabbani. Beliau tetap bukan ulama’ Rabbai walaupun Tuan Doktor memujinya dalam Majalah Tamaddun pada tahun 2000.

Lantas kita juga dapat melihat dasar perjuangannya; apakah mengikut manhaj Rasulullah saw atau menuruti manhaj ahlul bid’ah. Manhaj Rasulullah saw dengan jelas memperjuangkan aqidah dan menumpaskan kesyirikan. Sedari baginda memiliki dua orang pengikut hinggalah memiliki daulah, tauhid menjadi keutamaannya. Hatta sehingga beliau sedang gering dan hampir menghembuskan nafas, beliau berwasiat kepada umatnya tentang aqidah. Maka jika seorang ulama’ membiarkan isu aqidah maka bererti beliau bukanlah seorang ulama’ Rabbani. Lantaran Ulama’ Rabbani mewarisi kerja-kerja Nabi. Dan tidaklah diutus setiap rasul kepada setiap umat, melainkan untuk mengajak “sembahlah Allah semata-mata dan jauhi thaghut”.

Syeikh Soleh Fauzan Al Fauzan berkata: “Da’wah apapun yang tidak berlandaskan kepada manhaj para rasul, ia akan menemui kegagalan. Buktinya adalah jamaah-jamaah atau gerakan-gerakan da’wah sekarang ini yang memiliki manhaj sendiri-sendiri yang berbeda dari maanhaj para rasul; melalaikan masalah tauhid. Mereka menyerukan perbaikan dalam masalah sekunder. Diantara mereka ada yang menyerukan perbaikan hukum dan siasah, menyerukan diterapkan hukum Islam. Masalah-masalah tersebut memang penting, tetapi bukan yang paling penting. Sebab, bagaimana harus diterapkan hukum syar’i kepada penzina dan pencuri sebelum diterapkan hukum syar’i bagi orang yang berbuat kesyirikan. Bagaimana menuntut penerapan hukum syar’i antara dua orang yang berebut kambing dan unta, sebelum menuntut diterapkannya hukum syar’i kepada penyembah berhala dan orang-orang yang tersesat dalam asma’ wal sifat Allah” (Mukaddimah kitab Minhajul Anbiya)

Camkanlah wahai tuan ucapan ulama’ besar dunia ini berkenaan dengan manhaj da’wah dengan saksama. Semoga tuan akan dapat membacanya dengan penuh keikhlasan dan mendapat pencerahan dari Allah Ta’aal.

Orang yang menyelisihi manhaj Rasul bukanlah ulama’ Rabbani. Ya, walaupun mereka itu duduk dalam persatuan ulama. Walaupun mereka itu dinobat sebagai mufti, atau mantan mufti. Ya walaupun mereka banyak menulis kitab dan menulis puisi. Mereka jika menyelisihi manhaj salaf tetap bukanlah ulama’ Rabbani.

Lantas apakah kenyataan saya ini menyakitkan hati Prof Madya? Atau kenyataan saya ini meremokkan hati dan perasaan tuan Doktor? Atau sebenarnya kenyataan saya ini akan menyudutkan tokoh-tokoh yang tuan sanjungi seperti Hasan Al Banna, Sayid Qutub dan Al Qaradhawi? Lantas untuk itu tuan harus memalingkan isu dalam artikel ini dan menimbulkan isu lain agar tokoh-tokoh sanjungan tuan tidak dipertikaikan?

Memang para Qutubiyyun / Qardawiyun akan bergelora hatinya bila saya menukilkan ucapan Sayid Qutub yang mencela para ulama’ Ahlus Sunnah. Dan lebih bergelegak hati-hati mereka bila saya datangkan pula perkataan Syeikh Rabi’ Al Madkhali yang terkenal sebagai penentang kepada kelompok Ikhwanul Muslimun, Qutubiyyun dan Qardawiyun.

Ahlus Sunnah telah menetapkan bahawa da’wah paling utama dan yang pertama untuk dida’wahkan adalah tauhid. Sehingga apabila da’wah tauhid menyebar dan memusnahkan syirik, baharulah mampu ditegakkan hudud.

Lantas saya menggunakan sampel Pendang dimana di situlah Ustaz Fadhil Noor berda’wah bertahun-tahun, sedari beliau memasuki PAS sehinggalah beliau menghembuskan nafas. Maka ketika hayat beliau, masalah syirik tidak terhapus; malah masalah kesyirikan tetap ada sehinggalah beliau meninggal, hatta sehingga PAS menguasai Kedah saat ini.

Tuan Doktor boleh pergi ke kawasan Pendang, Alor Star dan sekitarnya. Lihatlah dengan kepala mata Tuan Doktor sendiri bahawa banyak kedai yang menggantungkan gambar hitam putih yang diimani sebagai “pelaris”.

Justeru kita mahu bertanya kepada Tuan Doktor dan juga para Ahli PAS, apakah yang mereka da’wahkan selama ini? Dan apakah da’wah utama Mantan Presiden mereka – Ustaz Fadhil Noor? Apakah PAS mengajak untuk menegakkan aqidah shaihah atau menegakkan Hudud dan Negara Islam?

Saya semakin pelik dengan sikap Tuan Doktor, sepanjang empat muka tulisan saya, yang tuan garis bawah hanyalah dua baris ayat, walhal dalam tulisan saya itu masih banyak hujjah-hujjah yang tuan boleh bantah dan betulkan. Namun kenapa dua baris ini yang tuan jadikan modal untuk menghina para Ustaz Salafi yang memasuki ILMU?

Kenapa tuan Doktor tidak mahu membahas perkataan Ibn Mas’ud, Mujahid, atau ucapan Syeikh Abdus Salam Barjas? Kenapa Tuan Doktor tidak mahu mengulas celaan Sayid Qutub yang mengatakan bahawa ulama’ Ahlus Sunnah adalah ulama’ Kertas sahaja? Apakah celaan ini sangatlah tidak penting dan boleh diabaikan?

Malah lebih pelik lagi apabila Tuan Doktor gagal untuk memahami ayat ini dengan baik. Sepertinya tuan jahil dalam Bahasa Melayu tetapi tetap gencar untuk menulis puisi.

Sekiranya tuan pernah membaca tulisan saya sebelum ini, pasti tuan akan mengerti bahawa saya menggunakan laras bahasa yang berpuitis dan banyak terpengaruh dengan penggunaan Bahasa Indonesia. Justeru saya berharap orang yang suka menulis puisi seperti tuan akan dapat memahami makna tulisan saya dengan baik.

Lantaran, sekiranya ayah Tuan Doktor sudah meninggal dunia, lalu ada seorang bertanya kepada tuan Doktor: “Ayah kamu duduk / tinggal / berdiam / bertempat dimana?”. Apakah tuan akan berkata “Ayah saya sudah meninggal”, atau tuan akan katakan “Dia bertempat di Permatang Pauh”.

Pasti tuan akan katakan “Ayah saya sudah meninggal dunia”. Dan jika ditanya, dimana beliau dikebumikan, maka tuan akan menjawabnya “Ayah saya dikebumikan di Permatang Pauh”. Saya cukup pasti tuan tidak akan menjawab “beliau bertempat di Permatang Pauh”.

Mungkin saya perlu bawakan contoh yang lain, agar tokoh pemuisi kita ini bisa mengerti akan perkataan “berdiam / bertempat” dengan lebih mantap.

Kita ambil contoh Shamsiah Fakeh yang hidup di China namun di kebumikan di Malaysia. Maka kita tetap akan berkata bahawa beliau “berdiam / bertempat di China” yang merujuk fasa kehidupannya, bukan merujuk kepada lokasi beliau dikebumikan.

Justeru perkataan saya merujuk kepada fasa hidupnya, bukan fasa selepas matinya. Kerana itu saya tidak menyebut langsung kubur beliau. Yang saya sebut adalah kedai-kedai di Pendang. Maka dengan aqal yang waras (tanpa perlu mendapat gelar Doktor atau ke India untuk mendapatkan 5 ijazah hadith) pun sudah mampu untuk mencari perkaitan antara kalimat bertempat dengan kedai-kedai di Pendang yang menggantungkan gambar kesyirikian.

Kedai tersebut bukanlah di dirikan di tepi kubur beliau, bukan juga di dalam halaman rumah beliau. Justeru perkaitan yang cukup sederhana antara kalimat “bertempat” dan “kedai-kedai yang menggantungkan gambar” ialah “fasa hidup” dan bukannya “fasa sesudah matinya beliau”.

Kemudian saya mahu bertanya kepada Tuan Doktor, dimana dan saat bila saya menyebutkan kubur Ustaz Fadhil Noor dijadikan tempat penyembahan, sehingga tuan Doktor membawa contoh Kubur Imam Syafi’e dan kubur para sahabat?

Kalau tidak ada, maka nasihat saya janganlah menjadi tukang fitnah, atau kaki ta’wil. Janganlah tercuit sedikit, terus terlambung.

Pembetulan Kedua

Tuan Doktor mengatakan bahawa ILMU ini mengampu kerajaan. Mungkin jika tuan hidup di zaman Imam Abul Wafa Ibnu Aqil al-Hambali maka tuan juga akan menghina beliau kerana mencium tangan penguasa ketika bersalaman.

Namun sang Imam telah menjawab tuduhan tersebut dengan katanya:

“Bagaimana pendapatmu bila aku bersalaman dengan ayahku kemudian aku mencium tangannya, apakah yang demikian itu salah ataukah menjatuhkan kedudukannya? Mereka menjawab tidak salah! Beliau berkata lagi: Seseorang ayah telah mendidik anaknya secara khusus sedangkan penguasa telah mendidik rakyat secara umum, maka dia lebih berhak untuk dihormati”. (Badi’ul Fawaid. Ibnu Qaiyim)

Lantas keberadaan kami ini bersama penguasa Negara adalah sebagai suruhan dari Allah dan sunnah Rasulullah saw. Kami tetap akan bersama-sama penguasa untuk membimbing mereka dan menasihati umat manusia.

Kami tidak akan melepaskan ketaatan dan ikatan bai’at kepada mereka sepertimana yang dianjurkan oleh Sayid Qutub dan Al Qaradhawi. Bukan Sunnah Sayid Qutub dan Sunnah Qaradhawi yang kami ingin tempuh melainkan sunnah Muhammad Bin Abdullah saw.

Jika upaya kami untuk mengajak umat agar mereka mentaati penguasa dalam hal-hal yang ma’ruf dikatakan sebagai sebuah jilatan, atau suatu ampuan, maka kepada Allah lah kami mengadu akan tuduhan itu. Namun yang pasti Tuan Doktor sangatlah terpengaruh dengan pemikiran Al Qardawi dan sangat condong dengan pembangkang. Malah sejarah hidup Tuan pun pernah bersama mereka satu ketika dahulu.

Begitu juga dalam tanpa sadar, rupanya tuan juga penjilat dan pengampu. Dengan nyata bahawa tidak ada satu hujjah pun yang bisa dipakai untuk menghalalkan demontrasi BERSIH, namun tuan mengasak-asak dalil untuk membenarkannya. Hanya semata-mata untuk mengabsahkan kelakuan PAS dan pembangkang. Malah untuk membenarkan juga fatwa Dr Yusuf Al Qaradhawi.

Walhal bukankah ajaib tatkata tuan mengharamkan Perarakan Maulidur Rasul satu ketika dahulu, dan menghalalkan demontrasi BERSIH? Bukankah ini sebuah sikap yang sangap pelik? Dan bukankah ini sebuah tindakan jilat dan ampun yang tidak dapat ditutup lagi?

Justeru Tuan tidak perlu untuk berpura-pura sebagai Salafiyun. Bukakan saja topeng Qutubiyyun tuan selama ini. Kerana saat ini penyamaran itu sudah tersingkap ketika tuan menyatakan perkataan keji kepada para Salafi malah kepada Ibn Taimiyyah dan Muhammad Wahhab:

“Ramai yang bertanya saya tentang huraian-huraian siyasah Ulama Muda UMNO kebelakangan ini..menurut pendapat saya yang kerdil, walaupun Ulama Muda UMNO itu pada asasnya bermanhaj ‘salafi’ dan saya antara …yang menyetujui manhaj itu, namun kefahaman sebahagian mereka mengenai hadis-hadis politik menjurus kepada aliran Madkhali yang agak literal dalam menafsirkan nas-nas siyasi tanpa melihat teks dan konteks..mereka seakan aliran ‘zahiri’ atau literalist dalam memahami dalil-dalil siyasi..di Barat, mereka melebelkan literalist ini sebagai ‘wahabi’..itu label yang salah kerana mereka masukkan sekali sesiapa sahaja yang kuat berpegang dengan nas sebagai ‘wahabi’ ..namun fonomena literal dalam memahami nas-nas siyasi ini banyak datang dari Arab Saudi..pada beberapa sudut mungkin ada kebaikannya, namun ia boleh menjumudkan banyak situasi umat dan negara..bak kata Fazlur Rahman ‘konsep kefahman al-Imam Ibn Taimiyyah itu menjadi sempit jika dilihat dari huraian al-Imam Muhammad bin Abdul Wahhab, jika kita membacanya secara langsung, kita akan dapat melihat keluasan kefahamannya..apapun ini masalah ijtihadiyyah atau perbezaan pendapat, seseorang memilih pandangan yang diyakininya..semoga Allah memberikan kita keikhlasan dan mengampunkan semua”

Ingtlah tuan bahawa seorang Ahlus Sunnah tidak akan menggunakan hujjah dari ahlil Bid’ah dalam penetapan manhaj agamanya. Justeru ketika Tuan menggunakan Fazlur Rahman yang cukup terkenal sebagai pejuang Islam Liberal, maka saat ini telah menjadi pemisah antara kita secara jelas; bahawa tuan bukanlah salafi.

Bagaimana mungkin seorang yang memiliki 5 ijazah hadith menggunakan ungkapan kaum Islam Liberal bagi membantah kefahaman yang terbit dari hadith? Hanya sahaja orang yang jahil terhadap sunnah akan berbuat sebegitu. Atau seorang yang menyamar sebagai Ahlus Sunnah yang akhirnya dia tidak mampu bersabar lalu meniggalkan jubah sunnahnya.

Bagaimana mungkin perkataan Fazlur Rahman, tokoh Islam Liberal mampu mematahkan hujjah dari hadith yang telah dijadikan pegangan Ahlus Sunnah zaman berzaman? Lebih menarik lagi adalah mengapa tuan mengambil perkataan Fazlur Rahman bagi menentang pemahaman Ibn Taimiyyah yang diterjemah oleh Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab? Lantas tuan katakan bahawa memahami nash mengikut kaedah Ibn Taimiyyah yang diterjemah oleh Syeikh Muhammad akan menjumudkan dunia.

Walhal kaedah pemahaman Syeikh Muhammad itu merupakan kaedah Ahlus Sunnah. Maka apakah tuan ingin mengatakan bahawa kaedah Ahlus Sunnah ini akan menjumudkan dunia? Subhanallah! Tidak mungkin seorang Sunni akan berkata seperti tuan katakan.

Pemahaman yang dirangkul oleh Syeikh Muhammad terhadap Ibn Taimiyyah merupakan pemahan yang asli dan benar. Beliau memahami pemahaman ini dan menterjemahkannya dalam perjuangannya. Seluruh ulama’ Sunnah mengiktiraf perjuaangan ini dan pemahaman ini.

Jika tuan mengatakan bahawa pemahaman Ibn Taimiyyah beda dengan pemahaman Syeikh Muhammad, ternyata ini sebuah “tanggapan” yang melencong. Malah jika tuan mengatakan bahawa Syeikh Muhammad telah tersalah memahami pemikiran Ibn Taimiyyah sehingga memberi watak kaku kepada fatwa Syeikul Islam, ini juga merupakan pemahaman tuan yang jauh dari hakikat kebenaran. Sungguh Syeikh Muhammad telah memahami dengan saksama dan menekuni manhaj Ibn Taimiyyah, sehingga para ulama’ Ahlus Sunnah mengatakan bahawa Syeikh Muhammad adalah bayangan Ibn Taimiyyah.

Sebaliknya, yang silap memahami perbicaraan Ibn Taimiyyah adalah Fazlur Rahman, walau dia berkokok mengatakan bahawa dia pencinta dan pengagum Ibn Taimiyyah. Yang dia inginkan adalah pemisahan syiasah dari dokongan hadith dengan menggunakan sosok tubuh Ibn Taimiyyah. Malah dia juga mengerti bahawa Ibn Taimiyyah tidak akan bangkit dari kubur untuk membantah segala pemikiran “politik songsang” yang disandarkan kepadanya.

Bagaimana mungkin Fazlur Rahman mampu untuk memahami manhaj Ibn Taimiyyah walhal dia adalah seorang anti hadith? Dia sangat memusuhi hadith dalam hidup beragama dan hidup berpolitik. Lihatlah bukunya “Islamic Methodology in History”, “Islam and Modernity: Transformation of an Intelectual Tradition” dan tulisannnya dalam beberapa artikel seperti “Some Reflection on the Reconstruction of Muslim Society in Pakistan”,  “Implementation of the Islamic Concept of State in the Pakistan Milieu” dan “The Qur’anic Solution of Pakistan’s Educational Problems”.

Jika dia memahami manhaj Ibn Taimiyyah, pasti dia sudah menjadi seorang Ahlus Sunnah. Namun eroni nya dia tetap menentang sunnah dan beriman bahawa dirinya memahami manhaj Ibn Taimiyyah! Maka dari sisi inipun sudah cukup intuk Tuan Doktor berfikir tentang ide “jumud” yang dikerangkakan oleh Syeikh Muhammad.

Seterusnya seorang Ahlus Sunnah tidak akan mencela ulama’ mereka, sebaliknya mereka akan memuliakannya. Namun sampai hari ini permusuhan Tuan kepada Syeikh Rabi’ tetap tak kunjung surut, ada sahaja kesempatan, tuan akan mencela dan menghinakannya.

Lebih pelik lagi bagaimana Tuan Doktor mengatakan bahawa kefahaman untuk mentaati penguasa Muslim, haramnya Demontrasi dan menasihati penguasa secara sirr (sembunyi) merupakan kefahaman dari Syeikh Rabi’ Al Madhkali sahaja, atau yang terbit dari Saudi Arabia?

Ketahuilah wahai Tuan Doktor, bahawa kefahaman ini bukan dimuculkan oleh Syeikh Rabi’ atau ulama’ Saudi, malah seluruh ulama’ Ahlus Sunnah di setiap penjuru dunia mengimaninya. Ketahuilah juga bahawa keimanan ini sudah ada sejak zaman salaf lagi, berlanjutan hingga kini, dan akan terus ada sehingga kiamat. Tuan sendiri belajar ilmu hadith maka pastu tuan mengetahuinya.

Kerana itu bukankah molek jika tuan berguru kepada Syeikh Albani ataupun murid-muridnya dahulu ketika tuan berada di Jordan. Sehingga tuan dapat mengetahui bahawa ulama’ Sunnah Jordan juga bersependapat dengan ulama’ Saudi. Namun kesempatan di Jordan telah tuan sia-siakan.

Begitu juga ketika tuan ke India, mengapakah tuan tidak berguru dengan para ahlil hadith Ahlus Sunnah, bukannya ulama’ Deobandi. Sehingga Tuan Doktor mengetahui bahawa ulama Sunnah India juga sejalan dengan ulama’ Saudi.

Tetapi kecenderungan tuan untuk mengikuti alam pikir Al Qardhawi itu yang menyebabkan tuan mula memusuhi Ahlus Sunnah.

Saya melihat tulisan-tulisan tuan banyak dihiasi dengan fatwa Al Qaradhawi, walhal beliau itu adalah antara tokoh yang mengikut manhajnya Hasan Al Banna dan Sayid Qutub. Malah ada yang memasukkan beliau sebagai tokoh Islam Liberal.

Ingatlah tuan bahawa seseorang yang selalu menukilkan nama atau ucapan ahlul bid’ah dalam tulisannya bererti beliau bersama dengan ahlul bid’ah tersebut. Seseorang yang selalu menukilkan kalam ulama Ahlus Sunnah, insyaallah beliau adalah Ahlus Sunnah. Syeikh Abdullah Bin Shalil Al Ubailan berkata tentang seseorang yang diragukan; apakah dia seorang pemuja Ikhwanul Muslimun atau seorang Salafi:

“Tidak, tidak, beliau bukan seorang ikhwani, bukan…  beliau adalah seorang salafi, dan seorang salafi itu senantiasa tidak akan menyebutkan guru-gurunya kecuali Syaikh Muhammad bin ‘Utsaimin, menyebutkan Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz dan menyebukan al-Albani. Tidak akan selamanya dia berargumen dengan salah seorang pun selain mereka”

Akhir kata, segala kesalahan saya, atau segala kelemahan saya, saya memohon ampun kepada Tuan Doktor. Semoga Allah member kita balasan yang baik di dunia dan di akhirat.

Saya juga menanti mungkin akan ada insan yang pernah membantah saya dahulu dalam isu “Wang Judi” untuk membetulkan Tuan Doktor terhadap pemahaman salah tuan doktor. Namun sampai saat ini insan tersebut masih tidak menulis surat kepada tuan Doktor, walhal mereka dahulu berteriak kepada saya “demi kebenaran” lah mereka menulis.

