Archive for Oktober 2008

Yang Ditunjukkan Oleh Mustafa Kamal

Oktober 31, 2008

Kalau sejarah itu tidak berguna, baik kita lupakan saja kisah Muhammad Bin Abdullah.

Kalau ia berguna, mengapa kita masih tak berubah?

Dan Sejarah Islam itu untuk apa kita berdengarkan?

 

 

 

Mungkin kita bisa mengambil satu contoh yang agak dekat dengan hidup kita; bagaimana Dinasti Turki Uthmaniyah roboh kepada tangan Jendralnya sendiri; Mustafa Kamal. Setelah Mustafa Kamal menduduki kuri kekuasaan maka dia mengubah negara itu menjadi sebuah negara sekular. Dia melakukan pencerobohan yang kejam – menaggalkan kerudung wanita, menghapuskan abaya dan digantikan dengan skrt, undang-undang Islam dihapuskan dan digantikan dengan undang-undang sivil. Ini antara contoh kezaliman beliau, sehingga dikhabarkan dia mati tak kebumi hingga kini.

Maka para hizbiyyun pun mencanangkan bahawa kemelesetan Islam berpunca dari lelaki ini, kerna Mustafalah yang menjatuhkan Khalifah Muslim. Dengan jatuhnya khalifah maka dunai Islam bergolak, ada yang dijajah, dan penghayatan Islam sirna.

Kemudiannya para hizbi pun berteriak kali keduanya; bahawa kalau kita tidak berjuang menentang pemerintah sekarang maka negara kita juga akan menjadi seperti Turki di zaman Mustafa Kamal – menjadi sekular dan Islam ditindas!

Mereka saban hari mengingatkan kita bahawa sirah itu harus dipelajari kemudian diteliti, kerna bilang mereka “sejarah pasti berulang kembali”. Mereka seperti manusia yang peduli akan historis. Tetapi akhirnya kita juga menyadari bahawa mereka adalah para pembaca buku historis yang suka memilih-milih tajuk yang menyelerakan tembolok mereka sahaj, tanpa berlaku juju pada historis.

Kerna historis yang dimulai oleh Heredotus adalah satu cerita untuk para pemenang. Yang menang akan melakarkan versinya bagi melangsungkan bangsa mereka. Begitulah ketika para pemuka hizbi mahu mengumpulkan kekuatan bagi melacak Islam, maka mereka menghikayatkan historis mengikut acuan mereka, guna untuk mengelabui para pemuda.

Mengapa mereka melupakan sisi-sisi penting dalam sirah Mustafa Kamal itu tetapi mereka hanya mengambil sebahagian sahaja?

Begitulah ketika Mustafa Kamal Menjadi pemerintah Turki, maka beliau telah melakukan satu Bid’ah Hasanah, yang beliau niatkan untuk kebaikan – mahu menjadikan bangsanya maju tak ketinggalan.

Dia mengubah lafaz azan kedalam bahasa Turki; apakah ada larangan dari Tuhan yang menyebutkan hal azan? Jawab para pondokius! Tiada! Tuhan tak melarangnya! Tuhan tak membantah! Inikan niat murni agar bangsa Turki memahami ajakan bersolat!

Justeru mengapa kalian membenci dia walhal dia adalah Tokoh Bid’ah Hasanah!

Kemudiannya apakah kita pernah ambil peduli bagaimana Mastafa Kamal bisa meruntuhkan sebuah Khalifah Islam yang besar?

Apakah dia berseorangan sahaja, atau dia menggunakan batalion nya untuk melakukan kudeta? Mungkinkah dia menggunakan kuasa asing seperti British agar terlaksana cita-citanya? Atau dia ada menggiring umat dengan menyerukan kepada rakyat bahawa Sultan harus ditumbangkan kerna zalim dan khianat?

Apakah mungkin dia bisa menjatuhkan sebuah kekuasaan yang menguasai spertiga dunia tanpa bantuan Kuasa asing dan juga tanpa menggerakkan rakyat Turki sendiri untuk menentang Sultan.

Untuk menggerakkan rakyat, apakah slogan yang dia laungkan? Apakah dia mengatakan bahwa matlamatnya adalah untuk sekular? Pastilah tidak. Apakah dia melaungkan slogan “Mari Tukar Abaya kepada Skirt? Pasti tidak. Dan apakah dia melaungkan slogan “Pemimpin adil pemimpin di sembah, pemimpin zalim pemimpin disanggah”? Ya inilah yang dia laungkan. Mustafa mengingatkan kepada rakyat bahawa Sultan telah berlaku zalim, khianat, curang, dan jahat. Lalu pemimpin sebegitu harus ditirunkan dan diganti dengan pemimpin yang adil lagi beriman.

Dan apakah ketika dia berbicara begitu, tangannya sedang memegang segelas bir? atau lakunya seperti seorang yang Soleh?

Kemudian setelah dia menduduki kursi empuk di istana, dan ketika dia menjalankan sekularisme, apakah yang dilakukan oleh rakyat yang banyak itu? Apakh mereka mengadakan perlawanan dan membunuh Mustafa, sedangkan jumlah mereka lebih besar dari batalion Mustafa! Cukup besar jumlahnya. Tetapi nampaknya rakyat Turki yang besar itu tidak dapat merubah iklim baru Turki. Padahal perubahan itu berlangsung tidaklah memakan masa yang lama, malah ia begitu singkat!

Apakah ini bermakna bahawa rakyat Turki kebanyakannya adalah manusia yang bersetuju dengan perubahan baru itu? Mungkin.
Kemudiannya lagi, apakah yang membuatkan kita bisa mengatakan bahawa Empayar Turki Uthmaniyah merupakan Khalifah Islam? Padahal Turki tidaklah menguasai seluruh negara Islam dari Timur hinggalah ke Barat. Di sana wujud kesultanan Mounghul. Di sana juga wujud Kesultan Melaka. Apakah kedua kesultanan ini merupakan jajahan kepara Kesultana nTurki? Tidak. Maka kalau begitu apakah hanya wujud satu pemerintahan besar di dunia Islam? Tidak juga.

Dari kelanjutan bahawa Turki adalah Khalifah Islamiyah maka bagaimana kita boleh berkata bahawa Turki adalah Khalifah Islam terakhir apabila ia runtuh ditangan Mustafa? Kerna kalau kita telah beriman bahawa disana ada beberapa empayar lain yang Islam dan berkuasa dan saling tidak takluk menakluki antara mereka, maka kejatuhan Kesultanan Turki bukanlah bukti bahawa Empayar Islam telah habis, tetapi kalimat yang benar adalah Kesultanan Turki telah terhapus.

Ini antara sisi yang kita terlupa untuk diajarkan kepada syabab dan masyarakat. Malah sisi inilah juga yang tak terpikir oleh para pondokius kita. Yang mereka terpikir adalah Najd merupakan jajahan Turki! Kerna kalau mereka boleh meyakinkan umat hal tersebut, nanti mereka akan bilang kepada manusia muslim: “Lihatlah Wahhabi, mereka lah yang menjatuhkan Turki dan melenyapkan Khalifah Islam. Mereka adalah kaum khawarij kerna memerangi Khalifah!”.

Padahal Najd itu tak siapa pun peduli termasuklah Turki! Dan walaupun Najd bebas dari mana-mana pengaruh, Sultan Wahhabi bersedia untuk bernaung dibawah Turki agar umat Islam aman dan tak berperang. Tetapi kerna pikiran para ustaz kita yang sudah terbalik dan tak biasa mencerna sedikitpun akan histories, maka mereka ini bisa saja menghikayatkan cerita. Ini tak mengherankan kerna dalam beragamapun mereka sudah berlalu canggih untuk merekacipta macam-macam tatacara ibadah, inikan pula sekadar cerita sejarah.

Sudahlah bodoh dalam bidang ansh, malah bertambah jahil pula dalam bidang sirah. Tetapi para masyarakat, merekalah jagoan Umat dan cendiakawan Islam.

Kemudiannya kita cubalah menterjemahkan sejarah Mustafa Kamal ini dalam lembar hidup kita – saat ini.

Ketika ini ada sekelompok manusia, yang berkata akan menentang kezaliman dan mengharapkan duduknya seorang yang adil atas kursi Perdana Menteri. Mereka ini seperti para solihin yang islamis. Mereka juga bersahabat baik dengan kuasa-kuasa luar. Serta mereka sudah banyak menggiring rakyat untuk mendemontrasi dan melakukan penentangan lisan dan psikologi kerhadap pemimpin.

Nampaknya mereka inilah Mustafa Kamal yang seterusnya.

Mereka melakukan bid’ah hasanah sepertimana Mustafa mengubah azan ke dalam bahasa Turki atas niat kebaikan. Mereka juga menjalani sekularisme iaitu mereka menolak dan menafikan nash-nash yang jelas shahih ketika nash itu menyanggahi paham mereka. Mereka juga menginginkan penguasa muslim diturunkan kerna mereka percaya bahwa kezaliman harus dihapuskan tanpa menyedari bahwa mereka adalah lebih zalim dari sultan tersebut.

Bernarkah Islam Agama Ilmu?

Oktober 27, 2008

 

 

Benarkah Islam itu agama Ilmu?

Atau ia hanya sebuah lolongan yang dibikin agar manusia bergerombolan menganut Islam?

Kalau benar, mengapa umat kita ini jahil-jahilan? Tidak ternampak sedikitpun akan kebijaksanaan kita dalam ilmu dunia. Malah umat kita ini bermalas-malas untuk berilmu. Lebih senang duduk diberanda dan mengumpat rakan taulan ataupun duduk di kedai kopi sambil naik haji, atau berkumpulan ramai-ramai kemudian tertawa apa hal-hal yang entah apa-apa.

Dan apa makna “Ilmu” yang diseru itu? Pengetahuan seputar sendi-sendi agama, atau ilmu alam, atau ilmu kira atau ilmu apa? Mungkin yang dimaksudkan dengan Islam itu agama ilmu kerna ia mencakup seluruh pengetahuan yang ada dan pernah wujud?

Namun realita menunjukkan bahawa ai ibarat jauh panggang dari api!

Hendak katakana kita menguasai ilmu sains, jauh sekali. Yang ada dalam jajarn tokoh sains semuanya beragama Nasrani dan Yahudi. Mau mencari sebutir nama dalam ilmu matematik juga tidaklah terjumpa, yang ada seperti tadi, tokohnya semua dari Agama Nasrani dan Yahudi. Hummm mungkin boleh kita temui dalam ilmu sains manusia atau ilmu jiwa – minda a.k.a psikologi? Ini lagilah tiada! Yang maujud hanya dulu, sebelum agama Nasrani mencerah dan sebelum Tamaddun Arab – Parsi luluh runtuh.

Ibn Khaldun, Ibn Rush, dan banyak ibnu-ibnu yang lain hanya kita temui dalam coretan sirah yang sudah berhabuk. Tapi nampaknya sebarang ibnu yang baharu belum muncul walaupun sudah berzaman kejatuhan Tamadun Turki.

Apakah ini bermakna bahawa kesarjanan itu sebenarnya bukanlah lahir dari esensial Islam tetapi berupa dedalu yang higgap ditepi pohon Islam. Tumbuh kerna ada burung yang mendebungakannya dan ia subur kerna ada ruang untuk membesar. Lalu apabila tiada unggas yang mahu menyemaikannya dan kalau ada tetapi tiada tempat untuk ia membesar di sisi Islam, maka kesarjanaan itu pun mati dan tidak tumbuh-tumbuh lagi.

Atau kesarjanan itu hanyalah berlaku bila wujud interaksi kuat antar-budaya Islam dan Nasrani? Ini bermakna ia tiad kaitan dengan Islam tetapi lebih terkait dengan hubungan antara dua Negara, atau hubungan antar dua budaya, yang ia disifatkan buah dari hubungan social yang tidak lahir secara tegas dari hukum Islam.

Mengapa kita berbicara begini, seperti saya ini bias kepada Islam, ataupun seolah-olah saya ini anti Islam.

Sabar pak kiyai dan para pondokius. Dan sabar juga para orang-orang awam.

Saya beriman bahawa kalau Islam itu berupa agama Ilmu, pasti seluruh uumat ini punya minda yang berilmu. Apabila ada sahaja manusia yang di kaki bukit mengucapkan syahadah, tak lama kemudian dia sudah boleh dikenali sebagai manusia yang punya sedikit pengetahuan ketimbang sebelum dia bersyahadah. Tetapi kalau yang mengucapkan syahadah itu masih bodoh-bodohan, bukan sahaja di Rompin tetapi di seluruh Malaysia, malah menjangkau seluruh dunia, apakah tegar kita mahu katakana kepad Nasrani dan Yahudi, malah kepada Hindu dan Budha bahawa ISLAM AGAMA PENCERAHAN DAN KESARJANAAN?

Sangat memalukan kerna mereka itu lebih bijak dan alim berbanding kita yang suka melaung-laung peri pentinnya ilmu. Lalu seperti agama merekalah agama ilmu pengetahuan gamaknya.

Tetapi mungkin akan ada dari kita berkata, “lihat disana kan masih ada tokoh-tokoh ilmuan islam seperti Ismail al Faruqi dalam bidang ilmu kemanusiaan, dan beberapa tokoh sains lain”. Namun kita harus beriman bahawa yang lahir benar-benar atas kerangka Islam mungkin hanyalah al Faruqi dan yang lain-lain itu tumbuh besar atas pendidikan Nasrani juga. Lantas apakah mereka yang lahir dari acuan pendidikan Nasrani bisa kita banggakan sebagai “hasil semangat Keislaman yang tulen”?

Sedarlah tuan-tuan, bahawa mereka itu bukan para kiyai atau para pondokius. Mereka adalah umat Islam biasa, malah mungkin daripada mereka itu tidak tahu langsung ilmu ushul fiqh atau mustalah hadith. Langsung tak mengerti!

