Ka’bah Adalah Kuil Hindu

kabah_interior

 

Satu pertanyaan yang pada mulanya dianggap gila tapi apabila kita meneliti penghujahhannya maka kita akan terduduk seketika:

“Bukti terdapat bahawa Ka’bah adalah sebuah Kuil Hindu dan Muhammad menciplak ajarannya lalu membikin agama baharu – Islam”

Ini bicaranya para Hinduisme dan para akriologi dan historian dalam menggugat Islam.

Saya terjumpa artikel ini ketika meluncuri internet. Ia ibarat sebuah gimik atau langkah kaum porpulis untuk membikin kemurtadan kaum samawi kepada agama paganis.

Hujjahnya mudah; berbekal sebuah catatan sejarah yang dijumpai di dalam Ka’bah lalu disimpan di Istambul – Catatan Raja Vikramaditya yang menceritakan bahawa bangsa Arab menganut ajaran Hindu dan juga menggambarkan bahawa bangsa Arab bernaung di bawah jajahan Kerajaan Hindu.

Justeru maknanya adalah Ka’bah itu dibikin oleh Raja Vikram untuk menyembah Tuhan Siva

Kemudiannya para penda’wah Hindu berganjak kepada persoalan yang lebih rumit dan besar; bahawa Muhammad itu melakukan plagiat dengan meniru ajaran-ajaran agama yang telah ada lalu menadopsi kedalam ajaran beliau lalu menamakannya Islam.

Teksnya berbuni begini:

“Beruntunglah mereka yang lahir dan hidup di masa kekuasaan Raja Vikram. Dia adalah orang yang berbudi, pemimpin yang murah hati, berbakti pada kemakmuran rakyatnya. Tapi pada saat itu kami bangsa Arab tidak mempedulikan Tuhan dan memuaskan kenikmatan berahi. Kejahatan dan penyiksaan terjadi di mana-mana. Kekelaman dosa melanda negeri kami. Seperti domba berjuang mempertahankan nyawa dari cakaran kejam serigala, kami bangsa Arab terperangkap dalam dosa. Seluruh negeri dibungkus kegelapan begitu pekat seperti malam bulan baru. Tapi fajar saat ini dan sinar mentari penuh ajaran yang menyejukkan adalah hasil kebaikan sang Raja mulia Vikramaditya yang pimpinan bijaksananya tidak melupakan kami – yang adalah orang-orang asing. Dia menyebarkan agamanya yang suci diantara kami dan mengirim ahli2 yang cemerlang bersinar bagaikan matahari dari negerinya kepada kami. Para ahli dan pengajar ini datang ke negeri kami untuk berkhotbah tentang agama mereka dan menyampaikan pendidikan atas nama Raja Vikramaditya. Merkea menyampaikan bimbingan sehingga kami sadar kembali akan kehadiran Tuhan, diperkenalkan kepada keberadaanNya yang suci dan ditempatkan di jalan yang Benar.” [`Sayar-ul-Okul’  ms 315]

Ini juga menunjukkan bahawa Hindu berupa agama tertua dan agama yang benar sementara Islam baru sahaja lahir dan boleh diragui kebenarannya lantaran dalam sisi ajarannya terdapat banyak cirri-ciri agama lain.

Buktinya seperti perkataan Allah yang dikatakan bersumber dari perkataan Sanskrit bermaksud Tuhan Akka, begitu juga dengan amalan haji yang menyerupai amalan Hindu mengunjungi Sungai Gangga.

Inilah hujjah mereka dalam menegakkan agama mereka dan cobaan menelanjangi Islam.

Lalu bagaimana mahu kita jawab kerna mereka bawakan bukti arkeologi serta linguisti.