 

 

Abu Amru Mohd Radzi Bin Othman

Pandan Indah, Kuala Lumpur

10 July 2011

 

Bai’at Pas Itu Bid’ah

Mac 24, 2012

Berangan Menjadi Nabi

Rupanya masih banyak yang bermimpi menjadi nabi pada zaman ini. Walaupun pada hakikatnya mereka mengakui bahawa mengisytiharkan diri sebagai utusan Allah sesudah wafatnya Rasulullah Muhammad bin Abdullah s.a.w. sebagai sebuah ungkapan kekufuran. Tetapi fatwa dan tingkahlaku mereka seumpama mengatakan “akulah nabi maka ikutilah aku nescaya kalian akan masuk syurga”.

Setiausaha Dewan Ulama’ Pas Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata dalam HarakahDaily: “Bai’at untuk melakukan ketaatan dan amal soleh seperti solat dan jihad. Dalam hadis sahih Bukhari, Muslim, Ibn Hibban dan Abi Dawud terdapat hadis yang sangat banyak menceritakan bai’ah antara Nabi saw dan sahabat antaranya bai’ah untuk saling menasihati sesama Muslim, berbai’ah untuk tidak lari dari medan perang, berbai’ah untuk melakukan lima solat yang wajib, bai’ah untuk menunaikan zakat, bai’ah untuk berjihad, bai’ah untuk menyatakan kebenaran dimana sahaja kita berada dan bai’ah untuk mati bersama dalam perjuangan Islam”.

Dengan hujjah inilah mereka – Parti Islam Se-Malaysia – membolehkan perwakilan mereka untuk mengikat bai’at kepada parti sekaligus mengucapkan laknat sekiranya mereka mengkhianati PAS. Inilah bentuk bai’at yang dilafazkan oleh mereka seperti yang didedahkan oleh Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali:

“Wallahi, wabillahi, watallahi, bahawa saya (nama calon) yang diamanahkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding bagi (nama pilihan raya dan kerusi) bersumpah dengan nama Allah, sama ada saya menang atau saya kalah dalam pilihanraya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini. Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan ini, maka saya akan dilaknati Allah, para malaikat dan sekelian pelaknat”

Kelihatan seperti PAS meletakkan diri mereka seperti Nabi sehingga membolehkan manusia menghulurkan tangan mengikat janji untuk taat setia dalam perkara kebaikan dan takwa. Ironinya siapakah PAS berbanding Rasulullah saw? Apakah ada sahabat Rasulullah saw yang mempraktikkan bai’at seperti ini setelah kewafatan baginda?

Cabar Untuk Membawakan Bukti

Saya mencabar Dr Mohd Khairuddin Aman Razali malah kepada Mursyidul Am Pas, bawakan atsar yang menjelaskan ada para sahabat yang mengambil bai’at dari tabi’in untuk berbuat kebaikan dan takwa. Jika tidak ada atsar dari sahabat maka bawakan kisah yang sahih dari tabi’in yang menerima bai’at untuk melakukan kebaikan dan kebajikan dari pengikut mereka.

Apakah ada Imam Abu Hanifah mengucapkan seperti kalian fatwakan? Di manakah Imam Malik menerima bai’at dari rakyat agar mereka tetap mengeluarkan zakat? Pernahkan Imam Syafi’e membenarkan dirinya dibai’at agar para muridnya tetap akan berjihad? Bilakah Imam Ahmad merelakan ada bai’at selain dari bai’at kepada khalifah? Apakah ada para Muhaddis yang meriwayatkan hadis bai’at memahami hadis tersebut sebagaimana kalian fahami? Jawablah wahai Dewan Ulama Pas Pusat!

Sekiranya Tuan Mursyid dan Tuan Doktor hanya membawakan dalil umum sebagai hujjah, bererti kalian telah mentafsir Islam mengikut nafsu dan akal, menyulam kebatilan dengan perkataan umum dan melencong dari kebenaran yang bersifat pasti.

Walhal Ahlus Sunnah telah menetapkan bahawa Al Qur’an dan As Sunnah itu wajib untuk ditafsir dan difahami mengikut pemahaman para sahabat. Kerana para sahabat telah diajarkan oleh Rasulullah tentang makna dan melihat sunnah secara nyata. Sehinggakan sesatnya Khawarij seperti Ibnu Muljam adalah kerana mentafsir al Qur’an dan As Sunnah dengan akalnya sendiri. Kufurnya Syiah juga kerana mentafsir agama mengikut akal mereka.

Ketaatan Telah Diperintahkan Allah

Kenyataannya adalah apabila Rasulullah wafat, para sahabat tidak ada yang mengambil bai’at daripada manusia melainkan bai’at untuk khalifah. Sehinggakan para ulama Ahlus Sunnah menetapkan bai’at untuk berbuat baik adalah di atas landasan baginda merupakan utusan Allah – seorang Rasulullah saw. Apakah kalian juga utusan Allah sehingga layak menerima bai’at umat?

Sesudah wafatnya Rasulullah saw, bai’at jenis ini terhapus lantaran Allah dan Rasul-Nya telah mewajibkan seluruh umat Islam untuk istiqamah atas kebaikan secara terus. Syeikul Islam Ibnu Taimiyyah di dalam Majmu’ Fatawa (28/18) berkata  bahawa jika dimaksudkan dengan kesepakatan, ketaatan dan bai’at ini adalah untuk tolong menolong atas kebenaran dan takwa, maka hal itu telah diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya atas dirinya. Bermakna sama ada rela atau tidak, seorang Muslim telah ditaklifkan (diwajibkan) untuk berbuat baik dan bertakwa sehingga tidak memerlukan bai’at kepada sesiapa lagi.

Syeikh Ali Hasan Al Halabi, seorang muhaddis agung zaman ini telah membantah segala alasan sesat PAS dengan berkata:

“Di mana pendahulu umat ini dari bai’at-bai’at semacam ini? Apakah akal dan hawa nafsu kita boleh sampai kepada suatu kebaikan sedangkan kita lepas dari generasi terbaik dari umat ini dari kalangan salaf dan para imam ra? Maka benarlah Nabi yang terpilih shallallahu’alaihi wa sallam ketika bersabda. “Barangsiapa membuat perkara baharu dalam urusan kami yang tidak  ada contoh dari kami maka amalan tersebut adalah tertolak” (Hadis al Bukhari dan Muslim). Maka bai’at-bai’at istitsnaiyyah (ganjil) seperti ini yang tidak terdapat dalam nash, baik dalam Al Qur’an dan Al Hadis atau tidak terdapat pada perbuatan salah seorang dari salaf as soleh, adalah bid’ah  dan perkara yang diada-adakan. Hal ini dibuat untuk mengkhianati orang awam dan kalangan orang yang berilmu dari kaum Muslimin, agar mereka terpengaruh dengan tujuan merendah-rendahkan dan bertindak sesuka hati terhadap mereka (orang awam). Bai’at ini dilakukan dibawah slogan al wala’ (ketaatan), al intima’ (kecenderungan), as sam’u wa at tha’ah (mendengar dan taat), taubat dan lain-lain sebagainya dari ungkapan-ungkapan yang dikemas dengan indah, kata-kata yang manis dan lafaz-lafaz yang mempersona” (Al Bai’at Baina As Sunnah Wal Al Bid’ah ‘Inda Al Jama’ah Al Islamiyah).

Justeru inilah antara salah satu bid’ah yang telah PAS bidankan dan kemudian momokkan untuk umat Islam. Masyarakat yang cetek pengetahuan agama akan terpedaya dengan tipu-helah PAS. Wajar kita mengkaji sejarah Ibnu Muljam, seorang guru Al Qur’an yang hebat di zaman Saidina Uthman tetapi telah membunuh Saidina Ali atas keyakinan yang batil.

Setelah dia ditangkap lalu ketika para sahabat ingin membunuhnya, dia memohon agar diseksa terlebih dahulu. Abdullah Bin Ja’far ra. memotong kedua tangan dan kakinya namun dia tidak merintih sedikitpun. Setelah itu kedua matanya dicungkil dengan besi panas, dia tetap tidak mengerang. Tetapi apabila lidahnya ingin dipotong lantas dia mengeluh: “Aku tidak suka jika wafat dalam keadaan tidak boleh berzikir kepada Allah”.

Lihatlah bagaimana seorang “alim” yang sesat dalam mentafsir agama, bersikap teguh kepada kesesatannya dan sanggup untuk mati demi “kebenaran” yang sebenarnya kebatilan. Maka kebenaran pasti memiliki hujjah, sementara hujjah itu ditafsir oleh pemahaman sahabat. Kebatilan adalah yang terbit dari akal, seperti akal Ibnu Muljam. Lalu dimanakah hujjah PAS? Dari nafsu dan akal atau dari pemahaman sahabat?

Abu Amru Mohd Radzi Bin Othman

 

Normal
0

false
false
false

EN-US
X-NONE
X-NONE

MicrosoftInternetExplorer4

/* Style Definitions */
table.MsoNormalTable
{mso-style-name:”Table Normal”;
mso-tstyle-rowband-size:0;
mso-tstyle-colband-size:0;
mso-style-noshow:yes;
mso-style-priority:99;
mso-style-qformat:yes;
mso-style-parent:””;
mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt;
mso-para-margin:0in;
mso-para-margin-bottom:.0001pt;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:11.0pt;
font-family:”Calibri”,”sans-serif”;
mso-ascii-font-family:Calibri;
mso-ascii-theme-font:minor-latin;
mso-fareast-font-family:”Times New Roman”;
mso-fareast-theme-font:minor-fareast;
mso-hansi-font-family:Calibri;
mso-hansi-theme-font:minor-latin;
mso-bidi-font-family:”Times New Roman”;
mso-bidi-theme-font:minor-bidi;}

Bai’at Pas Itu Bid’ah

Berangan Menjadi Nabi

Rupanya masih banyak yang bermimpi menjadi nabi pada zaman ini. Walaupun pada hakikatnya mereka mengakui bahawa mengisytiharkan diri sebagai utusan Allah sesudah wafatnya Rasulullah Muhammad bin Abdullah s.a.w. sebagai sebuah ungkapan kekufuran. Tetapi fatwa dan tingkahlaku mereka seumpama mengatakan “akulah nabi maka ikutilah aku nescaya kalian akan masuk syurga”.

Setiausaha Dewan Ulama’ Pas Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata dalam HarakahDaily: “Bai’at untuk melakukan ketaatan dan amal soleh seperti solat dan jihad. Dalam hadis sahih Bukhari, Muslim, Ibn Hibban dan Abi Dawud terdapat hadis yang sangat banyak menceritakan bai’ah antara Nabi saw dan sahabat antaranya bai’ah untuk saling menasihati sesama Muslim, berbai’ah untuk tidak lari dari medan perang, berbai’ah untuk melakukan lima solat yang wajib, bai’ah untuk menunaikan zakat, bai’ah untuk berjihad, bai’ah untuk menyatakan kebenaran dimana sahaja kita berada dan bai’ah untuk mati bersama dalam perjuangan Islam”.

Dengan hujjah inilah mereka – Parti Islam Se-Malaysia – membolehkan perwakilan mereka untuk mengikat bai’at kepada parti sekaligus mengucapkan laknat sekiranya mereka mengkhianati PAS. Inilah bentuk bai’at yang dilafazkan oleh mereka seperti yang didedahkan oleh Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali:

“Wallahi, wabillahi, watallahi, bahawa saya (nama calon) yang diamanahkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding bagi (nama pilihan raya dan kerusi) bersumpah dengan nama Allah, sama ada saya menang atau saya kalah dalam pilihanraya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini. Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan ini, maka saya akan dilaknati Allah, para malaikat dan sekelian pelaknat”

Kelihatan seperti PAS meletakkan diri mereka seperti Nabi sehingga membolehkan manusia menghulurkan tangan mengikat janji untuk taat setia dalam perkara kebaikan dan takwa. Ironinya siapakah PAS berbanding Rasulullah saw? Apakah ada sahabat Rasulullah saw yang mempraktikkan bai’at seperti ini setelah kewafatan baginda?

Cabar Untuk Membawakan Bukti

Saya mencabar Dr Mohd Khairuddin Aman Razali malah kepada Mursyidul Am Pas, bawakan atsar yang menjelaskan ada para sahabat yang mengambil bai’at dari tabi’in untuk berbuat kebaikan dan takwa. Jika tidak ada atsar dari sahabat maka bawakan kisah yang sahih dari tabi’in yang menerima bai’at untuk melakukan kebaikan dan kebajikan dari pengikut mereka.

Apakah ada Imam Abu Hanifah mengucapkan seperti kalian fatwakan? Di manakah Imam Malik menerima bai’at dari rakyat agar mereka tetap mengeluarkan zakat? Pernahkan Imam Syafi’e membenarkan dirinya dibai’at agar para muridnya tetap akan berjihad? Bilakah Imam Ahmad merelakan ada bai’at selain dari bai’at kepada khalifah? Apakah ada para Muhaddis yang meriwayatkan hadis bai’at memahami hadis tersebut sebagaimana kalian fahami? Jawablah wahai Dewan Ulama Pas Pusat!

Sekiranya Tuan Mursyid dan Tuan Doktor hanya membawakan dalil umum sebagai hujjah, bererti kalian telah mentafsir Islam mengikut nafsu dan akal, menyulam kebatilan dengan perkataan umum dan melencong dari kebenaran yang bersifat pasti.

Walhal Ahlus Sunnah telah menetapkan bahawa Al Qur’an dan As Sunnah itu wajib untuk ditafsir dan difahami mengikut pemahaman para sahabat. Kerana para sahabat telah diajarkan oleh Rasulullah tentang makna dan melihat sunnah secara nyata. Sehinggakan sesatnya Khawarij seperti Ibnu Muljam adalah kerana mentafsir al Qur’an dan As Sunnah dengan akalnya sendiri. Kufurnya Syiah juga kerana mentafsir agama mengikut akal mereka.

Ketaatan Telah Diperintahkan Allah

Kenyataannya adalah apabila Rasulullah wafat, para sahabat tidak ada yang mengambil bai’at daripada manusia melainkan bai’at untuk khalifah. Sehinggakan para ulama Ahlus Sunnah menetapkan bai’at untuk berbuat baik adalah di atas landasan baginda merupakan utusan Allah – seorang Rasulullah saw. Apakah kalian juga utusan Allah sehingga layak menerima bai’at umat?

Sesudah wafatnya Rasulullah saw, bai’at jenis ini terhapus lantaran Allah dan Rasul-Nya telah mewajibkan seluruh umat Islam untuk istiqamah atas kebaikan secara terus. Syeikul Islam Ibnu Taimiyyah di dalam Majmu’ Fatawa (28/18) berkata  bahawa jika dimaksudkan dengan kesepakatan, ketaatan dan bai’at ini adalah untuk tolong menolong atas kebenaran dan takwa, maka hal itu telah diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya atas dirinya. Bermakna sama ada rela atau tidak, seorang Muslim telah ditaklifkan (diwajibkan) untuk berbuat baik dan bertakwa sehingga tidak memerlukan bai’at kepada sesiapa lagi.

Syeikh Ali Hasan Al Halabi, seorang muhaddis agung zaman ini telah membantah segala alasan sesat PAS dengan berkata:

“Di mana pendahulu umat ini dari bai’at-bai’at semacam ini? Apakah akal dan hawa nafsu kita boleh sampai kepada suatu kebaikan sedangkan kita lepas dari generasi terbaik dari umat ini dari kalangan salaf dan para imam ra? Maka benarlah Nabi yang terpilih shallallahu’alaihi wa sallam ketika bersabda. “Barangsiapa membuat perkara baharu dalam urusan kami yang tidak  ada contoh dari kami maka amalan tersebut adalah tertolak” (Hadis al Bukhari dan Muslim). Maka bai’at-bai’at istitsnaiyyah (ganjil) seperti ini yang tidak terdapat dalam nash, baik dalam Al Qur’an dan Al Hadis atau tidak terdapat pada perbuatan salah seorang dari salaf as soleh, adalah bid’ah  dan perkara yang diada-adakan. Hal ini dibuat untuk mengkhianati orang awam dan kalangan orang yang berilmu dari kaum Muslimin, agar mereka terpengaruh dengan tujuan merendah-rendahkan dan bertindak sesuka hati terhadap mereka (orang awam). Bai’at ini dilakukan dibawah slogan al wala’ (ketaatan), al intima’ (kecenderungan), as sam’u wa at tha’ah (mendengar dan taat), taubat dan lain-lain sebagainya dari ungkapan-ungkapan yang dikemas dengan indah, kata-kata yang manis dan lafaz-lafaz yang mempersona” (Al Bai’at Baina As Sunnah Wal Al Bid’ah ‘Inda Al Jama’ah Al Islamiyah).

Justeru inilah antara salah satu bid’ah yang telah PAS bidankan dan kemudian momokkan untuk umat Islam. Masyarakat yang cetek pengetahuan agama akan terpedaya dengan tipu-helah PAS. Wajar kita mengkaji sejarah Ibnu Muljam, seorang guru Al Qur’an yang hebat di zaman Saidina Uthman tetapi telah membunuh Saidina Ali atas keyakinan yang batil.

Setelah dia ditangkap lalu ketika para sahabat ingin membunuhnya, dia memohon agar diseksa terlebih dahulu. Abdullah Bin Ja’far ra. memotong kedua tangan dan kakinya namun dia tidak merintih sedikitpun. Setelah itu kedua matanya dicungkil dengan besi panas, dia tetap tidak mengerang. Tetapi apabila lidahnya ingin dipotong lantas dia mengeluh: “Aku tidak suka jika wafat dalam keadaan tidak boleh berzikir kepada Allah”.

Lihatlah bagaimana seorang “alim” yang sesat dalam mentafsir agama, bersikap teguh kepada kesesatannya dan sanggup untuk mati demi “kebenaran” yang sebenarnya kebatilan. Maka kebenaran pasti memiliki hujjah, sementara hujjah itu ditafsir oleh pemahaman sahabat. Kebatilan adalah yang terbit dari akal, seperti akal Ibnu Muljam. Lalu dimanakah hujjah PAS? Dari nafsu dan akal atau dari pemahaman sahabat?

 

Abu Amru Mohd Radzi Bin Othman

Setiausaha

Sekretariat Ulama Muda UMNO (iLMU)

 

 

 

 

Ketika Mulutnya Terngaga

Januari 26, 2012

Tersingkap Kejahilan

Saudara, ada pepatah yang menjelaskan sebuah hakikat seseorang: “Ketika dia diam, kita menyangka dia orang pandai. Namun ketika dia mula berbicara maka jelaslah kejahilannya”. Kata hikmah ini sangat tepat malah sering terlihat dalam masyarakat kita. Betapa banyak orang yang pada mulanya kita sangka mempunyai minda “genius” ketika dia diam. Sebaliknya apabila mulutnya mula ternganya dan lidahnya terjelir saat berkata-kata, terus sahaja kita menjatuhkan hukuman terhadap dirinya: “Ternyata orang ini tidak memahami apa-apa”.

Kesalahan ini terletak pada lidahnya. Kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa. Orang mengetahui dia itu jahil apabila dia bersuara. Seandainya dia hanya mendengar dan diam sampailah tamat isu yang dibangkitkan, nescaya tiada sesiapa yang tahu akan hakikat dirinya yang jahil. Malah diamnya itu sebagai sebuah tanda bijaksana kerana dia mengetahui hakikat dirinya yang tidak berilmu.

Ironinya betapa banyak orang yang binasa kerana lidahnya di dunia ini? Betapa banyak manusia yang nantinya akan dihumban ke neraka kerana silap berkata-kata. Lantaran itu Islam tidak mengajar kita untuk mengeluarkan kata-kata yang tidak bermanafaat kepada sesiapa hatta kepada musuh atau orang yang kita tidak suka. Malah kepada seorang kafirpun kita disuruh untuk menjaga lidah dan adab.

Berlaku dialog antara Muaz Bin Jabal dengan Rasulullah saw. Rasulullah saw berkata: “Asas bagi semua perkara adalah Islam, tiangnya adalah solat dan titik kemuncaknya adalah jihad.” Kemudian baginda bertanya lagi: “Adakah saudara suka jika saya beritahu kunci bagi semua perkara itu? Saya menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah saw.” Baginda memegang lidahnya, lalu berkata: “Saudara jagalah ini.” Saya bertanya: “Wahai Rasulullah saw! Adakah kita dituntut bagi segala perkara yang kita ucapkan? Jawab Rasulullah saw: “Aduh saudara! Bukankah manusia disembamkan mukanya ke dalam neraka hanya sebab lidah mereka?” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Itulah yang diberitakan oleh Nabi yang kita cintai; setiap apa yang manusia lafazkan akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti. Tetapi saudara, apakah boleh bagi seorang Muslim, terutamanya seorang mukmin untuk mencela dan melempar kata-kata nista kepada seorang kafir?

Mencela Musyrikin

Islam adalah agama ilmu, bukannya agama ciptaan akal. Islam berdiri diatas hujjah Al Qur’an dan As Sunnah, yang kedua sumber ini wajib ditafsir dan difahami mengikut metode pemikiran sahabat. Lantaran sahabat diajar oleh Rasulullah saw kaedah berinteraksi dengan kedua sumber ini.

Saudara tahukah ada sebuah hadits dalam kitab Adabul Mufrad karya Imam Bukhari menceritakan tentang larangan melaknat orang kafir. Abu Hurairah berkata bahawa seorang sahabat telah berkata kepada Nabi: “Wahai Rasulullah saw, mohonlah kepada Allah agar ditimpakan kebinasaan kepada orang-orang musyrik!” Nabi menjawab: “Aku tidak diutus sebagai pelaknat, sebaliknya aku diutus sebagai rahmat” (Shahih).