Justeru kalau mau mengukur ISLAM AGAMA ILMU, harus bermula dengan manusia yang menyampaikan ilmu itu, atau bias kita panggil sebagai kaum pewaris nabi. Kerna mereka inilah yang benar-benar memelihara ajaran islam dan menggambarkan Islam pada mata dunia. Lagipun umat selain mereka selalu berbuat silap dan malas untuk bertaubat. Kalau mereka sahaja tidak menggambarkan kesarjanaan, maka sudah pasti selain mereka amatlah tidak punya semangat sarjana. Bagaimana Islam bisa dikatakan Agama Ilmu walhal para penda’wah dan para alimnya sendiri tidak berilmu? Justeru untuk mengukur tahap kebenaran tajuk ini, kita harus meneliti kepada pembawa ajaran Islam itu sendiri – mahu atau tidak mahu; harus menilai disiplin ilmu mereka.

Lalu apabila kita meninjau para masyaikh dan para ustaz ini, nyata mereka tak punya kesarjanan yang utuh. Kalau masyaikh itu memang dia banyak hapalan, banyak berfatwa, banyak berucap dan berbicara, tapi apakah mereka itu berbicara dengan sumber asli dari Nabi? Tidak.

Sedangkan para ustaznya pula tidak mengerti sumber agama. Mereka tidak pernah ambil peduli epistimologi Islam; dari mana setiap hokum itu dibina. Yang mereka tahu hanyalah mengambil bicara para masyaikh tadi dan terus beriman bahawa kalam tersebut berupa firman dari Tuhan yang turun dari kolong langit ketujuh!

Ini realita, saya tidak berbicara keterlaluan ataupun berlebihan.

Kalau tidak percaya, tuan-tuan boleh membuat penelitian dan menunjau alam berbicaran para mufti kita, atau menghadiri majlis mereka. Kalau tidak mampu, cukuplah kita menghadiri majlis para ustaz-ustaz kita. Kemudian tanyakn sumber percakapan mereka dan bentangkan perselisihan antara 2 pandangan dan minta kepada mereka untuk mengukuhkan pandangan yang berbentutan itu berserta hujjah-hujjah yang bisa melegakan kalbu kita.

Pasti mereka bersilat lidah dan mula menggunakan lojika dalam menjawabnya, padahal sebelum itu mereka beriman bahawa Islam bukanlah bersumber dari “kepala otak” tetapi bersumber dari Al Kitab dan As Sunnah!

Untuk melihat betapa kesarjanaan itu tak hinggap di dalam minda para mufti kita dan para ustaz kita, cukup kita menilai 2 kasus, 1 bersifal lokal dan satu lagi bersifat interlokal.

 

Pertama kita akan menilai golongan Wahhabi dan Ahbash.

Seluruh para ulama muktabar dari Al Azhar dan para ulama lain yang diterima kesaksiannya seperti Tokoh-tokoh Al Azhar tidak pernah menyesatkan Wahhabi, kalau ada pun mereka sekadar mengatakn wahhabi ini terlalu keras dalam berijtihad. Yang mengatakan is sesat hanyalah golongan Asyairah Jahmiyah seperti GF Haddad, Abdul Hadi Palazi, Kisham Kabbani dan Nazim Qubrusi, Al Kautsari, Hasan As Saqaf dan kawan-kawan seperti Ahmad Al Ghumari, dan juga Alawi al Maliki. Yang mereka ini dikenali sebagai penentang Wahhabi zaman berzaman.

Tetapi para pembesaar Al Azhar yang merupakan sumber ilmu pengajaran golongan Asya’irah menerima Wahhabi dan mengiktiraf para ulam Wahhabi seperti Bin Baz, Uthaimin dan Albani.

Kemudian kita meneruskan kepada hujjah para pembantah Wahhabi berkenaan dengan aqidah Wahhabi yang dikatakan mereka sebagai mujassimah dan sesat itu. Mereka bawakan sejumlah dalil dan logika, tetapi kemudian wahhabi membentangkan sekian kitab para Imam silam seperti Ibn Khuzaimah, Ibn Abi Hatim, Sufyan At Tsauri, Al Humaidi, Al Barbahari, malah kitab-kitab Imam Abu Hasan Asya’ari sendiri. Kemudian Wahhabi bawakan kalam Al Quran dan dikokohkan maknanya dengan sejumlah hadith yang jelas dan gamblang.

Namum berdebatan berhenti di situ. Satu pihak beriman dengan kalam filsafat dan huraian-huraian umum dan satu pihaka beriman dengan hadith-hadith yang khusus berserta para atsar dan nukilan para imam mu’tabar sebelum berpecahan mazhab berlaku. Sehingga kini kedua kelompok ini berhenti pada titik tadi.

Namum para mufti dan para ustaz kita menghukum Wahhabi sebagi sesat dan menyesatkan, malah ad yang menghukum mereka ini Kafir, padahal Rektor Al Azhar yang berilmu 1000 kali dari mereka menerima keberadan Wahhabi dan mengiktiraf kesarjanaan wahhabi!

Sungguh pelik. Mereka beriman hanyalah seputar fatawa dari para mufti kecil dan ustaz lokal, yang mereka ini tak dikenali oleh manusia di Zimbabwe dan Somalia. Malah Orang-orang di Kaherah pun tak pernah terdengar nama mereka-mereka ini. Sungguh lucu cara pikir para mufti dan para ustaz kita.

Kemudian ketika datang gerombolan Ahbash memasuki Negara kita, kita sedarkan masyarakat bahawa sudah datang satu kaum yang boleh membinasakan Negara malh menjahanamkan umat kita.

Kita bawakan fatwa dari Al Azhar, kita kemukakan fatwa dati komiti ulama antarbangsa, kita bawakan fatwa individu seperti Syeikh Ramadhan Al Buti, Syeikh Wahbah Zuhaili dan beberapa masyaikh lagi yang mereka ini dikenali disetiap corok dunia. Kita bawakan hujjah-hujjah berupa nukilan dari kitab-kitab mereka yang berfatwa ganjil-ganjilan dan menyesatkan.

Kita katakana bahawa telah banyak ulama yang dikafirkan oleh mereka termasuklah Ad Dzahabi dan Ramadhan Al Buthi!

Tidak cukup itu kita buktikan bahawa mereka ini diburu dan diwaspadai oleh setiap Negara Teluk kerna mengancam keselamatan negara.

Tetapi amat malang bagi para mufti dan para ustaz kita, mereka tidak mau mendengar dan melihatnya. Mereka seperti tidak kenal siapa itu Ramadhan Al Buti, mereka seperti tidak pernah memegang kitab Fiqh Islam Wa Adillatuhu karya Wahbah Zuhaili. Yang mereka paki dan beriman kalimatnya hanyalah para pemberi fatwa yang seluruh dunia tidak mengenali, malah mungkin orang-orang di Lombok pun tak tahu kewujudan mereka ini! Nah, itu hanyalah manusia di pulau seberangan.

Ini adalah contoh kita menilai kesarjanan umat kita, ketika mereka berhadapan dengan 2 golongan yang mengkehendaki mereka membuat pengkajian mendalam. Tapi nampakanya mereka tiada disiplin pengkajian malah mereka sendiri tiada pengetahuan epistimologi Islam itu sendiri. Justeru bagaimana mereka bias kita panggil kaum yang bijaksana, dan layak kah mereka duduk dikursi Pemberi Fatwa?

Yang layaknya mereka ini hanyalh duduk dimeja, mengajarkan fiqh yang sudah dihuraikan oleh Syeikh Wahbah Zuhaili dan tidak ikut campur dalam hal-hal yang diluar batas pemikiran dan pengetahuan mereka.

 

Keduanya ialah perbincangan tentang Aqidah Ahlus Sunnah, apakah yang diimani oleh para sahabat persis sama seperti kita atau tidak?

Ketika dibacakan ayat “Tangan Tuhan diatas tangan-tangan mereka”, maka ada sejumlah para ulama yang mngatakan bahawa tangan itu berupa kiasan kepada kekuasaan. Dan sekelompok kecil mengatakan bahawa Tuhan itu memang punya “Tangan” namum tanga Nya tidaklah sama dengan kita dan kita tidak mengetahuinya.

Lalu kedua kelompok membentangkan hujjah;

Kelompok pertama membawakan hujjah alquran berupa ayat umum mengatakan bahawa Allah tidak sama dengan manusia dan makhluk lain. Justeru Allah kalau dikatakan punya tangan maknanya kita sudah menyamakan Allah dengan manusia, dan kita telah jatuh kekubangan mujassimah – manusia yang menjisimkan Allah.

Inilah hujjah mereka.

Kelompok yang sedikit itu lalu membawakan hujjah, ada hadith yang mengatakan bahawa hati hambanya diantara 2 jari jemari Allah, apakh maknanya? Dan ada hadith yang mengatakan bahawa Allah punya 2 tangan kanan, lalu apa maknanya kalau mengikut kaedah penta’wilan kalian?

Keduanya kedapatan sekian banyak hadith nabi yang mencerikatan tengan hal ini dan semuanya berstatus shahih mengikut para Imam Hadith termasuklah Bukhari dan Muslim.

Ketiganya ialah para sahabat telah mengemukakan atsar yang menjelaskan hal ini, serta atsar tersebuh juga shahih.

Keempat apabila kita melihat kitab-kitab para ulama seperti Imam As Syafie, Imam Ahmad, Imam Malik dan Imam Abu Hanifah juga menyokong pandangan kita, malah para imam yang lain telah memberi penjelasan dalam kitab-kitab aqidah mereka termasuklah Kitab Al Luma, kitab Al Ibanah dan kitab Maqalat oleh Imam Abu Hasan Asya’ari. Justeru mengapa kami ditentang dan disesatkan, walhal kamilah yang sepatuitnya menentang dan menyesatkan kalian yang menta’wil.

Tetapi mereka mengatakan bahawa setiap hadith dan atsar tadi martabatnya syaz, dan tidak shahih, malah ia dhaif! Ini satu hal yang cukup pelik kerna yang menshahihkannya adalah para Imam Ahli Hadith yang mereka sendiri membaca dan mengiktifarnya! Ia seperti seorang murid darjah 2 membantah mahaguru Universitas!

Kemudian mereka bersikap lebih lucu dengan mengatakan bahawa kitab-kitab tersebut telah direnovasi oleh kelompok yang menerima tangan sebagai “tangan” tadi dan telah mengubah sekian banyak kitab termasuklah hadith dalam Shohihain!

Dan akhirnya mereka melepaskan peluru terakhir iaitu dengan berbicara bahawa kitab-kitab hadith dan penjelasan tentang pandangan mereka telah karam ketika Tartar menyerbu Baghdad dengan menenggelamkan ribuan kitab dalam sungai Furats.

Inilah cara mereka berfikir dan beriman! Sungguh lucu. Apakah disini kedapatan unsur-unsur kesarjanan? Kalian boleh menjawabnya dengan kuat ataupun didalam hati.

 

 

Kemudian dalam kasus amalan fiqh pula, ketika mereka melakukan pertambahan dalam ibadah khusus dan umum, lalu kita meminta mereka memberikan hujjah akan bolehnya untuk melakukan hal demikian dapadal Imam Syafi’e sendiri mengatakan barangsiapa yang menganggap baik terhadap sesuatu penambahan, maka dia telah berbuat satu syariat, dan barang siapa yang telah berbuat satu syariat maka dia telah kufur!

Kemudian kita bawakan sejumlah hadith tentang ancaman kepada para penambah tatacara ibadat dan kemudian kita bawakan contoh-contoh khusus dalam kes ini yang berlaku pada zaman Rasul dan sahabat tentang penegahan dan penentangan terhadap perlakuan penambahan ini.

Langsung kita bawakan kitab-kitab dari imam mu’tabr termasuklah Imam Syafi’e dan Imam Nawawi dan Ibn Katsir yang melarang sebarang penambahan dalam tatakrama ibadah padahal imam-imam ini merupakan Imam mazhab mereka.

Namum seperti kasus aqidah juga, mereka hanyalah berpusar-pusar dengan logika dan hujjah yang terbit dari ayat-ayat bersifat umum. Sebaliknya mereka menghunuskan ancaman dan cercaan kepada kaum yang berpegang teguh kepada As Sunnah dan mengikuti panduan Imam Syafi’e sendiri.

Inilah contoh kesarjanan para ilmuan kita. Justeru apakah ada lagi kebesaran untuk kita mengklaim bahawa Islam agam Ilmu padahal para mufti dan para ustaz kita tidak menggambarkan sedikitpun kebijaksanan dan tidak punya disiplin pengkajian dan tidaklah berlapang dada dalam menerima hujjah dan basirah!

 

 

* para mufti yang saya maksudkan bukanlah Jawatan Mufti di negeri-negeri dalam Malaysia, tetapi ia adalah nama kepada setiap orang yang bisa memberikan pandangan dalam agama.

Carutan Dan Ucapan Selamatan

Oktober 25, 2008

 

 

Zakar itu tidak bersalah.

Malah menyebut kalimat faraj juga tidak berdosa.

Apakah kita menjadi bejat kalau menyebut satu anggota yang Allah jadikan di badan kita? Dan apakah silap menamakan anggota tersebut pada hal setiap benda harus punya nama. Malah kalau ada orang yang memanggilnya sebagai “Tidak punya nama”, itu pun tanpa dia sadari bahwa dia telah menamakan alat tersebut. Berdosakah dia?

Justeru yang menjadi bejat ialah kalau kita menggunakan nama alat itu sebagai carutan. Kebiadapannya kerana kita mengimani bahwa zakar dan faraj adalah alatan sulit yang harus disorok dari pandangan umum, dan mungkin juga alat tersebut sebagai pintu keluarnya najis yang berkubang didalam perut kita, lalu kita memanggil orang lain dengan alat tersebut. Ini yang bejatnya.

Malah kalau kita menggunakan alat lain sebagai niat untuk mencarut, kebejatannya tetap ada tetapi sedikit ringan dari menyebut zakar, faraj atau nama lain bagi mereka berdua. Seperti menyebut mangkuk, atau kerusi, atau bahalol dan bodoh. Manusia yang ditancapkan kalimat itu tetap terasa dan kita pula akan tetap mendapat dosa.