Tuan-tuan, kita akan jawab dari beberapa sisi;

Pertamanya kalau disoal “Apakah Hindu yang membina Ka’bah” maka jawabannya mudah, tak ruwet dan rumit. Ditinjau dari senibina Ka’bah. Apakah ada di situ senibina Hindu? Jawabanya tidak ada. Kerana tiada sifat-sifat kesenian dan corak bina bangsa India terutamanya dari Tamaddun Era Vikram.

Justeru bagaimana kalau ka’bah sebagai kuil itu dibina oleh bangsa Hindu sedangkan senibinanya tidak ada sentuhan agama Hindu? Kan itu satu yang pelik.

Justeru dari segi senibinanya menunjukkan bahawa Ka’bah tidak dibangunkan oleh bangsa Hindu, melainkan didirikan oleh Abraham. Jadi, jawapan kepada agama apa yang mendirikan Ka’bah itu mudah, iaitu agama Abraham atau orang arab memanggilnya sebagai Ibrahim. Lalu apakah agama Ibrahim? Dia penyembah patung Gajah bertangan banyak? Atau penyembah Tuhan yang separa Lelaki dan Separa Perempuan – Ardhanarishwara? Tidak. Jawapannya dia menyembah Tuhan yang satu. Abraham memanggil TUhan yang Tunggal itu dengan bahasanya sendiri. Tetapi orang Arab memanggil Tuhan Tunggal itu dengan panggilan “Allah”.

Kan mudah difahami begitu.

Keduanya ialah “Apakah Ka’bah pernah menjadi kuil sarang penyembahan berhala?”. Jawapannya sudah gambling; bahawa Muhammad memusnahkan 360 patung berhala ketika pembukaan Makkah!

Jadi, apakah yang dirungsingkan lagi, sejarah telah buktikan bahawa Ka’bah pernah menjadi tempah penyembahan selain Allah. Tetapi sejarah ini juga menggambarkan bahawa Tuhan-Tuhan ini tidak dapat menjaga kesucian dan keselamatan mereka ketika Muhammad menebang batang leher “perwakilan” mereka yang berupa patung itu.

Seperti kita ditanya oleh orang, Apakah Gereja Christ of the Lightdi Sepanyol pernah menjadi Masjid sebelum ditukar kepada gereja?”. Pasti pakar sejarah akan mengatakan “benar”.

Tetapi kita mau bertanya kepada cerdik pandai Hindu, sebelum perluasan wilayah oleh raja vikram ini, apakah agama bangsa arab sebelum mereka melupakan tuhan mereka?

Seperti kita tanyakan kepada bangas spanyol, apakah sebelum Mosque of Christ of the Light inu ditukar kepada gereja, ia memang didirikan oleh orang Islam?

Jawapannya tidak, sebenarnya ia memang sebuah gereja sebelum Toledo diislamkan. Begitulah; sebelum Ka’bah menjadi kuil hindu, agama yang dianut dan agama manusia yang mendirikan ka’bah adalah Islam.

Justeru, apa yang kita bingungkan?

Apakah dengan terbuktinya wujud patung hindu, wujud teks Raja Vikramaditya, wujud sebutan sebutan Sanskrit dalam bahasa Arab, membuktikan bahawa agama Hindu merupakan agama yang benar pada segi logika, segi filsafatnya dan dari segi kerohaniannya?

Harus ketahui bahawa dalam islam, hindu tidaklah disebut secara sempurna perkataannya kerana Islam memiliki nama lain untuk menggambarkan Hindu iaitu agama Majusi.

Jadinya, sebelum kelahiran Muhammad, bangsa arab memang ada yang beragama Majusi iaitu Hindu dan ada yang menyembah Api, serta ada yang beragama filsafat seperti menyembah “Tuhan Gelap dan Terang” Zoactetrs.

Jadi kedatangan Muhmmad hanyalah meneruskan kembali ajaran agama para nabi terdahulu seperti ajaran nabi Nuh.