Begitu juga Allah menyuruh Musa dan Harun untuk berkata lemah lembut kepada Fir’aun yang menjuarai carta Tokoh Musyrik sepanjang zaman. Dalam surah Thaha ayat 44 yang bermaksud:

“berbicaralah kamu berdua kepadanya (Fir’aun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia ingat atau takut”

Kursi Alaihissalam

Malangnya saudara, kita selalu menyangka lidah kita tidak pernah bedusta, tidak pernah tersasul dan tidak pernah tersilap bicara. Kita tanpa sedar seperti menetapkan bahawa diri kita adalah ma’sum seperti nabi. Tambahan pula kalau orang ramai menobatkan kita dengan sebuah gelaran keramat iaitu “ulama”. Semakin kuatlah iman kita untuk menafikan kebarangkalian kita tersilap kata, tersalah langkah. Padahal Rasulullah saw berkata: “Setiap anak Adam akan melakukan kesilapan, dan yang terbaik adalah yang paling cepat taubatnya”(Hadits Tarmizi).

Ketika kita menggunakan hadits “ulama itu adalah pewaris nabi”, kita tergelincir dengan membuat ta’wilan batil. Kita beranggapan sebagai pewaris nabi kedudukan kita sama seperti nabi di zaman ini. Natijahnya apa yang kita benarkan itu berupah perintah dan apa yang kita tegah berupa larangan. Barangsiapa yang mengelisihi kita diancam neraka dan barangsiapa yang mentaati kita diberi syurga. Sekiranya begitu, moleklah kita tuliskan dihujung nama kita “Alaihissalam”. Atau hadiahkanlah kita sebuah Kursi Alaihissalam.

Saudara tahukah apabila keadaan itu terjadi, umat juga akan menuruti jejak langkah ulama’ mereka. Ketika ulama’ mereka mendengar sebuah berita yang tidak dipastikan kesahihannya, maka terus sahaja sang ulama itu menyampaikan kepada umat. Apabila cuping telinga umat terdengar khabar tersebut, mereka cepat-cepat menyebarkan kepada masyarakat. Akhirnya merebaklah sebuah berita yang tidak sahih ditengah-tengah manusia.

Saat ini, ulama’ dan umat yang menjadi penyebar khabar tersebut sudah tidak memerlukan sebarang bukti terhadap tuduhan yang mereka lemparkan. Hujjah adalah diri mereka; apabila mereka berkata “shahih” maka benar lah khabar tersebut. Ketika mereka berkata “ini dusta” maka palsulah khabar tersebut. Walhal Rasulullah saw berkata:

“Sekiranya setiap manusia diberikan haknya berdasarkan dakwaan atau tuduhan mereka, sudah tentu akan ada orang-orang yang akan menuntut harta dan darah milik suatu kaum yang lain. Oleh itu pembuktian diwajibkan bagi yang mendakwa dan bersumpah bagi pihak yang yang dituduh.” (Hadits Riwayat Baihaqi)

Timun Dan Durian

Saudara lihatlah apa yang berlaku dalam masyarakat Islam kita. Betapa banyak berita-berita yang tidak dapat kita pastikan kebenarannya namun kita tetap bercerita kepada jiran tetangga, kita siarkan dalam laman peribadi kita, dan kita teguh mempertahankannya ketika ada orang meminta bukti dari kita. Malah kita mencela pula orang yang menagih pembuktian dari kita.

Malangnya wahai saudara, kita berhadapan dengan dua keadaan yang mana kedua-dua keadaan itu akan membuatkan kita berdosa. Ibarat timun dan durian; menggilis luka, digilis pun luka. Jika benar khabar itu shahih maka kita tetap berdosa kerana Syubail bin ‘Auf berkata: “Dikatakan barangsiapa yang mendengar sebuah kekejian lalu menyebarkannya, maka orang itu seperti orang yang melakukan perbuatan keji tersebut” (Shahih. Adabul Mufrad).

Sebaliknya jika ternyata khabar tersebut tidak shahih maka kita juga akan berdosa kerana Rasulullah saw bersabda “Cukup seseorang itu dikatakan sebagai pendusta apabila dia menyampaikan setiap apa yang didengarnya”

Ingin saya berikan dua contoh yang hangat disebarkan oleh umat walhal mereka tidak mempunyai bukti walau sekelumitpun. Pertamanya ada seorang tokoh agama yang berkata kepada anak muridnya bahawa ILMU menerima wang sebanyak RM 15,000.00 sebulan setiap orang: “Ulama Muda; ulama’ gila. Masuk parti sekular, masuk berenang dalam air najis. Terima RM 15,000.00  khabarnya seorang sebulan, tapi duduk dalam najis sekular. Sekular ini keluar dari Islam, sesat dunia akhirat”.

Pertamanya ustaz ini menuduh ILMU menerima wang hampir RM 0.6 juta sebulan dan keduanya ustaz ini telah mengkafirkan ILMU. Sedangkan masalah takfir (mengkafirkan orang) merupakan satu perkara yang sangat besar dalam Islam. Ulama’ Ahlus Sunnah sangat berhati-hati dalam menjatuhkan hukum kafir, sehingga kelompok sesat seperti Khawarij dan Mu’tazilah hanya dihukum sesat walaupun mereka menyeleweng jauh dari Islam.

Keduanya adalah kes Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan yang mengeluarkan fatwa bolehnya wang zakat digunakan untuk pembayaran kos guaman Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan; Datuk Seri Jamil Khir ketika disaman oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lucunya wahai sahabat, segelintir dari masyarakat kita mengatakan Datuk Seri Jamil Khir telah memakan wang zakat, padahal perbuatan beliau dilakukan setelah fatwa dikeluarkan oleh Mufti. Apakah kita ini lebih alim dari mufti atau sebenarnya kita mahu melawan mufti? Jika kita diminta bukti terhadap tuduhan itu, ternyata kita tidak mempunyai hujjah walau setitik pun.

Paduka Mufti mengeluarkan hukum atas ijtihad beliau yang disandarkan kepada Syeikh Rasyid Redha dalam Tafsir Al Manar: “Pendapat yang benar dalam jihad fi sabilillah ialah segala yang menyentuh kepentingan umat Islam dalam menegakkan urusan agama dan pemerintahan”.

Sementara Imam As Son’ani dalam Subulus Salam berkata tentang jihad fi sabilillah adalah: “Termasuk mereka yang berkerja untuk kepentingan orang muslimin, seperti bidang peradilan, pemberian fatwa dan pengajaran, walaupun mereka termasuk orang kaya”.

Sahabatku, saya ingin melontarkan sebuah pandangan, sekadar pertanyaan: “Jika Datuk Seri Anwar menang dalam kes ini, kemanakah wang zakat yang digunakan MAIWP itu pergi?’

Abu Amru Mohd Radzi Bin Othman
Timbalan SU ILMU

Antara Tahaluf Syiasi Dan Realiti

Januari 7, 2012

Artikel ini adalah semudah membaca A, B dan C. Tetapi untuk menerima pembicaraannya memerlukan hati yang sebesar Gunung Himalaya.

A

Adalah kita mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Kedah, Dato’ Azizan kerana mengedarkan buku percuma kepada rakyatnya. Buku terjemahan dari seorang ulama’ besar Syiah, bertugas sebagai penolong Khomaini yang menemui jalan kebenaran dan diberi hidayah oleh Allah untuk meninggalkan jalan kesesatan.
Kitab berjodol “Kenapa Aku Tinggalkan Syi’ah” karya Dr. Sayid Musa Al-Musawi yang menggoncangkan ajaran Syiah Rafidhah satu ketika dahulu, sehingga kini masih tidak mampu dijawab oleh para Mullah yang dikatakan sebagai ayat-ayat Allah (Ayatullah).
Apa yang mereka lakukan adalah mengistiharkan kitab tersebut sebagai kitab yang banyak berdusta dan menyerang kredibiliti pengarangnya. Malah mereka cipta sebuah kitab yang jodolnya sama tetapi kandungannya memihak kepada ajaran mereka.

Natijah dari usaha ini, gerombolan Syiah di Kedah khabarnya ingin menfailkan saman ke atas Dato’ Azizan lantaran usahanya membenteras Syiah di Kedah. Memang kita maklumi bahawa dalam empat tahun ini dakyah Syiah berkembang pesat di Kedah, Kelantan dan Selangor. Sehinggakan ibu kepada teman saya di Sungai Petani telah diajak oleh kenalannya untuk menganut Syiah!

B

Bahawa kita mengucapkan syabas kepada Khairi Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO yang telah terus terang menolak kemasukan Syiah dalam UMNO. Dengan nada tegas beliau berkata “Syiah tidak boleh dalam UMNO”.

Ketegasan inilah yang kita perlukan dalam mentadbir negara. Malah ketegasan ini juga adalah lanjutan dari ketegasan para ulama’ Ahlus Sunnah sejak dari zaman sahabat untuk menjaga agama.

Mungkin ramai dari kita yang telah membaca sejarah Dinasti Abasiyah runtuh setelah Baghdad di rempuh oleh Tentera Tartar. Dalam catatan serajah, dinyatakan sejuta umat Islam menjadi korban dalam pencerobohan tentera Tartar. Itu belum lagi perawan yang dicabul dan para janda yang menderita akibat terkorbannya suami mereka.

Sebenarnya semua musibah ini telah direncana oleh kaum Syiah, yang diketuai oleh Perdana Menteri, Muhammad Bin Ahmad Al ‘Aqami. Dialah yang telah merancang bersama Nashiruddin Ath Thusi, penasihat Holagu Khan agar tentera Tartar melanggar Baghdad.
Al ‘Aqami telah menasihatkan agar Sultan mengurangkan jumlah tentera daripada 100 ribu kepada 20 ribu dengan alasan Tentera Tartar lemah dan sedikit jumlahnya. Tartar adalah orang gasar yang tidak bertamadun. Maka sultan pun menurut nasihat Perdana Menterinya, seorang Syiah.

Sementara Ath Thusi pula telah menceritakan tentang benteng-benteng pertahanan Abasiyah kepada Holagu Khan. Bagaimana dia dapat menyelinap masuk ke dalam benteng tersebut? Tanyalah kepada Al ‘Aqami! Bagaimana Holagu mengetahui tentera Abasiyah telah berkurangan? Tanyalah juga kepada Al ‘Aqami!

Syaikh Muhibbuddin Al Khathib berkata: “Tetapi pada tahun 655H, Ath Thusi telah berpaling tadah dan menjadi salah seorang perancang aktif untuk menggulingkan kerajaan Abasiyah. Ath Thusi juga telah ikut serta sebagai salah seorang pemandu jalan kepada angkatan tentera Holagu yang datang menyerang kota Baghdad dan beliau jugalah yang mengarahkan pembunuhan dan penyembelihan missal oleh pihak tentera Holagu ke atas kaum Muslimin” (Al Khutot Al Areedhah, telah diterjemah kepada Hakikat Agama Syiah Imam Dua Belas)

Syekh juga berkata: “Di dalam melakukan pengkhianatan seperti yang telah dihuraikan di atas, Ath Thusi tidak hanya bersendirian sahaja. Dia telah dibantu oleh dua orang rakan karibnya iaitu: pertama, seorang menteri di dalam kerajaan Abasiyah yang telah dijatuhkan itu sendiri. Menteri berkenaan bernama Muhammad Bin Ahmad Al ‘Aqami, seorang tokoh Syiah yang sangat disegani”.
Tetapi rupanya Ath Thusi mendapat sanjungan yang menggunung dari tokoh-tokoh Syiah. Mullah Syiah yang bernama Muhammad Baqir Al-Musawi dalam kitab Raudhat Al-Jannat ketika menulis tentang Ath Thusi: “Dia adalah seorang peneliti, pembicara, orang yang bijaksana, yang baik dan mulia..”

Khomaini dalam kitabnya Al-Hukumah Al-Islamiyah berkata: “Apabila situasi taqiyyah (kepura-puraan) mengharuskan salah seorang dari kita untuk masuk ke dalam barisan para penguasa, maka hal itu harus ditolak, walaupun penolakan tersebut berakibat dia dibunuh, kecuali masuknya dia secara formal membawa kemenangan yang nyata bagi Islam dan kaum muslimin, seperti masuknya Ali bin Yaqtin dan Nashiruddin Ath Thusi rahimahumallah”.

Kalau kita mengimbas kebelakang sehingga saat Perang Jamal, maka dengan jelas kita akan melihat bagaimana Al ‘Aqami dan Ath Thusi telah mengambil pelajaran dari tindakan pendahulunya. Lihatlah bagaimana kaum Syiah melakukan rencana agar para sahabat berperang antara satu sama lain. Mereka melepaskan panah milik tentera Ali ke kemah A’isyah dan melepaskan panah milik pasukan Talhah ke kemah Ali. Rentetan daripada itu, meletuslah Perang Jamal dan terkorbanlah beberapa orang sahabat.

Oleh itu, sepanjang sejarah Ahlus Sunnah, mereka tidak pernah untuk mempercayai seorang Syi’i. Malah mereka tidak pernah untuk bergabung dengan Syi’i dalam memperjuangkan Islam atau kebenaran. Kerana sekiranya Syiah ingin memperjuangkan kebenaran maka mereka wajib untuk meninggalkan agama syiah dan kembali kepangkuan Sunnah. Sekiranya Syiah ingin menegakkan Islam maka wajiblah mereka terlebih dahulu mensucikan aqidah mereka dari kekufuran.

Ironinya, untuk apa kita – Ahlus Sunnah – bergabung bersama mereka hanya semata-mata untuk meraih kerusi pemerintahan, walhal Allah Ta’ala yang memberikan kekuasaan dan mencabut pemerintahan tersebut. Kita bergabung bersama para pencarut sahabat; yang mengatakan bahawa isteri Rasulullah saw adalah penzina dan pelacur. Sepertinya kita merelakan ucapan bahawa Rasulullah saw telah mengahwini seorang wanita bejat dan kemudian Rasulullah saw menobatkan wanita bangsat tersebut menjadi ibu kita semua.

Wallahi apakah kita redha apabila ada seorang berkata “ibu engkau adalah pelacur” dan kemudian kita dengan senyum kembang sampai ke telinga akan bersahabat dan berjuang bersamanya untuk menegakkan kebenaran! Kita dan dia – yang mengatakan bahawa “ibu engkau adalah pelacur” – berteriak di atas mimbar dan berkata “Tiada hukum melainkan hukum Allah”, “Islam, the way of life” serta “Membangun Bersama Islam”. Ironi bukan?

 

C
Cuma sebuah tindakan bodoh apabila kita membuka dakapan untuk memeluk Syiah diatas nama “upaya menegakkan Islam” atau tahaluf syiasi (strategi politik). Malah tindakan ini juga menunjukkan bahawa kita tidak mengerti manhaj (jalan) Ahlus Sunnah dalam menyikapi aliran sesat seperti Syiah. Sedangkan para ulama Ahlus Sunnah telah mengarang berbagai kitab dalam masalah ini. Apakah kita tidak membacanya? Idea Tahaluf Syiasi ini sangatlah tidak ilmiyah melainkan hanya lahir dari orang dungu – ruwaibidhah (orang kerdil yang mengaku ulama’)

Malah menunjukkan bahawa golongan yang melakukan “tahaluf syiasi” merupakan manusia yang boleh diibaratkan sebagai katak di bawah tempurung. Mereka hidup di dunia fantasi, jauh dari alam realiti. Kerana jika mereka hidup pada alam nyata pasti mereka akan mengetahui bahawa pembersihan mazhab sedang berlaku di Iraq setelah jatuhnya rejim Saddam.

Setiap hari umat Islam dibunuh oleh Syiah yang didorong oleh “fatwa” para Mullah bahawa mencabut nyawa “An Nasibi” (gelar yang diberikan oleh Syi’i kepada Sunni) akan mendapat pahala dari Allah. Muhammad bin Ali Babawaihi al-Qummi telah meriwayatkan dari Daud bin Farqad: “Aku bertanya kepada Abu Abdullah as: Bagaimana pendapat engkau membunuh An Nasibi? Dia menjawab: Halal darahnya akan tetapi lebih selamat bila engkau sanggup menjatuhkan tembok atau menenggelamkan (mereka) ke dalam air supaya tidak ada buktinya. Aku bertanya lagi: Bagaimana dengan hartanya? Dia menjawab: Rampas sahaja semampu mungkin”. (‘Ilal Asy-Syar’i)

Tahun ini juga sebuah perang sedang berlangsung di Yaman. Dimana Tentera Syiah telah mengepung Universiri Darul Hadis sejak berbulan yang lalu. Terbaru telah gugur syahid seorang pemuda Melayu – rakyat Malaysia – akibat terkena bedilan peluru di kepalanya. Muhamad Hafefuddin Yusuf, 21 tahun telah gugur syahid di medan jihad. Beliau dibunuh oleh Syi’i.

Oleh itu, fikirkanlah wahai pembaca, apakah kita rela untuk bergabung bersama Syiah yang akan membunuh kita saat mempunyai peluang? Justeru “Katakan TIDAK kepada Syiah!”.

Abu Amru, Mohd Radzi Bin Othman
ILMU

Asabiyyahkan Mencintai Bangsaku?

Disember 18, 2011

Bapa saya; namanya Mat Jahya. Jelas Melayunya. Sementara itu walaupun saya dinamakan sempena sebuah kitab agung karja Al Hafiz Ibnu Hajar – Fathul Bari, kemudian saya telah mengaji di Madinah dan kemudian menyambung ke Jordan; saya berguru dengan puluhan masyaikh, sering mengenakan jubah, membaca kitab-kitab tulisan Arab dan boleh berbahasa Arab; itu tidak menjadikan saya sebagai Bangsa Islam. Malah wujudkan istilah Bangsa Islam?

Fathul Bari Bin Mat Jahya tetap Melayu walaupun saya melakukan pembedahan plastik.

Lantas apakah perasaan saya untuk mencintai bangsa saya, upaya membantu bangsa ini agar maju dan berjaya, menyedarkan kaum saya yang terlupa, mempertahankan hak mereka sebagai  empunya tanah pusaka; segala usaha saya ini dikatakan sebagai asabiyyah?

Sekiranya apa yang saya usahakan ini dikatakan haram dan berdoa, bawakanlah dalilnya. Persoalan yang ingin ditanya adalah: Apakah mencintai bangsa sendiri itu haram? Apakah berusaha untuk memajukan bangsa sendiri itu keji? Apakah mempertahankan harta pusaka bangsa sendiri itu sebuah dosa? Kalam Allah atau hadits mana yang dijadikan sandaran untuk mengharamkan perbuatan ini? Atau orang yang mengharamkannya hanya sekadar membawa ayat Qur’an secara umum tetapi dipusingkan maknanya agar bersesuaian dengan selera mereka?

Sekiranya semua itu haram, kenapakah Allah Taala mewujudkan kita dalam rupa dan warna yang berbeza sehingga Allah menamakan sahabat Nabi sebagai Muhajirin dan Anshar di dalam Al Qur’an? Juga sehingga Rasulullah saw sering menyandarkan nama bangsa kepada para sahabatnya.

Rasulullah saw. bersabda: “Suku Quraisy, Suku Ansar, Muzainah, Juhainah, Aslam, Ghifar dan Asyja’;  mereka adalah para penolongku dan tidak ada seorang penolong pun bagi mereka selain Allah dan Rasul-Nya”. (Shahih Muslim)

Ironiya para sahabat tidaklah memandang panggilan suku itu sebagai asabiyyah seperti yang kita fahami hari ini. Makanya apakah kita lebih alim dari sahabat, dan apakah kita lebih mulia dari Rasulullah saw untuk mengelak mencintai suku sendiri?

 

Rasulullah saw Mencintai Bani Hasyim

Sebaliknya Rasulullah saw sendiri berbangga dan mencintai sukunya dalam sebuah hadits shahih. Baginda berkata: “Sesungguhnya Allah telah memilih dari Bani Isma’il iaitu suku Kinanah, dan dari Bani Kinanah, iaitu suku Quraisy, dari suku Quraisy, terpilih Bani Hasyim. Dan Allah memilihku dari Bani Hasyim”.

Apakah Rasulullah saw asabiyyah? Lantas Rasulullah saw menyuruh umat Islam untuk mencintai Bani Hasyim dan Ahlul Bait dengan berkata: “Demi Dzat yang jiwaku ada di tangan-Nya, mereka tidak beriman sehingga mereka mencintai kalian (Bani Hasyim) kerana Allah, dan  kerana mereka itu (Bani Hasyim) adalah kaum kerabatku”

Apa yang saya tuturkan diatas adalah kecintaan Rasulullah saw kepada sukunya dan perintah beliau untuk mencintai Ahlul Bait yang beriman. Namun hadits yang akan saya nukilkan di bawah, sekali pandang seperti Rasulullah saw adalah seorang “rasis”. Baginda seperti merendahkan martabat Bangsa Habsyah dalam hadits mentaati pemimpin:

“Dengar dan taatilah, walaupun yang menjadi pemimpin kamu adalah hamba  berbangsa Habsyi yang kepalanya seperti kismis.” (Hadis Bukhari)

Kalau mengikut pemahaman umum yang selalu digembar-gemburkan maka kita akan berkata bahawa Rasulullah saw melakukan asabiyyah kerana mengagungkan Bani Hasyim dan menghinakan Bangsa Habsyah! Namun apakah benar pemahaman seperti ini? Pasti pemahaman seperti ini adalah batil kerana kita – Muslim – beriman bahawa manusia yang paling adil adalah Rasulullah saw. Rasulullah saw adil kepada Bani Hasyim dan adil kepada Bangsa Habsyah.