Kerana itu bila ditanyakan kepada para agamawan kita hukum menyebut lafza zakar, atau faraj, mereka mengatakan hal itu tidak apa-apa, kerna dalam pengajian ilmu fiqh kalimat tersebut harus diucapkan. Namum bila diucapkan kalimat itu, si ustaz akan terasa malu sendirian. Ini fitrah manusia.

Tetapi bilang para agamawan lagi, hukum mencarut, apakah dengan kalimat zakar atau faraj, atau dengan nama yang lain-lain, tetap haram dan berdosa. Kerna carutan itu dilarang agama dan juga budaya.

Ini satu hal yang seluruh para cendiaka setiap mazhab dan agama mengimaninya.

Tetapi bilang beberapa mufti dan para agamawan kita lagi, kalu tiba hari perayan agama lain, kita bisa saja untuk mengucapkan “selamat” kepada penganut agama itu, dengan catatan kita tidak mengikut merayakan hari agama tersebut. Malah ada sebilangan mereka yang lebih canggih dengan mengatakan bahwa tidak mengapa mengikuti rumah terbuka raya agama lain dengan tandaan kita tidak murtad dan memeluk agama tersebut.

Ini satu hal yang saya rasa janggal. Kehairanan itu muncul kerna saya berfikir bahwa Islam harus bersifat sarwajagat dan syumul. Tiada kontradiksi dalam setiap penjurunya, malah tiada silang pangkah dalam ajarannya. Kalu ada pertentangan antara 2 hal yang berkaitan, maka kita boleh katakan bahawa Islam tidak konsisten dan bila berlaku ketidak-konsistensi maka Islam bukanlah dari Rabb AzzawaJallah, melainkan rekaan Muhammad.

Coba kita pikir sejenak; menyebut nama alat kelamin sahaja sudah haram, padahal ia hanya dengan niat carutan dan tidaklah mengganggu Allah sebagai Rabb tunggal jagatraya ini, bagaiman pula kalau kita memberi ucapan agar berlangsungnya agama yang menjadi sekutu dan musuh Allah dalam mentadbir alam semesta ini bisa menjadi halal dan tiada setitik dosa pun?

Bukankah hal ini pelik?

Bukankah ini satu kontradiksi yang besar? Kepandaian ini bukan bayangan Tuhan tetapi jelas kebodohan dari para manusia yang berfatwa.

Ucapan “Selamat” itu punya makna yang mendalam sebenarnya. Ia adalaha kalimat doa, pengharapan, selamatan. Memberi ucapan selamat kepada agama yang mensyirikkan tuhan, memberi harapan agar terus selamat agama itu dari kebinasan, memberi doa agar agama itu berlangsung lagi dari kemusnahan, adalah satu bentuk penetangan kepada Allah dan Rasulnya, juga kepada Islam.

 Justeru kita minta kepada para mufti, para syeikh, para agamawan yang berfaham begitu, kemukakanlah hujjah dari Allah kepada kami agar selubung yang menyerkup minda logika kami ini sirna. Tetapi sebelum ini kami mahu menanyakan sedikit kepada para syeikh agar sama-sama kita memahami duduk persoalan ini.

Apakah matlamat Rasul diutus? Dan mengapakah Muhammad saw berjuang habis-habisan dengan mengorbankan banyak jiwa dan harta, diusir dan dipulau, ditumbuk dan dipedang?

Apakah matlamat baginda hanyalah mau mencoba ketabahan hati, atau tujuan agung beliau adalah mengajarkan Tauhid yang benar dan memerangi syirik?

Ketika Allah mengutuskan Muhammad saw, yang bermatlamatkan untuk membersihkan kesyirikan di muka bumi ini, apakah ada Rasul saw memberikan ucapan “selamat” kepada masyarakat myusrik ketika mereka merayakan sebarang majlis mereka? Silakan tuan-tuan menjawab dengan jujur.

Kalau tuan katakan “ada”, mana buktinya. Kalau tuan-tuan kata “tiada”, maka kami ingin nyatakan, apakah mungkin para sahabat terlupa untuk mencatitkan hadith tersebut padahal hal ini menyangkuti tentang matlamat pengutusan baginda dan sebaliknya mereka teringat untut mencatat hadith istinjak yang merupakan bukan tujuan utama pengutusan Rasulullah saw?

Kemudiannya kalaulah tiada sebarang catatan yang mengatakan bahawa rasul pernah mengucapkan salamatan, apakah ini sudah bermakna bahawa kita bisa mengucapkannya? Kalau begitu apakah kita bisa menambah jumlah Hari Raya, dari 2 jenis kepada 3 jenis, dengan alasan bahawa tidak pernah ada catatan hadith tentang hal ini.

Kalaulah tiada sebarang rekod dari baginda tentang mengucapkan salamatan, apakah tidak kedapatan sebarang ayat yang berbentuk penegahan? Padahal bila kita menelusuri sirah dan membaca hadith maka kita dapati bahawa Rasul terlalu banyak dan tegas dalam menegah umatnya dari mengagungkan agama lain, sehinggakan Allah menetapkan 2 hari raya kita agar kita tidak menyambut raya mereka. Kerana sebelum itu masyarakat Arab Qurayis merakayan 2 hari raya tersebut sebelum kedatangan Islam, dan setelah Islam disebarkan maka Allah menggantikan hari raya tersebut dengan 2 hari lain iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha. Guna untuk membedakan kita dan mereka, dan agar kita tidak bersama-sama merayakan agama kesyirikan.

Ini satu hal yang jelas.

Kemudiannya bahawa apakah yang dilakukan oleh Rasulullah ketika beliau terjumpa Berhala? Apakah dia mengucapkan “selamat”, atau diam, atau dia mengacukan jarinya ke atas sambil mengucapkan “Allah Maha Esa”? Atau kalian tidak tahu langsung peristiwa-peristiwa Rasulullah berjumpa dengan patung sesembahan?

Begitu juga apakah mengucapkan salamatan ini, tidak boleh dikatakan bahawa pengucapnya mendoakan agama tersebut selamat, tetapi sekadar menunaikan tanggungjawab sebagai manusia sesama manusia, dan juga ucapan selamatan ini tiada kaitan dengan aqidah kita?

Kalau begitu, bolehlah kita mengucapkan “selamat menyembah berhala”, atau “selamat melakukan zina”, kerna ia tiada kaitan dengan iman dan tuhan, melainkan kita cuba bermanis mulut sesama manusia.

Maka pada ustaz, para mufti, para masyaikh, tuan-tuan bolehlah menjawabnya.

Mungkin para ustaz ini tidak memahami, bahawa setiap agama yang lahir didunia ini selain Islam adalah musuh Allah. Apakah ia agama samawi seperti Yahudi dan Nasrani, atau agama budaya seperti Hindu, Budha, Jaina. Dan setiap manusia itu akan merayakan sesuatu atas dasar agama, termasuklah manusia yang beragama “dengan tidak mengimani wujud tuhan”.

Semua perayaan ini lahir dari agama – tuhan – keimanan, bukan lahir begitu sahaja. Kerna mereka dibentuk dengan budaya dan budaya dikokohkan dengan kepercayan. Kepercayan itu duduk didalam hati dan hati mereka tidak menuhankan Allah semata-mata, tetapi melakukan kesyirikan.

Lalu akhirnya kita menegaskan bahawa Islam tidak akan merelakan agama lain marak dan subur, kerna hanya perlu wujud 1 tuhan sahaja yang menguasai alam ini. Kalau ada tuhan-tuhan lain maka Islam harus mengalahkan tuhan tersebut sehingga Allah menang diatas segala sekutunya.

Bagi sesiapa yang memberi sumbangan, walaupun sekadar doa dan pengharapan agar agama kesyirikan dan sekutu Tuhan itu terus berlangsung dan mengucapkan selamatan agar survivalnya terjamin, maka ketahuilah bahawa mereka telah mengkhianati Allah, Rasul dan Islam, dan sediakanlah tempatnya di neraka kalau tidak mau bertaubat setelah hujjah ditegakkan.

Ingatlah kemurtadan itu mudah berlaku tanpa sadar. Dan kita juga sadar bahawa banyak umat kita yang tidak sadar mengucapkan kalimat kesyirikan ini dan hampir-hampir mengeluarkan mereka dari millah Ibrahim ini, kerna kejahilan mereka. Lantas kita harus berusaha untuk mencerdikkan meraka dalam hal agama, termasuklah mencerdikkan dan mensarjanakan para ustaz-ustaz kita terlebih dahulu.

Wahai para mufti, apakah kalian rela untuk berbicara tanpa basirah? Dan apakah kalian sudah bersedia untuk direjam akibat fatwa kalian yang bisa menggiring umat ini menjadi syirik?

Kepada masyarakan bukan Islam, kalian jangan khwatir kerana Islam bukan agama sambilewa seperti pembantaian di Bali dan pengebom berani mati. Itu semuanya adalah para ustaz yang sesat dan menyesatkan.

Islam tidak akan memusuhi kalian selagimana kalian tidak memusuhi Islam, malah Islam memberi perlindungan kepada kalian ketika kalian menerima Negara Islam sebagi negara kalian. Lantas ketika kalian menjadi rakyat Malaysia, Islam telah memperakui kalian sebagai marga dan akan melindungi kalian; harta-nyawa-keturunan-akal-, tetapi Islam tidaklah akan mengucapkan selamatan kepada kalian ketika kalian melakukan agama kalian.

Kalian bebas untuk melakukan ritual agama kalian, dan kalian boleh kalau mahu merayakannya setiap hari. Tetapi kalian haruslah menerima bahawa setiap manusia yang mempercayai Allah sebagai Penguasa Tunggal, manusia tersebut tidak boleh menerima wujud Tuhan lain dan adalah mustahil untuk mendengar ucapan “selamatan” kepada perayan kalian. Makanya janganlah berkecil hati, kerna bagi tiap-tiap agama pasti ada hukum dan larangannya.

Contohnya kepada penganut Hindu, kami tidaklah berkecil hati kalau kalian tidak mahu mengucapkan Selamat Hari Raya, atau kami juga tidaklah terkecil hati kerna kalian tidak mahu menjamah kari lembu ketika kenduri kendara. Kerna kami memahami tarangan agama kalian.

Agama kalian, agama kalian. Agama kami, agama kami. Kalian tidak menyembah Tuhan kami dan kami tidak menyembah Tuhan kalian. Namum kita hidup dalam sebuah negara Islami.

Falasi Para Pondokius

Oktober 15, 2008
 
Satu hari di Maha 08 saya bertanya kepada Ustaz Abdullah, pemilik syarikat Al Auliya Ubudiyah (M), yang banyak keluarkan produk zakar sihat tegang dan faraj mantap kemut. Mengenai gambar-gambar yang dia gantungkan – berupa lakaran gambar orang. Yang kalau dikantor selalunya gambar Bapak Perdana Menteri atau Gusti Pengeran – tetapi di kedai ustaz ini [dan kedai-kedai lain di Pineng dan Kedah] menggantungkan gambar Nendanya Sultan Kedah sekarang ini, berserta para lelaki yang bersorban.

Kata sang Ustaz “Ini para wali. Kalau digantung kan gambarnya, mendapat berkat, murah rezeki”.

Nenda Sultan Kedah -Kononnya Wali dan Punya Daulat Hebat

Lalu kalau begitulah keadannya, lebih baik saya mengukir gambar Muhammad saw lalu menggantungkan di kedai saya, pasti kedai saya akan memberi pulangan bermilyar, atau bilyar. Kerna antara Muhammad saw dan para wali Ustaz tadi, pasti para wali itu tidak ma’sum. Justeru kalau yang tidak ma’sum sahaja sudah bisa menggamit barakah, pasti manusia yang menjadi kekasih Tuhan lebih punya barakah.

Tok Kenali - Kononnya Wali

Sebentar!

Bukankah kita tidak boleh melukiskan wajah Muhammad saw? Benar juga. Hummmm… kalau begitu, baik saya melukis gambar muka Abu Bakr As Siddiq, tiada larangan nash yang mengharamkan, yang ada cuma pandangan para cendiakawan. Alasan saya memilik Abu Bakr adalah pertamanya beliau mentua Muhammad saw, kedua belia antar yang memelok Islam terawal, ketiganya beliau adalah sahabt baik kepada Muhammad, keempatnya dia disinggung oleh Tuhan dalam Al Kitab, kelima dia menjadi Khalifah sesudah Muhammad saw wafat, keenam dia memenggal leher para golongan murtad. Wah banyak lagi jasanya berbanding para wali Ustaz Abdullah.

Tetapi nampaknya niat saya itu tidak dibenarkan oleh Ustaz dan para pondokius [para manusia yang memondok mengaji kitab aqidatunajin]. Katanya Haram. Islam melarang melukis gambar Nabi dan sahabatnya. Kerna itu ketika para manusia kuffar melukis gambar baginda dan membikin filem, kita harus mendemontrasi – rapat umum nyata kemarahan kita.

Ini adalah satu contoh falasi – salah tanggap – terhadap para guru yang mereka agungkan. Sehingga mereka angkat kepada darjat tuhan. Tanpa Sadar!

Coba kita fikir secara ilmiyah, walaupun anda seorang yang tidak religus atau tiada basis agama seperti saya, kita bisa memahami bahawa kalaulah gambar Muhammad saw sahaja adalah haram untuk dilukis, lakar, dipanggungkan, mana mungkin manusia yang darjatnya rendah dari beliau bisa dilukis dan dipuja kemudian disandarkan padanya “ini ajaran agama, dapat kebaikan – barakah”.

“Dan apa bedanya mereka yang menggantungkan gambar para guru mereka dan para “wali” [pada tanggapan nihil mereka] dengan qalbu mengimani “barakah” dan
kemudian disandar pada agama -walau mereka tidaklah mencucuk colok atau mendupa setanggi, atau tunduk sujud – apakah mereka ini berdeba dengan manusia yang mendiami Biara sambil menunduk hormat para Yesus [Isa] atau Lady Of Fatima? Atau agama anaisme masyarakat Cina yang meletakkan gambar saudara mereka yang telah meninggal?”