Ini memberi gambaran bahawa setiap ajaran yang telah berlangsung sekian lama pasti akan wujud sekte-sekte yang tersesat. Begitu juga dengan ajaran Nabi Nuh; disesatkan oleh manusia sesudah itu lalu Tuhan Allah menurunkan seorang lagi rasul untuk membetulkan ajaran yang telah diselewengkan. Begitulah juga kedatangan Abraham yang meneruskan dan membersihkan agama samawi itu dari kontaminasi kaum penyesat, sehingga dia mendirikan Ka’bah.

[kemudiannya kaum Hindu mempersoalkan siapakah yang membina Ka’bah; apakah Abraham atau Solomon]

Begitu juga akhirnya Muhammad dari bangsa Arab diutus untuk meneruskan ajaran Abraham, Solomon, David,  Jacob dan banyak lagi para nabi. Harus diingati bahawa nabi-nabi ini berbahasa dalam bahasa mereka sendiri, tetapi oleh kerana Muhammda itu bangsanya Arab, maka umat sesudah dia mengenali para utusan ini dalam bahasa Arab. Saya nyatakan ini kerana ada kaum Hindu yang mempersoalkan panggilan para nabi ini; padahal mempersoalkannya seperti menyatakan diri penyoal itu seperti otak senteng.

Oleh kerana itu, sudah pasti ajaran Hindu yang tak menuhankan Tuhan Tunggal dihapuskan oleh Muhmammad. Jadi kita bersetuju bahawa sebelum kedatangan Muhammad, Ka’bah pernah digunakan untuk memuja dewa dewi dan berlangsung ajaran Hindu.

Jadi satu persoalan yang menarik ialah sebelum kedatangan agama hindu, apakah belum ada agama, dan apakah benar dakwaan bahawa sebenarnya agama hindu itu adalah salah satu ajaran tuhan tetapi kemudian diselewengkan dan jadilah orang-orang hindu menyembah para dewa dewi?

Kalau kita katakana bahawa agama hindu adalah agama yang muncul pertama sekali, maka ini adalah satu pembohongan. Kerana kita harus akui bahawa “ketiadaan rekod” bukanlah menafikan sesuatu itu. Kalau kita bersetuju bahawa sebelum agama hindu diselewengkan, pasti manusia di saat itu menjalankan ajaran tuhan termasuklah melakukan haji. Namun setelah diselewengkan sehingga kini, maka apabila Muhammad datang, dia harus memberi tunjuk ajar yang betul tentang haji, iaitu bukan ke Gangga tetapi ke Makkah, berhaji seperti yang kita lihat hari ini. Ini dapat dilihat bahawa haji sudah ada sejak sekian lama.

Oleh itu, mengatakan bahawa Muhammad menciplak agama-agama lain lalu dihimpun menjadi ajaran baru – islam – merupakan satu kenyataan yang tak berasas yang lahir dari orang yang tidak membuat kajian dan memahami islam.

Kerana agama samawi itu wujud secara fitrah iaitu apabila manusia pertama diturunkan, dia dibekali dengan keyakinan yang murni –mengesakan Tuhan yang satu. Lalu ajaran ini disambung oleh Muhammad, malah dia sendiri telah menerangkan hal ini, serta dalam teks Quran turun dinyatakan!

Tentang bahasa pula, iaitu sumber asal kalimat Allah yang dikatakan diambil dari nama Tuhan Mentari dalam bahasa Sanskrit, ia bisa kita pecahkan kepada 2 hal; pertama sifat bahasa secara tabi’i dan ke dua adalah tentang Tuhan itu sendiri.

Kalau kita mengerti tentang linguistik, iaitu bahasa harus bersifat dinamik, dan harus bisa untuk meminjam kata dari bahasa lain agar ia terus relivan dan berlangsung. Maka bahasa Arab juga begiru sifatnya; meminjam kata dari banyak bahasa termasuklah bahasa Sanskrit.