 

Makna Asabiyah Yang Diberi Oleh Rasul

Lanjutan dari itu, apakah makna sebenar asabiyyah jika mencintai bangsa sendiri, menolong memajukan bangsa sendiri, mempertahankan hak bangsa sebagai waris tanah pusaka; dihitung sebagai hal yang dibolehkan?

Jawapannya telah Rasulullah saw rungkai ketika seorang sahabat bertanya soalan yang hampir serupa. Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w. : “Adakah termasuk perbuatan asabiyyah apabila seseorang itu mencintai  bangsanya? Rasulullah saw menjawab: Tidak, tetapi asabiyyah itu ialah orang yang menyokong (menolong) kaumnya melakukan kezaliman”. (H. Abu Daud dan Ibnu Majah)

Fahamlah kita bahawa dikatakan asabiyyah adalah apabila kita bersekongkol dalam melakukan kejahatan yang dilakukan oleh kaum kita. Kita membela mereka ketika kita mengetahui kaum kita melakukan penindasan. Juga kita mendiamkan atau enggan menjadi saksi ketika kaum kita diadili dan di dakwa atas sesuatu kesalahan. Inilah asabiyyah yang sebenarnya.

Kerana bagi siapa yang cerdik dan bijak, pasti mereka mengetahui bahawa bangsa Arab yang menghuni di dunia pada tahun kenabian sangatlah mencintai bangsanya dan sangat kuat ikatakan kesukuan. Malah para ilmuan sosiologi dan antropoligi akan mendapati bahawa mereka saling bantu membantu untuk memajukan bangsa mereka.

Hal ini cukuplah kita nyatakan bahawa Saidina Uthman ra melantik para pembesarnya dari Bani Umayyah sehinggakan kaum Khawarij dan kaum sesat menghinakan beliau malah menggerakkan massa agar membunuh beliau atas fitnah kononnya beliau melakukan nepotisme. Malah Saudina Uthman dikatakan melakukan korupsi apabila memberikan khumus (harta rampasan perang) kepada Abdullah Bin Sa’ad Bin Abu Sarah, Mirwan bin Al Hakkam, dan Al Harits Bin Al Hakam yang merupakan Bani Umayyah dan saudara beliau.

Namun Uthman ra. terlalu jauh dari tuduhan keji tersebut. Murrah bin Ka‘ab ra berkata: Aku mendengar daripada Rasulullah saw ketika beliau menyebut tentang fitnah yang akan terjadi di tengah-tengah umat Islam. Pada ketika menyebut tentang fitnah ini, berlalu seorang lelaki yang tertutup kepalanya dengan kain. Baginda lantas bersabda: “Pada hari tersebut orang ini berada di atas petunjuk” … sambil menunjuk ke arah lelaki yang bertutup itu. (Murrah menyambung) Maka aku pergi kepada lelaki bertutup itu, ternyata beliau ialah ‘Utsman bin ‘Affan. Kemudian ketika wajah ‘Utsman aku perlihatkan kepada Rasulullah, aku bertanya: “Orang inikah anda maksudkan?” Rasulullah saw menjawab: “Ya.” (H. Tarmizi dan Ahmad)

Cuba kita fikirkan, sekiranya menantu Rasulullah saw yang dijamin syurga juga dituduh asabiyah, nepotisme dan korupsi kerana melantik beberapa pembesar yang berkebolehan dari Bani Umayyah, pasti usaha kerajaan untuk membangunkan Bangsa Melayu dan memperatahankan hak mereka akan dikatakan sebagai “kerja dosa”.

 

Fathul Bari Bin Mat Jahya

Mempelajari Kaedah Rahsia Dalam Berhujjah

Disember 13, 2011

Saya akan ajarkan kepada para pembaca beberapa kaedah berhujjah yang terkenal dalam umat Islam.Camkanlah hal ini dengan baik dan ingatlah ia kerana perkara ini akan selalu kita hadapinya. Kaedah ini merupakan teknik rahsia yang hanya diketahui oleh mahaguru tertinggi.

Kaedah Pertama

Salah satu darinya adalah kita mendustakan kitab yang ditulis oleh tokoh yang menyerang pemahaman kita. Kita ciptalah pelbagai alasan agar tuduhan itu nampak rasional dan boleh diterima oleh masyarakat yang tidak mengetahui hakikat sebenar.

Kita ada tiga pilihan untuk tujuan tersebut; pertama kita katakan bahawa kitab itu telah dirubah oleh penerbit ataupun pentahqiq yang memang bermusuhan dengan mazhab kita. Mereka (penerbit atau pentahqiq) telah memadam perkataan sebenar tokoh tersebut dan memasukkan perkataan palsu lalu diatasnamakan pada tokoh berkenaan.

Kedua; kita katakan saja bahawa kitab itu ditulis semasa tokoh tersebut sesat atau pada fasa awal kehidupannya; sementara beliau telah ruju’ (taubat) di penghujung nafas sebelum meninggal dunia. Lantas sebab itulah kandungan kitab tersebut menyalahi aqidah kita.

Ketiga; kita terus nafikan kitab itu ditulis oleh tokoh tersebut sebaliknya kita lemparkan tuduhan bahawa kitab itu ditulis oleh musuh kita lantas dinisbatkan kepada tokoh ternama tadi.

Kita lakukan hal ini agar masyarakat tidak mengesyaki bahawa imam tersebut tidaklah beraqidah seperti aqidah kita walaupun kita menamakan mazhab kita sempena nama beliau. Seperti yang telah kita lakukan kepada kitab Al Ibanah Al Ushul Ad Diyanah karya Imam Asya’ari.

Sekiranya kita membenarkan kitab Al Ibanah itu sebagai antara karya terakhir sang imam, pasti secara automatik kita terpaksa mengakui bahawa aqidah yang kita sandang merupakan aqidah yang melencong. Malah Imam Asya’ari berlepas diri dari aqidah yang kita anut. Serta dengan nyata Imam Asya’ari menetapkan dalam kitabnya bahawa mazhab Salaf sebagai aqidah yang benar.

Oleh itu bagi memastikan survival mazhab kita, kita wajib bermati-matian untuk mendustakan kitab tersebut walaupun para imam Ahlus Sunnah sepakat untuk menerima kitab itu. Seperti Ibnu Asakir, Imam Ad Dzahabi, Ibn Katsir dan banyak lagi para imam yang mengakui kitab tersebut antara karangan terakhir Imam Asya’ari.

Kaedah Kedua

Kaedah seterusnya adalah memalsukan perkataan para imam agar masyarakat melihat imam-imam Ahlus Sunnah bersama-sama dengan kita dalam mazhab yang kita anut. Dengan demikian kita akan mudah mempengaruhi masyakat untuk menerima dakwah kita; terutamanya bila kita berkata “pemahaman yang kita perjuangkan ini merupakan lanjutan dari pemahaman para salafus soleh. Buktinya kita memiliki senarai panjang nama ulama’ yang beraqidah seperti kita”.

Lantas kita katakan Imam Syafi’e menolak khabar ahad sebagai dasar aqidah. Juga katakan bahawa tokoh lain pun sama sependirian dengan Imam Syafi’e seperti Ibn Taimiyah, Ibn Katsir, Ibn Hajar Asqalani, Imam Nawawi dan banyak lagi.

Lantas kita ambil perkataan mereka yang bersifat umum lalu kita asak perkataan tersebut agar kelihatan bersesuai dengan aqidah kita. Justeru kita katakan kepada masyarakat: “Kita tidak wajib untuk mempercayai qadar, azab kubur, turunnya Isa, keluarnya Dajjal, dan banyak lagi hal-hal yang Rasulullah saw ceritakan tentang perkara akhir zaman.

Kita ambil contoh seperti Hizbut Tahrir yang mengatakan Ibn Hajar menolak keimanan yang bersumber dari hadis ahad. Kita katakan bahawa ucapan beliau dinukil dari kitab magnum opusnya iaitu Fathul Bari Syarah Shahih Bukhari. Balam masa yang sama kita sedia maklum bahawa dalam Fathul Bari, Imam Ibn Hajar menetapkan keimanan kepada qadar dan menentang orang yang menolaknya dengan memanggil mereka sebagai Qadariyah. Sang Imam beriman adanya azab kubur dan banyak lagi hal-hal keimanan yang berasaskan kepada hadis ahad.

Dalam masa yang sama kita berharap agar umat tidak membaca kitab-kitab aqidah para imam tersebut. Dan memang kita tahu bahawa orang awam tidak pernah melihat kitab aqidah mereka. Malah kita juga tahu bahawa ramai para guru tidak pernah membaca kitab-kitab aqidah para Imam Ahlus Sunnah ini walaupun mereka belajar jurusan aqidah dan usuluddin di universiti.

Kita boleh tanyakan kepada para guru yang mengajar kita, apakah mereka pernah membaca kitab Ar Radd Alal Jahmiyah karya Imam Ahmad? Ar Radd Alal Jahmiyah oleh Imam Bukhari? Ushul As Sunnah oleh Imam Al Humaidi? Kitab Nuzul Wal Kitab Sifat oleh Imam Daruqutni? Kitab Isbat As Sifat Al Ulwi oleh Imam Ibnu Qudamah dan banyak kitab para imam Ahlus Sunnah yang mu’tabar. Pasti mereka akan berkata “Saya belum pernah membacanya dan kalau ada, saya takut isinya telah dirubah oleh penerbit dan pentahqiq”.

Bagus! Jawapan yang diberikan oleh guru kita itu telah mengikut teknik yang telah kita pelajari diatas tadi. Bukankah telah saya katakan bahawa teknik ini akan kita hadapinya selalu dalam kehidupan beragama.

Kaedah Ketiga

Teknik yang terakhir adalah mewujudkan keraguan terhadap kredibiliti tokoh tersebut agar masyarakat menolak tokoh tersebut sekaligus menelantarkan kitab atau hujjah yang telah digunakan oleh tokoh tersebut dalam menentang mazhab kita.

Kaedah ini banyak diadaptasi dalam perbicaraan mahkamah agar perkataan saksi akan ditolak apabila didapati tidak adil, atau pendusta, atau berniat jahat, atau bersubahat dan sebagainya.

Seperti Syiah yang mengatakan bahawa para sahabat itu menjadi murtad apabila wafatnya Rasulullah saw, melainkan 4 orang sahaja yang masih Islam. Dan mereka mengambil agama dari empat orang inilah, kononnya.

Mereka juga mengatakan bahawa Ummul Mu’minin – A’isyah – itu merupakan pelacur dan perempuan jalang. Lebih keji lagi apabila Khomaini mengatakan bahawa Abu Bakr dan Umar merupakan berhala dan dia berazam untuk mengorek jasad kedua mereka jika dia berjaya menakluki Madinah satu hari nanti.

Justeru bagi merealisasikan kaedah ini; kita katakan sahaja bahawa Ibn Khuzaimah, Imam Ad Darimi dan Imam Izz Abdis Salam sebagai mujassimah (kaum yang menjisimkan Allah) kerana kita dapati bahawa mereka telah mengarang kitab yang menentang aqidah kita. Malangnya kitab mereka itu tidak mampu untuk dibantah secara ilmiyah oleh kita.

Oleh itu apabila kita menyebarluaskan penyesatan keatas mereka, kita berharap masayarakat akan menolak mereka sekaligus akan meninggalkan hujjah-hujjah mereka serta kitab aqidah mereka. Kita wajib berusaha untuk menolak kitab Ar Radd Alal Jahmiyah oleh Imam Ad Darimi agar aqidah yang kita anut tidak diketahui bertentangan dengan aqidah para sahabat Nabi saw.

Walaupun kita mengetahui bahawa seluruh ulama’ Ahlus Sunnah mengiktiraf mereka sebagai ulama’ mutabar, imam di zamannya, tokoh yang berpegang teguh dengan sunnah, ilmuan yang meniti jalan Rasulullah saw; namun kita juga mengetahui bahawa masyarakat awam tidak mengetahui hakikat ini.

Masyarakat hanya tahu beberapa nama sahaja seperti nama Imam Syafi’e, Imam Nawawi, Ibn Katsir dan Imam Ibn Hajar. Lebih menarik masayarakat hanya sekadar menghafal nama mereka namun tidak pernah membaca kitab-kitab mereka terutamanya kitab aqidah mereka.

Contohnya Imam Ad Darimi merupakan murid kepada Imam Ahmad, Ali Al Madini dan Yahya bin Ma’in; yang merupakan tokoh ulama’ agung. Malah Imam Ad Darimi juga merupakan guru kepada imam-imam yang hebat seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Tarmizi, Abu Zur’ah, Abu Hatim, Imam Abu Dawud dan banyak lagi. Masyarakat tidak mengetahuinya. Malah mungkin inilah kali pertama mereka mendengar nama “Ad Darimi”.

Sekiranya kita mengatakan Imam Ad Darimi sebagai sesat, pasti orang yang cerdik akan mengetahui bahawa secara tersiratnya kita turut menyesatkan guru beliau iaitu Imam Ahmad, dan juga seluruh muridnya iaitu Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Tarmizi, Imam Abu Dawud dan banyak lagi.

Namun kita percaya perbuatan kita ini tidak akan dihidu oleh orang awam melainkan yang memiliki ilmu dan yang ikhlas mencari kebenaran walaupun mendapat tentangan.

Efek Placebo Dalam Jamaah Islam

Disember 12, 2011

Placebo Dan Pisikologi Manusia

Mungkin ramai dari kita tidak pernah mendengar frasa “Efek Placebo”. Sebenarnya istilah placebo hanya berlaku dalam bidang farmasutikal dan kesihatan. Penjelasannya sangat mudah; iaitu manusia bertindakbalas mengikut hukum psikologi.

Lalu sekiranya sebuah kaedah perubatan palsu atau sejenis ubat tiruan yang digambarkan sebagai ubat yang mustajab, didatangkan dengan pakej lengkap – harga yang mahal, testimonial yang berjela, pembungkusan yang eksklusif dan dikatakan dicipta oleh profesor yang hebat – maka pesakit yang melazimi kaedah tersebut atau yang memakan ubat itu akan menunjukkan kesan pembaikan yang cepat, seperti ubat asli atau seperti kaedah rawatan yang sebenar.

Justeru pesakit akan percayaa bahawa ubat atau kaedah tersebut sangat mujarab! Tetapi mereka tidak tahu bahawa mereka telah ditipu; sedangkan yang membantu penyembuhan mereka adalah kondisi psikologi yang sentiasa positif.

Kesan placebo ini boleh dibuktikan dalam makmal dengan menggunakan kaedah “Buta Berganda” atau Double Blind. Iaitu sejumlah pesakit yang mengalami masalah yang sama akan dibahagikan kepada dua kelompok. Satu kelompok dibekalkan dengan ubat asli sementara kelompok lain diberikan dengan ubat palsu. Dengan syarat pesakit dan para doktor yang merawat tidak mengetahui bahawa mereka sedang di uji dengan ubat palsu.

Namun disitu ada sebuah pertanyaan barangkali; bagaimana kita mengetahui ubat itu palsu atau asli? Inilah satu perkara yang sangat rumit untuk dijawab dan dibuktikan. Selalunya yang mengetahui masalah ini hanya ada dua kelompok, iaitu kelompok yang terlibat dalam menghasilkan ubat palsu dan satu lagi hanyalah para pakar yang memang telah bergelumang dalam bidang farmasi.

 

Syaitan Menyeru Untuk Memasuki “Islam Palsu”

Rupanya “ubat palsu” juga berlaku dalam perkara agama! Ini boleh dicerap apabila kita memahami bahawa agama merupakan ubat kepada rohani, penawar hati dan penenang jiwa.

Banyak Jamaah Islam telah menebarkan berbagai ubat palsu kepada masyarakat bagi melariskan pemikiran dan perjuangan mereka. Walhal da’wah yang mereka lakukan itu sangat jauh dari metode da’wah Nabi saw dan para sahabat ra.

Tetapi oleh kerana penyerunya itu memakai serban besar, boleh bercakap arab, berjubah labuh, mempunyai pengikut yang ramai, malah dikatakan mempunyai ilmu yang mendalam, serta mendapat dokongan dari sekian banyak ulama’ lain; menjadikan kita terpedaya dengan da’wah palsu tersebut. Seperti pesakit yang tertipu apabila ubat palsu didatangkan dengan pakej lengkap yang telah dihurai seperti di atas.

Walhal itu bukanlah ukuran sebenar kebenaran. Kebenaran dalam Islam adalah mengikut Allah dan Rasul-Nya, berdasarkan pemahaman para sahabat. Kerana Allah telah berfirman dalam Al Qur’an:

“Orang Muhajirin dan Ansar yang awal dan orang yang mengikut mereka dengan sebaik-baiknya, Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah.” (Al- Taubah: 100)

Allah menjanjikan keredhaannya jika kita mengikut Kaum Muhajirin dan Ansar. Siapa lagi kalau mereka itu bukan sahabat. Lantaran itu makna mengikut sahabat adalah mengikuti mereka dari segi pemahaman beragama, mencontohi mereka menegakkan sunnah dan menjadikan mereka neraca dalam melihat Islam. Disitulah letaknya kebenaran yang hakiki.

Sahabat Nabi, Ibnu Mas’ud ra berkata bahawa Rasulullah saw. telah membuat satu garis lurus, kemudian bersabda: “Inilah jalan Allah yang lurus.” Kemudian beliau membuat beberapa garis lagi di kanan dan kiri garis lurus tadi, kemudian bersabda: “Dan ini adalah jalan-jalan yang tidak ada satupun darinya melainkan ada syaitan yang mengajak kepadanya.” Lalu beliau membaca firman-Nya: “…Dan sungguh inilah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah ia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain)…” (Shahih: riwayat Ahmad dan lain-lain)

Justeru, fenomena placebo ini telah dijelaskan oleh Allah melalui lisan Rasul-Nya bahawa akan datang satu zaman dimana syaitan yang bertopengkan watak ulama’ akan menyeru umat untuk mengikut da’wah palsu mereka, dengan menamakan seruan itu sebagai “Islam yang sebenar”.

 

Hizbut Tahrir Dengan Alasan Ketiadaan Khalifah

Kita ambil contoh bagaimana Hizbut Tahrir (HT) mengatakan bahawa kelemahan umat Islam hari ini adalah lantaran musnahnya sistem Khalifah al Uzma pada tahun 1924 setelah Dinasti Turki Uthmaniyah dihapuskan oleh Mustafa Kamal. Segala kelemahan umat Islam yang dilihat hari ini; seperti pencerobohan oleh tentera kufar, bobroknya akhlak umat, tandusnya ilmu pengetahuan, lemahnya ekonomi masyarakat dan segala 1001 macam masalah lagi adalah berpunca dari ketiadaan khalifah.

Hizbut Tahrir Malaysia telah menulis artikel bertajuk “Kehancuran Daulah Khilafah – Punca Kepada Seluruh Tragedi Di Dunia Islam” dan “Lenyapnya Daulah Khilafah – Ibu Kepada Segala Kejahatan”.

Tetapi satu hal yang sengaja tidak diceritakan oleh HT kepada umat bahawa Khalifah al Uzma telah terhapus pada tahun 775 M setelah Kerajaan Dinasti Umayyah diserang oleh Bani Abbas di bawah tangan Abu Abbas As Saffah. Khalifah Abdur Rahman Ad Dakhil melarikan diri ke Kordova lalu memerintah saki baki jajahan Umayyah sementara Abu Abbas membentuk kerajaan Abasiyah di Baghdad.

Pada tahun 756 M inilah dunia menyaksikan bahawa wujud dua orang khalifah yang memimpin dunia Islam. Sedangkan mereka ini saling bermusuhan dan saling serang menyerang. Malah antara satu sama lain tidak pernah untuk tunduk dan berdamai. Lantas apakah pada waktu itu boleh dikatakan kedua-dua mereka adalah khalifah, atau salah seorang dari mereka adalah Khalifah Yang Agung atau jawapan yang lebih tepat adalah mengakui khalifah telah musnah?

Justeru yang benar adalah khalifah yang agung telah termusnah pada saat naiknya Abu Abbas di Baghdad. Ketiadaan Khalifah Al Uzma ini berlanjutan sehingga saat ini. Kerana pada setiap zaman umat Islam tidak pernah dikuaisai oleh satu kerajaan secara mutlak, malah pada setiap zaman itu dicatat munculnya banyak kerajaan dalam waktu yang sama.

Namun disana ada satu soalan yang wajar ditanyakan kepada HT; “Mengapakah Imam Syafi’e dan seluruh imam yang lain sesudah beliau tidak pernah untuk menjadikan Khalifah Al Uzma sebagai matlamat perjuangan? Tidak pernah tercatit mereka menggerakkan massa bagi menubuhkan Khalifah Al Uzma, malah mereka tidak pernah mengkambing-hitamkan ketiadaan khalifah untuk setiap kecelakaan atau kelemahan umat Islam”.