Apakah alasannya semudah seperti menyembelih hewan; bacaan bismilah dan niat yang membezakan halal haramnya? Kalau niat kerana Tong Pek Kong maka menjadi haram, tapi kalau kerna menggarap barakat Tuhan maka berubah halal? Oh tidak begitu wahai para pondokius! Kan jauh bedanya antara ayam dan gambar. Antara makanan dan pujaan. Antara wasilah kelangsungan hayat dengan wasilah ibadah doa dan pengharapan hati?

Beginilah cara cendiakia Agama kita berpikir! Bahawa satu ketika mereka jaguh dalam hal maqasid sya’iyah tetapi sampai pada hal kesyirikan memuja para guru dan “wali” mereka yang telah meninggal dunia, mereka terus alpa tentang maqasid sya’iyah. Yang mereka tahu hanyalah hal ketuhana menemukan jalan tasawuf. Lalu mereka membagikan Islam itu tanpa sadar kepad 2 bahgian, antara manusia awam yang harus berpijak pada syari’at dan manusia khusus seperti mereka, yang tidak memerlukan syari’at tetapi tariqat!

Apakah mereka pasti secara benar bahwa para guru pujaan mereka itu sedang senang lenang dalam kubur dan punya masa untuk mengirim berita kepada Tuhan bagi mendapat barakah? Dan apakah mereka pasti juga bahwa guru dan wali mereka itu tidak dipalu dan direjam oleh malaikat kerana mereka tiada berdosa?

Akhirnya mereka tergiring kepada 2 kondisi, yang kedua-duanya menunjukkan kesalahan mereka. Andai mereka berani mengaku bahawa para wali dan guru mereka itu sedang senang lenang dan tiada disebat, maka mereka telag melangkaui darjat Muhammad saw dan menjadi syirik akhbar. Kerna Muhammas saw sendiripun hanya mengerti hal ghaib lewat berita dari kolong langit. Andai mereka mengatakan bahwa mereka tidak tahu apakah auliya dam masyaikh mereka itu senang atau sedang dibicara, bebas hukuman atau sedang menjalani seksaan, maka katakan kepada mereka kembali: “Justeru mengapa kalian memuja dan mengharapkan mereka yang kedudukan mereka sendiri tidak pasti lagi; apakah selamat atau binasa. Malah mereka sendiri masuk ke kubur dengan tangan-tangan kalian, bukan sendiri-sendiri!”

Sesungguhnya ini satu bentuk pemikiran yang ajaib! Ia bukan sekadar songsang dan bahalul, tetapi hanyir dan batil.

Kesyirikan tetap kesyirikan, walau para pondokius memakaikannya dengan jubah dan semutar.

Begitulah juga dengan isu Teresa Putri DAP. Dia mungkin bersalah, atau mungkin benar. Itu saya tidak pasti kerna saya tidak mengikuti perkembangannya dengan cermat. Tetapi satu hal yang jelas bahawa saya mengenal Masjid Kinrara itu. Dan Saya juga sudah mengetahui sejak tahun dahulu bahawa masyarakat tidak menyenangi masjid itu. Kerna apa?

Tuan tuan para pondokius, coba kita lihat sejenak beberapa hukum.

1) Ketika seorang yang sedang solat fardu di musalla atau masjid, dia diganggu dengan bacaan al quran oleh seorang lelaki. Lalu terbatal, ataupun solatnya teruk terganggu. Siapakah yang bersalah? Apakah si penyolat itu yang salah kerna masuk masjid sedang si pembaca itu membaca? Atau si pembaca itu yang bersalah kerana dia harus membaca al kitab dengan suara perlahan?

2) Ketika seorang masbuk yang sedang meneruskan solatnya sedang para jamah dihadapannya termasuk imam dari aliran pondokius meratib meraban sehingga dia terlupa bilangan rakaatnya; siapakah yang bersalah? Apakah Setan yang kerjanya menggangu? Atau dirinya yang masuk lambat? Atau para jamaah yang membaca zikir secara beramai2?

Justeru kalau kita bisa menjawab masalah ini secara tenang tanpa dipengaruhi hasad dengki, maka kita bisa meleraikan tali jemali yang terjerut di batang tengkok Teresa Kok. Bahwa azan itu harus kuat sehingga masyarakat bisa mengetahui bahawa waktu sudah tiba. Sementara itu selain dari azan, adalah terlarang untuk dikuatkan tanpa ada keperluan.

Sadarlah bahawa setiap umat masyarakat itu punya hak. Hak Azan sudah ditunaikan, lalu mengapa digorogoti hak masyarakat umum?

Tapi saya pasti para pondokius akan berang dan tidak mahu berpikir waras. Mereka selalunya telah dihinggapi penyakit FALASI.

Kerna manusia yang dihinggapi wabak Falasi ini berfikir bahawa jalan pikir mereka lah yang betul, ibarat si gila yang merasakan dirinya dan mindanya waras dan orang yang mengatakannya gila itulah yang gila.

Roslan Aziz Dan Ego Agamawan

Oktober 15, 2008

Mungkin telah Tuhan berikan wewenang kepada orang yang bersorban dan berjubah sahaja untuk berbicara tentang agama-Nya. Selain dari mereka itu adalah haram dan terlarang. Barang siapa yang berbicara tentang agama tanpa pernah ke Azhar atau ke pondok dan pasantren maka dia dianggap dhalal – sesat.

Logisnya ada, iaitu orang yang bersorban dan jubah ini kan yang belajar agama. Lalu sudah satu kepastian bahawa orang yang belajar agama lah yang mengerti akan hal agama. Ketimbang seorang yang belajar kejuruteraan, sudah pasti dia hanya mengerti akan ruang lingkup kejuruteraan semata dan amatlah cetek ilmunya dalam hal agama. Begitu juga seorang yang belajar agama tiada pengetahuan dalam hal kejuruteraan.

Justeru, biarkan orang yang bersorban dan berjubah itu berbicara semua hal-hal agama, dan ingatan keras kepada orang yang belajar ilmu lain untuk mencampuri ehwal religus. Dan kepada yang tak belajar apa-apa itu, lebih baik diam dan mengekor; kalau disuruh angguh maka angguklah. Kalau disuruh geleng maka gelenglah.

Tetapi dunia hakikat itu bukan seperti itu; ada manusia yang belajar agama tetapi dia tak mengerti apa yang dia pelajari. Dan ada yang belajar kejuruteraan tetapi dia memahami apa yang disampaikan oleh seorang ustaz. Malah ada banyak orang yang belajar ilmu sains dan dalam masa yang sama dia belajar ilmu agama.

Makanya kita harus kembali kepada akar, basis dalam pemahaman iaitu setiap bangsa akan memerlukan agama untuk diisi dalam degupan jantungnya. Lalu seorang Melayu sudap pasti akan punya basis sedikit tentang agamanya. Yang beda antara yang ke London mengaji sains dan yang ke Tanta mengaji Fiqh wa usulihi adalah yang ke Tanta itu lebih banyak mengerti agama.

Oleh kerana pemahaman itulah kita melihat para ustaz kita ini dibawah bayangan malaikat, atau pun persis seperti nabi – ma’sum dan terjaga dari kesalahan tafsiran agama. Padahal seorang nabi terkadang melakukan silap seperti kasus nabi membelakangkan seorang buta dan memberi penghormatan kepada pembesar kaumnya yang masih musyrik. Kerana pada pikiran sang nabi, andai pembesar ini memelok Islam nescaya kaumnya akan menuruti. Tetapi pikiran nabi nyata mendapat teguran dari Tuhan lalu turun ayat daro kolong langit menegur pikiran nabi. Akhirnya nabi memperbetulkan tindakannya. Ini makna ma’sum seorang nabi, iaitu dia terjaga dari segala kesilapan dan kesalahan, andai berlaku maka Tuhan terus memperbetukan dia.

Sebaliknya seorang agamawan itu maqamnya lebih tinggi dari rasul dalam hal berbuat sialp dalam tafsiran agama. Seolah-olah mereka adalah malaikat bersayap yang menjalankan arahan Tuhan. Sedikitpun mereka tak tergelincir kerna mereka telah diprogramkan oleh Tuhan. Maka apa saja yang mereka katakan itu berupa titah sang Gusti Agung Purbawisesa. Manusia sekeliannya harus tunduk patuh tanpa banyak bicara dan tanpa engkar.

Lalu seorang manusia yang entah apakah pengajiannya di Tanta atau paling kurang punya 4 thanawi dari pasantren atau dia tak belajar agama, itu tak dapat dipastikan. Tetapi yang pasti dia adalah manusia yang bergelumang dengan muzik, telah mencabar kewibawaan Manusia-Malaikat ini. Roslan Aziz adalah seorang komposer lagu, yang sudah pasti Islam tidak menyetujui pekerjaannya. Dia tak terkenal sebagai seorang ustaz seperti Ustaz Akil Khair atau seperti Rabbani yang ber-Gospel Islami. Dia tak terkenal dengan islamis, malah pernah masuk mahkamah atas tuntutan cerai dari bekas isterinya yang juga seorang penyanyi.

Tetapi Roslan telah berani memperkatakan sesuatu yang benar: “Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci,”

Ekoran itu Manusia-Malaikat ini pun tersentak lalu berang. Seperti anjing yang menyalak, bukit tak kan runtuh.  Maka sudap pasti Roslan akan dicemuh dan dibenci kerna kenyataannya itu. Hari ini Roslan telah mohon maaf secara rasmi di blog beliau. Mungkin kerana memikirkan bahawa Manusia-Malaikat itu punya sayap dan bisa sampai kerumahnya dalam sekejip mata. Maka dia harus cepat-cepat mohon maaf, selagi masih ada masa sebelum mereka muncul di depan katilnya mlm ini dan berfatwa “Kau Sesat dan menyesatkan”.

Saya tidak menyokong Roslan yang tidak puas hati kerana Ella dan Mas Idayu dilarang menyanyi di konsert 100 hari kemenangan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Tetapi saya suka kepada kenyatannya di atas yang berjaya mensifati golongan agamawan dengan satu hakikat yang telus dan jujur. Berani.

Sebenarnya apa yang dikatakan oleh Roslan adalah kebenaran. Umum ketahui bahawa orang agama seperti itu. Pantang bagi seorang agamawan untuk memohon maaf atas ketelanjurannya. Malah adalah mustahil baginya untuk mengatakan bahawa pikirannya songsang dan bercanggah dengan Islam!

Untuk bersikap adil, biarlah kita yang selalu ke masjid dan surau, serta yang mengikuti pengajian, akan senantiasa menyahut cabaran Roslan. Kita harus tanyakan sang penceramah itu akan sumber rujukannya, dan apakah rujukannya itu sah dari segi pemahaman dan nukilan.

Lantas setelah itu, kalau terbukti bahawa para agamawan kita ini mengerti akan sumber ucapan dan pengajaran mereka, kita telah berjaya mendapat ilmu yang benar. Tetapi andai mereka – Manusia-Malaikat – ini tidak mampu mengemukakan bukti keabsahan rujukan mereka, maka haruslah kita berlepas diri dari mereka.

Nasihat saya kepada para agamawan kita:

 ”Allah telah utuskan Roslan untuk membangkitkan kembali Kesarjanaan Ilmiah kalian dalam menghayati agama. Kalian harus buktikan kepada Roslan dkk [dan kawan-kawan] nya bahawa kalian mengetahui setiap rujukan yang kalian bicarakan, kalian mengetahui darjat setiap hadith yang kalian ujarkan. Dengan itu, Roslan dkk akan tertunduk malu kerana ucapannya berlawanan dengan kenyataan”.

MONEYpulasi

Oktober 15, 2008

Ini satu rahasia besar

Orang lain tiada yang tahu melainkan kami-kamilah juga. Tetapi selalunya rahasia besar pasti akan dihembus keluar dari karungnya oleh orang dalam.

Ini rahasia besar

Saya rasa amat berat untuk menceritakan kepada saudara semua tapi kerna memikirkan bahawa durjana yang menimpa kalian semua ini pasti menyinggung sanak saudara saya, teman-teman saya malah tetangga saya, maka saya harus tekad untuk berkata benar dan menceritakan hal konspirasi besar ini.

Moga pendedahan ini akan meringankan kerosakan yang pernah saya bikin sejak lapan tahun dahulu.

Benar, ini rahasia besar. Dan benar bahawa saya terlibat dalam menjalankan makar itu bersama rakan-rakan. Kami sebenarnya telah merencana gerakan ini sejak sekian lama. Malah berjaya menyusupkan paham ini kepada Al Azhar!

Lalu sejak ratusan tahun. malah kalau dikatakan sudah 1000 tahun rencana ini berjalan, pasti sudara semua akan tercengan dan menuduh saya berdusta. Tapi itulah hakikatnya. Rencana itu terus mengikut aturannya, hingga kini. mungkin akan datang juga. Tetapi entah masa mendatang tiada siapa yang tahu, tambahan pula saya telah membuat pendedahan ini.

Begini ceritanya, bahawa saya dahulu seperti kalian juga: apa yang saya paham itulah yang kalian paham. Dan itu juga yang apa ibu dan ayah saya paham. Malah seluruh kerabatnya yang menjadi Pembesar agama di Banjarmasin dan Matapura, begitu juga dengan seluruh Madrasah keluarga saya di Parit Abas, Kuala Kurau.

Kemudian saya ditakdirkan oleh Tuhan untuk ketemu seorang yang mengajak saya kepada jebak ini. Mulanya saya hanyalah ingin mengkaji dan memikirkan fitnah yang menular. Tetapi akhirnya tanpa saya sedari saya telah terjatuh dalam kubangan mereka. Benar kata orang, bahawa kaum ini kalau dibiarkan berbicara pasti dibungkamnya manusia benar. Lalu jadilah kelihatan yang benar itu berupa batil. semuanya kerna kehebaran mereka dalam berbicara dan kegemaran mereka menciplak alasan.