Seperti bahasa Melayu yang meminjam kata “Tuala”, atau “Garpu” yang berasal dari kata Portugis, ia tidak memberi pentafsiran bahawa kita adalah bangsa Portugis dan beragama dengan agamanya bangsa mereka.

Setelah kita memahami tabiat bahasa yang selalu dinamik, maka kita akan mempersoalkan kembali; “Sebenarnya Allah itu tuhannya yang satu bagi bangsa Hindu sebelum wujud tuhan-tuhan lain, atau ketika para sami hindu yang menyebarkan da’wah kepada bangsa Arab, mereka – para sami – itu adalah pemuja Allah [tuhan Akka] lalu bagi bangsa Arab yang tidak ada lagi sebutan nama bagi tuhan maka mereka mengambil kata Akka dan meletakkan nya pada erti Tuhan Tunggal?”

Saya tidak akan bertele-tele membahaskan kalimat Allah, dan beberapa perkataan lain yang didakwa berasal dari kata Sanskrit kerna saya percaya bahawa orang yang tidak belajar Linguistik dan antropologi tidak akan mengeri perbezaan antara Allah dan Akka, sama ada dari sebutannya, sifat jenis bahasanya dan maknanya.

Bahawa sebenarnya yang menyelewengkan agama yang benar adalah mereka – Hindu, lalu Islam datang membetulkan kembali.

Justeru, untuk membantah Islam, yang paling berkesan adalah dengan menggunakan epistimologi Islam itu sendiri iaitu menggunakan Quran dan Hadith.

Maka, kita menyeru kepada para penda’wah Hindu, kalau mau buktikan Hindu benar dan sesatnya Islam, maka harus kalian membuktikan kesalahan 2 sumper ilmu Islam itu, dan buktikan juga agama kalian rasional dari segi logika, filsafatnya dan kerohaniannya.

Saya tidak akan menganut agama yang memiliki Tuhan yang rupanya hanya Bangsa Hindu kerna saya mahu juga Tuhan yang mempunya muka dari Bangsa Melayu.

 

 

 

Rujukan

1. Wikipedia – King Vikramaditya

2. Refutation of P.N. Oak’s Claims Against The Ka’bah

3. Indian Epigraphy

Label: , , , , ,

18 Respons to “Ka’bah Adalah Kuil Hindu”

  1. Dudy Singadilaga Says:

    Bull shit ……………………

  2. rayno Says:

    Astaghfirullohal`adzim…
    hei, kamu yang nulis halaman ini. kamu ini siapa?
    apa agamamu?
    apa maksudmu nulis ini?
    aku tunggu jawabanmu di emailku..!!
    semoga Allah SWT mengampunimu,,!

    • lolucon Says:

      Nampaknya Saudara/i Rayno tidak membaca tulisan ini. Dimana sikap “peduli agama” kamu wahai saudara, kalau kamu tidak membaca tapi sudah membuat hukuman?

  3. yudhi Says:

    goblog ni orang,,, murtad…

    • tinjau Says:

      Saudara Yudhi dan saudara Rayno; satu persoalan yg mahu saya tanyakan: “Apakah kalian ini telah jatuh dalam tikungan Sanoisme alias Khinzirisme?”

      Kebebalan yang tergambar pada sikat umat Islam hari ini adalah melulu membuat vonis; padahal mereka tidak pernah membaca atau mengkaji sebuah pemikiran atau tulisan. Hatta mereka sendiri sebenarnya tidak mengerti apa yang sedang penulis bicarakan.

      Yang mereka tahu adalah “menghentam” setelah membaca Jodol.

      Sangat kasihan umat ini yang sering jatuh dalam sikap bebalisme.

  4. ksatriabijihitam Says:

    Membuka mata melihat yang nyata, memejamkan mata melihat yang inti. Kebanyakan dari kita terlalu berbangga sudah bisa membuka mata saja, tanpa bisa dapat melihat yang inti. Gimana bangsa ini bisa dewasa, membaca pun sulit apalagi memaknai makna.