Setelah itu kita tanyakan lagi kepada HT: “Sekiranya Imam Syafi’e dan seluruh Imam Ahlus Sunnah tidak pernah berbuat seperti kalian, apakah kalian lebih alim dan mengerti tentang Islam berbanding mereka? Jika kalian menjawabnya “ya” bererti kalian adalah kaum pendusta. Namun jika kalian menjawab “tidak” bererti kalian telah membuka pintu kesesatan.

 

Hizbut Tahrir Sebenarnya Anti Hadits

Namun sebenarnya kesesatan terbesar Hizbut Tahrir adalah mereka menolak hadits ahad yang maqbul (diterima) sebagai hujjah dalam aqidah.

Oleh itu mereka menolak qadar, adanya azab kubur, syafaat nabi, keluarnya dajjal, 10 sahabat yang dijamin syurga, telaga nabi dan banyak lagi perkara keimanan. Sehinggakan apabila kita membaca kitab-kitab yang membahaskan firqah (kelompok) dalam Islam maka kita dapati bahawa mereka adalah penerus paham mu’tazilah di zaman ini.

Syamsudin Ramadhan An Nawi menulis artikel berjodol “Hadits Ahad Tidak Boleh Dijadikan Hujjah Dalam Perkara Aqidah”. Mereka namakan kaedah ini sebagai kaedah yang diamalkan oleh para sahabat. Namun kenyataan dusta mereka ini tidak berjaya mereka buktikan dengan konkrit.

Sebuah soalan yang cukup ringkas untuk mereka: “Sekiranya para sahabat telah ijma (sepakat) untuk hanya menerima khabar mutawatir dalam hal keimanan, dan diteruskan oleh tabi’in dan para imam Ahlus Sunnah, maka sila berikan sebuah kitab aqidah yang ditulis oleh para salaf as soleh yang didalamnya tidak ada satu pun keimanan yang bersumber dari hadits ahad”.

Saya telah meminta kepada mereka namun sampai saat ini mereka tidak berjaya menemukannya!

Melabel Salafi Sebagai Literal : Upaya Mazhab Islam Liberal

Julai 18, 2011

Reaksi Terhadap Artikel “Fenomana Literalis Agama”

Oleh Abu Amru Mohd Radzi Bin Othman

Tim. S/U Seketeriat Ulama’ Muda UMNO (ILMU)

 

 Menanggapi Perbezaan Mazhab Fikir Islam

Islam itu sebenarnya satu. Kemudian ketika Islam bercambah ibarat jamur selepas hujan, banyak manusia yang dahulunya tidak dididik oleh Rasulullah saw dan masih ada saki baki ajaran nenek moyangnya telah mengkontaminasikan Islam yang mulia dengan beberapa tanggapan dan amalan baharu. Lebih parah apabila berlaku pergeseran politik dan hasutan dari Yahudi dan kaum munafik. Menjadikan Islam yang satu itu berpecah; berpencar-pencar.

Para sahabat dan murid mereka ; tabi’in menjadi kecil jumlahnya ketimbang kaum muslimin yang lain – yang masuk Islam berbondong-bondong dari pojok Timur hingga ke Barat. Ketika itulah kaum Syiah menetapkan diri mereka sebagai Mazhab yang Benar dan memanggil mazhab sahabat sebagai Nawasib: kaum yang menyakiti Ahlul Bait. Malah sahabat dikafirkan dan dibolehkan untuk dibunuh.

Mazhab sahabat ini diteruskan oleh muridnya tabi’in; itba’ ut tabi’in. Ketika ini gedung penyimpanan ilmu terlarang – ilmu kalam – dipecahkan Khalifah Makmun, anaknya Harun Ar Rasyid, dan pemikiran filsafat pun menerpa kedalam kalbu umat Islam. Lantas dibidankan Mu’tazilah, kemudian Jahmiyah, Qadariyah, Muatilah, Kulabiyah dan banyak lagi mazhab yang berputar kepada pemahaman filsafat.

Ketika inilah mereka mengatakan mazhab Sahabat sebagai sesat, penjisim Tuhan (Mujassimah), ahlil bid’ah dan ada yang mengkafirkan seperti kelompok Ahbash. Namun Mazhab Sahabat atau dahulunya dikenal sebagai Ahlus Sunnah Wal Jamaah tidak memerlukan mereka sebagai lambang pengiktirafan terhadap kebenaran mazhab ini kerana mazhab ini bersambung sanadnya sehingga menuju kepada Rasulullah saw. Mata rantai ini begitu kokoh dan teguh serta tidak dapat dipungkiri oleh mereka semua.

Imam Barbahari menjelaskan hal ini dalam kitab aqidahnya:

Jika anda mendengar seseorang mengatakan “Si Fulan (Salafi) adalah seorang musyabihah” atau “Si Fulan berbicara tentang masalah tasybih (penyerupaan)”, maka dia (penuduh) adalah seorang Jahmiyah. Bila seseorang berkata “Si Fulan (Salafi) termasuk Nashibiyah (kaum yang menyakiti Ahlul Bait)” maka ketahuilah bahawa dia (penuduh) adalah Syiah Rafidhi” (Syarhus Sunnah)

Liberalisme Islam

Terbaru, kelompok Qutubiyyah mengatakan mazhab ini sebagai Salafi Zahiri. Penisbatan seperti ini tidak memberi kesan apa-apa kepada kebenaran Mazhab Rasulullah saw kerana mazhab ini sudah tahan diasak dan digasak. Telah berlalu 1000 tahun lebih percubaan untuk melabel dan menyesatkan mazhab ini namun kekuatan pedang hujjah yang Salafi miliki senantiasa menebas kubah alasan yang mereka bina.

Lantas saya katakana; jika ada seseorang yang mengatakan “Si Fulan mentafsir agama secara harfiyah (literal)” atau “Mereka adalah Salafi Literalis” maka ketahuilah bahawa penuduh adalah Islam Liberal.

Sebenarnya Qutubiyah ini adalah gabungan pemikiran filsafat Liberal dan gerakan Ikhwanul Muslimin yang berpusat di Mesir. Mereka bukan seperti Jaringan Islam Liberal (JIL) yang secara vokal memperjuangkan Liberalisme, namun mereka – Ikhwani dan Qutubiyyah – menggunakan cara yang cukup lembut untuk menegakkan paham Liberal tersebut. Walau terdapat perbezaan antara Ikhwani dan JIL namun mereka tetap berkongsi prinsip yang sama.

Islam Liberal atau “Islam Tanwiri” yang dikatakan sebagai Islam yang sejati menetapkan bahawa aqal menjadi neraca kepada kebenaran. Slogan mereka adalah “la sultana ‘ala al-‘aql ill al ‘aql” (tidak ada otoritas terhadap akal kecuali akal sendiri). Maka mereka melakukan rombakan kepada prinsip memahami sumber epistimologi Islam sehinggakan di hujungnya adalah mereka menolak sumber Islam itu sendiri.

Dasar Islam Tanwiri meliputi tiga struktur yang paling utama iaitu:

[1] Liberalisasi Tauhid : ekualisasi dalam semua mazhab aqidah

[2] Liberalisasi Al-Qur’an  : dekonstruksi kitab suci

[3] Liberalisasi Syariat Islam  : kontekstualisasi ijtihad

Tiga perkara diatas terjadi lantaran cara mereka melihat eksistensi naqal tidak multak. Mereka beranggapan bahawa Al Qur’an itu diterjemah oleh Nabi Muhammad, mengikut konteks masyarat dan zaman tersebut. Dengan demikian Al Qur’an harus difahami bukan secara tekstual dan tradisional, sebaliknya mengikut tafsiran baharu. Seperti yang dinamakan oleh mereka sebagai kaedah  Tafsir Kontekstual, Tafsir Hermeneutik, Tafsir Kritis dan Tafsir Liberal.

Kontekstual, Harmeneutika dan Kritis adalah metode tafsir yang berasal dari Yunani dan Nasrani yang berkembang pesat sebagai metode intepretasi Bibel. Diacak keatas Bible lantaran terdapat banyak percanggahan didalam Bible sehingga menimbulkan keraguan kepada penganut Nasrani, keraguan tentang keabsahan Bible sebagai Kitab Suci. Malah umum mengetahui bahawa Bible ditulis oleh banyak pengarang sehinggakan perlu wujud satu kaedah tafsir yang mampu memahami setiap maksud pengarang yang hidup dalam zaman yang berbeza dan kultur budaya yang berlaian.

Namun kondisi Bible dan Al Qur’an sangat jauh bedanya, yang menyebabkan tidak mungkin Al Qur’an bisa ditafsir mengikut kaedah tafsiran Bible. Al Qur’an bukan perkataan Muhammad saw walaupun sebuah kalimat. Al Qur’an adalah perkataan Tuhan. Nabi hanya membacakannya kepada para sahabat dan kemudian menjelaskan makna firman Tuhan tersebut, mengikut pemahaman yang Tuhan ajarkan kepada baginda, diistilahkan sebagai hadith.

Liberalisasi Terhadap Tafsiran Al Qur’an

Namun bagi kaum Liberal, walaupun Al Qur’an adalah Kitab Suci, tetapi yang disampaikan adalah sebuah prosa sastera yang harus dipahami berdasarkan keadaan zaman, bukannya secara tekstual. Bagi mereka, Al Qur’an harus ditafsir secara historis:

Tokoh Islam Liberal Indonesia, Ahmad Wahib berkata: “Menurut saya sumber-sumber pokok untuk mengetahui Islam atau katakanlah bahan-bahan dasar ajaran Islam, bukanlah Qur’an dan Hadith melainkan Sejarah Muhammad. Bunyi Qur’an dan Hadith adalah sebagian dari sumber sejarah dari sejarah Muhammad yang berupa kata-kata yang dikeluarkan Muhammad itu sendiri. Sumber sejarah yang lain dari Sejarah Muhammad ialah: struktur masyarakat, pola pemerintahannya, hubungan luar negerinya, adat istiadatnya, iklimnya, pribadi Muhammad, pribadi sahabat-sahabatnya dan lain-lainnya.” (Catatan Harian Ahmad Wahib, hal 110, tertanggal 17 April 1970).

Sementara itu Prof. Dr. M. Amin Abdullah, Ketua Majlis Tarjih Muhammadiyah, bekas rektor IAIN Jogjakarta berkata: “Tafsir-tafsir klasik Al-Quran tidak lagi memberi makna dan fungsi yang jelas dalam kehidupan umat.”

Fazlur Rahman berkata: “suatu masyarakat yang harus memulai hidup dalam kerangka masa lampau, betapa pun manis kenangannya, dan gagal menghadapi realiti kekinian secara jujur, dia pasti menjadi sebuah fosil; dan sudah merupakan hukum Tuhan bahwa fosil tidak tahan lama: “Bukanlah Kami berbuat lalim terhadap mereka, merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri” (Q.S. Hud/11: 101; al-Nahl/16: 33)”.

Dalam kitab Mafhum al-Nass (Penalaran Teks), Nasr Hamid Abu Zayd – seorang penulis Mesir – mengatakan bahawa Nabi Muhammad sebagai penerima pertama wahyu yang sekaligus penyampai teks. Teks tersebut terbit dari realiti masyarakat lokal di Makkah. Jadi Nabi Muhammad sebagai seorang penerima wahyu tidak bertindak  sebagai seorang penerima pasif – menuturkan persis apa yang Allah tuturkan. Sebaliknya Nabi Muhammad mengolah dustur ilahi tersebut menggunakan kepintarannya yang terikat kepada faktor sosi-budaya dan sejarah masyarakat Arab.

Bagi Islam Liberal, kaedah pentafsiran al-Qur’an oleh Ahlu Sunnah cukup jumud dengan membuat kesimpulan-kesimpulan berikut:

(1)    Tafsir yang benar menurut Ahlu Sunnah  adalah tafsir yang didasarkan pada pemahaman ‘ulama Salaf. Justeru Ahlu Sunnah menyusun sumber-sumber utama penafsiran al-Qur’an pada empat hal: penjelasan Rasulullah saw, sahabat, tabi’in, dan terakhir tafsir bahasa. Walhal perubahan zaman menyebabkan perubahan kultur budaya cara kehidupan sehinggakan tafsiran Ahlus Sunnah kelihatan kaku dan tidak realistic untuk diterjemahkan kepada zaman sekarang.

(2)   Kesalahan yang mendasar pada tafsir Ahlu Sunnah ialah kerana mereka menterjemah “maksud teks” dan dalalah-nya dengan zaman nubuwah, risalah, dan turunnya wahyu. Kaedah ini bukan sahaja kesalahan pemahaman, tetapi juga merupakan suatu sikap yang bersifat keterbelakangan, anti kemajuan dan anti progresif.

Atas natijah ini, Al Qur’an perlu untuk ditafsir semula, dengan meninggalkan tafsiran tradisional yang tekstual – atau dalam sebutan lain adalah literal – tetapi haruslah menuju kepada tafsiran yang lebih ilmiyah dan boleh dipertanggungjawabkan iaitu tafsiran secara kontekstual. Melalui tafsiran ini, Al Qur’an akan dilihat sentiasa relevan dan cocok dalam setiap zaman dan kondisi manusia.

Liberalisasi Terhadap Hukum Hadith

Menurut Fazlur Rahman dalam Islamic Methodology in History, – tokoh yang namanya dijadikan hujjah oleh mantan Mufti bagi membantah pemahaman Syeikh Muhammad At Tamimi – sunnah Nabi adalah sebuah konsep “Payung Umum” (a general umbrella concept) yang menafikan “kandungan khusus” yang bersifat spesifik. Semua hadith bersifat umum walaupun kelihatan khusus.

Kehujjahannya adalah secara teori dapat disimpulkan bahawa sunnah adalah sebuah “terma perilaku” (behavioral term) Rasulullah saw terlahir dari reaksi dengan masyarakat di zamannya. Sunnah Nabi merupakan “petunjuk arah” (pointer in the direction) kepada hidup beragama, bukannya peraturan-peraturan yang telah ditetapkan secara pasti (an exactly laid-out series of rulers).

Oleh karena di dalam praktiknya tidak akan maujud dua buah kasus yang benar-benar sama secara latar belakang, secara moral, psikologis dan material. Maka sunnah tersebut wajib diinterpretasikan dan diadaptasikan mengikut kontek sesebuah zaman dan masyarakatnya.

Lantaran itu Fazlur Rahman mendatangkan sebuah teori dalam memahami Sunnah, yang dinamakan sebagai Tafsir Situasional. Untuk ini Kaum Muslimin harus melakukan semakan semula terhadap aneka ragam unsur-unsur di dalam hadith dan melakukan pentafsiran semula (reinterpretasi) dengan sempurna terhadap hadith, sesuai dengan kondisi-kondisi moral-sosial yang sudah berubah pada masa kini.

Upaya ini hanya dapat dilaksanakan melalui pendekatan historis dalam studi hadith yang bermaksud mengembalikan hadith menjadi “sunnah yang hidup”. Dengan demikian, penafsiran situasional merupakan kombinasi pendekatan historis dengan pendekatan sosiologis.

Kerangka pendekatan historis dalam “penafsiran situasional” ini digubal dengan beberapa tahapan sebelum sebuah hadith berjaya menjadi “sunnah yang sentiasa segar”.

(1)        Memahami makna teks hadith dan memahami latar belakang situasionalnya: memahami situasi Nabi dan masyarakat pada fasa kenabian secara umum (asbab al-wurud makro) dan juga memahami sebab-sebab munculnya hadith (asbab al-wurud mikro).

(2)        Memahami petunjuk-petunjuk al-Qur’an yang berkaitan, yang pembicaraannya bersangkutan dengan makna hadith tersebut. Dari langkah ini sebuah hadith dapat dipahami dan dibedakan antara (a) nilai-nilai nyata dan (b) sasaran hukumnya (ratio legis) serta dengan demikian dapat dipahami prinsip idea moral dari hadith tersebut.

(3)         Pembinaan kembali hukum hadith, iaitu melalui prinsip idea moral yang telah difahami tadi, sebuah hadith diaplikasikan dan diadaptasikan dalam latar sosiologis saat ini. Ketika ini, waki’ (situasi zaman sekarang) harus benar-benar dimengertikan sebelum pembinaan hukum baharu terhadap hadith dikeluarkan.

Liberalis Menuduh Sunni Sebagai Literalis

Lanjutan dari itu seorang tokoh Liberalis, Al-Nai’im telah mengajak umat Islam menyemak semula hukum mualamat kerana ‘ulama fiqh memahami teks hadith secara literal. al-Na’imi berkata:

“have shown that Syari’a was infact constructed by Muslim jurists over the first three centuries of Islam. Although derived from fundamental divine sources of Islam, the Qur’an and Sunna, Syari’a is not divine because it is the product of human interpretation took place within a specific historical context which is drastically different from our own. It should therefore be possible for contemporary Muslims to undertake a similar process of interpretation and application of the Qur’an and Sunna in the present historical context to develop an alternative public law of Islam which is appropriate for implemantation today.(Abdull al-Na’im, Towards an Islamic Reformation, 1989, ms. 186).

Begitu juga tokoh yang telah kita bahas diatas, Nasr Hamid Abu Zayd, berkata dalam Naqd al-Khitab al-Dini (Dekontruksi Wacana Keagamaan) bahawa gelombang tajdid (kebangkitan Islam) yang disebut-sebut selama ini telah menghasilkan golongan yang membaca teks agama secara kaku dan literal (harfiyyah), bahkan sampai pada tahap pentakdisan, pensakralan serta pengingkaran terhadap tabi’at manusia dan sejarahnya.

Nada yang sama berlaku seperti yang dibicarakan oleh Ridwan al Makasari dalam Terorisme Berjubah Agama, yang kemudiannya artikel ini disunting oleh Al Mustaqeem M. Radhi sebagai Bercakap Atas Nama Tuhan:

“… yang mengubah aliran tersebut (pemahaman Jamaluddin Al Afghani dan Muhammad Abduh) dari gerakan liberal menjadi literal, konservatif dan tertutup” (Bercakap Atas Nama Tuhan, ms 16)

Walhal Ahlus Sunnah tidak mengiktiraf kedua tokoh diatas lantaran mereka berdua adalah freemanson serta ahlil bid’ah. Hanya sahaja masyarakat umum berpendapat bahawa Al Afghani dan Abduh sebagai Salafi kerna seruan mereka adalah pembaharuan. Tetapi hakikatnya pembaharuan yang mereka impikan adalah taqrib kepada Barat, serta aqidah yang mereka bawa adalah aqidah yang berkecamok.

Ekualisasi Tauhid Dan Mazhab Pemikiran

Ketika mana kedua sumber utama dalam epistimologi Islam telah diruntuhkan melalui tafsiran historis dan sosialogis sekaligus segala hukum yang terbina daripada kedua sumber tadi pun runtuh serentak. Segala hukum yang bertabrakan harus dibina sesuai dengan kontek zaman dan masyarakat setempat.

Yang paling utama untuk disusun semula adalah hukum Aqidah dan Tauhid. Perbicaraan seputar hidup berTuhan dan bersyariat; apakah Islam memusuhi manusia yang tidak menganut Islam dan apakah seorang Sunni harus menyesatkan seorang Syiah, Khariji, Mu’tazili, Qadari, Ikhwani, Sufi dan seterusnya.

Persoalan itu ditangani oleh kaum Liberalis dengan menetapkan bahawa Islam tidak memusuhi agama-agama lain yang dianut oleh manusia. Islam bagi mereka cukup bersifat harmonis dan toleransi sehingga bersedia untuk meraikan kewujudan agama lain.

Nurcholis Madjid – muridnya Fazlur Rahman – menyatakan: “Rasanya toleransi agama hanya akan tumbuh diatas dasar paham kenisbian (relativisme) bentuk-bentuk formal agama ini dan pengakuan bersama akan kemutlakan suatu nilai yang universal, yang mengarah kepada setiap manusia, yang kiranya merupakan inti setiap agama” [Nurcholis Madjid : 239]

Alwi Shihab berkata: “Prinsip lain yang digariskan oleh Al-Qur’an adalah pengakuan eksistensi orang-orang yang berbuat baik dalam setiap komunitas beragama dan dengan begitu, layak memperoleh pahala dari Tuhan.  Lagi-lagi, prinsip ini memperkokoh ide mengenai pluralisme keagamaan dan menolak eksklusifisme.  Dalam pengertian lain, eksklusifisme keagamaan tidak sesuai dengan semangat Al-Qur’an.  Sebab Al-Qur’an tidak membeda-bedakan antara satu komunitas agama dari lainnya.”  (Islam Inklusif ; Menuju Sikap Terbuka dalam Beragama).

Sumanto Al-Qurtuby mengatakan: “Jika kelak di akhirat, pertanyaan di atas diajukan kepada Tuhan, mungkin Dia hanya tersenyum simpul.  Sambil menunjukkan surga-Nya yang Mahaluas, di sana ternyata telah menunggu banyak orang, antara lain; Jesus, Muhammad, Sahabat Umar, Gandhi, Luther, Abu Nawas, Romo Mangun, Bunda Teresa, Udin, Baharudin Lopa, dan Munir!”  (Lubang Hitam Agama).