Tanpa saya sadar saya tenggelam dan menjadi penegak mereka sekian lama. Bersama mereka saya merencana, berganding bahu dengan mereka dalam menyusupkan keraguan kepada masyarakat, dan tolong menolong bersama dalam membingungkan umat.

Akhirnya Allah datang membawa ayatnya, berupa nur yang menyuluh kelongsong gelita dalam jiwa ini. Menyedarkan saya bahawa mereka adalah kaum bobrok dan harus dilumatkan hingga sirna. Semuanya dengan utusan Allah – Syeikul Haditn, Al Imam, Al Alamah, Faqihil Ummah Syeikh Abdullah Al Harari. Malah gelar beliau kalau mau dihitung nescaya tidak cukup sebuah buku. Seperti Yang Agung, Yang Genius, Yang Hebat, Yang Berpengetahuan Tinggi. Cukuplah saya tulis sedikit dari sebuah daftar gelar sarjana yang beliau dapat.

Maka saya akan kisahkan kepada saudara semua bahawa antara kejahatan yang telah kaum itu laksanakan. Bahawa dengan kekayaan yang mereka perolehi dari emas hitam – minyak yang menghidupkan mesin -dan perjalanan manusia ke rumah Tuhan. Maka dengan kekayaan itulah mereka merusak dunia; guna untuk mengekalkan kekayaan mereka dan kekuasaan mereka di Najd! Bukan setakan itu, mereka sebenarnya seperti Yahudi, mau menghambakan manusia semuanya.

Lalu mereka wujudkan sandiwara untuk mengelabui mata kita semua. Mereka mencetak kadir-kadir mereka yang akan menyebarkan paham mereka ke seluruh dunia. Kemudian dalam masa yang sama mereka mengupah manusia duitan untuk menghentam mereka, bagi membuktikan bahawa mereka adalah Golongan yang Dijanjikan – sedikit dan ditentang seluruh manusia lain; seperti yang mereka pernah baca dari Hadith Rasulullah.

Maka mereka mengupah banyak para Ustaz dan para Syeikh untuk berpura-pura membantah mereka. Kalau tidak pun mereka sogokkan dengan sedikit kekayaan mereka agar terpengaruh dalam membantu mereka.

Ini bisa kita buktikan bahawa saat para pembesar mereka meninggal, maka para penopeng bertembolok besar yang gilakan harta ini akan memberi pujian ataupun lawatan. Ketika Bin Baz meninggal dunia, berjurut para Ulama Al Azhar memberi sanjungan dan pujian. Begitu juga apabila Albani dan Uthaimin meninggal dunia. Ketika itulah kelihatan “peribadi” para ulama dunia terhadap Wahhabi. Dan ketika itulah terserlah dan terbongkar bahawa para ulama dunia ini terutama Al Azhar adalah para ulama belian dan ulama yang mata duitan.

Terbaru ialah tembelang seorang tokoh Ulama Dunia dihidu oleh kita, iaitu Syeikh Wahbah Zuhaili; ketima mana dia memberi simpati kepada kaum itu. Maka sadarlah kita bahawa dia dan kawan-kawannya adalah ulama yang sudah dibeli dengan kekayaan, mungkin juga Wahabi telah tawarkan dia perempuan genit yang menggiurkan untuk melayani nafsu serakah beliau.

Kemudian tanpa kitas sadar; bahawa Ustaz Uthman El Muhammadi juga adalah manusia yang dibeli oleh Wahhabi agar memenuhi prinsip mereka “menjadi golongan yang asing dan ditentang oleh sekian banyak manusia”. Maka setelah Ustaz Uthman yang menggelapai ajaran SESAT TAL TUJUH difatwakan haram dan sesat, maka Wahhabi pun datanglah menyusun rencana. Maka Ditawarkan banyak hal kepada Uthman El Muhammadi dan dia pun bersetuju. Lalu menjadilah dia manusia yang paling lantang mengkafirkan Wahhabi.

Coba kita pikir dengan benar; kalau betul dia [Uthman] adalah manusia yang alim dan ikhlas dan tinggi ilmunya, bagaimana dia boleh menjadi manusia yang membuat ajaran mereka dan sesat [tal tujuh]. Kemudian bagaimana kisah Tal Tujuh itu tersus hilang dari ingatan kita, dan bagai mana seorang yang telah mengetuai ajaran sesat menudian menjadi seorang yang mengetuai ajaran benar? Dan Bagaimana dia menjadi tokoh Maal Hijrah baru-baru ini?

Semuanya adalah pertolongan Wahhabi dan keberkesanan rencana mereka!

Begitu juga dengan Zamihan dan gurunya Hasan As Saqaf, termasuk juga Abu Syafiq al Kazzab. Mereka semua ini adalah manusia yang telah dibeli oleh Wahhabi dalam mewujudkan “Golongan yang sedikit”. Kernn menurut Islam, antara ciri kebenaran golongan akhir zaman ialah golongan itu kelihatan asing seperti manusia melihat Islam pada zaman Nabi sebagai asing. Dan sudah pasti orang asing ini sedikit dan dimusuhi dan diumpat oleh seluruh manusia.

Begitu juga dengan segala kitab yang ada dimaktabah Islam; bahawa Wahhabi telah menukarnya, atau mengubahnya, atau melupuskan agar semua kitab yang lama-lama berusia ratusan tahun itu secocok dan sejalan dengan paham mereka. Maka ketika kita membuka kitab para ulama silam seperti kitab Syarhus Sunnah karya Barbahari, maka kita dapati Imam Barbahari beraqidah persis seperti Wahhabi, hingga kita berdesit: “Apakah Imam Barbahari juga Wahhabi?”. Begitu juga ketika kita menyelak Al Umm karya Imam Syafi’e, maka jantung kita berhenti seperti kita mau pengsan, tat kala melihat amalan yang kita lakukan saat ini bercanggah dengan apa yang tertuang dalam Al Umm, sehingga kita berujar: “Apakah Imam Syafi’e juga sudah dibeli dengan wanita genit oleh kaum Wahabi?”.

Begitu juga dengan Shahih Bukhari dan Muslim – hadith-hadith didalamnya semuanya telah ditukar dan dilakukan renovasi sehingga seluruh hadith menyokong paham Wahhabi!

Lalu kerana kejinya Wahhabi: membeli para ulama, menawarkan harta kekayaan, mengumpan dengan wanita montel, merubah kitab dan menghaupskan kitab yang membantah paham mereka, menyusun hadith maudhu’ dan berdusta atas nama agama – maka kita harus bertahi-hati dengan Wahhabi.

Saya sudah menjalankan kewajiban saya untuk menyedarkan manusia, malah hidup saya masih tak saya tahu pada hari mendatang; apakah saya akan selamat dari buruan Wahhabi kerna membocorkan gerak kerja mereka.

Sejarah Pembantaian Terhadap Pilar Islam

Oktober 15, 2008

Satu saat Rasulullah di kejar dengan pedang dari belakang dan pada saat yang lain beliau terlepas dari makar pembunuhan dalam peperangan. Kemudian dalam satu peperangan beliau dikepung dengan pedang-pedang musuh terhunus, lantas para temannya membuat bulatan – benteng nyawa – sehingga beliau tersungkur diasak musuh menyebabkan gigi beliau patah.

Ini satu paparan yang tiada siapa dapat menafikannya bahawa sepanjang hayat Rasulullah senantiasa diancam bunuh. Malah para teman beliau banyak yang berguguran dibawah kilatan mata pedang.

Kerana tidaklah manusia itu diciptakan dengan saja-saja meliankan dia harus diuji. Begitulah juga bahawa setiap Rasul itu diutus maka diturunkan juga musuih baginya berupa manusia dan jin, yang mereka ini berbisik sesama mereka dalam merencanakan makar memutus nyawa Rasul dan menghentikan Islam.

Justeru melihat jayanya dan tersebarnya da’wah Islam yang dibawa oleh Ahmad Bin Abdullah, sang Rasul terakhir, maka para setan ini mula berfikir bahawa untuk melelahkan penganutnya dan merobohkan sendi-sendi Islam tidak boleh dilakukan pembantaian secara fizikal kerna manusia yang bersyahadah itu pasti bisa menentang kekafiran dengan pedang dan nyawa mereka.

Lalu yang harus dibobrokkan ialah rupa Islam itu sendiri – ajarannya – dan sendinya – sumber ilmu islam; epistimologi nya. Oleh itu setelah dipahami dengan benar dan membulat tekat, kaum kuffar pun menyusup masuk menjadi penganut islam padahal mereka adalah kaum munafik. Disebarkanlah paham-paham yang bukan bersumber dari Islam dan ditegakkan sendi-sendi baharu.

Tetapi pada saat ini Rasul telah tiada, meninggalkan dunia menuju kepada Azza wa jalla, namun beliau telah tinggalkan khalifahnya iaitu para teman-teman beliau semasa hayatnya. Yang mereka ini mendengar Kalam Tuhan dibibir Muhammad saw, dan mereka mempelajari setiap 10 ayat dan memahami makna-maknanya. Juga mereka melihat setiap gerak Utusan Allah ini dan menghapal butir bicaranya.

Kalaulah Rasul itu masih ada, nescaya beliau akan menjadi saksi kebatilan ruba baru Islam dan sendi-sendi ciptaan itu. Menjadi hujjah dengan Kalam Tuhan dan ucapan beliau. Tetapi sudah menjadi hukum bahawa setiap yang bernyawa pasti menemui kematian. Namun Tuhan telah siapkan hujjah Islam ini akan diteruskan oleh taman-teman Rasul-Nya.

Ketika setiap pemikiran baharu bermunculan, ketika itulah juga pedang kebenaran ditebas hingga kebatilan itu sirna. Begitulah ketika kaum Haruriyah mengucapkan “Hukum itu hanya milik Allah” maka Ali membantah “Kalimat yang haq tetapi dimaksudkan kebatilan”. Begitu juga ketika muncul kaum yang mendustakan Qadar lalu sahabat berkata “Aku berlepas diri dari mereka dan mereka berlepas diri dariku”.

Sesudah wafatnya para sahabat, tigas menegakkan rupabentuk Islam yang tulen terus diteruskan oleh para murid mereka. Ketika Watsil Bin Atha mendengar perbicaraan Hasan Basri maka dia berbeda pikiran lalu keluar dari pengajian dan menyebarkan pahamnya. Ketika itulah para murid sahabat membantah pemikiran ini, tetapi sesudah itu paham ini menguasai negara dan berjaya mempengaruhi Khalifah. Saat inilah Imam Ahmad Bin Hambal ditangkap dan disebat kerna mempertahankan rupa Islam yang sejati.

Harus kita sadar bahawa pada ruang jangka masa ini – memakan masa selama 3 generasi pemerintahan Dinasti Abbasiyah – bahawa paham Mu’tazilah telah menjadi mazhab rasmi negara, dan apa-apa yang menyelisihi mazhab ini berupa ajaran Islam yang sesat. Lalu menjadilah Islam yang asli itu sebagai sesat dan yang sesat itu sebagi Islam. Walau bagaimanapun Allah telah menjadikan Ahmad Bin Hambal ini sebagai Abu Bakr kedua; yang menegakkan kembali Islam murni.

Seterusnya perjalanan Islam itu panjang memakan masa 1000 tahun, maknanya dalam masa itu berbagai paham baru dilontarkan dalam memberi corak kepada Islam. Dan akan ada sekelompok kecil dari umat ini yang akan menegakkan yang haq dan menghancurkan yang batil. Terus akan ada sampai bumi dilipat dan sangkakalan berdesing nyilu.

Sampai zaman ini, makar kaum yang memusuhi Islam masih gencar memusnahkan pilar-pilarnya. Diwujudkan kaum yang berpegang semata-mata pada Al Kitab dan mengkafirkan manusia yang berpegang pada penghuraian Rasul.

Kaum ini berupa manusia yang tidak mengerti akan ilmu Islam. Bagaimankah mereka akan memahami Al Quran tanpa penerangnya – iaitu Al Hadith? Malah bagaimana mereka akan menegtahui Rasul mereka tanpa merujuk kepada Hadith? Dan bagaimanakah mereka boleh mengetahui akan risalah Al Quran tanpa periwayatan; apakah Al Quran itu muncul tiba-tiba atau diturunkan kepada Rasul sedikit-sedikit sehingga lengkap?

Dan juga ada segolongan dari umat ini yang bimbang dengan perpecahan antara mazhab lalu mengambil jalan tengah [atas dasar perpaduan dan memikirkan bahawa perang utama adalah membetulkan umat Islam yang tidak mentaati Allah dan melawan kaum kuffar] dengan cuba menerima semua aliran, ataupun mereka tidak suka untuk menetapkan label “sesat” kepada sesuatu paham atau tokoh.

Paham ini sebenarnya cuba merobek pilar Islam terutama yang kedua, iaitu al Hadith. Ingtlah bahawa al quran dan al hadith itu diriwayatkan oleh orang yang terpercaya, dari satu generai kepada generasi seterusnya. Seorang periwayat yang tak tercela, kuat ingatannya, yang mereka ini terlepas dari sedikitpun kejahatan dan mereka ini bukanlah manusia yang terpaham dengan rupa bentuk Islam yang baharu.

Kerana itulah Ibn Sirrin berkata bahawa sebelum berlaku perpecahan, mereka mengambil riwayat tanpa mempertanyakan rawinya, tetapi setelah itu mereka akan bertanya “siapa rawi engkau”. Kalau terbukti bahawa sia ahlus sunnah maka riwayatnya diambil, namum jika terbukti bahawa rawinya ahli bid;ah maka riwayatnya ditinggalkan.

Justeru dari satu sisi sahaja telah membuktikan bahawa vonis “sesat” dan “ahli bid’a” adalah wajib dan akan terus menerus diguna selagi mana wujud musuh Allah di bumantara ini. Kalaulah tiada sesiapa yang dikatakan sesat dan ahli bid’ah, maka akan rosaklah sumber agama ini kerana manusia yang sesat pasti akan merobah kalam mulia.