    **admin: posting yang ini saja**

  5. Alnoldy Says:

    …….tenanglah Lolucon, memang banyak orang yang tidak mau membaca isi, mereka hanya membaca judulnya saja, mungkin kalau judulnya diganti dengan kalimat yang tidak bombastis, mungkin orang lain tidak akan menghujat terlebih dahulu, misalkan berjudul: Ka’bah bukanlah warisan hindu.
    Memang banyak dikalangan umat islam kita yang masih saja belum mengerti atau bahkan tidak mau mengerti langsung men-judge atau memvonis…..itulah sebagian umat kita.
    Semoga Allah swt memberimu tambahan ilmu agar membuat wawasan kaum muslim makin luas lagi….
    ma’afkanlah orang-orang yang telah langsung men-judge kamu padahal mereka tidak mengerti dan tidak mau membaca isi tulisan kamu ini.
    Wassallamu allaikum wr wb

  6. hamba ALLAH swt Says:

    anda keliru sudah jelas islam tidak menjiplak agama hindu
    Islam menyembah ALLAH swt sebagai tuhan pencipta Alam semesta sedangkan AGAMA Hindu menyembah Banyak Dewa yang hanya terbuat dari patung yg tidak bisa bergerak
    Apakah anda ini orang hindu ?
    salam dari Hamba ALLAH swt

    JAWABAN:

    Sangat disayangkan bahawa umat Islam itu masih terus meneru dalam kebebalan – bebalisme.

    [1] bahawa saudara telah masuk dalam tikungan gegabah [seperti yang telaha ditempuh oleh 2 saudara kita sebelumnya]

    [2] bahawa apa beda antara Agama Vedic Dharma [hindu] dan Sufi dalam waktu ini yang menyembah banyak wali [avtar]?

    [3] bahawa saaudara harus SABR, membaca dahulu sekian hujjah lalu barulah berbicara. kalau tidak, kelihatan bahawa saudara cukup jahil murakab.

    tandaan: saya terpaksa bicara seperti ini lantaran saya melihat kebodohan akibat malas menegrti maksud sebuah teks [naratif] sangat menebal dalam umat islam.

  7. Jun Hung Says:

    Hai Tinjau… hehe…

    kalau baca sejarah nabi muhammad saw itu jangan sepotong2x….

    bacalah sejarah dengan detail dan objective dan dengan cara yang benar….

    baca sejarah dengan open mind….

    setelah baca sejarah nabi muhammad saw dengan benar, baru boleh berbicara…

  8. Fadil Says:

    Diriku Hanya Percaya Kepada Al-Qur’an dan Sunah, Aku tidak akan mengambil Rujukan Dari Artikel Manapun untuk mencari jawaban di Dunia ini, 4JJI AKBAR, MUHAMMAD RASUL ALLAH………….

  9. siva Says:

    kalo emang muhamad turun untuk membenarkan HINDU, tapi knapa harus berganti nama menjadi islam ?? apakah ini bertujuan untuk menyamarkan dan melakukan pembohongan publik, bahwa sebenernya ka`bah itu benar merupakan kuil hindu..??

    semua agama itu diciptakan baik, tetapi terkadang seseorang itu salah mengerti..

    Jawaban:

    tuan, di amerika dan eropah. manusia memanggil kenderaan beroda 4 itu sebagai “car”, lalu di negeri tuan dipanggil “mobil” dan di malaysia disebut “kereta”.