Lantas Abdul Munir Mulkhan menimpali dengan berkata: “Jika semua agama memang benar sendiri, penting diyakini bahwa surga Tuhan yang satu itu sendiri terdiri dari banyak pintu dan kamar.  Tiap pintu adalah jalan pemeluk tiap agama memasuki kamar surganya.  Syarat memasuki surga ialah keikhlasan pembebasan manusia dari kelaparan, penderitaan, kekerasan dan ketakutan, tanpa melihat agamanya.  Inilah jalan universal surga bagi semua agama.  Dari sini, kerja sama dan dialog pemeluk berbeda agama jadi mungkin.”  (Ajaran dan Jalan Kematian Syekh Siti Jenar).

Mereka semua mengisyaratkan bahawa Islam meredhai wujudnya pelbagai agama dan menerima agama-agama tersebut dengan tangan terbuka. Sikap ini ditandakan sebagai pluralism – penerimaan kepelbagaian kepercayaan. Malah pluralism ini adalah ketentuan Ilahi kepada umat ini.

Nurcholis Madjid menyimpulkan: “Jadi, pluralisme sesungguhnya adalah sebuah aturan Tuhan (sunnatullah) yang tidak akan berubah, sehingga juga tidak mungkin dilawan atau diingkari.”  (Islam Doktrin Dan Peradaban).

Pluralisme Dalam Menyikapi Mazhab

Begitu juga bahawa seorang Salafi tidak harus memusuhi dan membid’ahkan mazhab Khalaf. Kerana Islam tidak diturunkan oleh Allah untuk mencipta persengketaan dan perpecahan. Islam yang dikatakan sebagai “Rahmatan lil Alamin” tidak wajar bersifat inklusif dan arnakis sebaliknya harus bersifat humanis dan menghormati setiap buhul iman yang dianut manusia.

Sikap pluralisma antara mazhab ini adalah setingkat bawah daripada pluralisma antara agama. Kerana mazhab Islam Liberal itu pun bertingkat-tingkat; ada yang mengamalkan liberalisma secara parsial (juz’i) dan ada yang secara multak (kulli).

Hal ini dapat difahami sekiranya kita menelusuri sejarah Islam Liberal sejak Rifa’ah Rafi’ al-Tahtawi (Mesir, 1801-1873), Shihabuddin Marjani (Rusia, 1818-1889) dan Ahmad Makhdun (Bukhara, 1827-1897) memasukkan mata pelajaran sekuler ke dalam kurikulum pendidikan Islam sehinggalah lahirnya Rachid Ghannouchi, Fatima Mernissi, `Ali Shari`ati, Muhammad Iqbal, Mohamed Arkoun, Nurcholish Madjid saat ini.

Mereka berbeza dari segi tahap liberal yang diperjuangkan namun pemikiran mereka bersumber kepada asas yang sama iaitu pentafsiran semula naqal menerusi nalar yang sesuai dalam kontek zaman dan masyarakat.

Muhammad al Ghazali mengatakan: “Para da’i umat Islam, baik salaf maupun khalaf seharusnya berpegang pada metodologi al-Qur’an dalam memaparkan persoalan-persoalan aqidah. Mereka hendaknya menyibukkan diri dengan mengemukakan upaya-upaya solusi Islami bagi problem-problem masa kini serta krisis-krisis morel dan materiil yang muncul. Sebab itulah sesungguhnya yang telah dikerjakan oleh generasi Salaf yang pertama, sehingga hal itu sangat membantu bagi penaklukan-penaklukan negeri-negeri Timur dan Barat. Adapun orang-orang yang kini menyibukkan diri dengan mengumandangkan perang melawan Jahmiyah, Mu’tazilah dan Asy’ariyah, maka bisa jadi mereka hanya memelihara kemenangan di medan yang tidak ada musuhnya, kemenangan dalam khayalan belaka dan tidak akan memperoleh apa-apa kecuali bayangan saja…” (Humum ad-Da’iyah).

Lantas Muhammad Al Ghazali yang merupakan guru serta teman Dr Yusuf Al Qaradhawi mengajak agar meneliti seluruh fiqh mazhab sesat sebelum membangunkan sebuah hukum fiqh :

“Sesungguhnya hal pertama yang terbaik adalah mempelajari nash-nash semuanya, kemudian mempelajari semua pendapat fikih yang diwariskan dari empat imam madzhab yang masyhur serta dari ahli-ahli fikih kontemporer lainnya, juga dari Khawarij, Zaidiyah, Syi’ah Imamiyah (Kafir), Zhahiriyah dan seterusnya. Dengan catatan bahwa studi perbandingan ini harus bebas mutlak dan sesudahnya harus diperbolehkan bagi seorang Muslim manapun untuk memilih apa yang disukainya dari pendapat-pendapat fikih di atas, atau kalau tidak, memegangi sikap taklid kepada seorang mujtahid tertentu”.

Upaya ini lahir dari imijinasi beliau agar citra ijtihad semakin hampir kepada kebenaran dan sesuai dengan zaman. Namun usaha yang beliau sarankan berupa sebuah cara untuk menghancurkan sunnah dan merosakkan hakikat.

Sebenarnya pluralisma telah dilakukan oleh pendiri Ikhwanul Muslimin sendiri. Hasan Albana pernah berkata: “Dakwah Ikhwanul Muslimin tidaklah ditujukan untuk melawan satu aqidah, agama, ataupun golongan, karena faktor pendorong perasaan jiwa para pengemban .dakwah jama’ah ini adalah berkeyakinan fundamental bahwa semua agama samawi berhadapan dengan musuh yang sama, iaitu atheisme”. (Qafilah Al-Ikhwan As-Siisi 1/211)

Musthafa As-Siba’i, seorang tokoh Ikhwani berkata: “Islam bukanlah agama yang memerangi agama Nashrani bahkan mengakui dan memuliakan agama Nashrani.. Islam tidak membezakan antara muslim dan Nashrani. Islam tidak memberikan hak lebih terhadap muslim atas hak Nashrani dalam kedudukan di pemerintahan…”

Hasan At Turabi (Pimpinan Front Islam Nasional – Sudan) dalam kasetnya Ta’dilul Qawanin mengatakan: “Boleh bagi seorang muslim untuk menjadi seorang Yahudi atau Nashrani.

Dr Yusuf Qaradhawi Menganut Islam Liberal

Dr. Yusuf Qardhawi – tokoh Ikhwanul Muslimin yang disanjung oleh Dr Asri, Mantan Mufti Kerajaan BN – terbukti beberapa kali dia menghadiri seminar-seminar yang membahas idea pluralis, seperti seminar di Libya tentang “Islam Dan Kristian” pada tahun 1976, seminar di Sudan dengan tema “Teologi Pluralis Dan Dialog Lintas Agama” pada tahun 1994, dan selainnya. (Ushul Wa Qawa’id dan Raf’ul Litsam)

Dr Yusuf Qardhawi berkata: “Kami memerangi orang-orang Yahudi bukan kerana urusan aqidah akan tetapi kerana urusan tanah. Kami memerangi mereka bukan kerana statusnya sebagai orang-orang kafir akan tetapi keran mereka merampas .” (Surat Kabar Ar- Rayah Qatar edisi 4696 25 Januari 1995. Lihat Al-Quthbiyyah Hiyal Fitnah Fa’rifuha hal. 207)

Beliau juga berkata: “Dari pihak kami, kaum muslimin bersedia untuk mengadakan pendekatan agama. Yang penting pada pihak lain adanya semangat seperti yang ada pada diri kami…. Mereka sewajarnya melakukan pendekatan serupa dengan pendekatan yang kita lakukan terhadap mereka”

Beliau berkata tentang berbilangnya agama: “Apabila kita membolehkan banyak agama…. mengapa tidak dalam satu agama atau satu peradaban mencakupi lebih dari satu aliran pemikiran? Tiada larangan dalam hal ini, yang penting sentiasa ada gesaan dan keserasian kerjasama yang mampu menampung semua”

Beliau juga berkata: “Sesungguh luas kehidupan itu meliputi agama peradaban dan kebudayaan. Dan sesungguh keberagaman ini termasuk dari maslahat manusia tidaklah bertolak belakang dengan kemaslahatan manusia. maka tidak bisa dipaksakan hanya ada satu peradaban dan satu agama saja di dunia ini.

IIIT (International Institute for Islamic Thought) yang berpangkalan di USA dan Malaysia selalu menerbitkan pemikiran Dr Qaradhawi lantaran Dr Yusuf Al Qaradhawi banyak mempengaruhi pertubuhan tersebut. IIIT merupakan organisasi Islam yang menyebarkan pemikiran-pemikiran Islam Liberal kepada umat Islam. IIIT sebenarnya merupakan cabang gerakan kepada Ikhwanul Muslimin. Ini dinyatakan sendiri oleh Ikhwanul Muslimin dalam web mereka, The Global Muslim Brotherhood Daily Report.

Dekonstruksi Terhadap Hukum Politik

Pendedahan diatas membuktikan bahawa Ikhwanul Muslimin berkedok dalam jubah Islam Liberal semenjak penubuhannya. Diteruskan oleh para pejuang dan para ulama’nya sehingga hari ini. Lantas para pemuja dan pengikut Ikhwanul Muslinin  sedikit sebanyak akan terjangkit dengan pemaham Liberalis tersebut.

Ini dapat dilihat dalam artikel para pendokong BERSIH 2 yang berlaku baru-baru ini. Baca dan nilailah kaedah penghujahan mereka. Cermatilah cara mereka pentafsir hadith dalam memperkaitkannya kepada kaedah kontekstual dan moral.

Saat ini pasti kita akan dapat melihat secara jelas bahawa manhaj yang mereka tempuh – pendokong BERSIH – dalam memahami hadith adalah menggunakan manhaj Islam Liberal, seperti yang diciptakan oleh Fazlur Rahman.

Kerana itu tidak syak lagi apabila Dr Asri Zainul Abidin, Mantan Mufti Negeri Perlis, Kerajaan Barisan Nasional, menggunakan Fazlur Rahman bagi membantah pemahaman Salafi. Beliau berkata:

“bak kata Fazlur Rahman ‘konsep kefahman al-Imam Ibn Taimiyyah’ itu menjadi sempit jika dilihat dari huraian al-Imam Muhammad bin Abdul Wahhab”

Maka, adalah sangat mustahil seorang Ahlus Sunnah akan mengambil pemahaman Fazlur Rahman dalam melihat tatanan politik serta melabel Sunni sebagai Literalis. Melainkan dia adalah sebahagian dari mazhab Fazlur Rahman, atau dia menganut mazhab pluralisma Muhammad Al Ghazali.

Saya menyerahkan penilaian ini kepada para pembaca. Gunakan maklumat yang saya nyatakan diatas, tentang kaedah pentafsiran Islam Liberal terhadap Al Qur’an dan Hadith, kemudian bandingkan kaedah penghujahan pendokong BERSIH.

Kita ambil contoh ucapan mereka dalam menghalalkan demontrasi jalanan:

“Antara yang dibaca dan disebarkan dalam mempertahankan para pemerintah dan menghalang rakyat melakukan kritikan –sekalipun aman- ialah hadis Huzaifah r.a:

“Akan ada selepasku para pemimpin yang berpetunjuk bukan dengan petunjukku, bersunnah bukan dengan sunnahku, dan akan bangkit dalam kalangan mereka lelaki-lelaki yang jantung hati mereka seperti jantung hati syaitan dalam tubuh insan”. Kata Huzaifah: “Apa yang patut aku lakukan wahai Rasulullah, jika aku mendapati keadaan itu?”. Jawab baginda: “Dengar dan taat kepada ketua, sekalipun belakangmu dipukul, hartamu diambil, dengar dan taatlah” (Riwayat Muslim).

Hadis ini dijadikan hujah, sehingga ada yang berkata ‘jika pemerintah membunuh kaum-keluarga saya pun, saya tidak akan mendakwa pemerintah di mahkamah dunia’. Saya tidak dapat bayangkan jika semua orang Islam faham seperti itu, maka bermaharaja lelalah para pemerintah dunia Islam, menindas mereka. Tidak boleh dibantah bahkan tetap taat. Ketika dunia berusaha mempertahankan hak asasi manusia agar tidak dicemar, tiba-tiba kita pula menarik umat ke belakang dengan tafsiran yang literal seperti itu. Bayangkan jika seorang yang baru hendak mengenali Islam dihidangkan dengan kefahaman seperti itu, bagaimanakah mungkin beliau ingin melihat keindahan Islam dan keadilannya?  (http://drmaza.com/home/?p=1467)

Kita harus memberi fokus kepada (1) hadith yang menjadi pertikaian, (2) tuduhan bahawa pemahaman Sunnah akan menarik umat ke belakang, (3) pelabelan sebagai literalis serta (4) rasional untuk member tafsiran baharu kepada hadith tersebut.

Melalui empat perkara ini kita akan membuat penelitian secara ringkas, apakah perkataan ini sejalan dengan mazhab Islam liberal atau tidak. Inilah yang kita ingin buktikan.

Kalau mengikut pengamatan saya, perkara (2) dan (3) yang dilontarkan oleh penulis adalah sambungan lidah kaum Liberal. Saling tidak tumpah seperti perkataan tokoh mereka yang telah saya nukilkan diatas.

Sedangkan melalui kaedah pendekatan historis oleh Fazlur Rahman dapat disimpulkan bahawa penulis telah berusaha untuk menggunakan etika moralis dalam memahami kontek hadith Huzaifah. Ini dinyatakan langsung oleh beliau dengan “Bayangkan jika seorang yang baru hendak mengenali Islam dihidangkan dengan kefahaman seperti itu, bagaimanakah mungkin beliau ingin melihat keindahan Islam dan keadilannya?”.

Malah beberapa kontekstual atau situasional yang lain dinyatakan bersama seperti: “Jangan bawa tafsiran zaman Abbasiyyah ke zaman yang sudah berubah”. Kenyataan seterusnya sangat jelas menunjukkan penafsiran situasional apabila situasi sesebuah masyarakat serta pola sosiologis dijadikan pedoman dalam pembinaan hukum berdasarkan hadith:

“Hadis tentang taat dan patut sekalipun dirampas harta dan dipukul itu, ia merujuk kepada keadaan di mana jika penentangan dilakukan akan menyebabkan kerosakkan yang lebih besar seperti pemerintah akan membunuh atau memusnah orang lain yang tidak bersalah sedang kita tidak mampu memberikan sebarang kesan kepada mereka. Ini terutama di zaman dahulu yang terkenal dengan penumpahan darah.”

“Namun, apabila dunia berubah. Negara-negara terikat dengan peraturan antarabangsa mengenai hak asasi rakyat. Juga, apabila negara-negara itu meletakkan dalam perlembagaan mereka tentang hak-hak rakyat, dalam ertikata lain membantah pemerintah dalam negara demokrasi aman itu adalah sesuatu yang tidak boleh dianggap menentang negara kerana diiktiraf dan dijamin oleh perlembagaan negara dan persetujuan antarabangsa. Maka, konteks hadis sudah berbeza. Islam bukanlah agama yang memberikan lesen kepada pemerintah untuk berbuat apa sahaja dan rakyat wajib mendiamkan diri. Jangan bawa tafsiran zaman Abbasiyyah ke zaman yang sudah berubah”.

Penulis menjadikan situasi dan sosio-budaya sebagai alasan untuk memberi tafsiran baharu kepada hadith. Beliau merasakan bahawa tafsiran ulama’ Sunnah agar mentaati penguasa zalim dan larangan untuk melepaskan bai’at kepada mereka selagimana mereka Muslim, merupakan tafsiran yang tidak sesuai dengan konteks zaman ini. Inilah yang dinamakan sebagai kontekstual – melihat kepada tujuan teks. Akhirnya kata kunci untuk menolak pentafsiran kaum fundamental (sunni) adalah kontekstuan dan situasional!

Jelas bahawa kaedah ini berupa kaedah Islam Liberal yang digunakan untuk merosakkan seluruh binaan Islam, atas slogan tajdid dan “menghidupkan sunnah di zaman ini”. Slogan yang sama dipakai oleh Muhammad Abduh, Fazlur Rahman, dan para Liberalis hari ini.

Walhal jika kita mencermati dengan iman yang benar, pasti kita akan dapati bahawa hadith Huzaifah tersebut dengan jelas menunjukkan Rasulullah saw sedang memberi gambaran zaman akan datang serta solusi kepada umat mendatang. Zaman yang tidak akan beliau lalui, sebaliknya zaman dimana kita berada sekarang ini. Kerana itulah beliau berkata “Akan ada selepasku”.

Apa yang Nabi nyatakan adalah kewajiban rakyat untuk membimbing penguasa yang zalim, tidak mencela mereka, menasihati mereka secara sembunyi, mendoakan kebaikan mereka agar nantinya Negara akan menjadi baik, serta jika mahu keadilan maka menuntut dengan baik dan mengikut saluran yang ditunjukkan.

Bukan disini untuk saya mengkoreksi artikel Fenomena Literalis Agama tulisan Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin, Mantan Mufti Negeri Perlis, Kerajaan Barisan Nasional. Sebaliknya sahabat saya – Abu Numair Nawawi Subandi, Ketua Biro Penerbitan ILMU – insyaallah akan membantah tulisan yang mengandungi banyak syubhat tersebut. Tujuan saya sekadar memberi gambaran kepada umum bagaimana kaum Liberalis mentafsir agama dan keterkaitannya dengan artikel tersebut.

Semoga usaha saya membabat habis pemikiran Liberalisme dan menjulang mazhab Ahlus Sunnah, akan diganjari pahala oleh Allah serta akan dihitung sebagai amal kebajikan.

Tuduhan Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin Terhadap ILMU

Julai 11, 2011

Bismillahhirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Apa yang akan saya nyatakan selepas ini berupa getus hati saya. Sebenarnya saya teringat kalimat guru kepada guru saya tentang seseorang yang menghujat beliau. Seorang tokoh yang menjawat gelar Doktor sementara guru kepada guru saya itu tidak memiliki sekeping sijil pun. Berkatalah Asy Syaikh Al Muhaddith  Ali Hasan Al Halabi:

“tidak akan menyelisihiku bahwa banyak orang yang memiliki gelar DR. akan tetapi dia tidak berhak mendapatkan DR.  melainkan hanya salah satu dari huruf itu;  bisa huruf yang awal iaitu D atau yang akhir iaitu R”

Begitulah hakikatnya bahawa kefakihan dan keadilan serta keikhlasan itu sebenarnya hidayah dari Allah Azzawajalla. Lantaran itu, saya yang merupakan penuntut ilmu senantiasa berdoa’ kepada Allah agar Dia membuka jalan-jalan kebaikan kepada saya dan kepada seluruh kaum Muslimin.

Maknanya juga bahawa kefakihan itu bukanlah tersangkut pada huruf DR. atau pada sijil, kerna kadangkala orang yang memiliki huruf itu di depan pangkal nama mereka juga acapkali bertindak jahil ibarat anak kecil.

Saya juga percaya anak kecil akan marah-marah atau mula bergolek atas tanah apabila orang lain menegur atau melarangnya dari membuat sepah. Inilah tabiat manusia, dari kecil hingga yang tua, dari jahil seperti saya sehingga yang ada gelar Profesor Madya.

Justeru setelah saya melihat rakaman kuliah tokoh agama yang saya hormati, Prof Madya Dr Asri berkisar tentang masalah tahzir mentahzir dikalangan Salafi, lantas saya merasakan bahawa mauduk yang beliau sedang bicarakan itu adalah diri saya dan tulisan saya. Lantaran saya harus membetulkan kekeliruan yang sedang beliau alami.

Beliau berkata:

“Baru ini saya baca, ILMU, Ulama Muda UMNO. Boleh sebut kah? Saya tidak kisah benda ini tetapi saya ingat kita jangan, bahasa yang lunak, jangan bodohkan diri kita dan bodohkan orang. Dia (Seorang ahli ILMU) tulis dalam satu rencana dalam akhbar. Dia (penulis) kata, saya bukan berpihak, saya tidak… tentang …. Dia tulis dalam akhbar, dia kata bukti tokoh agama itu tidak rabbani, maksudnya bukan tokoh agama yang betul, contohnya Allahyarhan Ust Fadhil Noor, kuburnya di Pendang, sedangkan di Pendang itu sendiri, kalau dia ulama’ yang betul-betul ulama’, kenapa di Pendang itu masih banyak lagi khurafat dan kuburnya ada disitu? Itu menunjukkan dia bukan ulama’ pilihan Tuhan. Came on lah kita pergi ke kubur Imam Syafi’e – imam yang besar dan mulia, orang buat khurafat macam-macam atas kubur dia. Bukan dia suruh. Kita pergi ke kubur banyak para sahabat pun ada orang buat khurafat di kubur sahabat itu, bukan sahabat itu suruh. Dengan orang buat khurafat itu, tidak boleh kita menghukum empunya kubur itu. Saya bukan berpihak, tapi kaedah hukuman seperti itu bukan sahaja tidak pandai tetapi sangat bodoh. Saya kata, tak apa, tak ada masalah kita masuk parti mana-manapun tapi  tujuan untuk berda’wah. Tapi kita jangan mengampu lebih sangat. Kita jack kereta tu boleh ambil tayar, tapi kalau sampai terbalik kereta itu : bodoh namanya. Setakat boleh ambil tayar”

Saya kuat beriman bahawa yang beliau maksudkan adalah artikel saya bertajuk Imam Syafi’e : Ulama Haid Sahaja, yang diterbitkan di Sinar Harian.