Begitu juga bahawa didalam Islam telah terwujud satu hukum yang dinamakan sebagai Tahzir dan Hajr. Pemulauan dan Peringatan. Maka kalau lah tidak dibenarkan untuk menetapkan sesat dan bid’ah, maka sia-sialah hukum yang Rasul tunjukkan ini. Kepada siapa kita harus pulaukan, dan kepada siapa yang hendak kita ingatkan bahawanya kepada masyarakat? Kalu bukan kepada ahli bid’ah dan kaum yang sesat?

Justeru, kita harus menyedari bahawa Islam yang benar adalah mengikuti pahamnya sahabat Rasul dalam menggunakan Al Quran dan Al Hadith. Inilah rupa bentuk Islam yang tulen

Manusia Takutkan Kegelapan

Oktober 15, 2008

Manusia itu takutkan banyak perkara malah kadang dia sendiri merasakan ketakutan dalam rumahnya sendiri – iaitu ketika malam gelita. Saat matanya tidak mampu melihat sekeliling, dia terus disergap rasa takut yang tak keruan; apakah dia terlanggar bucu meja, atau tersentuh benda tajam, atau pun tersadung kaki kerusi lalu bergoleh jatuh, atau yang paling meggerikan ialah muncul jembalang di atas almari. Padahal kalau di siang bolong, dia tak perlu meraba-raba di dinding dan takut terjatuh, tetapi dia bisa bergerak pantas sambil berlari-lari anak.

Kerana manusia itu tidak melihat terhadap sesuatu yang tidak dapat dicerna oleh mereka maka mereka ketakutan. Malah ketakutan utama adalah kejahilan terhadap sesuatu.

Begitu juga dalam hal agama ini, banyak manusia yang diserang ketakutan dalam beragama. Maka terjadilah sebahagian ahli religus kita yang ketakutan sehingga membikin paham yang tak keruan, seperti tanggapan lelaki dalam rumahnya yang menyangka ada jembalang di atas almari tadi.

Maka sebahagian dari mereka menetapkan bahawa barang-siapa yang melakukan dosa besar maka dia telah keluar dari Islam malah berada kekal dalam neraka. Tujuannya apa? Untuk menjaga manusia yang mengucap syahadah dari berbuat maksiat dan kejahatan – agar seorang Muslim itu senantiasa berbuat kebajikan dan mendapat kemulyaan.

Justeru manusia yang terhinggap “ketakutan” jenis ini pun terus menerus berada dalam kewaspadan; tak boleh tersilap sedikit pun kerna nanti mereka menjadi murtad. Malah lebih malang lagi kekal dalam neraka. Oleh itu mereka hidup dalam keadan sulit dan akhirnya agama menyulitkan mereka lagi. Barang siapa yang memberatkan agama, maka agama akan memberatkan dia.

Kemudiannya ada lagi sekelompok orang yang mengatakan bahawa mereka yang melakukan kejahatan ini tidak dihumban dalam neraka, dan juga tidak dimasukkan dalam syurga. Mereka duduk bersantai ditengah2 antara kedua tempat ini. Ini satu lagi logika yang tak terjangkau oleh logik agama.

Padahal yang benar bukan begitu; manusia yang berbuat silap pasti dia diadili oleh manusia secara fizikal; dengan hukum yang telah Tuhan turunkan. sedangkan hal batin adalah urusan Purbawisewa – Gusti Agung. Manusia yang mencuri dan terbukti salahnya akan dipotong pergelangan tangannya sebagai balasan. Dosanya itu apakah diampun atau tidak, bukan ketentuan sang hakim dan manusia lainnya. Tetapa yang pasti si pencuri itu tetap Islam. Malah tidak ada satu dalil pun yang mengeluarkan dia dari Millah Ibrahim ini.

Kita tanyakan lah kepada kaum yang mengkafirkan dia: “Apakah di zaman Rasul dahulu hudud tidak berjalan atau dibekukan, kerna seluruh sahabat tidak pernah berbuat silap? Dan kalau Hudud itu berlangsung, apakah sahabat yang dihukum itu adalah kafir dan masuk neraka?”

Kemudiannya ada serpihan manusia yang cuba bersikap “terbuka” dan toleran, mengkehendaki agar kita tidak menetapkan vonis “sesat”, atau mentancapkan gelar “ahli bid’ah” kepada seseorang. Maka kita tanyakan kepadanya “haa tu burha na kum in kuntum soodiqin” – tunjukkan hujjah kamu. Agar kita sama-sama untuk bersikap adil kepada manusia. Kalau kami berbuat silap, nescaya kami akan ruju’.

Kalau lah ulama sunnah tiada hak untuk menetapkan si fulan sesat, atau si fulan ahli bid’ah, maka sudah pasti kita juga tidak harus memanggil Wasil Bin Atha’ atau Aminah Wadud sebagai sesat. Begitu juga kita tidak boleh mengatakan bahwa Ibn Arabi, Hallaj, Jaham Bin Safwan manusia yang tersesat teruk – kafir. Dan berdosalah ulama’-ulama’ yang membunuh mereka bertiga itu.

Padahal Rasul juga pernah menetapkan Khawarij dengan gelar Anjing neraka, dan sahabat juga memanggil mereka sebagai Sesat. Serta Khalifah abu Bakr membunuh mereka yang tidak mahu mengeluarkan zakat, sementara itu Ali pernah membakar mereka. Kemudian dari dahulu hingga sekarang ulama kita telah mengarang kitab dengan jodol “Bantahan” seperti Imam Bukhari – Ar Raddu ‘Alal Jahmiyyah.

Lalu apakah guna kita memanggil manusia yang tidak menyembah Allah sebagai Musyrik, atau pun Kafir kerna untuk berlaku adil, dan untuk tidak menjadi Rabb yang memutus hukum kepada manusia lain. Padahal Allah telah tetapkan sumber-sumbernya untuk menentukan seseorang sebagai kafir, dan sebagai Muslim. Begitu juga Rasul telah nyatakan syarat-syaratnya untuk menetapkan seseorang sebagai Sunni dan sebagai ahli bid’ah, atau sesat dari kebenaran. Semua barometer ini telah ditetapkan dan telah diajarkan kepada para sahabat sehingga mereka mengerti dan bisa menggunakan barometer tersebut.

Begitulah ketakutan manusia kepada semangat untuk menjaga agama ini. Niat mereka baik tetapi mereka tersilap dalam menuju kebaikan itu.

Lalu rupanya juga didalam segelintir manusia yang mengaku Salafi, nayata mereka tak terlepas diserkup hantu “ketakutan” ini.

Kerana untuk menjadikan manusia sunni ini adalah manusia yang berpegang kokoh pada dustur Ilahi dan Sunnah nabawi, maka mereka menganggap pelaku maksiat yang berupa dosa kecil itu telah terkeluar dari jajaran ahlus sunnah dan menjadilah pelaku bid’ah. Kerana mereka berkata: “Janganlah dilihat kecilnya dosa itu tetapi lihatlah kepada siapa kita melakukan dosa itu – Allah”.

Makanya siapa-siapa yang melabuhkan seluarnya lebih dari mata kaki, atau yang merapikan janggutnya dengan memotong hingga tinggal sedikit, atau yang suka mendengar musik, atau dosa-dosa lain; mereka ini bukan ahli sunnah melainkan ahli fasik dan ahli bid’ah.

Sungguh ini satu kedustaan atas agama, dan berupa kejahilan dalam meniti jalan Rasulullah saw. Mahu saja kita katakan kepada mereka agar tetap teguh kepada manhaj yang mulya ini dan berlapang dada lah serta tuntut lah ilmu. Kerna kedapatan sahabat Rasulullah yang melakukan dosa kecil, serta ada yang melakukan dosa besar; tetapi Rasul serta para sahabat yang lainnya tidak pernah mengeluarkan mereka dari Ahlus Sunnah, malah jauh sekali mengkafirkan mereka.

Lalu kepada saudara kita yang mengaku meniti manhaj ini, kalian haruslah bisa memaafkan kesalahan saudaramu yang lain, kerna manusia itu bukanlah malaikat, atau bukan juga makhluk yang tidak bisa berbuat; ibarat sehelai bulu yang ditiup – kalau angin meniup ke kanan maka kekananlah ia, kalau angin meniup ke kiri maka ke kiri lah ia. Kita tidaklah diikat tangan dan kaki kita untuk berbuat baik atau kejahatan, sekadar diberi ilham dan kekuatan. Maka manusia ada yang lemah imannya lalu tersilap dan ada tebal imannya lalu teguh dalam agama.

Dan adalah makum bahawa kita ini makhluk yang berbuat silap; bukankah setiap anak Adam itu berbuat silap, dan yang paling baik adalah yang cepat bertaubat?

Kesalahan seseorang bukanlah sebagai hujjah untuk mengeluarkan dia dari Sunnah, lebih-lebih lagi sebagai seorang Muslim. Selagi mana kebaikan menguasai dirinya, maka dia dinisbatkan kepada kebaikan, kalau kejahatan yang menguasai dirinya maka dia dinisbatkan kepada kejahatan.

Ketahuilah bahawa Ahlus Sunnah itu adalah berpegang teguh kepada pedoman Sahabat dalam beragama, maka selagi itulah dia dikenal sebagai Sunni. Tetapi apabila aqidahnya melencong dari kebenaran, maka dia sudah terkeluar dari jajaran mulya ini. Itupun kalau kesalahannya dalam aqidah mendominasi dirinya dan dia tidak mahu insaf setelah di tabayyun – dijelaskan.

Tidakkah kita masih mengerti akan hal ini; seorang hakim yang zalim, satu ketika dia menjatuhkan hukuman yang adil, maka tidaklah manusia memanggil dia sebagai “Hakim yang Adil”. Dan seorang hakim yang adil satu ketika dia menjatuhkan hukum yang zalim [tidak adil], maka tidaklah manusia memanggil dia sebagai “Hakim yang Zalim”. Yang mendominasi hakim tersebutlah yang bisa kita nisbatkan, bukan keadaan “tak-terbiasa” beliau yang menjadi kayu pengukur.

Maka, apabila hilang ketakutan, nescaya kita dapat berlari kencang walau dalam malam gelap tanpa purnama.

Albani Dan Kaedah Ilmiyah As Saqaf

Oktober 15, 2008

Tuan-tuan, marilah kita lihat bagaimana Zamihan dan gurunya Hasan Ali As Saqqaf yang kononnya mengaku sebagai Ahlus Sunnah membantah Wahabi. Saya bawakan artikel ini sebagai salah satu bukti bahawa kaum penentang Salafi hingga kini masih tidak dapat membawakan satu hujjah yang ilmiyah, seperti yang telah saya gariskan sebelum ini.
Hasan Ibn ‘Ali As-Saqqaf, seorang rakyat Jordan yang mendakwa berasal dari keturunan ‘Ali Ibn Abi Talib radhiallahu ‘anhum. Selain daripada bidang kajian hadith, beliau juga banyak mengkritk Al-Albani dalam bidang akidah melalui beberapa karyanya seperti At-Tandid Liman ‘Addada At-Tauhid dan Daf’ Shubah At-Tasybih.

Segala kritikannya terhadap Al-Albani dan pengkhianatannya terhadap agama telah dijawab oleh para ilmuan timur tengah dalam karya-karya jawapan mereka, antaranya:
1. Al-Kasyf ‘An Dalalat As-Saqqaf oleh Nasir Al-’Ulwan.

2. Ithaf Ahl Al-Fadl Wa Al-Insaf Fi Naqd Daf’ Shubah At-Tasybih oleh Nasir Al-’Ulwan.

3. Al-Anwar Al-Kasyifah Li Tanaqudat Al-Kasysyaf Az-Zaifah oleh ‘Ali Al-Halabi.

4. Al-Iqaf ‘Ala Abatil Qamus Syataim As-Saqqaf oleh ‘Ali Al-Halabi.

5. Al-Ithaf Bi ‘Aqidah Sheikh Al-Islam Wa At-Tahzir Min Jahmiyyah As-Saqqaf oleh ‘Abd Al-Karim Al-Hamid.

6. Iftiraat As-Saqqaf Al-Athim ‘Ala Al-Albani Sheikh Al-Muhaddithin oleh Khalid Al-Anbari.

7. Ar-Radd ‘Ala At-Tandid Liman ‘Addada At-Tauhid oleh ‘Abd Al-Muhsin Al-’Abbad.

8. As-Sawaiq Wa Asy-Syuhub Al-Marmiyyah ‘Ala Dalalat Wa Inhirafat As-Saqqaf Al-Bid’iyyah oleh Abu Wad’ah Al-Athari.

 

Maka, baik kiranya kita melihat kepada muridnya Zamihan Al Ghari yang membantah Wahabi secara “ILMIYAH” dalam bukunya Salafiyah Wahabiyah : Satu Penilaian.

Di bawah berupa petikan yang saya ambil dari tulisan Hafiz Firdaus, Pembongkaran Jenayah Ilmiyah Salafiyah Wahabiayah:

Ketika mentohmah Al-Albani sebagai tokoh kontradik dalam kajian hadith, Al-Ghari langsung tidak membawa sebarang contoh bagi membuktikan tohmahannya itu, sebaliknya dia sekadar menyebut nama-nama individu yang pernah mengkritik kajian Al-Albani dalam kitab masing-masing, termasuklah nama gurunya As-Saqqaf. Sebenarnya, Al-Ghari tidak mampu membuat kritikan secara ilmiah terhadap kajian hadith yang dibuat oleh Al-Albani kerana beliau terlalu jahil dalam bidang berkenaan. Hakikat kejahilan beliau telah terbukti berulang kali dalam contoh-contoh yang telah dibincangkan sebelum ini. Di sebabkan kejahilan itu, beliau bergantung sepenuhnya kepada tulisan para pengkritik Al-Albani dan mengikut secara buta segala kritikan itu tanpa ada sebarang kemampuan untuk menilai kekuatan dan kelemahan kritikan tersebut, lebih-lebih lagi bila dia mendapati segala kritikan itu bersesuaian dengan nafsu jahat yang menguasai dirinya.