    Apakah ini sebuah penyamaran kepada publik? satu pikirang yang cukup rancu bagi saya kalau berfikir begitu.

    tuan, sepanjang pengetahuan saya, Hindu itu bukanlah nama yang benar untuk agama ini, tetapi disebut sebagai sanata dharma, atau dediv darma. makah nama ini juga tidak pernah diketahui pemberi nya melainkan sudah menjadi satu nama yang mashyur.

    maka apakah masalah untuk sebuah nama :hindu” walhal pemberi nama hindu atau sanata dharma atau vedic darma juga tidak diketahui dan tiada dalam catatan rekod manusia!

    tuan, agama hindu yang murni telah diseleweng mengukut peredaran masa sehinggakan agama yang terjelma hari ini sudah terkontaminasi dengan kesyirikan kepada tuhan agung – brahma.

    Lalu Kalki avtar turun di Makkah untuk membrsihkan agama Brahma supaya manusia kembali menyembah Dia sahaja dengan mengikut tatakrama ibadah yang benar.

    Kalau benar tuan menganut hindu maka tuan harus mengikut kalki avtar yang menunggang kuda putih, yang ibunya bernama aminah, yang dia menyuruh membersihkan tuhan brahma dan melaksanakan omm brahma – menyembah tuhan tunggal sahaja.

  10. fly Says:

    Intinya agamamu ya agamamu….agamaku ya agamaku…jgn pernah mencoba mengkritik bila anda2 yg mencoba mengkritik tdk mengerti,krn semua itu berpulang ke pahaman masing2,jd biarla kita menjalankan mana yg terbaik menurut kita,ALLAHU AKBAR !!!!

    jawaban:

    Saya masih teringat ketika Abang saya yang mengikut Tariqat Naqsyabandi berkata: “Jangan menghukum kerna setiap jalan itu punya dalil dan hanya tuhanlah yang bisa menentukan haq dan batil”

    Lalu saya bilang sama abang saya: “Maka seandainya begitu, pasti Nasaraa dan Yahudi akan berkata, Kami punya dalil dan hanya Allah lah yang bisa menyesatkan kami, bukannya kalian wahai Muslim!”

    Jadi apa yang sebenarnya?

    Allah dan rasulnya telah meninggalkan islam terang, malan seperti siang; tiada yang terlitup dengan zulmat dan segalanya tanpak pada pandangan – jelas tak tersamar!

    Maka Allah juga telah jelaskan kepada manusia jalan yang mana akan membawa ke syurga dan jalan mana yang akan membawa ke neraka.

    Oleh itu, para ulama menghukum jalan tersebut, bukannya orang tersebut.

  11. ismael Says:

    aku dah pernah baca artikel ini sebelum nya, kebanyakan mereka telah mencopy paste, dari orang2 yang benci islam, khusus nya buku karangan salman rusdy, mungkin sebagian orang tahu siapa salman rusdy itu, dia adalah seorang manusia yang telah murtad dari islam kerturunan india, yang kini tinggal di inggris salah satu judul buku nya adalh ayat ayat setan. kabah dibuat oleh nabi ibrahim. jauh sebelum hindu lahir, hindu bukan nya ada sejaman raja horedes yunani, cari info nya sedangkan raja horedes sejaman yesus, kalau buat artike cari dengan melakukan riset jangan sekali2 memnggunakan argumen orang lain, ok

  12. sipemberani Says:

    waraduk ah kabeh.geus ditu geura sarare

  13. ida bagus krisna Says:

    saya sbgai seseorang yang memegang teguh ajaran dharma dan satya, saya berharap kta sebgai umat bragma, slain menjlnkan kwjbnnya, tetapi juga hrs mnjujunng tinggi nilai persaudaraan dan slng mnghrgai, hindu mnghrmti umat islam, dan sblknya, dan juga umat beragama lainnya pun seperti itu, saya rasa itulah yang di ajarkn semua agama di dunia ini, terimaksih, om santhi santhi santhi om, smga hati dan kehidupan kta selalu damai.

  14. Web Hidup Mulia Says:

    Subhanallah! Penulis Yahudi Terkemuka Masuk Islam…

    I found your entry interesting thus I’ve added a Trackback to it on my weblog :)…

  15. Azriady Says:

    Dalam agama hindu ada kitab Weda, kitab tertua yang merupakan inti ajaran dari Brahma yang diutus kedunia. Kalo kita mengkaji isi dari kitab Brahma sebenarnya mengajarkan bahwa Tuhan itu ESA (Tunggal).