Maka saya simpulkan keterlanjuran Tuan Prof Madya dalam dua kerangka besar iaitu:

1] Melakukan ta’wilan melampau

2] Mencela para Ustas Ahlus Sunnah yang berada dalam ILMU sebagai pengampu Kerajaan

 Pembetulan Pertama

Saya cukup hairan dengan Prof Madya yang suka berpuisi, yang tidak memahami sintesis tulisan saya. Apakah puisi yang tuan tulis selama ini tidak mampu menunjukkan kepada tuan bahawa sebuah naratif harus dilihat secara keseluruhan untuk membuahkan kesimpulan; bukannya terpisah-pisah?

Saya akan terangkan kembali kepada tuan perihal artikel saya agar tuan mendapat gambaran yang jelas dan tidak membabi buta lagi. Takut-takut kasus “Air Ludah Ustaz” berulang untuk entah kali keberapa.

Saya mulakan tulisan dengan memuatkan tuduhan para ahli bid’ah kepada para imam Ahlus Sunnah, yang tuduhan itu tidak berasas dan jauh menyimpang. Seperti tuduhan Mu’tazilah yang mengatakan Imam Syafi’e itu hanya mengerti ilmu haid dan nifas. Seperti tuduhan Sayid Qutub yang merupakan ahli Ikhwanul Muslimin kepada para ulama’ Ahlus Sunnah bahawa mereka itu hanyalah pandai menulis semata-mara. Dan seperti tuduhan Doktor juga kepada Syeikh Dr. Rabi’ Al Madkhali yang dikatakan seperti Khawarij yang suka menyesatkan orang, dan terbaru tuduhan tuan kepada para ustaz-ustaz Salafi yang dikatakan “literalis” yang bisa menjumudkan.

Nah! Tuduhan yang bernada sama dan diungkapkan oleh pelaku-pelaku yang mengimani manhaj yang hampir sama.  Lantas tuduhan itu saya katakan sebagai kata-kata keji yang lahir dari hati yang busuk dan lidah yang buruk. Justeru Tuan Prof Madya, hati-hatilah agar hati dan lidah tuan tidak sejahat itu untuk mencerca ulama’ Ahlus Sunnah.

Mereka – para pembenci Ulama’ Ahlus Sunnah – akhirnya menggunakan “kondisi zaman” sebagai hujjah untuk menelantarkan naqal dan memenangkan aqal. Ini sangat pelik untuk dilakukan oleh seorang yang berpegang teguh kepada manhaj Ahlus Sunnah lantaran seorang Sunni pasti mendahulukan naqal diatas segalanya termasuklan waki’ dan aqal.

Namun saya nyatakan bahawa masyarakat kadang terpedaya dengan kepetahan seseorang ahlil bid’ah dan penampilanya yang gah. Oleh itu saya bawakan ciri-ciri ulama’ Rabbani yang hal ini sudah maklum kepada para penuntut ilmu.

Ulama’ Rabbani itu adalah ilmuan yang menggunakan Al Qur’an, As Sunnah dan pemahaman salaf as soleh dalam beragrumentasi dan berhujjah. Kerana itu saya bawakan perkataan Syeikh Abdus Salam Barjas: “Orang alim hakiki adalah yang mendalami ilmu agama, mengetahui hukum-hukum Al Quran dan As Sunnah. Mengetahui ilmu ushul fiqih seperti nasikh dan mansukh, mutlak, muqayyad, mujmal, mufassar, dan juga orang-orang yang menggali ucapan-ucapan salaf terhadap apa yang mereka perselisihkan.”

Maka saya berharap bahawa para “ulama”, “ustaz”, “khatib”, “guru agama” dan sesiapa sahaja yang umum dikatakan sebagai ulama atau ilmuan Islam, gunakanlah tiga kerangka utama ini sebagai kayu ukurnya. Jika mereka berkata dan bertindak sesuai dengan Al Qur’an, As Sunnah dan “Fahmus Sahabah”, maka mereka itu adalah ulama’ Ahlus Sunnah, insyaallah. Namun jika mereka itu menyelisihi salah satu dari tiga rukun tadi, maka mereka itu bukanlah ulama’ Rabbani.

Syeikh Abdul Hamid Bin Badis berkata: “Sesungguhnya seorang da’i yang benar adalah da’i yang bersandar atas hujjah dan agrumentasi yang jelas. Ucapannya tidak mengandungi kebohongan, tipu daya atau dakwaan buta. Gerakan da’wahnya tidak terjerumus ke dalam kebinasaan, kontradiksi ataupun kesimpang-siuran” (Ad Durar Al Ghaliyah fi Adabid Da’wah wad Da’iyah)

Sebagai contoh, maka saya bawakan seorang tokoh agama di Malaysia – Ustaz Fadhil Noor yang pernah menjadi Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai persampelan. Semoga Allah mengampunyinya. Maka kita ambillah tiga kayu-ukur tadi dan letaklah kepada “fatwa” dan pandangan beliau. Lantas apakah kita melihat bahawa “fatwa” beliau cocok dengan ketiga-tiga kayu-ukur tersebut?

Wallahi! Bahawa “fatwa” beliau menyelisihi “fahmus sahabah” (kefahaman sahabat) malah banyak juga yang menyelisihi sunnah al Mustafa. Oleh itu cukuplah disini saya nyatakan sekali lagi kepada Tuan Doktor bahawa beliau bukanlah ulama’ Rabbani. Beliau tetap bukan ulama’ Rabbai walaupun Tuan Doktor memujinya dalam Majalah Tamaddun pada tahun 2000.

Lantas kita juga dapat melihat dasar perjuangannya; apakah mengikut manhaj Rasulullah saw atau menuruti manhaj ahlul bid’ah. Manhaj Rasulullah saw dengan jelas memperjuangkan aqidah dan menumpaskan kesyirikan. Sedari baginda memiliki dua orang pengikut hinggalah memiliki daulah, tauhid menjadi keutamaannya. Hatta sehingga beliau sedang gering dan hampir menghembuskan nafas, beliau berwasiat kepada umatnya tentang aqidah. Maka jika seorang ulama’ membiarkan isu aqidah maka bererti beliau bukanlah seorang ulama’ Rabbani. Lantaran Ulama’ Rabbani mewarisi kerja-kerja Nabi. Dan tidaklah diutus setiap rasul kepada setiap umat, melainkan untuk mengajak “sembahlah Allah semata-mata dan jauhi thaghut”.

Syeikh Soleh Fauzan Al Fauzan berkata: “Da’wah apapun yang tidak berlandaskan kepada manhaj para rasul, ia akan menemui kegagalan. Buktinya adalah jamaah-jamaah atau gerakan-gerakan da’wah sekarang ini yang memiliki manhaj sendiri-sendiri yang berbeda dari maanhaj para rasul; melalaikan masalah tauhid. Mereka menyerukan perbaikan dalam masalah sekunder. Diantara mereka ada yang menyerukan perbaikan hukum dan siasah, menyerukan diterapkan hukum Islam. Masalah-masalah tersebut memang penting, tetapi bukan yang paling penting. Sebab, bagaimana harus diterapkan hukum syar’i kepada penzina dan pencuri sebelum diterapkan hukum syar’i bagi orang yang berbuat kesyirikan. Bagaimana menuntut penerapan hukum syar’i antara dua orang yang berebut kambing dan unta, sebelum menuntut diterapkannya hukum syar’i kepada penyembah berhala dan orang-orang yang tersesat dalam asma’ wal sifat Allah” (Mukaddimah kitab Minhajul Anbiya)

Camkanlah wahai tuan ucapan ulama’ besar dunia ini berkenaan dengan manhaj da’wah dengan saksama. Semoga tuan akan dapat membacanya dengan penuh keikhlasan dan mendapat pencerahan dari Allah Ta’aal.

Orang yang menyelisihi manhaj Rasul bukanlah ulama’ Rabbani. Ya, walaupun mereka itu duduk dalam persatuan ulama. Walaupun mereka itu dinobat sebagai mufti, atau mantan mufti. Ya walaupun mereka banyak menulis kitab dan menulis puisi. Mereka jika menyelisihi manhaj salaf tetap bukanlah ulama’ Rabbani.

Lantas apakah kenyataan saya ini menyakitkan hati Prof Madya? Atau kenyataan saya ini meremokkan hati dan perasaan tuan Doktor? Atau sebenarnya kenyataan saya ini akan menyudutkan tokoh-tokoh yang tuan sanjungi seperti Hasan Al Banna, Sayid Qutub dan Al Qaradhawi? Lantas untuk itu tuan harus memalingkan isu dalam artikel ini dan menimbulkan isu lain agar tokoh-tokoh sanjungan tuan tidak dipertikaikan?

Memang para Qutubiyyun / Qardawiyun akan bergelora hatinya bila saya menukilkan ucapan Sayid Qutub yang mencela para ulama’ Ahlus Sunnah. Dan lebih bergelegak hati-hati mereka bila saya datangkan pula perkataan Syeikh Rabi’ Al Madkhali yang terkenal sebagai penentang kepada kelompok Ikhwanul Muslimun, Qutubiyyun dan Qardawiyun.

Ahlus Sunnah telah menetapkan bahawa da’wah paling utama dan yang pertama untuk dida’wahkan adalah tauhid. Sehingga apabila da’wah tauhid menyebar dan memusnahkan syirik, baharulah mampu ditegakkan hudud.

Lantas saya menggunakan sampel Pendang dimana di situlah Ustaz Fadhil Noor berda’wah bertahun-tahun, sedari beliau memasuki PAS sehinggalah beliau menghembuskan nafas. Maka ketika hayat beliau, masalah syirik tidak terhapus; malah masalah kesyirikan tetap ada sehinggalah beliau meninggal, hatta sehingga PAS menguasai Kedah saat ini.

Tuan Doktor boleh pergi ke kawasan Pendang, Alor Star dan sekitarnya. Lihatlah dengan kepala mata Tuan Doktor sendiri bahawa banyak kedai yang menggantungkan gambar hitam putih yang diimani sebagai “pelaris”.

Justeru kita mahu bertanya kepada Tuan Doktor dan juga para Ahli PAS, apakah yang mereka da’wahkan selama ini? Dan apakah da’wah utama Mantan Presiden mereka – Ustaz Fadhil Noor? Apakah PAS mengajak untuk menegakkan aqidah shaihah atau menegakkan Hudud dan Negara Islam?

Saya semakin pelik dengan sikap Tuan Doktor, sepanjang empat muka tulisan saya, yang tuan garis bawah hanyalah dua baris ayat, walhal dalam tulisan saya itu masih banyak hujjah-hujjah yang tuan boleh bantah dan betulkan. Namun kenapa dua baris ini yang tuan jadikan modal untuk menghina para Ustaz Salafi yang memasuki ILMU?

Kenapa tuan Doktor tidak mahu membahas perkataan Ibn Mas’ud, Mujahid, atau ucapan Syeikh Abdus Salam Barjas? Kenapa Tuan Doktor tidak mahu mengulas celaan Sayid Qutub yang mengatakan bahawa ulama’ Ahlus Sunnah adalah ulama’ Kertas sahaja? Apakah celaan ini sangatlah tidak penting dan boleh diabaikan?

Malah lebih pelik lagi apabila Tuan Doktor gagal untuk memahami ayat ini dengan baik. Sepertinya tuan jahil dalam Bahasa Melayu tetapi tetap gencar untuk menulis puisi.

Sekiranya tuan pernah membaca tulisan saya sebelum ini, pasti tuan akan mengerti bahawa saya menggunakan laras bahasa yang berpuitis dan banyak terpengaruh dengan penggunaan Bahasa Indonesia. Justeru saya berharap orang yang suka menulis puisi seperti tuan akan dapat memahami makna tulisan saya dengan baik.

Lantaran, sekiranya ayah Tuan Doktor sudah meninggal dunia, lalu ada seorang bertanya kepada tuan Doktor: “Ayah kamu duduk / tinggal / berdiam / bertempat dimana?”. Apakah tuan akan berkata “Ayah saya sudah meninggal”, atau tuan akan katakan “Dia bertempat di Permatang Pauh”.

Pasti tuan akan katakan “Ayah saya sudah meninggal dunia”. Dan jika ditanya, dimana beliau dikebumikan, maka tuan akan menjawabnya “Ayah saya dikebumikan di Permatang Pauh”. Saya cukup pasti tuan tidak akan menjawab “beliau bertempat di Permatang Pauh”.

Mungkin saya perlu bawakan contoh yang lain, agar tokoh pemuisi kita ini bisa mengerti akan perkataan “berdiam / bertempat” dengan lebih mantap.

Kita ambil contoh Shamsiah Fakeh yang hidup di China namun di kebumikan di Malaysia. Maka kita tetap akan berkata bahawa beliau “berdiam / bertempat di China” yang merujuk fasa kehidupannya, bukan merujuk kepada lokasi beliau dikebumikan.

Justeru perkataan saya merujuk kepada fasa hidupnya, bukan fasa selepas matinya. Kerana itu saya tidak menyebut langsung kubur beliau. Yang saya sebut adalah kedai-kedai di Pendang. Maka dengan aqal yang waras (tanpa perlu mendapat gelar Doktor atau ke India untuk mendapatkan 5 ijazah hadith) pun sudah mampu untuk mencari perkaitan antara kalimat bertempat dengan kedai-kedai di Pendang yang menggantungkan gambar kesyirikian.

Kedai tersebut bukanlah di dirikan di tepi kubur beliau, bukan juga di dalam halaman rumah beliau. Justeru perkaitan yang cukup sederhana antara kalimat “bertempat” dan “kedai-kedai yang menggantungkan gambar” ialah “fasa hidup” dan bukannya “fasa sesudah matinya beliau”.

Kemudian saya mahu bertanya kepada Tuan Doktor, dimana dan saat bila saya menyebutkan kubur Ustaz Fadhil Noor dijadikan tempat penyembahan, sehingga tuan Doktor membawa contoh Kubur Imam Syafi’e dan kubur para sahabat?

Kalau tidak ada, maka nasihat saya janganlah menjadi tukang fitnah, atau kaki ta’wil. Janganlah tercuit sedikit, terus terlambung.

Pembetulan Kedua

Tuan Doktor mengatakan bahawa ILMU ini mengampu kerajaan. Mungkin jika tuan hidup di zaman Imam Abul Wafa Ibnu Aqil al-Hambali maka tuan juga akan menghina beliau kerana mencium tangan penguasa ketika bersalaman.

Namun sang Imam telah menjawab tuduhan tersebut dengan katanya:

“Bagaimana pendapatmu bila aku bersalaman dengan ayahku kemudian aku mencium tangannya, apakah yang demikian itu salah ataukah menjatuhkan kedudukannya? Mereka menjawab tidak salah! Beliau berkata lagi: Seseorang ayah telah mendidik anaknya secara khusus sedangkan penguasa telah mendidik rakyat secara umum, maka dia lebih berhak untuk dihormati”. (Badi’ul Fawaid. Ibnu Qaiyim)

Lantas keberadaan kami ini bersama penguasa Negara adalah sebagai suruhan dari Allah dan sunnah Rasulullah saw. Kami tetap akan bersama-sama penguasa untuk membimbing mereka dan menasihati umat manusia.

Kami tidak akan melepaskan ketaatan dan ikatan bai’at kepada mereka sepertimana yang dianjurkan oleh Sayid Qutub dan Al Qaradhawi. Bukan Sunnah Sayid Qutub dan Sunnah Qaradhawi yang kami ingin tempuh melainkan sunnah Muhammad Bin Abdullah saw.

Jika upaya kami untuk mengajak umat agar mereka mentaati penguasa dalam hal-hal yang ma’ruf dikatakan sebagai sebuah jilatan, atau suatu ampuan, maka kepada Allah lah kami mengadu akan tuduhan itu. Namun yang pasti Tuan Doktor sangatlah terpengaruh dengan pemikiran Al Qardawi dan sangat condong dengan pembangkang. Malah sejarah hidup Tuan pun pernah bersama mereka satu ketika dahulu.

Begitu juga dalam tanpa sadar, rupanya tuan juga penjilat dan pengampu. Dengan nyata bahawa tidak ada satu hujjah pun yang bisa dipakai untuk menghalalkan demontrasi BERSIH, namun tuan mengasak-asak dalil untuk membenarkannya. Hanya semata-mata untuk mengabsahkan kelakuan PAS dan pembangkang. Malah untuk membenarkan juga fatwa Dr Yusuf Al Qaradhawi.

Walhal bukankah ajaib tatkata tuan mengharamkan Perarakan Maulidur Rasul satu ketika dahulu, dan menghalalkan demontrasi BERSIH? Bukankah ini sebuah sikap yang sangap pelik? Dan bukankah ini sebuah tindakan jilat dan ampun yang tidak dapat ditutup lagi?

Justeru Tuan tidak perlu untuk berpura-pura sebagai Salafiyun. Bukakan saja topeng Qutubiyyun tuan selama ini. Kerana saat ini penyamaran itu sudah tersingkap ketika tuan menyatakan perkataan keji kepada para Salafi malah kepada Ibn Taimiyyah dan Muhammad Wahhab:

“Ramai yang bertanya saya tentang huraian-huraian siyasah Ulama Muda UMNO kebelakangan ini..menurut pendapat saya yang kerdil, walaupun Ulama Muda UMNO itu pada asasnya bermanhaj ‘salafi’ dan saya antara …yang menyetujui manhaj itu, namun kefahaman sebahagian mereka mengenai hadis-hadis politik menjurus kepada aliran Madkhali yang agak literal dalam menafsirkan nas-nas siyasi tanpa melihat teks dan konteks..mereka seakan aliran ‘zahiri’ atau literalist dalam memahami dalil-dalil siyasi..di Barat, mereka melebelkan literalist ini sebagai ‘wahabi’..itu label yang salah kerana mereka masukkan sekali sesiapa sahaja yang kuat berpegang dengan nas sebagai ‘wahabi’ ..namun fonomena literal dalam memahami nas-nas siyasi ini banyak datang dari Arab Saudi..pada beberapa sudut mungkin ada kebaikannya, namun ia boleh menjumudkan banyak situasi umat dan negara..bak kata Fazlur Rahman ‘konsep kefahman al-Imam Ibn Taimiyyah itu menjadi sempit jika dilihat dari huraian al-Imam Muhammad bin Abdul Wahhab, jika kita membacanya secara langsung, kita akan dapat melihat keluasan kefahamannya..apapun ini masalah ijtihadiyyah atau perbezaan pendapat, seseorang memilih pandangan yang diyakininya..semoga Allah memberikan kita keikhlasan dan mengampunkan semua”

Ingtlah tuan bahawa seorang Ahlus Sunnah tidak akan menggunakan hujjah dari ahlil Bid’ah dalam penetapan manhaj agamanya. Justeru ketika Tuan menggunakan Fazlur Rahman yang cukup terkenal sebagai pejuang Islam Liberal, maka saat ini telah menjadi pemisah antara kita secara jelas; bahawa tuan bukanlah salafi.

Bagaimana mungkin seorang yang memiliki 5 ijazah hadith menggunakan ungkapan kaum Islam Liberal bagi membantah kefahaman yang terbit dari hadith? Hanya sahaja orang yang jahil terhadap sunnah akan berbuat sebegitu. Atau seorang yang menyamar sebagai Ahlus Sunnah yang akhirnya dia tidak mampu bersabar lalu meniggalkan jubah sunnahnya.

Bagaimana mungkin perkataan Fazlur Rahman, tokoh Islam Liberal mampu mematahkan hujjah dari hadith yang telah dijadikan pegangan Ahlus Sunnah zaman berzaman? Lebih menarik lagi adalah mengapa tuan mengambil perkataan Fazlur Rahman bagi menentang pemahaman Ibn Taimiyyah yang diterjemah oleh Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab? Lantas tuan katakan bahawa memahami nash mengikut kaedah Ibn Taimiyyah yang diterjemah oleh Syeikh Muhammad akan menjumudkan dunia.

Walhal kaedah pemahaman Syeikh Muhammad itu merupakan kaedah Ahlus Sunnah. Maka apakah tuan ingin mengatakan bahawa kaedah Ahlus Sunnah ini akan menjumudkan dunia? Subhanallah! Tidak mungkin seorang Sunni akan berkata seperti tuan katakan.

Pemahaman yang dirangkul oleh Syeikh Muhammad terhadap Ibn Taimiyyah merupakan pemahan yang asli dan benar. Beliau memahami pemahaman ini dan menterjemahkannya dalam perjuangannya. Seluruh ulama’ Sunnah mengiktiraf perjuaangan ini dan pemahaman ini.

Jika tuan mengatakan bahawa pemahaman Ibn Taimiyyah beda dengan pemahaman Syeikh Muhammad, ternyata ini sebuah “tanggapan” yang melencong. Malah jika tuan mengatakan bahawa Syeikh Muhammad telah tersalah memahami pemikiran Ibn Taimiyyah sehingga memberi watak kaku kepada fatwa Syeikul Islam, ini juga merupakan pemahaman tuan yang jauh dari hakikat kebenaran. Sungguh Syeikh Muhammad telah memahami dengan saksama dan menekuni manhaj Ibn Taimiyyah, sehingga para ulama’ Ahlus Sunnah mengatakan bahawa Syeikh Muhammad adalah bayangan Ibn Taimiyyah.

Sebaliknya, yang silap memahami perbicaraan Ibn Taimiyyah adalah Fazlur Rahman, walau dia berkokok mengatakan bahawa dia pencinta dan pengagum Ibn Taimiyyah. Yang dia inginkan adalah pemisahan syiasah dari dokongan hadith dengan menggunakan sosok tubuh Ibn Taimiyyah. Malah dia juga mengerti bahawa Ibn Taimiyyah tidak akan bangkit dari kubur untuk membantah segala pemikiran “politik songsang” yang disandarkan kepadanya.