Berdasarkan tinjauan penulis terhadap kritikan yang dibuat oleh para pengkritik Al-Albani, didapati kritikan tersebut terbahagi kepada dua bentuk:bentuk:

 

Bentuk Pertama:
Kesilapan yang tidak disengajakan, dan yang diperbetulkan segera oleh beliau setelah menyedarinya, sama ada melalui semakan sendiri atau pun melalui maklum balas daripada murid-murid dan para pembaca kitabnya. Pembetulan itu biasanya dibuat sama ada dalam edisi cetakan baru kitab berkenaan atau dalam mana-mana muqaddimah kitabnya yang hendak diterbitkan. Kesilapan jenis ini tidak seharusnya dilihat dari sudut negatif, sebaliknya ia perlu dilihat dari sudut positif sebagai tabiat semula jadi manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, lebih-lebih lagi jika kesilapan itu segera diperbetulkan sebaik sahaja ia disedari.

Dalam konteks ini Al-Albani berkata (maksudnya):

“Membetulkan kesilapan adalah satu kewajipan, dan ia telah menjadi amalan biasaku seperti yang diketahui oleh para pembaca kitabku…”
Dalam kitabnya yang lain beliau berkata (maksudnya):
Kesilapan yang tidak disengajakan, dan yang diperbetulkan segera oleh beliau setelah menyedarinya, sama ada melalui semakan sendiri atau pun melalui maklum balas daripada murid-murid dan para pembaca kitabnya. Pembetulan itu biasanya dibuat sama ada dalam edisi cetakan baru kitab berkenaan atau dalam mana-mana muqaddimah kitabnya yang hendak diterbitkan. Kesilapan jenis ini tidak seharusnya dilihat dari sudut negatif, sebaliknya ia perlu dilihat dari sudut positif sebagai tabiat semula jadi manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, lebih-lebih lagi jika kesilapan itu segera diperbetulkan sebaik sahaja ia disedari.

Dalam konteks ini Al-Albani berkata (maksudnya):
“Membetulkan kesilapan adalah satu kewajipan, dan ia telah menjadi amalan biasaku seperti yang diketahui oleh para pembaca kitabku…”
Dalam kitabnya yang lain beliau berkata (maksudnya):
 “Dan kadangkala aku mengubah penilaianku ke atas hadith yang telah lalu dengan satu penilaian lain setelah ternyata kepadaku ia adalah lebih tepat dan lebih rajah (kuat) …dan ini meskipun jarang berlaku, namun aku merasa perlu menyebutnya kerana dua sebab: Pertama, supaya tidak disalah anggap bahawa perubahan itu adalah kesilapan cetakan. Kedua, supaya diketahui oleh orang yang dikehendaki Allah untuk mengetahui, bahawa ilmu itu tidak menerima kejumudan, bahkan ia sentiasa berkembang daripada salah kepada betul, daripada sahih kepada lebih sahih dan seterusnya, dan juga supaya mereka mengetahui bahawa kami tidak degil mempertahankan kesilapan jika ia telah terbukti kepada kami”

 

Bentuk Kedua:


Sesuatu fakta atau pendapat yang didakwa secara khianat oleh seseorang pengkritik sebagai suatu kesalahan, sedangkan pada hakikatnya ia adalah suatu kebenaran konkrit yang menepati pengkaedahan ilmu hadith itu sendiri. Orang yang dilihat paling banyak membuat kritikan jenis ini ialah As-Saqqaf

 

Contoh Pertama:

As-Saqqaf mendakwa Al-Albani telah melakukan kesilapan kerana membuat penilaian yang bercanggah ke atas hadith riwayat Aisyah radhiallahu ‘anha yang bermaksud: “Sesiapa yang memberitahu kamu bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah kencing berdiri, maka janganlah kamu mempercayainya, Baginda tidak kencing melainkan sambil duduk” [At-Tarmizi, Muhammad Ibn Isa Ibn Saurah, Sunan At-Tarmizi, Dar Al-Hadith, Kaherah, Mesir, t.th, No: 12, An-Nasai, Ahmad Ibn Syu’aib, Sunan An-Nasai, Matba’ah Mustafa Al-Halabi, Kaherah, Mesir, 1964, No: 29, Ibn Majah, Muhammad Ibn Yazid, Sunan Ibn Majah, Dar Ihya’ Al-Kutub Al-’Arabiyyah, Kaherah, Mesir, t.th, No: 307 dan At-Tayalisi, Sulaiman Ibn Daud, Musnad At-Tayalisi, Matba’ah An-Nazzamiyyah, Haidar Abad, India, 1321H, No: 1515.].

As-Saqqaf mendakwa Al-Albani sebagai kontradik kerana kononnya telah menilai dhaif hadith ini dalam Misykat Al-Masabih

Buku Silsilah As-Sahihah diterbitkan hanya beberapa bulan selepas terbitnya buku Misykat Al-Masabih, manakala buku Tanaqudat As-Saqqaf itu pula diterbitkan tujuh tahun selepas terbitnya kedua-dua buku Al-Albani tersebut. Maka jika As-Saqqaf benar-benar jujur, dia seharusnya mengambil kira penjelasan yang dibuat oleh Al-Albani dalam bukunya yang terkemudian (Silsilah As-Sahihah) dan bukan yang terdahulu (Misykat Al-Masabih). Ini kerana pengkaedahan ilmu hadith telah menetapkan bahawa jika berlaku percanggahan pendapat daripada seorang ulama hadith yang sama, maka pendapatnya yang terkemudian dikira membatalkan pendapatnya yang terdahulu.

Dalam bukunya Silsilah As-Sahihah, Al-Albani telah mengakui kesilapannya dalam buku yang terdahulu dan beliau telah menjelaskan secara terperinci bahawa kesilapan tersebut adalah disebabkan oleh dua perkara: Pertama, kerana beliau terikut-ikut dengan pendapat ulama terdahulu, seperti At-Tarmizi, Al-’Iraqi dan As-Suyuti yang menilai hadith berkenaan sebagai dhaif. Kedua, kerana beliau tidak sempat melakukan istiqsa’ (pengumpulan riwayat secara menyeluruh), disebabkan kelemahan logistic ekoran keadaan beliau yang sentiasa bermusafir pada masa itu.

Hakikat bahawa seseorang tokoh ulama berpegang dengan suatu pendapat pada suatu ketika dan kemudian menukar pendapatnya itu pada ketika yang lain dengan disertai pengakuan dan penjelasan terhadap faktor-faktor perubahan tersebut merupakan fenomena biasa yang sering berlaku terutama bagi mereka yang banyak berkarya.

Fenomena seumpama inilah yang menimbulkan istilah qaul qadim (pendapat lama) dan qaul jadid (pendapat baru) bagi Asy-Syafi’ie rahimahullah, dan fenomena inilah juga yang banyak berlaku pada pendapat Az-Zahabi rahimahullah dalam kitabnya Al-Kasyif dan Al-Mughni. Demikian juga Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani rahimahullah banyak menukar pendapatnya dalam At-Taqrib, Talkhis Al-Habir dan Fath Al-Bari disebabkan perubahan tahap kajian beliau dalam sesebuah kitab dengan sebuah kitabnya yang lain.

Meskipun pendapat yang terdahulu tetap dilihat sebagai satu kesilapan, namun dari kaca mata Islam pengakuan dan kejujuran dalam membaiki kesilapan yang tidak disengajakan adalah suatu sifat terpuji, lebih-lebih lagi jika ia dibuat hasil daripada penyemakan sendiri dan bukannya datang daripada mana-mana pengkritik. Justeru dalam konteks ini, Al-Albani sebenarnya telah melakukan kerja-kerja ilmiah yang terpuji lagi jujur.

Dari sudut yang lain, dengan pembetulan itu Al-Albani telah menyelamatkan sebuah hadith yang telah pun dinilai dhaif oleh tiga tokoh ulama hadith berwibawa iaitu At-Tarmizi, Al-’Iraqi dan As-Suyuti rahimahumullah. Seandainya hadith itu dikaji oleh pengkaji biasa, nes’aya dia akan berpada dengan kesepakatan penilaian tiga tokoh berkenaan. Akan tetapi Al-Albani tidak membenarkan dirinya berbuat demikian setelah dia menjumpai sanad yang tidak dijumpai oleh ketiga-tiga tokoh tersebut. Fenomena ini memberi banyak pengajaran kepada kita, antaranya, bahawa seseorang ulama hadith walau setinggi mana ilmunya tidak semestinya mengetahui semua sanad hadith yang dikajinya, hal yang mana memberi peluang kepada generasi ulama selepasnya untuk memperbaiki dan menampung kekurangan tersebut.

 

Contoh Kedua:

As-Saqqaf mendakwa Al-Albani telah melakukan kesilapan kerana membuat penilaian yang bercanggah ke atas hadith riwayat Abu Sa’id Al-Khudri radhiallahu ‘anh yang bermaksud:

“Sesungguhnya kamu akan menjadi ikutan manusia dan sesungguhnya para kaum lelaki akan datang kepada kamu dari pelbagai pelusuk bumi untuk mendalami agama, maka, apabila mereka datang ajarlah kepada mereka kebaikan”
Al-Albani menilai dhaif hadith ini dalam Misykat Al-Masabih kerana ia berdasarkan kepada sanad (rantaian perawi) yang terdapat di dalamnya seorang perawi yang terlalu dhaif dikenali dengan kuniyah Abu Harun Al-’Abd [‘Imarah Ibn Juwain, terkenal dengan kuniyahnya, bermazhab syiah, dari tabaqah tabi’en yang keempat, meninggal pada tahun 134H. Sebahagian ulama Al-Jarh Wa At-Ta’dil menilainya sebagai matruk, manakala sebahagian yang lain melihatnya sebagai ‘pemalsu hadith’. Lihat: Az-Zahabi, Muhammad Ibn Muhammad Ibn ‘Uthman, Mizan Al-I’tidal Fi Naqd Ar-Rijal, Tahqiq: ‘Ali Muhammad Al-Bajawi dan Fathiyyah ‘Ali Al-Bajawi, Dar Al-Fikr Al-’Arabi, Beirut, Lubnan, t.th, 4; 93, No: 6018 dan Ibn Hajar Al-’Asqalani, Ahmad Ibn ‘Ali Ibn Hajar, Taqrib At-Tahzib, Tahqiq: Muhammad ‘Awwamah, Dar Ar-Rasyid, Halab, Syria, 1986, Hal: 408, No: 4840.].

Manakala penilaian sahih yang dibuat oleh Al-Albani dalam Silsilah As-Sahihah pula berdasarkan sanad lain, sama ada dalam bentuk mutaba’at seperti riwayat Abu Nadrah, Syahr Ibn Hausyab dan Abu Khalid Al-Asadi daripada Abu Sa’id Al-Khudri, atau pun dalam bentuk asy-syawahid seperti riwayat Abu Hurairah dan Abu Ad-Darda’ radhiallahu ‘anhuma.

Dengan perkataan lain, penilaian dhaif itu berdasarkan sanad yang dhaif, manakala penilaian sahih itu pula berdasarkan sanad lain yang sahih. Hakikat perbezaan ini tidak sukar difahami oleh orang yang mempelajari sedikit sebanyak ilmu hadith. Justeru tuduhan As-Saqqaf itu dilihat sebagai bertujuan jahat kerana jika dia telah mempelajari selok belok ilmu hadith dia tentu memahami perbezaan tersebut.

 

Contoh Ketiga:

As-Saqqaf mendakwa Al-Albani telah melakukan penipuan kerana mengatakan terdapat perbezaan antara matan riwayat Al-Bukhari dan Abu Daud dalam periwayatan sebuah hadith riwayat Abu Bakrah radhiallahu ‘anh. Matan riwayat Al-Bukhari adalah seperti berikut:

أنه انتهى إلى النبي صلى الله عليه وسلم وهو راكع فركع قبل أن يصل إلى الصف فذكر ذلك للنبي صلى الله عليه وسلم فقال: زادك الله حرصا ولا تعد.

Maksudnya: Bahawa dia (Abu Bakrah radhiallahu ‘anh) sampai (ke Masjid) dalam keadaan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sedang rukuk, lalu dia turut sama rukuk sebelum sampai ke dalam saf. Bila hal itu diberitahu kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, Baginda berkata: “Semoga Allah menambahkan semangat kesungguhan kamu itu, tetapi janganlah kamu ulanginya
Manakala matan riwayat Abu Daud pula adalah seperti berikut:

فلما قضى النبي صلى الله عليه وسلم صلاته قال: أيكم الذي ركع دون الصف ثم مشى إلى الصف؟ فقال أبو بكرة: أنا، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: زادك الله حرصا ولا تعد.

Maksudnya: Setelah selesai solat, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Siapakah yang rukuk di luar saf kemudian berjalan menuju ke dalam saf?” Abu Bakrah menjawab: “Saya”. Lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam berkata: “Semoga Allah menambahkan semangat kesungguhan kamu itu, tetapi janganlah kamu ulanginya
Perbandingan di atas jelas menunjukkan bahawa matan riwayat Abu Daud (yang bergaris) berbeza dengan matan riwayat Al-Bukhari, sedangkan disiplin ilmu hadith menuntut supaya perbezaan seumpama itu dijelaskan oleh para pengkaji, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan kesimpulan hukum fiqh. Isyarat terhadap perbezaan itu juga turut dilakukan oleh Al-Hafiz Ibn Hajar rahimahullah dalam Fath Al-Bari. Justeru jika apa yang dilakukan oleh Al-Albani hanyalah sekadar mematuhi disiplin ilmu hadith seperti yang digariskan oleh para ulama terdahulu, maka kenapakah tindakan beliau itu dianggap sebagai satu kesalahan oleh As-Saqqaf? Ini tidak lain menunjukkan perbuatan As-Saqqaf tersebut memiliki agenda jahat di sebaliknya.