    Para penganut dari kitab Weda dahulu disebut kaum Brahmanan. Asal agama Brahmanan lahir di Babilonia atau sekarang dsebut Turki. Ajaran Brahma tersebar keseluruh dunia dan berkembang di India menjadi agama Hindu. Dalam agama Hindu para utusan Tuhan di anggap sebagai jelmaan Tuhan dalam wujud manusia, mereka pun diangkat sebagai dewa-dewi.
    Brahma dalam bahasa Ibrani berarti Abraham, dan dalam bahasa Arab berarti Ibrahim. Bangsa Arab secara turun-temurun menjaga dan mensucikan rumah Ibrahim (Brahma) Ka’bah yang menurut kepecayaan mereka dibangun sendiri oleh nenek moyang mereka Ibrahim (Brahma) bersama anaknya Ismail (Atharva).

    Kaum Brahman dari seluruh negeri dahulu sering datang untuk beribadah ke Ka’bah. Rumah Ibrahim (Brahma) akhirnya menjadi kuil peribadatan kepada Tuhan yang maha ESA. Tradisi penggunaan batu sebagai kiblat untuk sujud menyembah Tuhan diwariskan oleh Ibrahim (Ibrahim) kepada umatnya. Mengenai rumah suci tersebut dapat di temukan dalam Reg Veda dan Atharva Veda.

    “Ruh Agung yang layak dipuji, hidup di rumah yang mempunyai tiga pilar dan tiga balok kayu. Rumah itu pusat kehidupan abadi. manusia yang taat kepada Tuhan akan mengetahuinya dengan baik” (Atharva Veda, [10] : 2-3 ).

    Namun setelah agama Hindu masuk ke Arab bangunan suci Ka’bah dipenuhi patung dewa-dewi.

    Nabi Muhammad di utus untuk membersihkan rumah suci Ka’bah dari patung sembahan manusia. Meluruskan kembali ajaran Tauhid Ibrahim yakni menyembah hanya kepada satu Tuhan dan menurut kepercayaan kaum muslim Nabi Muhammad telah diramalkan dalam kitab agama dunia.

    Jawaban:

    Sebenarnya agama Hindu sekarang ini penuh dengan kesyirikan. Walau apapun, sekiranya ajaran Sanatana Dharma yang asli masih wujud maka syariat yang wajib diikut adalah syariat muhammad – Kalki Avtar.

  16. Azriady Says:

    Kata Avtar bagi umat Hindu disalah artikan sebagai “Tuhan / jelmaan Tuhan turun kedunia”. Kata “av” berarti “turun” dan “tr” berarti “melewati” jadi “Avtar” berarti “diturunkan / diutus turun”. Jadi makna sebenarnya dari “Avtar” adalah “Utusan”.
    Melihat pola pikir umat Hindu hampir sama dengan pola pikir umat Kristiani yang menganggap utusan Tuhan sebagai Tuhan / jelmaan Tuhan ke dunia. Mungkin karena umat terdahulu masih terpengaruh pola pikir kaum pagan penyembah berhala.
    Adapun kata-kata yang keluar dari mulut utusan Tuhan yang di akui sebagai firman Tuhan di anggap sebagai kata-kata utusan itu sendiri. Juga mukjizat yang dilakukan di anggap sebagai kekuatan milik pribadi dari utusan tersebut.
    Sedangkan menurut umat Islam utusan Tuhan adalah manusia pilihan Tuhan yang mengajarkan cara untuk mengenal Tuhan.
    “Kalky Avtar” adalah “Utusan Terakhir” bukanlah “Jelmaan Tuhan Terakhir”.

Tinggalkan komen