Bagaimana mungkin Fazlur Rahman mampu untuk memahami manhaj Ibn Taimiyyah walhal dia adalah seorang anti hadith? Dia sangat memusuhi hadith dalam hidup beragama dan hidup berpolitik. Lihatlah bukunya “Islamic Methodology in History”, “Islam and Modernity: Transformation of an Intelectual Tradition” dan tulisannnya dalam beberapa artikel seperti “Some Reflection on the Reconstruction of Muslim Society in Pakistan”,  “Implementation of the Islamic Concept of State in the Pakistan Milieu” dan “The Qur’anic Solution of Pakistan’s Educational Problems”.

Jika dia memahami manhaj Ibn Taimiyyah, pasti dia sudah menjadi seorang Ahlus Sunnah. Namun eroni nya dia tetap menentang sunnah dan beriman bahawa dirinya memahami manhaj Ibn Taimiyyah! Maka dari sisi inipun sudah cukup intuk Tuan Doktor berfikir tentang ide “jumud” yang dikerangkakan oleh Syeikh Muhammad.

Seterusnya seorang Ahlus Sunnah tidak akan mencela ulama’ mereka, sebaliknya mereka akan memuliakannya. Namun sampai hari ini permusuhan Tuan kepada Syeikh Rabi’ tetap tak kunjung surut, ada sahaja kesempatan, tuan akan mencela dan menghinakannya.

Lebih pelik lagi bagaimana Tuan Doktor mengatakan bahawa kefahaman untuk mentaati penguasa Muslim, haramnya Demontrasi dan menasihati penguasa secara sirr (sembunyi) merupakan kefahaman dari Syeikh Rabi’ Al Madhkali sahaja, atau yang terbit dari Saudi Arabia?

Ketahuilah wahai Tuan Doktor, bahawa kefahaman ini bukan dimuculkan oleh Syeikh Rabi’ atau ulama’ Saudi, malah seluruh ulama’ Ahlus Sunnah di setiap penjuru dunia mengimaninya. Ketahuilah juga bahawa keimanan ini sudah ada sejak zaman salaf lagi, berlanjutan hingga kini, dan akan terus ada sehingga kiamat. Tuan sendiri belajar ilmu hadith maka pastu tuan mengetahuinya.

Kerana itu bukankah molek jika tuan berguru kepada Syeikh Albani ataupun murid-muridnya dahulu ketika tuan berada di Jordan. Sehingga tuan dapat mengetahui bahawa ulama’ Sunnah Jordan juga bersependapat dengan ulama’ Saudi. Namun kesempatan di Jordan telah tuan sia-siakan.

Begitu juga ketika tuan ke India, mengapakah tuan tidak berguru dengan para ahlil hadith Ahlus Sunnah, bukannya ulama’ Deobandi. Sehingga Tuan Doktor mengetahui bahawa ulama Sunnah India juga sejalan dengan ulama’ Saudi.

Tetapi kecenderungan tuan untuk mengikuti alam pikir Al Qardhawi itu yang menyebabkan tuan mula memusuhi Ahlus Sunnah.

Saya melihat tulisan-tulisan tuan banyak dihiasi dengan fatwa Al Qaradhawi, walhal beliau itu adalah antara tokoh yang mengikut manhajnya Hasan Al Banna dan Sayid Qutub. Malah ada yang memasukkan beliau sebagai tokoh Islam Liberal.

Ingatlah tuan bahawa seseorang yang selalu menukilkan nama atau ucapan ahlul bid’ah dalam tulisannya bererti beliau bersama dengan ahlul bid’ah tersebut. Seseorang yang selalu menukilkan kalam ulama Ahlus Sunnah, insyaallah beliau adalah Ahlus Sunnah. Syeikh Abdullah Bin Shalil Al Ubailan berkata tentang seseorang yang diragukan; apakah dia seorang pemuja Ikhwanul Muslimun atau seorang Salafi:

“Tidak, tidak, beliau bukan seorang ikhwani, bukan…  beliau adalah seorang salafi, dan seorang salafi itu senantiasa tidak akan menyebutkan guru-gurunya kecuali Syaikh Muhammad bin ‘Utsaimin, menyebutkan Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz dan menyebukan al-Albani. Tidak akan selamanya dia berargumen dengan salah seorang pun selain mereka”

Akhir kata, segala kesalahan saya, atau segala kelemahan saya, saya memohon ampun kepada Tuan Doktor. Semoga Allah member kita balasan yang baik di dunia dan di akhirat.

Saya juga menanti mungkin akan ada insan yang pernah membantah saya dahulu dalam isu “Wang Judi” untuk membetulkan Tuan Doktor terhadap pemahaman salah tuan doktor. Namun sampai saat ini insan tersebut masih tidak menulis surat kepada tuan Doktor, walhal mereka dahulu berteriak kepada saya “demi kebenaran” lah mereka menulis.

 

 

Abu Amru Mohd Radzi Bin Othman

Pandan Indah, Kuala Lumpur

10 July 2011

Islamic Methodology in History

PAS : Jangan Jadi Ruwaibidhah! (2)

Mei 23, 2011

Siri Kedua

Bersanad Kepada Ulama’ Ahlus Sunnah

“Ilmu agama ini akan terus dibawa oleh orang-orang yang adil (terpercaya dan bukan fasiq) dari generasi ke generasi, yang selalu berjuang membersihkan agama dari penyelewengan maksud-maksud agama, pendustaan orang-orang sesat yang mempergunakan nama agama, dan pentakwilan agama yang salah yang dilakukan oleh orang-orang yang jahil.” (HR al-Baihaqi – shahih)

Imam Ibn Abi Hatim Al-Razi meriwayatkan dengan sanadnya kepada Abdullah bin ‘Aun bahawasanya beliau berkata: Tidak boleh diambil ilmu ini melainkan daripada orang yang telah diakui pernah menuntut sebelum itu (pernah meriwayatkan ilmu dari gurunya secara bersanad juga)”. [Al-Jarh Wa At-Ta’dil 1/ 28]

Begitu juga apa yang diberitakan oleh Imam Ibn Sirin: “Ilmu itu adalah agama, maka perhatikanlah dari siapa kamu mengambil agamamu (ilmu agama tersebut)”. Juga beliau berkata: “Dahulu orang ramai tidak bertanya tentang sanad (rangkaian para rawi yang meriwayatkan) hadith, maka tatkala terjadi fitnah mereka mengatakan: ‘sebutkan kepada kami sanad kalian’, sehingga mereka melihat sanadnya sampai kepada Ahlus Sunnah, lalu mereka menerima hadithnya dan melihat kepada ahlul bid’ah lalu menolak hadisnya.” (Riwayat Muslim dalam Muqaddimah Shahih-nya)

Imam Syafi’e berkata: “Orang yang belajar ilmu tanpa sanad guru bagaikan orang yang mengumpulkan kayu api pada malam yang gelap, dia membawa pengikat kayu api yang terdapat padanya ular berbisa dan dia tidak tahu” (Faidhul Qadir)

Imam At Tsauri berkata pula:  “Sanad adalah senjata orang Mukmin, maka bila kau tidak mempunyai senjata maka dengan apa kau akan berperang?”.

Ibnul Mubarak berkata : “Pelajar ilmu yang tidak punya sanad bagaikan penaik atap namun tidak punya tangganya, sungguh telah Allah muliakan umat ini dengan sanad” (Faidhul Qadir)

Sementara itu Ibn Abdil Bar meriwayatkan daripada Imam Al-Auza’e bahawasanya beliau berkata:  “Tidaklah hilang ilmu melainkan dengan hilangnya sanad-sanad (ilmu agama tersebut)”. [At-Tamhid 1/314]

Kerana apabila hilangnya para ulama’ sunnah, maka terhapuslah Ilmu islam yang sebenar. Bermakna apabila hilang ulama’ Sunnah, mustahil untuk mendapatkan sanad ilmu yang shahih lagi sesudah kehilangan ulama’ tersebut.

Ibnu Taimiyyah berkata: “Setiap pendapat yang dikatakan hanya oleh seseorang yang hidup di masa ini dan tidak pernah dikatakan oleh seorangpun yang terdahulu, maka itu salah.” Imam Ahmad mengatakan: “Jangan sampai engkau mengeluarkan sebuah pendapat dalam sebuah masalah yang engkau tidak punya pendahulu padanya.” (Majmu’ Fatawa: 21/291)

Lihatlah bagaimana Ibn Taimiyyah menejlaskan, bahawa ulama’ Ahlus Sunnah itu bukan sahaja memiliki sanad malah mereka juga berfatwa seperti fatwanya ulama’ sebelum mereka. Begitu juga Ad Dzahabi, muridnya Ibn Taimiyyah menulis sebuah kitab khusus mencatitkan guru-gurunya, dengan jodol Mu’jam Asy-Syuyukh (Daftar Guru-Guru).

Oleh itu, para ulama’ Ahlus Sunnah zaman ini memiliki aqidah yang sama dengan ulama’ Ahlus Sunnah sebelumnya. Begitulah sehingga sampai kepada aqidah sahabat, semuanya sama. Mereka juga memiliki manhaj dan pemahaman yang sama seperti sahabat kerana wujudnya tantaian emas ini.

Lantas kita mahu tanyakan kepada PAS: siapakah ulama’ kalian? Ulama’ Ahlus Sunnah manakah yang menjadi guru-guru kalian? Apakah setiap masalah yang terjadi saat ini, kalian akan menghubungi mereka dan meminta fatwa dari mereka?

Dan apakah fatwa-fatwa kalian seperti: “undi PAS akan masuk syurga”, “UMNO kafir”, “Wajib memberontak jika penguasa tidak melaksanakan hukum Hudud”, “Allah mencarut”, “Osama adalah pejuang”, “mencaci-maki penguasa yang tidak melaksanakan Hudud dibolehkan” dan macam-macam lagi, pernah dinyatakan oleh ulama’ Ahlus Sunnah sebelum kalian?

Mendapat Tazkiyah Dan Pujian Dari Ulama’ Ahlus Sunnah

Apabila para ulama’ terkemudian memiliki sanad dari ulama’ terdahulu, bermakna bahawa mereka berguru kepada ulama’ terhadulu; maka para guru mereka akan memberikan tazkiyah kepada mereka untuk berfatwa. Itulah pengamalan yang dilakukan oleh para ulama’ Ahlus Sunnah dari dahulu sehingga kini.

Tanpa tazkiyah, seseorag itu masih diistihar sebagai penuntut ilmu. Oleh itu, tugas penuntut ilmu adalah senantiasa mendapatkan fatwa dari para ulama’ Ahlus Sunnah, bukannya mengeluarkan fatwa sendiri. Begitu juga ketika tidak ada seorang pun ulama’ Ahlus Sunnah yang mengakui seseorang sebagai ulama’, bagaimana mungkin orang tersebut layak menjadi ulama’?

Begitu juga setiap ulama’ Ahlus Sunnah akan saling puji memuji, sebagai bukti bahawa dirinya adalah ulama’ yang layak untuk diikuti dan diambil ilmunya.

Imam Malik mendapat tazkiyah dari 70 ulama’, baharulah beliau berani memberi fatwa. Beliau berkata: “Aku tidak berfatwa sehinggalah 70 orang (ulama’) mengakui bahawa aku layak berfatwa.” (Siyar A’lam an-Nubala’, 8/96).

Begitu juga Imam Syafi’e tidak mengeluarkan fatwa sehinggalah Imam Malik memberikan tazkiyah dengan berkata: “Engkau layak menjadi qadhi atau hakim”. Namun sebelum itu, beliau telah mendapatkan tazkiyah dari para ulama di Makkah seperti dari Muslim bin Khalid, Dawud bin Abdurrahman al-‘Athar, Muhammad bin Ali bin Syafi’ , Sufyan bin ‘Uyainah, Abdurrahman bin Abu Bakar al-Maliki, Sa’id bin Salim dan Fudhail bin ‘Iyadh.

Imam Asy-Syafi’i telah memuji Imam Ahmad dengan katanya: “Ahmad bin Hambal imam dalam lapan hal, Imam dalam hadits, Imam dalam Fiqih, Imam dalam bahasa, Imam dalam Al Qur’an, Imam dalam kefaqiran, Imam dalam kezuhudan, Imam dalam wara’ dan Imam dalam Sunnah”.

Al-Imam Syafi’i juga memuji Imam Malik, iaitu gurunya, beliau berkata: “Imam Malik adalah bahagian dari hujjah Allah di muka bumi”.

Abu ‘Abdillah Al-Faqih telah memuji Imam Barbahari dengan katanya: “Apabila kamu melihat seorang penduduk Baghdad mencintai Abul Hasan bin Basyar dan Abu Muhammad Al-Barbahari maka ketahuilah bahawa dia Shahibu Sunnah (orang yang mengikuti Sunnah)!”

Imam Adz-Dzahabi memuji Ibn Taimiyyah dengan berkata: “Dia adalah lambang kecerdasan dan kecepatan memahami, paling hebat pemahamannya terhadap Al-Kitab was-Sunnah serta perbedaan pendapat, dan lautan dalil naqli. Pada zamannya, ia adalah satu-satunya baik dalam hal ilmu, zuhud, keberanian, kemurahan, amar ma’ruf, nahi mungkar, dan banyaknya buku-buku yang disusun dan amat menguasai hadits dan fiqh.

Ibnu Katsir juga memuji Ibn Taimiyyah: “Beliau adalah Syaikh al-Hafizh al-kabir, Pakar Tarikh Islam, Syaikhul muhadditsin ……beliau adalah penutup syuyukh hadits dan huffazhnya.”

Muhibbuddin al-Khathib memuji Albani dengan katanya: “Di antara para da’i kepada as-Sunnah, yang menghabiskan hidupnya demi bekerja keras untuk menghidupkannya adalah saudara kami Abu Abdurrahman Muhammad Nashiruddin bin Nuh Najati Al Albani.

Begitulah sikap antara para ulama’ Ahlus Sunnah dimana para guru akan memberikan tazkiyah kepada murid mereka yang layak menjadi ulama’, sementara ulama’ lainnya akan saling memuji diantara mereka.

Lantas kita mahu bertanya, siapakah antara ulama’ PAS yang mendapat tazkiyah dari ulama’ Ahlus Sunnah dunia? Dan juga siapakah ulama’ Ahlus Sunnah dunia yang telah memuji mereka? Sila lah nyatakan kepada umat ini senarai daftar tersebut jika kalian memilikinya.

Tidak Mudah Berfatwa

Oleh kerana mereka merupakan para pewaris Nabi, sedangkan Nabi adalah manusia yang paling takut kepada Allah. Maka para ulama’ Ahlus Sunnah merupakan manusia yang paling takut untuk berfatwa. Mereka lebih banyak untuk menjawab “tidak tahu”. Mereka juga akan menyuruh bertanyakan masalah tersebut kepada ulama’ lain jika mereka terasa berat untuk menjawabnya.

Mereka tidak akan menjawab sesuatu isu dengan pantas dan samberono. Berikut adalah bukti bagaimana mereka sangat berhati-hati dalam berfatwa.

Abdurrahman bin Abi Laila menceritakan kisahnya: “Aku pernah mendapati di masjid (Nabi) ini 120 orang shahabat Rasulullah saw. Tidak ada seorang pun dari mereka saat ditanya tentang suatu hadits atau fatwa melainkan dia ingin saudaranya (dari kalangan shahabat yang lain) yang menjawabnya. Kemudian tibalah masa pengangkatan kaum-kaum yang mengaku berilmu saat ini. Mereka bersegera menjawab pertanyaan-pertanyaan yang kalau seandainya pertanyaan ini dihadapkan kepada Umar bin Khattab, niscaya beliau mengumpulkan ahli Badar untuk di ajak bermusyawarah dalam menjawabnya.

Dari Uqbah bin Muslim, dia berkata: “Aku menemani Abdullah bin Umar selama 34 bulan maka yang banyak dia ucapkan ketika ditanya: ‘Saya tidak tahu’ Kemudian dia menoleh kepadaku seraya berkata: ‘Tahukah kamu apa yang mereka kehendaki? Mereka hendak menjadikan punggung-punggung kami sebagai jembatan bagi mereka ke Jahannam”.”

Abdurrahman bin Mahdi berkata: “Kami berada di sisi al-Imam Malik bin Anas, tiba-tiba datanglah seseorang kepadanya seraya berkata: ‘Aku datang kepadamu dari jarak enam bulan perjalanan. Penduduk negeriku menugasiku untuk menanyakan kepadamu suatu permasalahan.’ al-Imam Malik  berkata: ‘Tanyakanlah!’ Maka orang tersebut bertanya kepadanya suatu permasalahan, lalu al-Imam Malik menjawab: ‘Saya tidak boleh menjawabnya.’ Orang tersebut terhentak, sepertinya dia membayangkan bahawa dia telah datang kepada seseorang yang tahu segala sesuatu, orang tersebut berkata: ‘Lalu apa yang akan aku katakan kepada penduduk negeriku jika aku pulang kepada mereka?’ Imam Malik berkata: ‘Katakan kepada mereka: Malik tidak bisa menjawab.’ ”

Ibn al Qasim berkata: “Aku pernah mendengar Imam Malik berkata : “Saya sedang memikirkan (jawapan) bagi suatu kemusykilan sejak beberapa puluh tahun dulu, tetapi hingga saat ini belum juga sampai kepada pendapat yang pasti”.

Imam Sahnun pernah disoal satu masalah oleh seorang lelaki. Lalu tiga hari lelaki itu berulang-alik kepada Sahnun dan mendesaknya, “Soalan aku, -semoga Allah membaikkan urusanmu-”. Sahnun berkata, “Wahai sahabat, apa yang boleh aku lakukan dengan soalanmu. Ia rumit. Dalamnya ada banyak pendapat. Dan aku kebingungan padanya”. Lelaki itu berkata, “Kamu (layak menjawab) untuk semua soalan yang rumit”. Sahnun berkata, “Jauh sekali wahai anak saudaraku. Kata-katamu itu bukanlah lebih mendedahkan kamu daripada daging dan tulangku kepada api neraka. Alangkah banyak apa yang aku tidak mengetahui”. Sahnun berkata lagi, “Kalau kamu sabar, aku harap kamu boleh kembali semula dengan persoalan kamu ini. Kalau kamu mahu bertanya kepada orang lain selainku, pergilah dan masalah kamu itu mungkin dijawab segera dalam masa sekejap sahaja”.

Oleh kerana itu kita dapati bahawa para ulama’ Ahlus Sunnah sangat sukar untuk berfatwa kerana mereka mengetahui bahawa jika tersalah fatwa, mereka akan berdosa dan menanggung dosa orang yang mengikuti fatwa tersebut.

Ibn Mas’ud berkata: “Bagi yang tahu hendaklah mengatakan apa yang dia ketahui. Dan bagi yang tidak tahu hendaklah mengatakan: Allahu a’lam. Sebab termasuk ilmu adalah mengatakan ‘aku tidak tahu’ dalam perkara yang tidak dia ketahui ilmunya. Sebab Allah Ta’ala berfirman kepada Nabi-Nya : “Katakanlah (hai Muhammad), ‘Aku tidak meminta upah sedikitpun kepadamu atas dakwahku; dan bukanlah aku termasuk orang-orang  yang mengada-adakan” (Shaad : 86) (HR Bukhari dan Muslim)

Rasulullah saw. Bersabda: “Barangsiapa diberi fatwa tanpa ilmu maka dosanya ditanggung oleh orang yang memberi fatwa tersebut. Barangsiapa menganjurkan satu perkara kepada saudaranya seagama sementara dia tahu bahwa ada perkara lain yang lebih baik berarti dia telah mengkhianatinya.” (HR Bukhari)

Lalu kenapa kita melihat bahawa kalian terlalu senang untuk berfatwa? Begitu juga ketika kalian menfatwakan bahawa kerajaan Malaysia wajib menegakkan Hukum Islam, jika tidak maka akan menjadi kafir, lantas mengapakah Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah tidak menegakkan Hukum Terhadap Ahli Zimmah, antaranya adalah Ahli Zimmah tidak boleh belajar membaca Al Qur’an, tetapi mereka boleh diperdengarkan ayat suci Al Qur’an?

Begitu juga dengan sikap PAS terhadap Osama, sehingga ada pemuka PAS yang menganggap bahawa Osama adalah pejuang dan sikap beraninya harus dipuji dan disanjung. Sehingga beliau mencadangkan sebatang jalan dinamakan sempena nama Osama.

Apakah Tuan Guru tidak percaya kewujudan Osama dan kejahatannya? Walhal ulama’ Ahlus Sunnah sepakat akan kejahatan dan onar yang dia lakukan? Bagaimana hal ini boleh berlaku wahai Tuan Guru, apakah Tuan Guru jahil atau pura-pura tidak tahu? Atau Tuan Guru adalah seaqidah dan semanhaj dengan Osama?

Atau Tuan Guru merasakan bahawa Tuan Guru adalah ulama’ mu’tabar dunia walau dunia tidak pernah mengiktiraf Tuan Guru sebagai Ulama’ Ahlus Sunnah.

Abu Amru Mohd Radzi Bin Othman
Tim S/U iLMU