 Demikian sekadar tiga contoh bagi membukti permainan kotor dan niat jahat As-Saqqaf terhadap Al-Albani. Terhadap tindakan As-Saqqaf, Al-Albani rahimahullah memberi maklumbalas seperti berikut:

“Kitab Tanaqudat (karya As-Saqqaf) tidak mengandungi sebarang nilai ilmiah yang perlu disebut, kerana jika dakwaan pengarangnya itu betul dalam beberapa masalah, maka yang demikian itu hanya sekadar mengesahkan bahawa Al-Albani adalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada kesilapan sepertimana orang lain. Maka tidak ada faedah menjelaskan perkara tersebut lebih-lebih lagi jika Al-Albani sendiri akan mengisytiharkan kesilapan itu pada munasabah tertentu…
Demikianlah tiga daripada 652 kritikan As-Saqqaf terhadap Al-Albani yang terdapat dalam bukunya Tanaqudat. Dalam Menjawab Kritikan Terhadap Fahaman Wahabiyah Di Malaysia, Hal: 10, Al-Ghari cuba membesarkan angka bilangan hadith yang dikritik oleh gurunya itu dengan mendakwa jumlahnya sehingga 7800 buah (mengatasi bilangan hadith Sahih Al-Bukhari yang dihitung secara berulang). Kita tidak tahu dari mana dia dapat angka berkenaan, apakah dari ‘ilmu pembohongan’ atau dari manuskrip karya gurunya yang belum diterbitkan, wa Allahua’lam.

Namun walau sebanyak mana dakwaan kesilapan yang beliau senaraikan, ia tidak memberi sebarang faedah kerana contoh-contoh pengkhianatan di atas jelas membuktikan niat jahat As-Saqqaf di sebalik kritikannya itu. Lebih–lebih lagi kajian yang dibuat oleh seorang pengkaji bernama ‘Abd Al-Basit Ibn Yusuf Al-Gharib terhadap keseluruhan kritikan itu membuktikan bahawa kesemuanya adalah penipuan semata-mata. Ini kerana apa yang disebut sebagai percanggahan itu tidak lebih daripada ralat atau pembetulan yang telah diperbetulkan oleh Al-Albani sendiri [‘Abd Al-Basit Ibn Yusuf Al-Gharib, At-Tanbihat Al-Malihah (Edisi terjemahan: Koreksi Ulang Sheikh Albani), Diterjemah oleh Abdul Munawwir, Pustaka Azam, Jakarta, Indonesia, 2003, Hal: 16]

Saya (Hafiz Firdaus) rasa terpanggil untuk membuat ulasan yang agak panjang berkenaan pengkhianatan As-Saqqaf terhadap Al-Albani kerana:

 

I. Kritikan itu berkaitan dengan hadith Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang menjadi sumber syariat Islam kedua selain daripada Al-Quran. Justeru sebarang pengkhianatan terhadap sumber tersebut bermakna pengkhianatan terhadap Islam dan Rasulullah, sedangkan pengkhianatan terhadap kedua-duanya pula bererti pengkhianatan terhadap Yang menurunkan ajaran Islam dan Yang mengutuskan Rasul tersebut, iaitu Allah Subhanahu wa Ta’ala.

II. As-Saqqaf sengaja menyebarkan kritikannya terhadap Al-Albani untuk meruntuhkan kredibiliti tokoh berkenaan, dengan harapan supaya umat Islam tidak lagi merujuk kepada hasil-hasil kajian Al-Albani. Sebabnya, dia tahu banyak hasil kajian Al-Albani berlawanan dengan pegangan dan ideologinya. Oleh kerana kebanyakan daripada masyarakat awam tidak mampu mengesan pengkhianatan As-Saqqaf, maka contoh-contoh di atas sedikit sebanyak diharap dapat memberi kesedaran kepada mereka untuk lebih berwaspada terhadap pengkhianatan As-Saqqaf.

III. As-Saqqaf merupakan guru Al-Ghari yang menjadi tempat rujukan utama dan tempat pengambilan segala idea yang beliau lontarkan dalam semua buku dan kertas-kertas kerjanya. Justeru jika telah terbukti bahawa gurunya melakukan pengkhianatan, maka tidak hairanlah kenapa Al-Ghari juga melakukan sedemikian. Bak kata pepatah ‘guru kencing berdiri murid kencing berlari’.

” [Silsilah Al-Ahadith As-Sahihah]” [Abu Daud, Sulaiman Ibn Al-Ash’ath, Sunan Abi Daud, Dar Al-Hadith, Beirut, Lubnan, 1969, 1: 441, No: 684]” [Al-Bukhari, Muhammad Ibn Ismail, Sahih Al-Bukhari (bersama Fath Al-Bari), Dar Al-Matba’ah As-Salafiyyah, Kaherah, Mesir, 1407H, 2: 267, No: 783] ”
[ At-Tarmizi, Muhammad Ibn Isa Ibn Saurah, Sunan At-Tarmizi, Dar Al-Kutub Al-’Ilmiyyah, Beirut, Lubnan, 1987, No: 2650]
Sama seperti contoh pertama, As-Saqqaf menuduh Al-Albani sebagai kontradik kerana menilai dhaif hadith ini dalam Misykat Al-Masabih [At-Tabrizi, Muhammad Ibn ‘Abd Allah, Misykat Al-Masabih, Tahqiq: Muhammad Nasir Ad-Din Al-Albani, Al-Maktab Al-Islami, Beirut, Lubnan, 1405H, 1: 75], tetapi menilainya sahih dalam Silsilah As-Sahihah [Al-Albani, Muhammad Nasir Ad-Din, Silsilah Al-Ahadith As-Sahihah, Al-Maktab Al-Islami, Beirut, Lubnan, 1985, 1: 503. Lihat: As-Saqqaf, Hasan Ibn ‘Ali, Tanaqudat Al-Albani Al-Wadihat Fi Ma Waqa’a lahu Fi Tashih Al-Ahadith Wa Tad’ifiha Min Akhta’ Wa Ghalata’, Dar Imam An-Nawawi, Amman, Jordan, 1992, 1: 60].

Akan tetapi dakwaan ini juga dilihat sebagai bertujuan jahat kerana percanggahan hukum itu berlaku bukan kerana kesilapan, tetapi disebabkan perbezaan riwayat. [At-Tabrizi, Muhammad Ibn ‘Abdillah, Misykat Al-Masabih, Tahqiq: Muhammad Nasir Ad-Din Al-Albani, Al-Maktab Al-Islami, Beirut, Lubnan, 1405H, 1: 117], tetapi menilainya semula sebagai sahih dalam Silsilah As-Sahihah [Al-Albani, Muhammad Nasir Ad-Din, Silsilah Al-Ahadith As-Sahihah, Al-Maktab Al-Islami, Beirut, Lubnan, 1985, 1: 346. Lihat: As-Saqqaf, Hasan Ibn ‘Ali, Tanaqudat Al-Albani Al-Wadihat Fi Ma Waqa’a lahu Fi Tashih Al-Ahadith Wa Tad’ifiha Min Akhta’ Wa Ghalata’, Dar Imam An-Nawawi, Amman, Jordan, 1992, 1: 40]. Kritikan As-saqqaf itu dilihat sebagai bertujuan jahat kerana: guru Al-Ghari sendiri, melalui kitabnya Tanaqudat Al-Albani Al-Wadihat.

Kaedah Membantah Salafi a.k.a Wahhabi Secara Ilmiyah

Oktober 15, 2008

Kepada para ilmuan, para pelajar, dan teman-teman yang antusias kepada agama, andai melihat pemikiran saya dan keimanan saya menyalahi kebenaran, maka haruslah kalian berusaha untuk meluruskan saya. Kalau tidak, nanti saya akan mengadu dihadapa Rabb Azza wa Jallah bahawa kalian tidak mau menolong hamba-Nya ini dalam meniti jalan kebenaran.

Tetapi, harus diingat, bahawa saya tidak akan beriman dan beramal dengan khabar burung, ataupun bergantung pada ranting yang rapuh. Makanya tuan-tuan sekelian haruslah berusaha untuk membawakan hujjah yang kuat, berupa basirah yang gamblang, ibarat mentari yang tidak dapat ditutupi lagi.

Kerna Allah telah memerintahkan kepada Muhammad saw untuk membawakan hujjah yang gamblang – basirah dalam menyeru manusia kepada Islam:

“Qul: haa zihi sabiilih, ad’u illallah ‘ala basirah” [artinya “Katakanlah (wahai Muhammad – ketika kau menyeru manusia): Ini jalanku, aku mengajak kalian kepada Allah dengan hujjah yang kokoh”]

Inilah kaedah yang dilaksanakan oleh Rasulullah saw, kemudian diteruskan oleh sahabat dan kemudian generasi sesudah itu. Dan juga para Aimmah umat ini.

Lihatlah kitab bantahan mereka kepada kaum yang sesat, seperti Mu’tazilah, Jahmiyyah;

Imam Ahmad – Ar-Radd ‘ala Al-Jahmiyyah wa Az-Zanadiqah
Imam Bukhari – Radd ‘Alal Jahmiyyah
Imam Asya’ari – Al-Luma’ fi al-Radd ‘ala ahl al-Zaigh wa al-bida’

Maknanya kalian harus punya kaedah membantah secara ilmiah, dan jujur, tidak sembarono dan tidak berlaku curang dalam penukilan sumber.

Lalu saya meletakkan kaedah yang bisa semua manusia mendapat pengertian hakikat dari sebuah “bantahan ilmiah”. Saya telah menulis pada Mac 2008 dengan tajuk “Kaedah Menuju Jalan Kebenaran” kaedah umum tersebut iaitu;

Akhirnya saya menggariskan 3 kaedah yang boleh digunapakai bagi mengukur kebenaran dalam pemahaman.

1)
Pemahaman kita itu harus bersumberkan hujjah yang akurat. Kalau dalam arti religus, maka ia bersumberkan dari 2 sumur iaitu al kitab dan al hadith yang sahih. Maknanya ialah setiap alasan kita untuk menetapkan sesuatu harus ada dalilnya. “ini dalilnya…” bagi keyakinan kita.

2)
Setelah diberangi dengan 2 sumber tadi, kita harus buktikan bahwa paham kita itu telah dianut oleh para pendahulu kita, sedari pendiri mazhab 4, para imam hadith, para sahabat. Andai paham itu baru muncul dan mereka tak sempat menganutnya, maka beratri paham kita itu adalah sesuatu yang tidak benar.

3)
Kita akhirnya harus membuktikan bahawa tuduhan yang dikenakan kepada kita oleh sang penuduh adalah berupa tuduhan palsu yang tak dibina diatas dasar ilmu. Dan buktikan juga bahawapaham-paham lain yang berseberangan dengan kita tidak berpijak pada hujjah yang benar.

Akhirnya setelah selesai kita menjalankan 3 kaedah tadi, maka kita akan berhasil melihat kebenaran. apakah benar itu dipihak kita atau dipihal lain. Kalau dipihak lain, maka kita harus menurutinya tanpa rasa sesal dan gundah serta tanpa rasa payah.

[Kaedah Menuju Jalan Kebenaran, www.tinjau.wordpress.com]

Ini adalah satu kaedah umum bagi menilai kebenaran. Justeru kalau dicermati dalam kaedah diatas, kita bisa lagi perhalusinya agar syubhat-syubhat yang lain tidak akan muncul dan keragun bisa sirna.

Kalian harus menulis sebuah bantahan yang semampunya kalian agar saya tidak ada celah untuk membantah kalian kembali, dan hujjah yang kalian guna itu haruslah kuat makna matannya dan sah dari sanadnya. Ia seperti bicara kaum Hizbu Tahrir, iaitu harus Qat’i ad Dilalah dan Qat’i At Tsubut.

Untuk menuju kepada hal tersebut, kalian harus:

[1]. Menerangkan kebatilan setiap hujjah yang digunapakai oleh Salafi tanpa tersisa.

[2]. Tidak menggunakan dalil ‘am ketika membantah dalil khusus yang Salafi gunakan.

[3]. Mendhaifkan setiap hadith, atau atsar, atau riwayat yang Salafi gunakan sebagai alasan.

[4]. Setelah mendhaifkan dalil kami, maka kalian bawakan dalil yang sebenar.

[5]. Atau kalian menerangkan kontradiksi antara dalil kalian dan dalil kami andai kalian tidak bisa mendhaifkan dalil kami.

[6]. Kalian bawakan ucapan Rasul, atau sahabat, atau tabi’in dan barulah Imam Mu’tabar dan para ulama Salaf as Soleh [yang kami dan kalian bersepakat ke-ilmuan mereka] dalam masalah tersebut. Dalil tersebut harus sah dari ilmu mustalah hadith.

[7]. Ketahuilah bahawa kami tidak menjadikan logika sebagai pemutus, maka jangan bawakan hujjah logika. Akal adalah alat mengukur kebenaran, bukan sumber kebenaran.

[8]. Terakhir [sebenarnya adalah yang paling utama] adalah Sumber Kebenaran itu [iaitu hujjah] hanya dari Al Quran, As Sunnah, dan Pemahaman Sahabat.

Maka seandainya kalian bisa menggunakan metoda ini dalam membantah Salafi, nescaya kalian akan lihat kami berbondong-bondong meninggalkan Salafi dan mengikuti kalian. Tetapi andai kalian tidak bisa menggunakan metoda ini, maka kalian harus sadar bahawa kalian berpijak pada jalan yang tiada hujjah, malah kejahilan menguasai kalian dan mungkin-mungkin kalian akan terpesong dari hakikat. Lalu kalian harus kembali dan mengikuti Salafi.

Lalu, bagaiman? Mau membantah secara ilmuah atau mau terus-terusan berbicara seperi khabar burung dan warung kopi?

Terserahlah kepada kalian yang mengaku Benar, dan berpijak kepada Kebenaran dan sebagai Golongan Ahlus Sunnah yang Hakiki.